Buletin PEMBINA Sya'ban 1429

Page 1

karya kreatif

w w w . p e m b i n a . c o m . m y

buletin

Oleh: Kamaluddin Zakaria

pemβina

SUARA GENERASI BELIA

1326-07-SEL

T A H U N

1

B I L .

4

E D I S I

S Y A A B A N

1 4 2 9

-Untuk Ahli Sahaja-

tinta presiden

Muhasabah Assalamualaikum,

10 Sifat Mukmin Sempurna

Saudara-saudari yang dirahmati Allah. Alhamdulillah, kita dapat bertemu lagi dalam kesempatan ini. Masa yang berlalu dirasakan terlalu pantas, sekarang kita telah tiba dalam bulan Sya’ban. Sebagai insan yang sering sibuk dengan urusan seharian, samada urusan peribadi dan/atau urusan dakwah, kita balik dalam keadaan keletihan. Setiap pagi pula kita bergegas bangkit untuk memulakan hari baru, meneruskan rutin yang sama, saban hari, m i n g g u , b u la n d a n tahun. Sehingga suatu hari kita 'terperasan’ bulan 'pesta ibadah’ telah tiba lagi, bulan Ramadhan, bulan insan kembali kepada fitrahnya. Adakah usia yang bertambah telah lebih mematangkan kita dalam hidup ini, khususnya kualiti kita sebagai hamba. Ataupun ia sekadar menambah usia dan jumlah aktiviti rutin kita. Pernahkah kita bermuhasabah? 'Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil, untuk (menimbang amal makhlukmakhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikit pun; dan jika (amalan) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkan (untuk ditimbang dan dihitung); dan cukuplah Kami sebagai Penghitung’. (Al-Anbiya’: 47) 'Semasa mereka semuanya dibangkitkan hidup semula oleh Allah (pada hari kiamat), lalu diterangkan kepada mereka segala yang mereka telah kerjakan. Allah telah menghitung amal-amal mereka itu satu persatu, sedang mereka telah melupakanya. Dan (ingatlah), Allah menjadi saksi tiap-tiap sesuatu’. (Al-Mujadalah: 6) 'Dan ketahulilah, sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya’. (Al-Baqarah: 235)

pemβ β ina

12

pemβ β ina

Bersandarkan ayat diatas, Al Imam Al-Ghazali mengatakan "Jelas pula bahawa seluruh manusia ini akan dipertanggungjawabkan ke atas amalan-amalan pada hari hisab yakni hari kiamat di waktu segenap perbuatan perlu diperhitungkan. Mereka pasti akan dituntut sekalipun hanya perbuatan yang seberat debu atau bahkan yang lebih kecil lagi daripada itu, baik yang berupa lintasan hati atau lirikan mata”. Persoalanya adakah kualiti amalan dan lintasan hati kita sama dengan kualitinya ketika akil-baligh, sepuluh, dua puluh atau tiga puluh tahun lepas !!! Bagaimana solat, puasa, sedekah, amal dakwah, semangat kita terhadap usaha mempertahankan agama ini, kecintaan kepada Ilahi, dan rasa rendah diri dihadapan yang Maha Cepat Perhitungannz`ya. Peringatan ini adalah untuk saya dan saudara-saudari semua. Mudah-mudahah Allah sentiasa memberikan taufiq dan hidayahNya kepada kita. Wassalam. Dr Kamal Azmi Tohiran Presiden, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)

DALAM EDISI INI!

negeri kita

-Melayu Yang Melayu muslimah

-Dari Lembah Nil cerpen

-Mengharap Padi Seberang baitul muslim

-Cinta Yang Hakiki ...dan banyak lagi!

1


negeri kita

Melayu Yang Melayu Oleh: Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad

I

su semasa hangat tanah air acapkali didominasi oleh kemelut politik dan sosio-ekonomi negara. Terbaru, isu muzakarah antara UMNO dan PAS demi memelihara survival Islam dan Melayu di Malaysia menimbulkan reaksi yang pelbagai dari segenap lapisan masyarakat. Ramai yang menyambut baik saranan muzakarah tersebut, tidak kurang juga yang melihatnya sebagai satu lagi gimik politik yang mempunyai agenda terselindung. Saya tidak berniat untuk menghuraikan isu ini dari kaca mata politik, lantaran perbahasan tersebut lebih cenderung kepada perbalahan partisan dan sentim e n kurang sihat. Apa yang ingin saya ketarakan ialah peri pentingnya survival Islam dan Melayu berlatar belakangkan garis masa dan lanskap politik serta sosio-ekonomi negara.

Hakikatnya, entiti Islam yang bersifat global dan rabbani menjadikannya jauh lebih penting berbanding unsur kemelayuan. Malah sebagai seorang Islam, tali yang menjalin dan menyatukan kita ialah aqidah Islam dan bukannya perpaduan sempit bangsa, warna kulit apatah lagi status dalam masyarakat. Lantas seharusnya survival Islam menjadi agenda perjuangan yang diutamakan oleh bangsa Melayu. Walaubagaimanapun, melihat kepada senario dan realiti sebenar di Malaysia, survival Islam banyak bergantung kepada survival Melayu memandangkan majoriti penduduk Malaysia adalah bangsa Melayu dan majoriti bangsa Melayu di Malaysia beragama Islam. Jatuh bangunnya bangsa Melayu di Malaysia menjadi penentu kepada jatuh bangunnya Islam. Di sinilah terletaknya kepentingan survival Melayu untuk diperkasakan. Jika dilihat dengan lebih halus, isu survival itu sendiri timbul lantaran kepincangan dan komplikasi yang melanda bangsa Melayu di Malaysia. Statistik membuktikan bahawa rata-rata bangsa Melayu ketinggalan dalam pelbagai ruang lingkup kehidupan termasuklah dalam bidang ekonomi, sosial dan pembangunan teknologi. Data menunjukkan Bumiputera hanya mempunyai 18.9 peratus hak milik ekuiti negara, walaupun banyak syarikat milik kerajaan di bawah Khazanah Nasional, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan agensi-agensi lain. Menurut perangkaan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), pada tahun 2004 Bumiputera hanya memiliki 16.4 peratus bidang pertanian, 12.3 peratus perlombongan, 8.1 peratus pembuatan, 6.3 peratus utiliti, 35.2 peratus pembinaan, 20.4 peratus perdagangan borong dan runcit, 26.7 peratus pengangkutan, 12.5 peratus kewangan dan 18.7 peratus perkhidmatan. Perangkaan juga menunjukkan pemilikan Bumiputera dalam bangunan dan premis komersial ialah sebanyak 11.7 peratus pada tahun 2005 berbanding 71.9 peratus bagi etnik Cina, 4.6 peratus bagi etnik India dan 11.8 peratus bagi etnik lain-lain. Manakala dalam julat yang lebih kecil pula golongan Bumiputera mempunyai pendapatan isi rumah yang terendah berbanding etnik lain.

pemβ β ina

baitul muslim Dalam arena sosial pula, muda mudi banga Melayulah yang tersohor dalam menyumbang kepada gejala sosial yang kian meruncing seperti dadah, lumba haram, bohsia, pelacuran, jenayah seksual, buang bayi, rompak dan ragut serta banyak lagi. Selain itu, menurut perangkaan dalam RMK-9, pada tahun 2005, pegawai kanan dan pegawai pertengahan bumiputera terdiri daripada 37.1 peratus profesional berbanding etnik Cina 77.6 peratus dan India 69.2 peratus. Suatu kajian tentang pola guna tenaga Bumiputera yang dijalankan pada tahun 2005 pula mendapati peratusan pekerja bumiputera bagi kategori jawatan tinggi dan pertengahan ialah 48.0 peratus, bagi kumpulan pengurusan 64.0 peratus serta 53.0 peratus juruteknik dan separa profesional. Ketua eksekutif hanya 20 peratus adalah Bumiputera berbanding 70.4 peratus adalah orang Cina. Kajian ini meliputi bidang ICT, pembuatan, pelancongan, pengedaran perdagangan dan bioteknologi. Belum lagi kita mengambil kira masalah siswazah menggangur yang mana statistik menunjukkan 85% daripada mereka adalah terdiri daripada siswazah Melayu. Menurut suatu kajian oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) sebab-sebab utama masalah ini ialah ketidakupayaan untuk berkomunikasi dengan baik sama ada dalam bahasa sendiri atau bahasa Inggeris, kelemahan dalam pengetahuan am dan kurang keyakinan diri. Yang masih tersisa bagi kaum Melayu ialah tampuk politik yang dilindungi dan dikawal selia oleh perlembagaan negara dan juga kuasa raja-raja. Kuasa politik yang masih berada di tangan bangsa Melayu merupakan satu-satunya sebab ketuanan Melayu masih mampu dipertahankan lantas Islam masih lagi bertapak di halaman tanahair kita. Kalaulah kelebihan politik ini dipersiasiakan dan tidak dioptimumkan peranannya, pasti suatu hari nanti Islam dan Melayu akan terasing di bumi sendiri. Tidak dinafikan, kelemahan dan kemelut yang melan d a ban gsa Melayu h ari in i ad alah impak meninggalkan Islam dalam segenap aspek kehidupan. Mulianya bangsa Melayu adalah kerana Islam. Apabila Islam dipandang sepi dan dianak tirikan, maka kemuliaan dan kekuatan bangsa Melayu hilang sebagaimana yang dapat kita perhatikan pada hari ini. Kesimpulannya, kemelut yang menggoncang survival bangsa Melayu hari ini memberikan impak yang sangat signifikan kepada survival Islam itu sendiri. Keruncingan isu ini bertitik tolak dari pengabaian nilai hidup Islam dalam sistem kehidupan masyarakat. Lantas untuk memastikan nasib bangsa Melayu terbela, kita mesti kembali kepada ajar an I s la m y an g su ci d an m en y eb ar lu a sk an implementasinya dalam ruang lingkup masyarakat Malaysia. Dengan cara inilah, survival Melayu akan terjamin dan seterusnya memastikan survival Islam terpelihara. Isunya bukan muzakarah antara UMNO dan PAS. Tetapi survival Islam dan Melayu di tanahair kita. Diharapkan muzakarah diantara UMNO dan PAS mampu menyuntik sinar baru kepada ketuanan Islam di Malaysia secara khususnya dan di seantero jagatraya amnya.

Cinta Yang Hakiki Oleh: Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni

R

amai kenalan saya dari kalangan pelajar dan yang baru bergelar siswazah melangsungkan perkahwinan dalam tiga empat bulan ini. Alhamdulillah bertambah bait muslim di Malaysia. Ada lagi yang sedang dalam perjalanan ke situ. Saya doakan moga segala yang dihajati termakbul dan berlangsung dengan penuh keberkatan. Seorang senior sewaktu saya belajar di Mesir pernah menceritakan kepada saya pandangannya terhadap pasangan baru. Katanya, dia akan tersenyum setiap kali melihat gelagat pasangan baru. Saya pun senyum mendengar katakatanya, walau pun saya sebenarnya tidak faham kerana saya belum berkahwin lagi ketika itu. Hari ini setelah 11 tahun mendirikan rumahtangga, saya rasa saya faham maksudnya kerana saya juga selalu tersenyum melihat gelagat atau mendengar cerita-cerita tentang pasangan baru. Pasangan baru adalah pasangan yang hidup dengan kegembiraan penuh. Memang begitulah sepatutnya. Dan selayaknya saya tersenyum mendengar cerita seorang rakan yang ‘terlajak ceria’ sepanjang hari perkahwinannya. Sebelum akad dia senyum, semasa akad dia senyum, selepas akad dia senyum, jumpa sesiapa sahaja dia senyum. Ketika tidak ada sesiapa menyapanya pun dia senyum. Pasangan baru tidak sanggup berpisah walau seminit. Jumpa rakan dan tetamu di majlis perkahwinan, tangan kanan salam tetamu dan tangan kiri terus memegang tangan isteri. Lepaskanlah sekejap, biarlah dia jumpa rakan dan tetamu wanita. Suami kata: “Eh bukan saya. Isteri saya yang tak nak lepaskan tangan saya ni.” Iyalah… sama-samalah tu. Pasangan baru ketika diajak rakan-rakan untuk makan di kedai, dia akan membalas: “Temankan minum sekejap boleh kot.” Tak lapar ke? Lapar tu, tapi memang sepatutnya dia buat begitu sebab pasangannya pun sedang menahan air liur melihat rakan-rakan wanitanya menjamu selera. Keduaduanya tidak berjanji untuk makan bersama, tapi masingmasing tidak sampai hati untuk makan takut pasangannya lapar keseorangan. Begitulah gelagat pasangan baru. Kehidupan baru yang perlu diterokai. Awalnya manis. Hujungnya mereka yang akan tentukan samada terus manis atau akan berubah rasanya. Pasangan baru akan melalui satu fasa; fasa ini akan mendatangkan perasaan yang ganjil bagi mereka. Ganjil kerana mereka akan terbuai-buai di satu alam lain yang tidak pernah mereka lalui. Alam ini terpisah dari alam yang mengelilingi mereka. Mungkin sebab itulah pasangan yang baru mendirikan rumahtangga ada ‘bulan madu’. Saya tidak faham sangat tentang ‘bulan madu’ kerana saya bernikah ketika isteri sedang menghadapi peperiksaan tahun akhir. Dua minggu selepas nikah pula saya ke UK dan Ireland memenuhi jemputan untuk memberi pengisian selama hampir

2

pemβ β ina

sebulan. Beberapa hari selepas pulang ke rumah sesudah itu, terpaksa ke perkhemahan musim panas di Ra’sul Barr, Sinai selama lima hari. Selepas itu, isteri pula masuk perkhemahan. Tambah lagi lima hari. Itu bukan ‘bulan madu’ rasanya. ‘Bulan madu’ ni mungkin macam seorang kenalan saya yang berkahwin dan kemudian bercuti di Summit Hotel sebelum sambung bercuti di Gold Coast, Australia. Tetapi apa pun bentuknya; bersama di hotel dan pantai atau jauh dipisahkan oleh lautan … semua pasangan baru rasanya akan merasai perasaan ini. Alangkah baiknya jika ianya berterusan. Tetapi tabiatnya bukan begitu. Tidak lama, ia akhirnya akan kembali seperti biasa dan dari situ bermulalah cabaran yang hanya orang-orang yang ikhlas niat di dalam mendirikan rumahtangga akan mampu menghadapinya. Saya kongsikan di sini nasihat yang pernah saya berikan kepada beberapa pasangan yang baru mendirikan rumahtangga. 1. Bukan mudah untuk seorang manusia duduk sepanjang hayatnya bersama seorang lagi manusia lain. Ke sana sini bersama. Makan bersama dan berkongsi semua perkara. Pasangan di Barat diikat dengan sebab-sebab material (seks, kebendaan, tumpang glamour dan sebagainya). Dengan sebab itulah maka mereka mudah bercerai. Tetapi bagi orang Islam, kita diikat dengan ikatan akidah dan matlamat ubudiah kepada Allah. Alangkah kuatnya ikatan ini bagi yang menghayatinya. Oleh itu bermujahadahlah agar ikatan ini kekal di dalam ikatan tersebut. 2. Isteri mempunyai kerenahnya dan begitulah juga suami. Belajarlah untuk saling memahami dan menghormati pasangan. Berusaha juga untuk saling bekerjasama dalam semua perkara. Dr Yusof Qardhawi mempunyai pandangan yang lain berkaitan pengurusan rumah oleh wanita di mana beliau berpendapat bahawa suami juga mempunyai tanggungjawab meringankan beban isteri di situ kerana wanita juga hari ini memainkan peranan mencari rezeki membantu beban suami. 3. Seorang muslim soleh bertemu dengan seorang muslimah solehah, hasil yang sentiasa diharapkan adalah bait muslim dengan segala ertinya. Tetapi kadang-kadang ianya tidak jadi begitu kerana kaedah yang betul adalah; bait muslim ini perlu dibina seumpama mereka membina keperibadian mereka ketika mereka bujang sebelum ini. Anggaplah bait muslim tersebut seumpama bayi yang baru lahir. Bagaimana kedua-dua suami isteri tersebut membentuknya, itulah hasilnya. Hidupkan rumahtangga dengan al-Quran dan ibadah. Jauhi hiburan yang melalaikan. Warnai dengan kasih sayang dan kesetiaan

11


dunia kita

muslimah

Tercalarnya Maruah Sebuah Umat!!

Dari Lembah Nil

B

eberapa tahun berlalu (2.10.1997), perginya ke sisi Allah isteri Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Mustafa Masyhur. Jenazahnya diiringi oleh ribuan masyarakat Mesir dari setiap negeri menuju ke tempat persemadiannya yang terakhir di dunia ini dengan penuh kekaguman terhadap jihad dan kelebihan yang ada padanya. Jika sekiranya para hukamak mengatakan " Sesungguhnya di belakang setiap lelaki yang hebat, ada wanita dibelakangnya ", maka Almarhumah merupakan wanita yang berada di belakang suaminya, membantu dan mendorong dari belakang, menyokongnya untuk terus bergerak dalam jalan Dakwah walau berdepan dengan ranjau dan duri. Detik-detik jihad Almarhumah terlalu banyak. "Saudari akan menjadi isteriku yang kedua kerana aku telah berkahwin dengan isteriku yang pertama sebelum saudari. Aku amat mencintainya dan aku tidak sanggup untuk berpisah dengannya " kata Ustaz Mustafa Masyhur. Almarhumah bertanya, "Siapakah dia?". Ustaz Mursyid menjawab, " Dia adalah Dakwah di jalan Allah. Diharap saudari jangan cemburu kepadanya ". Almarhumah menjawab, "Dakwah tersebut adalah tuanku dan aku adalah khadamnya". Begitulah teguhnya janji yang diukir sehingga berlalu 51 tahun Almarhumah mengharungi masa tersebut bersama suaminya. Dakwah Ikhwan Muslimin adalah tuannya yang menyuruh, lalu dia mentaatinya. Dakwah berkata, dan dia patuh mendengar kata-kata tersebut. Suaminya dipenjara selama 19 tahun, dalam tahun-tahun 50an, 60an dan awal 70an, tetapi Almarhumah tetap setia pada janjinya dan tsabat di atas Dakwah ini. Apabila Ustaz Mursyid mula dipenjara, dia meninggalkan 4 orang anak kecil kepada Almarhumah untuk dibesarkan olehnya berseorangan diri. Mereka ialah Masyhur, Salwa, Wafa’ dan Sumayyah. Jadilah Almarhumah sebagai ibu dan ayah kepada mereka. Almarhumah mendidik mereka dengan baik. Apabila Ustaz Mustafa keluar dari penjara, dia mendapati mereka dalam keadaan sebaik-baik agama, ilmu dan akhlaq. Sangat berat hari-hari berlalu ketika suami dipenjara tetapi Almarhumah bersungguhsungguh berusaha memastikan hari-hari itu indah lagi menggembirakan untuk anak-anak mereka. Pernah mereka tidak dibenarkan menziarahi Ustaz Mursyid di penjara Wahaat selama 9 tahun lalu Almarhumah menghubungkan mereka dengan ayah mereka melalui surat pos. Almarhumah memegang pen di tangan-tangan kecil mereka menulis kalimat-kalimat tsabat dan dorongan kepada ayah yang sedang berada di belakang jaringan besi di penjara. Almarhumah menyanyikan untuk mereka "Nahnu nuhibbu baba, wa baba yuhibbuna" ( Kami sayangkan ayah, dan ayah sayangkan kami ). Almarhumah membeli permainan dan hadiah dengan duit yang tersimpan agar dia menghadiahkan kepada mereka yang masih kecil dengan mengatakan "Baba arsala ilaikum hazihi hadaya" ( Ayah kirim hadiah-hadiah ini untuk kamu ). Berlaku mehnah yang dikenali sebagai "Mehnah Takyid" ( Dugaan memberi sokongan kepada Presiden Jamal Abdul Nasir yang menghukum mereka, iaitu dengan menggunakan anak-anak Ikhwan yang dipenjara untuk memujuk ayah-ayah mereka menerima tawaran bebas dari penjara

pemβ β ina

dengan syarat menulis beberapa perkataan atas kertas menyokong Jamal Nasir ; mehnah = dugaan, takyid = sokong ). Beberapa orang dari saudara mara Ustaz Mursyid menyuruh anak-anak perempuan beliau pergi ke penjara untuk memujuk ayah agar menulis sokongan dan balik ke rumah bersama mereka tetapi Almarhumah enggan dan memesan kepada anak-anak agar tidak menunjukkan jemu dan risau lantaran ketiadaan ayah yang panjang. Teruslah si ayah dalam penjara dengan tsabat dan teguh, menolak sebarang sokongan terhadap sistem yang memenjarakannya. Pernah apabila hari-hari raya menjelang tiba, Almarhumah tidak mempunyai wang untuk membeli pakaian hari raya untuk anakanak. Untuk menggembirakan mereka, b eliau menurunkan beberapa kain langsir rumah untuk dibuat pakaian raya. Pernah juga beliau sampul kusyen kerusi dan sofa dijahitnya menjadi baju anak-anak. Almarhumah menanamkan kedalam jiwa anak-anak perasaan thiqah kepada Allah, meneguhkan hati mereka dengan rasa bangga terhadap tugas ayah dalam menyampaikan risalah Dakwah. Beliau menjadikan anak-anak merasakan bahawa ayah mereka adalah seorang mujahid, dipenjara kepada aqidahnya dan patut mereka berbangga dan menceritakan perkara ini kepada kawan-kawan yang lain. Apabila Ustaz Mursyid keluar dari penjara, Almarhumah menyambung perjalanannya bersama Mursyid, mencurahkan pengorbanan. Ustaz Mursyid yang sentiasa pergi ke merata tempat dalam dan luar Mesir berdakwah di jalan Allah. Waktu di rumah sangat sedikit, namun Almarhumah tetap redha dan tenang. Bahkan dihari-hari yang kebiasaannya ahli keluarga berkumpul seperti berbuka dibulan Ramadhan, beliau berkorban haknya untuk diberikan kepada anak-anak Dakwah lain yang mengundang si suami. Almarhumah berkongsi perasaan dan prihatin suami terhadap anak-anak Dakwah di mana sahaja mereka berada, dalam atau luar negeri, bertanyakan keadaan keluarga dan anak-anak mereka dan sering mendoakan untuk mereka. Almarhumah kuat berpuasa, qiamullail, berbudi luhur dan sentiasa berharap kebaikan kepada manusia - semua manusia. Sejak bertahun-tahun Almarhumah tidak ketinggalan bersama suaminya berqiamullail. Beliau memastikan bahagian akhir malam untuknya dan suaminya, bersama Allah, bermunajat dan berdoa kepadaNya agar dia menemuiNya dalam keadaan dia redha lagi diredhai olehNya. Semoga Allah mengampuninya, melimpahi rahmat keatasnya dan mengurniakan kesabaran keatas suami, anak-anak dan mereka yang mencintainya. Kita tidak mengatakan sesuatu melainkan yang diredhai oleh Allah : Inna lillahi wa inna ilaihi raajiuun ( Kita dari Allah, dan kepadaNya kita akan kembali ).

10

Oleh: Mohd Noreffendy Jayah

I

su Iraq mungkin sudah menjadi isu yang lapuk di telinga kebanyakan pembaca. 5 tahun berlalu dan dada akhbar tidak pernah kering dari darah-darah rakyat iraq yang tumpah dengan murahnya. Frekuensi kematian dan kemalangan yang terlalu banyak menyebabkan ummat Islam lali dan tidak lagi sensitif dengannya! Situasi terkini Sejak bermulanya penjajahan Amerika ke atas Iraq pada 19 Mac 2003, statistik menunjukkan kadar kematian di Iraq mencecah 1.5 juta orang, 4.2 juta kehilangan tempat tinggal, 1 juta wanita menjadi janda dan sekitar 200 ribu lagi ditahan dan disiksa di penjara-penjara, walaupun tanpa sebarang kesalahan yang tsabit. Keadaan bahkan menjadi lebih teruk dengan musnahnya struktur ekonomi, politik dan sosial hasil tindakan Amerika dalam ‘memperbaiki’ Negara Iraq. Golongan professional seperti jurutera, professor dan ahli ahli sains menjadi sasaran pembunuhan terancang. Kadar pengangguran dan inflasi melambung tinggi, menjadikan hidup penuh kesulitan. Bahkan, kesengsaraan sebenar yang dirasai oleh ummat Islam Iraq jauh lebih dahsyat dari apa yang dapat kita coretkan di sini. Iraq di hati Muslimin Sebenarnya, Iraq menempah tempat yang sangat rapat di hati seorang Muslim. Jika tinta sejarah mencoretkan Iraq sebagai sebuah bumi yg hebat, tempat berkembangnya tamadun Mesopotamia (5000 BC), kaum Muslimin mempunyai lebih banyak tautan den-

“Isu Iraq bukanlah suatu isu bagi rakyat Iraq sahaja, bahkan ia adalah isu umat Islam seluruh dunia. Umat Islam harus sedar akan realiti sebenar kisah penjajahan Amerika ke atas bumi Iraq”. gannya yang harus dibanggakan. Iraq merupakan tanah suci yang hidup di dalamnya beberapa nabi seperti Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Yunus a.s. Ketika Zaman pemerintahan

pemβ β ina

Abassiyah, ibu Negara Iraq, Baghdad menjadi pusat pemerintahan kerajaan Islam yang gilang gemilang. Ini sebenarnya men u n ju kkan dengan jelas bahawa Iraq merupakan salah satu dari rangkaian tanah air Islam milik kaum Muslimin. Jadi, jika hadith Nabi saw menyebut perumpamaan orang beriman dalam kasih sayang sesama mereka seumpama sebuah jasad, maka keadaan umat Islam sekarang seolah olah seorang individu yang luka parah anggotanya tetapi masih mampu tersenyum selesa. Sungguh aneh !!

Lihatlah dari pintu ini Isu Iraq bukanlah suatu isu bagi rakyat Iraq sahaja, bahkan ia adalah isu ummat Islam seluruh dunia. Ummat Islam harus sedar akan realiti sebenar kisah penjajahan Amerika ke atas bumi Iraq. Peperangan ke atas Iraq adalah satu siri peperangan yang dilancarkan oleh Amerika kepada Negara-negara ummat Islam di seluruh dunia. Ia adalah salah satu dari langkah langkah Amerika untuk menumpaskan Negara Negara Islam di seluruh dunia. Jika umat Islam di analogikan seperti sebuah pasukan tempur, Iraq ketika ini adalah merupakan tentera di barisan hadapan yang menghadapi musuh, sedangkan umat Islam selebihnya hanya menyokong dari belakang. Jika isu Iraq terus dipandang sepi, tumpasnya barisan hadapan pasukan tempur itu pasti membawa musuh mara ke pertengahan pasukan, maka baton peperangan pastinya jatuh ke tangan mereka yang tinggal. Maka adakah kita telah bersedia untuknya? Tepuk dada dengarkan jawapannya... Ayuh, marilah kita bantu bebaskan saudara kita di Iraq !

3


cerpen

sana-sini

Mengharap Padi Seberang

Seminar Jatidiri Muslim

Oleh: Afizhi Atan

K

elas Pemakanan Haiwan tamat lebih awal, lantas memberi ruang buat siswa- siswi ke cafeteria berhampiran untuk melepaskan lelah. Tuan Haji Ismail Idris laju sahaja meninggalkan Bilik Syarahan Sains Haiwan, melangkah tanpa toleh. Ada dua tiga orang siswa sibuk ke hadapan untuk membuat salinan nota yang tersimpan di dalam komputer bilik syarahan. Memang sengaja Tuan Haji Idris simpankan, bagi memudahkan pelajarnya. Suasana Jabatan Sains Haiwan agak kosong, hanya beberapa pelajar luar negara lalu lalang. Meja yang tersedia tidak terisi. Memang biasalah, pukul 12 tengahari memang selalunya begini. Lantas Syafikah mengambil keputusan untuk menelaah kembali kuliah pemakanan sebentar tadi. Syafikah labuhkan punggung di kerusi kayu, lalu Syafikah keluarkan nota yang sempat disalin. ” Hai Syafikah..” Suara Madihah menegur Syafikah, bersama dengannya Hani menjinjing beg laptop. ” Assalamualaikum..” Syafikah menjawab sambil tersenyum. ” Alaikumsalam, perli ke?” Madihah menjawab laju, terasa mungkin. Hani yang bersama dengannya terus sahaja duduk dihadapan Syafikah, membuka laptopnya dan terus leka menaip sesuatu. Manakala si Madihah pula, tanpa banyak berfikir mengambil tempat di sebelah Hani. Syafikah tumpukan perhatiannya kembali pada nota yang erat di tangan. ” Syafikah, aku sedihlah..” Tiba-tiba Madihah bersuara. ‘ Ape hal pulak minah ni’ Syafikah bermonolog di dalam hati. ” Kenape?” Syafikah bertanya. ” Aku malu la nak cerita kat kau dengan Hani..” Madihah sedikit gugup. ” Dah tahu malu, yang kau tiba-tiba beremosi kenape?” Syafikah menegur. Madihah diam, kepala menunduk memandang meja.” Tapi aku nak cerita gak..” Madihah mennyusun ayat. ” Hah ceritalah.” Hani disebelahnya menyampuk. Syafikah memandang Madihah sesekali, selebihnya mata ditundukkan ke nota. Cuba untuk memberi perhatian. Manakala mata Hani terus menghadap laptop. ” Macam ni, kau rasa kalau lelaki tu dah ada girl, dia akan ajak ke girl lain keluar?” Laju sahaja Madihah bersuara, menyusun ayat yang tadinya tersekat. Hani memandang Madihah.” Eh engkau ni. Erm, aku rasa tak la. Lelaki kalau dah ada girl dia dah tak keluar dah dengan yang lain. Takut kantoi.” Hani memberi pendapat yang dirasanya bernas. Syafikah pula hanya diam berfikir. ‘ Hah macamana nak fahamkan umat?’ Terdetik pada hati Syafikah. “Eh ye ke? Aku kurang yakinlah. Macam ni. Ada sorang mamat ni ajak aku keluar haritu. So, aku pun keluarlah

pemβ β ina

Multimedia University, Melaka, 5 Julai 2008— Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Melaka dengan izin Allah telahpun berjaya menganjurkan seminar “Jati Diri Muslim” hasil kerjasama dengan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Melaka dan Institusi Usrah Football Club (IUFC), MMU Melaka. Seminar yang bermula seawal jam 9 pagi telahpun berjaya mengumpulkan kira-kira 20 pelajar lelaki dan 27 pelajar perempuan dari IPT sekitar Melaka. Program yang bertujuan memberikan suntikan awal buat pelajar-pelajar sesi baru IPT tempatan bagi melihat keberkaitan kecemerlangan sahsiah peribadi seorang Muslim dalam kehidupan siswa-siswi. Pelajar dibentangkan dengan siri sejarah ketamadunan Islam yang serba ringkas dan padat pada sessi pagi oleh penceramah jemputan, Saudara Lukman al-Hakim yang juga Presiden PEMBINA Melaka. Setelah santapan tengahari bersama, para peserta dibawa bersama menghayati peranan mereka sebagai seorang siswa Muslim. Pelbagai lontaran idea samada berbentuk visual mahupun audio dikongsikan bagi membolehkan peserta sejenak menganjak paradigma mereka bagi melihat kelangsungan dakwah dalam pusingan kehidupan harian mereka. Aturcara seharian ditutup dengan sedikit bengkel berkumpulan dan kesimpulan. Pihak penganjur mengharapkan yang seminar ini menjadi batu asas dalam meletakkan misi para peserta di universiti lebih jelas dan menanam jati diri yang unggul untuk berjaya sebagai Muslim dalam konteks yang lebih syumul

dengan dia. Masalahnya sekarang aku tak tahu apa status dia. Dah berpunya ke belum, entah-antah dah kahwin. Sebab tu aku tanya korang. ”Madihah berani, menghamburkan segala persoalan. ” Erm, kau dah nak nikah ke?” Syafikah bertanyakan soalan sensitif. ” Eh gila ke, aku nak nikah umur 25 lah. Sekarang baru je 20 tahun.” Madihah melenting. “Owh, ingat nak menikah dah.” Syafikah menjawab selamba. “Aku sedih ni. Korang tolonglah aku.” Madihah sedikit beremosi. “Nak tolong apa?” Hani menyoal. “Bagilah pendapat.” Madihah pula merayu. “Macam ni, kau berterus terang jelah yang kau nak pada dia. Kau tanya apa status hubungan korang berdua.” Syafikah berkomentar. “Ish malulah, perigi mencari timba. Tak pernah dibuat orang.” Menjawab pula si Madihah. Syafikah tenang. “Yang Siti Khadijah buat pada nabi tu apa? Bukan orang? Ahli perniagaan, dermawan malah dihormati dikalangan penduduk Mekah. Boleh je Khadijah meminang Nabi. Tiada istilah perigi timba. Betulkan?” Lembut sahaja Syafikah menjawab, kata-katanya sejuk semilir angin di pergunungan . Masuk ke halwa Madihah. “Erm betul juga yek . Eh, tapi itu nabi, isteri nabi, aku orang biasa. ” Madihah cuba berhujah. Syafikah sedikit ketawa, Hani memandang Syafikah menantikan jawapan, Hani tahu jawapan Syafikah berbeza daripada orang lain yang sebaya dengannya. “Sebab nabi dan isterinya lah kita patut ikut. Bukankah pada nabi itu terdapat contoh teladan yang baik?” Syafikah membuat persoalan agar Madihah berfikir. Madihah termenung. “Erm, kalau aku beritahu dia. Nanti aku dicop orang yang tak tau malu. Tak naklah.” Madihah berkata perlahan. “Yang pergi keluar dengan mamat tu baru sekali kene ajak tak malu pulakkan?” Tepat menikam jantung kata-kata Syafikah kali ini. Madihah muram. Makin sayu pula mukanya. “Erm, tapi aku just nak couple je. Kawan-kawan aku kau nak tahu, hari-hari bermesej tau. Aku jeles.” Madiahah menerangkan. Hani yang dengar membalas. “Kalau itulah sebabnya, lebih baik jangan couple. Buang masa je.” “Haah lah. Kau buang masa je. Kau nak menikah umur 25 tahun, ada 5 tahun lagi tau.” Syafikah cuba memujuk. “Tapi aku tak bolehlah.” Madihah mempertahankan

diari kita

Anda ada sebarang cadangan untuk menambahbaikkan Buletin? Ingin berhubung sesama ahli Pembina di seluruh Negara? Hantarkan sebarang cadangan, pandangan atau pendapat anda mengenai Buletin Pembina atau apa-apa isu di sekeliling kita ke alamat email di bawah: buletin.pembina@gmail.com

Sidang Redaksi Buletin Pembina 2008 Penaung: Dr Kamil Azmi Tohiran Ketua Penyunting: Zainuddin Ghafar Penyelaras Bahan: M Hafez M Yusuf Rekaletak & Grafik: Umar Hakim M Tajuddin Pemasaran: Kamarul Azizan A Raman Wartawan Kawasan Melaka: Khair Razlan Othman

4

pemβ β ina

9


urus wang anda

sana-sini

Perkhemahan Belia Nasional 2008

Tanda–tanda Anda Menghadapi Masalah Kewangan

Tanggal 18–20 Julai 2008 mencoretkan satu lagi sejarah buat Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) kerana telah berjaya menganjurkan perkhemahan tahunan peringkat kebangsaan buat kali yang ketiga. Dengan tema "Meraih Ukhuwwah, Menuntut ’Amal, Melakar Sejarah", perkhemahan kali ini membawa peserta jauh ke pedalaman Kg Guar, terletak sekitar 25 km dari bandar Kuala Kangsar. Siri perkhemahan kali ini disertai oleh sekitar 180 orang peserta lelaki dan perempuan. Seperti tahun-tahun sebelumnya, perkhemahan PEMBINA tahun ini turut dihadiri pelajar pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran ke serata dunia termasuk Arab Saudi, Amerika, Jepun, Mesir dan United Kingdom.

Olahan semula: Mohd Zuraidi Zakaria

Perhatikan & renungkan perkara-perkara berikut:

• Mempunyai masalah dengan pembayaran hutang-piutang. Mula tidak membayar bil-bil bulanan mengikut masa yang ditetapkan. • Penggunaan Kad kredit yang maksimum. • Memerlukan konsolidasi pinjaman. • Menggunakan kad kredit untuk memenuhi perbelanjaan harian seperti makanan dan petrol. • Meminjam wang dari rakan dan keluarga. • Tidak menyimpan atau melabur walaupun sedikit secara berkala dalam instrumen-instrumen kewangan yang sah. • Membuat pengeluaran tunai dari kad kredit untuk membayar hutang kad kredit lain atau menapung perbelanjaan harian anda. • Kad kredit anda mempunyai baki yang tidak berbayar. • Mula membayar kad kredit dengan kadar minima sehingga beberapa bulan. • Menggunakan kad kredit untuk melakukan Pendahuluan Tunai • Tidak mempunyai simpanan atau insurans untuk menampung keperluan semasa sekiranya berlaku kecemasan. • Jika anda sering mendapat panggilan daripada pemberi hutang (biasanya dari bank) • Jika anda telah diberi notis untuk tindakan undang-undang •

Mencabar ketahanan fizikal Antara aktiviti outdoor yang diadakan sepanjang perkhemahan adalah permainan ragbi padang, bola sepak berpasangan, jungle trekking, war games dan aktivitiaktiviti teambuilding yang menarik dan penuh nilai. Tidak cukup dengan itu sesisesi outdoor juga diselang-selikan dengan sesi tazkirah pembasah jiwa yang disampaikan oleh wakil PEMBINA dari pelbagai kawasan dari seluruh negara. Menurut tinjauan di akhir program, terbukti sesi sebegini memberi kesan yang sangat positif kepada ahli-ahli PEMBINA terutamanya dari segi motivasi untuk memperbaiki diri dan mengikuti contoh baik ahli dari kawasan yang berbeza.

Sekiranya anda melihat akan tanda-tanda ini berlaku, maka anda perlu mengira semula sumber pendapatan dan semua perbelanjaan anda dan cuba untuk membetulkan keadaan .

Peningkatan kefahaman Pada sebelah malam perkhemahan, peserta disajikan dengan pembentangan dua tajuk besar iaitu ’Bidak-bidak Di Papan Catur Iblis’ oleh PEMBINA cawangan Hulu Langat dan ’Kejatuhan Baghdad’ oleh PEMBINA cawangan Gombak. Kupasan terperinci kedua-dua tajuk tersebut terbukti membuka mata para peserta akan fakta-fakta sejarah Islam yang menarik serta perancangan musuh dalam menjatuhkan Islam baik pada zaman dahulu mahupun sekarang. Maklumat sebegini sebenarnya sangat penting untuk diketahui oleh setiap individu Muslim.

sambungan diri. “Aku nak juga rasa berteman” “Kalau kau nak rasa, kau nikahlah awal-awal. Itulah cara terbaik.” Syafikah menyelesaikan. “Eh ni kes naya. Mamat tu pun student, nanti dia nak bagi aku makan apa? Makan pasir?” Madihah menjawab dengan nada gusar. Hani cuba menjawab. “Bagi makan nasilah, kot pasir tu boleh di buat roti lainlah cerita.” Selamba betul jawapan Hani. Syafikah tersenyum. “Hehe betul jugak. Madihah, kalau kita dah laksanakan satu perintah Allah, insya-Allah akan dimudahkan urusan. Orang selalu bagi alasan kalau nikah awal tak cukup duitlah, takut tak dapat makanlah. Tapi cuba tengok betul-betul realitinya, yang bercouple sekarang. Boleh je mereka pergi ke shopping kompleks, beli barangan canggih, handphone terkini, kamera digital untuk dihadiahkan kepada

Kebudayaan Hari terakhir perkhemahan diserikan dengan persembahan oleh setiap kumpulan peserta. Kebanyakan kumpulan mencorakkan persembahan mereka untuk menggambarkan nilai yang didapati sepanjang perkhemahan. Mereka ternyata tidak melepaskan peluang untuk mempergunakan sebaiknya kelebihan unik setiap ahli untuk menjadikan persembahan lebih menarik dan memberi kesan mendalam kepada penonton.

Secara keseluruhannya, perkhemahan kali ini dilihat mencapai objektif yang dilaungkan pada temanya – "meraih ukhuwwah, menuntut ’amal, dan melakar sejarah". Ukhuwwah terjalin, motivasi ber’amal kembali membara dan latarbelakang sejarah sudah terlekap diminda, yang tinggal hanyalah untuk terus menolak diri dalam memaksimakan potensi peribadi setiap ahli. Sehingga kita bertemu lagi di perkhemahan PEMBINA tahun hadapan !

pemβ β ina

8

pemβ β ina

kekasih. Mana mereka dapat duit?” Syafikah berceramah. ” Kita memang selalu memberi alasan pada benda yang halal. Yang halal tu kita susah-susahkan, tak cukup duitlah, takut makan pasirlah, takut tak dapat cari rumahlah, takut hilang tumpuan study. Tapi yang haram? Boleh je keluar berjalan walau sekali diajak, boleh je beli handphone seribu ringgit, boleh je makan KFC setiap kali bersama. Tak sebut langsung nak makan pasirkan?” Segalanya dilontarkan, moga menyedarkan. Madihah terkedu. Ada titisan air mata di pipinya. “Habis apa aku nak buat?” Rayu Madihah minta dibantu. “Engkau tak sepatutnya bersedih pada benda yang tak perlu. Membazir masa. Banyak lagi perkara kita nak fikirkan. Kalau kau nak rasa berkasih sayang, menikah jalan terbaik. Kalau kau rasa nak menikah umur 25 tahun nanti, lama lagi, penumpuan pada study adalah jalan terbaik.” Kesimpulan dibuat Syafikah. Madihah angguk, Hani tersenyum. Nota ditangan terus digenggam erat, penumpuan kembali hadir. Moga semua berjaya menempuh dugaan. Amin.

5


ummah

ummah

Kenapa Palestin?

Oleh itu, umat Islam mesti bangkit berjuang dan mempertahankan hak-hak asasi mereka daripada dibaham dan diperkosa oleh Zionis Israel ini.

Oleh: Dr. Zainur Rashid (Perunding Aman Palestin)

J

Tidakkah Islam agama yang mengajar kepada perdamaian? Sesungguhnya Islam mengajar umatnya untuk berbuat baik terhadap orang-orang bukan Islam sebagaimana perkara ini telah dinukil banyak kali di dalam al Quran dan juga hadith Rasulullah saw. Namun isu perjuangan pembebasan Palestin sebenarnya mempunyai dimensi yang lebih luas. Ia adalah pertarungan bersejarah antara umat Muhamad dan kaum Yahudi. Mereka pernah cuba membunuh Rasululah saw beberapa kali dengan menjatuhkan batu besar ke atas baginda dan cubaan untuk meracuni makanan yang dihidangkan kepada baginda. Mereka uga pernah bersekutu dengan orang-orang musyrikin untuk memerangi Rasulullah di dalam peperangan Khandaq. Selepas itu mereka melakukan berbagai konspirasi untuk menjatuhkan Khilafah Islamiah dan memecah-belahkan umat Islam di dalam searah peradaban dunia yang panjang. Di Palestin sendiri, mereka telah menjajah dengan menduduki lebih daripada 90 peratus tanah milik umat Islam. Lebih daripada 6.45 juta daripada 9.6 juta rakyat Palestin menjadi pelarian yang merempat di negara-negara jiran dan juga di negara mereka sendiri. Perjanjian damai demi perjanjian damai dilakukan tetapi Yahudi Zionis terus melakukan penjajahan demi penjajahan, penangkapan dan penderaan, penindasan dan pembunuhan terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa. Bagaimanakah dengan nasib malang mereka yang telah berlarutan untuk sekian lama ini? Adakah wajar umat yang dizalimi ini memohon dan menagih perdamaian daripada penjajah yang sombong lagi bongkak di dalam konflik yang tertua di dunia ini?

enayah kejam rejim Yahudi Zionis di Palestin dan di kawasan-kawasan sekitarnya bukanlah sesuatu yang baru di dalam sejarah peradaban dunia moden. Beberapa dekad pasca Deklarasi Balfour 1917 menyaksikan penghijrahan Yahudi Eropah dan Rusia secara pukal ke bumi istimewa ini yang kemudiannya diikuti oleh penjajahan yang sistematik sehingga hilanglah nama Palestin dari peta dunia moden. Peliknya, dunia antarabangsa terus menjadi saksi bisu terhadap rentetan kekejaman bangsa yang sungguh biadap lagi sombong ini. Tragedi Deir Yassin, Nakbah 1948, Naksah 1967, Sabra Shatila 1982, Khalil, Jenin, Gaza dan ratusan lagi siri keganasan rejim Zionis Israel ini bukanlah satu yang rahsia lagi. Masyarakat antarabangsa dan umat Islam hanya mampu menonton, mengutuk atau sekadar bersimpati dengan nasib malang rakyat Palestin. Selagi kuasa besar dunia menjadi boneka yang bersekongkol dengan Pertubuhan Zionis Sedunia, maka selagi itulah siri jenayah ini akan terus bermaharajalela. Namun begitu masih ramai di kalangan umat Islam di seluruh dunia samada di negara-negara Arab atau di negara-negara Islam lainnya termasuk negara kita sendiri masih begitu naif terhadap permasalahan Palestin yang merupakan isu terbesar umat di abad ini. Kenapa kita harus turut sibuk dengan isu Palestin? Isu Palestin adalah isu umat Islam sejagat. Kenapa tidak, di situlah letaknya Masjid Al Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat Islam dan tempat berlakunya peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Masjid ini adalah masjid yang ke dua dibangunkan di muka bumi selepas Masjidil Haram dan merupakan masjid yang ke tiga suci di sisi Allah swt. Di bumi inilah telah dihantarnya para nabi secara berkesinambungan termasuklah Nabi Ibrahim, Nabi Sulaiman, Nabi Daud, Nabi Musa, Nabi Isa dan lain-lainnya untuk mengajak manusia agar beriman kepada Allah, Tuhan yang Esa. Bumi ini telah dijajah silih berganti oleh bangsa Yahudi, Rom dan Parsi sehinggalah ianya dibuka kembali oleh Umar al Khattab yang telah mengistiharkan bahawa bumi ini adalah tanah wakaf milik umat Islam sehingga ke akhir zaman. Selepas itu, Palestin terus dinaungi keamanan dan keadilan di bawah pemerintahan Islam untuk ribuan tahun kecuali di abad ke 12 Masihi apabila bumi ini dinodai dengan kekejaman tentera salib. Namun Palestin telah dibebaskan semula oleh Solahuddin al Ayyubi yang berketurunan Kurdi. Tidakkah semua ini menjadi bukti yang kuat bahawa isu Palestin bukan sekadar isu orang Palestin sahaja, bukan isu orang-orang Arab sahaja bahkan isu Palestin adalah isu kita, isu umat Islam sejagat?

Bukankah orang-orang Arab sepatutnya menolong mereka? Isu Palestin bukanlah sekadar isu rakyat Palestin atau orang-orang Arab sahaja. Namun isu ini adalah permasalahan sejagat umat Islam. Rasulullah saw sendiri yang telah mengatur strategi untuk pembukaan Palestin bukanlah sekadar seorang rasul untuk orang-orang Arab sahaja bahkan untuk umat manusia di seluruh dunia. Masjid Al Aqsa adalah merupakan kiblat pertama kepada seluruh umat Islam dan tidaklah dikhususkan untuk bangsa Arab semata-mata. Masjid yang merupakan destinasi Isra dan Mi’raj Rasulullah kini berada di dalam keadaan yang bahaya disebabkan rancangan jahat Yahudi Zionis. Palestin yang pernah dijajah selama 88 tahun di antara 1099 sehingga 1187M oleh tentera salib yang zalim telah bermandian darah apabila lebih 60 ribu umat Islam di Palestin telah dibunuh dengan kejam oleh mereka semasa penjajahan tersebut. Namun maruah umat telah dikembalikan semula oleh generasi pejuang di bawah pimpinan Solahuddin Al Ayyubi. Perjuangan beliau, yang berketurunan Kurdi ini juga menunjukkan bahawa perjuangan untuk mengembalikan maruah umat terutamanya di Palestin bukanlah sekadar tugas dan tanggungjawab orang-orang Arab sahaja bahkan ini adalah isu sejagat buat umat Islam di seluruh dunia. Ramai lagi rakyat Malaysia yang susah, kenapa pula bantu Palestin? Tidak kita nafikan bahawa masih ramai rakyat Malaysia yang susah serta memerlukan bantuan dan kita semua bertanggungjawab untuk membantu mereka. Namun dengan suasana yang aman serta peluang sampainya bantuan yang agak baik menyebabkan ramai di kalangan mereka ini mendapat sumbangan yang sepatutnya. Amalan kebaikan seumpama ini seharusnya disuburkan di kalangan rakyat Malaysia sehingga ianya menjadi sinonim bahawa kepedulian adalah di antara ciri istimewa kita semua. Suasana di Palestin amat berbeza sekali. Negara mereka dijajah untuk tempoh yang panjang, penduduk mereka dizalimi dan dihalau keluar dari tanah air mereka, pembunuhan dan penderaan berlaku setiap hari, penodaan tempat-tempat suci dilakukan secara berterusan, hak-hak kemanusiaan mereka dinafikan bahkan bantuan asasi juga turut disekat sejak sekian lama. Apa yang berlaku di Palestin adalah perancangan jahat Yahudi Zionis yang telah disokong secara terang-terangan oleh kuasakuasa besar barat dan PBB yang telah dikuasai mereka. Adalah menjadi tanggungjawab kita semua di Malaysia sebagai manusia yang prihatin untuk membantu isu kemanusiaan yang telah berpanjangan ini. Apatah lagi sebagai seorang Muslim yang bertanggungjawab terhadap kesucian Baitul Maqdis dan Masid Al Aqsa yang telah diancam bahaya yang telah menjadikan permasalahan ini sebagai masalah induk umat di abad ini.

Benarkah dakwaan Yahudi bahawa mereka adalah penduduk asal Palestin? Dakwaan ini sebenarnya adalah fakta sejarah yang telah dipalsukan Yahudi. Rakyat Palestin hari ini adalah keturunan kaum Kan’an yang telah mengasaskan Palestin sejak 4500 tahun dulunya. Ketika Bani Israel mendatangi Palestin, telahpun wujud lebih 200 penempatan di bumi Palestin yang menunjukkan bahawa bukanlah mereka pengasas bumi istimewa ini. Tidak kita nafikan bahawa Bani Israel pernah memerintah Palestin selama kira-kira 4 abad di sekitar zaman Nabi Daud dan Nabi Sulaiman tetapi kerajaan mereka turut hancur sebagaimana yang telah berlaku kepada kerajaan Firaun, Greek dan Roman disebabkan kefasadan tangan dan kaki mereka sendiri sehingga mereka semua disingkirkan dari bumi rebutan ini. Mana-mana bangsa dan tamadun yang celik tentang sejarah peradaban mengakui bahawa Islam adalah pemerintah Palestin yang paling lama dan paling adil sehinggalah berlakunya penjajahan Palestin oleh bangsa Yahudi Zionis yang sombong lagi kejam sejak awal abad ke 20 Masihi.

Saya ingin membantu Palestin tetapi bagaimana? Berbagai cara dan kaedah boleh dilakukan bagi membantu perjuangan pembebasan Palestin atau sekurang-kurangnya meringankan bebanan yang dihadapi oleh saudara kita di sana. Diantaranya: • Memahamkan diri dan umat bahawa isu ini adalah isu kita bersama dan kita semua bertanggungjawab untuk turut mengerah keringat untuk kejayaannya. • Memberikan sumbangan dana untuk Palestin demi pembebasannya atau meringankan bebanan mereka setidaktidaknya. • Menyebarkan maklumat mengenai permasalahan ini di kalangan masyarakat samada dengan paparan informasi di kaca televisyen, di dada-dada akhbar, di dalam media elektronik dan ceramah-ceramah serta pameran yang berkaitan dengannya. • Melibatkan diri dengan apa jua aktiviti dan sumbangan yang akan membantu ke arah pembebasan masjid Al Aqsa dan Palestin. • Berdoa agar Allah swt memberikan kemenangan kepada umat yang berjuang untuk mencari redhaNya. Banyak lagi cara yang boleh kita lakukan untuk membantu Palestin. Persoalannya kini, adakah kita telah berbuat sesuatu untuk membuktikan bahawa saudara-saudara kita di sana adalah sebahagian daripada kita?

Kenapa umat Islam memusuhi Yahudi? Sesungguhnya kita tidak memusuhi atau memerangi mereka kerana semata-mata mereka berbangsa atau beragama Yahudi. Sejarah peradaban kemusiaan yang panjang telah membuktikan keadilan Islam kepada semua umat manusia termasuk Yahudi dan bangsa-bangsa serta agama yang lain. Mereka pernah hidup bersama orang-orang Islam di dalam tempoh yang berabad-abad lamanya dengan menikmati perlindungan dan keadilan daripada pemerintah Islam. Namun mereka kerap diusir oleh semua bangsa di dunia disebabkan kejahatan dan makar yang menjiwai kehidupan mereka seperti yang pernah berlaku di Rusia, Sepanyol, Jerman dan lain-lainnya. Namun umat Islam kini tidak punyai pilihan dalam berhadapan dengan kezaliman, keganasan dan kerakusan Yahudi Zionis hari ini yang bertindak menjajah bumi Palestin, mengusir penduduk asalnya yang sah, menodai kesucian tempat-tempat yang mulia, melakukan pembunuhan dan penderaan serta ribuan tindakan yang bersifat kebinatangan oleh bangsa yang sombong ini.

pemβ β ina

6

pemβ β ina

7


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.