Dengan kerjasama daripada Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dan CCM Pharmaceuticals, HealthToday amat berbesar hati untuk membawa kepada anda KAMI PRIHATIN, risalah bersiri ekslusif yang berfungsi sebagai sumber penting mengenai kanser dan mengandungi nasihat praktikal untuk menangani kanser dengan berkesan. Matlamat risalah bersiri ini adalah untuk menggalakkan kesedaran awam tentang kanser, sekaligus meningkatkan kualiti penjagaan kanser di kalangan pesakit dan penjaga.