Terbitan Kristian
Perkahwinan, Keluarga & Anak-Anak BUKU 7
Buku-buku dalam siri ini: Buku 1: Siapakah Tuhan? Buku 2: Alkitab Buku 3: Identiti & Penyelamatan Buku 4: Penyembahan & Kehidupan Peribadi Pengikut Yesus Buku 5: Apakah Itu Gereja? Buku 6: Pelayanan Pengikut Yesus Buku 7: Perkahwinan, Keluarga & Anak-Anak Buku 8: Kehidupan Komuniti, Kerajaan dan Undang-Undang Buku 9: Dunia Roh & Peperangan Rohani Buku 10: Akhirat & Kerajaan Allah
Semua rujukan ayat Alkitab dipetik daripada Alkitab Versi Borneo kecuali dinyatakan. Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited Siri Pemuridan 7—Perkahwinan, Keluarga dan Anak-Anak Hak cipta terpelihara © 2021 Dicetak di Malaysia.
Buku ini diterbitkan khas untuk orang Kristian.
KANDUNGAN PENGENALAN ………… 5 Bab 1
TUJUAN PERKAHWINAN ………… 7 Bab 2
KELUARGA DAN ANAK-ANAK ………… 13 Bab 3
MENJADI AHLI KELUARGA BUKAN PENGIKUT YESUS ………… 19 Bab 4
PERCERAIAN ………… 23 KESIMPULAN ………… 27 LATIHAN MENGHAFAL FIRMAN TUHAN 1 Korintus 13 ………… 28
Maka TUHAN Allah pun berfirman, “Tidak baik manusia itu bersendirian … namun begitu, bagi dirinya sendiri manusia itu tiada seorang pun penolong yang sepadan baginya. Maka Tuhan Allah membuat manusia itu tertidur dengan lena dan sewaktu itulah Dia mengambil sebatang tulang rusuknya lalu menutup ruang lama tulang itu dengan daging. Daripada tulang rusuk yang diambil-Nya daripada manusia itu Tuhan Allah membentuk seorang perempuan lalu membawanya kepada manusia itu. Berkatalah manusia itu, “Ini dia! Tulang daripada tulangku, dan daging daripada dagingku. Dia akan dipanggil Perempuan kerana dia diambil daripada Lelaki.” Itulah maka seorang lelaki meninggalkan ibu bapanya dan bersatu dengan isterinya, lalu mereka berdua menjadi satu. Kedua-dua manusia dan isterinya itu bertelanjang bulat tetapi mereka tidak berasa malu. Kejadian 2:18-25
Anak-anak, turutlah perintah ibu bapamu dalam Tuhan, kerana ini adalah wajar. “Hormatilah ibu bapamu”—iaitu perintah pertama yang disertai dengan janji—“supaya kamu mendapat kebaikan dan umurmu panjang di bumi ini.” Kamu, bapa, janganlah sakitkan hati anak-anak; tetapi peliharalah mereka dalam didikan dan nasihat Tuhan. Efesus 6:1-4
PENGENALAN
P
erkahwinan merupakan asas dalam tujuan dan karya Tuhan bagi umat manusia untuk beranak cucu dan berlipat ganda serta melaksanakan misi Allah untuk menyebarkan nama-Nya, memenuhi bumi ini dengan kebaikan serta kemuliaanNya. Melalui perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan, kita melihat rancangan Tuhan bagi dunia ini: Siri 7 akan meneroka tujuan, kebaikan, akibat dan ujian perkahwinan, dan Tuhan juga ingin agar kita tahu cara untuk membesarkan anak. Buku ini mengandungi bahagian-bahagian seperti berikut: • Tujuan perkahwinan • Keluarga dan anak-anak • Menjadi ahli keluarga bukan pengikut Kristus • Perceraian Pada bahagian akhir buku ini, semoga anda mempunyai kesyukuran yang lebih dalam terhadap orang yang dipanggil untuk menjadi bujang atau berkahwin, orang yang berkahwin dengan orang bukan percaya, bagaimana suami dan isteri harus berhubung menurut pandangan Tuhan, tujuan Tuhan dan peranan anak dalam keluarga, serta bagaimana kita patut menjaga mereka. Akhirnya kita juga akan membincang cara untuk menangani perkahwinan yang bermasalah atau tidak sihat. 5
6
BAB 1
TUJUAN PERKAHWINAN Maka Allah menciptakan manusia menurut gambaran-Nya. Menurut gambaran Allah, Dia mencipta mereka, lelaki dan perempuan. Allah memberkati mereka, lalu Allah berfirman kepada mereka, “Beranakcuculah dan bertambah banyak serta penuhilah dan takluki bumi, berkewenangan atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas segala makhluk hidup yang berkeliaran dan yang bergerak di muka bumi.”
P
Kejadian 1:27-28 erkahwinan adalah penyataan sifat Tuhan yang Tritunggal. Tuhan adalah satu, tetapi memiliki tiga keberadaan (Kejadian 1: 27).
Ayat dalam Kejadian 1:28 dan 2:18-25 menyatakan dasar kesatuan seorang lelaki dan seorang perempuan. • Mereka dicipta menurut gambaran Tuhan. • Perempuan dicipta daripada rusuk yakni bahagian sisi lelaki, bukan daripada bahagian atas (kepala) atau bahagian bawah (kaki) lelaki. Ini menjadikan perempuan setaraf dengan lelaki. 7
• Penciptaan perempuan menyempurnakan keadaan lelaki yang hidup sendirian sebelum ini; sebagai penolong dalam melaksanakan misi Tuhan.
Tujuan Perkahwinan Alkitab menggunakan metafora perkahwinan menceritakan tentang perhubungan Allah dengan kita.
dalam
1. Tuhan diumpamakan sebagai pengantin lelaki dan jemaah Gereja sebagai pengantin perempuan-Nya (Efesus 5:25-27, 2 Korintus 11:2): 2. Apabila umat Allah meninggalkan Tuhan untuk menyembah tuhan-tuhan lain, metafora perzinaan digunakan, kerana kesucian kasih telah tercemar (Yesaya 57:3; Yehezkiel 16:15-34; Maleakhi 2:11). Allah menciptakan lelaki dan perempuan untuk perkahwinan dengan tujuan-tujuan berikut: 1. Beranak cucu dan bertambah banyak (Kejadian 1:27-28). 2. Melahirkan keturunan yang setia kepada Allah (Maleakhi 2:15). 3. Saling menikmati kehadiran dan keintiman sesama mereka sebagai satu pasangan (Kejadian 2:25; Amsal 5:15-19). 4. Mencerminkan kasih, kesatuan, keperibadian perwatakan Allah (Kejadian 1:27; Efesus 5:22-33).
dan
5. Membentuk ikatan kesatuan serta kasih yang kekal melalui karya Allah (Matius 19:4-6):
8
Perlukah Kita Berkahwin? Alkitab berkata, “Cari kebahagiaan daripada TUHAN, maka Dia akan menunaikan hasrat hatimu” (Mazmur 37:4). Apabila kita berdoa dan memohon kepada Tuhan untuk mendapatkan seorang pasangan hidup, hendaklah kita mengakui bahawa Allah itu berdaulat dan Dia hanya akan menjawab doa yang sejajar dengan kehendak-Nya dan cara-Nya (1 Yohanes 5:14-15). Alkitab menyatakan bahawa berkahwin adalah baik kerana: • Orang yang memiliki isteri, mendapat sesuatu yang baik, dan ia dikenan TUHAN (Amsal 18:22). • Wanita muda hendaklah berkahwin (1 Timotius 5:14). • Mereka yang bujang seperti Rasul Paulus, berhak untuk berkahwin (1 Korintus 9:5). Apakah yang dikatakan oleh Alkitab tentang perkahwinan dan bujang? (1 Korintus 7:1-16).
Yesus dan Paulus masing-masing tidak berkahwin namun mereka masih boleh melayani Tuhan dengan setia dalam pelayanan mereka.
9
Alkitab menawarkan beberapa garis panduan berikut dalam hal perkahwinan (1 Korintus 7:17, 25-40):
Kaji Alkitab mengenai pemilihan pasangan hidup daripada agama lain (2 Korintus 6:14-18):
Nota: Contoh-contoh dalam Alkitab tentang akibat mengahwini seseorang yang berbeza agama (1 Raja Raja 11: 1-9 ; 1 Raja-Raja 16:2932 & 21:25-26). Renungkan: Apakah kehendak Allah dalam kehidupan anda (pasangan hidup) dan bincangkan situasi anda dengan pastor/ pemimpin gereja anda.
10
Berkat Perkahwinan • Isteri : (Amsal 19:14 ; Amsal 31:10) • Anak-anak : (Mazmur 127:3-5) Ada kalanya pasangan suami isteri tidak dikurniai anak. Namun Tuhan tetap boleh memberkati pasangan ini dengan cara lain: • Dipakai oleh Allah untuk memberi rahmat kepada para ibu bapa lain (Lukas 2:36-38). • Mengambil seorang pengikut yang lebih muda sebagai ‘anak angkat’ atau ‘anak rohani’ dan menjadi mentornya (1 Timotius 1:1-4, 18-19; Filipi 2:19-20). Alkitab mengingatkan kita bahawa kita wajib percaya dan yakin terhadap rencana muktamad Tuhan bagi kehidupan kita, “Sebagaimana kamu tidak mengetahui cara dan laluan angin dan pembentukan tulang-temulang di dalam rahim wanita yang mengandung, demikian jugalah kamu tidak mengetahui pekerjaan Allah yang menjadikan segala sesuatu” (Pengkhutbah 11:5).
Pelajaran dalam Perkahwinan Perkahwinan yang tidak berdasarkan prinsip Tuhan pasti akan menemui kegagalan. Dalam rancangan Allah, perkahwinan adalah untuk perhubungan sepanjang hayat, saling mengambil berat dan hidup aman, bersama-sama maju dan berhasil dalam hidup di bawah naungan kasih, anugerah dan kehadiran Tuhan. Tanggungjawab pasangan suami dan isteri: 1. Saling mengasihi dan menghormati (Efesus 5:22-33 , Kolose 3:18-19, 1Petrus 3:7). 2. Saling bergantung dan memerlukan (1 Korintus 11:11-12). 3. Perempuan yang masih muda hendaklah dilatih (Titus 2:4-5). 11
4. Mendidik anak (Amsal 22:6). Bincangkan: Berdasarkan firman Tuhan di atas, apakah tanggungjawab yang anda terlalai laksanakan selama ini (sekiranya anda sudah berkahwin)?
12