Sample reading annual edition ph 2016

Page 1

EDISI TAHUNAN

Untuk Renungan Peribadi dan Keluarga • Sejak 1956

Kandungan

Muka Surat

Penghargaan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .2 Pengenalan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 3 Memperkayakan Masa Renungan Anda . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .4 Renungan Harian (Januari–Jun) . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 5-186 Tuhan Memberikan Kasih-Nya . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 187-192 Dalam Ketenangan Doa . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 193 Renungan Harian (Julai–Disember) . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 194-377 Diselamatkan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 378-379 Indeks Topik . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 380

2016 Annual Edition of Malay Our Daily Bread Terjemahan “2016 Annual Gift Edition” Ayat Alkitab dipetik daripada: Alkitab Berita Baik © 1996 Bible Society of Malaysia & Alkitab Terjemahan Baru © 1974 Lembaga Alkitab Indonesia Digunakan dengan keizinan. Segala hak cipta terpelihara. Hak cipta © 2014 Our Daily Bread Ministries , Grand Rapids, Michigan, USA. Segala hak cipta terpelihara. E-mel: orders@dhdmalaysia.com Dicetak di Malaysia. tm


FOTO KULIT

Pagi yang indah di sawah padi Kota Belud, Sabah, Malaysia © Our Daily Bread Ministries PENULIS

Dave Branon Anne M. Cetas Poh Fang Chia William E. Crowder Mart DeHaan David Egner H. Dennis Fisher

Chek Phang Hia Cindy Hess Kasper Alyson Kieda Randy K. Kilgore Albert Lee Julie Ackerman Link David C. McCasland

David H. Roper Jennifer Benson Schuldt Joseph M. Stowell Marion Stroud Marvin L. Williams Philip D. Yancey

PUISI

9 Januari, oleh Keith dan Melody Green. © 1982 Birdwing Music. 15 Januari, oleh Ira F. Stanphill. © Renewal 1978. Singspiration. 25 Januari, oleh Lelia Morris. © Renewal 1940. Hope Publishing. 8 Februari, oleh Julia Johnston. © Renewal 1938. Hope Publishing. 14 Februari, oleh Fredrick Blom. © 1968 Singspiration. 19 Februari, oleh Edward H. Bickersteth. © 1968 Singspiration. 23 Februari, oleh Frederick M. Lehman. © Renewal 1945. Nazarene. 24 Februari, oleh Linda Lee Johnson. © 1979 Hope Publishing. 6 Mac, oleh Alfred H. Ackley. © 1952 The Rodeheaver Co. 22 Mac, oleh John W. Peterson. © 1957 Singspiration. 27 Mac, oleh J. Wilbur Chapman. © Renewal 1938. The Rodeheaver Co. 11 April, oleh Rich Mullins. © 1988 Edward Grant. 23 April, oleh Virgil P. Brock. © Renewal 1964. The Rodeheaver Co. 28 April, oleh Norman J. Clayton. © Renewal 1973. Norman J. Clayton. 7 Mei, oleh William J. Gaither. © 1963 William J. Gaither. 16 Mei, oleh Haldor Lillenas. © Renewal 1951. Lillenas Publishing. 4 Jun, oleh Thomas Chisholm. © Renewal 1951. Hope Publishing. 21 Jun, oleh Austin Miles. © Renewal 1940. The Rodeheaver Co. ARTIKEL

9 Januari, 25 April, dipetik dan disesuaikan daripada The Jesus I Never Knew; 4 Februari, 5 Mac, 5 April, Prayer: Does It Make Any Difference?; 17 Mei, Rumors of Another World: What on Earth Are We Missing?; 11 Julai, Finding God In Unexpected Places; 18 Ogos, 29 September, 15 Oktober, 29 November, Grace Notes oleh Philip D. Yancey, © Zondervan. Published by permission of Zondervan.

* P. T. N. —Penulis Tanpa Nama


K

Pengenalan

ita mahu dengar daripada Tuhan, bukan? Untuk mendekati Dia, lebih mengenal Dia, mahupun dikenal oleh-Nya. Pedoman Harian Edisi Tahunan 2016 ini telah diterbitkan untuk membantu anda mencapai tujuan ini. Terutamanya melalui Alkitab, buku ini akan memimpin anda mendengar daripada hati-Nya. Ada sebuah cerita yang istimewa pada muka surat 187 tentang seorang wanita muda yang mempersoalkan kasih Tuhan kepada dia. Wanita itu tertanya-tanya, Adakah kasih Tuhan adalah jenis kasih umum yang diberikan kepada seluruh manusia, atau adakah Dia ingin perhubungan kasih yang unik dengan setiap kita? Mungkin cerita Christy Bower akan membantu anda dan sesiapa yang anda kenal. Anda juga dijemput untuk memesan naskhah lebihan untuk berkongsi buku ini dengan orang yang anda kasihi. Sila hubungi kami jika anda mempunyai sebarang persoalan. Staf di Our Daily Bread Ministries

# Discovery House Distributors ialah pelayanan bersekutu dengan Our Daily Bread Ministries yang khusus dalam penjualan bahanbahan Kristian dengan harga yang munasabah.


Memperkayakan Masa Renungan Anda Berikut ialah beberapa cadangan untuk menggunakan bacaan renungan Pedoman Harian sepenuhnya:

• Mengasingkan masa dan tempat yang tetap. Masa renungan anda akan menjadi lebih bermakna jika anda boleh berfokus dan membentukkan kebiasaan ini. • Bacalah bahagian Alkitab. Firman Tuhan merupakan kenyataan terpenting yang akan anda baca setiap hari. Semasa anda membaca firman Tuhan, doalah agar anda boleh lebih mengenal Tuhan, perhubungan dengan-Nya, dan cara hidup yang Dia mahu anda amalkan setiap hari. • Perhatikan ayat kunci. Ia dicetakkan pada bahagian kanan setiap artikel. Cuba hafalkan ayat kunci Alkitab ini. • Bacalah artikel dengan teliti. Merenungkan apa yang ditulis oleh pengarang. • Memperibadikan kata-kata doa atau puisi. Bahagian ini mungkin boleh digunakan sebagai doa permulaan yang menyatakan perasaan anda. • Gunakan bahagian penutup untuk membantu anda mengingatkan idea utama. Ini merujuk kepada kenyataan terakhir dalam tulisan tebal di setiap muka surat yang kita panggil “renungan hari ini.” • Catatkan penemuan anda. Contohnya: Apakah yang dikatakan oleh Tuhan kepada anda melalui firman-Nya? • Ambillah masa untuk berdoa. Bercakaplah kepada Tuhan tentang penemuan anda dalam firman-Nya dan tindak balas anda kepada Dia. • Berkongsi pengajaran ini kepada orang lain. Apabila anda bercakap dengan orang lain, kongsilah ajaran Tuhan kepada anda melalui firman-Nya. Kami berdoa agar dalam artikel-artikel renungan ini anda akan menemui dorongan, pengharapan dan penghiburan, ketika anda semakin mendekati Tuhan dan bertumbuh dalam kasih kepada-Nya.


BACAAN ALKITAB SETAHUN

1 JANUARI

Kejadian 1–3 dan Matius 1

31 Hari Kesyukuran

M

enurut kebanyakan kalender Amerika Syarikat, bulan Januari diisytiharkan sebagai Bulan Kesyukuran. Sudah tentu ini dapat diterapkan di mana-mana sahaja, oleh itu mungkin bulan ini patut menjadi bulan Kesyukuran untuk seluruh dunia. Untuk menjadikan musim kesyukuran ini sebaik-baiknya, mari kita bermula dengan melihat apa yang dikatakan BACAAN HARI INI Alkitab tentang kesyukuran. Mazmur 136:1-16, 26 Satu petikan yang boleh dirujuk ialah Mazmur 136, yang bermula dan berakhir dengan Bersyukurlah kepada kata-kata, “Bersyukurlah kepada Tuhan” (AYAT 1, 26). Tuhan Yang Maha Berulang kali dalam bab ini, kita diperingatkan Besar! ayat 3 tentang satu perkara yang harus kita bersyukur kepada Allah: “Bersyukurlah kepada TUHAN kerana Dia baik; kasih-Nya kekal abadi.” Kita boleh meluangkan sepanjang bulan ini untuk mempelajari tentang kesyukuran melalui Mazmur 136. Pemazmur mengingatkan kita tentang “keajaiban besar” Tuhan (AYAT 4). Dia memberitahu kita tentang kuasa Tuhan dalam ciptaan, yang dijadikan kerana kebijaksanaan-Nya (AYAT 5). Dia terus mengimbas kembali perjalanan orang Israel keluar dari Mesir (AYAT 10-22). Sambil kita memikirkan semua gambaran ciptaan dan pelepasan yang ditemui dalam Mazmur 136, kita boleh mula memikirkan perkara yang boleh kita syukuri kepada Allah untuk setiap hari sepanjang bulan kesyukuran ini. Tidak ada cara lain untuk memulakan tahun baru selain menyatakan kesyukuran kita kepada Tuhan! “Bersyukurlah kepada TUHAN kerana Dia DAVE BRANON baik; kasih-Nya kekal abadi” (AYAT 1). Betapa baiknya bersyukur kepada Tuhan Dan memuji Dia, Yang Maha Tinggi, Untuk menyatakan kasih-Mu setiap fajar Dan memberitahu kesetiaan-Mu setiap malam! PEMAZMUR

Apabila anda memikirkan segala yang baik, berikan kesyukuran kepada Tuhan. 5


BACAAN ALKITAB SETAHUN

2 JANUARI

Kejadian 4–6 dan Matius 2

Tiada Selera

B

eberapa ketika yang lalu saya menghidap selesema yang teruk sehingga saya kehilangan selera makan. Saya tidak perlu

makan apa-apa sepanjang hari walaupun hanya minum air. Tetapi saya tahu bahawa saya tidak akan tahan lama dengan air sahaja. Saya perlu mendapatkan semula selera makan kerana badan saya memerlukan khasiat. BACAAN HARI INI Apabila orang Israel kembali dari Nehemia 8:1-12 pembuangan di Babilonia, selera rohani mereka sangat lemah. Mereka telah meninggalkan Tuhan Hendaklah kamu dan jalan-Nya. Untuk mengembalikan kesihatan menjadi seperti bayi rohani umat Tuhan, Nehemia mengadakan yang baru lahir, yang seminar Alkitab, dan Ezra ialah guru seminar itu. sentiasa haus akan Ezra membaca dari kitab Taurat Musa dari susu rohani yang pagi hingga tengah hari, memberi kebenaran murni. 1 Petrus 2:2 Tuhan kepada rakyat (NEHEMIA 8:3). Rakyat mula mendengar dengan teliti. Selera mereka terhadap firman Tuhan menjadi begitu baik sehingga ketua rumah tangga, para imam dan orang Lewi bertemu dengan Ezra pada keesokan hari untuk mengkaji hukum Taurat dengan lebih mendalam, kerana mereka ingin memahaminya (AYAT 13). Apabila kita rasa terasing daripada Tuhan atau lemah secara rohani, kita dapat menemukan kesegaran rohani dalam firman-Nya. “Hendaklah kamu menjadi seperti bayi yang baru lahir, yang sentiasa haus akan susu rohani yang murni. Dengan meminumnya kamu akan membesar dan diselamatkan� (1 PETRUS 2:2). Mintalah supaya Tuhan memberikan anda keinginan yang baru untuk berhubungan dengan Dia, dan mula memberi makan kepada hati, jiwa POH FANG CHIA dan fikiran anda dengan firman-Nya. Tuhan, pecahkan Roti Kehidupan bagiku, Seperti Engkau memecahkan roti di tepi tasik Melampaui tulisan suci aku mencari-Mu, Tuhan, Rohku haus akan-Mu, hai firman hidup. LATHBURY

Mendapat makanan daripada firman Tuhan memastikan kita kuat dan sihat dalam Tuhan. 6


3 JANUARI

BACAAN ALKITAB SETAHUN

Kejadian 7–9 dan Matius 3

Pertolongan daripada Roh-Nya

R

amai antara kita membuat azam untuk memulakan tahun yang baru. Kita membuat janji seperti saya akan lebih berjimat, bersenam lebih banyak, atau mengurangkan masa penggunaan Internet. Kita memulakan tahun dengan niat yang baik, tetapi selepas beberapa lama kemudian, tabiat lama mencubai kita sehingga kita kembali kepada gaya hidup yang lama. Ada kalanya kita gagal, BACAAN HARI INI kemudian lebih kerap lagi, sehingga kita selalu Mikha 6:3-8 gagal. Akhirnya, seakan-akan azam kita langsung tidak pernah wujud. Perkara yang Selain daripada memilih sasaran untuk dituntut oleh TUHAN memperbaiki diri, arah yang lebih baik ialah daripada kita bertanya kepada diri sendiri: “Apa yang Tuhan adalah supaya kita inginkan daripada saya?” Melalui nabi Mikha, berlaku adil, selalu Tuhan telah menyatakan bahawa Dia mahu kita mengamalkan kasih, melakukan apa yang adil, mengamalkan kasih dan dengan rendah dan dengan rendah hati hidup bersatu dengan hati hidup bersatu Dia (MIKHA 6:8). Semua perkara ini melibatkan dengan Allah kita. perubahan jiwa dan bukan memperbaiki diri. Mikha 6:8 Kita bersyukur kerana kita tidak perlu bergantung pada kekuatan sendiri. Roh Kudus mempunyai kuasa untuk membantu kita sebagai orang percaya dalam pertumbuhan rohani kita. Firman Tuhan berkata bahawa Dia mampu “menguatkan batin kamu dengan Roh-Nya” (EFESUS 3:16). Oleh itu apabila kita memulakan tahun yang baru, marilah kita bertekad untuk menjadi seperti Kristus. Roh Kudus akan membantu kita semasa kita berjalan dengan rendah hati bersama Tuhan kita.

JENNIFER BENSON SCHULDT

Roh yang Benar, tinggal dalamku; Aku akan jujur, Dengan hikmat yang baik dan jelas Semoga hidup-Mu muncul dalam diriku. LYNCH

Orang yang mempunyai Roh Kudus sebagai sumber kekuatan sudah pun menang. 7


Tuhan Memberikan Kasih-Nya

U

ntuk masa yang sangat lama, sebenarnya selama bertahun-

tahun, saya tidak dapat merasakan kasih Tuhan untuk saya. Anda mungkin pernah tertanya-tanya seperti saya, jika Tuhan mengasihi anda, anda akan tahu bahawa kasih-Nya kadang terasa begitu jauh dan tidak menyentuh kita. Kita tahu dengan “agaknya” Tuhan mengasihi kita, namun saat ini kita bergelut untuk merasakan kasih Tuhan bagi kita. Kita cenderung berfikir bahawa Tuhan mengasihi “dunia” ini seperti dituliskan dalam Yohanes 3:16. Kita tahu bahawa kita termasuk dalam “dunia” seperti yang disebutkan, namun kita tidak merasakan pengaruh dalam hal itu bagi kita. Kita tahu bahawa Kristus mati untuk kita, namun Dia juga mati untuk semua orang. Saya fikir ramai orang mendapati Firman Tuhan bahawa lebih mudah membayangkan kasih Tuhan daripada mengalaminya dalam hati memberitahu saya mereka. Kadangkala orang akan berbincang bahawa Dia mengasihi tentang jauhnya jarak antara otak dan hati saya … Saya hampir manusia, ini bermaksud mereka memahami mencabar Tuhan untuk sesuatu tetapi tidak merasakan kenyataan “membuktikannya.” perkara itu dalam hati mereka. Selama bertahun-tahun, itulah perasaan saya tentang kasih Tuhan kepada saya. Dalam minda saya tahu bahawa Tuhan mengasihi saya, tetapi saya ingin merasakan kasih-Nya secara nyata dalam hati saya. Sedihnya, apabila saya tidak dapat merasakan kasih Tuhan, saya memilih untuk melarikan diri daripada Tuhan selama beberapa tahun. Ketika Tuhan mula memulihkan hubungan saya dengan-Nya, barulah saya sampai ke suatu tahap untuk menyedari bahawa saya perlu membuat keputusan sama ada saya akan percaya apa yang dikatakan Tuhan itu benar. Firman Tuhan memberitahu bahawa Dia mengasihi saya, tetapi saya tidak dapat melihat buktinya di dalam kehidupan saya sendiri. Saya

187


hampir mencabar Tuhan untuk “membuktikannya.� Boleh dikatakan, saya perlu memastikan bahawa saya boleh mempercayai Dia. Kemudian pada suatu musim panas yang paling terik, saya turun ke bahagian yang paling sejuk di tingkat bawah tanah rumah saya dengan Alkitab dan buku nota. Saya menghabiskan hujung minggu itu dengan membaca setiap ayat tentang kasih Tuhan, kesetiaan, dan sifat-sifat-Nya yang lain. Saya belajar banyak perkara mengenai Tuhan pada hujung minggu itu. Sesuatu pada mulanya sebagai suatu perdebatan yang rasional dengan Tuhan ternyata menyentuh hati saya, sehingga saya menyerah diri dan membuat keputusan untuk berhenti menolak Dia. Ketika saya berjalan dalam iman bersama Tuhan, saya mula bertumbuh dalam hubungan dengan-Nya, tetapi saya terus berjuang melawan dengan kemurungan kronik. Seorang wanita Kristian yang bijak mendorong saya supaya mula menulis jurnal harian yang berisi kesyukuran. Dia mendorong saya meletakkan buku nota di tepi katil saya dan mencatatkan tiga perkara kesyukuran saya sebelum memadamkan lampu. Dia mengatakan bahawa dengan memikirkan perkara-perkara positif sebelum tidur, saya akan tidur dengan lebih nyenyak. Dia mencabar saya mengekalkan kebiasaan ini selama 90 hari, dan mencadangkan bahawa ini akan memberi saya pandangan yang lebih positif terhadap kehidupan. Saya menerima cabaran itu. Pada mulanya saya hanya mencatatkan hal-hal yang nyata dan umum, contohnya bersyukur untuk rakan-rakan dan keluarga. Kemudian saya mula memperhatikan perkara-perkara yang terjadi sepanjang hari itu, dan saya mendapati banyak perkara yang saya boleh bersyukur: pujian daripada seseorang yang mengangkat semangat saya atau ribut petir yang mengingatkan saya tentang kuasa Tuhan yang dahsyat. Latihan itu memaksa saya menjadi tajam dalam daya pemerhatian. Ia meningkatkan kesedaran saya akan hal-hal sederhana yang digunakan oleh Tuhan untuk menyatakan kasih-Nya kepada kita setiap hari. Saya hanya menulis buku harian selama 3 bulan, tetapi ia telah mengubah pandangan saya selama-lamanya. Saya mula mencari dan menemukan kasih Tuhan terhadap saya dalam pelbagai hal yang kecil. Dengan mengambil perhatian pada perkara-perkara yang kecil, ini telah membuka mata saya kepada perkara-perkara besar yang dilakukan oleh

188


Tuhan dalam hidup saya. Saya mula berasa bersyukur kerana Dia telah menyembuhkan saya daripada kemurungan kronik, dan saya kagum akan cara-Nya yang telah mengubah sikap saya terhadap-Nya. Saya berubah daripada orang yang mula-mula suka memberontak, sehingga kini menjadi orang yang menyerah sepenuhnya dan menantikan Dia dengan sukacita. Dengan kata lain, saya berubah daripada seorang yang bersungguhsungguh mengharapkan setitik kasih Tuhan, sehingga menjadi seorang yang suka berenang dalam lautan kasih Tuhan. Akhirnya, saya “terapung� dengan penuh keyakinan dalam lautan kasih Tuhan itu dan tidak lagi bergelut seperti seorang yang sedang tenggelam. Menyimpan senarai perkara-perkara yang Kita ingin saya boleh bersyukur kelihatan seperti satu mengalami aktiviti mental, tetapi ia mengubah hati saya. Saya hubungan tidak memahami cara minda dan emosi bekerja yang dinamik bersama-sama, tetapi kedua-duanya diperlukan untuk mempunyai hubungan yang memuaskan dengan Tuhan dan stabil dengan Tuhan. setiap hari. Senarai tentang hal-hal yang dilakukan oleh Tuhan bagi saya akhir-akhir ini mungkin kelihatan seperti tindakan mementingkan diri sendiri yang tidak tahu berterima kasih, tetapi ia boleh menyatakan keinginan terdalam hati kita yang ingin menjalinkan hubungan peribadi yang relevan dan dinamik. Kita tidak menginginkan cerita “suatu masa dahulu� tentang apa yang telah dilakukan oleh Tuhan 2,000 tahun yang lalu; kita ingin mengalami hubungan yang dinamik dengan Tuhan setiap hari. Kita menginginkan kisah menarik yang membuat kita terkagum dari awal hingga akhir, siap dengan cinta, drama, aksi, dan harapan yang sentiasa ada walaupun dalam keadaan yang mustahil. Namun, untuk mengalami kisah kasih yang dinamik pada hari ini, kita perlu kembali ke 2,000 tahun yang lalu kepada peristiwa salib yang menjadikan hubungan kasih kita dengan Tuhan menjadi kenyataan. Salib adalah tempat Tuhan menunjukkan kasih setia-Nya untuk kita. Kasih Tuhan melepaskan kita daripada hukuman yang sepatutnya kita terima, dan memberikan kebaikan kepada kita yang tidak layak terima. Ini tidak bermakna bahawa Tuhan berkompromi terhadap dosa. Sebaliknya,

189


ada harga yang perlu dibayar, dan Dia bersedia untuk membayar harga itu sendiri untuk menyelamatkan kita. Anak Tuhan mengambil rupa manusia dan mengorbankan hidup-Nya untuk menyelamatkan kita. Itulah pesan yang disampaikan oleh salib: “Tetapi Allah telah menunjukkan betapa besarnya kasih-Nya kepada kita, kerana Kristus mati bagi kita semasa kita masih berdosa� (ROMA 5: 8). Itulah kasih setia-Nya. Walaupun salib menjadi bukti kasih Tuhan bagi saya, kadang-kadang pemberian Tuhan berupa Anak-Nya kelihatan seperti mendapat mesin vakum dari suami anda pada hari Krismas. Kita mahukan sesuatu yang bermakna secara peribadi daripada Tuhan. Kerana ini, kita berpendapat bahawa penyelamatan itu seperti hadiah yang kita tidak begitu inginkan. Tuhan memang berniat baik untuk memberikan penyelamatan, tetapi kita tidak pasti apa yang perlu kita lakukan dengannya. Kita cenderung mengabaikannya di suatu tempat dan sekali sahaja mengingat pemberian Tuhan kepada kita. Kemudian kita meneruskan kehidupan kita seperti biasa. Bagaimanapun, penyelamatan adalah kurnia yang boleh diterima pada saat ini juga, dari hari ke hari. Penyelamatan bukanlah seperti satu tiket percuma untuk masuk syurga; ia adalah jemputan untuk masuk dalam hubungan yang membawa kehidupan yang berkelimpahan. Salah satu contoh penting bagi kasih setia Tuhan berlaku apabila Tuhan meratapi ketidaksetiaan umat-Nya dan kemudian berjanji untuk memulihkan hubungan mereka. Dia berkata, “Aku akan menjadikan engkau isteri-Ku; Aku akan berlaku jujur dan setia; Aku akan menunjukkan kasih dan belas kasihan kepadamu, serta menjadikan engkau milik-Ku selama-lamanya. Aku akan menepati janji-Ku dan menjadikan engkau milik-Ku, dan engkau akan mengakui Aku sebagai TUHAN� (HOSEA 2:18-19). Jelas sekali, Tuhan menggambarkan diri-Nya sebagai seorang kekasih. Hubungan-Nya dengan umat-Nya digambarkan sebagai satu ikatan perkahwinan. Walaupun pengantin perempuan-Nya tidak setia, Dia tetap setia dan melimpahkan kasih setia-Nya kepadanya. Bukankah itu jenis hubungan yang kita sedang mencari dengan Tuhan?

Penyelamatan adalah kurnia yang boleh diterima pada saat ini juga, dari hari ke hari.

190


Jika demikian, mengapakah khabar tentang salib ini sering digambarkan dengan cara yang dingin dan kaku? Pengorbanan Tuhan yang penuh kasih untuk kita sering dijelaskan dari segi kehakiman: Kita telah melanggar hukum Tuhan, dan Iblis telah menjatuhkan tuduhan terhadap kita. Tuhan, Hakim yang adil, mengisytiharkan kita bersalah sebagaimana yang dituduh, dan hukuman bagi Tuhan berinteraksi tindakan pelanggaran kita adalah hukuman mati. Namun, kerana kasih Tuhan kepada kita, dengan kita melalui Dia mengumumkan Anak-Nya, Yesus akan cara-cara yang membayar hukuman kita supaya kita boleh menunjukkan hidup. Yesus mati di atas salib, tanpa bersalah hubungan kasih-Nya tetapi disabitkan sebagai penjenayah, untuk yang unik dengan membayar hukuman mati kita. Walaupun penjelasan ini adalah benar, setiap kita. semua ini tidak mengobarkan emosi kita seperti yang terjadi dalam kisah cinta yang romantik. Apabila seseorang sangat mengasihi kita, sehingga dia bersedia menghabiskan sisa hidupnya bersama kita, kita berasa istimewa kerana orang itu memilih kita daripada semua orang lain untuk menjadi kekasihnya. Itulah cara Tuhan berhubung dengan kita. Dia telah memilih kita untuk menjadi kekasih-Nya. Tuhan tidak hanya bersemayam di syurga dan melihat ke bawah ke bumi dengan semacam perasaan cinta yang umum bagi seluruh umat manusia. Tuhan berinteraksi dengan kita melalui cara-cara yang menunjukkan hubungan kasih-Nya yang unik dengan setiap kita. Dia mengasihi kita secara peribadi dan intim, tiada orang lain yang boleh mengasihi kita seperti itu. Jika kita betul-betul memberi perhatian, kita akan melihat bukti kasih Tuhan kepada kita. Dia melimpahi kita dengan berkat kasih-Nya dan menunggu kita untuk menyedarinya. Seperti nota-nota cinta yang ditinggalkan oleh seorang kekasih, berkat-berkat Tuhan membawa kita kepada-Nya. Tuhan tidak mahu memaksa kita mengasihi-Nya. Itu bukanlah kasih sebenarnya. Namun, Dia tetap setia menunjukkan kasihNya dalam hidup kita, dan Dia menantikan kita untuk membalas kasih-

191


Nya dengan cara mengasihi Dia kembali. Dia berharap menjalinkan hubungan kasih dengan setiap kita. Tuhan memberikan kasih-Nya. Dia memberikan kasih-Nya 2,000 tahun yang lalu dengan rela mengorbankan hidup Anak-Nya untuk kita. Dia sentiasa memberikan kasih-Nya setiap hari. Tanda kasih Tuhan kepada kita sebagai individu bertujuan untuk menarik perhatian kita dan memenangkan hati kita. Saya berharap anda mula menanti-nantikan dan mengenali bukti nyata daripada kasih Tuhan kepada anda setiap hari. ____________________________________________________________________________________________ Dipetik dan diubahsuaikan daripada buku Best Friends with God. Š 2010 karya Christy Bower.

192


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.