APAKAH JANJI PERKAHWINAN? BUKU ASLI: What Is The Promise of Marriage? PENTERJEMAH: Alex Lim EDITOR: Joshua Hooi, Lydia Ng, Stemmah Sariau
RAHSIA PERKAHWINAN YANG KUKUH BUKU ASLI: Building Blocks To A Strong Marriage PENTERJEMAH: Stemmah Sariau EDITOR: Lydia Ng, Stemmah Sariau REKA BENTUK KULIT BUKU: Sam Goh
Kutipan ayat Alkitab daripada Alkitab Berita Baik © 1996 Bible Society of Malaysia. Digunakan dengan kebenaran. © 2011, 2022 Our Daily Bread Ministries, Grand Rapids, Michigan. Hak Cipta Terpelihara. Dicetak di Malaysia
Apakah Janji Perkahwinan? 5 Rahsia Perkahwinan Yang Kukuh 49
PRAKATA Sejak perkahwinan didirikan oleh Tuhan di Taman Eden, lelaki dan perempuan bukan lagi bersendirian, malah “menjadi satu” untuk membentuk keluarga. Tetapi pada zaman kini, perkahwinan yang bahagia dan berkekalan sehingga “kematian memisahkan kita” kelihatan seperti suatu mitos, terutamanya dengan kadar perceraian yang semakin meningkat dan perhubungan kekeluargaan yang retak. Namun kita percaya, sekiranya kita selalu mengizinkan pihak ketiga yang ilahi—Tuhan terlibat dalam kehidupan perkahwinan kita, maka perkahwinan yang kukuh dan bahagia boleh tercapai. Itulah sebabnya penyusunan dua buah buku Siri Bimbingan ini dihasilkan, agar “Dasar Perkahwinan Yang Bahagia” terbentuk berdasarkan hikmat Tuhan. Selain itu, iman dalam Tuhan akan diteguhkan dan kasih akan dibaharui antara suami isteri.
APAKAH JANJI PERKAHWINAN?
K
omitmen sepanjang hayat adalah lebih baik daripada yang dipercayai oleh pasangan yang bertunang. Janji temu, saling mengambil berat, dan kasih sayang sebelum berkahwin tidak semestinya lenyap untuk selama-lamanya dalam kekecewaan. Perkahwinan tetap berbaloi walaupun risiko perceraian adalah tinggi. Namun, untuk menuntut semula visi hubungan perkahwinan yang sebenar, kita perlu meneliti harapan, niat dan kepercayaan kita dalam Tuhan sendiri. Dalam halaman berikut, staf penulis RBC, David Egner menunjukkan bahawa hikmat Alkitab boleh memperbaharui dan menyemarakkan semula janji perkahwinan bagi setiap insan yang tidak sempurna. Martin R. De Haan II
6
Janji Yang Semakin Pudar
B
ob merempuh masuk bengkelnya, dan melemparkan sepotong kayu ke arah timbunan saki-baki di sudut. Dia dan Peggy baru bertengkar. Dia sudah muak dengan kejadian sebegini dan sangat tidak gembira. Dia terfikir untuk memandu lorinya dan meninggalkan segala-galanya buat selamanya. Namun, dia tidak berbuat begitu apabila teringat Amy yang berumur 14 tahun dan Marcie, 16 tahun. Bob bekerja keras—kadangkala 60 jam seminggu. Dia telah membina rumah mereka dan bangsal untuk beberapa ekor kuda. Dia berusaha memberi Peggy dan anak-anak perempuannya kehidupan yang selesa. Namun Peggy menjadi kurang intim dan tidak menghargai usaha Bob. Apabila mereka cuba berbincang, mereka seolah-olah bercakap dalam dua bahasa yang berlainan. 8 Bukannya Bob suka memeriksa perasaannya sendiri. Tetapi kini dia tidak dapat mengetepikannya lagi. 8 Anak-anak perempuannya pula kadangkala merumitkan lagi keadaan. Bob terlupa betapa banyak yang dilakukan oleh ayahnya—dan semasa kecil dia juga tidak menghargai ibu bapanya—sehinggalah hidup bersama dengan Amy dan Marcie menjadi semakin susah seperti dengan Peggy. Anakanak telah berubah menjadi remaja yang mempunyai tuntutan tinggi serta tidak mengenang budi. Apakah Janji Perkahwinan? |
7
Bukannya Bob suka memeriksa perasaannya sendiri. Dia sering mengetepikan perasaannya agar dia dapat menumpukan perhatian pada kerja yang perlu diselesaikan. Tetapi kini dia tidak dapat mengetepikannya lagi. “Adakah ini erti perkahwinan,” dia bertanya, “menjadi keseorangan, marah, geram dan kecewa? Jiwa saya berasa kosong.” Sandy dan Dave telah berkahwin kurang daripada 10 tahun dan Sandy berasa sangat penat. Dave sering bertukar pekerjaan kerana merasa bahawa “Orang tidak pernah menghargai sumbangan saya.” Dave inginkan keluarga dengan segera, dan Sandy baru tahu anak yang ketiga akan dilahirkan tidak lama lagi. Berita tersebut mengusik emosinya. Sandy berhasrat mendapat seorang anak lagi—tetapi bukan sekarang. Mereka tidak mampu menyara seorang anak lagi. 8 Sandy berasa terperangkap dan amat susah hati. Dia tidak pernah terfikir dia akan mempunyai kehidupan sebegini! 8 Dave membeli barang yang diinginkannya dengan sewenang-wenang—selepas mereka berbelanja lebih dalam pembelian rumah dan kereta. Sandy bekerja sekeras yang boleh, tetapi semakin banyak Sandy peroleh, semakin banyak yang dibelanjakan oleh Dave. Dave jarang memotong rumput, pengering pakaian perlu dibaiki, dan tingkap di tingkat bawah tanah masih pecah. 8
| Apakah Janji Perkahwinan?
Ibu bapa Sandy telah membantu sebanyak yang boleh, tetapi dia tidak mahu meminta pertolongan lagi kecuali dia betul-betul memerlukannya. Kalaulah Dave menepati janjinya dan mencari pekerjaan yang tetap, serta menjadi lebih bertanggungjawab dari segi kewangan. Sandy sudah berkali-kali bercakap dengan Dave tentang hal ini. Dave telah membuat pelbagai janji—yang tidak pernah ditunaikannya. Kini seorang bayi lagi akan dilahirkan. Sandy berasa terperangkap dan amat susah hati. Sepuluh tahun yang lalu apabila Sandy melafazkan ikrar perkahwinan dengan Dave, dia tidak pernah terfikir dia akan mempunyai kehidupan sebegini!
Visi Yang Diperbaharui
B
ob dan Sandy berasa marah, tersinggung dan tertipu. Mereka tidak pernah menduga keadaan seperti ini. Bulan madu mereka telah berakhir lebih cepat daripada yang dijangka. Segala janji kebahagiaan, keselamatan, kemesraan dan saling mengasihi semakin pudar dalam kenyataan kehidupan perkahwinan mereka. Mereka bukan sendirian. Perasaan mereka turut dirasai dalam banyak perkahwinan. Jika bukan banyak orang muda memilih untuk tinggal bersama tanpa berkahwin, kadar perceraian akan meningkat dengan lebih tinggi lagi. Di samping itu, 50 peratus belia pada hari ini membesar di dalam rumah tangga yang mengalami kepiluan, kesedihan, Apakah Janji Perkahwinan? |
9
kadangkala perceraian yang menyakitkan. Mereka menyaksikan kesannya terhadap Ibu serta Ayah, dan tidak mahu perkara ini terjadi kepada mereka. Tetapi perkahwinan tidak perlu menjadi seperti itu. Walaupun statistik perceraian dan bilangan hubungan retak semakin meningkat, namun perkahwinan masih menawarkan harapan dan peluang untuk menemui makna cinta sejati. Benar, perkahwinan yang bahagia memerlukan banyak usaha, sama seperti perkara lain yang membawa faedah. Benar, kita perlu berkorban. Tetapi segala dividen yang kita peroleh daripada hubungan yang sihat, jauh melebihi semua pengorbanan kita. Benar, keadaan kini nampak mustahil. Tetapi jika kita mengikuti beberapa prinsip asas, maka keadaan mungkin berubah secara drastik dan memihak kita. Benar, hal ini suatu tanggungjawab yang besar terutamanya apabila anak dilahirkan. Tetapi dengan tanggungjawab itu, datang juga kuasa dan bantuan Tuhan untuk mengubahnya menjadi hasil yang memuaskan hati. Benar, ada banyak lagi cara untuk menyelesaikan masalah kesepian jiwa dan tidak puas hati. Generasi kita tergila-gila akan “cinta tiga-segi”, “urusan pejabat” yang berunsur seks, dan salah tanggapan tentang hubungan seks yang selamat. Tetapi siapa akan berkata dia gembira kerana berpeluang melakukan hubungan seks di luar perkahwinan sebelum akhir hayatnya? Benar, nampaknya idea yang paling baik adalah 10
| Apakah Janji Perkahwinan?
RAHSIA PERKAHWINAN YANG KUKUH
T
idak banyak jawapan dapat ditawarkan oleh masyarakat untuk mengubah kecenderungan yang menjadi perkahwinan tidak bahagia. Tetapi jawapan memang ada—dalam buku yang paling banyak diterbitkan dalam sejarah. Dengan keyakinan itu, David Egner, staf penulis RBC telah menghasilkan buku kecil ini untuk meringkaskan ajaran Alkitab mengenai perkahwinan. Kami berdoa agar melalui jawapan-jawapan yang terdapat dalam halaman-halaman ini, ramai orang akan diteguhkan dan kasih mereka dibaharui. Martin R. De Haan II
50
| Rahsia Perkahwinan Yang Kukuh
10 BLOK BINAAN BERDASARKAN ALKITAB
K
etika Tuhan menciptakan perkahwinan, Dia membentuk perhubungan seumur hidup yang mendapatkan kekuatan dan ketahanan daripada-Nya. Lama-kelamaan, Dia menggunakan hikmat daripada Firman-Nya untuk mengajar para suami dan isteri tentang caranya menjadi sahabat kepada pasangan mereka. Dalam proses itu, Dia memberi kita semua pengertian akan blok-blok binaan yang penting untuk perkahwinan yang kukuh seperti berikut: 1. Komitmen Seumur Hidup 2. Identiti Yang Sama 10 3. Kesetiaan Mutlak 8 9 4. Peranan Yang Jelas 5. Kasih Yang Sepenuhnya 5 6 7 6. Saling Tunduk 7. Kepuasan Seksual 1 2 3 4 8. Komunikasi Terbuka 9. Penghormatan Yang Penyayang 10. Persahabatan Rohani Semasa kita merenungkan 10 blok binaan tersebut, ingatlah bahawa semua itu bukan buatan manusia. Kesemuanya diberi kepada kita oleh Tuhan sendiri. Oleh itu, anda dan pasangan anda boleh yakin bahawa apabila anda berdua mengikuti semuanya, anda berdua akan mempunyai perkahwinan yang kukuh.
56
| Rahsia Perkahwinan Yang Kukuh
Tetapi mungkin suami/isteri anda berada di tahap lain secara rohani ataupun tidak mahu menerima kewibawaan Alkitab. Jika pasangan anda rela untuk tinggal tetap dengan anda, maka inilah peluang untuk menunjukkan kepadanya hasil pertolongan Tuhan untuk membentuk anda menjadi suami/isteri yang baik (1 Korintus 7.12-16). Oleh itu, jangan tutup buku kecil ini. Kami sungguh-sungguh percaya bahawa buku ini boleh menolong anda. BLOK BINAAN 1: Komitmen seumur hidup Blok binaan pertama yang berdasarkan Alkitab bagi perkahwinan yang kukuh adalah komitmen seumur hidup daripada lelaki dan wanita. Firman Tuhan menjelaskan bahawa perkahwinan yang terbaik bagi Tuhan adalah perkahwinan 1 sepanjang hayat antara satu orang lelaki dan satu orang wanita. Dengan komitmen seperti ini, Tuhan Yesus berkata: Belum pernahkah kamu baca ayat Alkitab yang mengatakan bahawa pada mulanya Allah menjadikan orang lelaki dan perempuan? Kemudian Allah berfirman, “Itulah sebabnya seorang lelaki meninggalkan ibu bapanya dan bersatu dengan isterinya, lalu kedua-duanya menjadi satu.” Dengan demikian mereka bukan lagi dua orang, tetapi satu. Oleh itu mereka yang telah disatukan Rahsia Perkahwinan Yang Kukuh |
57
oleh Allah, tidak boleh dipisahkan oleh manusia” (Matius 19.4-6). Kemudian, untuk menjawab soalan tentang perceraian, Yesus berkata lagi: Musa membenarkan kamu menceraikan isteri kerana kamu terlalu sukar diajar. Tetapi sebenarnya bukanlah demikian pada mulanya. Ketahuilah, sesiapa menceraikan isterinya, kecuali kerana perzinaan, orang itu berzina jika dia berkahwin lagi dengan wanita lain (ayat 8-9). Janji perkahwinan adalah komitmen seumur hidup— kecuali kecurangan yang serius berlaku dalam perkahwinan. Kalau tidak, janji kepada Tuhan dan satu sama lain tidak boleh dimungkiri (rujuk Pengkhubah 5.4-5). Perkahwinan adalah untuk sepanjang hayat. Renungkan kisah benar yang berikut: Seorang lelaki dan seorang perempuan baru berkahwin selama satu tahun apabila si isteri didapati sakit tenat. Selepas memikirkan perkara itu semasak-masaknya, dia memberitahu suaminya bahawa dia ingin “membebaskan dia.” Tetapi si suami tidak meninggalkan isterinya. Penjagaan yang lembut dan penuh kasih sayang yang dicurahkan oleh si suami kepada isterinya menjadikan tahun-tahun terakhirnya bahagia dan istimewa. Mengapa si 8 “Janji perkahwinan adalah komitmen seumur hidup. ‘Mulai hari ini’ diteruskan selama hidup orang tersebut.” 8 58
| Rahsia Perkahwinan Yang Kukuh
suami berbuat begitu? “Kerana,” katanya, “ketika saya berjanji di hadapan Tuhan ‘dalam kekayaan dan kemiskinan’ dan ‘dalam kesakitan dan kesihatan,’ saya mengucapkannya dengan sungguh-sungguh. Dan hasilnya, Tuhan membuat kami berdua sangat bahagia.” BLOK BINAAN 2: Identiti Yang Sama Blok binaan yang kedua dalam perkahwinan yang kukuh adalah suami isteri melihat diri mereka sebagai satu. Lelaki dan perempuan masing-masing tidak lagi menjalani hidup untuk diri sendiri. Kini ada 1 2 kesatuan baru, keluarga baru, dan unit baru. Adam mengungkapkan identiti yang sama ini apabila Tuhan membawa dia kepada perempuan itu. Dia berkata: Inilah dia, orang yang sama dengan aku—tulang daripada tulangku, dan daging daripada dagingku. Aku namakan dia perempuan, kerana dia diambil daripada lelaki (Kejadian 2.23). Ayat yang seterusnya mengambil kesimpulan berikut: “lalu mereka menjadi satu” (ayat 24). Tetapi bukannya selalu mudah untuk hidup bersatu dalam kehidupan sehari-hari. Oleh sebab suami dan isteri mempunyai kebiasaan, latar belakang, ibu bapa, pendidikan, keperibadian, dan luka hati yang berbeza. Rahsia Perkahwinan Yang Kukuh |
59