Siri Perjalanan Iman
Lukas
Renungkan Firman Tuhan bersama Mike Raiter selama 62 hari
Siri Perjalanan Iman Lukas © 2017 oleh Michael David Raiter Hak cipta terpelihara. Discovery House Distributors ialah pelayanan bersekutu dengan Our Daily Bread Ministries. Ayat Alkitab dipetik daripada: Alkitab Berita Baik © 1996 Bible Society of Malaysia & Alkitab Terjemahan Baru © 1974 Lembaga Alkitab Indonesia. Digunakan dengan kebenaran. Segala hak cipta terpelihara. Reka Bentuk Kulit: Joshua Tan Reka Bentuk Huruf: Grace Goh Dicetak di Malaysia Cetakan pertama: 2018 *ATB-Alkitab Terjemahan Baru
Prakata Semasa kelahiran Yesus, malaikat-malaikat mengumumkan kepada gembalagembala yang berdekatan Betlehem bahawa “Pada hari ini di kota Daud telah lahir Penyelamat kamu, Kristus, Tuhan� (Lukas 2:11). Berita yang baik ini bukan sahaja disampaikan untuk orang yang tinggal di Yudea pada 2,000 tahun yang lalu, malahan untuk seluruh dunia. Dunia kita memerlukan penyelamatan. Kita diasingkan daripada Tuhan yang menciptakan kita, mengasihi kita, dan kesemua kita perlu berdamai dengan-Nya. Kita memerlukan seseorang untuk membawa kita kembali kepada Tuhan. Berita baik yang disampaikan oleh Lukas kepada pembacapembacanya ialah Penyelamat telah datang. Penyelamat telah mengampuni dosa kita agar kita dapat menjadi sahabat Tuhan semula, seperti pencuri yang digantung pada kayu salib di sebelah Yesus pada akhir hayatnya, kita boleh yakin bahawa “Percayalah, pada hari ini kamu akan bersama-sama Aku di Firdaus� (Lukas 23:43). Dalam kitab Lukas ini, kita bertemu dengan Yesus. Kita melihat belas kasihan-Nya terhadap orang yang sesat. Kita berasa kagum akan kewibawaan-Nya ke atas penyakit, kematian dan kerasukan roh jahat. Kita mendengar panggilan-Nya untuk menyerahkan segala-galanya dan mengikut-Nya. Kita maklum akan penyelamatan yang dibawa oleh-Nya. Mari kita menyertai perjalanan bersama Lukas dan menemui Tuhan Yesus Kristus, Penyelamat kita.
Terpujilah Tuhan selama-lamanya,
Mike Raiter
Kami berbesar hati kerana anda turut menyertai perjalanan ini yang menuju ke suatu hubungan yang lebih mendalam dengan Yesus Kristus! Selama lebih daripada 50 tahun, pelayanan kami dikenali kerana bahan bacaan renungan harian, Our Daily Bread (Pedoman Harian). Ramai pembaca suka artikel-artikelnya yang bernas, memberikan inspirasi, menyentuh kehidupan dan memimpin mereka kepada Tuhan, serta kebijaksanaan dan janji-janji dalam firman-Nya yang tidak berubah. Selain daripada Pedoman Harian yang anda biasa kenali, kini kami menghasilkan Siri Perjalanan Iman untuk membantu orang percaya mengambil masa bersama Tuhan dalam firman-Nya. Kami percaya bahawa siri buku ini dapat membantu individu serta keluarga untuk membina hubungan harian yang lebih rapat dengan Dia, melalui Tuhan dan Penyelamat kita, Yesus Kristus.
Cara Menggunakan Siri Perjalanan Iman BACA: Buku ini disusun untuk dibaca sebagai panduan dalam perjalanan anda bersama-sama Tuhan ketika anda menjelajahi firman-Nya yang diilhamkan. Ia menyediakan catatan keterangan untuk membantu anda memahami firman Tuhan dengan sudut pandangan yang baru. RENUNGKAN: Pertanyaan-pertanyaan disusun bagi membantu anda memberi respons kepada Tuhan dan firman-Nya, serta mengizinkan Dia mengubah jiwa dalaman anda sehingga anda menjadi orang yang baharu dalam Kristus. CATATKAN: Ruangan yang disediakan membolehkan anda mencatat buahbuah fikiran dan menuliskan respons anda.
Gambaran Keseluruhan Dalam pengenalan, Lukas memberitahu kita bahawa dia telah menulis kitab Injil ini supaya kita boleh pasti dengan iman kita dalam Yesus yang berasaskan dasar sejarah yang kukuh (1:1-4). Dia memperkenalkan Yesus, yang merupakan Anak Tuhan, Tuan dan Mesias kepada kita. Namun, Lukas menegaskan bahawa Yesus ialah Penyelamat bagi seluruh dunia. Dalam ucapan syukur pada permulaan kitab Injil ini, Maria “bersukacita kerana Allah, Penyelamatku” (1:47). Sejak itu, kita melihat Yesus menyelamatkan orang berdosa. Kitab ini mencapai kemuncak pada saat penyelamatan yang indah ini berlaku pada ketua pemungut cukai, Zakheus, dan Yesus mengisytiharkan bahawa Dia telah datang untuk mencari dan menyelamatkan orang yang sesat (19:10). Sewajarnya, Injil Lukas ini berakhir dengan Yesus mengutus pengikut-pengikut-Nya untuk menyampaikan berita baik mengenai pengampunan ini kepada seluruh dunia. Kita perlu memberi respons terhadap kurnia penyelamatan yang indah ini dengan iman dan ketaatan. Bahagian tengah kitab ini (9:51-19:44) menggambarkan perjalanan Yesus ke Yerusalem dan kematian-Nya pada kayu salib. Dalam perjalanan ini, Dia mengajar pengikut-pengikut-Nya mengenai pemuridan. Kita seharusnya mengikut jejak langkahNya dengan menjalani kehidupan dalam kasih, belas kasihan dan kemurahan hati. Yesus memberi amaran kepada kita bahawa pemuridan menuntut pengorbanan yang besar dan kita, seperti Yesus, mesti sudi untuk memikul kayu salib yang penuh dengan penderitaan dan penolakan (14:27). Walau bagaimanapun, kemuliaan menantikan kita pada akhir perjalanan kita, seperti Yesus. Bagi kita, inilah harapan yang pasti mengenai Firdaus (23:43).
Struktur Lukas 1:1–4 Pengenalan: Tujuan Berita Baik 1:5–2:52 Kelahiran Yohanes Pembaptis dan Yesus 3:1–4:13 Persediaan untuk Pelayanan Yesus 4:14–9:50 Pelayanan Yesus di Galilea 9:51–19:44 Perjalanan ke Yerusalem 19:45–21:38 Yesus di Rumah Tuhan 21:39–23:56 Kematian Yesus 24:1–52 Kebangkitan Yesus dan Pengutusan Para Rasul
Ayat Kunci
“Anak Manusia datang untuk mencari dan menyelamatkan orang yang sesat.” —Lukas 19:10
Hari 1 Baca Lukas 1:1–4
K
ita akan menghabiskan 62 hari yang berikut dalam pengembaraan yang indah melalui Injil Lukas, dengan mempelajari kehidupan dan pekerjaan Yesus. Tiada perkara yang lebih penting dalam kehidupan orang Kristian selain memiliki keyakinan dalam Alkitab. Segala sesuatu yang kita tahu tentang kehidupan Yesus, kebanyakannya adalah daripada empat kitab Injil dalam Perjanjian Baru. Lagu pujian lama ini sungguh benar: “Yesus sayang padaku, Alkitab mengajarku.” Oleh itu, kita perlu memiliki kepastian tentang kebenaran Alkitab. Itulah sebabnya Lukas memulakan Injilnya dengan pendahuluan, untuk mempertahankan kebolehpercayaan yang bakal ditulisnya.
yang dicatatnya datang daripada ramai saksi yang hadir. Semua yang ditulisnya adalah tentang “peristiwa yang berlaku di kalangan kami” (ayat 1). Tuhan menjanjikan
Lukas merupakan salah seorang rakan seperjuangan Paulus dalam pelayanan misinya, seorang kawan kepada para rasul, dan seorang doktor. Dia sedang menulis Injil ini kepada Teofilus, orang bukan Yahudi yang berpangkat, dan namanya bermaksud “sahabat Tuhan”. Teofilus berkemungkinan seorang Kristian, atau mungkin sedang mencari Tuhan. Namun, tidak kira siapa pun Teofilus, Injil Lukas ditulis untuk semua lelaki dan perempuan, baik dahulu, mahupun sekarang.
Ada kalanya kita meragui kebenaran kepercayaan kita. Ada banyak orang mengetepikan Yesus, dan ada cendekiawan yang terkenal juga mempersoalkan kewibawaan Alkitab. Kita sendiri mungkin juga tertanyatanya jika Yesus benar-benar ialah Anak Tuhan dan Penyelamat kita. Tetapi melalui Injil ini, Lukas sedang berkata kepada kita, “Anda boleh pasti!” Kata-kata ini adalah benar, dan anda boleh membina kehidupan anda berasaskan kebenaran ini.
Ya, kita boleh percaya kepada Injil Lukas. Pertama, kerana berita baik
6
penyelamatan. Yesus menggenapkannya. Ramai orang menjadi saksinya. Lukas telah mencatatkan saksi ini untuk kita.
Kedua, kita boleh mempercayai Lukas kerana dia telah menyelidiki segala sesuatu (ayat 3). Seorang sejarawan mesti teliti dan teratur, mengambil berat tentang ketepatan dan kebenaran. Lukas meyakinkan kita bahawa tiada perkara dalam tulisan ini yang tidak diperiksanya, malah penulisannya diperiksa berulang kali dan ditentusahkan.
Renungkan Ada kalanya orang bercakap tentang “iman yang buta” atau iman seumpama “loncatan ke dalam kegelapan.” Dalam Lukas 1:1-4, adakah huraian sedemikian sesuai? Apakah yang diberitahu kepada kita tentang sifat iman Kristian yang sebenar? Mengapakah Lukas memanggil saksi mata sebagai “pelayan Firman” (ayat 2, Alkitab TB)? Apakah “Firman” yang dimaksudkan Lukas? Apakah peranan seorang hamba sehingga huraian ini menjadi begitu penting?
7
Hari 2 Baca Lukas 1:5–38
D
engan sewajarnya, Lukas memulakan ceritanya tentang Yesus di Rumah Tuhan Yerusalem, simbolik bagi kediaman Tuhan. Dua bab pertama menghuraikan dengan panjang lebar tentang kelahiran dua orang anak lelaki. Ini adalah jelas pada permulaan bahawa Lukas mahu kita membandingkan mereka, maka dia sengaja menceritakan kelahiran keduadua mereka. Dalam kedua-dua kes ini, malaikat Gabriel mengisytiharkan kepada ibu bapa tentang kelahiran anak mereka. Dalam kedua-dua kes, kelahiran itu bersifat ajaib: yang pertama adalah pasangan yang sudah lanjut umur untuk melahirkan anak (ayat 7), dan kedua, seorang perawan (ayat 27). Dalam kedua-dua kes, ibu bapa menunjukkan sikap terkejut. Satu anak akan dipanggil “nabi Allah Yang Maha Tinggi” (ayat 76); yang satu lagi, “Anak Allah Yang Maha Tinggi” (ayat 32). Ibu bapa bagi kedua-dua anak lelaki itu memuji Tuhan dengan lagu (ayat 46-55, 67-79). Kelahiran setiap anak dihuraikan, diikuti dengan kisah mereka disunat (1:59; 2:21), dan akhirnya huraian yang ringkas tentang zaman pertumbuhannya (1:80; 2:40). Lukas meletakkan Yohanes dan Yesus bersebelahan supaya tidak ada keraguan tentang siapa yang terhebat.
8
Pertama, Lukas memperkenalkan Zakharia dan Elisabet kepada kita, iaitu ibu bapa yang salih bagi anak mereka yang dijanjikan, Yohanes, yang akan diasingkan untuk melayani Tuhan serta mempersiapkan umat-Nya untuk kedatangan raja mereka (ayat 5-25). Cerita kemudian beralih kira-kira 100 kilometer ke utara di Nasaret, menyatakan bahawa seorang gadis muda, iaitu Maria, telah bertunang (ayat 26-38). Gabriel mengumumkan kepadanya kelahiran seorang anak lelaki, anak yang mempunyai kebesaran yang tidak terbanding. Dia ialah Anak Tuhan (ayat 32) dan keturunan raja Daud yang dinantinantikan, dan akan memerintah selama-lamanya. Setakat ini, dua orang wanita ini hanya memiliki pesanan daripada utusan Tuhan. Namun mereka mendengar dan percaya, kerana mereka tahu bahawa “bagi Allah tiada perkara yang mustahil” (ayat 37). Kita boleh memiliki keyakinan yang sama ketika kita mengisytiharkan firman Tuhan mengenai Yesus. Sejak permulaan Injil ini, Lukas mahu kita tahu bahawa Yesus itu istimewa. Dia
bukan sahaja anak seorang anak dara, malahan juga Anak Tuhan. Oleh itu Dia
Renungkan
layak ditaati serta disembah oleh setiap lelaki dan perempuan.
Bandingkan ayat 18 dan 34. Kedua-dua Zakharia dan Maria mempersoalkan kata-kata malaikat. Mengapakah Zakharia ditegur dan Maria tidak? Apakah penghiburan yang boleh kita ambil daripada janji indah bahawa “bagi Allah tiada yang mustahil� (ayat 37)?
9
Hari 3 Baca Lukas 1:39–56
M
alaikat Gabriel telah mengumumkan kelahiran dua orang anak lelaki. Seorang merupakan nabi Tuhan (ayat 76), seorang lagi Anak Tuhan (ayat 32, 35). Seorang akan mengisytiharkan penyelamatan (ayat 17, 76), seorang lagi akan membawa penyelamatan (ayat 46-55, 68-75). Sebelum dua orang anak lelaki ini dilahirkan, mereka sudah bertemu. Maria melawat saudaranya Elisabet, dan kita diberitahu bahawa apabila Elisabet mendengar salam Maria, anak dalam kandungannya bergerak. Sebelum dia dilahirkan, anak lelaki Elisabet sudah memulakan pelayanannya untuk menunjukkan orang lain tentang kebesaran Yesus. Pada saat dia terbentuk dalam kandungan ibunya, Yohanes sudah dikuasai oleh Roh Kudus (ayat 15), yang mempunyai peranan untuk bersaksi tentang Yesus (Yohanes 15:26). Kemudian, Yohanes akan memperkenalkan Yesus kepada dunia, lalu mengakui bahawa “Aku membaptis kamu dengan air, tetapi Dia yang lebih besar daripadaku akan datang. Aku pun tidak layak mengurai tali kasut-Nya. Dia akan membaptis kamu dengan Roh Allah dan api� (Lukas 3:16). Karya kenabian ini bermula sejak dalam kandungan ibunya!
10
Inilah sesuatu yang akan kita lihat berkali-kali dalam Injil Lukas: orang yang dikuasai oleh Roh Kudus mengenal Yesus lalu memberi-Nya kemuliaan dan hormat (2:25-32, 3638).
Jika seorang dikuasai oleh Roh Tuhan, tanda pertama ialah mereka akan mengakui dan menyembah Yesus. Roh
Tuhan ialah Roh Kristus, dengan hadirat Roh ini, Kristus dimuliakan.
Kemudian Maria memuji Tuhan kerana Dia membawa penyelamatan yang dinanti-nantikan (ayat 46-55). Dalam lagu indah ini, Maria memuji Tuhan dan memberitakan mesej Injil! Sudah tentu itulah yang disampaikan oleh semua lagu pujian yang hebat. Maria bersukacita kerana dalam Yesus, penyelamatan sudah datang. Penyelamatan ini biasanya disambut oleh orang yang miskin dan rendah hati—mereka yang menyedari bahawa mereka amat memerlukan kasih kurnia Tuhan (ayat 52-53). Inilah penggenapan semua janji dalam Perjanjian Lama, yang bermula daripada cerita Abraham. Di sini terdapat dua contoh respons yang kita boleh berikan kepada Yesus. Seperti Yohanes, kita yang merupakan umat yang dikuasai oleh Roh Kudus
Renungkan
akan bersaksi tentang kebesaran Yesus. Seperti Maria, kita akan menyembah Tuhan kerana belas kasihan-Nya kepada kita yang miskin secara rohani dan memerlukan Yesus, Penyelamat kita.
Salah satu ciri yang menarik dalam Injil Lukas ialah dia mementingkan peranan wanita. Apakah yang sedang diajar oleh Lukas kepada kita melalui teladan Elisabet dan Maria yang salih? Lagu Maria (ayat 46-55) menunjukkan bahawa kebaikan Tuhan kepadanya ialah gambaran kebaikan-Nya terhadap umat-Nya, Israel. Dari segi apakah kita juga mengalami belas kasihan Tuhan yang sama?
11