Terbitan Kristian
Kehidupan Komuniti, Kerajaan & UndangUndang BUKU 8
Buku-buku dalam siri ini: Buku 1: Siapakah Tuhan? Buku 2: Alkitab Buku 3: Identiti & Penyelamatan Buku 4: Penyembahan & Kehidupan Peribadi Pengikut Yesus Buku 5: Apakah Itu Gereja? Buku 6: Pelayanan Pengikut Yesus Buku 7: Perkahwinan, Keluarga & Anak-Anak Buku 8: Kehidupan Komuniti, Kerajaan dan Undang-Undang Buku 9: Dunia Roh & Peperangan Rohani Buku 10: Akhirat & Kerajaan Allah
Semua rujukan ayat Alkitab dipetik daripada Alkitab Versi Borneo kecuali dinyatakan. Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited Siri Pemuridan 8—Kehidupan Komuniti, Kerajaan dan Undang-Undang Hak cipta terpelihara © 2021 Dicetak di Malaysia.
Buku ini diterbitkan khas untuk orang Kristian.
KANDUNGAN PENGENALAN ………… 5 Bab 1
MENGASIHI KELUARGA, MASYARAKAT DAN PEMERINTAH KITA ………… 7 Bab 2
BERSAKSI KEPADA KELUARGA DAN MASYARAKAT ………… 13 Bab 3
PENINDASAN DAN PENGANIAYAAN TERHADAP UMAT ALLAH ………… 19 Bab 4
RESPONS TERHADAP PENGANIAYAAN DAN PENINDASAN ………… 25 Bab 5
KESIMPULAN ………… 31 LATIHAN MENGHAFAL FIRMAN TUHAN Matius 5:3-12 ………… 32
“Kamu telah mendengar ajaran yang berikut: ‘ Kasihilah sesama manusia dan bencilah musuhmu.’ Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Kasihilah musuhmu dan doakan orang yang menganiayamu. Dengan demikian kamu menjadi anak-anak Bapamu yang di syurga; kerana Allah menerbitkan matahari untuk orang yang jahat dan orang yang baik. Dia menurunkan hujan untuk orang yang benar dan orang yang tidak benar. Jika kamu mengasihi orang yang mengasihimu, apakah ganjaranmu? Bukankah pemungut cukai pun berbuat demikian? Jika kamu hanya beramah mesra dengan saudara-saudara selingkungan, apakah kelebihanmu daripada orang lain? Orang yang tidak mengenal Allah pun berbuat demikian.” Matius 5:43-47
PENGENALAN
B
uku 8 akan mengkaji cara kita boleh mentaati perintahperintah Yesus dalam konteks:
• mengasihi keluarga, masyarakat dan pemerintah kita • Penganiayaan dan penindasan oleh keluarga, masyarakat dan pemerintah kita • Bersaksi kepada keluarga dan masyarakat kita • Tindak balas terhadap penganiayaan tersebut
Pada akhir buku ini, anda akan memahami bahawa kasih ialah respons pertama dan yang paling asas kita bagi keluarga, masyarakat dan pemerintah kita, sama ada pada masa senang atau masa susah. Kita juga akan melihat bagaimana Allah memberi respons terhadap penganiayaan yang dihadapi oleh umat-Nya dengan menggunakan contoh-contoh dalam Alkitab. Anda juga akan mendapatkan perspektif yang lebih luas tentang pelbagai penganiayaan yang mungkin akan dihadapi oleh pengikut Yesus. Banyak respons telah dikaji supaya anda boleh memahami bahawa tiada penyelesaian yang sempurna bagi semua penganiayaan. Setiap situasi adalah unik dan harus dihadapi dengan hati-hati dan bijak. Kami berharap melalui pembelajaran ini, anda akan bertumbuh dalam kebijaksanaan dan menjadi matang untuk memberi tindak balas apabila penganiayaan menimpa. 5
6
BAB 1:
MENGASIHI KELUARGA, MASYARAKAT DAN PEMERINTAH KITA
A
lkitab berkata “kita mengasihi sesama manusia kerana Tuhan terlebih dahulu mengasihi kita” (Yohanes 4:19).
Namun pada masa yang sama, Alkitab berkata, “Jika seseorang datang kepada-Ku dan dia lebih mengasihi ibu bapanya, isterinya, anak-anaknya, adik-beradiknya dan nyawanya, dia tidak boleh menjadi murid-Ku” (Lukas 14:26). Ada kalanya, disebabkan oleh isu agama, sosial, ekonomi atau budaya, ahli keluarga dan masyarakat setempat akan menolak kita walaupun kita cuba menunjukkan kasih Allah kepada mereka. Apabila seseorang mengambil keputusan untuk mengikut Yesus, berikut adalah beberapa isu utama yang boleh mencetuskan persengketaan dengan saudara mara atau komuniti. • Pendidikan kanak-kanak • Makanan dan minuman 7
• Menyambut perayaan budaya atau agama asal • Interaksi sosial dengan jiran-jiran
Persekutuan, Makanan dan Minuman Makanan adalah kurnia Allah untuk dinikmati dan berkat bagi manusia (Lukas 3:11). Namun, Perjanjian Lama telah menggariskan panduan tentang pemakanan; dan umat Allah ditegah dari bercampur gaul dengan orang asing (Imamat 11:8, 11). Hukum makanan Yahudi ialah cara Tuhan memberitahu umatNya bahawa Dia mengingini kesucian melalui kepatuhan kepada hukum-Nya. Perbuatan menahan diri daripada mengambil makanan tertentu itu sendiri tidak menguduskan mereka; sebaliknya ketaatan hati mereka untuk mengasihi Allah dan mengasingkan diri daripada segala yang tidak suci di mata Tuhan, itulah asas bagi kesucian. Namun dengan peredaran masa sehingga kepada Perjanjian Baru, perhatian para umat Allah telah tertumpu pada hukum itu sendiri dan menjadikannya sebagai matlamat sehingga mereka terlupa bahawa itu adalah latihan untuk membentuk kehidupan rohani mereka, supaya tumpuan mereka tertuju kepada Allah sahaja. Menurut Yesus, makanan ialah (Yohanes 4:34):
8
Setelah Yesus mengeluarkan Amanat Agung, muncullah suatu isu yang serius: bagaimanakah umat Allah boleh bergaul dengan mereka yang mempunyai pemakanan dan adat resam yang berbeza? (Sila rujuk Galatia 2:11-21).
Persidangan Yerusalem (Kisah Para Rasul 15:19-20) hanya memberi batasan kepada pengikut Yesus yang bukan bangsa Yahudi untuk “menjauhkan diri daripada makanan yang telah dipersembahkan kepada berhala, daripada percabulan, daripada daging binatang yang mati dicekik dan daripada darah”. Ayat ini tidak menyentuh tentang makanan terlarang dalam Imamat 11. Dengan pengisytiharan ini, para pengikut Yesus yang bukan bangsa Yahudi bebas untuk makan apa sahaja, asalkan ini tidak tertakluk kepada batasan yang tersebut di atas. Bagi Yesus, makanan dan minuman sejati ialah: 1) Firman Tuhan (Matius 4:4) 2) Air Kehidupan daripada Yesus (Yohanes 4:7-14) 3) Melakukan kehendak Bapa (Yohanes 4:34) 4) Bukan yang masuk ke dalam mulut (Matius 15:11, 17-20) Adakah ini bererti bahawa pengikut Yesus pada hari ini boleh makan apa sahaja? Ya dan tidak. Kehidupan ini lebih daripada makanan sahaja (Lukas 12:23). Oleh itu kita harus menggunakan kebijaksaan dalam segala hal. Bacalah Roma 14:1–15:2 dan catatkan pemerhatian anda mengenai ayat ini. 9
Alkitab juga memberitahu kita tentang makanan yang dipersembahkan kepada berhala (1 Korintus 8:1-13). Bincangkan 2 situasi di bawah: Situasi 1: “Apabila saya balik kampung untuk perayaan budaya, biasanya ada hidangan makanan yang sudah didoakan dengan mantera atau ayat-ayat suci mereka. Bolehkah saya memakannya?”
Situasi 2: “Jika secara tidak sengaja saya termakan daging yang diharamkan oleh agama asal saya, sekarang setelah saya menjadi pengikut Yesus, apakah yang harus saya lakukan?”
10
Panggilan untuk Menjalinkan Hubungan yang Positif dan Arif dengan Pihak Berkuasa Kita diseru untuk berhubungan secara positif dengan pihak berkuasa. Roma 13: 1-7 membincangkan beberapa bahagian penting yang diinginkan Tuhan, tentang cara kita berhubungan dengan pihak pemerintah. Bagaimana seharusnya kita berhubungan dengan pihak yang berkuasa dalam Roma 13 13:1 13:2 13:3 13:4 13:5 13:6-7
Mengapa kita patut berbuat demikian?
Ada kalanya Tuhan bertindak dengan membuka jalan bagi kita, agar kita mengadakan hubungan yang positif dengan pihak berkuasa seperti yang berlaku kepada Yusuf dan Potifar (Kejadian 39:1-6). Tuhan bukan sahaja boleh menggunakan kita untuk merahmati pihak-pihak berkuasa; malahan, (sebagai balasan) kita mungkin juga dirahmati atau dibantu oleh para pengikut rahsia atau mereka yang mencari kebenaran. Kita diseru untuk mengadakan hubungan yang arif, iaitu bijak menilai pihak berkuasa. Semasa kita mentaati Roma 13:1-7, kita haruslah arif menilai dengan cermat siapa yang harus kita patuhi dan siapa yang tidak, kerana undang-undang boleh sahaja digunakan sebagai alat pembawa kebaikan mahupun kejahatan. Berikutlah beberapa contoh dalam Alkitab: • Petrus dan Yohanes (Kisah Para Rasul 4:18-19) • Para Rasul (Kisah Para Rasul 5:27-29) 11
12