Terbitan Kristian ď‚…
Siapakah Tuhan?
Buku-buku dalam siri ini: Buku 1: Siapakah Tuhan? Buku 2: Alkitab Buku 3: Identiti & Penyelamatan Buku 4: Penyembahan & Kehidupan Peribadi Pengikut Yesus Buku 5: Apakah Itu Gereja? Buku 6: Perkahwinan, Keluarga & Anak-anak Buku 7: Kehidupan Komuniti Buku 8: Dunia Roh & Peperangan Rohani Buku 9: Pengikut Yesus Kristus, Kerajaan & Undang-undang Buku 10: Akhirat & Kerajaan Allah
Semua rujukan ayat Alkitab dipetik daripada Alkitab © Borneo Sabda Limited kecuali dinyatakan. Hak cipta terpelihara Siri Pemuridan 1—Siapakah Tuhan? Hak cipta terpelihara © 2019
Buku ini diterbitkan khas untuk orang Kristian.
KANDUNGAN Pengenalan 7
Bab 1
Tuhan dalam Perjanjian Lama 9
Bab 2
Tuhan dalam Perjanjian Baru 15
Bab 3
Yesus itu Tuhan 19
Bab 4
Kehidupan Yesus menurut rancangan Allah dalam Perjanjian Baru 25
Latihan Menghafal Firman Tuhan
Yohanes 1:1-5 29
Penghormatan dan kemuliaan selama-lamanya kepada Raja segala zaman, Allah yang kekal, yang tidak dapat dilihat, dan yang esa. Amin. 1 Timotius 1:17
Dia ialah gambaran Allah yang tidak kelihatan, Dialah anak sulung antara segala yang diciptakan. Kerana melalui Dia segala sesuatu diciptakan: yang wujud di bumi dan di syurga, yang kelihatan dan tidak kelihatan, baik yang bertakhta mahupun yang berkuasa, baik pemerintah mahupun kerajaan; segala-galanya telah dicipta melalui-Nya dan untuk-Nya. Kolose 1:15-16
PENGENALAN
K
ita tidak boleh mengetahui apa pun mengenai Tuhan tanpa Dia mewahyukan diri-Nya kepada kita. Namun oleh sebab Tuhan sangat mengasihi manusia (Yohanes 3:16), dan ingin kita mendekati dan berhubung dengan-Nya, maka Dia melaksanakan satu rancangan yang istimewa dan ajaib untuk memberitahu kita tentang siapa diri-Nya. Dalam siri buku pertama ini, kita akan mengetahui dengan lebih lanjut siapa itu Tuhan yang tercatat dalam Alkitab. Pada permulaan buku ini, anda akan membaca bagaimana Tuhan digambarkan dalam Perjanjian Lama sehingga Perjanjian Baru. Kita juga akan mempelajari ciri-ciri ketuhanan dan hubungan Tuhan dengan ciptaan-Nya, terutamanya manusia. Yang terpenting, kita akan mengenal pasti identiti dan rancangan-Nya di dunia ini. Tujuan pelajaran ini adalah untuk memahami bahawa Tuhan bukan sahaja kuasa atau makhluk yang hebat dalam hidup ini, malahan kita juga sebagai penciptaan-Nya boleh mendekati Dia dengan lebih rapat, menyembah dan menghormati Dia dengan sepenuh kasih.
7
Buku ini terdiri daripada lima bahagian: • Bahagian 1: Tuhan dalam Perjanjian Lama • Bahagian 2: Tuhan dalam Perjanjian Baru • Bahagian 3: Soalan-soalan tentang Yesus • Bahagian 4: Kehidupan Yesus menurut rancangan Tuhan dalam Perjanjian Baru Mari kita bersiap sedia untuk belajar dan memulakan perjalanan kita dengan doa ini: Tuhan yang Maha Esa: Engkaulah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, serta segala isinya. Engkau juga Tuhan yang menciptakan manusia untuk kemuliaan-Mu. Terpujilah nama-Mu. Tolong kami memahami Engkau dan rancangan-Mu dalam hidup ini agar kami dapat mendekati dan menyembah-Mu dengan lebih sempurna. Tolonglah kami agar pengetahuan yang dipelajari dalam buku ini akan membantu kami bertumbuh dalam iman, serta menjadi saksi-Mu dalam kehidupan kami. Terima kasih atas peluang yang diberi kepada kami untuk mengetahui perkara-perkara yang suci ini. Kami mengundang Roh-Mu untuk menjadi sumber pembimbing sewaktu kami mempelajari seluruh pelajaran dalam siri ini. Amin.
8
BAB 1
TUHAN DALAM PERJANJIAN LAMA
D
alam Alkitab, Tuhan diperkenalkan kepada kita dalam berbagai-bagai imej. Contoh-contoh untuk menggambarkan Tuhan dalam Alkitab biasanya menggunakan bahasa metafora. Nota: Gambaran Allah dalam bentuk metafora seperti “Batu� (Mazmur 19:14), pembela yang melindungi dan membela pengikutNya (Mazmur 23), burung yang menjaga anak-Nya (Mazmur 17:8), gagah perkasa (Keluaran 15:1-21), bapa (Yesaya 64:8), singa (Yeremia 49:19) dan sebagainya. Dalam Taurat, Tuhan memperkenalkan diri-Nya sebagai Maha Pencipta, Pereka dan Pemelihara perjanjian-Nya.
9
Tuhan sebagai Maha Pencipta Pada mulanya Allah menciptakan langit dan bumi. Bumi tidak berbentuk dan kosong; kegelapan menyelubungi permukaan samudera, dan Roh Allah melayang-layang di atas permukaan air. Berfirmanlah Allah, “Jadilah cahaya.” Lalu terus ada cahaya. Allah melihat cahaya itu baik, lalu Dia memisahkan cahaya itu daripada kegelapan (Kejadian 1:1-4). Nota: Tiada tuhan lain yang melakukan penciptaan—“Beginilah harus kamu katakan kepada mereka, ‘Para tuhan yang tidak menjadikan langit dan bumi akan lenyap dari bumi serta dari kolong langit ini’ ” (Yeremia 10:11). Sebagai Maha Pencipta, beberapa fakta yang penting mengenai ketuhanan-Nya harus diperhatikan: • Dia wujud sebelum penciptaan. • Dia mewakili kuasa yang paling hebat atas segala ciptaan-Nya (Mazmur 24:1-2). • Segala sesuatu yang difirmankan-Nya akan tercipta. Allah adalah Pencipta yang mempunyai hubungan dengan manusia, ciptaan-Nya. Kejadian 1:26-30 dan 2:4-9, 15-25 memberitahu kita tentang hubungan itu: (1) Dia ingin manusia mewakili-Nya di bumi dan memberi kuasa kepada mereka (Kejadian 1:26). (2) Dia mencipta manusia menurut gambar-Nya (Kejadian 1:27). (3) Dia menyediakan makanan bagi mereka (Kejadian 1:29). (4) Tuhan memerhatikan setiap manusia, Dia menghembuskan nafas hidup kepadanya (Kejadian 2:7).
10
(5) Dia memberikan Adam kebebasan dan perintah (Kejadian 2:16-17). (6) Dia menciptakan penolong bagi Adam agar dia tidak keseorangan (Kejadian 2:18). (7) Penolong yang diciptakan untuk Adam adalah sepadan dengannya (Kejadian 2:18). Adakah anda dapat melihat hubungan itu dalam kehidupan anda sekarang? Bagaimana?
Allah sebagai Pereka dan Pemelihara Perjanjian-Nya Allah berhubung dengan manusia melalui perjanjian yang dibuat oleh-Nya dengan kita. Perjanjian ini merupakan satu persetujuan di antara Tuhan dengan manusia, untuk memberkati mereka serta memberi syarat bagaimana mereka harus berhubung dengan-Nya. Pada mulanya, segala ciptaan Allah itu “baik� (Kejadian 1:3, 10, 12, 18, 21, 25). Tetapi manusia telah melanggar syarat-Nya untuk menikmati hidup di dunia yang sempurna itu. Sila baca Kejadian 3:1-24 dan catatkan apa yang berlaku di sini:
11
Selepas itu, segala fikiran dan kemahuan manusia cenderung melakukan kejahatan. Tuliskan beberapa aspek kehidupan anda yang mungkin terjejas oleh sikap dan perbuatan manusia yang berdosa:
Rancangan Tuhan untuk memperbaiki masalah ini Disebabkan oleh dosa manusia, Adam dan Hawa diusir dari Taman Eden. Namun Allah masih mengasihi manusia dan berhubung dengan mereka. Ketika itu, Allah memilih orang yang penuh beriman dan dapat memimpin umat-Nya untuk menjadi pengantara-Nya dengan manusia. Contohnya, melalui nabi Musa sebagai pengantara-Nya, Tuhan memberikan 10 hukum yang baru kepada umat-Nya. Nyatakan Sepuluh Hukum itu (Keluaran 20:3-12):
12
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Allah menggariskan ketetapan bagaimana dosa boleh ditebus dan manusia boleh disucikan, agar umat Allah dapat mendekati dan menemui Dia, serta beribadah dalam keadaan yang sempurna. Nota: Dalam Perjanjian Lama, orang Yahudi perlu mematuhi syarat-syarat Korban Penghapus Dosa (Imamat 4:1-5:13), Korban Penebus Kesalahan (Imamat 5:14–6:7), Korban Bakaran (Imamat 6:8-13), Korban Sajian (Imamat 6:14-23) agar mereka tidak dihukum Tuhan. Dosa merupakan perkara yang sangat serius, yang harus ditebus sebelum manusia boleh mendekati Tuhan. Dosa boleh membawa hukuman mati (Roma 3:23), oleh itu penebusan dosa itu hanya boleh dilaksanakan dengan pengorbanan seekor binatang sebagai ganti, iaitu binatang yang mati tersebut akan menggantikan orang yang harus mati. 13
Adakah ini memperbaiki masalah perhubungan antara manusia dan Tuhan? Tidak, kerana manusia masih lagi berdosa dan tidak berupaya mematuhi semua hukum dan syarat-Nya. Kemudian, Allah dengan belas kasihan-Nya membuat satu perjanjian yang baru dengan umat-Nya (Yesaya 61:8) dan melibatkan pengutusan seorang Penyelamat. Yesaya 52:13-53:12 menggambarkan dengan terperinci siapa Penyelamat itu. Sila baca petikan tersebut dan catatkan beberapa pemerhatian anda tentang Penyelamat itu:
Daripada ayat-ayat kitab Yesaya di atas, bandingkan seorang yang bernama Yesus dalam (Lukas 23:13-19, 32-36, 44-49, 53-54).
Allah telah mengutus Yesus dan kedatangan-Nya merupakan rancangan Tuhan untuk menyelamatkan manusia daripada dosa. Yesus adalah korban yang tidak perlu diulangi setiap hari. Korban ini akan menghapuskan dosa dan membawa pendamaian agar hukuman Tuhan terhadap kita akan dihapuskan.
14
BAB 2
TUHAN DALAM PERJANJIAN BARU
K
ita sudah melihat bahawa Tuhan boleh berhubung dan bertemu dengan manusia serta para nabi-Nya (seperti Musa dalam Perjanjian Lama). Namun begitu, hadiratNya diperlihatkan secara samar-samar seperti melihat melalui cermin (1 Korintius 13:12)—manusia tidak dapat melihat sepenuhnya wajah Tuhan atau berada di hadirat-Nya. Jika ini berlaku, manusia akan dihukum mati (Keluaran 33:20).
Untuk terus mendekati manusia dan menyelesaikan dosa manusia yang tidak dapat ditebus dengan sempurna dalam Perjanjian Lama, maka Tuhan mengutus Yesus. Sila baca Yohanes 1:1-38 dan catatkan pemerhatian anda tentang siapa Yesus itu:
15
Dalam teks yang sudah dibaca, kita diberitahu bahawa Yesus, iaitu firman Allah, datang agar Tuhan dapat difahami dengan lebih jelas dan terperinci (Yohanes 1:14-18). Ketika Allah mengutus firman-Nya, Yesus datang ke dunia ini sebagai bayi. Proses kedatangan firman-Nya sebagai manusia dipanggil inkarnasi—Tuhan yang adalah roh telah menjadi manusia. Lukas 1:26-37 memberitahu kita demikian: Dalam bulan yang keenam, malaikat Gabriel diutus Allah ke Nazaret, sebuah kota di jajahan Galilea, kepada seorang anak dara yang telah bertunang dengan seorang lelaki yang bernama Yusuf daripada keturunan Raja Daud. Nama anak dara itu ialah Maria. Malaikat itu datang kepadanya lalu berkata, “Salam kepadamu yang amat diredai! Tuhan bersamamu!” Hati Maria runsing mendengar kata-kata itu dan dia tertanya-tanya akan maksud salam tersebut. Seterusnya malaikat itu berkata kepadanya, “Janganlah takut, hai Maria, kerana engkau telah diredai Allah. Engkau akan hamil dan melahirkan seorang anak lelaki. Engkau hendaklah menamai-Nya Yesus. Dia akan menjadi mulia dan Dia akan digelar Anak Allah Yang Maha Tinggi. Tuhan Allah akan mengurniakan takhta Daud, nenek moyang-Nya itu kepadaNya. Dia akan merajai keturunan Yakub selama-lamanya; dan kerajaan-Nya berkekalan”. Lalu Maria berkata kepada malaikat itu, “Bagaimanakah perkara ini dapat berlaku, sedangkan aku masih dara?” Malaikat itu menjawab, “Roh Kudus akan turun ke atasmu, dan kuasa Allah Yang Maha Tinggi akan menaungimu. Oleh itu, anak suci yang akan dilahirkan akan digelar Anak Allah. Tambahan pula, saudaramu Elisabet yang dahulu dikatakan mandul pun telah hamil enam bulan walaupun dia sudah tua. Sebabnya bagi Allah tidak ada yang mustahil”.
16
Dalam bahagian ini, kita menyedari bahawa Tuhan mesti mendedahkan ataupun menyatakan diri-Nya kepada kita agar manusia dapat mengenali-Nya. Kita tidak dapat ‘menemui-Nya’ dengan usaha kita sendiri, sebaliknya kita memerlukan Tuhan untuk menyatakan hadirat dan wahyu-Nya kepada kita. Oleh yang demikian, Allah telah membuat pilihan muktamadNya. Dia telah menjadi manusia dan berhubung dengan kita secara langsung. Oleh sebab sifat Allah, maka Dia sahaja yang dapat menjadi manusia secara langsung, dan hanya Allah yang berhak bercakap bagi pihak diri-Nya sendiri. Dia berbuat demikian sebab kita hanya manusia yang fana, lagipun dicemari dosa, serta telah memutarbelitkan wahyu dan tujuan Tuhan yang sebenarnya dalam hidup kita sebagai manusia. Maka Allah sendiri harus menjalinkan hubungan dengan kita kerana para nabi dan pengantara yang lain tidak sempurna untuk menjadi ‘saluran’ bagi inkarnasi-Nya! Justeru itu, inkarnasi bermakna Tuhan bersama-sama manusia dalam rupa bentuk manusia. Filipi 2:5-7 menghuraikan sifat-Nya seperti berikut:
Namun, walaupun Dia lahir dan hidup sebagai manusia di bumi ini, Dia tetap Tuhan. Tetapi, ini tidak bermakna Yesus lahir sebagai manusia terlebih dahulu dan kemudiannya menjadi Tuhan. Dia ialah Tuhan-manusia semasa di bumi; Dia memiliki dua ciri keberadaan yang wujud secara serentak.
17
Oleh itu, Dia layak menjadi Wakil dan Pengutus Tuhan yang terutama. Yohanes 1:14 berkata bahawa “Firman itu menjadi manusia dan hidup dalam kalangan kita.� Melalui firman yang hidup ini, Allah telah menyatakan diri-Nya kepada umat manusia (Yohanes 1:18). Ketika inkarnasi Yesus berlaku dan hidup bersama manusia dalam rupa bentuk manusia, Dia memang memahami semua kesusahan, kelemahan, pencubaan dan penderitaan kita sebagai manusia (Ibrani 4:14-16). Penglibatan-Nya sebagai manusia termasuklah menangani masalah dosa dan perhubungan kita dengan Tuhan. 1) Adakah anda dapat mendekati Tuhan dengan kekuatan sendiri? Mengapa?
2) Apakah yang kita sepatutnya lakukan apabila kita menghadapi godaan? (Ibrani 4:14-16).
18