Kuat dalam
BAB 1 -10
Kutipan ayat diambil daripada teks Alkitab Versi Borneo, Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited.
Siri Pemuridan—Berakar Kuat dalam Kristus
Hak cipta terpelihara © 2023
Buku ini diterbitkan khas untuk orang Kristian.
PRAKATA
PRESIDEN SIB SABAH
Marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran
kita kepada Allah Bapa di atas rahmat-Nya, dengan
kerjasama Our Daily Bread (ODB), kita dapat mencetak
buku-buku pendidikan rohani yang dikhususkan untuk pemuridan
jemaah SIB Sabah.
Terima kasih kepada pihak ODB atas kerjasama dalam
menyempurnakan siri pembelajaran ini dengan baik sekali. Terima kasih juga kepada Jabatan Pendidikan dan Pembangunan Sumber
Manusia SIB Sabah serta pemimpin-pemimpin gereja dan individuindividu yang terlibat secara langsung dalam pengurusan serta pencetakan buku ini. Sesungguhnya buku pemuridan jemaah ini
sangat penting sebagai buku panduan serta bahan rujukan berterusan bagi para pastor, pemimpin gereja dan jemaah dalam membina perhubungan rohani yang lebih intim dengan Tuhan.
Matlamat utama kepimpinan SIB Sabah adalah untuk menyediakan wadah bagi jemaah demi memperkasakan lagi pendidikan Kristian di gereja-gereja setempat. Dengan pendidikan
Kristian yang sistematik dan konsisten, kita berharap dan berdoa agar jemaah semakin matang dalam pertumbuhan rohani serta semakin
berhikmah ilahi dalam menjalani kehidupan harian, seperti nasihat
Tuhan dalam Efesus 5:15-17 “Hiduplah dengan hati-hati—bukan
seperti orang tidak arif tetapi sebagai orang bijaksana, dan pergunakanlah setiap peluang dengan sebaiknya kerana ini zaman durjana. Dengan
demikian, janganlah bodoh, tetapi mengertilah kehendak Tuhan” (AVB).
Rev. Datuk Ir. Jerry Dusing
Presiden
Sidang Injil Borneo (SIB) Sabah
Terbitan Kristian
BAB 1
Siapakah
Tuhan?
Kutipan ayat diambil daripada teks Alkitab Versi Borneo, Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited.
Siri Pemuridan 1—Siapakah Tuhan?
Hak cipta terpelihara © 2019
Buku ini diterbitkan khas untuk orang Kristian.
Penghormatan dan kemuliaan selama-lamanya kepada Raja segala zaman, Allah yang kekal, yang tidak dapat dilihat, dan yang esa. Amin.
1 Timotius 1:17
Dia ialah gambaran Allah yang tidak kelihatan, Dialah anak sulung antara segala yang diciptakan. Kerana melalui Dia segala sesuatu diciptakan: yang wujud di bumi dan di syurga, yang kelihatan dan tidak kelihatan, baik yang bertakhta mahupun yang berkuasa, baik pemerintah mahupun kerajaan; segala-galanya telah dicipta melalui-Nya dan untuk-Nya.
Kolose 1:15-16
PENGENALAN
Kita tidak boleh mengetahui apa pun mengenai Tuhan tanpa Dia mewahyukan diri-Nya kepada kita. Namun
oleh sebab Tuhan sangat mengasihi manusia (Yohanes 3:16), dan ingin kita mendekati dan berhubung dengan-Nya, maka Dia melaksanakan satu rancangan yang istimewa dan ajaib untuk memberitahu kita tentang siapa diri-Nya.
Dalam siri buku pertama ini, kita akan mengetahui dengan lebih
lanjut siapa itu Tuhan yang tercatat dalam Alkitab. Pada permulaan
buku ini, anda akan membaca bagaimana Tuhan digambarkan dalam
Perjanjian Lama sehingga Perjanjian Baru.
Kita juga akan mempelajari ciri-ciri ketuhanan dan hubungan
Tuhan dengan ciptaan-Nya, terutamanya manusia. Yang terpenting, kita akan mengenal pasti identiti dan rancangan-Nya di dunia ini.
Tujuan pelajaran ini adalah untuk memahami bahawa Tuhan bukan
sahaja kuasa atau makhluk yang hebat dalam hidup ini, malahan
kita juga sebagai penciptaan-Nya boleh mendekati Dia dengan lebih
rapat, menyembah dan menghormati Dia dengan sepenuh kasih.
Buku ini terdiri daripada lima bahagian:
• Bahagian 1: Tuhan dalam Perjanjian Lama
• Bahagian 2: Tuhan dalam Perjanjian Baru
• Bahagian 3: Soalan-soalan tentang Yesus
• Bahagian 4: Kehidupan Yesus menurut rancangan Tuhan dalam Perjanjian Baru
Mari kita bersiap sedia untuk belajar dan memulakan perjalanan kita dengan doa ini:
Tuhan yang Maha Esa:
Engkaulah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, serta segala isinya. Engkau juga Tuhan yang menciptakan manusia untuk kemuliaan-Mu. Terpujilah nama-Mu. Tolong kami memahami Engkau dan rancangan-Mu dalam hidup ini agar kami dapat mendekati dan menyembah-Mu dengan lebih sempurna. Tolonglah kami agar pengetahuan yang dipelajari dalam buku ini akan membantu kami bertumbuh dalam iman, serta menjadi saksi-Mu dalam kehidupan
kami. Terima kasih atas peluang yang diberi kepada kami untuk mengetahui perkara-perkara yang suci ini. Kami mengundang Roh-Mu untuk menjadi sumber pembimbing sewaktu kami mempelajari seluruh pelajaran dalam siri ini. Amin.
1: TUHAN DALAM
PERJANJIAN LAMA
Dalam Alkitab, Tuhan diperkenalkan kepada kita dalam berbagai-bagai imej. Contoh-contoh untuk
menggambarkan Tuhan dalam Alkitab biasanya menggunakan bahasa metafora.
Nota: Gambaran Allah dalam bentuk metafora seperti “Batu” (M az M ur 19:14) , pembela yang melindungi dan membela pengikutNya (M az M ur 23) , burung yang menjaga anak-Nya (M az M ur 17:8) , gagah perkasa (K eluaran 15:1-21) , bapa (Y esaYa 64:8) , singa (Y ere M ia 49:19) dan sebagainya.
Dalam Taurat, Tuhan memperkenalkan diri-Nya sebagai Maha
Pencipta, Pereka dan Pemelihara perjanjian-Nya.
Tuhan sebagai Maha Pencipta
Pada mulanya Allah menciptakan langit dan bumi. Bumi tidak berbentuk dan kosong; kegelapan menyelubungi permukaan samudera, dan Roh Allah melayang-layang di atas permukaan air. Berfirmanlah Allah, “Jadilah cahaya.” Lalu terus ada cahaya. Allah melihat cahaya itu baik, lalu Dia memisahkan cahaya itu daripada kegelapan (K ejadian 1:1-4) .
Nota: Tiada tuhan lain yang melakukan penciptaan—“Beginilah harus kamu katakan kepada mereka, ‘Para tuhan yang tidak menjadikan langit dan bumi akan lenyap dari bumi serta dari kolong langit ini’ ” (Y ere M ia 10:11).
Sebagai Maha Pencipta, beberapa fakta yang penting mengenai ketuhanan-Nya harus diperhatikan:
• Dia wujud sebelum penciptaan.
• Dia mewakili kuasa yang paling hebat atas segala ciptaan-Nya (M az M ur 24:1-2) .
• Segala sesuatu yang difirmankan-Nya akan tercipta.
Allah adalah Pencipta yang mempunyai hubungan dengan manusia, ciptaan-Nya. Kejadian 1:26-30 dan 2:4-9, 15-25 memberitahu kita tentang hubungan itu:
(1) Dia ingin manusia mewakili-Nya di bumi dan memberi kuasa kepada mereka (K ejadian 1:26) .
(2) Dia mencipta manusia menurut gambar-Nya (K ejadian 1:27) .
(3) Dia menyediakan makanan bagi mereka (K ejadian 1:29) .
(4) Tuhan memerhatikan setiap manusia, Dia menghembuskan nafas hidup kepadanya (K ejadian 2:7) .
(5) Dia memberikan Adam kebebasan dan perintah (K ejadian 2:16-17) .
(6) Dia menciptakan penolong bagi Adam agar dia tidak keseorangan (K ejadian 2:18) .
(7) Penolong yang diciptakan untuk Adam adalah sepadan dengannya ( K ejadian 2:18) .
Adakah anda dapat melihat hubungan itu dalam kehidupan anda sekarang? Bagaimana?
Allah sebagai Pemilik dan Pemelihara Perjanjian-Nya
Allah berhubung dengan manusia melalui perjanjian yang dibuat oleh-Nya dengan kita. Perjanjian ini merupakan satu persetujuan di antara Tuhan dengan manusia, untuk memberkati mereka serta memberi syarat bagaimana mereka harus berhubung dengan-Nya.
Pada mulanya, segala ciptaan Allah itu “baik” (K ejadian 1:3, 10, 12, 18, 21, 25) . Tetapi manusia telah melanggar syarat-Nya untuk menikmati hidup di dunia yang sempurna itu. Sila baca Kejadian 3:1-24 dan catatkan apa yang berlaku di sini:
Selepas itu, segala fikiran dan kemahuan manusia cenderung melakukan kejahatan.
Tuliskan beberapa aspek kehidupan anda yang mungkin terjejas
oleh sikap dan perbuatan manusia yang berdosa:
Rancangan Tuhan untuk
memperbaiki masalah ini
Disebabkan oleh dosa manusia, Adam dan Hawa diusir dari
Taman Eden. Namun Allah masih mengasihi manusia dan berhubung dengan mereka. Ketika itu, Allah memilih orang yang penuh beriman dan dapat memimpin umat-Nya untuk menjadi pengantara-Nya dengan manusia.
Contohnya, melalui nabi Musa sebagai pengantara-Nya, Tuhan memberikan 10 hukum yang baru kepada umat-Nya. Nyatakan
Sepuluh Hukum itu (K eluaran 20:3-12) :
10.
Allah menggariskan ketetapan bagaimana dosa boleh diampuni dan manusia boleh disucikan, agar umat Allah dapat mendekati dan menemui Dia, serta beribadah dalam keadaan yang sempurna.
Nota: Dalam Perjanjian Lama, orang Yahudi perlu mematuhi syarat-syarat Korban Penghapus Dosa (iMaMat 4:1-5:13), Korban
Penebus Kesalahan (iMaMat 5:14–6:7), Korban Bakaran (iMaMat 6:8-13), Korban Sajian (iMaMat 6:14-23) agar mereka tidak dihukum Tuhan.
Dosa merupakan perkara yang sangat serius, yang harus diselesaikan sebelum manusia boleh mendekati Tuhan. Dosa boleh membawa hukuman mati ( r o Ma 3:23) , oleh itu pengampunan dosa itu hanya boleh dilaksanakan dengan pengorbanan seekor binatang sebagai ganti, iaitu binatang yang mati tersebut akan menggantikan orang yang harus mati.
Adakah ini memperbaiki masalah perhubungan antara manusia dan Tuhan?
Tidak, kerana manusia masih lagi berdosa dan tidak berupaya mematuhi semua hukum dan syarat-Nya.
Kemudian, Allah dengan belas kasihan-Nya membuat satu perjanjian yang baru dengan umat-Nya (Y esaYa 61:8) dan melibatkan pengutusan seorang Penyelamat. Yesaya 52:13-53:12 menggambarkan dengan terperinci siapa Penyelamat itu. Sila baca petikan tersebut dan catatkan beberapa pemerhatian anda tentang Penyelamat itu:
Daripada ayat-ayat kitab Yesaya di atas, bandingkan seorang yang bernama Yesus dalam (luKas 23:13-19, 32-36, 44-49, 53-54).
Allah telah mengutus Yesus dan kedatangan-Nya merupakan rancangan Tuhan untuk menyelamatkan manusia daripada dosa. Yesus adalah korban yang tidak perlu diulangi setiap hari. Korban ini akan menghapuskan dosa dan membawa pendamaian agar hukuman Tuhan terhadap kita akan dihapuskan.
2: TUHAN DALAM PERJANJIAN BARU
Kita sudah melihat bahawa Tuhan boleh berhubung dan bertemu dengan manusia serta para nabi-Nya (seperti
Musa dalam Perjanjian Lama). Namun begitu, hadiratNya diperlihatkan secara samar-samar seperti melihat melalui cermin
(1 K orintius 13:12) —manusia tidak dapat melihat sepenuhnya wajah
Tuhan atau berada di hadirat-Nya. Jika ini berlaku, manusia akan dihukum mati (K eluaran 33:20) .
Untuk terus mendekati manusia dan menyelesaikan dosa manusia yang tidak dapat dilakukan dengan sempurna dalam Perjanjian Lama, maka Tuhan mengutus Yesus. Sila baca Yohanes 1:1-38 dan catatkan pemerhatian anda tentang siapa Yesus itu:
Dalam teks yang sudah dibaca, kita diberitahu bahawa Yesus, iaitu firman Allah, datang agar Tuhan dapat difahami dengan lebih
jelas dan terperinci (Y ohanes 1:14-18) .
Ketika Allah mengutus firman-Nya, Yesus datang ke dunia ini sebagai bayi. Proses kedatangan firman-Nya sebagai manusia
dipanggil inkarnasi—Tuhan yang adalah roh telah menjadi manusia. Lukas 1:26-37 memberitahu kita demikian:
Dalam bulan yang keenam, malaikat Gabriel diutus Allah
ke Nazaret, sebuah kota di jajahan Galilea, kepada seorang
anak dara yang telah bertunang dengan seorang lelaki yang
bernama Yusuf daripada keturunan Raja Daud. Nama
anak dara itu ialah Maria. Malaikat itu datang kepadanya
lalu berkata, “Salam kepadamu yang amat diredai! Tuhan
bersamamu!” Hati Maria runsing mendengar kata-kata
itu dan dia tertanya-tanya akan maksud salam tersebut.
Seterusnya malaikat itu berkata kepadanya, “Janganlah takut, hai Maria, kerana engkau telah diredai Allah. Engkau akan
hamil dan melahirkan seorang anak lelaki. Engkau hendaklah
menamai-Nya Yesus. Dia akan menjadi mulia dan Dia akan
digelar Anak Allah Yang Maha Tinggi. Tuhan Allah akan
mengurniakan takhta Daud, nenek moyang-Nya itu kepadaNya. Dia akan merajai keturunan Yakub selama-lamanya; dan kerajaan-Nya berkekalan”. Lalu Maria berkata kepada
malaikat itu, “Bagaimanakah perkara ini dapat berlaku, sedangkan aku masih dara?” Malaikat itu menjawab, “Roh Kudus akan turun ke atasmu, dan kuasa Allah Yang
Maha Tinggi akan menaungimu. Oleh itu, anak suci yang
akan dilahirkan akan digelar Anak Allah. Tambahan pula, saudaramu Elisabet yang dahulu dikatakan mandul pun telah
hamil enam bulan walaupun dia sudah tua. Sebabnya bagi Allah tidak ada yang mustahil”.
Dalam bahagian ini, kita menyedari bahawa Tuhan mesti mendedahkan ataupun menyatakan diri-Nya kepada kita agar manusia dapat mengenali-Nya. Kita tidak dapat ‘menemui-Nya’ dengan usaha kita sendiri, sebaliknya kita memerlukan Tuhan untuk menyatakan hadirat dan wahyu-Nya kepada kita.
Oleh yang demikian, Allah telah membuat pilihan muktamadNya. Dia telah menjadi manusia dan berhubung dengan kita secara langsung. Oleh sebab sifat Allah, maka Dia sahaja yang dapat menjadi manusia secara langsung, dan hanya Allah yang berhak bercakap bagi pihak diri-Nya sendiri.
Dia berbuat demikian sebab kita hanya manusia yang fana, lagipun dicemari dosa, serta telah memutarbelitkan wahyu dan tujuan Tuhan yang sebenarnya dalam hidup kita sebagai manusia. Maka Allah sendiri harus menjalinkan hubungan dengan kita kerana para nabi dan pengantara yang lain tidak sempurna untuk menjadi
‘saluran’ bagi inkarnasi-Nya!
Justeru itu, inkarnasi bermakna Tuhan bersama-sama manusia dalam rupa bentuk manusia. Filipi 2:5-7 menghuraikan sifat-Nya seperti berikut:
Namun, walaupun Dia lahir dan hidup sebagai manusia di bumi ini, Dia tetap Tuhan. Tetapi, ini tidak bermakna Yesus lahir sebagai manusia terlebih dahulu dan kemudiannya menjadi Tuhan. Dia ialah
Tuhan-manusia semasa di bumi; Dia memiliki dua ciri keberadaan yang wujud secara serentak.
Oleh itu, Dia layak menjadi Wakil dan Pengutus Tuhan yang terutama. Yohanes 1:14 berkata bahawa “Firman itu menjadi manusia dan hidup dalam kalangan kita.” Melalui firman yang hidup ini, Allah telah menyatakan diri-Nya kepada umat manusia (Y ohanes 1:18) .
Tuhan telah menjadi manusia dan berhubung dengan manusia secara langsung. Adakah perbuatan Tuhan ini memberi makna penting dalam hidup anda? Kongsikan.
Ketika inkarnasi Yesus berlaku dan hidup bersama manusia dalam rupa bentuk manusia, Dia memang memahami semua kesusahan, kelemahan, pencubaan dan penderitaan kita sebagai manusia ( i brani 4:14-16) . Penglibatan-Nya sebagai manusia termasuklah menangani masalah dosa dan perhubungan kita dengan Tuhan.
1) Adakah anda dapat mendekati Tuhan dengan kekuatan sendiri? Mengapa?
2) Apakah yang sepatutnya kita lakukan apabila kita menghadapi godaan? (Ibrani 4:14-16).
3) Apakah pelajaran utama yang anda dapat melalui pembelajaran dalam bab 2 ini? Kongsikan.
Dalam bahagian ini, kita akan mengkaji dengan lebih terperinci mengenai identiti Yesus. Pemahaman ini penting sebab asas iman kita adalah berdasar kepada kepercayaan yang kukuh dan benar tentang apa yang telah dilakukan oleh Allah untuk mengampuni dosa dan menyelamatkan kita. Teras rancangan Allah yang boleh menyelesaikan isu manusia ini ialah identiti dan sifat Yesus sebagai Penyelamat.
Siapakah Yesus?
(1) Tuhan yang Maha ________ ( u langan 6:4; Y ohanes 17:3)
(2) Contoh Yesus menggunakan gelaran yang sama dengan Allah dalam Perjanjian Lama.
• “_____________________” (Matius 26:63-64; daniel 7:13-14).
Nota: Dalam Lukas 4:18-19, Yesus berkata bahawa nubuat tentang kedatangan Tuhan dalam Perjanjian Lama yang tercatat dalam Yesaya 61:1-2 telah digenapi oleh-Nya.
(3) Tomas pun berkata kepada Yesus: “Ya _______! Ya _______!
(Y ohanes 20:28) .
(4) “Anak Allah” (Y ohanes 5:16-18)
Konsep Anak/anak dan bapa itu harus dipandang secara metafora, iaitu menggambarkan sikap dan akhlak seorang anak dengan bapa seperti ciri-ciri berikut:
• Apa yang diperintahkan oleh Bapa-Nya, Anak akan mentaati perintah dan melaksanakannya (Y ohanes 9:4) .
• Tujuan Yesus adalah mengarahkan pandangan kita kepada Bapa (Y ohanes 14:9) .
• Sesiapa yang berdoa dalam nama Anak, Dia akan menjawab agar Bapa-Nya dimuliakan (Y ohanes 14:13-14) .
Nota: Sifat hidup-Nya—kenyataan daripada Perjanjian Lama, Mazmur dan kitab Injil:
• Dia adalah unik dan datang dari syurga (Y ohanes 3:13) .
• Dia adalah kekal (Y ohanes 8:58) .
• Dia adalah Maha Hadir (M atius 18:20 dan 28:20) .
• Dia adalah Maha Tahu (Y ohanes 1:47-48; 16:30: 2:24-25; 4:17-18) .
• Dia adalah Maha Kuasa (M atius 28:18 dan i brani 1:3) .
• Dia tidak berubah ( i brani 13:8) .
• Dia diurapi oleh Roh Kudus ( s ila baca Y esaYa 11:1-2 dan M atius 3:16-17) .
• Dia tidak pernah melakukan kesalahan. Hanya Tuhan yang tidak berdosa dan Yesus tidak pernah berdosa (Y ohanes 8:46, 1
P etrus 2:22, 2 K orintus 5:21, i brani 4:15) .
• Dia berkuasa mengampuni dosa (M ar K us 2:5-7; 9:6 ).
• Dia melakukan mukjizat-mukjizat yang luar biasa (Y esaYa 35:56 dan M atius 9:35 ). Ketika Yesus melakukan mukjizat-mukjizat tersebut, segala mukjizat mengalir terus daripada kuasa-Nya.
Ketika mukjizat dilakukan, Dia tidak pernah meminta keizinan dan pertolongan daripada Allah atau berdoa kepada-Nya agar mukjizat akan berlaku. Mukjizat itu terjadi menurut Yesus.
• Dia membangkitkan orang mati (Y ohanes 6:39 b dan 11:35) .
• Dia adalah Tuhan atas hari Sabat atau hari rehat (Matius 12:8)
• Dia menerima penyembahan semasa kecil dan setelah dewasa (Matius 2:2, 11; 14:33; 28:9; Y ohanes 9:35-38; 10:37-38) .
• Dia menerima penyembahan daripada orang ramai (Matius 21:1516).
• Dia akan bangkit daripada kematian ( banding K an M az M ur 2:7; 16:10
dan K isah P ara r asul 2:31; M atius 17:9, 22-23; 20:18-19; 26:2; M ar K us 8:31; 9:31; 10:33-34, 16:6; l u K as 9:22; 18:31-33) .
• Dia naik ke syurga (M az M ur 68:19 dan K isah P ara r asul 1:9) .
• Dia menjadi Hakim yang menentukan kehidupan kita di akhirat (M atius 25:32; Y ohanes 5:22) .
• Dia memerintah malaikat kepunyaan-Nya (M atius 13:41) .
• Dia duduk di sebelah kanan Yang Maha Mulia yang bertakhta di syurga (M az M ur 110:1 dan i brani 1:3 ).
• Semua yang percaya kepada-Nya akan mendapat kehidupan yang kekal (Yohanes 3:16).
• Dia akan memerintah selama-lamanya (YesaYa 9:6; daniel 2:44).
• Dia akan menyertai kita untuk selama-lamanya (Matius 28:20).
Jika Yesus itu Tuhan, adakah itu bermakna kita
menyembah dua atau tiga tuhan?
Tidak, tetapi Alkitab mengutuk kepercayaan bahawa ada dua, tiga atau lebih tuhan.
Tuhan yang Maha Esa memiliki satu nama: Yesus juga
mengatakan bahawa Tuhan yang Maha Esa dan layak disembah
hanya memiliki satu nama (M atius 28:19) , iaitu:
Nota: Kita mesti ingat: Bapa ialah Allah (Yohanes 6:27; Roma 1:7;
1 Petrus 1:2), Yesus ialah Allah (Yohanes 1:1, 14; Roma 9:5; Ibrani 1: 8;
1 Yohanes 5:20) dan Roh Kudus ialah Allah (Kisah Para Rasul 5:3-4;
1 Korintus 3:16; Roma 8:9; Yohanes 14:16-17; Kisah Para Rasul 2:1-4).
Alkitab tidak mengatakan bahawa Yesus ialah satu lagi Tuhan selain daripada Allah Bapa. Gelaran-Nya sebagai Anak Allah
bermakna ketuhanan-Nya sama dengan Allah Bapa tetapi tidak menambah bilangan-Nya.
Firman dan Roh Allah itu bersama Allah : Tuhan bukan sahaja sebagai Pencipta, tetapi juga sebagai Firman dan Roh (Yohanes 1:1-3, Kejadian 1:1-3, Kisah Para Rasul 5:3-4):
Alkitab menyimpulkan bahawa Roh Allah ialah Roh Kudus
(K ejadian 1:1-3) dan Roh Kristus ( r o Ma 8:9) .
Allah Bapa dan firman-Nya selalu kekal. Kedua-duanya wujud
sebelum penciptaan. Allah Bapa dan Roh Kudus juga bersifat kekal.
Roh Kudus ada bersama Tuhan Bapa dan Yesus sewaktu penciptaan
(K ejadian 1:1-3, Y ohanes 1:1-3) .
Namun, ini tidak bermakna Firman atau Roh-Nya merupakan dua lagi tuhan yang lain. Mereka satu dalam ketuhanan. Yesus juga firman Allah; kita telah melihat Dia memakai gelaran yang berkenaan dengan Allah.
Nota: Roh Kudus itu Allah (Kisah Para Rasul 5:3)—sesiapa yang berdusta kepada Roh Kudus juga berdusta kepada Allah. Oleh
sebab Roh Kudus ialah roh kebenaran, maka “jika seseorang tidak
ada Roh Kristus, dia bukanlah milik Kristus” (roMa 8:9).
Melalui Alkitab, Allah telah menyatakan keberadaan-Nya adalah tiga dalam satu, dan satu dalam tiga yang dipanggil Tritunggal. Allah
memang esa dan selalu wujud sebagai satu dalam ketuhanan-Nya, dan
memiliki tiga keberadaan—Bapa, Anak-Nya Yesus dan Roh Kudus
(M atius 3:16-17) . Bapa, Yesus dan Roh Kudus tidak saling menentang, menguasai atau mengalahkan satu sama lain tetapi bersatu dalam persekutuan yang damai dan harmoni. Kesimpulan
Alkitab tidak menjelaskan siapa itu Tuhan secara keseluruhannya; hanya pada hari akhirat barulah kita akan mengenal Tuhan sepenuhnya.
Nota: “hanya melihat samar-samar melalui cermin, tetapi akan tiba saatnya kita melihat dengan jelas berpandang muka”
(1 K orintus 13:12).
Allah yang kekal tidak dapat dijelaskan dengan menggunakan contoh-contoh yang fana. Mengapa? (roMa 11:33-34).
Ketritunggalan Tuhan bukanlah satu konsep untuk diterangkan
dengan sempurna, melainkan satu perhubungan untuk dialami
dengan penuh kerendahan hati. Hanya apabila kita sudah percaya
kepada Yesus —melalui-Nya kita akan mengenal Allah Bapa, menjadi
anak-anak-Nya ( r o Ma 8:14-16) , dan diberikan Roh Kudus untuk
menjadi penghibur kita (Y ohanes 14:16) —barulah kita benar-benar dapat mengerti Allah Tritunggal yang bekerja dalam hidup kita.
Oleh itu, Yesus yang anda kenal sebagai Tuhan, Dia yang
membolehkan anda mengalami “kasih kurnia Tuhan Yesus Kristus, kasih Allah dan keakraban Roh Kudus” (2 Korintus 13:14)! Hanya Tuhan yang Maha Esa, iaitu Allah Bapa, Anak dan Roh Kudus yang wujud
sebagai hubungan sosial dan bersifat kekal. ‘Mereka’ menciptakan manusia yang dapat mencerminkan serta mengamalkan kehidupan sosial dengan Dia dan sesama manusia.
1) Siapakah Yesus bagi anda secara peribadi?
2) Adakah anda ingin mengenali Yesus dengan lebih dalam lagi? Mengapa?
Tiada seorang pun yang layak mati sebagai ganti untuk menebus seseorang daripada dosanya, sebab tiada seorang pun di dunia ini boleh hidup serta mengamalkan seluruh syarat dan hukum Allah dengan sempurna kecuali Yesus.
Allah yang sempurna hanya boleh menerima korban yang sempurna sebagai ganti untuk menebus manusia daripada dosanya, dan hanya Yesus yang layak.
Kita akan melihat Yesus telah “mempersembahkan hanya satu korban untuk pengampunan dosa, dan korban itu berlaku untuk selama-lamanya” ( i brani 10:12, t MV) berbanding dengan korban yang “sekali-kali tidak akan dapat menyempurnakan orang yang mempersembahkan korban-korban yang demikian itu tahun demi tahun” ( i brani 10:1) .
Kematian Yesus sebagai penebus manusia
Perjanjian Lama telah bernubuat tentang rancangan Allah bagi Dia dan kedatangan-Nya yang akan membawa penganiayaan dan ancaman kepada nyawa-Nya.
Apakah yang dikatakan kitab Mazmur dan Yesaya tentang nubuat itu?
Mazmur 22 (terutama ayat 7-8, 16-18)~
Yesaya 53:1-12~
Apabila Yesus digantung di kayu salib, Dia sedar bahawa apa yang berlaku kepada-Nya telah dinubuatkan sejak dahulu. Dia berkata, “kejadian ini mesti berlaku supaya yang tersurat dalam Kitab Suci ternyata benar’ (M atius 26:54) .
Teks-teks tersebut adalah jelas menyatakan bahawa Yesus telah menjadi korban persembahan kepada Allah. Apa yang dilakukanNya semasa Dia hidup dan akhirnya mati di kayu salib adalah bertujuan untuk membawa pendamaian antara Allah dengan manusia.
Dalam seluruh kehidupan-Nya, Dia selalu menjadi pengantara bagi Allah Bapa dan manusia, menunjukkan kasih, kurnia dan kebenaran-Nya kepada mereka. Tetapi, rancangan terutama Yesus adalah menjadi penyelamat bagi manusia (Yohanes 3:16).
Berdasarkan Yohanes 3:16 dan Roma 8:3-4, apakah yang anda faham tentang rancangan Allah ini?
Kehidupan yang berkelimpahan: Tuhan yang penuh kurnia, kasih dan kebenaran
Yohanes 1:17 mengatakan bahawa Allah penuh dengan “kasih kurnia dan kebenaran [yang] dinyatakan melalui Yesus Kristus”. Ini bermakna bahawa manusia yang berdosa boleh mendapat pengampunan yang sempurna dan dibawa dekat kepada-Nya melalui kematian Yesus di kayu salib.
Kebangkitan-Nya dari kubur selepas tiga hari menunjukkan bahawa maut tidak dapat menguasai-Nya. Oleh sebab Dia telah menguasai maut (1 K orintus 15:57) , kita juga akan menikmati kehidupan yang baru.
Mengapa dikatakan bahawa kita akan menikmati kehidupan yang baru itu? (Roma 6:4-8).
Rancangan Allah ini bukan sahaja memperbaiki akhlak atau
mengubah sikap kita, tetapi merupakan suatu transformasi dalaman yang memperbaharui hati yang berdosa kepada yang baru.
Transformasi ini hanya terjadi apabila hati dan “orang” yang
berdosa itu mati seperti sebiji benih gandum: “Jika benih gandum
tidak jatuh di tanah lalu mati, benih gandum itu hanyalah benih.
Tetapi sekiranya benih itu mati, benih itu akan banyak menghasilkan
buah” (Y ohanes 12:24)
Sesiapa yang sudah mengakui dosa, bertaubat dan meminta
Yesus masuk ke dalam hidup mereka serta menerima-Nya sebagai
Tuhan dan Penyelamat, mereka akan menerima kehidupan yang
kekal (Y ohanes 3:16) dan berlimpah-limpah (Y ohanes 10:10) .
Perubahan hati dan jiwa berlaku akibat penerimaan dan kepercayaan bahawa Yesus ialah Tuhan dan Penyelamat.
Apakah contoh-contoh hasil daripada perubahan ini? Rujuk Matius 5:43-45:
Apakah anda mampu melakukan seperti yang dinyatakan dalam Matius 5:43-45? Mengapa?
LATIHAN MENGHAFAL FIRMAN TUHAN
Yohanes 1:1-5
Pada permulaan sudah wujud Firman, dan Firman itu
bersama Allah dan Firman itu ialah Allah. Dia bersama
Allah pada permulaan. Segala-galanya diciptakan melalui
Dia. Daripada segala yang wujud, tiada suatu pun yang
dicipta tanpa-Nya. Hidup ada dalam-Nya, dan hidup itu
cahaya manusia. Dan cahaya itu bersinar dalam kegelapan, dan kegelapan tidak menguasainya.
Terbitan Kristian
Kutipan ayat diambil daripada teks Alkitab Versi Borneo, Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited.
Siri Pemuridan 2—Alkitab Hak cipta terpelihara © 2019
Buku ini diterbitkan khas untuk orang Kristian.
Betapa manisnya kata-kata-Mu bagiku, lebih manis daripada madu bagi lidahku!
Melalui ajaran-ajaran-Mu aku mendapat pengertian; oleh itu, aku membenci setiap jalan yang palsu.
Firman-Mu lampu bagi kakiku dan cahaya bagi jalanku.
Mazmur 119:103-105
PENGENALAN
Dalam buku ini, kita akan diperkenalkan tentang Alkitab, iaitu firman Allah yang hidup dan berkuasa. Ia juga
merupakan buku panduan rohani untuk semua pengikut Yesus Kristus. Kamu akan diberikan penjelasan untuk memahami asal usul, susunan, dasar bagi membaca dan mentafsir (secara ringkas)
ayat-ayatnya dan jawapan mengenai pelbagai pertanyaan tentang kebenaran dan kebolehpercayaannya.
Apabila kamu telah melengkapkan siri ini, kamu akan mempunyai keyakinan yang lebih besar dan gambaran yang lebih jelas tentang firman Allah, serta kuasa, wibawa dan penerapannya dalam kehidupan kamu.
1: ALKITAB—
KEBENARAN YANG MUTLAK
Alkitab ialah firman Allah yang diberikan kepada manusia sebagai medium untuk memahami siapa itu Tuhan dan rancangan-Nya untuk kita di dunia ini. Kitab ini merupakan kitab yang diturunkan oleh Allah bagi kita untuk mengenal dan mendekati-Nya, serta bertujuan untuk mengubah hubungan kita dengan-Nya agar kita menjadi manusia baru dalamNya (2 Korintus 5:17).
Segala ayat dalam Alkitab ialah Firman Allah
Apakah kesaksian Alkitab terhadap dirinya sendiri? “Seluruh
Kitab Suci diilhamkan oleh Allah …” (2 t i M otius 3:16) . “Hukum Taurat
disampaikan melalui Musa” (Y ohanes 1:17) dan Yesus berkata “Kitab
Suci tidak dapat dibatalkan” (Y ohanes 10:35) . Perkataan-perkataan-Nya
“_____________________________________” (Y ohanes 6:63) dan
perkataan-Nya adalah “kata-kata hidup yang kekal” (Y ohanes 6:68) .
Nota: Alkitab menyatakan ia adalah firman Allah dengan
penggunaan istilah seperti “beginilah firman Tuhan” ( contohnYa
Y esaYa 43:1; Y ere M ia 31:37; Y eheze K iel 45:9; z a K aria 1:4 dan lain - lain ), iaitu frasa yang muncul sebanyak beratus-ratus kali.
Alkitab ditulis oleh pelbagai orang seperti para nabi (contohnya
Musa, Samuel, Elias), para pemimpin/murid-murid Yesus (contohnya
Matius, Petrus, Paulus, Yohanes) dan lain-lain.1 Walaupun mempunyai ramai penulis yang berbeza, ini tidak menjadi masalah kerana Alkitab
menjawab persoalan ini dalam 2 Timotius 3:16 dan 2 Petrus 1:21.
Apakah yang dikatakan oleh dua ayat ini (2 Timotius 3:16 dan 2 Petrus 1:21)?
Allah menyampaikan firman kepada umat-Nya melalui para nabi, para pemimpin dan lain-lain dengan menggunakan daya intelek, pemikiran dan budaya mereka sebagai medium penghantaran mesej-Nya. Sebagai contoh, Tuhan membenarkan Lukas “mengkaji perkara-perkara ini dari mulanya” dan “mengarang cerita-Nya dengan
teratur”2 supaya kita boleh mengetahui kebenaran yang sepenuhnya
tentang peristiwa yang berlaku dalam kehidupan Yesus Kristus ( l u K as 1:3-4) .
Tuhan tidak melangkaui akal atau fikiran pengikut-Nya yang
mencatat firman-Nya; Roh Kudus menjadi panduan, penyelia dan inspirasi penulisan mereka untuk memastikan apa yang ditulis
masih datang daripada-Nya. (Allah menempatkan diri-Nya dalam keupayaan manusia melalui proses dan cara mereka berkomunikasi.)
Kesemua 66 buku yang terdapat dalam Alkitab mengandungi bahan dan gaya penulisan yang berbeza; Alkitab mempunyai genre atau kesusasteraan naratif, hukum-hukum, arahan ritual, puisi, lagu, khutbah, nubuat, ibarat, surat-surat dan lain-lain. Alkitab tidak terhad kepada satu genre sebab kehendak Allah bertujuan untuk berkomunikasi melalui semua pengalaman manusia agar kita mengerti maksud firman-Nya dengan lebih mudah dan jelas.
Namun, Roh Kudus tetap memainkan peranan yang paling penting untuk memberi kita hikmat kebijaksanaan dan pengertian akan firman-Nya (Y ohanes 14:25-26, 1 K orintus 2:14) .
Apakah yang dikatakan tentang Roh Kudus dalam 2 ayat ini?
Alkitab adalah kebenaran yang mutlak kerana ia berasal daripada Allah sendiri dan Alkitab mengandungi nubuat tentang peristiwaperistiwa yang sudah berlaku. Contohnya:
• Abraham dan Sarah akan melahirkan anak (dinubuat dalam Kejadian 17:15-19 dan digenapi dalam Kejadian 21:1-5).
• Israel diperhambakan oleh kerajaan Mesir (K ejadian 15:13-16) dan dibebaskan oleh Allah (K eluaran 12:40-41) .
Peristiwa dan nubuat yang berlaku disaksikan oleh para saksi yang mengesahkannya:
• Kematian dan kebangkitan Yesus disaksikan oleh ramai orang (1 K orintus 15:3-8) .
• Kehidupan Yesus didengar dan dilihat oleh para pengikutNya yang juga pernah menyentuh-Nya (1 Y ohanes 1:1-4) .
Manusia cuba menghapuskan firman Allah tetapi Dia berjanji mengekalkan keseluruhan firman itu untuk selama-lamanya (Y esaYa 40:8, M atius 5:18) :
Tujuan Alkitab disampaikan kepada kita
• Pertumbuhan kehidupan rohani kita (1 P etrus 2:2-3) .
• Memberi petunjuk dan menjadi panduan kita (M az M ur 119:105).
• Membawa berkat rohani apabila kita mentaati hukum-hukumNya (M az M ur 1:1-3) .
• Mendedahkan dan mengenalpasti fikiran dan niat kita ( i brani 4:12-13).
• Membimbing kita (2 t i M otius 3:16-17).
• Mempertahankan iman dan rohani kita apabila menghadapi serangan daripada musuh Allah ( e fesus 6:17) .
Apakah sikap kita terhadap Alkitab?
Dalam Mazmur, Daud menulis sebuah renungan yang panjang tentang sikapnya terhadap Alkitab. Sila baca keseluruhan Mazmur
119. Kemudian, tuliskan pemerhatian anda tentang sikap Daud terhadap firman Tuhan.
Renungkan sikap anda terhadap firman-Nya. Adakah anda telah melakukan seperti yang dilakukan oleh Daud?
Bagaimanakah sikap anda terhadap firman-Nya selama ini?
Adakah anda mengalami kesukaran untuk melakukan seperti yang dilakukan oleh Daud? Mengapa?
2:
GAMBARAN BESAR
TENTANG ALKITAB
Alkitab harus dipandang sebagai sebuah koleksi kitab yang diwahyukan oleh Allah, ditulis oleh para nabi dan rasulNya. Allah juga memastikan apa yang ditulis oleh para nabi-Nya itu betul, tepat dan tiada cacat-cela.
Catatan sejarah, penghantaran dan penyalinan teks Alkitab amat rumit untuk dibahas di sini. Namun, banyak kandungan Alkitab dapat disemak daripada manuskrip-manuskrip lama. Sebenarnya manuskip Alkitab ialah manuskrip tertua yang wujud di dunia (berbanding dengan manuskrip suci yang terdapat dalam agama-agama lain).
Perjanjian Lama kepada Perjanjian Baru
Tema utama Alkitab ialah menyampaikan cerita Allah kepada dunia dan manusia ciptaan-Nya tetapi manusia telah terpesong daripada rancangan Tuhan kerana mereka berdosa kemudian
dihukum oleh-Nya (K ejadian 3:1-24) . Oleh itu, Allah merancang untuk membawa kedamaian kepada manusia supaya mereka boleh kembali ke jalan yang lurus.
Alkitab menunjukkan kasih Allah kepada manusia melalui AnakNya yang diutus ke dunia ini, agar berita baik tentang rancangan penyelamatan-Nya bagi manusia boleh diketahui.
Dua puluh lima tahun selepas Yesus Kristus diangkat ke syurga, para pengikut-Nya mula mengumpulkan kata-kata-Nya, semua tulisan dan wahyu yang disampaikan Allah kepada mereka.
Koleksi pertama dalam Alkitab yang disampaikan kepada para nabi Allah ialah Taurat. Tarikh penulisannya adalah pada zaman Musa, iaitu sekitar abad kelima belas Sebelum Masihi (SM).
Berkaitan dengan sejarah Israel, penulisan buku Taurat sehingga
penamatan Perjanjian Lama (iaitu buku Maleakhi) bermula daripada
waktu kehidupan Musa (1500 SM) sehingga 435 SM.3
Koleksi yang terakhir, iaitu Injil dan surat-surat lain yang ditulis oleh para pengikut Yesus Kristus, tarikh penulisan adalah pada pertengahan abad pertama Tahun Masihi.
Alkitab ialah koleksi wahyu Allah yang disampaikan kepada umat-Nya dalam tempoh melebihi 1500 tahun.
Alkitab mengandungi 66 buku atau kitab iaitu 39 kitab dalam
Perjanjian Lama (termasuk Taurat dan Mazmur) dan 27 kitab dalam
Perjanjian Baru (termasuk kitab Injil). Keseluruhan 66 buku dalam
Alkitab boleh dibahagikan seperti berikut:
Alkitab Kitab Nama
Perjanjian Lama
(39 buku)
Taurat Kejadian, Keluaran, Imamat, Bilangan, Ulangan
Sejarah Yosua, Hakim-Hakim, Rut,
1 dan 2 Samuel, 1 dan 2 Raja-Raja,
1 dan 2 Tawarikh, Ezra, Nehemia, Ester, Ayub
Syair Mazmur, Amsal, Pengkhutbah, Kidung Agung
Para nabi Yesaya, Yeremia, Ratapan, Yehezkiel, Daniel, Hosea, Yoel, Amos, Obaja, Yunus, Mikha, Nahum, Habakuk, Zefanya, Hagai, Zakharia, Maleakhi
Perjanjian Baru
(27 buku
dan surat)
Injil Matius, Markus, Lukas, Yohanes
Sejarah Kisah Para Rasul
Suratsurat Roma, 1 dan 2 Korintus, Galatia, Efesus, Filipi, Kolose, 1 dan 2 Tesalonika,
1 dan 2 Timotius, Titus, Filemon, Ibrani, Yakobus, 1 dan 2 Petrus,
1, 2 dan 3 Yohanes, Yudas
Wahyu Wahyu
Kebanyakan buku dalam Taurat ditulis oleh nabi _____ ( u langan
31:9-13) ; Mazmur oleh Daud, Injil oleh murid-murid Yesus Kristus
(Y ohanes 14:26, 16:12-13) dan Surat-surat oleh Rasul Paulus, Petrus dan lain-lain.
Terdapat juga buku-buku lain dalam Perjanjian Lama yang ditulis oleh para nabi atau pemimpin lain. Misalnya, buku-buku
seperti Yosua, Samuel, Yesaya, dan Yeremia diberi nama berdasarkan nama penulis.
Garis besar Alkitab adalah seperti berikut (lihat gambarajah 1):4
Unsur
kehidupan Berkat (Taurat)
Dengan Allah Hubungan yang intim
dan baik
dengan
Tuhan
(K ejadian
2:7-18)
Kutukan (Taurat)
Hubungan
dengan
Tuhan
terputus
(K ejadian
3:10-13)
Penyelamatan (Injil)
Hubungan
dengan Allah ____________
kembali
(2 K orintus 5:18)
Penyelesaian (Wahyu)
Tuhan akan menyertai umat-Nya selamalamanya
(W ahY u 21:3-4)
Dengan
manusia Hubungan
yang
harmoni
antara satu
sama lain
(K ejadian
2:22-24)
Dengan bumi Di bumi
Tuhan
(K ejadian
2:8-15)
Hubungan
antara satu
sama lain
terputus
(K ejadian
3:6-7, 12, 16)
Dibuang
dari tanah
Tuhan (K ejadian
3:23-24)
dan tanah
dikutuk
Hubungan
antara satu
sama lain
disambung
kembali ( e fesus
2:13-16)
Dijanjikan tempat di
hadirat Tuhan
(Y ohanes 14:1-3)
Tiada tangisan dan perhubungan
sosial dengan
bangsa lain
disembuhkan
(W ahY u 21:4; 22:2-3)
Tiada kutukan di kota Tuhan
(W ahY u 21:1-3, 22-27)
Dengan pekerjaan dan kesihatan
Pekerjaan yang
sempurna di bawah
Tuhan (K ejadian
2:15)
Dengan
jiwa
manusia
Kehidupan
kekal (K ejadian
3:22)
Pekerjaan
dikutuk dan diusahakan
dalam
kesakitan dan
sengsara
(K ejadian
3:16-19)
Maut
(K ejadian
3:19, 22)
Penyembuhan
terjadi akibat
kesakitan dan kutukan
ditanggung
oleh Yesus
Kristus (g alatia
3:13; 1 P etrus
2:24)
Maut dihapuskan akibat
kebangkitan
Yesus Kristus
(1 Korintus
15:12-28)
Tiada
kesakitan
atau sengsara, berusaha bagi
Tuhan dengan
sempurna
(W ahY u 21:4; 22:3)
Menerima
kehidupan
kekal, tiada
lagi maut
(W ahY u 21:6; 22:3)
Di sini, kita boleh melihat bahawa apa yang manusia telah kehilangan akibat dosa yang muncul dalam kehidupan mereka, kesemuanya diselesaikan pada akhirnya dalam buku Wahyu.
Berdasarkan garis besar Alkitab dari Kejadian sehing ga Wahyu, apakah perspektif baru anda terhadap Alkitab (jika ada)?
Setelah melihat gambaran dan garis besar Alkitab, apakah Alkitab bagi anda secara peribadi?
Tuhan telah memberikan kita firman-Nya. Adakah ini memberikan makna penting bagi anda secara peribadi? Mengapa?
3:
GAMBARAN TERPERINCI TENTANG ALKITAB
Taurat
Peristiwa penciptaan, manusia jatuh ke dalam dosa, dan rancangan Allah diceritakan dalam Kitab Taurat (K ejadian 3:1-24) .
Di sinilah bermulanya perjanjian-perjanjian tertentu yang dibuat antara Allah dan manusia, untuk memastikan rencana-Nya tidak akan dihalang oleh dosa mereka.
Apakah perjanjian antara Allah dan Nuh dalam Kejadian 9:817?
Namun begitu, manusia masih mengingkari Allah, lalu Allah
bertindak untuk “mencelarukan bahasa seluruh bumi dan dari
sanalah Tuhan menyerakkan umat manusia ke seluruh muka bumi”
(K ejadian 11:9) .
Seterusnya, Allah memilih Abraham untuk menjalankan rancangan penyelamatan-Nya. Allah berjanji Dia akan memberkati keturunan Abraham supaya dunia juga boleh menikmati berkat itu
(K ejadian 12:1-3) .
Nota: Selepas perjanjian dengan Abraham itu dibuat, seluruh buku Kejadian menceritakan iman dan usaha Abraham dan keturunannya (iaitu Ishak dan Yakub) untuk mentaati Allah dan bagaimana Dia menggunakan mereka dalam rancangan-Nya.
Dalam kitab Keluaran, Allah mengutus Musa membebaskan
bangsa Israel (keturunan Abraham) daripada perhambaan di tanah Mesir ( u langan 34:11-12) dan membawa mereka ke Tanah
Perjanjian ( u langan 34:4) . Sebelum memasuki Tanah Perjanjian, Allah memberikan hukum-hukum dan sistem korban yang wajib ditaati agar mereka boleh menyenangkan hati Allah dan mendekati-Nya.
Sejarah
Sebelum dan semasa umat Israel memasuki Tanah Perjanjian, Allah memerintah mereka menghapuskan kepercayaan dan bendabenda berhala ( u langan 7:1-6, 16-26; Y osua 6:17-18) . Namun Israel masih memungkiri perjanjian.
Akibat dosa, para pemimpin Israel dihukum oleh Allah; Tuhan
mengizinkan mereka mengalami kekalahan di atas tangan musuh
( h
i
3:7-9, 12-15; 4:1-4, 23 dan lain - lain ) .
Apabila Saul dilantik menjadi raja Israel yang pertama, Dia
dipilih oleh Allah untuk menyelamatkan Israel daripada musuh
mereka (1 s aM uel 9:16; 10:1) dan mematuhi arahan-arahan Allah dalam
hal pemerintahan (1 s aM uel 10:25; u langan 17:14-20) .
Namun Saul dan kebanyakan raja-raja seterusnya masih tidak
taat kepada Allah. Umat Israel semakin lama menjadi semakin jahat, dipimpin oleh raja yang tidak adil, salih ataupun bijak (1-2 r aja - r aja dan 1-2 t aWari K h ) .
Mazmur dan kesusasteraan hikmat
Kitab Mazmur: Mazmur ditulis oleh Daud dan mengajar bahawa segala jenis perasaan atau emosi boleh dibawa kepada Allah yang mendengar seruan, aduan atau pujian kita.
Tujuan kitab Mazmur disimpulkan dalam Mazmur 1:
• Kesukacitaan mereka yang tidak mengikuti nasihat yang jahat (1:1).
• Kegembiraan mereka apabila melakukan kehendak Allah (1:2)
• Manfaat kepada orang yang salih dan mentaati Allah (1:3, 6a).
• Hukuman terhadap orang yang jahat dan berdosa (1:4, 6b).
Buku Amsal:5 Amsal kebanyakannya ditulis oleh Raja Salomo dan yang lain ditulis oleh orang yang bijak. Buku ini mendidik pembacanya bagaimana mencari, menyimpan dan menggunakan hikmat dalam hidup (a M sal 3:5-6) .
Tujuan kitab Amsal terdapat dalam 1:2-7 (terutamanya ayat 7):
Kitab Pengkhutbah: Kebanyakan pemerhatian dan peribahasa dalam kitab ini adalah bersifat negatif dan sinis. Pengkhutbah menekankan tema sia-sia dalam kehidupan.
Namun, penulis menyuruh pembacanya menikmati kehidupan ini dengan sepenuhnya selagi masih bernafas, sebab itulah yang diberikan oleh Tuhan (P eng K hutbah 8:15; 11:8-10) ! Kitab ini tidak berakhir dengan mesej yang negatif, tetapi memberitahu kita sentiasa
takut kepada Allah dan mentaati-Nya, dan Allah akan mengadili setiap perbuatan kita (P eng K hutbah 12:13-14) .
Kidung Agung (Lagu Salomo): Buku ini dikarang dalam bentuk lagu yang menggambarkan cinta yang wujud antara seorang raja dengan permaisurinya.
Buku ini penuh dengan tulisan dan gambaran yang sangat intim. Tetapi tujuan buku ini adalah untuk mengajar kita apa itu cinta yang suci, dihendaki dan diizinkan oleh Tuhan. Hubungan cinta antara pasangan lelaki dengan perempuan yang menggambarkan hubungan kasih dalam Tritunggal, antara Tuhan dengan Israel ( h osea 3:1) dan Yesus Kristus dengan jemaah-Nya ( e fesus 5:32) . Contohnya dalam
Kidung Agung 2:4,16.
Para nabi
Kitab-kitab para nabi menggambarkan kehidupan dan peranan para nabi yang diutus oleh Tuhan sebagai pemimpin yang menguatkuasakan perjanjian-Nya dengan Israel. Para nabi seperti
Yesaya, Yeremia, Hosea, Mikha, dan lain-lain mendedahkan dosa-dosa bangsa Israel dan menyampaikan hukuman Tuhan kepada mereka.
Namun, walaupun mereka dihukum oleh Tuhan, Dia tetap berharap mereka akan bertaubat dan kembali kepada-Nya.
Melalui penghukuman itu, Israel juga diberikan gambaran seorang
penyelamat, iaitu Kristus.
Injil
Bahagian ini dipanggil Perjanjian Baru kerana kedatangan
Yesus Kristus memperkenalkan hukum baru yang diberitakan
dalam kitab Injil.
Istilah “Injil” bermaksud berita baik atau berita gembira dan
Yesus Kristus sendirilah Berita Baik itu. Keempat-empat kitab Injil
ialah kitab riwayat yang menceritakan kisah nyata Yesus Kristus dan berita baiknya. Kitab riwayat ini adalah wahyu daripada Tuhan; Yesus
Kristuslah yang menjadi penyelamat dan memberi harapan kepada dunia.
Setiap Injil menulis satu gambaran tertentu tentang Yesus Kristus.
Matius memperkenalkan Yesus Kristus sebagai Raja orang Yahudi, Markus memperkenalkan Yesus Kristus sebagai hamba sempurna
yang taat kepada Allah, Lukas memperkenalkan Yesus Kristus sebagai
Anak Manusia, dan Yohanes memperkenalkan Yesus Kristus sebagai
Anak Allah. Setiap penulis mempunyai tujuan tertentu dalam
penulisan Injil mereka masing-masing:
Matius 2:2~
Markus 10:45~
Lukas 19:10~
Yohanes 20:31~
Walaupun ada perbezaan antara empat Injil, kesemuanya diakhiri dengan satu perintah, iaitu ________________________ ___________________________________________________
(M atius 28:18-20, M ar K us 16:15, l u K as 24:47-48, Y ohanes 20:21, 28-29) .
Kisah Para Rasul
Buku ini juga ditulis oleh Lukas kepada pemerintah Teofilus untuk menerangkan kepadanya siapa itu para pengikut Yesus Kristus
(Kisah Para rasul 1:1-4).
Jika kita membaca mula daripada Lukas 24 dan terus ke Kisah Para Rasul 1, kita akan diberitahu apa yang berlaku selepas Yesus diangkat ke syurga. Tujuan buku ini adalah:
• menghuraikan kedatangan, pekerjaan dan usaha Roh Kudus yang dijanjikan ( l u K as 24:47-49) , dan menyertai mereka dalam penyebaran rancangan dan Pemerintahan Allah.
• menerangkan kelahiran dan perkembangan jemaah Kristus
(Kisah Para rasul 2:5-11) .
Surat-surat
Perjanjian Baru
Surat-surat dalam Perjanjian Baru ialah satu cara perhubungan para pemimpin Yesus dengan jemaah-jemaah yang ditubuhkan semasa pelayanan Rasul Paulus.
Kebanyakan surat di sini ditulis oleh Rasul Paulus, dengan
menurut perintah Tuhan (1 K orintus 14:37, 2 P etrus 3:2) dan ditulis kepada jemaah-jemaah berikut:
• Mereka yang dipanggil menjadi orang salih ( r o Ma 1:6) dan menetap di situ setelah menerima Kristus sebagai penyelamat mereka ketika ramai bangsa tertentu berkumpul di Yerusalem
(Kisah Para rasul 2:5-41).
• Mereka yang tinggal di situ kerana misi/pelayanan muridmurid Yesus Kristus.
• Mereka yang ditubuhkan sebagai umat Allah yang tinggal di merata tempat di Empayar Roma (1 P etrus 1:1) .
Tujuan surat-surat ini ditulis adalah berbeza dan bergantung kepada isu-isu tertentu yang ditangani oleh jemaah atau individu masing-masing:
• Mendorong mereka yang mengalami penindasan atau penganiayaan ( contohnYa 1 dan 2 P etrus , W ahY u ) .
• Memperbaiki/menangani masalah tentang amalan, teologi/ doktrin atau ajaran sesat ( contohnYa 1 dan 2 K orintus , g alatia , e fesus , K olose , f ili P us , 1 dan 2 t esaloni K a , i brani , Y a Kobus , 1-3 Y ohanes , j udah ) .
• Menasihati atau menggalak individu-individu yang dicabar tentang masalah melayani umat Tuhan (1 dan 2 t i M otius , t itus ) atau perhubungan antara satu sama lain ( f ile M on ) .
Kesemua surat yang ditulis itu bertujuan “mengajar, menegur, membetulkan dan mendidik ke arah kebenaran.
Bahagian Perjanjian Baru ini menyampaikan asas mesej Injil. Sila nyatakan mesej itu melalui Roma 3:23-24 dan Efesus 2:4-9
Wahyu
Buku itu ditulis oleh Yohanes, yang menerima wahyu daripada Tuhan. Hampir seluruh buku ini berdasarkan penglihatan.
Tujuan buku ini adalah untuk mempersiapkan umat Allah menghadapi penganiayaan berat yang berlaku pada waktu itu dan pada waktu akhirat, agar sesiapa yang membaca kata-kata nubuat ini dan mendengarnya serta mematuhi apa yang tersurat dalamnya (W ahY u 1:3) akan bersiap sedia untuk menghadapinya.
Antara kejadian yang akan berlaku pada masa akan datang ialah:
• Penderitaan para pengikut Yesus pada waktu-waktu yang jahat (W ahY u 11) .
• Huraian tentang kejahatan hebat yang akan berlaku (W ahY u 11–18) .
• Kedatangan kedua kali Yesus Kristus untuk menyelamatkan umat-Nya daripada kejahatan itu (W ahY u 19:11-21; 22:7) .
• Penghakiman dan penghukuman si jahat, Iblis dan semua pengikutnya. (W ahY u fasal 19–20) .
• Kedatangan dunia dan syurga yang baru kepada semua yang taat kepada Yesus sehingga waktu akhir dunia ini, di mana mereka akan mendiami di situ bersama Allah buat selamalamanya (W ahY u 21–22) .
Mengapakah sangat penting bagi kita untuk mengetahui dan bersiap sedia menghadapi akhirat?
4: MEMBACA ALKITAB
Setiap pengikut Yesus Kristus, baik yang baru mahupun yang lama dan berpengalaman, semuanya memerlukan makanan rohani iaitu Alkitab, kebenaran yang mutlak.
Tanpa pembacaan Alkitab, kita tidak akan dapat mengenal Tuhan dengan lebih dalam lagi serta tidak akan bertumbuh dalam iman kita.
Firman Tuhan harus difahami dan ditaati
Alkitab memberikan perumpamaan tentang empat jenis orang yang mendengar firman Tuhan.
Bacalah Markus 4:1-25 dan mencatatkan empat jenis keadaan itu dan apa maknanya:
Sesiapa yang mendengar firman Tuhan tetapi cuba memesong ajarannya akan (2 Petrus 3:15-16):
Pernahkah ketika anda membaca Alkitab, anda rasa sangat susah untuk memahami maksudnya? Semua pengikut Kristus pernah mengalami kesukaran untuk memahami maksud ayat tertentu dalam Alkitab. Walaupun seseorang yang kita anggap sudah matang dalam kehidupan rohaninya dan mempunyai pengetahuan yang sangat luas tentang Alkitab, pasti tetap mengalami hal seperti ini.
Para pengikut Yesus seperti Petrus juga mengalami hal yang sama. Petrus berkata, “Terangkanlah maksud ibarat tadi kepada kami.” Yesus berkata, “Kamu masih tidak faham (M atius 15:16) .
Oleh itu, apabila kita membaca firman-Nya, kita tidak perlu risau jika kita tidak memahami maksudnya tetapi teruskan sahaja membaca firman-Nya.
Kita telah belajar bahawa Roh Kudus merupakan Guru yang paling tepat dan dipercayai untuk memberi kita hikmat kebijaksanaan dan pengertian. Maka itu, berdoalah memohon pimpinan dan pengertian dari Roh Kudus dalam pembacaan kita.
Selain itu, anda juga boleh bertanya kepada orang yang lebih matang atau sahabat seiman anda. Contohnya Kisah Para Rasul 18:26. Apakah yang berlaku di sini?
Sebagai pengikut Yesus, kita harus memahami isi Alkitab bukan untuk memperluaskan pengetahuan kita sahaja tetapi untuk mendekati dan mengasihi Tuhan dengan lebih intim. Namun, kita harus terbuka untuk digunakan oleh Tuhan untuk mengajar kebenaran-Nya kepada orang yang masih mentah dalam fikiran dan pengetahuan tentang firman-Nya ( u langan 6:6-7, a M sal 9:9)
Oleh itu, pemuridan adalah sangat penting. Yesus berkata
(M atius 28:20) . Jika kita boleh mengajar atau mendidik mereka ke jalan yang lurus, mereka tidak akan dipesongkan oleh ajaran sesat. Melalui pemuridan yang berterusan, kita bukan sahaja menjadi semakin matang, malah kehidupan rohani mereka akan bertumbuh dan bercabang ( e fesus 4:13-14) .
Para pengikut Yesus juga melakukan pemuridan seperti dalam
2 Timotius 2:2, “_______________________________________
Firman Tuhan bukan sahaja untuk difahami tetapi juga untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Pemuridan salah satu cara
kita untuk mentaati Firman Tuhan. Kebenaran Firman Tuhan bukan
sahaja untuk anda seorang sahaja tetapi juga untuk orang lain.
Berapa kerapkah anda membaca Alkitab dalam seminggu?
Tulis dan kongsikan jawapan anda dan sebabnya (berdasarkan jawapan anda).
Jika anda belum mula membaca Alkitab secara konsisten dan ingin bermula sekarang namun tidak tahu caranya, anda boleh mengikut contoh kaedah di bawah.
Kaedah 15 minit renungan:
1 minit: berdiam diri
2 minit: menyanyikan lagu pujian
3 minit: membaca Alkitab
4 minit: Renungan
5 minit: Berdoa
Anda boleh khususkan masa dan memilih tempat yang sesuai.
Panduan Membaca Alkitab
1. Pemerhatian: “Apakah yang dikatakan oleh ayat Alkitab ini?” Menanyakan soalah 5W1H (Apa, Di Mana, Bila, Siapa, Mengapa, Bagaimana)
2. Penjelasan: “Apakah maksud ayat Alkitab ini?”
3. Penerapan: “Bagaimanakah menerapkan ajaran Alkitab dalam kehidupan?”
4. Menanyakan soalan-soalan berikut:
• Apakah dosa yang harus saya akui?
• Apakah janji Tuhan?
• Apakah teladan yang saya boleh contohi?
• Apakah perintah yang harus ditaati?
• Apakah rahmat Tuhan?
• Apakah tabiat hidup yang harus saya ubah?
Mengapakah anda perlu membaca Alkitab setiap hari secara konsisten? Kongsikan.
Walaupun Alkitab adalah ditulis oleh manusia, namun kandungannya adalah firman Tuhan yang berkuasa dan benar. Keupayaan seseorang untuk memahami Alkitab adalah lebih berdasarkan kepada keadaan moral dan kerohanian orang itu, bukan berdasarkan intelek seseorang, kerana
“Orang jasmani yang tidak mempunyai Roh tidak dapat menerima halhal daripada Roh Allah, kerana dia menganggap hal-hal itu kebodohan
semata-mata, dan dia tidak dapat memahaminya, disebabkan hal-hal itu hanya dapat dinilai secara rohani” (1 Korintus 2:14).
Jika anda memerlukan hikmat untuk mengetahui cara membaca dan memahami Alkitab dengan lebih jelas atau mendalam, anda
“haruslah berdoa kepada Allah supaya mengurniakan kebijaksanaan”
(Y a Kobus 1:5-8) kepada anda semasa merenungkan friman-Nya.
LATIHAN MENGHAFAL FIRMAN TUHAN
Mazmur 1:1-6
Mazmur 1 merupakan pengenalan kepada semua mazmur yang lain. Ia memberitahu kita apa yang dicari oleh Tuhan daripada orang yang benar dan apa yang dibenci Tuhan dalam orang yang jahat.
1 Diberkatilah orang yang tidak berjalan menurut nasihat orang zalim atau berdiri di jalan orang berdosa atau duduk di kerusi orang yang mengejek.
2 Tetapi dia bersukacita dengan hukum Tuhan, dan merenung hukum-Nya siang dan malam.
3 Dia seperti pohon yang ditanam di tepi perairan, yang menghasilkan buahnya pada musimnya dan daunnya tidak layu. Apa sahaja yang dilakukannya berjaya.
4 Tidak demikian orang zalim! Mereka seperti sekam yang dilayangkan angin.
5 Oleh itu, orang zalim tidak akan bertahan dalam penghakiman, begitu juga orang berdosa dalam perhimpunan orang benar.
6 Kerana Tuhan menaungi jalan orang benar, tetapi jalan orang zalim akan binasa.
KALENDAR PEMBACAAN ALKITAB SEPANJANG TAHUN
Jika anda masih belum membaca keseluruhan Alkitab, terdapat satu kaedah yang sesuai untuk menolong anda menghabiskan pembacaan. Penggunaan kalendar boleh membantu anda menghabiskan pembacaan Alkitab dalam tempoh satu tahun. Sila rujuk kepada kalendar yang berdasarkan Pedoman Harian yang diterbitkan oleh Our Daily Bread Ministries:
BACAAN ALKITAB SETAHUN
MEMBACA PERJANJIAN LAMA & BARU SETIAP HARIJANUARI FEBRUARI
Kej 1–3; Mat 1
Kej 4–6; Mat 2
Kej 7–9; Mat 3
Kej 10–12; Mat 4
Kej 13–15; Mat 5:1-26
Kej 16–17; Mat 5:27-48
Kej 18–19; Mat 6:1-18
Kej 20–22; Mat 6:19-34
Kej 23–24; Mat 7
Kej 25–26; Mat 8:1-17
Kej 27–28; Mat 8:18-34
Kej 29–30; Mat 9:1-17
Kej 31–32; Mat 9:18-38
Kej 33–35; Mat 10:1-20
Kej 36–38; Mat 10:21-42
Kej 39–40; Mat 11
Kej 41–42; Mat 12:1-23
Kej 43–45; Mat 12:24-50
Kej 46–48; Mat 13:1-30
Kej 49–50; Mat 13:31-58
Kel 1–3; Mat 14:1-21
Kel 4–6; Mat 14:22-36
Kel 7–8; Mat 15:1-20
Kel 9–11; Mat 15:21-39
Kel 12–13; Mat 16
Kel 14–15; Mat 17
Kel 16–18; Mat 18:1-20
Kel 19–20; Mat 18:21-35
Kel 21–22; Mat 19
Kel 23–24; Mat 20:1-16
Kel 25–26; Mat 20:17-34
Kel 27–28; Mat 21:1-22
Kel 29–30; Mat 21:23-46
Kel 31–33; Mat 22:1-22
Kel 34–35; Mat 22:23-46
Kel 36–38; Mat 23:1-22
Kel 39–40; Mat 23:23-39
Im 1–3; Mat 24:1-28
Im 4–5; Mat 24:29-51
Im 6–7; Mat 25:1-30
Im 8–10; Mat 25:31-46
Im 11–12; Mat 26:1-25
Im 13; Mat 26:26-50
Im 14; Mat 26:51-75
Im 15–16; Mat 27:1-26
Im 17–18; Mat 27:27-50
Im 19–20; Mat 27:51-66
Im 21–22; Mat 28
Im 23–24; Mrk 1:1-22
Im 25; Mrk 1:23-45
Im 26–27; Mrk 2
Bil 1–3; Mrk 3
Bil 4–6; Mrk 4:1-20
Bil 7–8; Mrk 4:21-41
Bil 9–11; Mrk 5:1-20
Bil 12–14; Mrk 5:21-43
Bil 15–16; Mrk 6:1-29
Bil 17–19; Mrk 6:30-56
Bil 20–22; Mrk 7:1-13
MAC APRIL
Bil 23–25; Mrk 7:14-37
Bil 26–27; Mrk 8:1-21
Bil 28–30; Mrk 8:22-38
Bil 31–33; Mrk 9:1-29
Bil 34–36; Mrk 9:30-50
Ul 1–2; Mrk 10:1-31
Ul 3–4; Mrk 10:32-52
Ul 5–7; Mrk 11:1-18
Ul 8–10; Mrk 11:19-33
Ul 11–13; Mrk 12:1-27
Ul 14–16; Mrk 12:28-44
Ul 17–19; Mrk 13:1-20
Ul 20–22; Mrk 13:21-37
Ul 23–25; Mrk 14:1-26
Ul 26–27; Mrk 14:27-53
Ul 28–29; Mrk 14:54-72
Ul 30–31; Mrk 15:1-25
Ul 32–34; Mrk 15:26-47
Yos 1–3; Mrk 16
Yos 4–6; Luk 1:1-20
Yos 7–9; Luk 1:21-38
Yos 10–12; Luk 1:39-56
Yos 13–15; Luk 1:57-80
Yos 16–18; Luk 2:1-24
Yos 19–21; Luk 2:25-52
Yos 22–24; Luk 3
Yud 1–3; Luk 4:1-30
Yud 4–6; Luk 4:31-44
Yud 7–8; Luk 5:1-16
Yud 9–10; Luk 5:17-39
Yud 11–12; Luk 6:1-26
Yud 13–15; Luk 6:27-49
Yud 16–18; Luk 7:1-30
Yud 19–21; Luk 7:31-50
Rut 1–4; Luk 8:1-25
1 Sam 1–3; Luk 8:26-56
1 Sam 4–6; Luk 9:1-17
1 Sam 7–9; Luk 9:18-36
1 Sam 10–12; Luk 9:37-62
1 Sam 13–14; Luk 10:1-24
1 Sam 15–16; Luk 10:25-42
1 Sam 17–18; Luk 11:1-28
1 Sam 19–21; Luk 11:29-54
1 Sam 22–24; Luk 12:1-31
1 Sam 25–26; Luk 12:32–59
1 Sam 27–29; Luk 13:1-22
1 Sam 30–31; Luk 13:23-35
2 Sam 1–2; Luk 14:1-24
2 Sam 3–5; Luk 14:25-35
2 Sam 6–8; Luk 15:1-10
2 Sam 9–11; Luk 15:11-32
2 Sam 12–13; Luk 16
2 Sam 14–15; Luk 17:1-19
2 Sam 16–18; Luk 17:20-37
2 Sam 19–20; Luk 18:1-23
2 Sam 21–22; Luk 18:24-43
2 Sam 23–24; Luk 19:1-27
1 Raj 1–2; Luk 19:28-48
1 Raj 3–5; Luk 20:1-26
1 Raj 6–7; Luk 20:27-47
1 Raj 8–9; Luk 21:1-19
MEI JUN
1 Raj 10–11; Luk 21:20-38
1 Raj 12–13; Luk 22:1-20
1 Raj 14–15; Luk 22:21-46
1 Raj 16–18; Luk 22:47-71
1 Raj 19–20; Luk 23:1-25
1 Raj 21–22; Luk 23:26-56
2 Raj 1–3; Luk 24:1-35
2 Raj 4–6; Luk 24:36-53
2 Raj 7–9; Yoh 1:1-28
2 Raj 10–12; Yoh 1:29-51
2 Raj 13–14; Yoh 2
2 Raj 15–16; Yoh 3:1-18
2 Raj 17–18; Yoh 3:19-36
2 Raj 19–21; Yoh 4:1-30
2 Raj 22–23; Yoh 4:31-54
2 Raj 24–25; Yoh 5:1-24
1 Taw 1–3; Yoh 5:25-47
1 Taw 4–6; Yoh 6:1-21
1 Taw 7–9; Yoh 6:22-44
1 Taw 10–12; Yoh 6:45-71
1 Taw 13–15; Yoh 7:1-27
1 Taw 16–18; Yoh 7:28-53
1 Taw 19–21; Yoh 8:1-27
1 Taw 22–24; Yoh 8:28-59
1 Taw 25–27; Yoh 9:1-23
1 Taw 28–29; Yoh 9:24-41
2 Taw 1–3; Yoh 10:1-23
2 Taw 4–6; Yoh 10:24-42
2 Taw 7–9; Yoh 11:1-29
2 Taw 10–12; Yoh 11:30-57
2 Taw 13–14; Yoh 12:1-26
2 Taw 15–16; Yoh 12:27-50
2 Taw 17–18; Yoh 13:1-20
2 Taw 19–20; Yoh 13:21-38
2 Taw 21–22; Yoh 14
2 Taw 23–24; Yoh 15
2 Taw 25–27; Yoh 16
2 Taw 28–29; Yoh 17
2 Taw 30–31; Yoh 18:1-18
2 Taw 32–33; Yoh 18:19-40
2 Taw 34–36; Yoh 19:1-22
Ezra 1–2; Yoh 19:23-42
Ezra 3–5; Yoh 20
Ezra 6–8; Yoh 21
Ezra 9–10; Kis 1
Neh 1–3; Kis 2:1-21
Neh 4–6; Kis 2:22-47
Neh 7–9; Kis 3
Neh 10–11; Kis 4:1-22
Neh 12–13; Kis 4:23-37
Est 1–2; Kis 5:1-21
Est 3–5; Kis 5:22-42
Est 6–8; Kis 6
Est 9–10; Kis 7:1-21
Ayb 1–2; Kis 7:22-43
Ayb 3–4; Kis 7:44-60
Ayb 5–7; Kis 8:1-25
Ayb 8–10; Kis 8:26-40
Ayb 11–13; Kis 9:1-21
Ayb 14–16; Kis 9:22-43
Ayb 17–19; Kis 10:1-23
JULAI OGOS
Ayb 20–21; Kis 10:24-48
Ayb 22–24; Kis 11
Ayb 25–27; Kis 12
Ayb 28–29; Kis 13:1-25
Ayb 30–31; Kis 13:26-52
Ayb 32–33; Kis 14
Ayb 34–35; Kis 15:1-21
Ayb 36–37; Kis 15:22-41
Ayb 38–40; Kis 16:1-21
Ayb 41–42; Kis 16:22-40
Mzm 1–3; Kis 17:1-15
Mzm 4–6; Kis 17:16-34
Mzm 7–9; Kis 18
Mzm 10–12; Kis 19:1-20
Mzm 13–15; Kis 19:21-41
Mzm 16–17; Kis 20:1-16
Mzm 18–19; Kis 20:17-38
Mzm 20–22; Kis 21:1-17
Mzm 23–25; Kis 21:18-40
Mzm 26–28; Kis 22
Mzm 29–30; Kis 23:1-15
Mzm 31–32; Kis 23:16-35
Mzm 33–34; Kis 24
Mzm 35–36; Kis 25
Mzm 37–39; Kis 26
Mzm 40–42; Kis 27:1-26
Mzm 43–45; Kis 27:27-44
Mzm 46–48; Kis 28
Mzm 49–50; Rm 1
Mzm 51–53; Rm 2
Mzm 54–56; Rm 3
Mzm 57–59; Rm 4
Mzm 60–62; Rm 5
Mzm 63–65; Rm 6
Mzm 66–67; Rm 7
Mzm 68–69; Rm 8:1-21
Mzm 70–71; Rm 8:22-39
Mzm 72–73; Rm 9:1-15
Mzm 74–76; Rm 9:16-33
Mzm 77–78; Rm 10
Mzm 79–80; Rm 11:1-18
Mzm 81–83; Rm 11:19-36
Mzm 84–86; Rm 12
Mzm 87–88; Rm 13
Mzm 89–90; Rm 14
Mzm 91–93; Rm 15:1-13
Mzm 94–96; Rm 15:14-33
Mzm 97–99; Rm 16
Mzm 100–102; 1 Kor 1
Mzm 103–104; 1 Kor 2
Mzm 105–106; 1 Kor 3
Mzm 107–109; 1 Kor 4
Mzm 110–112; 1 Kor 5
Mzm 113–115; 1 Kor 6
Mzm 116–118; 1 Kor 7:1-19
Mzm 119:1-88; 1 Kor 7:20-40
Mzm 119:89-176; 1 Kor 8
Mzm 120–122; 1 Kor 9
Mzm 123–125; 1 Kor 10:1-18
Mzm 126–128; 1 Kor 10:19-33
Mzm 129–131; 1 Kor 11:1-16
Mzm 132–134; 1 Kor 11:17-34
SEPTEMBER OKTOBER
Mzm 135–136; 1 Kor 12
Mzm 137–139; 1 Kor 13
Mzm 140–142; 1 Kor 14:1-20
Mzm 143–145; 1 Kor 14:21-40
Mzm 146–147; 1 Kor 15:1-28
Mzm 148–150; 1 Kor 15:29-58
Ams 1–2; 1 Kor 16
Ams 3–5; 2 Kor 1
Ams 6–7; 2 Kor 2
Ams 8–9; 2 Kor 3
Ams 10–12; 2 Kor 4
Ams 13–15; 2 Kor 5
Ams 16–18; 2 Kor 6
Ams 19–21; 2 Kor 7
Ams 22–24; 2 Kor 8
Ams 25–26; 2 Kor 9
Ams 27–29; 2 Kor 10
Ams 30–31; 2 Kor 11:1-15
Pkh 1–3; 2 Kor 11:16-33
Pkh 4–6; 2 Kor 12
Pkh 7–9; 2 Kor 13
Pkh 10–12; Gal 1
Kid 1–3; Gal 2
Kid 4–5; Gal 3
Kid 6–8; Gal 4
Yes 1–2; Gal 5
Yes 3–4; Gal 6
Yes 5–6; Ef 1
Yes 7–8; Ef 2
Yes 9–10; Ef 3
Yes 11–13; Ef 4
Yes 14–16; Ef 5:1-16
Yes 17–19; Ef 5:17-33
Yes 20–22; Ef 6
Yes 23–25; Flp 1
Yes 26–27; Flp 2
Yes 28–29; Flp 3
Yes 30–31; Flp 4
Yes 32–33; Kol 1
Yes 34–36; Kol 2
Yes 37–38; Kol 3
Yes 39–40; Kol 4
Yes 41–42; 1 Tes 1
Yes 43–44; 1 Tes 2
Yes 45–46; 1 Tes 3
Yes 47–49; 1 Tes 4
Yes 50–52; 1 Tes 5
Yes 53–55; 2 Tes 1
Yes 56–58; 2 Tes 2
Yes 59–61; 2 Tes 3
Yes 62–64; 1 Tim 1
Yes 65–66; 1 Tim 2
Yer 1–2; 1 Tim 3
Yer 3–5; 1 Tim 4
Yer 6–8; 1 Tim 5
Yer 9–11; 1 Tim 6
Yer 12–14; 2 Tim 1
Yer 15–17; 2 Tim 2
Yer 18–19; 2 Tim 3
Yer 20–21; 2 Tim 4
Yer 22–23; Tit 1
NOVEMBER DISEMBER
Yer 24–26; Tit 2
Yer 27–29; Tit 3
Yer 30–31; Flm
Yer 32–33; Ibr 1
Yer 34–36; Ibr 2
Yer 37–39; Ibr 3
Yer 40–42; Ibr 4
Yer 43–45; Ibr 5
Yer 46–47; Ibr 6
Yer 48–49; Ibr 7
Yer 50; Ibr 8
Yer 51–52; Ibr 9
Rat 1–2; Ibr 10:1-18
Rat 3–5; Ibr 10:19-39
Yeh 1–2; Ibr 11:1-19
Yeh 3–4; Ibr 11:20-40
Yeh 5–7; Ibr 12
Yeh 8–10; Ibr 13
Yeh 11–13; Yak 1
Yeh 14–15; Yak 2
Yeh 16–17; Yak 3
Yeh 18–19; Yak 4
Yeh 20–21; Yak 5
Yeh 22–23; 1 Pet 1
Yeh 24–26; 1 Pet 2
Yeh 27–29; 1 Pet 3
Yeh 30–32; 1 Pet 4
Yeh 33–34; 1 Pet 5
Yeh 35–36; 2 Pet 1
Yeh 37–39; 2 Pet 2
Yeh 40–41; 2 Pet 3
Yeh 42–44; 1 Yoh 1
Yeh 45–46; 1 Yoh 2
Yeh 47–48; 1 Yoh 3
Dan 1–2; 1 Yoh 4
Dan 3–4; 1 Yoh 5
Dan 5–7; 2 Yoh
Dan 8–10; 3 Yoh
Dan 11–12; Yud
Hos 1–4; Why 1
Hos 5–8; Why 2
Hos 9–11; Why 3
Hos 12–14; Why 4
Yl 1–3; Why 5
Am 1–3; Why 6
Am 4–6; Why 7
Am 7–9; Why 8
Ob; Why 9
Yun 1–4; Why 10
Mi 1–3; Why 11
Mi 4–5; Why 12
Mi 6–7; Why 13
Nah 1–3; Why 14
Hab 1–3; Why 15
Zef 1–3; Why 16
Hag 1–2; Why 17
Za 1–4; Why 18
Za 5–8; Why 19
Za 9–12; Why 20
Za 13–14; Why 21
Mal 1–4; Why 22
1 Harus dijelaskan di sini bahawa kitab-kitab yang tidak ditulis oleh para nabi atau murid-murid Yesus masih dicatatkan di bawah seliaan nabi atau pengikut Yesus yang lain (seperti Asaf dan Yedutun yang “bernubuat di bawah penyeliaan raja [Daud]” (lihat 1 Tawarikh 25:1-7) atau Markus, di bawah seliaan Rasul Petrus.
2 Daripada Alkitab Terjemahan Baru © 1974 Lembaga Alkitab Indonesia (TB).
3 Wayne Grudem, Systematic Theology (Grand Rapids, MI: Zondervan, 1994) ms. 57-58.
4 Robert Scott. 2011. Questions Muslims ask: What Christians actually do (and don’t) believe. Downers Grove, IL: IVP, ms 29-30.
5 https://bible.org/article/introduction-book-proverbs
BAB 3
Identiti & Penyelamatan
Kutipan ayat diambil daripada teks Alkitab Versi Borneo, Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited.
Siri Pemuridan 3—Identiti & Penyelamatan
Hak cipta terpelihara © 2019
Buku ini diterbitkan khas untuk orang Kristian.
Sesiapa yang ada dalam Kristus adalah ciptaan baru.
Hal-hal lama telah lenyap dan segala-galanya baru.
Semuanya datang daripada Allah, yang telah mendamaikan
kita dengan diri-Nya melalui Kristus, dan mengamanahkan
kepada kami tugas mulia untuk mengusahakan pendamaian itu. Dalam Kristus, Allah telah mendamaikan isi dunia
ini dengan diri-Nya dan tidak lagi memperhitungkan
kesalahan-kesalahan mereka. Berita pendamaian itu telah diamanahkannya kepada kami. Kami adalah para duta
Kristus. Melalui kami, Allah menyampaikan apa yang dikehendaki-Nya. Oleh itu demi Kristus, kami meminta
kepadamu: Berdamailah semula dengan Allah! Allah
menjadikan Dia yang tidak mengenal dosa menjadi
penanggung dosa untuk kita, supaya dalam Dia kita
diperbenar oleh Allah.
2 Korintus 5:17-21
PENGENALAN
Dalam Buku 3 ini, kita akan mengkaji:
• rancangan Tuhan dalam penciptaan manusia
• dosa
• identiti dan penyelamatan dalam Yesus Kristus
• keperibadian dan identiti pengikut Yesus Kristus
Buku 3 membina asas bagi perjalanan kita sebagai pengikut Yesus, iaitu dari segi hubungan kita dengan Tuhan, bagaimana menangani masalah dosa jika kita bersalah dalam kehidupan seharian, pengetahuan yang kukuh bagi iman kita tentang penyelamatan dalam Yesus Kristus, dan yang terakhir, identiti dan imej seseorang yang salih dan bagaimana mentaati Dia. Buku 3 ini juga akan memperkenalkan buku-buku seterusnya dalam siri ini kepada anda.
Apabila anda telah melengkapkan siri ini, anda akan mempunyai keyakinan yang lebih besar tentang identiti anda dalam Yesus Kristus dan rancangan Allah dalam hidup anda. Dengan berbuat demikian, ini akan membantu anda menjalani kehidupan sebagai pengikut Kristus yang sejati.
1:
RANCANGAN ALLAH BAGI MANUSIA DI DUNIA
Pada permulaan penciptaan dunia ini, Tuhan telah menyediakan satu rancangan yang mulia bagi segala
ciptaan-Nya. Dia menciptakan manusia dengan tujuan yang indah seperti yang dikatakan dalam firman-Nya:
“Berfirmanlah Allah, ‘Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambaran dan rupa Kita. Mereka akan berkuasa
atas ikan-ikan di laut dan atas burung-burung di udara dan atas ternakan dan atas seluruh bumi dan atas segala jenis binatang melata yang merayap di muka bumi.” Maka
Allah menciptakan manusia menurut gambaran-Nya.
Menurut gambaran Allah, Dia mencipta mereka, lelaki dan perempuan’ ” (K ejadian 1:26-27) .
Tujuan dan kedudukan manusia dalam penciptaan Tuhan
dinyatakan dalam firman-Nya:
“Engkau telah menjadikannya rendah sedikit daripada malaikat; Engkau memahkotakannya dengan kemuliaan dan kehormatan,” ( i brani 2:7) .
“Ya Tuhan, ya Allah kami! Hanya Engkau yang layak menerima kemuliaan, kehormatan dan kuasa, kerana Engkaulah yang mencipta segala-galanya, dan dengan kehendak-Mu segala-galanya wujud dan dicipta” (W ahY u 4:11) .
Manusia adalah ciptaan Tuhan yang paling mulia. Kita juga dicipta untuk menyembah dan memuliakan Dia. Manusia diciptakan untuk mencerminkan Tuhan dalam:
• Perhubungan sosial: Menurut Kejadian 1:26, Allah ialah
Tuhan yang bersosial. Sewaktu Dia mengatakan “Kita hendak menjadikan manusia menurut gambaran dan rupa Kita”, ia menandakan bahawa Dia bukan Tuhan yang bersendirian (Tritunggal).
• Pekerjaan-Nya sebagai pemerintah di dunia dan alam semesta: Kejadian 1:27 menyatakan bahawa manusia akan berkuasa atas segala ciptaan semula jadi dunia ini.
• “Procreator” (Pencipta bersama Allah) melalui hubungan suami isteri, “beranakcuculah dan bertambah banyak” untuk melahirkan generasi seterusnya (K ejadian 1:27-28) .
Tujuannya adalah supaya mereka akan memenuhi bumi dan menaklukinya. Jika manusia dapat mentaati perintah Tuhan
dengan sempurna, maka mereka akan mengetahui kebaikan yang ditunjukkan-Nya kepada ciptaan-Nya apabila “segala yang Dia jadikan itu, dan kesemuanya sungguh baik” (K ejadian 1:31) .
Dari sudut ini kita dapat melihat bahawa identiti manusia berkait
rapat dengan tujuan penciptaannya. Tujuan dan identiti manusia adalah untuk:
• mencerminkan Tuhan dalam perhubungan sosial yang baik dengan manusia.
• bekerja dan menguruskan alam semesta sebagai pemerintah yang baik.
• menambah bilangan anak agar dunia ini dipenuhi oleh keturunan yang akan memuliakan nama-Nya.
Ketika manusia mula-mula diciptakan, mereka mengenal Tuhan secara peribadi dan mempunyai hubungan yang sempurna dengan-Nya. Mereka juga menikmati hubungan antara sesama secara terbuka (Kejadian 2:25):
Namun, segalanya berubah apabila mereka jatuh ke dalam dosa seperti yang kita sudah belajar dalam buku 1.
Adam dan Hawa menyebabkan gambaran Tuhan dalam hidup mereka tercemar. Akibatnya, mereka kehilangan perhubungan dan persekutuan muka dengan muka dengan Tuhan serta ciptaan-Nya (Rujuk kepada Kejadian 3):
1. Hubungan sesama manusia telah rosak (ayat 7):
a) Perkara pertama yang berlaku kepada Adam dan Hawa ialah “Maka terbukalah mata kedua-duanya dan sedarlah mereka bahawa mereka bertelanjang lantas mereka membuat cawat penutup aurat daripada dedaun pokok ara” (K ejadian 3:7)
b) Akibat pertama ialah mereka tidak lagi terbuka antara satu sama lain; hubungan antara manusia telah rosak. Dosa telah mengakibatkan perasaan negatif, curiga, rasa bersalah dan malu.
c) Kita tidak boleh lagi memiliki hubungan yang mendalam antara satu sama lain tanpa berasa takut, ragu-ragu dan malu, atau mempunyai perasaan negatif yang lain.
2. Hubungan Tuhan dengan manusia telah rosak ( aYat 8-10) :
a) Nyatakan apa yang terjadi dalam Kejadian 3:8-10.
b) Akibat kedua ialah Adam dan Hawa kehilangan persekutuan dengan Tuhan. Dosa telah menjadi penghalang hubungan mereka dengan Tuhan.
c) Mereka telah kehilangan kesempatan untuk bersekutu dengan Tuhan kerana mereka telah kehilangan kesucian mereka yang asal, iaitu keadaan sebelum mereka jatuh dalam dosa.
d) Dalam kesucian itu, tidak ada perasaan malu terhadap sesama tetapi selepas kemunculan dosa, mereka mencemarkan gambaran Tuhan dalam diri mereka dengan pemberontakan. Akibatnya, mereka terpisah daripada-Nya dan satu sama lain.
e) Alkitab juga mengatakan bahawa dosa ‘asal’ Adam dan Hawa itu telah membawa kesan kepada semua manusia. Akibat dosa ‘asal’ ini, semua manusia mewarisi kecenderungan semula jadi untuk berdosa—menolak atau memberontak rancangan Tuhan dalam hidup kita. Anda boleh memerhatikan hal ini dengan jelas dalam anak-anak kecil. Tiada sesiapa pun yang mengajar mereka tentang dosa—namun setiap mereka tahu bersikap mementingkan diri.
3. Hubungan manusia dengan dunia telah rosak ( aYat 14-19) :
a) Apakah yang dikatakan Tuhan kepada Adam dan Hawa akibat ketidaktaatan mereka?
b) Kita sekarang harus hidup di dunia dengan segala akibat dosa dalam hidup kita. Dunia kita adalah sebuah dunia yang rosak dan hancur akibat dosa. Kita tidak lagi mempunyai hubungan yang benar dengan Tuhan, antara satu sama lain, atau dengan dunia yang diberikan-Nya kepada kita. Tidak ada lagi yang sempurna dan harmoni.
c) Semua sikap mementingkan diri dan kejahatan, kesakitan dan penderitaan di dunia ini adalah akibat dosa kita. Kita semakin jauh daripada Tuhan dan satu sama lain.
Renungkan kesan-kesan dosa terhadap kehidupan peribadi anda sekarang:
Hubungan dengan sesama~
Hubungan dengan Tuhan~
Hubungan dengan dunia~
Satu tindakan ketidaktaatan mempunyai banyak akibat kepada manusia. Kita adalah apa yang kita ada sekarang, dan kita hidup di dunia yang ada sekarang kerana tindakan ketidaktaatan serta sikap memberontak kepada Tuhan. Kita kehilangan identiti, kemanusiaan asal dan perhubungan yang indah dengan Allah.
2: APAKAH ITU DOSA?
Dosa boleh dibahagikan kepada dua jenis:
a) kesalahan: akibat melanggar hukum atau perintah Tuhan yang menimbulkan perasaan bersalah (K ejadian 2:15-17; 3:11) .
b) malu atau aib: akibat menjauhkan diri atau pengasingan hubungan sosial (K ejadian 3:7-10) .
Dosa yang menimbulkan perasaan malu
Dosa memalukan diri sendiri, menjatuhkan maruah kita dan pengasingan berlaku bagi mengelak reaksi negatif daripada masyarakat.
Sifat dosa: gagal menepati kewajipan sosial kepada Tuhan atau orang lain.
Dosa yang menimbulkan perasaan bersalah
Dosa menyalahkan kita menurut sesuatu hukum atau undang-undang.
Sifat dosa: gagal menepati kewajipan hukum.
Reaksi peribadi: malu, kehilangan maruah diri, takut akan pengasingan/ tertinggal, mengasingkan diri.
Reaksi masyarakat: mengejek atau memperkecilkan, keaiban dan menghina, mengasingkan, memalukan.
Perasaan malu: suatu keaiban yang harus disembunyikan/diliputi daripada masyarakat.
Contoh dalam Alkitab:
Kejadian 3, Imamat 17:11,
Lukas 15:11-19
Reaksi peribadi: menyalahkan diri, menuduh diri, takut akan hukuman, marah, cuba membenarkan diri, permusuhan.
Reaksi masyarakat: menyalahkan dan mempertanggungjawabkan, menuduh, mengutuk, menghukum.
Perasaan bersalah: dipandang sebagai suatu hutang atau kos yang perlu dibayar/ diselesaikan untuk menepati kos hukuman.
Contoh dalam Alkitab:
2 Samuel 11:1-12:12;
Mazmur 51:11.
Sebagai ringkasan, semua gambaran dosa seperti tidak taat atau setia kepada Tuhan, menyalahkan orang lain, berbohong, menipu, membunuh, berzina, sombong dan lain-lain adalah dosa yang masih berterusan, baik dalam kalangan umat Allah pada hari ini mahupun orang yang belum menerima-Nya sebagai Penyelamat.
Nota: Para nabi atau pemimpin dan pengikut Yesus juga melakukan dosa. Contohnya, seperti Abraham (K ejadian 12:10-20) , Musa dan Harun ( b ilangan 20:7-13) , Petrus (M atius 26:33-35) , Yudas
Iskariot (M ar K us 3:16-19) , Ananias dan Safira (K isah P ara r asul 5:111) , dan Saulus (P ara r asul 9:1-8) .
Alkitab memberitahu kita pandangan Allah yang serius terhadap dosa dan orang yang melakukannya:
“Kamu tentu tahu bahawa orang durjana tidak akan
mewarisi kerajaan Allah. Janganlah menipu diri. Orang yang berkelakuan cabul, menyembah berhala, berzina, bersetubuh dengan sesama jantina” (1 K orintus 6:9) .
“Sesiapa yang benci akan saudaranya ialah pembunuh.
Kamu tahu bahawa seorang pembunuh tidak mempunyai hidup yang kekal dalam dirinya” (1 Y ohanes 3:15) .
“Tetapi mereka yang pengecut, tidak beriman, durjana, pembunuh, melakukan yang cabul, ahli sihir, penyembah
berhala dan semua pendusta akan dimasukkan ke dalam
lautan yang menyala dengan api dan belerang. Inilah kematian kedua” (W ahY u 21:8) .
Tiga contoh ayat Alkitab di atas sudah cukup memberitahu kita bahawa dosa amat serius bagi Tuhan. Walaupun tidak semua jenis dosa dinyatakan dalam ayat-ayat tersebut, namun Allah memberitahu kita bahawa orang berdosa tidak akan mewarisi kerajaan Allah, tidak akan mempunyai hidup yang kekal, dan akan mengalami kematian kedua.
Kajian Kes
Baca dan bincangkan 2 kes di bawah. Adakah contoh-contoh tersebut melibatkan perbuatan dosa atau tidak? Apakah pengaruhnya terhadap kehidupan seharian jika dosa berterusan?
Kes 1: Ramli ialah pengikut Yesus yang mempunyai keperluan wang. Oleh itu, dia meminjam RM1,000 daripada pengikut yang lain. Namun selepas setahun, walaupun dia tidak lagi ada keperluan, dia masih tidak membayar hutangnya kepada pengikut itu.
Kes 2: Harun terdengar suatu peristiwa tentang sikap seorang pemimpin yang boleh memburukkan reputasinya walaupun tiada bukti yang kukuh bahawa kesalahan pemimpin itu boleh membahayakan integriti jemaah. Namun, Harun berbohong demi menjaga maruah dan nama baiknya.
Renungkan kehidupan anda, bandingkan sikap dan tingkah laku anda sebelum dan selepas menjadi pengikut Yesus. Apakah perubahan itu?
Berdosa, bertaubat dan pengampunan:
Identiti baru dalam Yesus
Tuhan mengampuni dan menyambut orang dengan kasih-Nya, walaupun mereka berdosa. Mari kita lihat dua contoh di bawah.
Apakah tindakan Yesus dan perubahan yang berlaku setelah mereka bertemu dengan Yesus?
Yesus dan Zakheus (Lukas 19:1-10):
Yesus dan sepuluh orang berpenyakit kusta (Lukas 17:11-19):
Yesus Kristus datang untuk menyelamatkan orang tanpa melihat bangsa, kelas sosial, keadaan fizikal/berpenyakit, mahupun musuhNya daripada dosa.
Semua orang yang ditemui oleh Yesus Kristus akan menyambut kasih, pemulihan dan pengampunan daripada-Nya dan mengalami perubahan besar.
Bolehkan orang seperti kita pada hari ini dapat mengalami hadirat Yesus dan mengenal kasih, pemulihan dan transformasi-Nya dalam kehidupan kita? Sudah pasti ya.
Renungkan kehidupan anda. Mungkin terdapat bahagian dalam
hidup anda yang anda tidak menyerahkan sepenuhnya kepada
Tuhan untuk dipulihkan. Kongsikan dan berdoalah agar anda lebih terbuka dengan Tuhan sepenuhnya.
3: IDENTITI DAN
PENYELAMATAN DALAM
YESUS KRISTUS
Apabila kita percaya bahawa Yesus Kristus mati di atas salib sebagai korban yang sempurna untuk mengampuni dosa dan menyucikan kita, kita akan menerima berkat berikut:
“kerana dengan hatimu kamu beriman dan diperbenar, dan dengan mulutmu kamu mengaku lalu diselamatkan.”
Sebagaimana tersurat dalam Kitab Suci, “Sesiapa yang percaya kepada-Nya tidak akan diaibkan.” Kerana tidak ada perbezaan antara orang Yahudi dengan orang Yunani, kerana Tuhan yang sama berkuasa atas semuanya dan melimpahkan berkat ke atas semua yang menyeru kepadaNya. Kerana “Sesiapa yang menyeru nama Tuhan akan diselamatkan ( r o Ma 10:10-13) .
Yohanes 3:16~
Kehidupan kekal itu terjadi kerana Roh Allah yang bekerja. Apakah pekerjaan Roh Allah itu?
Yohanes 3:3-8~
Roma 8:13-17~
Perubahan baru dalam hidup kita merupakan pekerjaan Roh Allah.
1. Kita akan menjadi ciptaan baru dalam Yesus Kristus (2 K orintus 5:17) .
2. Kita akan merasai suatu pendekatan yang intim dengan Allah ( i brani 19:19-22) .
3. Kita akan mula mengamalkan tingkah laku baru yang mencerminkan kehidupan Roh Kudus yang sedang bekerja
dalam kita (g alatia 5:22-23) .
4. Keselamatan dan jaminan sebagai anak-anak Allah. Kita bebas daripada segala sihir, kutukan, ketakutan, serangan Iblis atau syaitan ( r o Ma 8:15) .
5. Keyakinan terhasil dalam hati ( r o Ma 8:16) .
6. Satu komuniti dan perhubungan baru dengan keluarga yang
beriman dalam Yesus Kristus (lihat juga buku 4 dan 5) (efesus 4:4; 1 Korintus 12:13;).
Hukum baru dan panduan untuk hidup
Kita sudah belajar bahawa apabila manusia berdosa dan melanggar hukum-hukum Tuhan, kita patut diadili dan dihukum. Setelah Adam dan Hawa jatuh ke dalam dosa, Allah berkata:
“…Aku akan melipatgandakan kesakitan dan kesusahanmu
semasa engkau melahirkan anak. Namun begitu, kamu tetap akan mengingini suamimu, dan dia akan berkuasa ke
atasmu” (K ejadian 3:16) .
“…Kerana engkau menurut kata isterimu lalu memakan
buah daripada pokok yang telah Kuperintahkan kepadamu, Jangan engkau makan buahnya, maka terkutuklah tanah
kerana kau. Engkau akan bersusah payah mengerjakan
tanah dan memakan hasilnya, seumur hidupmu” (K ejadian 3:17) .
“Hasil keringatmu itulah engkau kelak mendapatkan
rezekimu sehingga kembalinya engkau menjadi tanah, kerana dari tanahlah engkau diambil. Oleh sebab asalmu debu, maka engkau kelak kembali menjadi debu” (Kejadian 3:19).
“Lalu Tuhan Allah menyuruh manusia itu keluar dari
Taman Eden untuk mengerjakan tanah iaitu sumber
jasadnya” (K ejadian 3:23) .
Ini berlaku kerana apabila dosa muncul dalam taman tersebut, ini membawa perubahan yang besar dalam perhubungan mereka dengan Tuhan. Dia berkata kepada mereka bahawa mereka akan merasai kesakitan, sengsara dan kematian. Pengusiran mereka dari
Eden adalah selaras dengan firman-Nya, tetapi ia juga merupakan
suatu penyataan rahmat-Nya ke atas seluruh dunia. Hukuman ini juga
harus dijalankan untuk mengurangkan kerosakan moral yang terjadi
melalui dosa yang berterusan tanpa halangan jika tidak ada maut.
Kita sudah belajar bahawa masalah dosa ini harus diselesaikan.
Maka Yesus Kristus dihantar ke bumi untuk mengampuni dosa, memberi hukum baru dan panduan untuk hidup.
Kita kini hidup dalam hukum baru “Oleh sebab mereka yang
disebut anak-anak adalah manusia yang terdiri daripada darah dan daging, maka Yesus sendiri menjadi seperti mereka dan hidup dalam
keadaan manusia. Dia berbuat demikian, supaya dengan kematianNya Dia dapat memusnahkan Iblis yang menguasai kematian. Dengan cara itu Dia membebaskan mereka yang seumur hidup diperhamba, kerana takut akan kematian. Nyatalah bahawa bukan malaikat yang ditolong-Nya, tetapi Dia menolong keturunan Abraham. Hal ini bererti Dia harus menjadi seperti saudara-saudara-Nya dalam segala hal. Dengan demikian Dia dapat menjadi Imam Agung yang setia dan berbelas kasihan. Dengan pelayanan-Nya itu dosa manusia dapat diampunkan. Oleh itu, sekarang Dia dapat menolong mereka yang kena cubaan, kerana Dia sendiri pernah dicubai dan menderita” ( i brani 2:14-18, t MV) .
Apakah yang akan berlaku jika kita masih
berdosa selepas menerima Yesus Kristus
sebagai pengampun dosa kita?
Pengampunan dosa bukan bererti menghapuskan dosa. Penyelamatan yang sempurna untuk pengikut Yesus Kristus adalah apabila kita meninggalkan dunia yang sudah jatuh serta tercemar ini dan kembali ke pangkuan Allah di syurga, atau apabila Yesus kembali ke dunia ini dan mendirikan kerajaan-Nya yang kekal. Dengan itu,
semua pengikut Yesus Kristus masih berbuat dosa tetapi Roh Kudus
akan membawa keinsafan supaya kita boleh memohon pengampunan
daripada Tuhan yang membawa penyucian, kerana Yesus telah menebus
kita daripada dosa (1 Y ohanes 1:9) .
Allah yang berbelas kasihan dan Maha Pengampun mengetahui segala perbuatan manusia. Semasa kita bernafas, bekerja atau melakukan dosa, Dia tahu segalanya.
Dosa menyebabkan kita menjauhi Tuhan sebab ia menajiskan kita, dan Tuhan sentiasa bersedia untuk mengampuni dosa yang
kita lakukan setiap hari. Namun, ini tidak bermaksud kita boleh mengambil kesempatan ke atas pengampunan Tuhan yang penuh kasih.
Bagaimanakah kita boleh memperoleh pengampunan itu?
Rujuk 1 Yohanes 1:9.
Perhubungan yang rapat dengan Tuhan
Sesudah kita menerima Yesus Kristus, kita dapat merasa
keakraban Tuhan dalam hidup seharian, seperti yang tercatat dalam
Mazmur 139.
Bagaimanakah keakraban dalam hubungan yang digambarkan oleh Mazmur 139?
Renungkan kehidupan anda sekarang. Adakah anda dapat merasakan keakraban itu? Bagaimana?
4:
CIRI DAN IDENTITI BARU SEBAGAI PENGIKUT
YESUS KRISTUS
Ketika kita memutuskan untuk mengikut Yesus Kristus
sebagai Penyelamat kita, beberapa perubahan sudah
bermula. Kita mempunyai:
• Kelahiran baru dalam kuasa Tuhan
• Roh Kudus dalam kehidupan kita
• Kebolehan untuk menjalani hidup baru
Dalam kerohanian dan kehidupan peribadi
Bagi semua orang yang mengalami sentuhan, penyembuhan, penyambutan dan kasih daripada Tuhan, Alkitab menyeru supaya
kita menyerahkan sepenuh hidup kita kepada-Nya agar kita dapat
dipakai oleh Allah untuk memuliakan Dia ( r o Ma 12:1-2) .
Terdapat tiga ciri tentang seorang pengikut Yesus iaitu:
• Dia mentaati firman Tuhan (telah dijelaskan dalam buku 2).
• Dia __________________ sesamanya (Y ohanes 13:34) .
• Dia akan _____________ kerana tetap tinggal di dalam
Tuhan dan Tuhan di dalam-Nya (Y ohanes 15:5) .
Bukti sebagai pengikut Yesus Kristus yang benar akan dilihat dalam tingkah laku mereka (M atius 7:17-20) .
Apakah buah rohani? (Galatia 5:22-23):
Sebagai pengikut Kristus, kita hendaklah menghasilkan buah roh. Tetapi “Setiap pokok yang tidak menghasilkan buah yang baik akan ___________________________” (M atius 7:19) .
Yesus Kristus telah memberi semua pengikut-Nya dua perintah yang terutama (Matius 22:36-40):
Jika kita mentaati Yesus Kristus sebagai Tuhan, maka kita akan taat kepada segala perintah-Nya. Hasil ketaatan itu ialah perjalanan yang menunjukkan buah rohani yang tumbuh, subur dan matang.
Dalam kerohanian dan kehidupan korporat
Kehidupan Kristian melibatkan perhubungan sosial dengan komuniti semua pengikut Yesus.
Apakah yang dikatakan oleh Ibrani 10:24-25 dan Kisah Para Rasul 2:42-47 tentang hidup berkomuniti?
Hidup dan kasih Allah dalam kita yang mengalir melalui pelayanan kepada orang lain
Kehidupan baru dalam Yesus Kristus tidak terhad kepada penyembahan peribadi atau berkelompok sahaja. Pembentukan rohani seorang pengikut yang lengkap juga termasuk melayani Dia.
Apakah yang dimaksudkan dengan “melayani Dia” (M atius 28:1820)
Pendamaian Yesus Kristus
dan pengembalian tujuan penciptaan manusia
Segala dosa kita—dari segi keaiban dan kesalahan telah diampuni oleh Yesus Kristus. Kini, kita memperoleh pendamaian dan pembenaran dengan Tuhan. Pembentukannya digambarkan seperti berikut:
Dosa yang menimbulkan perasaan malu
Perasaan malu ialah suatu keaiban yang harus ditutupi.
Perbuatan dosa: dianggap memalukan/tidak menghormati orang.
Penyelesaian: Yesus Kristus menanggung keaiban kita, “sesiapa yang percaya kepadaNya tidak akan diaibkan” ( i brani 12:2, 1 P etrus 2:6) .
Dosa yang menimbulkan perasaan bersalah
Perasaan bersalah ialah suatu hutang yang harus dibayar.
Perbuatan dosa: dipandang salah di sisi undang-undang atau melanggar hukum.
Penyelesaian: Yesus menanggung semua kesalahan kita. Dia menerima hukuman kita dan membayar hutang dosa kita (Y ohanes 19:30; 1 t i M otius 2:6; 1 Y ohanes 2:2) .
Yesus menanggung keaiban kita. Yesus memikul semua kesalahan dan hutang kita.
Dosa keaiban kita diampuni
(atau dilupakan) (Y esaYa 54:4, Y ere M ia 31:34) atau diliputi oleh
Allah ( i MaMat 17:11, 1 P etrus 4:8; Y a Kobus 5:20; M az M ur 103:12) .
Dosa kesalahan kita diampuni dan hutang dosa kita dibayar.
Yesus telah menebus kita (atau melunaskan hutang) kita.
Kasih Kristus membebaskan
kita daripada perasaan malu
yang mengasingkan kita (roMa
5:5, 9:33, 10:11).
Perasaan jatuh maruah dan pengasingan diliputi.
Penghormatan dan pendamaian
membawa kita ke tempat yang
terhormat (2 K orintus 5:18-19; r o Ma 5:10) .
Contoh dalam Alkitab: Anak
lelaki yang menghina bapanya
dan hilang tetapi menerima
balasan baik daripada bapanya ( l u K as 15:11-19) .
Pengampunan Kristus
membebaskan kita daripada
perasaan bersalah yang
menghukum diri ( r o Ma 8:1) .
Perasaan bersalah dan kos hutang itu diselesaikan.
Pembenaran membawa kita
kepada kesucian.
Contoh dalam Alkitab: Yehuda
rela menanggung hukuman
adiknya agar dia dibebaskan
(K ejadian 43-44) . Ester rela
menghadapi risiko besar bahawa
dia akan dihukum mati agar
umat Israel akan hidup (ester 3:12-4:16).
Pendamaian
Maksud Damai: Dalam Injil, perkataan damai digunakan sebanyak 88 kali. Damai bukannya sesuatu yang dihasilkan oleh
manusia tetapi merupakan satu keadaan yang dikurniakan oleh
Tuhan. Kedamaian yang sejati ialah satu keadaan yang wujud apabila
Dia dan manusia berhubung dengan betul.
Damai dalam Injil adalah kurnia daripada Yesus Kristus.
Alkitab menyatakan bahawa Yesus Kristus sebagai Anak Damai
yang akan mendamaikan Tuhan dan manusia serta memberkati
semua pendamai ( l u K as 2:13-14, M atius 5:9) .
Damai Kristus patut menguasai hati kita.
Tindak-tanduk kita tidak harus ditentukan oleh kehendak sendiri, kepahitan hati atau sikap tidak mahu mengampuni. Sebaliknya apa yang kita lakukan harus diadili dan ditentukan oleh
damai daripada Yesus Kristus yang sedia dikurniakan kepada setiap manusia (K olose 3:15) .
Damai Yesus memberikan satu perhubungan baru antara manusia dan Allah.
Kita boleh memiliki damai dengan Tuhan kerana melalui Yesus
Kristus, kita boleh menjalinkan satu perhubungan baru bersama Dia (K olose 1:21-22) .
Tanggungjawab Manusia Dalam Proses Pendamaian
1. Mengejar kedamaian: Kita harus mencari kedamaian dan berusaha untuk mendapatkannya dengan sungguh-sungguh. Usaha ini adalah mirip usaha seorang pemburu yang bersusah payah mencari mangsanya. Kedamaian haruslah menjadi sasaran bagi segala perkara yang kita lakukan.
2. Bersungguh-sunguh tentang kedamaian: Kita mesti bersungguhsungguh dalam usaha kita untuk berdamai dengan Allah dan sesama manusia. Bersungguh-sungguh bermaksud mencari sesuatu dengan semangat yang kuat.
3. Percaya untuk mendapatkan damai: Apabila kita percaya kepada Tuhan, Dia akan memenuhi kita dengan damai, supaya kita penuh dengan keyakinan. Kedamaian terhasil apabila kita tahu dengan pasti dan percaya dalam kasih dan kuasa-Nya.
4. Tindakan diperlukan: Kedamaian akan menyertai semua orang yang berlaku baik. Kedamaian terhasil apabila kepercayaan disusuli dengan tindakan-tindakan yang baik dan benar.
embenaran dan pendamaian yang dicapai oleh Yesus
Kristus di kayu salib yang membawa pengampunan dan mendekatkan kita dengan Allah. Apabila pendamaian berlaku, perhubungan sosial kita dengan keluarga, jiran atau sahabat turut akan berubah. Jika kita bermusuhan dengan seseorang, Tuhan memberi kita kuasa untuk mengampuni mereka. Jika kita marah dengan seseorang, Tuhan akan menolong kita memaafkan mereka.
Identiti kemanusiaan yang dipulihkan:
Dicipta menurut gambaran Allah
Tujuan paling utama Tuhan mengubah kita adalah untuk mengembalikan kita kepada gambaran-Nya, yakni citra sebelum dicemari oleh dosa di Taman Eden. Namun citra ini diperbaharui dalam Kristus sekarang. Kita ialah gambaran-Nya dalam:
• keperibadian dan perwatakan moral-Nya (contoh kualiti moral-Nya iaitu kebenaran, kesetiaan, kasih, kesabaran dan lain-lain).
• keupayaan kita dalam cara berfikir dan merasa.
• memiliki keperibadian yang mempunyai martabat dan berharga kerana Dia sudah mengenal kita dengan penuh kasih, dan Dia telah mencipta kita untuk menjadi seperti Dia.
Melalui Dia, kita berupaya untuk bertumbuh dan mencerminkan gambaran-Nya dalam hidup ini.
KESAKSIAN ANDA
Salah satu kepentingan yang harus dilakukan oleh setiap pengikut Yesus Kristus ialah bagaimana kita menjadi saksi bagi Dia. Kesaksian anda akan menjadi suatu pedoman yang berguna bagi orang yang bakal menerima Kristus sebagai Penyelamat-Nya.
Tulis atau kongsikan kesaksian tentang bagaimana anda menjadi pengikut-Nya. Kesaksian anda boleh mendorong orang lain lebih bersungguh-sungguh dalam hal berjalan dengan Yesus Kristus.
LATIHAN MENGHAFAL FIRMAN TUHAN
Matius 6:9-13
Doa Bapa Kami
Doa Bapa Kami ialah doa istimewa yang diperkenalkan oleh Yesus Kristus kepada para pengikut-Nya sewaktu mereka ada persoalan mengenai doa yang sesuai untuk disampaikan kepada Allah.
9 “Ya Bapa kami yang di syurga,
Sucilah Nama-Mu.
10 Datanglah kerajaan-Mu.
Terlaksanalah kehendak-Mu di bumi sebagaimana di syurga.
11 Berilah kami makanan untuk hari ini.
12 Ampunkanlah kesalahan kami
sebagaimana kami mengampuni
mereka yang bersalah terhadap kami.
13 Janganlah biarkan kami tergoda, Selamatkanlah kami daripada yang jahat.
Engkaulah yang empunya kerajaan, kekuasaan dan kemuliaan selama-lamanya. Amin”.
BAB 4
Penyembahan & Kehidupan
Peribadi
Pengikut Yesus
Kutipan ayat diambil daripada teks Alkitab Versi Borneo, Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited.
Siri Pemuridan 4—Penyembahan & Kehidupan Peribadi Pengikut Yesus
Hak cipta terpelihara © 2019
Buku ini diterbitkan khas untuk orang Kristian.
Bersyukurlah kepada Tuhan, kerana Dia baik, kasih-Nya kekal selama-lamanya.
Bersyukurlah kepada Allah segala allah, kasih-Nya kekal selama-lamanya.
Bersyukurlah kepada Tuhan segala tuhan, kasih-Nya kekal selama-lamanya; Mazmur 136:1-3
PENGENALAN
Dalam Buku 4 ini, kita akan belajar bagaimana seharusnya para pengikut Yesus menyembah serta beribadat kepada Tuhan. Kita akan membaca (dan mengkaji) apa yang diberitahu oleh Alkitab bagaimana penyembahan kita terhadap-Nya akan mempengaruhi serta berkesan atas kehidupan peribadi, serta kewajipan etika kita terhadap Allah dan manusia.
Untuk menyembah Tuhan, semua orang percaya harus memahami siapa itu Allah. Maka Buku 4 ini memperkenalkan bahagian-bahagian berikut yang menjelaskan sifat utama tentang siapa itu Allah dan bagaimana kita mendekati Dia dalam:
Ketika kita bertumbuh dalam aspek-aspek tersebut, kita akan memahami tujuan serta sikap yang betul untuk mendekati Allah.
Ia juga akan menjelaskan bagaimana dan bila amalan ibadat itu disempurnakan serta kesannya terhadap diri kita dan orang lain.
Apabila sampai ke penghujung Buku 4, seharusnya anda sudah mampu memahami serta mengalami bagaimana unsur-unsur
kerohanian ini mengukuhkan hubungan anda dengan Tuhan lantas mengubah kehidupan anda sebagai orang yang percaya kepada
Kristus. Dengan demikian, Buku 4 turut mempersiapkan anda membaca serta memahami buku-buku lain dalam Siri Pemuridan ini ( Buku 5-10) yang memberi petunjuk bagaimana para pengikut Yesus sepatutnya berbaik-baik dengan umat/orang lain.
Ciri teras Tuhan ialah kekudusan. Tiada sesiapa pun yang berdaya mendekati-Nya kerana kekudusan-Nya. Oleh
sebab Allah itu kudus, kita harus menyembah Dia dalam kekudusan. Ada tersurat dalam Kitab Suci, “Hendaklah kamu suci, kerana Aku suci” (1 P etrus 1:16) dan “Dampingi Allah, Allah akan mendampingimu. Basuh bersih tanganmu, wahai kamu yang berdosa.
Sucikan hatimu, wahai kamu yang munafik” (Y a Kobus 4:8) .
Maksud Kekudusan dalam Alkitab
Perkataan “kekudusan” dalam Alkitab bererti ‘yang diasingkan’ atau ‘menjadi tersendiri’. Kekudusan bermula dengan “Allah menyelamatkan kita dan memanggil kita untuk hidup suci, bukanlah kerana amalan yang telah kita lakukan, tetapi kerana tujuan dan
kasih kurnia-Nya yang telah dianugerahkan-Nya kepada kita dalam
Kristus Yesus sebelum permulaan zaman” (2 t i M otius 1:9) . Tuhan yang
memanggil kita dan mengasingkan kita untuk menjadi umat-Nya, atau dipanggil sebagai pengikut-Nya.
Kekudusan bermula dengan Dia sebab hanya Dia yang boleh menguduskan kita dan mendekatkan kita kepada Dia.
Tiada apa pun yang boleh kita lakukan mampu menguduskan kita—bukan kerana pengorbanan, jasa atau tujuan yang baik boleh menguduskan kita. Tetapi hanya “Dengan kehendak Allah itu kita telah disucikan melalui persembahan tubuh Yesus Kristus, sekali untuk selama-lamanya” ( i brani 10:10) .
Apakah dua respons kita terhadap panggilan Allah untuk hidup kudus ini? (Roma 12:1-2, 1 Petrus 1:15-16)
Prinsip asas kekudusan adalah kita diasingkan oleh Tuhan untuk melakukan perkara-perkara berdasarkan tujuan penciptaan kita dan menurut perintah-Nya. Ketidakmampuan kita untuk digunakanNya berdasarkan tujuan ini dan cara hidup kita yang tidak menepati reka bentuk asal adalah kegagalan untuk hidup kudus.
Ilustrasi motosikal: Motosikal direkabentuk untuk membawa dua orang dewasa atau seorang dewasa dengan dua orang kanakkanak. Ada masanya seorang dewasa mungkin membawa hingga tiga orang kanak-kanak (atau dua orang dewasa dan dua orang kanakkanak—tetapi perbuatan itu mempunyai risiko yang besar. Jika si pemandu cuba memuatkan tiga orang dewasa atau lebih orang atas motosikal itu, maka dia gagal menggunakan motosikal itu menurut cara dan had yang sewajarnya. Dia menyalahgunakan spesifikasi reka bentuk asal mesin (iaitu motosikal) itu. Oleh sebab motosikal
itu tidak digunakan menurut tujuan asalnya, ia menjadi rosak atau mengalami kerosakan lain. Walau bagaimanapun, penggunaan yang betul akan membolehkan motosikal itu berfungsi dengan baik (bagaikan kehidupan yang kudus)—sebab ia menepati tujuan asal pembuat dan reka bentuknya.
Menjaga Kekudusan
Setiap pengikut Yesus bertanggungjawab untuk mematuhi seruan Tuhan untuk hidup kudus. Firman Tuhan berkata: “Saudarasaudara yang kukasihi, aku merayu kepadamu sebagai orang asing dan pendatang di dunia, _________________________________ _________________________________________” (1 P etrus 2:11) .
Kesemua jenis dosa di dunia ini tergolong di bawah tiga kategori umum seperti yang ditunjukkan dalam 1 Yohanes 2:15-16, “Jangan kasihi dunia ini atau sesuatu di dalamnya. Jika seseorang mengasihi dunia ini, maka kasih terhadap Bapa tidak ada dalam dirinya. Segala yang ada di dunia—keinginan nafsu dan mata, serta segala keangkuhan hidup—bukanlah daripada Bapa tetapi daripada dunia.” Tiga kategori tersebut adalah keinginan nafsu, keinginan mata serta segala keangkuhan hidup.
Tanda-tanda kehidupan yang berdosa dan tidak suci ialah (1 K orintus 6:9-11) :
Apabila seseorang sentiasa bertumbuh dari segi kewajarannya dalam kehendak Tuhan, mereka kian matang dalam aspek kekudusan peribadinya. Rahmat berupa kekudusan dalam kehidupan seseorang dinyatakan dengan jelas dalam Alkitab: “Diberkatilah mereka yang suci hati, _____________________________________________ ___________________________________________” (M atius 5:8) .
Renungan: Catatlah sekurang-kurangnya tiga bahagian dosa dalam kehidupan anda yang anda ingin melihat perubahan dan nyatakan sebabnya.
Kini setelah anda menjadi seorang pengikut Yesus Kristus, Alkitab memberitahu kita dalam Efesus 4:21-24: “Jika kamu telah mendengar-Nya dan diajar oleh-Nya, sebagaimana kebenaran itu dalam Yesus. Berkenaan kelakuanmu yang dahulu, kamu menyingkirkan dirimu yang lama, yang dirosakkan oleh hawa nafsu tipu daya; dan kamu diperbaharui dalam roh pemikiranmu; serta berubah kepada diri baru yang dicipta menurut teladan Allah dalam perbenaran dan kesucian sejati.”
Tanda-tanda seseorang yang memiliki sifat baru yang “dicipta menurut teladan Allah” dan bertumbuh “dalam perbenaran dan kesucian sejati’ dalam Kristus adalah seperti berikut:
1. Keinginan untuk menjadi suci dalam 2 perkara utama kehidupan kita (2 K orintus 7:1) : __________________________________
2. Lahirnya sikap yang baru/berubah yang terhasil oleh Roh Kudus: “Sebaliknya, buah Roh ialah kasih, sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, kesetiaan, lemah lembut dan penguasaan diri. Tiada hukum yang menentang segala ini.”
(g alatia 5:22-23) .
3. Kecenderungan terhadap cara atau corak pemikiran yang baru seperti “... apa sahaja yang benar, apa sahaja yang mulia, apa sahaja yang adil, apa sahaja yang suci, apa sahaja yang indah, apa sahaja yang dipandang tinggi—jika ada sesuatu yang baik dan jika ada sesuatu yang terpuji—tumpukan fikiran kepadanya.”
( f ili P i 4:8) .
4. Keinginan baru terhadap pemikiran, pertuturan dan perbuatan yang bersifat salih iaitu taat dan patuh kepada segala perintah Tuhan (K olose 3:5-10) .
5. Suatu cara baru dan perilaku dalam hal berbaik dengan orang lain (K olose 3:12-15) .
Bagaimanakah seseorang itu kekal hidup atas landasan kekudusan? Mazmur 119:9 menyatakan:
KASIH DAN PENYEMBAHAN
Kasih ialah sifat sebenar dan kewujudan Tuhan. 1 Yohanes
4:8 berkata “Allah itu Kasih”. Apabila Allah menciptakan
kita, Dia melengkapi kita dengan kebolehan untuk
mengasihi-Nya. Alkitab memberitahu kita seperti berikut tentang kasih dan siapa Allah itu.
Allah begitu mengasihi dunia sehingga menganugerahkan
Anak-Nya yang tunggal supaya setiap orang yang percaya
kepada-Nya tidak binasa melainkan mendapat hidup kekal
(Y ohanes 3:16) .
Tetapi Allah telah menunjukkan kasih-Nya sendiri terhadap
kita dengan demikian: Ketika kita masih berdosa, Kristus
telah mati untuk kita ( r o Ma 5:8) .
Ketahuilah betapa kasihnya Bapa kepada kita sehingga
kita disebut anak-anak Allah! Dan sememanglah
begitu! Sebabnya dunia ini tidak mengenal kita
ialah kerana dunia ini tidak mengenal Allah
(1 Y ohanes 3:1) .
Kerana aku yakin bahawa kematian mahupun kehidupan, para malaikat mahupun para pemerintah, masa kini
mahupun masa depan, baik kuasa apa pun, ketinggian
mahupun kedalaman, baik apa pun yang lain dalam seluruh
ciptaan, tidak akan dapat memisahkan kita daripada kasih
Allah yang di dalam Kristus Yesus, Tuhan kita ( r o Ma 8:38-39) .
Respons Kita Terhadap Kasih-Nya
Hidup dalam Kasih: Sebagai respons terhadap kasih-Nya, firman Allah mengingatkan kita “hiduplah dalam kasih, sebagaimana
Kristus mengasihi kita dan menyerahkan diri-Nya untuk kita sebagai persembahan dan korban yang harum bagi Allah” ( e fesus 5:2) . Rasul
Paulus juga menulis:
Semoga Kristus mendiami hatimu melalui iman. Dan kamu, setelah berakar umbi dalam kasih, akan mengerti bersama
semua orang salih betapa lebarnya, panjangnya, tingginya dan dalamnya kasih Kristus, dan mengetahui kasih Kristus ini yang tidak terjangkau oleh pengetahuan manusia supaya
kamu dipenuhi dalam seluruh kepenuhan Allah (efesus 3:17-19).
Hidup dalam kasih tidak hanya mengasihi Tuhan. Yesus juga
telah memberi kita perintah untuk:
Yohanes 13:34-35~
Ringkasnya, kita mampu mengasihi sesama kerana Yesus Kristus
terlebih dahulu telah mengasihi kita (1 Y ohanes 4:19) .
Penyembahan merupakan perbuatan serta pelayanan tertinggi yang boleh manusia lakukan untuk Allah yang Maha Kuasa dan Maha Tinggi demi membalas kasih-Nya. Penyembahan membabitkan seseorang pengikut Yesus menyerahkan seluruh kehidupannya kepada Tuhan.
“Ya Tuhan, ya Allah kami! Hanya Engkau yang layak menerima kemuliaan, kehormatan dan kuasa, kerana Engkaulah yang mencipta segala-galanya, dan dengan kehendak-Mu segalagalanya wujud dan dicipta” (W ahY u 4:11) .
Alkitab begitu jelas sekali menyatakan bahawa hanya ada satu Tuhan yang sejati yang wajib kita sembah. Apabila Iblis cuba menggoda Yesus untuk menyembahnya, Yesus menjawab: “Telah tersurat, ‘Hendaklah engkau menyembah Tuhan, Allahmu dan kepada-Nya sahaja engkau beribadat” ( l u K as 4:5-8) .
Apabila kita memasuki hadirat Tuhan untuk menyembah-Nya, kita wajib datang dengan sikap yang betul. Apabila kita menyerahkan
diri kita dalam penyembahan dan membiarkan Dia mengguna kita dalam apa cara pun menurut kehendak-Nya, Dia bersukacita dengan (perbuatan kita) itu.
Sama ada kita menyembah secara peribadi mahupun secara korporat, lakukan dengan sepenuh hormat dan kasih kepada Tuhan dan antara sesama.
“Tetapi aku, dengan limpah belas kasihan-Mu, akan masuk ke rumah-Mu; dengan sepenuh hormat aku akan tunduk ke arah Bait Suci-Mu” (M az M ur 5:7) .
“Berkata-katalah sesama sendiri dengan mazmur, lagu pujian serta nyanyian rohani, menyanyi dan berlagu untuk Tuhan dalam hatimu. Sentiasalah bersyukur atas segala-galanya
kepada Allah Bapa dengan nama Tuhan kita Yesus Kristus”
( e fesus 5:19-20) .
Memasuki waktu penyembahan Tuhan sama seperti memasuki
rumah ibadat untuk mempersembahkan korban kita kepada-Nya
(MazMur 5:7). Namun, bukan lagi korban berbentuk haiwan atau darah, melainkan korban-korban baru dan lebih baik iaitu pujian dan syukur serta tubuh kita. Hal ini kerana kita sudah diperbenarkan melalui kematian Yesus Kristus.
Pemazmur menulis respons berikut dalam hal kasih dan kebaikan-Nya:
Mazmur 63:3~
Mazmur 136:1-3~
Kita diperbenarkan agar kita boleh “digunakan untuk membina
rumah rohani bagi para imam yang suci, untuk mempersembahkan korban rohani yang diredai Allah melalui Yesus Kristus” (1 P etrus 2:5) .
Allah tidak mengingini penyembahan atau korban seperti berikut:
1 Samuel 15:22~
Matius 15:7-9~
Matius 23:27-28~
Apakah penyembahan yang diinginkan Tuhan daripada kita?
Markus 12:33
Roma 12:1-2
Ringkasnya, bagi kesemua pengikut Yesus, pusat perhubungan kita dengan Allah yang Maha Suci dan yang Maha mengasihi adalah mengasihi-Nya. Mengasihi-Nya bererti menyembah dan melayani Dia.
3: DOA DAN PUASA
Doa merupakan amalan kerohanian yang paling asas dan terpenting bagi seorang Kristian. Kadangkala doa disertakan dengan berpuasa, kedua-dua amalan ini adalah cara penyembahan kita kepada Tuhan dan mendekatkan diri kepada-Nya.
Mengapakah kita perlu berdoa?
Doa merupakan alat perhubungan kita dengan Tuhan. Melalui doa, kita boleh berkomunikasi dengan-Nya, memohon dan mempersembahkan kasih serta penyembahan kita kepada-Nya. Doa juga satu cara untuk memperlihatkan serta mengongsikan kasih Tuhan dengan orang lain. Kita boleh melakukannya dengan:
• berdoa sebagai satu cara untuk memberi dorongan kepada
mereka ( e fesus 6:18)
• berdoa untuk kesihatan, keselamatan atau perlindungan
mereka (3 Y ohanes 1:2)
• mendoakan (kesejahteraan) para musuh kita (M atius 5:44)
Berdoa boleh membantu kita mengenali Tuhan secara peribadi. Malahan Allah mengasihi mereka yang mencari-Nya dengan tekun!
Amsal 8:17 menyatakan: “Aku mengasihi orang yang mengasihiku, sesiapa yang bersungguh-sungguh mencari aku akan menemuiku”.
Jenis-jenis Doa
Berdoa ialah suatu perbuatan yang berasaskan hubungan kita dengan Tuhan dan bukan sesuatu formula. Tuhan berfirman bahawa “Sekiranya kamu tetap di dalam-Ku, dan kata-kata-Ku tetap dalammu, mintalah apa sahaja yang kamu kehendaki, permohonan itu akan dikabulkan” (Y ohanes 15:7) .
Terdapat tiga jenis doa kepada Tuhan:
1. Rayuan/permintaan: Rayuan bererti meminta sesuatu benda/ perkara. Rayuan adalah sikap yang mengiringi doa ( e fesus 6:1820) .
2. Perantaraan: Menjadi pengantara (orang tengah) bagi pihak orang lain ( e fesus 1:16-18) .
3. Bersyukur: Ini hendaklah dijadikan kebiasaaan dalam
‘percakapan’ kita dengan Tuhan. Bersyukur merangkumi pujipujian, penyembahan dan memberikan kemuliaan kepada-Nya (2 t esaloni K a 5:18).
Aktiviti: Tulis nama-nama orang dan/atau situasi yang perlu didoakan dan jenis jawapan khusus yang anda inginkan daripada Allah. Sesudah itu, ambil masa untuk mendoakannya—sama ada secara bersendirian atau berkumpulan. (Anda juga boleh melakukannya di rumah).
Masa dan Kekerapan untuk Berdoa
Berdasarkan 1 Tesalonika 5:17 dan Efesus 6:18, bila dan berapa kerapkah kita harus berdoa? _______________________________
Alkitab tidak memberi masa tertentu yang tetap untuk berdoa namun kita diingatkan untuk berdoa dan berjaga-jaga setiap masa.
Postur atau Posisi Berdoa
Tiada postur atau posisi tertentu yang ditetapkan dalam Alkitab. Namun, terdapat contoh-contoh posisi umat Allah dalam Alkitab ketika berdoa seperti membongkok (K eluaran 4:31) , berdiri dan menadahkan tangan (1 r aja - r aja 8:22) , bertelut ( d aniel 6:10) , bersujud (M atius 26:39) , dan berbaring (2 s aM uel 12:16) .
Nota: Dalam Perjanjian Lama, umat Allah berdoa dengan menghalakan muka ke arah barat ( d aniel 6:10) , iaitu ke arah Bukit Sion di Yerusalem (Y ohanes 4:20) . Selepas kedatangan Kristus, Dia
mengajar bahawa umat Allah tidak lagi perlu berbuat demikian (Y ohanes 4:21-24) . Hari ini, kita sebagai pengikut-Nya bebas untuk berdoa di mana-mana tempat sahaja.
Kata-Kata Ketika Berdoa
Firman-Nya memberi kita beberapa prinsip “berkata-kata”
sewaktu kita berdoa:
Pengkhutbah 5:2~
Matius 6:7~
Yohanes 14:13-14; 16:24~
Garis Panduan untuk Berdoa
Untuk membantu kita berkomunikasi dengan Allah, Alkitab memberikan beberapa garis panduan tentang apa yang wajar dilakukan semasa berdoa:
• sudah dibersihkan daripada dosa (Y a Kobus 5:16)
• berdoa dengan penuh keikhlasan (M atius 6:5-8)
• berdoa dengan iman penuh keyakinan (M ar K us 11:24; Y a Kobus 1:6-8)
• berdoa menurut kehendak Allah (1 Yohanes 5:14-15).
• sabar menantikan tindakan Tuhan (M az M ur 40:1-2; 130:5-6; r ata Pan 3:25) .
• hati yang taat (1 s aM uel 15:22, 1 Y ohanes 3:22)
• rendah hati (2 t aWari K h 7:14)
• hati yang penuh dengan harapan (M atius 7:7)
• sepenuh hati (Y ere M ia 29:13)
• mengampuni (M ar K us 11:25)
Allah berjanji akan mendengar dan menjawab doa umat-Nya. i
Mazmur 3:17; 91:15~
Walau bagaimanapun, ada kalanya Tuhan melambatkan atau
tidak memakbulkan doa kita. Mungkin kerana kita tidak berdoa seperti yang dinyatakan di atas (garis panduan). Namun, yang pasti Allah sentiasa memberi yang terbaik kepada kita ( Matius 7:9-11) .
Puasa
Puasa merupakan salah satu cara kita untuk mendekatkan diri kepada Tuhan. Menurut Alkitab, amalan puasa dipuji di mata Tuhan. Namun, pada masa yang sama, kita boleh berpuasa tetapi tetap jauh
daripada-Nya kerana tujuan kita tidak benar. Oleh itu, apabila kita berpuasa, hendaklah tujuan kita benar (Y esaYa 58:6-9 M atius 6:16-18) :
Nota: Apabila kita berpuasa, kita boleh menyimpan wang yang dijimatkan dan menggunakannya untuk memberkati orang lain
(Y esaYa 58:6-9) .
Tempoh Berpuasa
Tiada tempoh waktu tertentu yang ditetapkan untuk berpuasa
namun, Alkitab mencatat beberapa contoh.
• Tiga hari ( e ster 4:16)
• Sepuluh hari ( d aniel 1:12-14)
• tiga minggu ( d aniel 10:3)
• dua kali seminggu ( l u K as 18:12)
Jenis-Jenis Puasa
Terdapat beberapa jenis puasa. Ada yang berpuasa dari segi makanan atau minuman seperti Daniel (1:8-12,10:3) . Ada juga yang berpuasa dari segi kebendaan atau sesuatu perkara seperti menahan diri daripada menggunakan media sosial atau memilih untuk mengasingkan diri dari orang ramai.
Contoh-contoh ini tidak dicatatkan dalam Alkitab, namun prinsipnya tetap sama—menahan diri daripada perkara yang memuaskan nafsu peribadi serta menumpukan diri kepada Tuhan.
Jenis-jenis puasa:
1) Puasa biasa: hanya minum air selama sehari atau satu minggu. Dalam sesetengah tradisi, puasa jenis ini boleh sampai selama empat puluh hari.
2) Puasa yang hanya makan sayur ( baca d aniel 1 dan 10) .
3) Puasa korporat: Puasa yang dipimpin oleh seorang ketua bagi tujuan tertentu dan benar (K isah P ara r asul 13:1-4)
4) Puasa mingguan: Berpuasa pada satu hari tertentu pada setiap minggu, atau berpuasa pada suatu waktu makan tertentu dalam sehari pada hari tertentu dalam satu minggu ( l u K as 18:12) .
5) Puasa seperti Musa (K eluaran 34:28) dan Kristus (M atius 4:1-2; l u K as 4:1-2) , atau seperti Paulus yang berpuasa tanpa makan minum selama beberapa hari selepas pertaubatannya (K isah P ara r asul 9:9) .
Sama ada kita kerap berpuasa atau tidak, untuk tempoh yang lama atau singkat, asas berpuasa adalah mempunyai sikap yang wajar dan sepatutnya dalam hati kita, iaitu keinginan untuk lebih dekat kepada-Nya. Berpuasa semata-mata tidak memberi sukacita kepada
Tuhan tetapi apabila berpuasa itu membolehkan kita menetapkan
tumpuan kita kepada Tuhan untuk menyembah dan melayani Dia, itu akan menyenangkan Tuhan.
Memberi merupakan salah satu sikap yang menunjukkan tahap kematangan hubungan kita dengan Tuhan. Kristus berfirman tentang beberapa cara untuk
mengendalikan wang dan motif dalaman kita iaitu “Kerana di mana hartamu terkumpul, di situlah hatimu tertumpu” (M atius 6:21) .
Penyembahan menyeluruh kita kepada Tuhan termasuklah memberi. Kita tidak boleh mengatakan bahawa kita mengasihi Tuhan tetapi hanya mengerjakan penyembahan (ibadat), doa dan puasa.
Mengasihi Tuhan bererti bahawa sesuatu yang berbentuk kebendaan juga perlu dikeluarkan daripada kehidupan kita. Memberi juga merupakan satu ekspresi kita sebagai tanda rasa syukur terhadap segala pekerjaan Tuhan dalam hidup kita. Oleh itu, pemberian kita harus berlandaskan hakikat bahawa Tuhan sendiri terlebih dahulu telah memberi.
Pemberian Persepuluhan
Dalam Perjanjian Lama, umat Allah dikehendaki mempersembahkan sepersepuluh pertama daripada pendapatan,
hasil ladang atau ternakan mereka.
Apabila hukum Musa diberikan dan Tuhan menetapkan perjanjian-Nya dengan umat Israel, Dia memberikan arahan secara teliti tentang jumlah pemberian dan penerimanya. Asas bagi pemberian ini adalah sekurang-kurangnya sepuluh peratus daripada hasil pendapatan termasuk tanaman dan ternakan.
Berdasarkan Imamat 27:30-31 dan Ulangan 26:12-15, apakah yang dikatakan tentang pemberian persepuluhan dan penerimanya?
Segala pemberian itu adalah untuk menyenangkan Tuhan dan memastikan mereka yang melayani di bait Allah juga dijaga sepenuhnya.
Nota: Pemberian persepuluhan yang dinyatakan dalam Perjanjian
Lama dapat dirujuk dalam Imamat 1:3-17; 6:8-13, Imamat 2:118; 6:14-23, Imamat 27:29-31, Bilangan 18:20-21, Ulangan 26:12-15.
Pemberian dalam Perjanjian Baru
Selepas kedatangan Kristus, Dia mengajar lebih banyak lagi
tentang pandangan Allah mengenai pemberian seperti:
Matius 6:2-4~
Matius 23:23~
Markus 12:41-44~
Yesus mengajar sedemikian kerana selama beratus-ratus tahun selepas hukum Musa diberikan, umat Allah menyangka bahawa dengan sekadar menuruti segala ritual itu sudah boleh memuaskan hati Tuhan dan menyempurnakan kewajipan mereka untuk menjadi umat yang salih.
“Masing-masing hendaklah memberi setulus hati, jangan dengan rasa enggan atau terpaksa, kerana Allah mengasihi orang yang memberi dengan gembira” (2 K orintus 9:7) .
Kesemua pemberian kita bertujuan untuk membantu umat Allah yang ada kekurangan dan memberi sokongan dari segi kewangan bagi umat-Nya yang dipanggil untuk membimbing serta mengajar kita.
• “Mereka berpegang teguh pada pengajaran para rasul, dan pada persaudaraan, pembahagian roti dan doa. Rasa takut memenuhi setiap hati dan banyak keajaiban serta tanda dilakukan melalui para rasul itu. Ketika itu semua yang beriman tetap bersatu dan berkongsi segala yang ada pada mereka, serta menjual harta benda mereka lalu membahagikannya antara mereka menurut
keperluan seseorang. Demikianlah setiap hari mereka di Bait Suci
dengan satu hati, dan membahagi roti dari rumah ke rumah, lalu memakan rezeki mereka dengan sukacita dan tulus hati, sambil memuji Allah dan menerima rasa muhibah daripada semua orang. Setiap hari Tuhan menambah bilangan jemaah mereka itu dengan orang yang diselamatkan” (Kisah Para rasul 2:42-47).
• “Tua-tua yang melaksanakan kewajipannya dengan sempurna
layak menerima penghormatan tinggi, terutamanya yang giat menyampaikan firman dan ajaran. Sebagaimana tersurat dalam Kitab Suci, “Jangan berangus mulut lembu yang sedang mengirik bijian,” dan “Orang yang bekerja layak menerima upah”
(1 t i M otius 5:17-18) .
Bincangkan:
1. Seorang daripada ahli kumpulan anda memungut wang pemberian kebaktian untuk kumpulan anda tetapi dia melaporkan amaun kutipan yang kurang daripada hasil kutipan sebenar lalu menyimpan ‘lebihan wang’ itu untuk dirinya sendiri. Kemudian, kumpulan anda menyedari akan hal itu. Apakah yang anda akan lakukan? Apakah tindakan anda untuk mengelak hal ini berulang?
2. Seseorang yang tidak mempunyai banyak wang untuk memberi persembahan dan persepuluhan, lalu dia memberikan kurang daripada sepuluh peratus daripada pendapatannya. Pada pendapat anda, adakah orang itu berbuat dosa atau tidak? Jelaskan pendapat anda.
3. Adakah kita perlu memberi seperpuluhan daripada pendapatan kasar atau pendapatan bersih kita? Mengapa?
KESIMPULAN
Penyembahan kita dalam kekudusan, kasih, doa, puasa dan pemberian didasari dengan tema kebebasan (serta semua konsep yang berkaitan—pilihan bebas).
Dalam Perjanjian Lama, umat Allah harus mentaati hukum penyembahan, doa, puasa, dan pemberian dengan sempurna agar semua itu diterima oleh Allah dan tidak dihukum oleh-Nya. Namun, mereka tidak mampu mentaati kesemua hukum tersebut. Mereka hanya melakukannya secara luaran (munafik). Malah hukum Allah ini mendedahkan sifat berdosa dan ketidaksempurnaan manusia— bahawa mereka tidak mampu mentaati semua hukum Allah (galatia 3:10-12; 3:21-24).
Oleh itu, “Tetapi sekarang, kita telah mati kepada apa yang membelenggu kita dahulu, maka kita telah dibebaskan daripada
hukum untuk berkhidmat dalam cara baru Roh, tidak lagi dalam cara lama yang berasaskan peraturan bersurat” ( r o Ma 7:6) .
Kristus telah memberi kita hukum dan hati yang baru, dengan
bimbingan Roh Kudus, agar kita dapat mentaati Dia dalam hati dan melalui tindakan kita. Tuhan menginginkan kasih kita supaya kita
menyembah-Nya atas sebab kasih kita terhadap-Nya.
Oleh itu, Dia mengingini kita bertumbuh dalam segala amalan
kerohanian agar kita boleh menjalinkan perhubungan yang hidup
dengan-Nya, serta keperluan dan kekhuatiran kita boleh dinyatakan secara bebas. Apa sahaja yang kita lakukan—sama ada penyembahan, doa, puasa dan pemberian, semuanya hendaklah menjadi balasan kita yang penuh kasih dan kesyukuran kepada-Nya, bukan atas sebab kita dipaksa untuk melakukannya.
LATIHAN MENGHAFAL FIRMAN TUHAN
Galatia 5:22-23
Buah Roh
Pengenalan: Tanda bagi semua pengikut Yesus Kristus yang setia dan benar akan mempamerkan nilai-nilai perwatakan seperti yang tersenarai di bawah. Nilai-nilai itu bukan sifat/sikap yang kita
sendiri mampu pupuk (atas daya usaha kita sendiri) tetapi itu adalah
hasil usaha Roh Kudus yang hidup dalam diri kita. Kalangan umat yang sentiasa hidup mengikut Yesus ini akan mempamerkan bukti
kewujudan salah satu atau lebih daripada satu sifat ini.
Sebaliknya, buah Roh ialah
kasih, sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, kesetiaan, lemah lembut dan penguasaan diri.
Tiada hukum yang menentang segala ini.
i Terdapat banyak contoh lain untuk dipetik di sini seperti 1 Samuel 1:27, Mazmur 4:3 dan 18:6, Amsal 15:29, Yesaya 58:9, Lukas 11:9.
BAB 5
Apakah itu Gereja?
Kutipan ayat diambil daripada teks Alkitab Versi Borneo, Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited.
Siri Pemuridan 5—Apakah itu Gereja?
Hak cipta terpelihara © 2019
Buku ini diterbitkan khas untuk orang Kristian.
… dan menjelaskan kepada semua orang pelaksanaan rahsia itu, yang dari permulaan zaman telah terselindung
dalam hati Allah yang menjadikan segala-galanya. Dengan demikian sekarang pelbagai kebijaksanaan Allah diberitahu
oleh jemaah kepada segala pemerintah dan kuasa di syurga.
Ini adalah menurut maksud-Nya yang kekal yang telah
ditunaikan-Nya dalam Yesus Kristus, Tuhan kita; yang
dalam-Nya kita mendapat kebebasan dan keyakinan menghampiri Allah melalui iman.
Efesus 3:9-12
PENGENALAN
Dalam buku ini, kita akan belajar tentang rumah Allah (yakni gereja). Kita akan membaca apa yang dikatakan oleh Alkitab tentang umat Allah dan peranan pengikut Yesus. Kita juga akan melihat rancangan dan tujuan Allah bagi para pengikut-Nya di gereja-Nya.
Buku 5 menjelaskan rumah Allah dalam empat bahagian utama seperti berikut:
• Apakah Gereja?
• Pemimpin Gereja
• Pembaptisan & Perjamuan Kudus
• Menangani Masalah Dosa
Dengan mengkaji tujuan, reka bentuk dan perwatakan gereja Allah, kita akan memahami dengan lebih baik sebabnya Tuhan menyeru kita bersama-sama dengan orang percaya yang lain dan bagaimana kita harus saling bersekutu, melayani dan bekerjasama dalam Kristus.
Di samping itu, buku 5 akan membincangkan kualiti dan siapa itu para pemimpin jemaah serta tanggungjawab mereka sebagai para pengikut Yesus yang matang. Seterusnya, kita akan mengkaji
persaudaraan para pengikut Kristus yang merangkumi pembaptisan dan perjamuan kudus, kepentingan kesatuan, dan prinsip-prinsip yang berdasarkan Alkitab untuk menyelesaikan masalah dosa di gereja.
1:
APAKAH GEREJA?
Bait Allah dalam Perjanjian Lama
Sebelum wujudnya bait suci, para pengikut Tuhan beribadat di tempat-tempat lapang dan membina mazbah khusus untuk mempersembahkan korban kepada Tuhan seperti yang dilakukan oleh nabi Nuh (K ejadian 8:18-20 ) .
Seterusnya, Tuhan memerintahkan Israel membina sebuah khemah bagi hadirat suci-Nya (tabernakel) dan bagaimana Israel harus menghadap-Nya (K eluaran 25:8-9, 40) . Tuhan memberikan arahan yang terperinci tentang pembinaan khemah suci ini. Rujuk kitab Keluaran, fasal 25–27, 36–38, 40.
Dalam Perjanjian Lama, tabernakel itu dirujuk sebagai “tempat
tinggal” Allah. Tabernakel memberikan bukti kukuh bahawa Tuhan memang bersama-sama umat-Nya. Maka, janji-Nya untuk berada
bersama-sama dengan umat-Nya berlambangkan tabernakel itu ( i MaMat 26:11) .
Kemudian umat Allah membina bait Allah yang ditahbiskan kepada-Nya (1 raja-raja 8:27-30). Bait Allah dalam Perjanjian Lama
ialah “rumah Allah” atau pusat penyembahan dan pertemuan dengan Tuhan.
Bertahun-tahun lamanya selepas terbinanya bait Salomo, Israel percaya bahawa selagi mereka mempunyai sebuah bait suci untuk mempersembahkan korban serta menyembah Tuhan, Dia akan gembira dengan (ketaatan) mereka (YereMia 7:3-8).
Namun begitu, sungguhpun rumah (atau bait suci) yang indah dan mengagumkan itu dibina khusus untuk (penyembahan) Tuhan, lama kelamaan, umat mula tersesat dan tidak lagi setia dalam mematuhi hukum-hukum-Nya.
Akibatnya, Tuhan menarik balik kehadiran-Nya daripada bait itu apabila umat-Nya sudah tidak lagi beriman, dan bait itu dimusnahkan oleh warga Babel pada tahun 586 Sebelum Masihi.
Bait Allah dalam Perjanjian Baru
a) Bait Allah bukanlah “rumah Tuhan” seperti dalam Perjanjian Lama (Kisah rasul-rasul 7:44-50)
b) Bait Allah adalah peribadi orang percaya (1 Korintus 3:16-17, 1 Korintus 6:17-20).
c) Bait Allah adalah komuniti orang percaya (efesus 2:11-22).
Perjanjian Baru menyatakan bahawa Tuhan membuat ruang suci-Nya dalam kalangan mereka yang percaya kepada Yesus dan yang mengehadkan mereka di bawah kekuasaan-Nya. Allah yang diam dalam diri kita menjadikan kita bait-Nya di bumi ini (1 Yohanes 3:24; 4:16).
Apakah yang dikatakan oleh 1 Yohanes 3:24; 4:16?
Dengan hidup berdasarkan iman dan berkembang secara rohani, kita sama-sama sedang dibina untuk menjadi sebuah tempat kediaman Tuhan.
Sebagai para pengikut, kita merupakan bait Allah. Inilah yang menjadikan kita jemaah. Kita tidak perlu berada dalam sebuah bangunan yang khusus untuk menyembah-Nya. Kita boleh menyembah Tuhan sebagai sebuah jemaah di mana-mana sahaja.
Bincangkan: Alkitab mengatakan bahawa kita ialah bait Allah tetapi mengapakah kita perlu datang berkumpul di gereja (gedung) setiap hari Ahad atau pada hari-hari tertentu?
Kita juga diseru untuk menyembah bersama-sama jemaah yang berkomuniti. Jemaah yang terdiri daripada para pengikut dipanggil Gereja Allah (Kisah Para rasul 5:42). Sebagai Gereja Allah, kita dinasihatkan untuk datang bersama-sama dalam hadirat Tuhan (ibrani 10:24-25).
Apakah yang dikatakan oleh Kisah Para Rasul 5:42 dan Ibrani
10:24-25 kepada kita sebagai Gereja Allah?
Kesimpulannya, sama ada umat Allah mengadakan pertemuan di dalam sebuah bangunan atau tidak, tidak bererti bahawa itu lebih menyenangkan atau kurang menyenangkan Tuhan. Oleh sebab kehadiran Tuhan hidup di dalam kesemua pengikut-Nya, para pengikut Yesus tidak perlu untuk pergi ke sebuah bangunan untuk menyembah-Nya. Asalkan umat Allah berkumpul dalam nama Kristus, kehadiran-Nya akan tetap ada di sana.
Adakah anda tahu dan yakin bahawa anda ialah bait Allah?
Jelaskan jawapan anda. Sebagai bait Allah, bagaimanakah anda seharusnya menjalani kehidupan di dunia ini?
Metafora tentang Gereja Allah
Dalam Alkitab, gereja Allah diperihalkan dengan menggunakan pelbagai metafora. Berdasarkan petikan-petikan Alkitab berikut, catatkan implikasinya terhadap anda (dan kumpulan anda) sebagai para pengikut Yesus atau gereja Allah.
Petikan Alkitab Metafora bagi Kristus dan para pengikut-Nya
Yohanes 10:11-18 Gembala dan domba
1 Korintus 12:12-27 Kepala dan Badan
Yohanes 1:12; Ibrani 3:6 Bapa dan anak
Efesus 5:25-32 Pengantin lelaki dan pengantin perempuan
Dalam hal fungsi Gereja
Allah, apakah implikasi yang praktikal tentang metafora berkenaan?
PEMIMPIN GEREJA
Terdapat 2 konsep yang digunakan untuk merujuk kepada perkumpulan pengikut-pengikut Kristus:
a) Gereja Allah—anggota sejagat dalam Kristus di seluruh dunia ( e fesus 1:22) .
b) Jemaah/gereja tempatan—himpunan umat setempat yang percaya kepada Yesus dan berjemaah di sesuatu lokasi (K isah P ara r asul 14:23) .
Ciri-ciri Pemimpin atau
Ketua Jemaah Tempatan:
Baca 1 Timotius 3:1-13. Catatkan ciri-ciri seorang pemimpin atau ketua gereja. Mengapakah ciri-ciri tersebut penting sebagai pemimpin atau ketua gereja?
Dalam gereja tempatan, Tuhan mengurniakan pelbagai kurnia rohani dan Dia juga mempersiapkan umat-Nya untuk menjalankan kewajipan dan tanggungjawab yang khusus (1 K orintus 12:4-6, 28) .
Berdasarkan Efesus 4:11-13, terdapat lima jenis tanggungjawab am yang Tuhan ingin jemaah-Nya melaksanakannya, iaitu nabi, penyebar Injil, pembimbing jemaah, dan pengajar.
Para RasulIstilah Rasul bermaksud ‘seorang yang diutuskan—seorang duta atau wakil (Yesus Kristus), yang lebih berwibawa dan memiliki kuasa yang lebih ekslusif daripada para penatua.
Yesus adalah Rasul dan Imam Besar yang diutus oleh Bapa yang lebih berkuasa berbanding 12 orang murid-Nya serta Paulus dan Barnabas ( i brani 3:1) . Peranan rasul ialah:
• Memainkan peranan penting dalam permulaan dan pentadbiran gereja Allah ( efesus 2:20) seperti 12 orang murid Yesus dan Rasul Paulus.
• Berkhutbah dan menyebarkan Injil
• Menumpangkan tangan atas para diakon (K isah P ara r asul 6:6)
• Membuat keputusan bersama-sama para penatua (K isah P ara r asul 15:22) .
12 orang murid dan Paulus menggunakan istilah apostolos [iaitu para rasul] sebagai nama jawatan kepimpinan mereka dalam gereja Allah (K isah P ara r asul 15:23) .
Bincangkan: Kini istilah ‘rasul’ jarang digunakan kecuali dalam kalangan pendukung (aliran) Pentakostal. Menurut pendapat
anda, mengapakah begitu? Adakah sebab yang wajar untuk
terus menggunakan istilah ini pada masa kini atau patutkah suatu istilah yang lain digunakan?
Para Nabi
Nabi Tuhan ialah pesuruh Tuhan.
• Menurut Alkitab, peranan nabi adalah bernubuat.
• Bernubuat membawa dua maksud iaitu pertama menubuatkan masa depan, kedua membina dan membantu gereja-Nya
(1 K orintus 14:3-4) .
Dalam hal nubuat, (1) Rasul Paulus menyenaraikan itu sebagai kurnia Roh Kudus (1 K orintus 11:5) , (2) seorang nabi menerima ‘kurnia rohani’ (1 K orintus 14:37) dan (3) Paulus mendesak para pengikut di Korintus untuk menginginkan kurnia bernubuat (1 K orintus 14:1, 39) .
Namun, Alkitab juga memberikan amaran mengenai nabi-nabi palsu
(M atius 7:15-21) .
Penyebar Injil atau Penginjil
Efesus 4:11 menyatakan bahawa Tuhan mengurniakan para penginjil kepada jemaah-Nya. Mereka itu adalah kalangan umat yang mampu memberitakan Injil dengan amat berkesan sekali. Bagi mereka yang dikurniakan kebolehan istimewa dalam pemberitan Injil tidak perlu ditahbiskan mahupun diberikan kuasa pentadbiran— mereka itu cuma berkongsi Berita Baik tentang Kristus. Alkitab juga memberi kita amaran mengenai pemberita Injil palsu atau utusan palsu (g alatia 1:6-9) .
Bincangkan: Pernahkah anda pernah diperdaya oleh penginjil palsu? Jika pernah, apakah isi dalam pemberitaan itu?
Bagaimanakah anda tahu bahawa orang tersebut ialah penginjil palsu?
Para Pembimbing Jemaah
Perkataan pembimbing jemaah dalam Alkitab ( e fesus 4:11) diterjemahkan daripada bahasa Yunani sebagai ‘gembala’. Dalam kalangan para pengikut Yesus, perkataan ‘gembala’ sering digunakan sebagai metafora bagi kepimpinan rohani. Peranan gembala ialah:
• Memelihara dan menjaga para jemaah (Y ohanes 21:16)
• menggembalakan jemaah Allah (K isah P ara r asul 20:28)
Yesus ialah Gembala yang baik dan harus menjadi teladan bagi semua para gembala jemaah Allah (Y ohanes 10:11) . Alkitab juga mengajar kita cara untuk mengenal pasti identiti para gembala atau pembimbing jemaah yang palsu (Y ohanes 10:1-13) .
Bincangkan: Pernahkah anda dianiayai atau ditindas oleh ketua gereja atau gembala? Jika ya, apakah bentuk penganiayaan atau penindasan itu? Adakah Alkitab menyebut perkara tersebut dan apakah yang boleh dilakukan untuk mengelak perkara itu berulang?
Para Guru, Pengkhutbah atau Pengajar
Peranan utama seorang guru atau pengajar adalah mengajar. Salah satu kegiatan utama Yesus ialah mengajar. Seorang guru harus mengajar untuk “… taat akan segala perkara yang telah Kuperintahkan kepadamu.” (M atius 28:20) dan “… ajaran yang selaras dengan asas kepercayaan yang benar.” ( t itus 2:1) .
Alkitab turut memberi kita amaran tentang guru-guru dan ajaran palsu (2 Y ohanes 1:7-11) .
Para Penyelia Jemaah
Penyelia jemaah berperanan sebagai pemimpin dalam institusi jemaah, yakni gereja Allah (K isah P ara r asul 20:28) . Mereka mengawasi bidang iaitu penjagaan dan bidang kuasa. Contoh terbaik bagi seorang penyelia jemaah ialah Yesus Kristus, yang merupakan “Gembala dan Pemelihara jiwamu” (1 P etrus 2:25) .
Tanggungjawab penyelia jemaah termasuklah menjaga, menjadi teladan (1 P etrus 5:1-3) , dan membimbing jemaah (2 t i M otius 4:2) .
a) Menjaga dan menjadi teladan jemaah (1 P etrus 5:1-3)
b) Membimbing jemaah (2 t i M otius 4:2)
Contoh bidang kuasa penyelia jemaah di gereja pada masa kini ialah para ketua menyelia para pembimbing jemaah, dan pembimbing jemaah pula menyelia para penatua di dalam jemaah masing-masing.
Para Penatua atau pemimpin tua-tua
‘Penatua’ dalam bahasa Yunani ialah presbyteros, yang bererti ‘yang lebih tua’. Petrus dan Yohanes menggelar diri mereka sebagai
penatua (1 P etrus 5:1; 2 Y ohanes 1; 3 Y ohanes 1) . Paulus dan Barnabas melantik para penatua daripada jemaah yang diasaskan oleh mereka
(Kisah Para rasul 14:23). Peranan penatua ialah:
• Pembuat keputusan (K isah P ara r asul 15:6, 22-23)
• Menetapkan peraturan dalam jemaah (K isah P ara r asul 16:4)
• Berkhubah dan mengajar (1 t i M otius 5:17)
Bincangkan: Baca Titus 1:5-9 dan bincang sama ada para penatua itu bererti sama dengan seorang penyelia jemaah atau pembimbing jemaah. Adakah kita memerlukan orang yang bukan petugas yang sama untuk menjadi seorang penyelia jemaah, pembimbing jemaah dan penatua atau adakah orang yang sama memikul kesemua bidang tugas berkenaan?
Para Diakon
Kata diakonos bererti ‘pembantu’, yang berperanan untuk membantu orang lain (1 t i M otius 3:8-13) . Secara umum, diakonos juga merujuk kepada para rasul, gembala/pembimbing jemaah, guru, pembantu rumah dan para pekerja lain. Kata diakonos dan kata kerja diakoneo sering membawa pengertian kerja kasar. Jawatan diakon diwujudkan kerana ada keperluan untuk membantu para penatua menjalankan tugas mereka (K isah P ara r asul 6:1-6) :
Ringkasan
Peranan dan tanggungjawab
bait Allah (E f E sus 4:11-16)
Dan Dialah yang memberi sesetengah orang menjadi rasul, nabi, penyebar Injil, pembimbing
jemaah dan pengajar (4:11)
… untuk menyediakan orang
yang salih bagi kerja melayani
(4:12a)
Prinsip
Tuhan telah memberikan pelbagai pemimpin kepada
jemaah-Nya.
Para pemimpin wujud demi menyediakan umat Allah
untuk melayani umat lain. Para pemimpin memberitahu, memberi galakan, melatih
dan menganjurkan untuk
menzahirkan daya usaha yang
terbaik dan terbanyak daripada
umat lain.
… untuk meneguhkan tubuh
Kristus (4:12b)
Hasil daripada usaha ini ialah
terbinanya jemaah. Kerjakerja pelayanan membantu perkembangan dan penyatuan jemaah.
Dengan itu kita semua
mencapai kesatuan dalam iman
dan pengetahuan akan Anak
Allah, agar menjadi dewasa, dan memiliki pertumbuhan
yang sesuai dengan kadar
kesempurnaan Kristus (4:13).
Proses ini berterusan sehingga
jemaah mencapai kematangan
yang membawa pengertian
penyatuan dalam keimanan
serta pengetahuan mengenai
Kristus, sebagaimana yang
dinilai oleh ketetapan sendiri.
Biarpun dalam hidup ini
matlamat itu tidak pernah
tercapai, ia tetap menjadi
matlamat yang jemaah tujui.
Maka, kita tidaklah lagi berupa kanak-kanak, dipukul ombak
dan ditiup ke sana ke mari oleh
setiap angin pengajaran orang, tipu daya manusia, dan putar
belit muslihat jahat (4:14)
Sebaliknya, kita sentiasa
bercakap benar dalam kasih, dan bertumbuh dalam segala hal ke
arah Dia yang menjadi Kepala, iaitu Kristus. (4:15).
Kematangan dalam Kristus
memberi kita kestabilan dan
keyakinan dalam doktrin Alkitab.
Kematangan dalam Kristus muncul daripada usaha kita
menggunakan kebenaran Allah
dengan penuh kasih sayang serta kebijaksanaan.
Daripada-Nya, seluruh tubuh
yang dihubungkan dan dijalin
erat oleh setiap sendi dalam
kelengkapannya manakala setiap
bahagian menjalankan peranan
masing-masing, bertumbuh
untuk meneguhkan dirinya
dalam kasih. (4:16).
Berpunca daripada Kristus-lah
maka berkembangnya jemaah, dan jemaah itu terikat dalam kesatuan oleh para anggotanya, yang sama-sama bekerja dalam
kasih demi membina jemaah. Pertumbuhan jemaah muncul
apabila setiap anggotanya
menjalankan tanggungjawabnya untuk melayani, setiap orang, menurut keperluan jemaah, iaitu tempat dalam jemaahNya dan sesuai dengan kurnia
rohani sebagaimana yang Tuhan berikan kepada mereka.
Sebagai gereja atau jemaah Allah, kita hendaklah:
a) Menghormati dan mengasihi para pemimpin kita (1 t esaloni K a 5:12-13)
b) Menghargai pelayanan mereka (1 t i M otius 5:17-18)
c) Mentaati dan mematuhi mereka ( i brani 13:17) .
3: PEMBAPTISAN DAN PERJAMUAN KUDUS
Apa itu pembaptisan?
Pembaptisan dan Perjamuan Kudus merupakan dua simbol penting bahawa seseorang itu sudah menerima Kristus dalam hidupnya dan mengumumkan bahawa dia ialah sebahagian daripada komuniti pengikut Yesus. Pembaptisan ialah salah satu perintah Tuhan (Matius 28:19).
Pembaptisan bererti “membenamkan berulang kali, merendam, menenggelamkan”. Pembaptisan melambangkan komitmen para pengikut Yesus untuk mentaati perintah-Nya untuk menjadi para pengikut-Nya serta meninggalkan kehidupan lama yang penuh dosa, keingkaran dan ketidakpercayaan terhadap Tuhan yang sebenarnya ( r o Ma 6:3-5) .
Apakah yang dikatakan oleh Roma 6:3-5? Apakah makna ayat ini bagi diri anda sendiri?
Nota: Dalam sesetengah tradisi, pembaptisan hanya melibatkan perenjisan air atas seseorang. Yang lainnya menekankan mengenai pembenaman seluruh badan ke dalam air. Bagaimana cara pun
pembaptisan dilakukan, hal itu tidak sepenting hakikat bahawa sesiapa yang memilih untuk menjalani pembaptisan hendaklah memahami pengertian perbuatan itu.
Lazimnya upacara ini dijalankan secara umum di hadapan para pengikut Yesus yang menyaksikan pengakuan dan kesaksian ahli jemaah yang dibaptiskan itu.
Pembaptisan Air
Disempurnakan di dalam air
atau dengan air (MiKha 1:9-10; Yohanes 3:23; Kisah Para rasul 8:38-39).
Disempurnakan oleh seseorang
( sila lihat di atas ) .
Sebuah perintah daripada
Kristus yang membolehkan para pengikut dibaptiskan (M atius 28:19) .
Pembaptisan Roh Kudus
Dilaksanakan menerusi Roh
Allah (Kisah Para rasul 2:1-4).
Disempurnakan oleh Allah sahaja (Matius 3:11; MiKha 1:8; luKas 3:16).
Suatu kehadiran khas Allah bagi
semua pengikut yang beriman
yakni percaya dalam Dia (Kisah
Para rasul 2:1-4; 10:44-47) .
Adakah Pembaptisan itu suatu karya?
Petrus pun berkata kepada mereka,`Bertaubatlah, dan hendaklah setiap orang daripada kamu dibaptiskan atas nama Yesus Kristus supaya dosa-dosamu diampunkan; dan kamu akan menerima pemberian Roh Kudus ...” (Kisah Para Rasul 2:38).
Adakah pembaptisan membolehkan kita mendapat penyelamatan? Penyelamatan ialah anugerah Tuhan. Namun begitu, ada sesetengah perkara yang mesti kita lakukan demi menerima hadiah itu, iaitu percaya dan bertaubat (memberikan diri untuk dibaptis). Tiada satu pun daripadanya yang membuat kita memperoleh penyelamatan, tetapi kesemuanya diperlukan untuk kita dapat mewarisi penyelamatan.
Seperti iman, pembaptisan juga merupakan karya Tuhan. Alkitab memberitahu kita mengenai hal ini:
Kolose 2:12-13~
Titus 3:5~
Bilakah anda telah dibaptis? Apakah yang mendorong anda dibaptis dan apakah makna pembaptisan itu secara peribadi bagi anda?
Perjamuan Kudus
Asas bagi perjamuan kudus adalah daripada 1 Korintus 11:26, “kerana setiap kali kamu makan roti dan minum dari cawan dengan cara demikian, kamu memberitakan _______________________ hingga kedatangan-Nya”.
Perjamuan kudus adalah diperkenalkan oleh Yesus sendiri (M atius 26:26-29) . Tujuan perjamuan kudus diamalkan:
1. Kematian Kristus: apabila kita menyertai perjamuan kudus, kita melambangkan kematian Kristus sebab perbuatan kita memberikan gambaran kematian-Nya demi kita (1 K orintus 11:26).
2. Penyertaan kita dan identiti kita dengan Kristus dalam kematian-Nya (M atius 26:26) .
3. Khasiat serta sajian kerohanian yang Kristus berikan kepada kita apabila kita menyertai perjamuan kudus itu (Y ohanes 6:53-57) .
4. Perpaduan jemaah yang percaya: apabila kita melakukannya bersama-sama, itu melambangkan perpaduan sesama kita (1 Korintus 10:17).
Menurut 1 Korintus 11:27-29, siapakah yang boleh menyertai
Perjamuan Kudus?
Nota: Makan roti atau minum dari cawan Tuhan ini secara tidak wajar bererti tidak menghiraukan atau tidak menghormati perhubungan kita dengan para pengikut lain. Contohnya, kelakuan yang tidak melambangkan perpaduan seketul roti atau suatu tubuh, malahan juga tidak mengikuti cara pengorbanan diri oleh Tuhan kita.
Berapa kerapkah harus kita melaksanakan perjamuan suci? Alkitab tidak memberitahu kita berapa kerapkah kita perlu melakukannya. Dalam kebanyakan sejarah jemaah Allah, perjamuan suci diraikan setiap minggu, sesetengah tradisi juga hanya melakukannya sekali atau dua kali sebulan atau ada kalanya cuma empat kali dalam setahun. Namun, kekerapan bukanlah yang terpenting tetapi tujuannya.
Renungkan kali terakhir anda menyertai perjamuan kudus. Bagaimanakah sikap anda semasa menyertai perjamuan kudus itu? Adakah anda telah menyerahkan seluruh kehidupan anda kepada-Nya?
Jika anda menyerahkan diri anda sebagai persembahan yang benar, anda akan mengalami maksud sebenar perjamuan suci ini.
4: KESATUAN DAN
MENANGANI MASALAH DOSA JEMAAH
Kesatuan
Kesatuan ialah satu asas yang terpenting untuk dijadikan dasar hidup umat Allah. Kesatuan tubuh dijelaskan oleh Rasul Paulus dalam 1 Korintus 10:16-17 untuk menerangkan bagaimana Perjamuan Tuhan merupakan simbol bagi penyertaan (umat) dalam manfaat kematian Yesus (‘darah dan tubuh Kristus’).
Perpaduan dilambangkan oleh kesatuan kita sebagai para pengikut-Nya di seluruh dunia dan direalisasikan melalui cara kita bersekutu dan saling melayani sesama kita.
Dalam satu tubuh terdapat pelbagai ahli dan fungsi yang penting untuk ibadat dan pelayanan (1 K otintus 12:5) .
Prinsip kesatuan ialah:
Matius 22:37-40~
Roma 12:3-13~
Nota: Firman Allah mengenai kesatuan tubuh (Y ohanes 17:23; K isah P ara r asul 4:32; r o Ma 12:16; r o Ma 15:5,7; 1 K orintus 1:10; 1 K orintus 12:12-14, 26; g alatia 3:28; e fesus 4:3; K olose 3:13-16; 1 P etrus 3:8; P eng K hutbah 4:9-12) .
Kasih Allah menyatukan para pengikut Yesus. Kasih juga merupakan motivasi utama bagi kita untuk melayani sesama kita dalam kalangan umat Kristus! Persekutuan
Dalam Alkitab, perkataan “persekutuan” dalam bahasa Yunani ialah koinonia, yang bermaksud persekutuan, perkongsian atau penyertaan bersama-sama. Jadual berikutnya merupakan contohcontoh ayat Alkitab yang menjelaskan tentang koinonia:
Ayat-ayat Alkitab Siapakah yang memulakan persekutuan
1 Korintus 1:9
Apakah unsur-unsur persekutuan menurut Alkitab
Kisah Para Rasul
2:42-44
1 Yohanes 1:7
1 Yohanes 4:11
Persekutuan umat Allah merupakan tema pusat serta fokus kehidupan yang kita kongsi sebagai para pengikut Yesus. Persekutuan ini merangkumi hubungan kita dengan Tuhan dan sesama yang kita saling melayani.
Beberapa contoh ayat di bawah adalah sikap dan tindakan kita dalam melayani sesama:
1. Saling prihatin (1 K orintus 12:25-27)
2. Tanggung-menanggung beban (g alatia 6:2)
3. Bersabar dan saling memaafkan (K olose 3:13)
4. Saling mendoakan (Y a Kobus 5:16)
5. Saling mengasihi (1 P etrus 4:8-11)
Adakah terdapat sikap dalam diri anda yang menghalang anda menjalinkan persekutuan yang dalam antara sesama?
Menangani Dosa Jemaah
Kita harus tahu membezakan dosa peribadi dengan dosa yang melibatkan kesemua jemaah Tuhan agar kita tahu cara untuk menanganinya dengan betul.
Bincangkan:
(1) Adakah dosa peribadi hanya memberikan kesan ke atas individu yang berkenaan dan hubungannya dengan Allah?
(2) Adakah dosa umum/korporat itu memberi kesan buruk terhadap individu dan komuniti?
Terdapat tiga sebab penting mengapa dosa wajib ditangani:
1. Supaya hubungan kita dengan Tuhan tidak terhalang (M atius 6:15; 1 P etrus 3:7) .
2. Supaya hubungan kita dengan para pengikut lain tidak terjejas atau rosak (K isah P ara r asul 15:38-39, 1 K orintus 6:1-11) .
3. Supaya kesaksian kita sebagai para pengikut Yesus terpelihara (Y ohanes 17:21-23, 1 K orintus 6:1-11) .
Disiplin Jemaah
Tujuan disiplin jemaah Allah adalah membetulkan segala kesalahan mereka dan mengembalikan mereka ke dalam perhubungan yang sewajarnya dengan Tuhan serta para umat lain.
Dalam disiplin jemaah, kita mesti menyeimbangkan kasih Allah dengan keadilan Allah (2 K orintus 13:10) , iaitu memberikan kemaafan dan peluang kepada orang berkenaan untuk bertaubat serta membetulkan kesilapan.
Apabila ada dosa dalam kalangan umat Allah, Alkitab memberikan beberapa prinsip dan contoh umum tentang bagaimana untuk menangani masalah itu. Sila rujuk ayat-ayat ini dan tuliskan prinsip umum dan/atau tindakan khusus yang dinyatakan (jika ada yang anda temui) apabila menangani masalah-masalah tertentu.
Ayat-ayat untuk menangani dosa/ konflik
Matius 5:21-24
Adakah prinsip yang
digunakan untuk menangani masalah itu? Apakah prinsip itu?
Apakah tindakan
khusus yang diambil untuk menangani masalah itu?
Matius 18:15-19
1 Korintus 6:1-8
2 Korintus 2:5-11
KESIMPULAN
Kita telah lihat bahawa jemaah itu sebenarnya persekutuan kalangan umat yang berkumpul untuk menyembah dan melayani Tuhan. Gereja Allah bukan sesuatu kemudahan mahupun sebuah bangunan tetapi ia adalah perkumpulan para pengikut Yesus yang komited dalam hal menyembah Tuhan dan melayani umat-Nya.
Alkitab amat jujur dan praktik dalam hal konflik (yakni perselisihan), percanggahan pendapat serta pilihan-pilihan yang salah yang dilakukan oleh umat manusia, kerana kita cuma manusia dan sememangnya tidak sempurna. Tidak ada seorang pun manusia tanpa dosa dan sempurna kecuali Yesus Kristus. Pada masa yang sama, Alkitab juga memberi kepada kita banyak prinsip, pelajaran dan contoh untuk menangani pelbagai jenis kesalahan dan dosa yang berlaku, demi sentiasa menjaga kesatuan dan persekutuan kita dengan Kristus dan juga sesama.
Sebagai para pengikut Yesus, cara kita berhubungan dengan orang lain yang berdosa sepatutnya mencerminkan cara Tuhan berhubungan baik dengan kita dalam 2 Korintus 5:17-20.
Untuk berdamai dengan Allah dan sesama sendiri apabila kita
melakukan dosa atau kesalahan, hendaklah kita secara jujur dan terbuka mengenal pasti dosa kita.
Dalam Alkitab, kita bukan sahaja mengakui dosa kita kepada
Tuhan, tetapi juga kepada orang yang telah kita lakukan kesalahan
itu (jika kita juga telah berdosa terhadap mereka).
Akhir sekali, hendaklah kita ingat bahawa sekalipun kita melakukan segala-galanya untuk menyelesaikan masalah dosa dalam kehidupan kita dan dalam jemaah kita, mungkin masih ada orang yang mengulanginya. Walau bagaimanapun, demi membantu para saudara dan saudari seiman untuk tidak mengulangi dosa atau perbuatan salah sedemikian, hendaklah kita meneruskan usaha berdoa, memberi nasihat, bersekutu dan memberi galakan kepada mereka dalam usaha mereka untuk menjadi umat kudus yang setia mengikut Kristus setiap hari.
LATIHAN MENGHAFAL FIRMAN TUHAN
Pengakuan Iman Rasul
Pengenalan: Apa itu Pengakuan Iman Rasuli? Sesetengah tradisi mewajibkan para pengikut mereka untuk menghafal dan mengucapkannya, manakala tradisi-tradisi lain tidak mewajibkan itu. Tanpa mengambil kira apa sahaja tradisi atau aliran, memang bermanfaat untuk menghafalnya sebab pengakuan itu menyediakan suatu bentuk pengajaran Alkitab yang asasi lagi ortodok serta kompak atau padat. Mengetahui pengakuan ini membantu melindungi anda daripada mana-mana ajaran palsu atau sesat yang mungkin anda temui.
Aku percaya kepada Tuhan,
Bapa Yang Maha kuasa,
Pencipta langit dan bumi;
Dan kepada Yesus Kristus,
Putera-Nya yang tuggal, Tuhan kita.
Yang dikandung daripada Roh Kudus,
Dilahirkan oleh anak dara Maria;
Yang menderita sengsara di bawah pemerintah Pontius Pilatus, Disalibkan, mati dan dikuburkan;
Pada hari ketiga bangkit daripada orang mati:
Naik ke syurga,
Duduk di sebelah kanan Allah, Bapa Yang Maha Kuasa:
Dan dari sana Dia akan datang, Untuk mengadili orang hidup dan mati:
Aku percaya kepada Roh Kudus:
Jemaah yang kudus dan am, Persaudaraan orang kudus, Kebangkitan tubuh, Dan kehidupan kekal. Amin.
Terbitan Kristian
BAB 6
Pelayanan Pengikut Kristus
Kutipan ayat diambil daripada teks Alkitab Versi Borneo, Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited.
Siri Pemuridan 6—Pelayanan Pengikut Kristus
Hak cipta terpelihara © 2021
Dicetak di Malaysia.
Buku ini diterbitkan khas untuk orang Kristian.
‘Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan sepenuh hatimu, dengan sepenuh jiwamu dan dengan sepenuh fikiranmu.’
Inilah perintah yang terutama dan terpenting.
Perintah kedua sama pentingnya: ‘
Kasihilah sesama manusia sebagaimana
kamu mengasihi dirimu sendiri.’
Matius 22:37-38
PENGENALAN
Dalam buku sebelum ini (buku 3), kita telah melihat
bahawa kita tidak lagi di bawah hukum lama tentang
dosa dan kematian, tetapi di bawah hukum Roh
kehidupan yang baru dalam Yesus Kristus ( r o Ma 8:2) . Hukum Roh
kehidupan dalam Kristus melibatkan rahmat Allah yang dicurahkan
kepada kita melalui Anak-Nya, Yesus Kristus. Yesus ialah kurniaan
kasih Allah yang agung kepada dunia ini (Y ohanes 3:16) . Apabila kita
menerima Yesus sebagai Tuhan dan Penyelamat kita, Roh Allah
memulakan kerja yang indah dengan mengubah dan menjadikan
kita orang yang kini boleh membalas Tuhan dengan mengasihi Dia.
Alkitab berkata begini: “Kita mengasihi sesama manusia kerana
Tuhan terlebih dahulu mengasihi kita” (1 Y ohanes 4:19) .
Bagaimanapun, kasih Allah bukan hanya bertujuan untuk kita
nikmati, malahan kita juga harus berkongsi kepada orang lain. Maka
Buku 6 akan berfokus kepada apa yang kita harus lakukan sebagai
umat Allah—melayani Dia dan orang lain. Buku ini mengandungi
topik-topik berikut:
• Kasih: asas bagi segala pelayanan orang Kristian
• Jemaah Allah dan Misi
• Misi Allah sedang berfungsi di dunia kita hari ini
• Contoh-contoh pengikut Tuhan dalam misi
Pada akhir buku ini, anda akan mendapatkan kesyukuran dan perspektif yang lebih luas tentang motivasi yang betul untuk melayani Allah, misi-Nya di alam dunia kita hari ini dan jenis-jenis tugas dan cara yang digunakan.
1:
KASIH: ASAS BAGI SEGALA PELAYANAN ORANG KRISTIAN
Bagi setiap orang yang telah menjadi seorang pengikut Yesus, kasih Allah mengubah segala pengertian kita tentang penyembahan dan ibadat kita kepada Tuhan.
Kita menyembah dan beribadah kepada Tuhan kerana kasih, bukan kerana:
• Diupah dengan penyelamatan untuk masuk syurga.
• Mengumpul dan menghitung pahala untuk layak mencapai nirwana (keadaan yang langsung lenyap dan aman selepas mati).
• Mengurangkan rasa bersalah atau beban untuk melakukan sesuatu demi Allah.
• Menyenangkan hati dalam kalangan umat yang soleh.
Sememangnya kasih Kristus yang memotivasikan jemaah untuk bertindak. Orang yang memiliki kasih Kristus akan mempedulikan orang-orang yang tersesat, sebab sesungguhnya Yesus telah mati untuk mereka (1 t esaloni K a 2:8) .
Hubungan antara mengasihi Tuhan dengan mengasihi orang lain dijelaskan dalam Alkitab:
1 Yohanes 2:9-11~
Matius 22:38-39~
Sebagai sebuah komuniti umat Allah, kita juga dipanggil untuk menjadi saksi kasih Allah kepada mereka yang belum mengenal dan menerima-Nya sebagai Tuhan dan Penyelamat, serta mendengar berita baik tentang Injil. Kita juga turut dipanggil dan diberikan keistimewaan untuk membawa orang lain masuk ke dalam cahaya
Tuhan.
Kasih Allah menepati segala sesuatu yang berkaitan dengan ketaatan terhadap hukum dan ketetapan-ketetapannya. Bahkan
Perintah Agung Allah dalam Perjanjian Lama merupakan sumber interpretasi Yesus bagi hukum-hukum Tuhan dalam Perjanjian Baru yang membawa kepada Perintah Agung tersebut.
Ketetapan-ketetapan dalam Perjanjian Lama (Keluaran 20:3-4):
Interpretasi Yesus bagi hukum-hukum Allah dalam Perjanjian Baru (matius 22:37-40):
Perintah Agung (matius 28:18-20):
Sifat Allah dan Rancangan-Nya dalam Misi
Alkitab menekankan 3 sifat Allah yang unik tentang hati dan keperibadian-Nya. Ini menekankan keinginan-Nya terhadap orang yang masih belum menjadi pengikut-Nya:
1. Allah itu Kasih dan Dia ingin membawa setiap umat manusia masuk ke dalam kasih-Nya (Yohanes 3:16).
2. Allah itu Cahaya dan Dia ingin membawa yang lain ke dalam cahaya-Nya (Yohanes 8:12).
3. Allah itu sumber Kehidupan. Dia ingin memberi kita kehidupan-Nya (1 Yohanes 5:12).
Dalam Alkitab, karya misi Allah yang hebat untuk menyelamat serta mengubah kita dan segala ciptaan-Nya dapat diringkaskan seperti berikut:
Penciptaan Kutuk Perjanjian Kristus Gereja
Penyempurnaan
Penciptaan
Antara semua hasil ciptaan, manusia diberikan kebebasan untuk menikmati kasih Allah serta mengasihi-Nya kembali.
Tujuan hidup umat manusia adalah memenuhi bumi agar bumi dilitupi oleh kemuliaan dan kebaikan Tuhan. Hendaklah kebaikan-Nya tersebar dan meresapi ke seluruh alam serta umat manusia.
Kutuk
Walau bagaimanapun, umat manusia gagal untuk meliputi bumi ini dengan kebaikan dan kemuliaan Tuhan. Sebaliknya, Adam dan Hawa telah bersikap mementingkan diri dan jatuh ke dalam dosa (Kejadian 3:1-24).
Akibat dosa mereka itu, mereka dilarang untuk kekal berada di Taman Eden. Namun, misi Allah supaya manusia “beranakcuculah dan bertambah banyak serta penuhilah bumi dan takluki bumi” tidak dibatalkan. Dia masih bekerja melalui manusia dan memakai mereka agar menjadi wakil atau saksi akan kebaikan-Nya.
Pelbagai Perjanjian
Terdapat empat perjanjian utama yang meliputi keseluruhan
Perjanjian Lama sehingga kedatangan Yesus dalam Perjanjian Baru.
• Perjanjian Allah dengan Nuh: apabila Allah menghukum dunia ini oleh sebab kejahatan dan kekejaman umat
manusia pada zaman Nuh, Dia berjanji kepada Nuh bahawa
perjanjian itu terus kekal sehingga hari ini (K ejadian 9:8-17) .
• Perjanjian Allah dengan Abrahim: selepas memecah-
belahkan orang di Babel, Dia mengunjungi seorang daripada suku pedagang/penggembala nomad untuk melaksanakan
misi: menyebarkan nama-Nya dan memenuhi bumi ini dengan kemuliaan dan kebaikan-Nya (K ejadian 12:1-3) .
• Perjanjian Allah dengan Musa: selepas keturunan Abrahim berada dalam pembuangan dan diperhambakan di Mesir, Allah membebaskan mereka melalui Musa. Kemudian Dia
menyediakan perjanjian yang asas tentang hukum-hukum
Allah untuk semua umat dalam Perjanjian Lama (K eluaran 19:5-6) .
• Perjanjian Allah dengan Daud: apabila Israel seterusnya memasuki tanah yang dijanjikan Allah melalui Musa, Dia
menamakan satu suku antara 12 suku Israel untuk menetap di tempat yang Kristus akan dilahirkan kelak. Ini terkandung dalam perjanjian ini (2 s aM uel 7:5-16) .
Bahagian akhir Perjanjian Lama menjurus ke arah rancangan dan misi Allah yang lebih lengkap, tentang penyelamatan umat manusia melalui peribadi dan karya Anak-Nya, Yesus Kristus.
Kristus
Allah mengutus Yesus Kristus sebagai jawapan-Nya yang mutlak demi menghapus dosa umat manusia.
Ciri-ciri misi Yesus:
1) Kehidupan-Nya dipenuhi dan dipimpin oleh Roh Kudus ( l u K as 4:1)
2) Dia memanggil dan melatih para pengikut-Nya dalam
hubungan tuan guru-pengikut ( l u K as 5:1-11; Y ohanes 1:35-51)
3) Melatih dan mengutus mereka secara berdua-dua dalam
kumpulan ( l u K as 10:1)
4. Melatih dan mengajar mereka untuk
a) menyampaikan Berita Baik, membaptis dan mengajar (M atius 28:19-20; M ar K us 6:12)
b) melayani dan berbakti kepada orang lain (Y ohanes 13:1-17)
c) Mempercayai Allah dalam melakukan mukjizat dan keajaiban (Y ohanes 6:1-13)
d) Menyembuhkan dan mengusir roh-roh jahat (M ar K us 6:13)
e) berdoa ( l u K as 11:1-13)
f) mengasihi (Y ohanes 13:34-35)
g) mengalami penderitaan (M atius 16:21)
Yesus membentuk dan melatih para pengikut-Nya untuk melakukan misi seperti Dia melaksanakan misi yang disempurnakanNya dalam nama Bapa-Nya, supaya apabila Dia mengutus mereka pergi bersama-Nya, mereka juga boleh melakukan perkara yang sama berdasarkan apa yang dilihat, didengar dan dilakukan.
Matius 28:18-20~
2:
JEMAAH ALLAH DAN MISI
Jemaah Allah (atau gereja) merupakan alat yang dipakai oleh Allah untuk meneruskan misi-Nya di bumi.
Sesudah Yesus naik ke syurga, kita melihat usaha untuk meneruskan misi Allah dengan pencurahan kuasa Roh Kudus ke atas para pengikut-Nya daripada pelbagai suku kaum, bahasa dan negara.
Berdasarkan Kisah Para Rasul 2:
Apakah yang telah dilakukan oleh Allah?
Berapakah ramai orang/bangsa berlainan yang terlibat?
Bagaimanakah peristiwa ini menjadi penggenapan kepada misi Allah?
Apakah akibat pencurahan Roh Kudus ke atas orang-orang percaya di situ?
Misi Allah Menerusi Kelahiran Jemaah-Nya
Sejak lahirnya jemaah Tuhan, misi-Nya disebarkan dalam tiga peringkat, iaitu Yudea/Yerusalem, Samaria dan seluruh dunia (Kisah Para rasul 1:8).
Injil tersebar secara perlahan-lahan di luar kumpulan bangsa dan etnik boleh dilihat dengan membaca kitab Kisah Para Rasul. Baca dan rujuk Alkitab anda, serta perhatikan satu bangsa/kumpulan etnik atau kelas sosial yang dijangkau dalam Kisah Para Rasul:
Ayat-ayat dalam kitab
Kisah Para Rasul
Kisah Para Rasul 2:1-13
Kisah Para Rasul 3:1-10
Kisah Para Rasul 8:1
Kisah Para Rasul 8:4-8
Kisah Para Rasul 8:26-40
Kisah Para Rasul 10:9-11:18
Kisah Para Rasul 11:20-21
Kisah Para Rasul 13:1-3; 14:26-28; 15:35
Kumpulan etnik dan kumpulan/kelas sosial yang
diubah oleh Injil
Ciri-Ciri Misi Rasul Paulus
dalam Kitab Kisah Para Rasul
Pertamanya, Paulus dipanggil oleh Tuhan untuk melaksanakan
misi-Nya (1 K orintus 1:1) ; dia dipanggil untuk menjadi seorang rasul bagi orang bukan Yahudi ( r o Ma 11:13, g alatia 2:8) , iaitu dari permulaan panggilannya adalah “mula-mula kepada orang Yahudi kemudian kepada bangsa asing” ( r o Ma 1:16) . Dalam pelayanan misinya, Paulus:
• menubuhkan jemaah dan berharap agar mereka dapat bertumbuh secara rohani dan bertambah banyak ( r o Ma 15:19) .
• berbicara tentang perlunya orang percaya menyebarkan Injil dalam kalangan orang yang belum pernah mendengarnya ( r o Ma 10:14-15) .
• menyatakan bahawa para penginjil hendaklah menjadi teladan bagi Berita Baik yang disampaikan oleh mereka
(1 K orintus 4:16; 11:1; e fesus 5:1) .
• bersukacita dengan orang yang memberitakan firman Allah, walau apa jua cara yang digunakan ( f ili P i 1:14-18) .
• melakukan pelayanan penyembuhan dan peperangan rohani
(K isah P ara r asul 14:9; 16:16, 19:13; e fesus 6:12-18) .
• berkhutbah tentang kepentingan pelayanan yang membawa perdamaian (2 K orintus 5:20) .
• menekankan kepentingan kesatuan jemaah Allah dalam
penyebaran Injil ( f ili P i 1:5) :
Carta berikut adalah perkara-perkara penting untuk diselesaikan oleh para pengikut Yesus dalam jemaah tertentu:i
Contoh-contoh
surat Paulus kepada
jemaah Tuhan
Isu-isu untuk diselesaikan oleh
pengikut generasi pertama Kristus
Roma Sama ada hukum-hukum Perjanjian Lama masih relevan kepada para pengikut
1 dan 2 Korintus Sikap pilih kasih, isu seks, perzinaan, perkahwinan, sikap lahap
Galatia Hidup menurut hukum dan adat resam orang Yahudi
Efesus Kultus atau pendewaan roh dan alam roh
Filemon Perhambaan dan kasih sebagai seorang saudara seiman
Berdasarkan carta tersebut, bincangkan isu-isu berkenaan yang perlu ditangani dan masih dihadapi oleh jemaah masa kini.
Penyempurnaan atau Penyatuan
Dalam kitab Wahyu, matlamat terakhirnya adalah tentang
kesedaran bahawa semua orang akan menyembah Allah (W ahY u 4:11) .
Allah menebus mereka dengan kematian Yesus dari setiap suku
kaum, bahasa, umat dan bangsa (W ahY u 5:9) . Hal itu merupakan
klimaks dalam Matius 28:18-20:
• Penebusan dan transformasi ciptaan (W ahY u 21-22, r o Ma 8:1922).
• Transformasi kota duniawi: kota Yerusalem menjadi kota syurgawi Yerusalem Baru.
• Jamuan pernikahan Anak Domba: semua pengikut Yesus akan mendapat undangan untuk bersama dengan Dia, menikmati jamuan serta tinggal di kota syurgawi-Nya pada suatu hari kelak (W ahY u 21-22) .
Gambaran-gambaran yang dinyatakan itu menyampaikan berita baik dan kerinduan Tuhan agar nama-Nya disebarkan ke seluruh bumi, sehingga dunia akan tahu tentang kebaikan dan kemuliaan-Nya.
Berita baik tentang kerajaan Allah melibatkan usaha menyelamatkan bukan sahaja manusia daripada dosa, tetapi melibatkan penyembuhan dan transformasi keseluruhannya, termasuk alam semula jadi yang telah tercemar oleh dosa.
Hari ini, Tuhan ingin memakai kita sebagai saluran atau wakil untuk menyebarkan berita baik ini supaya seluruh ciptaan akan melihat kebaikan serta kemuliaan-Nya.
3: MISI ALLAH SEDANG DIJALANKAN DI DUNIA KITA HARI INI
Apabila Tuhan ‘melahirkan’ jemaah-Nya dan mula bekerja menerusinya, Dia telah memulakan karya yang berterusan dalam diri kita pada hari ini melalui Roh Kudus. Dengan memahami peranan Roh Kudus, kita boleh memperoleh banyak pelajaran tentang misi pada masa kini dan bagaimana Roh Kudus sedang berkarya dalam kalangan kita
1. Roh Kudus mencipta komuniti misi Allah: Roh Allah ialah Roh misi. Roh Kudus bekerja sejak bermulanya pelayanan Yesus sehingga ke akhirnya (Matius 3:16, Kisah Para rasul 1:5, 8).
2. Komuniti Allah melibatkan persekutuan para pengikut yang telah menerima Roh Kudus: Roh Kudus mengekalkan serta membuat jemaah itu bertumbuh (Yohanes 3:5-8, 1 Korintus 12:3,13).
3. Roh Kudus memperbaharui komuniti misi. Roh Allah memberi kesegaran baru serta kuasa kepada kita untuk melaksanakan pekerjaan Allah dalam kehidupan rohani dan tugas kita, seperti dalam pelayanan dan misi.
a) Dia memperbaharui kehidupan peribadi seseorang ( t itus 3:5) .
b) Dia memberi kita kuasa untuk menjadi anak-anak Allah ( r o Ma 8:15-16) .
c) Dia menyedarkan kita akan kebenaran Allah dan memimpin kita kepada kebenaran (Y ohanes 16:13) .
4. Roh Kudus memperlengkapkan komuniti misi untuk melaksanakan misi.
a) Dia membekalkan kuasa kepada kita untuk menjadi saksi Injil (Y ohanes 20:21-22) .
b) Dia memimpin umat-Nya yang sedang melaksanakan misi Allah kepada orang yang tertentu atau melakukan tindakan tertentu (K isah P ara r asul 16:6-8) .
c) Dia memberikan keberanian ilahi (K isah P ara r asul 4:31).
d) Dia memberikan kekuatan ilahi untuk kekal teguh dan dapat bertahan apabila menghadapi penderitaan (K isah P ara r asul 7:55-60) .
e) Dia memberi kuasa untuk mengusir roh-roh jahat, menyembuhkan dan menyebarkan kerajaan Allah (K isah P ara r asul 13:9-12) .
f) Dia menyediakan kurnia kepada kita agar mampu melayani dalam misi Allah (1 K orintus 12:8-10).
Pernahkah anda memberitakan kasih Tuhan kepada orang lain?
Ceritakan pengalaman anda, bagaimanakah Roh Kudus telah bekerja melalui anda semasa menyampaikan kasih Tuhan?
Mengapakah kita melayani dan berbakti kepada Tuhan?
Tuhan menciptakan kita untuk memenuhi seluruh dunia ini dengan kemuliaan-Nya, supaya semua ciptaan mengetahui tentang kasih serta kebaikan-Nya (K ejadian 1:27) .
1. Kita dicipta untuk memuliakan Tuhan (W ahY u 4:11) .
2. Kita dicipta untuk melayani Dia dan orang lain dengan kurnia kita (M ar K us 4:24-25,1 P etrus 4:10) .
3. Kita dicipta untuk menyinarkan cahaya Allah kepada dunia (M atius 5:14-16) .
Misi Allah adalah untuk siapa?
Kasih-Nya dalam diri kita adalah ditunjukkan kepada semua orang dalam setiap situasi, seperti dituliskan dalam Alkitab:
Lukas 4:18; Matius 10:1:
Lukas 15:1-7:
Matius 5:43-44:
Roma 1:14:
Matius 24:14; Kisah Para Rasul 1:8:
Berdasarkan situasi anda sekarang, siapakah sasaran utama anda untuk menyampaikan kasih Tuhan?
Bagaimanakah sikap kita yang seharusnya dalam melaksanakan misi Allah?
1. Taat dan setia terhadap perintah Allah (Matius 28:19-20; 2 t i M otius 2:2).
2. Mengasihi orang lain seperti Tuhan yang terlebih dahulu mengasihi kita (M ar K us 12:31; 1 Y ohanes 4:9) .
3. Sikap rendah hati dan keterbukaan terhadap teguran dan pengajaran (M az M ur 25:8-10) .
4. Melayani para hamba Tuhan yang melakukan pelayanan misi ( f ili P i 4:10-19; 3 Y ohanes 1:2-8) .
5. Melakukan yang terbaik dengan sepenuh hati kepada Tuhan (K olose 3:17; M ar K us 12:30) .
6. Tidak mengabaikan keluarga semasa dalam pelayanan (1 t i M otius 5:8) .
7. Melayani dengan sabar dan penuh harapan (g alatia 6:9) .
8. Kesediaan untuk menderita dan bertahan (M atius 10:23-25; M atius 24:13-14) .
Apabila kita melayani Tuhan, kunci utamanya ialah hubungan kita dengan Dia.
Apakah cabaran untuk menyampaikan misi Allah?
4: CONTOH-CONTOH PENGIKUT TUHAN DALAM MISI
Contoh-contoh berikut menceritakan bagaimana berita baik Allah tentang penyelamatan disampaikan kepada orang lain.
Contoh 1: Yesus dan wanita Samaria (Y ohan E s 4:4-42)
a) Bagaimanakah Allah bekerja untuk menyelamatkan atau menyelesaikan masalah/keadaan orang ini:
b) Prinsip-prinsip/kaedah-kaedah yang menjadi kunci dalam hal menyampaikan berita baik Allah dalam contoh ini ialah:
Contoh 2: Yesus dan lelaki yang kerasukan roh jahat (Markus 5:1-20)
a) Bagaimanakah Allah bekerja untuk menyelamatkan atau
menyelesaikan masalah/keadaan orang ini:
b) Prinsip-prinsip /kaedah-kaedah yang menjadi kunci dalam hal
menyampaikan berita baik Allah dalam contoh ini ialah:
Contoh 3: Petrus dan Yohanes menemui pengemis yang tempang (kisah Para rasul 3:1-10)
a) Bagaimanakah Allah bekerja untuk menyelamatkan atau
menyelesaikan masalah/keadaan orang ini:
b) Prinsip-prinsip/kaedah-kaedah yang menjadi kunci dalam hal
menyampaikan berita baik Allah dalam contoh ini ialah:
Contoh 4: Filipus dan lelaki Etiopia (kisah Para rasul 8:26-40)
a) Bagaimanakah Allah bekerja untuk menyelamatkan atau
menyelesaikan masalah/keadaan orang ini:
b) Prinsip-prinsip/kaedah-kaedah yang menjadi kunci dalam hal
menyampaikan berita baik Allah dalam contoh ini ialah:
Contoh 5: Paulus dan umat di Atena (kisah Para rasul 17:16-34)
a) Bagaimanakah Allah bekerja untuk menyelamatkan atau menyelesaikan masalah/keadaan orang ini:
b) Prinsip-prinsip/kaedah-kaedah yang menjadi kunci dalam hal menyampaikan berita baik Allah dalam contoh ini ialah:
Apakah jenis-jenis respons daripada orang lain yang patut kita jangkakan apabila kita melaksanakan misi Allah?
Dalam buku 2: Alkitab, kita sudah belajar tentang 4 jenis atau respons tersebut (M ar K us 4:1-20) :
a) Mendengar tetapi dicuri oleh Iblis
b) Mendengar dan menerima dengan sukacita tetapi tidak berakar kerana dikalahkan oleh kesusahan atau penganiayaan.
c) Mendengar tetapi tidak berbuah kerana dikalahkan oleh godaan dunia.
d) Mendengar dan menerima serta berganda.
Contoh 1: Respons dua orang pencuri terhadap mesej Yesus tentang pengampunan ( l ukas 23:32-43)
Respons 1: Mencela Yesus
Respons 2: Menyedari tentang kesalahannya dan berhak dihukum.
Tidak semua orang akan menerima anugerah pengampunan Tuhan.
Contoh 2: Respons yang berbeza dalam kalangan orang yang diundang untuk menikmati kebaikan Tuhan ( l ukas 14:15-24) .
Respons 1: Aku telah membeli sebuah ladang dan aku harus pergi ke sana. Aku minta maaf.
Respons 2: Aku telah membeli lima pasang lembu dan harus pergi mencuba lembu-lembu itu. Aku minta maaf.
Respons 3: Aku baru berkahwin. Oleh itu, aku tidak dapat datang.
Semua tetamu yang dijemput sebenarnya sudah bersetuju untuk hadir. Namun pada hari jamuan tiba, mereka menolak jemputan ini dengan alasan masing-masing.
Semua respons di atas menggambarkan penolakan terhadap jemputan Tuhan untuk diselamatkan dan menikmati kebaikan-Nya kerana ada kepentingan masing-masing yang lebih diutamakan.
Contoh 3: Yesus menyembuhkan sepuluh orang yang berpenyakit kusta ( l ukas 17:11-19) .
Respons 1: Ketika melihat dirinya sembuh, seorang daripada mereka kembali dan memuji Allah dengan suara yang kuat.
Respons 2: Sembilan orang yang disembuhkan tidak kembali untuk memberikan pujian kepada Allah
Tidak semua orang akan bersyukur atas kesembuhan dan pekerjaan Tuhan.
Contoh 4: Paulus menyampaikan mesej Allah kepada orang di
Atena (kisah Para rasul 17:16-34)
Respons 1: Mengejek-ejek
Respons 2: Mahu mendengar tetapi tidak percaya
Respons 3: Percaya, menerima dan menjadi pengikut
Hanya sedikit yang benar-benar percaya dan menjadi pengikut
Kristus Kongsikan pengalaman anda yang memberitakan Injil kepada orang lain. Apakah respons mereka dan tindakan anda terhadap respons mereka?
KESIMPULAN
Sebagai pengikut Yesus, kita dipanggil untuk melayani
Tuhan dalam misi. Selain penyembahan dan persekutuan, misi ialah satu-satunya panggilan yang istimewa dan harus lakukan semasa di bumi kerana misi tidak akan wujud lagi di syurga. Di syurga kelak, penyembahan akan jauh lebih hebat dan persekutuan akan lebih manis berbanding dengan apa yang kita alami di bumi ini. Sebagaimana Yesus diutus untuk melaksanakan pekerjaan-Nya, demikian juga Yesus mengutus kita untuk menjadi saksi-Nya.
Identiti kita sebagai pengikut Yesus sangat berkait rapat dengan
menjadi saksi bagi Allah (M atius 5:14-16; Y ohanes 14:12; Y ohanes 17:21-23;
.
LATIHAN MENGHAFAL FIRMAN TUHAN
Matius 28:18-20
Amanat Agung
Amanat Agung merupakan ayat Alkitab yang amat penting dan asas serta seruan kepada pengikut Yesus untuk melayani dalam pekerjaan misi. Ramai pengikut Yesus yang komited pasti sudah menghafal ayat ini. Sesungguhnya ayat ini mengingatkan kita tentang tanggungjawab untuk menyebarkan Injil Kristus ke seluruh suku
dan bangsa agar kehendak Tuhan dilaksanakan, iaitu menyebarkan nama-Nya ke seluruh dunia, agar dunia akan mengetahui kebaikan dan kemuliaan-Nya. Ambil masa untuk menghafal ayat ini, dan ketika anda berbuat demikian, izinkan hati anda terbuka untuk menyertai misi Allah di dunia ini.
Segala kekuasaan telah diserahkan kepada-Ku, baik di syurga mahupun di bumi. Oleh itu pergilah, jadikan
semua bangsa murid-Ku. Baptislah mereka dengan nama
Bapa, Anak dan Roh Kudus. Ajarlah mereka supaya taat akan segala perkara yang telah Kuperintahkan kepadamu.
Aku akan sentiasa bersamamu, hingga ke akhir zaman.
i Sekiranya para pembaca berminat untuk mengkaji lebih banyak lagi tentang isuisu spesifik yang dihadapi oleh Paulus, anda perlu merujuk kepada ulasan-ulasan Alkitab untuk mendapatkan perbincangan yang lebih terperinci. Bincangkan
dengan pemimpin atau saudara seiman untuk cadangan bacaan selanjutnya.
Perkahwinan, Keluarga & Anak-Anak
Kutipan ayat diambil daripada teks Alkitab Versi Borneo, Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited.
Siri Pemuridan 7—Perkahwinan, Keluarga & Anak-Anak
Hak cipta terpelihara © 2021 Dicetak di Malaysia.
Buku ini diterbitkan khas untuk orang Kristian.
Maka TUHAN Allah pun berfirman, “Tidak baik
manusia itu bersendirian … namun begitu, bagi
dirinya sendiri manusia itu tiada seorang pun penolong
yang sepadan baginya. Maka Tuhan Allah membuat
manusia itu tertidur dengan lena dan sewaktu itulah
Dia mengambil sebatang tulang rusuknya lalu menutup
ruang lama tulang itu dengan daging. Daripada tulang
rusuk yang diambil-Nya daripada manusia itu Tuhan
Allah membentuk seorang perempuan lalu membawanya
kepada manusia itu. Berkatalah manusia itu, “Ini
dia! Tulang daripada tulangku, dan daging daripada
dagingku. Dia akan dipanggil Perempuan kerana
dia diambil daripada Lelaki.” Itulah maka seorang
lelaki meninggalkan ibu bapanya dan bersatu dengan
isterinya, lalu mereka berdua menjadi satu.
Kedua-dua manusia dan isterinya itu bertelanjang bulat
tetapi mereka tidak berasa malu.
Kejadian 2:18-25
Anak-anak, turutlah perintah ibu bapamu dalam
Tuhan, kerana ini adalah wajar.
“Hormatilah ibu bapamu”—iaitu perintah pertama
yang disertai dengan janji—“supaya kamu mendapat
kebaikan dan umurmu panjang di bumi ini.”
Kamu, bapa, janganlah sakitkan hati anak-anak; tetapi
peliharalah mereka dalam didikan dan nasihat Tuhan.
Efesus 6:1-4
Perkahwinan merupakan asas dalam tujuan dan karya
Tuhan bagi umat manusia untuk beranak cucu dan berlipat
ganda serta melaksanakan misi Allah untuk menyebarkan
nama-Nya, memenuhi bumi ini dengan kebaikan serta kemuliaanNya. Melalui perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan, kita melihat rancangan Tuhan bagi dunia ini:
Siri 7 akan meneroka tujuan, kebaikan, akibat dan ujian perkahwinan, dan Tuhan juga ingin agar kita tahu cara untuk membesarkan anak. Buku ini mengandungi bahagian-bahagian seperti berikut:
• Tujuan perkahwinan
• Keluarga dan anak-anak
• Apabila ahli keluarga bukan pengikut Kristus
• Perceraian
Pada bahagian akhir buku ini, semoga anda mempunyai kesyukuran yang lebih dalam terhadap orang yang dipanggil untuk
menjadi bujang atau berkahwin, orang yang berkahwin dengan orang bukan percaya, bagaimana suami dan isteri harus berhubung menurut pandangan Tuhan, tujuan Tuhan dan peranan anak dalam
keluarga, serta bagaimana kita patut menjaga mereka. Akhirnya kita juga akan membincang cara untuk menangani perkahwinan yang bermasalah atau tidak sihat.
1: TUJUAN PERKAHWINAN
Maka Allah menciptakan manusia menurut gambaran-Nya. Menurut gambaran Allah, Dia mencipta mereka, lelaki dan perempuan. Allah memberkati mereka, lalu Allah berfirman kepada mereka, “Beranakcuculah dan bertambah banyak serta penuhilah dan takluki bumi, berkewenangan atas
ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas segala makhluk hidup yang berkeliaran dan yang bergerak di muka bumi.”
Kejadian 1:27-28
Perkahwinan adalah penyataan sifat Tuhan yang Tritunggal. Tuhan adalah satu, tetapi memiliki tiga keberadaan
(K ejadian 1:27) .
Ayat dalam Kejadian 1:28 dan 2:18-25 menyatakan dasar
kesatuan seorang lelaki dan seorang perempuan.
• Mereka dicipta menurut gambaran Tuhan.
• Perempuan dicipta daripada rusuk yakni bahagian sisi lelaki, bukan daripada bahagian atas (kepala) atau bahagian bawah (kaki) lelaki. Ini menjadikan perempuan setaraf dengan lelaki.
• Penciptaan perempuan menyempurnakan keadaan lelaki yang hidup sendirian sebelum ini; sebagai penolong lekaki dalam melaksanakan misi Tuhan.
Tujuan Perkahwinan
Alkitab menggunakan metafora perkahwinan dalam menceritakan hubungan Allah dengan kita.
1. Tuhan diumpamakan sebagai pengantin lelaki dan jemaah Gereja sebagai pengantin perempuan-Nya ( e fesus 5:25-27, 2 K orintus 11:2) :
2. Apabila umat Allah meninggalkan Tuhan untuk menyembah tuhan-tuhan lain, metafora perzinaan digunakan, kerana kesucian kasih telah tercemar (Y esaYa 57:3; Y ehez K iel 16:15-34; M alea K hi 2:11) .
Allah menciptakan lelaki dan perempuan untuk perkahwinan dengan tujuan-tujuan berikut:
1. Beranak cucu dan bertambah banyak (K ejadian 1:27-28) .
2. Melahirkan keturunan yang setia kepada Allah (MaleaKhi 2:15).
3. Saling menikmati kehadiran dan keintiman sesama mereka sebagai satu pasangan (K ejadian 2:25; a M sal 5:15-19).
4. Mencerminkan kasih, kesatuan, keperibadian dan perwatakan Allah (K ejadian 1:27; e fesus 5:22-33) .
5. Membentuk ikatan kesatuan serta kasih yang kekal melalui karya Allah (M atius 19:4-6) :
Perlukah Kita Berkahwin?
Alkitab berkata, “Cari kebahagiaan daripada TUHAN, maka Dia akan menunaikan hasrat hatimu” (M az M ur 37:4) . Apabila kita berdoa dan memohon kepada Tuhan untuk mendapatkan seorang pasangan hidup, hendaklah kita mengakui bahawa Allah itu berdaulat dan Dia hanya akan menjawab doa yang sejajar dengan kehendak dan cara-Nya (1 Y ohanes 5:14-15) .
Alkitab menyatakan bahawa berkahwin adalah baik kerana:
• Orang yang memiliki isteri, mendapat sesuatu yang baik, dan ia dikenan TUHAN (a M sal 18:22) .
• Wanita muda hendaklah berkahwin (1 t i M otius 5:14) .
• Mereka yang bujang seperti Rasul Paulus, berhak untuk berkahwin (1 K orintus 9:5) .
Apakah yang dikatakan oleh Alkitab tentang perkahwinan dan bujang? (1 Korintus 7:1-16).
Yesus dan Paulus masing-masing tidak berkahwin namun mereka masih boleh melayani Tuhan dengan setia dalam pelayanan mereka.
Alkitab menawarkan beberapa garis panduan dalam hal perkahwinan (1 K orintus 7:17, 25-40) :
Kaji Alkitab mengenai pemilihan pasangan hidup daripada agama lain (2 K orintus 6:14-18) :
Nota: Contoh-contoh dalam Alkitab tentang akibat mengahwini seseorang yang berbeza agama (1 r aja - r aja 11:19 ; 1 r aja - r aja 16:2932 & 21:25-26) .
Renungkan: Apakah kehendak Allah dalam pemilihan pasangan hidup anda dan bincangkan situasi anda dengan pastor/pemimpin gereja anda.
Berkat Perkahwinan
• Isteri : (a M sal 19:14 ; a M sal 31:10)
• Anak-anak : (M az M ur 127:3-5)
Ada kalanya pasangan suami isteri tidak dikurniai anak. Namun Tuhan tetap boleh memberkati pasangan ini dengan cara lain:
• Dipakai oleh Allah untuk memberi rahmat kepada para ibu bapa lain ( l u K as 2:36-38) .
• Mengambil seorang pengikut yang lebih muda sebagai ‘anak angkat’ atau ‘anak rohani’ dan menjadi mentornya (1 t i M otius 1:1-4, 18-19; f ili P i 2:19-20) .
Alkitab mengingatkan kita bahawa kita wajib percaya dan yakin terhadap rencana muktamad Tuhan bagi kehidupan kita, “Sebagaimana kamu tidak mengetahui cara dan laluan angin dan pembentukan tulang-temulang di dalam rahim wanita yang mengandung, demikian jugalah kamu tidak mengetahui pekerjaan Allah yang menjadikan segala sesuatu” (P eng K hutbah 11:5) .
Pelajaran dalam Perkahwinan
Perkahwinan yang tidak berdasarkan prinsip Tuhan pasti akan menemui kegagalan. Dalam rancangan Allah, perkahwinan adalah untuk perhubungan sepanjang hayat, saling mengambil berat dan hidup aman, bersama-sama maju dan berhasil dalam hidup di bawah naungan kasih, anugerah dan kehadiran Tuhan.
Tanggungjawab pasangan suami dan isteri:
1. Saling mengasihi dan menghormati ( e fesus 5:22-33, K olose 3:18-19, 1P etrus 3:7) .
2. Saling bergantung dan memerlukan (1 K orintus 11:11-12) .
3. Perempuan yang masih muda hendaklah dilatih ( titus 2:4-5).
4. Mendidik anak (a M sal 22:6) .
Bincangkan: Berdasarkan firman Tuhan di atas, apakah tanggungjawab yang anda terlalai laksanakan selama ini (sekiranya anda sudah berkahwin)?
2: KELUARGA DAN ANAK-ANAK
Melainkan Tuhan mendirikan rumah, sia-sialah tenaga orang yang membinanya (Mazmur 127:1).
Beranak Cucu
Tujuan Allah ke atas pasangan suami isteri adalah untuk melahirkan anak (K ejadian 1:27) . Namun, pasangan yang berkahwin tidak terhad untuk memperoleh anak secara biologi semata-mata.
Salah satu pilihan untuk memperoleh anak ialah melalui pengambilan anak angkat. Menurut Alkitab, secara rohani kita merupakan orang asing dan anak yatim di hadapan Tuhan. Namun, menerusi kasih Allah kepada kita, Dia telah menjadikan kita anakNya dan kita boleh memanggil Dia ‘Bapa’ ( r o Ma 8:14-17; g alatia 4:5-7; Y ohanes 1:12) .
Tindakan mengambil anak angkat menjadikan kita saluran kasih Allah terhadap anak yatim.
Tindakan yang menyerahkan anak sendiri sebagai anak angkat
atas sebab tertentu juga adalah tindakan yang berunsurkan kasih
sayang, terutamanya mereka yang tidak dapat atau tidak mampu memberi kasih sayang kepada anak sendiri.
Contoh pengambilan anak angkat dalam Alkitab:
i) Musa yang diambil oleh puteri Firaun sebagai anak angkat.
Ketika itu, Yochebed yang mengandung pada masa Firaun
memerintah agar semua bayi lelaki dibunuh terpaksa
menghanyutkan bayinya yang diletakkan di dalam sebuah
bakul yang selamat. Kemudian dijumpai oleh puteri Firaun
(K eluaran 1:15–2:10) .
ii) Ester yang dijadikan anak angkat oleh sepupunya selepas
kematian ibu bapanya. Ester menjadi seorang ratu, dan Tuhan menggunakannya untuk membawa pembebasan kepada umat
Yahudi ( e ster 2:7) .
iii) Dalam Perjanjian Baru, Yesus Kristus dikandung melalui Roh
Kudus dan bukan melalui benih daripada seorang lelaki. Dia
“dijadikan anak angkat” dan dibesarkan oleh suami ibunya
iaitu Yusuf, yang menerima Yesus sebagai anaknya sendiri (M atius 1:18) .
Kes-kes lain dalam Alkitab ialah Abraham dan Sarah. Apabila
Abraham berkata bahawa Allah “belum mengurniakan kepadaku keturunan, sehingga hamba yang lahir di rumahkulah yang akan menjadi ahli warisku” (K ejadian 15:3) , dia memberikan kiasan tentang pilihan untuk mencari seorang ‘ibu tumpang’ yang akan mengandungkan anaknya.
Namun, kita perlu berhati-hati dalam hal menggunakan
Abraham sebagai contoh, kerana tindakannya telah mengakibatkan
hubungan yang tidak baik antara isterinya dengan ibu tumpang
tersebut (K ejadian 16:1-16; 21:8-21) .
Sekiranya anda berhasrat untuk memperoleh anak melalui kaedah ini, maka anda perlu berdoa terlebih dahulu dengan sungguh-sungguh dan mencari kehendak Tuhan.
Anak-Anak
Walaupun demikian, perempuan akan diselamatkan dengan melahirkan anak jika mereka tetap dalam iman, kasih, dan kesucian dengan penguasaan diri (1 Timotius 2:15).
Anak-anak ialah berkat dan anugerah daripada Tuhan
(MazMur 127:3-5). Bagi mereka yang mengandung, melahirkan, dan membesarkan anak-anak, mereka diberkati dengan keistimewaan untuk memahami karya Allah yang berintikan iman, kasih sayang dan kesucian (1 tiMotius 2:15).
Apakah peranan kita sebagai mentor dan guru kepada anakanak?
Ulangan 6:6-7
Amsal 22:6
Matius 18:6
Efesus 6:4
Anak-anak pula harus mentaati ibu bapa mereka dengan mendengar nasihat dan tunjuk ajar mereka. Berdasarkan tiga contoh ayat Alkitab, anak-anak harus mentaati ibu bapa dengan cara apa dan mengapakah harus berbuat demikian?
Amsal 1:8-9~
Efesus 6:1-3~
Amsal 6:20-24~
Ibu bapa bertanggungjawab mendisiplinkan anak-anak jika mereka ingkar. Ini merupakan sifat Allah Bapa kita yang juga mendisiplinkan kita apabila kita mengingkari-Nya ( i brani 12-6-11) .
Nota: Anak-anak boleh dipakai Tuhan untuk melakukan
perkara-perkara yang hebat, seperti Samuel (1 s aM uel 3:1-21) , Musa (K eluaran 1:15–2:10), dan Yosia (2 r aja - r aja 22:1–23:28) .
Anak-anak juga boleh dipakai Tuhan untuk mengajar kita mentaati-Nya seperti Yesus yang mengajar para pengikut-Nya dengan memakai kanak-kanak (M atius 18:1-5) .
Namun, sesebuah keluarga juga mungkin menghadapi ujian yang berpunca atau melibatkan anak-anak (M atius 10:34-39) . Ujian dalam keluarga kadang-kadang disebabkan pandangan atau kepercayaan yang berbeza.
Bincangkan: Andai kata anak anda telah meninggalkan keluarga dan kepercayaan Kristian. Apakah penyelesaian terbaik yang diaplikasikan dalam kes seperti ini?
APABILA AHLI KELUARGA BUKAN PENGIKUT YESUS
Anda telah menjadi pengikut Yesus. Tetapi keluarga anda menentang kepercayaan anda. Apakah tindakan anda?
Mazmur 27:10~
Yohanes 14:18~
Lukas 14:26~
Dalam Alkitab, keluarga digunakan sebagai metafora untuk melambangkan umat Allah. Misalnya, Yesus berkata seperti berikut mengenai umat yang mengikut-Nya:
Sedang Yesus berbicara dengan orang ramai, ibu dan saudarasaudara-Nya datang berdiri di luar kerana hendak bercakap dengan Yesus. Seorang daripada orang ramai itu memberitahu Yesus, “Ibu dan saudara-saudara-Mu ada di luar dan hendak bercakap dengan-Mu.” Tetapi Yesus menjawab, “Siapakah ibu-Ku? Siapakah saudara-saudara-Ku?” Dia menunjuk kepada muridmurid-Nya lalu berkata, “Inilah ibu-Ku dan saudara-saudara lelaki-Ku. Sesiapa yang melakukan kehendak Bapa-Ku yang di syurga, merekalah saudara lelaki, saudara perempuan dan ibu-Ku” (Matius 12:46-50).
Yesus berkata, ‘inilah keluarga-Ku’ dengan merujuk kepada para pengikut-Nya. Kenyataan Yesus ini memberi keyakinan bahawa
sekiranya kita menerima penolakan daripada kaum keluarga kita, maka Allah adalah sumber penghiburan kita kerana sesungguhnya
Dia ialah Bapa kita; manakala rakan seiman kita adalah keluarga
kita yang sejati.
Matius 19:29, Lukas 14:26-27, Matius 10:32-39 memberitahu
kita bahawa hubungan dengan Yesus dan menjadi ahli keluarga
Allah itu adalah jauh lebih penting daripada keluarga kandung.
Renungkan dan bincangkan maksud ayat-ayat ini dalam
konteks hubungan anda dengan Tuhan dan keluarga.
Dalam Alkitab, istilah ‘anak lelaki’, ‘saudara lelaki’, ‘anakanak’—mencerminkan kebenaran bahawa kita ialah anak-anak
Tuhan, Dia Bapa kita dan kita milik-Nya.
Kita dipanggil ‘anak-anak’ Allah pada saat kita dijadikan “anak angkat” ke dalam keluarga-Nya menerusi Roh Kudus: kerana orang yang dipimpin oleh Roh Allah ialah anak-anak Allah. Kerana kamu bukanlah menerima Roh yang menyebabkan
kamu diperhamba lagi oleh ketakutan, tetapi telah menerima Roh yang menjadikanmu anak Allah. Dan dengannya kita berseru, “Abba, Bapa.” Roh itu sendiri memberikan kesaksian dengan roh
kita bahawa kita anak Allah. Jika kita anak, maka kita wariswaris Allah, waris bersama dengan Kristus, jika kita benar-benar berkongsi penderitaan-Nya supaya dapat berkongsi kemuliaanNya kelak (Roma 8:14-17).
Walaupun anda mungkin disisihkan keluarga atas faktor berlainan kepercayaan, ingatlah janji Tuhan dalam:
Ibrani 13:5~
Fikirkan hubungan anda dengan keluarga anda:
Adakah wujud kepahitan dalam keluarga anda dan telah mencetuskan perpisahan antara anda dengan mereka?
Sekiranya ada, bawa hal ini dalam doa dan catatkan dalam ruang yang disediakan. Apakah pelajaran yang disampaikan kepada anda? Anda boleh bincangkan hal ini dengan pemimpin/kaunselor anda.
Kesimpulan dalam Hal Anak-Anak
Anak-anak ialah buah atau berkat perkahwinan daripada Tuhan. Sebagai ibu bapa, kita hendaklah mengasihi serta menjaga mereka dengan baik, dan mendidik mereka menurut ajaran Tuhan; demikian juga anak-anak haruslah menghormati dan mentaati ibu bapa mereka. Namun, sekiranya ibu bapa yang tidak percaya Yesus cuba membuat anak mereka membelakangi dan meninggalkan Tuhan, atau menolak si anak kerana imannya kepada Kristus, maka si anak haruslah memandang kepada Allah sebagai Bapanya, dan saudara dan saudari seiman sebagai keluarganya. Apabila anakanak mengikut Allah, Dia mengajar mereka sifat-sifat khusus tentang cara mengikut Dia dalam kehidupan mereka. Anak-anak
begitu mudah terdedah kepada bahaya dan mereka memerlukan penjagaan serta perlindungan ibu bapa. Seperti mana Tuhan menjaga serta melindungi kita, kita diarahkan untuk melindungi serta membimbing anak kita. Apabila kita melakukannya, kita mencerminkan perwatakan-Nya dalam kehidupan kita.
4: PERCERAIAN
Ada banyak sebab yang mencetuskan perceraian termasuklah:
• Suami atau isteri tidak setia kepada pasangannya.
• Suami atau isteri berbeza kepercayaan atau salah satu antara mereka telah bertukar agama.
• Suami dan isteri dipaksa bercerai oleh ahli keluarga atas sebab-sebab tertentu seperti berlainan agama.
Sekiranya anda telah atau sedang mengalami situasi seperti di atas, firman Allah memberi beberapa panduan. (Dalam seksyen ini, terdapat satu siri soalan berserta petikan khusus daripada Alkitab yang memerlukan penelitian anda. Oleh sebab perceraian merupakan pengalaman yang menyakitkan dan sukar untuk dihadapi, maka anda perlu mengkaji petikan-petikan ini dengan seseorang atau ketua yang anda percayai, seandainya anda juga memerlukan doa serta kaunseling dalam isu berkenaan.)
Soalan 1: Sekiranya suami atau isteri saya berlaku curang, patutkah saya menceraikannya?
Matius 19:3-12~
Matius 5:31-32~
Soalan 2: Suami atau isteri saya yang bukan pengikut Kristus telah menukar kepada agama lain. Patutkah saya menceraikannya?
1 Korintus 7:10-16~
Soalan 3: Adakah sebarang alasan tertentu bahawa perceraian diizinkan dan tidak tergolong sebagai dosa?
1 Korintus 7:10-11~
1 Korintus 7:39-40~
Soalan 4: Apakah alasan-alasan yang salah bagi perceraian?
Maleakhi 2:16~
Matius 5:32~
Ujian Lain dalam Perkahwinan
Apabila kita berkahwin, kita membawa sejarah peribadi, sifat baik serta tabiat buruk dan gaya hidup kita ke dalam perkahwinan. Tanpa persefahaman dan rasa hormat, konflik boleh menimbulkan kemarahan, kepahitan, kebencian dan dosa lain.
Sekiranya anda menghadapi isu seperti yang tertera di bawah, anda hendaklah membincangkan hal itu dengan pemimpin atau kaunselor anda.
Berikut adalah dugaan yang lazim dalam perkahwinan:
1. Dugaan seksual (2 saMuel 11:2–12:23, aMsal 5:3-23):
Penyebab:
Akibat perbuatan:
2. Berkahwin dengan seorang yang tidak seiman (1 P etrus 3:1-11) :
Penyebab: Akibat perbuatan tersebut:
3. Lain-lain:
• Konflik dalam perkahwinan seperti pertengkaran (a M sal 21:9) :
• Cara mengatasi masalah perkahwinan adalah saling mengasihi dengan sepenuh hati (1 P etrus 4:8) :
Nota: Kematian pasangan, perceraian dan perkahwinan semula (Rujuk Matius 5:32 ; Roma 7:2-3 ; 1 Korintus 7:39 ; 1 Timotius 5:14).
Kesimpulan Mengenai Perkahwinan
Perkahwinan mencerminkan perwatakan Allah, bahawa Dia mengasihi sebagaimana kasih pengantin lelaki terhadap pengantin perempuan. Apabila suami dan isteri saling mengasihi, itu adalah saksi bahawa Allah bekerja dalam kehidupan mereka.
Anak-anak pula mencerminkan Allah, yakni Pencipta dan Pemberi Hidup. Kelahiran mereka adalah saksi kelimpahan hidup melalui kasih-Nya.
Sama ada kita bujang, berkahwin atau bercerai, kita tetap boleh melayani Allah dalam kasih-Nya.
KESIMPULAN
Keinginan Tuhan adalah agar kita bertumbuh dalam hubungan kita dengan Dia dan pengetahuan kita akan firman-Nya. Tuhan juga mahu agar ada hubungan yang baik antara suami isteri dengan Tuhan, keluarga, dan anak-anak, bahkan dengan mereka yang masih bujang atau menjadi balu.
Ada banyak lagi isu yang belum dibincangkan dalam buku ini umpamanya isu penganiayaan anak atau pasangan hidup, atau komunikasi antara suami dan isteri, seks, isu kewangan dalam perkahwinan dan sebagainya. Sekiranya anda memerlukan bantuan dalam isu-isu seperti ini, sila berbincang dengan pastor, pemimpin atau kaunselor anda.
Prinsip asas dalam kehidupan berkeluarga adalah kasih sayang. Ini juga merangkumi saling menghormati, ada persefahaman, dan bersama-sama melakukan yang terbaik.
Kasih Allah adalah landasan kita dalam membantu setiap orang yang menghadapi masalah dalam keluarga. Kita harus berdoa serta bijak dan peka dalam memberi bimbingan yang berdasarkan
Alkitab, agar kita dapat “hadapkan setiap orang dalam keadaan
sempurna dalam Yesus Kristus” (K olose 1:28) .
LATIHAN MENGHAFAL FIRMAN TUHAN
1 Korintus 13
Kasih
Petikan yang paling dikenali dalam Alkitab yang berbincang tentang kasih ialah 1 Korintus 13. Di sini, Tuhan menyatakan perbezaan antara kasih yang benar dengan kasih manusia. Ia adalah kasih yang sabar, tidak memaksa, mengampuni dan mengharapkan yang terbaik. Ia juga adalah kasih yang datang daripada Allah kerana
Allah sendiri adalah pernyataan kasih yang benar (1 Yohanes 4:8). Semasa
anda membaca petikan ini, pertimbangkan dan renungkan pelbagai perhubugan dengan orang lain yang pernah anda alami dalam hidup
anda. Hafalkan ayat-ayat dalam petikan ini dan mohon agar Allah menyatakan kasih yang sepenuhnya ke dalam hidup anda supaya anda dapat mengalami kasih-Nya dengan lebih mendalam.
1 Kalaupun aku dapat bertutur dalam semua lidah manusia, malah bahasa malaikat juga, tetapi tidak mempunyai kasih, maka aku hanya seperti gong tembaga yang berbunyi bising atau genta yang berdentang. 2 Kalaupun aku diberi kurnia untuk bernubuat, dan mengetahui semua rahsia serta ilmu, malah memiliki kekuatan iman yang dapat mengalih gunungganang, tetapi tidak mempunyai kasih, maka aku langsung tidak bererti. 3 Begitu juga, kalaupun aku memberikan segala milikku untuk memberi makan kepada orang miskin, atau menyerahkan tubuhku untuk dibakar, tetapi tidak mempunyai kasih, maka aku langsung tidak berguna.
4 Kasih itu penyabar dan penyayang. Kasih tidak iri hati, tidak membanggakan diri, dan tidak angkuh. 5 Kasih tidak berkelakuan biadab, tidak memburu kepentingan sendiri, tidak cepat meradang, tidak memperhitungkan kesalahan orang lain. 6 Kasih tidak gembira dengan kejahatan, tetapi gembira meraikan kebenaran. 7 Kasih tahan menderita
segala-galanya, percaya akan segala-galanya, berharap akan segala-galanya, terus-menerus menanggung segala-galanya.
8 Kasih tidak akan luput. Nubuat-nubuat akan berakhir, bahasa-bahasa akan berhenti, dan ilmu pengetahuan akan lenyap 9 kerana pengetahuan dan nubuat kita tidak
sempurna. 10 Setelah yang sempurna datang, maka yang tidak sempurna akan disingkirkan. 11 Pada zaman kanak-kanak, aku bercakap secara kanak-kanak, mengerti secara kanakkanak. Tetapi setelah aku dewasa, segala sifat kanak-kanak itu kutinggalkan. 12 Sekarang kita hanya melihat samarsamar melalui cermin, tetapi akan tiba saatnya kita melihat dengan jelas berpandang muka. Demikianlah, sekarang aku
hanya mengetahui sebahagian, tetapi akan tiba masanya
aku mengetahui sepenuhnya, sebagaimana aku diketahui. 13
Hanya tiga yang tinggal: iman, harapan dan kasih. Antara ketiga-tiga ini, yang paling utama ialah kasih.
8 Kehidupan Komuniti, Kerajaan & UndangUndang
Kutipan ayat diambil daripada teks Alkitab Versi Borneo, Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited.
Siri Pemuridan 8—Kehidupan Komuniti, Kerajaan & Undang-Undang
Hak cipta terpelihara © 2021 Dicetak di Malaysia.
Buku ini diterbitkan khas untuk orang Kristian.
“Kamu telah mendengar ajaran yang berikut: ‘
Kasihilah sesama manusia dan bencilah musuhmu.’
Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Kasihilah musuhmu dan doakan orang yang menganiayamu. Dengan demikian
kamu menjadi anak-anak Bapamu yang di syurga; kerana Allah menerbitkan matahari untuk orang yang jahat dan orang yang baik. Dia menurunkan hujan untuk orang yang benar dan orang yang tidak benar. Jika kamu mengasihi orang yang mengasihimu, apakah ganjaranmu?
Bukankah pemungut cukai pun berbuat demikian? Jika kamu hanya beramah mesra dengan saudara-saudara selingkungan, apakah kelebihanmu daripada orang lain? Orang yang tidak mengenal Allah pun berbuat demikian.”
Matius 5:43-47
PENGENALAN
Buku 8 akan mengkaji cara kita boleh mentaati perintahperintah Yesus dalam konteks:
• mengasihi keluarga, masyarakat dan pemerintah kita
• Penganiayaan dan penindasan oleh keluarga, masyarakat dan pemerintah kita
• Bersaksi kepada keluarga dan masyarakat kita
• Tindak balas terhadap penganiayaan tersebut
Pada akhir buku ini, anda akan memahami bahawa kasih ialah respons pertama dan yang paling asas kita bagi keluarga, masyarakat dan pemerintah kita, sama ada pada masa senang atau masa susah. Kita juga akan melihat bagaimana Allah memberi respons terhadap penganiayaan yang dihadapi oleh umat-Nya dengan menggunakan contoh-contoh dalam Alkitab. Anda juga akan mendapatkan perspektif yang lebih luas tentang pelbagai penganiayaan yang mungkin akan dihadapi oleh pengikut Yesus. Banyak respons telah dikaji supaya anda boleh memahami bahawa tiada penyelesaian yang sempurna bagi semua penganiayaan. Setiap situasi adalah unik dan harus dihadapi dengan hati-hati dan bijak. Kami berharap melalui pembelajaran ini, anda akan bertumbuh dalam kebijaksanaan dan menjadi matang untuk memberi tindak balas apabila penganiayaan menimpa.
1:
MENGASIHI KELUARGA, MASYARAKAT DAN
PEMERINTAH KITA
Alkitab berkata “kita mengasihi sesama manusia kerana
Tuhan terlebih dahulu mengasihi kita” (Yohanes 4:19).
Namun pada masa yang sama, Alkitab berkata, “Jika seseorang datang kepada-Ku dan dia lebih mengasihi ibu bapanya, isterinya, anak-anaknya, adik-beradiknya dan nyawanya, dia tidak boleh menjadi murid-Ku” ( l u K as 14:26) .
Ada kalanya, disebabkan oleh isu agama, sosial, ekonomi atau budaya, ahli keluarga dan masyarakat setempat akan menolak kita walaupun kita cuba menunjukkan kasih Allah kepada mereka.
Apabila seseorang mengambil keputusan untuk mengikut Yesus, berikut adalah beberapa isu utama yang boleh mencetuskan persengketaan dengan saudara mara atau komuniti.
• Pendidikan kanak-kanak
• Makanan dan minuman
• Menyambut perayaan budaya atau agama asal
• Interaksi sosial dengan jiran-jiran
Persekutuan, Makanan dan Minuman
Makanan adalah kurnia Allah untuk dinikmati dan berkat bagi manusia ( l u K as 3:11) . Namun, Perjanjian Lama telah menggariskan panduan tentang pemakanan; dan umat Allah ditegah dari bercampur gaul dengan orang asing ( i MaMat 11:8, 11) .
Hukum makanan Yahudi ialah cara Tuhan memberitahu umatNya bahawa Dia mengingini kesucian melalui kepatuhan kepada
hukum-Nya. Perbuatan menahan diri daripada mengambil makanan tertentu itu sendiri tidak menguduskan mereka; sebaliknya ketaatan hati mereka untuk mengasihi Allah dan mengasingkan diri daripada segala yang tidak suci di mata Tuhan, itulah asas bagi kesucian.
Namun dengan peredaran masa sehingga kepada Perjanjian
Baru, perhatian para umat Allah telah tertumpu pada hukum itu sendiri dan menjadikannya sebagai matlamat sehingga mereka terlupa bahawa itu adalah latihan untuk membentuk kehidupan rohani mereka, supaya tumpuan mereka tertuju kepada Allah sahaja.
Menurut Yesus, makanan ialah (Yohanes 4:34):
Setelah Yesus mengeluarkan Amanat Agung, muncullah suatu isu yang serius: bagaimanakah umat Allah boleh bergaul dengan mereka yang mempunyai pemakanan dan adat resam yang berbeza? (Sila rujuk Galatia 2:11-21) .
Persidangan Yerusalem (Kisah Para rasul 15:19-20) hanya memberi batasan kepada pengikut Yesus yang bukan bangsa Yahudi untuk
“menjauhkan diri daripada makanan yang telah dipersembahkan kepada berhala, daripada percabulan, daripada daging binatang yang mati dicekik dan daripada darah”. Ayat ini tidak menyentuh tentang makanan terlarang dalam Imamat 11.
Dengan pengisytiharan ini, para pengikut Yesus yang bukan bangsa Yahudi bebas untuk makan apa sahaja, asalkan ini tidak tertakluk kepada batasan yang tersebut di atas.
Bagi Yesus, makanan dan minuman sejati ialah:
1) Firman Tuhan (Matius 4:4)
2) Air Kehidupan daripada Yesus (Yohanes 4:7-14)
3) Melakukan kehendak Bapa (Yohanes 4:34)
4) Bukan yang masuk ke dalam mulut (Matius 15:11, 17-20)
Adakah ini bererti bahawa pengikut Yesus pada hari ini boleh
makan apa sahaja? Ya dan tidak. Kehidupan ini lebih daripada
makanan sahaja ( l u K as 12:23) . Oleh itu kita harus menggunakan kebijaksaan dalam segala hal. Bacalah Roma 14:1–15:2 dan catatkan pemerhatian anda mengenai ayat ini.
Alkitab juga memberitahu kita tentang makanan yang dipersembahkan kepada berhala (1 K orintus 8:1-13) . Bincangkan 2 situasi di bawah:
Situasi 1: “Apabila saya balik kampung untuk perayaan budaya, biasanya ada hidangan makanan yang sudah didoakan dengan mantera atau ayat-ayat suci mereka. Bolehkah saya memakannya?”
Situasi 2: “Jika secara tidak sengaja saya termakan daging yang diharamkan oleh agama asal saya, sekarang setelah saya menjadi pengikut Yesus, apakah yang harus saya lakukan?”
Panggilan untuk Menjalinkan Hubungan
yang Positif dan Arif dengan Pihak Berkuasa
Kita diseru untuk berhubungan secara positif dengan pihak berkuasa. Roma 13:1-7 membincangkan beberapa bahagian penting yang diinginkan Tuhan, tentang cara kita berhubungan dengan pihak pemerintah.
Bagaimana seharusnya kita berhubungan dengan pihak berkuasa
dalam Roma 13
13:1
13:2
13:3
13:4
13:5 13:6-7
Mengapa kita patut berbuat demikian?
Ada kalanya Tuhan bertindak dengan membuka jalan bagi kita, agar kita mengadakan hubungan yang positif dengan pihak berkuasa seperti yang berlaku kepada Yusuf dan Potifar (K ejadian 39:1-6) .
Tuhan bukan sahaja boleh menggunakan kita untuk merahmati pihak-pihak berkuasa; malahan, (sebagai balasan) kita mungkin juga dirahmati atau dibantu oleh para pengikut rahsia atau mereka yang mencari kebenaran.
Kita diseru untuk mengadakan hubungan yang arif, iaitu bijak menilai pihak berkuasa. Semasa kita mentaati Roma 13:1-7, kita haruslah arif menilai dengan cermat siapa yang harus kita patuhi dan siapa yang tidak, kerana undang-undang boleh sahaja digunakan sebagai alat pembawa kebaikan mahupun kejahatan.
Berikutlah beberapa contoh dalam Alkitab:
• Petrus dan Yohanes (K isah P ara r asul 4:18-19)
• Para Rasul (K isah P ara r asul 5:27-29)
Yesus Bersaksi kepada Masyarakat-Nya dan Respons Mereka
Matius 22:39 menyatakan: “Kasihilah sesama manusia sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri.” Oleh itu, kita tiada alasan untuk memencilkan diri daripada jiran kita atau tidak mengasihi mereka. Yesus telah membentangkan garis panduan utama dalam pelayanan-Nya pada kali pertama Dia menonjolkan diri di khalayak ramai ( l u K as 4:18-19) :
Perhatikan bagaimana kasih-Nya dipamerkan kepada masyarakat
setempat:
(1) “Untuk memberitakan khabar baik kepada orang miskin”: Kita
bersaksi bahawa kita mengasihi jiran kita sebagaimana kita mengasihi diri sendiri, dengan memberkati jiran-jiran tanpa mengambil kira sama ada mereka akan membuat keputusan untuk menjadi pengikut Yesus atau tidak (K isah P ara r asul 20:35).
Renungkan Lukas 10:25-37. Berdasarkan cerita ini, apakah nilai atau prinsip yang harus kita terapkan semasa bersaksi?
(2) “Untuk mengumumkan pembebasan kepada orang tawanan”: Pelayanan mengusir roh jahat dan pembebasan rohani untuk orang yang ditindas atau dikuasai oleh roh-roh jahat. Membebaskan mereka melalui kuasa Yesus Kristus dan memulihkan kehidupan mereka di dalam hadirat dan kuasa
Tuhan.
Contoh: Yesus mengutus dua belas murid-Nya. Dia telah memberikan mereka kuasa atas roh-roh jahat (M ar K us 6:7-13).
(3) “Orang buta disembuh”: Melayani kalangan orang yang sakit dan tidak berdaya dengan menunjukkan belas kasihan dan kuasa penyembuhan Yesus. Pelayanan ini mempamerkan kepada mereka bahawa di mata Tuhan, mereka sememangnya
dikasihi setara dengan orang lain.
Contoh: Yesus menyembuhkan dua orang buta. Orang lain memarahi orang buta itu tetapi Yesus menyembuhkan mereka
(M atius 20:29-34) .
Nota: “Orang buta disembuh” tidak bermaksud Yesus hanya menyembuhkan orang buta. Ini merangkumi segala sakit penyakit lain seperti kusta (M atius 8:1-4) , demam (M ar K us 1:29-30) , bisu tuli (M ar K us 7:31-37) , bongkok ( l u K as 13:10-17) , dan banyak lagi (M atius 14:34-36) .
(4) “Kelepasan bagi orang yang tertindas” ( l u K as 4:18) : memberikan kuasa kepada mereka yang tertindas. Pelayanan ini berfokus
pada umat yang tertindas atau terpinggir akibat ketidakadilan dari segi agama dan sosioekonomi. Tujuannya untuk melepaskan mereka daripada penindasan dan memberikan mereka kuasa
untuk menikmati peluang hidup yang berkelimpahan dalam
Yesus Kristus
Contoh: Wanita yang berzina. Dia ditindas oleh orang ramai
tetapi Yesus memberikan respons yang sebaliknya (Yohanes 8:111).
Berdasarkan Yohanes 8:1-11, Efesus 6:9, dan Yakobus 2:2-6, apakah nilai atau prinsip yang dapat diterap apabila melayani orang tertindas?
Apabila Yesus melayani mereka yang memerlukan pertolongan, Dia menerima respons yang berbeza. Baca petikan-petikan berikut dan catatkan respons tersebut:
Matius 3:1-6~
Lukas 11:14-16~
Yohanes 9:13-34~
Mengapakah Kita Mengalami Tentangan Apabila Bersaksi kepada Komuniti Kita?
Apabila kita cuba merahmati dan menjadi saksi bagi kasih Tuhan dalam komuniti kita, kita mungkin berhadapan dengan tentangan atau penganiayaan. Secara amnya, firman Tuhan memberitahu ada lima sebab:
(1) Mereka takut akan kehilangan sesuatu (Kisah Para rasul 16:19-24; 19:23-27).
(2) Mereka ingin membalas dendam (Yohanes 16:2; Kisah Para rasul 19:27-28).
(3) Mereka berasa dengki atau iri hati (Kejadian 37:1-11; Matius 27:18).
(4) Mereka ingin mencapai tujuan tertentu (Y ohanes 11:50) .
(5) Mereka membenci kita kerana kita milik Tuhan dan mereka dibutakan oleh dunia (2 K orintus 4:4; Y ohanes 15:18-25) .
Apakah cabaran terbesar anda untuk bersaksi kepada keluarga, jiran dan komuniti anda?
3: PENINDASAN DAN
PENGANIAYAAN TERHADAP
UMAT TUHAN
Ada kalanya usaha kita untuk menjadi pengikut Yesus yang taat akan membawa masalah dan tidak menyenangkan hati orang lain.
Kaji kes-kes penganiayaan dalam Alkitab dan renungkan soalan-soalan berikut:
• Apakah yang dilakukan oleh pengikut ini sebelum bermulanya penganiayaan?
• Siapakah dan apakah penyebab penganiayaan itu?
• Apakah kesan atau akibat daripada penganiayaan itu?
• Apakah tindakan Tuhan akibat penganiayaan itu?
Kisah Musa (K eluaran 2:11-15)
Cerita berkenaan Rasul Petrus (K isah P ara r asul 12:1-11)
Penganiayaan terhadap Paulus dan Silas (K isah P ara r asul 16:16-40)
Daripada contoh-contoh di atas, kita boleh membuat kesimpulan bahawa Tuhan berkarya walaupun kita mengalami
penganiayaan:
• Tuhan berdaulat dan Dia tidak sekali-kali akan meninggalkan atau membiarkan umat-Nya ( i brani 13:5-6) .
• Dia mungkin mengutus orang percaya atau orang bukan percaya untuk membantu kita melepaskan diri. Dia juga mungkin melakukan mukjizat untuk menyelamatkan kita daripada penganiayaan.
• Dia mungkin membenarkan penganiayaan berlaku tetapi memberikan kita kekuatan agar mampu bertahan.
• Dia mungkin mengizinkan kita mati demi iman atas sebab-sebab di luar pemahaman kita ( i brani 11:37-40) .
Anda mungkin pernah atau sedang mengalami penganiayaan. Renungkan, bagaimanakah Tuhan bekerja dalam kehidupan anda melalui penganiayaan yang anda alami?
Ramai pengikut Yesus mengalami diskriminasi, penindasan atau penganiayaan daripada pihak berkuasa.
Umat Allah dalam Alkitab juga menghadapi penindasan daripada golongan atasan (pihak berkuasa), keluarga dan masyarakat.
Alkitab mencatatkan penindasan dilakukan oleh para pemerintah (K isah P ara r asul 12:2-4) , para imam (M atius 26:3-4) , majikan (K isah P ara r asul 16:19) , dan perusuh (K isah P ara r asul 17:5) .
Menurut Yesus, sebab utama dunia membenci kita ialah (Yohanes 15:18-25):
Dalam Alkitab, antara alasan pihak berkuasa menganiaya umat
Allah adalah:
Matius 14:3-4~
Yohanes 16:2~
Kisah Para Rasul 5:12-19~
Kisah Para Rasul 16:16-24~
Cara penindasan yang ketara dilakukan oleh pihak tertentu adalah dengan membenci, mengetepikan, menghina dan menolak. Penindasan oleh pihak berkuasa terhadap para pengikut Kristus juga dicatatkan dalam Alkitab:
• Menyebarkan pembohongan secara besar-besaran (M atius 28:1-15) .
• Membangunkan ibadat yang bertentangan untuk menimbulkan kesangsian umat Allah (1 r aja - r aja 12:25-33) .
• Mencemar dan memusnahkan Rumah TUHAN (2 t aWari K h 36:18-19) .
• Mengusir dan membunuh para pemimpin (pilihan) Tuhan (1 r aja - r aja 18:4 a ; 19:10) .
• Membuang negeri umat Allah dan menggantikan dengan warga asing (2 r aja - r aja 17:5-6; 24) .
• Memperhambakan umat Allah (2 t aWari K h 36:20) .
Penindasan-penindasan lain dalam Alkitab:
• Hilang pekerjaan/status (K ejadian 39:16-20)
• Harta disita/dirampas (1 r aja - r aja 21:1-16)
• Berkomplot ( e zra 4:1-5; n ehe M ia 4:7-8; 6:1-2)
• Penghinaan ( n ehe M ia 4:1-3)
• Dipenjarakan (Y ere M ia 37:15-16)
• Nama diubah ( d aniel 1:3-7; 4:8); Mengganas—menimbulkan rasa gentar ( d aniel 3:12-15); Mengintip & memerangkap ( d aniel 6:1-13)
• Fitnah (M atius 5:11) ; Penangkapan (M atius 14:3-4)
• Dipandang hina (M ar K us 15:16-20)
• Pengucilan/Penyisihan ( l u K as 6:22)
• Dipermain-mainkan ( l u K as 23:8-9; K isah P ara r asul 24:1-27)
• Diremeh-temehkan (Yohanes 8:48)
• Dipukul atau disebat (Y ohanes 19:1, K isah P ara r asul 16:22-23)
• Pembohongan (K isah P ara r asul 6:8-14) ;
• Diancam (K isah P ara r asul 9:1-2)
• Ejekan ( i brani 11:36)
4: RESPONS TERHADAP PENGANIAYAAN DAN PENINDASAN
Apabila kita mengalami penganiayaan, kita harus faham:
(1) Kita boleh bersukacita kerana ganjaran kita besar di syurga (M atius 5:11-12) .
(2) Kita tidak dapat mengelak penganiayaan (2 t i M otius 3:12) .
(3) Kita harus menyangkal diri dan memikul salib serta mengikut Yesus (M atius 16:24) .
Contoh-contoh tindak balas terhadap penganiayaan dalam
Alkitab:
1) Daud dan Absalom (2 Samuel 15:12-18, 30-37; 16:15-20; 17:1-14)
2) Yesus dan Yudas (M atius 26:20-25; l u K as 22:47-48; Y ohanes 12:4-8)
3) Yesus dan Petrus (Matius 17:1-7; 26:20-75; Yohanes 18:1-27; 20:121:19)
4) Pengalaman Paulus dengan Demas dan Iskandar (2 t i M otius 4:918)
Bagaimanakah Menghadapi Penganiayaan?
1) Bersedialah untuk memberikan jawapan yang meyakinkan dengan penuh kasih (1 P etrus 3:9-17) .
2) Apabila kita mengalami penolakan, jangan memaksa, sebaliknya meninggalkan mereka (M atius 10:5-14) .
3) Semasa iman kita dipersoalkan, Roh Kudus akan membela kita ( l u K as 12:11-12) .
4) Kasih Allah jauh lebih berkuasa daripada ketakutan (2 t i M otius 1:6-12; 1 Y ohanes 4:18-19) .5
5) Tidak membalas dendam terhadap orang yang melakukan penganiayaan ( r o Ma 12:14-21; 1 P etrus 2:19-23) .
6) Jika diperlukan, berilah dengan rela hati (Yohanes 15:13; 1 Yohanes 3:16-18).
Bagaimana Tuhan berkarya dalam pilihan mereka? Apakah yang terjadi kepada mereka seterusnya?
• Yeremia yang tidak melarikan diri (Yeremia 1:4-8; 17-19; 32;115)
• Yusuf, Maria dan Yesus yang melarikan diri (matius 2:13-23)
Empat respons utama umat Allah terhadap penganiayaan:
• Gamaliel menentang secara terbuka (Kisah Para rasul 5:33-40)
• Obaja menjalani hidup sebagai pengikut rahsia (1 RajaRaja 18:1-16)
• Semua pengikut melarikan diri (M atius 10:21-23)
• Petrus menyerah kalah (M atius 26:69-75)
Setiap respons mungkin membawakan hasil yang tidak dijangkakan, namun setiap respons harus didahulukan dengan doa yang serius. Renungkan empat respons utama di atas.
Adakah Tuhan mengizinkan mereka hidup dan berjuang? Jika ya, apakah hasil perjuangan itu?
Adakah Tuhan mengizinkan mereka menderita atau mati? Jika ya, apakah hasilnya?
Respons umat Allah terhadap penganiayaan tidak melibatkan keganasan fizikal kerana Alkitab mengatakan “jangan membalas dendam terhadap orang yang berbuat jahat kepadamu” (M atius 5:3842) .
Haruskah Kita Melarikan Diri
Apabila Kita Dianiayai?
Terdapat beberapa faktor yang harus dipertimbangkan sebelum membuat keputusan:
• Iman (atau kepercayaan) peribadi dan arahan Tuhan: sudahkah anda berdoa untuk mengetahui kehendak atau arahan Tuhan tentang hal tersebut?
• Respons keluarga: bolehkah keluarga anda menerima anda
sebagai seorang pengikut Yesus? Jika tidak, bolehkah anda kekal tinggal di rumah bersama keluarga anda? Jika “ya”, setakat manakah mereka sanggup melindungi anda?
• Sokongan gereja: Adakah gereja mengetahui situasi anda? Bolehkah mereka menyokong anda?
Apabila kita tergoda untuk mengalah atau berputus asa, kita harus ingat (1 K orintus 10:13; W ahY u 2:9-11) :
Menjadi pengikut Yesus sememangnya melibatkan pengorbanan yang besar.
Contoh-contoh tindakan umat Tuhan yang memberi kesan besar terhadap penganiaya:
1) Musa terhadap Firaun dan warga Mesir (K eluaran 12:31-36) .
2) Daniel, Sadrakh, Mesakh dan Abednego terhadap Nebukadnezar (daniel 1:18-20; 2:46-49; 3:24-30).
3) Yesus di hadapan Pilatus (Y ohanes 18:28-19:16) .
4) Kematian Yesus terhadap ketua tentera Roma (M atius 27:54; M ar K us 15:39; l u K as 23:46-47) .
5) Kesaksian Paulus di hadapan Feliks (Kisah Para rasul 24:25).
Para pengikut rahsia di bawah pemerintahan negara
Ada umat Allah dalam kalangan pihak berkuasa. Mereka tidak dianiayai kerana identiti mereka belum diketahui atau Allah melindungi mereka dan menempatkan mereka untuk melaksanakan tugas-tugas khusus untuk kerajaan-Nya. Anda mungkin salah seorangnya. Salah satu tanggungjawab anda adalah menolong saudara seiman anda seperti Mikhal melindungi Daud daripada Raja Saul (1 s aM uel 19:11) .
Tuhan juga boleh bekerja melalui orang-orang tidak percaya untuk menolong anda dalam penganiayaan seperti Rahab melindungi pengintip Israel (Y osua 2:2-21) .
Kehidupan di Penjara
Alkitab memberitahu kita mengingat dan mendoakan mereka yang dipenjarakan ( i brani 13:3) .
Baca Kisah Para Rasul 16:22-40 dan merenungkan pekerjaan Tuhan bagi mereka yang dipenjarakan.
1) Mereka masih boleh menjadi saksi bagi Kristus di penjara.
2) Mereka tidak bersendirian malah kadangkala Allah bekerja dengan cara yang ajaib.
Kematian
Sekiranya penganiayaan berbentuk pembunuhan berlaku, ingatlah bahawa:
1. Kematian ialah tahap paling dalam yang kita dapat mengaitkan diri dengan pemahaman terhadap kematian Yesus di atas kayu salib ( f ili P i 3:10-11) .
2. Kematian mempercepat pertemuan kita secara langsung dengan Yesus (Kisah Para Rasul 7:54-60).
3. Ganjaran istimewa di syurga menanti kita (W ahY u 2:10) .
Respons Allah terhadap Penindasan Umat-Nya
Dua respons Allah iaitu campur tangan secara langsung dan tidak langsung.
1. Tuhan campur tangan secara tidak langsung melalui manusia atau cara lain seperti: Allah menolong Elia melalui burung gagak dan seorang balu untuk menyediakan makanan kepada Elia (1 Raja-Raja 17:1-16).
2. Tuhan campur tangan secara langsung melalui kuasa-Nya yang hebat (Nehemia 2:4-6; Kisah Para Rasul 5:18-20).
a) Tuhan membuat kepala penjara berkenan kepada Yusuf dan apa yang dikerjakannya berhasil (K ejadian 39:21-23) .
b) Allah mengutus malaikat-Nya mengatupkan mulut singa bagi Daniel ( d aniel 6:16-24) .
c) Allah menunjukkan diri-Nya melalui mimpi kepada raja Abimelekh (K ejadian 20:1-18) .
KESIMPULAN
Berita Baik mengenai kehidupan yang kita miliki dalam Pemerintahan Allah, bermula dengan kehidupan dan
kesaksian Yesus sewaktu Dia masih di dunia ini, memang dibenci oleh dunia ini. Oleh itu, firman Yesus dalam Matius 10:1639 hendaklah difahami dalam konteks menjalani kehidupan kita dengan setia sebagai saksi Tuhan.
Tuhan sudah pun menyediakan janji-janji khas dan istimewa bagi mereka yang tekun dan bersungguh-sungguh melaksanakan peranan masing-masing hingga ke akhirnya, dan akan mempersiapkan kita untuk menghadapi hal itu.
Yesus mendoakan agar kita tidak dibawa keluar dari dunia ini tetapi akan dilindungi daripada si durjana itu (Y ohanes 17:14-15) :
Firman Tuhan memberitahu kita bahawa kewarganegaraan
sejati kita ialah di kota syurgawi (ibrani 11:16). Biarpun memang ramai daripada umat Allah mati tanpa melihat tanah yang dijanjikan, kesemua mereka “mendapat kesaksian yang baik melalui iman”
(ibrani 11:39). Allah melihat mereka sebagai umat yang salih dan dunia tidak layak menampung mereka (ibrani 11:38).
LATIHAN MENGHAFAL FIRMAN TUHAN
Matius 5:3-12
Sabda Kebahagiaan
Sabda Kebahagiaan ialah nama yang diberikan bagi salah satu khutbah Yesus yang paling tersohor di atas sebuah bukit, maka ia juga dikenali sebagai Khutbah di atas Bukit. Yesus berkhutbah mengenai kehidupan dalam Kerajaan Allah. Itu bukan sebuah wawasan bagi kehidupan manusia tetapi sebenarnya sebuah ‘pembukaan rasmi’ bagi kehidupan kita, bermula dengan kehadiran dan ketibaan pelayanan Yesus di dunia ini.
Diberkatilah mereka yang miskin kerohanian, kerana merekalah yang empunya kerajaan syurga.
Diberkatilah mereka yang bersedih, kerana mereka akan terhibur.
Diberkatilah mereka yang lemah lembut, kerana mereka akan mewarisi bumi ini.
Diberkatilah mereka yang lapar dan dahaga akan perbenaran, kerana mereka akan dipuaskan.
Diberkatilah mereka yang berpengasihan, kerana mereka akan dikasihani juga.
Diberkatilah mereka yang suci hati, kerana mereka akan melihat Allah.
Diberkatilah mereka yang mendamaikan manusia, kerana mereka akan dipanggil anak-anak Allah.
Diberkatilah mereka yang dianiaya demi perbenaran, kerana kerajaan syurga untuk mereka.
Diberkatilah kamu apabila orang menghina, menganiaya dan memfitnahmu dengan segala yang jahat kerana-Ku. Bersukacita dan bergembiralah, kerana besar ganjaranmu di syurga. Begitu jugalah para nabi zaman dahulu dianiaya.
Dunia Roh & Peperangan
Rohani
Kutipan ayat diambil daripada teks Alkitab Versi Borneo, Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited.
Siri Pemuridan 9—Dunia Roh & Peperangan Rohani
Hak cipta terpelihara © 2021
Dicetak di Malaysia.
Buku ini diterbitkan khas untuk orang Kristian.
Janganlah biarkan kami tergoda, Selamatkanlah
kami daripada yang jahat.
Matius 6:13
PENGENALAN
Dalam buku ini, kita akan mengkaji sifat-sifat alam roh dan peperangan rohani seperti berikut:
• Apakah dan siapakah malaikat, roh jahat dan Iblis?
• Cara untuk memenangi peperangan rohani.
• Pelayanan penyembuhan dan pengusiran roh-roh jahat, serta apa peranan mereka.
Alkitab menyatakan bahawa hanya ada satu Tuhan ( u langan
6:4; Y esaYa 43:10-11; 45:5) . Apabila kita mengaku Yesus sebagai Tuhan dan menjadikan Dia sebagai yang berkuasa ke atas hidup kita, Allah memindahkan kita ke dalam kerajaan Anak yang dikasihi-Nya (1 K olose 1:13) dan akan melepaskan kita daripada kuasa kegelapan, supaya Iblis tidak mendapat keuntungan, kerana kita mengetahui
tujuan-tujuannya (2 K orintus 2:11) dan kita akan menjadi pemenang yang tetap teguh dalam Kristus.
1: MALAIKAT
Malaikat diciptakan oleh Tuhan (K ejadian 2:1; K olose
1:16) dan wujud sebelum pembentukan dunia ini
(a Y ub 38:1-7) . Para malaikat bijak serta bersikap wajar (2 s aM uel 14:17) , beremosi (a Y ub 38:7; l u K as 15:10) , dan mempunyai
keinginan (Y esaYa 14:12-14; 2 t i M otius 2:26; Y udas 1:6) . Para malaikat adalah di bawah takluk Yesus (1 P etrus 3:22)
Nota: Sungguhpun Tuhan mencipta ramai malaikat, Alkitab hanya menyerlahkan nama dua malaikat, iaitu Mikhael ( d aniel 10:21; 12:1; 1 t esaloni K a 4:16; Y udas 1:9; W ahY u 12:7-10) , nama yang bererti “siapakah yang seperti Allah?” dan Gabriel ( d aniel 8:16; 9:21; l u K as 1:18-19; 26-38) , yang bererti “wira Allah”.
• Ungkapan “prinsipaliti” [iaitu sebuah kerajaan kecil yang diperintah oleh seorang penguasa yang berdarjat putera] dan “kuasa” digunakan bagi semua malaikat sama ada mereka yang telah jatuh mahupun yang suci ( e fesus 1:21; 3:10) .
• Allah menciptakan mereka untuk memuji dan menyembahNya (M az M ur 148:1-2; i brani 1:6) dan bersukacita dalam segala
yang dilakukan Tuhan (a Y ub 38:6-7) .
• Mereka ialah alat bagi melaksanakan segala penghakimanNya (W ahY u 7:1; 8:2) .
Baca Keluaran 23:20-24, Mazmur 34:7 dan Ibrani 1:14, kemudian renungkan kesan ayat ini dalam kehidupan anda.
Antara Peranan Malaikat dalam Kehidupan Umat Allah
• Membawa keperluan kita (K ejadian 21:17-20; 1 r aja - r aja 19:5-7)
• Melindungi kita ( d aniel 6:22)
• Memimpin kita (K isah P ara r asul 8:26)
• Menguatkan kita ( l u K as 22:43) .
• Menyampai “pesanan” Tuhan (K isah P ara r asul 7:52-53)
• Menghukum musuh Allah (2 r aja - r aja 19:35; M at 13:49-50) .
Serafim dan Kerubim
Serafim (atau seraf) cuma disebutkan dalam Yesaya 6:27. Dalam penglihatan Yesaya, serafim adalah malaikat yang mempunyai tiga pasang sayap, yang terbang di sekeliling takhta Tuhan. Mereka terus-menerus menyembah dan berseru, menyatakan kemuliaan dan kedaulatan Tuhan.
Kerubim (atau kerub) pertama kali disebutkan di dalam
Kejadian 3:24. Sebelum pemberontakannya, Iblis ialah kerubin (Y ehez K iel 28:12-15) . Tabernakel dan bait serta segala alat
kelengkapannya mempunyai lambang kerubim (K eluaran 25:1722; 26:1, 31; 36:8 ).
Yehezkiel 1:1-18 dan 10:1-21 menceritakan “empat susuk makhluk hidup” sebagai makhluk yang sama dengan kerubim. Mahluk yang sama disebut di dalam Wahyu 4:6-9. Siang malam mereka tidak berhenti-henti menyanyi dan membesarkan kemuliaan Allah (M az M ur 99:1) .
Sumber:
https://www.gotquestions.org/Indonesia/kerubim.html &
https://www.gotquestions.org/Indonesia/serafim.html
Malaikat terlibat dalam rancangan Tuhan bagi penyelamatan umat manusia. Contohnya:
Daniel 10:14~
1 Petrus 1:12~
Lukas 15:10~
Ibrani 12:22~
Manusia diciptakan bertaraf rendah sedikit sahaja daripada para malaikat. Namun, akan tiba masanya kelak apabila kita akan dikurniakan kuasa yang lebih besar untuk mengadili malaikat (1 K orintus 6:2-3; i brani 2:6-8) . Siapakah Malaikat TUHAN?
Ada beberapa rujukan kepada “malaikat TUHAN”, “satu malaikat TUHAN”, dan si malaikat TUHAN”. Apabila kata sandang pasti “si” digunakan, itu adalah untuk menyatakan satu makhluk khusus, yang berlainan dan berasingan daripada para malaikat lain. Si malaikat TUHAN berwahyu sebagai Allah, mengidentifikasikan diri-Nya dengan Allah, dan melaksanakan tanggungjawab Allah (Kejadian 16:7-12; 21:17-18; 22:11-18; Keluaran 3:2; Hakim-Hakim 2:1-4; 5:23; 6:11-24; 13:3-22; 2 Samuel 24:16; Zakharia 1:12; 3:1; 12:8).
Dalam beberapa penjelmaan itu, sesiapa yang melihat si malaikat TUHAN itu amat takut sebab mereka “telah melihat
TUHAN”. Memang jelas ada kalanya, si malaikat TUHAN itu ialah inkarnasi Allah dalam bentuk jasmani.
Sumber: https://www.gotquestions.org/angel-of-the-Lord.html
Adakah Kita ada Malaikat Pelindung?
Ada satu ayat dalam Alkitab yang menyokong pendapat bahawa setiap kita mempunyai malaikat pelindung peribadi, iaitu Matius
18:10, “Hati-hatilah, jangan hinakan seorang daripada murid-Ku
yang kecil ini. Ketahuilah, malaikat-malaikat mereka sentiasa berada di hadirat Bapa-Ku di syurga”.
Dalam ayat ini, para malaikat digambarkan sebagai sentiasa
memandang wajah Tuhan. Itu bermaksud mereka siap sedia mentaati
perintah Allah untuk mengawasi dan menolong umat Allah. Maka penjagaan kita datang daripada Tuhan, bukan daripada malaikat.
Daniel 10:21; 12:1 mencatatkan bahawa Mikail, penghulu malaikat
ditugaskan menjaga negara Israel, tetapi tidak tercatat di mana-mana
dalam Alkitab bahawa ada malaikat yang ditugaskan khas kepada
seseorang individu.
Namun, Tuhan memang menggunakan malaikat dalam hal
melayani keperluan kita. Kita ada atau tiada malaikat pelindung
peribadi, itu tidak menjadi persoalan kerana Allah telah memberikan
jaminan bahawa Yesus Kristus sekali-kali tidak akan membiarkan kita
atau meninggalkan kita ( i brani 13:5-6) . Dalam segala hal, “Allah bekerja
untuk kebaikan orang yang mengasihi-Nya” ( r o Ma 8:28-30) .
IBLIS DAN ROH JAHAT
Iblis pada asalnya ialah malaikat yang diciptakan untuk menyembah dan memuliakan Tuhan. Namun, keangkuhannya telah mendorong dia memberontak kerana dia menginginkan kedudukan yang lebih tinggi daripada Allah.
Yesaya 14:12-15~
Yehezkiel 28:12-17~
Wahyu 12:7-9~
Iblis dikenali sebagai ‘anak fajar’ dan naga. Apabila dia diusir daripada hadirat Tuhan seperti kilat, dia telah dijatuhkan dari langit (ke bumi) dan dipanggil sebagai penguasa (atau pemerintah) dunia (Y ohanes 12:31; 14:30; 2 K orintus 4:4; e fesus 2:2) .
Perkataan ‘syaitan’ (atau Iblis) pertama kali muncul dalam kitab Ayub 1. Di sana, perkataan syaitan diterjemah sebagai ‘lawan’.
Ayat-ayat berikut menyatakan perwatakan Iblis. Berdasarkan ayat-ayat tersebut, renungkan bagaimanakah kesan kuasa dan pengaruhnya dalam kehidupan anda.
Rujukan Alkitab Punca Serangan Jenis Serangan
Ayub 1:6-12
Matius 6:13
Lukas 8:12
Yohanes 10:10
Kisah Para Rasul 13:10
Para Roh Jahat
Iblis memimpin segerombolan roh jahat, iaitu para malaikat yang telah terjerumus dalam dosa kerana mengingkari Tuhan. Iblis telah menarik sepertiga daripada para malaikat suci Allah untuk mengikutnya ( i brani 12:22; 2 P etrus 2:4; W ahY u 12:3-9) .
Para malaikat yang terjerumus terbahagi kepada dua:
1) Para malaikat yang bebas ke sana ke mari (l u K as 8:30; 1 t i M otius 4:1) . Mereka digelar “para penghulu dunia daripada kegelapan zaman ini … tentera roh iblis di udara” (e fesus 6:12 dan K olose 2:15) . Mereka berperang dengan para malaikat suci dalam cubaan menggagalkan rencana Tuhan dan menghalang umat Tuhan ( d aniel 10:13) .
Apolion atau Abaddon adalah salah satu malaikat yang terjerumus (W ahY u 9:11) , yang mengetuai tentera roh jahat akhir zaman.
2) Para malaikat yang terbelenggu dan sedang menantikan penghakiman Tuhan (Y udas 1:6) . Mereka semua akan berkongsi penghakiman akhir Allah terhadap Iblis (M atius 25:41; W ahY u 20:10) . akhir zaman.
Ciri-Ciri Roh Jahat
Rujukan Alkitab Perwatakan Roh Jahat
1 Raja-Raja 22:23
Matius 10:1
2 Korintus 11:14-15
1 Petrus 5:8
Wahyu 12:9 Adakah Terdapat Hierarki bagi Roh Jahat?
Dalam Alkitab, hanya Iblis yang dipanggil “ketua roh iblis”
(M atius 9:34) dan “raja segala kuasa di udara” ( e fesus 2:2) . Memang
terdapat hieraki roh jahat tetapi tidak kita ketahui betapa luas
hieraki itu.
Ayat dalam Efesus 6:12 menyatakan “para pemerintah dan penguasa …” hanyalah satu rujukan secara am. Ia tidak merujuk secara khusus kepada kedudukan (pangkat) dalam dunia roh. Kesimpulan yang lain daripada ini adalah sekadar spekulasi semata-mata.
Cara Iblis menentang Allah:
• Peperangan menentang Allah (a Y ub 1:6-11; l u K as 4:1-13) .
• Peperangan menentang malaikat Allah ( d aniel 10:12-13, 2021; Y udas 1:9) .
• Peperangan menentang para umat Allah.
Baca dan renungkan respons anda terhadap serangan ini:
Rujukan Alkitab Respons Saya
Matius 13:19
Zakaria 3:1
Yohanes 13:2
2 Korintus 4:4
Iblis juga melakukan serangan rohani terhadap kita melalui manusia (Kisah Para rasul 20:30).
Ciri-ciri Peperangan antara
Iblis dan Manusia
Kita perlu mengkaji strategi Iblis supaya kita dapat berwaspada dan bersedia menghadapi tipu musihatnya dalam kehidupan kita.
Berdasarkan Kejadian 3:1-6, Iblis boleh menyerang kita dengan:
• menggunakan apa sahaja dalam ciptaan demi memudaratkan kita (K ejadian 3:1) .
• mempersoalkan perintah Tuhan sehingga kita ragu-ragu (K ejadian 3:1) .
• berbohong (K ejadian 3:4) .
• menawarkan ilmu terlindung yang ditegah oleh Tuhan
(K ejadian 3:5; u langan 18:10-12) .
• menawarkan kuasa seperti kuasa yang dimiliki Allah (K ejadian 3:5) .
• mengguna orang lain untuk menggoda kita (K ejadian 3:6) .
• melontar tuduhan palsu terhadap kita (W ahY u 12:10).
Markus 4:39 tidak secara khusus menunjukkan Iblis menggunakan alam semula jadi untuk menyerang kita. Tetapi kata “Diam!” dalam bahasa Yunani ialah kata yang sama yang ditemui apabila Yesus menggunakannya untuk menutup mulut roh jahat ( l u K as 4:35) . Menurut ramai para sarjana Alkitab, ini tanda kukuh yang menunjukkan bahawa Yesus mengenal pasti bahawa sumber ribut itu memang roh jahat.
Secara am, tiga cara manusia terdedah kepada serangan rohani seperti jadual perbandingan dalam 1 Yohanes 2:16 dan Kejadian 3:6 di bawah.
3 Penyerangan Iblis (1 Y ohan E s 2:16)
Keinginan kuat si manusia yang berdosa
Nafsu mata
Sikap bangga diri /keangkuhan
tentang apa yang dimiliki dan apa yang dia lakukan
Bagaimana Hawa menjadi terbuka kepada serangan ( k E jadian 3:6)
Buah pokok itu baik untuk
dimakan
Buah pokok itu nampak amat
menyenangkan mata
Pokok itu diingini untuk
memperoleh kebijaksanaan
Punca utama umat manusia diperhambakan oleh dosa bukan sahaja kerana Iblis menggoda mereka; hal itu turut melibatkan nafsu daging mereka sendiri yang mengingini sesuatu yang dilarang oleh Tuhan.
Efesus 2:2-3 memberitahu kita bahawa terdapat tiga perkara yang mengekalkan seseorang dalam keadaan kematian secara rohani:
Berikut adalah cara Iblis menindas manusia, membuat mereka menderita, menjadi hamba dosa dan mati rohani:
• Perhambaan rohani (2 K orintus 4:3-4)
• Perhambaan emosi (1 r aja - r aja 11:1-6) :
• Perhambaan oleh keluarga (M atius 19:29) :
• Perhambaan oleh keadaan ekonomi (M atius 19:16-24; 1 t i M otius 6:10)
Berdasarkan ayat-ayat di atas, adakah anda terdedah kepada serangan rohani? Mengapa? Pada pendapat anda, melalui pelajaran ini, apakah yang Tuhan ingin beritahu anda?
3:
MEMENANGI PERTEMPURAN
Kedudukan dan Kuasa Rohani Kita
dalam Kristus
Kejayaan Yesus mengatasi ujian dan godaan Iblis di padang
gurun adalah permulaan kemenangan atas dosa dan Iblis ( l u K as 4: 1-13) . Yesus telah “menumpaskan segala roh yang berkuasa dan memerintah serta mendedahkan mereka di hadapan orang ramai dan menunjukkan bahawa dia telah menakluki mereka dalam salib” (K olose 2:15) .
Roma 8:14-17 memberitahu kita bahawa kita yang dipimpin
oleh Rok Kudus adalah anak Allah sebab Dia telah “melepaskan kita dari segala kuasa kegelapan dan memindahkan kita ke dalam kerajaan
Anak yang dikasihi-Nya” (K olose 1:13) .
Kita ialah saluran Roh-Nya, bahawa hadirat Kristus diam dalam diri kita ( e fesus 6: 11-17) .
Apabila kita taat kepada Allah, kita mampu “lawan Iblis, maka Iblis akan lari daripada kamu” (Y a Kobus 4:7) . Sila catatkan perhatian
anda menurut rujukan yang berikut:
Efesus 2:1-10~
Roma 8:14-17~
1 Korintus 6:19~
Roh Allah yang tinggal dalam diri kita jauh lebih hebat daripada kuasa lain di dunia. Kuasa-Nya adalah satu-satunya kuasa yang
dijamin akan mengalahkan si Iblis.
Perlindungan Rohani Kita dalam Kristus
Apabila kita yakin akan kedudukan dan kuasa kerohanian kita dalam Kristus, kita mampu berdiri dengan gagah dalam perlindungan rohani kita di dalam Dia. Allah hidup dalam diri kita, berjalan bersama-sama kita dan berada di pihak kita.
• Apabila kita digoda, Tuhan akan menyediakan jalan supaya kita melepaskan diri (1 K orintus 10:13).
• Apabila kita diuji, Allah akan menyediakan jalan supaya kita mampu menjawab musuh kita (M ar K us 13:11; Y ohanes 16:13-14) .
• Apabila kita dianiaya atau ditindas, kehadiran Allah akan membantu kita mampu bertahan (M ar K us 13:11).
Tanggungjawab Rohani Kita dalam Kristus
Sebagai seorang pengikut Yesus, firman Allah memberitahu kita bahawa kita hendaklah menjangka bahawa kita akan menghadapi tentangan rohani (Y ohanes 15:18-21; 2 t i M otius 3:12-13) .
Walaupun kita mempunyai perlindungan dalam Kristus, kita harus bertanggungjawab untuk melengkapkan diri dengan memakai senjata Allah ( e fesus 6:10-18) .
• Peperangan rohani bukan tentang teknik atau kuasa. Tunjangnya adalah keintiman hubungan kita dengan Tuhan.
• Hanya apabila kita tinggal dalam Kristus dan terus berada dalam hadirat-Nya, barulah kita merasakan dan dipenuhi kuasa-Nya ( e fesus 6:11) .
• Kita mesti sentiasa peka, berwaspada dan realistik dalam hal siapa si Iblis dan apa yang dilakukannya.
• Kita harus belajar menentang rencana dan kelicikan Iblis.
• Bagaimana kita patut melawan si Iblis:
Yakobus 4:7-8~
Efesus 6:13 memberitahu kita bersedia menghadapi serangan yang boleh berlaku pada bila-bila masa dengan memakai baju zirah Allah.
Rujukan Alkitab Baju Zirah Allah Aspek Kerohanian
Efesus 6:14a Tali pinggang Kebenaran
Efesus 6:14b
Efesus 6:15
Efesus 6:16
Efesus 6:17a
Efesus 6:17b
Renungkan aspek-aspek kehidupan peribadi anda yang anda mungkin telah diuji atau diserang. Bagimanakah baju zirah Allah ini membantu kehidupan rohani anda? Apakah yang anda perlu lakukan untuk memakai baju senjata Allah dalam hidup anda?
Berdoa diserlahkan sebagai titik penghujung dalam memakai
baju zirah Allah (efesus 8:18-20). Doa membawa kita lebih dekat kepada
Tuhan, memenuhi diri kita dengan kehadiran-Nya, menguatkan
kita serta mengelilingi kita dengan kuasa-Nya. Berdoa amat penting dalam peperangan rohani sehingga Yesus memberitahu kita berdoa setiap hari (Matius 6:13).
Disiplin Diri Sebagai Persediaan Menghadapi Peperangan Rohani
Di sini, kita menyentuh serangan Iblis pada bahagian tubuh
fizikal dan keinginan (hati) kita. Maka perlulah kita memberi perhatian kepada unsur-unsur berikut:
• Menyalibkan (kehendak) daging dan berjalan dalam Roh ( r o Ma 8:1-14) .
• Memperbarui minda ( r o Ma 12:1-2) .
• Mematahkan atau mematikan sebarang fikiran atau hujah yang bertentangan dengan kebenaran Tuhan (2 Korintus 10:3-5).
• Memenuhi diri kita dengan firman Allah (M az M ur 119:11) .
• Mencegah sebarang peluang bagi dosa dan cubaan (1 K orintus 7:5; 1 t i M otius 5:11-14).
Ajaran Yesus tentang kuasa-Nya yang diberikan kepada para murid-Nya untuk mengusir roh jahat dan menyembuhkan penyakit:
• Sama dengan kuasa yang diberikan-Nya kepada kita untuk menyempurnakan Amanat Agung (M atius 10:1; 28:18-20) .
• Bukan semua mereka yang boleh mengusir roh jahat adalah murid-Nya yang tulen (M atius 7:21-23) .
• Tujuan penyembuhan dan pengusiran roh jahat adalah untuk mempamerkan kuasa Tuhan.
• Yesus mengusir roh-roh jahat dan menyembuhkan dengan mengucapkan perintah yang mudah dan jelas (M ar K us 1:25; l u K as 8:30) :
Para pengikut Yesus menyembuhkan orang sakit atau mengusir roh jahat bukan atas nama mereka sendiri tetapi dalam nama Yesus Kristus.
Mengesan Roh Jahat
Apabila roh jahat dikesan dalam kalangan pengikut Yesus, ia harus diusir. Berikutlah ajaran Alkitab:
• Roh-roh jahat diusir agar mereka yang belum percaya boleh menerima penyelamatan Tuhan (M ar K us 5:1-20).
• Roh-roh jahat diusir apabila mereka mengancam atau menghalang karya Tuhan (K isah P ara r asul 16:16-18).
• Kenalpasti roh tersebut (1 Y ohanes 4:2-3) .
Alkitab juga menyatakan perkara berikut mengenai roh-roh
jahat:
• Tuhan membenarkan roh-roh jahat untuk menghukum umat apabila mereka memberontak menentang-Nya (1 saMuel 15:126; 16:14-15, perhatikan terutamanya 15:23).
• Tuhan membenarkan roh-roh jahat memperdayakan umat apabila mereka enggan mendengar kebenaran yang disampaikan-Nya (1 raja-raja 22:1-23).
• Tuhan membenarkan roh-roh jahat menganggu para umatNya untuk menguji kesetiaan mereka (a Y ub 1:1-22) .
• Allah membenarkan roh-roh jahat menyebabkan para rasulNya menderita demi menghalang mereka berbuat dosa (2 K orintus 12:7-9) .
• Pihak Gereja boleh menyerahkan para pengikut kepada si Iblis sekiranya mereka telah menyebabkan keburukan dan kemudaratan yang besar (1 K orintus 5:1-5; 1 t i M otius 1:19-20) .
Kesimpulannya, apabila kehadiran roh jahat dapat dikesan dalam kehidupan seseorang, itu tidak bererti para murid Yesus harus secara automatik berusaha untuk mengusir roh jahat itu.
Menghadapi Roh Jahat
Apabila bertemu dengan orang yang sedang ditindas atau dikuasai oleh roh jahat, pertama-tama anda harus berdoa dan mencari kehendak dan rancangan Tuhan dalam situasi tersebut.
Kita telah dikurniakan kuasa dalam nama Yesus untuk mengusir roh jahat. Alkitab telah menyatakan kedudukan dan kuasa yang kita miliki dalam Kristus:
Matius 28:18-20~
Kisah Para Rasul 8:6-8~
Kisah Para Rasul 13:9-11~
Kisah Para Rasul 16:16-18~
Pelayanan mengusir roh jahat dan penyembuhan:
• Pelayanan ini adalah pelayanan yang penuh belas kasihan untuk membebaskan orang yang diserang dan diperhambakan oleh roh jahat.
• Pelayanan ini dilakukan tanpa rasa takut pada roh jahat.
• Pelayanan ini dilakukan secara sederhana dan tegas—roh jahat diusir keluar dalam nama Yesus, tanpa gembar-gembur atau upacara yang rumit.
• Semasa berkhutbah atau mendoakan penyembuhan, itu sudah memadai untuk menyingkirkan roh jahat.
Boleh menanyakan nama roh jahat apabila mengusir atas alasan berikut:
(1) Untuk menyeru secara khusus roh jahat tersebut.
(2) Untuk mendapatkan kawalan lebih baik terhadap roh jahat yang harus diusir.
(3) Yesus juga telah menanyakan nama roh jahat ketika membebaskan seorang lelaki kerasukan (M ar K us 5:9-13) .
Masalah kaedah ini:
(1) Hanya sekali sahaja Yesus bertanya nama roh jahat sepanjang pelayanan pengusiran-Nya. Namun, roh jahat itu tidak memberikan nama tetapi suatu angka: ‘Legion’ yang bererti ‘3000 atau 6000 orang askar’.
(2) Nama Yesus mengatasi segala nama. Maka tiada sebab yang kukuh nama roh jahat diperlukan dalam pengusiran.
(3) Menggunakan nama roh jahat adalah amalan jahiliah kerana Allah telah berfirman dalam Zakharia 13:2 bahawa nama mereka hendaklah dilupai.
Semua pengikut Kristus sepatutnya mengambil perhatian pada peringatan-peringatan berikut:
• Kita harus bergantung sepenuhnya kepada Tuhan dalam pelayanan penyembuhan dan pengusiran roh jahat (Matius 17:14-21).
• Pastikan hidup kita bebas daripada dosa, jika tidak, doa kita mungkin tidak didengar Allah (Y a Kobus 5:16) :
• Jangan mencela Iblis secara langsung tetapi bersandar kepada kuasa Allah untuk bertindak atas Iblis (Y udas 1:9) .
Matlamat Peperangan Rohani
1. Mengalami transformasi untuk menjadi mirip Kristus, menghayati kebebasan dan kuasa menjadi umat-Nya ( l u K as 4:18) :
2. Untuk membebaskan umat daripada kekangan dosa, penindasan rohani dan pengabdian (K isah P ara r asul 26:17-18) :
3. Untuk mengisytiharkan pemerintahan Tuhan yang penuh kemenangan ( r o Ma 16:20; e fesus 3:10) :
Iblis akan berusaha untuk menentang rencana penyelamatan umat manusia
Daniel 10:13~
1 Tesalonika 2:18~
2 Korintus 4:3-4~
Namun, rancangan penyelamatan Tuhan bagi semua ciptaan dan umat manusia tidak boleh ditewaskan. Firman Allah menyatakan
bahawa Yesus telah menang atas Iblis dan telah menumpaskan semua musuh dan kuasa kegelapan (1 K orintus 15:54-58) :
Sekarang, kita boleh menantikan kemenangan mutlak Allah yang pasti akan datang.
LATIHAN MENGHAFAL FIRMAN TUHAN
Efesus 6:10-18
Perisai Allah
Petikan Alkitab ini ialah salah satu teks asas yang menangani perkara yang berkaitan dengan peperangan rohani. Ia memerihalkan perisai Allah yang semua pengikut Yesus harus pakai supaya mereka dilindungi daripada serangan musuh. Sambil anda membacanya, serta merenungkannya dan menghafalkan petikan ini, pertimbangkan sama ada anda sudah memakai sepenuhnya baju zirah Allah. Jika tidak, hendaklah berhenti serta memohon supaya Tuhan menolong anda pada saat ini juga untuk lebih lengkap dalam persediaan kehidupan anda sebagai seorang pengikut-Nya.
Akhir kata, saudara-saudaraku, hendaklah kamu kuat dalam
Tuhan dan dalam kekuatan kuasa-Nya. Pakailah selengkap
senjata Allah, supaya kamu dapat bertahan terhadap tipu daya
iblis. Sebabnya kita berlawan bukan dengan darah dan daging, tetapi dengan para penghulu dunia daripada kegelapan zaman ini, para pemerintah dan penguasanya, dan tentera roh iblis di udara. Oleh itu, pakailah selengkap senjata Allah, supaya kamu dapat bertahan pada masa yang penuh kejahatan, dan berdiri tegap setelah kamu melakukan segalanya. Dengan demikian, berdirilah dengan tegap setelah mengikat pinggangmu dengan tali pinggang kebenaran, memakai perbenarani sebagai perisai dada, Imenyarungkan ke kakimu persediaan menyebarkan Injil perdamaian. Yang paling utama, memakai perisai iman, untuk memadamkan segala anak panah berapi si durjana, dan ketopong
penyelamatan serta pedang Roh, iaitu firman Allah. Sambil itu, pohonlah sentiasa dengan segala doa dan rayuan dalam Roh, serta berjaga-jaga dengan segala ketekunan dan permohonan untuk semua orang yang salih.
Akhirat & Kerajaan Allah
Kutipan ayat diambil daripada teks Alkitab Versi Borneo, Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited.
Siri Pemuridan 10—Akhirat & Kerajaan Allah
Hak cipta terpelihara © 2021
Dicetak di Malaysia.
Buku ini diterbitkan khas untuk orang Kristian.
Namun demikian, hari Tuhan akan tiba seperti datangnya pencuri pada malam hari.
Langit akan lenyap dengan bunyi gemuruh dan segala anasir akan lebur oleh kepanasan yang dahsyat, bumi serta segala yang wujud di dalamnya akan hangus terbakar. Oleh sebab segala-galanya akan musnah, bagaimanakah sewajarnya kamu hidup? Kamu harus hidup suci dan taat akan Allah, sementara menanti dan mempercepat menjelangnya hari penghakiman Allah.
Pada hari itu langit akan musnah terbakar dan segala anasir lebur oleh kepanasan yang dahsyat.
2 Petrus 3:10-12
PENGENALAN
Tujuan utama penciptaan manusia adalah memuliakan dan mengagungkan Tuhan (W ahY u 4:11) , sebab setelah
berakhirnya kehidupan kita di dunia ini, Dia akan mempertanggungjawabkan sepenuhnya kepada kita segala perbuatan yang kita lakukan apabila Dia menghakimi umat manusia kelak.
Dalam buku terakhir bagi siri pengajian kita ini, kita meneliti erti kehidupan kita dan bagaimana hubung kaitnya dengan tanggungjawab kita sebagai pengikut Yesus dan penghakiman Allah pada akhir zaman kelak. Dalam buku ini, kita akan meneliti pengertian hari akhirat dan kedatangan Yesus yang kedua kali, dalam aspek-aspek berikut:
• Kedatangan Yesus memberi kita harapan kerana Dia akan memperbaiki segala kesalahan serta menewaskan kematian dan kejahatan untuk selama-lamanya.
• Kedatangan Yesus menyucikan kehidupan kita serta memberi kita motivasi dalam pelayanan.
• Kedatangan Yesus memberi kita sukacita serta menggenapi kesemua janji penyelamatan Allah.
• Kedatangan Yesus membawa kita ke rumah kekal dan menyempurnakan transformasi Allah ke atas dunia ini.
AKHIRAT DAN KEDATANGAN YESUS YANG KEDUA KALI
Firman Allah menubuatkan bahawa hari akhirat (atau
‘akhir zaman’) akan bermula dengan kedatangan Yesus yang kedua kali. Alkitab mengajar kita supaya bersiap sedia, memerhatikan dan menantikan kedatangan Yesus yang kedua
kali, kerana hal ini akan menepati janji Allah sepanjang zaman dan rancangan kerajaan Allah bagi semua ciptaan-Nya. Dalam Matius
24:3-31, Yesus menyatakan tanda-tanda kedatangan-Nya dan akhir
zaman:
• Kemunculan nabi palsu ( aYat 4-5, 11, 23-26)
• Peperangan ( aYat 6)
• Kebuluran dan gempa bumi ( aYat 7)
• Umat Allah dianiayai, dihukum mati dan dibenci ( aYat 9)
• Umat Allah ditangkap dan dikhianati ( aYat 10)
• Kejahatan semakin berleluasa ( aYat 12 a )
• Kasih terhadap Allah semakin dingin dan hampir hilang ( aYat 12 b )
• Kekejian yang membawa kebinasaan ( aYat 15)
• Terjadi kesengsaraan dahsyat yang belum pernah berlaku sejak dunia diciptakan sehingga sekarang ( aYat 21)
Tanda-tanda lain tentang kedatangan Yesus yang kedua kali turut disebut di bahagian-bahagian lain dalam Alkitab:
Kamu cukup mengetahui hari kedatangan Tuhan akan tiba seperti datangnya pencuri pada malam hari. Ketika orang berkata, “Segalanya aman tenteram”, maka ketika itulah
mereka akan ditimpa kebinasaan dalam sekelip mata, seperti seorang perempuan ditimpa rasa sakit semasa akan melahirkan anak. Tiada siapa pun dapat melepaskan diri
(1 t esaloni K a 5:2-3) .
Ketahuilah, bahawa pada akhir zaman, akan datang suatu masa yang sukar. Manusia akan menjadi pencinta diri, pencinta wang, bercakap besar, berlagak bongkak, mencacimaki, ingkar terhadap ibu bapa, tidak bersyukur, tidak suci, tidak mengasihi, tidak mengampuni, suka memfitnah, tidak menguasai diri, buas dan pembenci kebaikan, khianat, gopoh, angkuh, serta lebih mencintai keseronokan daripada mengasihi Allah. Mereka menjalankan kewajipan agamai tetapi menyangkal kuasanya. Jauhilah orang demikian
(2 t i M otius 3:1-5) .
Dalam Matius 24:22-29, perhatikan apa yang dilakukan Allah
apabila tibanya hari kiamat:
Ayat 22~
Ayat 27~
Ayat 28~ Ayat 29~
Apabila kita melihat tanda-tanda yang disebut itu, firman Allah
memberitahu kita apa yang patut kita lakukan (M atius 24:4-20) :
24:4~ 24:6~ 24:13~ 24:16-20~
Tindakan yang perlu kita seharusnya lakukan juga terdapat
dalam:
1 Tesalonika 4:17-18~
1 Tesalonika 5:5-9~
Lukas 12:35-36~
Nota: Istilah “diangkat” digunakan oleh para pengikut untuk menjelaskan sesuatu peristiwa yang diceritakan oleh Rasul Paulus
(1 t esaloni K a 4:17) . Istilah bahasa Yunani yang bererti “mengikuti” ialah harpazo, yang bererti menyambar, meragut atau merabut secara tiba-tiba.
Sekiranya Yesus Kristus kembali pada hari esok, adakah anda sudah bersedia untuk menghadapi-Nya? Bincangkan.
Alkitab memberi amaran bahawa ramai orang percaya akan murtad dan anti-Kristus akan muncul (2 t esaloni K a 2:3)
Berikut ialah kemunculan dan penjelasan mengenai siapa itu anti-Kristus dan nabi palsu:
1) “Musuh yang menanam lalang itu Iblis” (M atius 13:39)
2) “Ramai orang akan datang dengan nama-Ku dan berkata, ‘Akulah Kristus!’ Mereka akan membuat ramai orang terpedaya”
(M atius 24:3-7) .
3) “...dajal, penentang Kristus itu, akan muncul. Sekarang pun telah muncul ramai orang yang menentang Kristus” (1 Y ohanes 2:18) .
4) “Seluruh penghuni dunia mengagumi dan mengikut binatang itu” (W ahY u 13:1-18)
DAN SUKACITA BESAR
Dalam kedatangan-Nya yang pertama, Yesus hamba yang menanggung segala penderitaan. Dalam kedatangan-Nya yang kedua kali, Yesus akan menjadi Raja yang menakluki segala-galanya, dan akan tiba bersama-sama dengan bala tentera syurgawi di sisi-Nya.
Alkitab memberitahu seperti berikut tentang kedatangan Yesus yang kedua kali:
Di manakah Yesus akan berada sewaktu Dia kembali? ( z a K haria 14:4)
Siapa yang akan menyaksikan kekembalian-Nya? (M atius 24:30)
Bagaimanakah rupa-Nya apabila Dia kembali? (W ahY u 19:11-16)
Yesus Kristus akan menghakimi dunia. Semua ketidakadilan akan dihakimi dan penderitaan umat-Nya tidaklah sia-sia (1 Petrus 4:5; 2 tesaloniK a 1:7).
Hanya orang yang melakukan kehendak Bapa yang di syurga akan terlepas daripada penghukuman (M atius 7:21-23) .
Mengapakah mereka akan dihukum?
Ibrani 3:19~
Ibrani 4:6~
Tuhan adalah maha penyabar dan memberikan masa kepada orang berdosa untuk bertaubat sebelum terlambat (2 P etrus 3:8-9)
Kematian
Apabila seseorang meninggal dunia dan memasuki alam akhirat, dia tidak berpeluang lagi untuk bertaubat (ibrani 9:27). Sekiranya
anda telah menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamat hanya melalui
rahmat, kasih kurnia, dan iman, anda akan menikmati hidup yang
kekal di syurga ( l u K as 23:43) . Jika anda tidak menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamat, anda akan menghabiskan kehidupan kekal di neraka (M atius 25:46) .
Takhta Putih Besar?
Takhta putih besar dalam Wahyu 20:11-15 merupakan penghakiman terakhir sebelum orang yang tidak percaya kepada
Yesus dihumban ke dalam lautan api. Dalam Wahyu 20:7-15, penghakiman akan berlaku selepas milenium (iaitu tempoh seribu tahun) dan selepas Iblis, binatang dan nabi-nabi palsu
dihumban ke dalam lautan api (W ahY u 20:7-10) . Kitab-kitab yang terbuka (W ahY u 20:12) mengandungi rekod perbuatan yang
baik dan jahat setiap orang, Dia akan memberi ganjaran atau
hukuman kepada setiap orang menurut perbuatannya (MazMur 28:4; 62:12; roMa 2:6; WahYu 2:23; 18:6; 22:12).
Pada masa yang sama, “kitab kehidupan” akan dibuka (WahYu 20:12). Kitab ini akan menentukan haluan hidup seseorang sama ada dia akan menerima hidup yang kekal ataupun menerima hukuman yang kekal.
Yesus Kristus akan menjadi hakim. Hukuman bagi orang yang tidak percaya akan bertambah berat pada Hari Kiamat
( r o Ma 2:5-6) . Roma 14:10-12 berkata bahawa setiap kita akan dipertanggungjawab atas segala perbuatan kita di hadapan
Tuhan.
Neraka
Dalam Alkitab, dua perkataan digunakan untuk menggambarkan neraka: sheol (Perjanjian Lama) dan gehenna (Perjanjian Baru). Sheol bererti “tempat bagi orang mati” atau “tempat untuk roh/semangat yang telah pergi.” Istilah sheol yang sepadan dengan istilah bahasa
Yunani dalam Perjanjian Baru ialah hades, yang bermaksud “tempat orang mati.” Perkataan Yunani gehenna diterjemahkan sebagai
“neraka” yang berasal daripada perkataan Ibrani, hinnom. Ayat-ayat lain dalam Perjanjian Baru menunjukkan bahawa sheol atau hades ialah tempat sementara untuk roh-roh menantikan kebangkitan semula yang terakhir. Pada masa kematian, roh-roh orang percaya, iaitu orang salih akan terus pergi ke hadirat Tuhan—bahagian sheol yang dipanggil “syurga”, “Firdaus”, atau “pangkuan Abraham” ( l u K as 23:43; 2 K orintus 5:8; f ili P i 1:23) .
Tuliskan pemerhatian anda tentang neraka dan orang yang pergi ke tempat itu:
Matius 8:12~
Matius 25:41-46~
Wahyu 19:20; 20:10, 14-15~
Iblis bukan pemerintah neraka dan tidak mengetuai para roh jahat untuk menyeksa manusia yang dibuang di neraka. Memang Allah tetap pihak yang berkuasa (luK as 12:4-5; WahYu 1:18). Neraka memang pada asalnya tercipta untuk menghukum Iblis dan para penyokongnya (Matius 25:41; 2 Petrus 2:4).
Kedatangan Yesus yang kedua kali akan membawa semua orang yang “milik-Nya” dan mereka yang telah “mati dalam Kristus” bangkit dan mereka akan dikurniakan dengan tubuh yang dimuliakan. Seterusnya, orang percaya yang masih hidup akan serta-merta diubah rupa bentuk duniawinya kepada yang kekal, dan mereka tidak akan mengalami kematian. Mereka semua akan diangkat dan memasuki syurga (1 Korintus 15:35-57).
Ayat-ayat Alkitab berikut menekankan bahawa kedatangan Yesus akan memperlihatkan sukacita Allah dan menyempurnakan pekerjaan yang dimulakannya melalui Kristus ( f ili P i 1:6) . Apakah implikasi ayatayat berikut dalam persiapan anda menghadapi kedatangan Yesus yang kedua kali?
1. Tubuh dan roh kita akan disempurnakan dalam hadirat-Nya (1 Korintus 15:42-44; Filipi 3:20-21).
2. Kita akan berada dalam hadirat Allah (1 Tesalonika 4:15-18; Wahyu 21:4).
3. Kediaman kekal kita (Yohanes 14:2-4).
4. Tugas atau pekerjaan kekal kita di syurga adalah untuk melayani dan menyembah Tuhan (Wahyu 4:11; Wahyu 22:3).
5. Tuhan akan menyertai kita dalam kesatuan yang sempurna buat selama-lamanya (Lukas 20:28-36; Wahyu 19:4-9).
Kita akan bersama dengan-Nya dalam kesatuan yang kekal, yang digambarkan sebagai institusi gereja (iaitu umat Allah), dan dilihat sebagai pengantin perempuan yang bersedia untuk disatukan dengan pengantin lelaki—Allah.
Nota: Kata bahasa Yunani dalam Yohanes 14:2 yang diterjemah sebagai “rumah” bererti “sebuah tempat tinggal” dan bermaksud, “sebuah keluarga”. Kata yang diterjemah sebagai “rumah-rumah agam” atau bilik-bilik bererti “menetap atau bermastautin”. Berdasarkan bahasa Yunani itu, maksud Yesus adalah Dia menyediakan sebuah tempat di syurga (rumah Allah) untuk umatNya, tempat bagi orang yang percaya kepada-Nya (ahli keluarga Allah), akan tinggal bersama-sama di dalam hadirat Tuhan.i
3 : KEHIDUPAN DIMURNIKAN DAN MOTIVASI
DALAM PELAYANAN
Kedatangan Yesus yang kedua kali merupakan hari penghakiman untuk semua orang percaya (tentang perbuatan mereka) dan orang yang tidak percaya (tentang penyelamatan mereka). Oleh itu, kita hendaklah berfikir secara serius mengenai tujuan-tujuan Allah bagi kita di dunia ini sewaktu kita masih hidup sebelum kedatangan-Nya. Tuhan bukan sekadar datang untuk menyediakan sebuah ‘rumah’ bagi kita (Yohaanes 14:2-3), tetapi juga untuk menyediakan kita akan kedatangan-Nya.
Tuhan mengharapkan kita bersiap untuk menyambut kedatangan-Nya.
1) Melupakan kepentingan sendiri, memikul salib dan mengikut Yesus (M atius 16:24-27) .
2) Sentiasa bersiap sedia ( l u K as 12:35-40) .
Apakah kehendak Tuhan sementara kita menunggu kedatanganNya?
• Perumpamaan tentang hamba yang tidak setia (Matius 24:45-51):
• Perumpamaan tentang sepuluh orang anak dara (Matius 25:1-3):
• Perumpamaan tentang talenta (Matius 25:14-30):
• Perumpamaan tentang kambing dan kawanan domba (Matius 26:31-46):
• Perumpamaan tentang pengurus yang kejam (luKas 12:42-48):
Kehendak Tuhan dapat disimpulkan dengan:
1. Tetap setia mengikut Yesus sampai ke garis akhir (M atius 10:21-22; Y a Kobus 1:12; 2 P etrus 3:10-12) .
2. Melayani Tuhan dengan tujuan yang murni
Apakah maksud Tuhan tentang melayani dengan tujuan yang murni? (Y ohanes 6:27; 1 K orintus 3:10-15; K olose 3:23-24)
3. Setia dalam pelayanan sampai ke garis akhir (M atius 9:37-38; e fesus 15:15-16; 1 K orintus 15:58)
Umat Allah tidak seharusnya membuat spekulasi tentang bila hari kiamat akan tiba. Sebaliknya, kedatangan Tuhan untuk kali kedua seharusnya mendorong kita hidup kudus, penuh iman dan bersungguh-sungguh di hadapan Tuhan ( t itus 2:13; 1 P etrus 1:13; 2 P etrus 3:2-15; 1 Y ohanes 2:28) .
Syurga
1. Kerja kita di bumi terikat sampai ke syurga (M atius 18:18) .
2. Kelak kita akan menuai apa yang kita tabur di dunia ( i brani 6:1012; W ahY u 22:12) .
3. Pelbagai rahsia atau perkara yang tersembunyi akan tersingkap di syurga (M atius 10:26-27) .
4. Bagaimana kita mewakili Yesus di bumi ini akan dibayar di syurga (M atius 10:32-33) .
5. Kita akan memerintah para malaikat dan bangsa-bangsa bersama Allah (M atius 19:28; 1 K orintus 6:2-3) .
Mahkota-Mahkota di Syurga
Penyelamatan ialah hadiah percuma daripada Tuhan, yang kita peroleh dengan beriman kepada karya penebusan Yesus Kristus di atas kayu salib, yang melunaskan hutang dosa kita ( e fesus 2:8) . Penyelamatan bukannya sesuatu yang kita peroleh dengan usaha kita sendiri. Mahkota-mahkota ialah upah bagi apa yang kita laksanakan untuk Tuhan di dunia, yang memberi akibat bagi kehidupan kita bersama dengan Dia di syurga. Perkataan stephanos dalam Bahasa Yunani yang diterjemahkan
sebagai “mahkota” bererti “lencana kesetiaan. Ia merupakan sebuah hadiah dalam acara permainan umum atau secara amnya suatu lambang penghormatan.” Dalam acara sukan Yunani pada zaman silam, “mahkota” itu merujuk kepada lingkaran bunga atau kalungan dedaun yang diletakkan di atas kepala pemenang olahraga sebagai ganjaran. Perkataan ini digunakan secara simbolik dalam Perjanjian Baru untuk merujuk kepada segala ganjaran di syurga yang dijanjikan oleh Tuhan bagi mereka yang setia. Lima mahkota akan dikurniakan kepada para pengikut Yesus.
1. Mahkota yang tidak mudah rosak (1 K orintus 9:24-25)
2. Mahkota kegirangan (1 t esaloni K a 2:19)
3. Mahkota kebenaran (2 t i M otius 4:8)
4. Mahkota kemuliaan (1 P etrus 5:4)
5. Mahkota kehidupan (W ahY u 2:10, Y a Kobus 1:12)
Secara peribadi, apakah perkara spesifik yang Tuhan mahu anda lakukan untuk Dia sementara menanti kedatangan-Nya?
DUNIA MENJADI SEMPURNA
Syurga adalah destinasi istirehat terakhir kita. Nama-nama
mereka yang tertulis dalam Kitab Kehidupan akan hidup
kekal di syurga bersama Tuhan. Syurga adalah tempat kehadiran kasih Tuhan yang kekal. Perkataan “firdaus” kadangkala digunakan sinonim dengan syurga (2 K orintus 12:3; W ahY u 2:7) .
Syurga dan neraka adalah “tempat simpanan sementara” bagi semua orang mati, sementara mereka menantikan kedatangan Yesus yang kedua kali. Kebangkitan semula yang pertama melibatkan orang
percaya yang akan berdiri di hadapan Takhta Penghakiman Kristus, untuk menerima upah menurut ukuran pelayanan mereka di hadapan
Tuhan. Kebangkitan kedua pula melibatkan orang tidak percaya, yang
juga akan berdiri di hadapan Takhta Putih Besar Allah. Pada masa itu, semua orang akan dihantar ke destinasi kekal masing-masing—yang
tidak percaya ke dalam lautan api (W ahY u 20:11-15) , dan yang percaya
akan memasuki syurga dan bumi yang baru (W ahY u 21-22) . ii
Syurga
1. Syurga ialah tempat yang dijanjikan oleh Yesus, disediakan untuk para pengikut-Nya yang benar (Y ohanes 14:2) .
2. Rasul Yohanes telah menyaksikan perkara-perkara berikut mengenai syurga. Sila tuliskan pemerhatian anda di bawah:
Wahyu 20:6~
Wahyu 21:4
Wahyu 21:11-12~
Wahyu 22:1-2~
Wahyu 22:5~
Apabila Yesus kembali, Allah akan menepati sepenuhnya segala
janji penyelamatan-Nya. Dia akan mengurniai kita sukacita besar apabila kita melihat penepatan penuh kepada penyelamatan itu dan hadirat-Nya. Juga, perspektif duniawi kita yang terbatas akan diganti dengan perspektif syurgawi yang suci.
Makanan di Syurga
Kita akan menikmati makanan bersama Tuhan di syurga (M atius 8:11; 26:29; l u K as 14:15). iii Akan tetapi, sekiranya kita memiliki tubuh yang baharu, maka adakah makanan masih diperlukan? ( W ahY u 7:16) .
Di syurga makanan tidak lagi penting untuk mengekalkan kehidupan. Walau bagaimanapun, ternyata bahawa umat manusia akan menikmati makanan bersama dengan Tuhan di syurga.vi Ini lebih kepada persekutuan dan meraikan kehidupan bersama buat selama-lamanya. Makanan dalam bentuk persekutuan merupakan tindakan untuk memuliakan Tuhan. “Setiap yang kamu lakukan, baik makan mahupun minum, lakukanlah untuk memuliakan Allah”
(1 K orintus 10:31) . iv
Renungkan: Apakah implikasi kesatuan kita dengan Tuhan serta makanan di syurga, cara kita sepatutnya menjaga tubuh kita semasa di dunia?
Di manakah syurga?
Syurga ialah sebuah tempat yang nyata. tetapi lokasinya secara terperinci tidak dinyatakan. Syurga bukan langit tetapi sebuah kota yang juga merupakan tempat hadirat Allah. Mungkin Tuhan sengaja menyembunyikan lokasinya sebab hal yang lebih penting ialah tumpuan atau fokus kita patut diarahkan kepada Allah yang memiliki syurga, bukannya kepada lokasi syurga itu. Tumpuan Perjanjian Baru memberitahu kita lebih tentang tujuan (kewujudan) syurga, bukannya keadaan dan kedudukan syurga itu. Kita telah melihat bahawa neraka ialah tempat pengasingan dan hukuman (Matius 8:12; 22:13). Sebaliknya, syurga pula adalah tempat yang mempunyai persekutuan dan sukacita yang kekal, dan lebih pentingnya, kita boleh menyembah Allah di sekeliling takhta-Nya.v
Pemerintahan Kerajaan Allah dan akhir zaman
Pada akhir zaman, kerajaan Allah akan muncul menerusi pemberitaan Injil ke seluruh dunia dan kedatangan sang Raja dalam kemuliaan (Matius 24:14; WahYu 7:9-10, 11:15; 15:3-4).
• Kerajaan Allah yang terakhir akan diperintah oleh Yesus:vi
Yesaya 9:3–7~
Lukas 1:32-33~
Wahyu 20:2-7~
• Kerajaan Allah yang terakhir adalah sempurna dalam setiap aspek fizikal dan rohani:
Yesaya 11:4-9~
Yesaya 32:17-18~
Yesaya 35:8~
Yesaya 40:1-2~
KESIMPULAN
Sekarang, setelah kita sampai ke penghujung Siri Pemuridan ini, kami berdoa agar anda memahami dengan lebih baik akan rancangan serta penciptaan Allah yang agung dan hebat, termasuk anda sendiri.
Dengan menyeru agar kita berjalan ke arah penyelamatan dalam Kristus Yesus, dan menjadikan kita sebagai umat-Nya menerusi
Gereja dan pelayanan, serta menjadi saksi-Nya kepada semua orang (contohnya kepada keluarga, jiran dan negara kita), Allah ingin mengesahkan bahawa kita adalah “umat terpilih, para imam raja, bangsa suci, umat-Nya sendiri, yang dipilih untuk mengisytiharkan puji-pujian bagi Dia yang telah memanggilmu daripada kegelapan kepada cahaya-Nya yang gemilang” (1 P etrus 2:9) .
Hanya melalui kehidupan dalam Kristus, menerusi kuasa
roh-Nya, Tuhan akan menyempurnakan kehendak-Nya bagi kita, keluarga kita, umat dan negara kita demi kemuliaan-Nya. Selagi kita masih hidup, Tuhan tetap menyeru kita setia kepada-Nya dan setia melayani orang lain. Apabila kita sudah melaksanakan itu, kita akan menerima sukacita dan upah besar apabila Allah berfirman demikian kepada kita pada akhir zaman kelak: “Syabas, wahai hamba yang baik dan setia! … Nikmatilah kebahagiaan kurnia tuanmu” (M atius 25:21) .
Semoga kita tetap tekun dan bersungguh-sungguh sehingga ke akhir nanti sebagaimana diingatkan oleh firman dalam kitab Wahyu 3:7-13:
Inilah kata-kata daripada Dia yang suci dan sejati dan yang memegang kunci milik Daud. Apabila Dia membuka
pintu, tiada siapa yang dapat menutupnya, dan apabila Dia menutupnya, tiada siapa yang dapat membukanya. Aku tahu
perbuatanmu. Lihatlah Aku telah membukakan sebuah pintu
untukmu, dan tiada siapa yang dapat menutupnya. Aku tahu
bahawa kamu tidaklah begitu kuat, tetapi kamu taat kepada
firman-Ku dan tidak sekali-kali menyangkal nama-Ku. Aku
akan membuat mereka daripada Jemaah Iblis, para pendusta yang bukan Yahudi tetapi mengaku diri orang Yahudi datang kepadamu dan sujud pada kakimu. Sememangnya mereka
akan tahu bahawa Aku mengasihimu. Oleh sebab kamu taat akan perintah-Ku supaya tabah menanggung kesengsaraan, Aku akan menyelamatkanmu daripada masa pancaroba yang akan menimpa seluruh dunia sebagai dugaan kepada umat
manusia. Aku akan datang segera. Peliharalah apa yang ada
padamu dengan sempurna, supaya mahkotamu tidak diragut orang. Aku akan menjadikan dia yang menang seperti tiang
di Bait Suci Allah-Ku dan dia akan tetap tinggal di situ. Aku
akan menulis pada dirinya nama Allah dan Kota Allah, iaitu
Yerusalem baru yang akan diturunkan Allah dari syurga, juga
nama-Ku yang baru. Jika kamu bertelinga, dengarlah apa yang dikatakan oleh Roh kepada jemaah.
LATIHAN MENGHAFAL FIRMAN TUHAN
Roma 8:28-39
Kemuliaan dan Kasih Allah
Tuhan berfirman mengenai rancangan-Nya ke atas orang percaya sejak mereka menjadi anggota keluarga Allah, dan pemeliharaan serta perlindungan-Nya bagi mereka setiap kali mereka menghadapi dugaan atau kesukaran di dunia ini. Ia turut berbincang tentang penjagaan-Nya yang sangat berkuasa ke atas kita daripada segala kuasa
rohani, dan pada penghujungnya Tuhan berjanji bahawa tiada suatu pun di bumi atau di alam roh mampu memisahkan kita daripada kasih Tuhan.
Dan kita tahu bahawa dalam semua hal Allah bekerja untuk
kebaikan orang yang mengasihi-Nya, yang telah dipanggil menurut rancangan-Nya. Kerana dari mulanya dahulu Allah
telah menentukan mereka yang dipilih-Nya supaya menjadi
selaras dengan rupa Anak-Nya, maka Anak itu merupakan yang sulung di antara saudara yang ramai. Dan orang yang ditentukan Allah dari mulanya dahulu dipanggil-Nya; orang yang dipanggil-Nya itu diperbenar-Nya; orang yang diperbenarNya itu dipermulia-Nya pula. Jadi, apakah yang akan kita
katakan sebagai sambutan kepada hal ini? Jika Allah memihak
kepada kita, siapa dapat melawan kita? Dia tidak mengecualikan Anak-Nya sendiri, tetapi menyerahkan-Nya untuk kita semua.
Oleh itu, tidakkah Dia, bersama Anak-Nya itu, juga akan
memberikan segala-galanya kepada kita dengan rela? Siapa yang akan mendakwa orang pilihan Allah? Allah yang memperbenar.
Siapakah yang dapat mempersalah kita? Kristus Yesus, yang telah mati, bahkan lebih daripada itu, yang telah dibangkitkan, berada di sebelah kanan Allah dan juga berdoa syafaat bagi pihak
kita. Siapa yang akan memisahkan kita daripada kasih Kristus?
Kekacauan atau kesusahan atau penganiayaan atau kebuluran
atau ketelanjangan atau bahaya atau pedang? Sebagaimana tersurat dalam Kitab Suci: “Kerana-Mu kami menghadapi maut sepanjang hari; Kami dianggap sebagai domba untuk disembelih”. Tidak! Dalam semua hal ini kita lebih daripada para penakluk melalui Dia yang mengasihi kita. Kerana aku yakin bahawa kematian mahupun kehidupan, para malaikat mahupun para pemerintah, masa kini mahupun masa depan, baik kuasa apa pun, ketinggian mahupun kedalaman, baik apa pun yang lain dalam seluruh ciptaan, tidak akan dapat memisahkan kita daripada kasih Allah yang di dalam Kristus Yesus, Tuhan kita.
i http://www.gotquestions.org/mansions-heaven.html
ii https://www.gotquestions.org/paradise.html
iii Apabila Rasul Yohanes dikurniai dengan penglihatan tentang Yerusalem Baru, dia ditunjukkan “sebatang sungai air hidup, jernih seperti hablur, mengalir
dari takhta Allah dan Anak Domba di tengah-tengah kota itu. Di kiri kanan sungai itu terdapat pokok hayat, yang berbuah dua belas jenis setiap bulan; daun-daunnya menyembuhkan umat manusia. Segala yang terlaknat tiada
lagi. Takhta Allah dan Anak Domba ada di dalam kota itu, dan hambahamba-Nya berbuat ibadat kepada-Nya” (Wahyu 22:1-3). Teks itu tidak
menyatakan sama ada kita akan betul-betul memakan buah daripada pohon kehidupan, tetapi itu memang suatu kemungkinan. Sumber: https://www. gotquestions.org/food-heaven.html
iv Apabila Rasul Yohanes dikurniai dengan penglihatan tentang Yerusalem Baru, dia ditunjukkan “sebatang sungai air hidup, jernih seperti hablur, mengalir
dari takhta Allah dan Anak Domba di tengah-tengah kota itu. Di kiri kanan sungai itu terdapat pokok hayat, yang berbuah dua belas jenis setiap bulan; daun-daunnya menyembuhkan umat manusia. Segala yang terlaknat tiada lagi. Takhta Allah dan Anak Domba ada di dalam kota itu, dan hambahamba-Nya berbuat ibadat kepada-Nya” (Wahyu 22:1-3). Teks itu tidak
menyatakan sama ada kita akan betul-betul memakan buah daripada pohon kehidupan, tetapi itu memang suatu kemungkinan. Sumber: http://www. gotquestions.org/food-heaven.html
v http://www.gotquestions.org/where-is-Heaven.html
vi Kerajaan seribu tahun ialah tajuk yang diberikan kepada pemerintahan 1,000
tahun Yesus di bumi (dunia) ini. Sesetengah pihak mentafsirkan 1000 tahun
itu sebagai satu alegori (ungkap ibarat), dengan pemahaman bahawa 1000
tahun itu seumpama “suatu jangka masa yang lama”, bukan pemerintahan
Yesus Kristus secara literal di dunia ini. Sesetengah sarjana Alkitab percaya
bahawa 1000 tahun itu adalah bermaksud secara harfiah.
Cara Menggunakan Pedoman Harian
Berikut merupakan beberapa cadangan untuk membantu anda mengadakan masa renungan setiap hari.
Pilih waktu dan tempat. Jika boleh, tetapkan waktu dan tempat setiap hari untuk membaca dan merenungkan bacaan Alkitab anda. Masa anda akan menjadi semakin bermakna jika anda berfokus dan membentuk kebiasaan yang baik ini.
Bermula dengan membaca ayat Alkitab yang dicadangkan daripada Alkitab. Firman
Tuhan ialah bahagian
terpenting yang anda akan baca setiap hari.
4 Soalan renungan. Jawablah soalan-soalan yang disediakan dan memberi respons anda kepada Tuhan, serta menerapkan firman
Tuhan dalam kehidupan. Berkongsilah juga kepada seseorang tentang apa yang anda pelajari.
Bahagian ini berkaitan dengan tajuk utama pada hari itu.
artikel dengan teliti.
Semasa anda membaca, renungkan lebih mendalam
tentang Tuhan, hubungan anda dengan Dia, dan hidup yang Dia ingin anda jalani setiap hari.
5 Renungkan bahagian penutup.
Penutup yang berbentuk
doa akan membantu anda mengingati pelajaran utama dalam pembacaan tersebut.
6 Bacaan Alkitab setahun.
Bahagian ini akan membantu anda membaca seluruh Alkitab secara teratur dalam setahun.
1 Membaca ayat Alkitab. 3 Membaca seluruh 2 Ayat kunci.Sampel Bacaan untuk Masa Renungan
Wawasan & Inspirasi Hidup Harian
Siri Perjalanan Iman membekalkan bantuan kepada individu atau kumpulan yang rindu untuk bersekutu dengan Tuhan melalui firman-Nya. Ilham harian akan membantu orang
Kristian menyedari kebijaksanaan Alkitab yang berharga serta mengubah kehidupan. Ia juga akan mengilhami orang Kristian supaya menjalinkan perhubungan rapat dengan Tuhan.
Buku ini sesuai digunakan secara individu dan kumpulan untuk mengkaji dan merenungkan firman Tuhan. Buku ini juga sesuai digunakan oleh seisi keluarga untuk belajar Alkitab bersamasama dalam persekutuan keluarga. Setiap bab dilengkapi dengan sedikit penerangan mengenai petikan ayat-ayat Alkitab dan soalan-soalan renungan.
Siri Perjalanan Iman Markus Robert M. Solomon Siri Perjalanan Iman Yohanes David Cook Siri Perjalanan Iman Kisah Rasul-Rasul David Cook Siri Perjalanan Iman Matius Mike Raiter Siri Perjalanan Iman Lukas Mike Raiter