Kata Pendahuluan Penerbit
Secara kebetulan pada tahun 2007, saya berada di Bandar Rasulullah s.a.w. Telah menjadi kebiasaan bagi saya sejak dahulu lagi apabila melancung ke sesebuah bandar saya pasti akan singgah ke semua kedai bukunya. Dan dalam hal-hal buku, Madinah mendahului yang lain. Di dalam kedai buku di Madinah, seseorang akan berjumpa dengan semua terbitan literasi yang terbaru – dan membeli-belah untuk buku, sudah pasti merupakan perkara untuk menghabiskan masa yang menjadi kegemaran saya. Pekerja-pekerja di kebanyakan kedai-kedai buku yang berdekatan Masjid Nabi ini mengenali saya secara peribadi disebabkan banyak hasil terbitan Darussalam boleh didapati di kedai-kedai buku ini. Suatu hari, semasa saya singgah di salah sebuah kedai ini, di parapara bukunya saya terlihat buku bertajuk, ‘Enjoy Your Life’. Hanya ketika saya hendak mengambil buku itu, Abu ‘Abdullah menyapa saya, beliau memeluk saya dan bertanya, ‘Bilakah kamu sampai? Berapa lama kamu akan berada di sini?’ Dalam masa yang sama saya terus mencapai buku tersebut….Abu ‘Abdullah, berasal dari Yaman, telah lama terlibat di dalam pasaran buku ini. Beliau ialah salah seorang pengedar Darussalam. Beliau perasan buku yang berada di tangan saya dan berkata, ‘Buku ini sangat hebat. Jika anda ingin menerbitkan terjemahannya, ia akan dianggap satu lagi terbitan berharga kepada kumpulan buku Islam antarabangsa’ Beliau menambah lagi sambil memegang tangan saya, ‘Buku ini telah mencipta rekod dalam penjualannya’ Kemudian, di dalam bilik hotel, saya mula membaca buku tersebut. Semakin saya membacanya sehelai demi sehelai, saya menjadi semakin melekat dengannya. Tidak hairanlah kerana subjek buku itu sendiri merupakan perkara yang paling menarik minat saya. Penyelesaian terhadap semua masalah kepada umat Islam ada ter-
6