B U L E T I N
KALAM I S U 1 / 2 0 0 1 . J A N - J U N Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
ISU MENARIK DI DALAM jelajah nusantara:
Orang Putih berjiwa Bali? turun padang
Patah tumbuh hilang TAK berganti
B U L E T I N
KALAM Hakcipta @ KALAM
Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM) Fakulti Alam Bina 81310 UTM, Johor Bahru Johor, Malaysia
tel: 07-5530511 fax: 07-5566155 email: utmkalam@gmail.com blog: http://utmkalam.wordpress.com
Sidang Redaksi Penaung: YM Dr Raja Nafida binti Raja Shahminan Ketua Editor: Jamilia binti Mohd Marsin
Wartawan: Norazila binti Kamarulzaman YM Dr Raja Nafida binti Raja Shahminan Jamilia binti Mohd Marsin Fadhlina Ahmad@Taufik Grafik: Jamilia binti Mohd Marsin
Penerbitan Ungku Nur Haniz binti Ungku Mohd Aziz
Kalam menulis.... Alhamdulillah dengan keizinanNya Buletin KALAM 1/2011 ini berjaya diterbitkan. Buletin KALAM akan diterbitkan dua kali setahun dan akan memfokuskan kepada aktiviti-aktiviti KALAM dalam masa separuh tahun pertama dan kedua. Dengan adanya Buletin KALAM ini, warga UTM dan warga luar kampus akan dapat mengikuti perkembangan KALAM sepanjang tahun yang diharapkan berupaya mendidik masyarakat tentang kepentingan memahami warisan alam bina. Selain itu KALAM juga berusaha membantu masyarakat untuk menegakkan jatidiri melalui bidang senibina, dengana tidak mengenepikan soal sejarah dan budaya. Terima kasih dan syabas saya ucapkan kepada Pasukan Perlaksanaan Buletin yang diketuai oleh Cik Jamilia Mohd Marsin kerana berjaya menerbitkan buletin ini yang merupakan buletin sulong KALAM. Diharapkan penerbitan buletin seterusnya akan berterusan. “MEMBENTUK MASA DEPAN MELALUI WARISAN” “SHAPING THE FUTURE THROUGH HERITAGE” Salam Warisan Dr Raja Nafida Raja Shahminan Pengarah Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM) Fakulti Alam Bina tel: 07-55330511
KALAM Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu Jabatan Senibina, Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia
Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (Centre for the Study of Built Environment in the Malay World) atau lebih dikenali sebagai KALAM, Fakulti Alam Bina merupakan salah sebuah pusat kecemerlangan di bawah Sustainability Research Alliance (SUTRA). Pusat KALAM telah ditubuhkan pada tahun 1996. Tujuan penubuhannya adalah bagi membantu mendokumentasi dan memelihara warisan senibina di Malaysia dari terus mengalami kepupusan. Walaupun di tubuhkan pada tahun 1996, namun usaha pendokumentasian bangunan-bangunan warisan telah giat dijalankan sejak tahun 1975 lagi. Kini KALAM telah mempunyai koleksi dokumentasi lebih dari 400 buah bangunan warisan yang terdiri daripada rumah kediaman, istana, masjid, institusi, bangunan awam, wakaf dan makam. KALAM juga terlibat secara langsung sebagai penasihat dan terlibat dalam projek-projek perundingan rekabentuk, pemuliharaan dan pembinaan semula, menyebarkan ilmu melalui seminar dan pameran, penerbitan buku dan menganjurkan bengkel-bengkel yang berkaitan dengan bidang warisan alam bina. Objektif penubuhan KALAM adalah seperti berikut: • Mendokumentasi bangunan dan aspek-aspek alam bina dengan tujuan memahami faktor-faktor yang mempengaruhi rekabentuk • Membuat analisis terperinci terhadap data sejarah ini bagi tujuan mengenal pasti aspek-aspek warisan alam bina yang boleh diasimilasi dan diadaptasi di dalam rekabentuk bangunan dan alam bina masa kini dan masa hadapan yang dapat mewujudkan kesinambungan budaya
struktur organisasi Pengarah YM Dr Raja Nafida binti Raja Shahminan
Pegawai Penyelidik Jamilia Mohd Marsin
Pembantu Penyelidik Norazila Kamarulzaman
Perkhidmatan & Perundingan
Fadhlina Ahmad@Taufik
PM Dr Syed Iskandar Ariffin,
Ungku Nur Haniz binti Ungku Mohd Aziz Juruteknik
Penerbitan & Kajian
Abdul Majid bin Mohd Yassin
Dr Alice Sabrina Ismail Perhubungan Korporat
Pengurs IT
Dr Gurupiah Mursib
Azari Mat Yassir
Pendidikan Warisan & Perkembangan Komuniti
Kajian Landskap Warisan
Warisan Kemanusian & Sains Sosial
Azari Mat Yassir
PM Dr Hassanuddin Lamit
PM Dr Thareeq
Warisan & Sains Bangunan
Warisan Senibina & Pembandaran
PM Dr Aminatuzuhariah Megat Abdullah
PM Dr Bagoes
Struktur Organisasi KALAM sehingga 30 Jun 2011
Lawatan ke Pejabat Lembaga Pentadbiran Penempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baharu, Kuala Lumpur 31 mac 2011 Pengarah KALAM, Dr Raja Nafida binti Raja Shahminan bersama Puan Malsiah binti Hamid dan Arkitek Masjuita binti Hamzah telah berpeluang melawat pejabat MAS di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 31 Mac 2011. Mereka diberi penerangan tentang sejarah dan pembangunan Kampung Baru oleh Setiausaha Agong MAS, Encik Shamsuri bin Suradi.
Rumah Puan Som pada tahun 1986, koleksi lukisan kerja terukur
Lawatan ke Kampung Baru juga telah memberi peluang meninjau kembali keadaan rumah tradisional yang pernah di dokumentasikan oleh pihak KALAM pada tahun 1986 dan tahun 2001. Sembilan buah rumah tradisional telah di dokumentasikan dari sudut sejarah dan senibinanya dan ia merupakan aset negara yang cukup berharga. Salah sebuah rumah yang dijejaki kembali adalah rumah kepunyaan Puan Som binti Siam yang terletak di no 30, Jalan Hamzah, Kampung Baru.
Lawatan inspirasi ke Rumah Persinggahan Ar.Almaz Salma Abdul Rahim, Kuang, Selangor 11 April 2011 Lawatan ke rumah Arkitek Almaz telah di ketuai oleh Dr Gurupiah binti Mursib, beberapa orang pensyarah dari Pusat KALAM, Jabatan Senibina, UTM, Dr Raja Nafida binti Raja Shahminan, Puan Malsiah binti Hamid, Encik Saifuddin bin Abdullah, Dr Roshida Abdul Majid serta lebih kurang 50 orang pelajar Sarjana Muda Senibina. Rumah yang terletak di Kuang, Selangor ini merupakan sebuah rumah yang dibina keseluruhannya daripada kayu terpakai. Rumah ini telah memenangi beberapa anugerah antarabangsa kerana ia mengadaptasikan senibina ‘sustainable’ seperti penggunaan dinding yang unik, dipenuhi ram kayu boleh laras (adjustable wooden louvres), sistem pengumpulan air hujan dan penanaman pokok balak, herba dan buah-buahan serta penternakan kambing dan kuda di halaman rumah.
catatan permusafiran
Kesulitan mencari Rumah Kelahiran Tun Abdul Razak, 27 Jun 2011 Sewaktu dalam perjalanan ke Terengganu, kami telah singgah sebentar ke Pekan, Pahang untuk melihat keadaan rumah kelahiran Tun Abdul Razak yang terletak di Pulau Keladi, Pekan, Pahang. Lokasi tempat yang terpencil menimbulkan kesukaran untuk mencari rumah tersebut. Tambahan pula dengan maklumat dipapan tanda yang tidak tepat menyebabkan kami tersesat. Tujuan persinggahan ini adalah untuk melihat secara dekat rekabentuk senibina rumah kelahiran Tun Abdul Razak yang telah dipindah dari tapak asal ke kawasan berhampiran dengan Institut Kemahiran Tenun Diraja Pahang yang dahulunya merupakan sebuah Kompleks Tenun Pahang. Melalui persinggahan ini, kami mendapati lokasi perletakkan rumah kelahiran Tun Abdul Razak ini tidak bersesuaian jika dibandingkan dengan fungsinya sebagai tempat pelancongan serta mengenangkan jasa Allahyarham Tun Abdul Razak kepada negara. Seharusnya rumah kelahiran Tun Abdul Razak ini diletakkan di lokasi yang mudah dikunjungi oleh orang ramai.
Lawatan ke Taman Tamadun Islam, Terengganu 29 Jun 2011 Taman Tamadun Islam yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu adalah merupakan sebuah taman tema yang menetengahkan keunggulan seni warisan dan senibin Islam dari seluruh pelosok dunia. Ia juga merupakan salah satu projek pembangunan ekonomi Wilayah Ekonomi Pantai Timur. Tujuan lawatan ini adalah bagi membincangkan tentang kemungkinan projek usahasama KALAM bersama TTI dalam usaha memelihara bangunan warisan di Terengganu. Kunjungan KALAM telah disambut baik oleh Pengarah TTI, Engku Md Azmi bin Engku Abdul Rahman dan salah seorang ahli lembaga pengarah TTI, Datuk Zubir Embong. Lawatan ke Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu telah diadakan pada 29 Jun 2011 dan diketuai oleh Pengarah KALAM, Dr Raja Nafida binti Raja Shahminan, Juruteknik Kanan, Encik Abdul Majid bin Yassin dan 2 orang Pembantu Penyelidik KALAM iaitu Norazila binti Kamaruzaman dan Ungku Nurhaniz binti Ungku Mohd Aziz.
Serambi KALAM Buah pauh mari di kerat Alamat petang boleh dimakan Pada yang jauh dan juga dekat Selamat datang kami ucapkan
Bunga kecubung warna ungu Ditatah berlian batu bermutu Adat Melayu menyambut tetamu Hamparkan tikar lebarkan pintu
Universiti Putra Malaysia 10 Februari 2011
Seramai lebih kurang 30 pelajar jurusan senibina dari Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor bersama beberapa orang pensyarah yang diketuai oleh Prof. Dato’ Dr Ar Elias@ Ilias bin Salleh telah melawat Fakulti Alam Bina pada 10 Februari 2011. Delegasi tersebut telah melawat Pusat KALAM dan Pengarah KALAM, Dr Raja Nafida binti Raja Shahminan bersama Koodinator Tesis Senibina yang juga merupakan Pegawai Teknologi Maklumat KALAM, Encik Azari bin Mat Yasir telah memberikan penerangan mengenai Program Lukisan Terukur yang terdapat di pusat ini. Koleksi lukisan terukur di Pusat KALAM sering menjadi rujukan pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negara. Ini adalah disebabkan oleh KALAM mempunyai koleksi dokumentasi bangunan warisan terbanyak, yang melebihi 400 bangunan sejak dimulakan 25 tahun yang lalu dan proses dokumentasi ini berjalan sehingga kini.
Universiti Islam Alauddin Makassar,Sulawesi Indonesia 3 Mac 2011
Pada 3 Mac yang lalu, KALAM telah menerima kunjungan daripada pelajar senibina Universitas Islam Alauddin Makasar dari Sulawesi Selatan,Indonesia. Lawatan telah disertai kira-kira 35 orang pelajar dan 4 orang pensyarah. Tujuan kedatangan mereka adalah untuk menjalinkan hubungan kerjasama antara Universiti Teknologi Malaysia dalam bidang senibina. Pembentangan ringkas mengenai Fakulti Alam Bina telah disampaikan oleh Dekan FAB, Assoc. Prof. Dr. Ahmad Nazri Muhamad Ludin dan penerangan mengenai KALAM telah disampaikan oleh Pengarah KALAM, YM Dr Raja Nafida binti Raja Shahminan. Melalui lawatan ini, pihak universiti dapat memperkembangkan hubungan dengan universiti luar.
Universiti Teknologi MARA Shah Alam 14 Mac 2011 Seramai lebih kurang 20 pelajar Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam telah melawat Pusat KALAM pada 14 Mac 2011. Delegasi ini diketuai oleh Dr Mohd Zafrullah bin Mohd Taib dan telah diberikan taklimat oleh Prof Dr Mohd Tajuddin bin Mohd Rasdi.
serambi KALAM
Ar. Almaz dan wakil Malaysian Timber Council 11 April 2011
Pelukis warga Australia, Edwin Easydorchik 8 Jun 2011
Kunjungan balas dari Ar Almaz Salma Abdul Rahim bersama Puan Suria Zainal, Pengarah Kanan MTC adalah bagi membincangkan usahasama yang boleh dibuat antara KALAM dan MTC. Kunjungan tersebut berlangsung pada 11 April 2011 dan perbincangan telah disertai oleh Pengarah KALAM, Dr Raja Nafida binti Raja Shahminan, Dr Gurupiah binti Mursib, Dr Roshida Abdul Majid dan Puan Malsiah Abdul Hamid.
Terima Kasih kepada Puan Suria Zainal dan pihak MTC atas buah tangan berbentuk dua buah buku terbitan MTC sempena kunjungan ke pusat KALAM. Semoga ia akan menjadi bahan inspirasi untuk menghidupkan semula penggunaan kayu dalam senibina dunia Melayu. Bukubuku ini terdapat di simpanan KALAM untuk rujukan semua.
Pada 8 Jun 2011, KALAM mendapat kunjungan dari seorang pelukis warga Australia, Edwin Easydorchik. Kedatangan beliau adalah bagi membincangkan kemungkinan program usahasama diantara KALAM dan dirinya di dalam projek terbaru beliau yang melibatkan bangunan warisan di Malaysia. KALAM dipilih memandangkan pusat ini giat dalam usaha mendokumentasikan bangunan warisan serta menyimpan khazanah warisan negara yang begitu bernilai. Di samping membincangkan program usahasama, beliau juga turut menerangkan tentang teknik lukisan yang menjadi ‘trade mark’ beliau yang dikenali sebagai teknik ‘frottage’. 2 orang pensyarah yang juga merupakan pelukis aktif iaitu Encik Fawazul Khair bin Haji Ibrahim dan Encik Saifuddin bin Abdullah telah bersama dengan pengarah KALAM, Dr Raja Nafida binti Raja Shahminan dalam sesi perbincangan tersebut.
‘orang putih’ berjiwa
Bali oleh : Norazila Kamarulzaman
Perkongsian sepetang bersama arkitek landskap berasal dari Australia, Made Wijaya atau nama sebenarnya, Micheal White membawa persoalan tentang nasib identiti yang semakin ditinggalkan oleh sesuatu bangsa dan suatu ironi apabila ianya cuba dinaikkan oleh bangsa lain. Adakah identiti bangsa kita akan mengalami nasib yang sama? ‘Global Outreach Programme’ anjuran KALAM pada 14 hingga 20 Mei 2011 telah membawa 20 orang pelajar senibina dan lanskap serta 6 orang pensyarah Fakulti Alam Bina dengan matlamat “Mendalami sejarah, budaya dan senibina Bali”. Selain itu program ini bertujuan untuk mengadakan kerjasama dan mempromosikan kekuatan akademik antara UTM dan Universitas Udayana, Bali dan seterusnya menyumbang kepada agenda pengantara bangsaan universiti. Kajian sejarah, budaya dan senibina /senibina landskap Bali dikaji dalam lawatan
ini melalui Sarjana Muda Senibina, SBA 1762: History of South East Asian Architecture dan kursus wajib sarjana Muda Landskap. SBL 2833: Planting Technology1. Program yang berlangsung selama 7 hari ini telah diisi dengan pelbagai aktiviti ilmiah. Penjelajahan ilmu kami bermula di melawat hotel-hotel sekitar Ubud, kemudian Universitas Udayana dan seterusnya ke rumah-rumah ibadat yang menjadi simbol kebudayaan masyarakat Bali yang teragung. Kami turut dibawa melawat ke kawasan perkampungan tradisional Bali yang sistematik dan tersusun. Cara hidup dan ekonomi Bali yang telah diubah oleh industri pelancongan jelas kelihatan semasa kami melawati pusat-pusat hasil kerja tangan seperti perak, lukisan, ukiran danjuga tempat-tempat penginapan pelancong seperti hotel dan vila.
jelajahnusantara
jelajahnusantara
Kemuncak lawatan kami adalah ‘Green School’ yang mana bangunan sekolah ini diperbuat hampir keseluruhannya daripada buluh dan sistem pengoperasianya sangat mesra alam. Sistem pendidikannya juga kedengaran lebih efektif, interaktif dan menarik disamping suasana dan persekitarannya yang semula jadi. Walaupun terpaksa berhadapan dengan masalah kerosakan bas dan sebagainya, lawatan kali ini sangat memberangsangkan. Dapat disimpulkan bahawasanya melalui lawatan ini dapat kami pelajari bahawa budaya dan senibina Bali sangat rapat dengan sejarahnya yang memungkinkan ianya diolah menjadi sumber industri pelancongan dengan jayanya. gambar dari JAMILIA MOHD MARSIN
TurunPadang
Andai Roboh Kota Melaka Papan di Jawa kami dirikan Demi anak bangsa merdeka Perkhidmatan KALAM kami hulurkan
Ceramah Hari Keputraan D.Y.M.M Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-62 17 Januari 2011
oleh: YM Dr Raja Nafida Raja Shahminan 17 Januari - Bersempena dengan Hari Keputeraan D.Y.M.M Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke 62, Lembaga Muzium Negeri Sembilan telah mengadakan Ceramah Hari Keputeraan. Ceramah tersebut telah diadakan pada 17 Januari 2011 bertempat di Muzium Di Raja Seri Menanti, Negeri Sembilan. Pengarah KALAM, Dr Raja Nafida Bte Raja Shahminan telah diundang untuk memberikan ceramah bertajuk “Evolusi Adat Perpatih dan Senibina di Negeri Sembilan”. Ceramah tersebut telah dihadiri oleh Pengarah Muzium Negeri Sembilan, Drs Shamsuddin bin Ahmad, Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Port Dickson, Cik Hajjah Zaleha Binti Abdullah, beberapa orang pensyarah dari Jabatan Senibina Politeknik Port Dickson dan lebih kurang 50 orang pelajar kursus Senibina politeknik tersebut. Ceramah tersebut membincangkan tentang senibina tradisional Negeri Sembilan dan perkaitannya dengan amalan Adat Perpatih di kalangan masyarakat di Negeri Sembilan. Di akhir program para peserta yang hadir telah dibawa melawat ke Istana Lama Seri Menanti dan penerangan mengenai senibina istana tersebut turut diberikan.
Pameran KALAM sempena Lawatan CAEM 11 Mei 2011 oleh: YM Dr Raja Nafida Raja Shahminan 11 Mei - Lawatan panel penilai CAEM (Council of Accreditation and Architectural Education Malaysia) telah berlangsung di Fakulti Alam Bina pada 11 dan 12 Mei 2011. Selain dari melihat kerja pelajar dalam proses mengakreditasi, panel ini juga melawat kemudahan yang ada di fakulti. Dalam lawatan ke KALAM, panel tersebut telah diberi penerangan tentang peranan Pusat KALAM dalam meningkatkan mutu matapelajaran senibina melalui matapelajaran yang ditawarkan. Matapelajaran Warisan Senibina Malaysia yang di kendalikan oleh Pusat KALAM sepenuhnya adalah satu-satunya matapelajaran yang memperkenalkan sejarah, budaya dan senibina Malaysia kepada pelajar tempatan dan antarabangsa di Fakulti Alam Bina. Pusat KALAM juga turut terlibat dalam pameran ‘Hall of Fame’ yang telah dianjurkan oleh pihak fakulti dengan mempamerkan model-model bangunan warisan yang pernah dikaji.
turun padang
Patah tumbuh hilang tak berganti oleh: Jamilia Mohd Marsin
Rumah To Lak Salleh, Kg. Gunung Pasir
Rumah To’ Lak Salleh, Kg Gunung Pasir kini
Perjumpaan dengan Muzium Negeri Sembilan &Inventori rumah warisan di Negeri Sembilan 12 - 13 April 2011
Rumah Zuhairah Talib, Kg.Mertang
KALAM menjejak kembali rumah-rumah yang pernah dikaji melalui program Lukisan Terukur pada tahun 2005 dan 2008 di Kuala Pilah sebagai kaji selidik untuk menghasilkan buku tentang rumah-rumah tradisional Negeri Sembilan bersama-sama Muzium Negeri Sembilan. Inventori kali ini membuka mata kami apabila banyak rumah yang dahulunya dimiliku oleh orang berpengaruh dan tersergam indah kini semakin reput dan usang setelah lama tidak digunakan. Hanya sedikit sahaja rumah-rumah kajian yang masih didiami dan mempunyai kondisi yang baik. Kami masuk ke beberapa kampung di daerah Kuala Pilah sejurus selepas perjumpaan bersama pihak Muzium Negeri Sembilan pada 12 April lepas. Selain daripada membincangkan isu buku rumah tradisional, pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Y.Bhg. DRS. Shamsuddin B Ahmad, juga meminta konsultasi pihak KALAM agar dapat membantu mereka untuk memberi kesedaran kepada pemilik-pemilik rumahrumah lama agar mengekalkan dan menjaga harta tradisi negara. Rumah-rumah tradisional adalah lambang identiti bangsa yang menjadi khazanah negara. Sekiranya khazanah warisan ini dibiarkan reput ditelan zaman maka suatu hari nanti mungkin bangsa kita akan kehilangan asset senibina yang melambangkan negara kita. Wallahu a’lam.
Rumah Hajah Ropah, Kg Galau
Surau Galau, Kg.Galau
Antara bangunan-bangunan kajian yang sudah usang dan lama ditinggalkan (dari koleksi kajian lukisan terukur)
turun padang Hari Muzium Antarabangsa 11-12 Jun 2011 oleh: Norazila Kamarulzaman KALAM telah mempamerkan hasil lukisan terukur pelajar seperti poster dan model serta mengadakan demonstrasi pembuatan model untuk dijadikan bahan ilmiah kepada orang ramai semasa Sambutan Hari Muzium Antarabangsa peringkat negeri Johor pada 11 hingga 12 Jun lepas.
Keratan akhbar News Straits Times, 14 Julai 2011, Khamis
Sambutan ini telah dianjurkan oleh Yayasan Warisan Johor yang bertemakan ‘Muzium dan Kenangan’. Tujuan utama sambutan ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan misi dan fungsi muzium kepada komuniti.Ia telah disertai oleh 11 buah muzium dan galeriseperti Muzium Nelayan, Muzium Layang-Layang, Muzium Warisan Tiong Hua dan KALAM yang mewakili Galerium Universiti Teknologi Malaysia. Melalui acara ini, fungsi KALAM sebagai tempat pengumpulan khazanah dunia Melayu dapat diperkenalkan kepada orang ramai.
Seminar Kerjaya di SMK Taman Desa Skudai 19 Jun 2011 oleh: Jamilia Mohd Marsin Remaja merupakan asset negara yang amat penting. Cita – cita sedari awal usia remaja menjadi salah satu pemangkin pembentukan generasi bermatlamat tinggi. KALAM juga yakin bahawa dengan mendidik remaja mempunya jati diri yang mantap dapat melahirkan generasi yang bangga dan sayang akan bangsanya. Melalui Program Seminar Kerjaya 2011 anjuran Kelab Remaja ISMA (KRIM) Johor di SMK Taman Desa Skudai pda 19 Jun yang lepas, KALAM yang mewakili senibina merupakan salah satu penyumbang dalam Pameran Kerjaya selain dari 5 bidang lain iaitu bidang perubatan, kejuruteraan, sains dan teknologi, perguruan dan perakaunan. Model-model dan album foto milik KALAM menjadi tumpuan para pelajar dan juga ahli jawatan kuasa program tersebut untuk mengenali kursus senibina yang ditawarkan di IPT-IPT di Malaysia terutamanya UTM. KALAM merasa bangga kerana dapat menghulurkan khidmat kepada masyarakat umum dan semoga bangsa kita menjadi bangsa yang bermatlamat tinggi.
Bengkel Senibina Tahunan yang ke-23 yang dianjurkan oleh Persatuan Senibina (ARCHItech) telah berlangsung dengan jayanya pada 12-17 Jun 2011 yang lalu, melibatkan 600 peserta daripada 22 institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia. KALAM juga telah terlibat secara langsung di dalam program ini, di mana KALAM telah melibatkan diri di dalam bahagian pameran yang telah berlangsung di Ruang Pameran 1, B05. Beberapa hasil lukisan terukur seperti poster dan model yang terpilih telah dipamerkan selama 6 hari program tersebut berlangsung. Justeru itu, penglibatan pihak KALAM diharapkan telah dapat memberikan input yang positif dari segi kesedaran kepada pelajar-pelajar senibina dalam pengekalan warisan senibina sejak zaman-berzaman.
Wacana Ilmu KALAM (WIK) adalah siri syarahan yang dianjurkan oleh KALAM dengan tujuan untuk menjadi salah satu wasilah perkongsian ilmu kepada umum. InsyaAllah Wacana Ilmu KALAM akan diadakan setiap bulan sepanjang semester berjalan. Para pelajar, staff akademik dan bukan akademik mahupun orang umum adalah dialu-alukan untuk meramaikan Wacana Ilmu KALAM. Semoga ilmu yang dikongsi dalam siri Wacana Ilmu KALAM dapat dijadikan pengajaran atau tauladan dan dibuahkan dalam bentuk amalan.
wacana ilmu KALAM
The New Wing of FAB:the untold stories 30 Mac 2011 oleh: Jamilia Mohd Marsin 30 Mac - Alhamdulillah KALAM telah melangsungkan Wacana Ilmu KALAM yang pertama pada 30 Mac yang lalu bertempat di Bilik Seminar Satu, Fakulti Alam Bina. WIK 1 membawakan perkongsian tentang bangunan baru Fakulti Alam Bina yang tersergam megah di hadapan Linkaran Ilmu, UTM. Ar. Zawawi Zainuddin daripada Era3 Architects yang bertanggung jawab ke atas keberlangsungan projek ini telah bermurah hati melapangkan masanya bersama para hadirin yang terdiri daripada pensyarah, pelajar dan staf FAB dalam WIK yang bertajuk The New Wing of FAB: the Untold Stories. Perkongsian beliau tentang pengalamannya dan masalah-masalah yang dihadapi ketika mereka bentuk bangunan baru FAB diikuti dengan sesi soal jawab dan diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Ar.Zawawi oleh pengarah KALAM, YM Dr.Raja Nafida.
Ar.Zawawi, Era3 Arkitek
sidang hadirin dari kalangan pensyarah, pelajar dan staf sokongan
Kembara Sejarah ke Selatan Thailand 20 April 2011 oleh: Jamilia Mohd Marsin 20 April - Wacana Ilmu KALAM kembali lagi pada bulan April dengan membawakan kisah kembara sejarah ke Selatan Thailand. En.Fawazul Khair yang sedang melengkapkan PhDnya tentang hulu keris telah berkongsi tentang pengalamannya ke Selatan Thailand dibawa dalam bentuk penceritaan bermula daripada menyeberangi sungai ke Golok hingga sampai ke beberapa tempat yang dilawati di selatan Thailand.
hadirin yang datang jauh dari negeri Cik Siti Wan Kembang
Pengalaman beliau ke Perkongsian ini juga menyingkap peranan kita sebagai rakyat Malaysia terutamanya kepada para muslimin dan muslimat agar peka dengan nasib saudara kita yang ditindas di negara jiran.
penyampaian cendera hati kepada En Fawaz dari pengarah KALAM
S ekalung T ahniah ANUGERAH DARJAH SETIA NEGERI SEMBILAN oleh DYMM Tuanku Muhriz Tuanku Munawir Pengarah KALAM YM Dr Raja Nafida binti Raja Shahminan pada 15 Januari 2011
ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG 2010
Dr. Aminatuzuhariah Bte Megat Abdullah Dr Khairul Anwar Bin Mohamed Khaidzir
kajian.lukisan.
terukur
di.Melaka.bersama.S.P.A.C.E Seramai 36 orang pelajar Sarjana Muda Senibina yang mengambil matapelajaran Warisan Senibina Malaysia telah menjalankan Program Lukisan Terukur di Melaka. Tumpuan kajian adalah terhadap 18 buah bangunan warisan yang terdapat di dalam kawasan Bukit St Paul. Pelajarpelajar ini telah dibawa ke tapak kajian oleh pensyarah yang juga penyelaras matapelajaran, Dr Raja Nafida binti Raja Shahminan bagi meninjau bangunan kajian seterusnya mengumpul maklumat yang diperlukan. Bangunan-bangunan yang dikaji merupakan bangunan tinggalan penjajahan Portugis, Belanda dan Inggeris yang masih berdiri kukuh di tapak kajian.
kajian.lukisan.
terukur
sesi.2011.2012 Program ini merupakan program tahunan KALAM yang dijalankan dibawah subjek Warisan Senibina Malaysia. Untuk sesi 2011/2012, kajian tapak dijalankan sewaktu cuti semester iaitu pada 19 Jun sehingga 3 Julai 2011. Seramai lebih kurang 50 orang pelajar telah mendaftar matapelajaran ini dan mereka di tempatkan di 3 zon yang berlainan. 4 kumpulan yang terdiri daripada 21 pelajar telah menjalankan kajian di Daerah Wajo’ dan Bone, Sulawesi Selatan. Di sana mereka menjalankan kajian terhadap 4 buah rumah adat masyarakat Bugis. Pensyarah, Dr Alice Sabrina binti Ismail, Encik Saifuddin bin Abdullah dan seorang Pegawai Penyelidik KALAM, Cik Jamilia binti Mohd Marsin telah menyelia pelajar tersebut sewaktu mereka di Sulawesi Selatan.
Terengganu
sesi.2011.2012
terukur
Manakala 3 kumpulan yang terdiri daripada 15 orang pelajar lagi menjalankan kajian terhadap 3 buah rumah masyarakat Bugis di Daerah Pontian dan Benut. Kumpulan ini di selia oleh Dr Gurupiah binti Mursib dan Encik Fawazul bin Ibrahim.
g a l e r i kajian.lukisan.
3 kumpulan yang terdiri daripada 15 pelajar dihantar ke Besut, Terengganu . Mereka menjalankan kajian terhadap sebuah istana dan 2 buah rumah tok guru agama di kawasan Kampung Raja, Besut. Besut dipilih kerana ia pernah merupakan Bandar di raja suatu masa dahulu. Dr Raja Nafida Raja Shahminan dan 2 orang Pembantu penyelidik KALAM iaitu Norazila binti Kamaruzaman dan Ungku Nurhaniz binti Ungku Mohd Aziz telah menyelia pelajar tersebut di tapak.
Benut.Pontian.Johor
Wajo&Bone SulawesiSelatan
kursus bengkel
DATUK LAT CARTOON WORKSHOP
Oleh: Fadhlina Ahmad
Pada tanggal 19-21 Februari 2011, Fakulti Alam Bina (FAB) dengan kerjasama KALAM dan panel tesis Regionalism telah menganjurkan “Bengkel Kartun Bersama Datuk Lat” yang melibatkan sesi bengkel melukis dan ceramah bersama Datuk Lat serta pertandingan melukis kartun. Kehadiran pelukis komik tersohor negara Datuk Lat ataupun nama sebenarnya, Datuk Mohammad Nor Khalid selama 3 hari itu telah menarik ramai minat peserta yang terdiri daripada oleh para pelajar dan staf Fakulti Alam Bina serta anak-anak staf FAB.
Pemenang Pertandingan Melukis Kartun Kategori “WIRA ALAM BINA”: Pertama: Vincent Lai Kedua: Mohd Fakhri Ketiga: Mohd Amirul Ridzuan Marak Kategori “PERIBAHASA” : Pertama: Chong Eng Kee Kedua: Mohd Nor Uzair Ketiga: Uwais Al-Qarani Diharapkan penganjuran bengkel seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang, serta dapat memberi informasi dan input positif kepada pelajar-pelajar, seterusnya menjana minda yang kreatif serta inovatif kepada perserta-peserta.
kursus bengkel
REVIT WORKSHOP
Bagi membantu pelajar yang akan mengambil matapelajaran yang ditawarkan, Pusat KALAM telah mengambil initiatif untuk mengadakan Bengkel Aplikasi Revit pada 23 hingga 25 Mei 2011. Bengkel ini telah di kendalikan oleh pensyarah yang juga Pegawai Teknologi Maklumat KALAM, Encik Azari bin Mat Yasir yang merupakan Pelatih Bertauliah Revit. Seramai 40 orang pelajar telah menyertai bengkel ini yang di jalankan dengan usahasama Institut Sultan Iskandar (ISI). Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi membantu pelajar menguasai aplikasi Revit bagi menggantikan aplikasi CAD yang digunapakai dalam matapelajaran.
SEMINAR TEKNIKAL LUKISAN TERUKUR Seminar ini telah di adakan di Bilik Seminar, Fakulti Alam Bina pada 26 Mei 2011. Seramai 40 orang pelajar menghadiri seminar ini dan terdiri dari pelajar yang mendaftar untuk mengambil matapelajaran Warisan Senibina Malaysia. 4 orang pensyarah matapelajaran iaitu Dr Raja Nafida binti Raja Shahminan selaku penyelaras, Dr Gurupiah binti Mursib, Encik Fawazul Khair bin Ibrahim dan Encik Saifuddin bin Abdullah telah memberikan penerangan mengenai proses kajian seperti kajian tapak, penulisan report, fotografi bangunan dan rekaan poster pameran.
PROGRAM KALAM AKAN DATANG
Sila hubungi Sekretariat Program untuk maklumat lanjut: anjuran:
KALAM
Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu Jabatan Senibina, Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru, Malaysia
Cik Jamilia Mohd Marsin 07-55305311 utmkalam@gmail.com facebook: Kalam’ UTM
atau layari: http://utmkalam.wordpress.com
KALAM
Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM) Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia http://www.fab.utm.my/Kalam.html http://utmkalam.wordpress.com tel: 07-5530511 utmkalam@gmail.com