Sample - yusuf mengatasi cabaran hidup

Page 1


Buku Asli: OVERCOMING LIFE’S CHALLENGES— Lessons from the Life of Joseph © 1998, 2009, 2011, 2014 RBC Ministries, Grand Rapids, Michigan Hak Cipta Terpelihara. Petikan Alkitab daripada Alkitab Berita Baik, © 1996 Bible Society of Malaysia. Hak Cipta Terpelihara. Dicetak di Malaysia

4

Mengatasi Cabaran Hidup


Kandungan Pendahuluan..................................................................... 7 Pelajaran Dalam Kehidupan............................................ 9 Mengatasi Pengkhianatan................................................ 13 Mengatasi Pencubaan....................................................... 23 Mengatasi Kekecewaan.................................................... 33 Mengatasi Kegagalan Masa Lampau............................... 41 Mengatasi Kepahitan....................................................... 49 Kepercayaan Yang Mengatasi Cabaran Hidup............... 59

5



Pendahuluan

J

urulatih bola sepak sudah mencapai tahap kejengkelan: “Keputusan yang kalah dalam lima permainan berturutturut sudah cukup teruk. Namun apa yang betul-betul membuat saya marah adalah hal ini: kita masih membuat kesilapan yang sama berulang-ulang kali. Kita langsung tidak belajar apa-apa!” Sikap yang tidak mahu belajar daripada kegagalan atau kekalahan juga berlaku di luar padang. Perkara yang paling menyakitkan bukanlah kegagalan itu sendiri, melainkan kita gagal belajar apa-apa di sepanjang prosesnya. Rakan saya berkongsi kekecewaan terhadap rakan kerjanya kerana dia tidak dinaikkan pangkat. Sebenarnya, kawan itu begitu marah sehingga dia menemui pentadbir yang bertanggungjawab untuk meminta penjelasan atas keputusan itu. “Mengapa kamu tidak mempedulikan kelayakan saya?” “Saya memiliki pengalaman selama dua puluh lima tahun!” Pentadbir itu menjawab dengan jelas dan terus terang. “Bukan, kamu tidak mempunyai pengalaman selama dua puluh lima tahun. Kamu ada satu tahun pengalaman sebanyak dua puluh lima kali.” Orang itu tidak mempelajari apa-apa sepanjang kerjayanya. 7


Jika kita benar-benar percaya, seperti janji dalam Roma 8:28, bahawa Tuhan bekerja di dalam dan melalui segala sesuatu “bagi orang yang mengasihi Dia,” maka salah satu cabaran yang besar adalah mengizinkan pengalaman yang sukar, sakit, dan penuh tangisan itu menjadi guru kita dalam kelas kehidupan kita. Ada seorang yang telah belajar untuk mengatasi keadaan-keadaan yang amat susah—yakni Yusuf. Dia merupakan seorang bapa leluhur dalam Perjanjian Lama yang bangkit daripada perhambaan lalu menjadi terkenal dan penting dalam dunia purba. Inilah doa saya agar dengan meneliti kehidupan lelaki ini, kita akan belajar beberapa pelajaran yang penting dan berharga untuk kehidupan kita sendiri. —Bill Crowder

8

Mengatasi Cabaran Hidup


Pelajaran Dalam Kehidupan

D

alam salah sebuah program televisyen berjudul Happy Days (Hari-hari Gembira), watak program itu, Richie Cunningham baru sahaja dijatuhkan hukuman “tidak boleh keluar dari rumah seumur hidup” oleh bapanya, Howard, kerana dia nakal. Sementara mereka bercakap-cakap tentang hal itu, Howard bertanya kepada anak lelakinya, “Tahukah apa pelajaran bagi kamu dalam hal ini?” Jawapan Richie sangat berharga: “Saya sedar bahawa pasti ada pelajaran di sebalik hukuman yang berat ini.” Inilah cara kehidupan sebenar! Kita tidak belajar pelajaran terbesar dalam hidup pada waktu senang dan makmur, selesa dan sukacita. Pelajaran terbesar dalam pembinaan keperibadian dan peneguhan iman sering kali terbentuk pada masa kesusahan dan kepedihan. Ketika bapa saya meninggal dunia, saya baru menjadi pastor selama beberapa bulan, dan kebaktian pengebumian bapa saya merupakan kali pertama bagi saya untuk berkhutbah sempena pengebumian. Di kebaktian pengebumian itu, seorang rakan saya yang juga seorang pastor meletakkan tangannya pada bahu saya dan berkata, “Saya tahu semua ini sangat menyedihkan—dan memang Pelajaran Dalam Kehidupan

9


pun begitu. Tetapi suatu hari nanti saudara akan bersyukur atas pelajaran-pelajaran yang anda belajar dalam minggu ini.� Dia meneruskan, “Saya tidak pernah kehilangan sesiapa pun yang rapat dengan saya, tetapi saya sudah berkhutbah dalam banyak kebaktian pengebumian. Dalam semua kebaktian tersebut, saya tidak pernah berasa mampu menghibur orang yang sedang mengalami kehilangan yang amat berat, kerana saya sendiri tidak pernah mengalami kesedihan seperti itu. Apa yang anda pelajari daripada kesedihan ini, Bill, akan memampukan anda melayani dengan lebih berkesan kepada orang lain yang bersedih.� Dalam salah sebuah kitab yang paling praktikal di dalam Perjanjian Baru, Yakobus menulis: Saudara-saudaraku! Anggaplah diri kamu berbahagia apabila mengalami bermacam-macam cubaan, kerana kamu tahu bahawa semasa kamu mengalami cubaan, dan masih tetap percaya kepada Kristus, kamu sudah membuktikan bahawa kamu tabah menanggung penderitaan. Pastikan supaya ketabahan kamu untuk menanggung penderitaan itu berterusan, sehingga kamu menjadi benar-benar sempurna dan tidak kekurangan sesuatu pun (1:2-4). Maksudnya jelas—Tuhan tidak mensia-siakan apaapa, termasuklah waktu kesedihan dan pencubaan kita! 10

Mengatasi Cabaran Hidup


Meskipun hidup dalam segala pengujian ini adalah amat sukar, “Hidup adalah namun segala ini mempunyai satu operasi tujuan dalam rancangan kekal yang menuju ke Tuhan, dan sebahagian besar dalam hadapan. Orang tujuan itu adalah untuk membantu hidup ke arah kita bertumbuh dalam iman. masa depan.” Kehidupan kita harus digerak—José Ortega y kan ke depan, tetapi ini hanya Gasset boleh dimengerti dengan menoleh ke belakang. Hal ini menuntut kita mempercayai maksud Tuhan yang berdaulat dan penuh kasih. Kita mesti percaya bahawa Dia berkuasa atas segala sesuatu—terutamanya ketika kehidupan kita seolah-olah kehilangan kawalan. Paulus berkata inilah iman yang “berdasarkan kepercayaan kepada Kristus” (2 Korintus 5:7). Hal ini bertentangan dengan setiap sifat keegoan kita yang telah berakar dalam hidup kita. Kita mahu mengarah, memperalat, dan mengawal. Bagaimanapun, Tuhan menghendaki kita supaya percaya kepada kasih Bapa yang tidak pernah berbuat salah. Dia mahu kita bergantung kepada Dia yang membuat kita “mendapat kemenangan yang sempurna daripada Dia yang mengasihi kita” (Roma 8:37). Satu contoh baik mengenai hidup berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan boleh ditemui di tengah-tengah kesusahan yang dihadapi oleh watak Perjanjian Lama yang bernama Yusuf. Sejak masa muda, kehidupan Yusuf telah Pelajaran Dalam Kehidupan

11


dipenuhi dengan pengalaman yang gelap dan sukar—kebencian dan “Pandangan pengkhianatan, takut dan terasing! yang kemudian Namun, Yusuf boleh mengajar selalunya kita banyak perkara tentang cara sempurna.” dia menangani kesusahan dalam —Billy Wilder kehidupan. Melalui imannya dalam Tuhan yang berdaulat, dia bangkit menjadi orang yang salih di tengah-tengah budaya yang tidak salih—dialah pemenang sejati. Kehidupan Yusuf boleh mengajar kita menghadapi pelbagai kesusahan dalam kehidupan kita sendiri.

12

Mengatasi Cabaran Hidup


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.