cerpen Oleh: Haidar Mahmud hahril melangkahkan kakinya memasuki bas Transnasional itu. Setelah membayar tambang RM1.50, dia pun mengambil tempat duduk di bahagian tengah bas itu. Beg pakaiannya diletakkan di kerusi besebelahan denganya. Pada waktu tengah hari begini, tidak ramai yang menggunakan perkhidmatan bas awam ini, jadi Shahril tidak perlu risau untuk mengalihkan begnya itu kerana masih terlalu banyak kerusi yang kosong. Bas pun mula bergerak. Shahril menghalakan pandangannya ke luar tingkap. Kini dia sudah bergelar lepasan sekolah itu. Baru beberapa jam yang lalu Shahril bersama-sama dengan rakan-rakannya bersorak gembira kerana peperiksaan SPM telah selesai. Kini, dia bersendirian di dalam bas itu. Semua kawankawannya pulang dengan ibu bapa masingmasing, kerana ingin membawa barang yang banyak; maklumlah sekolah berasrama penuh. Shahril lebih suka pulang dengan bas kerana tidak mahu menggangu ibu dan ayahnya yang bekerja. “Dik, bangun dik… Dah sampai stesen terakhir ni”, Suara seorang perempuan kedengaran. Shahril membuka matanya. Dilihatnya sekeliling. Para penumpang sedang bergerak turun dari bas. Rupanya-rupanya dia telah sampai di stesen yang terakhir. Mungkin terlalu penat sehingga dia sedar yang dia telah tidur sepanjang perjalanan tadi. “Terima kasih makcik”, Shahril tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada makcik tadi. Shahril mengangkat begnya lalu turut turun dari bas. Dia melihat jam di tangannya. Kemudian melihat sekeliling. Memerhati jika ada kelibat bas yang ingin dinaikinya. Dia perlu menaiki lagi sebuah bas untuk ke rumahnya. Nampaknya bas itu belum tiba. “Lepak la dulu. Jalan-jalan cuci mata. Dah lama tak lepak-lepak ni. Kat sekolah mana boleh”, bisik hati Shahril. Dia pun terus menuju ke pusat membeli belah yang bersebelahan dengan stesen bas itu. Shahril mengambil tempat di sebuah kerusi kosong di situ. Dia memerhatikan gelagat orang ramai. Dia melihat sekumpulan remaja sebaya dengannya sedang bergelak ketawa manaiki eskelator menuju ke tingkat atas. Dia tahu di situlah tempat remaja-remaja sekarang melepak menghabiskan masa bersuka ria bermain permainan video dan menonton wayang. Bercampur laki dan perempuan. Hati Shahril galak. “Best jugak kalo dapat join diorang. Camne agaknye ye? Mesti best dapat tengok wayang, main game, lepak-lepak dengan awek. Lagi pon aku ni dah habis sekolah”. Hati Shahril berbisik nakal. Kerana dia bersekolah asrama, dia tidak pernah melalui semua ini. Di sekolah, pergaulan antara lelaki dan perempuan amat terbatas. Waktu cuti bulanan pula digunakan untuk berehat di rumah sahaja. “Apa salahnya kalau aku pergi lihat-lihat sekejap kat atas tu. Nak jugak aku rasa keseronokan remaja ni”. Shahril semakin tewas dengan ajakan nafsunya. Ilmu agama yang dipelajarinya dalam kelas Pendidikan Islam tidak mampu membe-
S
pemβ β ina
tenginya dari ajakan itu. Shahril pun memegang begnya itu lalu bangun untuk menuju ke eskelator. Belum pun sempat Shahril melangkah,dia disapa oleh seseorang. “Assalamualaikum dik.” Orang itu memberi salam. “Waalaikumsalam,” jawab Shahril. “Abang nak tumpang tanya skit boleh?” tanya orang itu pada Shahril. “Boleh. Apa dia?” tanya Shahril pula. “Sekarang dah pukul berape ye? Shahril melihat jam tangannya. “Oh, sekarang dah pukul 2 bang.” Jawab Shahril. “Pukul 2! Dah zohor dah ni. Terima kasih dik. Abang belum solat lagi ni. Erm... adik dah solat?” Abang itu sempat bertanya pada Shahril. “Erm… belum lagi bang”, jawab Shahril perlahan. “Kalau macam tu, jomla solat sekali dengan abang. Dapat pahala 27 kali ganda. Sape tak nak kan. Banyak tu”, kata abang tu bersahaja sambil tersenyum. “Ok jugak.” jawab Shahril, terlupa niatnya tadi untuk menjengah ke tingkat atas. Setelah selesai solat. Shahril menyandarkan diri di dinding bahagian belakang surau. Abang tadi bangun menunaikan solat sunat. Shahril hanya memerhati sambil menyarung stoking ke kakinya. Di lihat keluar tingkap, hujan turun agak lebat. Shahril ambil keputusan untuk berehat sebentar di situ sementara menunggu hujan reda. “Baru habis SPM ke?” Tanya abang tadi yang telah selesai solat sunat sebentar tadi. “Ha’ah”, jawab Shahril ringkas. Tidak mahu memikirkan sangat tentang peperiksaan. Baginya, dia sekarang sudah bebas. Buat apa nak pikir lagi tentang SPM. Bagai memahami bisik hati Shahril, abang tersebut tidak bertanya lanjut tentang SPM. “Saya Mohd Kamal… panggil Kamal je… abang Kamal pun boleh.” Abang tadi memperkenalkan diri. Senyuman itu tetap terlekat di bibirnya. Seolah-olah memancarkan aura yang menyebabkan Shahril merasa begitu senang dengan abang Kamal.” “Saya Shahril… panggil je Shah.” Shahril memperkenalkan dirinya pula. Di surau yang kecil dan agak tidak terurus itulah bermulanya satu ikatan antara dua insan. Yang tiada apa-apa kepentingan duniawi, tiada pertalian darah atau sebarang niat yang salah. Itulah yang dinamakan ukhuwwah islamiah. Ikatan di atas dasar keimanan. Hari itu, Abang Kamal berbesar hati menghantar Shahril ke rumahnya disebabkan hujan yang lebat tidak menunujukkan tanda untuk reda. Kebetulan abang Kamal tinggal tidak jauh dari kawasan perumahan Shahril. Semenjak hari itu, hubungan antara mereka semakin rapat. Abang Kamal selalu mengajak Shahril melakukan aktiviti bersama. Katanya,masa kosong yang ada mesti diisi dengan benda baik, kalau tidak benda yang sebaliknya yang mengisi masa itu. Adakalanya, abang Kamal mengajak dia bermain futsal bersama rakan-rakan abang Kamal. Apa yang menarik hati Shahril ialah per-
w w w . p e m b i n a . c o m . m y
buletin
Sekarang Sudah Pukul Berapa Ye? bezaan yang ketara antara kawan-kawan abang Kamal yang menutup aurat dan begitu bersopan ketika bermain. Sangat berbeza dengan kumpulan-kumpulan lain. Dia juga telah berkenalan dengan beberapa rakan baru yang sebaya dengannya. Mereka juga datang atas ajakan abang Kamal. Masa berlalu beberapa ketika. Suatu hari, abang Kamal telah mengajak Shahril untuk keluar makan. Sampai sahaja di restoran yang dijanjikan, Shahril melihat abang Kamal bersama dengan beberapa rakan lain. Apabila diamati,rupa-rupanya mereka ialah Adam, Hafiz dan Abdullah. Mereka pernah beberapa kali bertemu ketika bermain futsal bersama. Abang Kamal lalu menjemput Shahril duduk. Malam itu, Shahril merasai satu lagi perasaan yang menakjubkan. Dia dan rakan-rakannya tadi telah disatukan dalam satu kumpulan yang abang Kamal namakan sebagai ‘usrah’. Kata abang Kamal, ‘usrah’ tu maksudnya keluarga. Tujuannya ialah untuk mereka berbincang-bincang. Berkongsi ilmu, berbincang masalah dan mengisi masa kosong dengan aktiviti berfaedah secara bersama-sama. Kata abang Kamal lagi. Kita kalau nak buat baik jangan sorang-sorang. Nanti bila kita buat silap tak ada orang nak tegur kita. Sebab tu lah kita kena ada usrah, boleh saling bantu membantu. Semenjak pertemuan pertama itu, Shahril telah berubah menjadi seorang yang benarbenar faham akan matlamat hidupnya. Mereka akan berjumpa seminggu sekali. Abang Kamal selalu berpesan supaya mengingati pengorbanan yang telah dilakukan oleh orang sebelum kita hingga kita dapat kecapi nikmat iman. Kini,tugas kita pula untuk berkorban demi masyarakat terutamanya remaja yang sangat jauh dari sinar iman.
pemβina
SUARA GENERASI BELIA
1326-07-SEL
T A H U N
Masa pantas berlalu. Hari ini Shahril akan memasuki universiti UiTM. Dia mendapat keputusan yang agak memberangsangkan dalam SPM. Telefon bimbitnya berbunyi. Hanya SMS…Dari abang Kamal. Shahril cepatcepat membacanya. “Assalamualaikum Shah, selamat memasuki alam universiti. Tahniah abang ucapkan. Satu je pesanan abang.Hidup kita tiada nilainya hinggalah kita melangkah kehadapan meninggalkan segala kejahilan di belakang kita. Wassalam” “Waalaikumsalam. Terima kasih abang kerana telah mengajarku melangkahkan kaki ini”, ringkas Shahril membalas mesej abang Kamal. Kedengaran dari jauh pengumuman diumumkan. Penuntut baru dikehendaki berkumpul di dewan taklimat. Shahril mengambil tempat duduknya di bahagian belakang. Dia melihat-lihat sekeliling. Dia memandang orang di sebelahnya. “Assalamualaikum. Boleh tumpang tanya. Sekarang dah pukul berapa ye?” Shahril memulakan bicaranya. Sambil tersenyum mesra.
8
B I L .
2
E D I S I
J A M A D I L
A K H I R
1 4 2 9
-Untuk Ahli Sahaja-
tinta presiden
Hari Konvokensyenku
S
elamat datang dan tahniah kepada adik-adik yang baru menempatkan diri di institut pengajian tinggi awam dan swasta (Universiti). Adik-adik, sebenarnya kebanyakan dari kita mempunyai perasaan yang sama apabila melalui pengalaman ini. Kita mendaftar ke universiti, membawa harapan yang tinggi menggunung dari keluarga. Tidak mengira tentang latar belakang keluarga, kita sebenarnya adalah harapan mereka. Pengorbanan mereka terlalu banyak dan tidak akan mampu untuk kita balas. Mereka bersengkang mata, memerah keringat, menahan kemahuan dan menahan lapar bagi memastikan harapan ini akan menjadi kenyataan. Apa yang kita gambarkan sebaik melangkah ke tempat pendaftaran universiti masing-masing adalah hari konvokesyen kita beberapa tahun lagi. Seperti gambaran yang kita ketahui melalui pengalaman abang/kakak kita, cerita tv yang ditonton atau cerita dari mulut ke mulut. Hari dimana kita m e n d a p a t penghargaan hasil DALAM EDISI INI! dari titik peluh kita, segulung ijazah diberikan dalam negeri kita suasana yang gilang gemilang. Dewan yang dihias muslimah i n d a h , b e r i b u pasang mata melihat setiap langkah kita di atas p en tas . Paka ian baitul muslim yang hebat, bunyibunyian yang h e b a t , pengisytiharan cerpen k e m e n a n g a n d i a t a s j e r i h - p e r ih y a n g k i t a tumpahkan. G a m b a r a n gambaran ini yang membuatkan kita urus wang anda berazam tidak akan membazirkan sedikit pun waktu. ...dan banyak lagi! A d i k - a d i k y a n g dikasihi Allah.
-Isu Murtad
……………………………………….
1
-Muhasabah Diri
-Pertunangan Bukan Lesen P
-Sekarang Sudah Pukul Berapa Ye? -Tips Pengurusan II
pemβ β ina
Tingkah laku dan perasaan kita tadi merupakan fitrah yang Allah telah ciptakan bersama kelahiran kita ke dunia. Melalui kaedah yang sama juga Allah mendidik kita bagi menghadapi perhimpunan yang lebih besar dari itu. Diceritakan kegemilangan, kegerunan, kekacauan di hari k o n v o k e s y en b a g i s e l u r u h u m a t m a n u s i a . H ar i penganugerahan yang tiada tolok bandingnya atau hari
“...kamu memang berhak untuk tidak membuang masa bahkan membuat persiapan setiap masa kerana perhitunganya di akhirat kelak amat teliti.” bencana yang tidak terperi seksanya. Perhimpunan agung yang diberikan `ijazah’ samada kita berjaya atau gagal dengan diperhatikan oleh Rasul yang kita kasihi dan orang-orang yang beriman. `Dan terang benderanglah bumi (Padang Mashyar) dengan cahaya (keadilan Tuhanya), dan dibe rikan buku (perhitungan perbuatan masing-masing) dan didatangkanlah para Nabi dan saksi-saksi dan diberikan keputusan di antara mereka dengan adil, sedang mereka tidak dirugikan’ (Az-Zumar: Ayat 69). Oleh itu adik-adik, kamu memang berhak untuk tidak membuang masa bahkan membuat persiapan setiap masa kerana perhitunganya di akhirat kelak amat teliti. `Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang yang bersalah ketakutan terhadap apa yang tertulis di dalamnya, dan mereka berkata ; `Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak meninggalkan yang besar, melainkan mencatat semuanya, Dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juapun’ (Al-Kahfi: Ayat 49). Jadikan dirimu... adik-adik... sebagai hambaNya yang sebenar. Jadikanlah perjuanganmu didunia adalah sebahagian dari perjuangan untuk akhiratmu. Wassalam. Dr Kamil Azmi Tohiran Presiden, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)
1
negeri kita
baitul muslim
Isu Murtad
PERTUNANGAN BUKAN LESEN ‘P’
Oleh: M Firdaus Sabturani
T
anggal 8 Mei 2008 telah mencatatkan satu lagi peristiwa bersejarah melibatkan kesucian Islam di Malaysia yang tercinta. Buat pertama kalinya mahkamah telah membenarkan permohonan seorang mualaf untuk mendapatkan pengisytiharan keluar daripada agama Islam atau istilah tepatnya murtad.. Keputusan ini cukup signifikan dari perspektif sistem kehakiman tanahair kerana ia akan dijadikan ‘benchmark’ bagi kes-kes permohonan murtad yang lain selepasnya. Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang memutuskan untuk menerima permohonan murtad Siti Fatimah Tan Abdullah berdasarkan hujah beliau tidak mengamalkan ajaran Islam sejak memeluk agama itu pada 1998. Menurut Siti Fatimah, beliau tidak pernah yakin dengan ajaran Islam dan hanya memeluk agama itu sekadar untuk mencukupkan syarat bagi membolehkannya berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Iran
Oleh: Ustaz M Fauzi Asmuni
pada 2004. Siti Fatimah bertindak memfailkan permohonan untuk keluar daripada Islam selepas ditinggalkan suaminya yang menghilangkan diri tanpa sebarang sebab. Dalam permohonannya juga, beliau menyatakan bahawa sepanjang memeluk Islam, dia masih lagi menyembah berhala-berhala mengikut ajaran agama asalnya, Buddha dan memakan daging khinzir. Peristiwa ini jelas menggambarkan perbuatan merendahkan martabat Islam. Islam kini seolah-olah sama tarafnya dengan agama dan fahaman lain, boleh keluar masuk sesuka hati. Kalimah syahadah yang merupakan penentu syurga atau neraka diperlakukan tidak lebih sekadar lesen perkahwinan. Persoalannya sekarang, apakah peranan kita untuk mempertahankan kesucian Islam sekaligus mengelakkan peristiwa seumpama ini daripada berulang?
“Kalimah syahadah yang merupakan penentu syurga atau neraka diperlakukan tidak lebih sekadar lesen perkahwinan.”
R
asanya rata-rata pasangan yang sedang di dalam tempoh pertunangan akan menghadapi masalah mengawal batas-batas perhubungan di antara pasangan. Kalau sebelum bertunang segala-galanya jelas; tidak boleh dating, tidak boleh berbalas sms, tidak boleh tegur menegur ikut suka dan sebagainya, tetapi di dalam tempoh pertu-
nangan ianya akan menjadi sedikit kelabu. Mungkin sebab itulah agaknya sebahagian ibu bapa lebih suka menangguhkan majlis pertunangan dan melewatkannya sehingga hampir-hampir hari pernikahan. Ibu bapa tidak yakin agaknya anak-anaknya yang wara’ ini boleh mengawal perasaan dan jiwa mudanya ketika tempoh bertunang. Sebelum ini saya lebih suka jika mana-mana pasangan yang telah nekad untuk hidup bersama melangsungkan pertunangan rasmi agar setiap pasangan merasai
Siti Fatimah bersama peguamnya.
dunia kita
Sichuan Digegar Gempa Oleh: M Firdaus Sabturani
B
eberapa minggu telah berlalu sejak peristiwa gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter melanda wilayah Sichuan di China. Bencana dahsyat itu telah mengorbankan lebih 20 ribu nyawa dan menyebabkan kerugian harta benda melebihi AS$20 billion. Sehingga kini, negara tersebut masih bergelut untuk mengatasi pelbagai masalah susulan gempa seperti kesulitan untuk mengebumikan mayat, merawat mereka yang cedera dan menempatkan mangsa yang hilang tempat tinggal. Selain itu, mangsa-mangsa bencana berdepan masalah bekalan
makanan dan air yang tidak mencukupi. Mereka juga menghadapi risiko menularnya wabak penyakit akibat mayat tidak diuruskan dengan sempurna dan segera. Pihak berkuasa China pula khuatir gempa bumi tersebut bakal mengundang krisis kestabilan sosial lantaran perasaan gelisah dan kelesuan yang kian meningkat di kalangan mangsa. Kesan tidak langsung juga turut mengundang bahaya yang lebih besar di mana kejadian gempa bumi telah mengakibatkan masalah yang lebih besar di mana lebih ratusan ribu nyawa penduduk di sekitar wilayah tersebut berdepan dengan risiko ditenggelami air akibat pembentukan ‘tasik gempa’ dan juga retaknya empangan-empangan hidroeletrik di kawasan tersebut.
“…manusia hanya mampu merencanakan tetapi Allah SWT jualah yang menentukan.”
pemβ β ina
“Pertunangan dalam erti kata mudahnya adalah satu proses menanda bahawa diri ini sudah berpunya… Dalam erti kata mudah kita kata pertunangan ini hanyalah satu proses ‘cup’ sahaja.” Ironisnya, bencana gempa ini berlaku di saat penduduk China bersiapsedia untuk meraikan detik-detik penuh bersejarah apabila negara republik tersebut buat pertama kalinya akan menganjurkan Sukan Olimpik pada Ogos depan. Kejadian ini justeru menyedarkan kita bahawa manusia hanya mampu merencanakan tetapi Allah SWT jualah yang menentukan. Lebih penting lagi, di sebalik gahnya temasya Olimpik yang bakal menjelang, ada isuisu besar lain yang perlu diberikan perhatian sewajarnya.
2
sedikit komitmen dan menyediakan diri untuk perkahwinan itu. Tetapi setelah melihat beberapa kes yang berlaku kepada beberapa pemuda-pemudi wara’, rasa seperti saya terpaksa menyokong pula pandangan kebanyakan ibu bapa. Pertunangan dalam erti kata mudahnya adalah satu proses menanda bahawa diri ini sudah berpunya. Sebab itu lepas seseorang bertunang, dia akan pakai satu cincin yang di dalam masyarakat kita dikenali sebagai cincin tanda. Kalau orang Arab, mereka akan
pemβ β ina
memakai cincin tersebut di jari tertentu untuk menunjukkan bahawa dia sudah bertunang. Kalau sudah berkahwin, cincin dipakai di jari lain. Dalam erti kata mudah kita kata pertunangan ini hanyalah satu proses ‘cup’ sahaja. Ada atau tidak apa-apa komitmen semasa tempoh pertunangan?
Jawapannya ada tetapi amat sedikit. Lelaki tidak wajib memberikan nafkah. Wanita pula tidak wajib taat dan minta izin ke mana-mana dari tunangnya. Lelaki tidak wajib menyediakan rumah dan wanita pula tidak wajib mengemas rumah tersebut untuk tunangnya. Jika putus tunang, tidak ada eddah dan tidak juga perlu untuk pulangkan kembali hadiahhadiah pertunangan kecuali mahar untuk perkahwinan yang kadangkadang diberikan awal. Komitmen yang perlu diberikan adalah wanita perlu setia dan tidak menerima pinangan orang lain kecuali setelah pertunangan itu diputuskan secara rasmi. Lelaki mungkin boleh meminang orang lain sebab syarak benarkan dia untuk berkahwin empat, tapi macam gelojoh sangat pula jika si lelaki meminang lebih dari seorang wanita semasa masih bujang. Ini semua kerana pertunangan bukan perkahwinan. Bezanya amat jauh. Kebenaran yang diberikan oleh syarak kepada orang yang bertunang tidak sama dengan kebenaran kepada orang yang sudah berkahwin. Pemilikan mutlak masih lagi belum berlaku. Maka batas-batasnya sama seperti orang-orang bujang yang lain. Si wanita pada tunangnya adalah orang asing. Kalau si wanita jumpa ayah lelaki tersebut dalam tempoh pertunangan masih lagi belum boleh mencium tangan ayahnya sebab ayah
lelaki itu pun masih lagi orang asing. Nak panggil ayah mungkin boleh tapi tak payahlah kot, macam mengadangada rasanya. Tidak ada ikatan lagi. Bahkan sebenarnya ayah lelaki tersebut boleh berkahwin dengan tunang anaknya itu kalau putus tunang. Oleh itu kena kuatkan iman sepanjang tempoh pertunangan. Nak bercakap-cakap boleh kalau ada sebabnya dan dengan adab-adabnya. Ada orang tengah seperti ada ahli keluarganya sekali. Begitu juga berutus sms atau email. Dating tidak sama sekali. Keluar makan sama-sama juga tidak sama sekali.
“...pertunangan bukan perkahwinan. Bezanya amat jauh. Kebenaran yang diberikan oleh syarak kepada orang yang bertunang tidak sama dengan kebenaran kepada orang yang sudah berkahwin. Permilikan mutlak masih lagi belum berlaku.” Saya pernah melihat satu kes di depan mata saya sendiri di mana seorang lelaki bertunang dengan seorang wanita. Dia menziarahi keluarga wanita tersebut bersama keluarganya. Sampai situ ok lagi. Tiba-tiba lelaki tadi memanggil wanita, tunangnya itu dan meminta tuangkan air. Ya salaammm. Tak bolehlah macam tu. Dalam satu kes yang lain pula lebih berat dari itu, si wanita memanggil tunangnya dengan kuat di hadapan semua ahli keluarga ‘ABANG’. Belum jadi ‘abang’ lagi saudari! Sabarlah sikit. Jangan tunjuk sangat depan orang. Semua orang tahu awak tu tengah seronok. Kesimpulannya jagalah batas-batas dengan tunang sama seperti kita menjaga batas dengan orang lain. Ada sedikit tarikan untuk kita mengexpesskan perasaan kita kepada tunang, kawallah perasaan itu. Nanti lepas akad, ungkapkanlah ‘kaulah ratu hatiku’ dan sebagainya. Bersabarlah sedikit demi sebuah perkahwinan yang Islamik.
7
wanita
urus wang anda
Muhasabah Diri
Oleh: M Zuraidi Zakaria
Beberapa Tips Ringkas Pengurusan Kewangan Peribadi (bahagian 2)
Oleh: Nadia Zulkipli Kemunculan deen Islam di tengah-tengah selaput jahiliyah yang tebal di kalangan masyarakat Arab merupakan satu rahmat besar terutamanya kepada kaum wanita. Jika sebelum ini kaum wanita sering ditindas, diperhamba sesuka hati, anak perempuan ditanam hidup-hidup dan pelbagai lagi tekanan kepada kaum wanita, tradisi jahiliyah ini dibersihkan oleh deen Islam. Kini, di dalam kecelaruan antara Islam dan jahiliyah, kaum wanita sekali lagi menjadi mangsa keadaan. Namun, ironisnya, jika dahulu, kita mungkin tidak rela kedudukan dan kehormatan kita diinjak-injak, hal sebaliknya yang berlaku di zaman ini. Sesetengah kaum wanita malah membenarkan diri mereka dieksploitasi dan diperguna sewenang-wenangnya oleh kaum lelaki. Fitrah wanita yang lemah lembut dan mudah terusik telah dimanipulasi dengan hebatnya. Sifat empati yang tinggi kadang-kala menghumbankan kaum wanita ke dalam jurang kebinasaan. Jadi, bagaimana harus kita mengendalikan fitrah yang murni dengan sebaiknya? Potensi manusiawi dalam diri seseorang biasanya bergantung kepada kata hati. Sebagai contoh, secara umumnya kita mengetahui air sentiasa memenuhi wadah yang menampungnya; seperti air yang memenuhi kolam dan lautan. Begitu juga wadah hati yang sewajarnya diisi dengan limpahan ketakwaan. Fikirkan sejenak, jika hati tidak diisi dengan mengingat Ilahi, apa lagi yang wajar berada di situ? Apa dan siapa yang lebih berhak untuk memenuhi ruang hati selain pemilik hakiki hati itu sendiri? Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya Allah itu cemburu dan orang yang beriman juga cemburu. Kecemburuan Allah, yaitu jika orang mukmin melakukan apa yang diharamkan baginya. (Sahih Muslim No.4959) Namun, acap kali kita lalai..bagi seorang Muslimah, kita disuruh menundukkan pandangan, dianjurkan untuk solat pada awal waktu,
digesa berbuat baik sesama kita hatta kepada jiran kita pun, diseru untuk mengerjakan amal makruf nahi mungkar, diseru untuk tidak melunakkan suara dan pelbagai lagi bentuk pengabdian dan penyerahan diri kepadaNya. Apa yang nyata, semua urusan yang dipinta oleh Allah merupakan satu komitmen dan urusan shopping kita denganNya… Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (At Taubah: Ayat 111) Semua yang kita buat akan terbalas di akhirat nanti..walau sebesar zarah pun... seseni dan sehalus itu juga diri kita akan dihisab olehNya.. Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya; Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak); Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna; Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu lah kesudahan (segala perkara) (An-Najm: Ayat 39-42) Untuk akhirnya, hitunglah kembali ke dalam diri yakni ke ruang hati yang paling dalam..Apa dan siapa yang lebih besar di dalam diri..?
6. Memaksimumkan Faedah-faedah Pekerjaan Faedah-faedah pekerjaan seperti insurans perubatan dan pergigian, sebenarnya mempunyai nilai yang besar. Pastikan anda memaksimumkannya dengan cara menggunakan faedah ini tanpa perlu mengeluarkan duit poket anda. 7. Menyumbang untuk Pelan Persaraan Jika majikan anda tidak menawarkan pelan persaraan, cuba untuk mencari pelan – pelan persaraan yang banyak terdapat dipasaran. Jika anda sudah pun menyumbang, cuba tingkatkan sumbangan anda. 8. Mengkaji semula polisi insurans / takaful anda Kadangkala anda mengambil perlindungan insurans untuk sesuatu yang tidak diperlukan seperti insurans untuk pinjaman kereta, hutang kad kredit atau insurans hayat untuk yang tiada tanggungan. Sebaliknya anda harus memastikan bahawa anda mempunyai perlindungan insurans / takaful untuk melindungi tanggungan sekiranya berlaku kematian atau kecacatan. 9. Kemaskini Wasiat Jika anda mempunyai tanggungan, tidak kira sedikit atau banyak harta anda, anda memerlukan satu wasiat. Jika keadaan anda tidak terlalu rumit, anda boleh menulis wasiat anda sendiri atau pun mendapatkan perkhidmatan penulis wasiat yang bertauliah sekiranya ia agak sukar. 10. Menyimpan Rekod Yang Baik Adalah disarankan agar anda menyimpan resit – resit pembayaran yang boleh digunakan untuk menuntut potongan cukai pendapatan seperti pembelian buku, ubat – ubatan dan sebagainya sejak dari awal tahun. Adalah lebih mudah daripada anda berebut-rebut mencari kesemuanya semasa menyiapkan borang cukai, mungkin akan terlepas atau kehilangan resit – resit yang akan menyelamatkan wang anda. ‘Reality Check’ Bagaimana anda melaksanakan 10 tips yang dikemukan? Jika anda tidak melakukan sekurang-kurangnya lima daripada sepuluh, berusahalah untuk membuat beberapa peningkatan. Pilih satu tips pada satu masa dan berusaha untuk melaksanakan kesemuanya dalam kehidupan harian anda.
statistik karya kreatif
Oleh: M Harris Hasbullah
Oleh: Hafidz Tumiran
The Biggest Humanitarian Crisis: Estimated Palestinian Refugee Inside and Outside of Palestine" Table 2.1: Estimated Palestinian refugee population by country of residence,1998 Country of current residence Total no. of refugees Percentage West Bank, including Jerusalem 593,724 11.60 Gaza Strip 797,449 15.60 Israel 219,325 4.30 Jordan 1,766,057 34.50 Lebanon 382,594 7.50 Syria 431,986 8.40 Egypt 40,468 0.80 Total no. of refugees in Palestine and bordering countries 4,231,603 82.70 Saudi Arabia Other Gulf countries Iraq and Libya Other Arab countries Total no. of refugees in other Arab countries
274,762 139,948 73,284 5,544 493,538
5.40 2.70 1.40 0.10 9.60
Rest of the world
393,411
7.70
5,118,552
100.00
Total Source: PLO Department of Refugee Affairs, 2001.
“Each of you is a leader, and each of you will be asked about your leadership (responsibility).” (Bukhari dan Muslim)
pemβ β ina
6
pemβ β ina
3
sana-sini
sana-sini
Perkhemahan Belia Kedah
Kem “Bond of Ukhuwwah” SIK, Kedah - Satu program perkhemahan belia anjuran Persatuan Belia Islam Nasional telah berlangsung dengan jayanya pada 15-17 Mei 2008 lepas di Kg Bendangman, Sik. Program yang bertemakan Ke arah Memahami Islam Yang Syumul ini telah disertai oleh lebih kurang 70 belia dari pelbagai IPT sekitar Kedah termasuklah seorang pelajar antarabangsa dari China. Program ini dimulakan dengan aktiviti pembahagian kumpulan seterusnya diisi oleh slot penyampaian yang membincangkan berkenaan dengan kaedah memahami islam yang syumul dalam rangka Usul 20 Imam Hassan Al Banna yang disampaikan oleh Pengerusi Pembina Kedah sendiri iaitu Dr. Zulkifli Yusof diikuti dengan beberapa aktiviti lain yang menarik seperti bengkel dan pembentangan kumpulan, aktiviti meredah hutan, tayangan video berkenaan dengan kemelut umat islam, Qiamullail dan yang paling menyeronokkan tentunya aktiviti mandi air terjun. Rata-rata peserta yang ditemui menyatakan rasa puas hati mereka terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan penyampaian yang diberi serta menyatakan bahawa program ini telah memberi banyak manfaat kepada diri mereka terutamanya dalam aspek pemahaman Islam secara lengkap dan pembinaan sahsiah peribadi.
Kem Motivasi Insan Cemerlang PEKAN NENAS, Johor - Tanggal Sabtu, 24 Mei 2008 mencatatkan satu lagi aktiviti penting dalam diari Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan negeri Johor. Bertempat di Nurfa Farmstay, Pekan Nanas, Johor, PEMBINA telah menganjurkan Kem Motivasi Insan Cemerlang bagi para pelajar sekolah menengah dan rendah bukan sahaja dari sekitar Johor Bahru, malah para pelajar dari Melaka. Kem ini yang memfokuskan pembinaan jati diri serta pemantapan akhlak remaja Islam mendapat sambutan hangat berbanding kem-kem terdahulu, di mana bilangan peserta kali ini mencecah hampir 120 orang. Aktiviti kem dimulai dengan pembentukan kumpulankumpulan kecil dan ‘ice-breaking’ bagi menyesuaikan para peserta dengan rakan-rakan baru. Beberapa siri ceramah dan pembentangan telah disampaikan oleh penceramah jemputan terutamanya dari PEMBINA. Tajuk-tajuk ceramah seperti 3 Persoalan Asas Hidup dan Pesan Luqman Al Hakim telah dibengkelkan oleh para peserta bagi memudahkan kefahaman dan memupuk bibitbibit syura; boleh bekerja dan bertolak ansur dalam kumpulan. Aktiviti di sebelah malam lebih banyak berkonsepkan persoalan spiritual dan ruhiyyah, menyentuh jiwa dan sanubari para peserta agar menginsafi kelahiran dan tanggungjawab mereka di bumi Allah ini. Para peserta kemudiannya dibawa meredah kegelapan malam dalam aktiviti “Kembara Malam” bagi mencari rakan misteri mereka yang “hilang”. Aktiviti pada hari Ahad lebih bersifat outdoor; jungle trekking ke kaki Gunung Pulai dan beriadah di jeram yang berhampiran. Pelbagai reaksi yang menarik telah dapat dirakamkan sepanjang kem ini. Menurut salah seorang peserta, Mohamad Shardi bin Mohd Rahim “Saya dapat berjumpa rakan-rakan baru dan kem ini membuka minda saya dalam melihat apakah makna Islam dalam kehidupan seharian saya”. Menurut Pengarah Kem Cikgu Ismail bin Ali pula, adalah menjadi satu harapan melihat keseluruhan peserta dapat menghayati sepenuhnya objektif-objektif kem disamping dapat menjalinkan ukhuwwah dengan rakan-rakan baru. Semoga PEMBINA Johor dapat meneruskan program-program seumpama ini di masa-masa hadapan, Insya-Allah.
pemβ β ina
4
SHAH ALAM, Selangor - Pada 21 hingga 23 Mei lalu, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) telah bekerjasama dengan Guidance Club (GNCC) dari Kolej Mara Banting (KMB) untuk menganjurkan Kem “Bond of Ukhuwwah”. Kem ini telah diadakan di Taman Pertanian Bukit Cahaya Sri Alam, Shah Alam. Program ini adalah khusus untuk ahli-ahli GNCC, yang terdiri dari pelajar-pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara. PEMBINA pula berperanan sebagai penganjur rasmi dan fasilitator kem. Objektif kem ini adalah untuk merapatkan ukhuwwah antara ahli-ahli GNCC, yang merupakan sebuah persatuan dakwah dan kebajikan di KMB. Di samping itu, kem ini bertujuan menaikkan semangat dan menggalakkan lagi ahli-ahli GNCC untuk terlibat dalam aktiviti dakwah dan tarbiyyah. Kem ini berkonsepkan aktiviti-aktiviti fizikal yang menekankan aspek kerjasama, kesatuan, kesepakatan, organisasi, dan disiplin. Disamping itu, program diselitkan dengan pengisian-pengisian yang menekankan kepentingan ukhuwwah dan pembinaan diri. Aktiviti-aktiviti fizikal yang dijalankan telah disusun khas untuk mencapai objektif yang diletakkan. Antara aktiviti menarik yang dilaksanakan adalah aktiviti teambuilding, berkayuh basikal sekeliling Bukit Cerakah, lawatan ke Rumah Empat Musim, dan permainan di kolam renang. Kem ini menjadi lebih bermakna dengan kehadiran Ust Fauzi Asmuni dan Ust Muhammad Ismail yang sudi datang ke Bukit Cerakah untuk memberi pengisian tsaqafah kepada para peserta. Keheningan subuh juga diceriakan lagi dengan kehadiran saudara Mohd Noreffendy Jayah pada subuh pertama dan Tengku Asyraf bin Tengku Mohd Nor Izam pada subuh kedua untuk menceritakan kisah-kisah para sahabat Rasulullah SAW. Kedua-duanya merupakan ahli PEMBINA yang juga bekas mahasiswa dari Australia. Majlis penutupan kem telah disempurnakan dengan ucapan rumusan dari wakil peserta lelaki dan perempuan dari GNCC beserta penyampaian cenderamata, tanda penghargaan dari GNCC kepada PEMBINA. PEMBINA telah diwakili oleh Saudara Aizuddin Khalid dan Mohd Shakur Muhamad Zamani untuk menerima cenderamata tersebut. Program diakhiri dengan sebuah video yang memaparkan detik-detik manis sepanjang kem 3 hari tersebut. Kem ini adalah julung-julung kali PEMBINA bekerjasama dengan GNCC untuk menganjurkan program sebegini. Diharapkan hubungan antara PEMBINA dan GNCC akan terus berkekalan dan lebih banyak lagi program bersama yang dapat diatur pada masa akan datang.
diari kita
Seminar Cinta & Kasih Sayang
Anda ada sebarang cadangan untuk meningkatkan mutu Buletin?
Durian Tunggal, Melaka 14 Jun 2008
Ingin berhubung sesama ahli Pembina di seluruh Negara? Hantarkan sebarang cadangan dan pandangan anda mengenai Buletin Pembina atau apa-apa isu di sekeliling kita juga ucapan kepada ahli-ahli Pembina seluruh negara ke alamat email di bawah:
18-20 Julai 2008
buletin.pembina@gmail.com
Sidang Redaksi Buletin Pembina 2008 Penaung: Dr Kamil Azmi Tohiran Ketua Penyunting: Zainuddin Ghafar Penyelaras Bahan: M Hafez M Yusuf Rekaletak & Grafik: Umar Hakim M Tajuddin Pemasaran: Kamarul Azizan A Raman Wartawan Kawasan– Johor: Fitri Izwan Selangor: Aizuddin Khalid Kedah: Mohd Hisham Mohd Sharif
pemβ β ina
5