PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PARAS 7, BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA 50604 KUALA LUMPUR
Tel : 03-2586900 Fax : 03-2535150
KP(BS) 8591/Jld.XVII (1) 12 Januari 2001
Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 1/2001 : Pemilihan Pakej Pengkhususan Sains dan Teknologi Sekolah Menengah Atas Kementerian Pendidikan Malaysia sedang berusaha untuk meningkatkan bilangan pelajar yang mengambil pengkhususan Sains dan Teknologi bagi memenuhi keperluan sumber manusia dalam bidang ini pada masa hadapan. Bagi mencapai matlamat ini nisbah 60:40 pelajar Sains dan Teknologi dan pelajar Sastera hendaklah dicapai. 2. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah hendaklah memainkan peranan untuk menggalakkan pelajar-pelajar yagn mendapat kelulusan Sains dan Matematik yang baik dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) supaya mengambil pakej-pakej pengkhususan yagn berorientasikan Sains dan Teknologi. Bagi tujuan ini, semua Pengetua, Kaunselor dan guru-guru lain perlulah memberi bimbingan dan nasihat kepada pelajarpelajar berkenaan supaya memilih pakej pengkhususan yang mirip kepada Sains dan Teknologi. 3. Pihak sekolah juga disarankan supaya menetapkan bilangan pelajar yang mengambil pengkhususan Sains dan Teknologi untuk setiap tahun supaya akhirnya nisbah pelajar yang mirip Sains dan Teknologi dan Sastera dapat direalisasikan. Justeru, pihak sekolah perlulah berusaha meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di peringkat menengah rendah agar lebih ramai pelajar berminat untuk mengambil pengkhususan Sains dan Teknologi di peringkat menengah atas. 4. Sebagai panduan, bersama-sama ini disertakan contoh-contoh kombinasi mata pelajaran bagi pengkhususan Sains dan Teknologi yang boleh ditawarkan kepada para pelajar. 5. Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan surat pekeliling dan surat siaran yang berikut : (a) Surat Siaran KP(BPPP)4/189Jld.II(1) bertarikh 19 Mac 1997, Peningkatan Pelajar Sains dan Teknikal Di Sekolah Menengah.
Dasar
(b) Surat Pekeliling Ikhtisas KP(BS)8591/Jld.XIV/(11) bertarikh 14 Mei 1998, Pelaksanaan Penggunaan Peralatan Antara Muka Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains Sekolah Menengah. (c) Surat Pekeliling Ikhtisas KP(PPK)01810/Jld.9(32) bertarikh 29 Disember 1999, Pemilihan Mata Pelajaran Elektif Sekolah Menengah Atas.