w w w . m s m o n l i n e . i n f o
Buletin Rasmi Majlis Syura Muslimun UK & Eire
Harapan Itu Masih Ada kita sendiri. Saya yakin dan saya pasti, tidak ada sesiapa pun yang mampu untuk menjawab ismillahirrahmanirrahim dan Assala- YA, meskipun kesemua kita mahu menjawab dengan jawapan itu. Kerana kita semua tidak mualaikum. maksum dan tidak terlepas daripada dosa. Kita semua tahu bahawa Allah itu ada, memerhatikan kita. Dia melihat dan mengetahui apa Daripada mengumpat dan mengata orang lain, yang kita lakukan secara terang, dan mengeta- berhasad dengki, tidak memelihara pandangan hui segala apa yang terdampar di dasar hati. mata, dan bermacam-macam lagi dosa, sebenarnya terlalu banyak dosa yang kita lakukan Tiada rahsia lagi! kepada-Nya. Dan ya, kita ialah Muslim. Justeru Dan rahasiakanlah perkataanmu atau laitu, apakah beza antara kita dengan oranghirkanlah; Sesungguhnya dia Maha Mengeta- orang kafir di luar sana? Bukankah kita selaku hui segala isi hati. Muslim dan insya-Allah mukmin seharusnya tamayyuz (berbeza) daripada orang-orang Apakah Allah yang menciptakan itu tidak men- kafir? Kitalah yang seharusnya menjadi qudgetahui (yang kamu lahirkan atau rahasiakan); wah kepada mereka. Qudwah, sepertimana dan dia Maha halus lagi Maha Mengetahui? yang ditonjolkan oleh akhlak mulia Rasulullah dan para sahabat, hinggakan berbondong[Al-Mulk, 67 : 13-14] bondong manusia memeluk Islam kerana terpikat dengan keindahan akhlak mereka. Namun adakah kita meyakini kehadiran-Nya sepanjang masa? Mungkin ada yang akan Kita banyak dosa, itu sememangnya pasti. menjawab, “Ya, saya yakin sangat tentang itu.” Namun, adakah itu menjadi asbab untuk kita Bagus jawapan itu, kerana sudah pasti itu ber- terus melakukan dosa, dengan alasan seperti, makna mereka sentiasa melakukan segala “Alah, dah banyak dosa la…tak guna dah nak perintah Allah DAN meninggalkan larangan- bertaubat”? Ketahuilah pintu taubat Allah Nya, bukan begitu? “DAN” ya, bukan sentiasa terbuka. Tidak percaya? Nah, ambillah “ATAU”. Allah memberikan kita Islam untuk kalam-kalam cinta daripada-Nya: kita ikuti sepenuhnya, bukan ambil separuhseparuh.
B
Bersambung ke muka 2 …
Sekarang ini, tanya soalan tersebut kepada diri
TEAM BICARA MSM:
1
Shahrir Kasjoo Izzuddin Yussof Ammar Roslizar Shahkang Wan Zulhilmi
Raja Abdullah Hakim Kamal Haziq Fadzilah Hanim Nurul Iman
Harapan Itu Masih Ada “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurnimurninya. Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan nabi dan orang-orang mukmin yang bersama Dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah Kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu." [At-Tahrim, 66 : 8] Tidak cukup dengan itu? Ada lagi: “Orang-orang yang mengerjakan kejahatan, kemudian bertaubat sesudah itu dan beriman; Sesungguhnya Tuhan kamu sesudah taubat yang disertai dengan iman itu adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [Al-A’raf, 7 : 153]
Lihat betapa Maha Pengampunnya Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya. Itulah salah satu tanda kasih sayangnya kepada kita, sebagai hamba-hamba-Nya. Sesungguhnya Allah sangat menyayangi hamba-hamba-Nya yang selalu bertaubat. Kalau kita sebagai manusia, sekiranya ada seseorang itu melakukan kesalahan secara berterusan kepada kita, mungkin amat sukar atau tidak dapat kita mengampunkannya. Muhasabah kembali ya. Sedangkan Rasulullah SAW yang sudah kita ketahui maksum boleh beristighfar 100 kali sehari, apatah lagi kita ini yang penuh dengan dosa…sebenanrnya kitalah yang lebih perlu untuk bertaubat! Oh ya, jangan gentar, dan jangan risau. Banyak mana pun dosa yang kita lakukan, Allah SWT dengan rahmat-Nya akan mengampunkan kita, dengan syarat kita bertaubat dengan bersungguhsungguh. Mari, kita bertaubat kepada-Nya? Kerana…harapan itu masih ada… Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Allah Ta'ala berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau, andainya engkau datang mengadap-Ku dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadap-Ku tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan untukmu keampunan sepenuh isi bumi." (Hadis Riwayat at-Tirmizi. Beliau berkata ia adalah hadis hasan sahih. - Dipetik daripada Hadis 40 Imam Nawawi) Wallahualam.
Kamal Haziq, Team Bicara MSM.
2
Berita Dunia Islam Singa Berperangai Kijang oleh: Fadzilah Hanim Dunia gempar sekali lagi. Maka larislah akhbar dan sibuklah studio bilik berita. Bagi mereka yang terlepas berita dunia paling sensasi ini, saya hidangkan ceritanya untuk tatapan semua, untuk kita tahu, fikirkan, perhalusi dan belajar. Januari 20, Dubai – Mahmoud al-Mabhouh, salah seorang pemimpin komando HAMAS ditemui mati terbunuh di sebuah bilik hotel. Siasatan awal pihak polis Dubai mendapati ia pembunuhan yang dirancang licik dan sangat rapi, melibatkan 10 lelaki dan 1 wanita, disyaki ejen Mossad, iaitu Israel’s secret intelligence service (macam CIA utk US). 11 orang suspek ini tiba ke Dubai dari pelbagai destinasi di dunia lebih awal dari Mahmoud, dengan beridentitikan passport rakyat British, Ireland, Perancis, dan Germany yang kesemuanya palsu. Pemilik passport sebenarnya sedang berada di rumah sepanjang masa atau sakit di hospital. . Hasil penelitian berdozen-dozen CCTV di airport, hotel dan shopping mall oleh penyiasat polis Dubai, sepanjang konspirasi pembunuhan yang memakan masa tidak sampai 24 jam itu, didapati 11 orang suspek ini menyamar dengan pelbagai rupa, berubah setiap kali keluar dari tandas dan bilik. Mereka muncul dengan penampilan ahli sukan yang pulang kepenatan membawa reket tenis, atau dari seorang yang bercermin mata berambut panjang berjanggut, kemudian berubah kepada lelaki segak memakai kot lagak seorang businessman yang membawa briefcase. Mereka tidak pernah berhubung dengan satu sama lain dengan telefon bimbit, tetapi kesemuanya kerap menerima panggilan dari negara Austria. . Mereka telah mengekori As-Syahid Mahmoud Al-Mabhouh sejak di airport lagi, berpura-pura melanggar troli beliau, mungkin untuk mengecam dan memastikan ketibaan Mahmoud. Kemudian ejen yang lain pula telah menaiki lif yang sama dengan Allahyarham, memastikan nombor bilik hotelnya. 30 minit kemudian, ejen lain pula mendaftar masuk ke bilik yang bertentangan. Turut terlibat ialah seorang wanita yang membawa beg membeli-belah yang berpura-pura terkunci di luar bilik Mahmoud semasa ketiadaan beliau, sedangkan hakikatnya wanita itu sedang cuba memecah masuk dan menukar kunci. Dalam tempoh 22 minit sahaja selepas kepulangan Allahyarham Mahmoud ke bilik hotel, mereka berhasil membunuhnya, dengan melemaskan pernafasannya. Hanya dalam tempoh 2 jam, kesemua 11 orang suspek telah meninggalkan bumi Dubai melalui penerbangan ke serata dunia, Afrika Selatan, Hongkong, Frankfurt dan lain-laina. Jenazah As-Syahid hanya ditemui dalam bilik hotelnya keesokan harinya apabila beliau tidak daftar keluar. . ‌..
3
Berita Dun Tiada siapa yang dapat menjejaki siapa 11 orang ini. Mereka dilihat di kamera-kamera, dengan rupa yang berbeza-beza setiap kali, dan di airport, dengan identiti passport palsu. Maklumat ini dibongkarkan oleh pihak berkuasa Dubai dan ia tersebar sekelip mata ke seluruh dunia. Maka berpeluhlah para menteri kerajaan British dan Israel menjawab kepada media dan rakyatnya. 6 rakyat British yang disyaki sebagai Pembunuh itu kini hidup dalam ketakutan kerana akan didakwa. Gordon Brown, Perdana Menteri Britain menyatakan kekesalan dan ketidakpuasan hatinya kepada Israel yang memperkudakan rakyat British, memalsukan passport British untuk kepentingan Mossad dan mengancam untuk menghentikan kerjasama sedia ada dengan Israel. Seperti biasa, Israel diam membatu, tidak mengiyakan, tidak juga menafikan benarkah itu perbuatan ejen Mossad mereka. Rakyat British marah-marah, bersimpati dengan mangsa dan pelbagai lagi reaksi timbul. .. Itulah dramanya ketika ini. Lihatlah setiap dada-dada akhbar, tajuk-tajuk besar berita dunia. Semuanya berkisar tentang Hamas dan Mossad. Apa yang kawan-kawan fikirkan? ..selain dari ‘wah macam dalam movie la’. . Pertamanya, kita doakan semoga Allahyarham Mahmoud Al-Mabhouh menggapai Syahid, berada di sisi Allah Taala yang dicintainya… menuruti jejak langkah Sheikh Ahmad Yasin, Dr Abdul Aziz Rantisi dan ramai lagi pahlawan Palestin yang telah pergi dahulu. . Kita tidak tahu apakah cerita sebenar, konspirasi apa yang sedang berlaku, kecuali permainan yang dipertontonkan oleh media kepada kita. Yang pasti, agenda yang sama sedang berjalan, oleh pihak yang sama sejak dahulu, bukan? Iaitu agenda memusnahkan Islam oleh musuh Islam. Tiada apa yang baru tentang ini. Yang pasti, seorang lagi mujahidin telah mereka bunuh, sedangkan drama-drama rentetan ini akan pasti akan senyap selepas beberapa ketika. . Apa yang kita faham? Musuh Islam bekerja keras. Mereka merancang dengan penuh teliti dan rapi. Bukan hanya pembunuhan, penaklukan, kejatuhan ekonomi dan hal yang besar-besar sahaja. Yang lebih penting lagi, agenda mereka lebih banyak melibatkan hal kecilkecil dalam kehidupan seharian kita. Ini kerana sebelum mereka membuat plot cerita hal yang besar-besar, mereka haruslah membius, memberi ubat pelali dahulu kepada umat Islam, sepertimana seorang pemburu hendak mendekati sang singa yang gagah dan garang. Bagaimana pula dengan kita? Kadang-kadang mendengar perkataan ‘dakwah’ telinga kita terasa ngilu. Untuk bergerak menyeru Islam, kita rasa tak mampu. Diri sendiri pun rasa tak terseru.
4
Dunia Islam Kita adalah anak-anak singa yang berperangai seperti kijang. Kita adalah putera-puteri Islam yang sudah dibius, diberi ubat pelali, hingga tidak sedar keberanian dan keimanan kita kepada Allah mampu menggerunkan seluruh dunia. Kita tidak yakin bahawa masa depan adalah milik Islam. Melihat masalah ekonomi dunia sahaja kita sudah rasa hampir mustahil untuk baiki. Belum lagi fikir masalah kerosakan akhlak manusia. Kita nampak musuh Islam itu seolaholah kuat sangat. Hebat sangat.. hinggakan suruh boikot barang Israel pun kita taknak, kurang rasa penting… sebab kita rasa ‘tak ada faedahnya. bukannya jejaskan ekonomi mereka sangat pun.’ . InshaAllah saya tidak bercakap atas angin. Satu kajian yang dijalankan di kalangan sekumpulan pelajar malaysia menunjukkan: - lebih 30% responden mengakui sebab tidak boikot adalah merasa ia tidak ada kesan pada Israel. - 22% lagi tidak merasakan kewajipan. - 17% tidak mahu mengorbankan kepentingan sendiri dari menggunakan jenama yang disukai. Musuh Islam telah meracuni fikiran kita sampai kita rasa kita kecilll dan perlu bergantung selalu pada kehebatan idea, budaya dan produk mereka. Singa yang gagah itu tidak mampu lagi menerkam, telah berperangai seperti kijang, yang seboleh-bolehnya suka lari saja, dari tanggungjawab, dari berfikir, dari segala-galanya. . Larilah. Sejauh mana kakimu membawa. Pasti tertangkap jua. Dalam mahkamah agung Allah, pasti akan dibicara. … APA yang telah kita sumbangkan untuk agama? . ~ al-fatihah untuk As-Syahid Mahmoud Al-Mabhouh “Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang Telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merobah (janji-Nya)” [Al-Ahzab, 33 : 23]
5
Cerpen: A
karya Zulkifli Zakaria (H Bukan puteri jaminan syurga “Kak Atiqah, kami balik dulu yer…” Aku tersentak. Jauh aku mengelamun sampai tak perasan bahawa kami sudah selesai. Aku tersenyum lalu mengangguk lembut tanda mengiyakan. Kami bersalaman dan kukucup pipi setiap adik-adikku. “semoga kalian mampu meramaikan umat Muhammad” kataku kepada mereka sebagai doa sebelum mengakhiri usrah mingguan kami. Apa lagi yang mampu menjadi buah tangan terbaik orang islam selain doa. Ulya tersenyum memandangku. Sedih untuk kami berpisah namun apakan daya. Masingmasing antara kami ada urusan tersendiri. Fikiranku melayang lagi. Mengingati saat-saat awal mengikuti pengajian agama melalui konsep usrah, satu sistem pengajaran bijak yang berfokus dan membina individu. Subhanallah...cepatnya masa berlalu hingga tak terasa bahawa sudah 2 tahun aku mengendalikan usrah untuk junior-junior dari Malaysia yang datang menuntut ilmu di bumi Czech Republik ini. Bebannya memang terasa namun aku memahami besarnya pahala dan manfaat menyampaikan walaupun satu ayat yang baik kepada muslim yang lain. Saat-saat awal berusrah 5 tahun lalu penuh dengan kejutan yang sukar diramal. ******************************************************** “Atiqah, malam ni boleh on-line tak? Ada kejutan dari Dublin...” Kak Salbiah memaklumkan sebaik sahaja selesai usrah kami hujung minggu 5 tahun lepas. Aku terkasima seketika. Apakah...kejutan? Kak Salbiah hanya senyum selepas itu walaupun puas aku menanyakan kejutan jenis apakah yang dimaksudkan. Segalanya berlaku dengan pantas. Ada lamaran dari pihak lelaki dari Dublin melalui naqibah di sana. Aku bersetuju melalui jaminan Kak Salbiah dan kami berkenalan sewaktu dia mendarat di Czech republik untuk satu program ceramah. “Kita bertunang...” ajunya lancar dihadapan Kak Salbiah dan suaminya, Ustaz Hairi. Mukaku memerah dengan cepat. Sangat pijar tetapi hatiku sesejuk ais. Dan permintaannya yang seperti lontaran batu menghancurkan hati aku menjadi serpihan halus. Saat itu aku tahu bahawa aku sudah masuk ke zon yang sangat serius. Apalah gunanya kami berkenalan kalau bukan untuk suatu komitmen yang dinamakan perkahwinan. Ketakutan menyelinap ke dalam diri terutama bila mengingatkan keluarga di Malaysia. Apalah agaknya telahan mereka padaku nanti? Bolehkah aku yakinkan mereka untuk membenarkan aku berkahwin sewaktu belajar? Persoalan-persoalan ini terus-terusan menerawang dalam fikiranku tanpa henti termasuklah waktu aku mengangguk mengiyakan ikatan pertunangan antara kami walaupun sudah diingatkan oleh Kak Salbiah supaya menyerahkan perkara tersebut bulat-bulat kepada dia dan suami yang akan pulang ke Malaysia beberapa minggu lagi. ******************************************************** Alarm berbunyi nyaring. Aku tersentak kembali. Ah, kuat benar anganku hari ini. Kucapai telefon bimbit di atas meja dan membaca sekilas sebelum memadam peringatan. Hatiku membunga melihat mesej dari suamiku didalam peti masuk. ‘Flight Sayang delay sejam. Sabar tau...sejam je...’ ada smiley nakal di hujung mesej. Dan aku senyum lagi. Rancangan menyambut ketibaan suamiku di lapangan terbang terpaksa ditunda sejam dari waktu sebenar. Aku menghantar mesej balas. ‘sejam ?!! Ayang tak larat lah...suruh pilot tu cepat sikit’ smiley yang sama kuisi di hujung mesej. ********************************************************
6
en: Atiqah
Zakaria (Hradec Kralove) “Atie panggil abang; Sayang , abang panggil Atie; Ayang...ok?” dia menyarankan suatu hari dulu. Aku tergelak kecil. Malu pun ada tapi lama kelamaan, kami selesa menggunakan panggilan manja terutamanya dalam SMS termasuklah dalam membincangkan perkara-perkara serius. “Abang rasa kita akan menjarakkan diri sampai waktu Atie sendiri bersedia...” katanya lembut. Aku mengangguk, memahami maksud ‘jarak’ sebenar. Aku tidak kisah tentang hal ini kerana memang bukan itu yang kutagihkan dari perkahwinan ini. Perkahwinan bukanlah lapangan untuk menghalalkan hubungan antara kami. Ada yang lebih besar dalam institusi perkahwinan yang dirujuk oleh Rasulullah sebagai melengkapkan sebahagian dari agama fitrah. InshaAllah, bila sahaja aku bersedia, akan ku rungkai perisai malu untuk mu suamiku... ******************************************************** Kabus dingin menerpa wajah sewaktu melangkah keluar. Puncak musim dingin. Kedudukan geografi Czech republik di tengah-tengah benua eropah menghasilkan cuaca ekstrim. Suhu boleh mencecah 28--oC dibawah takat beku. Mujurlah hari ini suhu sederhana sekitar -5 oC. Salji memutih di pinggiran jalan. Perjalanan ke pusat bandar Prague mengambil masa lebih kurang sejam dengan menaiki tren. Suasana lengang kerana tak ramai orang yang keluar di waktu-waktu sejuk sebegini. Masing-masing lebih suka duduk di dalam bangunan berpemanas yang lebih menyelesakan. Nada dering khas berbunyi. Aku menyambut panggilan dari ‘sayangku’. “Assalamualaykum...Abang dekat mana?” “Walaykum salam. Abang baru je mendarat...” Alhamdulillah...ucapku dalam hati. “Atie nak pergi airport ni. Dalam tren...” “Oh...ye ke...Atie boleh tunggu sekejap tak? Kebetulan abang jumpa Ustaz Hairi. Dia minta abang bagi ceramah untuk program junior lelaki di Prague. Boleh kan Atie?” “InshaAllah, Atie tunggu abang yep...erm...Abang...” “Ya...Atie nak cakap apa lagi...?” intonasinya berubah lunak. Nada ini...membuatkan hatiku bergetar. Bergoyang dan berayun diatas paksi. Dadaku berdebar dengan debaran yang sama setiap kali dia bersuara lembut seperti ini. Ah, manis sekali perasaan ini...ku kuatkan hati menyatakan perkara besar ini. “Atie dah fikir masak-masak dan rasanya dah sampai masanya bang...” “Atie buat abang saspen tau...cakaplah apa dia...” lunak suaranya belum berubah. Debaran ku semakin bertambah. Manisnya perasaan itu turut bertambah. “rasanya...tak perlu ada jarak lagi antara kita. Atie dah sedia sepenuhnya untuk keluarga yang kita impikan selama ini...” “kalau macam tu, abang akan sempurnakan mahar Atie secepatnya” ******************************************************** “Besarnya rumah ni, buat apa sewa rumah besar? Kita berdua je kan?” “Abang bukan sewa, abang beli...” Allahuakbar. Aku diam menanti penjelasan. “InshaAllah abang akan selalu ke sini temankan Atie. Rumah besar ni InshaAllah, ada manfaatnya untuk junior-junior kita.” Besar harapan dia dan Alhamdulillah, rumah yang dinamakan Bait El-Syifa’ (rumah penyembuhan) sudah mula berfungsi menjadi tempat ceramah motivasi, pelajaran agama dan usrah serta beberapa aktiviti lain. Benar-benar memberi kesembuhan buat hati-hati dan semoga menjadi saham kami di akhirat kelak. “Atie marahkan abang ke?” soalnya suatu hari. “kenapa nak marah abang?” soalku kembali. Aneh persoalannya.
7
Cerpen: Atiqah
“ye la, abang beli rumah besar tapi mahar perkahwinan abang belum selesaikan...” terangnya sambil menggunakan intonasi itu untuk menerbitkan debar dalam dadaku. Sambungnya kemudian, “...jangan risau, abang akan berikan mahar yang lebih mahal dari Baitul Syifa’...” Aku mengangguk. Yakin dengan janjinya... ******************************************************** Panggilan dari Kak Salbiah sedikit mengganggu konsentrasi bacaan. Ku sahut panggilan dengan seadanya. Tapi, suara Kak Salbiah kedengaran cemas. “Atiqah masih di airport lagi ke?” “Ya Kak Sal. Atiqah tunggu abang Zarith.” “Kak Sal dengan ustaz nak pergi airport ambil Atiqah, tapi jalan jammed la. Kitorang terperangkap dalam traffic ni. Atiqah boleh pergi Hospital Prague tak?” “Sekarang ke Kak Sal? Abang Zarith...” “Zarith di hospital, dia kemalangan” “Ya Allah!” mulutku terkunci. Hanya istighfar yang mampu ku lafazkan. Aku sampai di hospital. Istighfar masih tak putus-putus. Fikiran ku terlalu kusut memikirkan pelbagai benda dan satunya yang membuatku menangis - andainya aku kehilangan dia... “Abang mahu isteri abang semulia Atiqah binti Amru. Wanita cantik, cerdik yang tak pernah menangis...” Aku mengesat air mata. Atiqah takkan menangis bang... “Atiqah binti Amru mungkin menangis sewaktu kecil...” “Oh...tak lah Atie, abang maksudkan dia redha menerima taqdir Allah termasuklah dinikahkan dengan orang yang hodoh pada pandangan masyarakat; Sa’ad As-sulami” “kalau Atiqah jadi Atiqah binti Amru, Atiqah doakan abang jadi Sa’ad As-sulami...mujahid islam” Air mataku tidak mampu dibendung. Bukan kerana takutkan hari ini tetapi kerana memori itu. Aku tewas dengan tangisan. Di luar dewan bedah, aku menanti pasrah. Ramai junior tahun pertama yang turut sama menunggu. Masing-masing menunggu penuh sabar dengan munajat doa yang tidak putus-putus. InshaAllah, segalanya pasti berakhir nanti. Seorang lelaki dari kalangan junior datang menyerahkan sebuah log book. Kulit merah usang yang tebal itu punya identitinya sendiri. Ianya milik suamiku. “Abang tak nak kehilangan ilmu yang setiap satunya bernilai melebihi dunia dan isinya” Pintu dewan bedah terbuka, membawa keluar berita yang menakutkan. “I’m sorry madam. It was too late.We’ve try our best” Waktu itu aku seperti hilang separuh anggota badan. Berat ujian-Mu ya Allah. Kuatkan hatiku seperti Atiqah. Buku catatan merah dipeluk erat. “...abang akan berikan mahar yang lebih mahal dari Baitul Syifa’...”
8
Ulasan Buku Salju Sakinah: Bukan Sekadar Naratif Oleh: Shahkang http://www.norshah.com Merenung pada kulit hadapan, segelintir khalayak pembaca mungkin beranggapan tiada beza karya ini dengan novel-novel bernuansa cinta Islamik yang lain. Lenggoknya pasti serupa dan klise. Namun jelas tanggapan tersebut terpesong. Salju Sakinah bukan novel yang menghidangkan angan-angan kosong kepada pembaca dengan pengisian yang sifar. Hakikatnya, ia bukan sekadar naratif tetapi kesepaduan antara ilmu dan aspek kreatif. Citra wanita yang disampaikan pengarang menerusi watak Sumayyah kelihatan begitu santai dengan garapan bahasa yang mudah dihadam pembaca. Setiap detik cabaran yang dialami Sumayyah dimanfaatkan pengarang sebagai medium dakwah yang berkesan. Dari isu jodoh, perniagaan keluarga sampailah kepada kupasan masalah akidah. Penceritaan bukan hanya naratif kebiasaan yang sering kali dilakukan pengarang novel pop-Islami masa kini. Malah, pengarang telah berjaya menyelitkan penceritaan dengan isu dakwah dan secara tidak langsung mengheret pembaca menghabiskan bacaan dan menikmati intipati Islam dalam masa yang sama. Pujian juga harus diberikan kepada pengarang kerana penerapan bahan-bahan pengajaran tidak bersifat Nama Buku: Salju Sakinah khutbah yang boleh mencacat-celakan nilai kreatif sesebuah karya. Penulis: Zaid Akhtar Pengarang juga banyak menampilkan istilah-istilah Arab bagi menye(http:// suaikan latar novel tersebut yang bertempat di Jordan. Istilah-istilah myzaidakhtar.blogspot.com) asing ini sedikit sebanyak mampu menokok pengetahuan khalayak Penerbit: PTS Litera Utama pembaca dengan kemudahan glosari di halaman-halaman terakhir. Sebahagian daripada konflik yang dialami Sumayyah turut dihadiahkan pengarang dengan potongan ayat Al-Quran untuk direnungi pembaca. Di samping itu, perwatakan Sumayyah sebagai muslimah ideal yang digambarkan melalui setiap bibit cabaran hidupnya sudah pasti diharapkan untuk menjadi ikutan pembaca. Sudah tidak bersembunyi kenyataan bahawa pengarang ingin menegakkan karya ini sebagai salah satu wahana penyampaian Islam dan pembentukan moral dengan gayanya yang tersendiri. Pengarang turut sama bijak mengaitkan isu perjuangan dan cabaran wanita dengan nama yang dipilih untuk watak utama – Sumayyah. Kita sedia maklum, Sumayyah dikenali sebagai salah satu tokoh dalam sejarah Islam yang ketabahan dan perjuangannya dihayati saban hari. Oleh yang demikian, nama yang dipilih pengarang seolah-olah berfungsi untuk menjentik kesedaran pembaca bahawa novel ini mengusung erti yang khusus untuk difahami. Secara keseluruhan, kemapanan Zaid Akhtar dalam menumpahkan idea dan penyampaian risalah Islam dalam kancah bersifat naratif tidak dapat dinafikan lagi. Lewat kejayaannya turun naik pentas Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) menerusi sebilangan novel remajanya, pembaca sememangnya tidak akan kecewa dengan method penyampaiannya dakwahnya yang bersahaja. Citra Sumayyah yang dibantu watak-watak lain bukan bertindak sebagai coretan kosong yang biasa. Malah hasrat penulis dilihat ada kaitan dengan penerapan nilai-nilai tertentu untuk santapan pembaca. Lantaran itu, tidak mustahil novel ini dilabelkan sebagai ‘The National bestseller’ dan telah berjaya berlabuh pada tangga ketiga carta jualan laris yang dikeluarkan pihak PTS.
Sumber gambar: http://www.pts.com.my
9
MSM SAN Oleh: Shahrir Misi Kasih Palestin di ‘Sheffield Games’ SHEFFIELD, 27 Feb 2010 - Alhamdulillah, Misi Kasih Palestin (MKP) anjuran MSM Sheffield telah membuka 'booth' jualan barang-barang Palestin semasa berlangsungnya 'Sheffield Games'. 'Booth' MKP dibuka pada pukul 9 pagi dan ditutup pada pukul 6 petang. Pelbagai barangan telah dijual seperti 'merchandise' Palestin, 'muffins' Misi Kasih Palestine, halal 'marshmellow' dan produk HPA selain daripada aktiviti utama iaitu kutipan tabung Misi Kasih Palestin. Sambutan daripada para pengunjung amat menggalakkan. Peluang ini juga telah digunakan untuk mempromosi MKP dan MSM serta memberi kesedaran tentang isu Palestin sebagai isu sejagat dan perlu mendapat sokongan bersama. Semoga Allah Taala memberkati usaha ini.
‘From Mecca to Jerusalem’ di Nottingham Memberi Input Bermakna NOTTINGHAM, 3 Mac 2010 – Alhamdulillah, program sambutan Maulidur Rasul bertemakan ’From Mecca to Jerusalem’ telah berjaya diadakan di Dunkirk & Old Lenton Community Centre (DCC). Tetamu kehormat adalah ustaz kita yang tidak asing lagi, iaitu Ustaz Maszlee Malik dengan dipengerusikan oleh saudara Hosni. Walaupun terdapat beberapa kesilapan teknikal, namun pengisian Ustaz Maszlee Malik berjaya memberikan input yang sangat bermakna kepada hampir 60 orang yang hadir ke program ini. Semoga usaha ini diberkati Allah Taala dan semoga menjadi pemangkin dalam usaha membuktikan kecintaan kita terhadap Nabi Muhammad SAW.
10
ANA SINI
Shahrir Kasjoo Tahniah Puan Noor Zaitun Yahaya BUCKINGHAM PALACE, 19 Feb 2010 – Pihak MSM UK & Eire merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Noor Zaitun Yahaya sekeluarga di atas pencapaian akademik yang sangat membanggakan. Puan Noor Zaitun merupakan seorang pelajar ijazah doktor falsafah (PhD) di University of Leeds dan telah dipilih sebagai penerima “The Queen’s Anniversary Awards” apabila kajiannya mengenai sistem pemantauan dan pengawalan pencemaran udara di kawasan bandar mendapat pengiktirafan Kerajaan United Kingdom. Menurut beliau, kesemua ahli delegasi University of Leeds ini adalah warganegara Britain kecuali beliau, rakyat Malaysia. Melihat kepada reputasi yang hebat dan para penyelidik, pemilihan beliau menyertai delegasi yang dipilih daripada 40 pelajar PhD dari seluruh dunia untuk diamanahkan membawa pulang pingat dan sijil merupakan suatu saingan yang amat hebat dan telah diperhalusi dari pelbagai aspek sepertimana pernyataan daripada The Royal Anniversary Trust London: “Please give high priority in your selection of proposed student invitees to those working in the field of your prizes scheme entry. The Queen and the Duke of Edinburgh are always keen to meet young people directly involved with the prize winning work”. The Royal Anniversary Trust London Delegasi ini bukan sahaja menghadap Baginda Ratu Elizabeth, malah berpeluang menerangkan kajian masing-masing kepada Baginda, Duke of Edinburgh, Princess Anne, The Trustees and the Awards Council of the Royal Anniversary Trust serta tetamu Diraja yang lain. Pengalaman ini adalah merupakan pengalaman yang besar dan sangat bermakna kepada beliau sebagai ahli akademik. Sesungguhnya pencapaian ini menjadi qudwah buat kita semua khasnya ahliahli MSM UK & Eire. Sila ikuti wawancara khas bersama beliau di dalam Buletin Bicara ini.
11
TEMURAMAH Bersama: Puan Noor Zaitun Yahaya (Pener
Diolah oleh: Ammar Roslizar dan Raja Abdullah Hakim Penemuramah : Assalamualaikum Puan Zaitun. Boleh cerita sedikit tentang pengalaman mendapat anugerah daripada Queen Elizabeth yang berlaku beberapa hari lepas? Puan Zaitun : Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh. Terima kasih kepada yang bertanya. Bagi pihak Majlis Syura Muslimun, saya mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Majlis Syura Muslimun kerana memberi peluang kepada saya untuk hari ini berkongi pengalaman dan peluang yang Allah telah berikan kepada saya. Terlebih dahulu saya ucapkan Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya dan perencanaan-Nya yang telah memilih saya untuk mewakili atau bersama dengan delegasi University of Leeds bagi mendapat panggilan mengadap baginda Ratu Elizabeth semalam. Jadi, saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang telah menaja pengajian saya di sini, Universiti Malaysia Terengganu, dan juga kepada Jabatan Penuntut Malaysia. Selain daripada itu, saya juga merakamkan terima kasih kepada suami dan anak-anak serta rakan-rakan di Leeds. Tidak juga lupa khususnya kepada persatuan-persatuan Malaysia di UK yang telah banyak membantu saya mewujudkan suasana harmoni pembelajaran yang selesa untuk saya. Dan juga dapat secara tidak langsung memberi satu sokongan dan semangat kepada saya untuk terus belajar dan bekerja di sini. Penemuramah: Mungkin boleh cerita tentang bagaimana perasaan bila berjumpa dengan Queen Elizabeth sendiri dan menerima anugerah yang sangat tinggi itu. Puan Zaitun : Okay Cik Aisyah. Saya sebenarnya mengetahui dipilih mewakili Institute for Transport Studies (ITS) ini pada bulan November semasa saya balik ke Malaysia. Untuk pengetahuan semua, Institute for Transport Studies ialah pusat pengajian dan penyelidikan peringkat universiti dalam bidang ini yang terbesar di Eropah dan tersohor di dunia. Jadi ia sangat disegani di peringkat antarabangsa. Bermakna, apabila anda terpilih mewakili institut ini dalam apa-apa upacara - persidangan, workshop, forum - anda telah mewakili satu institusi yang sangat ternama dan terkemuka. Jadi khususnya yang dikatakan The Queen Anniversary Award ini, majlis penganugerahan saya untuk menghadiri bersama-sama mereka, pemilihan itu sudah melalui saringan yang agak sengit kerana saya terpaksa bersaing dengan lebih kurang 40 pelajar PhD dari seluruh dunia. Untuk pengetahuan juga, di Institute for Transport Studies, kita hanya ada dalam 5 hingga 6 perempuan daripada 40 orang itu. Pihak istana hanya mengkehendaki ITS menamakan hanya 2 orang yang mewakili institut tersebut. Pemilihan untuk menganggotai delegasi itu juga berdasarkan kepada apa yang dinyatakan oleh the Royal Anniversary Trust London, “Please give high priority in your selection or propose to the invitees to those who working in the field of your prizes scheme entry. And the Queen and the Duke of Edinburgh are always keen to meet young people directly involved with the prize winning work.� Jadi bermakna, pemilihan itu mereka telah teliti dan perhalusi memastikan 2 calon PhD itu adalah mereka yang telah banyak menyumbang dan tahu tentang apa yg sedang dijalankan di ITS tersebut.
12
MAH EKSKLUSIF
Penerima The Queen’s Anniversary Awards)
Penemuramah : Mungkin boleh ceritakan faktor penyumbang kepada kejayaan Puan. Puan Zaitun : Pada tahun penilaian ini dibuat, saya boleh bahagikan kepada dua bahagian, satu aktiviti akademik sebagai pensyarah universiti dan calon PhD. Aktiviti akademik merupakan aktiviti yang sangat utama dalam karier. Jadi, pertamanya tentang kajian PhD yang saya buat. Jadi kajian saya ini merupakan satu kajian yang terbaru sebab PNC dalam bidang air pollution merupakan satu bidang yang belum banyak diterokai dan kajian-kajian ini tidak banyak dilaksanakan apatah lagi di Asia Tenggara dan Asia. Dan kemudian keduanya, saya juga terpilih mendapat undangan dan tajaan pembentangan di Persidangan Clean Air Asia yang ditaja oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di bawah unit Chapter Asia di Bangkok pada 2008. Saya juga mendapat undangan menyertai forum dan menjadi keynote speaker yang mewakili Asia Tenggara dalam Persidangan Urban Environment Management and Air Quality in Less Developed Countries di Copenhagon yang berlaku pada 2007, dan banyak lagi. Selain itu, saya juga banyak membantu ITS mengendalikan kursuskursus dan seminar. Jadi itu mungkin diantara aktiviti saya dan banyak lagilah. Tak perlulah saya ceritakan. Penemuramah: Bagaimana Puan membahagikan masa antara belajar dan aktiviti masyarakat dan sebagainya? Pn Zaitun: Dia nampak macam banyak tetapi sebenarnya bagi saya, bila kita belajar, ia adalah kehidupan. Ianya kehidupan yang normal. Jadilah seorang pelajar yang kehidupannya normal. Maksudnya kalau pada masa itu kita belajar, kita belajar. Kalau pada masa itu kita perlu bersama dengan keluarga kita, maka kita berilah masa itu untuk keluarga kita. Dan InshaAllah kalau kita sebagai seorang Islam, masa yang Allah SWT berikan selama 24 jam inshaAllah cukup kalau kita betul-betul me’manage’ dan bagi saya kejayaan ini sebenarnya adalah hasil daripada petunjuk daripada Allah SWT. Maknanya setelah lama saya berpengalaman belajar dalam dan luar negara dan pengalaman hidup saya juga banyak jadi saya rasa saya juga perlu mengenal pasti priority, mana satu yang nak diutamakan dan mana satu yang nak dibelakangkan. Akhirnya, dalam kita sibuk-sibuk begitu beini, sebaiknya kita serahkan segala-galanya urusan hidup kita kepada Allah SWT. Jadi itulah maknanya, saya sangat bergantung, bukan hanya pada usaha, tetapi kepada perancangan Allah SWT. Penemuramah: Ada apa-apa nasihat untuk para pelajar di UK Ireland sama ada pasca-siswazah atau siswazah sendiri untuk mencapai kejayaan seperti mana Puan telah capai? Pn Zaitun: Saya rasa dimana-mana pun orang akan bertanyakan soalan yang sama. Pertamanya saya rasa pengalaman saya bertemu dengan baginda Queen semalam merupakan satu booster untuk saya sendiri. Memberi satu suntikan semangat yang..MashaAllah..kerana saya merasakan bila saya berada dan berjalannya saya memasuki Buckingham Palace itu, kerana saya yang dikatakan sebagai Malaysian
13
PhD Student, pelajar PhD pertama, pelajar Malaysia pertama yang masuk ke Buckingham Palace, di sana merupakan suatu yang besar sangat maknanya setiap langkah ke dalam itu, dan apabila saya berada di dalam itu juga, ermm melihat bagaimana majlis itu dilaksanakan dengan..kita panggil apa eh adat istiadat ke..British dan sebagainya, saya tidak pernah duga sama sekali, saya anak kampung, dipilih untuk turut sama menjadi salah seorang tetamu Queen Elizabeth pada hari itu. Siapa yang tidak mahu berjumpa dengan baginda Queen kan? Jadi, terkedu juga tiba-tiba berada dihadapan dengan yang dikatakan Ratu Elizabeth. Dan Alhamdulillah selepas sesi penyerahan sijil dan juga plaque itu, kita ada sesi dimana kita menerangkan kajian dan apa saja kerja kita kepada Ratu Elizabeth dan Alhamdulillah Ratu Elizabeth sangat berminat; walaupun umurnya sudah mencapai lingkungan 80 tahun, tetapi very motherly, nampak nak la juga mendengar walaupun kita bukanlah orang British. Dan untuk makluman juga, hanya sayalah agaknya, dalam kumpulan itu hanya saya yang bukan British. Penemuramah: Pn Zaitun, apakah nasihat dan harapan kepada para pelajar siswazah dan pasca-siswazah supaya kami dapat mencontohi kejayaan yang dimiliki oleh puan? Pn Zaitun: Pertamanya seperti yang saya katakan tadi, pemilihan saya untuk bersama delegasi ini adalah satu pengiktrafan yang besar daripada institute, tetapi jauh daripada itu, sebenarnya ia adalah pengiktirafan kepada rakyat Malaysia itu sendiri kerana pada masa tahun penilaian ini dibuat, hanya saya saja pelajar Malaysia yang belajar disitu dan daripada Southeast Asia. Secara tidak langsung, saya menjadi duta kepada rakyat Malaysia disitu. Ianya merupakan pengiktirafan yang besar kepada agama, bangsa dan negara kita. Dengan itu suka saya berkongsi disini ataupun mengingatkan diri saya sendiri bahawa walaupun saya bukanlah seorang yang terbaik tetapi dengan pencapaian ini sebenarnya satu kecemerlangan itu bukanlah sesuatu yang mustahil untuk kita capai. Pokoknya kita hendaklah berusaha, berdisiplin, dan buatlah suatu perkara itu seikhlas mana yang mungkin kerana apabila kita melaksanakan sesuatu dengan ikhlas kerana Allah SWT, InshaAllah Allah SWT akan melihat segala amalan kita itu, dan akan membalasi apa yang kita laksanakan itu dengan sebaikbaiknya yang kita tidak sangka-sangka. Saya juga suka menyatakan disini bahawa selain daripada kita berusaha dengan sedaya upaya, kita menyusun strategi pembelajaran, kita mengurus dengan baik, yang paling utama itulah hendaklah kita bertawakal kepada Allah SWT. Berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT. Beranilah kita untuk melakukan perubahan kerana dari semasa ke semasa kita sentiasa memperbaiki diri dan kemahiran kita. Yakinlah bahawasanya sebagai seorang Islam, semuanya itu adalah daripada Allah SWT dan kepadaNyalah kita bersyukur. Semoganya dengan kejayaan saya ini memberi makna yang besar kepada diri saya, keluarga, agama, bangsa dan negara. Ianya adalah satu perkongsian yang besar yang saya harapkan dapat seterusnya melahirkan ramai lagi mereka-mereka yang jauh lebih Berjaya daripada saya inshaAllah. Sehingga itu, wabillahittaufiq wassalamu’alaikum wbt.
14
Perkongsian Sejagat oleh: Farah Najwa Faizal (Newcastle, Australia)
Tahu tak, dalam titis-titis hujan itu ada cinta yang banyak. Kau melihat, Aku melihat, air jernih membasahi hati-hati kita, terfikirkah kita bahawa perjalanan ini sebenarnya telah diaturkan oleh Dia? Siapa bisa berkata hati-hati ini milik mereka Padahal yang menyatukan kita adalah Dia? Siapa bisa merasa, gembiranya jiwa kita padahal dukanya kita yang merasa? Saat ini, awan berat berarak sarat membawa cinta kita yang pekat dan jari jemari kita bertaut erat di situ keping-keping hati kita melekat sungguh, kembangnya cinta kita takkan pernah terencat. Aku tahu kau langit berasa sayu, lalu hatimu biru, awanmu syahdu, melihat kasih kami bersatu langkah kami beriringan padu biarpun asalnya kami tidak saling tahu, lalu bergenanglah air matamu, tumpah ke bumi menghujani kalbu. Dan saat itu aku mengakui syahadahku.
Nukilan: Farah Najwa Faizal Newcastle, Australia (Bersempena Jaulah Sydney OZ)
15
Sekadar Renungan...
MAKTAB MEDIA MSM
16