F
O I
T K
S
O Y
E N
#1
YANI
AISSY
KHAL
Zine FOTOFIKSYEN #1 Antologi eksperimental fiksyen via foto © Yani, Aissy, Khal 2017
Fotofiksyen kali ini bukanlah sambungan naratif dari zine yang sebelum, tapi cubaan kedua untuk terus mencari kebolehan foto dan naratif untuk saling berkomunikasi. Sungguhnya, kedua elemen itu terlalu kontra di mana foto difahamkan satu unsur statik yang diperoleh dari realiti manakala fiksyen pula jelas sekali bermain sekitar pemikiran yang lebih abstrak. Cubaan ini berunsur bebas, layaknya ia tidak punyai makna yang betul atau salah – hanya sekadar satu variasi dalam pengolahan idea. -Editor
Emel karya/maklumbalas/dll ke boekbong@gmail.com
KANDUNGAN Yani Gyeoul - Musim Salju Aissy Aku & Kelasku Khal Bonita
Fotofiksyen ni dibuat tanpa dirancang, ia adalah koleksi gambar rawak yang mampu disusun dan kemudian diolah menjadi cerita. Aku mengambil inspirasi dari masalah mental iaitu, SAD(Seasonal Affective Disorder) atau bahasa mudah ialah depresi pada musim tertentu terutamanya musim sejuk. Mungkin cerita ini tidak menggambarkan keadaan depresi seluruhnya, tetapi diharap dapat memberi sedikit kesedaran terhadap masalah-masalah kesihatan mental di sekeliling kita. Semoga musim ‘sejuk’ kali ini tidak mampu mendinginkan hati dan fikiran kita.
-Yani
GYEOUL - MUSIM SALJU oleh Yani
Disember 2012 Kosong. Pada saat semuanya bergerak, aku masih statik di situ. Seperti pokok yang makin kehilangan daunnya, aku kehilangan diriku dalam banyak hal.
Orang- orang yang semakin asing dan aku yang mengasingkan diri. Aku ingin menyelamatkan diri, tapi kabut yang membuatkan aku hilang tujuan. Seluruhnya gelap dan menyedihkan.
Polisterin beserta sisa nasi ku kuis, meraba bungkusan dari pakcik penghantar tadi, barangkali orang pertama yang ku jumpa sejak berbulan lalu. Tertera initial D di bungkusan itu, perlahan aku buka.
“ Aku tahu kau menggemari waktu bunga mengembang. Aku mungkin sudah tiada sisi kau, tapi mari ku bawa kau. -D� Tulisan yang ku kenal. Kalau aku mencintai waktu bunga mengembang, kau mencintai saat daun menguning. Kata kau bunyi daun dipijak itu mengasyikkan. Dan kau juga pergi pada waktu daun gugur menguning di tanah.
Januari 2013 Hari masih gelap. Sebin memulas stereng dengan cermat. Aku diam menghela nafas. Tangan aku masih memegang peta yang aku ambil dari meja hotel. Menggosok mata yang penuh lingkaran hitam. Daun masih belum kelihatan di sekeliling. Semuanya suram dan sejuk. Rasa sedih, kehilangan dan takut bercampur baur. ‘Ada yang harus aku cari’ sekadar gumam dalam hati. Tangan mengurut bahu perlahan. Sakit makin menyucuk.
Setelah hampir 2 jam, kereta diberhentikan di kawasan lapang penuh batu dan lopak air. Aku pantas menuruni kereta menuju ke kaunter tiket meninggalkan Sebin yang protes kerana bangun awal pagi.
“Mian (maaf). Kali ini saja.� 2 keping tiket bertukar tangan. Pemuda yang menunggu di depan pintu tersengih menggenggam tiket.
Bunga-bunga segar di taman. Aku menyusuri lorong-lorong kecil yang kiri kanannya penuh bunga berwarna merah putih. Aneh taman ini bagai mengatasi hukum alam. Daun-daunnya segar hijau layaknya seperti betul-betul musim bunga. Aku masih ingat nota-nota yang kau selitkan bersama peta.
“ Kau harus melawan. Pergilah mencari cahaya. Jangan lagi mengurungkan diri kau dalam gelap seperti dulu. Setiap daun yang gugur pasti akan tumbuh. Lihatlah dia sebagai harapan kau untuk melawan. -D�
Mataku melilau ke sekeliling mencari hinggalah menangkap pandangan Sebin.Dalam protes, aku tahu dia lega bila aku mahu melihat matahari selepas berbulan. Mengimbau nota terakhir yang aku baca. Gambar tulisan gegantung bertulis ‘Healing’. Ada tulisan tangan di belakangnya, ‘Jangan putus harapan, Teruskan berjalan’
Aku meneruskan perjalanan mendahului Sebin. Aku tidak tahu ke mana lorong itu membawa kami. Sebin masih membebel, menyaran aku harus selalu melihat matahari. Aku tahu itu. Aku tahu cara merawatnya, tapi bagaimana aku mampu menyelamatkan diri dari kesedihan tiap kali suasana semakin suram dan sejuk membeku?
Orang ramai mula berpatah balik, mungkin inilah destinasi terakhir. Aku pegang dada. Bukan sakit. Bukan juga rasa kosong seperti berbulan lepas. Tulisan gegantung “ Kamu baik saja, kan?� aku tatap lama.
Kau masih berbicara dengan aku, D? Terima kasih mengambil tahu. Kamu pun baik juga di sana, kan?
Ia seorang yang belum bisa mengenal huruf dengan baik, tapi menjadi pimpinan dalam kelompok belajarnya. “Kaki sebelah kanan untuk menendang bola, kaki kiri untuk berlari kencang,�
-Aissy
AKU & KELASKU oleh Aissy
Hari ini, pola pikir anak didik telah diseragamkan oleh sistem pendidikan yang dibuat oleh negara. Semua dikendalikan dengan nilai dan atmosfir kelas yang kaku. Padahal, Tuhan telah menciptakan manusia dengan ragam keunikan yang berbeda-beda. Setiap manusia dibekali pola pikir yang berbeda pula untuk menyerap pengetahuan di alam semesta.
Begitu juga dengan daya khayal yang lahir untuk mewujudkan cita-cita. Dan semua itu telah digunakan oleh setiap manusia sejak usia dini.
Dari ruang pendidikan tempat saya mengajar, beragam keunikan menjadi visual keseharian saya. Seperti beberapa murid yang hanya menggunakan sepatu di kaki kanan saja ketika bermain. “Kaki sebelah kanan untuk menendang bola, kaki kiri untuk berlari kencang,� kata mereka kepada saya.
Murid yang lain pun tak kalah unik. Ia seorang yang belum bisa mengenal huruf dengan baik, tapi menjadi pimpinan dalam kelompok belajarnya. Lapangan di sekolah telah menjadi laboratorium bersama bagi murid-murid. Memainkan pasir-pasir, ranting kayu, berlarian kesana kemari, dan berloncat-loncatan adalah sajian di luar kelas setiap harinya.
Murid-murid di sekolah ini telah memperlihatkan bahwa sekolah adalah tempat yang menyenangkan. Belajar dan bermain menjadi ruang yang tak terpisahkan untuk mengasah pola pikir masing-masing murid. Sejatinya fitrahnya, pikiran setiap manusia memang tak bisa diseragamkan.
Saya, belajar banyak dari mereka.
Apabila foto berpasangkan fiksyen, ia seolah memfoto narasi penulis yang datang dari pelbagai sudut. Yang mana boleh diolah dengan semua deria sama ada secara berasingan atau bersama - terpulanglah kepada pembaca. Fotofiksyen aku ini tidak lagi punyai hujung, foto-fotonya diibaratkan seperti peta fikiran Si Bonita yang masih lagi mencari.
-Khal
BONITA oleh Khal
Ini Bonita.
Kalau cantiknya satu satu perkara itu pada rupa, mungkin Bonita ini tidak tergolong dalam kategori ‘cantik’ itu, tapi cantik Bonita ini serba melengkapi. Dari hujung rambut ke hujung kaki, Bonita mempunyai perwatakan sendiri. Putihnya bukanlah putih tiada cela, seperti kegilaan orang yang inginkan efek ‘flawless’ dengan bedak asas putih yang tebal, dimana jika dijentik nescaya berdebu-debu satu dunia.
“Apalah sangat dengan cela!” Bonita kadangnya berkata-kata. Baginya, cela bukanlah celaka.
Pada hari-hari yang biasa, Bonita ini memang suka tidur. Dan setiap kali dalam tidurnya, dia tidak akan pernah terlepas dari mimpi-mimpi. Dari mimpi jatuh katil ke mimpi jatuh cinta, Bonita memang akan sentiasa bermimpi yang macam macam. Tapi dalam keriangan mimpi ketawa, ada juga yang menggarut jiwa. Mungkin dalam waktunya bermimpi itu, dia seolah berada dalam dunia yang tidak setara dengan yang lain, dunianya yang satu, dan itu dianggap dunianya seorang.
Mungkin juga itulah antara sebab mengapa Bonita rela memilih untuk luangkan masanya dengan tidur dari berjaga, kerana dalam tidur dia seakan bebas bernafas dan setiap kali bermimpi buruk dia hanya perlu bangun. Lega. “Oh, mimpi rupanya.�
“Black dust in orbit..cascades down like a parachute..bricks on my shoulders..this gravity hurts when you know the truth..da..da..da� Bonita menyanyi perlahan, earphone di kedua-dua belah telinganya, mata tertutup.
Dia dapat merasakan pergerakan di sekeliling, laju mengikuti arus. Arus apa? Entah, dia pun keliru. Yang penting, semuanya berjalan pantas – tanpa toleh kiri dan kanan, terus saja menuju ke hadapan. Bonita asyik dengan lagu-lagu yang bermain di telinganya, kepalanya bergerak mengikut rentak rancak.
“Hai awak.”
Bonita terkejut. Lengan kanannya terasa sedikit hangat, seperti ada yang menyandar rapat. Dia membuka mata dan toleh ke kanan, seorang lelaki berbaju putih jarang, berdiri di sebelahnya. Bonita berfikir sendiri jika dia sebenarnya mengenali lelaki ini, kerana jika diteliti dari segi fizikal rupa lelaki itu memang tidak ada langsung dalam memori. Bonita cabut salah satu earphonenya dari telinga, masih lagi bingung dengan kehadiran lelaki asing itu.
“Awak ni siapa, ya?� Tanya Bonita. Lelaki itu hanya senyum dan mencapai sesuatu di poket belakang seluar khakisnya.
“Hm, dah kenapa mamat ni. Datang dekat dekat, dahlah pakai baju putih jarang nampak puting! Ish.� Bisik Bonita dalam hati.
Lelaki itu mengeluarkan satu sampul surat yang berwarna emas dengan nama Bonita ditulis rapi berangkai. Namanya sahaja tulisan yang berada di atas sampul surat kecil itu, kelihatan belum lagi dibuka oleh sesiapa.
“Ini untuk awak. Dan awak tak perlu tahu saya siapa, saya hanya menyampaikan isi dalam sampul surat ini sahaja kepada yang berkenaan. Dan salah seorangnya ialah Cik Bonita.� Kata lelaki itu, lembut, sambil tersenyum.
Bonita terkejut, dan bingung dengan apa yang dikatakan oleh lelaki misteri tersebut, seolah-olah macam dalam mimpi. Tapi dia yakin, ini bukan mimpi. Tidak, dia pasti ini bukan mainan mimpi-mimpinya. Dia lihat sekeliling dan masih lagi berada dalam keramaian yang sibuk, keramaian yang masih lagi terkejar-kejar akan masa.
Sebelah earphonenya masih lagi tergantung di telinga kirinya, memainkan lagu Lola Marsh yang bermelodi gembira. “Sunday morning i wake up..you’re beside me breathing so loud..� Memang tak kena langsung dengan situasi sekarang, memang hari ini hari Ahad tapi yang bernafas kencang sekarang hanyalah Bonita.
Bonita menarik cabut sebelah lagi earphone yang masih di telinga kirinya dan toleh kembali ke lelaki tadi. Dia hanya melihat lelaki itu lama sebelum dia perlahan mengambil sampul surat emas bertulis namanya dari tangan lelaki misteri, berbaju putih jarang itu.
“Kejap.Ok, kejap. Kejap. Takpelah kalau awak tak boleh bagitahu awak ni siapa, tapi ini untuk apa?” Tanya Bonita, sedikit panik dalam suaranya sambil menunjukkan sampul surat emas itu. “Cik Bonita, awak tak perlu takut. Isi kandungan sampul ini bukanlah apa apa yang bahaya, sebaliknya untuk kebaikan awak sendiri.” Memang lembut suara lelaki misteri itu, dengan nada yang sangat konsisten dan yakin.
Sambungnya lagi, “This is the real shit.”
Dan dia beredar. Tidak berbunyi tapak kasutnya menghentak lantai konkrit, perlahan saja, selembut suaranya. Bonita terpaku, buntu, dan mindfucked. Tak sangka hari yang bermula santai, berubah menjadi satu pertanyaan. Kalau soalan yang mempunyai jawapan takpe juga, tapi situasi Bonita ini Google pun tak boleh nak huraikan. Dia berdiri seorang di situ melihat lelaki tadi pergi, sehingga baju putihnya tidak lagi kelihatan. Hilang dalam keramaian.
“Bon, relaxlah sampul surat je pun. Kau bukak, habis cerita. Tengok apa dalam.� Suara kecil Bonita bermain-main di fikiran, mengarahnya itu ini.
Bonita selalu terfikir juga, suara kecil yang selalu rancak berborak di kepalanya itu apa, siapa, dari mana? Takkanlah dirinya sendiri, bukan main banyak tanya kalau dia nak buat apa-apa. Kalau dia tak buat apaapa pun, nak tanya jugak! Seakan entiti lain yang melihatnya setiap masa, tanpa ada langsung rasa hormat terhadap ruang privasinya. Tapi apa boleh buat, memang dari kecil suara-suara itu ada, tinggal, makan, tidur, dan hidup bersamanya. Dia sudah biasa. Seakan sudah terlalu sebati dalam dirinya. Tapi bagus juga, sebab kadang-kadang tu, dia boleh ‘berbincang’ tentang sesetengah perkara yang dia sendiri tak pasti nak buat apa. Contohnya macam hal sampul surat emas inilah!
Pernah ada satu masa Bonita memerlukan sedikit wang lebih untuk satu projek kecil yang dia jalankan. Dia sudah tidak tahu dari mana lagi dia hendak mencari duit lebih, duit bulanannya pun hanya cukup-cukup ngam untuk dia hidup sehari-hari. Dalam fikirannya, memang dia tekad hendak mencari kerja sampingan yang boleh dilakukan supaya dia dapat kumpul jumlah wang yang dia perlukan itu.
Dalam usahanya mencari kerja sampingan, dia ditakdirkan bertemu dengan seorang jejaka kacak, bernama Duda.
Duda. Seorang lelaki yang sudah agak berumur, diantara rambut hitamnya ada helaian rambut putih yang selalunya akan membuatkan seseorang itu tampil tua, tapi untuk Duda, ia menimbulkan elemen elegan terhadap dirinya. Takdir. Bonita sering berfikir tentang soal takdir diri. Apakah maksud di sebalik setiap pertemuan dan kejadian yang berlaku? Memang kadang-kadang tu, dia tidak pernah sangka apa yang boleh berlaku. Dan juga, apa yang mampu takdir bentukkan untuk dirinya.
Bagi Bonita, soal takdir terlalu hipotetikal lagi lagi kalau nak difikirkan bagaimana takdir ini berfungsi, ada takdir yang bersebab, ada pula yang sampai ke sudah tak tahu sebabnya. Dia berfikiran yang mungkin lebih senang untuk individual kebanyakan berpegang kepada klise yang mudah diterima pakai bahawa ‘Kalau dah takdir, nak buat macam mana? Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya.’
Tapi Bonita tidak pernah percaya pada klise itu. Dia tidak rasa takdir itu terlalu mudah.
Duda memberitahu Bonita pada ketika itu, yang dia mempunyai satu kerja untuknya. “Kerja senang, duit pun senang, no big deal.� Kata Duda lagi, meyakinkan Bonita untuk kerja dengannya. Bonita ada sedikit tidak senang dengan kerja yang Duda mahu dia lakukan itu. Bukan apa, dia memang tidak selesa berada di hadapan kamera. Seakan kekok bila ada yang memfoto gerak gerinya. Baginya ia sesuatu perasaan yang tidak bebas, diperhati secara teliti untuk dijadikan dokumentasi.
“Saya...fikir dulu ya?� Jawab Bonita.
Duda ialah seorang penggiat seni yang suka memfoto sisi-sisi feminin, dari berbagai sudut dan ruang untuk hasilkan imej-imej artistik sebagai koleksi. Koleksi untuk apa? Itu kena tanya Duda sendiri. Tapi Bonita tidak pernah pula ajukan soalan tersebut kepadanya sepanjang dia bekerja dengan Duda. Dalam satu sesi, mereka akan menghabiskan masa lebih kurang tiga atau empat jam bersama untuk mendapatkan foto-foto unik dari gerak tari Bonita.
Tapi Bonita bekerja dengan satu syarat. Duda tidak boleh sesekali memfoto mukanya, dia mahu tampil di imej-imej Duda sebagai satu elemen abstrak yang tidak beridentiti atau lebih tepat lagi, dia tidak mahu sesiapa mengenalinya jika ada yang melihat foto-fotonya itu. Dan sesetengah dari imej yang mereka hasilkan memang puitis, walaupun tidak berkata-kata.
Pada mulanya, memang perkenalan mereka hanya sekadar berasaskan kerja. Tidak pernah lebih daripada itu. Tapi setelah beberapa kali melakukan sesi penggambaran, Bonita dapat rasakan yang kadangnya Duda berkelakuan lain dari yang biasanya. Dia menjadi lebih intim, dan sering memuji-muji. Ada masa juga, Duda cuba memfoto muka Bonita dalam diam untuk simpanan peribadi. Mungkin tidak bermaksud apa-apa untuk Duda melanggar syarat yang telah dipersetujui oleh mereka berdua, tapi bagi Bonita, dia rasa Duda telah mengkhianati janji.
Jika sebelum ini foto-foto yang mereka hasilkan ialah imej abstrak tidak punyai identiti, kini imej-imej tersebut ialah dirinya. Satu entiti yang tidak melambangkan yang lain, tidak boleh bertukar kisah, sekadar satu memori dari ilusi.
Jadi, orang pertama yang Bonita dapat fikirkan ketika dia terima sampul surat emas itu hanyalah Duda. Dia sudah putuskan segala hubungan komunikasi dengan Duda sejak apa yang berlaku. Dan ya, memang Duda ada cuba menghubunginya tetapi Bonita tetap terus dan terus mengelak untuk beberapa tahun lama sehingga Duda telah pun berhenti mencuba. Bonita fikir bahawa mungkin dia agak keterlaluan dengan tindakan tidak mahu lagi bekerja dengan Duda, dan dia pun sebenarnya telah memaafkan Duda tentang apa yang berlaku. Tapi dia hanya bertindak memutuskan segala hubungan komunikasi dengan Duda kerana Duda sering mendesak untuk bekerja semula dengannya walaupun dia tidak mahu.
Bonita rimas. Tidak bermaksud tidak, tak perlu nak merayu atau membuat janji-janji yang lain untuk ubah fikirannya yang sudah tekad itu.
Tapi difikirkannya balik, betulkah Duda disebalik sampul surat misteri yang dia terima? Serabut, Bonita nekad untuk membukanya.
--Mimpi tidak berpenghujung, tidak juga ia bermula. Kadangnya gelap, kadangnya bercahaya. Kalau bintang yang dilihat, maka itulah takdir yang tersimpan. Belum sempat terolah, menjelang hari untuk dijadikan. ---
Bonita membaca satu persatu perkataan yang tertulis pada poskad di dalam sampul surat emas tersebut. Kemas sungguh tulisan yang terpapar di atas kertas kecil itu, dakwat hitamnya masih pekat walaupun poskad tersebut nampak seperti poskad lama, dimana bucu-bucunya tidak lagi tajam termakan oleh lipatan-lipatan kecil yang agak kusam.
Tidak bersetem, hanya di belakang poskad itu punyai satu alamat yang sangat asing bagi Bonita. Dan alamat yang tertulis itu bukanlah alamat yang berdekatan, alamat jiran sebelah, ataupun alamat rumahnya. Lokasinya memang tidak pernah dketahui oleh Bonita, apakan lagi dia pernah ke situ. Cuma ada satu perkataan di alamat tersebut yang membuatkan Bonita seakan teringat sesuatu, namun dia tak pasti adakah itu dari memorinya sendiri ataupun hanya sekadar imbasan sesuatu yang temporari.
Sudah beberapa hari berganti semenjak Bonita menerima surat aneh yang beralamat asing itu. Bonita tidak boleh duduk dengan senang memikirkan perihal poskad tersebut. Jika sebelumnya dia selesa menghabiskan masanya dengan tidur, tidurnya juga sekarang sudah tidak berapa lena.
Bonita bangun dari tempat rehat menuju laju ke arah tingkap biliknya yang terbuka luas. Setiap pagi memang menjadi rutin untuk Bonita menolak dua pintu kecil di petak dinding biliknya itu, demi sehirup udara segar. Sedetik pemandangan hijau, walaupun sesetengahnya telah hilang dikaburi hutan kelabu. Bonita menarik nafas dalam, dan menghembus perlahan keluar, seakan fikirannya juga terheret sekali bersama partikel-partikel kecil yang berada di antara udara di hadapannya. Nafas keduanya pula lebih tenang, berserta hembusan bersifat lega dari yang sebelumnya. Dia cuba memandang jauh ke arah gunung-gunung berpasangan, seakan kuat berpegangan tangan supaya tidak dipisahkan oleh pihak ketiga.
“Aku akan mencari sehingga ke hujung titik alamat ini, dan apa pun yang akan terjadi, terjadilah!� Bonita menarik nafas dalam sekali lagi dan tutup tingkap.
Dicapai beg galasnya yang berwarna coklat gelap dan mula mengisikannya dengan barang-barang keperluan seharian. Beberapa helai pakaian, sedikit makanan, dan kamera kompaknya. Bonita bukanlah seorang yang selalu mengembara jauh dari tempat tinggalnya, tapi dia fikir mungkin dia tidak perlu banyak untuk hidup sehari-hari. Cukup berbekalkan sedikit keperluan diri dan wang.
Dan terusnya Bonita keluar meninggalkan rumah untuk memulakan pencarian alamat pada poskad itu, dan maksud kepada setiap perkataan yang tertulis rapi keratannya.
FOTOFIKSYEN #1
Emel karya/maklumbalas/dll ke boekbong@gmail.com