Terbitan Kristian ď‚…
Alkitab
Buku-buku dalam siri ini: Buku 1: Siapakah Tuhan? Buku 2: Alkitab Buku 3: Identiti & Penyelamatan Buku 4: Penyembahan & Kehidupan Peribadi Pengikut Yesus Buku 5: Apakah Itu Gereja? Buku 6: Perkahwinan, Keluarga & Anak-anak Buku 7: Kehidupan Komuniti Buku 8: Dunia Roh & Peperangan Rohani Buku 9: Pengikut Yesus Kristus, Kerajaan & Undang-undang Buku 10: Akhirat & Kerajaan Allah
Semua rujukan ayat Alkitab dipetik daripada Alkitab © Borneo Sabda Limited kecuali dinyatakan. Hak cipta terpelihara Siri Pemuridan 2—Alkitab Hak cipta terpelihara © 2019
KANDUNGAN Pengenalan 7
Bab 1
Alkitab—Kebenaran yang Mutlak 9
Bab 2
Gambaran Besar tentang Alkitab 15
Bab 3
Gambaran Terperinci tentang Alkitab 21
Bab 4
Membaca Alkitab 29
Kesimpulan 32
Latihan Menghafal Firman Tuhan 33
Betapa manisnya kata-kata-Mu bagiku, lebih manis daripada madu bagi lidahku! Melalui ajaran-ajaran-Mu aku mendapat pengertian; oleh itu, aku membenci setiap jalan yang palsu. Firman-Mu lampu bagi kakiku dan cahaya bagi jalanku. Mazmur 119:103-105
PENGENALAN
D
alam buku ini, kita akan diperkenalkan tentang Alkitab, iaitu firman Allah yang hidup dan berkuasa. Ia juga merupakan buku panduan rohani untuk semua pengikut Yesus Kristus. Kamu akan diberikan penjelasan untuk memahami asal usul, susunan, dasar bagi membaca dan mentafsir (secara ringkas) ayat-ayatnya dan jawapan mengenai pelbagai pertanyaan tentang kebenaran dan kebolehpercayaannya. Apabila kamu telah melengkapkan siri ini, kamu akan mempunyai keyakinan yang lebih besar dan gambaran yang lebih jelas tentang firman Allah, serta kuasa, wibawa dan penerapannya dalam kehidupan kamu.
7
8
BAB 1
ALKITAB— KEBENARAN YANG MUTLAK
A
lkitab ialah firman Allah yang diberikan kepada manusia sebagai medium untuk memahami siapa itu Tuhan dan rancangan-Nya untuk kita di dunia ini. Kitab ini merupakan kitab yang diturunkan oleh Allah bagi kita untuk mengenal dan mendekati-Nya, serta bertujuan untuk mengubah hubungan kita dengan-Nya agar kita menjadi manusia baru dalamNya (2 Korintus 5:17).
Segala ayat dalam Alkitab ialah Firman Allah Apakah kesaksian Alkitab terhadap dirinya sendiri? “Seluruh Kitab Suci diillhamkan oleh Allah .…” (2 Timotius 3:16). “Hukum Taurat disampaikan melalui Musa” (Yohanes 1:17) dan Yesus berkata “Kitab Suci tidak dapat dibatalkan” (Yohanes 10:35). Perkataan-perkataan-Nya ‘datang daripada Roh Kudus dan memberi hidup’ (Yohanes 6:63) dan perkataan-Nya adalah ‘kata-kata hidup yang kekal’ (Yohanes 6:68).
9
Nota: Alkitab menyatakan ia adalah firman Allah dengan penggunaan istilah seperti “beginilah firman Tuhan” (contohnya Yesaya 43:1; Yeremia 31:37; Yehezekiel 45:9; Zakaria 1:4 dan lain-lain), iaitu frasa yang muncul sebanyak beratus-ratus kali. Alkitab ditulis oleh pelbagai orang seperti para nabi (contohnya Musa, Samuel, Elias), para pemimpin/murid-murid Yesus (contohnya Matius, Petrus, Paulus, Yohanes) dan lain-lain.1 Walaupun mempunyai ramai penulis yang berbeza, ini tidak menjadi masalah kerana Alkitab menjawab persoalan ini dalam 2 Timotius 3:16 dan 2 Petrus 1:21. Apakah yang dikatakan oleh dua ayat ini (2 Timotius 3:16 dan 2 Petrus 1:21)?
Allah menyampaikan firman kepada umat-Nya melalui para nabi, para pemimpin dan lain-lain dengan menggunakan daya intelek, pemikiran dan budaya mereka sebagai medium penghantaran mesej-Nya. Sebagai contoh, Tuhan membenarkan Lukas “mengkaji perkara-perkara ini dari mulanya” dan “mengarang cerita-Nya dengan teratur”2 supaya kita boleh mengetahui kebenaran yang sepenuhnya tentang peristiwa yang berlaku dalam kehidupan Yesus Kristus (Lukas 1:3-4). Tuhan tidak melangkaui akal atau fikiran pengikut-Nya yang mencatat firman-Nya; Roh Kudus menjadi panduan, penyelia dan inspirasi penulisan mereka untuk memastikan apa yang ditulis 10
masih datang daripada-Nya. (Allah menempatkan diri-Nya dalam keupayaan manusia melalui proses dan cara mereka berkomunikasi.) Kesemua 66 buku yang terdapat dalam Alkitab mengandungi bahan dan gaya penulisan yang berbeza; Alkitab mempunyai genre atau kesusasteraan naratif, hukum-hukum, arahan ritual, puisi, lagu, khutbah, nubuat, ibarat, surat-surat dan lain-lain. Alkitab tidak terhad kepada satu cara kesusasteraan sebab kehendak Allah bertujuan untuk berkomunikasi melalui semua pengalaman manusia agar kita mengerti maksud firman-Nya dengan lebih mudah dan jelas. Namun, Roh Kudus tetap memainkan peranan yang paling penting untuk memberi kita hikmat kebijaksanaan dan pengertian akan firman-Nya (Yohanes 14:25-26, 1 Korintus 2:14). Alkitab adalah kebenaran yang mutlak kerana ia berasal daripada Allah sendiri dan; Alkitab mengandungi nubuat tentang peristiwaperistiwa yang sudah berlaku. Contohnya: • Abraham dan Sarah akan melahirkan anak (dinubuat dalam Kejadian 17:15-19 dan digenapi dalam Kejadian 21:1-5). • Israel diperhambakan oleh kerajaan Mesir (Kejadian 15:13-16) dan dibebaskan oleh Allah (Keluaran 12:40-41). Peristiwa dan nubuat yang berlaku disaksikan oleh para saksi yang mengesahkannya: • Kematian dan kebangkitan Yesus disaksikan oleh ramai orang (1 Korintus 15:3-8). • Kehidupan Yesus didengar dan dilihat oleh para pengikutNya yang juga pernah menyentuh-Nya (1 Yohanes 1:1-4). Manusia cuba menghapuskan firman Allah tetapi Dia berjanji mengekalkan keseluruhan firman itu untuk selama-lamanya (Yesaya 40:8, Matius 5:18):
11
Tujuan Alkitab disampaikan kepada kita • Pertumbuhan kehidupan rohani kita (1 Petrus 2:2-3). • Memberi petunjuk dan menjadi panduan kita (Mazmur 119:105).
• Membawa berkat rohani apabila kita mentaati hukum-hukumNya (Mazmur 1:1-3). • Mendedahkan dan mengenalpasti fikiran dan niat kita (Ibrani 4:12-13).
• Membimbing kita (2 Timotius 3:16-17). • Mempertahankan iman dan rohani kita apabila menghadapi serangan daripada musuh Allah (Efesus 6:17).
Apakah sikap kita terhadap Alkitab? Dalam Mazmur, Daud menulis sebuah renungan yang panjang tentang sikapnya terhadap Alkitab. Sila baca keseluruhan Mazmur 119. Kemudian, tuliskan pemerhatian anda tentang sikap Daud terhadap firman Tuhan. Renungkan sikap anda terhadap firman-Nya. Adakah anda telah melakukan seperti yang dilakukan oleh Daud? Bagaimanakah sikap anda terhadap firman-Nya selama ini?
12
Adakah anda mengalami kesukaran untuk melakukan seperti yang dilakukan oleh Daud? Mengapa?
13
14
BAB 2
GAMBARAN BESAR TENTANG ALKITAB
A
lkitab harus dipandang sebagai sebuah koleksi kitab yang diwahyukan oleh Allah, ditulis oleh para nabi dan rasulNya. Allah juga memastikan apa yang ditulis oleh para nabi-Nya itu betul, tepat dan tiada cacat-cela. Catatan sejarah, penghantaran dan penyalinan teks Alkitab amat rumit untuk dibahas di sini. Namun, banyak kandungan Alkitab dapat disemak daripada manuskrip-manuskrip lama. Sebenarnya manuskip Alkitab ialah manuskrip tertua yang wujud di dunia (berbanding dengan manuskrip suci yang terdapat dalam agama-agama lain).
Perjanjian Lama kepada Perjanjian Baru Tema utama Alkitab ialah menyampaikan cerita Allah kepada dunia dan manusia ciptaan-Nya tetapi manusia telah terpesong daripada rancangan Tuhan kerana mereka berdosa kemudian dihukum oleh-Nya (Kejadian 3:1-24). Oleh itu, Allah merancang untuk membawa kedamaian kepada manusia supaya mereka boleh kembali ke jalan yang lurus. 15
Alkitab menunjukkan kasih Allah kepada manusia melalui AnakNya yang diutus ke dunia ini, agar berita baik tentang rancangan penyelamatan-Nya bagi manusia boleh diketahui. Dua puluh lima tahun selepas Yesus Kristus diangkat ke syurga, para pengikut-Nya mula mengumpulkan kata-kata-Nya, semua tulisan dan wahyu yang disampaikan Allah kepada mereka. Koleksi pertama dalam Alkitab yang disampaikan kepada para nabi Allah ialah Taurat. Tarikh penulisannya adalah pada zaman Musa, iaitu sekitar abad kelima belas Sebelum Masihi (SM). Berkaitan dengan sejarah Israel, penulisan buku Taurat sehingga penamatan Perjanjian Lama (iaitu buku Maleakhi) bermula daripada waktu kehidupan Musa (1500 SM) sehingga 435 SM.3 Koleksi yang terakhir, iaitu Injil dan surat-surat lain yang ditulis oleh para pengikut Yesus Kristus, tarikh penulisan adalah pada pertengahan abad pertama Tahun Masihi. Alkitab ialah koleksi wahyu Allah yang disampaikan kepada umat-Nya dalam tempoh melebihi 1500 tahun. Alkitab mengandungi 66 buku atau kitab iaitu 39 kitab dalam Perjanjian Lama (termasuk Taurat dan Mazmur) dan 27 kitab dalam Perjanjian Baru (termasuk kitab Injil). Keseluruhan 66 buku dalam Alkitab boleh dibahagikan seperti berikut:
16
Alkitab Perjanjian Lama (39 buku)
Perjanjian Baru (27 buku dan surat)
Kitab Taurat
Nama Kejadian, Keluaran, Imamat, Bilangan, Ulangan Sejarah Yosua, Hakim-Hakim, Rut, 1 dan 2 Samuel, 1 dan 2 Raja-Raja, 1 dan 2 Tawarikh, Ezra, Nehemia, Ester, Ayub Syair Mazmur, Amsal, Pengkhutbah, Kidung Agung Para nabi Yesaya, Yeremia, Ratapan, Yehezkiel, Daniel, Hosea, Yoel, Amos, Obaja, Yunus, Mikha, Nahum, Habakuk, Zefanya, Hagai, Zakharia, Maleakhi Injil Matius, Markus, Lukas, Yohanes Sejarah Kisah Para Rasul SuratRoma, 1 dan 2 Korintus, Galatia, Efesus, surat Filipi, Kolose, 1 dan 2 Tesalonika, 1 dan 2 Timotius, Titus, Filemon, Ibrani, Yakobus, 1 dan 2 Petrus, 1, 2 dan 3 Yohanes, Yudas Wahyu Wahyu
Kebanyakan buku di dalam Taurat ditulis oleh nabi Musa (Ulangan 31:9-13); Mazmur oleh Daud, Injil oleh murid-murid Yesus Kristus (Yohanes 14:26, 16:12-13) dan Surat-surat oleh Rasul Paulus, Petrus dan lain-lain. Terdapat juga buku-buku lain dalam Perjanjian Lama yang ditulis oleh para nabi atau pemimpin lain. Misalnya, buku-buku seperti Yosua, Samuel, Yesaya, dan Yeremia diberi nama berdasarkan nama penulis.
17
Garis besar Alkitab adalah seperti berikut (lihat gambarajah 1):4 Unsur Berkat Kutukan kehidupan (Taurat) (Taurat) Dengan Hubungan Hubungan Allah yang intim dengan Tuhan dan baik terputus dengan (Kejadian Tuhan
Dengan manusia
(Kejadian 2:7-18)
3:10-13)
Hubungan yang harmoni antara satu sama lain
Hubungan antara satu sama lain terputus
(Kejadian 2:22-24)
Dengan bumi
Di bumi Tuhan (Kejadian 2:8-15)
Penyelamatan (Injil) Hubungan dengan Allah disambung kembali
Penyelesaian (Wahyu) Tuhan akan menyertai umat-Nya selama(2 Korintus 5:18) lamanya (Wahyu 21:3-4)
(Kejadian 3:6-7, 12, 16)
Dibuang dari tanah Tuhan (Kejadian 3:23-24)
dan tanah dikutuk
18
Hubungan antara satu sama lain disambung kembali (Efesus 2:13-16)
Tiada tangisan dan perhubungan sosial dengan bangsa lain disembuhkan (Wahyu 21:4; 22:2-3)
Dijanjikan tempat di hadirat Tuhan
Tiada kutukan di kota Tuhan
(Wahyu 21:1-3, (Yohanes 14:1-3) 22-27)
Dengan pekerjaan dan kesihatan
Pekerjaan yang sempurna di bawah Tuhan (Kejadian 2:15)
Pekerjaan dikutuk dan diusahakan dalam kesakitan dan sengsara (Kejadian 3:16-19)
Dengan jiwa manusia
Kehidupan Maut (Kejadian kekal (Kejadian 3:22)
3:19, 22)
Penyembuhan terjadi akibat kesakitan dan kutukan ditanggung oleh Yesus Kristus (Galatia 3:13; 1 Petrus 2:24)
Tiada kesakitan atau sengsara, berusaha bagi Tuhan dengan sempurna (Wahyu 21:4; 22:3)
Maut dihapuskan akibat kebangkitan Yesus Kristus
Menerima kehidupan kekal, tiada lagi maut
(1 Korintus 15:12-28)
(Wahyu 21:6; 22:3)
Di sini, kita boleh melihat bahawa apa yang manusia telah kehilangan akibat dosa yang muncul dalam kehidupan mereka, kesemuanya diselesaikan pada akhirnya dalam buku Wahyu. Berdasarkan garis besar Alkitab dari Kejadian sehingga Wahyu, apakah perspektif baru anda terhadap Alkitab (jika ada)?
19
Setelah melihat gambaran dan garis besar Alkitab, apakah Alkitab bagi anda secara peribadi?
20