5 minute read
kisah disebalik watak buta: kassim selamat
Filem Ibu Mertuaku, karya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee merupakan filem yang telah berjaya menjentik emosi peminat filem Melayu dari dahulu sehingga kini. Melalui filem Ibu Mertuaku, P. Ramlee telah diiktiraf sebagai ‘Bakat Serba Boleh’ (Most Versatile Talent) dalam Festival Filem Asia Pasifik yang ke-10 yang berlangsung di Tokyo pada tahun 1963. Anugerah ini hanya dimiliki oleh P.Ramlee sahaja kerana kategori ini tidak pernah dipertandingkan lagi di mana-mana anugerah filem selepas beliau menerimanya. Tahukah anda mengapa P. Ramlee ‘membutakan’ watak Kassim Selamat dalam filem Ibu Mertuaku? Sebenarnya, watak Kassim Selamat yang buta matanya akibat menangis setiap hari kerana meratapi pemergian isterinya Sabariah (lakonan Sarimah), ialah berdasarkan kisah benar yang berlaku kepada ayahanda P.Ramlee sendiri iaitu Teuku Nyak Puteh bin Teuku Karim. Selepas P. Ramlee meninggalkan Pulau Pinang dan pergi ke Singapura pada tahun 1948, Teuku Nyak Puteh dikatakan sering berduka dan menangis kerana merindui anak tunggalnya itu. Walaupun pada awalnya beliau merestui pemergian P. Ramlee dalam mengejar cita-cita, tetapi jiwanya merintih sepi dipeluk rindu yang mendalam. Ayahandanya seringkali menangis dan berduka hingga mengakibatkan mata beliau menjadi buta. Pada suatu ketika, Teuku Nyak Puteh pernah meminta rakan-rakannya membawa beliau ke panggung wayang untuk menonton filem lakonan P. Ramlee. Walaupun tidak dapat melihat lakonan dan wajah anaknya dalam filem berkenaan, tetapi bagi beliau, ia sudah cukup untuk melepaskan segala rindu di hati selepas dapat mendengar suara anaknya P. Ramlee. KISAH DI SEBALIK WATAK BUTA KassimSelamat
Advertisement
Sejak P. Ramlee menjejakkan kaki ke Singapura beliau tidak berpeluang untuk pulang ke Pulau Pinang kerana rutinnya dipenuhi dengan jadual kerja yang padat, dan pada ketika itu P. Ramlee sedang berada di puncak kemahsyuran iaitu bermula dari tahun 1950an. P. Ramlee hanya berkesempatan mengirimkan wang dan surat kepada kedua ibu bapanya melalui abang tirinya, Syeikh Ali. Selepas 5 tahun mengejar cita-cita di rantau orang, P. Ramlee akhirnya pulang ke Pulau Pinang untuk menemui keluarganya pada tahun 1953. P. Ramlee tidak menyangka dan turut berduka dengan nasib yang menimpa ayahandanya itu. Tetapi Teuku Nyak Puteh tetap memberi semangat kepada anaknya itu supaya berusaha bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-citanya. Teuku Nyak Puteh meninggal dunia pada tahun 1955 ketika berusia 53 tahun. Begitulah pendekatan seorang seniman agung dunia Melayu dalam berkarya. P. Ramlee sentiasa melihat keadaan yang berlaku di sekelilingnya dan mentauladani pengalaman yang dilalui dengan menterjemahkannya dalam karya seni beliau untuk tontonan dan perkongsian masyarakat. Filem dijadikan sebagai wadah dalam menyampaikan makna, menentukan agenda, menyebar propaganda, menabur kebencian, membakar semangat, membaja kasih sayang dan membenih rasa cinta. 22 Mac 2018, maka genaplah 89 tahun usia seniman agung negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Walaupun pada hakikatnya tarikh lahir beliau yang sebenar jatuh pada 23 Mac 1929. (Jika merujuk pada kenyataan yang beliau sendiri pernah nyatakan, beliau dilahirkan pada pagi Aidilfitri. Namun jika dirujuk pada tarikh 22 Mac 1929, tarikh tersebut tidak jatuh pada tarikh 1 Syawal dalam kalendar Islam tahun berkenaan.) Satu kajian telah dibuat oleh beberapa individu yang merupakan pengkaji tegar sejarah hidup P. Ramlee sekitar tahun 1980-an, dan telah disimpulkan bahawa tarikh 23 Mac 1928 dikatakan jatuh pada 1 Syawal menurut kalendar Islam. Perkara ini turut disahkan sendiri oleh keluarga P. Ramlee termasuk abang tirin ya dan anaknya Nasir. Tetapi disebabkan tarikh 22 Mac 1929 telah tertulis sebagai tarikh lahir yang tertera dalam kad pengenalan P. Ramlee, maka fakta ini digunapakai sehingga sekarang. Al-Fatihah buat Allahyarham Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh. Gagak di rimba yang masih bertakhta di belantara seni. ‘Alam nan luas, banyak gunung dan banyak jurang. Wahai anak, gunung tinggi engkau daki, jurang dalam engkau jauhi. Kalaulah aku boleh memandang, aku pan dang engkau berjuang. Kalaulah besar anakku sayang, sesal ayah kerana tidak dapat memandang’. Sejak P. Ramlee menjejakkan kaki ke Singapura beliau tidak berpeluang untuk pulang ke Pulau Pinang kerana rutinnya dipenuhi dengan jadual kerja yang padat, dan pada ketika itu P. Ramlee sedang berada di puncak kemahsyuran iaitu bermula dari tahun 1950an. P. Ramlee hanya berkesempatan mengirimkan wang dan surat kepada kedua ibu bapanya melalui abang tirinya, Syeikh Ali. Selepas 5 tahun mengejar cita-cita di rantau orang, P. Ramlee akhirnya pulang ke Pulau Pinang untuk menemui keluarganya pada tahun 1953. P. Ramlee tidak menyangka dan turut berduka dengan nasib yang menimpa ayahandanya itu. Tetapi Teuku Nyak Puteh tetap memberi semangat kepada anaknya itu supaya berusaha bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-citanya. Teuku Nyak Puteh meninggal dunia pada tahun 1955 ketika berusia 53 tahun. Begitulah pendekatan seorang seniman agung dunia Melayu dalam berkarya. P. Ramlee sentiasa melihat keadaan yang berlaku di sekelilingnya dan mentauladani pengalaman yang dilalui dengan menterjemahkannya dalam karya seni beliau untuk tontonan dan perkongsian masyarakat. Filem dijadikan sebagai wadah dalam menyampaikan makna, menentukan agenda, menyebar propaganda, menabur kebencian, membakar semangat, membaja kasih sayang dan membenih rasa cinta. 22 Mac 2018, maka genaplah 89 tahun usia seniman agung negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Walaupun pada hakikatnya tarikh lahir beliau yang sebenar jatuh pada 23 Mac 1929. (Jika merujuk pada kenyataan yang beliau sendiri pernah nyatakan, beliau dilahirkan pada pagi Aidilfitri. Namun jika dirujuk pada tarikh 22 Mac 1929, tarikh tersebut tidak jatuh pada tarikh 1 Syawal dalam kalendar Islam tahun berkenaan.) Satu kajian telah dibuat oleh beberapa individu yang merupakan pengkaji tegar sejarah hidup P. Ramlee sekitar tahun 1980-an, dan telah disimpulkan bahawa tarikh 23 Mac 1928 dikatakan jatuh pada 1 Syawal menurut kalendar Islam. Perkara ini turut disahkan sendiri oleh keluarga P. Ramlee termasuk abang tirinya dan anaknya Nasir. Tetapi disebabkan tarikh 22 Mac 1929 telah tertulis sebagai tarikh lahir yang tertera dalam kad pengenalan P. Ramlee, maka fakta ini digunapakai sehingga sekarang. Al-Fatihah buat Allahyarham Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh. Gagak di rimba yang masih bertakhta di belantara seni. ‘Alam nan luas, banyak gunung dan banyak jurang. Wahai anak, gunung tinggi engkau daki, jurang dalam engkau jauhi. Kalaulah aku boleh memandang, aku pandang engkau berjuang. Kalaulah besar anakku sayang, sesal ayah kerana tidak dapat memandang’.