Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan Pelaksanaan KBAT di Sekolah
KANDUNGAN:
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 -2025 merupakan satu pelan strategik jangka panjang yang mensasarkan kualiti pendidikan Negara dipertingkatkan dalam tempoh 13 tahun dengan pelaksanaan tranformasi pendidikan secara menyeluruh. Lima (5) aspirasi sistem dan enam (6) aspirasi murid telah dikenalpasti sebagai pemangkin untuk memacu kecemerlangan pendidikan Negara di masa hadapan. Antara keberhasilan daripada pelaksanaan transformasi pendidikan ialah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
berhasrat untuk meletakkan Negara dalam
kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan Pelaksanaan KBAT di Sekolah Persekitaran Pembelajaran KBAT Ciri-ciri Murid KBAT Ciri-ciri Guru Yang Menggalakkan KBAT Cadangan Bilik Darjah KBAT Perkongsian Amalan Terbaik Pelaksanaan KBAT: Peranan SISC+ Pelaksanaan KBAT di dalam Bilik Darjah: SMK Putrajaya Presint 8(1)
TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun. Bagi mencapai hasrat tersebut, semua pihak perlu saling menyokong serta memainkan peranan masing-masing. Guru-guru khususnya perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran
serta
amalan-amalan
baru
pengajaran
dan
pembelajaran yang relevan dengan perkembangan dan keperluan abad ke-21, kemahiran berfikir yang merentas semua disiplin ilmu dalam kalangan murid perlu diberi keutamaan. Kemahiran berfikir guru dan murid terutama dalam konteks Kemahiran Berfikir Aras Contoh aktiviti KBAT yang dilaksanakan di dalam bilik darjah
Tinggi (KBAT) merupakan perkara keperluan atau keutamaan dalam menentukan kejayaan transformasi pendidikan seperti yang digariskan dalam PPPM 2013-2025.
Di bawah PPPM, guru-guru diberi sokongan dalam bentuk Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD), Latihan dalam Perkhidmatan (LDP) dan bantuan daripada SISC+ untuk mengaplikasi KBAT dalam PdP. Perkongsian dalam Professional Learning Community (PLC) juga merupakan salah satu cara bagaimana guru boleh meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tentang KBAT, selain pembelajaran akses kendiri. Pentadbir sekolah dan ibu bapa juga diberi sokongan untuk membantu mengaplikasi KBAT melalui hebahan media dan sesi interaksi dasar-dasar Kementerian