Siri Perjalanan Iman: Matius, Markus, Lukas, Yohanes, Kisah Rasul-Rasul

Page 1

Siri Perjalanan Iman

Matius 62 Pengajian Alkitab oleh Mike Raiter


Siri Perjalanan Iman Kitab Matius Penterjemahan, penerbitan dan pengedaran edisi bahasa Malaysia oleh Discovery House Distributors Sdn. Bhd. www.dhdmalaysia.com Discovery House Distributors ialah pelayanan bersekutu dengan Our Daily Bread Ministries. Kutipan ayat Alkitab daripada Alkitab Berita Baik © 1996 Bible Society of Malaysia & Teks Alkitab Terjemahan Baru Indonesia (TB) © Lembaga Alkitab Indonesia 1974 Digunakan dengan kebenaran. Reka Bentuk Kulit Buku: Joshua Tan Reka Bentuk Huruf: Grace Goh Dicetak di Malaysia 21 22 23 24 25 / 5 4 3 2 1 Journey Through Matthew © 2016 by Michael David Raiter Malay Edition © 2021 Discovery House Distributors Sdn. Bhd. All rights reserved. Translated and published by special arrangement with Discovery House Distributors Singapore Pte Ltd 5 Pereira Road #07-01, Asiawide Industrial Building, Singapore 368025


Prakata Kitab Matius merupakan sebuah buku mengenai Yesus, yang nama-Nya bermaksud Penyelamat. Matius memberitahu kita bahawa Yesus ialah Imanuel, yang bererti Tuhan menyertai kita. Dia ialah Anak Tuhan dan Anak Daud, Mesias yang lama dinanti-nanti dan Raja orang Yahudi yang menggenapi semua janji Tuhan kepada orang Israel. Dia ialah Guru, pengajar di dunia yang paling baik, dan Dia ialah Tuhan, Peribadi yang memanggil setiap orang dari seluruh dunia untuk mengikut-Nya. Selain itu, Matius menunjukkan kepada kita Raja yang mati dan bangkit semula supaya kita boleh menjadi umat-Nya. Tuhan Yesus yang kita temui dalam buku ini ialah seorang Tuhan yang lemah lembut, tetapi tidak berkompromi dalam tuntutan-Nya terhadap kita dalam hal ketaatan kepada kehendak Tuhan. Dia mengharapkan “kebenaran yang lebih besar”, iaitu mentaati Tuhan dari segi keinginan hati dan perbuatan dalam kehidupan. Pada masa yang sama, Yesus memberikan segala sumber yang kita perlukan untuk menjalani kehidupan yang menghormati dan memuliakan Tuhan. Menurut Matius, walaupun fokus utama dalam pelayanan Yesus ialah orang Israel pada abad pertama, kitab ini adalah penuh dengan pengajaran yang hebat dan mencabarkan supaya kita mengerti maksud untuk menjalani kehidupan sebagai pengikut Yesus Kristus pada hari ini. Antara pengajarannya ialah hubungan keluarga, kehidupan di gereja, kewangan, pengendalian konflik dan sebagainya. Tempuhlah perjalanan bersama Matius dan menemui Tuhan Yesus yang memerintah dengan segala kuasa-Nya. Segala kemuliaan bagi Tuhan,

Mike Raiter


Kami berbesar hati kerana anda turut menyertai perjalanan iman untuk menjalinkan hubungan yang lebih rapat dengan Tuhan kita, Yesus Kristus! Selama lebih daripada 50 tahun, pelayanan kami dikenali kerana bahan renungan harian, Our Daily Bread (Pedoman Harian). Ramai pembaca suka artikel-artikelnya yang bernas, memberikan inspirasi, relevan bagi kehidupan harian, memimpin mereka semakin mengenal Tuhan serta memahami hikmat dan janji-janji dalam firman-Nya yang tidak pernah berubah. Berdasarkan asas itulah, kami menerbitkan Siri Perjalanan Iman untuk membantu orang percaya menjelajahi kitab demi kitab daripada firman Tuhan sewaktu mereka bersama-sama-Nya. Kami percaya pembacaan firman Tuhan yang dilakukan secara teratur akan memimpin anda kepada hubungan yang semakin rapat dengan Dia, serta menjadi semakin matang sebagai pengikut Yesus Kristus, Tuhan dan Penyelamat kita.

Cara menggunakan bahan ini BACA: Buku ini disusun untuk dibaca sebagai panduan dalam perjalanan anda bersama-sama Tuhan ketika anda menjelajahi firman-Nya yang diilhamkan. Ia menyediakan catatan keterangan untuk membantu anda memahami firman Tuhan dari sudut pandangan yang baru. RENUNGKAN: Pertanyaan-pertanyaan disusun bagi membantu anda memberi respons kepada Tuhan dan firman-Nya, sehingga Dia dapat bekerja memperbaharui hati dan hidup anda sepenuhnya. CATATKAN: Ruangan kosong tersedia bagi anda untuk mencatat buah fikiran dan respons anda.


Ringkasan Umum Pada suatu hari, apabila dia sedang bertugas di tempat memungut cukai, Matius mendengar Yesus memanggilnya, “Ikutlah Aku”. Sejak itu, orang yang berdosa ini berubah dan menjadi salah seorang pengikut daripada dua belas orang pengikut Yesus. Kita dapat menyaksikan pelayanan Yesus dalam kitab Injil ini. Kitab-kitab Injil bukan ditulis seperti biografi zaman moden ini, melainkan “sejarah khutbah”—rekodrekod yang terpilih mengenai kehidupan dan pekerjaan Yesus, yang khas untuk membangkitkan dan menguatkan iman para pembaca dalam Yesus. Sebagai orang Yahudi, Matius berulang kali menekankan cara Yesus menggenapi nubuat mengenai Mesias. Pelayanan Yesus jelas sekali “diutus hanya kepada orang Israel yang seperti domba yang sesat”, tetapi ia juga banyak kali menunjukkan bahawa hari penyelamatan kepada orang bukan Yahudi menjelang. Yesus berkhutbah Injil mengenai Pemerintahan Tuhan, dan memanggil manusia menjadi pengikut-Nya dan mentaati pemerintahan-Nya dalam kehidupan. Dia memanggil orang menjalani kehidupan yang benar sepenuhnya serta memperlihatkan keadilan, belas kasihan dan kesetiaan, sementara meyakinkan para pengikut-Nya bahawa perintah yang diberikan-Nya mudah diturut, dan beban yang diberikan mudah dipikul. Walaupun Yesus menghadapi penentangan yang berterusan daripada pemimpin-pemimpin orang Yahudi, namun menurut kehendak Tuhan, Dia tetap pergi ke Yerusalam, tempat Dia disambut dengan sorak-sorai sebagai Mesias, tetapi juga mengalami penolakan, penyaliban dan pembangkitan daripada kematian, agar Dia dapat membawa penyelamatan kepada semua orang yang mempercayai dan mentaati-Nya.

Struktur buku ini mencerminkan tema-tema berikut: 1:1–4:11

Bukti bagi Yesus, orang Nasaret sebagai Mesias dan Raja

4:12–7:29

Pengisytiharan standard Tuhan

8:1–11:1

Pembuktian terhadap kuasa Raja

11:2–13:53 Penentangan dan penolakan terhadap kuasa Raja 13:54–19:2 Respons Raja 19:3–26:1

Pengisytiharan Raja kepada bangsa-bangsa secara formal dan penolakan

26:2–28:20 Penyaliban dan kebangkitan Raja

Ayat Kunci: Simon Petrus menjawab, “Guru ialah Penyelamat yang diutus oleh Allah, Anak Allah Yang Hidup.” —Matius 16:16


Hari 1 Baca Matius 1:1-17

B

aris pembukaan dalam sesebuah buku adalah sangat penting, tetapi anda tidak akan menganggap baris pembukaan dalam Injil Matius sebagai perkara yang menarik perhatian: “Inilah senarai nenek moyang Yesus Kristus, keturunan Daud, keturunan Abraham” (ayat 1). Dari sudut sejarah, salasilah keturunan telah menyatakan sesuatu yang berkenaan dengan nilai sesebuah budaya, seperti salasilah orang Israel yang tercatat dalam Alkitab (contoh: 1 Tawarikh 1–9). Senarai salasilah zaman kuno adalah terpilih, dan Matius hanya memilih 42 orang daripada nenek moyang Yesus. Dia telah menyusun mereka dalam tiga kumpulan yang masing-masing merangkumi 14 orang dari tiga zaman gemilang dalam sejarah Yahudi: bermula daripada Abraham hingga raja Daud (ayat 1-6); daripada Daud hingga kepada pembuangan di Babel (ayat 7-11); dan kemudian dari masa pembuangan sehingga kedatangan anak Daud yang benar, iaitu Yesus (ayat 12-16). Adakah anda dapat melihat apa yang hendak disampaikan oleh Matius? Dengan mudahnya kita dapat memperhatikan bahawa Yesus merupakan klimaks sejarah Israel. Tuhan merupakan penulis sejarah, dan Dia akan membawa semua itu kepada

6

kesudahannya. Yesus adalah matlamat terunggul dalam sejarah. Bagaimanapun, salasilah ini tidak memberitahu kita siapa itu Yesus, akan tetapi ia mengatakan sebab kedatangan-Nya. Dalam senarai nama panjang yang diberikan oleh Matius, kita menemukan kehadiran empat orang wanita yang istimewa. Matius tidak mencatat nama ibuibu pemimpin tradisi Israel: Sara, Ribka, Rahel dan Lea. Sebaliknya dia menyebut empat wanita dengan latar belakang orang bukan Yahudi: Rahab, orang Kanaan; Tamar, mungkin juga orang Kanaan; kemudian orang Moab, iaitu Rut; dan akhirnya Batsyeba, isteri Uria orang Het, iaitu orang bukan Yahudi (lihat 2 Samuel 11:3). Beberapa sarjana Alkitab percaya bahawa perkahwinan Batsyeba dengan orang yang tidak sebangsanya, telah menjadikannya orang bukan Yahudi walaupun pada asalnya dia adalah keturunan orang Yahudi. Dengan menyediakan nama-nama ini, Matius sedang mengkhabarkan Berita Baik kepada kita. Keselamatan

Tuhan adalah untuk kaum lelaki dan perempuan. Berita baik adalah untuk semua orang, Yahudi dan bukan Yahudi. Rencana Tuhan yang terunggul


Renungkan

adalah untuk membentuk suatu bangsa daripada semua manusia di bumi bagi diri-Nya. Tema utama tersebut adalah sangat jelas: segenap sejarah akan digenapi menurut rancangan dan matlamat Tuhan. Tuhan telah menggenapi fasa pertama sejarah dunia, demikian juga Dia akan memimpin fasa seterusnya. Sekali lagi, klimaksnya adalah Yesus akan kembali lagi!

Kebenaran ini sungguh menghiburkan. Kata-kata pembukaan daripada Injil Matius mengingatkan kita tentang kedaulatan Tuhan. Rancangan penyelamatan-Nya merangkumi semua manusia, tidak kira bangsa atau jantina. Untuk menggenapi rancangan-Nya, Dia boleh memakai sesiapa pun yang menyenangkan hati-Nya, seperti empat wanita tersebut.

Bagaimanakah kehadiran 4 wanita (Tamar, Rahab, Rut dan Batsyeba) dalam salasilah Yesus menunjukkan pekerjaan Tuhan? Bagaimanakah mereka dapat mempersiapkan kita untuk mengenal wanita yang seterusnya dalam cerita, iaitu Maria, ibu Yesus? Ada kalanya kita berfikir bahawa dunia ini berada dalam keadaan kacau-bilau, lalu tertanya-tanya apa yang akan berlaku pada masa depan. Apakah penghiburan yang dapat kita temukan daripada penerangan sejarah ringkas dalam kitab Matius bagi kehidupan kita pada hari ini?

7


Hari 2 Baca Matius 1:18-25

S

edihnya, ramai orang pada hari ini tidak mementingkan janji. Pada realitinya, membuat janji merupakan perkara yang sangat serius. Kisah kelahiran Yesus menunjukkan bahawa Tuhan menunaikan janji yang hebat.

kafir, dan Dia akan memberikan suatu tanda: seorang gadis akan melahirkan seorang anak lelaki dan menamakannya Imanuel. Nama ini akan menjadi peringatan bahawa Tuhan akan menyertai umat-Nya dan menyelamatkan mereka (Yesaya 7:14).

Bahagian ini memperkenalkan pasangan muda, Yusuf dan Maria yang baru sahaja bertunang. Di Israel kuno, pertunangan seumpama ikatan perkahwinan yang rasmi. Oleh sebab itu, apabila Yusuf mendapati bahawa Maria sudah hamil (Yusuf belum tahu bahawa kandungan itu adalah daripada Roh Kudus), peraturan Yahudi, Yunani dan Roma menuntut bahawa dia menceraikan Maria di hadapan umum. Namun Yusuf membuat keputusan untuk melakukan hal itu secara diam-diam (ayat 19). Dia ingin mengurangkan potensi tercetusnya skandal dan menjaga reputasi Maria. Yusuf ialah orang yang salih, ini bererti bahawa dia memahami bahawa kasih kurnia dan belas kasihan adalah lebih penting daripada kepatuhan kepada undang-undang.

Sekarang mari kita melangkahi 730 tahun ke hadapan dan seorang bayi telah dilahirkan. Anak ini benarbenar adalah “Allah menyertai kita”. “Imanuel” bukan hanya sekadar nama; melalui anak ini, Tuhan sendiri telah menjadi manusia dan tinggal di tengah-tengah kita.

Kemudian Matius memberitahu kita siapa sebenarnya anak ini. Tidak lama selepas Raja Ahas menjadi raja pada 735 SM, Tuhan berjanji bahawa Dia akan melindungi Yehuda yang pada ketika itu sedang mengalami ancaman daripada negara jiran yang

8

Melalui Roh-Nya, Yesus masih menyertai kita. Sekarang, di mana pun kita berada, Tuhan akan menyertai kita. Apa pun yang terjadi, Tuhan juga akan menyertai kita.

Yesus bukan sahaja bersama dengan kita di sini pada saat ini, tetapi Dia akan menyertai kita pada hari kita sangat memerlukan Dia. Anak ini bukan

sahaja Imanuel, Dia juga dinamakan “Yesus” yang bererti “Dia akan menyelamatkan umat-Nya daripada dosa mereka” (ayat 21). Setiap orang akan berdiri di hadapan Tuhan hakim yang adil pada suatu hari nanti (Ibrani 9:27). Kita perlukan seseorang yang akan berada bersama dengan kita dan berkata kepada Bapa yang di syurga, “Saya telah menanggung


Renungkan

hukuman kerana dosa mereka. Saya berdiri bersama dengan mereka.” Yesus, Imanuel, akan memandang kita dan berkata, “Percayalah, pada hari ini kamu akan bersama-sama Aku di Firdaus.” Tuhan menyertai kita selama-lamanya!

Baca Matius 28:20. Sebelum Dia diangkat ke syurga, apakah yang dikatakan oleh Yesus kepada para pengikut-Nya? Adakah waktu-waktu dalam kehidupan yang anda benarbenar merasakan Tuhan bersama dengan anda? Tiada banyak maklumat tentang Yusuf dalam kitabkitab Injil, tetapi ayat 19 memberitahu kita bahawa dia seorang yang salih. Apakah yang anda boleh pelajari tentang keperibadian Yusuf daripada petikan ini? Apakah yang anda boleh pelajari melalui cara dia memperlakukan Maria?

9


Hari 3 Baca Matius 2:1-12

M

atius 2 bermula tidak lama selepas kelahiran Yesus. Walaupun kampung halaman dan pekerjaan Yusuf berada di Nasaret, keluarga ini pada ketika itu masih berada di Betlehem. Ketika mereka berada di sana, beberapa orang ahli kaji bintang atau orangorang majus telah datang melawatNya. Matius tidak memberitahu kita tentang jumlah mereka (dalam sesetengah tradisi Kristian, dipercayai mereka adalah seramai 12 orang!). Mereka datang dari Timur, mungkin dari Babel.

Kita menyangka bahawa umat Tuhan akan bersukacita, tetapi kita diberitahu bahawa raja mereka, Herodes, “demikian juga semua penduduk Yerusalem” (ayat 3), berasa gelisah. Sungguh mengejutkan! Orang bukan Yahudi mengharungi perjalanan sejauh beribu-ribu kilometer dengan harga yang sangat mahal untuk datang dan menyembah raja asing, namun tidak ada seorang Yahudi pun yang sanggup berjalan beberapa kilometer untuk menyambut Mesias dan Penyelamat mereka.

Ahli-ahli kaji bintang merupakan golongan yang penting dan berpengaruh di istana. Mereka merupakan pakar dalam bidang sains, matematik, sejarah dan astronomi. Mereka telah melihat bintang terbit di langit, maka mereka percaya bahawa ini menandakan kejadian yang memberi kesan kepada seluruh dunia, iaitu kelahiran seorang raja yang besar. Mungkin mereka tahu tentang Bilangan 24:17, membaca dari kitab Septuaginta, terjemahan Perjanjian Lama dalam bahasa Yunani: “Daripada bangsa itu, seorang raja datang, raja itu seperti bintang cemerlang.” Oleh sebab itu, mereka datang ke Yerusalem. Apabila mereka sampai, mereka membawa berita yang sudah dinanti-nantikan oleh orang Yahudi sejak berabad-abad tahun yang lalu: Mesias telah datang.

Secara ajaib bintang itu memimpin ahli-ahli kaji bintang kepada Yesus, dan nubuat yang disampaikan oleh Yesaya pada 700 tahun sebelum itu digenapi: “Bangsa-bangsa lain datang kepada cahayamu, dan rajaraja tertarik kepada cahaya yang terbit bagimu … membawa emas dan kemenyan. Mereka memberitakan hal baik yang telah dilakukan TUHAN!” (Yesaya 60:3, 6).

10

Yesus dipanggil sebagai Raja orang Yahudi sebanyak dua kali dalam kitab Matius. Ini ditunjukkan pada permulaan kitab Matius, dan kemudian pada saat kematian-Nya apabila anak Herodes, iaitu Antipas, bersubahat dengan orang ramai untuk membunuh Yesus (Lukas 13:31, 23:7-13; Kisah Rasul-Rasul 4:27). Sebuah tanda telah diletakkan


Renungkan

di atas salib, “Inilah Yesus, Raja Orang Yahudi” (Matius 27:37). Pada saat kelahiran dan kematianNya, orang Yahudi berasa gelisah manakala orang bukan Yahudi telah percaya: orang-orang majus menyembah Kristus pada waktu kelahiran-Nya, manakala ketua askar mengakui pada waktu kematian-Nya bahawa, “Dia betul-betul Anak Allah” (Matius 27:54). Tiada apa pun yang berubah sejak 2000 tahun yang lalu. Ada orang yang masih menolak

Yesus, dan sering kali orang yang tidak disangka-sangka—bersukacita, menyembah dan menyerahkan hidup mereka kepada Tuhan, satu-satunya hadiah yang layak diterima oleh raja di alam semesta.

Menurut anda, mengapakah orang di Yerusalem begitu gelisah dengan berita kelahiran raja mereka (ayat 3)? Adakah sesuatu yang wujud dalam sejarah Israel mempersiapkan kita untuk reaksi ini? Fikirkan orang di sekeliling anda. Bagaimanakah mereka memberi respons terhadap berita baik tentang Yesus? Mengapakah anda berfikiran bahawa orang pada masa kini sering terganggu oleh Injil? Apabila kita melihat respons ahli-ahli kaji bintang, apakah yang diberitahukan kepada kita tentang cara dan sebab orang datang kepada Yesus?

11


Siri Perjalanan Iman

Markus 62 Pengajian Alkitab oleh Robert M. Solomon


Siri Perjalanan Iman Kitab Markus Penterjemahan, penerbitan dan pengedaran edisi bahasa Malaysia oleh Discovery House Distributors Sdn. Bhd. www.dhdmalaysia.com Discovery House Distributors ialah pelayanan bersekutu dengan Our Daily Bread Ministries. Kutipan ayat Alkitab daripada Alkitab Berita Baik © 1996 Bible Society of Malaysia, Alkitab Versi Borneo © 2016 Borneo Sabda Limited (AVB) & Teks Alkitab Terjemahan Baru Indonesia (TB) © Lembaga Alkitab Indonesia 1974 Digunakan dengan kebenaran. Reka Bentuk Kulit Buku: Joshua Tan Reka Bentuk Huruf: Grace Goh Dicetak di Malaysia 21 22 23 24 25 / 5 4 3 2 1 Journey Through Mark © 2016 by Robert M. Solomon Malay Edition © 2021 Discovery House Distributors Sdn. Bhd. All rights reserved. Translated and published by special arrangement with Discovery House Distributors Singapore Pte Ltd 5 Pereira Road #07-01, Asiawide Industrial Building, Singapore 368025


Prakata Dalam kitab-kitab surat Perjanjian Baru, kita membaca kebenaran-kebenaran tentang Tuhan dan pengaruhnya terhadap kehidupan Kristian. Sebahagian surat tersebut sudah ditulis sebelum 4 kitab Injil ditulis (Matius, Markus, Yohanes dan Lukas). Beberapa dekad selepas kematian dan kebangkitan Yesus, para rasul menyedari bahawa orang Kristian amat perlu membaca apa yang sebenarnya dikatakan dan dilakukan oleh Yesus. Maka kitab-kitab Injil ditulis. Kitab-kitab Injil memberikan empat gambaran yang bersatu tentang Yesus, serta membantu kita mengenal keperibadian Yesus secara keseluruhan. Injil Markus dipercayai sebagai kitab Injil yang pertama kali ditulis. Dengan membaca kitab Markus, kita dapat bertemu dengan Kristus yang hidup—siapa Dia, apa yang dikatakan-Nya dan apa yang dilakukan-Nya, terutama di kayu salib. Ini adalah penting untuk membaca Injil ini dengan teliti, perlahan-lahan, penuh rasa hormat dan harapan. Anda akan menyedari bahawa setiap babak yang digambarkan oleh penulis Injil ini menjadi hidup, seolaholah anda sendiri turut hadir dalamnya. Anda seolah-olah mendengar sendiri kata-kata Yesus, menyaksikan mukjizat-mukjizat-Nya, atau memperhatikan reaksi-reaksi orang di sekeliling-Nya. Anda mungkin juga akan mendengar Tuhan berbicara dengan anda secara peribadi apabila anda membaca dan merenungkan firman-Nya. Jadi pentingnya anda belajar untuk membalas Dia dari dasar hati, kerana dengan berbuat demikian, hidup anda akan diubah oleh rahmat-Nya. Yesus menjemput anda berjumpa dengan Dia dan mengadakan hubungan yang lebih dalam. Dia menjemput anda mengenal dan berbual-bual dengan Dia secara peribadi, ketika anda mengikut Dia melalui semua babak indah yang dilukiskan dalam kitab Injil. Seperti ramai orang yang pernah bertemu denganNya pada 2,000 tahun lalu dan dicatatkan oleh Markus, anda akan kagum pada saat mengenali siapa Yesus sebenarnya dan segala yang dilakukan-Nya bagi anda. Yesus akan membuat anda terasa ingin mengikut Dia, kerana Dialah Raja kita yang berjiwa hamba, yang mati bagi kita dan yang hidup selama-lamanya. Segala kemuliaan bagi Tuhan,

Robert M. Solomon


Kami berbesar hati kerana anda turut menyertai perjalanan iman untuk menjalinkan hubungan yang lebih rapat dengan Tuhan kita, Yesus Kristus! Selama lebih daripada 50 tahun, pelayanan kami dikenali kerana bahan renungan harian, Our Daily Bread (Pedoman Harian). Ramai pembaca suka artikel-artikelnya yang bernas, memberikan inspirasi, relevan bagi kehidupan harian, memimpin mereka semakin mengenal Tuhan serta memahami hikmat dan janji-janji dalam firman-Nya yang tidak pernah berubah. Berdasarkan asas itulah, kami menerbitkan Siri Perjalanan Iman untuk membantu orang percaya menjelajahi kitab demi kitab daripada firman Tuhan sewaktu mereka bersama-sama-Nya. Kami percaya pembacaan firman Tuhan yang dilakukan secara teratur akan memimpin anda kepada hubungan yang semakin rapat dengan Dia, serta menjadi semakin matang sebagai pengikut Yesus Kristus, Tuhan dan Penyelamat kita.

Cara menggunakan bahan ini BACA: Buku ini disusun untuk dibaca sebagai panduan dalam perjalanan anda bersama-sama Tuhan ketika anda menjelajahi firman-Nya yang diilhamkan. Ia menyediakan catatan keterangan untuk membantu anda memahami firman Tuhan dari sudut pandangan yang baru. RENUNGKAN: Pertanyaan-pertanyaan disusun bagi membantu anda memberi respons kepada Tuhan dan firman-Nya, sehingga Dia dapat bekerja memperbaharui hati dan hidup anda sepenuhnya. CATATKAN: Ruangan kosong tersedia bagi anda untuk mencatat buah fikiran dan respons anda.


Ringkasan Umum Sebagai kitab Injil terpendek dan kemungkinan ditulis paling awal, kitab Markus membawa kita mengenal Yesus Kristus (Kristus bermaksud Mesias, atau Yang Diurapi) tanpa pengenalan yang gembar-gembur. Menurut tradisi, dipercayai bahawa kebanyakan sumber penulisan Markus diperoleh daripada rasul Petrus yang sangat rapat dengannya (1 Petrus 5:13). Pernyataan ini disokong oleh hasil penelitian ahli-ahli sarjana. Kitab Markus menggambarkan Yesus sebagai peribadi yang bertindak dan lebih menonjolkan perbuatan-Nya jika berbanding dengan kata-kata-Nya. Menurut sarjana Perjanjian Baru, A. T. Robertson, kitab Markus “sangat dinamik dan penuh dengan perincian yang hidup”.1 Injil Markus boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama, dengan pengakuan Petrus bahawa Yesus ialah Mesias (Penyelamat) dalam Markus 8:27–30 sebagai ayat kuncinya. Bahagian pertama memperkenalkan Yesus sebagai Anak Tuhan, Mesias, dan yang terpenting, Raja yang Melayani. Bahagian ini menunjukkan harga yang harus dibayar Yesus sebagai Hamba Tuhan yang taat, dengan menjejaki pekerjaan Yesus di kalangan manusia yang ada banyak keperluan. Dalam proses itu, kita boleh melihat belas kasihan, kedaulatan, kuasa dan tujuan kedatangan Yesus. Bagaimanapun, kisah ini berubah suram selepas pengakuan Petrus. Raja yang Melayani digambarkan menderita dan akhirnya mati disalibkan oleh musuh-musuhNya. Harga yang dibayar Yesus untuk mentaati sepenuhnya kepada kehendak Bapa akan menolong pembaca faham bahawa pada saat mereka mengabdi kepada Sang Raja, mereka juga akan mengalami apa yang dialami oleh Yesus. Namun kebangkitan Yesus yang berkuasa telah menembusi segala kesuraman, dan memampukan para pengikut-Nya menghadapi penderitaan dengan penuh harapan dan tujuan. Secara keseluruhan, Injil Markus mencabar para pembaca percaya kepada Yesus, Raja yang Melayani, percaya bahawa Dialah Anak Tuhan dan Mesias, serta mengikutinya dengan setia sepanjang masa.

Kitab Markus boleh dibahagikan seperti berikut: 1: 1–13 1:14–8:30 8:31–15:47 16:1–20

Pengenalan Anak Tuhan Raja yang Melayani Bekerja Raja yang Melayani Ditentang dan Dibunuh Kebangkitan Raja yang Melayani dan Berita Baik bagi Dunia

A. T. Robertson, Word Pictures of the New Testament Volume One: The Gospel According to Matthew and the Gospel According to Mark, disemak dan dikemaskinikan oleh Wesley J. Perschbacher (Grand Rapids: Kregel Publications, 2004), 259.

1


Hari 1 Baca Markus 1:1-8

H

ari jadi maharaja Roma, iaitu Kaisar Augustus dirayakan di seluruh empayar sebagai “berita baik”. Dengan perayaan yang begitu hebat dan besar-besaran, malah dia diisytiharkan sebagai “Anak Tuhan”. Dua kenyataan ini diketahui umum oleh rakyat Roma. Namun apabila Markus memulakan Injil-Nya, dia mengaitkan frasa ini dengan Perjanjian Lama dan Yesus Kristus (ayat 1). Mesej yang menyeluruh ini mencabar pengakuan pemerintahpemerintah kerajaan Roma: siapakah mereka jika dibandingkan dengan Raja segala raja? Pengakuan Kaisar bahawa dia memiliki kuasa istimewa dicabar oleh kuasa mutlak Kristus, demikian juga semua pemimpin fana, kerana Yesus adalah sama kelmarin, hari ini dan selama-lamanya (Ibrani 13:8). Bahagian-bahagian

seterusnya dalam kitab ini memimpin para pembaca mengenal Kristus ini, yang merupakan Tuhan dan berita baik kepada seluruh dunia.

Markus memetik Maleakhi 3:1 dan Yesaya 40:3 untuk mengumumkan bahawa Tuhan dan Mesias telah datang. Kedatangan-Nya telah dinubuatkan dalam Perjanjian Lama, dan sekarang, sesudah tiada wahyu daripada Tuhan selama 400 tahun, utusan istimewa yang dinubuatkan dalam kitab terakhir Perjanjian

6

Lama telah akhirnya datang untuk mempersiapkan jalan bagi Tuhan. Utusan ini ialah Yohanes Pembaptis, yang melayani di padang gurun dengan “mengisytiharkan berita daripada Allah” (ayat 4). Yohanes merupakan peribadi yang berpakaian compang-camping seperti nabi Perjanjian Lama, Elia (2 Raja-Raja 1:8). Yesus kemudian berkata dalam Markus 9:12-13 bahawa Yohanes datang seperti Elia, yang menepati nubuat dalam Maleakhi 4:5 (berbanding dengan Matius 11:14; Yesaya 40:3). Yohanes mempersiapkan orang untuk kedatangan Tuhan dengan menggesa mereka mengakui dosa-dosa mereka dan dibaptis di Sungai Yordan. Baptisan Yohanes mengingatkan kita tentang pengalaman orang Israel yang keluar dari Mesir melalui Laut Gelagah. Kejadian ini mencabar orang bertaubat—keluar daripada dosa—dan mengalami keluaran kedua melalui air baptisan dalam persiapan untuk membina perjanjian baru dengan Tuhan (Yesaya 51:10-11). Yohanes menghuraikan kedatangan Mesias sebagai Peribadi yang lebih penting daripada dia (ayat 7-8). Yesus lebih berkuasa dan hebat, dan Yohanes Pembaptis rasa dirinya tidak layak untuk mengurai tali kasut-Nya. Yesus juga menyediakan baptisan


Renungkan

yang jauh lebih hebat daripada baptisan Yohanes. Sementara Yohanes hanya membaptis orang dengan air (untuk melambangkan pertaubatan yang menyusuli baptisan), Yesus membaptis dengan Roh Kudus (untuk membawa kesucian yang menyusuli baptisan rohani seperti itu). Ada sesuatu yang unik tentang Yesus, Peribadi yang tiada bandingannya dalam sejarah manusia. Inilah memang satu berita baik!

Fikirkan semua “berita baik” yang ditawarkan oleh para pemerintah dan pasaran di dunia ini. Mengapakah semua ini tiada bandingannya dengan berita baik tentang Yesus Kristus? Mengapakah dan bagaimanakah Yesus menjadi berita baik bagi diri anda? Apakah maksud pertaubatan bagi anda? Apa yang harus dilakukan oleh seseorang yang betul-betul mahu bertaubat? Renungkan seruan Yohanes Pembaptis tentang pertaubatan dan dua jenis baptisan yang disebutkannya (ayat 8). Apakah hubungan antara pertaubatan dan perubahan hidup seseorang?

7


Hari 2 Baca Markus 1:9-13

A

yat 9 hanya mengatakan bahawa Yesus dibaptis oleh Yohanes. Tetapi jika pembaptisan Yohanes melambangkan pertaubatan, mengapa Yesus minta dibaptis? Matius 3:14-15 memberi kita gambaran yang lebih luas tentang peristiwa itu. Yohanes sebenarnya tidak mahu membaptis Yesus kerana dia tahu bahawa Yesus tidak berdosa. Sebenarnya Yohanes yang perlu dibaptis oleh Yesus! Yohanes setuju hanya kerana Yesus berkata bahawa baptisan-Nya adalah perlu untuk “melaksanakan segala yang dikehendaki oleh Allah” (Matius 3:15). Yesus dibaptis bukan untuk mana-mana dosa-Nya, tetapi untuk dosa kita. Dia datang untuk menjadi manusia seperti kita supaya Dia dapat memikul semua dosa kita dan mati pada kayu salib untuk kita. Sesuatu yang menarik telah berlaku apabila Yesus dibaptis. Syurga terbuka dan Roh Kudus turun ke atas Yesus (ayat 10). Suara Bapa mengisytiharkan kepada Yesus, “Engkaulah AnakKu yang Aku kasihi. Engkau menyenangkan hati-Ku” (ayat 11). Ini sama dengan Mazmur 2:7 (“Engkaulah anak-Ku”) dan Yesaya 42:1 (“Inilah hamba-Ku ... yang menyenangkan hati-Ku”) yang menegaskan identiti Yesus: Dialah Anak dan Hamba Tuhan. Baptisan ini ialah contoh dasar untuk semua baptisan Kristian, kerana

8

baptisan mengingatkan kita tentang identiti dalam Kristus. Kita ialah anak dan hamba

Tuhan yang menjadi anggota keluarga Tuhan dan dipanggil untuk melayaniNya. Perhatikan bagaimana ketiga-tiga Peribadi Tritunggal disatukan di sungai Yordan (ayat 10-11). Keselamatan ialah karya Bapa, Anak dan Roh Kudus, yang bersatu dengan sempurna untuk menyelamatkan kita daripada dosa dan kematian. Inilah kebenaran yang indah, menghiburkan dan mendorong! Perkataan Yunani “segera” (euthus) dalam ayat 12 diulangi lebih daripada 40 kali, serta ada banyak terjemahan seperti “sebaik sahaja”, “cepat”, “lantas”) dalam gaya penulisan Injil Markus yang laju. Roh Kudus “mengutus-Nya” (perkataan Yunani bernada kuat, dan boleh diterjemahkan sebagai “usir”) ke padang gurun (ayat 12). Yesus mengambil masa 40 hari di sana dan dicubai oleh Iblis. Butiran lanjutan diberikan oleh Matius (4:1-11) dan Lukas (4:1-13). Yesus berpuasa sambil berhadapan dengan cubaan Iblis. Dia juga berhadapan dengan binatang liar yang bahaya, tetapi Dia ditolong oleh para malaikat yang menguatkan-Nya. Terdapat cubaan dalam baptisan Yesus, panggilan dan pelayanan-Nya.


Renungkan

Inilah pelajaran yang boleh diterapkan oleh semua yang membuat komitmen untuk mengikut Kristus dan mentaati panggilan-Nya untuk melayani-Nya. Kita dapat lihat daripada Matius 4:3-9 bahawa Iblis ialah pakar dalam memutarbelitkan firman Tuhan dan menanam keraguan. Dengan mengetahui bahawa Yesus telah menerima pengesahan daripada Bapa, Iblis mencabar Dia membuktikan keilahian-Nya dengan ejekan, “Jika Engkau Anak Allah ... ” (Matius 4:3, 6). Kemudian dia mencadangkan jalan pintas yang memesong dari arah yang menuju ke kayu salib (4:8-9).

Mengapakah penting Yesus menjadi sama dengan kita, baik dalam baptisan mahupun cubaan-Nya (Ibrani 2:14; 4:15)? Menurut Matius 3:13-15 dan Roma 6:1-10, mengapakah Yesus harus dibaptis dan apakah ertinya itu bagi baptisan yang kita terima? Jika baptisan menyatukan anda dengan Yesus, apakah pengaruhnya terhadap cara hidup kita? Bagaimanakah kita boleh melindungi diri terhadap cubaan Iblis di tengahtengah panggilan dan pelayanan kita? Pernahkah anda mempunyai pengalaman ini?

9


Hari 3 Baca Markus 1:14-20

S

etelah dibaptis untuk memulakan misi-Nya dan berjaya dalam pencubaan, Yesus memulakan pelayanan-Nya di khalayak ramai. Dia mula dikenal ramai ketika Yohanes Pembaptis dipenjarakan (ayat 14). Yesus mula mengkhabarkan berita baik, yang berasal daripada-Nya dan tentang diri-Nya. Kata-kata pembukaan-Nya menjelaskan beberapa kebenaran. KedatanganNya menepati masa (perkataan Yunani menjelaskan masa yang betul dan sesuai). Pemerintahan Tuhan akan menjelang (ayat 15), ini bukan sesuatu yang masih dinantikan lama atau sekadar idea falsafah. Pemerintahan Tuhan dekat kerana Tuhan Yesus Kristus telah datang dekat. Ada dua respons yang dikehendaki Tuhan daripada kita: bertaubat dan percaya. Bertaubat bermaksud mengubah haluan (daripada dosa dan terhadap Tuhan), kerana tanpa itu kita tidak dapat masuk Pemerintahan-Nya. Percaya bermaksud menyerahkan kehidupan seseorang kepada Tuhan; bukan sahaja dari segi pengetahuan intelek, malahan ia merupakan hubungan yang berdasarkan kepercayaan peribadi. Kita harus

bertaubat daripada dosadosa dan terus-menerus mempercayai-Nya agar Yesus boleh membawa kita

10

memasuki Pemerintahan-Nya (ayat 15). Dialah berita baik itu. Kemudian Yesus memilih empat pengikut (dua pasang saudara). Mereka nelayan biasa; Tuhan sering memilih apa yang dianggap bodoh, lemah dan dipandang rendah oleh dunia (1 Korintus 1:27-29)—Dia akan menggenapi rancangan-Nya melalui kasih dan kuasa-Nya. Dia menjemput kita melibatkan diri dalam misi-Nya. “Ikutlah Aku” (ayat 17) ialah tugasan utama pengikut Yesus. Ketepikan semua perkara lain yang berharga dan kembali kepada panggilan yang paling sederhana untuk mengikut Yesus. Kita mesti terus-menerus kembali kepada-Nya kerana kita mudah terpesong dan meninggalkan kepercayaan kita. Kita mesti terus mengikut-Nya—bukan mengikut orang ramai, atau sesuka hati kita. Untuk mengikut Yesus, kita harus mengizinkan Dia memimpin kita dan rela melepaskan semuanya. Tiada perkara begitu berharga atau penting yang kita tidak boleh lepaskan. Beberapa orang pengikut “segera meninggalkan jala lalu mengikut Yesus” (ayat 18). Dua orang antara mereka “meninggalkan bapa mereka” (ayat 20).


Renungkan

“Aku akan mengajar kamu ...” (ayat 17). Yesus yang menjadikan kita penjala manusia, atau apa sahaja yang dikehendaki-Nya. Dia yang memberi kuasa kepada kita secara berterusan. Kita mesti ingat bahawa semua keupayaan kita datang daripadaNya (2 Korintus 3:4-6).

Renungkan panggilan Kristus untuk bertaubat dan percaya. Fikirkan pengalaman anda sendiri ketika anda bertaubat dan percaya kepada Kristus setelah menjawab panggilan -Nya. Yesus memanggil para nelayan untuk menjadi penjala manusia, seperti Dia memanggil Musa yang bekerja sebagai gembala untuk menggembala umatNya dan membawa mereka keluar dari Mesir. Tuhan tidak pernah menyianyiakan pengalaman hidup seseorang. Adakah latihan dan pengalaman anda pada masa lalu mempersiapkan anda untuk melayani Tuhan pada hari ini?

11


Siri Perjalanan Iman

Lukas

Renungkan Firman Tuhan bersama Mike Raiter selama 62 hari


Prakata Semasa kelahiran Yesus, malaikat-malaikat mengumumkan kepada gembalagembala yang berdekatan Betlehem bahawa “Pada hari ini di kota Daud telah lahir Penyelamat kamu, Kristus, Tuhan” (Lukas 2:11). Berita yang baik ini bukan sahaja disampaikan untuk orang yang tinggal di Yudea pada 2,000 tahun yang lalu, malahan untuk seluruh dunia. Dunia kita memerlukan penyelamatan. Kita diasingkan daripada Tuhan yang menciptakan kita, mengasihi kita, dan kesemua kita perlu berdamai dengan-Nya. Kita memerlukan seseorang untuk membawa kita kembali kepada Tuhan. Berita baik yang disampaikan oleh Lukas kepada pembacapembacanya ialah Penyelamat telah datang. Penyelamat telah mengampuni dosa kita agar kita dapat menjadi sahabat Tuhan semula, seperti pencuri yang digantung pada kayu salib di sebelah Yesus pada akhir hayatnya, kita boleh yakin bahawa “Percayalah, pada hari ini kamu akan bersama-sama Aku di Firdaus” (Lukas 23:43). Dalam kitab Lukas ini, kita bertemu dengan Yesus. Kita melihat belas kasihan-Nya terhadap orang yang sesat. Kita berasa kagum akan kewibawaan-Nya ke atas penyakit, kematian dan kerasukan roh jahat. Kita mendengar panggilan-Nya untuk menyerahkan segala-galanya dan mengikut-Nya. Kita maklum akan penyelamatan yang dibawa oleh-Nya. Mari kita menyertai perjalanan bersama Lukas dan menemui Tuhan Yesus Kristus, Penyelamat kita.

Terpujilah Tuhan selama-lamanya,

Mike Raiter


Gambaran Keseluruhan Dalam pengenalan, Lukas memberitahu kita bahawa dia telah menulis kitab Injil ini supaya kita boleh pasti dengan iman kita dalam Yesus yang berasaskan dasar sejarah yang kukuh (1:1-4). Dia memperkenalkan Yesus, yang merupakan Anak Tuhan, Tuan dan Mesias kepada kita. Namun, Lukas menegaskan bahawa Yesus ialah Penyelamat bagi seluruh dunia. Dalam ucapan syukur pada permulaan kitab Injil ini, Maria “bersukacita kerana Allah, Penyelamatku” (1:47). Sejak itu, kita melihat Yesus menyelamatkan orang berdosa. Kitab ini mencapai kemuncak pada saat penyelamatan yang indah ini berlaku pada ketua pemungut cukai, Zakheus, dan Yesus mengisytiharkan bahawa Dia telah datang untuk mencari dan menyelamatkan orang yang sesat (19:10). Sewajarnya, Injil Lukas ini berakhir dengan Yesus mengutus pengikut-pengikut-Nya untuk menyampaikan berita baik mengenai pengampunan ini kepada seluruh dunia. Kita perlu memberi respons terhadap kurnia penyelamatan yang indah ini dengan iman dan ketaatan. Bahagian tengah kitab ini (9:51-19:44) menggambarkan perjalanan Yesus ke Yerusalem dan kematian-Nya pada kayu salib. Dalam perjalanan ini, Dia mengajar pengikut-pengikut-Nya mengenai pemuridan. Kita seharusnya mengikut jejak langkahNya dengan menjalani kehidupan dalam kasih, belas kasihan dan kemurahan hati. Yesus memberi amaran kepada kita bahawa pemuridan menuntut pengorbanan yang besar dan kita, seperti Yesus, mesti sudi untuk memikul kayu salib yang penuh dengan penderitaan dan penolakan (14:27). Walau bagaimanapun, kemuliaan menantikan kita pada akhir perjalanan kita, seperti Yesus. Bagi kita, inilah harapan yang pasti mengenai Firdaus (23:43).

Struktur Lukas 1:1–4 1:5–2:52 3:1–4:13 4:14–9:50 9:51–19:44 19:45–21:38 21:39–23:56 24:1–52

Ayat Kunci

Pengenalan: Tujuan Berita Baik Kelahiran Yohanes Pembaptis dan Yesus Persediaan untuk Pelayanan Yesus Pelayanan Yesus di Galilea Perjalanan ke Yerusalem Yesus di Rumah Tuhan Kematian Yesus Kebangkitan Yesus dan Pengutusan Para Rasul

“Anak Manusia datang untuk mencari dan menyelamatkan orang yang sesat.” —Lukas 19:10


Hari 1 Baca Lukas 1:1–4

K

ita akan menghabiskan 62 hari yang berikut dalam pengembaraan yang indah melalui Injil Lukas, dengan mempelajari kehidupan dan pekerjaan Yesus. Tiada perkara yang lebih penting dalam kehidupan orang Kristian selain memiliki keyakinan dalam Alkitab. Segala sesuatu yang kita tahu tentang kehidupan Yesus, kebanyakannya adalah daripada empat kitab Injil dalam Perjanjian Baru. Lagu pujian lama ini sungguh benar: “Yesus sayang padaku, Alkitab mengajarku.” Oleh itu, kita perlu memiliki kepastian tentang kebenaran Alkitab. Itulah sebabnya Lukas memulakan Injilnya dengan pendahuluan, untuk mempertahankan kebolehpercayaan yang bakal ditulisnya.

yang dicatatnya datang daripada ramai saksi yang hadir. Semua yang ditulisnya adalah tentang “peristiwa yang berlaku di kalangan kami” (ayat 1). Tuhan menjanjikan

Lukas merupakan salah seorang rakan seperjuangan Paulus dalam pelayanan misinya, seorang kawan kepada para rasul, dan seorang doktor. Dia sedang menulis Injil ini kepada Teofilus, orang bukan Yahudi yang berpangkat, dan namanya bermaksud “sahabat Tuhan”. Teofilus berkemungkinan seorang Kristian, atau mungkin sedang mencari Tuhan. Namun, tidak kira siapa pun Teofilus, Injil Lukas ditulis untuk semua lelaki dan perempuan, baik dahulu, mahupun sekarang.

Ada kalanya kita meragui kebenaran kepercayaan kita. Ada banyak orang mengetepikan Yesus, dan ada cendekiawan yang terkenal juga mempersoalkan kewibawaan Alkitab. Kita sendiri mungkin juga tertanyatanya jika Yesus benar-benar ialah Anak Tuhan dan Penyelamat kita. Tetapi melalui Injil ini, Lukas sedang berkata kepada kita, “Anda boleh pasti!” Kata-kata ini adalah benar, dan anda boleh membina kehidupan anda berasaskan kebenaran ini.

Ya, kita boleh percaya kepada Injil Lukas. Pertama, kerana berita baik

6

penyelamatan. Yesus menggenapkannya. Ramai orang menjadi saksinya. Lukas telah mencatatkan saksi ini untuk kita.

Kedua, kita boleh mempercayai Lukas kerana dia telah menyelidiki segala sesuatu (ayat 3). Seorang sejarawan mesti teliti dan teratur, mengambil berat tentang ketepatan dan kebenaran. Lukas meyakinkan kita bahawa tiada perkara dalam tulisan ini yang tidak diperiksanya, malah penulisannya diperiksa berulang kali dan ditentusahkan.


Renungkan Ada kalanya orang bercakap tentang “iman yang buta” atau iman seumpama “loncatan ke dalam kegelapan.” Dalam Lukas 1:1-4, adakah huraian sedemikian sesuai? Apakah yang diberitahu kepada kita tentang sifat iman Kristian yang sebenar? Mengapakah Lukas memanggil saksi mata sebagai “pelayan Firman” (ayat 2, Alkitab TB)? Apakah “Firman” yang dimaksudkan Lukas? Apakah peranan seorang hamba sehingga huraian ini menjadi begitu penting?

7


Hari 2 Baca Lukas 1:5–38

D

engan sewajarnya, Lukas memulakan ceritanya tentang Yesus di Rumah Tuhan Yerusalem, simbolik bagi kediaman Tuhan. Dua bab pertama menghuraikan dengan panjang lebar tentang kelahiran dua orang anak lelaki. Ini adalah jelas pada permulaan bahawa Lukas mahu kita membandingkan mereka, maka dia sengaja menceritakan kelahiran keduadua mereka. Dalam kedua-dua kes ini, malaikat Gabriel mengisytiharkan kepada ibu bapa tentang kelahiran anak mereka. Dalam kedua-dua kes, kelahiran itu bersifat ajaib: yang pertama adalah pasangan yang sudah lanjut umur untuk melahirkan anak (ayat 7), dan kedua, seorang perawan (ayat 27). Dalam kedua-dua kes, ibu bapa menunjukkan sikap terkejut. Satu anak akan dipanggil “nabi Allah Yang Maha Tinggi” (ayat 76); yang satu lagi, “Anak Allah Yang Maha Tinggi” (ayat 32). Ibu bapa bagi kedua-dua anak lelaki itu memuji Tuhan dengan lagu (ayat 46-55, 67-79). Kelahiran setiap anak dihuraikan, diikuti dengan kisah mereka disunat (1:59; 2:21), dan akhirnya huraian yang ringkas tentang zaman pertumbuhannya (1:80; 2:40). Lukas meletakkan Yohanes dan Yesus bersebelahan supaya tidak ada keraguan tentang siapa yang terhebat.

8

Pertama, Lukas memperkenalkan Zakharia dan Elisabet kepada kita, iaitu ibu bapa yang salih bagi anak mereka yang dijanjikan, Yohanes, yang akan diasingkan untuk melayani Tuhan serta mempersiapkan umat-Nya untuk kedatangan raja mereka (ayat 5-25). Cerita kemudian beralih kira-kira 100 kilometer ke utara di Nasaret, menyatakan bahawa seorang gadis muda, iaitu Maria, telah bertunang (ayat 26-38). Gabriel mengumumkan kepadanya kelahiran seorang anak lelaki, anak yang mempunyai kebesaran yang tidak terbanding. Dia ialah Anak Tuhan (ayat 32) dan keturunan raja Daud yang dinantinantikan, dan akan memerintah selama-lamanya. Setakat ini, dua orang wanita ini hanya memiliki pesanan daripada utusan Tuhan. Namun mereka mendengar dan percaya, kerana mereka tahu bahawa “bagi Allah tiada perkara yang mustahil” (ayat 37). Kita boleh memiliki keyakinan yang sama ketika kita mengisytiharkan firman Tuhan mengenai Yesus. Sejak permulaan Injil ini, Lukas mahu kita tahu bahawa Yesus itu istimewa. Dia

bukan sahaja anak seorang anak dara, malahan juga Anak Tuhan. Oleh itu Dia


Renungkan

layak ditaati serta disembah oleh setiap lelaki dan perempuan.

Bandingkan ayat 18 dan 34. Kedua-dua Zakharia dan Maria mempersoalkan kata-kata malaikat. Mengapakah Zakharia ditegur dan Maria tidak? Apakah penghiburan yang boleh kita ambil daripada janji indah bahawa “bagi Allah tiada yang mustahil” (ayat 37)?

9


Hari 3 Baca Lukas 1:39–56

M

alaikat Gabriel telah mengumumkan kelahiran dua orang anak lelaki. Seorang merupakan nabi Tuhan (ayat 76), seorang lagi Anak Tuhan (ayat 32, 35). Seorang akan mengisytiharkan penyelamatan (ayat 17, 76), seorang lagi akan membawa penyelamatan (ayat 46-55, 68-75). Sebelum dua orang anak lelaki ini dilahirkan, mereka sudah bertemu. Maria melawat saudaranya Elisabet, dan kita diberitahu bahawa apabila Elisabet mendengar salam Maria, anak dalam kandungannya bergerak. Sebelum dia dilahirkan, anak lelaki Elisabet sudah memulakan pelayanannya untuk menunjukkan orang lain tentang kebesaran Yesus. Pada saat dia terbentuk dalam kandungan ibunya, Yohanes sudah dikuasai oleh Roh Kudus (ayat 15), yang mempunyai peranan untuk bersaksi tentang Yesus (Yohanes 15:26). Kemudian, Yohanes akan memperkenalkan Yesus kepada dunia, lalu mengakui bahawa “Aku membaptis kamu dengan air, tetapi Dia yang lebih besar daripadaku akan datang. Aku pun tidak layak mengurai tali kasut-Nya. Dia akan membaptis kamu dengan Roh Allah dan api” (Lukas 3:16). Karya kenabian ini bermula sejak dalam kandungan ibunya!

10

Inilah sesuatu yang akan kita lihat berkali-kali dalam Injil Lukas: orang yang dikuasai oleh Roh Kudus mengenal Yesus lalu memberi-Nya kemuliaan dan hormat (2:25-32, 3638).

Jika seorang dikuasai oleh Roh Tuhan, tanda pertama ialah mereka akan mengakui dan menyembah Yesus. Roh

Tuhan ialah Roh Kristus, dengan hadirat Roh ini, Kristus dimuliakan.

Kemudian Maria memuji Tuhan kerana Dia membawa penyelamatan yang dinanti-nantikan (ayat 46-55). Dalam lagu indah ini, Maria memuji Tuhan dan memberitakan mesej Injil! Sudah tentu itulah yang disampaikan oleh semua lagu pujian yang hebat. Maria bersukacita kerana dalam Yesus, penyelamatan sudah datang. Penyelamatan ini biasanya disambut oleh orang yang miskin dan rendah hati—mereka yang menyedari bahawa mereka amat memerlukan kasih kurnia Tuhan (ayat 52-53). Inilah penggenapan semua janji dalam Perjanjian Lama, yang bermula daripada cerita Abraham. Di sini terdapat dua contoh respons yang kita boleh berikan kepada Yesus. Seperti Yohanes, kita yang merupakan umat yang dikuasai oleh Roh Kudus


Renungkan

akan bersaksi tentang kebesaran Yesus. Seperti Maria, kita akan menyembah Tuhan kerana belas kasihan-Nya kepada kita yang miskin secara rohani dan memerlukan Yesus, Penyelamat kita.

Salah satu ciri yang menarik dalam Injil Lukas ialah dia mementingkan peranan wanita. Apakah yang sedang diajar oleh Lukas kepada kita melalui teladan Elisabet dan Maria yang salih? Lagu Maria (ayat 46-55) menunjukkan bahawa kebaikan Tuhan kepadanya ialah gambaran kebaikan-Nya terhadap umat-Nya, Israel. Dari segi apakah kita juga mengalami belas kasihan Tuhan yang sama?

11


Siri Perjalanan Iman

Yohanes 50 hari Renungan dan Ilham oleh David Cook


Siri Perjalanan Iman—Yohanes © 2020 oleh David Cook Buku asal: Journey Through John Hak cipta terpelihara. Discovery House Distributors ialah pelayanan bersekutu dengan Our Daily Bread Ministries. Ayat Alkitab dipetik daripada: Alkitab Berita Baik © 1996 Bible Society of Malaysia & Alkitab Versi Borneo © 2016 Borneo Sabda Limited. Digunakan dengan kebenaran. Segala hak cipta terpelihara. Reka Bentuk Kulit: Joshua Tan Reka Bentuk Huruf: Grace Goh Dicetak di Malaysia Cetakan pertama: 2020


Prakata Yohanes memulakan kitab Injil ini dengan kata-kata yang mengingatkan kita tentang kitab Kejadian—“Pada mulanya”. Dalam kitab Yohanes, kita akan menemukan Kejadian baru, permulaan yang baru, Tuhan yang memperbaharui ciptaan-Nya datang dalam rupa manusia. Tema utama dalam kitab Yohanes menunjukkan Yesus ialah sumber hidup bagi semua hidup baru. Kita baca bahawa hidup kekal dan sejati adalah “mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang sudah Engkau utus” (Yohanes 17:3). Tuhan mengurniakan kelahiran baru bagi manusia baru (Yohanes 3:3, 5); anak Tuhan adalah mereka yang dilahirkan oleh Tuhan (1:13); dan kelahiran baru adalah anugerah hidup kekal tersebut. Dalam kitab Yohanes, Yesus membuat pengakuan-pengakuan ini: Akulah roti yang memberikan hidup; cahaya bagi dunia; pintu bagi kawanan domba; gembala yang baik; kebangkitan dan hidup; jalan, kebenaran dan hidup; pokok anggur yang sejati. Dia membuktikan kata-kata-Nya dengan beberapa mukjizat: menyembuhkan pesakit dan orang lumpuh; memulihkan penglihatan orang buta; membangkitkan orang mati; memberi makan kepada lima ribu orang; berjalan di atas air; mengubah air menjadi wain. Yohanes juga mencatatkan saksi-saksi tentang Yesus: Yohanes Pembaptis (Yohanes 1:20); Andreas (1:40); Filipus (1:45); Natanael (1:49); wanita Samaria (4:29); Musa (5:46); Yohanes sendiri (21:24); dan Bapa (8:18). Kebenaran utama di sini adalah kita harus faham bahawa Yesus dan Tuhan itu satu, Yesus ialah Anak Tuhan! Apabila kita memperhatikan segala mukjizat Yesus, mendengar pengakuan para saksi, menyelidiki bukti, dan percaya bahawa Yesus ialah Kristus, Anak Tuhan, maka kita dapat menjadi sebahagian daripada ciptaan baru, serta menjalani kehidupan dengan kualiti yang baru di tengah dunia yang sedang menuju kebinasaan.

Segala kemuliaan kepada Tuhan!

David Cook


Kami berbesar hati kerana anda turut menyertai perjalanan menuju ke hubungan yang lebih mendalam dengan Yesus Kristus! Selama lebih daripada 50 tahun, pelayanan kami dikenali kerana bahan bacaan renungan harian, Our Daily Bread (Pedoman Harian). Ramai pembaca suka artikel-artikelnya yang bernas, memberikan inspirasi, menyentuh kehidupan seharian dan memimpin mereka kepada Tuhan, serta kebijaksanaan dan janji-janji dalam firman-Nya yang tidak berubah. Selain daripada Pedoman Harian yang anda biasa kenali, kini kami menghasilkan Siri Perjalanan Iman untuk membantu orang percaya mengambil masa bersama Tuhan dalam firman-Nya. Kami percaya bahawa siri buku ini dapat membantu individu serta keluarga untuk membina perhubungan harian yang lebih rapat dengan Dia, melalui Tuhan dan Penyelamat kita, Yesus Kristus.

Cara Menggunakan Siri Perjalanan Iman BACA: Buku ini disusun untuk dibaca sebagai panduan dalam perjalanan anda bersama-sama Tuhan ketika anda menjelajahi firman-Nya yang diilhamkan. Ia menyediakan catatan keterangan untuk membantu anda memahami firman Tuhan dengan sudut pandangan yang baru. RENUNGKAN: Pertanyaan-pertanyaan disusun bagi membantu anda memberi respons kepada Tuhan dan firman-Nya, serta mengizinkan Dia mengubah jiwa dalaman anda sehingga anda menjadi orang yang baharu dalam Kristus. CATATKAN: Ruangan yang disediakan membolehkan anda mencatat buah-buah fikiran dan menuliskan respons anda.


Ringkasan Umum Penulis kitab ini ialah rasul Yohanes, anak Zebedeus, adik Yakobus dan salah seorang antara tiga pengikut Yesus yang paling rapat dengan-Nya: Petrus, Yakobus, dan Yohanes. Dia tidak menyebutkan namanya secara langsung dalam kitab ini. Kemungkinan besar dia ialah pengikut Yohanes Pembaptis, yang kemudian mengikut Yesus (Yohanes 1:35–37). Kitab ini mungkin ditulis pada 80–90 Masihi, dan yang terakhir ditulis, maka kandungannya memantulkan hidup dan pelayanan Yesus Kristus dengan lebih mendalam. Struktur Kitab Yohanes 1:1–18

Prakata Yohanes, yang dia memperkenalkan tema kitab ini.

1:19–11:57

Fasal-fasal tentang mukjizat, yang mengandungi lima antara tujuh pernyataan “Akulah” dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kata-kata Yesus.

12

Perubahan daripada pelayanan Yesus di khalayak ramai kepada persediaan-Nya menjalani masa-masa penderitaan.

13–17

Pengajaran Yesus di bilik atas, pada malam sebelum Dia dikhianati dan disalibkan, termasuklah dua pernyataan-Nya, “Akulah” yang terakhir.

18–21

Kematian, kebangkitan dan penampakan diri Yesus selepas kebangkitanNya.

Ayat Kunci “Tidak seorang pun pernah melihat Allah. Anak tunggal Bapa yang sama dengan Bapa dan di sisi Bapa, sudah menunjukkan Allah kepada kita.” —Yohanes 1:18


Hari 1 Baca Yohanes 1:1-13

K

ata-kata adalah berkuasa, sama ada boleh digunakan untuk mendorong atau menjadi penyebab kemurungan. Kata-kata boleh memaklumkan, membingungkan, meyakinkan, mengekalkan persahabatan, atau menyebabkan penderitaan yang teruk. Kata-kata memperlihatkan fikiran; kata-kata memperlihatkan sikap; kata-kata yang jelas memberikan penerangan. Kitab Yohanes bermula dengan memberitahu kita tentang firman Allah, yang dinyatakan oleh Tuhan dan dijelaskan oleh-Nya. Secara unik, firman Tuhan adalah seorang peribadi, peribadi yang sudah ada dan kekal, yang dari mulanya bersama-sama Tuhan dan sama dengan Tuhan (ayat 1). Firman Tuhan adalah Tuhan. Firman yang ilahi ini menciptakan segala sesuatu (ayat 3), dan merupakan sumber cahaya dan hidup (ayat 4-5). Firman itu datang ke dunia yang diciptakan-Nya, tetapi tidak diterima oleh dunia pada umumnya, ataupun oleh umat-Nya sendiri, iaitu Israel secara khususnya. (ayat 10-11). Orang yang menerima dan percaya kepada Firman itu diberikan kuasa untuk menjadi anak Tuhan (ayat 1213). Jadi Yohanes telah memberitahu

6

kita tentang hubungan Firman dengan Tuhan (ayat 1-2); hubunganNya dengan dunia (ayat 3-4, 10-11); dan hubungan-Nya dengan orang percaya (ayat 12-13). Kita diperkenalkan kepada Yohanes Pembaptis, sang perintis dan saksi kepada Firman: • Dia diutus oleh Tuhan (ayat 6). • Dia datang sebagai seorang saksi untuk memberitahu orang tentang cahaya itu (ayat 7–8). • Dia datang ke dunia sebelum cahaya itu (ayat 8–9). Meskipun identiti penuh Firman itu belum diungkapkan, Tuhan telah melakukan setiap persediaan bagi kedatangan-Nya di kalangan umat manusia. Yohanes

memberitahu kita bahawa dengan menerima Firman itu, percaya kepada-Nya, kita menjadi anak Tuhan.

Dia mengibaratkan hal ini dengan kelahiran, tetapi kelahiran ini bukannya disebabkan oleh manusia normal; bukan “dengan jalan dilahirkan oleh manusia” (ayat 13). Kelahiran yang kita perlukan, kelahiran yang kita dambakan, terhasil daripada pekerjaan Tuhan. Tuhan memberikan kelahiran ini


Renungkan

berdasarkan kedaulatan-Nya—“Allah sendiri menjadikan mereka anak-anak-Nya” (ayat 13). Dalam pembukaan yang indah ini, Yohanes memberitahu kita bahawa Tuhan yang adalah Firman telah datang kepada kita, Yohanes Pembaptis ialah saksi-Nya, dan menerima Firman itu seumpama dilahirkan semula secara menyeluruh. Kelahiran seumpama ini tidak datang oleh keinginan manusia, tetapi oleh inisiatif Tuhan.

Dalam buku Knowing God, J. I. Packer berkata bahawa orang percaya perlu selalu mengambil masa untuk mengingatkan diri akan identiti mereka: “Saya ialah anak Tuhan, Tuhan ialah Bapaku, syurga ialah rumahku, setiap hari yang dilalui membawa aku lebih dekat ke syurga, Penyelamatku ialah saudaraku, setiap orang Kristian juga ialah saudara dan saudari aku] juga.”1 1 J. I. Packer, Knowing God (London: Hodder & Stoughton, 1973), 256.

7


Hari 2 Baca Yohanes 1:14-18

D

alam pembacaan hari ini, Firman itu diberikan nama. Bagaimanapun, ayat kunci dalam pengenalan ini ialah ayat 14, yang kita diberitahu bahawa Firman itu menjadi manusia. Perkataan “menjadi manusia” dan ekspresi “tinggal antara kita” adalah sangat penting. Pada abad pertama Masihi, ramai orang percaya bahawa hal rohani dan kebendaan tidak boleh bercampur, begitu juga Tuhan dan tubuh manusia tidak boleh bersatu. Yohanes menegaskan bahawa Firman “menjadi manusia” (ayat 14). Dengan mengingatkan pembacanya ialah orang Yahudi, Yohanes menggunakan ekspresi, “tinggal antara”, secara harfiah bahawa Dia “berkhemah” di antara kita. Ini mengingatkan kita tentang khemah dalam Keluaran 33–34, tempat yang Tuhan bertemu dengan Musa “sebagaimana seseorang bercakap dengan sahabatnya” (Keluaran 33:11). Musa meminta supaya dapat melihat kemuliaan Tuhan, dan setelah melihat-Nya, mukanya

8

menjadi sangat bercahaya sehingga wajahnya perlu diselubungi ketika dia bertemu orang-orang Israel (Keluaran 34:33). Sekarang Tuhan berkhemah di antara kita, dan kita melihat kemuliaan Firman itu menjadi manusia (ayat 14). Inilah Peribadi yang Yohanes Pembaptis memberikan kesaksian (ayat 15), “kasih Allah dan Allah sendiri ditunjukkan kepada kita” (ayat 14), dan merupakan sumber berkat yang berterusan (ayat 16). Tuhan amat bermurah hati kerana memberikan hukum kepada Musa, tetapi kasih dan setia yang lebih besar diberikan melalui Yesus Kristus (ayat 17).

Akhirnya, identiti penuh Firman ditunjukkan. Dia ialah sang Pencipta, Sumber cahaya dan hidup—itulah Yesus Kristus. Ayat 18 merupakan ringkasan bagi pembukaan ini, yang juga merupakan ringkasan kepada kitab Yohanes. Manusia menghadapi dilema di sini: “Tidak seorang pun pernah melihat Allah” (1 Yohanes 4:12). Secara keseluruhannya, manusia berada dalam kegelapan, tetapi atas inisiatif Tuhan, Firman yang memberikan wahyu menjadi manusia.


Renungkan

“Anak tunggal Bapa yang sama dengan Bapa”; ini bermaksud Yesus adalah Peribadi yang memiliki sifat unik, yang berada “di sisi Bapa”; Yesus adalah Peribadi yang berada dalam kedudukan yang unik, secara harfiah dalam pangkuan Bapa, “sudah menunjukkan Allah kepada kita”; Yesus memiliki pelayanan yang unik, iaitu memperlihatkan Tuhan (ayat 18).

Asas kebenaran, yang dinafikan oleh banyak orang ialah bahawa Yesus membuatkan Tuhan dikenali. Adakah pemahaman ini penting bagi anda, bahawa dalam Yesus, Tuhan dinyatakan dalam tubuh manusia?

9


Hari 3 Baca Yohanes 1:19-51

Y

ohanes Pembaptis sekali lagi menyediakan sebuah model saksi, seperti yang dilakukannya dalam Yohanes 1:15.

1. Yohanes mengatakan Yesus ialah Anak Domba Tuhan, pembaptis dengan Roh Kudus, dan anak Tuhan (ayat 29-34).

Satu perwakilan dari Yerusalem telah datang untuk menyiasat impak pelayanan Yohanes. Yohanes berkeras mengatakan: dia bukannya Elia; dia bukanlah Nabi itu, seseorang yang seperti Musa, seperti yang dinubuatkan dalam Ulangan 18:15. “Jika demikian, siapakah kamu?” tanya mereka (ayat 22). Yohanes adalah suara (ayat 23), perintis yang dikatakan dalam Maleakhi 4:5 dan Yesaya 40:3. Sebabnya dia membaptis adalah untuk membangunkan Israel dan menyatakan Mesias (ayat 31). Yohanes tidak layak walaupun hanya melakukan kerja seorang hamba untuk membuka tali kasut Mesias (ayat 27). Seseorang yang akan datang adalah pembaptis dengan Roh Kudus (ayat 33). Dalam keduadua hal ini (ayat 15 dan di sini), Yohanes terus-menerus menjadi saksi yang tidak menonjolkan diri.

2. Sekali lagi dalam ayat 35, Yesus ialah Domba Tuhan. Dua orang pengikut Yohanes mendengarnya mengatakan ini, tetapi mereka tidak mengikutinya, sebaliknya mengikut Yesus (ayat 37).

Ada tiga gambaran Yesus secara sepintas lalu, setiap satunya diperkenalkan oleh frasa, “keesokan harinya”:

Lihat juga gelaran dan penerangan tentang Yesus dalam Yohanes 1 ini. Pengajar Alkitab, J. C. Ryle mendapati dua puluh satu diskripsi tentang Yesus dalam fasal ini,

10

3. Dalam ayat 43, Yesus mencari Filipus, yang mencari Natanael, yang mengaku Yesus adalah Anak Tuhan, Raja bangsa Israel (ayat 49). Andreas mencari Simon (ayat 41); Filipus mencari Natanael (ayat 45); tetapi Yesus Filipus yang dicari oleh Yesus (ayat 43), yang mungkin telah diabaikan oleh orang lain sebelum ini. Sampul surat ini terbuka sepenuhnya dalam ayat 51. Dalam sebuah rujukan yang jelas terhadap tangga Yakub (Kejadian 28:12), sekarang Yesus yang menjadi tangga untuk menghubungkan syurga dan bumi.


Renungkan

seperti guru, Anak Tuhan, Raja Israel, Mesias, tetapi sekarang gelaran yang paling tinggi antara semuanya ialah: Anak Manusia (ayat 51)—Peribadi yang memiliki kuasa sejagat dan kekuasaan kekal seperti yang dinubuatkan dalam Daniel 7:1314. Dia ialah Tuhan sepenuhnya dan manusia sepenuhnya.

Fikirkan setiap gelaran yang diberikan kepada Kristus di sini. Kemudian bacalah Daniel 7:1-14, dan ambillah masa untuk memuji Tuhan.

Ayat 37 adalah pola Tuhan menyelamatkan manusia: mereka mendengar saksi itu tetapi tidak mengikut saksi itu; sebaliknya mereka mengikut Yesus. Ketika pengkhutbah Billy Graham meninggalkan Sydney selepas mengadakan kebaktian kebangunan rohaninya yang pertama pada tahun 1959, orang ramai menghalangnya meninggalkan lapangan terbang Sydney. Ketika mereka melakukan hal itu, dia berkata dengan jelas berdasarkan Yohanes 1:37, orang tersebut mendengar Yohanes, tetapi mengikut Yesus. Inilah pola itu: kita mendengar Yohanes, kita mendengar Billy, tetapi kita mengikut Yesus!

11


Siri Perjalanan Iman

Kisah Rasul-Rasul 50 Pengajian Alkitab oleh David Cook


Siri Perjalanan Iman Kitab Rasul-Rasul Penterjemahan, penerbitan dan pengedaran edisi bahasa Malaysia oleh Discovery House Distributors Sdn. Bhd. www.dhdmalaysia.com Discovery House Distributors ialah pelayanan bersekutu dengan Our Daily Bread Ministries. Kutipan ayat Alkitab daripada Alkitab Berita Baik © 1996 Bible Society of Malaysia & Teks Alkitab Terjemahan Baru Indonesia (TB) © Lembaga Alkitab Indonesia 1974 Digunakan dengan kebenaran. Perancang Buku: Joshua Tan Penata Letak: Grace Goh Dicetak di Malaysia 22 23 24 25 26 / 5 4 3 2 1 Journey Through Acts © 2018 by David Cook Malay Edition © 2022 Discovery House Distributors Sdn. Bhd. All rights reserved. Translated and published by special arrangement with Discovery House Publishing Singapore Pte. Ltd. 5 Pereira Road #07-01, Asiawide Industrial Building, Singapore 368025


Prakata Mendiang doktor dan pengkhutbah Dr Martyn Lloyd-Jones pernah berkata, “Tiada tonik kesihatan boleh menguatkan kehidupan rohani kita lebih baik daripada membaca seluruh kitab ini dengan teliti,” dia merujuk kepada kitab Kisah Rasul-Rasul. Apabila seorang doktor perubatan yang disanjung tinggi memberi nasihat sebegini, jelas layak kita perhatikan. Lukas ialah penulis bagi kitab Injil yang diberikan judul sempena namanya dan kitab Kisah Rasul-Rasul. Seperti pengarah filem zaman moden, dia tidak akan membiarkan kameranya kehilangan fokus atau sasaran. Kita mungkin tergerak hati untuk mengikut kisah watak-watak yang tersentuh oleh Injil dengan rapat, seperti seorang sida-sida dari Etiopia, atau ketua penjara di Filipi dan keluarganya yang baru menjadi Kristian. Kita amat gembira jika kamera boleh berhenti di babak-babak ini lebih lama, tetapi hal ini tidak pernah terjadi. Fokus kitab Lukas adalah pada Yesus dan pekerjaan-Nya di Yerusalem, sedangkan Kisah Rasul-Rasul berfokus pada Berita Baik yang tidak dapat dihentikan, yang mula tersebar dari Yerusalem sampai ke hujung bumi. Semoga kitab ini akan menguatkan iman anda dalam Tuhan apabila anda mengizinkan Dia bekerja dalam hati anda dan melalui hidup anda untuk membawa Berita Baik kepada sesama. Berita Baik ini tetap berkuasa untuk mengubah dan membawa ramai orang memiliki kehidupan baru dalam Kristus. Hari ini, Tuhan yang sama masih terus bekerja, dan Roh Tuhan yang sama memberi kita kekuatan untuk menyebarkan Berita Baik yang sama kepada dunia ini.

Segala kemuliaan kepada Tuhan,

David Cook


Kami berbesar hati kerana anda turut menyertai perjalanan iman untuk menjalinkan hubungan yang lebih rapat dengan Tuhan kita, Yesus Kristus! Selama lebih daripada 50 tahun, pelayanan kami dikenali kerana bahan renungan harian, Our Daily Bread (Pedoman Harian). Ramai pembaca suka artikel-artikelnya yang bernas, memberikan inspirasi, relevan bagi kehidupan seharian, memimpin mereka semakin mengenal Tuhan serta memahami hikmat dan janji-janji dalam firman-Nya yang tidak pernah berubah. Berdasarkan asas itulah, kami menerbitkan Siri Perjalanan Iman untuk membantu orang percaya menjelajahi kitab demi kitab daripada firman Tuhan sewaktu mereka bersama-sama-Nya. Kami percaya pembacaan firman Tuhan yang dilakukan secara teratur akan memimpin anda membina hubungan yang semakin rapat dengan Dia, serta menjadi semakin matang sebagai pengikut Yesus Kristus—Tuhan dan Penyelamat kita.

Cara menggunakan bahan ini BACA: Buku ini disusun untuk dibaca sebagai panduan dalam perjalanan anda bersama-sama Tuhan ketika anda menjelajahi firman-Nya yang diilhamkan. Ia menyediakan catatan keterangan untuk membantu anda memahami firman Tuhan dengan sudut pandangan yang baru. RENUNGKAN: Pertanyaan-pertanyaan disusun bagi membantu anda memberi respons kepada Tuhan dan firman-Nya, sehingga Dia dapat memperbaharui hati dan hidup anda sepenuhnya. CATAT: Ruangan kosong tersedia bagi anda untuk mencatat buah fikiran dan respons anda.


Ringkasan Umum Kitab Kisah Rasul-Rasul merupakan salah satu bahagian yang amat menarik dalam seluruh Alkitab. Yesus baru diangkat ke syurga, Roh Kudus telah datang kepada jemaah, dan kita menyaksikan Tuhan bekerja. Lukas menuliskan Kisah Rasul-Rasul untuk menyatakan perkembangan Injil yang cemerlang, bermula dari Yerusalem, melalui Yudea, masuk ke Samaria, melalui seluruh Asia Kecil, masuk ke Eropah, dan akhirnya ke Roma. Bagaimanapun, ini bukan untuk membanggakan pencapaian, kerana utusan Injil ditentang, didera, dipenjarakan dan dibunuh kerana iman. Terdapat banyak tentangan daripada golongan agama yang lain atau orang yang mengutamakan keuntungan sendiri, bahkan ada perselisihan dalam kalangan jemaah. Walaupun demikian, Injil terus disebarkan dan orang tetap percaya kepada Kristus. Jelajahi perjalanan ini dalam kitab Kisah Rasul-Rasul, dan lihatlah bagaimana Roh Kudus memperkuat jemaah untuk bersaksi tentang Yesus di lingkungan kawasan yang lebih luas, sehingga Injil sampai ke hujung bumi (Kisah Rasul-Rasul 1:8). Struktur Kisah Rasul-Rasul 1–7

Penyebaran Injil di Yerusalem dan Yudea, diberitakan terutama oleh Petrus kepada orang Yahudi.

8–12

Injil sampai di Samaria; Petrus masih giat melayani Tuhan; Paulus bertaubat dan percaya kepada Yesus; Kornelius yang bukan orang Yahudi menjadi orang percaya.

13–28

Perjalanan-perjalanan misi; Injil sampai di Roma; diberitakan terutama oleh Paulus; Injil menjangkau orang Yahudi terlebih dahulu, tetapi yang lebih utama adalah memberitakan Injil kepada orang bukan Yahudi.

Ayat Utama “Tetapi kamu akan menerima kuasa, apabila Roh Allah datang kepada kamu. Lalu kamu akan menjadi saksi-saksi-Ku di Yerusalem, di seluruh Yudea, dan Samaria, serta sampai ke hujung bumi.” —Kisah Rasul-Rasul 1:8


Hari 1 Baca Lukas 24:46-49 dan Kisah Rasul-Rasul 1:8

L

ukas ialah penulis kedua-dua Injil Lukas dan Kisah Rasul-Rasul. Ayat hari ini menjadi jambatan di antara kedua-dua kitab ini. Dalam Lukas 24:46-47, Yesus meringkaskan tujuan Tuhan. Kita boleh melihat bahawa ayat 46 merupakan ringkasan yang baik bagi Injil Lukas—penderitaan, kematian, dan kebangkitan Kristus daripada kematian. Ayat 47 pula merupakan ringkasan yang baik bagi Kisah RasulRasul—Injil yang sama diberitakan sampai ke hujung bumi. Kita boleh melihat bahawa kedua-dua ayat 46 dan 47 menyampaikan tujuan Tuhan yang penting. Ia dengan jelas menyatakan bahawa penyebaran Injil, misi, dan penginjilan merupakan tujuan utama Tuhan yang berterusan sehingga kekembalian Anak-Nya. Kisah Rasul-Rasul 1:8 agak serupa dengan Lukas 24:47-49. Ia memulakan gaya penulisan naratif bagi Kisah Rasul-Rasul. Roh Kudus akan datang kepada jemaah dan memberi mereka kuasa untuk bersaksi di merata-rata tempat sehingga Injil sampai ke hujung bumi. Walaupun para utusan Tuhan dikuburkan, mesej-Nya tetap kekal.

Salah satu gaya penulisan Lukas adalah dia membuat penekanannya pada kata-kata terakhir. Dalam teks asli Yunani, kata-kata terakhirnya bagi pengenalan yang panjang dalam Lukas 1:4 ialah “pastinya”. Dia mengharapkan pembacanya, Teofilus yakin tentang fakta-fakta yang dilaporkan oleh Lukas. Pada masa yang sama, kata-kata terakhir bagi Kisah Rasul-Rasul dalam bahasa Yunani adalah “dengan kebebasan” (Kisah Rasul-Rasul 28:31). Injil itu telah sampai ke Roma, tetapi ia akah berterusan tanpa henti dan tanpa halangan sehingga semua tujuan Tuhan digenapi. Kebenaran ini akan dinyatakan sepanjang kitab ini. Kitab Kisah Rasul-Rasul memberikan perintah ini kepada jemaah pada abad ke-21 dan kepada anda pada hari ini. Anda memiliki Roh

Kudus. Dia akan memberikan kuasa kepada anda pada hari ini untuk menjadi saksi bagi Kristus di dunia yang sesat. Sebagai seorang pengkhutbah dan penulis Kristian, C. H. Spurgeon menuliskan, “Semua harapan dalam pelayanan terdapat dalam Roh Kudus yang bekerja dalam roh manusia.”1 C. H. Spurgeon, dipetik daripada Reformation and Revival 9, no. 1 (2000).

1

6


Renungkan Cuba fikirkan orang yang anda kenal dan saksikan kepada mereka. Bagaimanakah anda dapat berkongsi Berita Baik dengan lebih berkesan? Adakah anda berfikir bahawa kita cenderung menganggap Lukas 24:47 tidak sepenting Lukas 24:46? Apakah pengaruhnya terhadap jemaah?

7


Hari 2 Baca Kisah Rasul-Rasul 1:1-11

D

ua ayat pembuka ini menghubungkan pembaca kepada Lukas 1:1-4, seperti dalam Lukas, ayat Kisah Rasul-Rasul ini juga ditujukan kepada Teofilus. Kisah Rasul-Rasul bersambung daripada apa yang diakhiri dalam Injil Lukas, iaitu kebangkitan Yesus. Dalam ayat 4-8, Lukas merekodkan kata-kata Yesus yang terakhir kepada para pengikut-Nya sebelum Dia diangkat ke syurga kepada Bapa-Nya. Jadi tidak hairanlah pengikut-Nya mengemukakan soalan itu dalam ayat 6. Sebagai Mesias yang bangkit, adakah Yesus kini akan membawa pengakhiran kepada sejarah, memulihkan kedudukan Israel yang sah, dan memerintah semua ciptaan? Yesus menyatakan dengan jelas bahawa sebelum ini terjadi, ada lebih banyak kerja yang harus dilakukan, tetapi ia bukanlah semata-mata usaha manusia, malah kesaksian yang penuh kuasa Roh Kudus. Jadi mereka harus menunggu (ayat 4), dan mereka akan menerima kuasa (ayat 8)—ini merupakan kurnia Tuhan kepada umat-Nya, seperti yang telah dikatakan oleh Yohanes Pembaptis (ayat 5)—baptisan Roh Kudus. Kesan baptisan ini adalah Roh Kudus akan memampukan jemaah memberikan kesaksian. Kesaksian anda pada hari ini terdiri daripada dua bahagian: anda

8

bersaksi; Roh Kudus juga bersaksi dengan anda (lihat Yohanes 15:26-27). Yesus kemudiannya diangkat ke syurga dan duduk di sebelah kanan Tuhan (ayat 9; Kisah Rasul-Rasul 2:33). Menurut Petrus, bukti bagi hal ini adalah curahan Roh Kudus (Kisah Rasul-Rasul 2:32-33). Para pengikut diingatkan bahawa sebagaimana Yesus diangkat ke syurga, begitu jugalah Dia akan turun. Utusan-utusan syurgawi ini, seperti mereka yang telah mengumumkan kebangkitanNya (Lukas 24:4), kini mengingatkan jemaah bahawa Yesus yang baru sahaja diangkat ke syurga akan kembali (ayat 10-11). Ini menunjukkan bahawa masa kita bersaksi adalah terhad, iaitu sehingga Yesus kembali. Yesus berkata bahawa Dia diangkat ke syurga dalam Lukas 22:69. Kebangkitan-Nya

mencapai kemuncak apabila Dia diangkat ke syurga, ditinggikan, duduk di sebelah kanan Tuhan, dan membela kita (Roma 8:34). Sekarang Dialah yang menduduki tempat yang paling tinggi (Filipi 2:9), Dia memberikan kurnia kepada umatNya (Efesus 4:11) dan dari tempat tertinggi itu, Dia akan kembali dalam kemenangan untuk mencipta langit baru dan bumi baru.


Renungkan

Tidak hairanlah Paulus mendorong kita supaya memusatkan hati dan minda kepada perkaraperkara di syurga, tempat Kristus duduk di sebelah kanan Tuhan (Kolose 3:1-3).

Cuba fikirkan bagaimana Kristus yang diangkat ke syurga membawa berkat bagi anda. Apakah yang sedang dilakukan-Nya di sebelah kanan Bapa? Menurut anda, apakah maksudnya bagi Tuhan Yesus sendiri apabila Dia diangkat ke syurga?

9


Hari 3 Baca Kisah Rasul-Rasul 1:12-26

S

elepas perpisahan terakhir dengan Yesus, para pengikut-Nya yang kini berjumlah 120 orang (Kisah Rasul-Rasul 1:15), dijangkakan berasa suram. Tetapi tidak, kita melihat orang Kristian tetap bergiat dalam penginjilan. Mereka kembali ke Yerusalem, tempat yang Yesus memberitahu mereka sebelumnya bahawa mereka harus menunggu pemberian Tuhan (Kisah Rasul-Rasul 1:4) dan mereka berkomited untuk berdoa bersungguh-sungguh (ayat 14). Pada masa ini, Petrus nampaknya menjadi pemimpin dan jurucakap yang sah bagi kumpulan itu. Dia menyaksikan Mazmur 69:26 dan Mazmur 109:8 digenapi dalam pengkhianatan Yudas dan pemilihan penggantinya antara para rasul lain. Bagi memenuhi kelayakan, orang itu haruslah sudah bersama-sama dengan para rasul, sejak Yohanes membaptis orang sehingga pada hari Yesus diangkat ke syurga, dan haruslah secara peribadi telah melihat Yesus yang bangkit daripada kematian, supaya dapat menjadi saksi bagi kebangkitan itu (ayat 21-22). Dua orang telah dicadangkan, mereka berdoa untuk mendapatkan pimpinan Tuhan dan mengundi, akhirnya Matias pun “terpilih menjadi rasul untuk menyertai sebelas orang rasul yang lain” (ayat 26). Mengapakah Lukas memasukkan

10

butiran ini? Mengapa dia tidak mencatatkan keberangkatan Yesus ke syurga terus kepada hari Pentakosta? Lagipun, nama Matias tidak lagi disebut dalam kitab itu. Pengkhianatan Yudas merupakan kegagalan besar dalam kepimpinan yang harus diakui dan dibetulkan. Lukas memberitahu kita beberapa butiran tentang kegagalan Yudas kerana dia menunjukkan segala baik buruk sejarah gereja. Dia tidak memperlihatkan gereja yang sempurna; dia mengisahkan sikap hipokrit Ananias dan Safira (fasal 5), pertengkaran mengenai para balu (fasal 6), perilaku Petrus (fasal 10), malahan ketidaksabaran Paulus terhadap Yohanes Markus (fasal 15). “Orang yang terbaik masih ada kelemahan.” Kita perlu

mengakui kerapuhan sendiri, dan Lukas menunjukkan bahawa gereja harus memperbaharui kepimpinannya berikutan kemurtadan salah seorang rasul. Kerosakan telah berlaku dan pemulihan diperlukan. Gereja sama sekali tidak harus mencuba untuk menyembunyikan dosanya. Dosa harus diakui dan ditangani.

Selepas berdoa, Petrus menetapkan kelayakan seorang rasul, pengundian sudah dilakukan, dan Matias terpilih.


Renungkan

Kerasulan sekarang menjadi lengkap dan fungsi utamanya (ayat 22) adalah untuk menjadi saksi terhadap kebenaran kebangkitan Kristus. Pengulas Alkitab, Matthew Henry menulis tentang Kisah Rasul-Rasul 1:22, “Lihatlah tujuan rasul-rasul itu ditahbiskan; bukan untuk memperoleh kuasa pemerintahan dunia ini ... tetapi memberitakan Kristus dan kuasa kebangkitan-Nya.”2

Bagaimanakah jemaah awal memberikan teladan kepada kita dalam pemilihan pemimpin gereja? Bagaimanakah pengkhianatan Yudas menjadi satu amaran bagi anda (ayat 16-17)?

Matthew Henry, Commentary on the Whole Bible, vol. 6 (McLean, VA: MacDonald Publishing, 1985).

2

11


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.