Setiap Orang
Berharga Saudara dan saudari yang dikasihi, Ahli falsafah dan pastor dari Amerika Syarikat, Francis Schaeffer, pernah menyampaikan khutbah yang berjudul, “Setiap Orang Berharga, Setiap Tempat Istimewa�. Betapa menguatkan untuk mengetahui bahawa dalam pandangan Tuhan, setiap orang adalah penting—tanpa memandang umur, bangsa, jantina, kewarganegaraan, tahap pendidikan atau kedudukan kewangan kita. Betapa menakjubkan cara Tuhan menjangkau orang di seluruh Asia Pasifik. Sementara kami berusaha untuk menjadikan kebijaksanaan firman Tuhan yang boleh mengubah hidup boleh difahami dan diperoleh oleh semua orang, kami sentiasa kagum akan cara Tuhan yang menggunakan bahan kami untuk memimpin orang datang kepada Dia, bahkan selalu melalui cara yang tidak dijangkakan. Ketika anda membaca halaman-halaman seterusnya, semoga anda dikukuhkan oleh kisahkisah indah daripada para pembaca, rakan sepelayanan dan orang lain tentang perbuatan Tuhan dalam hidup mereka.
Christopher Tan Naib Presiden Senior, Wilayah Asia Pasifik Pengarah Pelayanan di Singapura