Telinga dan Anggota-Anggota Lain yang Menyimpang

Page 1

kumpulan cermin

Hj.Morshidi Hj.Marsal

TELIN

A

DAN ANGGOTA­ANGGOTA LAIN

YANG MENYIMPANG


Â


Â


Â


kumpulan cermin

Hj.Morshidi Hj.Marsal

TELIN

A

DAN ANGGOTA­ANGGOTA LAIN

YANG MENYIMPANG


© Hj Morshidi Hj Marsal 2018


kandungan cermin 01 ANGGUK ­ 1 02 BAYANG­BAYANG ­ 4 03 EKOR ­ 7 04 BODY PARTS ­ 8 05 GIGI ­ 10 06 KAKI ­ 12 07 HIDUNG ­ 16 08 JANGKITIKU ­ 21 09 KEPALA ­ 24 10 SIDE EFFECTS ­ 27 11 LIDAH ­ 31 12 MATA ­ 34 13 MUKA ­ 37 14 MULUT ­ 41 15 PINOKIO ­ 42 16 SENTORA ­ 45 17 SENYUM DAN TAWA ­ 50 18 TANGGAL ­ 54 19 TELINGA ­ 57 20 TELUNJUK ­ 60 21 TETAP ­ 64 22 TIDAK MATI DIBUNUH ­ 66 23 TOPENG ­ 68 24 KELEBIHAN I ­ 70 25 KELEBIHAN II ­ 71 cerpen 26 BIBIR ­ 72 27 JANGAAAN! ­ 84 28 JANTUNG ­ 94 29 PUNGGUNG ­ 101 30 TELANJANG ­ 111


Â


01 ANGGUK

P

agi yang cerah dan aman, matahari memancar dengan cahaya yang lembut. Ada angin yang bertiup perlahan. Daun­daun bergesel germerisik. Burung berkicau­kicau, tupai bertiti dan melompat di dahan­ dahan. Monyet duduk di atas pokok makan pucuk­pucuk daun. Seekor anjing jantan melintas di jalan, kepalanya angguk­angguk. Ia nampak kucing belangku, lalu menyalak. Kucing belangku terkejut lalu lari, bulunya kembang berdiri. Kemudian ia berjalan seperti biasa, kepalanya anguk­anguk. Ia nampak sekor bengkarung lalu disergapnya, bengkarung lepas lari, bersembunyi di batang pokok, kepalanya anguk­anguk. Aku masuk ke rumah, kucing belangku ikut masuk, dan mengiau­ngiau, mengesel­gesel badannya pada betisku. Tiba­tiba aku tidak dapat menahan keinginan untuk mengangguk­angguk. Aku mengangguk­angguk tiga kali setiap lima minit. “Mengapa abang mengangguk­angguk ani kan?” kata isteriku. “Paingan.” Tapi dia sendiri juga tidak lama kemudian terjangkit, kepalanya anguk­anguk. Angguk­angguk ini menular kepada anak­anakku. Kami keluar untuk bekerja dan pergi sekolah. Di luar aku melihat, monyet, tupai, burung­ burung, anak biawak, semuanya mengangguk­angguk kepala masing­masing. Aku tidak tahu apa yang menimpa kami. Setelah berada di jalanraya aku mula menyedari bahawa bukan kami sahaja yang ditimpa anguk­angguk ini.

1


Setiap orang yang kulihat angguk­angguk kepala. Orang tua angguk­angguk kepala. Orang muda angguk­ angguk kepala. Remaja angguk­angguk kepala. Budak­ budak angguk­angguk kepala. Tuan­tuan haji dan puan­ puan hajah angguk­angguk kepala. Polis trafik angguk­ angguk kepala. Buruh yang membersih dan membisaikan jalanraya angguk­angguk kepala. Malah aku nampak beberapa orang VIP yang dipandukan keretanya, duduk di kerusi belakang angguk­ angguk kepala. Aku menghantar anak­anak ke sekolah. Di sekolah semua penuntut kulihat angguk­angguk kepala. Guru­ gurunya juga angguk­angguk kepala. Aku memasang radio dan sempat menangkap satu pengumuman: “...ri sedang dilanda satu epidemik angguk­angguk. Epidemik Anguk­Angguk (EAA) ini menular secara pandangan. Kementerian Kesihatan sedang memantau keadaan ini dan mencari puncanya. Orang yang terjejas EAA diminta untuk tidak ke klinik atau hospital kerana doktor­doktor semua juga telah terkena EAA. Untuk sementara waktu diminta sesiapa yang terkena EAA untuk menghadkan aktiviti luar kepada yang perlu saja.” “Kita teruskan berhibur dengan lagu klasik P.Ramlee ­ Maafkan Kami.” Maafkan kami Maafkan kami Maafkan kami Maafkan kami Maafkan kami, kami baru menerima satu pengumuman penting: Semua mesyuarat di seluruh negeri yang dijadualkan pada hari ini adalah ditangguhkan sehingga epidemik

2


angguk­anggguk reda. Sekian. ikuti kembali lagu Maafkan Kami ... Maafkan kami si Bujang Lapuk Jikalau salah tolonglah tunjuk Kamilah rela hai kena ketuk.

3


02 BAYANG­BAYANG

B

ayang­bayangku memprotes. “Aku tidak mahu ikut kau lagi,” katanya. “Aku mahu bebas merdeka.” Pukul sembilan setengah pagi. Cuaca cerah, matahari memancar terik. Bayang­bayangku memang jelas kelihatan di atas aspal. Aku ada urusan penting yang perlu diselesaikan di kedai minum. Ini bukanlah masanya untuk bertengkar dengan bayang­bayang. Semua orang mahu bebas merdeka. “Aku sudah bosan ikut kau ke kedai kopi,” katanya. “Aku mahu pergi ke tempat lain.” Seorang lelaki gemuk melihat bayang­bayangku. “Eh,” kata lelaki gemuk itu, “bayang­bayang kita atu bacakapbah.” “Awu,” kataku. “Andang­andangnya tu.” “Kanapa iya kan?” “Kan mau merdeka,” kataku. “Baru jua matahari panas sikit sudah tia ambong.” “Lain jua kita ane,” kata lelaki gemuk itu memandang aku pula. “Bukan orang kali kita ane. Antu kali.” “Orang eh,” kataku. Aku memijak bayang­bayangku dengan kaki kanan, kemudian kaki kiri aku angkat dengan mengejut terputuslah bayang­bayang di kaki kiriku. Aksi yang serupa aku lakukan bagi kaki kanan. Sekarang bayang­ bayangku bebas merdeka. “Kau bebas sekarang,” kataku. “Bye­bye,” kata bayang­bayangku dengan girang. “MERDEKA!”

4


Lelaki gemuk itu melihat bayang­bayangku lari menyeberang jalan dan aku berjalan dengan tenang menuju ke kedai kopi. Aku memandang ke belakang dan terlihat orang tadi cuba meniru aksiku tapi bayang­ bayangnya tetap melekat di bawah kakinya. Tidak semua bayang­bayang mahu bebas. Pada dasarnya juga tidak semua bebas itu merdeka dan tidak semua merdeka itu bebas. Bayang­bayang itu tetap bayang­bayangku. Aku tahu ke mana ia pergi dan ia tidak tahu yang aku tahu. Aku nampak apa yang sedang dibuatnya. Aku tahu sekarang ia sedang menyusup­ menyusup di celah­celah bayang­bayang lain di Tamu Kianggeh. Ada orang merasa curiga apabila terimbas sesuatu yang gelap bergerak­gerak di antara mereka. Bayang­bayangku menjadi lebih berhati­hati. Aku senyum­senyum sendirian di kedai kopi ini. “Minumnya apa, Pak?” Aku memesan kopi ‘O’ dan roti murtabak dari pelayan perempuan bangsa Indonesia. Kopi ‘O’ dan roti murtabakku dibuat oleh orang bangsa India. Bangunan kedai ini dimiliki oleh orang bangsa Cina. Yang meramaikan makan dan minum di sini orang bangsa Melayu. Aku nampak bayang­bayangku mengorat bayang­ bayang tiga orang perempuan Filipina. “It’s wierd,” kata seorang dari mereka. “The shadow!” “What’s it doing?” kata seorang lagi. “Nangko, it’s flirting with our shadows!” “Ha ha, it’s a playboy shadow for sure.” Aku makan, aku minum. Ada sedikit keributan di luar. Bayang­bayangku mahu bergabung denganku semula. Ia sedang mencari­cariku. Aku akan membiarkannya dulu. Orang ramai sedang memerhatikannya. Aku tahu ia

5


tidak merasa selesa diperhatikan seperti itu. Ia cuba berpura­pura jadi bayang­bayang orang lain tapi orang itu melarikan diri seperti takut. Bayang­bayangku lari dari satu orang ke satu orang. Tiada siapa mahu menerimanya. “Eh, eh,” kata orang sambil melompat ke tepi. “Ngapa ya?” Kemudian lelaki gemuk awal tadi muncul di celah­ celah orang ramai. “Tauku ni siapa punya bayang­bayang ani,” katanya. Ia menjenguk ke dalam kedai minum. “Kebetulan ada ia tu di dalam ah.” Aku menamatkan makan minumku, membayar di kaunter lalu keluar. “Tuan,” kata lelaki gemuk, “bayang­bayang kita ah macam orang sasat nada tujuan ulahnya.” “Iatah tu,” kataku. “Mau kan bebas mardeka tapi inda tau apa kan dibuat.” Aku menghentakkan kaki kananku. Bayang­bayangku melekat di kaki kananku. Kemudian kususuli dengan kaki kiri. Aku berjalan meninggalkan orang ramai.

6


03 EKOR

I

a menurunkan seluarnya sedikit, mendedahkan punggungnya kepadaku sambil menarik keluar ekornya. "Ekor ini tumbuh semalam," katanya. "Cantik sungguh," kataku sambil mengelus­elus ekor itu. Ia seorang perempuan yang cantik dan pastilah ekornya cantik juga. "Kau beruntung," kataku. "Hanya orang­orang pilihan ditumbuhi ekor. Satu masa nanti kau akan jadi seorang pemimpin dunia." "Aku bahagia sekarang," katanya. "Sungguh bahagia." "Aku juga ikut bahagia," kataku. "Hari ini sempurnalah hidupku," katanya. Aku mengangguk.

7


04 BODY PARTS

A

ku melihat dari jendela. Ada van besar di depan rumahku. Van itu berwarna putih krim. Mulanya aku sangka itu ambulans; ternyata bukan. Dari van itu keluar tiga orang lelaki perpakaian kemas dan seragam. Mereka berjalan ke rumahku berbaris lurus dengan gerakan yang serentak seperti tentera. Yang di belakang sekali membawa beg eksekutif warna hitam. Kedengaran bunyi hentakan sepatu serentak berhenti di depan pintu. Aku membuka pintu sebelum diketuk. Mereka masuk dengan berbaris dan duduk tanpa kupelawa. Beg eksekutif dibuka ­ ternyata itu bukan beg tapi sebuah kerusi baring. Aku mengagak mereka ini salesmen menjual kerusi baring model baru. Aku disuruh duduk baring di kerusi ini. Memang selesa sungguh ­ aku mau. Belum sempat aku bertanya harganya, ketiga­tiga mereka segera memeriksa seluruh anggotaku: kepala, telinga, hidung, tangan, kaki malah anuku tidak terkecuali. "Kau masih baik," kata seorang dari mereka. "Untuk satu tanganmu kami menawarkan 200 ribu USD. Untuk satu kakimu kami tawarkan harga 350 ribu USD. Untuk satu kuping telingamu 10 ribu USD." "Aku jual telinga kiriku," kataku tanpa fikir lagi ­ 10 ribu US dollars itu lumayan juga bagi orang tidak berpendapatan tetap seperti aku; boleh buat modal perniagaan. Seorang dari mereka melekatkan sesuatu di telinga kiriku. Sepuluh menit kemudian telingaku itu tanggal dengan sendirinya, tidak ada darah, tidak ada rasa sakit.

8


Itu dulu sudah lama berlaku, sekarang kedua­dua kuping telingaku tidak ada, juga kaki kiriku sudah diganti dengan kaki palsu. Sekarang aku melihat­lihat tangan kiriku. Hidup mewah cara mudah memang seperti candu. Aku melihat anuku, kata mereka boleh mencapai jutaan USD.

9


05 GIGI

A

ku masuk memapah datukku yang berumur 100 tahun lebih. Langkahnya bertatih­tatih seperti anak baru belajar berjalan, satu­satu, amat perlahan dan lambat. Orang­orang di klinik gigi itu heran memandang kami. Datukku tidak bergigi. Aku yakin mereka semua datang untuk bercabut gigi. Apabila gilirannya tiba aku memapahnya lagi, membantunya duduk di kerusi cabut gigi. “Mengapa?” kata doktor gigi. “Sakit gigi,” kata datukku. Doktor memeriksa, menyuluh­nyuluh dengan lampu ke dalam mulut datukku. Mencari­cari gigi datuk. “Nada bagigi ni,” kata doktor. “Nada kan dicabut.” “Sakit gigi,” kata datukku. “Kadang­kadang sakit antap.” Doktor gigi yang lebih muda dari aku itu berfikir sekejap. Kemudian kawasan mulut datuk di­x­ray. Setelah gambar x­ray siap doktor gigi itu menjumpai kami senyum­senyum menampakkan gigi­giginya yang putih cantik dan rata. Ia memperlihatkan kepada kami gambar x­ray itu, menerangkan ‘masalah gigi’ datukku yang tidak bergigi itu. Aku memapah datuk keluar. Langkahnya bertatih­ tatih seperti anak baru belajar berjalan, satu­satu, amat perlahan dan lambat. Banyak orang memandang kami dengan penuh tanda tanya tentunya. Aku yakin mereka semua datang untuk bercabut gigi dan tentulah orang sangat tua seperti datukku tidak ada gigi hendak dicabut. Aku tersenyum­senyum lebar menampakkan gigi­gigiku

10


yang sudah kekuning­kuningan dan tidak rata. “Ngapa ya?” tanya seorang ibu. “Tumbuh gigi baru,” kataku dengan senyum. Aku yakin mereka semua datang untuk bercabut gigi.

11


06 KAKI

P

asokan Pancaragam Polis sedang membuat latihan di padang SOAS. Orang ramai mula datang untuk menyaksikan persembahan percuma ini dari ‘grandstand’ dengan membawa sedikit minuman dan makanan seoalah­olah sedang berpiknik. Langit pada pagi hari Ahad ini sungguh cerah. Setiap kali pancaragam tersebut selesai memainkan sebuah lagi, kami orang ramai bersorak gemuruh. “Lagi! Lagi! Lagi!” kami menyeru sambil bersorak. Pasokan Pancaragam Polis tambah bersemangat mempersembahkan lagu­lagu yang lebih rancak lagi. Alangkah bagusnya jika mereka selalu mengadakan latihan persembahan seperti ini pada hari Ahad. Sekali­ sekala mereka memainkan lagu­lagu perlahan dan sentimental. Ketika mereka memainkan lagu bernada perlahan, ‘Hamidah’, itulah kami, orang ramai, menjadi gempar kerana kami terlihat ada suatu yang jatuh dari langit. Tidak ada kapal terbang atau helikopter melintas. Kau boleh nampak langit seluasnya biru dengan sedikit awan putih yang sangat jauh. Jadi kami tidak tahu dari mana datangnya benda itu. Pasokan pancaragam terus memainkan lagu Hamidah sementara kami para lelaki berlari ke tengah­tengah padang untuk melihat apa bendanya yang jatuh di situ. Benda itu sebelah kaki seorang perempuan. Kaki yang paling cantik yang pernah kulihat seumur hidupku, aku yakin, walaupun aku belum pernah melihat kaki wanita lain selain kaki isteriku.

12


Rumput­rumput di sekelilingnya seperti tumbang, membuat satu kesan bulatan yang jelas dalam radius 3 meter. Tumbangnya menghadap ke tengah­tengah bulatan, menghadap kaki yang sangat cantik itu. Akulah yang mula­mula sampai di situ. Aku berhenti di luar bulatan. Para lelaki yang ikut berlari tadi juga berhenti di luar bulatan. Tiada sesiapa yang tahu apa yang hendak dibuat lagi selain melihat kaki itu dari jarak 3 meter. Ada di antara kami mula menangis melihat kaki itu. Kaki itu nampak seperti kesunyian. “Kaki yang paling cantik yang pernah kulihat seumur hidupku,” kata seorang lelaki yang kurus kering di kiriku. Tiba­tiba aku merasa cemburu kerana ada orang memuji­muji kaki tersebut. Ia fikir ia siapa, lelaki kurus kering itu? Akulah yang mula­mula sampai di sini, bererti akulah yang mula­mula nampak kaki ini jatuh dari langit. Kaki ini aku yang punya. Aaaaaah! Ada orang melepaskan nafas yang rindu berat. Kemudian aku terdengar suara lelaki menangis. Semakin bertambah pula bunyi sendu orang menangis di kelilingku. Pandanganku tidak lagi dapat kualihkan ke arah lain. Kulit kaki ini nampak sangat halus dan licin. Sukar untuk aku menggambarkan warnanya yang sebenar; cerah, putih kemerah­merahan yang lembut, hampir­hampir lut sinat, seolah­olah kau nampak isi di dalamnya yang lebih cantik lagi. Di bawah sinar matahari pagi itu ia nampak seperti mengeluarkan cahayanya sendiri. Aku tidak dapat mengawal diriku lagi. Aku melompat ke dalam bulatan rumput yang tunduk itu. Aku mahu memeluk kaki yang cantik, yang sangat cantik, yang hanya sebelah itu, yang hanya dari tapak kaki hingga ke pengkal paha itu. Aku mahu melakukan ini. Aku tidak

13


peduli pada apa orang lain akan kata. Aku akan melakukannya, memeluknya, sebelum orang lain memeluknya. Aku mencapai mahu memegang tapak kaki yang cantik halus dan mulus itu. Aku mahu mengusap­usap dan mencium­ciumnya. PAAP! Tapak kaki yang cantik halus dan mulus itu menendang mukaku. Betul­betul terkena hidungku. Aku terpelanting ke belakang keluar kawasan bulatan. Hidungku berdarah. Aku melompat masuk lagi ke dalam bulatan. Aku cuba menangkap bahagian pahanya pula. Sekali lagi aku disibai dari sebelah kanan sehingga daguku seperti hendak tanggal rasanya. Mukaku biut. Lelaki yang lain juga tidak mahu kalah. Mereka ikut masuk ke dalam gelangang. Berpelantinganlah kami, tertunggang­langgang, hidung berdarah, pipi herot­merot dan gigi bertanggalan. Ada yang selahau leher dan tangan. Kami percaya sesiapa yang dapat menangkap kaki yang cantik halus dan mulus itu, dialah yang memilikinya. Ada juga lelaki yang kena tarik dan pulas telinga oleh isteri/teman wanita masing­masing keluar gelanggang. Mereka tidak peduli. Mereka cuba melepaskan diri. Telingaku juga dipulas dan ditarik oleh isteriku. Tapi aku tidak peduli kerana ditendang kaki yang cantik, halus dan mulus adalah lebih baik daripada merana. Bahkan aku merasa beruntung disentuh kaki yang cantik halus dan mulus, yang jatuh dari langit ini. Dan juga bukan aku seorang sahaja lelaki yang melakukan ini, meski aku yang mengulukannya. Kami para lelaki tidak jera, kami bergelimpangan di tengah­tengah padang SOAS, patah kaki, patah tangan,

14


patah tengkuk dan patah hati. Sepuluh buah kereta ambulans didatangkan untuk membawa orang­orang yang cedera. Pancaragam polis sudah entah sejak bila bubar, aku tidak menyedarinya diganti oleh pasukan polis antirusuhan untuk mengawal kaki yang cantik, halus dan mulus agar tiada sesiapa lagi cuba mendekatinya. Mereka memang cukup berdisiplin kerana sedikit pun mereka tidak terkesan oleh kecantikan kaki tersebut. Aku ditahan di hospital, kerana hidungku patah, leher, kaki dan tanganku selahau. Tulang rusukku seperti terpuruk ke dalam. Isteriku menunggu di tepi katil membaca majalah tabloid tentang gosip artis­artis Indonesia, Filipina dan Latin Amerika. “Haaaaaaah,” aku mengeluarkan keluhan yang sangat medalam dari gumpalan yang paling dalam di lubuk kalbuku. “Haaaaaah, aku sangat cinta pada kaki itu. Aku mahu kahwin dengan kaki itu walau hanya sebelah.” Isteriku bangun dari duduknya lalu menghempasku dengan majalah tabloid sehingga majalah itu koyak hancur berkecai. Kemudian aku tidak sedar apa yang berlaku lagi cuma sayup­sayup kedengaran irama lagu ‘Hamidah’ bermain­main di dalam benakku di dalam jiwaku di dalam kalbuku.

15


07 HIDUNG

A

ku membuka tin sardin yang sudah lebih sepuluh tahun mansuh ini. Tidak ada sardin. Di dalamnya hanya ada sebatang hidung. Aku mengeluarkannya dan meletakkannya di tapak tanganku. Hidung ini comel. Sangat comel. Warnanya cerah. Kegemaranku memicit­ micit hidung orang. Melihat hidung ini berpisah dari badan timbul pula perasaan sayuku. Aku memasukkannya ke dalam saku seluarku. Aku akan makan di luar saja. Aku adalah seorang lelaki yang sangat menyukai hidung perempuan. Jika aku nampak hidung yang comel memang sukar bagiku menahan diri dari memicitnya. Untuk mengelak dari melakukan ini aku biasanya akan berjalan tertunduk­ tunduk. Aku pernah memicit hidung perempuan dewasa yang aku tidak kenal hanya kerana hidungnya itu comel. “Kiutbah hidungmu ani,” kataku. Tentulah aku ditempeleng oleh suaminya yang menemaninya berjalan­jalan. Berdarahlah hidungku. Memang penyemburu mati suaminya itu. Aku cuba membatasi aktiviti memicit hidung perempuan ini kepada budak kecil dan bayi sahaja tetapi ini lama­lama membosankan juga kerana banyak perempuan dewasa yang berhidung comel. Aku cuba melakukannya dengan curi­curi. Perlahan­lahan aku akan mendekati perempuan yang berhidung comel, apabila sudah dekat dengan cepat jariku menyambar lalu memicit hidungnya. “Eeee, kiutbah idungmu ani,” kataku. Sebelum kena tampar aku pun cepat­cepat lari. Pernah juga aku mahu memicit hidung perempuan

16


tua. Ia layak jadi nenekku. Nenekku masih hidup tetapi hidungnya tidalah secomel hidung orang tua ini. Hujung hidung orang tua ini ternaik sedikit. Aku tidak dapat lagi menahan hati hendak memicitnya. Aku mesti memicit hidung perempuan tua ini cuma aku tidak mahu melakukannya dengan cara curi­curi. Aku mahu melakukannya secara halal. Ia sedang menjual kembayau. Aku berpura­pura melihat kembayaunya. “Bah,” katanya. “Membali tah, lima ringgit setumpuk. Bali tiga tumpuk dua balas ringgit saja.” “Kalau kumembali tiga tumpuk,” kataku, “boleh kumemicit hidung kita.” “Apa?” katanya. Aku tahu ia tidak yakin dengan apa yang telah didengarnya jadi aku pun tidak mahu mengulanginya. Aku beli saja tiga tumpuk kembayaunya tanpa memicit hidungnya yang amat comel itu. Di rumah aku tidak dapat tidur kerana aku terbayang­bayangkan hidung nenek tua itu. Esoknya aku datang lagi ke tempatnya menjual kembayau. Aku melihat kiri dan kanan tidak ada orang. “Neee,” kataku dengan berbisik, “sabalum kumambali boleh kumemicit hidung kitakah?” “Memicit idungku?” katanya. “Awu, memicit idung kita.” “Kenapa?” Kenapa? Ini soalan yang tidak kuduga­duga. Mengapa ia banyak soal? Kan mudah jika ia menyerahkan saja hidungnya yang comel itu. Aku picit. Aku beli kembayaunya. Selesai. Entah spontan pula aku membuat cerita ketika itu. “Takanangku kan idung mulah niniku,” kataku berpura­ pura sedih. “Aku suka memicit idung mulah niniku.”

17


Terpengaruh juga ia dengan cerita sedihku. Ia pun menyerahkan hidungnya untuk kupicit. Aku pun memicit hidungnya. “Eeee kiutbah hidung nene ani.” Barulah aku senang hati. Selepas itu aku membeli kesemua kembayaunya. Sampai di rumah, melihat nenekku yang masih hidup itu, aku merasa bersalah pula. Aku memberikan sebahagian dari kembayau yang kubeli itu sebagai pampasan mengatakan ia sudah aimulah. Achooo! Hidung di dalam saku seluaku bersin. Aku tahu saku seluarku berbau macam­macam. Kadangkala sampai tiga minggu aku tidak menyasahnya. Berbeza dari baju, seluar tidaklah begitu ketara jika tidak disasah walau sampai sebulan. Semasa berjalan menuju ke kedai makan ini aku mula pula mencari orang yang tidak berhidung. Aku mahu memasang hidung di dalam saku seluarku ini ke muka yang tidak berhidung itu dan memicitnya. Masalahnya jika orang tidak berhidung tentu pula ia akan menyembunyikan mukanya dengan kain atau selendang. Mencari orang yang tidak berhidung bukanlah senang. Orang yang menutup muka sepenuhnya tidak semestinya tidak berhidung. Tidak banyak perempuan yang berjilbab menutup di negara kita dan aku yakin mereka itu semuanya berhidung. Aku rasa tidak pula ada salah jika kita bertanya dengan baik. Jadi apabila aku berjumpa sepasang suami isteri yang isterinya berjilbab aku pun memberi salam dan menahan mereka sebentar. “Boleh kubatanya?” kataku kepada si suami yang memakai jubah berserban dan berjanggut tebal. “Apa?” “Anu,” kataku. “Bini kita atu ada anunyakah?” kataku

18


sambil memegang dan menyentuh hidungku. “Ada hidungnyakah?” Tentulah aku kena tantang dan kena maraki mata. Sensitif juga suaminya itu. Sebelum terjadi apa­apa aku meninggalkan mereka dan masuk ke kedai kopi India. Aku teringat biasanya perempuan India yang sopan akan menutup mulutnya dengan selendang sehingga tidak nampak hidungnya. Apabila seorang perempuan India, mungkin isteri manajer kedai kopi ini, melintas, dengan berani aku menarik selendang yang menutupi mulut dan hidungnya. Tentulah aku kena tegur oleh lelaki India yang di kounter pembayaran. “Hoi,” katanya. “Mengapa kacau aku punya isteri?” “Aku mau tengok ia ada hidung atau tidak,” kataku. “Ia ada hidungbah!” Aku mengeluarkan hidung yang di dalam saku seluarku. “Aku mau cari ini hidung siapa punya,” kataku. “Bukan isteri saya punya,” kata lelaki India itu. “Apa kau tidak pandai fikirkah? Itu hidung putih, kami orang India hitam manis.” Betul juga cakapnya itu. Takkanlah hidung ini sepadan dengan isterinya yang berkulit gelap itu. Aku memasukkan kembali hidung itu ke dalam saku seluarku. “Achooo!” Nanti, di rumah, aku akan cuci seluar ini. Aku sudah dapat merasakan ini adalah satu pencarian yang panjang. Kasihan juga hidung ini terseksa di dalam saku seluarku yang hangit dan masam baunya. Sejak hari itu, jika aku terlihat perempuan yang menutup mukanya, aku akan memandangnya lama­ lama. Jika keinginanku tidak dapat kutahan­tahan lagi, aku akan menarik jilbab atau selendang yang menutupi

19


mulut dan hidungnya itu. Aku mesti tahu apakah ia ada hidung atau tidak. Niatku murni, aku cuma mahu mengembalikan hidung yang kutemui di dalam tin sardin yang sudah lebih sepuluh tahun mansuh ini. Aku mahu memasang hidung yang comel ini sendiri ke mukanya dan kemudian memicit­micitnya sepuas hatiku.

20


08 JANGKITIKU

I

ni satu penyakit aneh kata doktor Pakistan yang memeriksa hidungku. Hidungku keras, sangat keras, tidak dapat dipicit. Tidak ada rasa apa­apa pada hidungku itu. Jika aku libas dengan kuat menggunakan jari telunjukku, jari telunjukku itu yang merasa sakit. Doktor memeriksa hidungku itu, menggoyang­ goyangkannya ke kiri ke kanan beberapa kali. Ketika itulah hidungku itu tanggal. Doktor terkejut dan hidungku itu jatuh di atas lantai jubin. Jubin itu retak. Aku segera mengambil hidungku itu. Terasa sangat berat bagi hidung. Aku meletakkannya di atas meja di depan doktor. Tak! Sebahagian kulit yang menutupi hidungku itu hancur pecah menjadi debu mendedahkan sesuatu yang halus dan licin. Aku, doktor dan pembantunya seorang jururawat wanita yang sedikit gemuk, merenung hidungku itu. “Macam amas usulnya,” kata jururawat itu. Hanya jauhari saja yang mengenal manikam. “Jadi amas hidung kita Ji.” Doktor lebih berhati­hati, ia memakai sarung tangan dan mengosok­gosok hidungku itu dengan tisu sehingga bersih dan berkilau kekuning­kuningan. “Ini emas tulen Tuan Haji,” kata doktor memandangku dan menganggukkan kepala kepada pembantunya. Ia menimbang­nimbang berat hidungku itu dengan tangannya. “Saya tidak tahu apa penyakit Tuan Haji ini.” Doktor memeriksa dua lubang pada bekas tempat hidungku. “Something is happening here,” katanya. “Hidung

21


Tuan Haji seperti tumbuh yang baru.” Ia mengambil cermin dan menyuruh aku melihat sendiri. Hidungku mulai tumbuh. Ia minta supaya hidungku yang tanggal itu ditinggalkan dulu di klinik itu untuk dianalisa apakah itu betul­betul emas. “Emas tu dok,” kata pembantunya. “I’m sure emas tu.” “Esok datang lagi,” katanya doktor. “Saya mahu melihat macamana progress hidung Tuan Haji yang baru tumbuh itu.” Esok aku datang lagi. Hidungku sudah tumbuh sepenuhnya. Hanya mengambil masa satu malam. Hidungku yang tanggal kelmarin itu disahkan emas tulen. “Kedai emas,” kata doktor, “sanggup membelinya dengan harga limabelas ribu ringgit. Kata taukeh kedai itu buatannya sangat halus dan artistik.” Ia mengembalikan hidungku itu kepadaku. Aku memberitahu doktor yang telinga kananku terasa kebas. Doktor memeriksa telingaku itu mengoyang­ goyangkannya sehingga ia tanggal. Kali ini telingaku tidak terjatuh di jubin. Ia memberikan saja telingaku itu kepadaku. “Pulanglah Tuan Haji,” kata doktor. “Saya pun tidak tahu apa penyakit Tuan Haji ini. Ambil saja panadol di tempat mengambil ubat.” Aku pulang dengan hidung dan telinga emasku. Malam itu semasa aku beristirahat menonton tv bersama isteriku, ada orang datang mengetuk pintu. Ia jururawat pembantu doktor di klinik. Ia nampak sangat lega melihat mukaku. Katanya susah juga ia mencari rumahku. “Maaf Ka ah,” katanya kepada isteriku. Jururawat itu menarik tanganku masuk ke bilik tamu lalu ia duduk

22


mengesel­gesel, dekat­dekat, rapat­rapat denganku. “Maaf ka, aku minjam laki kita sekajap.” Isteriku terdiam. “Nada apa­apa ni Ka,” katanya. “Aku ni saja minta jangkiti penyakit laki kita ani.”

23


09 KEPALA

D

ari jauh, aku melihat, cara berjalannya yang tidak tetap, kadang­kadang condong ke kiri kemudian condong ke kanan. Ia baru pulang dari kedai. Tentu kepalanya berat dengan masalah. Mula­mula aku menyangka ia itu kawanku tetapi setelah dekat ternyata ia lelaki yang tidak aku kenal. Aku senyum kepadanya ketika kami bersilang jalan. Ia pun senyum kepadaku, senyum ala kadarnya. Selang beberapa langkah aku menoleh ke belakang dan terlihat kepalanya tanggal dari lehernya. Kepala itu bergolek ke arahku. Aku memungut kepala itu dan mengejarnya. “Wang, Wang Aji,” kataku, melihat kepala itu memakai topi haji. “Wang Aji, kapalamu nih tagugur.” Ia mengambil kepala itu dan memasangnya balik di lehernya. Ia membetul­betulkan kedudukan topi hajinya. “Terima kasih,” katanya ia terus pergi. Dahinya berkerut. Aku terlihat lagi seseorang yang datang dari arah kedai, seorang perempuan, cara berjalannya juga tidak tetap, kadang­kadang condong ke kiri kemudian condong ke kanan. Aku terlihat kepalanya tanggal dari lehernya, bergolek­golek ke hujung kakiku. Aku memungut kepala itu. Sebiji kepala yang cantik dengan bibir yang mekar tetapi dengan muka yang kusut. Aku mendekati perempuan ini. “Dang,” kataku, “nih, kapalamu tanggal.” Ia mengambil kepala itu tapi tidak memakainya semula. Dan apabila aku terlihat orang ketiga, juga

24


datang dari arah kedai, kepalanya sudah tidak ada lagi, aku membatalkan niat untuk meneruskan tujuanku. Aku berpatah balik ke tempat letak keretaku. Di tempat letak kereta aku terlihat kepala­kepala berampaian di sana sini; kepala orang tua­tua, muda­muda, lelaki dan perempuan; yang jelasnya tidak ada kepala kanak­ kanak. Orang yang empunya kepala tidak sedar kepala mereka tertanggal. Aku masuk ke dalam kereta tetapi keluar semula. Aku memungut kepala­kepala ini dan memasukkannya ke dalam bonet kereta. Penuh juga bonet keretaku. Di rumah aku mengikat kepala­kepala ini: tiga biji satu ikat. Esoknya awal­awal aku mencari tempat di kawasan komersil di Tanjong Bunut, memilih untuk menjaja berdekatan seorang makcik yang menjual durian dekat sebuah bank. Aku mengurak tikar plastik empat segi dan meletakan tiga ikat kepala. “Si Awang menjual kepala?” kata makcik ini. “Awu,” kataku. “Berapa saikat?” katanya. “Saikat $30,” kataku. “Kalau sabiji $10.” Aku meletakkan label harga. “Mahal tu Wang,” katanya. Aku melihat durian yang dijualnya. Enam biji satu ikat. Satu ikat $5 dengan hadiah percuma. “Murah tu Maci,” kataku. “Apa hadiah percumanya atu?” “Dua tin Pepsi yang expired bagi setiap ikat,” katanya. "Kan mambunuh orang kita, Maci?" "Awu." Kami melihat seorang lelaki yang baru keluar dari bank. Ia mengira­ngira wang dan tiba­tiba kepalanya tanggal jatuh bergolek di depan makcik ini. Makcik ini

25


memandang orang tersebut. “Mana ia sadar tu kapalanya tanggal ah,” katanya. Ia memungut kepala tersebut dan memberikannya kepadaku. “Kepala! Kepala!” aku melaung­laungkan jualanku. “$30 satu ikat!” Sehingga petang belum ada pembeli.

26


10 SIDE EFFECTS

A

ku bangun pagi tadi dan mendapati setampik badanku lelaki dan setampik perempuan. Sebelah kiri badanku adalah perempuan dan memiliki buah dada. Sebelah kananku adalah lelaki berdada rata dan aku hanya memilik satu biji testis. Hari ini pula aku ada appointment di klinik kerajaan yang mesti aku hadiri. Doktor hendak mereview penyakit yang kuhidapi dan ubat­ubatan yang kuambil selama empat bulan. Aku mengambil off sehari penuh. Mujur perubahan ini tidak melibatkan rambut. Rambutku tetap pendek seperti asalnya. Muka sebelah kiriku jika diamat­amati nampak halus, femenin dan lawa juga ­ muka mantan kekasihku. Muka kananku, biasa, muka asalku ­ mungkin ada lain sedikit disebabkan oleh perubahan yang kualami ini. Aku cuba menyembunyikan perubahan ini dari isteriku. Sebelum ia bangun aku sudah pakai baju dan seluar yang labuh. Aku senghaja melilit kain sahal (hadiah orang balik haji) di leherku dan melabuhkannya di sebelah kiri untuk menyembunyikan buah dadaku. Nasib baik buah dadaku itu tidak besar sangat. Semasa minum pagi isteriku seperti mensyaki sesuatu tetapi aku memberikannya muka kananku. "Abang nampak lain pagi ini," katanya masih mengamat­amati mukaku. "Ada yang ganjil." "Ehe?" kataku. Isteriku bangun dari kerusi. Ia berjalan menuju ke sebelah kiriku tapi aku ikut berpusing agar ia hanya dapat melihat muka kananku. Aku menyuruhnya supaya duduk saja dan habiskan sarapan. Ia duduk semula.

27


"Abang nampak lebih hensem pagi ani," katanya. "Tapi masih ada yang ganjil." Kautau kalau isterimu mensyaki sesuatu, kau hanya memilik dua pilihan: sembunyikan atau beritahu yang sebenarnya. Aku memilih untuk memberitahu yang sebenarnya. Ia mentertawakanku. Memanglah ia tidak percaya. Siapalah hendak percaya. "Banar," kataku. "Setampik perempuan, setampik lelaki." "Hahaha," katanya. "Nice try, only happen in movies." Aku menyuruh ia memandu kereta tapi ia tidak mahu. Terpaksalah aku memandu dan mempamerkan muka kiriku kepadanya sepanjang perjalanan. Harap­haraplah ia tidak akan perasaan apa­apa. Ia perasaan. Ia perasaan yang muka kiriku adalah muka Sandra Dewi. Aku tahu ini dari melihat reaksi air mukanya. "Aku sudah katakan tadi," kataku. "Badanku setampik perempuan, setampik lelaki." "Kalau pun banar," kata isteriku. "Janganlah pasang muka Sandra Dewi." "Hanya seorang Dewi di hatiku," kataku. "Dewi Persik." Semasa keluar di depan pejabatnya, isteriku menutup pintu kereta dengan kuat. Aku terkejut. Aku memandu ke klinik. Aku masuk ke klinik tanpa terlalu menarik perhatian orang lain. Adalah beberapa orang nampaknya perasaan akan keganjilanku. Aku duduk diam­diam. Seorang lelaki datang dan duduk lat tiga kerusi di sebelah kiriku. Sekejap­sekejap ia menoleh ke arahku. Aku pun memandang kepadanya dan memberikan ia senyuman. Dengan sekelip mata ia sudah pun berada di sisiku. "Hai," katanya dengan senyuman yang manis. "Kalau

28


menunggu giliran di sisi perempuan manis dan cantik walau satu hari aku sanggup." "Terima kasih," kataku memandangnya, suara yang keluar dari mulutku adalah suara perempuan yang lembut. Jadi agaknya kalau aku memandang ke sebelah kiri, suaraku suara perempuan. "Abang appointment doktor juga?" Dipanggil abang, bertambahlah dekat duduknya denganku. Ia memegang tanganku dan aku membiarkan meskipun aku merasa geli­gelamam. Aku tidak menyedari yang lelaki boleh jadi seberani ini dengan baru sekali dipanggil abang. Bahaya juga spesisnya lelaki jika diberi peluang. Aku menarik tanganku. Ia tidak pula memajal. Tapi ia terus juga merenung mukaku. "Sandra Dewi," katanya. "Kau mirip Sandra Dewi." "Nadalah," kataku. "Biasa saja." Nurse pembantu doktor memanggil namaku. Terkejut juga lelaki itu melihat aku bangkit menyahut pada nama seorang lelaki. "Permisi ya bang," kataku dengan suara lembut. Kemudian aku senghaja berpusing agar ia betul­betul nampak muka kananku. Aku menghadiahkan senyuman yang lebar kepadanya. Aku terus menuju ke bilik doktor. Doktor tertawa besar melihat keadaanku itu. "Apa khabar Awang Haji?" kata doktor berbangsa Pakistan itu. "Ha ha ha, well we told you, your medecines have strange side effects. We will note this down for future reference. I think your prostate is doing well with the medication. Did you have fun while waiting outside just now?" "Ada lelaki mengorat aku tadi, Doktor," kataku. "So what did you do?" "Aku layanlah dia, let him hold my left hand," kataku.

29


"But I showed him my right face before I came in here." "What about your wife?" "Sulking," kataku. "Ia tahu muka kiriku muka my ex." Malam itu isteriku masih dalam bad mood. Dipujuk pun ia tidak mahu. "Sandra Dewi itu tidak pernah pun menyukai aku," kataku. "Aku batapok sabalah tangan ­ cuma aku saja perasaan yang ia itu girlfriendku, ia inda. Di dalam hatiku hanya ada Dewi Persik." "Kalau abang suka sangat dengan si Sandra Dewi atu," kata isteriku, "abang kawinlah dengan diri abang sendiri." Kata doktor kesan sampingan ubat prostat ini akan lenyap esok pagi.

30


11 LIDAH

A

ku dirujuk ke hospital besar. Berita buruk bagi diriku. Aku dimasukkan ke wad khas, dan akan ditahan untuk pemeriksaan dan pemantauan dalam jangka masa yang belum ditentukan. Subuh tadi lidahku terasa sedikit kejang dan aku masih boleh bertutur, dan cakapku masih boleh difahami isteriku. "Ngapa lain suara kita ane kan?" tanya isteriku. "Antah, karau tia lidahku ani." Setelah habis waktu subuh suaraku tidak lagi keluar seperti biasa yang keluar hanyalah embekan seperti kambing. "Embeee embae embe ee," kataku sambil menunujuk­ nunjuk lidahku kepada isteriku. "Ea eaa ea." Aku memang suka berjenaka tapi isteriku tidak pernah tertawa pada jenakaku. Kali ini ia tertawa tapi aku bukan pula berjenaka. Mungkin saja keadaanku yang lucu, masih bertuala mengembek­embek keluar dari jamban. Tapi orang tua terhormat sepertiku, kulit sudah kendur, perut labu, berjanggut dan mengembek­embek seperti kambing awal­awal pagi ­ ini tidak lucu ­ kalau kaufikir ini lucu maka otakmu perlu diperiksa. Isteriku tertawa terus. "Baiktah cukur janggut atu," kata isteriku. "Bida tu orang tua bajanggut mengembek macam kambing." Aku masuk semula ke bilik mandi dan mencukur janggutku. Aku fikir aku nampak lebih muda dan tampan tanpa janggut dan ini menjadikkan aku sedikit gembira. Aku keluar. "Mbaeee baeee bae," kataku sambil tersenyum­

31


senyum menunjuk­nunjuk daguku yang licin kepada isteriku. "Mbaee ee." Mendengar suara kambing keluar dari mulutku aku sedar kembali dan berhenti senyum. Aku mengambil telefon bimbit dan menteks isteriku: ­ldahku krau nda dpt ckp ­bnr bah? ­awu ukanku bybun. dgni ku kklinik ­ptg krng pgi ne kuduty ­ngpa ko mnteks ku ne bleh jua ko ckp ­aw ah Aku menjulurkan lidahku kepada isteriku untuk membuktikan yang aku tidak berbohong tapi ia tidak mau memeriksanya. "Membari gali jua kita ane eh." Aku mengembek sepanjang pagi di rumah. Aku mengembek menonton televisyen. Aku mengembek selepas membaca suratkhabar yang kubeli kelmarin. Aku mengembek membaca majalah. Semakin banyak yang kulihat semakin besar dan panjang embekanku. Banyak hal yang ingin kucakapkan dan keinginanku ini tidak dapat kukawal­kawal lagi tapi aku hanya mampu mengembek. Di klinik aku mengembek semau­mauku, semua yang kulihat kuembek ­ nasib baik aku menuruti syur isteriku mencukur janggut pagi tadi. Untuk sekali seumur hidup aku setuju dengan syurnya itu, jika tidak, pasti aku akan nampak lebih buruk lagi. Oleh kerana tidak tahan dengan gangguan embekanku maka aku diberi laluan untuk mendapat layanan awal. Doktor muda anak tempatan memeriksa lidahku. "Entah," kata doktor. "Macam ada tulang tumbuh

32


dalam lidah kita ani tuan haji." "Embaeee?" "Lidah kita betulang."

33


12 MATA

A

ku ini anak muda yang sihat sebenarnya. Seorang lelaki yang berbadan sederhana tegap dan aku menganggap yang diriku memiliki sosok badan yang ideal bagi seorang lelaki. Aku masih bujang. Kira­kira hensemlah sikit nilai 9 dalam skala 10, jika aku tidak memakai kacamata dan nilai 2 jika aku memakai kacamata putihku yang kacanya sangat tebal ini. Inilah masalahku yang sebenarnya ­ mata yang sangat rabun. Muda­muda sudah rabun. Contact lens tiada yang sesuai dengan kerabunan mataku ini. Kerabunan yang amat sangat ini menyukarkan aku mengorat. Pakai kacamata, kerana kacanya yang sangat tebal, aku nampak sangat tidak menarik. Aku buka kacamata supaya nampak hensem, aku pula tidak nampak siapa yang aku orat. Pernah sekali aku buka kacamata semasa duduk menunggu (hanya masa duduk menunggu aku boleh buka kacamata) dan seorang perempuan duduk di sisiku ­ aku bantai saja hendak mengorat. "Hi," kataku sambil memandang ke arahnya, dengan mata yang rabun semua nampak cantik. "Si awang bercakap sama akukah?" kata perempuan ini. Suaranya tidaklah muda sangat. Aku pun cepat­cepat memakai kacamataku. Memikirkan niatku hendak mengorat itu menyebabkan aku merasa sangat malu. "Maaf Ne," kataku. "Aku fikir Nene kawanku tadi." "ooO0oo," kata nenek dengan senyum sumbingnya "Tabalnya kacamata ­ patutlah tasalah orat!" Aku fikir mukaku bertukar jadi merah dan telingaku

34


keluar asap dan aku cuba­cuba saja pasang muka sardin. Kerana masalah mata rabun inilah aku berada di sini sekarang ini ikut bersama mereka yang menghadapi masalah yang sama ­ periksa mata yang dianjurkan oleh syarikat luar negeri. Periksa mata ini percuma cuma rawatannya nanti akan menelan belanja. Aku tidak keberatan mengeluarkan ongkos untuk merawat mataku ini. Operasi di luar negeri. Di sisiku duduk seorang lelaki tua sekitar umur lapanpuluh tahun lebih, bertongkat dan terbungkuk­bungkuk. Jikalah aku seperti ia tidaklah aku hendak bersusah­payah mengeluarkan belanja untuk merawat mata ­ memang pada usia seperti itu mata sudah rabun. Terimalah saja. Kemudian aku terdengar lalaki tua ini bercakap­cakap seperti membaca sesuatu dengan pandangannya tertumpu ke hadapan. "Mangapa Ne?" kataku. "Nada apa­apa Cu," katanya dengan senyum. "Nene cuma mambaca surat pemberitahaun di notice board di hujung sana atu." "Notice board yang di hujung atu?" Aku menunjuk ke arah notice board tersebut, kira­kira seratus meter dari tempat kami duduk itu. "Nene baca poster iklan?" "Bukan," katanya. "Nene baca surat yang bertaip atu." Mata orang yang normal pun tidak akan dapat membaca surat bertaip itu dalam jarak 100 meter. "Mata Nene memang tajam," kataku. "Atulah masalahku," katanya. "Cucu lihat amoi atu." "Perempuan yang berseluar pendek brown atukah?" kataku. "Bukan brown tu, merah tu," katanya membetulkan. "Kaulihat pahanya: yang sebelah kanan ada lima tahi

35


lalat dan yang sebelah kiri ada tiga tahi lalat." "Ne," kataku, "atu jauh antap, 100 meter ­ manalah aku boleh nampak tahi lalatnya." "Anilah masalahku Cu," katanya. "Umur sudah 93 tahun tapi mata masih tajam." "Jadi Nene mahu apa?" kataku. "Nene mahu mata Nene dirawat," katanya. "Nene mahu mata Nene dibedah." "Dibedah?" kataku. "Ya," katanya. "Dibedah supaya dijadikan rabun." LOL orang tua gila. "Nene sudah inda tahan lagi," katanya. "Sapatutnya mata Nene sudah rabun dan inda lagi ada nafsu mengira tahi lalat di paha amoi." Aku mencadangkan kepadanya supaya banyak­ banyak menonton video porno ­ kata ustaz menonton video porno boleh menyebabkan mata rabun. Memang terbukti benar. "Porno itu apa?" tanyanya. "Di mana nenek boleh mendapatkannya?"

36


13 MUKA

M

ulanya aku tidak menyangka ini boleh dilakukan sehinggalah seorang kenalan kepada kenalan sahabat karibku mengatakan bahawa pekara ini adalah sesuatu yang sangat mudah dibuat. Lebih­lebih lagi bagi seorang yang masih muda sepertiku: kau tidak perlu botox atau menjalani plastic surgery. Aku tidak suka mukaku dan itu adalah understatement. Sejak kecil aku sangat takut dan gerun melihat mukaku. Dari hari ke hari ketakutanku itu semakin menjadi­jadi sehingga sampai pada tahap aku tidak sanggup melihat mukaku lagi. Jika aku terlihat mukaku di cermin atau di dalam bayangan air aku akan mendapat mimpi ngeri dikejar oleh diriku sendiri. Orang lain tidak pula merasa takut pada mukaku malah ada yang tertarik pula. "Hey," kata orang lain itu. "Kalau boleh kita bertukar muka, aku sanggup membayar 10 ribu ringgit untuk mendapatkan mukamu itu." "Tidak ada masalah dengan mukamu," kata seorang kawan lagi. "Kalau aku perempuan aku akan jatuh cinta padamu." Semua ini tidak membantuku; aku tetap juga gerun dan takut melihat mukaku. Kemudian kawan karibku membawa seorang kenalan kepada kenalannya. Entah apa bangsanya tapi ia fasih berbahawa Melayu. Kenalan kepada kenalannya itu sedang mengembara mengelilingi dunia dan kebetulan lewat di Brunei untuk beberapa hari. Anehnya orang yang tidak kukenal atau baru kukenal biasanya akan mengomen tentang mukaku.

37


"Kau memiliki muka yang bagus," katanya. "Aku ingin sekali memiliki muka sepertimu." Kemudian kawan karibku menceritakan masalahku kepada kenalan kepada kenalannya ini. "Ia sangat takut kepada mukannya sendiri," kata kawan karibku sambil ketawa seolah­olah masalahku itu sesuatu yang sangat lucu. "Kau suka tidak mukaku?" kata kenalan kepada kenalan ini. Aku melihat mukanya. Mukanya perawakan darah campuran, sekali pandang ada sedikit seperti pelakon Korea: Lee Min Ho; dan jika dipandang lagi sekali ada sedikit seperti pelakon Filipna: Diether Ocampo. Kataku aku tidak ada masalah dengan mukannya. Aku ingin sekali memiliki muka seperti itu. "OK," katanya. Ia memegang kepalanya dengan kedua­dua tangannya. Ia menyuruh aku mengikuti apa yang dilakukannya dengan sebaya. "Ini senang dan mudah." Memang senang dan mudah; dengan hanya tiga gerakan yang sederhana kami menanggalkan dan bertukar­tukar kepala. Kawan karibku pingsan. "Ini rahsia," kata kenalan kepada kenalan kawan karibku itu. "Jangan diajarkan gerak tiga ini kepada sesiapa." Masalah manusia sepertiku ini ialah aku mudah bosan tambahan pula aku sudah tahu rahsianya. Lepas satu tahun aku pun merasa perlu menukar kepalaku dengan kepala orang lain. Aku mahu muka yang lebih muda. Untuk mencari orang yang mahu tentulah sukar. Aku pun cuba menawarkan kepala Lee Min Ho Diether Ocampo ini kepada seorang anak muda yang aku berkenan kepada kepalanya.

38


"Kita bertukar kepala suka sama suka," kataku. "Aku ambil kepala mu dan kauambil kepala Lee Min Ho Diether Ocampo ini. Ini kepala yang diminati perempuan." "Aku tidak memerlukan kepala Lee Min Ho Diether Ocampo," katanya. "Aku memerlukan wang. Kaupinjamkan aku seribu ringgit dan kepalaku sebagai cagarannya." "Jika kaugagal membayar balik," kataku. "Kepalamu jadi milikku untuk selama­lamanya." Seribu ringgit bukanlah apa­apa bagiku. Aku suka kepalanya. Aku mengeluarkan wang dari ATM kemudian membawanya ke restoran C.A.Mohammed di bangunan Yayasan. Belum banyak pelanggan yang datang jadi bolehlah kami melakukannya di sana dekat jendela berlatarbelakangkan Kampung Ayer. Sebenarnya ia nampak seperti tidak percaya tetapi wang seribu ringgit yang sangat­sangat diperlukannya itu meyakinkannya. "OK," kataku. Aku memegang kepalaku dengan kedua­dua tanganku. Aku menyuruh ia mengikuti apa yang kulakukan dengan sebaya. "Ini senang dan mudah." Memang senang dan mudah; dengan hanya tiga gerakan yang sederhana kami menanggalkan dan bertukar­tukar kepala. Tujuh orang pelanggan restoran C.A.Mohammed pingsan. "Ini rahsia," kataku. "Jangan diajarkan gerak tiga ini kepada sesiapa." Aku kahwin dengan teman wanitanya hujung tahun itu, ia tidak tahu aku bukan kekasihnya ­ umurnya dua puluh tahun lebih muda dariku. Dan aku tidak ada masalah dengan itu. Masalahnya ialah apabila kita mengatakan sesuatu itu rahsia dan jangan beritahu

39


kepada orang lain pasti ia akan diberitahu kepada orang lain. Aku tidak tahu macamana atau bagaimana, satu hari isteriku yang muda ini pulang ke rumah dengan kepala Lee Min Ho Diether Ocampo dan ia meletakkan wang seribu ringgit di depanku. "Kau bukan kekasihku," katanya. "Kembalikan kepala kekasihku dan kauambil balik kepala Lee Min Ho Diether Ocampo ini. Dan ceraikan aku." Aku menceraikannya dan kembalilah aku dengan kepala Lee Min Ho Diether Ocampo ini. Ada siapa­siapa mahu bertukar kepala denganku? Suka sama suka. Aku ajarkan gerak tiganya. Senang dan mudah. Tapi ini rahsia dan jangan ajarkan kepada sesiapa selepas itu.

40


14 MULUT

A

ku mengira ada sebelas mulut di muka anak muda ini. Lima di pipi kirinya, lima di pipi kanannya dan satu di tempat normalnya letak mulut. Ini bukanlah sesuatu yang lawa untuk dilihat. Ia masuk ke klinikku ini dengan keseluruhan kepalanya diselubungi kain hitam kecuali dua lubang untuk matanya. Ia masuk dengan tidak mengikuti giliran. Apabila ia membuka sulubung itu, aku terus saja menyuruhnya duduk. Mukanya sungguh kusut. Ia mau berkata sesuatu tetapi tiada suara yang terkeluar dari satu pun mulut­mulutnya itu. Aku memeriksa mulut­mulutnya itu satu per satu. Gigi di mulut­mulut tersebut semuanya bagus, bersih dan tegap. Aku memeriksa lidah; kesemua mulutnya itu memiliki lidah yang sihat. Malah aku memeriksa ke dalam kerongkong dan khalkumnya dan melihat alak­alaknya; semuanya normal. Dahinya berkerut apabila aku mengatakan bahawa semuanya normal. Ia mengoyang­ goyangkan badannya ke depan dan ke belakang beberapa kali. "Uh uh," katanya dengan payah. "A a." Akhirnya ia mengalah pada situasinya itu dan mengambil sehelai kertas lalu menulis sesuatu dan memberikannya kepadaku. Tulisannya adalah tulisan tangannya yang paling cantik yang pernah kutemui. Ia menulis: aku sudah mulai jadi bisu.

41


15 PINOKIO

A

wang Pinokio bin Musa pulang lewat lagi. Keluar dari Restoran Mahal­Ah bersama teman wanitanya, Masna Wasulasa, berjalan menuju ke kereta ia terlanggar Nenek Kebayan. Nenek Kebayan itu terjatuh. Awang Pinokio tidak pula menawarkan diri untuk menolongnya bangun. Entah dari mana nenek itu datang. Tiba­tiba saja ada. Nenek Kebayan menghayun­hanyunkan tongkatnya dengan marah. “Aku sumpah kau anak muda,” katanya. “Kau inda akan dapat lagi badusta apa lagi arah binimu di rumah!” Macam mana nenek atu tahu yang aku ada bini di rumah, fikir Awang Pinokio. Ia memandang nenek itu bangun yang kemudian seperti kehilangan arah atau lupa ke mana hendak ditujunya. “Orang tua lali,” kata Awang Pinokio. Ia menghantar teman wanitanya pulang ke rumah. “Bye bye sayang,” katanya. “Lain kali lagi tani dating. Love you Masna Wasulasa.” Dalam perjalanan pulang ia terkenang akan sumpahan nenek tua itu. Ia khuatir juga akan sumpahan itu kerana namanya Pinokio. Mantang­mantangtah namaku Pinokio, inda boleh badusta, fikirnya, kalau badusta panjang idung kali. Entah kenapa bapanya memberinya nama Awang Pinokio. Tapi tidak pula pernah hidungnya panjang jika ia berbohong. “Whatever,” katanya. Sebenarnya ia merasa bersalah juga kepada isterinya kerana tidak setia. Ia sudah berkali­kali berjanji

42


pada isterinya itu bahawa ia tidak akan berhubungan dengan perempuan itu lagi. Tiba di rumah ia hendak meminta maaf pada isterinya tetapi isterinya sudah dulu bercakap. “Kul sablas udah,” kata isterinya. “Banyak karaja bang? Ada meeting lagi?” Ia sudah bersedia hendak bercakap benar tetapi isterinya sudah mendahuluinya dengan soalan sinis jadi ia pun berbohong sajalah. “Awu, Fawahidah,” katanya. “Banyak karaja di pejabat. Lalah ku ni. Urutkan kapalaku karang lai ah.” “Jangantah kan badusta,” kata isterinya, Fawahidah. “Aku ada spy di seluruh negeri ani.” “Kalau kubadusta panjang tia idungku,” kata Awang Pinokio. “Abang badating sama skandal abang,” kata Fawahidah. “Sama si Masna Wasulasa di Restoran Mahal­Ah.” Awang Pinokio malas hendak bertengkar apalagi pada asalnya ia hendak meminta maaf pada isterinya, Fawahidah. Lalu ia pun mengakui cakap isterinya itu. “Awu,” katanya. “Aku dating sama Masna Wasulasa.” Ketika itulah hidungnya menjadi panjang. “Kami makan di Restoran Mahal­Ah,” katanya. Hidungnya bertambah panjang. Semakin ia bercakap benar semakin panjang hidungnya. Malah ia bercerita apa yang mereka makan, romantis saling menyuapkan santapan. Keluar restoran berpegangan tangan erat­erat. Sekarang hidungnya sudah tiga meter panjangnya. Ia terfikir juga mungkin ia sebenarnya telah tersalah sumpah oleh Nenek Kebayan yang lali itu: ia tidak boleh bercakap benar; berdusta boleh. “Kan Lai sudah kubagitau, aku kalau badusta panjang

43


idungku,” katanya dengan serius. Hidungnya mulai pendek. “Aku sibuk di pejabat tadi meeting untuk negara pasal korupsi. Aku inda lagi berskandal dangan sesiapa. Dulu barangkali, sakarang ani inda.” Hidungnya terus pendek dan kembali normal. Sekarang barulah Fawahidah percaya. Di dalam hati, Awang Pinokio menggosok­gosok tapak tangannya; senanglah ia berbohong kepada isterinya. Bagus juga Nenek Kebayan itu lali. Ia hanya berbohong kepada isterinya sahaja, cuma sekarang ia tidak boleh lagi bercakap benar. Samasekali tidak boleh bercakap benar kepada sesiapa pun, hidungnya akan panjang. Jika ia bercakap benar tiada sesiapa mahu percaya. Ia terpaksa berbohong untuk hidungnya kembali normal. “Aku bacakap banar,” katanya, memang ia bercakap benar kerana itu hidungnya tiba­tiba jadi panjang. Sekarang sudah dua bulan ia ditahan di bahagian pesakit pskiatrik kerana gangguan mental. Ia sudah tidak tahan lagi; jika ia bercakap benar, hidungnya panjang dan orang tidak akan percaya kepadanya. Hanya cakap bohongnya saja yang dipercayai orang. Ia bercakap­ cakap seorang diri. “Mana Nenek Kebayan lali atu?” katanya. “Mana Nenek Kebayan lali atu? Mana Nenek Kebayan lali atu?”

44


16 SENTORA

P

agi hari persandinganku aku bangun dan mendapati diriku adalah seekor sentora: badanku kuda berkaki empat dan berekor; kepala, dua tangan dan torsoku adalah manusia ­ diriku sendiri. Penganggunku, seorang perempuan tua, pangkat nenekku, memimpinku dengan tenang menuju ke bilik mandi untuk mandi ‘pemanis pengantin’ diapit oleh dua orang budak yang masing­ masing membawa lilin yang dinyalakan. “Cu, jangan dibatalkan kawin ani,” katanya. “Kasian bini­bini. Taruskan saja. Sekurang­kurangnya cucu adalah kuda yang gagah dan hensem.” Ia membaca jampi menteranya dan menyiram air ke seluruh tubuhkku, sambil itu ia mengajarkanku beberapa petua berumahtangga. “Entahlah Cu,” katanya, “sama ada yang Nini ajarkan atu relevan atau inda yang kau sudah jadi kuda ani.” Antara pesannya ialah: janganlah digauli jika isteri sedang tidur, biarkan ia berehat untuk memulihkan tubuh sepenuhnya. Aku tidak dapat membayangkan bagaimana aku hendak menggauli isteriku dalam aku berbadan kuda ini. “You are one tough and a handsome centaur,” katanya. “Setialah kapada pasangan.” Nenek, penganggun ini menampar punggungku sehingga punggungku bergetar. Ia menyuruhku keluar dari bilik mandi itu. Aku pun berjalan perlahan, hufku menghentak lantai simen, keletak, keletuk, keletak, keletuk, keletak, keletuk; terasa seperti semua orang memandangku. Aku menegakkan torso dan tengkukku

45


dan memandang sekeling dengan sekali imbas. Sudah ramai sanak­saudara dan kawan­kawan berkumpul. Berita aku bertukar jadi sentora sudah tersebar agaknya. Sekarang mereka mengambil gambar dan videoku dengan telefon masing­masing. Pihak isteriku telah menghubungi bahawa majlis persandingan akan diteruskan seperti yang telah dijadualkan apa pun yang berlaku. Jadi sentora bukanlah sesuatu yang memalukan; lebih memalukan jika majlis dibatalkan sama sekali. Ramai juga yang datang sehingga kem dan tempat duduk tidak cukup. Yang tidak dijemput ikut datang. Semasa aku keluar untuk berziarah, jemputan perempuanlah yang banyak berdiri. Aku rasa mereka sangat tertarik pada tubuhku yang tegap: aku tidak memakai pakaian yang lengkap, cuma baju pengantin menutup dadaku dan dastar di kepalaku. Fizikalku tidak mungkinkan aku memakai seluar dan sinjang. “Huuummm,” aku terdengar suara seorang perempuan. “Hensem jua pengantinnya ato. Huuuuuuh.” Aku melirik ke arah suara itu, jadi sentora, semua inderaku bekerja dengan tajam dan efisien: ia seorang perempuan yang ayu juga, ia tunduk apabila aku memandangnya, tetapi di dalam hatiku hanya ada isteriku. Aku khuatir juga memikirkan apakah reaksi isteriku nanti melihat suaminya sudah jadi separuh kuda. “Ngapakan ia jadi kuda atu Ma?” “Ntah Lai eh, Mama pun nda tau.” “Ma, Ma,” kata budak yang bertanya itu. “Juburnya nampak ah.” “Eh,” kata emaknya. “Kau ani Lai, lain pulang kau liat.” “Anunya pun nampak tu,” kata seorang budak lagi.

46


“He he he.” “Shhhh,” kata emaknya. “Nda pemalu jua kamu ani.” Hanya budak­budak yang jelas nampak hal seperti ini (seperti dalam cerita Baju Baru Maharaja ­ The Emperor's New Clothes); aku merasa malu tapi dalam masa yang sama bangga juga mempamerkan otot­otot cantik di punggungku ­ bukan setiap hari aku berpeluang dan mempunyai alasan untuk seperti ini. Apalagi, aku tidak pasti sama ada aku mendengar atau cuma terbaca fikiran para jemputan wanita, yang rata­ratanya sungguh memberahikan. Aku hanya senyum; di dalam hatiku hanya ada isteriku. Berlaku sedikit kelam­kabut ketika hendak berangkat ke rumah pengantin perempuan; untuk membawaku tentu tidak muat dan tidak masuk akal dengan sebuah kereta salun. Tidak juga elok aku, raja sehari walau dalam bentuk sentora, naik ‘pickup truck’. Aku pun tidak mahu. “Aku jalan sendiri saja,” kataku. “Kereta pengantin di dapanku dan di balakangku kereta­kereta lain. Dari Kupang ke Tanjong Bunut bukannya jauh banar.” Entah, mungkin berita ini tersebar cepat melalu sms, sepanjang perjalanan itu, orang sudah ramai berdiri­diri di kiri dan kanan jalanraya. Pondok menjual minuman dan nasi katok juga telah didirikan di beberapa tempat. Di Sengkurong dari arah BSB padat dengan kereta, semua orang berhenti untuk menyaksikan perarakan ini. Jambatan ‘overhead’ yang baru siap dibina di Sekolah Rendah Sengkurong sesak penuh dengan manusia. Di belakangku kereta memanjang entah sampai mana ­ tidak ada yang memotong. Polis sibuk mengawal keadaan. Pastinya ramai orang telah membatalkan rancangan mereka hari ini semata­mata untuk

47


menyaksikan perarakan kami menuju ke rumah pengantin perempuan. Oleh sebab panas dan rimas memakai baju pengantin yang tebal dan tidak selesa itu, aku pun membukanya dan menyampirkannya di lenganku saja. Hanya kepalaku yang berdastar sebagai tanda akulah pengantin. Akhirnya kami sampai juga disambut dengan pukulan hadrah. Aku dibawa berjalan pusing tujuh keliling, untuk memberi peluang pengantin perempuan keluar duduk di atas pelamin. Aku dipimpin penganggun masuk untuk bersanding. Penganggun tersipu­sipu kerana tidak terfikir macam mana aku hendak duduk bersanding di atas pelamin itu. “Inda kutau macam mana ni,” kata penganggun. “Baru kupernah membawa kuda kawin.” “Sentora, bukan kuda,” kataku. “Centaur bah Ni.” “Whatever,” kata penganggun. “Singgan sini saja kawajipanku. I know nothing about centaur.” Isteriku nampak tenang saja melihat keadaanku yang berbadan kuda ini malah ia tersenyum­senyum sangat manis. Aku jatuh cinta semula lagi padanya. Aku mendekatinya lalu mengangkatnya dan mendudukkan dengan hati­hati di belakangku. “Pigang kuat­kuat Leng,” kataku. “Kajap lagi tani keluar.” “I am jealous,” kata isteriku membisik. “Banyak tuh bini­bini taisliur meliat dada sama punggung Abang ah.” “He he,” kataku membisik juga. “Penganggun bini­bini sudah menampar tu, punggungku atu, sampai begatar, masa memandihi pagi tadi. Naik birahinya kali ­ ndalah tau.” “Balabih jua si tua atu.” “Nda kau hairankah aku jadi centaur ani?” kataku

48


berbisik. “Di malam,” kata isteriku, “aku berdoa supaya lakiku jadi makhluk yang paling setia ­ barangkali centaurlah mahluk yang paling setia.”

49


17 SENYUM DAN TAWA

S

eorang sahabat yang mudah senyum dan kuat ketawa datang kepadaku pada suatu pagi. “Tolong ku Ji! Tolong ku Ji!” katanya. Suaranya cemas. Mukannya marung. “Ha apa? Apa?” kataku dengan cemas juga. “Mengapa kau?” “Aku inda dapat senyum! Aku inda dapat ketawa lagi,” katanya. Ini sungguh lucu tapi aku tidak ketawa. Biasanya aku akan ketawa pada hal seperti ini. Aku tidak ketawa. Aku adalah orang kedua yang kuat ketawa dan mudah senyum. Aku memandangnya dengan marung, ketika inilah aku menyedari yang aku juga tidak dapat senyum dan tidak dapat ketawa lagi. “Aku pun jua inda dapat ketawa,” kataku. Tidak ada di dalam hatiku rasa hendak ketawa. Aku mengajukan kepadanya sebuah cerita jenaka yang sangat lucu. Ia tidak ketawa. Aku sendiri tidak ketawa. Dengan muka yang marung ia mengajukan sebuah cerita jenaka juga. Aku tidak ketawa. Ia sendiri tidak ketawa. Rupa­rupanya bukan kami sahaja yang tidak dapat senyum dan ketawa. Setiap orang bermuka marung. Memandu kereta dengan muka yang marah meskipun tidak ada kesesakan jalan raya. Membeli sayur dengan marung meskipun harga sayur jatuh sehingga 70%. Membeli belah di pasar raya dengan marung meskipun sekarang musim jual murah, dan jual murahnya bukan pula yang tipu. Sepatutnya pada hari ini banyak orang senyum­senyum dan ketawa­ketawa

50


kerana hari ini berterima gaji dan bonus. Semua orang marung. “Satu epidemik marung sedang melanda negara,” kata juruhebah di radio dengan suara yang serius. “Diharap biskita semua bersabar. Untuk menceriakan hari awda saya paparkan sebuah kisah yang sangat lucu ....” Aku tidak ketawa. Juruhebah itu juga tidak ketawa. Aku menyangka epidemik marung ini akan hilang esok atau lusa tetapi setelah berlalu satu bulan belum juga hilang­hilang, malah orang semakin bertambah marung. Setelah setahun, pihak­pihak yang berkenaan menjadi risau. Jerayawara­jerayawara diadakan setiap tiga hari untuk mengembalikan tawa dan senyum pada orang ramai. Para menteri berganti­ganti memberi ucapan. “Imej negara sebagai a friendly nation akan terjejas jika kita terus bermuka marung,” kata seorang menteri dengan marung. “Marilah kita sama­sama senyum dan ketawa.” Tidak ada orang senyum dan ketawa. Ucapan menteri diikuti dengan sebuah persembahan komedi sitkom. Para pelakonnya berlakon dengan muka marung. Tidak ada orang senyum dan ketawa. Pihak kerajaan bertambah risau apabila bayi­bayi yang baru lahir juga bermuka marung. Untuk menangani musibah ini dengan lebih sistematik sebuah jabatan baharu ditubuhkan: Jabatan Senyum dan Ketawa Negara. Jabatan Senyum dan Ketawa Negara diberi kuasa penuh dan kewangan yang tidak terhad untuk mengembalikan senyum dan kepada seluruh rakyat. Aku dan sahabatku yang mudah senyum dan kuat ketawa diambil bekerja di jabatan baharu ini. Bermacam­macam cara dan langkah kami fikirkan dan jalankan dari

51


peraduan­peraduan lawak jenaka, peraduan mengarang cerita lucu dengan hadiah lumayan kepada menjemput pelawak dari luar negeri untuk membuat persembahan; semuanya tidak mendatangkan apa­apa hasil. Tidak ada orang senyum dan ketawa. Pelawak luar negeri itu ada yang bunuh diri kerana tidak ada orang tertawa pada jenaka terbaik mereka. Oleh sebab tekanan yang bertubi­tubi, kami pekerja­ pekerja di Jabatan Senyum dan Ketawa Negara adalah orang­orang yang paling marung di seluruh negara sehingga timbul satu pepatah baharu: Marung seperti pekerja Jabatan Senyum dan Ketawa Negara. Ini pula menjadikan kami bertambah marung lagi. Satu langkah drastik kami ambil dan diluluskan oleh pihak­pihak berkenaan: semua harga barang di kedai­ kedai diturunkan 50% dan gaji kakitangan kerajaan dan swasta dinaikkan 50%. Jika orang tidak ketawa, paling tidak orang akan senyum gembira. Tidak ada orang senyum dan ketawa. Kemudian aku terfikir satu penyelesaian yang sungguh simple sehingga aku sendiri tertanya­tanya mengapa aku tidak terfikirkannya lebih awal lagi. Jantungku berdegup kencang memikirkannya. Ini adalah ideaku dan aku tidak mahu orang lain mengambil kridit atau kepujian darinya. Sebelum mengutarakan idea revolusiner ini aku perlu menenangkan diri, memikirkanya lagi baik­baik; aku memerlukan dan meminta cuti rehat ke luar negeri. Aku mengambil cuti yang terkumpul beserta cuti mandatori yang panjang. Apabila aku kembali dari cutiku semua orang terkejut melihat mukaku. Aku senyum­senyum sepanjang masa. Ketawa: memang aku tidak ketawa; tetapi senyum: aku senyum sepanjang masa. Orang atasanku sibuk

52


bertanya, tetapi aku senyum sahaja; aku tidak mahu sesiapa mendapat nama. Aku terus masuk tv dalam satu rancangan wawancara khas yang diulang­tayang beberapa kali. “Dalam keadaan negara bermarung­marung apakah rahsia di balik senyuman Tuan Haji.” “Plastic surgery,” kataku dengan senyuman yang kekal di bibirku. “Solusi kepada masalah yang melanda negara sekarang ini adalah sungguh simple: pembedahan plastik. ” Mulailah jabatan kami, Jabatan Senyum dan Ketawa Negara, membuat tindakan susulan dengan memberikan pembedahan plastik percuma kepada seluruh rakyat. Sekarang, meskipun rakyat masih tidak dapat ketawa, sekurang­kurangnya mereka memiliki senyuman yang kekal. Mereka senyum dalam senang. Mereka senyum dalam susah dan sakit. Mereka senyum ketika mati. Bahkan ketika mati kemalangan jalanraya pun mereka tetap senyum. Atas jasaku ini, aku dianugerahkan gelaran Pehin.

53


18 TANGGAL

G

igiku mulai tanggal satu satu. Aku telah berjumpa doktor gigi. Ia telah memeriksa gusiku. Katanya gusiku baik, sihat, lebih sihat daripada gusi kebanyakan orang. Apabila ia menyentuh satu daripada gigi­gigiku, gigi itu pun tanggal. Tidak ada darah dan tidak ada rasa sakit. Ia memeriksa gigi yang tanggal dengan sendirinya itu. Katanya gigi itu juga sihat tidak ada tanda­tanda terkena plak. Ia berterus­terang bahawa ia tidak tahu apa masalah dengan gigi dan gusiku. “Bawa jumpa doktor biasa,” katanya. Hari itu juga aku berjumpa doktor biasa. Aku menceritakan masalahku. Ia mendengar dengan baik, ia seorang doktor perempuan tempatan yang manis juga tapi aku sebenarnya ingin kalau dilayan oleh doktor lelaki. Aku malu juga tampil di depannya dengan gigi­gigi yang rompang. Semasa ia memeriksa mulutku, sebiji lagi gigiku tanggal. Ia memeriksa tekanan darah dan degupan jantungku. Menyukat suhu badanku. Katanya tekanan darahku normal, degupan jantungku mantap dan sihat. Suhu badanku biasa saja. “Kalau boleh kitani betukar tekanan darah,” katanya, “mau ku ni.” Dalam erti kata lain aku lebih sihat daripada dia. Ia menyuruh supaya sampel darahku diambil dan datang lagi dua minggu kemudian untuk keputusannya. Semasa mengambil sampel darahku itu sebiji lagi gigiku tanggal. Dua minggu kemudian aku datang lagi. Aku senghaja senyum­senyum lebar kepada doktor itu, untuk memperlihatkan gigiku yang hanya tinggal sebatang ­ di

54


bawah. Ia ketawa kecil begitu juga pembantunya. “Ceria jua kita hari ani,” katanya. Ketika itulah gigiku yang sebatang itu tanggal. “Habisylah syudah jijiku tu,” kataku. Keputasan darahku tidak ada yang mencurigakan. Tahap kolesterolku normal, tahap gula juga normal. Kata doktor sejak dua minggu ini bukan aku seorang saja yang datang mengomplen keguguran semua gigi, di klinik­klinik lain, hospital besar dan utama di seluruh negeri setiap hari ada saja kaum lelaki datang dengan masalah yang serupa. Semua mereka ini sihat seperti aku juga cuma mereka juga datang dengan masalah kedua. “Kita, inda ada masalah lain? ” kata doktor. “Inda ada apa­apa lagi yang hilang?” “Syetauku,” kataku. “Inda ada hapa­hapa lagi yang hilang.” “Maaf ah,” kata doktor dengan muka serius. “Biji pelir kita inda hilang?” Aku meraba­raba dan memicit­micit pelirku. Aku terdiam. Memang hilang satu biji bijinya. Untuk memastikan dan meyakinkan diriku, aku meraba­raba dan memicit­micit lagi pelirku. Semua pergerakanku terhenti dan aku tidak terkata­kata lagi. “Kedua­dua bijinya hilang?” kata doktor. Aku mengangguk. “Tidak apa,” katanya. “Kita sihat, atu yang penting. Dan bukan jua kita seorang yang kehilang gigi dan biji pelir akhir­akhir ini. Kita badangan.” Aku memandang doktor perempuan yang sangat profesional ini. Katanya tentang gigi yang habis tanggal itu, aku bolehlah membuat gigi palsu. “Biji pelir,” katanya dengan serius, “inda pulang ada

55


berjual yang palsu, tapi inda jua orang tau kan yang pelir kita inda babiji? Maklumat kesihatan kita di sini adalah confidential.” Betul juga seperti yang dikatakannya itu, tiada siapa yang tahu. Aku sendiri pun pada mulanya tidak tahu. Aku hanya perlu mengelak dari membuka mulutku sehingga gigi palsuku siap. Dengan mulut yang tertutup rapat, aku meninggalkan klinik itu dengan langkah­ langkah yang gah. Tiada sesiapa yang tahu yang aku tidak bergigi dan pelirku tidak berbiji.

56


19 TELINGA

T

idak ada bekas luka. Jika ia dipotong maka potongan itu adalah potongan yang bersih. Aku bertanya kepada kawanku bagaimana ia kehilangan telinga kanannya itu. Aku bertanya kerana baharu juga empat lima hari kebelakangan ini telinga kanan itu masih ada. Sekarang yang tinggal hanya lubangnya sahaja. Jika dipotong pun tentu masih berbalut. "Bukan urusanmu," katanya. "Pedulikan urusanmu sendiri!" Aku terkejut juga dengan jawapannya itu kerana biasanya ia tidak begitu. Mungkin bertelinga satu menyebabkan seseorang itu jadi sensitif. Ia menjadi seorang yang sangat pendiam dan penyendiri. Seminggu kemudian seorang lagi temanku hilang telinga kanan. Seperti kawan yang mula­mula itu, tidak ada bekas potongan, bersih dan licin, yang tinggal hanya lubang. Apabila hal ini kutanyakan kepadanya, ia terus marah. "Apa kaupeduli?" katanya. "Bukan telingamu!" Telinga kanan yang hilang ini semakin menjadi­jadi, semakin banyak lelaki yang kehilangannya. Mereka ini jadi sangat pemarah, sensitif dan agresif apabila ketiadaan telinga kanan mereka dipersoalkan. Mungkin juga kerana ini kejadian tersebut tidak pernah diberitakan di suratkhabar dan televisyen (seperti ada perintah untuk menutupinya). Selain itu mereka tidak suka diganggu. Aku tidak faham mengapa mereka mesti sensitif begitu. Pekara ini tidak pula terjadi kepada kaum wanita. Hal ini menjadi tajuk perbualanku dengan seorang wanita

57


asing yang baru beberapa minggu kukenali. Ia jelita dan fasih berbahasa Melayu. Meski belum lama kenal perhubungan kami sudah sangat rapat. Aku membawanya ke pantai Seri Kenangan untuk melihat ombak kerana ia sendiri yang ingin melihat ombak. Kami tidak keluar dari kerita. Sebuah kereta tidak berjenama berhenti di tepi keretaku. Aku terlihat seorang lelaki keluar dari kereta itu. "Seorang lagi," kataku, "telinga kanannya tidak ada." "Apa sudah terjadi?" katanya dengan tertawa. "Lelaki di sini mula hilang telinga kanan mereka." "Syyyyy," kataku. "Jangan cakap besar­besar. Nanti ia terdengar. Ini isu sensitif." "Lelaki yang kacak nampak tidak seimbang apabila telinga kanannya hanya tinggal lubang," katanya. "Betul," kataku. "Tapi kasihan juga mereka." Ia memegang tanganku erat­erat. Aku memandang mukanya. Ia memandang ke dalam mataku. "Aku suka lelaki yang lengkap segala­galanya," katanya. "Seperti kau." Aku rasa ini terlalu awal untuk adengan romantis. Tapi 'what the hell', sebagai seorang lelaki yang lengkap segala­galanya, aku tidak akan melepaskan peluang. Akulah yang merebahkan kepalaku ke bahunya sementara tangan kanannya merangkul bahu kananku. Aku terbuai apabila jari­jemarinya mengusap­usap pipiku dan mengurut­urut telingaku. Aku suka ia mengurut­urut telingaku seperti itu. "Sekurang­kurangnya kau masih lengkap," katanya. "Keras lembiknya telinga melambangkan kejantanan seorang lelaki. Aku suka kau." Aku mengangkat kepalaku dari bahunya dan menghadapnya, lalu meraba­raba kedua­dua telinganya.

58


"Lembutnya telinga wanita," kataku, "melambangkan lembut dan halusnya jiwa seorang wanita. Aku juga suka kau." Aku merebahkan kepalaku ke bahunya lagi. Ia terus meraba­raba, memicit­micit, mengurut­urut dan memulas­ mulas telinga kananku. Asyik sekali. Tup! Telinga kananku itu tanggal. Ia memandangku dengan tersenyum. Ia memasukkan telingaku itu ke dalam beg tangannya. "Kami memerlukan telinga kamu, manusia lelaki yang mudah tertipu," katanya. "Bye bye! Will never see you again!" Ia keluar cepat­cepat dan masuk ke kereta yang tidak berjenama yang terus memecut dengan laju dan menghilang di depan mataku masuk ke dimensi lain. Giliran aku pula untuk sensitif dan marah­marah. Sebelum orang bertanya aku sudah menyergah dan menyumpah. "APA TANYA­TANYA?" kataku. "MAU MATI? MUDAH­ MUDAHAN TELINGAMU JUGA HILANG!"

59


20 TELUNJUK

P

agi ini ketika bangun untuk sembahyang Subuh, aku berasa jari­jari tangan kananku tegang, dan keras. Jari­jari tersebut terkepal kecuali jari telunjuk yang menjungkat. Aku cuba melepaskan jari­jarinya ini satu­ satu, ya memang boleh dibuka namun beberapa saat kemudian jari­jari ini dengan sendirinya mengepal kembali kecuali jari telunjuk yang menjungkat seperti tadi. Ini bukanlah masalah besar, mungkin saja tangan kananku ini tertindih semalaman. Dalam keadaan tersebut jadi ia memerlukan waktu untuk kembali normal. Aku bangun menuju ke bilik mandi, berjalan dengan senyap­senyap sambil menaruh tangan kananku ke belakang di atas punggung dalam keaadan jari telunjuk masih menungkat. Aku memandang mukaku di cermin bilik mandi. Aku senyum­senyum. Hidup ini singkat jadi kita perlu senyum, dan tidak guna bermuka marung. Senyum­ senyum begini memang rutin bangun pagiku: kulakukan sebagai senaman muka. Ketika aku membuat­buat muka senyum inilah tangan kananku bergerak dengan sendirinya lalu menunjuk dahiku di cermin, dan aku bercakap sendiri. “Haa... kau ah ...?” kataku dengan muka yang terus senyum. Entah apa yang telah aku lakukan. Aku tidak tahu. Nada suaraku seperti menuduh sesuatu. Terus terang saja aku tidak melakukan apa­apa kesalahan. Tidak ada yang hendak kusembunyikan. Apabila aku keluar dari bilik mandi ini dengan bau harum syampu badan, isteriku

60


sudah bangun. Aku menunjuk mukanya. “Haaa, kau ah?” kataku Isteriku terdiam. Tiba­tiba tangan kananya yang awalnya disembunyikannya di belakang naik menunjuk mukaku. “Haaa, Abang ah?” katanya, mukanya tersengih­ sengih, biji matanya bergerak­gerak ke kiri ke kanan. Anakku juga menunjuk mukaku. “Haaa, babah ah?” katanya dengan senyuman kalau faham bisai. Ia juga menunjuk muka ibunya. “Haaa, Mama ah?” Aku, dan isteriku dengan serentak menunjuk mukanya. “Haaa, si Alai ah?” Anakku terus lari bersembunyi di dalam stor seolah­ olah ia telah dituduh melakukan sesuatu yang ia tidak sepatut dilakukannya. Lama juga aku memujuknya supaya keluar. Aku, isteriku, dan anakku bersarapan dengan senyap. Aku berasa seperti aku dituduh sesuatu oleh mereka berdua. Aku yakin mereka juga terasa seperti yang kurasakan. Aku agak kami menyimpan fikiran masing­masing pada diri sendiri. Aku menjeling dengan senyuman senget pada isteriku. “Apa yang Abang fikirkan atu?” kata isteriku. “Nada apa­apa,” kataku. Memang tidak ada apa­apa. Setiap pagi kita biasanya akan keluar pada waktu yang sebaya dengan orang lain, jiran misalnya, kerana kita melihat jam di dinding hanya memaparkan 6:00 pagi 6:15, 6:30, 6:45, dan 7:00. Aku, dan jiranku memilih jam 6:45 pagi untuk keluar bekerja, dan menghantar anak ke sekolah. Jikalah aku memilih 6.35 atau 6:40 tentu aku

61


tidak akan terperangkap di dalam kesesakan nanti, tetapi memilih untuk berangakat tepat pada jam 6:45 pagi sudah menjadi tabiat. Jadi tepat jam 6:45 pagi jiranku di rumah teres ini seperti biasa keluar tetapi pagi ini ia tidak memberi salam padaku. Ia mengangkat tangan kananya, dan menunjuk ke mukaku. “Haaa, Haji ah?” katanya senyum­senyum kalau faham bisai, seolah­olah aku telah melakukan sesuatu yang tidak patut aku lakukan. Terus­terang aku tidak melakukan apa­apa. Aku juga tidak mahu kalah. Aku menunjuk mukanya dengan senyum­senyum faham. “Haaa, Kita ah?” kataku. Jiranku itu cepat­cepat masuk ke dalam keretanya, mukanya merah. Barangkali ia telah melakukan sesuatu yang tidak patut dilakukannya. Di bandar, di tempat kerja, setiap orang menunjuk­ nunjuk muka orang lain seperti menuduh orang itu telah melakukan sesuatu yang tidak patut dilakukannya. “Haaa, kau ah?” “Haaa, kau ah?” “Haaa, kau ah?” Seperti orang lain aku juga berjalan menyembunyikan tangan kananku di belakang atas punggung, dan apabila berjumpa orang dengan cepat menunjuk­nunjuk muka orang itu. “Haaa, kau ah?” Kami sebenarnya tidak tahu kenapa hal ini berlaku: tidak kira kawan atau lawan, orang berpangkat atau kuli, orang bergelar atau orang biasa, apabila berjumpa tidak lagi bersalam­salaman tapi saling tunjuk­menunjuk seperti menuduh­nuduh pihak lain telah melakukan sesuatu yang tidak patut dilakukannya.

62


Dalam keadaan seperti ini tidak ada tugas yang dapat diselesaikan kerana setiap orang saling tunjuk­ menunjuk. Tangan kanan setiap orang seperti terjem dalam keadaan menunjuk. Pejabat­pejabat, dan sekolah ditutup setengah hari. Kami diarahkan untuk pulang ke rumah untuk menunggu berita, dan arahan selanjutnya dari siaran radio atau televisyen. Di rumah aku membuka tv: Rancangan tergendala sebentar ­ haraf maaf. Aku menutup tv. Aku memandang isteriku. Isteriku memandang aku. Aku memandang anakku. Anakku memandang ibunya. Aku membuka tv semula: rancangan sudah kembali ­ ada berita ringkas agaknya. Si penyiar senyum­senyum sinis melihat kami. Kemudian ia menujuk kami. ““Eheee, kamu ah?”” Aku tidak melakukan apa­apa. Jangan tuduh aku apa­ apa. Apakah kamu telah melakukan sesuatu yang tidak patut?

63


21 TETAP

M

iyul jatuh cinta pada hidung dan lubang hidung Alisa. Alisa memiliki hidung yang comel, hujungnya ternaik sedikit sehingga kedua­dua lubangnya berbentuk oval. Setelah berkenalan dan berkawan rapat, Miyul pun menyatakan cintanya. Ia memicit hidung Alisa. “I suka hidung dan lubang hidung you,” katanya. Alisa itu pun membalas dengan memulas telinga Miyul. “Aku suka telinga dan lubang telingamu,” kata Alisa. Mereka pun kahwin dalam majlis yang sederhana mendapat lima orang anak. Anak­anak ini tidak faham kenapa ayah mereka suka memeriksa­meriksa dan mencabut dengan angkup bulu hidung emak mereka. Mereka juga tidak faham kenapa emak mereka suka memeriksa­meriksa dan mengorek lubang telinga ayah mereka. Mereka tidak pernah mendengar cinta pada hidung dan lubang hidung; cinta pada telinga dan lubang telinga. Sementara bentuk badan Alisa semakin berisi dan tidak seramping dulu, namun hidungnya tetap seperti dahulu, malah bertambah comel dengan peningkatan usia, kerana itu cinta Miyul terhadap Alisa tidak pernah berubah. Begitu juga dengan Alisa cintanya terhadap Miyul tetap seperti dulu meskipun perut Miyul buncit kerana kurang bersenam, rambut putih, menipis tetapi telinganya tetap seperti dulu, jika ada perubahan pun tidak begitu ketara. Untuk mengatakan yang Miyul tidak pernah tertarik pada perempuan lain selepas berkahwin memang tidak

64


tepat juga. Ia pernah tertarik pada barisan gigi seorang perempuan. Kemudian ia membayangkan dirinya bercinta lalu kahwin dengan perempuan itu. Gambaran ia mengorek sisa­sisa makanan dari celah­celah gigi perempuan itu dengan dengan pencungkil adalah satu gambaran yang keterlaluan. Ia juga membayangkan bagaimana jika sudah tua nanti gigi perempuan itu akan buruk, terkena karies, plak, terpaksa dicabut, jadi rompang dan diganti dengan gigi­gigi palsu. Ia samasekali tidak akan dapat mencintai gigi palsu. Ia melupakan saja perempuan bergigi cantik itu. Dengan mata rabun sekali pun gigi palsu tetap gigi palsu. Setiap pulang kerja Miyul memicit hidung Alisa. “Hummmeh,” kata Miyul. Alisa pula memulas telinga Miyul dan terus menariknya ke dapur untuk minum petang. “Eeeeeeeh,” kata Alisa.

65


22 TIDAK MATI DIBUNUH

J

adi orang itu muncul lagi di rumahku setelah sekian lama aku merasa aman dari gangguannya. Seperti orang yang tersesat jalan tidak diundang tiba­tiba muncul begitu saja. Dari dulu ia berkeras mengatakan yang ia mengenaliku. Orang itu memang tidak mahu mengakui bahawa ia tersalah orang. Ia hanya merasa ia mengenaliku. “Aku tau kau,” kata orang itu dengan keyakinan seorang tua yang degil. “Aku tau bapamu. Aku tau nenekmu. Aku tau datukmu. Aku tau antahmu dan aku bijak dari kau jadi aku boleh cakap apa aku suka.” Oleh sebab ia bijak dan yakin tahu itu, maka ia berasakan bolehlah ia sesuka hati masuk ke rumah orang, bercakap dengan tidak peduli, menaruh kedua­ dua kakinya di atas meja, memasang tv, naik atas meja, lompat­lompat, berludah di atas lantai dan berlaku kurang ajar dan biadab secara umum. Jika kanak­kanak yang belum bersunat berkelakuan seperti ini kita boleh memaafkan, mencegahnya dan menyunatnya, tetapi jika orang dewasa dan tua biadab, dan tidak tahu malu, kau terpaksa bangun meninggalkannya dan pergi ke dapur mengambil pisau pemotong daging. Itulah yang aku lakukan. Dengan tenang aku kembali ke bilik tamu melibas lehernya sehingga kepalanya hampir­hampir terputus, menetak kedua­dua tangan dan kakinya. Darah menyembur berpercikan membasahi lantai, meja dan tabir di bilik tamu yang dimasukinya tanpa malu­malu itu. Aku menarik lidahnya dan mengerat lidah itu. Aku

66


menarik seluarnya untuk memotong kemaluannya, patutlah ia biadap dan tidak pemalu, ia belum bersunat atau mungkin sunatnya kulup kembali. Aku ke dapur untuk menyuci pisau, mengambil mop dan baldi lalu kembali ke bilik tamu. “Shit, bloody shit!” kataku. Di situ ia memasang balik tangan­tangannya, kaki­ kakinya, mengusai kembali leher dan kepalanya yang hampir­hampir terputus itu, menaruh balik lidah dan kemaluannya yang kulup itu. “Aku tidak mati dibunuh,” katanya memandangku dengan tersengih­sengih lebar menyangkan gigi­gigi palsunya. “Orang biadap tidak pemalu sepertiku tidak akan mati dibunuh. Hehehe!”

67


23 TOPENG

D

i dalam kabinet personaliti itu, di rak teratas, aku memiliki 100 biji jantung. Di rak­rak lain pun ada 100 biji otak dan 100 buah muka. Aku hanya perlu memilih seperti memilih pakaian apabila keluar apartment sesuai untuk bertemu orang tertentu atau untuk sesuatu okasi. Apabila keluar aku tidak pernah keluar sebagai diriku sendiri. Kadangkala apabila berada di dalam apartment pun aku tidak ada masa untuk menukar diri balik kepada yang asal. Aku akan menjadi orang lain selama satu minggu atau dua minggu bahkan adakalanya sampai satu bulan. Ini sudah menjadi trend di kota yang sesak dan sibuk ini. Memiliki teman yang banyak seperti tidak bermakna kerana aku tidak tahu siapa mereka sebenarnya begitu juga mereka: mereka tidak tahu siapa aku. Kami hanya pura­pura kenal. "Aku suka kau seperti adanya sekarang ini," kata seorang teman wanitaku, ia ingin menseriuskan hubungan. "Tapi aku mahu tahu kau yang sebenarnya." "Inilah aku yang sebenarnya," kataku berbohong. Ia tahu aku berbohong: tidak ada orang keluar apartmentnya meninggalkan topengnya. "Aku mahu ikut ke apartmentmu," katanya. "Aku mahu melihat kabinetmu. Berapa sebenarnya personalitimu?" "Termasuk diriku sendiri ada 101," kataku, kali ini aku berkata jujur. "Banyak sekali," katanya. "Aku cuma memiliki 50 personaliti. Kau boleh melihat kabinetku nanti." Aku membawanya ke apartmentku. Sebenarnya aku

68


sudah letih berpura­pura. Ia melihat kabinet personalitiku dan menebak dengan betul mana jantung, otak dan mukaku yang sebenarnya. Ia memakai jantung dan otakku. "Aku suka jantungmu, kau seorang yang baik hati," katanya. "Tapi otakmu terlalu lembap." "Otak itu sudah lama tidak berpakai," kataku. "Aku hanya menggunakannya untuk mesyuarat setahun sekali."

69


24 KELEBIHAN I

I

a menyeluk celana dalam, menanggalkan penisnya dan meletakkannya di atas meja di depanku. "Nah," katanya. Aku melihat penis itu, warnanya cerah, tidak ada istimewanya. Itu warna penis anak­anak. Aku menyeluk celana dalamku, menanggalkan penisku dan meletakkannya di atas meja di depannya. "Nah," kataku. Ia melihat penisku. "Hitam antap," katanya. "Yang paling hitam di Nusantara," kataku. Ia meraba­raba skrotum penisku. Ia senyum senget. "Tidak ada istimewanya," katanya. Ia mengangkat tangan kanannya dan menunjukkan tiga jari kepadaku. "Penisku mempunyai tiga testis," katanya. Aku meraba­raba skrotum penisnya sambil mengira­ ngira di dalam hati. Satu, dua, tiga. Mustahil! Satu, dua, tiga. Mustahil! Satu, dua, tiga ... Akhirnya aku terpaksa menerima hakikat bahawa ia mempunyai kelebihan yang tidak kupunyai: testisnya tiga biji.

70


25 KELEBHAN II

A

ku sedang makan apel ketika ia bertandang untuk bertanding kelebihan lagi. Ia sekali lagi mengandalkan penisnya. Ia menyikat rambutnya yang lurus ke belakang dengan jari­jari tangan kanannya sambil bibirnya menyungging senyum. Senyum yang kurasa memperkecilkanku. "Kita lawan anu siapa yang lebih panjang," katanya. Lelaki jaguh ini memang tidak habis­habis bangga dengan penisnya. "Kaumenang tanpa bertanding," kataku. "Tidak," katanya. "Kita mesti bertanding sebagai bukti." Ia memandang mataku dengan tajam. Ah, aku malas mau melayaninya lalu tercetuslah di lidahku: "Anumu lebih panjang," kataku. Fayakun kata wujudku. Lalu penisnya jadi panjang dan terus mejulur keluar melilit betisnya sehingga ia tersungkur. Penisnya terus memanjang dan melilit tubuhnya seperti seekor ular. Aku tunduk menyuguhkan buah di tanganku ke mukanya yang nampak pucat. "Apel?" kataku.

71


26 BIBIR

P

ada pukul lima pagi posmen berhenti berdekatan dengan katilku. Enjin motosikalnya masih hidup degdegdegdegdegdegdegdeg bising memenuhi ruang bilik tidurku ini. Lampu motosikalnya terus menyala. Cahaya lampu inilah yang menerangi bilik tidurku ketika ini. Cahaya ini cukup terang dan menyilaukan mataku yang baru terjaga. Ia menghulurkan sebuah parcel. Aku bangun, masih memakai selimut. Subuh­subuh begini aku terasa amat sejuk. “Poslaju,” katanya dengan tersenyum. “Bungkusan untuk saudara. Sain sini!” Ia menghulurkan sehelai resit dan sebatang bolpen. Aku menandatangani resit ini. Ia menyerahkan carbon­copynya kepadaku kemudian ia memutar­mutar accelerator motosikalnya veroom­vrroom­vrroom, menekan hon dua kali peep­peep, lalu memandu keluar dari bilik tidurku ini. Bunyi motosikalnya semakin lama semakin jauh kemudian terus menghilang dan bilikku ini kembali gelap dan senyap. Aku memasang lampu katil lalu membaca tulisan di atas parcel ini. Namaku tertulis di situ dengan tulisan tangan yang cantik. Ada bau wangi yang keluar dari parcel ini. Dari siapakah agaknya kiriman ini? Jarang sekali – ah tidak pernah aku menerima kiriman seperti ini – dengan tulisan tangan yang cantik dan berbau wangi pula. Selama hidupku yang sudah empat puluh tahun lebih ini aku hanya menerima surat­surat rasmi, bil­bil, dan surat­surat dari syarikat kad kridit menagih hutang yang semuanya menggunakan computer printout.

72


Di bilik No.101­100b, di tingkat 101 di rumah pangsa seribu tingkat ini aku tinggal bersendirian. Aku tidak kenal sesiapa dan orang­orang lain di sini pun tidak kenal padaku. Barangkali jika mereka hendak mengumpat tentangku kepada teman wanita atau teman lelaki mereka pastilah mereka cuma akan menamakan aku sebagai orang di bilik 101­100b itu seperti aku juga akan menamakan mereka dengan nombor bilik mereka Cuma saja aku tidak mempunyai teman wanita kawan mengumpat mereka. Aku tidak mempunyai seorang kawan pun atau saudara mara atau sesiapa di sini atau di mana­mana. Aku telah lama membuat keputusan untuk hidup menyendiri, bekerja sendiri sekadar jangan membebankan sesiapa. Hidupku cukup aman selama ini – ya aku ada masalah sedikit dengan seekor buaya yang tiba­tiba muncul dan tidak mahu keluar dari bilik tidurku ini (tapi itu cerita lain). Menerima parcel ini adalah sesuatu yang tidak kuduga sama sekali. Parcel ini sebesar kotak micro floppydisk yang mengandungi sepuluh diskettes 90mm. Aku membuka bungkusan luarnya: kotak kaca – di dalamnya ada sepasang bibir yang manis tersenyum­ senyum padaku. Aku membaca surat yang menyertainya. Singkat saja isinya. Saudara, saya sudah lama mencintai saudara. Terimalah bibir saya ini. Jagalah ia baik­baik. Xxx jkplmbt. Cinta! Perkataan inilah yang amat memuakkanku. Cinta itu tidak lebih hanyalah tahi. Cinta membuat orang

73


bermata kuyu dan bercakap­cakap dengan suara yang berlagu seperti pondan yang punggungnya terasa berat yang melenggok ke kiri, melenggok ke kanan, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan, melenggok ke kiri …. Aku mengeronyok surat ini dan membuangnya ke dalam bakul sampah. Di situlah ia (dan semua surat cinta) sepatutnya berada untuk selama­lamanya. Kotak kaca yang berisi bibir ini kuletakkan di para jendela. Aku tidak sampai hati pula hendak melemparkannya ke dalam bakul sampah. Sekurang­ kurangnya kotak kaca berisi bibir ini boleh kugunakan sebagai penekan kertas nanti. Semasa aku meletakkannya bibir ini sudah tidak senyum lagi seolah­ olah ia merasa sedih. Tidak mungkin ia telah terlihat aku mengeronyok surat yang menyertainya. Bibir tidak boleh melihat, hanya mata yang boleh melihat. Barangkali ia dapat merasakan perbuatanku itu tadi. Sekarang bibir ini mula tersedu­sedu. Kubiarkan ia tersedu­sedu di para jendela. Ia akan berhenti menangis – tiada sesiapa yang sanggup menangis terus­menerus. Setiap yang bermula akan berakhir juga. Aku mahu menyambung tidurku. Sekarang baru pukul lima setengah pagi – dan sejuk pula. Kupadam lampu katilku. Aku menengkumuskan diriku dari hujung kepal ke hujung kaki. Isk!Isk!Isk! Isk!Isk!Isk! Aku tidak peduli mula­mulanya tapi esakan bibir ini semakin menjadi­jadi. Aku bangun dan menyalakan lampu katil semula dan mengambil kotak kaca ini dari para jendela dan membawanya ke katil. Sekarang kotak kaca berisi bibir ini berada di atas tapak tangan kiriku.

74


Aku membuka tutupnya dan memberitahu bibir ini supaya berhenti menangis dan jangan lagi teresak­esak. “Aku mahu tidur,” kataku. “Aku perlu tidur – kau pun perlu tidur. Bagaimana aku hendak tidur kalau kau teresak­esak dan bagaimana pula kau hendak tidur kalau kau terus teresak­esak. Tiada sesiapa yang boleh tidur dalam keaadan seperti ini.” Esakanya semakin reda dan kemudian terus berhenti. Agaknya ia mendengar juga cakapku atau mungkin saja ia memahami secara telepathi apa yang kumasudkan. Hanya telinga yang boleh mendengar. Apakah orang yang empunya bibir ini mendengar cakapku kerana ia masih memiliki telinga? Barangkali tidak. Barangkali ia hanya mengalami perasaan­ perasaan: sedih, gembira, pilu, ria, haru dan sebagainya mengikut apa yang dialami bibir ini ketika ini. Apakah yang dibuatnya sekarang? Aku meneliti bibir ini. Ia kecil dan kelihatan masih mentah. Ada gincu terpalih di atasnya secara kurang sempurna. Aku mengambil tisu dan memalit gincu dari bibir ini – apakah agaknya warna sebenar bibir ini? Merah muda. Tidak mungkin bibir ini kepunyaan seorang wanita kerana bentuknya yang kecil dan warnanya yang masih segar. Aku percaya ia milik seorang gadis yang masih belia. Aku cuba membayangkan gadis ini dan dari bentuk bibirnya ini pastilah ia seorang gadis yang jelita juga. Bibir ini kuletakkan di atas telapak tanganku, terasa lembut dan rapuh seolah­olah ia akan kemek saja. Kudekatkan ia pada hidungku dan aku tercium bau chewing gum. Gadis remaja ini dari jauh ia sudah tersenyum­ senyum seolah­olah ia sudah kenal padaku. Ia mengunyah­ngunyah chewing gum. Aku tergesa­gesa hendak buang air kecil dan ia juga tergesa­gesa

75


langkahnya (entah hendak apa?) dan kami bertemu di depan tandas awam. Tandas wanita dan tandas lelaki bersebelahan kedudukannya. “Mau buang air kecil?” katanya. “Saya juga mau buang air kecil.” Terlalu peramah gadis remaja ini. Barangkali umurnya baru enambelas tahun masuk ke tujuhbelas tahun. Ia mengunyah­ngunyah chewing gum. Aku tidak menjawab. Tidak ada masa untuk melayannya. Ia masuk ke jamban wanita dan aku masuk ke jamban lelaki, menolak pintu dalam masa yang sama dan barangkali buang air kecil pun dalam masa yang sama dan selesai dalam masa yang sama kerana apabila aku menarik pintu jamban untuk keluar ia juga melakukan perbuatan yang sama dan kami bertemu lagi di depan tandas awam ini. “Sudah selesai?” katanya. “Saya juga sudah selesai buang air kecil.” Ia tersenyum­senyum sambil mengunyah­ngunyah chewing gum. Apa yang hendak kujawab atau cakapkan? Beritahu kepadanya tentang air kencingku yang berwarna kuning dan terus berbual­bual tentang air kencing masing­masing yang berbau kimia dan ubat? Aku terus berjalan menuju ke tempatku dan agaknya ia juga berjalan menuju ke tempatnya. “Jumpa lagi,” katanya. Kami berjumpa lagi pada tengah hari di depan tandas awam ini. “Saya mau buang air besar,” katanya masih juga mengunyah­ngunyah chewing gum. “Saudara juga mau buang air besar?” Haruskah kujawab pertanyaannya ini? Ya, aku mahu berak tapi tidak pula perlu kuheboh­hebohkan untuk

76


pengetahuan orang awam. Aku menolak pintu jamban dan ia juga menolak pintu jamban. Kami keluar sebaya lagi dan bertemu di depan tandas awam ini. Agaknya kami berak serentak dan selesai serentak juga. Ia terus saja tersenyum­senyum padaku sambil mengunyah­ngunyah chewing gum. Ia memandang ke dalam mataku (kurasa). “Saya selesai buang air besar,” katanya. “Saudara juga selesai buang air besar.” Sebenarnya aku ingin juga hendak melayan cakapnya tapi apakah yang hendak kucakapkan? Hidup ini sudah jadi terlalu rumit sehingga tiada ada apa­apa yang mudah lagi hendak dibicarakan selain dari air kencing dan berak. Haruskah kuberitahu padanya sebagai basa­basi bahawa najisku tadi keras keadaannya dan baunya bau kimia dan ubat? Dan ia juga akan membicarakan hal yang sama dan aku akan memberi komen bahawa keadaan ini normal saja kerana kita semua telah banyak makan bahan­bahan kimia dan ubat­ubatan akibat pupusnya segala binatang dan tanam­ tanaman sumber makanan asli dan aku akan bertanya pada gadis remaja ini apakah ia pernah buang air besar yang busuk baunya itu – inilah najis asli – dan sudah tentu ia akan menjawab bahawa ia tidak pernah kerana ia dilahirkan ketika makanan­makanan asli sudah keseluruhannya digantikan dengan bahan­bahan kimia. “Air besar saya keras,” katanya. “Tadi saya makan Ph2D3, B4Sc2, BA2 (Hon10). Saudara bagaimana?” Tidak perlu kujawab dan aku melangkah pergi. “Kita jumpa lagi nanti, ya,” katanya dan ia pun melangkah pergi. Kami bertemu lagi di sini di depan tandas awam ini setiap kali kencing atau berak. Jika aku seorang yang

77


berhati rapuh sudah tentu aku akan jatuh cinta padanya tapi aku telah mengeluarkan hati dan jantungku dan meninggalkannya di rumah di dalam freezer, dan kedua­ duanya sudah keras dan sejuk seperti ais: aku sudah bosan dengan hidup ini dan aku sudah tidak mahu merasakan apa­apa emosi lagi. Jauh sekali hendak jatuh cinta. Aku memandang bibir di telapak tanganku ini lagi. Ia telah salah pilih orang. Misalnya aku ini seorang yang mudah jatuh cinta, pun ia masih sala pilih. Lihatlah mukaku dan dahiku yang penuh kedut ini, kepalaku yang botak di tengah­tengah, janggutku dan kumisku yang tidak pernah terurus dan jarang­jarang pula tumbuhnya ini, hidungku yang kemek ini. Aku kelihatan lebih tua daripada umurku yang sebenar. Mengapa ia mahu memilihku yang seumur dangan bapanya dan kelihatan tua seperti neneknya? Aku mengambil keputusan untuk tidak menggunakan tandas awam ini lagi dan aku tidak pernah berjumpa ia lagi. Sekarang bibir di telapak tanganku ini kelihatan seperti sedang tidur nenyak. Aku dapat merasakan hembusan nafasnya yang halus keluar masuk dai celah­ celah bibirnya yang tidak rapat katupnya. Sekali­sekala ada senyuman seperti melintas di situ. Barangkali ia sedang bermimpi sesuatu yang indah ketika berada di telapak tanganku ini – telapak tangan orang yang dicintainya ini. Aku menyentuh munjung bibir ini dengan hujung jari telunjukku dengan lembut – ia terbuka sebentar kemudian kembali seperti asal. Barangkali ia sedang bermimpi melayang­layang di udara tunggang terbali seperti sehelai kertas nipis, kemudian beransur­ansur menjadi rama­rama yang

78


berwarna­warni. Barangkali ia seperti aku jug gemar pergi ke bilik bacaan Jabatan Binatang­binatang dan Tumbuh­tumbuhan Pupus, membaca dan melihat­lihat gambar­gambar hidup­hidupan yang sudah tidak ada lagi di dunia ini dan ia terbaca tentang rama­rama – mahkluk yang kecil dan molek itu. Barangkali ia selalu terlihat aku berada di bilik bacaan ini pada waktu­waktu rehat lantas ia pun jatuh cinta padaku yang sudah tua ini kerana orang­orang muda tidak gemar datang ke mari. Bilik bacaan Jabatan Binatang­binatang dan Tumbuh­ tumbuhan Pupus ini lebih gemar dikunjungi oleh orang­ orang tua sepertiku yang merasa kehilangan sesuatu. Generasi muda sepertinya tidak mungkin merasa kehilangan apa­apa kerana mereka tidak pernah tahu apa sebenarnya yang telah hilang. Mungkin mereka (bilangannya sediktt sekali) datang ke mari hanya sekadar hendak memenuhi kuriositi mereka. Bibir di telapak tanganku ini bergerak seolah­olah ia terbangun dari tidurnya. Aku terasa seperti ia sedang merenungku tapi kemudian ia seperti tidur semula. Sungguh bahagia ia kelihatannya. Ia telah merampas tidurku. Barangkali aku telah melakukan kesilapan besar dengan menolak cintanya. Bibir ini kuletakkan di atas bantalku. Aku bangun lantas menuju ke freezer, mengeluarkan hati dan jantungku. Dengan hati­hati aku membuka kertas tisu yang membungkus kedua­duanya dan memasukkan organ­organ ini ke dalam ketuhar glombang mikro. Hanya satu minit yang diperlukan untuk mencairkan kedua­duanya. Kubawa hati dan jantungku ke katil tidurku, di sini kumasukkan kedua­duanya semula ke dalam dadaku – hati­hati agar jangan tersalah letak. Dalam dadaku terasa hangat. Sekarang aku terasa

79


seperti seribu emosi menyelinap ke dalam kalbuku. Aku merasa sedih. Aku merasa gembira. Aku merasa pilu. Aku merasa ria. Aku merasa haru dan sebagainya. Aku merasa kasih sayang terhadap sesma manusia. Aku merasa bahawa hidup ini adalah sama­sama memberi dan menerima, dan apabila kupandang bibir di atas bantalku ini aku merasa cinta, cinta yang amat mendalam dan ada manik­manik jernih menitis dari kelopak mataku. ”Maafkan aku,” kataku kepada bibir ini. Dadaku mulai sebak dan tidak lama kemudian aku mulai tersedu­sedu dan teresak­esak. Isk! Isk! Isk! Isk! Isk! Isk! Bibir ini terjaga dari tidurnya. Aku mengambilnya dengan lembut dan penuh kasih sayang, meletakkannya di telapak tanganku. Aku memandangnya dengan mata yang kuyu. Hatiku penuh dengan perasaan cinta. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Aku cinta padamu. Mulai sekarang aku akan sentiasa berada di sisimu. Akan kubawa dikau ke sana ke mari. Tidak, pada hari ini daku akan berada di bilik ini bersamamu untuk meraikan

80


cinta kita yang baru berputik ini. Daku mahu dikau sentiasa dekat dengan daku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku. Cinta di dadaku tidak dapat kubendung­bendung lagi. Dengan segera kutanggalkan bibirku dari mulutku dari mukaku (entah ke mana ia kulemparkan) dan kugantikan dengan bibir gadis remaja ini. Terasa sedikit kejutan apabila darahnya bercampur dengan darahku kemudian semuanya menjadi tenang. Bau lembut chewing gum masuk ke dalam lubang hidungku. Aku merasa bahagia. Aku tertidur dengan nyenyak bermimpi menjadi sehelai kertas nipis yang melayang­layang kemudian bertukar menjadi rama­rama yang berwarna­warni. “Aku wujud,” aku melaung­laung ria. “Aku tidak jadi pupus!” Aku bangun tiga jam kemudian dikejutkan oleh bunyi motosikal. Barangkali poslaju lagi, aku benar­benar berharap ia akan berhenti dan masuk ke bilik tidurku ini – tapi ia jalan terus. Bunyi enjin motosikalnya kian lama kian menjauh. Pun begitu aku tidaklah merasa kecewa. Aku menggeliat menghapuskan sisa kantuk dengan perasaan yang segar dan penuh harapan bahawa hidup ini masih bermakna bagiku, bahawa hidup ini adalah

81


sebuah senyuman yang panjang. Bibir di mulutku terasa indah. Hatiku penuh perasaan cinta. Aku bangun dan melangkah. Punggungku terasa berat, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan, melenggok ke kiri … Aku melihat diriku di dalam cermin besar. Aku melihat mukaku dan dahiku yang masih juga penuh kedut ini. Aku melihat kepalaku yang masih juga botak di tengah­ tengah ini. Aku melihat janggutku dan kumisku yang msih juga tidak pernah terurus dan jarang­jarang pula tumbuhnya ini. Aku melihat hidungku yang masih jgua kemek ini. Aku masih juga kelihatan lebih tua daripada umurku yang sebenar. Tapi mataku, mataku sudah berubah – kedua­duanya sungguh kuyu sekarang. Bibir di mulutku nampak segar dan mentah, dan punggungku, ah ia sudah lebar sedikit! Aku cuba bercakap­cakap, suaraku, suaraku kedengaran seperti berlagu. Ah, aku telah jadi pondan! Sial, aku telah jadi pondan! Bibirku, mana bibirku? Aku terlihat bibirku ampai­ampai di atas lantai di satu

82


penjuru, pucat dan kering, di sisi buaya jahanan yang tidak juga mahu keluar­keluar dari bilik tidurku ini.

83


27 JANGAAN!

M

ayat wanita tak berkepala ini diusung ke rumah Samin. Kerana terlalu terburu­buru, pemuda­ pemuda yang menemuinya di tebing sungai terlupa menutupi jasad yang bertelanjang bulat ini dengan kain atau apa saja yang boleh digunakan untuk tujuan ini. Mayat ini belum busuk, masih segar­bugar, basah dan bersih dicuci air sungai, putih gebu dipancar matahari pagi. Penduduk­penduduk kampung yang tinggal di kiri kanan jalan raya mula­mula merasa amat ngeri melihat jasad yang tidak berkepala ini, kemudjan mereka merasa simpati atas apa yang menimpanya dan mereka ikut mengusungnya sepanjang jalan ke hujung kampung ke rumah Samin. Tidak ada sesiapa yang terfikir hendak menutup jasad yang bertelanjang bulat ini. Orang­orang yang ikut mengusungnya kian bertambah, mencurah­curah dari kiri kanan sehingga terjadi satu perarakan besar yang hampir­hampir keseluruhannya terdiri dari kaum lelaki tua dan muda. Ada anak­anak kecil yang meronta­ronta dari pegangan ibunya mau ikut perarakan ini. Para ibu dan para wanita tidak pernah menyangka bahawa bilangan penduduk lelaki amat ramai seperti ini. Selama ini mereka telah merasakan kesuntukan kaum lelaki tapi sekarang kampung ini seolah­olah saja dibanjiri oleh mereka dan bilangan mereka terus bertambah mencurah­ curah melimpahi jalan raya menghalang kelancaran lalulintas kenderaan. Hon kereta bersahut­ sahutan. Para pemandu yang terpandang mayat tak berkepala ini, berhenti di tepi jalan lalu keluar ikut

84


berarak, meninggalkan isteri masing­masing termangu­ mangu di dalam kereta. Perarakan ini bergerak perlahan. Mereka berganti­ ganti mengusung mayat ini. Setiap orang menanti giliran dengan sabar. Ketika bertukar ganti mereka melakukannya dengan amat lambat sambil melayan perasaan masing­masing. Tidak, isteri Samin ini belum layak mati: ia terlalu muda dan cantik pula. Kematiannya adalah satu kesilapan yang amat besar dan sia­sia. Saminlah yang sepatutnya mati dan setiap orang mungkin akan mendapat peluang menggantikan tempatnya. Ia tidak patut mati! Tapi para wanita dan kaum ibu merasa senang jika yang mati ini benar­benar isteri Samin yang digilai setiap lelaki sehingga mereka tidak mahu memandang wanita lain walaupun isteri mereka sendiri. Tapi bagaimana jika yang kena usung ini bukannya isteri Samin. Alangkah kecewanya, dan mereka akan terus berada di bawah bayang­bayang wanita cantik ini. Mayat yang tak berkepala ini boleh jadi saja mayat wanita lain. Mereka harus memastikannya dahulu sebelum bersenang hati.Merekalah yang mula­ mula sekali menimbulkan keraguan­keraguan yang kemudian merebak ke seluruh perarakan ini. Ini isteri Samin! Bukan! Isteri Samin! Bukan! Tapi para lelaki sepakat dan berkeras menganggap mayat ini mayat isteri Samin. Jasad yang cantik tak berkepala tapi masih segar­bugar ini tak layak dimiliki oleh wanita lain kecuali isteri Samin. Alangkah sayangnya ia kini sudah mati. Mereka terus

85


mengusungnya dengan perlahan sambil melayani fikiran dan mengenang pertama kali ia datang ke kampung ini dengan muka yang cerah dan berseri­seri sehingga mereka menyangkanya bukan manusia tapi bidadari atau puteri bunian, bertanyakan di mana ruman Samin. Hari pertama itu samalah seperti hari ini para lelaki mencurah­curah dari kiri kanan menjadi satu perarakan tapi mereka tidak terus ke rumah Samin, senghaja melambat­lambatkan perjalanan, membelok ke kiri, membelok ke kanan, singgah di rumah ini, tapi ini bukan rumah Samin, rumah Samin sudah terlepas di belakang, berpaling semula, tapi rumah Samin di sana, membuat apa saja alasan untuk melambat­lambatkan sampai ke tempat tujuan, tapi mukanya tetap cerah berseri­seri tersenyum manis seolah­olah hal seperti ini perkara biasa dan tidak perlu diingaukan sangat, dengan lembut menyatakan mustahil sungguh tiada sesiapa yang tahu di mana rumah Samin. Mereka hampir­hampir gugup tapi cepat­cepat menanyakan Samin yang mana satu dan tiba­tiba saja setiap lelaki bernama Samin dan mengajaknya ke rumah. "Sumpah, nama saya Samin!" Ia cuma tertawa kecil yang menyebabkan setiap orang diam menyerapkan tawanya yang sedap didengar ini ke dalam hati dan jiwa; dan seekor burung jatuh dari langit malu kerana tidak memiliki suara semerdu ini, seorang lelaki dalam lingkungan umur lima puluhan diserang penyakit jantung dan sebelum menghembuskan nafas sempat membuat pengakuan bahawa ia tidak pernah menyintai isterinya yang kurus melengkung beranak sepuluh itu Dalam kesibukan masing­masing mengakui bernama Samin ini, mereka tidak terfikir hendak bertanya siapa

86


namanya atau siapa ia dan dari mana ia datang, hingga sekarang mereka tidak tahu siapa ia sebenarnya. Tapi mereka sedar bahawa inilah yang sebaiknya: kecantikannya tidak perlu diberi nama kerana nama hanya akan mengongkong atau menghodohkannya. Mereka cuma menyangka yang ia sudah semestinya adik bongsu Samin yang sudah bertahun­tahun bercerai dengannya dan mereka menaruh seribu harapan dan hampir­hampir tidak percaya apabila mendapati ia sebenarnya isteri Samin, tertanya­tanya di dalam hati bagaimana wanita secantik ini boleh tertarik pada orang seperti Samin, dan merasa seperti dikecewakan tanpa sebab yang munasabah. Mereka membenci semua wanita selepas ini. "Hei! Kamu semua sudah gilakah?" Tiba­tiba seorang lelaki tua berjanggut dan berserban putih mencelah masuk ke dalam perarakan. "Tubuh wanita wajib ditutup keseluruhannya kerana ia boleh mendatangkan pesona dan huru­hara yang besar!" Dua orang pemuda berbadan tegap memegang kedua­dua belah lengan lelaki tua ini lalu mengangkatnya keluar dari perarakan dan menerangkan dengan lembut bahawa orang­orang tua bongkok yang sudah berjanggut dan sudah berserban pula tak usah sibuk­sibuk, lebih baik duduk berehat di rumah saja, mengingati mati, biarlah hal­hal seperti ini diurus oleh orang­orang muda yang masih berdarah hangat. "Kamu semua sudah gila!" pekik lelaki tua ini. "A'uzubillah ­ aku berlindung dari godaan wanita­ wanita yang sampai mati pun masih menggoda!" Mereka terus mengusung jasad yang tak berkepala ini, seperti tadi mereka berpura­pura tidak tahu di mana rumah Samin, berbisik­bisik bertanya sesama sendiri

87


dan menjawab sendiri entah di mana rumah Samin. "Mustahil kamu tidak tahu di mana rumah Samin." "Samin yang mana satu?" Mereka cuba meniru tawanya yang kecil yang masih menggelenyar di seluruh jiwa dan hati mereka sehingga burung­burung yang mendengar mereka merasa ingin hidup seribu tahun lagi kerana bersyukur tidak memiliki suara­suara yang hodoh seperti itu. Mereka merasa bersalah dan amat kesal kerana mencemari tawanya dengan cuba menirunya. Mereka terus maju dengan murung, kemudian berpatah balik, membelok ke kanan, membelok ke kiri. Untuk melambat­lambatkan lagi, mereka menyoal­nyoal semula apakah tubuh tak berkepala ini benar­benar isteri Samin. Alangkah bodoh dan sia­sianya jika mayat ini mayat wanita lain ­ mereka telah membazir­bazirkan tenaga dan perasaan. Isteri Samin! Bukan! Isteri Samin! Bukan! Seorang pemuda berambut panjang dan betjanggut sejemput bercerita bahawa beberapa hari yang lalu Samin telah datang kepadanya memberitahu yang isterinya sudah tiga hari tidak pulang­pulang sejak pergi ke hutan mencari sayur pakis. "Kamu tahu," katanya bersungguh­sungguh. "Aku memarahi Samin seolah­olah isterinya itu isteriku dan tanggungjawabku. Kamu bayangkanlah wanita cantik seperti itu dibiarkan masuk hutan seorang diri mencari sayur adakah patut? Sudah tentu tidak patut! Hal ini kuceritakan kepada isteriku dan kamu tahu apa katanya? Katanya aku ini sudah gilakan isteri orang! Benar aku tidak menafikan. Alangkah cemburunya dia! Aku yakin

88


isteriku itulah yang mencantas kepala wanita yang tidak berdosa ini!" Pemuda ini tunduk dan memejamkan matanya sebentar kemudian mengangkat kepala dengan perlahan.Halkumnya bergerak turun naik sekali. "Tapi akulah yang bersalah," katanya. "Aku telah menyebabkan isteriku cemburu dan bertindak kejam!" Kemudian masing­masing mereka tidak mahu ketinggalan bercerita, cerita yang sama diulang­ulangi dengan sedikit variasi, ditambah dan dikurangi di sana sini, betapa Samin datang atau mereka mendatangi Samin yang mengadu kehilangan isteri, kemudian mereka menceritakan bagaimana cemburunya isteri­ isteri mereka apabila mereka saban waktu hanya memikirkan tentang isteri Samin. Mereka menolak cerita tentang isteri Samin pergi ke hutan mencari sayur pakis kerana wanita secantik itu tidak layak mengerjakan kerja kasar yang mengeluarkan peluh bahkan sayur pakis itu sendirilah yang tunduk berjalan menyerahkan diri kepadanya dengan penuh kerelaan untuk dijadikan makanannya. Betapa untungnya sayur pakis itu menjadi sebahagian dari nadi wanita secantik itu! Tidak, isteri Samin tidak pernah pergi ke hutan untuk mencari sayur pakis tapi ia telah melenyapkan dirinya seperti selalu pada waktu­waktu tertentu ketika Samin memenuhi giliran isteri tuanya yang tinggal di kampung lain. "Ketika itulah isteri­isteri kita mengambil kesempatan mencantas kepalanya. Jasad tak berkepala inilah mayat isteri Samin yang malang itu." "Ya, ini isteri Samin bukan orang lain lagi!" Seorang wanita muda bertubuh sederhana mewakili para isteri membantah bahawa mereka tidak pernah mencantas kepala sesiapa kerana kerja sembelih

89


menyembelih adalah khusus kerja kaum lelaki walaupun sekarang ini zaman hak sama rata dan perempuan mempunyai peluang yang adil membuat kerja lelaki tapi mereka masih juga perempuan yang dibatasi oleh perasaan­perasaan halus dan sensitif yang boleh merasakan seratus kali ngeri daripada ngeri yang dirasakan oleb kaum lelaki. "Ya, kami cemburu," sambung wanita ini sambil menekan kedua­dua belah tapak tangannya ke atas dada dengan lembut. "Tapi itu tandanya kami sangat­ sangat cinta kepada kamu suami­suami kami. Apakah salah bagi seorang isteri menyintai suaminya? Apakah salah kalau kami mengambil berat akan hal diri kamu yang tergila­gilakan isteri orang itu? Dan sudah tiba masanya tubuh wanita yang menggoda kamu itu ditutup dengan kain atau sesuatu!" Dua orang pemuda berbadan tegap memegang kedua­dua belah lengan wanita ini dan mengangkatnya ke luar dari perarakan dan menerangkan bahawa menutup tubuh wanita adalah urusan kaum lelaki walaupun sekarang zaman hak sama rata. "Kaum wanita tak usah turut campur. Kami maafkan kamu kerana cemburu. Pergilah dengan aman!" Mereka meneruskan perarakan sambil melambat­ lambatkannya mencipta alasan dan cerita; tenggelam dan hanyut dibawa arus perasaan Sehingga hampir petang baharulah mereka tiba di perkarangan rumah Samin di hujung kampung, tapi Samin belum pulang lagi. Seperti mula­mula dulu mereka akan berhujan berembun di sini menunggu akan kepulangannya. Mereka tahu Samin belum pulang sekurang­kuaangnya buat beberapa hari lagi. Mereka tidak akan tidur. Mereka tidak akan makan. Mereka akan

90


terus mencipta cerita untuk meyakinkan diri yang mayat tak berkepala ini mayat wanita yang mereka puja­puja meskipun jauh di dalam hati, mereka sedar yang mereka masih ragu­ragu, takut dan malu yang mereka telah mensia­siakan perasaan dan tenaga memuja satu kesilapan yang hanya holeh ditentukan oleh Samin sendiri. Ini isteri Samin! Bukan! Ini isteri Samin! Bukan! Tapi Samin datang juga pada malam ini, pulang dari menjaja dari kampung ke kampung dengan sebuah kereta buruk, dengan muka yang letih dimamah usia lima puluh lima tahun, daging­daging kendur seperti bergayutan di keliling tubuhnya yang kurang bersenam, rambut di kepalanya nipis dan memutih, dengan janggut yang kusut­masai di dagunya, dengan suara yang amat longgar bertanyakan tentang apa yang berlaku. Ia termangu­mangu mendengar keterangan yang datang dari sekelilingnya yang tidak dapat ditanggapi dengan jelas. Kemudian ia dipimpin ke tempat mayat tak berkepala ini. "Ini isterimu. Kepalanya sudah dicantas oleh isteri­ isteri kami yang cemburu!" Samin mengatakan bahawa ia sudah terlalu tua untuk menghapi hal­hal seperti ini ­ dan siapa wanita muda tak berkepala ini? Kenapa dibiarkan tanpa ditutup? "Jadi ini bukan isterimu?" Samin meneliti jasad tak herkepala ini, sambil menggaru­garu kepalanya mengatakan yang ia sendiri tidak pasti tapi kemudian dengan yakin mengatakan bahawa ini bukan isterinya. Dengan serentak mereka

91


menyerbunya, mendesak­desak supaya ia mengakui saja jasad tak berkepala ini mayat isterinya yang telah mereka puja­puja selama ini, yang tidak layak menjadi isteri seorang tua sepertinya, yang menyebabkan isteri­ isteri mereka cemburu dan kelihatan hodoh dan kerdil. Para wanita juga tidak ketinggalan ikut serta mengugut dan mengancamnya jika ia tidak mahu membenarkan apa yang mereka katakan dan ceritakan ­ mereka mengakui bahawa merekalah yang telah mencantas kepala wanita ini supaya mereka boleh bersenang hati. "Memang henar sembelih menyembelih adalah keija lelaki tapi kami juga boleh melakukanya jika kami benar­ benar mahu dan kami akan melakukannya lagi jika perlu!" Samin tidak Mahu membenarkan mereka, menuduh mereka mengada­adakan cerita­cerita bohong yang kemudian mereka percayai sendiri dan ingin mereka percayai terus­menerus dan memaksa orang lain mempercayainya. Dan lagi ia tidak akan dapat memastikan yang jasad tak berkepala ini mayat isterinya. "Kerana aku tidak pernah melihat batang tubuh isteriku dengan jelas," katanya dengan suara yang amat longgar. "Aku tidak akan dapat mengenali tubuhnya kalau kepalanya tidak ada. "Walau apa sekalipun ­ ini tetap mayat isterimu!" "Bukan!" "Isterimu!" "Bukan!" Samin tersungkur kena pukul. Ia dikeroyok bertubi­ tubi. Ia memekik meminta tolong tapi tetap enggan membenarkan mereka meskipun mereka mengancam hendak mencantas kepalanya. Ketika mereka sibuk

92


merusuh inilah lelaki tua berjanggut dan berserban putih, terbongkok­bongkok berjengket senyap­senyap membawa selimut dan menutupi mayat wanita telanjang tak berkepala ini. Kemudian ia pergi dari situ. Tiba­tiba setiap orang terhenti dan seperti baru tersedar dari mabuk, bangun diam­diam mengusai pakaian mereka yang kumuh dan tak menentu. Sekeliling mereka terasa begitu hening dan aman sehingga bunyi unggas­unggas malam dan dan daun bergeselan dihembus angin hegitu jelas kedengaran satu­satu. Apabila, di bawah sinar bulan yang samar­samar ini, kelihatan seorang pemuda menghampiri mayat wanita tak berkepala ini dan mau menyelak selimut yang menutupinya, Samin memekik dengan kuat dan panjang: "JANGAAAN!"

93


28 JANTUNG

S

emaun merenung pintu bilik.Dari bilik ini keluar seorang gadis remaja genit tanpa bibir tanpa mulut. Ia berjalan pantas, malu­malu tak menoleh­noleh kiri kanan. Tanpa bibir tanpa mulut ia sudah tidak lawa lagi. Apabila tiba nombornya, Semaun masuk. Ia menutup pintu perlahan­lahan dan ternampak Doktor sedang menampal label pada botol yang di dalamnya ada sesuatu macam mulut montok yang bengkak dan pecah­ pecah. Doktor menyuruhnya duduk dan bertanya apa yang dihidapinya.Semaun menyeluk dada dan mengeluarkan jantungnya. Diletakkannya jantung ini di atas meja di depan Doktor. Jantung ini masih berdenyut. Doktor mengambil jantung itu, meniup­niup sedikit habuk yarig baru saja melekat, membelek­beleknya di bawah sinar lampu dengan mata yang kian menyepet. Kemudian ia mengangguk. Jantung ini dibalutinya dengan tiga lapis kain nipis yang dilembapkan sedikit, kemudian diikatkan label padanya dan dimasukkan ke dalam peti sejuk. Doktor duduk semula di kerusi putarnya merenung Semaun seketika. "Awak boleh pulang sekarang. " "Tapi jantung saya. . . " "Jangan susah." Dengan muka yang bersahaja Doktor mencakarayam sekeping resit dan memberikannya pada Semaun. "Saya akan periksa, " katanya. "Awak boleh datang minggu hadapan dan ambil jantung awak." Seminggu selepas ini Semaun datang. Mukanya

94


sugul kerana sudah seminggu tidak dapat mengecap kenikmatan merokok. Ia menyeluk saku seluar mengeluarkan resit dan memberikannya pada Doktor. Ketika ini Doktor sedang berdiri merenung ke luar jendela. Sebentar tadi ia menerima berita yang isterinya dan anaknya baru saja mati dalam nahas jalan raya dan ia belum lagi membulatkan fikiran bagaimana mahu menerima berita ini. Ia belum tahu apa yang harus difikirkan. ". . . isteri dan anak tuan mati serta merta. . . " ia diberitahu melalui telefon. Ia nampak tenang saja. Dengan malas ia duduk semula menyepet­nyepetkan matanya membaca cakar ayamnya sendiri. Kemudian ia mencapai sebuah fail dan membukanya pada muka sekian­sekian dan membaca catatan pemeriksaan. Ia mengangkat kepala memandang Semaun dan membuka mulut tapi mengatupnya kembali dan tidak jadi bercakap. Ia berpusing dan bangkit dari kerusi putarnya, berjalan ke arah peti sejuk. Membuka peti sejuk ini. Lebih setengah jam ia terbongkok­bongkok mencari jantung Semaun. Peti sejuk ini sarat. Ia merungut­rungut. Memandangkan dirinya sudah lebih setengah jam duduk kegelisahan dan tldak dipedulikan, Semaun mula marah. "Doktor!" pekiknya. "Kenapa dengan jantung saya?" Doktor terus menyelongkar peti sejuk. Seperti seorang yang kelupaan diri ia melemparkan organ­organ ke atas lantai. Ia mengesat­ngesat peluh. Bertimbun usus­usus, hidung­hidung, telinga­telinga dan organ­ organ lain yang seribu macam tak menentu bentuknya. Ia menoleh pada Semaun sebentar memaksakan

95


senyuman. Tangannya memegang buah dada yang sudah ditanggalkan bulat­bulat. "Maafkan saya, " katanya. "Saya memang selalu begini. Saya seorang doktor yang sibuk. Tiap­tiap hari ada saja orang yang sakit dan meninggalkan alat tubuh mereka di sini untuk pemeriksaan. Peti sejuk ini pun sudah padat dengan perut, jantung, hati, punggung, paru­ paru ­sebut apa saja! Saya mau membeli sebuah peti sejuk lagi bagi menampung semua ini, tapi tahulah harga peti sejuk sudah naik lebih lima puluh peratus kerana kekucar­kaciran ekonomi antarabangsa. Jadi saya terpaksa bersabar dan menggunakan peti sejuk yang satu ini saja, yang sudah hampir rosak! Para pesakit kian hari kian bertambah juga!" Doktor melihat­lihat buah dada yang dipegangnya ini. Kemudian melemparkannya. Buah dada ini masih ada bentuk cuma sudah ditulari barah. Ia kembali terbongkok­ bongkok mencari. Semaun yang baru saja bangun hendak bicara terduduk semula. Ia tidak ada peluang bercakap kerana Doktor kelihatan leka membongkar segala isi peti sejuk itu, tak sedar membaling alat­alat tubuh ke lantai sambil terus bercakap­cakap. "Maafkan saya. Memang selalu begini, saya selalu terlupa. Bila menghendaki sesuatu, sesuatu itu tau­tau saja sudah hilang. Jika tidak dikehedaki ia ada pula di depan mata. Baru saja kelmarin saya terpandang jantung awak ­ entah di mana kini. Tapi awak jangan khuatir!" "Kenapa dengan jantung saya, Doktor?" Semaun sempat mencelah. Doktor berfkir dua kali, mencerutkan bibir, mengecilkan mata memandang Semaun, mencari­cari

96


perkataan yang sesuai, membuka mulut kemudian tidak jadi bercakap. "Doktor mesti beritahu saya." "Tidak ada apa­apa." "Saya tidak percaya!" "Jangan susah, jantung awak tidak apa­apa!" Semaun menatap muka Doktor, mencungkil­cungkil jawapan. Syak hatinya kerana Doktor tidak mahu menerangkan. Ia terhindu sesuatu yang tidak baik tapi ia mahu memastikan. Doktor mula melihat­lihat semula alat tubuh yang berlonggokan dan berselerakan di atas lantai, kalau­ kalau jantung Semaun ada di situ. Mencapai itu ini yang bermacam­macam bentuk dan saiz: usus­usus yang bengkak dan pecah­pecah, lidah­lidah yang bengkak dan pecah­pecah, mulut­mulut yang bengkak dan pecah­ pecah, telinga­telinga yang bengkak dan pecah­pecah, hidung­hidung yang bengkak dan pecah­pecah, punggung­punggung yang bengkak dan pecah­pecah, paru­paru yang benjgkak dan pecah­pecah, limpa­limpa yang bengkak dan pecah­pecah, jantung­jantung yang bengkak dan pecah­pecah, rahim­rahim yang bengkak dan pecah­pecah dan otak­otak yang bengkak dan pecah­pecah.Ia hampir terlupa apa yang mau dicarinya. "Segalanya bengkak dan pecah­pecah, " katanya antara dengar dengan tidak. "Hidup ini berpenyakit. " "Doktor!" Semaun mau bicara. "Bagaimana dengan .... " "Ya, ya!" Doktor memotong. "Saya tidak lupa. Saya masih mencari, cuma terlalai sebentar. Fikiran saya mudah saja hanyut melihat alat tubuh yang hitam berkedut tidak tentu bentuk rupa ini. Awak lihat ini!" Ia mencapai sesuatu. "Perut ­ sudah kembung, hampir­

97


hampir pecah, penuh dengan sampah sarap dan foreign matter yang tidak perlu!" Ia melontarkan perut ini ke tepi dan mencapai sesuatu lagi yang kebetulan sebatang alat kelamin yang bengkak dan pecah­pecah, dihumbankannya segera tanpa sepatah kata. Ia menunujuk selonggok otak. "Awak lihat itu," katanya. "Hampir­hampir setiap hari ada saja orang yang meninggalkan otak mereka di sini untuk diperiksa!" Semaun mula merasa tidak sabar. Ia datang untuk mengambil dam mahu tahu mengenai jantungnya. Sudah berkaii­kali ia membuka tapi tidak ada kesempatan hendak mengeluarkan suara. Ia memanjangkan leher mahu membaca fail yang masih terbuka di atas meja, tapi tulisan Doktor betul­ betul cakar ayam, ia tidak dapat membacanya. Doktor terus berbicara tanpa henti­henti: ". . . selain dari otak, saya juga hampir tiap­tiap hari banyak menerima hati, perut, mata, telinga dan kadang­ kadang ada yang menanggalkan dan meninggalkan semuanya itu sekali gus untuk diperiksa din awak tau kebanyakan mereka tidak pernah datang­datang lagi mengambil alat tubuh mereka itu semula, saya terpaksa membuangnya kerana tidak ada tempat menyimpan kerana peti sejuk ini sudah sarat dan saya tidak dapat membeli peti sejuk baru kerana harganya awak pun sudah tahu kerana keadaan dunia sekarang ini yang saya sendiri tidak tahu kerana orang yang tahu tiada yang datang memberitau saya dan mereka itu terus saja hidup tanpa hati, tanpa perut, tanpa mata, tanpa telinga, tanpa otak sewenang­wenangnya, kita pun tanpa tahu, tanpa sedar terusan saja bergaul dan berurusan dengan

98


mereka itu mayat­mayat hidup zombies yang tidak ada otak, tidak ada hati, tidak ada perut, tidak ada mata, tidak ada telinga, entah tidak ada apa lagi dan hidup kita kian hari kian berbelit­belit olehnya, kian mencakarayam jadinya, mungkin kerana inilah penyakit yang tidak pernah ada jadi ada dan kita tidak dapat berbuat apa­ apa kerana perkara ini adalah di luar kekuasaan kita, kita cuma goncang bahu tadah tangan berdoa dengan doa­ doa yang tidak mustajab ...." Doktor berbicara terus dengan suara yang datar merangkumi bidang keagamaam, sistem pendidikan moden, politik ekonomi, perkauman, CIA, KGB, FBI, PBB, NATO, sejarah, falsafah, kesenian, psikologi, seni lukis, tasauf dan bolasepak tempatan .... Ia duduk berlunjur di atas lantai, bersandar pada peti sejuk, tidak bergerak­gerak kecuali mulutnya. Nafasnya turun naik perlahan, teratur dan mendatar. Semaun mendengar dengan marung berharap Doktor akan sampai juga pada membicarakan tentang jantunnya. Menanti dengan tidak sabar. Ia mahu tahu dengan segera, tapi Doktor kian jauh terkeluar dari membicarakan tantang jantungnya ini. Doktor sedang bercakap tentang pengadil bolasepak yang tidak adil, berat sebelah ­ pengadil itu sepatutnya tidak membenarkan tendangan penalti dalam satu perlawanan tidak lama dulu. "... ini membuat saya kalah dalam pertaruhan, terkutuklah refree itu, mudah­mudahan ia mati dan masuk neraka jahanam ... " "Doktor!" pekik Semaun. "Saya tidak berminat dengan bolasepak! Jahanam dengan bolasepak!" "Apa? Apa?" Doktor persis baru tersentak dari tidur. Kebingungan benar. "Apa? Apa?"

99


"Bagaimana dengan jantung saya, Doktor?" "Jantung? Jantung apa?" "Apa penyakit jantung saya?" Doktor mengerut­ngerutkan rauka mengingat­ingat. Ia baru teringat tentang jantung ini. Ia juga teringat akan anak dan isterinya yang belum diizinkannya akan kematian mereka itu, meskipun mereka sudah mati. Mukanya jadi murung. "Kenapa dengan jantung saya?" Semaun risau bercampur ragu melihat muka Doktor yang macam ditutupi bayang­bayang hitam ini. "Apa penyakit jantung saya? Apa saya akan mati? Apa saya akan mati, Doktor?" "Tidak! Tidak!" Doktor terpekik. "Tiada sesiapa yang akan mati! Awak tidak akan mati! Saya tidak akan mati! Isteri dan anak saya belum mati dan tidak akan mati! Saya tidak benarkan sesiapa mati!" Semaun tidak terkeluarkan suara melihat Doktor secara mendadak saja berubah ini. Mengapa dengannya? "Kita semua akan hidup untuk selama­lamanya!" kata Doktor. Suaranya agak keras. Kemudian nafasnya tersentak sekali, tersentak kedua kali.Tangannya mencengkam­cengkam dada. Ia terjelapuk mati. Tinggal Semaun kebingungan.

100


29 PUNGGUNG

P

untung­puntung rokok bersepah­sepahan di hujung kakiku. Aku sedang berdiri di kaki lima deretan kedai di ibu kota menanti seorang gadis yang tidak kukenali. Gadis kelmarin. Puntung rokok kubuang dan apinya kupadam dengan hujung tapak kasutku. Kunyalakan sebatang rokok yang baru lalu kusedut dalam­dalam dengan perlahan dan asapnya kuluahkan melalui lubang hidung dan mulutku. Seorang pemuda kurus kering terbatuk­batuk di sisiku. Aku meminta maaf kepadanya kerana asap dari rokokku telah menganggu pernafasannya. Ia beredar dari sini. Selang beberapa langkah seorang gadis menahannya bertanyakan sesuatu. Pemuda ini menggelengkan kepala. Gadis ini terus bertanya pada setiap orang yang ditemuinya. Dan setiap orang cuma menggeleng­ gelengkan kepala. Ialah gadis kelmarin, yang kunanti­nantikan ini. Akhirnya ia sampai juga padaku. Aku menenangkan perasaan dan menyelambakan air muka seberapa yang terdaya. "Saudara," katanya, suaranya begitu sugul dan runsing,"ada saudara ternampak punggung saya di mana­mana. Saya kehilangan punggung, saudara." Langit luas kupandang. Kebetulan tiga buah helikopter sedang lewat memekakkan telingaku. Kemudian kutatap muka gadis ini. Ia masih menunggu jawapan dariku. Aku mengatur­atur jawapan di dalam kepala dengan

101


perasaan yang tidak menentu. Aku tidak berani berterus terang. Jantungku berdegup gemuruh lintang­pukang. Aku menaruh hati padanya. "Mari," kataku dengan gagap, memberanikan diri. "Kita duduk­duduk dulu di kedai kopi." Ia menentang mataku bulat­bulat sambil mengetap­ ngetap bibirnya. Kemudian ia memekikku: "Apa kaufikir aku ini gadis murahan? Meskipun punggungku tidak ada ­ aku tidak semudah itu mau diajak duduk­duduk di kedai kopi!" Ia segera meninggalkanku. Mukanya jelas menunjukkan bahawa ia merasa amat kesal dan tersinggung. Dan ia berjalan lebih pantas dari biasa. Aku memarahi diriku dan sekali gus merasa malu. Awal­awal lagi aku sudah terlanjur dan bersifat kurang ajar. Aku belum kenal padanya dan ia belum kenal padaku, tapi aku sudah nekat mau mengajaknya duduk­ duduk di kedai kopi. Kemudian aku terfikir akan satu lagi kebodohanku: kenapa ia kuajak duduk­duduk ­ tanpa punggung sudah tentu ia tidak dapat duduk­duduk, meskipun ia mau. Terbayang di kepalaku betapa ia terpaksa berdiri sepanjang masa dan mungkin ia telah datang dengan menumpang bas dan terpaksa berdiri di sepanjang perjalanannya. Ia sudah jauh, mengajukan pertanyaannya ini kepada beberapa orang pemuda kurus kering. Aku memandang sekelilingku kerana aku merasa seperti ada satu keanehan yang terlalu licik untuk ditanggap. Kemudian aku baru menyedari bahawa pada hari ini terlalu banyak pemuda kurus kering berkeliaran. Kemudian aku mendapati bahawa tidak ada seorang pun pemuda gemuk atau bertubuh sasa atau berbadan

102


sederhana berjalan di mana­mana. Seperti sudah termaktub di Luh Mahfuz bahawa pada hari ini cuma pemuda­pemuda yang kurus kering saja akan bersiar­ siar di ibu kota. Mereka semua tidak melayani pertanyaan gadis yang tidak berpunggung ini. Biji mata mereka terlalu sibuk menyoroti gadis­gadis yang berpunggung: punggung­ punggung yang beraneka bentuk, meramping di pinggang, dibalut kain halus yang bagus atau dipakaikan dengan jeans yang ketat. Simpatiku adalah pada gadis yang tidak berpunggung ini. Ia sudah jauh di hujung sana. Langkah­langkahnya amat sayu dan tidak bermaya. Setiap orang yang ditanyainya cuma menggelengkan kapala. "Ia seharusnya menjaga punggungnya itu dengan baik," kata seorang lelaki di sisiku. "Jangan sampai hilang." "Ya," sokong temannya. "Kehidupan seorang gadis tidak akan bererti jika ia tidak mempunyai punggung." "Ya benar!" "Sedangkan gadis­gadis lain berlumba­lumba ke sana ke mari membawa punggung yang amat molek!" "Benar katamu itu! Kautau ­ aku mengahwini isteriku adalah semata­mata kerana ingin memiliki punggungnya yang amat molek dan montok itu." "Kau memang beruntung! Kautau ­ aku sangat mencintai punggung isterimu itu. Dan kelmarin aku bermain mata dengannya." "Sesungguhnyalah kau seorang sahabat yang kurang ajar!" Kedua­dua mereka memerhatikan semula punggung­ punggung yang sedang berkeliaran.

103


Entah atas urusan apa punggung­punggung ini berkeliaran ­ ini bukan pula urusanku untuk mengetahuinya. Aku cukup senang berdiri sebagai pemerhati saja. Aku memerhatikan punggung­punggung ini dengan penuh perasaan cinta dan kasih sayang. Sebenarnya aku sangat mudah jatuh cinta: hatiku begitu rapuh. Dalam sehari paling tidak aku jatuh cinta sebanyak tiga puluh tiga kali. Dalam setahun purata aku jatuh cinta sebanyak 12,045 kali. Dan aku tidak pernah menyoal kenapa aku jadi seorang yang kurus kering. Dan lagi bukan aku seorang saja yang kurus kering. "Terlalu banyak lelaki kurus kering hari ini," kata lelaki di sisiku. "Ya," sahut temannya. "Termasuk kita berdua." Diam­diam aku beredar dari sini. Aku ada urusan penting yang harus kubereskan dengan gadis kehilangan punggung itu. Aku mencari­carinya ke sana ke mari di tengah­ tengah bahang matahari. Mengapa tadi aku tidak berterus terang saja padanya? Kelmarin aku telah jatuh cinta padanya dan aku mengekorinya di sepanjang jalan. Ia tidak menyedari akan perbuatanku itu dan aku pula seperti sudah terpukau oleh punggungnya yang melenggok molek dan penuh berisi itu. Punggungnya itu terus melenggok dan melenggok dengan asyik. Mataku tidak dapat kualihkan ke arah lain lagi. Aku terus menyusulinya. Tiba­tiba saja punggungnya tanggal, melabuk jatuh dan bergolek­golek menuju ke arah kakiku. Aku jadi

104


bodoh, sedangkan ia terus saja berjalan seolah­olah tidak ada apa­apa. Suaraku tersekat di kerongkong. Apakah yang harus kubuat terhadap punggungnya yang berada di hujung kakiku? Ia terus saja berjalan dengan cepat tanpa punggung. Tentu saja di depan khalayak ramai tersebut kurang sopan bagiku mengejarnya sambil menggendong punggung yang molek dan penuh berisi. Dan aku tidak tergamak hendak memalukannya dengan memekik­ mekik memanggilnya begini: "Tunggu saudari! Tunggu! Punggung saudari terjatuh!" Aku sendiri juga akan ikut merasa malu. Tapi apakah yang harus kulakukan? Tentu saja aku tidak mau meninggalkan punggung semolek itu di tepi jalan: ada anjing­anjing liar berkeliaran yang memakan apa saja. Dengan muka yang merah dan malu­malu sendiri aku memungut punggung itu. Lalu punggung itu kumasukkan ke dalam beg plastik bersama sekati daging lembu yang baru saja kubeli dari pasar. Aku merasakan semacam ada seribu biji mata memerhatikan perbuatanku itu. Aku merasa rimas dan panas. Peluh mengalir di dahi dan di tengkukku. Dadaku sendat dengan perasaan yang tidak menentu. Gadis itu sudah menghilangkan diri. Entah ke mana perginya. Aku bergerak dari situ dengan langkah­langkah yang seperti dibuat­buat. Aku mencari­carinya. Aku mau memulangkan punggungnya dan terus berkenalan dan seterusnya bercinta­cintaan. Setelah letih mencari dan tidak berjumpa, aku pulang saja. "Esok saja kukembalikan," kataku dalam hati. Punggung itu kuletakkan di dalam almari baju dengan hati­hati dan penuh kasih sayang.

105


Malam tadi aku tidak dapat tidur. Aku mempunyai keinginan setan terhadap punggung tersebut. Sepanjang malam aku bergelut dengan diri sendiri. Aku boleh berbuat apa saja terhadap punggung ini kerana aku seorang diri. Aku baring dan bangun berulang kali. Aku menyumpah­nyumpah diri sendiri antara rnau mengalah saja dengan tidak mau mengalah pada keinginan setan ini. Dan setan seperti menjelma memenuhi ruang bilik tidurku menawarkan khidmat nasihatnya, menyuruhku supaya jangan mensia­siakan peluang emas seperti ini ­ peluang sekali saja seumur hidup ini. Aku seperti mendengar setan berkata: "Aku telah mengembara jauh dan dekat punggung ini adalah punggung yang termolek sekali di seluruh dunia dan di sepanjang zaman. Gunakan kesempatan ini! Sesungguhnya aku ini telah dilantik menjadi penasihatmu yang sebenar­benarnya!" Dengan memohon perlindungan pada Tuhan Maha Kuasa aku bangun dan segera mengunci almari baju dan anak kuncinya, kulemparkan ke luar jendela. Dan jendela pula segera kututup rapat­rapat. Aku terus juga bergelut dengan keinginan setan ini. Aku bangun dan keluar membawa lampu suluh. Jiran sebelah yang pulang lewat entah dari mesyuarat apa, menegurku. "Mencari kunci almari bajuku," kataku kepadanya. "Pukul dua pagi begini?" ia menggeleng­gelengkan kepala. Bagiku ia boleh saja menggeleng­gelengkan kepalanya sehingga hari kiamat jika ia mahu, kerana zaman ini zaman untuk menggeleng­gelengkan kepala pada apa saja. Pagi ini ialah yang membanguniku, mengetuk­ngetuk

106


pintu rumahku. Kepalaku terasa berat. Ia telah menjumpai kunciku di halaman rumahnya. Aku tidak sedar yang aku telah melemparkan kunci itu dengan kuat. "Kau telah mencari­carinya di tempat yang salah," katanya. "Dan di tengah­tengah malam buta pula." Pencarian sememangnya begitu: kita cuma berada di tempat yang betul apabila kita menjumpai apa yang kita cari­car. Dan sekarang aku berada di tempat yang salah dan telah berada di tempat­tempat yang salah: entah sudah berapa lama aku mencari­cari gadis ini. Aku sudah letih ke sana ke mari. Aku berhenti berjalan. Berdiri mengesat peluh. Mengapa tadi aku tidak berterus terang saja kepadanya ­ bahawa punggungnya ada di rumahku. "Saudara," satu suara dari belakangku. "Punggung saya..." Aku berpaling menghadapinya. "Punggung saudari ada di rumahku," kataku dengan segera. "Mari!" Mukanya nampak begitu lesu menahan sendu dan kelopak matanya sebak. Ada bekas­bekas air mata di pipinya. "Mari," kataku dengan lembut. "Mari." Ia mengikut. Di sepanjang perjalanan kami tidak berkata­kata. Aku tahu jika aku membuka mulut suaraku akan keluar dengan buruk. Aku benar­benar telah jatuh cinta padanya dan aku merasa terlalu gemuruh. Tiba di rumah, aku terus saja ke bilik tidur. Punggung ini kukeluarkan dari almari bajuku dan kuserahkan kepadanya. Ia menyambutnya seperti tidak sabar­sabar lagi.

107


"Terima kasih," katanya. Matanya berkaca­kaca. Airmatanya mengalir di pipinya. Ia menahan sendu. "Terima kasih." Ia memeluk dan mencium punggungnya ini sepuas hatinya dengan penuh haru. Kemudian ia mengangkat kepala dan memandangku. "Bau daging lembu," katanya. "Ya," kataku dan aku menerangkan dengan gagap kepadanya kenapa punggungnya ini berbau daging lembu. Ia mengangguk faham. Ia menyuruhku supaya berpaling kerana ia mau memakai punggungnya ini semula. Ia mengambil masa yang agak lama. Diam­diam aku pergi. Aku duduk­duduk di luar menghisap rokok, merancang­rancang mau membawanya melihat wayang dan barangkali di dalam kegelapan panggung aku akan mengajaknya kahwin. Ia keluar melenggang­lenggokkan punggungnya tersipu­sipu malu. Aku merasa seperti hendak mati ­ terpesona. Aku jadi gagap. Aku terpaku di tempat dudukku ini. Aku tidak berani membuka mulut dalam keadaan perasaan gemuruh seperti ini: aku malu suaraku akan keluar dengan buruk sekali. Sendi dan seluruh tubuhku terasa seperti lumpuh. Aku cuma memandangnya dengan hati yang berdebar­debar. Ia memiliki punggung yang paling cantik dan molek yang pernah kutemui ­ benarlah kata setan yang telah cuba merasukku. "Terima kasih," katanya, ia terus berlalu malu­malu. Aku tidak pun berani menanyai namanya atau tempat tinggalnya, jauh sekali mengajaknya apa­apa. Tinggal aku seorang sendiri dan merasa begitu parah di hati. Aku

108


terus merokok dan merokok. Aku cuba memikirkan hal­hal lain untuk menghalau dadakan perasaan sepi ini. Aku bercakap­cakap seorang diri tentang apa saja yang terlintas di kepalaku. Aku bercakap pada dinding tentang masalah hidup di zaman moden, tentang masalah dunia antarabangsa, masalah ekonomi, politik, moral dan agama. Aku bercakap tentang nilai­nilai baru di dalam kehidupan. K P L A N G K Aku terkejut. Bunyi yang dahsyat ini menerpaku seperti satu hempapan. Aku meluru ke jendela. Setiap orang berkejaran ke satu arah. Suasana jadi kelam­ kabut. Riuh­rendah. Setiap orang mau dulu sarnpai ke tempat itu. "Kereta berlanggar!" "Kereta berlanggar!" Aku berkejar ke tempat itu. Perlanggaran ini tidaklah begitu teruk. Kedua­dua pemandu yang terlibat, pemuda­pemuda yang kurus

109


kering, tidak apa­apa. Bahkan yang seorang sudah pun keluar dari keretanya. "Mana kau punya mata hah? Mana?" Pemandu kereta yang sebuah lagi masih termangu­ mangu. Kemudian ia keluar menyahut tengkaran ini. Masing­masing tidak mau mengaku salah. Suara yang keluar dari mulut mereka kedengaran seperti bunyi kucing yang sedang bercakaran. Saling tuduh­menuduh. "Pandang jalan raya!" pekik pemandu yang keretanya kena langgar, sambil menggenggam­genggam penumbuknya. "Jangan asyik memandang punggung saja!" "Siapa kata aku asyik memandang punggung hah!" pekik pemandu yang seorang lagi. "Kau mau mati!" Pertengkaran ini berlarutan. Aku sebenarnya tidak gemar mendengar tentang orang yang mau berbunuh­ bunuhan, apalagi menyaksikan orang yang sedang berbunuh­bunuhan. Aku berpaling ke arah lain. Gadis itu ­ ia sudah jauh di sana melenggang­ lenggokkan punggungnya yang molek, tidak mengendahkan dunia sekeliling yang sibuk berkerenah. Aku memerhatikannya sehingga ia hilang membelok ke tempat lain. Kemudian diam­diam aku beredar dari sini. Waktu Zohor sudah hampir luput.

110


30 TELANJANG

S

etelah mengunci pintu aku pun melangkah dengan tenang. Aku memandang ke atas dan mendapati langit begitu cerah, tidak ada tompok­tompok awan hitam di mana­mana. Cuaca baik sekali untukku bersiar­siar sambil membeli­belah sedikit di ibu kota. Sebaik­baik saja aku tiba di pintu pagar seorang posnita menghulurkan seberkas surat untukku. Posnita ini bertelanjang bulat. Aku tercengang. Mataku terbelalak besar. Cuma kepalanya ditutupi topi pos. Posnita ini juga terpegun memandangku. Kemudian ia menjerit kuat dan panjang. Ia melarikan diri ketakutan sambil terus menjerit­ jerit. Jarinya menunjuk­nunjuk ke arahku. Orang ramai berkejaran. Seorang demi seorang mereka muncul dan berkumpul di depanku. Mereka semuanya bertelanjang bulat. Aku tercegat di sini berpakaian lengkap. Aku tidak berdaya untuk maju atau mundur. Mulutku terlompong dan daguku terasa seakan­akan hendak jatuh ke tanah di hujung kasutku yang berkilat bersih. Mereka memandang pakaianku dari atas ke bawah. Aku terikut­ikut memandang diriku. Mencari­cari apa yang mereka cari. Kemejaku dan kasutku berwarna putih. Seluar panjangku berwarna kelabu dan tali pinggangku berwarna hitam. Aku memandang mereka semula. "Awas," ada orang memekik. "Jangan biarkan ia bebas!" Seorang lelaki botak mara dengan bengis mengacah­ acahkan kayu panjang padaku.

111


"Undur! Undur!" katanya. "Cepat!" Aku mengelak tapi enggan berundur sambil cuba­ cuba memahami apa yang sedang berlaku. Ia tidak berhak melakukan aku seperti binatang. Ancamannya bertambah galak. Hujung kayu panjang ini mengotori kemejaku yang putih bersih. Aku memandang lelaki botak ini dengan tajam. Inilah kali pertama aku melihat seseorang yang betul­betul bertelanjang dari atas kepala ke hujung kaki. "Cepat undur!" jerkahnya menggertakku dengan kayu panjang ini lagi. "Awas kau! Awas!" Orang kian bertambah ramai berkerumun jadi penonton. Lelaki, perempuan, anak­anak kecil, bapak­ bapak, emak­emak, mereka semuanya bertelanjang bulat. Aku memandang lelaki botak ini lagi. Bulu keningnya tidak ada. Begitu juga bulu matanya. Misai, janggut dan bulu­bulu lain di tubuhnya semua dicukur licin. Otot­otot tubuhnya menegang. Ia terus mengacu­acukan kayu panjang ini. "Hei!" aku menyergahnya dan maju setapak. Ia terkejut. Hampir­hampir saja kayu di tangannya ini terjatuh. Tubuhnya yang telanjang ini berkilat dipancar matahari. Lelaki botak ini bertambah bengis. Aku terpaksa berundur. Tiba­tiba tiga biji kerikil berturut­turut mengenai kepalaku. Orang ramai yang bertelanjang ini mula mara ke arahku. Mata mereka bersinar dengan ancaman. Mereka bertambah berani apabila melihat aku berundur. Sebiji batu besar mengenai bahu kiriku. Mereka menyergah hiruk­pikuk dan mula melempar batu ke arahku. Peluh dingin mengalir di tengkukku apabila aku terlihat seorang lelaki tua mara membawa buluh runcing.

112


Terbayang di kepalaku betapa buluh runcing ini akan menembusi perutku. Mereka bersungguh­sungguh hendak menggeronyokku. Dengan cepat aku berpaling dan berlari menuju ke pintu rumah. Tanganku yang geraentar akhirnya berjaya memasukkan kunci pada lubangnya. Pintu ini kubuka. Aku masuk dan menguncinya semula dari dalam. Jantungku berdegup pantas. Aku tercungap­cungap. Aku mengintai ke luar melalui lubang kunci. Mereka semua masih tercegat di situ bertelanjang bulat. Kemudian aku duduk bersandar pada daun pintu melepaskan lelah dan menenangkan perasaan. Aku menyeka peluh dan mengurut­urut dadaku yang sesak. Riuh­rendah di luar beransur­ansur reda. Aku mengintai melalui lubang kunci: seorang demi seorang orang­orang yang bertelanjang bulat ini mula pergi. Cuma tinggal beberapa orang saja lagi yang masih berjaga­jaga. Lelaki botak masih dalam keadaan berwaspada. Lelaki tua berbuluh runcing sedang bercakap­cakap dengan seorang wanita muda yang mencatat­catat sesuatu di buku notanya. Aku terfikir betapa hodohnya lelaki tua ini tanpa segan silu menggaru­garu pangkal pahanya yang dihidapi sejenia penyakit kulit. Dan wanita itu kenapa ia mempamerkan anggota­anggota peribadinya seperti itu? Kenapa mereka semuanya bertelanjang? "Hei!" lelaki botak memekik. "Jangan kaucuba mengacau sesiapa lagi!" "Kami tidak menyekat kebebasanmu!" laung lelaki tua. "Tapi jika kau berlagak bijak dari kami semua dan mengganggu kententeraman awam, kami akan bertindak!"

113


Jadi inilah kesalahanku: aku telah berlagak bijak dan mengganggu ketenteraman awam. Tapi posnita itulah yang memekik­mekik tidak tentu pasal ­ menjerit­jerit seperti dirasuk setan. Akibatnya aku yang nyaris­nyaris kena bunuh. Aku mengintai lubang kunci. Mereka semua sudah pergi. Keinginanku untuk bersiar­siar di ibu kota sudah jadi tawar. Aku ragu­ragu tentang keselamatan diriku. Tapi aku terpaksa juga keluar untuk membeli sesuatu. Kubiarkan sejam berlalu. Apabila kurasakan keadaan sudah mengizinkan bagiku aku pun keluar. Dengan membaca Bismillah aku melangkah dengan hati­hati. Jika aku terlihat seseorang menuju ke arahku aku akan cepat­cepat mencari tempat bersembunyi ­ di balik pokok kayu atau rumpun bunga. Apabila orang ini sudah lewat dan aku hanya dapat melihat belakangnya telanjang aku pun keluar dari tempat persembunyianku lalu meneruskan perjalanan. Dalam keadaan aku takut­takut kepada mereka inilah aku mula menyedari bahawa sebenarnya mereka juga takut padaku. Bukankah langkah­langkah mereka jadi ragu­ragu apabila dari jauh mereka sudah terpandang padaku? Jika mereka takut padaku, mengapa aku mesti takut pada mereka? Aku berjalan tanpa bersembunyi­sembunyi lagi. Dari jauh aku terlihat seorang lelaki bersama teman wanitanya: kedua­dua mereka bertelanjang bulat. Apabila saja terpandang padaku mereka dengan tergesa­ gesa menyeberang jalan. Aku dapat merasakan bahawa mereka tetap mengawasi gerak­geriku. Langkah­langkah mereka menjadi pantas. Mereka seolah­olah hendak berlari tapi merasa malu pula hendak berlari. Kemudian dengan serentak mereka memandang

114


padaku. Selepas ini dengan segera pula mereka berpaling semula memandang ke depan. "Ia sepatutnya tidak dibenarkan merayau­rayau," aku terdengar wanita ini berkata. "Bahaya. " Teman lelakinya menganggukkan kepala. "Kita sudah cukup senang dengan keadaan kita selama ini ­ tanpa ada orang yang memandai­mandai sepertinya," sambung wanita ini. Ialah wanita pagi tadi yang mencatat­catat sesuatu di buku notanya. Rambutnya yang hitam dan panjang menutupi belakangnya hingga ke paras punggung. "Kita tidak mahu ada bidaah sepertinya merayau­rayau bebas. Barangkali ia mahu mencari pengaruh dan merobah keadaan. Ia kira ia lebih bijak dari kita semua dengan berkeadaan seperti itu. " Teman lelakinya terus­menerus menganggukkan kepala. Ia kelihatannya amat senang berbuat begitu. Aku ingin hendak menerangkan bahawa aku tidak berniat jahat terhadap sesiapa dengan berpakaian lengkap. Aku juga mahu memberitahunya bahawa aku sebenarnya merasa amat bingung melihat orang bertelanjang lebih­lebih lagi pada wanita muda yang berbentuk tubuh sepertinya. Tapi mereka sudah pergi jauh dan aku hanya sempat tercegat sebentar dengan mulut yang terbuka luas tanpa suara. Aku meneruskan perjalananku dan sampai di pusat membeli­belah. Ketika aku hendak masuk ke sebuah pasar raya tiba­tiba langkahku dihalangi oleh seorang lelaki berbadan tegap. "Keluar!" jerkahnya. "Keluar!" "Aku hendak membeli sesuatu," kataku dengan lembut dan berbahasa.

115


"Baiklah," katanya dengan kasar. "Tapi lakukan segera!" Ia menggiringku masuk dan mengawasi setiap langkahku. Aku jadi tumpuan perhatian setiap orang di sini tapi mereka mengekalkan jarak yang selamat di antara diri mereka dengan diriku. Aku memandang sekelilingku. Para pembeli, jurujual, gadis­gadis yang manis dan pemuda­pemuda yang tampan mundar­mandir ke sana ke mari semuanya bertelanjang bulat. Mereka membalas pandanganku dengan jijik, ragu­ragu, curiga dan seperti berprasangka. Aku memandang lelaki tegap yang menggiringku. Aku merasa malu dan cepat­cepat mengalihkan mataku ke arah lain; aku terpandang seorang nenek tanpa sehelai benang menutupi tubuhnya. "Cepat!" perintah lelaki tegap di sisiku. "Jangan berlengah­lengah lagi!" Aku memberanikan diri bertanya padanya apakah ia tidak merasa malu. "Apa?" katanya. "Apakah Encik tidak merasa malu?" ulangku. "Malu?" ia menyoal kembali. "Malu kerana apa?" Ia menggaru­garu pangkal pahanya. "Sudah!" katanya. "Jangan banyak cakap! Beli apa yang kaumau beli!" Aku sudah tidak ingat apa yang hendak kubeli. Aku memberitahu padanya bahawa syaitan terkutuk telah telah menyebabkan aku terlupa benda apa yang henddk kubeli. Lelaki berbadan tegap ini jadi marah. Dengan kasar aku ditolak­tolaknya ke depan menuju pintu terdekat dan aku ditendangnya keluar. "Pergi!" jerkahnya.

116


Aku pergi jauh. Ketika inilah aku merasa sangat­ sangat berharap akan bertemu seseorang yang berpakaian lengkap dan kemas sepertiku atau seorang sahabat yang sudi menerangkan kepadaku tentang apa yang sebenarnya sedang berlaku. Kenapa setiap orang bertelanjang bulat? Kenapa mereka menayangkan perhiasan­perhiasan peribadi mereka? Dan kenapa mereka memandangku seolah­olah mereka memusuhiku? Aku berjalan terus dan memasuki sebuah kedai kopi. Aku duduk berehat­rehat di sini. Tiada sesiapa yang mahu melayaniku. Lama­lama aku jadi gusar. Tapi cepat­ cepat menyedarkan diri bahawa hakku untuk marah­ marah sudah tidak ada kecuali barangkali jika aku bersedia menanggalkan seluruh pakaianku dan bertelanjang bulat seperti orang ramai. Aku memanggil seorang gadis pelayan dengan lembut. Ia datang menghampiriku dengan ragu­ragu dan takut. "Berikan aku Coke," kataku dengan mesra. Pergerakan orang ramai di kedai kopi ini macam terbantut setengah jalan melihat gadis pelayan membawa minumanku dengan terketar­ketar. Tangannya seolah­olah saja menjadi terlalu pendek untuk menghulurkan dan meletakkan minuman ini di depanku. Aku memandangnya dari atas ke bawah. Ia memiliki tubuh yang sedap dipandang. Kulitnya halus kuning langsat. Aku merasa amat sayang pada tubuh seperti ini. Aku mengambil minumanku ini. Ia cepat­cepat menarik tangannya. Ia pergi tergesa­gesa dengan muka yang amat lega. Aku segera menghabiskan cokeku dan terus berangkat.

117


Tiba­tiba gadis pelayan ini tercegat di depanku. Aku merasa hairan bagaimana ia yang pada mulanya takut­ takut tiba­tiba saja menjadi berani seperti ini. Matanya menusuk tajam ke dalam mataku. Ia menghulurkan tangannya. Tangan ini sudah tidak terketar­ketar seperti tadi. "Wangnya mana?" katanya dengan lantang. Aku menerangkan padanya bahawa syaitan yang terkutuk telah menyebabkan aku terlupa hendak membayar. Aku meletakkan beberapa keping wang kertas di atas tapak tangannya yang tertadah ini. Wang ini lebih dari cukup. Kataku selebihnya ambillah untuk tips. "Terima kasih," katanya dengan amat lembut dan dengan senyuman yang manis. Aku cepat­cepat beredar. Matahari memancar terik. Bayang­bayang membuntar di tapak kakiku. Aku merasa rimas dan mulai berpeluh. Hari sudah tinggi. Langkah­langkahku terhenti apabila bahuku ditepuk dari belakang. "Selamat tengah hari!" "Selamat tengah hari!" jawabku segera sambil berpaling menghadapi orang ini: sahabatku bersama teman wanitanya. Mereka berdua juga seperti orang lain ­ bertelanjang bulat. "Kami sedang mencari­carimu," kata sahabatku ini. "Tidak baik kau merayau­rayau seperti ini. " Ia mamandangku dari atas ke bawah penuh simpati. "Biar kami hantarkan kau pulang," katanya. "Keretaku tidak jauh dari sini. Mari!" Ia memegang pergelangan tanganku kejap­kejap seolah­olah ia takut aku akan terlepas lari ke mana­

118


mana. Aku merasa nyanyuk apabila ia mengatakan bahawa dalam keadaan yang seperti ini aku sangat­ sangat memerlukan seseorang untuk menjaga diriku. Di sepanjang perjalanan di dalam keretanya ini, aku memejamkan mata kerana terlalu letih. Aku terdengar sahabatku ini bercakap­cakap pada teman wanitanya. Aku tidak dapat menjangkau hujung pangkal perbualan mereka: semuanya kedengaran terlalu asing. Tiba di rumah aku membuka kasutku. Mereka gembira melihat aku membuka kasut. Aku membuka bajuku kerana panas. Mereka bertambah gembira melihat aku membuka bajuku ini. Kemudian mereka menunggu dengan diam. Aku tidak akan membuka seluarku. Kuajukan soalan yang bertubi­tubi kepada mereka. Kenapa orang ramai termasuk mereka berdua bertelanjang bulat? Apakah mereka tidak malu? Atau nilai­nilai lama sudah dimansuhkan oleh nilai­nilai baru dan akulah yang ketinggalan zama^ dan tidak tahu menyesuaikan diri? Apakah aku masih berada di dalam abad kedua puluh atau kini sudah abad kedua puluh ribu dan kiamat sudah hampir tiba? Sahabatku ini tidak menjawab soalan­soalanku tapi ia menjelaskan tentang keadaan diriku yang berbeza dari keadaan dirinya dan masyarakat keseluruhannya. Ia seorang sahabat yang suka berterus terang. "Salahmu sendiri juga," katanya. Ia berpeluk tubuh memandangku dengan serius. Rambutnya nipis disikat lurus ke belakang. "Apa yang mesti kubuat?" tanyaku. "Kau mesti mengikuti orang ramai," katanya. Ia mempunyai mulut yang besar dangan bibir yang

119


sederhana bentuknya. "Jika mereka bertelanjang bulat, kau juga mesti bertelanjang bulat. " Mereka memberi beberapa cadangan dan nasihat padaku. Kemudian mereka meminta diri dan pergi. Apabila mereka sudah tiada baru aku teringat apa yang hendak kubeli tadi. Aku memperkukuhkan tekad dan bersiap­sedia hendak keluar lagi: kutanggalkan seluarku ­ aku bertelanjang bulat. Kupejam mata. Pintu akan kubuka dan aku akan melangkah keluar. Kemudian mata akan kucelikkan. Malu itu cuma perasaan. Dan peduli apa dengan perasaan! Bagaimana, tiba­tiba terbayang di kapalaku, bagaimana sekiranya ketika aku mencelikkan mata ini kudapati setiap orang di depanku semuanya berpakaian lengkap dan cuma aku seorang saja yang bertelanjang bulat? Aku duduk tersandar di daun pintu. Aku tidak jadi melangkah keluar. Peluh dingin membasahi seluruh tubuhku. Aku tercungap­cungap. Setelah perasaanku reda aku merapatkan mataku ke lubang kunci. Tidak ada sesiapa di luar.

120


121


Â


Â


Hj Morshidi bin Hj Marsal lahir di Brunei pada 22 Jun 1955. Ia tidak pintar menulis tapi senang berbagi cerita­cerita yang tidak masuk akal. Ia mula menulis cerpen pada tahun 1980 di akhbar, majalah dan radio ketika menganggur. Pada tahun 2008 sudah tidak lagi menulis cerpen, tapi lebih fokus menulis cermin (cerpen mini) di medsos yang sifatnya kompak (1000 jumlah kata maksimum). Hj Morshidi bin Hj Marsal juga menggunakan nama Mussidi, Putera Katak Brunei dan Nizam Al­Kahfi Pkb. Katanya ia mempunyai personaliti ganda. Sekarang ia sudah bersara, tinggal bersama isteri dan empat orang anak dan seekor kucing betina yang bernama Ms Normah yang hobinya suka mempamer dirinya. Buku­bukunya yang lain ialah kumpulan cerpen Kecoh, novelet dan kumpulan cerpen A4, novelet Tum, kumpulan cerpen Tai, kumpulan cermin 365 Fiksi Mini Putera Katak Brunei, dan kumpulan cermin 16:60.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.