Siri Pemuridan Identiti & Penyelamatan

Page 1

Terbitan Kristian ď‚…

Identiti & Penyelamatan


KANDUNGAN Pengenalan 7

Bab 1

Apakah rancangan Allah bagi manusia di dunia ini? 9

Bab 2

Apakah itu dosa? 15

Bab 3

Identiti dan Penyelamatan dalam Yesus Kristus 21

Bab 4

Ciri dan Identiti Baru dalam Pengikut Yesus Kristus 27


Sesiapa yang ada dalam Kristus adalah ciptaan baru. Hal-hal lama telah lenyap dan segala-galanya baru. Semuanya datang daripada Allah, yang telah mendamaikan kita dengan diri-Nya melalui Kristus, dan mengamanahkan kepada kami tugas mulia untuk mengusahakan pendamaian itu. Dalam Kristus, Allah telah mendamaikan isi dunia ini dengan diri-Nya dan tidak lagi memperhitungkan kesalahan-kesalahan mereka. Berita pendamaian itu telah diamanahkannya kepada kami. Kami adalah para duta Kristus. Melalui kami, Allah menyampaikan apa yang dikehendaki-Nya. Oleh itu demi Kristus, kami meminta kepadamu: Berdamailah semula dengan Allah! Allah menjadikan Dia yang tidak mengenal dosa menjadi penanggung dosa untuk kita, supaya dalam Dia kita diperbenar oleh Allah. 2 Korintus 5:17-21


PENGENALAN Dalam Buku 3 ini, kita akan mengkaji: • rancangan Tuhan dalam penciptaan manusia • dosa • identiti dan penyelamatan dalam Yesus Kristus • keperibadian dan identiti pengikut Yesus Kristus Buku 3 membina asas bagi perjalanan kita sebagai pengikut Yesus, iaitu dari segi hubungan kita dengan Tuhan, bagaimana menangani masalah dosa jika kita bersalah dalam kehidupan seharian, pengetahuan yang kukuh bagi iman kita tentang penyelamatan dalam Yesus Kristus, dan yang terakhir, identiti dan imej seseorang yang salih dan bagaimana mentaati Dia. Buku 3 ini juga akan memperkenalkan buku-buku seterusnya dalam siri ini kepada anda. Apabila anda telah melengkapkan siri ini, anda akan mempunyai keyakinan yang lebih besar tentang identiti anda dalam Yesus Kristus dan rancangan Allah dalam hidup anda. Dengan berbuat demikian, ini akan membantu anda menjalani kehidupan sebagai pengikut Kristus yang sejati.

7


BAB 1

APAKAH RANCANGAN ALLAH BAGI MANUSIA DI DUNIA INI?

P

ada permulaan penciptaan dunia ini, Tuhan telah menyediakan satu rancangan yang mulia bagi segala ciptaan-Nya. Dia menciptakan manusia dengan tujuan yang indah seperti yang dikatakan dalam firman-Nya: “Berfirmanlah Allah, ‘Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambarani dan rupa Kita. Mereka akan berkuasa atas ikan-ikan di laut dan atas burung-burung di udara dan atas ternakan dan atas seluruh bumi dan atas segala jenis binatang melata yang merayap di muka bumi.” Maka Allah menciptakan manusia menurut gambaran-Nya. Menurut gambaran Allah, Dia mencipta mereka, lelaki dan perempuan’ ” (Kejadian 1:26-27). Tujuan dan kedudukan manusia dalam penciptaan Tuhan dinyatakan dalam firman-Nya: 9


“Engkau telah menjadikannya rendah sedikit daripada malaikat; Engkau memahkotakannya dengan kemuliaan dan kehormatan,” (Ibrani 2:7). “Ya Tuhan, ya Allah kami! Hanya Engkau yang layak menerima kemuliaan, kehormatan dan kuasa, kerana Engkaulah yang mencipta segala-galanya, dan dengan kehendak-Mu segala-galanya wujud dan dicipta” (Wahyu 4:11). Manusia adalah ciptaan Tuhan yang paling mulia. Kita juga dicipta untuk menyembah dan memuliakan Dia. Manusia diciptakan untuk mencerminkan Tuhan dalam: • Perhubungan sosial: Menurut Kejadian 1:26, Allah ialah Tuhan yang bersosial. Sewaktu Dia mengatakan “Kita hendak menjadikan manusia menurut gambaran dan rupa Kita”, ia menandakan bahawa Dia bukan Tuhan yang bersendirian (Tritunggal). • Pekerjaan-Nya sebagai pemerintah di dunia dan alam semesta: Kejadian 1:27 menyatakan bahawa manusia akan berkuasa atas segala ciptaan semula jadi dunia ini. • Kebolehan untuk mencipta: Atau lebih tepat, “beranakcuculah dan bertambah banyak” untuk melahirkan generasi seterusnya (Kejadian 1:27-28). Tujuannya adalah supaya mereka akan memenuhi bumi dan menaklukinya. Jika manusia dapat mentaati perintah Tuhan dengan sempurna, maka mereka akan mengetahui kebaikan yang ditunjukkan-Nya kepada ciptaan-Nya apabila “segala yang Dia jadikan itu, dan kesemuanya sungguh baik” (Kejadian 1:31). Dari sudut ini kita dapat melihat bahawa identiti manusia berkait rapat dengan tujuan penciptaannya. Tujuan dan identiti manusia adalah untuk: 10


• mencerminkan Tuhan dalam perhubungan sosial yang baik dengan manusia. • bekerja dan menguruskan alam semesta sebagai pemerintah yang baik. • mencipta atau menambah bilangan anak agar dunia ini dipenuhi oleh keturunan yang akan memuliakan nama-Nya. Ketika manusia mula-mula diciptakan, mereka mengenal Tuhan secara peribadi dan mempunyai hubungan yang sempurna dengan-Nya. Mereka juga menikmati hubungan antara sesama secara terbuka (Kejadian 2:25):

Namun, segalanya berubah apabila mereka jatuh ke dalam dosa seperti yang kita sudah belajar dalam buku 1. Adam dan Hawa menyebabkan gambaran Tuhan dalam hidup mereka tercemar. Akibatnya, mereka kehilangan perhubungan dan persekutuan muka dengan muka dengan Tuhan serta ciptaan-Nya (Rujuk kepada Kejadian 3): 1. Hubungan sesama manusia telah rosak (ayat 7): a) Perkara pertama yang berlaku kepada Adam dan Hawa ialah “Maka terbukalah mata kedua-duanya dan sedarlah mereka bahawa mereka bertelanjang lantas mereka membuat cawat penutup aurat daripada dedaun pokok ara” (Kejadian 3:7) b) Akibat pertama ialah mereka tidak lagi terbuka antara satu sama lain; hubungan antara manusia telah rosak. 11


Dosa telah mengakibatkan perasaan negatif, curiga, rasa bersalah dan malu.

c) Kita tidak boleh lagi memiliki hubungan yang mendalam antara satu sama lain tanpa berasa takut, ragu-ragu dan malu, atau mempunyai perasaan negatif yang lain.

2. Hubungan Tuhan dengan manusia telah rosak (ayat 8-10): a) Nyatakan apa yang terjadi dalam Kejadian 3:8-10. b) Akibat kedua ialah Adam dan Hawa kehilangan persekutuan dengan Tuhan. Dosa telah menjadi penghalang hubungan mereka dengan Tuhan.

c) Mereka telah kehilangan kesempatan untuk bersekutu dengan Tuhan kerana mereka telah kehilangan kesucian mereka yang asal, iaitu keadaan sebelum mereka jatuh dalam dosa.

d) Dalam kesucian itu, tidak ada perasaan malu terhadap satu sama lain tetapi selepas kemunculan dosa, mereka mencemarkan gambaran Tuhan dalam diri mereka dengan pemberontakan. Akibatnya, mereka terpisah daripada-Nya dan satu sama lain.

e) Alkitab juga mengatakan bahawa dosa ‘asal’ Adam dan Hawa itu telah membawa kesan kepada semua manusia. Akibat dosa ‘asal’ ini, semua manusia mewarisi kecenderungan semula jadi untuk berdosa—menolak atau memberontak rancangan Tuhan dalam hidup kita. Anda boleh memerhatikan 12


hal ini dengan jelas dalam anak-anak kecil. Tiada sesiapa pun yang mengajar mereka tentang dosa—namun setiap mereka tahu bersikap mementingkan diri.

3. Hubungan manusia dengan dunia telah rosak (ayat 14-19): a) Apakah yang dikatakan Tuhan kepada Adam dan Hawa akibat ketidaktaatan mereka?

b) Kita sekarang harus hidup di dunia dengan segala akibat dosa dalam hidup kita. Dunia kita adalah sebuah dunia yang rosak dan hancur akibat dosa. Kita tidak lagi mempunyai hubungan yang benar dengan Tuhan, antara satu sama lain, atau dengan dunia yang diberikan-Nya kepada kita. Tidak ada lagi yang sempurna dan harmoni.

c) Semua sikap mementingkan diri dan kejahatan, kesakitan dan penderitaan di dunia ini adalah akibat dosa kita. Kita semakin jauh daripada Tuhan dan satu sama lain. Renungkan kesan-kesan dosa terhadap kehidupan peribadi anda sekarang: Hubungan dengan sesama~

13


Hubungan dengan Tuhan~

Hubugan dengan dunia~

Satu tindakan ketidaktaatan mempunyai banyak akibat kepada manusia. Kita adalah apa yang kita ada sekarang, dan kita hidup di dunia yang ada sekarang kerana tindakan ketidaktaatan serta sikap memberontak kepada Tuhan. Kita kehilangan identiti, kemanusiaan asal dan perhubungan yang indah dengan Allah.

14


KESIMPULAN

P

embenaran dan pendamaian yang dicapai oleh Yesus Kristus di kayu salib yang membawa pengampunan dan mendekatkan kita dengan Allah. Apabila pendamaian berlaku, perhubungan sosial kita dengan keluarga, jiran atau sahabat turut akan berubah. Jika kita bermusuhan dengan seseorang, Tuhan memberi kita kuasa untuk mengampuni mereka. Jika kita marah dengan seseorang, Tuhan akan menolong kita memaafkan mereka.

Identiti kemanusiaan yang dipulihkan: Dicipta menurut gambaran Allah Tujuan paling utama Tuhan mengubah kita adalah untuk mengembalikan kita kepada gambaran-Nya, yakni citra sebelum dicemari oleh dosa di Taman Eden. Namun citra ini diperbaharui dalam Kristus sekarang. Kita ialah gambaran-Nya dalam: • keperibadian dan perwatakan moral-Nya (contoh kualiti moral-Nya iaitu kebenaran, kesetiaan, kasih, kesabaran dan lain-lain). • keupayaan kita dalam cara berfikir dan merasa. • memiliki keperibadian yang mempunyai martabat dan berharga kerana Dia sudah mengenal kita dengan penuh 33


kasih, dan Dia telah mencipta kita untuk menjadi seperti Dia.

Melalui Dia, kita berupaya untuk bertumbuh mencerminkan gambaran-Nya dalam hidup ini.

dan

KESAKSIAN ANDA Salah satu kepentingan yang harus dilakukan oleh setiap pengikut Yesus Kristus ialah bagaimana kita menjadi saksi bagi Dia. Kesaksian anda akan menjadi suatu pedoman yang berguna bagi orang yang bakal menerima Kristus sebagai Penyelamat-Nya. Tulis atau kongsikan kesaksian tentang bagaimana anda menjadi pengikut-Nya. Kesaksian anda boleh mendorong orang lain lebih bersungguh-sungguh dalam hal berjalan dengan Yesus Kristus.

34


LATIHAN MENGHAFAL FIRMAN TUHAN Matius 6:9-13

Doa Bapa

Doa Bapa ialah doa istimewa yang diperkenalkan oleh Yesus Kristus kepada para pengikut-Nya sewaktu mereka ada persoalan mengenai doa yang sesuai untuk disampaikan kepada Allah. 9

“Ya Bapa kami yang di syurga,

Sucilah Nama-Mu. 10

Datanglah kerajaan-Mu.

Terlaksanalah kehendak-Mu di bumi sebagaimana di syurga. 11

Berilah kami makanan untuk hari ini.

12

Ampunkanlah kesalahan kami

sebagaimana kami mengampuni mereka yang bersalah terhadap kami. 13

Janganlah biarkan kami tergoda,

Selamatkanlah kami daripada yang jahat. Engkaulah yang empunya kerajaan, kekuasaan dan kemuliaan selama-lamanya. Amin�.

35


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.