Kitab
Roma
Rancangan Tuhan yang Sempurna
Perjalanan Iman bersama David Cook
Kitab Roma: Rancangan Tuhan yang Sempurna © 2014 oleh David Cook Hak cipta terpelihara. Reka Bentuk Kulit Buku: Joshua Tan, Alex Soh Foto Kulit: Padang gurun Israel, Alex Soh © RBC Ministries Ayat Alkitab dipetik daripada: Alkitab Berita Baik © 1996 Bible Society of Malaysia & Alkitab Terjemahan Baru © 1974 Lembaga Alkitab Indonesia. Digunakan dengan keizinan. Segala hak cipta terpelihara. Buku ini diterbitkan berdasarkan izin daripada 10Publishing (UK), yang pada awalnya menerbitkan buku ini dan yang memegang lesen penerbitannya. 10Publishing merupakan divisi 10ofthose.com. Edisi bahasa Malaysia diterbitkan dan diedarkan oleh Discovery House Distributors Sdn. Bhd. www.dhdmalaysia.com Dicetak di Malaysia. Cetakan pertama pada tahun 2016 * ATB—Alkitab Terjemahan Baru
Prakata Martin Luther percaya bahawa ujian kedewasaan bagi orang percaya atau jemaah adalah pengertian mereka akan surat Paulus kepada jemaah di Roma. Selama 50 hari ke depan, saya berdoa agar anda akan terpesona semula oleh rancangan Tuhan yang sempurna dalam membawa kita, kaum yang berdosa, kepada Tuhan melalui Anak-Nya, Yesus Kristus, Peribadi yang benar dan adil. Kitab Roma menunjukkan kepada kita bahawa ada perbezaan yang sangat besar antara berusaha untuk melakukan segala tuntutan keagamaan demi mencapai standard kebenaran Tuhan, dengan mempercayai karya Tuhan yang menjembatani jurang antara diri-Nya dan kita. Dunia perlu mendengar bagaimana seseorang dapat berbaik semula dengan Tuhan dan kita perlu melihat kebenaran itu diterapkan dalam amalan kehidupan. Saya yakin bahawa renungan yang anda lakukan selama 50 hari seterusnya akan membawa anda memulakan suatu perjalanan iman yang menyeronokkan sehingga anda menjadi seseorang yang tekun, teliti dan sungguh-sungguh akan firman Tuhan—Alkitab. Segala Kemuliaan bagi-Nya,
David Cook
Kami gembira kerana anda turut serta dalam perjalanan iman untuk menjalin perhubungan yang lebih mendalam bersama dengan Yesus Kristus! Selama lebih daripada 50 tahun, kami dikenali kerana bahan renungan harian, Our Daily Bread (Pedoman Harian). Ramai pembaca suka artikel-artikelnya yang bernas, memberi ilham, menyentuh kehidupan yang memimpin mereka kepada Tuhan, kebijaksanaan serta janji-janji daripada firman-Nya yang tidak berubah. Berdasarkan asas yang kukuh dalam hal membawa peribadi mahupun keluarga kepada perhubungan yang lebih dekat dengan Tuhan dalam Yesus Kristus melalui renungan firman-Nya setiap hari, kami telah menghasilkan Siri Perjalanan Iman bertujuan membantu orang percaya meluangkan masa bersama Tuhan dalam firman-Nya, kitab demi kitab.
Bagaimana Menggunakan Siri Perjalanan Iman BACA: Buku ini disusun untuk dibaca sebagai pengiring dalam perjalanan anda bersama-sama Tuhan melalui firman-Nya yang diilhamkan. Ia menyediakan catatan keterangan untuk menolong anda memahami firman Tuhan dengan cara yang baharu. RENUNGAN: Soalan-soalannya disusun untuk menolong anda memberikan respons kepada Tuhan dan firman-Nya, dan mengizinkan Dia mengubah anda dari dalam dan luar. CATATAN HARIAN: Ruangan yang disediakan membolehkan anda mencatatkan buah-buah fikiran dan semua respons anda.
Kitab Roma: Rancangan Tuhan yang Sempurna Gambaran Keseluruhan Kemungkinan Paulus menulis surat kepada jemaah di Roma dari Korintus kira-kira pada 57 TM, iaitu di penghujung perjalanan misinya yang ketiga (Kisah Rasul-Rasul 18:23–19:40). Surat ini dipanggil dokumen teologi terbaik yang pernah ditulis. Di dalamnya, Paulus memberikan garis besar tentang kepercayaan Kristian, dan menjelaskan rancangan Tuhan yang sempurna untuk membawa orang berdosa kembali kepada-Nya. Surat ini memberikan huraian Paulus yang terlengkap tentang perkara yang terpenting, yakni kebenaran: Bagaimana seseorang dapat menjadi benar (atau berbaik semula) dengan Tuhan, dan bagaimana seseorang dapat menjalani kehidupan yang benar dan memuliakan Tuhan. Struktur kitab Roma menggambarkan tema tersebut: 1:1-17 Memperkenalkan tema kebenaran 1:18–3:20 Sifat semula jadi manusia yang tidak benar 3:21–5:21 Cara Tuhan menjadikan kita benar 6:1–8:39 Kunci kepada kehidupan yang benar 9:1–11:36 Tindakan Tuhan yang adil terhadap Israel 12:1–15:13 Kebenaran dalam kehidupan bersama 15:14–16:27 Kata-kata penutup Ayat kunci: Aku yakin dengan sepenuhnya bahawa Berita Baik itu kuasa Allah yang menyelamatkan semua orang yang percaya kepada Yesus, mula-mula orang Yahudi, dan juga orang bukan Yahudi. Berita Baik itu menunjukkan cara bagaimana hubungan manusia dengan Allah menjadi baik semula, iaitu melalui kepercayaan kepada-Nya, dari mula sehingga akhir. Hal itu seperti yang tertulis di dalam Alkitab, “Orang yang percaya kepada Allah sehingga hubungannya dengan Allah baik semula, orang itu akan hidup!” —Roma 1:16-17
hari
baca
1
Roma 1:1-7
D
alam ayat-ayat ini, Paulus memperkenalkan dirinya, beritanya dan pembacanya.
Surat ini bermula dengan amat jelas: “Surat ini daripada Paulus, hamba Kristus Yesus.” Pada zaman dunia purba, seorang hamba tidak mempunyai hak; perkahwinan dan keluarga seorang hamba tidak diiktiraf; kematian seorang hamba tidak disiasat. Menjadi seorang hamba merupakan suatu keadaan yang sangat buruk. Bagaimanapun, Paulus menggunakan gelaran itu sebagai lambang kehormatan, kerana dia ialah hamba Yesus Kristus. Menjadi hamba Yesus Kristus adalah suatu keadaan yang memerdekakan.
Perhatikan penerangan Paulus tentang dirinya dalam ayat 1 dan 5 itu menggambarkan bagaimana dia telah dibentuk dan diteguhkan oleh Injil. Dalam ayat 2-4, Paulus menerangkan beritanya. Pada dasarnya, Berita Baik adalah tentang “Tuhan kita Yesus Kristus”. Dalam ayat 3, Paulus memberitahu kita bahawa kemanusiaan Yesus itu nyata dan bukannya suatu khayalan. Dalam ayat 4, dia mengingatkan kita bahawa
6
Siri Perjalanan Iman
ketuhanan Yesus itu disahkan oleh kebangkitan tubuh-Nya. Dalam ayat 6-7, Paulus menggambarkan para pembacanya sesuai dengan pekerjaan Berita Baik dalam hidup mereka. Mereka “sudah dipanggil” (ayat 6); mereka “dikasihi oleh Allah” dan mereka “dipanggil oleh-Nya untuk menjadi umat-Nya” (ayat 7). Dalam ayat 7, Paulus mengubah ucapan “salam sejahtera” yang biasa kepada salam yang lebih berpusat pada Berita Baik, iaitu “berkat dan kesejahteraan.” Dalam ayat-ayat pendahuluan ini: • Paulus menggambarkan firman
Tuhan (ayat 2), Roh (ayat 4) dan umat Tuhan (ayat 7) sebagai “kudus” (ayat 7, ATB).
• Seperti dalam ayat-ayat Perjanjian Baru yang lain, “orang-orang kudus”—atau “umat-Nya” dalam terjemahan Alkitab yang lain—selalu digunakan dalam bentuk jamak. Perkataan itu diambil daripada perkataan “kudus” dan bermaksud “dikhaskan, diasingkan.” • Paulus membentuk imej diri dan caranya melihat orang lain berdasarkan Berita Baik. Menurut ahli teologi J. I. Packer dalam bukunya, Knowing God, inilah identiti kita: “Aku anak Tuhan. Tuhan ialah Bapaku; syurga ialah rumahku;
Perjalanan Iman setiap hari semakin dekat. Penyelamatku ialah saudaraku; setiap orang Kristian juga saudaraku.� Itulah identiti yang dibentuk oleh Berita Baik.
renungkan Bagaimanakah anda membentuk imej diri sesuai dengan penegasan Berita Baik tentang identiti anda dalam Kristus? Adakah anda bertekad untuk memandang dan memper lakukan orang lain sebagaimana Tuhan melihat mereka? Apakah per bezaan yang dapat dihasil kan oleh sikap tersebut ter hadap per hubungan anda dengan mereka?
Kitab Roma: Rancangan Tuhan yang Sempurna
7
baca
hari
2
Roma 1:8-17
P
aulus merintis beberapa jemaah yang penting dalam Empayar Roma—di Tesalonika, Korintus dan Efesus—tetapi dia tidak merintis jemaah di Roma yang terletak di pusat Empayar Roma. Paulus tidak pernah berjumpa dengan jemaah di Roma. Namun kita melihat perhatiannya yang sungguh-sungguh terhadap perkembangan orang percaya di sana. Paulus bersyukur atas mereka (ayat 8), dan mendoakan mereka sebagai tanggungjawabnya (ayat 9-10). Paulus merupakan seorang pemurah dan tidak berfikiran sempit. Paulus mendoakan serta menyokong pekerjaan Tuhan. Paulus menjadi contoh dalam pelayanan yang amat berbeza dengan beberapa orang yang berasa iri hati dan tidak selesa terhadap keberhasilan orang lain. Paulus memberikan teguran yang sangat tepat terhadap sikap yang salah tersebut. Berapakah sering kritikan tajam kita terhadap pelayanan orang lain itu sebenarnya hanyalah luapan daripada perasaan iri hati? Sama ada Tuhan melakukan pekerjaan-Nya melalui Paulus atau tidak, Paulus tetap bersukacita melihat pekerjaan Tuhan sedang dilakukan. Dia bersyukur dan berdoa secara khusus agar “Allah
8
Siri Perjalanan Iman
mengizinkan” (ayat 10) dia pergi melawat mereka. Paulus ingin agar pelayanan itu terus bertumbuh dan dia ingin berkongsi “berkat daripada Roh Allah” (ayat 11)—kemungkinan yang dimaksudkan ialah Berita Baik—supaya jemaah Tuhan dapat dikuatkan. Bagaimanapun, Paulus tidak mahu pergi ke sana sebagai seorang yang lebih unggul daripada mereka. Ayat 12 menjelaskan bahawa dia berharap supaya mereka akan saling memberkati dalam lawatan itu—perhatikan penekanan pada kata-kata “kepercayaanku kepada Yesus boleh menguatkan kamu” dan “kepercayaan kamu kepada Yesus boleh menguatkan aku”. Paulus tidak memberikan kesan bahawa dia berada di atas mereka atau membuat mereka berasa bahawa mereka tidak diperlukan. Ada orang menuduh Paulus belum pernah melawat jemaah di Roma kerana dia tidak menaruh perhatian atas mereka; tetapi dia memperbetul perkara itu dalam ayat 13. Keinginannya adalah melihat tuaian di Roma dalam kalangan orang bukan Yahudi kerana dia merupakan rasul kepada bangsa bukan Yahudi (Kisah Rasul-Rasul 9:15).
Perjalanan Iman Jelaslah bahawa Paulus bukan hanya seorang ahli teologi yang luar biasa, dia juga seorang mubaligh dan pemberita Injil yang sangat bersemangat.
renungkan Renungkan sikap Paulus yang amat murah hati dan sokongannya yang ber kobarkobar ter hadap per khabaran Berita Baik. Adakah anda terdor ong oleh sikap dan per lakuannya ter hadap orang yang tidak per nah dijumpainya? John Wesley per nah ber kata bahawa f ikiran sempit ialah musuh Berita Baik. Adakah f ikiran sempit per nah menyusup ke dalam f ikiran anda?
Kitab Roma: Rancangan Tuhan yang Sempurna
9
baca
hari
3
Roma 1:8-17
P
aulus mengakhiri pendahuluan suratnya dengan tiga pernyataan “aku” dalam ayat 14, 15, dan 16. Pertama, dia berkata “Aku
mempunyai kewajipan” (ayat 14). Dia wajib (maksud harfiah: berhutang) kepada “yang beradab dan yang tidak beradab”—yakni kepada semua budaya—dan kepada “yang berpendidikan dan yang tidak berpendidikan”—maksudnya, kepada semua tingkat masyarakat dalam budaya-budaya tersebut.
Apakah yang membuat dia berasa berhutang? Semuanya berpunca daripada rahmat Tuhan kepada Paulus. Dahulu dia penganiaya jemaah. Kini dia rasul Kristus. Rahmat yang begitu luar biasa membuat Paulus berhutang kepada semua orang.
Rahmat tidak dapat diusahakan. Namun menerimanya dengan percuma membuat kita berhutang kepada semua orang. Mungkin Paulus berasa lebih selesa bersama orang dengan latar belakang yang sama dengan dirinya, tetapi rasa berhutangnya mendorong dia keluar untuk menjangkau sesiapa sahaja tanpa membeza-bezakan mereka.
10
Siri Perjalanan Iman
Itulah sebabnya dia berkata “aku ingin sekali” (ayat 15). Perkataan “ingin sekali” jarang digunakan dalam Perjanjian Baru. Secara harfiah, maknanya adalah bertekad. Ketekadan seperti itu merupakan inti kedewasaan. Misalnya dalam Filipi 3:15, Paulus berkata bahawa orang yang matang dalam kehidupan akan bertekad untuk mengejar keintiman yang lebih dalam dan keserupaan dengan Kristus. Bandingkan hal itu dengan gambaran ketidakdewasaan dalam Efesus 4:14, apabila orang percaya yang belum dewasa digambarkan sedang “diumbang-ambingkan” dari satu perkara baharu kepada perkara baharu yang lain. F. F. Bruce, seorang pentafsir Alkitab berkata tentang Paulus: “Kita mendapat kesan bahawa dia seseorang yang mempunyai keteguhan tekad yang amat luar biasa”. Demikianlah tekad Paulus yang berkobar-kobar untuk mengkhabarkan Berita Baik di Roma. Akhirnya Paulus berkata, “aku yakin dengan sepenuhnya” (ayat 16).
Dia tidak malu akan Berita Baik, malah Paulus bersiap sedia untuk mengkhabarkannya kerana Berita Baik itu ialah kuasa Tuhan untuk menyelamatkan orang yang percaya. Penyelamatan diperoleh dengan iman; usaha manusia tidak akan dapat menghasilkannya.
Perjalanan Iman Paulus rindu pergi ke Roma yang diperintah oleh Maharaja Nero, sebagai seorang duta Berita Baik. Dia tidak pergi dengan rombongan besar. Dia tidak pergi dengan membawa senjata. Dia pergi dengan membawa satu berita. Dia membawa satu berita tentang seorang Yahudi yang telah disalibkan. Di Roma pada zaman pemerintahan Nero, berita itu mungkin sesuatu yang kedengaran lucu. Namun ahli sejarah T.R. Glover berkata bahawa akan tiba harinya apabila orang akan menamakan anjing peliharaan mereka “Nero� dan anakanak lelaki mereka sebagai “Paulus�.
renungkan Bagaimanakah rahmat Tuhan yang telah anda alami mendor ong anda menyedari rasa ber hutang anda untuk mengkhabar kan Berita Baik? Bagaimanakah rasa ber hutang itu dinyatakan dalam cara anda memberi, berdoa, dan melakukan kegiatankegiatan? Adakah keyakinan yang kukuh dalam Berita Baik mendor ong anda mengkhabar kannya kepada orang lain?
Kitab Roma: Rancangan Tuhan yang Sempurna
11