Buletin PEMBINA Syawal 1429

Page 1

w w w . p e m b i n a . c o m . m y

buletin

karya kreatif

pemβina

SUARA GENERASI BELIA

1326-07-SEL

T A H U N

1

B I L .

6

E D I S I

S Y A W A L

1 4 2 9

-Untuk Ahli Sahaja-

tinta presiden Selamat Hari Raya Aidilfitri Assalamu’alaikum w.b.t. Setelah berlapar dan dahaga selama sebulan, Allah s.w.t telah mengurniakan kita dengan kegembiraan berbuka dan sambutan Hari Raya. Kita memang berhak untuk bergembira dan bersyukur atas kurniaan ini; ia merupakan janji Baginda s.a.w. Alhamdulillah syukur kepada Allah kita dapat berhari raya dalam suasana aman. (Cuma ada yang cedera disebabkan ’bom’ buatan sendiri). Sebahagian dengan pakaian baru, kereta baru, anak baru, isteri baru (baru berkahwin), kerja baru dan banyak lagi yang baru. Walaupun ekonomi bergolak dan politik bergolak, semua kegembiraan ini kita dapat kecapi bersama di bandar dan di desa. Apa yang menjadi harapan adalah agar puasa pada tahun ini telah memberi sedikit kesan pada akhlak, hati, iman dan taqwa kita. Peluang suasana raya ini seharusnya digunakan sebaik-baiknya untuk bergaul dengan masyarakat disekeliling kita. Mungkin dengan alasan ziarah raya tiada siapa yang menolak kita, asalkan masanya sesuai dan notisnya awal!! Mungkin ada yang fobia dengan majlis raya yang bertali arus. Adalah ini satu keperluan? Tidakkah membazir? Oii! orang Arab raya cuma SEHARI!!. Mari kita lihat pada sudut yang positif dari sudut dakwah. Jika kita ’orang-orang baik’, kita sering bersamasama dengan manusia yang sejenis dengan kita. Kita berbual, makan dan bersembang dengan mereka dan merasakan kita bernasib baik kerana dikurniakan dengan sahabat-sahabat seperti mereka. Lantas kita merasa selamat... Alhamdulillah. Bila kita bergaul dengan masyarakat, makan, berbual dan bersembang dengan mereka, baru kita sedar di mana kedudukan kita dalam masyarakat(!) dan bahaya yang bakal melanda. Apakah kita akan termasuk dalam golongan baik yang akan dibinasakan?? Kita mungkin bukan dibinasakan kerana kita tidak berdakwah, tetapi disebabkan kerosakan jahiliyah menghanyutkan kita semua, sebagai mana tsunami menghanyutkan penghuni disko dan penghuni masjid!!. Kita hayati topik perbualan mereka, cita-cita dan impian mereka dan tindak tanduk mereka. Di manakah Islam dalam neraca mereka? Bila fitnah melanda, Tok Lebai pun malu jika tidak bersalam dengan yang bukan muhrimnya (sekadar satu contoh sahaja). Sekarang kita perlu merasa tidak selamat atau puas

pemβ β ina

12

pemβ β ina

dengan sumbangan kita di medan dakwah. Masyarakat masih jauh dari Islam, walaupun kekadang mereka bertempik dan mengangkat tangan lebih bersemangat daripada kita ketika bertakbir ’Allahuakbar!’. Generasi yang bakal kita tinggalkan harus disediakan suasana yang lebih baik. Mari kita bersatu dengan meluangkan lagi masa, tenaga, iltizam dan kreativiti kita, mengajak umat ini kembali kepada fitrahnya, bersih dan suci dari segala-gala yang datang selain daripadaNya. Selamat Hari Raya Fitrah. Wassalam. Dr Kamil Azmi Tohiran Presiden, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)

DALAM EDISI INI!

sirah

-Aidil Fitri Rasulullah fikrah

-Sihat Cergas urus wang anda

-Belanjawan Lepas Aidil Fitri refleksi

-Berlalunya Ramadhan 1


negeri kita refleksi diri

Sindrom Rasuah Kian Membarah

Berlalunya Ramadhan: Sebuah Refleksi

Oleh: M Firdaus Sabturani

‘B

PR siasat dua pegawai Jabatan Imigresen’. ‘141 kakitangan awam didakwa rasuah’. ‘Hakim syarie didakwa rasuah hari ini’. ‘Ahli politik disiasat kes rasuah’. ‘BPR siasat ADUN salah guna kuasa’. ‘Inspektor polis ditangkap kerana rasuah’. ‘Ahli perniagaan ditahan rasuah’. ‘Cuba rasuah pemain bola’. Setiap hari ada sahaja berita berkaitan kes rasuah atau salah guna kuasa yang menghiasi dada-dada akhbar perdana tanahair. Pembongkaran kes rasuah membabitkan hampir semua golongan baik di agensi kerajaan, sektor swasta, institusi kehakiman, organisasi politik, badan keselamatan, syarikat perniagaan mahupun pertubuhan sukan. Senario ini sewajarnya mengundang kerisauan di benak kita terhadap gejala yang semakin menular dalam masyarakat. Hakikatnya, rasuah merupakan sindrom yang tidak mengenal usia, pekerjaan, status, batasan waktu dan tempat.

Berdasarkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2008 yang dikeluarkan oleh Transparency International, Malaysia sekadar berada di tangga 47 daripada senarai 180 negara yang dinilai, jatuh daripada tangga 36 pada tahun 2001. Sebagai perbandingan, Singapura yang majoriti rakyatnya bukan beragama Islam merupakan negara keempat terbaik d en gan m en d ap at 9. 1 mat a. Sta ti st ik i n i je la s menggambarkan betapa mundurnya kita dari segi usaha pembanterasan rasuah. Sepatutnya negara-negara Islam seperti Malaysia yang menjadi contoh kepada negaranegara bukan Islam dalam aspek integriti dan akauntabiliti. Islam memandang serius umatnya yang mengamalkan rasuah, baik si pemberi atau si penerima. Rasullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ‘Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk neraka’ (Hadis riwayat at-Tarmizi). Mafhum hadis lain riwayat Ahmad pula berbunyi: ‘Allah melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberi jalan terhadap keduaduanya’. Keterangan hadis ini menunjukkan Islam mengutuk keras semua pihak yang terbabit dalam menyuburkan rasuah termasuk sesiapa sahaja yang bersubahat menjayakannya. Rasuah dikategorikan sebagai salah satu dosa besar lantaran implikasi buruk terhadap keadilan sosial dan kestabilan masyarakat. Memberi atau menerima rasuah bererti menafikan hak orang lain sebagaimana firman Allah

pemβ β ina

Oleh: Zaizul Azizi Zaman

s.w.t yang bermaksud: “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil (salah)” (al-Baqarah: 188). Umpamanya dalam perebutan sesuatu jawatan, mereka yang tidak berhak tetapi sanggup memberi rasuah akan mendapat jawatan tersebut sedangkan calon yang layak tidak memperolehinya. Tidak dinafikan pelbagai usaha telah dan sedang dilaksanakan oleh pihak berkuasa untuk membendung sindrom rasuah. Antaranya pelaksanaan Pelan Integriti Nasional, penubuhan Institusi Integriti Malaysia, rancangan penstrukturan semula BPR kepada Suruhanjaya Anti Rasuah, cadangan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis, serta pelancaran kempen-kempen seperti ‘Saya Anti Rasuah’ oleh PDRM dan ‘Belia Benci Dadah’. Namun sehingga kini kadar rasuah negara terus meningkat sehingga mencapai paras membimbangkan. Para pelaku rasuah sebenarnya merupakan mangsa krisis jati diri lantaran lemahnya keimanan dan ketakwaan dalam diri. Mereka sanggup menggadaikan prinsip dan harga diri untuk memperoleh habuan kebendaan melalaui jalan singkat. Rasulullah saw telah menyarankan dalam hadis di atas bahawa benteng paling ampuh untuk mencegah rasuah ialah ketakutan terhadap Allah s.w.t dan azab nerakaNya. Justeru, masyarakat perlu dididik dengan keimanan dan ketaqwaan sehingga mereka memiliki kekuatan untuk melawan segala dorongan hawa nafsu yang menyesatkan.

M

eniti detik-detik terakhir bulan yang penuh barakah ini menyebabkan hati ini dipenuhi rasa shahdu dan pilu. Masakan tidak, dengan keberkatan Ramadhan ini, peluang untuk beramal dibuka oleh Allah seluas-luasnya. Jika sebelumnya, untuk bangun daripada tidur sebelum fajar siddiq tampak di ufuk timur merupakan satu kesukaran yang memerlukan mujahadah yang besar, tapi amalan ini begitu mudah dilakukan dengan adanya sahur, lalu memberi peluang untuk bertahajjud sekurangkurangnya 2 rakaat setiap pagi. Jika sebelum Ramadhan, kaki ini begitu berat untuk melangkah ke masjid meskipun untuk solat fardhu, tapi langkah kaki ini seperti begitu ringan untuk solat sunat terawih di masjid dan surau. Begitu jugalah amalan-amalan lain yang kelihatan begitu mudah dikerjakan ramai orang di sepanjang bulan Ramadhan, seperti mengimarahkan masjid dan surau, bersedekah, memberi makan kepada orang-orang fakir dan miskin, membaca al-quran, membanyakkan zikir, berdoa, sehinggalah kepada amalan-amalan hati seperti taqwa, tadabbur, tafakkur dan muhasabah. Begitulah indahnya bulan ini dengan pelbagai amalan yang dijanjikan pahala berlipat kali ganda sehingga tidak terhitung lagi banyaknya. Berakhirnya Ramadhan bererti akan berakhirlah Pesta Ibadah ini. Dalam diam, hati ini berbisik, “Ya Allah, hati ini begitu rindu untuk menemui Ramadhan seterusnya, temukanlah diri ini dengan Ramadhan, dan seandainya ini Ramadhan terakhir buatku, maka Kaugolongkanlah aku dikalangan mereka yang telah memperoleh ketiga-tiga janji-Mu: Rahmah, Maghfirah dan jaminan kebebasan dari api neraka” Hati ini bertanya lagi, apakah yang akan kubawa daripada Ramadhan kali ini?Adakah dengan berlalunya Ramadhan, segala-galanya akan kembali kepada keadaan asal sebelum bermulanya Bulan Pesta ini? Adakah segala amalan yang telah menjadi rutin selama sebulan itu bakal luput setibanya laungan takbir Aidilfitri? Adakah segala amalan itu sematamata kerana Ramadhan? Atau amalanamalan itu kerana Allah yang telah menganugerahkan Ramadhan itu. Adakah beramalnya aku kerana keseronokan bersama-sama dengan ahli masyarakat yang lain menghidupkan Ramadhan, yang mana apabila suasana kebersamaan itu telah luput, maka berakhirlah amalan-amalanku? Amatlah rugi sekiranya segala-galanya berkahir di sini. Hati ini terus menghitung. Sekiranya aku mampu untuk khatam satu al-quran sekali di sepanjang Ramadhan, tidak mampukah aku meneruskan rutin bacaan al-Quran itu, sekurangkurangnya untuk khatam setiap dua bulan atau tiga bulan? Sekiranya aku mampu untuk bangun sahur setengah jam sebelum subuh di sepanjang Ramadhan, tidak mampukah aku untuk terus bangun untuk solat sunat 2 rakaat sebelum subuh yang cuma memerlukan lima minit sahaja, sekurangkurangnya beberapa kali dalam seminggu. Sekiranya dengan berpuasa, aku berjaya mendidik hawa nafsu ini untuk meninggalkan perkara-perkara yang harus seperti makan dan minum demi mencari redha Allah, apakah mungkin aku terjerumus lagi ke dalam perkara-perkara yang haram setelah berlalunya Ramadhan. Bicara hati ini terus menghitung. Seandainya puasa ini telah mendidik aku untuk menjaga anggota-anggota badan seperti liidah, mata, tangan dan telinga daripada melakukan dosa-dosa sepanjang waktu berpuasa, adakah aku akan kembali bergelumang dengan dosa-dosa yang kita anggap kecil ini. Sekiranya hati ini dididik untuk bertaqwa kepada Allah dalam khalayak ramai mahupun ketika bersendiri dengan ibadah puasa, adakakah akan kubiarkan hati ini untuk kembali lalai daripada mengingati Allah setelah selesainya ibadah puasa. Mungkin rasa ketaqwaan ini perlu terus kusuburkan dengan puasa-puasa sunat setelah berlalunya Ramadhan. Di sepanjang Ramadhan, aku begitu peka dengan waktu-waktu solat, terutamanya waktu subuh dan maghrib kerana puasa, di samping waktu-waktu solat zuhur dan asar yang tidak lagi terganggu dengan jadual makan tengah hari dan minum petang dan waktu isyak yang kita nantikan untuk solat terawih. Maka adakah kepekaan ini akan kubiarkan kembali leka sehingga aku tidak mampu lagi mengejar pahala solat berjemaah yang dua puluh tujuh kali ganda pahalanya. Dalam bulan Ramadhan ini juga, tanganku begitu ringan untuk mengisi tabung-tabung masjid, peti-peti derma untuk Palestine, dan lain-lain tabung yang kujumpa, maka alangkah baik sekiranya dapat kuperuntukkan satu nilai yang tetap daripada hasil pendapatanku untuk dibelanjakan di jalan Allah. Sesungguhnya andai dapat kubawa semua ini setelah berlalunya Ramadhan kali ini, mungkin inilah yang dimaksudkan dengan Ramadhan sebagai Bulan Tarbiyah. Bulan untuk mendidik diri menjadi insan yang lebih baik dan lebih hampir kepada Allah, yang akan meningkatkan nilai diri daripada aspek amali dan rohani, juga akan memberi kesan kepada insan-insan lain disekeliling kita. Inilah sebahagian daripada intipati taqwa yang Allah janjikan dengan pensyariatan puasa. Semoga diri ini menjadi insan yang lebih baik setelah melalui tarbiah Ramadhan ini. Tarbiah yang mengesani pelbagai aspek ruhi dan amali, memberi kesan secara fardi (individu) dan jamaie (kelompok). Semoga tarbiah ini akan mendekatkanku kepada pengamalan Islam yang syumul dalam segenap aspek kehidupan. Semoga bekalan yang. telah kukutip di sepanjang Ramadhan kali ini akan terus memberi kekuatan kepada diri ini sehingga aku bertemu dengan Ramadhan seterusnya, atau aku akan bertemu dengan Allah sebelum saat Ramadhan itu. Kudoakan kesudahan yang terbaik dalam kedua-dua keadaan itu.

“Rasulullah saw telah menyarankan dalam hadis di atas bahawa benteng paling ampuh untuk mencegah rasuah ialah ketakutan terhadap Allah SWT dan azab nerakaNya. Justeru, masyarakat perlu dididik dengan keimanan dan ketaqwaan sehingga mereka memiliki kekuatan untuk melawan segala dorongan hawa nafsu yang menyesatkan.”

Akhir qalam, usaha pembanterasan sindrom rasuah ini perlu diberi perhatian sewajarnya oleh semua pihak. Kajian oleh Institut Integriti Malaysia membayangkan bahawa lebih 31% pelajar IPTA sanggup menerima rasuah jika mempunyai kuasa dan peluang. Statistik BPR pula menunjukkan 30% tangkapan kes rasuah yang dibuat adalah membabitkan golongan muda. Sekiranya penyakit rasuah terus subur, dikhuatiri akan menimbulkan kesankesan negatif seperti kerancuan politik, ketidakstabilan sosial, kemerosotan ekonomi, ketidakcekapan birokrasi, kehilangan motivasi serta pencemaran imej negara dan Islam di mata dunia.

2

pemβ β ina

11


sirah raya oversea

Aidil Fitri Rasulullah s.a.w

Pengalaman Ramadhan dan Syawal di bumi Kanggaru, Australia

Oleh: Ustaz Abdul Halim Abdullah

Oleh: Afzal Alias

P

erbezaan suasana semestinya dirasai ketika Ramadhan mula menjenguk di Australia. Suasana tidak sabar-sabar, dengan wajah yang sangat ceria menerima kehadiran tetamu yang datang hanya setahun sekali jelas terpancar di wajah majoriti umat Islam disini. Apabila bertemu, saling mengucapkan ‘Happy Ramadhan’ atau ‘Ramadhan Mubarak’ disulami peringatan-peringatan pada majlis ilmu tentang matlamat utama dalam berpuasa, iaitu taqwa kepada Allah (alBaqarah: 183). Ketika saya di tahun pertama universiti, Ramadhan ketika itu jatuh pada musim panas. Buat pengetahuan semua, musim panas waktu siangnya lebih lama dari biasa. Subuh boleh jadi seawal 4 pagi dengan maghrib pada jam 8 malam. Ditambah lagi cuaca yang kering dan hangat. Ibadah puasa memang terasa sukar. Mungkin begini suasana puasa ketika zaman Rasulullah saw. Tetapi kini, Ramadhan jatuh pada musim luruh, tempoh siangnya lebih kurang sama dengan Malaysia dengan cuaca yang berangin. Budaya berbuka puasa beramai-ramai juga menjadi perkara yang dinanti-nantikan. Samada berbuka di masjid (ada masjid yang menyediakan juadah 5 hari seminggu, dan ada yang hanya sekali seminggu) di rumah pelajar-pelajar lain ataupun di restoran halal di luar. Kemudian, kami akan bergerak ke masjid menunaikan solat Isya’ dan tarawih. Pengalaman solat tarawih juga menarik untuk dikongsikan. Di sekitar Melbourne, ada beberapa masjid yang melaksanakan solat tarawih, dan hampir kesemuanya ada cara masing-masing dalam melaksanakannya. Ada masjid yang bersolat 8 rakaat sahaja (4 salam), tetapi seorang hafiz akan menjadi imam dengan menghabiskan 1 juzuk sehari. Ada yang bersolat 20 rakaat dengan menghabiskan 1 juzuk. Ada yang lebih pantas dengan 8 rakaat (2 salam), tetapi hanya membaca ayat-ayat lazim. Tetapi ada satu masjid yang melaksanakan 8 rakaat (2 salam) dengan hanya membaca 2 atau 3 ayat dalam satu rakaat! Perbezaan ini sebenarnya melambangkan islam yang mudah dan ia menerima perkara khilaf. Terpulang pada kita untuk ikut yang mana dan meyakini caranya. Disini juga, 10 malam terakhir Ramadhan disambut dengan meriah. Boleh dikatakan lebih ramai orang datang ke masjid pada waktu ini berbanding 10 malam yang pertama. Masing-masing mahu mengejar lailatul qadr. Boleh dikatakan kebanyakan masjid ada program iktikafnya, dengan qiyamullail yang bermula seawal jam 1 pagi. Apabila tiba 1 Syawal, suasana bertukar dari suasana kehambaan, menangis di tengah malam kepada suasana yang sangat ceria. Bermula dari awal pagi, ketika solat hari raya di tanah lapang dengan takbir yang bersemangat dan khutbah yang bermanfaat, umat Islam Australia akan menyambut Aidilfitri dengan sangat meriah. Ada permainan untuk kanak-kanak, sukaneka untuk dewasa dan makanmakan secara besar-besaran. Berjumpa dengan umat Islam dari seluruh pelusuk dunia benar-benar menyentuh hati saya, melihat bahawa Islam bukanlah agama yang khusus untuk orang Melayu ataupun orang Arab, tetapi untuk semua umat manusia pada setiap zaman. Kemudian, kami (golongan pelajar) pula akan mula ziarah-menziarahi rumah sahabat-sahabat kami. Jika 1 syawal jatuh pada hari yang ada kuliah, kami akan kembali ke universiti pada sebelah petangnya dengan berat hati. Namun, mungkin rezeki kami, hari raya yang lepas jatuh pada hujung minggu manakala hari raya pada tahun ini jatuh pada cuti pertengahan penggal. Itulah serba sedikit perkongsian dari saya di Australia. Ramadhan dan Syawal disini ada yang lebihnya dan ada yang kurangnya. Gambaran yang saya berikan mungkin tidak berapa tepat. Jadi untuk melihat dan mengalaminya dengan sendiri, jemput datang ke Australia. Saya jamin ini akan membuka minda dan mata anda kepada dunia Islam yang jauh lebih luas.

Beraya di bumi Kiwi Oleh: Nurul Azmir Nadzar

M

enyambut Ramadhan dan Aidilfitri di tempat asing merupakan suatu pengalaman berharga buat saya. Banyak yang saya pelajari terutamanya pada sudut bersederhana dalam Aidilfitri. Menjelang saat-saat akhir Ramadhan, sudah pasti umat Islam disibukkan dengan persiapan menyambut hari raya. Ini tidak berlaku untuk kami (pelajar Malaysia) di sini. Amat sedikit di kalangan kami yang prihatin tentang membeli pakaian baru atau menghias rumah bagi menyambut Aidilfitri. Segalanya serba sederhana. Kegembiraan pada Aidilfitri tidak kami harapkan pada baju baru, langsir baru mahupun pada betapa banyaknya juadah yang bakal kami nikmati. Tetapi, kegembiraan yang kami kecapi di sini jauh lebih bermakna. Kegembiraan beramai-ramai berkumpul menyambut hari penuh ceria. Kami berpeluang bertemu umat Islam pelbagai bangsa dan menyambut aidilfitri bersama mereka. Kesedihan mengenang sanak saudara jauh di tanah air sudah pasti ada. Tetapi dapat ditutup perasaan girang dan bahagia menyambut aidilfitri bersama-sama sahabat senasib. Pada sudut material, sambutan aidilfitri di sini sangat-sangatlah kecil jika hendak dibandingkan dengan sambutan di Malaysia. Namun pada sudut ruh, aidilfitri di sini memberi suatu kelainan. Di sini kami belajar berdikari. Di sini kami belajar memberi untuk membahagiakan diri sendiri dan sahabat lain. Di sini kami belajar erti kemenangan. Kemenangan menempuh kepayahan dua kali ganda melalui bulan Ramadhan di negeri yang asing daripada Islam. Allahuakbar Allahuakbar Walillahilhamd

pemβ β ina

10

S

elamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin diucapkan kepada seluruh Muslimin dan Muslimat. Di hari kemenangan dan kegembiraan ini marilah kita saling berkenalan, bermaafan dan istiqamah dalam perjuangan. sempena Aidil Fitri ini marilah kita melihat kembali beberapa petunjuk sirah mengenainya. Setelah Nabi s.a.w berhijrah ke Madinah, Baginda s.a.w mendapati penduduknya menjadikan dua hari tertentu sebagai hari kebesaran, lalu bertanya, “Hari apa ini?”. Mereka menjawab, “Kami bergembira di dalamnya sejak zaman Jahiliyah lagi”. Lalu Nabi s.a.w bersabda, “Sesungguhnya Allah telah menggantikan dua hari tersebut bagi kamu dengan dua hari yang lebih baik iaitu Hari (Raya Aidil) Adha dan Hari (Raya Aidil) Fitri” (riwayat Abu Daud). Pada hari raya, Nabi s.a.w pergi ke tempat solat melalui satu jalan dan kembali dengan melalui jalan yang lain (riwayat Abu Daud dari Ibnu Umar). Berkata Ummu Atiyah r.a bermaksud, “Rasulullah s.a.w mengarahkan kami (para wanita) agar mengajak keluar (bersama ke tempat solat Raya) para wanita yang haid agar menyaksikan kebaikan (pada hari tersebut) dan doa orang-orang Islam”…“wanita yang haid berada di tempat yang berasingan dari tempat solat” (riwayat Abu Daud). Ada wanita yang mengadu tidak memiliki pakaian yang sempurna, lalu Ummu Atiyah r.a meminta di kalangan adik beradiknya agar membantu meminjamkan pakaian. Semua wanita diminta keluar tanpa alasan. Oleh itu membancuh sirap, memasang langsir, menyusun juadah dan sebagainya di pagi Raya janganlah sehingga menyebabkan seseorang wanita itu tidak ke tempat solat Hari Raya dan menikmati kelebihan-kelebihannya. Solat Hari Raya Rasulullah s.a.w dan para Sahabat r.a adalah merupakan perhimpunan agung tahunan yang mengumpulkan semua penduduk termasuk semua wanita dan kanak-kanak tanpa kecuali. Ia hari kegembiraan bersama. Wanita haid juga diminta ke tempat perhimpunan. Jika saiz masjid terhad, maka dibuat di padang yang lapang, seperti di zaman Nabi s.a.w. Dengan ini kesemua mereka dapat menyaksikan kebesaran dakwah ini dan kebaikan untuk penganutnya. Doa diaminkan bersama oleh semua. Abu Hurairah r.a ada meriwayatkan bahawa pernah berlaku hujan, maka Nabi s.a.w dan para Sahabat r.a bersolat Raya di dalam masjid (riwayat Abu Daud). Malam Raya dan siangnya dihiasi dengan Takbir seperti athar yang berbunyi, “Hiasilah Hari Raya kamu dengan Takbir (Allahu Akbar)” …dalam lafaz yang lain “dengan Takbir, Tasbih (subhanallah) dan Tahmid (alhamdulillah)“. Disunatkan menghidupkan malam Aidil Fitri dengan ibadah-ibadah khusus seperti solat, zikir, tilawah dan sebagainya. Pada pagi hari Raya Aidil Fitri, sunat menjamah makanan sebelum ke tempat solat Raya Aidil Fitri, manakala sunat menjamah makanan selepas solat Raya Aidil Adha. Nabi s.a.w bersolat raya tanpa azan, qamat, sunnah qabliah mahupun sunnah bakdiah. Baginda s.a.w bertakbir

pemβ β ina

sebanyak tujuh kali di rakaat pertama dan lima kali di rakaat kedua dalam solat Aidil Fitri. Abu Waqid Al-Laithy ra berkata, “Nabi s.a.w membaca Qaaf Wal Quranum Majid dan Iqtarabatis sa’ah wan Syaqqal Qamar“. Oleh kerana ia suatu perhimpunan tahunan terbesar, suara Nabi s.a.w terhad, maka selepas berkhutbah Nabi s.a.w mengajak Bilal bin Rabah r.a pergi ketempat kaum Muslimat dan memberikan kata-kata nasihat kepada mereka pula. Di akhirnya Nabi s.a.w mengajak kaum wanita bersedekah sempena Hari Raya, lalu mereka berlumbalumba bersedekah dengan wang dan perhiasan yang dipakai dengan diletakkan di kain yang dihampar oleh Bilal r.a. Kemudian sedekah tersebut dibahagikan kepada faqir miskin di situ. Alangkah gembiranya mereka dapat bersedekah di hadapan Rasulullah di hari Raya. Alangkah gembiranya faqir miskin di situ yang menerimanya untuk dibawa pulang seperti kanak-kanak Malaysia mendapat duit raya. Fenomena positif Hari Raya di Malaysia di antaranya ialah ziarah menziarahi dan maaf bermaafan sesama sanak saudara dan masyarakat. Anak-anak pulang ke kampung menziarahi ibu bapa dan saudara mara mengeratkan lagi silaturahim. Menziarahi tanah perkuburan, asalkan dengan cara yang ma’thur (adab yag ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w) mengingatkan kita kefanaan dunia dan kepalsuan godaannya. Menghiasi rumah dengan sederhana, membuat rumah terbuka, mencari dan menghubungi waris, sahabat handai dan teman lama dan apa sahaja yang boleh mengeratkan Ukhuwwah Islamiah (kasih sayang sesama Islam) ketika dan menjelang Hari Raya adalah sangat dialukan. Bagi pelajar dan mereka yang berada di luar negara, menziarahi dan berkenalan dengan saudara seIslam dari bangsa-bangsa yang lain seperti Arab, Indo-Paki, Bosnia dan sebagainya merupakan salah satu hikmah Hari Raya yang utama. Fenomena negatif di Malaysia yang boleh diperbaiki lagi termasuk rancangan televisyen, sama ada nyanyian artis, tarian atau drama oleh mereka yang mendedahkan aurat, bergaul bebas apatah lagi ditontoni ramai, pembaziran dalam membuat persiapan terlalu berlebihan dalam membakar bunga api, membeli pakaian, perhiasan dan sebgainya dengan mencurahkan wang bukan kepada umat Islam. Syawal datang selepas Ramadhan. Matlamat Ramadhan adalah taqwa (surah Al-Baqarah). Adapun menutup tirai Ramadhan dengan Syawal bersama-sama bentukbentuk yang bertentangan dengan taqwa, jelas mensiasiakan hikmah puasa, tarawih dan tilawah sepanjang Ramadan. Nabi s.a.w bersabda bermaksud, “Jibril datang kepada aku dan berkata (berdoa), jauhlah (dari rahmat Allah) orang yang sempat beramal di bulan Ramadan, tetapi dosanya tidak diampunkan. Aku (Nabi s.a.w) berkata Ameen (perkenankanlah)” (Hadis). Semoga Allah swt menanam ketaqwaan dan kegembiraan kepada kita dan umat Islam sempena Aidil Fitri ini dan menunjukkan jalan petunjukNya. Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

3


puisi

sana-sini

Antara Sini dan Sana

Ihya’ Ramadhan PEMBINA Pahang

Oleh: Norhidayah Ismail

Program Ihya’ Ramadhan ikhwah PEMBINA Pahang telah selamat dijalankan pada 6-7hb September 2008 yang lalu. Bertempat di Kuantan, program ini telah dihadiri seramai 21 orang peserta yang terdiri daripada pelajar IPT sekitar Kuantan seperti UIAM, UMP dan UiTM. Objektif utama program ini adalah untuk menghidupkan malam-malam ramadhan dengan ibadah tadarus al-quran, qiyamullail dan sahur secara berjemaah. Selain itu program ini juga bermatlamat untuk memberi penerangan ringkas tentang isu Palestin bersempena dengan Hari Al-Quds Sedunia pada 21hb Ogos yang lalu. Juga sekaligus mengenang peristiwa pahit yang menimpa umat Islam dimana telah berlaku pembakaran Masjid Al-Aqsa oleh seorang Yahudi yang dikenali sebagai Dennis Micheal. Program dimulakan dengan tadarus Al-Quran pada sebelah malamnya. Keesokan harinya, para peserta telah bersedia sewal jam 4pagi untuk bersama-sama mendirikan ibadah qiyamullail dan seterusnya bersahur bersama-sama. Setelah selesai solat subuh berjemaah, program diteruskan dengan tazkirah tentang ‘Fadhilat-fadhilat Ramadhan’ yang disampaikan oleh Saudara Abdul Hayyul Ihsan Ahmad Suhaimi. Setelah itu diikuti pula oleh sesi pembentangan oleh Saudara Fadlan Fitri Mohd Sunif yang bertajuk ‘Memahami Isu Palestin’. Secara umumnya program ini berjalan dengan lancar dan objektif-objektif yang digariskan telah dapat dicapai. Para peserta memberi respons yang positif dan berharap agar PEMBINA dapat meneruskan aktivitiaktiviti seperti ini dimasa akan datang.

Sini riuh dek dentuman mercun Sana kecoh dek letupan bom Sini sibuk mencari juadah raya Sana masih seolah-olah berpuasa

Sini mati kerana nahas jalan raya Sana syahid berdepan musuh Tuhannya Sini berkunjung rumah sahabat saudara Sana terkebil di depan runtuhan rumah tetangganya Sini ke masjid sangat selesa Sana bersolat dengan senapang di kepala

Sini riuh dengan hiburan raya Sana sibuk meraih hiburan di syurga Sini mengucup tangan bonda dan ayahanda Sana mengucup dahi dek pemergian mereka Sini menanti duit raya Sana menanti manakah bantuan saudara seaqidahnya Sini mujahadah Ramadhan semakin pudar

Sana jihad tetap segar Sini maksiat mencemari sambutan fitrah Sana fitrah semakin bersinar cerah Sini sibuk perang harga Sana perang mencari syurga Wahai penduduk sini Tidakkah rasa ruginya diri? Apabila penduduk sana mengumpul dana Untuk kehidupan abadi yang lebih bahagia Sedangkan di sini hanya sibuk melayan kehidupan

sementara Ramadhan dan Aidilfitri Sudah cukup menggambarkan perbezaan kita

Sidang Redaksi Buletin Pembina 2008 Penaung: Dr Kamil Azmi Tohiran Ketua Penyunting: Zainuddin Ghafar Penyelaras Bahan: M Hafez M Yusuf Rekaletak & Grafik: Umar Hakim M Tajuddin Pemasaran: Kamarul Azizan A Raman Wartawan Kawasan DHL: Aizuddin Khalid Pahang: M Afiq Yusoff

Antara ummat Palestin dan Malaysia

pemβ β ina

4

pemβ β ina

9


urus wang anda

sana-sini

PEMBINA Xcursion 2008

Belanjawan selepas Aidil Fitri

P

Olahan semula: Mohd Zuraidi Zakaria

ada 15-17 Ogos 2008, bertempat di Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) telah menganjurkan program perkhemahan PEMBINA Xcursion 2008. Kem ini telah dihadiri lebih kurang 50 orang belia dari sekitar daerah Hulu Langat. Program yang diberi nama Xcursion, dari kata Inggeris Excursion, yang bermaksud ekspedisi atau keluar dari kebiasaan, bertujuan membawa para belia keluar dari rutin harian mereka yang biasa kepada simulasisimulasi kehidupan yang mencabar dan tidak terduga melalui aktivitiaktiviti yang dianjurkan. Semestinya, program ini dipenuhi aktivitiaktiviti outdoor dan indoor yang menguji ketahanan fizikal dan mental. “Betul (benar-benar) membina rijal (sifat kelelakian)”, ulas salah seorang peserta dalam maklumbalasnya terhadap aktiviti Xcursion. Disamping itu, objektif Xcursion juga adalah untuk merapatkan ukhuwwah antara para belia pencinta Islam dari sekitar daerah Hulu Langat. Antara aktiviti istimewa yang dimainkan dalam Xcursion 2008 adalah American Football, lumba rakit, war games di pinggir hutan, dan banyak lagi siri aktiviti yang menguji fitness serta kemahiran berstrategi untuk menyelesaikan masalah. “Program paling mencabar pernah dihadapi (secara fizikal)”, kata Kamal Haziq, seorang lagi peserta. Program juga diceriakan dengan persembahan para peserta pada malam kedua yang sangat kreatif dan luar biasa. Program ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Presiden PEMBINA, Dr. Kamil Azmi Tohiran dan Naib Presiden PEMBINA, Dr. Ahmad Kamsani Samingan yang turut serta mengurus penganjuran program ini. Dalam ucapannya dalam majlis penutupan, Dr. Kamil mengingatkan bahawa para belia perlu terlibat aktif dalam membawa masyarakat kembali kepada Islam. Belia perlu menjadi qudwah mulia supaya dapat memimpin, mempengaruhi, seterusnya mencorak masyarakat dengan acuan Islam. Selain itu, Dr. Kamil berpesan agar para belia merancang kehidupan dengan komprehensif agar sentiasa wujud agenda peribadi & agenda ummah dalam diri mereka sepanjang hayat. PEMBINA Xcursion 2008 adalah kali pertama program Xcursion dianjurkan. Diharapkan PEMBINA Xcursion dapat diteruskan lagi dari tahun ke tahun untuk memastikan belia-belia Islam di Malaysia terus dibangkitkan semangat mereka untuk beramal untuk Islam.

S

ejak bulan Ramadhan lagi hingga berlarutan kepada beberapa minggu pertama Syawal, wang tidak putus-putus keluar dari dalam dompet. Kebanyakan dari kita lazimnya akan berbelanja lebih daripada biasa pada musim perayaan ini; kos perjalanan pulang ke kampung yang bertambah, peruntukan duit raya untuk keluarga, pakaian, kuih muih dan lain-lain lagi. Disebabkan itulah perbelanjaan menjadi diluar kawalan dan kadangakala terpaksa mengeluarkan wang simpanan.. Oleh kerana wang simpanan makin menipis, ramai mula risau serta memikirkan bagaimana hendak menjalani kehidupan dengan baki simpanan yang tidak seberapa itu. Berikut adalah beberapa panduan untuk menguruskan perbelanjaan selepas musim perayaan.

“...tanggungan hutang tidak boleh diambil ringan. Hadapi hutang anda dengan memberi tumpuan kepada bahagian tertentu dalam perbelanjaan yang boleh anda baiki.” Pertama sekali, mulakan diari kewangan anda sendiri. Keluarkan semua penyata bank, resit pembelian dan bil berkaitan serta semak perjalanan keluar masuk wang anda setiap bulan. Apabila anda mempunyai rekod penggunaan wang, lebih mudah bagi anda mengesan jumlah wang yang sering dibelanjakan dan melihat ruang – ruang untuk penjimatan. Walaupun agak ‘sesak’ sekarang, tanggungan hutang tidak boleh diambil ringan. Hadapi hutang anda dengan memberi tumpuan kepada bahagian tertentu dalam perbelanjaan yang boleh anda baiki. Ini termasuk hutang kad kredit y a n g l a m a tertunggak hingga kadar fae dah te rkum pul. L e b i h l a m a a n d a menangguhnya, lebih bany ak kadar fae dah yang dikenakan. Ini tentunya menambah masalah kewangan anda kelak. Jika anda pemegang takaful/ insurans, pastikan bayaran bulanan anda didahulukan berbanding perbelanjaan lain. Ini kerana, sesetengah syarikat takaful/ i n s ur a ns ak an m e n am a tk an perlindungan jika terdapat tunggakan. Ini agak berisiko kerana anda mungkin tidak memiliki sumber kewangan lain jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. Penting juga untuk anda mengurangkan penggunaan telefon atau internet yang dicaj mengikut kadar penggunaan. Anda harus tentukan penggunaan yang perlu serta yang tidak penting. Sebab itulah ada baiknya anda melanggan perkhidmatan yang membolehkan anda berjimat.

“Seperkara lagi, jangan lupa, biarpun keadaan kewangan anda agak tidak stabil selepas hari raya, anda masih perlu menyimpan sedikit daripada pendapatan yang diterima. Ia memang berguna pada saat kecemasan nanti.” Selain itu, amalkan jimat-cermat dalam menggunakan kuasa elektrik dan air di rumah. Sekurangkurangnya, jumlah tanggungan bil anda dapat diringankan. Seperkara lagi, jangan lupa, biarpun keadaan kewangan anda agak tidak stabil selepas hari raya, anda masih perlu menyimpan sedikit daripada pendapatan yang diterima. Ia memang berguna pada saat kecemasan nanti. Apapun, anda wajar berfikir setiap kali hendak membelanjakan wang untuk sesuatu perkara. Tetapkan juga tahap mana atau secepat mana anda mahukan kedudukan kewangan anda kembali pulih. Juga tentukan jumlah wang harus ada dalam akaun simpanan anda dalam sesuatu tempoh. Bila berbuat demikian, anda akan lebih disiplin dalam mengikut perancangan kewangan yang telah disenaraikan.

pemβ β ina

8

pemβ β ina

5


fikrah

fikrah

Sihat Cergas—Antara Tuntutan Biologi dan Hakiki

AKAR UMBI sihat-cergas ini juga sepatutnya memenuhi segala lafaz janji yang telah kita buat didalam solat harian iaitu Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, HIDUPKU dan MATIKU untuk Allah SWT pentadbir sekelian alam dimana paling tidak 17 kali kita lap azkann ya d alam sehari dan ditambah ‘p ementeraian jan ji’ seb agai seoran g mu slim!! Begitu juga saranan Nabi SAW yang mahukan dan memberitahu bahawa muslim yang kuat itu lebih baik dari yang lemah. KEHIDUPAN yang bagaimana ingin kita sembahkan kepada Allah sedangkan tuntutan ASASI BIOLOGI BADAN tidak kita penuhi? Dan KEMATIAN yang bagaimana berakhirnya kehidupan kita, adakah kerana sakit jantung, tekanan darah yang teruk, kencing manis atau lain-lain penyakit akibat kegemukan dan amalan hidup pasif ? Walaupun ada tiga pendorong utama kita untuk mencapai tahap berbeza dan luar biasa dari orang lain untuk sihatcergas, tetapi cerminlah dan tanyakan pada diri sendiri, adakah kita sudah memenuhi ketiga-tiga tuntutan ini? Orang lain lebih aktif dan istiqamah mengamalkan gaya hidup sihat-cergas, sedangkan kita MASIH DITAKUK LAMA DAN SELESA DENGAN GAYA HIDUP PASIF. Statistik menunjukkan dari 9 % rakyat Malaysia yang mengamalkan budaya sihat-cergas ini. Dan dari 100 orang rakyat Malaysia yang aktif ini, hanya 15 orang menjadi amalan orang-orang Melayu Islam. Penulis yakin sebahagian besar orang Melayu Mu slim khasnya TIDAK TERGOLON G dalam golon gan yan g men gamalkan budaya aktif ini. Dari pengalaman penulis sebelum ini mengendalikan beberapa kursus “Total Wellness ”, penulis sudah biasa mendengar pelbagai alasan yang diberikan oleh orang-orang Melayu ini. Sebahagian besar dari kita seolah-olah tiada di dalam diari kehidupan untuk mengaktifkan diri bersukan atau berekreasi. Namun begitu tahniah kepada mereka yang sangat peka dengan pemakanan harian dan takziah kepada mereka yang menempah ‘awal penyakit’ kerana tidak prihatin terhadap jumlah dan jenis makanan yang masuk kedalam perut. KITA SEDIA MAKLUM, KEPADA MENGHAMPIRI DAN SELEPAS USIA 40 TAHUN, TAHAP KESIHATAN MERUPAKAN TOPIK UTAMA PERBINCANGAN SELAIN SOAL KERJAYA DAN WANG RINGGIT YANG TIDAK ADA PENGHUJUNGNYA BAGI SESETENGAH ORANG! Dan lebih malang lagi da'ie yang masih muda dan gagal membudayakan gaya hidup sihat ini supaya mudah menjadi amalan apabila usia semakin meningkat serta LEBIH TIDAK PATUT anda yang masih muda tetapi memiliki lebihan berat badan! Penulis ada menyebut didalam buku BioMekanik SOLAT, “ meja bulat berkaki tiga - kaitan gaya hidup sihat dengan Solat”. Tentunya kaki itu ialah Ruhi, Akal dan Fizikal. Dan boleh ditambah kaki keempat iaitu emosi. Manakala kaki kepada Fizikal pula ialah : Pemakanan, Kerehatan dan Senaman (rekreasi). Perbincangan permasalahan gaya hidup pasif ini satu topik besar, malah mungkin boleh ‘menyakitkan’ hati. Besar harapan untuk ‘hati boleh tersentuh’ untuk menjadi muslim yang “luarbiasa’ dan ‘berbeza’ dari orang lain sehingga mampu mengamalkan gaya hidup cergas ini sebagai amalan diri dan amalan keluarga. RAMAI DARI KITA MENGAKUI KEWAJIBAN MEMENUHI TUNTUTAN JASADI DAN MENGAKUI KELEMAHAN YANG ADA. DAN JIKA ADA YANG BERUSAHA MEMBINA AZAM BARU, INGIN BERUBAH, BIASANYA BERSIFAT SEMANGAT YANG SEMENTARA. PUNCA UTAMA KEGAGALAN INI IALAH KERANA PERKARA AKAR UMBI TADI TIDAK DISELESAIKAN. WALAUPUN UNTUK MEMILIKI SIHAT-CERGAS INI BERSIFAT INDIVIDU TETAPI DENGAN SISTEM BERJAMAAH INI SEPATUTNYA MELANCARKAN ATUR PROGRAM WALAUPUN SEORANG DAIE TIDAK PERLU MENUNGGU ARAHAN UNTUK MENGAMALKAN GAYA HIDUP AKTIF INI. Namun begitu,ada berita baik iaitu “tiada istilah terlambat untuk kembali mengamalkan hidup sihat cergas ini”. Tapi persoalannya bila ingin dimulakan? Usia fisiologi kita semakin MENINGKAT setelah separuh masa berlalu dan kudrat semakin kurang. Jangan sekali-kali memberi alasan seperti mana alasan popular orang lain iaitu tiada masa, malas atau tiada bakat!, sepatutnya kita merasa malu jika memberi alasan yang sama. Sebahagian kita yang belum diuji dengan menghidapi penyakit-yakit tertentu dan mungkin memiliki bentuk badan yang baik, tetapi masih ada PENYAKIT MALAS UNTUK MENGAMALKAN HIDUP AKTIF. MALAH MUNGKIN TIDAK TERLINTAS PUN UNTUK KEMBALI CERGAS, WALAUPUN TAHU BADAN MULA ‘BERMASALAH’. Paling tidak kita SANGAT TELITI dengan bahan yang masuk dalam perut kita, sebagai mana kita TELITI UNTUK MELAHIRKAN HATI YANG KHUSYUK DAN IKHLAS. Ingatlah, kita mengamalkan hidup gaya sihat bukan hanya kerana tidak mahu menyusahkan orang yang kita sayang semata-mata sekiranya kita sakit atau wafat awal, tetapi kerana kasih kita terhadap diri sendiri dengan memenuhi tuntutan badan kita untuk mampu semaksima hampir kepada Allah dan mengikuti sunnah Nabi S.A.W yang jelas mengajar supaya memenuhi tuntutan ruhi, akal,emosi dan jasad. Tidak bermakna sekiranya kita beradap baik di hadapan Allah dan pada orang lain sedangkan kita tidak beradap di hadapan makanan. Penulis tidak terkejut jika sebahagian dari kita membaca artikel ini sebagai bahan bacaan biasa dan tidak tercetus pada minda untuk berubah untuk membudayakan hidup sihat-cergas ini sebagai amalan diri sendiri atau mungkin boleh merancang sesuatu untuk berubah atau mungkin berubah tetapi hanya pada jangka masa tertentu dan anda kembali pada keadaan kehidupan pasif semula. Keadaan ini juga dialami oleh orang kebanyakan tetapi kita ini bukan orang kebanyakan! Bukan mudah untuk merubah sikap seseorang kerana perubahan itu datangnya dari diri kita sendiri.

Oleh: Dr Yusoff Abbas

B

ila ada soalan yang bertanyakan tentang pemakanan sihat, pemakanan seimbang, cara betul bersenam, pantang larang bersenam, kaedah senaman yang sesuai mengikut usia, faktor-faktor yang menyebabkan penyakit-penyakit maut, persoalan tentang stress dan lain-lain, sebenarnya ini adalah masalah RANTING dari kontek sebenar untuk sihatcergas. Bagi menghuraikan topik pemakanan sahaja, memerlukan penghuraian yang panjang, begitu juga dengan tajuktajuk perbincangan GAYA HIDUP AKTIF yang lain. Skil kemahiran sihat-cergas ini ada ‘maqam’ atau ‘ mazhab-mazhab’ tertentu. Terdapat modul serta fasa-fasa khusus malah berbeza mengikut keperluan individu, tahap kecergasan seseorang, juga perbezaan dan resam sesuatu bangsa atau anutan agama seseorang. Sebagai contoh, di Malaysia, kaum Cina didapati lima (5) kali lebih cenderung untuk mengamalkan aktiviti aktif berbanding orang Melayu dan India. Lihat sahaja pada hari Sabtu dan Ahad, mereka dari pelbagai peringkat usia memenuhi taman rekreasi untuk melakukan Taichi, Qiqong, jogging. Kelab-kelab sukan, kelas aerobic, Yoga tumbuh seperti cendawan selepas hujan malah ada persatuan Buddha yang MEWAJIBKAN ahlinya menyertai kelab-kelab sukan ini. Juga sudah diketahui umum, bangsa Cina ini sudah lama maju kehadapan di dalam bidang pencegahan penyakit dengan penemuan pelbagai kaedah rawatan. Begitu juga dari sudut pandangan Islam terhadap ilmu dan amalan gaya hidup aktif ini yang terlepas pandang keperluannya, apalagi semakin meningkat usia. Selain memiliki keselesaan kebendaaan, emosi yang mantap, dan pemikiran yang positif setiap individu muslim mesti memiliki tahap kesihatan dan kecergasan. Sebaliknya boleh dibilang dengan jari lelaki dan wanita muslim yang peka dan beramal dengan hidup cergas ini. Sekiranya kita cenderung membincangkan atau sekadar memahami RANTING sihat-cergas seperti diatas, yang pasti ‘buahnya’ tetap tidak berkualiti selagi masalah AKAR UMBI tidak diselesaikan. Persoalan ranting sihat-cergas ini HANYA TERTUMPU KEPADA TUNTUTAN BIOLOGI BADAN MANUSIA SEMATAMATA. Iaitu sekadar untuk memiliki bentuk badan yang cantik, tidak cepat letih, kelihatan bertenaga, kelihatan muda, bebas dari penyakit-penyakit bahaya atau sekadar memenuhi minat, punca rezeki dengan bersukan serta kerana keseronokan. Tentunya akar umbi terhadap isu sihat-cergas ini BUKAN SEKADAR TUNTUTAN BIOLOGI TADI TETAPI UNTUK MEMENUHI TUNTUTAN MENJAGA ORGAN-ORGAN SELURUH BADAN YANG ALLAH AMANAHKAN KEPADA KITA UNTUK MENJAGANYA DAN DEMI MEMENUHI TUNTUTAN SEORANG MUSLIM YANG SEIMBANG. Sebagai contoh untuk menjaga amanah organ-organ badan iaitu menjaga fungsi jantung yang pada keadaan normal sepatutnya berdenyut 70-80 kali seminit dan jantung yang lebih sihat (atlit) berdenyut antara 40-50 kali seminit. Tetapi sekiranya denyutan jantung melebihi 90 kali seminit, bermakna individu ini tidak menjaga aktiviti jantungnya dengan malas beriadah (penulis biasa menggunakan istilah JANTUNG ROMANTIK). Begitu juga menjaga amanah supaya tekanan darah sentiasa pada bacaan 100-120 per 70-80 mmHg, di mana apabila tekanan darah lebih tinggi kerana tidak bersenam atau berbadan besar atau tidak menjaga pemakanan malah seawal usia 30an sudah mdapat tekanan darah tinggi ini. Kita juga sepatutnya menjaga amanah jumlah sel-sel lemak yang seharusnya di isi di dalam tisu adipose supaya tidak melebihi had (sepatutnya selepas usia 40an, berat badan jangan melebih 8 kg dari berat ideal, jika anda masih tidak tahu berapakah berat ideal anda, ini masalah besar!!) Tidak ketinggalan menjaga amanah kemampuan otot, tulang dan sendi-sendi supaya mampu menampung beban kerja dan fleksibiliti pada tahap usia tertentu. Ramai yang sudah mengalami sakit sendi, sakit tulang belakang pada usia muda kerana lebihan berat badan malah tidak mampu berdiri lama! Penulis gemar mengambil istilah ini iaitu supaya berbeza dan luar biasa di dalam banyak perkara . Di dalam konteks sihat-cergas ini biarlah berbeza dengan orang lain, dengan orang Melayu walaupun kita tidak sebaik bangsa Tionghua tadi! Atau mungkin kita tidak berbeza dan tidak luar biasa kerana kita juga tidak biasa istiqamah beriadah? Orang lain mungkin aktif kerana alasan-alasan ranting tadi seperti untuk slim, kelihatan muda, penampilan diri tetapi kita sepatutnya lebih aktif dari mereka dengan ILMU DAN KEFAHAMAN Islam yang kita ada. Sihat-Cergas adalah hak individu dan hanya kita sendiri yang arif tentang tahap sihat-cergas diri masing-masing. Orang lain hanya boleh menilai mata kasar atau boleh menjalani ujian perubatan dan ujian kecergasan. Sama juga keadaannya dengan soal ibadah fardu yang lain, walaupun solat berjemaah tetapi hakikatnya amalan individu untuk ikhlas dan khusyuk ‘berkomunikasi’ dengan Allah. Walaupun hak individu tetapi pasangan kita (isteri/suami), anak-anak ada hak terhadap tahap sihat-cergas kita. Secara khususnya, mari kita bincangkan sihat-cergas ini dari sudut seorang lelaki atau seorang perempuan dewasa, juga dari sudut seorang lelaki selepas usia 35 tahun, seorang wanita selepas usia 40 tahun, dari sudut seorang suami, seorang isteri, seorang bapa, seorang ibu, seorang pekerja atau dari sudut anda sebagai majikan. (golongan usia pertengahan ini didapati golongan yang semakin jauh serta layu untuk aktif beriadah dan semakin berisiko mendapat penyakit).

pemβ β ina

6

pemβ β ina

7


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.