Nama:
PENULIS: Ruth Wan-Lau PEREKA BENTUK KULIT BUKU: Grace Goh, Joshua Tan, Mary Chang PENGHARGAAN: “Sayangku!” (m.s. 32) dikutip dan diadaptasikan daripada artikel Pedoman Harian bertarikh 15 Jun 2018, oleh Adam Holz “Menghibur Kawan” (m.s. 50) dikutip dan diadaptasikan daripada artikel Pedoman Harian bertarikh 24 Jun 2018, oleh Lisa Samra “Dibebaskan” (m.s. 56) dikutip dan diadaptasikan daripada artikel Pedoman Harian bertarikh 27 Jun 2018, oleh Amy Boucher Pye “Gambaran Kasih” (m.s. 60) dikutip dan diadaptasikan daripada artikel Pedoman Harian bertarikh 29 Jun 2018, oleh Amy Peterson Kutipan ayat Alkitab diambil daripada Alkitab Berita Baik © 1996 Bible Society of Malaysia dan Alkitab Versi Borneo © 2016 Borneo Sabda Limited (AVB). Gambar-gambar digunakan dengan keizinan daripada shutterstock.com © 2022 Our Daily Bread Ministries®. Hak cipta terpelihara.
PENGENALAN Renungan ini ditulis khusus untuk anak-anak dan keluarga, anda juga boleh membacanya pada waktu persekutuan keluarga mahupun dipakai oleh anak pada masa renungan peribadinya. Melalui cerita dan contohcontoh yang diberikan, renungan ini bertujuan untuk menjadikan hikmat Alkitab yang mengubah kehidupan boleh difahami oleh anak-anak dan keluarga, serta mendorong mereka menerapkan firman Tuhan dalam kehidupan mereka setiap hari. Berikut adalah beberapa panduan untuk menggunakan buku ini dalam masa renungan keluarga: • • • • • • •
Luangkan waktu setiap hari untuk mengadakan renungan keluarga. Bacakan ayat Alkitab. Bacakan teks renungan. Mintalah anak-anak menyimpulkan renungan hari itu. Bacakan soalan yang ada pada akhir setiap renungan dan bincangkan dengan mereka. Simpulkan pelajaran-pelajaran penting yang didapat oleh setiap anggota keluarga. Berdoalah dan meminta Tuhan menolong setiap anggota keluarga untuk menerapkan firman-Nya dalam hidup seharian.
Semasa anda menggunakan bahan ini, kami berdoa anda akan menikmati saat-saat yang bermakna ini bersama dengan Tuhan dan seluruh anggota keluarga anda! Pasukan Pedoman Harian
Berhenti Ayat Hari Ini
tahuilah “Diamlah, dan ke Aku Allah.” (AVB) —Mazmur 46:10
Bacaan
Mazmur 46
“K
amu suka pergi ke Taman Burung itu?” tanya pak cik Leslie kepada Esther. “Ya, seronok sekali!” kata Esther. “Terima kasih kerana membawa aku ke tempat itu!” “Sama-sama. Pak cik juga suka keluar bersama-samamu, anak buah kesayangan aku. Lagipun ibu kamu perlu rehat juga,” jawab pak cik Leslie sambil memandu pulang. “Mengapakah kita harus rehat?” tanya Esther dengan ceria. “Aku mahu bermain! Cuti sudah mula!” Pak cik Leslie ketawa. “Ada waktunya kita sibuk, tetapi ada waktunya kita perlu berehat. Terutamanya berehat dalam Tuhan.” “Apa maksudnya berehat dalam Tuhan?” tanya Esther. “Masih ingat helang yang kita lihat di Taman Burung?” jawab pak cik Leslie. Esther menganggukkan. “Saya membaca bahawa helang dapat terbang tinggi di atas langit selama beberapa jam,” kata pak cik Leslie. “Burung itu bergantung kepada arus udara panas yang naik dari bawah untuk terbang, dan sayap helang tidak berkepak sekalipun.”
4
Doa Tuh
an “Oh, maksudnya berehat dalam Tuhan bere , tolong h a adalah seperti burung helang yang Terim at dalam ku a E Engk kasih k ngkau. terbang di udara?” tanya Esther. a e mem u memim rana “Ya,” jawab pak cik Leslie. “Mazmur b er i p er l i peng pin, 46:10 memberitahu kita, ‘Diamlah, dan n sejah dungan hiburan, d ter a ketahuilah Aku Allah’ ” (AVB). Berehat kepa an dama i da ak di dalam Tuhan bermaksud, kita u. berhenti mengepakkan sayap kita. Kita berhenti daripada semua kesibukan. Kita berhenti memikirkan diri sendiri. Kita menggunakan masa untuk membaca Alkitab dan berdoa. Seperti burung helang bergantung kepada
arus udara, kita juga boleh bergantung kepada Tuhan untuk mengangkat kita: Dia memimpin kita, menghibur kita apabila kita sedih, melindungi kita dan memberikan kita damai sejahtera.”
“Wau! Aku harap ibu sedang terbang dengan Tuhan sekarang juga!” jerit Esther. “Ooopss! Maksud aku, berehat dalam Tuhan!” Pak cik Leslie tertawa. “Kamu juga dapat mencari waktu untuk berehat dalam Tuhan!”
ah gkanl n u n e R dalam kan masa untuk berehat Adakah kamu meluang berehat a an im ga ian bahawa ba Tuhan? Namakan 3 kejad a dalam rad be a tik nolong kamu ke dalam Tuhan dapat me kesusahan. 5
ik a b r e T g n a y p Menyera Ayat Hari Ini
ang yang Berbahagialah or u melakukan betul-betul mah Allah akan kehendak Allah, eka! memuaskan mer —Matius 5:6
BACAAN
1 Petrus 2:1-11
“B
en, tolonglah ibu memetik bunga-bunga ini,” kata ibu. “Okey!” jawab Ben. Sementara Ben memetik batang-batang bunga, ibu bertanya apa yang dilakukannya di sepanjang pagi itu. Ben berdahak, kemudian bercakap dengan suara lembut, “Aku main game komputer seperti kawan-kawan lain. Tetapi … aku tidak pasti jika aku mahu teruskan.” Apabila Ben berjaya naik ke beberapa tahap permainan itu, beberapa gambar yang timbul dari skrin telah membuat dia tidak selesa. Ibunya merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Sambil mengisi pasu bunga dengan air bersih, dia bertanya, “Ben, kamu rasa ibu patut masukkan bunga ini ke dalam air yang berwarna hitam?” “Jangan ibu! Nanti bunga itu akan jadi hitam!” pekik Ben. “Betul,” jawab ibu. “Bunga itu akan menyerap warna hitam dan warna itu akan membuat bunga itu menjadi hitam di bahagian dalam dan luarnya. Kita juga begitu. Fikiran kita menyerap segala sesuatu melalui deria kita. Apa yang kita baca; apa yang kita tonton di televisyen, komputer, dan telefon kita; dan apa yang kita dengar
6
Doa akan sangat mempengaruhi kita. Ahad lalu, pastor kita telah mengingatkan kita tentang 1 Petrus 2:2-3, bahawa kita harus sentiasa rindukan “susu rohani yang murni” agar kita boleh menjadi dewasa dalam Tuhan. Tidak
Tuha n mem , tolong ak ilih d e n ga u ap a y n bij an g ak ak u b lihat ac a , dan den g ak u a ar g firma ar meng . Tolong h ar g n da ai n keb Mu , d e a yang n menja naranuh b kehid oleh me i hal-ha l mb a u p an haya ku . k an
ada susu rohani yang lebih baik daripada firman Tuhan. Oleh itu kita harus memilih untuk menyerapkan kebenaran firman Tuhan setiap hari dalam kehidupan kita dan menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang bahaya.”
Ben mengingat gambar-gambar yang tidak baik itu, daripada game komputer yang dimainkannya. “Ibu, boleh aku beritahu masalah gambar dalam game itu?” “Sudah tentu Ben. Ibu selalu ada masa untuk mendengar dan berdoa dengan kamu,” jawab ibu.
h kanla g n u n Re nda yang kamu baca? Apakah be Apakah jenis buku yang kamu ng ya Apakah jenis muzik kamu lihat di Internet? gar en nd mu melihat atau me dengar? Lain kali, jika ka han, Tu ti ha ak menyenangkan perkara-perkara yang tid lakukan? apakah yang harus kamu
7
ung r u M n a d a g g Man Ayat Hari Ini
ku dan kehormatan Penyelamatanku da Allah; bergantung kepa ku yang kuat; Dialah pelindung rlindunganku. Dialah tempat pe —Mazmur 62:8
BACAAN
Mazmur 62
“K
ayla! Mak cik beli buah mangga segar—yang paling kamu suka!” kata Mak Cik May. “Kenapa?” Kayla sedang duduk di tepi kolam renang dengan wajah yang sedih. Dia menunjukkan telefonnya kepada Mak Cik May: “Kelas aku sedang belajar untuk main kasut roda, tetapi aku tidak dapat melakukannya dengan betul. Semua orang ketawa apabila aku terjatuh. Sekarang mereka sedang mengejek aku dalam kumpulan sembang di telefon!” Mak Cik May membaca mesej yang dikirim oleh rakan-rakan sekelas Kayla dalam telefon. “Kayla, adakah kamu tahu bahawa mangga segar boleh terapung di dalam air?” tanyanya. “Mana mungkin!” Jawab Kayla. “Mangga segar pasti tenggelam!” “Tengoklah!” balas Mak Cik May. Dia mengambil papan luncur Kayla, papan rata yang besar yang diperbuat daripada styrofoam dan meletakkan sebiji mangga di atasnya. Kemudian dia meletakkan kedua-duanya di atas air.
8
Doa “Mak cik tipu!” bantah Kayla. Mak Cik May tertawa. “Mak cik cuma hendak mengajar kamu sesuatu. Buah mangga akan tenggelam jika diletakkan begitu sahaja di dalam air. Tetapi selagi mangga itu di atas papan pelampung, ia tidak akan tenggelam. Demikian juga dengan kita. Apabila sendirian
Tuha n mem , tolong a perc ku ay ketik a aku ai-Mu kesu berh ka a Engk ran. Aku dapan au pa tahu aku a sti m e g semu ar boleh nguatkan men a ma gh salah baik. aku d adapi enga n
ketika menghadapi masalah, kita pasti rasa sedih dan kecewa. Namun, apabila kita percaya kepada Tuhan, Dia akan menguatkan kita. Daud menulis dalam
Mazmur 62:8: “Percayalah kepada Allah setiap masa. Beritahukanlah segala kesusahan kamu kepada-Nya, kerana Dialah penaung kita.” Masa itu musuh Daud mahu membunuhnya, tetapi dia percaya kepada kasih Tuhan yang tidak pernah putus, dan ini yang perlu kamu lakukan— berkongsi kesedihan kamu dengan Tuhan, beritahu perasaan kamu dan percaya kepada-Nya, bahawa Dia akan memastikan kamu tidak tenggelam—maksudnya bertahan menghadapi masalah.” Senyuman kecil muncul di wajah Kayla sambil dia memeluk Mak Cik May. “Tiba-tiba aku ingin makan mangga pula!” katanya dengan ceria. Mak cik May tersenyum. “Tunggu apa lagi? Mari kita makan!”
h kanla g n u n Re dengan pi masalah di sekolah, Adakah kamu menghada n kamu aa ras ah? Kongsikan pe kawan-kawan atau di rum . pertolongan-Nya kepada Tuhan dan minta
9