Buletin PEMBINA Rejab 1429

Page 1

cerpen

Tarbiyah Senduk Periuk

pemβina

Oleh: Hidayah Mohd Azam

Pertama kali dia melamarku, sudah kukatakan bahawa diri ini sama s ek al i ti d ak m en gu a sa i u ru san rumahtangga seperti memasak, menjahit, berkebun atau apa-apa sahaja. Ternyata dia hanya tertawa apabila mendengar jawapan tersebut dariku lalu berkata, “Manusia ini bisa belajar, yang penting rajin berusaha.” … Setelah berkahwin, aku mula belajar untuk memperbaiki kemahiranku di dalam urusan rumah tangga terutamanya memasak. Alhamdulillah, banyak perencah-perencah segera di pasaran yang sudah siap… cuma tinggal dipanaskan sahaja dan dibubuh ayam, udang atau apa sahaja. Namun begitu, a ku m en d a p a ti ca b a ran k e t ik a menanak nasi amat mencabar. Terkadang nasinya lembik macam bubur dan terkadang keras. Walaubagaimanapun, dia tidak pernah mengeluh malah cuma tersenyum-senyum. …. Setelah 2 bulan kami berkahwin, ada sedikit kemajuan dalam urusan rumah tanggaku. Tidak terlalu banyak masa dibazirkan seperti sebelumnya. Sekiranya ada masa terluang, buku resepi ku selak untuk mencari menu yang ringkas, lazat dan sihat. Kadangkadangku olah sedikit, tapi entah mengapa hasilnya sering tidak memuaskan seperti mana yang ku kehendaki. Dan akh irn y a ku m akan s en d iri an … rasanya… b entukny a sering tak keruan... padahal aku sudah mengikut satu persatu petunjuk dalam buku! “Mak pandai masakkan... mewarisi tok rasanya... tok dulu pandai masak... kalau tok masak, mesti abi tambah banyak...” kata abi. Ketika itu abi baru selesai menjamah ikan goreng cili buatanku. Aku diam saja dan menunduk dalam-dalam. Ikan gorengku terlalu kuning warnanya, terlalu masin dan terlalu pedas, malah bentuknya juga seolah tidak wujud… hancur berantakan… wajarlah kalau tiba-tiba abi teringat ibunya… “Ok la tu...” kata abi tersenyumsenyum. “InsyaAllah esok lebih baik. Ok ye, abi pergi dulu, dah lambat ni…” Abi berangkat dengan wajah merah. Pastinya kepedasan... aku cuba

pemβ β ina

w w w . p e m b i n a . c o m . m y

buletin tersenyum menghantarnya di balik pintu. Ku lihat badan abi yg dulu tegap semakin kurus! Ya , semakin kurus. Aku jadi semakin bersalah… bagaimana tidak kurus, pekerjaannya, kegiatannya, musafirnya begitu jauh. Tapi abi selalu makan nasi sepinggan ataupun separuh… tidak pernah menambah! Tiba-tiba air mataku mengalir, sudah tiga bulan berkahwin, hampir belum ada kemajuan untuk aku mempersiapkan perwiraku… dan dia semakin kurus.

Entahlah… dulu sewaktu aku larut dalam kegiatan… sibuk ke sana ke mari, aktivitiku hanya terfokus pada peningkatan diri orang lain ya… program… program… diriku ku perah di sana-sini sehingga terabai tugastugas kerumahtanggan… sedangkan ini juga tarbiyyah! … . Aku kini belajar sedikit demi sedikit. Ziarah ke rumah ibu mertuaku ku kerapkan. Kuperhatikan dgn teliti ibu mertuaku memasak, menunya, bahan-bahannya, caranya, dan setiap hari tanpa jemu ku praktikkan senyap-senyap. Sudahnya aku makan sendiri. Aku cukup serius belajar untuk menghidupkan rumahtangga kami dan menyihatkan rijaluddakwahku. … . Akhirnya, setelah 6 bulan, aku semakin tega memasak. Suatu hari, sewaktu aku sedang menghidangkan mee goreng yang baru dimasak oleh ku... ‘ini mee goreng ala ummi… ', kataku. 'Waa… sedap nie!' abi kelihatan teruja! Aku menambah lagi 'Dan ini sayur goreng kesukaan abi, tidak seperti bulan lalu… sekarang poton-

gannya sudah professional...' Abi kelihatan makan dengan agak berselera. Dan aku menanti takuttakut.. 'camne abi..ok tak?' Abi tersenyum, kali ini lebih manis, Alhamdulillah. Tapi...'' “Nape abi?' mukaku sedikit cuak… abi membeliakkan matanya. Tiba-tiba dia mengeluarkan sesuatu yang sempat dikunyahnya. Aku terkejut… bulatan garam sebesar biji anggur. Astaghfirullah! …. Lapan bulan setelah pernikahan kami, alhamdulillah segalanya berjalan semakin lancar. Kini abi semakin ghairah menjelang waktu makan. “Mau makan masakan ummi,” katanya. Tampak dia menghargai kesungguhanku dan penat lelahku. Hari ini genap setahun usia perkahwinan kami, alhamdulillah, surat doktor pengesahan kehamilan ku lipat kemas. Inilah hadiah ulang tahun kita. Alhamdulillah syukur… sambil menunggu abi pulang, aku muraja'ah hafalan Surah An-Nuur. Subhanallah, betapa mulianya tugas ini… tugas seorang isteri, seorang ibu yg cukup besar sumbangannya dalam pembentukan umat. Tepat pukul 12 tengah malam, abi pulang. “Assalamualaikum wr wbt ummi”. Aku menjawab “Waalaikumussalam wr wbt. Abi… ada hadiah untuk abi” “ D a r i s i ap a ? ” T a n y a s u a m i k u . Lantas ku jawab, “Dari seorang akhawat…” Abi mengerut kening, lantas tersenyum, diraihnya bungkusan dan di buka perlahan-lahan. “Alhamdulillah, syukur…” ada sebak dalam nadanya. “Dan ini untuk ummi…” ujar abi tiba-tiba. Aku sungguh terkejut. Dihulurkan gulungan kertas seperti sijil kepadaku. Ku buka perlahan-lahan… ditulis dengan dakwat emas..'buat ummi kebanggaan abi, terima kasih atas kerja keras selama ini. Abi sentiasa redha'… Aku tak bisa menahan senduku..dia membeli kad dan menulis dengan tinta emas untukku… sungguh ya Allah, redhanya lebih berharga bagiku dari hadiah apapun genap setahun usia perkahwinan kami.

12

SUARA GENERASI BELIA

1326-07-SEL

T A H U N

1

B I L .

3

E D I S I

R E J A B

1 4 2 9

-Untuk Ahli Sahaja-

tinta presiden

Masa vs. Mahasiswa Assalamualaikum,

S

elamat datang dan tahniah kepada belia yang baru mendaftar untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Gunakanlah masa saudara-saudari sebaikbaiknya. Masa ibarat pedang; jika kita tidak memotongnya ia akan memotong kita. Kita sering diperingatkan untuk menghargai masa yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Oleh yang demikian, peringatan demi peringatan sering diperdengarkan kepada kita. Sehingga Baginda s.a.w mengingatkan; jika sesuatu majlis tidak disudahi dengan peringatan dari surah al-Asr dan tasbih kafarah, ia akan jadi sia-sia. Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orangorang yang beriman dan DALAM EDISI INI! bera ma l sol eh dan berpesanpesan dengan kebenaran dan negeri kita berpesan-pesan d e n g a n kesabaran” (AlAsr: 1-3) Saudara-saudari muslimah y a n g d i k a s i h i Allah , amatlah rugi jika kita menggunakan statistik neraca manusia untuk mengukur kejayaan hidup. Jika kerjaya yang menyerlah, harta cerpen yang menimbun, puji-pujian manusia yang bertali arus dan lain-lain ukuran akal manusia ...dan banyak lagi! y a n g m e n j a d i s a n d a r an , k i t a akan menjadi manusia yang

-Kemelut Kenaikan Harga Minyak

-Ayuh Saudariku!

-Kadar Jenayah Malaysia

-Tarbiyah

Senduk Periuk

pemβ β ina

kerugian!!! Ini bukanlah pengisytiharan dari saya atau mana-mana pakar motivasi dunia yang terkini. Ini adalah pengisytiharan Allah s.w.t yang menciptakan saya dan anda semua, yang menciptakan bumi dan isinya, yang menciptakan dunia dan sistemnya. Saudara dan saudari yang dikasihi Allah, MUSTAHIL! Tuhan yang menciptakan dunia, isinya dan lengkap dengan sistemnya tersilap NERACA!!! Ya, mungkin benar jika kita meninggalkan neraca ini (beriman dan beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran) orang ramai, masyarakat atau mungkin keluarga kita masih manganggap kita berjaya. Sebenarnya, itu hanyalah kejayaan dunia sahaja yang mungkin berakhir 60 tahun dari sekarang atau lebih pantas dari itu. Allah telah berfirman di dalam Al Quran: Orang-orang yang kafir kepada Tuhanya, amalanamalan mereka adalah seperti abu yang ditiup angin dengan keras pada suatu hari yang berangin kencang. Mereka tidak dapat mengambil manfaat sedikitpun dari apa yang mereka usahakan di dunia” (Ibrahim: 18) Dan orang-orang yang kafir amalan-amalan mereka adalah laksana fatamorgana di tanah yang datar, yang disangka air oleh orang-orang yang dahaga; tetapi didatanginya dia tidak mendapati sesuatu apapun” (AnNur: 39) Keimanan bagaimana yang dikehendaki Allah s.w.t? Apa perlunya perlunya kita berpesan-pesan untuk memastikan kejayaan kita? Persoalan-persoalan yang besar ini tidak dapat saya rungkaikan dalam kesempatan yang terhad ini. Oleh yang demikian, saya menyeru kepada saudara dan saudari memberikan sedikit MASA kepada kami, berkongsi aspirasi dan neraca kejayaan ini. Mudahmudahan Allah s.w.t memberi hidayah kepada kita bagi memahami agama ini dan tuntutanya. Tiada apa yang kami harapkan sebagai balasan dari anda, cukuplah jika Allah s.w.t mengisytiharkan kita tidak termasuk dalam golongan `manusia dalam kerugian’ dan menerima semua ini sebagai jalan pengabdian kepadaNya. Amin Wassalam. Dr. Kamil Azmi Tohiran Presiden, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)

1


tazkirah

negeri kita

Kemelut Kenaikan Harga Minyak Oleh: Aminuddin Yahya

S

emasa artikel ini ditulis, saya yakin kesemua rakyat Malaysia sudah mengetahui dan telah merasai keperitan kenaikan harga minyak. Kenaikan yang mendadak harga petrol kepada RM2.70 seliter pada kadar 78 sen atau 41% dan minyak diesel RM1 kepada RM2.58 se liter telah menimbulkan keresahan di kalangan semua terutama mereka yang berpendapatan sederhana ke bawah. Hampir setiap tempat yang kita lalui samaada di warung-warung atau di pasaraya mahupun di tempat kerja maka tidak ada yang lain melainkan rungutan tentang kenaikan petrol. Mahu atau tidak inilah realiti yang kita hadapi dan inilah yang dikatakan pasaran global di mana harga sesuatu barangan tidak lagi ditentukan oleh pasaran tempatan tetapi oleh pasaran antarabangsa. Kemelesetan ekonomi yang melanda Amerika Syarikat kini telah dirasai akibatnya oleh negaranegara lain terutamanya negara sedang membangun yang bergantung sebahagian besar ekonomi mereka kepada Amerika dan negara-negara barat. Kalau dilihat dari segi statistik, kenaikan harga minyak ini telah berlaku hampir setiap tahun. Tetapi tahun 2008 ini, kenaikannya begitu mendadak sehingga memaksa kerajaan menaikkan harga minyak negara walaupun dari aspek politiknya ia membawa kesan yang sangat negatif kepada parti pemerintah. Kenaikan ini didorong oleh permintaan yang semakin bertambah manakala kapasiti pengeluaran di masih terhad. Oleh sebab itu, satu mesyuarat tergempar telah diadakan di Arab Saudi baru-baru ini di mana kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan untuk menambahkan pengeluaran sebanyak 500,000 tong sehari bagi membendung peningkatan harga ini. Sebenarnya kesan ini bukan saja dirasai oleh masyarakat negara ini tetapi seluruh dunia. Ini kita dapat saksikan bagaimana demonstrasi serta mogok telah berlaku secara besarbesaran di India, China, Eropah dan negara-negara lain. Tidak sukar untuk kita meramalkan bahawa perkara yang sama akan juga berlaku di negara ini seperti yang telah dicanangkan oleh pihak pembangkang yang bercadang untuk menganjurkan tunjuk perasaan 1,000,000 orang pada bulan Julai hadapan. Apa akan jadi jika harga pasaran minyak dunia meningkat kepada USD200 se tong???

Apakah akibat kenaikkan harga minyak ini? Saya rasa tidak perlu saya berhujah dengan panjang lebar tentang akibat kenaikkan harga minyak ini. Pergi saja ke pasaraya-pasaraya atau kedai-kedai barangan, kita akan dapati makanan-makanan utama sudah melonjak tanpa batasan lagi. Kenaikan berkadar mengikut jenis barangan dari RM1 hingga

pemβ β ina

Syarat-syarat Ukhuwah Islamiyah

RM10. Industri pembinaan antara yang akan terjejas begitu ketara. Cukuplah sekadar saya menyatakan beberapa implikasi melalui beberapa perkara berikut :• Kenaikan harga makanan asas seperti tepung, beras, gula dan sebagainya. • Beberapa projek mega yang dirancang sebelum ini mungkin akan terpaksa di tangguh antaranya RM1.3 billion Projek Monorail di P.Pinang dan RM5 billion projek pembekalan air dari Pahang ke Selangor. • Ini akan mengakibatkan kadar inflasi dijangka akan naik kepada 5%-7%. • Kadar elektrik rumah akan naik 18% manakala industri 26% pada Julai ini. • Bajet defisit akan meningkat kepada 6% - 8%. Bukankah Malaysia negara pengeluar minyak? Saya yakin ramai yang tertanya-tanya persoalan ini. Tak mungkin sebuah negara pengeluar minyak tidak dapat mengawal harganya. Kenapa tidak kita keluarkan untuk kegunaan sendiri? Bukankah itu dapat membantu rakyat. Sekali pandang memang ada kebenarannya tetapi pada hakikatnya minyak yang dikeluarkan oleh Petronas sebahagian besarnya bukanlah untuk kegunaan tempatan tetapi sebaliknya dieksport. Minyak yang kita semua gunakan hari ini diimport kembali oleh negara kerana dari segi ”economies of scale” ianya lebih menguntungkan kerana perbezaan harga eksport dan import begitu besar dan menguntungkan negara. Adakah Petronas harus di salahkan? Mengikut statistik, tahun 2007 saja Petronas telah menyumbangkan sejumlah RM53 billion atau 35% kepada pendapatan negara. Ini bukanlah jumlah yang sedikit. Ada juga berita-berita yang didengar bahawa minyak simpanan negara hanya akan mampu bertahan dalam masa 10 tahun saja lagi. Bolehkah negara ini terus mengekalkan ekonominya jika masa tersebut sampai nanti? Satu perancangan rapi harus dilakukan. Sudah pasti Petronas tidak boleh menyumbangkan kesemua keuntungannya kepada kerajaan kerana ia juga harus melakukan pelaburan di negara-negara luar untuk mencari kawasan minyak yang baru dan ini memerlukan bukan jumlah wang yang sedikit. Walaupun Petronas dianggap syarikat minyak terkecil di dunia jika di bandingkan dengan Esso, Shell dan yang seumpamanya tetapi rakyat harus berbangga kerana Petronas telah berjaya mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda, pada tahun 2008 ini Petronas dijangka akan mendapat keuntungan sejumlah RM90 billion. Dari aspek ini kita rasakan sukar untuk kita menyalahkan Petronas. Cuma walaupun Petronas mampu menunjukkan prestasi yang begitu baik namun ada juga suara yang mengkehendaki Petronas membentangkan akan perbelanjaan yang mereka buat secara terperinci. Apa yang dimaksudkan di sini ialah Petronas harus telus dalam pemberian kontraknya supaya rakyat tahu duit itu digunakan pada kadar yang benar bukan berlaku kronism. Pendedahan ini mungkin akan mampu menambahkan lagi keuntungan Petronas di masa hadapan dan keuntungan ini dapat di salurkan kembali kepada rakyat. Kenapa kerajaan tidak boleh bagi subsidi? Menurut pakar ekonomi, pada tahun 2007 kerajaan telah memberi subsidi minyak sejumlah RM45 billion pada masa harga petrol USD100 se tong atau 79% dari jumlah subsisdi keseluruhannya. Dengan kadar kenaikkan kepada USD130 se tong hari ini, jika harga petrol ingin dikekalkan maka kerajaan dijangka akan terpaksa mengeluarkan subsidi sejumlah RM60 – RM65 billion pada 2008. Cuba kita semua bayangkan berapa banyakkah projek yang boleh dilaksanakan dengan jumlah

Petikan: “Persaudaraan Islam” karangan Abdullah Nasih Ulwan

U

khuwah Islamiyah memiliki persyaratan dan landasan yang harus dipenuhi agar dapat diterima oleh Allah SWT. Berikut ini adalah syarat terpenting dan landasan paling pokok dalam menerapkan ukhuwah Islamiyah. 1. Ikhlas karena Allah Semata Ukhuwah islamiyah akan terlaksana jika orang-orang yang terlibat di dalamnya mampu membebaskan dirinya dari kepentingan dan keuntungan pribadi. Mereka berukhuwah atas dasar semata-mata karena Allah. Jika ukhuwah ini berlandaskan semata-mata karena Allah swt., maka akan memberikan dampak positif yang keberadaannya dapat dirasakan masyarakat. 2. Harus Disertai Iman dan Takwa Ukhuwah islamiyah tidak mungkin akan terwujud kecuali seorang muslim memilih sahabat-sahabatnya yang mukmin dan mengambil teman-temannya yang paling beriman dan bertakwa. Allah berfirman: "Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara..." (AJ-Hujurat: 10) "Teman-teman dekat pada hari itu sebagiannya musuh bagi sebagian yang lain, kecuali yang bertakwa." (Az-Zukhruf: 67) Rasulullah juga bersabda: "Abu Sa'id Al-Khudri mengatakan bahwa Rasulullah saw. bersabda, 'Janganlah kamu berteman melainkan orang mukmin dan janganlah makan makananmu melainkan orang yang bertakwa'." (HR. Ahmad, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Hibban, dan Hakim, hadits shahih) Jika ukhuwah islamiyah ini terdiri atas orang-orang beriman dan bertakwa, maka ikatannya akan kukuh dan kuat, tidak mungkin tergoyahkan oleh apapun dan siapapun, walau badai fitnah dan angkara murka mengguncangnya. 3. Harus Iltizam (Komitmen) dengan Manhaj Islam Keiltizaman ukhuwah dengan manhaj Islam akan dapat terwujud jika dua orang atau pihak yang saling bersaudara berjanji setia untuk berhukum dengan hukum Allah swt. dan mengembalikan segala persoalan kepada petunjuk Nabi Muhammad SAW. Hal ini telah diisyaratkan oleh Nabi Muhammad saw. dalam hadits yang menjelaskan tentang dua orang yang saling mencintai dan berpisah karena Allah. Keduanya berjanji berkumpul untuk berpegang teguh kepada syariat Allah dan berpisah dalam keadaan tetap mengamalkan syariat Allah. Oleh karena itu, bila dua orang Sahabat Rasulullah SAW berjumpa, mereka tidak akan berpisah kecuali satu diantara mereka telah membaca surat Al-‘Ashr, kemudian saling mengucapkan salam. Hal ini menunjukkan bahwa keduanya berjanji setia melaksanakan manhaj Islam dalam hidupnya. Mereka berjanji setia atas dasar iman dan amal

2

pemβ β ina

salih untuk saling berwasiat dengan kebenaran dan kesabaran serta berjanji setia akan selalu menegakkan Islam serta beriltizam penuh dengan Al-Qur'an dan seluruh prinsip Al-Qur'an, baik keyakinan hatinya, ucapan lisan, dan tingkahlakunya. 4. Tegak Berasas Nasihat karena Allah Seorang muslim harus menjadi cermin saudara muslim lainnya. Jika salah seorang muslim melihat saudaranya berbuat baik, ia memberi semangat agar terus meningkatkan amal kebaikannya. Akan tetapi, jika ia melihat saudaranya mengerjakan sesuatu yang kurang sempurna, ia akan menasihatinya dengan cara yang baik, -secara diam-diam- dan menganjurkan agar ia bertaubat kepada Allah agar kembali ke petunjuk Dinul Haq. Dengan demikain, terjadilah tolong-menolong yang penuh keutamaan, dan jauh dari kenistaan. Jelaslah bahwa salah satu akibat iman adalah menjauhkan dan memutuskan hubungan dengan orangorang yang terus-menerus dalam kekufuran serta memusuhi Allah dan Rasul-Nya. Di pihak lain, Islam menempatkan ikatan ukhuwah islamiyah di atas semua ikatan, dan menempatkan persaudaraan aqidah Rabbaniyah berada di atas segala persaudaraan. Oleh karena itu, prinsip Islam yang tetap dan tidak berubah-ubah adalah, "Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara." 5. Setia dalam kesenangan dan kesusahan Rasa kesetiaan dan tolong-menolong saat susah dan senang tidak akan terwujud jika dikalangan mereka tidak tumbuh rasa sependeritaan dan sepenanggungan. Oleh karena itu, jika Islam mewajibkan berbuat tolongmenolong sesama muslim, sudah tentu tolong-menolong tersebut berada dijalan Allah. Karena pada hakikatnya, dua orang yang bersaudara di jalan Allah telah mengikat janji setia untuk selalu berpegang dengan manhaj Islam, baik perkataan maupun perbuatannya. Mereka berjanji untuk melaksanakan Islam secara utuh dan konsekuen, tidak boleh melakukan penyimpangan sedikitpun dari garis-garis Islam. Allah berfirman: "...Hendaklah kamu tolong-menolong dalam kebaikan dan takwa" (Al-Maidah: 2) Rasulullah juga bersabda: “Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya sendiri." (HR. Bukhari Muslim dari Anas) Orang-orang yang bersaudara karena Allah, mengutamakan pelaksanaan prinsip syariat dan iltizam yang penuh dengan sistem Islam. Ringkasnya, dalam upaya membangun tegaknya ukhuwah islamiyah persyaratan-persyaratan di atas harus dipenuhi. Apabila persyaratan di atas terpenuhi, maka ukhuwah akan tangguh dan tegar. Ukhuwah tidak akan terpengaruh oleh badai dan topan yang menerpanya. Ukhuwah akan menjadi kokoh seperti gunung, bersinar terang seperti matahari, dan selalu ceria seperti pagi yang cerah.

11


muslimah

negeri kita

Ayuh Saudariku! Oleh: Nurul Aizat Ariffin

S

eringkali apabila membaca kisah-kisah tokoh mujahidah di zaman Rasulullah s.a.w terdetik pelbagai perasaan di dalam diri. Masih jauh lagi untuk kita memperbaiki diri bagi mengikuti jejak langkah mereka semua. Tidak mustahil sebenarnya untuk kita menjadi seperti tokoh-tokoh ini, kerana Zainab Al-Ghazali, Rasa Arrantissi (Ummu Muhammad@ isteri kepada as-Syahid Aziz Arrantissi) sudah muncul pada zaman yang tidak jauh dari zaman ini. Memetik kata-kata Rasa Arrantissi ketika ditemuramah oleh wartawan sewaktu perginya as-Syahid Aziz Arrantissi yang membenarkan kata-katanya untuk dibedil roket Appache yahudi laknatullah: “Perasaan yang sama sepertimana isteri lain kehilangan suami... walaupun saya telah kehilangan suami tetapi saya tidak kehilangan iman dan pendirian saya tehadap Allah s.w.t, maka ini adalah suatu ‘fadlun’ pemberian Allah s.w.t. Setelah beliau keluar dari rumah, beberapa minit kemudian saya terdengar beberapa letupan (tembakan) ketika itu, saya yakin bahawa letupan itu ditujukan kepada suami saya. Beberapa ketika kemudian saya bertambah yakin apabila mendengar radio ‘Suara Aqsa’ pada waktu itu berkumandang azan Isya’, kemudiannya mengumumkan tembakan yang berlaku ke atas kereta beliau, beliau sendiri serta pengiringnya telah syahid. Lidah saya ketika itu mengulang-ulang kalimah Alhamdulillah kemudian saya terus berwudhu’, dan mendirikan solat Isya’. Saya berdoa kepada Allah agar menetapkan pendirian saya dan anak-anak… dan Allah s.w.t sendiri telah memberi jaminan akan memperkenankan doa hambanya apabila berdoa...” Kita semua yakin, tanpa adanya kefahaman yang mendalam tentang Islam ini, kata-kata sebegitu tidak akan mudah terkeluar. Kata-katanya (isteri as-Syahid) menggambarkan kesabaran yang luar biasa dan pendirian yang mengagumkan. Kesabaran yang luar biasa seperti inilah yang kita semua perlu didik agar bersebati di dalam jiwa kerana tanggungjawab kita bukan seperti seorang wanita biasa, namun sebagai seorang yang menjadi tulang belakang dalam pembentukan ummah. Sesungguhnya untuk kembali menghayati Islam kita perlu kembali kepada proses awal Tarbiyyah Islamiyyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w yang berpandukan dengan petunjuk Ilahi. Proses tarbiyyah ini perlulah diikuti di dalam pembentukan sebuah masyarakat Islam. Asas untuk memperbaiki masyarakat

pemβ β ina

ini perlulah dimulakan di peringkat akar umbi yakni daripada individu lalu berkembang kepada keluarga dan seterusnya membentuk sebuah masyarakat yang memahami dan mengamalkan Islam dalam setiap urusan kehidupan.

wang RM60 billion ini? Sudah pasti ini akan memberi kesan kepada pembangunan negara jika kerajaan terus memberikan subsidi. Mungkin rakyat tidak sedar dan merasa selesa dengan budaya subsidi tetapi negara akan mengalami kemelesetan ekonomi yang boleh mengakibatkan kadar pertumbuhan yang perlahan. Akibatnya mungkin tidak dirasai sekarang tetapi 20 tahun akan datang.

Kita sangat mengharapkan dalam Bajet 2009 nanti akan banyak lagi pakej pelepasan yang akan diberi bagi menampung bebanan rakyat, contoh: pengurangan kadar cukai pendapatan, pengurangan kadar cukai jalan, mengawal harga barangan asas dan lain-lain.

Ayuh saudariku! Maralah ke hadapan! Bersyukurlah dengan pemberian hidayah Allah pada fikrah ini. Yakinlah… Selagi kita berpegang pada janji Allah untuk terus bermujahadah merentasi segala ujian-ujian dan mehnah-mehnah yang menggugat jiwa, selagi itulah rahmat Allah terbentang luas untuk menguatkan hatihati kita. "Barangsiapa yang mengerjakan amal-amal saleh,baik laki-laki maupun wanita sedang ia orang yang beriman, maka mereka itu masuk ke dalam surga dan mereka tidak dianiaya walau sedikit pun." (an-Nisa': 124) “Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, melaksanakan solat, menunaikan zakat, dan taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sungguh, Allah mahaperkasa, Maha Bijaksana.” (At-taubah: 71) Wallahu’alam.

“Asas untuk memperbaiki masyarakat ini perlulah dimulakan di peringkat akar umbi yakni daripada individu lalu berkembang kepada keluarga dan seterusnya membentuk sebuah masyarakat yang memahami dan mengamalkan Islam dalam setiap urusan kehidupan.”

10

Menyedari hakikat ini kerajaan telah mengawal jumlah subsidi dan dijangka hasil pengawalan ini akan menyebabkan kerajaan mampu untuk menjimatkan perbelanjaan sejumlah RM13.7 billion setahun. Jumlah penjimatan ini akan disalurkan kembali kepada :• RM7 billion untuk subsidi minyak • RM4 billion untuk subsidi makanan • RM1.5 billion untuk subsidi minyak masak • RM0.4 billion untuk subsidi beras di Sabah & Sarawak • RM0.3 billion untuk subsidi roti dan tepung Kerajaan juga memperuntukan RM5 billion rebet untuk semua pembaharuan cukai jalan . Apa yang kita minta kerajaan lakukan? 1. Ketelusan di dalam penggunaan dana kerajaan Menurut kajian yang dibuat oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), pesoalannya bukanlah samaada bila subsidi ini harus diberhentikan atau tidak tetapi sebaliknya rakyat harus dimaklumkan secara telus tentang kemanakah duit ini dibelanjakan. Isu rasuah dan kronism atau nepotism dalam pemberian projek harus dihapuskan. Ini akan memberikan keyakinan kepada rakyat akan keperihatinan kerajaan kepada masaalah mereka. Persoalannya, dalam sistem yang korup sekarang ini bolehkah perkara ini dilaksanakan? Ini yang sangat membimbangkan kita semua di mana yang kaya semakin kaya dan terus mengaut keuntungan manakala yang miskin akan terus merempat. Lambat laun akan berlakulah ”disparity” (jurang) pendapatan yang ketara di antara golongan miskin dengan kaya seperti yang berlaku di negara jiran. Siapakah harus kita salahkan jika jenayah rompakan dan kecurian akan berlaku semakin berleluasa di masa hadapan jika ini tidak di bendung? 2. Memberhentikan Projek Yang Kurang Memberi Manfaat Kerajaan harus berhemah dalam berbelanja terutama terhadap projek-projek yang tidak memberikan manfaat kepada rakyat secara langsung. Kalaulah boleh di ambil contoh terdapat beberapa projek yang dianggap tidak begitu mendesak seperti :• Membelanjakan RM500 juta untuk kompleks sukan di UK • Membelanjakan RM17 juta untuk menganjurkan perlawanan bolasepak remaja • Membelanjakan RM50 juta untuk projek angkasawan • Projek Monsoon Cup yang menelan ratusan juta • Pembinaan Perkampungan Islam Hadhari yang menelan lebih dari RM200 juta. Walaupun ada sebahgian kita mungkin mengatakan projekprojek ini baik untuk imej negara tetapi kita harus ingat semua ini adalah merupakan duit cukai rakyat.

pemβ β ina

3. Pakej relief (pelepasan) yang komprehensif Untuk mengurangkan bebanan rakyat, kerajaan harus menyediakan pakej pelepasan yang komprehensif, terutama kepada golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah. Pengumuman pemberian rebat kepada pembaharuan cukai jalan, sejumlah RM625 untuk kereta dan RM150 untuk motosikal, adalah satu yang sangat dialu-alukan tetapi sudah pasti ianya tidak cukup. Rakyat sudah muak dengan umpan-umpan seperti ini seperti yang berlaku sebelum pilihnaraya yang lepas bila Menteri Pelajaran mengumumkan pengecualian yuran sekolah sedangkan yuran-yuran yang lain, yang jauh lebih tinggi, masih terus perlu dibayar. Rakyat kini bukan lagi seperti zaman 70-an atau 60-an yang boleh di momok-momok dengan kenyataan seperti ini lagi. Kita sangat mengharapkan dalam Bajet 2009 nanti akan banyak lagi pakej pelepasan yang akan diberi bagi menampung bebanan rakyat, contoh: pengurangan kadar cukai pendapatan, pengurangan kadar cukai jalan, mengawal harga barangan asas dan lain-lain. Yang pasti kita akan pegang pada janji PM bahawa harga minyak tidak akan naik lagi dalam masa terdekat ini. 4. Mengkaji kembali kadar gaji minima Tidak cukup dengan memberikan insentif, kerajaan mesti melihat kembali kadar gaji minima yang ada sekarang ini terutama pada yang berpendapatan rendah. Pemberian bonus, kadar kenaikan gaji tahunan, kelonggaran untuk kerja sampingan dan lain-lain lagi antara perkara yang kita harapkan kerajaan boleh pertimbangkan. Kerajaan harus juga melihat kembali Indeks Kadar Kemiskinan terutamanya penduduk bandar. Menurut indeks ini seseorang itu dianggap miskin jika pendapatannya di bawah RM690 sebulan tetapi hari ini walaupun pendapatan mencecah RM1,000 sebulan, ia masih sukar untuk hidup selesa dengan kadar kenaikan harga yang mendadak. 5. Membaiki infrastruktur pengangkutan awam Kerajaan harus menyediakan infrastruktur pengangkutan yang baik sebagai alternatif kepada masyarakat yang tidak mampu. Di Singapura walaupun harga minyak naik tetapi ia tidak merisaukan rakyatnya kerana sistem pengangkutannya yang baik yang menyebabkan mereka tidak perlu memandu ke tempat kerja. 6. Perbelanjaan yang berhemah dalam sistem pentadbiran Kerajaan Adalah sangat melucukan apabila kerajaan menyuruh rakyat berjimat cermat dalam berbelanja dan menyesuaikan diri dengan kenaikan harga barang jika dalam masa yang sama kerajaan tidak mengambil langkah-langkah yang proaktif untuk mengawal perbelanjaan pentadbiran mereka. Elaun keraian, perjalanan untuk tugas-tugas rasmi, penginapan harus dilihat kembali. Apa pula yang rakyat harus lakukan? Secara umumnya rakyat semua mesti berhemah dalam berbelanja. Tidak ada erti jika kerajaan laksanakan semua langkah-langkah pemulihan jika rakyat sendiri tidak pandai menguruskan kewangan mereka. Memang mudah untuk menuding jari kepada satu pihak tetapi kita harus cermin diri sendiri samada kita telah merancang kewangan rumah kita atau tidak. Berapa banyak yang kita buat tabungan? Ada atau tidak perbelanjaan yang tidak perlu kita lakukan? Dan lain-lain persoalan lagi yang harus kita tanya diri sendiri. Orang lain tidak boleh menyusun untuk diri kita tetapi hanya kita sendiri yang mampu menentukan masa depan hidup kita.

3


dunia kita

Cahaya di Ufuk Barat Oleh: Lufti Abbas Bidin

A

merika Syarikat merupakan lambang ketinggian tamadun Barat. Keupayaan ketenteraan yang tiada taranya serta pencapaian dalam pelbagai bidang di bumi bertuah tersebut memang tersohor. Boleh dikatakan, Amerika Syarikat adalah Ustaziatul Alam (Pemimpin Dunia) pada ketika ini. Ketinggian tamadun Amerika Syarikat diakui sendiri oleh penulis tafsir Fi Zilaal Al Quran yang masyhur yakni As-Syahid Syed Qutb selepas tinggal sementara di negara itu, “Amerika memiliki segalanya kecuali roh” (roh Islam). Peluang untuk berjaya yang dimanifestasikan sebagai “the American Dream” mengundang para imigran dari negaranegara luar untuk mencuba nasib, tidak terkecuali umat Islam. Berdasarkan sebuah laporan CNN, terdapat kira-kira 6 juta penduduk Islam di Amerika Syarikat. Ini menjadikan Islam agama kedua terbesar di negara itu selepas Kristian. Bagaimanapun, berbanding 1.4 billion umat Islam seluruh dunia, penduduk Islam di Amerika Syarikat masih sedikit. Berikutan peristiwa 11 September 2001, pertembungan antara tamadun Islam dan Barat di zaman moden mencapai suatu tahap yang tidak pernah dicapai sebelum ini. Ini dibuktikan dengan penaklukan Amerika Syarikat ke atas Afghanistan serta Iraq di samping persepsi umat Islam sebagai “pengganas” selepas peristiwa tersebut. Ini menimbulkan keresahan yang mendalam antara dua tamadun itu. Jika umat Islam di negaranegara Islam terasa bahang tekanan seperti kesusahan mendapat visa di samping pemeriksaan yang ketat di lapanganlapangan terbang, bagaimana pula dengan warganegara Islam di Amerka Syarikat ? Menurut Dr Walid A. Fatihi dari Sekolah Perubatan Harvard, keadaan sebaliknya berlaku. Selepas peristiwa 11 September, masyarakat bukan Islam mula berminat bagi mengenali lebih lanjut tentang Islam. Dalam sebuah majlis anjuran Persatuan Islam Boston beberapa hari selepas peristiwa itu, lebih kurang seribu orang bukan Islam datang membanjiri tempat penganjuran dan bertanya tentang Islam dan ingin memahami ajarannya. Ramai yang hadir, rata-ratanya umat Kristian, menangis apabila mendengar ayat-ayat Allah dibacakan. Firman Allah: “Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persabahatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orangorang yang berkata: "Sesungguhnya kami ini orang Nasrani". Yang demikian itu disebabkan karena di antara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan rahibrahib, (juga) karena sesungguhnya mereka tidak menyombongkan diri. Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al Qur'an) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri); seraya berkata: "Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Qur'an dan kenabian Muhammad saw.)” (Al-Maaidah: 82-83.) Menurut seorang pakar dalam laporan The New York Times pada Oktober 2001, kira-kira 25,000 orang memeluk Islam di Amerika Syarikat setiap tahun, manakala laporan lain menyatakan 100,000 orang setahun. Kebanyakannya adalah masyarakat kulit hitam Amerika diikuti golongan wanita tanpa mengira

pemβ β ina

statistik bangsa. Bahkan, 4 daripada 5 saudara baru ialah wanita, suatu ironi kepada tanggapan bahawa Islam menindas wanita. Jika dilihat daripada fenomena global pula, tanpa mengira peristiwa 11 September, Islam merupakan agama kedua terbesar di dunia selepas Kristian dan merupakan agama nombor satu paling cepat berkembang di dunia. Sebuah laporan dalam Reader’s Digest pada tahun 1984 menyatakan, dalam tempoh 50 tahun sebelumnya (1934-1984), agama Kristian berkembang sebanyak 47%, penduduk dunia bertambah sebanyak 136% manakala umat Islam berkembang sebanyak 235%! Kesedaran Islam juga berkembang dengan positif. Sebagai contoh, dua dekad dahulu, amat sedikit wanita kelas pertengahan di Mesir memakai tudung. Namun kini, kita boleh dapati banyak emporium-emporium yang menjual busana Islam. Kembali ke Amerika Syarikat, kita dapati, antara faktor-faktor yang mendorong indidviduindividu memeluk Islam ialah usaha kendiri mencari kebenaran, peranan media dan laman web kelolaan orang-orang Islam, ajaran Islam itu sendiri yang bertepatan dengan fitrah manusia seperti hanya ada satu tuhan, serta tiada unsur perkauman yang ditunjukkan dalam Islam seperti semasa solat berjemaah. Semua ini menidakkan tanggapan bahawa “Islam disebarkan melalui mata pedang”. Kita dapati, kata kunci di sini ialah “dakwah”. Sungguhpun usaha kendiri mencari kebenaran turut memainkan peranan, namun usaha itu tidak akan berhasil tanpa sokongan para pendakwah Islam sendiri seperti penyediaan bahan bacaan tentang Islam, pencetakan Quran dalam bahasa Inggeris, dan kesabaran menerangkan dan menjawab pelbagai persoalan tentang Islam. Sedari tadi perbincangan artikel ini banyak menyentuh fenomena Islam di Amerika Syarikat. Hakikatnya, Amerika Syarikat dianggap sebagai musuh Islam yang utama atas tindakan negara terbabit menyerang dunia Islam (Afganistan dan Iraq) serta menyokong penindasan berterusan zionis laknatullah terhadap umat Islam di Palestin. Namun, perkembangan Islam di negara “musuh” ini di samping usaha dakwah Islam di negara tersebut membawa sinar cahaya dalam dua bentuk kepada kita. Pertama, Islam mampu menyentuh hati manusia hatta di negara yang dikuasai orang bukan Islam sekalipun. Dalam konteks ini cahaya yang kita dapati adalah cahaya harapan kepada Deen Allah ini walau di mana jua, sekalipun di tengah-tengah kaum yang tidak beriman. Firman Allah: “Dia-lah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang-orang musyrik benci.” (Ash-Shof: 9) Kedua, jika di negara “musuh” Islam, usaha dakwah mampu berkembang baik, bagaimana pula dengan negara yang secara tradisionalnya adalah Islam seperti Malaysia? Dalam konteks ini, cahaya yang kita dapati ialah cahaya keimanan yang luhur yang mungkin mengatasi kita. Firman Allah: “ Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orangorang yang memerlukan (Nya); dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini).” (Muhammad: 38.) Oleh itu, sebagai meraikan cahaya di ufuk barat ini, ayuhlah kita berjuang di medan dakwah ini dengan penuh semangat dan iltizam!

4

Kadar Jenayah dan Masalah Sosial Dalam Negara Semakin Berleluasa: Benarkah Malaysia Tidak Lagi Selamat? Indeks Jenayah 2005-2007 2005

JENAYAH KEKERASAN

2006

2007

Jumlah Kes

Kes Selesai

Jumlah Kes

Kes Selesai

Jumlah Kes

Kes Selesai

BUNUH

497

328

604

385

588

404

CUBA BUNUH

94

75

*

*

ROGOL

1,887

1,769

2,435

2,238

3,177

2,938

CABUL KEHORMATAN

*

*

2,023

1,646

*

*

SAMUN BERKAWAN BERSENJATA API

40

7

68

18

77

13

SAMUN BERKAWAN TANPA SENJATA API

1842

774

2,658

1,043

7,067

2,524

SAMUN BERSENJATA API

317

59

247

44

202

27

SAMUN TANPA SENJATA API

13,210

6,474

18,446

7,878

17,241

8,221

PEMERASAN

*

*

1,549

1,020

*

*

UGUTAN JENAYAH

*

*

6,336

4,972

*

*

MERUSUH

*

*

2,261

1,627

*

*

MENCEDERAKAN

4,246

3,546

5,716

4,582

6,806

5,465

JUMLAH

22,133

13,032

42,343

25,453

35,158

19,592

*

*

JENAYAH HARTA BENDA CURI

34,317

19,626

37,128

20,099

44,617

23,520

CURI VAN/LORI/JENTERA BERAT

5,507

1,667

6,328

587

5,047

858

CURI MOTOKAR

9,711

4,532

11,101

2,935

12,427

3,096

CURI MOTOSIKAL

51,709

22,448

64,858

10,330

67,584

20,242

CURI RAGUT

9,617

5,325

9,551

4,264

11,127

4,339

PECAH RUMAH SIANG HARI

6,923

2,653

8,253

2,749

9,159

2,734

PECAH RUMAH MALAM HARI

17,542

7,001

19,060

6,864

24,440

7,889

JUMLAH

135,326

63,252

156,279

47,828

174,440

62,678

157,459

76,284

198,622

73,281

209,559

82,270

JUMLAH JENAYAH INDEKS

Sumber: Laman Web Rasmi Polis Diraja Malaysia, 2008

pemβ β ina

9


karya kreatif

urus wang anda

Oleh: Rusman Arief

Bank Negara Malaysia introduces tiered pricing structure to promote good financial discipline among credit card users By: Bank Negara Malaysia

Bank Negara Malaysia wishes to announce the introduction of a tiered pricing structure for credit card users to promote the use of credit cards as a payment instrument. This is part of Bank Negara Malaysia's continuous efforts to promote prudent financial management and inculcate good financial discipline among credit card users in Malaysia. On average, one-third of credit cardholders use their credit cards as a payment instrument, settling their credit card outstanding amount in full every month. More than half of cardholders pay at least the minimum amount due promptly and roll over the remaining balance. For the benefit of credit card users who have a good track record of settling their credit card balances which are due each month, promptly for 12 consecutive months, the finance charge will be reduced from the maximum of 18% per annum to not more than 15% per annum. The ceiling rate of 18% per annum will still be applicable for other cardholders. Credit card issuers began to track the repayment behavior of their cardholders with effect from 1 July 2007. The details of the new scheme, including the finance charges and its calculations, have been communicated by individual card issuers. The tiered pricing structure will be implemented by 1 July 2008. (Note: Under current arrangement, credit cardholders enjoy a 20-day interest-free period on their new retail transactions. However, after July 2008, only those who make full payments before the due date will be entitled to the interest-free days. Those who make only

“This exercise is part of Bank Negara Malaysia's continuous efforts to promote prudent financial management and inculcate good financial discipline among credit card users in Malaysia.”

was 1% of the minimum payment amount.) Bank Negara Malaysia also encourages debit cards as an alternative payment instrument. The domestic banking institutions are in the process of upgrading all credit card terminals deployed by them to accept their ATM cards. The exercise, which is expected to be completed this year, will enable the 15.4 million ATM cardholders to use their ATM cards to make purchases at participating merchants. The greater use of these payment cards is part of Bank Negara Malaysia's drive to accelerate the migration to e-payments. Bank Negara Malaysia and the financial industry will continue to implement initiatives to promote epayments.

“...after July 2008, only those who make full payments before the due date will be entitled to the interestfree days. Those who make only partial or minimum payment will be charged interest on the day the new purchases are posted to the card’s accounts. In addition, the late payment charge is now is 1% on total outstanding balance; not as previous as it was 1% of the minimum payment amount.”

Disclaimer: This article serves as information only. Muslims must be aware that Islam prohibits any kind of transaction that involves Riba’ and Usury.

partial or minimum payment will be charged interest on the day the new purchases are posted to the card’s accounts. In addition, the late payment charge is now is 1% on total outstanding balance; not as previous as it

pemβ β ina

8

pemβ β ina

5


sana-sini

sana-sini

Kuliah Dhuha INTEC

Jaulah Baitul Muslim PEMBINA Gombak

SHAH ALAM, 22 Jun — Sebuah program yang dikenali sebagai Kuliah Dhuha telah dianjurkan oleh PEMBINA cawangan Shah Alam & Klang bertempat di Masjid Al-Ubudiyah Seksyen 19. Siri pertama program ini telah dihadiri oleh 17 orang pelajar lelaki dan 20 orang pelajar perempuan dari pelbagai institut pengajian tempatan (IPT) di sekitar Shah Alam dan Lembah Kelang. Program ini diadakan bertujuan untuk mengumpulkan pelajar-pelajar IPT tersebut di dalam sebuah perjumpaan mingguan. Ia diharapkan dapat memupuk dan mengeratkan ikatan persaudaraan dikalangan pelajar-pelajar IPT yang berlainan. Program bermula seawal jam 8.30 pagi dengan peserta menunaikan solat sunat dhuha secara individu. Ia disusuli dengan pembahagian peserta kepada beberapa kumpulan dan acara tadarrus al-quran dijalankan. Acara kemuncak program tersebut adalah sesi pengisian melalui kupasan secara terperinci melalui karya Dr Yusuf Al-Qardhawi yang bertajuk “Pendidikan Islam dan madrasah Hasan Al-Banna” yang disampaikan oleh Ustaz Rusdi bin Alias. Melalui siri yang pertama ini, Ustaz Rusdi membawa peserta menelusuri isi pendahuluan buku yang dikarang oleh Syeikh muktabar ulama’ kontemporari tersebut. Kupasan buku tersebut dijangka akan diteruskan pada siri-siri kuliah yang akan datang. Program diakhiri dengan sesi soal jawab tepat jam 12.15 tengahari. Usai program tersebut, sebahagian peserta lelaki bersama ahli jawantankuasa program seramai 14 orang berangkat ke Kajang bagi memenuhi undangan perkahwinan ahli PEMBINA iaitu saudara Mohd Zulalwi bin Mat Adam bersama pasangannya Mastura bte Mohd. Rombongan tersebut meneruskan perjalanan ke sebuah lagi undangan perkahwinan ahli PEMBINA iaitu saudara Syamil bersama pasangannya di Putrajaya. Setelah puas menjamu selera, rombongan peserta tersebut bertolak pulang semula ke Shah Alam kira-kira jam 4.25 petang.

SEREMBAN, 24 Mei – Seramai 16 orang ahli PEMBINA Gombak telah menunaikan jemputan walimatul urus dua orang yang ahlinya iaitu saudara Firdaus di Taman Rashidah Utama dan saudara Idris di Taman Tasik Jaya, kedua-duanya di Senawang. Rombongan telah bertolak pada jam 10.30 pagi dari UIAM, Gombak dengan menaiki dua buah Avanza dan sebuah Nissan LaWo Wba ke desWnasi pertama pada waktu Zohor. Rombongan meneruskan ke desWnasi kedua setelah bermesra dan bergambar dengan penganWn lelaki. Pada jam 4.00 petang kami telah berjumpa dengan ahli PEMBINA dari Seremban. Peluang untuk berjumpa itu telah kami gunakan untuk bertaaruf dan mendengar tazkirah darip a d a s a l a h s e o ra n g a h l i d a r i Seremban iaitu saudara Omar Kassim. Tazkirah selama 20 minit ini menyentuh isu tentang keperibadian individu muslim dan kepenWngan membina Baitul Muslim dalam kesinambungan perjuangan dakwah. Program telah dilengkapkan dengan kunjungan ke rumah saudara Farid Hussin di Taman Kemuning, Senawang. Rombongan selamat Wba di Gombak pada jam 7.15 malam.

Anda ada sebarang cadangan untuk menambahbaikkan Buletin?

Menikmati Alam Ciptaan Yang Maha Esa—Edisi Tanjung Bidara MELAKA, 22 Jun 2008 – Dengan izin Allah, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Melaka Tengah telah berjaya mengumpulkan pelajar-pelajar untuk bersama menikmati keindahan cakerawala ciptaan Tuhan sambil bersantai di tepi pantai Tanjung Bidara. Dalam edisi perkelahan kali ini, seramai 19 peserta lelaki dan 14 peserta perempuan belia yang rata-ratanya pelajar sessi pembelajaran baru Multimedia University telah bersama menjayakan program ini. Sessi perkongsian tentang kitar hidup mahasiswa, permainan berkumpulan dan tazkirah rohani mewarnai program sepanjang hari. Keraian awal seperti diharapkan mampu menimbulkan sedikit kesedaran awal di kalangan pelajar tentang peri-penting kebersamaan bersama rakan-rakan yang cemerlang sahsiah peribadinya seterusnya menyemai dan menjiwai sifat nasihatmenasihati di antara satu sama lain.

pemβ β ina

Ingin berhubung sesama ahli Pembina di seluruh Negara? Hantarkan sebarang cadangan, pandangan atau pendapat anda mengenai Buletin Pembina atau apa-apa isu di sekeliling kita ke alamat email di bawah:

buletin.pembina@gmail.com

Sidang Redaksi Buletin Pembina 2008 Penaung: Dr Kamil Azmi Tohiran Ketua Penyunting: Zainuddin Ghafar Penyelaras Bahan: M Hafez M Yusuf Rekaletak & Grafik: Umar Hakim M Tajuddin Pemasaran: Kamarul Azizan A Raman Wartawan Kawasan– Shah Alam: Kamarul Azizan Melaka: Khair Razlan Othman Gombak: Ibrahim Hassan

6

pemβ β ina

7


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.