Kitab
Kolose & Filemon
Bertumbuh Teguh dalam Kristus
Perjalanan Iman bersama Mike Raiter
Prakata “Ketahuilah bahawa demikian juga di syurga ada kegembiraan yang lebih besar kerana seorang berdosa bertaubat, daripada kegembiraan kerana sembilan puluh sembilan orang berhormat yang berpendapat mereka tidak perlu bertaubat� (Lukas 15:7). Ayat Alkitab ini benar sekali, namun bukan setakat itu sahaja. Tuhan amat memperhatikan kita mula-mula bertaubat dan percaya kepada Dia, serta penyucian kehidupan rohani kita yang berterusan. Dia menginginkan kita terus percaya kepada Dia dan menyenangkan hati-Nya dalam segala sesuatu yang kita lakukan. Tuhan menghendaki para pelari berusaha dengan sebaik-baiknya dalam perlumbaan iman sehingga ke garis akhir. Bagaimanapun, terdapat banyak halangan dalam perjalanan iman Kristian: godaan, penderitaan serta penganiayaan. Ada pula sesetengah orang akan cuba menggoyahkan keyakinan kita terhadap Berita Baik. Namun, melalui Kristus, firman dan gerejaNya, kita mempunyai segala sumber yang diperlukan untuk membantu kita terus bertumbuh teguh dalam-Nya. Inilah sebabnya penting untuk membaca kitab Kolose dan Filemon. Rasul Paulus menggunakan kedua-dua surat yang pendek ini untuk menggalakkan serta mencabar jemaah muda pada abad pertama supaya mereka terus bertumbuh sehingga menjadi orang Kristian yang matang. Mereka telah memulakan perjalanan iman dengan baik, sekarang mereka juga harus berakhir dengan teguh. Inilah juga doa saya untuk anda apabila kita bersama-sama merenungkan firman Tuhan yang hidup. Segala kemuliaan bagi Allah,
Mike Raiter
Kitab Kolose & Filemon: Bertumbuh Teguh dalam Kristus Gambaran Keseluruhan Sekitar tahun 52 tm, Paulus memberitakan Injil setiap hari di kota Efesus. Dari sana Injil tersebar ke seluruh kawasan itu, termasuk Kolose. Lebih kurang lapan tahun kemudian, Paulus berada di bawah penahanan dalam rumah di Rom. Epafras datang untuk berjumpa dengannya, sambil membawa berita tentang gereja di Kolose. Dari penjara, Paulus menulis kepada gereja di Kolose–gereja yang tidak pernah dilawatnya, namun dia tetap memiliki ikatan yang kuat dengan mereka. Dia menulis untuk mendorong mereka supaya “berakar umbi dalam [Yesus]” (Kolose 2:7). Paulus menghendaki orang percaya di Kolose terus bertumbuh teguh dalam Kristus. Struktur buku ini mencerminkan tema-tema berikut: 1:1–2:5 Ucapan syukur dan doa Paulus untuk kematangan jemaah Kolose 2:6-23 Dorongan dan amaran untuk terus bertumbuh dalam Kristus 3:1–4:6 Hidup yang baru dalam Kristus 4:7-18 Salam Paulus kepada kawan-kawannya Semasa dipenjarakan, Paulus juga menulis surat Filemon. Dalam surat itu, dia menyebutkan masalah Onesimus, hamba yang telah melarikan diri dari Kolose. Surat pendek ini memberi contoh yang sangat baik tentang cara untuk melaksanakan pelayanan penggembalaan di gereja, dan menunjukkan bagaimana seseorang yang sedang bertumbuh kuat dalam Kristus mempraktikkan persahabatan sejati. Ayat Kunci: “Kamu sudah menerima Kristus Yesus sebagai Tuhan. Oleh itu hendaklah kamu hidup bersatu dengan Dia. Hendaklah kamu berakar umbi dalam Dia. Binalah hidup kamu, dengan Kristus sebagai asasnya. Hendaklah kamu semakin percaya kepada Kristus, seperti yang sudah diajarkan kepada kamu. Hendaklah hati kamu penuh kesyukuran.” —Kolose 2:6-7
hari
baca
1
Kolose 1:1-5
S
elamat datang ke kitab Kolose, kata-kata dorongan Paulus kepada “orang-orang kudus dan setia” di Kolose. Selepas memperkenalkan dirinya, Paulus terus mengingatkan jemaah di Kolose bahawa dia telah berdoa untuk mereka. Doa Paulus sungguh mengagumkan. “Kami sentiasa bersyukur kepada Allah” (ayat 3). Bayangkan jika anda dibangunkan pada tengah malam dengan berita bahawa rumah anda baru sahaja hangus terbakar, kemudian anda membuat keputusan untuk mengirim e-mel kepada semua kawan di seluruh dunia serta meminta mereka mendoakan anda. Bagaimanakah anda memulakan doa itu? Saya akan berkata, “Doakan kami di sini,” dan kemudian menjelaskan dengan panjang lebar tentang situasi sukar saya. Betapa mengagumkan apabila Paulus bermula dengan pengucapan syukur. Mengapakah perkara itu sangat menakjubkan? Ini kerana Paulus sedang menantikan perbicaraan, kemungkinan dia ditahan di rumahnya, Rom. Tetapi anda tidak dapat mengetahui situasi tersebut daripada surat ini. Kebanyakan
surat Paulus ditulis dari penjara, tetapi hampir semuanya tidak mengandungi maklumat tentang situasinya. 8
Siri Perjalanan Iman
Tulisannya penuh dengan kesyukuran dan dorongan kepada mereka yang menerima suratnya. Perhatikan juga tentang apa yang disyukuri Paulus. Dia telah mendengar kepercayaan mereka kepada Kristus serta kasih mereka untuk semua umat Tuhan (ayat 4). Mengapakah orang Kristian di Kolose hidup dengan penuh kesetiaan dan kasih? Kerana mereka “berharap akan apa yang disediakan oleh Allah untuk [mereka] di syurga” (ayat 5). Kita juga mempunyai pengharapan ini–syurga baharu dan bumi baharu yang bakal kita diami. Oleh sebab kita tahu bahawa kita akan memiliki warisan terhebat pada masa akan datang, kita pun dikuatkan untuk terus percaya kepada Tuhan dan mengasihi sesama kita pada masa sekarang. Bagaimanakah orang yang tidak percaya, tidak mempunyai kasih dan tidak mempunyai pengharapan diubah dengan begitu hebat sekali? Bagaimanakah mukjizat ini berlaku dalam kehidupan orang percaya di Kolose? Ia berlaku hanya kerana “harapan yang diberikan oleh Berita Baik itu” (ayat 5). Injil ialah berita baik. Ia merupakan kata-kata yang diucapkan dan didengar. Buah
Perjalanan Iman iman dan kasih dihidupkan apabila Roh Kudus Tuhan yang Maha Kuasa mengambil firman-Nya yang dinamik dan benar lalu menanamkannya dalam hati manusia. Paulus telah mendengar tentang pekerjaan agung ini dalam kehidupan jemaah di Kolose yang baru percaya dan oleh sebab itu, walaupun dia sendiri sedang menghadapi cubaan besar, dia pertamatama mengucapkan syukur kepada Tuhan.
renungkan Mengapakah memiliki sikap bersyukur itu sangat penting bagi orang Kristian? Apakah ber kat r ohani yang anda boleh bersyukur kepada Tuhan sekarang? Fikir kan pengharapan yang tersedia untuk orang Kristian di syurga. Bagaimanakah pengharapan ini dapat mengubah kehidupan harian anda?
Kitab Kolose & Filemon: Bertumbuh Teguh dalam Kristus
9
hari
baca
2
Kolose 1:6-8
P
aulus bersyukur kepada Tuhan kerana kebenaran dalam firman-Nya yang berkuasa, telah menghasilkan buah iman dan kasih dalam hidup orang Kristian di Kolose, dan bukan sahaja dalam kehidupan mereka, tetapi “Berita Baik itu terus-menerus membawa berkat untuk manusia dan Berita Baik itu tersebar ke seluruh dunia” (ayat 6). Adakah ayat-ayat ini mengingatkan kita tentang sesuatu? Di mana lagi kita pernah membaca ayat ini “Hendaklah kamu mempunyai anak cucu yang banyak”? Ia merupakan perintah Tuhan yang pertama kepada manusia dalam Kejadian 1:28. Pada mulanya, bagaimanakah Tuhan menghidupkan lelaki dan perempuan? Kita menemukan jawapannya dalam Kejadian 1:28, “Dia memberkati mereka dan berfirman.” Firman
Tuhan yang berdaulat dan berkuasa juga memungkinkan manusia bertambah banyak dan memenuhi bumi. Pada hari ini, Tuhan menciptakan semula lelaki dan perempuan menurut gambaran Anak-Nya dengan kuasa firman-Nya yang sama.
10
Siri Perjalanan Iman
Oleh itu, bagaimanakah kita membangunkan gereja? Ya, sudah tentu perlu ada kajian, perancangan dan strategi. Tetapi secara asasnya, iman, kasih dan pengharapan bertumbuh dalam hati manusia melalui firman kebenaran Tuhan. Dengan itu, seperti Paulus dan Epafras (ayat 7), kita mesti memberitakan Injil. Injil ini mula menghasilkan buah dalam kehidupan manusia apabila mereka telah “mendengar berita tentang rahmat Allah dan benarbenar menghayatinya” (ayat 6). Sudah tentu anda pernah mendengar injil tetapi mungkin tidak pernah benar-benar menghayati injil itu. Banyak kali saya mendengar orang berkata bahawa mereka pergi ke gereja selama bertahun-tahun dan tidak pernah mendengar injil. Mungkin injil tidak diberitakan di sana. Tetapi kenyataan seperti itu mungkin lebih tepat menggambarkan keadaan rohani mereka berbanding dengan keadaan rohani gereja itu. Anda boleh sahaja “mendengar” sesuatu mesej tanpa benar-benar memahami kasih kurnia Tuhan. Hanya oleh kasih kurnia Tuhan, kita dimampukan untuk mengerti bahawa bukan sahaja semua orang telah berbuat dosa, tetapi saya juga telah berbuat dosa. Tuhan tidak mengasihi dunia sahaja,
Perjalanan Iman tetapi juga mengasihi saya. Kasih kurnia Tuhan yang sungguh ajaib telah menyelamatkan orang berdosa seperti saya. Bagaimanakah firman yang mengubah hidup ini boleh diberitakan kepada golongan ini? Melalui pemberitaan orang biasa seperti Epafras. Dia orang yang dikasihi oleh rakan-rakan sekerjanya, setia kepada Kristus dan melayani jemaahnya (ayat 7). Semoga setiap kita juga layak menerima pujian setinggi itu.
renungkan Bilakah anda benarbenar memahami kasih kurnia Tuhan? Bagaimanakah anda dapat mendoakan mereka yang mungkin pernah mendengar injil tetapi tidak pernah memahaminya? Siapakah ‘Epafras’ dalam hidup anda, yang membawa firman Tuhan yang hidup itu kepada amda? Siapakah yang pernah mendengar perkongsian injil daripada anda?
Kitab Kolose & Filemon: Bertumbuh Teguh dalam Kristus
11
hari
baca
3
Kolose 1:9-12
P
aulus sekarang beralih daripada ucapan syukur kepada permohonan. Paulus selalu berdoa untuk jemaah di Kolose, dengan permintaan agar “Roh Allah memberikan kebijaksanaan dan pengertian kepada [mereka], sehingga boleh mengetahui kehendak Allah dengan sempurna” (ayat 9). Paulus tidak bermaksud bahawa Tuhan akan memberitahu kita siapa yang harus kita kahwini, tempat tinggal kita atau jenis kereta yang harus dibeli. Tidak, Paulus merujuk kepada apa yang sudah disyukurinya sebelum ini, iaitu buah daripada injil dalam kehidupan orang Kolose, supaya injil ini mengubah kehidupan orang ramai di manamana. Inilah kehendak Tuhan: berkat rohani ke atas semua bangsa dalam Kristus. Dia mahu kita memahami secara lebih mendalam tentang matlamat Tuhan untuk kita dan dunia ini. Pengetahuan yang sempurna tentang kehendak Tuhan terjadi melalui segenap “kebijaksanaan dan pengertian” rohani (ayat 9). Ia merupakan pengetahuan yang diberi kepada kita melalui Roh Kudus. Mengetahui kehendak Tuhan itu sungguh praktikal—iaitu cara kita hidup. Oleh itu, tujuan kita mengetahui dan melakukan kehendak Tuhan adalah supaya kita “hidup menurut kehendak Tuhan,
12
Siri Perjalanan Iman
dan sentiasa melakukan apa yang menyenangkan hati-Nya” (ayat 10). Tidakkah anda mahu seseorang berkata kepada anda, “Saya telah memperhatikan cara hidup anda sepanjang tahun dan jika anda seorang Kristian, saya ingin mengenali Kristus?” Itulah hidup yang berkenan kepada Tuhan. Sekali lagi, dengan mengambil gambaran daripada Kejadian 1, Paulus berkata bahawa hidup yang menyenangkan Tuhan menjadi nyata apabila hidup kita “menghasilkan pelbagai perbuatan yang baik, dan pengetahuan kamu tentang Allah akan bertambah juga” (ayat 10). Sebelum ini, Paulus berkata bahawa injil akan berbuah sampai ke seluruh dunia (ayat 6), sekarang dia mengaitkannya kepada kehidupan orang Kristian secara individu. Akhir sekali, Paulus berdoa supaya orang percaya akan dikuatkan untuk bertahan dan menamatkan perlumbaan, sambil memberi syukur kepada Bapa (ayat 11-12).
Doa yang kita doakan merupakan penanda baik sejauh mana injil telah mengubah fikiran kita. Doa Paulus mencabar kita supaya bukan sahaja melihat situasi dan keperluan fizikal kita masa kini, malahan memperhatikan isi hati Tuhan yang lebih dalam dan bersifat
Perjalanan Iman kekal. Semoga doa Paulus mengubah kehidupan doa kita pada hari ini.
renungkan Apakah maksudnya “dipenuhi dengan pengetahuan tentang kehendak Tuhan”? Bagaimanakah anda dapat terus bertumbuh dalam pengetahuan seperti ini? Apakah maksudnya “kami selalu berdoa bagi kamu” (ayat 9)? Adakah terdapat ketidakselarian antara isi doa kita dan doa yang Tuhan ingin kita ucap kan?
Kitab Kolose & Filemon: Bertumbuh Teguh dalam Kristus
13