MSM Bicara Muharam 1431H

Page 1

www.msmonline.info

M U H A R A M

Jan 2010 Buletin Rasmi Majlis Syura Muslimun UK & Eire

Tahun 1 / Bil. 1

Perutusan Ameer MSM Sempena Maal Hijrah

A

1 4 3 1 H

ssalamualaikum ikhwah dan Apakah sebenarnya Hijrah? Hijrah bukan akhawat yang dikasihi sekalian. perlarian

Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Muhammad ibn Abdullah, utusan Allah dan penghulu segala nabi.

ŘŒ ‍آ Ů… ŮˆŘŁâ€Ź Saya ingin mengucapkan Selamat Meyambut Maal Hijrah kepada semua ikhwah & akhawat sekalian. Sedar atau tidak, kita telah melangkah ke tahun baru, tahun 1431 Hijriyyah. Mungkin sebahagian kita telah menanam azam baru atau menyambutnya dengan majlis-majlis yang tertentu atau mungkin sebahagian lagi membiarkan ia berlalu begitu sahaja sepertimana hari-hari lain. Apapun sikap dan tindakan kita terhadap kedatangan tahun baru ini, kita sewajarnya menyedari akan sebuah peristiwa penting yang berlaku di dalam lipatan sejarah Islam yang agung.

Sebahagian besar daripada orientalis melihat peristiwa hijrah kaum muslimin ke Yatsrib sebagai satu tindakan melarikan diri daripada penindasan dan kekejaman pihak musyrikin Quraisy. Pandangan ini mungkin juga telah menjalar ke benak pemikiran masyarakat muslim. Kita harus sedari akan kepentingan peristiwa hijrah ini dalam perkembangan Islam dan ia bukanlah tindakan si pengecut. Mana mungkin seorang pengecut boleh menjanjikan kekuasaan terhadap sebuah kerajaan di Parsi. Hijrah bukan lari medan pertempuran. Hijrah langkah strategik Hijrah ke Madinah adalah satu tindakan yang berbeza berbanding hijrah ke Habsyah. Hijrah ke Habsyah adalah bertujuan mendapatkan perlindungan tatkala umat muslimin ditekan dan ditentang habis-habisan oleh pihak musyrikin. Sebelum penghijrahan ke Madinah, Rasulullah telah memulakan dakwah terhadap beberapa penduduk Madinah Bersambung ke muka 2 ‌

Menarik Di Dalam

1

Muka 2 - 3: Perutusan Ameer MSM (samb‌) Muka 4 - 5: Jejak Langkah Yang Ditinggalkan Muka 6 - 7: Kata-kata Hikmah & Puisi Muka 8: Perubahan Kita Adalah Perubahan Hati Muka 9: Meh Datang Dekat Muka 10 - 11: MSM Sana Sini


Perutusan Ameer MSM S ‌ dari muka hadapan

yang diperlihatkan dalam peristiwa Bai’atul Aqabah yang pertama dan kedua. Seterusnya, baginda s.a.w. telah mengutuskan Mus’ab bin Umair dan juga melantik 12 orang naqib dalam usahanya menyebarkan dakwah Islam di Madinah. Hijrah ke Madinah bermula dengan pembinaan asas Islam yang kukuh di dalam masyarakat, menyediakan mereka dari sudut fizikal, mental dan spiritual. Madinah sebuah anugerah Keberhasilan umat Islam dalam menguasai Madinah dan menubuhkan Daulah Islamiyyah yang pertama bukanlah satu perkara magis yang berlaku secara tiba-tiba. Ia adalah satu anugerah daripada Ilahi setelah umat muslimin berusaha bersungguh-sungguh dan melakukan pengorbanan yang besar dengan harta dan jiwa mereka. Mereka telah berhijrah terlebih dahulu Kembali melihat sejarah Islam, kita akan dapati para sahabat r.a. telah lama berhijrah sebelum berlakunya perjalanan ke Madinah. Hijrah yang saya maksudkan adalah perpindahan daripada jahiliyyah kepada cahaya Islam. Mereka telah melalui satu proses revolusi minda dan kefahaman yang membersihkan hati dan akidah mereka. Islam telah muncul dengan mencetuskan revolusi dalam masyarakat Makkah walaupun kita tidak dapat melihat sebarang penentangan fizikal. Hijrah sebuah revolusi manusia Kisah pengislaman Bilal r.a. telah membuktikan bahawa Islam mampu mengubah persepsi dan pemikiran manusia. Beliau telah bebas sebelum dibebaskan oleh Abu Bakar r.a. daripada penghambaan. Bermula daripada individu, Islam juga menganjurkan perubahan dalam masyarakat. Hijrah memperlihatkan ukhuwwah Islamiyyah yang terjelma dalam masyarakat muslim seperti kisah Abdur Rahman Al-Auf r.a. dan Sa’ad bin Ar-Rabi’ r.a. yang dipersaudarakan oleh Rasulullah s.a.w. Islam telah menukar asas-asas ikatan masyarakat dan membina sebuah ummah yang bersatu atas dasar aqidah Islamiyyah. Lantas menghapuskan prejudis qabilah, negara, bangsa, daerah atau warna kulit yang menjadi punca utama pertumpahan darah di dunia ini.

‍ ŮˆŮŽا Ů? ŮŽ Ů?؊‏ Ů? Ů’ ŮŽ Ů’ Ů? Ů’ Ů? ŮŽ ŮŽŮŽ! ‍Ů?ي‏#ŮŽ%ّ‍س ا Ů‘(ŮŽ Ů?'ا ŮŽŘą Ů‘ ŮŽ Ů? Ů? ا‏ Ů? Ů‘ŮŽ*%‍َ ا‏+Ů?,Ů‘ ‍َ َأ‏, Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu dari diri yang satu (Surah An-Nisa’: 1)

2


SM Sempena Maal Hijrah Islam milik siapa yang mahu Islam bukanlah milik sesebuah bangsa atau kaum, baik Arab, Parsi ataupun Melayu. Peristiwa hijrah menunjukkan bahawa Islam akan dimiliki mereka yang beriman dengannya. Selama 13 tahun baginda s.a.w. telah berusaha berdakwah kepada penduduk Makkah, tetapi hanya sekumpulan kecil sahaja yang menerimanya. Dengan keizinan Allah, Rasulullah s.a.w. telah bertemu 6 pemuda yang telah ditentukan oleh Allah menjadi perintis kepada dakwah Islamiyyah di Madinah. Kemudiannya, Islam telah berkembang ke seluruh ruang di Madinah. Mereka telah menyediakan segala kekuatan dan potensi untuk menerima kedatangan Rasulullah s.a.w. untuk memimpin mereka. Islam diterima di tanah yang asing, jauh dari tempat asalnya. Sultan Muzaffar Saifuddin Qutuz dan Salahudin Al-Ayubi pula telah menyelamatkan maruah umat Islam walaupun mereka bukan di kalangan Arab.

ْ ُ َ% َ-ْ ‫َ ُ' ُ'ا َأ‬, َ% َّ ُ. ْ ُ‫َ ْ َ آ‬/ ً ْ'َ1 ْ‫ْ ِ ل‬3َ ْ4َ, ‫َ'ْا‬%ّ'َ َ َ( ‫َوإِن‬ Dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan menggantikan dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (Surah Muhammad: 38) Jelaslah bahawa hijrah merupakan suatu peristiwa yang penting dalam Islam. Hijrah merupakan turning point dalam agenda dakwah, Islam kini telah muncul sebagai sebuah daulah. Daulah Islamiyyah inilah seterusnya menggerakkan usaha dakwah, mengembangluaskan penguasaannya ke seluruh alam. Kita sebagai pekerja-pekerja di dalam Gerakan Islam sewajarnya menyedari akan keadaan umat kini yang memerlukan kepada satu perubahan. Perubahan yang kita maksudkan telah pun dijelaskan melalui peristiwa hijrah ini. Kita akan membawa umat kepada satu era peralihan, daripada penindasan kepada penguasaan. Islam tidak akan tertegak dalam runtuhan jahiliyyah. Islam perlu keluar daripada kebusukan jahiliyyah dan dibina atas tapak yang suci murni. Benih yang baik, tanah yang baik akan menghasilkan tuaian yang baik. Marilah kita insan-insan yang bersama-sama memperjuangankan ad-Din ini berpergian dengan segera apabila perintah untuk berjuang disemboyankan. Kita berjuang untuk kemenangan yang dijanjikan Allah dengan penuh kebijakan strategi dan pergantungan kepada Allah. Marilah kita bersama-sama mempertingkatkan amal Islami dan semoga semangat jihad dan pengorbanan akan sentiasa segar di dalam jiwa kita. Marilah kita mulakan Hijrah, menuju sinar cahaya….

Abdul Azim Ismail Ameer, Majlis Syura Muslimun UK & Eire 1 Muharram 1431H

3


Jejak Langkah Yang Ditingga

S

etiap kali tahun baru menjelang, maka setiap kali itulah kita semua akan membilang umur kita. Sebenarnya sudah melangkah ke alam tua bangka dan bukannya melangkah ke alam muda remaja. Kita masih sibuk lagi dengan menghimpun harta dunia yang tidak pernah habis, membolot dengan lahapnya. Mengaut harta kekayaan selagi hidup dan selagi berkuasa. Mengaut dan memboloti harta dunia dengan rakusan hawa nafsu. Namun kalau harta itu berjaya digunakan ke arah jalan yang baik dan diredhai oleh Allah, maka manfaat besar ke atas diri sendiri amat berbaloi di dunia dan memudahkan perjalanan hidup kita di akhirat.

Maka adapun orang yang melampaui batas dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggalnya. Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari (keinginan) hawa nafsu, maka sesungguhnya, syurgalah tempat tinggalnya. (Surah An Naziat: 37 – 41) Ibnu ‘Athaillah Al-Iskandari, dalam kitabnya (Al-Hikam) mengatakan: “Satu kerugian dan kehinaan yang besar iaitu anda selesai melaksanakan kesibukan dan pekerjaan anda, lalu anda tidak menghadap Allah; dan bebananmu telah berkurang, tapi engkau tidak bergerak menuju (keredaan)Nya. Yakni Kekasih dan Pelindung hamba Jalla Jalaluhu.” Kalau sepanjang hidup dipenuhi dengan kerja-kerja mengumpat dan mencela orang lain, maka faedahnya adalah bahang api yang membakar sehingga melunyaikan segala isi perut dan daging yang membaluti jiwa yang bergelumang dengan dosa yang tidak pernah dihirau sedikit kekesalan pun oleh si pemilik tubuh tersebut. Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela. Yang mengumpulkan harta dan menghitunghitungnya. Dia (manusia) mengira bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya. Sekali-kali tidak!. Pasti dia akan dilemparkan ke dalam (neraka) Hutamah. Dan tahukah kamu apakah (neraka) Hutamah itu?. (iatu) api (azab) Allah yang dinyalakan, yang (membakar) sampai ke hati. Sungguh, api itu ditutup rapat atas (diri) mereka. (sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang. (Surah Al Humazah: 1 – 9) Kalau sepanjang hidup tidak pernah menghambakan diri kepada yang maha Esa, maka saksikanlah nanti apabila kita berhadapan dengan saat-saat nazak yang mana malaikat maut akan datang menghampiri kita dengan begitu ganas dan rakus untuk menyentap nyawa dari tubuh yang selama ini dijaga dan dirawati dengan semoleknya. Jiwa dibiarkan kering dan gersang dengan tiadanya sifat kehambaan kepada yang maha Esa. Selama kita hidup, dibiarnya jiwa kita dibaluti dengan karat-karat mazmumah yang hanya melayakkan jiwa dan tubuh kita dimamah oleh api neraka jahanam. Kalau sepanjang hidup tidak pernah sama sekali bersyukur ke atas nikmat yang dikurniakan oleh yang Maha pemberi Rezeki. Maka tunggulah azab pedih yang akan menanti untuk mengajar diri sendiri supaya lebih menghargai erti kesyukuran. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?. Inilah neraka jahanam yang didustakan oleh orang-orang yang berdosa. (Surah Ar Rahman : 42 – 43)

4


ggalkan... Salam Maal Hijrah Lebih-lebih lagi nikmat Islam yang memang telah menjadi pegangan dan cara hidup kita sejak dari kecil lagi. Terfikirkah kita betapa besarnya hidup dalam Islam. Hidup di dalam keamanan dan sentiasa dinaungi kasih sayang dan rahmat Allah Taala. Banyak sangat nikmat yang telah diberikan oleh yang maha Berkuasa. Bagaimanakah pula nikmat ciptaan ke atas diri kita sendiri?.. Pada hari ini Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku sempurnakan nikmatku bagimu dan Aku redha Islam sebagai agamamu. (Surah Al Maidah: 3) Semoga amal kita semua akan bertambah baik dan molek dengan semangat azam tahun baru. Tahun baru yang datang tetap merupakan tahun baru, tetapi sedarlah setiap kali kedatangan mereka maka setiap kalilah usia kita akan hampir dengan ajal dan maut. Beringatlah demi untuk keselesaan hidup kita di akhirat. “Manfaatkanlah lima masa sebelum datang lima masa; Masa hidup kamu sebelum datang saat mati kamu, masa sihat kamu sebelum datang masa sakit kamu, masa lapang kamu sebelum datang masa sibuk kamu, masa muda kamu sebelum datang masa tua kamu, masa kamu kaya sebelum datang masa kamu ditimpa miskin.� (Hadis riwayat Imam al-Hakim dan al-Baihaqi dari Ibnu Abbas r.a.) “Tidak akan berganjak dua kaki seorang hamba Allah (dari tempat hisab di padang mahsyar) sebelum ia ditanya berkenaan: Umurnya (yakni masa-masa di sepanjang umurnya), bagaimana ia habiskannya? Ilmunya, bagaimana ia amalkannya? Hartanya, dari mana ia perolehi dan cara mana ia belanjakannya? Tubuh-badannya, bagaimana ia gunakannya?� (Hadis riwayat Imam atTirmizi dari Abi Barzah Nadhlah ibn Abid al-Aslami) Selamat menyambut tahun baru Maal Hijrah 1431H. Surajagat 1431H

5


Sesungguhnya.. kebenaran TIDAK akan memimpin, kebaikan TIDAK akan tersebar, keadilan TIDAK akan tertegak, panji-panji kemuliaan akan jatuh dengan wujudnya orang-orang yang menggadaikan prinsip demi keuntungan dunia dan orang-orang yang bersifat riya’ yang hanya mahu diri mereka dilihat orang, kata-kata mereka didengar, mereka menjadi buah mulut masyarakat, dan boleh mengarahkan orang lain dengan jari telunjuk. . Kebenaran, kebaikan, kemuliaan HANYA akan tertegak dengan ‌ orang-orang yang ikhlas, yang berpegang teguh dengan prinsip, yang boleh mempengaruhi orang lain bukannya dipengaruhi. Mereka adalah orang-orang yang berkorban bukannya mengambil manfaat, memberi bukannya mengambil.

~ As-Syahid Imam Hassan Al-Banna

6


DI RUANG RINDU apalah gunanya sujana tanpa renjana apalah gunanya hamba tanpa tuannya? di sisi pelangi, aku bersendiri mencari rohku yang hilang di ruang gersang langit mana belum kuanyam dengan cinta bumi mana belum kutanam dengan cinta yang membeku di kalbuku syahdu o Rabb … ketahuilah – adalah Kau kiblat rinduku yang kuhampiri untuk mengenali kukenali untuk mencintai kucintai untuk merindui kurindui untuk mengintai kesegalaan-Mu lalu Kau siram kujarat cinta-Mu mengirimnya dalam hangat ketaran, aku – aku membalas dengan salju sekepal yang kulempar semula ke pangkal berharap agar Kau menyambutnya tatkala jasadku mengewap, lesap dalam setiap ratib sepi yang kutitip di sini – di ruang rindu-Mu.

Hazwan Ariff Hakimi Nottingham, UK 16 Disember 2009 www.darmaseni.blogspot.com

7


Perubahan Kita Adalah Perubahan Hati . Dipetik dari www.muntalaq.wordpress.com

T

itik tolak awal kita adalah dari dalam. Luaran hanya pengikut, patuh dan ‘islam’ dengan kehendak dalaman. Oleh itu mereka yang tidak memahami ‘kaedah’ ini akan terumbang ambing dan terkagum dengan perubahan luaran yang berlaku. Tetapi tiba waktunya akan ter’kejut beruk’ dengan suatu yang tidak disangka-sangka sebaliknya berlaku. Allah telah menceritakan sunnahNya ini di dalam kitab pedoman kita di jalan ini:

ْ ِ+ِ4ُ ْ َ7ِ َ ‫ ُوا‬8 َ9ُ, :; َ ‫ ُ َ ِ َ'ْ ٍم‬8 َ9ُ, َ% <َ ;%‫ن ا‬ ; ‫ِإ‬ Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah apa yang ada di dalam diri mereka. (13:11) Apa yang ada di dalam diri? Ianya adalah hati, perasaan, sikap, pandangan, tasawwur, diri atau katakanlah apa sahaja. Yang penting ianya bukan tangan, kaki, mulut, hidung, mata atau apa sahaja anggota zahir. Anggota zahir hanya mengikut kehendak hati dan perasaan. Oleh itu bila seseorang manusia telah berjaya mengubah hati manusia, maka ia telah berjaya mengubah manusia itu. Ar-Rasul saw juga telah memaksa kita untuk memahami hal ini.

[1]ُ?ْ َ ْ%‫ ا‬: َ ِ‫ َوه‬Aَ ‫ َأ‬. <ُ Cُ‫َ ُ آ‬4َDْ%‫َ َ ا‬4َE ْ‫َ َ ت‬4َE ‫ َوِإذَا‬، <ُ Cُ‫َ ُ آ‬4َDْ%‫ ا‬H َ َ​َI ْJَKَ َI ‫ ِإذَا‬Lً َ9ْMُ ِ َ4َDْ%‫ ا‬:ِE ‫ن‬ ; ‫ َوِإ‬Aَ ‫َأ‬ Ertinya: Ketahuilah, sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada seketul darah. Apabila ia baik , maka akan baiklah seluruh jasad. Apabila ianya rosak, maka akan rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah.. ia adalah hati. Usaha awal ar-Rasul saw telah membuktikan hal ini. Fokus Rasul saw bukan pada meruntuhkan berhala batu dan kayu yang disembah oleh orang Quraisy. Berhala-berhala itu adalah dibina oleh tangan-tangan setelah di’suruh’ oleh hati-hati yang sesat dan tidak mengenali tuhan yang benar. Dan tangan-tangan itu tidak bersalah kerana ia menurut perintah ‘tuannya’. Oleh itu, jika berhala yang diruntuhkan, manusia-manusia berhati ‘syirik’ itu akan membina berhala-berhala lain samada kayu, batu, besi, wanita, pangkat, duit dan lain-lain.

[1] Sahih al-Bukhari, Jil. 1, hlm. 101, Bab Fadhl man istabra’ lidinihi. petikan dari buku: “TENTANG DAKWAH KITA” akan terbit oleh team muntalaq.

8


Meh Datang Dekat H

ari ini masih ramai orang yang suka pada islam, pakai baju islam, berhias dengan accesories islam, mempunyai nama islam, menyokong pihak yang mendokong islam dan suka juga untuk merasa membawa islam. Alhamdulillah, golongan ini mesti diramaikan lagi bilangannya, dengan apa cara sekalipun. Buatlah apa-apa majlis, aktiviti, iklan, design, rancangan tv, kelab, buku, majalah, radio, kempen, poster, untuk mempromosikan islam sehebat-hebatnya untuk menyeru manusia kepada cahaya islam dan beriltizam dengannya. Namun, di sebalik semua penampilan islamik itu, mungkin masih banyak ruang-ruang dalam diri kita (yang sudah minat pada kebaikan & suka pada islam ini) yang masih tidak disentuh, tidak dijamah dan belum diresapi betul-betul oleh pewarna islam. Kadangkala apabila bersahabat, apabila semakin rapat, banyak pula hal ’tidak cantik’ yang tersingkap. Aduh! Adakalanya hingga dapat menimbulkan fitnah pula. =( Betapa mudahnya lidah mengatakan kalimat Islam, namun alangkah sulitnya menancapkan Iman di dalam hati. Kebanyakan ucapan lidah tidak sesuai dengan keyakinan hati. Bahkan lebih banyak lagi ungkapan lisan yang tidak seiring dengan amal perbuatan.

Seorang mukmin yang jujur adalah seorang yang seiring perkataannya dengan keyakinan hatinya, dan selari juga perkataannya dengan amal perbuatannya. Dari luar, dari kaca mata manusia, dia kelihatan seperti seorang yang baik. Hakikatnya, di belakang, di sebalik pengetahuan orang, dia adalah jauh lebih baik lagi! …lantaran begitu banyak amal soleh yang disembunyikan. Justeru apabila bersamanya, maka banyaklah percikan keimanan & amal soleh yang terserlah tanpa sengaja, mutiara hikmah yang dapat diambil darinya. Semakin dekat, semakin harum. Dengan itu, dia akan kian menghampiri qudwah yang ditinggalkan oleh baginda Rasulullah s.a.w….. iaitu seorang manusia yang semakin dikenali, semakin nampak kesempurnaannya. Apakah kita sedemikian? Atau apakah kita sebaliknya…. semakin didekati, semakin nampak kecacatan? Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang ada di dalam dada. Mengetahui mata yang tidak jujur dan suara yang disembunyikan di lubuk jiwa. Mengetahui yang munafik dari yang mukmin, yang dusta dari yang benar. Cuma terserah pada kehendakNya untuk mendedahkan rahsia-rahsia itu kepada manusia lainnya, melalui amal perbuatan mahupun kata-kata diri kita sendiri juga. Sabda Rasulullah saw, dari Anas bin Malik, “Tidak lurus keimanan seseorang kecuali sehingga lurus hatinya, dan tidak lurus hati seseorang sehingga lurus pula lisannya.” (Hadith Riwayat Ahmad) Namun pastilah bukan tanggapan manusia yang kita bimbangi, tetapi tidak lain tidak bukan adalah pandangan Allah azza wajalla, Tuhan semesta alam kepada diri kita yang kerdil ini. Semoga Allah mengampunkan kita! Di atas timbunan dosa-dosa yang kita sesali itu, kita bertaubat dan berterusan berdoa agar masih termasuk dalam angkatan mukmin jujur yang menjadi pilihanNya untuk membawa seruan risalah Islam kepada dunia, dan moga akan terus terpilih untuk mendapat berita gembira ke syurgaNya. “Mereka itu adalah orangorang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji (Allah), yang melawat, yang rukuk, yang sujud, yang menyeru berbuat makruf dan mencegah berbuat mungkar, dan yang memelihara hukumhukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orangorang-orang mukmin itu.” (Surah At-taubah: ayat 112)

9


MSM SAN KEJOHANAN BADMINTON MSM MANCHESTER Alhamdulillah, pada 29 November 2009 yang lepas, MSM Manchester telah berjaya menganjurkan Kejohanan Badminton (ikhwah) bertempat di Mosside Leisure Centre. Bertemakan ‘Mari Bermain Badminton’, seramai 38 peserta telah mengambil bahagian bagi merebut piala kejohanan. Selain beriadah menjaga kesihatan tubuh badan, kejohanan kali ini juga telah merapatkan hubungan silaturrahim di kalangan peserta yang datang dari pelbagai universiti di sekitar Manchester, Keele dan Lancaster. Berikut adalah keputusan Kejohanan Badminton anjuran MSM Manchester bagi tahun 2009: Kategori ‘Cup’: Johan: Nik & Syed Ahmad Naib Johan: Shahrin & Mursyid Kategori ‘Plate’: Johan: Idzehan & Khalis Naib Johan: Dzul & Budiman Kategori ‘Bowl’ (Johan sahaja): Johan: Afiq & Fattah

ROMBONGAN HAJI MSM SELAMAT TIBA DARI MEKAH Pada 1 Disember yang lepas, rombongan haji MSM telah selamat tiba di lapangan terbang heathrow. Alhamdulillah penerbangan pulang dari terminal Haji Lapangan terbang Jeddah berjalan dengan lancar tanpa sebarang ‘delay’. Hampir kesemua ahli rombongan mengalami demam setelah kembali ke UK. Mungkin faktor perubahan cuaca dari panas ke sejuk, serta faktor keletihan (kekurangan tidur) menjadi penyebab kepada demam. Apapun, semangat tanah haram dan semangat haji masih terus membara. moga semangat ini berkekalan untuk menjadi pendorong kepada perubahan dalam diri setiap ahli rombongan. Manfaatkan sebaik mungkin pengalaman haji 1430H ini untuk menjadi muslim yang lebih baik. Moga allah catatkan setiap ibadah yang dilakukan sepanjang hampir 3 minggu di Madinah/ Mekah sebagai amal-amal soleh yang insya allah akan membawa kita ke syurga allah. Sepertimana sabda junjungan mulia kita dalam bukhari dan muslim: ‘Umrah ke umrah itu menghapuskan dosa antara keduanya dan haji yang mabrur itu tiadalah ganjarannya melainkan syurga’ Allahu’alam

10


ANA SINI ALLAHYARHAM ARIFF DALAM KENANGAN 11 Dis 2009, Perlis – Seperti yang kita semua telah maklum dan sepertimana yang telah terpampang di dada-dada akhbar tempatan, akh Mohd Ariff Abd Kadir, 23, ikhwah kita yang pernah menuntut dan mengembangkan dakwah di bumi Nottingham, UK, telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya, menyahut panggilan Ilahi. Allahyarham telah terlibat dalam kemalangan jalan raya seusai majlis akad nikah yang berlangung di rumah isteri beliau, ukht Teh Afifah Abdul Hamid, 23, di Taman Berlian, Alor Setar. Ibu bapa serta rakan beliau yang terlibat di dalam kemalangan tersebut juga turut meninggal dunia. Semoga mereka semua peroleh tempat yang mulia disisi Allah Taala. “Berita yang benar2 menyedihkan. Ariff merupakan housemate ana sebelum pulang ke Malaysia.. semoga Allah mengampuni dosa2 beliau dan familynya dan menempatkan mereka ke dalam syurgaNya…” “Arif anak usrah ana dulu merupakan seorang akh yg taat dan sentiasa cuba memperbaiki diri, pengalaman berukhuwah dgn Arif sgt manis. Ana terasa spt kehilangan adik kandung sendiri semoga Allah memperkenankan segala amal beliau, memasukkan beliau kedalam golongan org soleh dan merahmatinya.” “Ana sangat sayang pada akhi Arif… begitu cepat dia bertemu dengan Allah… rasa bagai semalam bertemu dengannya…” “…perginya seorang ikhwah yang telah mebuktikan cintanya pada Allah dan kerja dakwah ini…” “…sangat-sangat terkejut dengan berita ini. Baru je berjumpa dengan Ariff sebulan lebih lepas dalam sebuah prog di malaysia. Tak sangka die lebih awal dipanggil oleh-Nya.. tazkirah besar untuk kita semua…” “Perginya akh ini pada Penghulu hari iaitu hari Jumaat dan dalam perjalanan melaksanakan salah satu sunnah Nabi saw iaitu mendirikan masjid. Pastinya permergian ini dirahmati dan diiringi para malaikat seumpama Hanzalah sahabat Rasul saw yang pergi ke medan jihad. Walau tidak menegnali akh ini tetapi tetap terasa kehilangan kerana ukhuwwah fillah.” “Inalillah wa inna ilaihi raajiuun. Entah berapa kali ana menangis pemergian akh Ariff.. mudahan Allah mengampuni dosa2nya.. dan menempatkannya di kalangan orng2 yg soleh.” “kad jemputan yang dihantar seolah2 menjemput semua org dtg utk mendoakan jenazahnya.”

11


Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin baru:

1) Muhammad Zahid Jiwa ♥ Wan Nurul Hidayah Wan Ahmad 2) Hartono Morshidi ♥ Nik Aida Mastura Nik Abdul Majid 3) Rais Shaari ♥ Noorsuriani Yusop 4) Ahmad Fathi Ghazali ♥ Nurul Aini Hasshim 5) Azim Azizi ♥ Miza Lodfi 6) Mus'ab Sahrim ♥ Aliyyah Mohammad Khuzaini Semoga menjadi pasangan mithali dan sentiasa berada di dalam rahmat Allah Taala.

MAKTAB MEDIA MSM

12


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.