RASIONAL LOGO
POLYSEA (Anugerah Kecemerlangan Sukan Politeknik) merupakan anugerah tertinggi Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti kepada atlet Politeknik Malaysia sebagai penghargaan di atas sumbangan dan kecermelangan mereka dalam pembangunan sukan di pentas kebangsaan dan antarabangsa selain menghargai jasa mereka disamping dapat dijadikan dorongan dan motivasi kepada para atlet dan pegawai. Jesteru, satu logo telah dilancarkan pada 06 Mei 2017 di Hotel Sama Sama, KLIA sebagai penjenamaan semula POLYSEA sebagai satu acara sukan yang lebih berprestij dan eksklusif.
Menggunakan rupa taip serif yang bersifat geometri moden dan bentuk asas bulatan. Bulatan merujuk kepada sifat keseluruhan, kesempurnaan, pergerakkan yang bebas, konsistensi, infiniti, komuniti, bersepadu, harmoni dan melindungi. Dalam sukan, kesemua ini dikaitkan dengan budaya sukan yang aktif dan bersifat global tanpa sempadan budaya, agama dan bangsa. Selain itu, Infiniti dalam sifat asas bulatan merujuk kepada kepercayaan dan jati diri yang ada pada setiap atlet. Konsistensi dalam praktis kemahiran, pengetahuan sukan serta latihan pula adalah merupakan ciri-ciri asas kejayaan seornag atlet. Selain iru, sifat kesukanan tulen dalam diri setiap atlet akan mewujudkan budaya sukan yang lebih sihat dan dapat memupuk intergrasi nasional dalam membentuk masyarakat sihat yang harmonis, saling menghormati dan menghargai anrata satu sama lain
Merujuk kepada 34 institusi politeknik seluruh Malaysia. RASIONAL WARNA TURQUIOSE Ketenangan, komunikasi secara terbuka, minda yang terbuka, gaya semasa, kemajuan teknologi tanpa sempadan, pemikiran jelas dan kestabilan emosi. KUNING (Ton gelap) Ekspresi dan intergrasi antara idea-idea baru. KUNING Keyakinan yang tinggi, keseronokan, fokus, kreatif, sukakan cabaran, kebijaksanaan dan logik. JINGGA Optimis, peningkatan bersemangat
dan
sentiasa
PENGHARGAAN Kementerian Pendidikan Malaysia Jabatan pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti Majlis Sukan Politeknik Bank Islam Pemenang Anugerah Jawatankuasa Pengelola POLYSEA 2018
SEA adalah singkatan pada nama acara Sports Excellence Award. Ia menggunakan rupa taip yang telah diolah kepada rekabentuk yang lebih dinamik dan progresif. Dinamik adalah tenaga dan kekuatan serta mampu membuat penyesuaian dan menerbitkan pembaharuan dan kemajuan. Sukan mendidik seorang atlet agar sentiasa bersemangat, bersunguh-sunguh, berfikiran positif dan aktif bagi mencapai satu prestasi unggul dalam setiap acara sukan yang disertainya. Bentuk progresif pada rupa taip SEA juga melambangkan ciri-ciri yang sentiasa bergerak maju; bertujuan atau berhaluan untuk mencapai kemajuan.