Buletin PEMBINA Zulqaedah 1429

Page 1

studi

pemβina

Tips Menjelang Peperiksaan Oleh: M Firdaus Sabturani

M

usim peperiksaan kini tiba lagi. Pastinya setiap individu yang bergelar pelajar, baik di sekolah, kolej atau universiti, sedang giat melakukan persiapan akhir menjelang peperiksaan. Bagi yang sudah bersedia, tentu tidak sabar-sabar lagi untuk mencurahkan segala ilmu yang telah dipelajari. Sebaliknya bagi yang belum bersedia sepenuhnya, suasana menjelang peperiksaan adalah suatu pengalaman yang ’menakutkan’. Sebenarnya tiada apa yang perlu dirisaukan sekiranya kita telah melakukan persediaan yang rapi dan secukupnya. Persiapan menghadapi peperiksaan bukan sekadar membaca dan menghafal nota-nota pelajaran. Persediaan yang baik merangkumi semua aspek iaitu fizikal, mental, emosi, rohani dan akademik. Berikut dikongsikan beberapa tips menjelang peperiksaan sebagai panduan untuk para pelajar yang akan berjuang di medan peperiksaan. 1) Persediaan fizikal • Pastikan anda mendapat rehat yang optimum. Kurang tidur akan menyebabkan anda sering mengantuk dan mudah jatuh sakit. • Jaga pemakanan dari segi sumber yang halal, bersih, berkualiti dan seimbang. • Hindarkan dari sebarang aktiviti fizikal yang meletihkan dan boleh mengundang kecederaan. 2) Persediaan mental • Jauhkan diri daripada tekanan mental negatif seperti takutkan kegagalan, perasaan belum bersedia dan putus harapan. • Yakin pada keupayaan dan persediaan diri sendiri. • Fokuskan minda pada usaha yang perlu dilakukan dan objektif yang ingin dicapai. 3) Persediaan emosi • Sentiasa berada dalam keadaan yang tenang dan ceria. • Menjaga hubungan yang baik dengan guru, rakan-rakan, ibu bapa dan keluarga. • Sentiasa berusaha kawal emosi dengan mengambil sudut positif dalam semua perkara. 4) Persediaan rohani • Teguhkan keimanan bahawa Allah penentu segalanya. • Memperbanyak doa dan bertawakkal kepada Allah. • Elakkan diri dari perbuatan maksiat dan dosa. Setiap maksiat yang dilakukan akan melemahkan jiwa dan menjauhkan keberkatan Allah. 5) Persediaan akademik • Pastikan anda memiliki jadual mengulang kaji yang menyeluruh. • Fokus pada subjek-subjek yang kritikal dan topik-topik yang belum dikuasai. • Buat analisa soalan-soalan peperiksaan lepas untuk mengenal pasti topik-topik yang popular. • Biasakan diri dengan suasana peperiksaan dengan menjawab soalan-soalan latihan seperti peperiksaan sebenar.

SUARA GENERASI BELIA

1326-07-SEL

T A H U N

1

B I L .

7

E D I S I

Z U L K A E D A H

1 4 2 9

-Untuk Ahli Sahaja-

tinta presiden Demam Peperiksaan Assalamualaikum w.b.t, moga saudara dan saudari sentiasa dalam pimpinan Allah s.w.t. Saya dimakluman oleh rakan-rakan saya di IPT, kebanyakan mereka sedang demam.. demam peperiksaan! Sebagai individu yang ada sedikit latarbelakang asas perubatan, saya mungkin boleh berkongsi maklumat ringkas di mana demam ada punca pencetusnya seperti jangkitan kuman, stress dan lain-lain. Tapi apa yang boleh saya jangkakan, beberapa hari yang mendatang merupakan hari-hari yang agak menyeksakan bagi sebilangan pelajar yang sedang menghadapi peperiksaan. Sehingga terlintas difikiran kita.. alangkah baiknya jika ijazah ini dapat diperolehi hanya dengan menghadiri kuliah, membuat beberapa ‘assignment’ dan mengikuti beberapa hari latihan industri dan lain-lain. Bila kita melihat sejarah pengembangan ilmu di zaman kegemilangan islam, kita akan akur bahawa pengembangan tamadun islam sebelum ini berlaku dalam kadar yang begitu pantas dan melibatkan begitu banyak disiplin ilmu. Senario ini mungkin mustahil dilihat, jika umat islam ketika itu mengalami sindrom ‘demam peperiksaan’ atau mengalah dengan kesukaran yang dihadapi ketika menimba limu atau hanya belajar untuk ‘cukup makan’ atau membawa ‘toyol’ (nota untuk tujuan meniru di dewan peperiksaan) hanya untuk bergraduat. Syeikh Muhammad Qutb, dalam bukunya ‘Sinaran Cahaya dari Rasulullah S.A.W’ menyatakan dorongan kuat yang mengubah senario arab yang jahil kepada Arab yang begitu cintakan ilmu ialah kefahaman yang mendalam umat islam ketika itu dengan hadith Baginda S.A.W. Hadith tersebut diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud ‘Menuntut ilmu adalah wajib (fardu) bagi setiap muslim’. Ini sahaja saudara-saudari! Menurut beliau, kefahaman muslim berhubung maksud kalimah ‘fardu’ yang membawa implikasi bahawa; a. Ia kewajiban yang mesti ditunaikan oleh manusia. Ia tidak boleh dicuaikan samada ketika senang atau ketika sibuk. b. Ia kewajiban yang dilakukan manusia kerana Allah dan sebagai ibadah kepadaNya. Ia mesti dilaksanakan dengan amanah,bersih dan ikhlas. c. Ia adalah amalan yang mendekatkan hamba dengan Tuhanya. Inilah yang mendorong mereka merasakan menuntut ilmu itu sama pentingnya dengan solat, puasa, zakat dan

12 pemβ β ina

w w w . p e m b i n a . c o m . m y

buletin

haji. Ia telah membuahkan rasa khyusuk dan ikhlas kerana ia merupakan jalan mengabdikan diri kepada yang Maha Mencipta dan Maha Mengetahui. Semakin mereka berilmu, semakin mereka bertaqwa. Tiada rasa jemu, malas dan berpada dengan yang sedikit. Ini kerana mereka penat, letih dan mengantuk untuk menjadi abdi yang terbaik di hadapanNya. Abdi yang semakin membesarkanNya dari hari ke hari, kerana dapat menyingkap sedikit rahsia dan keajaiban ciptanNya. Mereka mengharapkan taqwa dari menuntut ilmu sebagaimana mereka mengharapkan taqwa ketika berpuasa. Keadaan ini berbeza dengan barat di mana mereka yang semakin ‘berilmu’ semakin lari dari yang Maha Pencipta seperti Darwin dan rakan-rakanya. Semoga saudara saudari menyedari inilah perspektif yang sepatutnya dilihat bagi seorang muslim. Kita tidak berlebih-lebihan dalam sesuatu dan meninggalkan yang lain. Aktif dalam amal islami tidak menjadikan kita ‘student’ ‘cukup makan’ di universiti. Berusaha menjadi ‘scorer’ tidak menjadikanya kita meninggalkan amal islami yang dituntut. Moga berjaya. Wassalam.

DALAM EDISI INI!

Negeri Kita

> Perbezaan yang Menyatukan

Fikrah

> Apabila Umat Celaru Idola Urus Wang anda

> Simpanan atau Pendapatan? Sirah

> Imperialisme: Sejarah dan Kesannya

kepada Islam dan banyak lagi…. 1

pemβ β ina


negeri kita luar negara

Perbezaan Yang Menyatukan

Cabaran lain yang perlu dipikul oleh Presiden Amerika Syarikat yang baru ialah kelembapan ekonomi yang telah dirasai oleh seluruh dunia kini. Pasaran saham global yang meningkat seketika selepas kemenangan Obama diumumkan, menjunam semula kurang 24 jam menunjukkan faktor sekuat pemilihan Presiden Negara Gagah Amerika Syarikat pun hanya enteng sahaja menghadapi bencana ekonomi kali ini. Krisis sub-prima Amerika Syarikat adalah pemangkin dalam kemelesetan ekonomi kali ini, menjadikan tanggungjawab Obama bukan sahaja terhadap Amerika tetapi terhadap dunia. Krisis sub-prima berpunca daripada tindakan memberi hutang keterlaluan oleh bank-bank Amerika Syarikat bagi membolehkan peningkatan penjualan rumah walaupun kepada orang yang tidak mampu berhutang. Bahkan, dalam sistem ekonomi Amerika yang terlalu berpaksikan hutang, hutang pun boleh dijual sesama syarikat kewangan negara terbabit. Sungguhpun di dalam Islam sendiri, hutang dibenarkan, namun, berhutang tanpa kemampuan membayar, berhutang untuk menambah harta dan juga berhutang secara keterlaluan tidaklah menjadi ajaran agama syumul ini. Menurut seorang pelajar ekonomi Islam, prinsip hutang dalam Islam ialah hutang kerana terpaksa (maka hanya berhutang sekadar perlu) dan prinsip menambah harta dalam Islam ialah dengan cara berniaga dan tolong menolong (maka perlu berkongsi untung/rugi seperti yang terdapat di dalam konsep shirkah dan mudarabah, bukannya membayar bunga kepada bank untuk mendapat modal). Namun, sebagai Presiden dari Parti Demokrat, terdapat satu trend yang boleh melegakan semua pihak yang melihat Obama sebagai cahaya harapan. Di dalam sejarah hutang Amerika, Presiden daripada Parti Demokrat seperti John Kennedy, Lyndon B. Johnson dan Bill Clinton telah mengamalkan dasar yang mengurangkan hutang Amerika manakala Presiden daripada Parti Republikan seperti George Bush, Ronald Reagan dan George W. Bush (penyandang) pula telah mengamalkan dasar banyak berhutang. Seandainya tindakan berhutang secara keterlaluan menimbulkan permasalahan ekonomi kali ini, Obama dari Demokrat mungkin mampu menjernihkan suasana. Namun, kita semua akur, masalah ini sudah pun mencapai tahap yang meruncing; perubahan dasar dalam masa yang singkat ini tidak mungkin boleh menahan badai kemelesetan ini daripada melanda. Satu-satunya perkara positif yang boleh kita harapkan ialah pemulihan ekonomi secara berperingkat dan bukannya kejatuhan tidak berkesudahan di bawah pimpinan Bush. Pemulihan yang dikatakan ini hanyalah dari segi kestabilan semasa dan hanyalah bersifat sementara kerana selagi kita tidak mengamalkan Islam sepenuhnya dalam kehidupan kita, selagi itu masalah akan sentiasa timbul.

Oleh: Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad

Pelbagai isu sekitar hak ketuanan Melayu, politik berbaur perkauman dan kepincangan perpaduan kaum sedang melatari lanskap sosio-politik tanahair hari ini. Ianya bertitik tolak dari tamparan hebat yang diterima Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu menyebabkan lima negeri terlepas ke genggaman Pakatan Rakyat (PR). Lantas, satu persatu kemelut perkauman timbul. Yang terbaru ialah kenyataan Senator Datuk Zaid Ibrahim yang mengatakan konsep ketuanan Melayu adalah satu kegagalan yang membawa keburukan kepada kaum itu, malah, beliau menyifatkan konsep itu juga menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar negara. Sebelum itu, kes HINDRAF, penahanan Terese Kok, Raja Petra dan Tan Hoon Cheng di bawah ISA, cadangan kuota 10% UiTM dibuka kepada bukan Bumiputra, cadangan penghapusan quota Bumiputra dalam pegangan ekuiti syarikat di bursa saham, penghapusan Dasar Ekonomi Baru (DEB) secara berperingkat dan cadangan penghapusan entiti parti komponen dalam BN. Dan rentetan peristiwa yang seumpamanya terlalu banyak untuk dicatatkan semuanya. Tidak dapat dinafikan, isu-isu tersebut pantas mengetuk dan mengajak kita berfikir apakah sebenarnya pendirian dan prinsip kita dalam menangani isu perkauman ini. Bermati-matian mempertahankan bangsa kita sendiri adalah tindakan kurang bijak kerana kita hidup dalam komuniti masyarakat yang berbilang kaum. Dalam masa yang sama, terlalu meraikan bangsa lain sehingga mengorbankan hak dan survival bangsa sendiri juga sepatutnya tidak berlaku kerana ia bakal mengundang kehancuran bangsa sendiri. Lantas neraca pertimbangan apakah yang sepatutnya digunapakai? Sebagai seorang Muslim, neraca Islamlah yang seharusnya membentuk pola pemikiran dan cara hidup kita. Sesungguhnya, Islam telah meletakkan batu asas dan prinsip yang jelas dalam isu ini. Malah, nilai persamaan ialah ajaran yang paling tunggak dalam Islam. Fahaman yang meletakkan kedudukan seseorang individu atau kaum mengatasi yang lain ditolak oleh ajaran Islam. Atas asas inilah Al-Quran mencabar sikap orang-orang Yahudi yang merasakan diri mereka lebih mulia dari bangsa-bangsa lain, sebagaimana yang dinukilkan dalam firman Allah: “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai orangorang yang berugama Yahudi, kalau kamu anggap bahawa kamulah sahaja orang-orang yang dikasihi Allah tidak termasuk umat-umat manusia yang lain, maka bercitacitalah hendakkan mati (dengan meminta kepada Allah supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar!" (Al-Jumu’ah:6) Namun begitu, ini tidak pula bermaksud bahawa Islam menafikan realiti kepelbagaian kabilah, kaum atau puak dalam kehidupan manusia. Hakikat akan kepelbagaian itu pada persepektif Al-Quran begitu jelas sebagaimana firman Allah: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami

telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Al-Hujurat: 13). Akan tetapi, kepelbagaian tersebut tidak lain merupakan kelainan-kelainan yang tercerna dari faktor sosio-budaya, geografi dan tabiat kehidupan. Kelainankelainan tersebut pada pandangan Al-Quran adalah keunikan yang sungguh berharga sehingga Allah menganjurkan supaya umat manusia saling mengambil manfaat dari kepelbagaian tersebut. Dalam kaitan ini juga, khazanah pemikiran Islam tidak menolak kepentingan semangat kebangsaan sesuatu kaum sebagaimana yang tergambar dalam huraian tentang konsep `assabiyyah’ oleh Ibn Khaldun. Malah, semangat kebangsaan diperlukan sebagai pemangkin untuk meningkatkan rasa kekitaan dan kesatuan dalam mendepani rencam cabaran dalaman dan luaran sesuatu kaum. Cuma yang harus dibezakan ialah, semangat kebangsaan atau ‘assabiyyah’ tersebut tidak dianuti sebagai satu ideologi perkauman sehingga mengatasi prinsip teras ajaran Al-Quran tentang konsep persamaan sesama individu dan kaum. Dalam kata lain, semangat kebangsaan sesebuah kaum tidak seharusnya menimbulkan perasaan benci kepada kaum yang berlainan atau menajamkan fahaman dan kepercayaan bahawa kaum-kaum lain sebagai hina, tidak bermaruah dan tidak setaraf. Lantas, tuntutan besar yang menanti umat Islam ialah berhati-hati dalam menggunakan semangat kebangsaan bagi memastikan ia tidak menjadi sumber fitnah kepada Islam itu sendiri. Memandangkan umat Melayu adalah beragama Islam, maka segala perlakuan dan pengucapan orang-orang Melayu dilihat sebagai jelmaan dan projeksi ajaran Islam. Orang-orang Melayu yang terjebak dengan fahaman perkauman akan memberi impak negatif terhadap ajaran Islam. Integriti Islam sebagai ajaran yang diasaskan pada prinsip persamaan akan tercabar oleh fahaman dan amalan perkauman yang diamalkan oleh para penganutnya. Konklusinya, menjadi kewajipan seluruh umat Islam untuk menterjemahkan nilai-nilai persamaan yang dianjurkan oleh Islam dalam amalan kehidupan baik secara individu, bermasyarakat mahupun bernegara di Malaysia. Nilai ini hendaklah dicanai mengikut realiti setempat dalam bentuk pemikiran, pengucapan dan amalan. Dengan pengukuhan nilai ini, masyarakat bukan Islam pasti akan merasa tenteram dan mampu hidup bersama dalam suasana serba harmonis. Ini secara langsung akan menghapuskan sentimen perkauman dan memberi gambaran positif terhadap Islam sebagai agama rahmat untuk sekelian alam.

Seluruh dunia melihat Obama sebagai seorang Presiden yang bakal menyinari harapan dan membawa perubahan. Walaupun nadanya lebih baik, namun, dari segi dasar luar, beliau masih mempertahankan prinsip sama seperti Presiden Bush terutamanya terhadap dunia Islam. Satu-satunya harapan yang kita boleh letakkan ialah melalui keazaman beliau merubah sikap sombong Amerika Syarikat di mana beliau pernah dipetik sebagai berkata (Washington Post, Disember 2005): “kita tidak boleh berundur daripada mempengaruhi dunia tetapi tidak boleh juga membuli dunia agar tunduk kepada kita, Amerika mesti memimpin dunia dengan menjadi contoh tauladan yang baik”. (Suatu kenyataan yang sesuai dengan kedudukan Amerika Syarikat sebagai Negara yang mempunyai pengaruh yang besar ketika ini). Dari segi ekonomi pula, Obama adalah agen perubahan yang lebih ‘islamik’ kerana berlatar-belakangkan sebuah parti yang mengamalkan fiskal kurang berhutang. Akhir kata, Obama bukanlah berita baik kepada dunia Islam tetapi adalah pilihan yang kurang memudaratkan berbanding McCain yang terang-terangan bersetuju dengan Bush dalam dasar luar termasuk isu-isu berkaitan negara-negara Islam. Dari segi ekonomi pula, Obama membawa harapan kepada pemulihan sungguhpun hanya sementara. Wallahua’lam.

2 pemβ β ina

11 pemβ β ina


fikrah luar negara

Apabila Umat Celaru Idola

Barrack Obama: Indah Khabar Dari Rupa?

Oleh: Ustaz Abdul Halim Abdullah

Oleh: Lufti Abbas Bidin

K

ehangatan Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat sudah pun berakhir dengan Barack Obama dari Parti Demokrat, mencipta sejarah terpilih menjadi Presiden kulit hitam pertama Amerika dengan menewaskan John McCain dari Parti Republikan (Parti Presiden Bush; McCain adalah penyokong kuat dasar Bush terutama dari segi dasar luar). Ini dilihat sebagai suatu era baru bagi Amerika Syarikat kerana bangsa kulit hitam dari Afrika pernah bertaraf hamba abdi dalam lipatan sejarah negara terbabit selain menghadapi tahun-tahun diskriminasi yang panjang selepas penghapusan sistem perhambaan. Ini juga merupakan era baru kepada dunia kerana Barack Obama dengan latar belakang Afrika (bapanya dari Kenya) dan berpendidikan di Asia (bersekolah rendah di Jakarta) dilihat lebih memahami dunia luar berbanding PresidenPresiden sebelumnya. Yang penting, kita hampir pasti melihat suatu dasar yang berbeza dengan dasar ‘anti-pengganas’ Bush yang mengamalkan cogan kata “sama ada anda bersama kami atau menentang kami”. Walaupun berbeza dari segi dasar dalam negeri berdasarkan ideologi parti masing-masing, polisi Presiden Amerika Syarikat terhadap dunia Islam selama ini hampir sama, iaitu agak menghampakan. Contohnya dalam isu penjajahan ke atas Palestin, generasi demi generasi Presiden Amerika Syarikat telah memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Regim Zionis Israel. Sebagai negara yang memperjuangkan Hak Asasi Manusia, tindakan paling keras Amerika Syarikat terhadap sebarang pencabulan oleh Zionis hanyalah menegur sahaja (sebenarnya lebih kurang sama dengan OIC yang sekadar “mengecam”). Selain itu, hubungan diplomatik Amerika Syarikat dengan negara-negara Islam Timur Tengah seperti Arab Saudi dan Mesir adalah ibarat pembuli. Ini kerana negara-negara terbabit sering (terpaksa) tunduk kepada kehendak dan kepentingan Amerika Syarikat seperti dalam isu pertahanan serantau dan kuota menanam gandum! Tekanan Amerika Syarikat terhadap Iran dalam isu pengayaan uranium untuk tenaga juga sangat menjengkelkan sungguhpun sekutu Amerika iaitu Zionis dibiarkan memiliki senjata nuklear sesuka hati. Negara kita Malaysia tidak terkecuali daripada menerima bahang kesombongan Amerika Syarikat. Campur tangan secara halus seperti kritikan terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri dan sokongan kepada ahli politik tertentu memang sudah diketahui umum. Sedangkan, Amerka Syarikat sendiri menahan orang tanpa perbicaraan di Kem Tahanan Gauntanamo Bay serta amat melindungi kepentingan dalamannya daripada pengaruh luar. Andai kata Amerika Syarikat tidak mengamalkan ‘Double Standard’, sudah pasti kita boleh menganggap campur tangan halus tersebut sebagai ikhlas semata-mata atas nama Hak Asasi Manusia. Bagaimana pula Presiden Barack Obama yang bakal memulakan penggalnya 20 Januari 2009 berbeza dengan Presiden sebelumnya? Antara pandangan-pandangan Obama berkenaan dasar luar secara umum adalah: • Iran, Cuba dan Venezuela hanyalah ancaman kecil berbanding Soviet Union di masa lepas, tetapi Amerika Syarikat sudi berdiaolog dengan Soviet Union, kenapa tidak dengan negara-negara lain terbabit? (McCain mengkritik Obama kerana pandangan ini). • Menuntut negara lain memenuhi kehendak Amerika Syarikat sebelum mengadakan pertemuan dengan mereka hanyalah suatu yang naif. • Perang di Afghanistan perlu dimenangi kerana melibatkan Al-Qaeda dan Taliban yang akan membuat serangan ganas terhadap dunia Barat • Harus mengakhiri perang di Iraq dengan cara yang bertanggungjawab. • Harus menentang pemerintahan kuku besi Presiden Mugabe di Zimbabwe. • Iran akan menjadi ancaman kepada dunia jika memiliki senjata nulear dan seluruh dunia harus menghalang cita-cita Iran tersebut. • Harus meneruskan embargo terhadap Cuba sehingga negara tersebut membuat langkah ke arah mengamalkan demokrasi. Dasar Barack Obama terhadap Israel bagaimanapun, sepenuhnya sama dengan Bush iaitu mengiktiraf Israel sebagai sekutu paling rapat di Timur Tengah di samping menganggap Hamas sebagai pertubuhan pengganas Namun, terdapat nada lembut apabila dalam suatu kenyataan, Barack Obama telah mengiktiraf penderitaan rakyat Palestin dan berharap Amerika Syarikat dapat memberi bantuan secara langsung kepada rakyat Palestin (kerana bantuan melalui kepimpinan Palestin mungkin jatuh ke tangan pengganas).

D

alam mendidik sesebuah umat, disamping pelajaran di sekolah dan tunjuk ajar di media massa, penonjolan idola memainkan peranan penting yang sangat memberi kesan. Oleh itu Rasulullah saw disamping menyuntik Al-Quran ke dalam diri dan negara, Baginda saw juga menonjolkan idola-idola agar masyarakat di Madinah ketika itu mudah mencontohi idola tersebut. Idola yang tertinggi ialah seperti berikut :1. Sahabat 10 orang yang dijanjikan Syurga. Mereka ialah Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Abdul Rahman Auf, Tahlah Ubaidillah, Saad Abi Waqqas dll. 2. Ahli Badar iaitu 313 Sahabat yang menyertai Perang Badar yang merubah sejarah bukan sahaja Arab tetapi sejarah kemanusiaan, seperti kata Sayyid Qutb dalam Tafsir Zilal. 3. Ahli Bai’ah Ridwan seramai ~1500 orang. Firman Allah swt bermaksud, ”Sesungguhnya Allah redha kepada orang-orang beriman, ketika mereka berbai’ah (ikat janji setia) di bawah pohon tersebut …”. (Al-Fath:18). Ketika itu Sayyidina Uthman Affan disangka di bunuh Quraisy ketika perundingan Hudaibiyah, lalu Nabi saw mengajak mereka berbaiah untuk membalas kematian Uthman ra. 4. Isteri-isteri Baginda saw digelar Allah sebagai “Ummahatul Mukminin” (Ibu-ibu orang-orang beriman). Dari senarai di atas, jelas bahawa ciri-ciri mereka yang dipilih untuk ditonjolkan (atau diberi “gelaran”) di dalam masyarakat Islam atau dengan kata lain, “Ciri-ciri Pemilihan Idola” adalah seperti berikut: 1. Keimanan kepada apa yang disampaikan oleh Rasulullah saw kepada mereka dan keyakinan penuh dan bulat untuk memperjuangkan dan menyebar Risalah Islam ke seluruh pelusuk dunia. 2. Penglibatan mereka yang menonjol dalam medan Jihad dan peperangan, berbanding Sahabat yang lain, demi meninggikan Kalimah Allah berdepan dengan kalimah-kalimah kufur dan syirik. 3. Istiqamah (teguh dan berpanjangan) mereka berjuang bersama-sam Rasulullah saw menghadapi cabaran walau berjalan masa yang panjang, sehingga Allah mendatangkan kemenangan dariNya. Mereka berjuang dengan tidak mengenal erti letih dan kepayahan. Dengan pengumuman dari Allah swt dan RasulNya saw melalui Al-Quran dan Al-Hadis, kesemua mereka di atas, dalam kehidupan dan pergerakan seharian mereka di pasar, jalan raya, masjid dsb menjadi idola, teladan kepada lelaki, wanita dan kanak-kanak masyarakat Islam ketika itu. Sejarah mereka pula menjadi aspirasi generasi selepas itu termasuk kita hari ini dan umat akan datang. Merekalah seolah-olah “Tun”, “Tan Sri” dan “Dato” dalam masyarakat di Madinah di zaman Nabi saw. Di banyak negara di dunia hari ini juga memakai method yang sama, seperti menganugerahkan gelaran “Sir” sebagai idola untuk

10 pemβ β ina

dicontohi masyarakat dan generasi akan datang. Pentingnya penonjolan hinggakan disekolah-sekolah, pengawas dilantik berdasarkan kriteria-kriteria istimewa, dan mereka memakai pakaian yang mudah dibezakan dengan pakaian pelajar-pelajar yang lain. “As-Sabiquun Al-Awwaluun (orang-orang yang awal lagi terdahulu memeluk Islam dari kalangan orang-orang Muhajiriin (Mekah) dan Ansar (Madinah)) dan orangorang yang mengikuti (mencontohi) mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka danmereka redha kepada Allah. Allah sediakan untuk mereka Syurga yang memgalir sungai-sungai di bawahnya. Mereka kekal (berada) di dalam Syurga itu selama-lamanya. Itulah kemenangan yang hebat” (At-Taubah:100). Sebaliknya pula apabila idola dalam masyarakat menjadi celaru, penonjolan tokoh bukan dari asas yang kukuh ke arah matlamat yang kabur apatah lagi menyimpang, maka tidak pelik apabila masyarakat pula akan menjadi celaru, kabur dan boleh berlaku penyimpangan seperti gelaja sosial, keruntuhan akhlak, maksiat bermaharajalela, terganggu ketenangan dan keselamatan dan sebagainya. Gelincirnya gerabak-gerabak dari landasan keretapi tidak lain selain gelincirnya kepala gerabaknya terlebih dahulu. Kepala dalam masyarakat ialah pemimpin, idola, tokoh dan ulamak. Semoga Allah swt memelihara kita dan orang ramai dari sebarang kegelinciran dari JalanNya dan menganugerahkan kepada masyarakat kita contoh tauladan yang terbaik dengan bilangan yang ramai. Amin.

“Ulamak adalah pewaris Nabi-nabi” (Hadis). Nabi adalah pemimpin, pembimbing dan idola sesebuah umat. (Foto hiasan - Hasan Al-Banna sedang ditemuramah). Dipetik dari inijalanku.wordpress.com

3 pemβ β ina


karya kreatif

sirah

Seloka Kucing Oleh: Afizhi Atan

IMPERIALISME : SATU AJARAN KITAB YAHUDI & KRISTIAN : Peristiwa-peristiwa penjajahan yang menimpa ke atas umat Islam yang dibentangkan sebentar tadi mungkin akan menimbulkan persoalan di benak kita, iaitu : “Bagaimana tergamaknya Yahudi dan Kristian serta sekutu-sekutu mereka, menjajah dan melakukan keganasan yang tiada bandingannya itu ?”. Lihat sahaja sekarang kekejaman Yahudi Zionis ke atas negara-negara Islam Arab, khasnya Palestin. Lihatlah kekejaman Kristian Ortodoks Serb dan Russia ke atas umat Islam di wilayah-wilayah Balkan dan Russia !. Sebenarnya ini bukanlah merupakan satu perkara yang pelik, di dalam “Perjanjian Lama” (The Old Testament ) yang diimani oleh Yahudi dan Kristian sendiri memberikan dokongan ke atas perlakuan keji mereka. Di samping itu, dengan keyakinan Yahudi bahawa merekalah “Sya’bullah Al-Mukhtar” (Bangsa Pilihan Allah Ta’ala) dan keyakinan Kristian bahawa dosa-dosa mereka dan kekejaman mereka itu, mudah dihapuskan hanya dengan beriman kepada Jesus Christ (Nabi Isa a.s) sebagai “anak Tuhan”, menjadikan kekejaman mereka sukar diberhentikan. Di dalam Bible, dinyatakan di dalam “Deuteronomy”(Safar At-Tasniah / Kitab Ulangan) Fasal ke-20, ayat 16 : { “However, in the cities of nations the LORD your god is giving you as an inheritance, do not live alive anything that breathes } Terjemahannya : Maka, di kota-kota yang penduduknya diberikan Tuhan, Allahmu kepadamu sebagai warisan pusaka, janganlah dibiarkan apa pun yang hidup bernafas . Tiada yang pelik, mereka akan menggunakan apa sahaja wasilah, walaupun wasilah yang terkeji sekali, demi tercapainya hasrat mereka, sesuailah dengan ajaran St. Paul, seorang Pendita Yahudi suku Benyamin, yang bertanggung-jawab mencipta Kristian yang dikenali sekarang. Di dalam Bible (1 Corinthians (9) : 19-21) ada dijelaskan : “I am a free man, nobody’s slave, but I make myself everybody’s slave in order to win as many people as possible. While working with the Jews, I live like a Jew in order to win them; and even though I am myself not subject to the Law of Moses, I live as though I were when working with those who are, in order to win them. In the same way, when working with Gentiles, I live like a Gentile, outside the Jewish Law, in order to win Gentiles. This does not mean that I don’t obey God’s law; I am really under Christ’s law”. Ertinya : “Aku adalah manusia yang bebas, bukanlah hamba milik sesiapa pun, tetapi akulah yang menghambakan diriku untuk setiap manusia, agar dapat dimenangi hati manusia seramai mungkin. Apabila aku berkerja di kalangan Yahudi, aku akan hidup sebagai seorang Yahudi juga meskipun aku bukanlah manusia yang patuh kepada ajaran Musa demi memenangi hati-hati mereka. Begitulah juga, apabila aku berada di kalangan manusia yang hidup tanpa peraturan agama (atheis), aku juga akan hidup jauh daripada sebarang peraturan agama, hatta peraturan Yahudi, demi memenangi mereka seramai mungkin. Tidaklah bermakna aku ini seorang yang derhaka terhadap Undang-Undang Allah, aku sememangnya di bawah peraturan Isa”.

Dua tiga kucing berlari, Mana sama si kucing belang, Hanya Allah satu di hati, Titik hitam jangan diundang. Dua tiga kucing Siam, Berkawan dengan kucing Parsi, Hati jangan dibiarkan hitam, Banyakkan mengaji dan ingatkan mati. Anak kucing mengejar tikus, Tikus berlari tak pandang belakang, Kembalilah mencari jalan yang lurus, Sekiranya hidup berarus songsang. Kucing belang dan kucing putih, Bermain-main di taman bunga, Keikhlasan diri mestilah disurih, Supaya amal dapat diterima.

Anda ada sebarang cadangan untuk menambahbaikkan Buletin?

Kucing hutan memanjat pokok, Jatuh ditimpa buah durian, Amal baik jangan disorok, Kelak menjadi ikutan rakan.

Ingin berhubung sesama ahli Pembina di seluruh Negara? Hantarkan sebarang cadangan, pandangan atau pendapat anda mengenai Buletin Pembina atau apa-apa isu di sekeliling kita ke alamat email di bawah:

Kucing hitam melompat-lompat, Ekornya panjang terkena duri, Jangan diikut pengaruh barat, Kelak binasa memakan diri.

buletin.pembina@gmail.com

Sidang Redaksi Buletin Pembina 2008 Penaung: Dr Kamil Azmi Tohiran Ketua Penyunting: Zainuddin Ghafar Penyelaras Bahan: M Hafez M Yusuf Rekaletak & Grafik: M Hatta M Dah Pemasaran: Kamarul Azizan A Raman

4 pemβ β ina

9 pemβ β ina


urus wang anda

sirah

Simpanan atau Pendapatan?

KEHEBATAN ISLAM & MUSLIMIN : Pihak Barat sering menuduh bahawa Islam merupakan agama yang tersebar dengan kekuatan persenjataan. Fitnah dan tuduhan yang menjadi ikutan secara membabi-buta (taqlid) ini diwarisi dari dahulu sampailah ke zaman kini, hinggakan sering pihak Barat “mengkambingkan-hitamkan” agama Islam dan para penganutnya bagi setiap keganasan dan kebobrokan yang berlaku kini. Namun, sejauh manakah kebenaran tuduhan mereka itu? Penulis mengajak sidang pembaca budiman sekalian meneliti dua coretan sejarah yang pernah dialami oleh umat Islam dan membandingkannya dengan tuduhan Barat tersebut.

Olahan semula: Mohd Zuraidi Zakaria

Ramai antara kita yang masih keliru tentang fokus sebenar dalam menguruskan wang. Kebanyakan daripada kita masih beranggapan jika mahu mencapai impian kebebasan kewangan, kita perlu berusaha mencari seberapa banyak wang yang boleh. Tetapi, jika kita hanya fokuskan kepada mencari wang semata-mata, sebenarnya berapa banyak yang diperlukan? Sebagai contoh, mereka yang berpendapatan sederhana kebanyakan akan cuba mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi dengan berusaha lebih rajin dalam pekerjaannya dan apabila berjaya memperolehi pedapatan tersebut, kebiasaannya mereka mendapati ianya masih tidak mencukupi. Kenapa perkara sebegini berlaku ? Jawapannya , apabila anda fokus kepada berapa banyak pendapatan anda, secara tidak langsung adalah lebih mudah untuk anda dipengaruhi oleh emosi sendiri dengan berbelanja setara atau setanding dengan pendapatan anda.

Pertama : PALESTIN DI ERA PEMERINTAHAN SAIDINA UMAR AL-KHATTAB (R.A) : Sejarah Palestin memaparkan sejarah islam daripada turunnya nabi pertama, Nabi Adam (a.s) sehingga waktu munculnya rasul terakhir, Muhammad s.a.w. Palestin adalah bumi nabi-nabi (a.s) yang diutuskan untuk menyampaikan risalah islam, justeru itu tidak wajar di tadbir sesiapa lain kecuali mereka yang mahu melaksanakan undang-undang dan sistem peraturan islam. Masjidil Aqsa adalah masjid kedua, terbina di muka bumi 40 tahun selepas pembinaan Masjidil Haram. Inilah bumi suci di mana ramai nabi (a.s) lahir atau wafat, termasuk Nabi Ismail (a.s), Nabi Lut (a.s), Nabi Daud (a.s), Nabi Sulaiman (a.s), Nabi Musa (a.s) dan Nabi Isa (a.s). Meskipun Nabi Daud (a.s) dan putera baginda (a.s) yang bernama Nabi Sulaiman (a.s) telah berjaya membina negara islam di Palestin berlandaskan undang-undang tauhid, sepertimana terkandung dalam wahyu, namun para pewaris takhta mereka telah jauh menyimpang dari jalan yang lurus, bertindak melampaui hukum Allah. Lantas menyebabkan turunnya bala dari Allah, sebagai hukuman antaranya, penghalauan dari tanah suci itu. Palestin di tawan dan diletakkan di bawah pemerintahan islam pada zaman Khalifah Umar Al-Khatab (r.a) , khalifah islam kedua. Palestin ketika itu merupakan sebahagian daripada negara islam yang melaksanakan undang- undang islam. Perlaksanaan undang-undang tersebut amat dialu-alukan bukan sahaja oleh umat islam, malah juga oleh orang Yahudi dan Kristian di Palestin yang sebelum itu hidup terseksa di bawah pemerintahan kuku besi Byzantine. Kerajaan Byzantine sewaktu itu telah membunuh orang Kristian di daerah Palestin kerana orang Kristian Palestin adalah dari mazhab kristian yang berbeza dengan Kristian Byzantine. Kerajaan islam sebaliknya menjamin hak kebebasan beragama bagi orang tanpa mengira agama dan mazhab mereka dan Kota Al-Quds sendiri dibuka untuk dilawati bagi setiap penganut ajaran Yahudi dan Kristian, agar mereka dapat menunaikan haji mereka di sana. Para pendita Yahudi dan Kristian sendiri mengalu-alukan kedatangan tentera Islam dan Saidina Umar (r.a) yang sudah tersohor dengan keadilan dan toleransinya, hinggakan mereka sendiri menyerahkan anak kunci Kota Al-Quds kepada Saidina Umar (r.a)> Mereka lebih suka dipimpin oleh orang-orang Islam, berbanding pemerintahan yang zalim seperti Kristian Byzantine. Selain itu, Saidina Umar (r.a) sendiri menyerahkan kepada Paderi Sharliman anak kunci Gereja Al-Qiamah, disamping dibenarkan mereka mendirikan pusat rawatan dan perpustakaan di situ. Pada 1099 m Palestin telah dimasuki seterusnya ditawan selama hampir seabad oleh pihak tentera salib Eropah. Sewaktu jajahan mereka orang Islam, Yahudi dan Kristian tempatan telah di zalimi dengan dahsyat dan dibunuh beramairamai. Satu-satunya undang-undang terpakai di tanah suci ketika itu adalah undang-undang yang menggunakan kuasa dan menghukum. Pada 1187 masehi, Palestin telah dibebaskan oleh orang islam di bawah teraju Salahuddin Al-Ayyubi yang mengembalikan kegemilangan perundangan islam ke kawasan tersebut.

“Katakan sebelum ini anda memperolehi pendapatan RM2,000.00 sebulan, kemudian rezeki anda melimpah ruah pada tahun ini dan anda dinaikkan pangkat ke jawatan yang lebih kanan dengan pendapatan RM4,000.00, apakah anda akan terus hidup dengan gaya hidup RM2,000.00? Kebanyakannya Tidak!” Katakan sebelum ini anda memperolehi pendapatan RM2,000.00 sebulan, kemudian rezeki anda melimpah ruah pada tahun ini dan anda dinaikkan pangkat ke jawatan yang lebih kanan dengan pendapatan RM4,000.00, apakah anda akan terus hidup dengan gaya hidup RM2,000.00? Kebanyakannya Tidak! Manusia adalah makhluk beremosi yang mudah terpengaruh dengan persekitaran masing-masing. Jika sebelum ini mereka memandu kereta nasional (hrga lebih rendah) tetapi bila memiliki pendapatan yang lebih baik sudah tentu mereka ingin mengubah imej mereka. Mungkin anda akan beranggapan adalah tidak sesuai seorang pegawai kanan hanya memandu kereta yang biasa, bagi menonjolkan imej, maka anda bertukar kepada kereta baru keluaran luar negara. Baru ada gaya, kata anda! Maka secara tidak langsung tanggungan kewangan anda turut meningkat seiring dengan pendapatan anda. Sebaliknya jika anda fokus pada simpanan dan mempunyai ‘Sasaran Matlamat Simpanan’ anda sendiri, secara tidak langsung anda akan mengutamakan matlamat tersebut dahulu dan seterusnya menangguhkan segala bentuk ganjaran buat diri anda. Maka tidak hairanlah jika anda pernah lihat mereka yang rajin berkerja dan berusaha mencari pendapatan terus berhempas pulas mencari wang seolah-olah tidak pernah cukup. Ini kerana mereka terlalu menumpukan pada jumlah wang yang mereka perolehi dan bukannya berapa banyak yang mereka patut simpan daripada wang yang diperolehi tersebut.

“Maka tidak hairanlah jika anda pernah lihat mereka yang rajin berkerja dan berusaha mencari pendapatan terus berhempas pulas mencari wang seolah-olah tidak pernah cukup. Ini kerana mereka terlalu menumpukan pada jumlah wang yang mereka perolehi dan bukannya berapa banyak yang mereka patut simpan daripada wang yang diperolehi tersebut.”

Kedua : PENJAJAHAN TATAR MOGHUL KE ATAS BAGHDAD : Kerajaan Bani Abbasiyah (132 – 646 H / 750-1258 m) merupakan Kerajaan Islam ketiga yang ditubuhkan selepas kewafatan Rasulullah (s.a.w). Kerajaan ini pernah menguasi Keseluruhan negara Arab Teluk, Mesir, Sudan, Iran, Iraq, Turki, dan Wilayah-wilayah yang dikuasai Russia sekarang. Pada Era ke-3 pemerintahannya, Kerajaan ini hanya berkuasa di kawasan sekitar Baghdad. Pada tahun 656 H, datanglah gerombolan penjajah Tatar Moghul (dengan bantuan Menteri Ibnu ‘Alqami yang bermazhab Syiah Rafidhah ) di bawah pimpinan Hulagu Khan (cucu Gengis Khan) yang menawan Kota Baghdad dan mencemarkannya dengan penyembelihan penduduk Baghdad ketika itu, seterusnya memusnahkan Baghdad hingga menjadi laksana “padang jarak, padang terkukur”. Para Ulama’ dan Fuqaha’ serta rakyat jelata turut menjadi mangsa keganasan Tatar ini dan sungai Furat (Euphrattes) dan Dijlah sendiri menjadi hitam di saat itu kerana perpusatakaan terbesar telah dibakar dan khazanah perbendahaaran ilmu telah diselamkan ke dalam kedua-dua sungai itu. Selepas itu, Baghdad telah dikuasainya dan sehinggalah kaum penjajah itu sendiri memeluk agama hamba-hamba mereka daripada kalangan umat Islam Baghdad. Apakah pernah ada peristiwa yang menghairankan ini ?, penjajah sendiri memeluk agama yang dianuti oleh kaum yang dijajah ?. Inilah bukti kehebatan Islam menerusi akhlak penganut-penganutnya di saat itu. Keizzahan (kemulian) Islam tetap terserlah, walaupun umat Islam ditawan dan dijajah dengan sedemikian rupa !. 8 pemβ β ina

5 pemβ β ina


sirah

sirah

Imperialisme: Sejarah Dan Kesannya Kepada Islam

PENJAJAHAN KE ATAS UMAT ISLAM : Sejarah penjajahan ke atas umat Islam bukanlah sebuah sejarah yang mudah dicoretkan di lembaran seperti ini lantaran jangka masanya yang panjang dan begitu banyak penjajahan yang dilancarkan kepada umat Islam. Penulis merasakan cukuplah sekadar beberapa imbasan berikut di ruangan yang amat terbatas ini. Pertama : Mahkamah Penyiasatan (Inquisition) Di Sepanyol : Selepas kejatuhan Daulah Umawiyah II ( 756 – 1031m ) di Sepanyol yang diasaskan oleh Khalifah Abdul Rahman AdDakhil (r.a) , penguasa-penguasa Kristian mula mengganas dengan membunuh dengan cara yang begitu sadis dan sakral sekali di dalam sejarah umat dunia. Sejarah mahkamah penyiasatan Kristian di Sepanyol inilah merupakan gambaran yang paling keji , membasmi kemerdekaan berfikir dengan sebuas-buas alat penyiksaan, dengan cara yang sekotor-kornya. Ianya ditubuhkan bukan sahaja untuk menyiksa penganut-penganut agama Islam, malahan ianya juga digunakan untuk menyiksa para saintis dan orang-orang Kristian yang didapati bersalah kerana menganut ajaran Kristian yang tidak sesuai dengan mazhab majoriti pembesar Kristian di masa itu. Sebagai contohnya, satu pasukan tentera Peranchis yang dikirim oleh Napoleon Bannorparte pada tahun 1808 m telah ditugaskan menyiasat kewujudan “mahkamah Inquisition” di Sepanyol telah mendapati terdapat beberapa buah bilik tawanan dan di bawah nya terdapat sebuah pusat pertapaan Kristian. Di dalamnya juga terdapat sebuah mahkamah, rantairantai besi yang besar, dan alat-alat penyiksaan seperti alat pemotong tubuh manusia, alat pengikis kulit-kulit tubuh badan manusia, bilik yang bersaiz sebesar manusia yang duduk dengan memeluk lututnya, bilik yang sebesar liang-lahad, mayatmayat tawanan yang telah berulat, kotak-kotak yang mempunyai gigi-gigi pepisau yang tajam, kotak-kotak yang berisi tengkorak-tengkorak mangsa tawanan dan seumpamanya. Menurut rekod, jumlah tawanan yang diazab dengan cara dihumban ke dalam api sahaja mencecah ke angka 31 ribu orang dan lebih 291 orang telah disiksa dengan siksaan yang hampir-hampir sahaja melayangkan nyawa-nyawa mereka. Tawanan-tawanan semuanya berusia sekitar 14 hingga ke 70 tahun. Apakah kaitan mahkamah inquisition dengan umat Islam di Sepanyol? Gambaran di atas adalah gambaran mangsamangsa kekejaman mahkamah Kristian tersebut yang terdiri daripada penganut agama Kristian itu sendiri. Maka, betapa pula yang berlaku kepada penganut-penganut ajaran Islam yang bukan terdiri daripada kelompok Kristian itu sendiri!? Selain itu, tindakan kejam daripada pihak gereja Sepanyol ini juga dilaksanakan ke atas para saintis, umpamanya Galileo, beliau telah dihukum dengan kejamnya oleh pihak kerana mengemukakan teori bahawa “bumi bergerak mengelilingi matahari”. Menurut gereja, teori ini bertentangan dengan akidah Kristian, bahkan sebenarnya mereka di masa itu masih lagi “buta ilmu pengetahuan”. Kedua : KEKEJAMAN KOMUNIS KE ATAS MUSLIMIN SOVIET UNION : Pada tahun 1918, selepas 4 bulan daripada pengisytiharan Revolusi Balshevick oleh Russia, pemimpin komunis Russia, Lenin, telah mengarahkan agar diadakan “gerakan pembersihan” ke atas umat Islam yang mendiami semua kawasan yang dikuasai oleh tentera komunis Russia. Dengan kekuatan persenjataan yang begitu hebat, umat Islam telah cuba dilenyapkan. Sebagai contoh, di Bukhara, Turkistan (negeri Imam Bukhari r.a),telah menjadi korban yang begitu dahsyat. Menurut Akhbar Azvsiyta bertarikh 15 Julai 1922m, jumlah umat Islam yang menjadi mangsa kelaparan di bulan Januari sahaja sebanyak 302,000 nyawa. Kemudian, yang mati akibat kelaparan itu sebanyak 14, 413 orang. Diikuti pada bulan Mac sebanyak 379,000 ditimpa kelaparan dan yang mati akibat kelaparan itu sebanyak 19, 906 orang. Pada bulan April pula, jumlah mangsa sebanyak 377, 000 orang dan yang mati berjumlah 12, 754 orang. Dan di kawasan-kawasan umat Islam yang kaya dengan hasil pertanian, iaitu Qarm, mempunyai penduduk Islam sebanyak 5 juta orang (bancian tahun 1917) akan tetapi jumlah itu menjadi 400 ribu orang sahaja pada tahun 1940. Masjid-masjid pula merosot bilangannya, iaitu daripada 1558 buah masjid menjadi puluhan masjid sahaja. Di wilayah Turkistan sahaja,pada tahun 1934, tentera Komunis Russia ini telah membunuh 100, 000 orang-orang Islam. 300, 000 ribu orang pula telah dihalau keluar daripada tanah air mereka. 3 juta umat Islam Turkistan mati kelaparan akibat hasil penguasaan Russia ke atas sumber makanan dan pertanian mereka. Dan sekitar tahun 1937-1939, setengah juta umat Islam telah ditangkap, sebahagian mereka telah dibunuh dan sebahagian lagi telah dihalau keluar daripada tanah air mereka yang kaya dengan sumber galian seperti petrol dan besi dan juga kaya dengan hasil-hasil pertanian. Ketiga : KEZALIMAN REJIM ZIONIS YAHUDI DI SHABRA DAN SHATILLA : Peristiwa yang sangat menyayat hati ini berlaku pada 17 September 1982. Regim Zionis yang diketuai oleh Ariel Sharon ( Matan Perdana Menteri Israel ) dan puak Tentera Kristian Lebanon Selatan telah mengepong kawasan perkhemahan pelarianpelarian Palestin yang turut sama dihuni oleh beberapa pelarian daripada Mesir, Syiria, Lebanon dan Pakistan. Mangsa-mangsa telah diikat dengan rantai besi dan kemudiannya diletupkan dengan ledakan bom-bom tangan bersama tembakan machine-gun. Kanak-kanak dan bayi-bayi turut menjadi mangsa kebuasan Zionis ini dengan dijadikan mangsa penyembelihan dengan menggunakan kapak dan pisau, hingga ditemukan sejumlah besar badan-badan mereka yang telah terputus kepalanya dan kepala-kepala mangsa yang pecah akibat dihentak ditembok-tembok. Tidak cukup dengan itu, Zionis telah menempatkan sejumlah kereta-kereta kebal yang membedil khemah-khemah pelarian itu dan hospital. Tidak ketinggalan juga, jururawat-jururawat yang bertugas telah turut dirogol dengan sadisnya sebelum mereka dibunuh di dalam tragedi ini. Jumlah mangsa yang diyakini adalah sebanyak 1100 jiwa (bahkan menurut saksi mata sendiri, ianya mencecah ke 3000 jiwa).

Oleh: Zul Alwi Adam

Definasi Imperialisme : Menurut Kamus Dwibahasa & Sejarah Dunia SPM : (Imperialisme adalah kata nama bagi dasar meluaskan satu-satu empayar dengan menjajahi negara-negara lain). Manakala menurut “Al-Mausu’ah AL-Muyassarah Fil Adyan Wal Mazahib Wal Ahzab Al-Mu’asiroh” : “Imperialisme adalah sebuah gerakan politik, ekonomi dan ketenteraan yang telah lama muncul sejak zaman empayar-empayar purba seperti Empayar Asyur, Babylon dan Parsi. Dan gerakan ini muncul semula di era moden di Eropah dengan kelahiran gerakan-gerakan perkauman dan gerakan penjelajahan”. Kesimpulannya : Imperialisme merupakan sinonim bagi “gerakan penjajahan”. Sejarah Kemunculannya : Adalah merupakan satu kesilapan bagi orang-orang yang menyangka bahawa imperialisme ini baru wujud dipenghujung kurun ke-15 masehi iaitu ketika pihak Inggeris mula menjelajah ke Timur. Sebagaimana telah dinyatakan, sebenarnya ia telah lama wujud sejak zaman empayar-empayar purba, dan kesinambungan ini semakin bergiat dengan pesatnya tatkala Plotemy telah berjaya menghasilkan peta dunia dan Marco Polo di abad ke-13 mengembara ke timur. Penjajah-penjajah barat yang menggerakkan gerakan ini sebenarnya telah terkesan dengan teori falsafah seorang filosof Yunani Kuno, Socrates yang menyatakan bahawa Bangsa Arya merupakan bangsa termulia di dunia dan bangsa selainnya adalah merupakan hamba-hamba bagi bangsa Arya dan mereka itu semua berfikiran hamba abdi, yang hanya layak dilayan seperti binatang. Dengan berpegang kepada teori di atas, dunia barat daripada berbagai negara, mula mencari jalan untuk meluaskan empayar mereka dengan didahului dengan gerakan penjelajahan geografi dan gerakan orientalisme (pengkajian sosioideologi masyarakat timur). Jenis-Jenis Penjajahan : (i) Penjajahan Tanah & Negara. (ii) Penjajahan di dalam bentuk moden seperti penjajahan terhadap ekonomi, politik, sosial dan peradaban sesuatu bangsa dan negara. Penjajahan seperti ini juga di kenali sebagai “perang saraf” , perang ideologi “ dan seumpamanya. Faktor-Faktor Penjajahan Barat : Secara ringkasnya factor-faktor yang mempengaruhi penjajahan barat ke atas blok timur amnya, dan alam muslimin khas, di dasari oleh factor-faktor berikut ; (i) Faktor Sosial : Seperti faktor keagamaan ~ kekalahan puak Barat Kristian di dalam Perang Salib (The Crusade) yang memakan masa hampir 200 tahun dan bermula pada tahun 1096 – 1291 masehi. (dikatakan juga ianya bermula sejak 1095 m lagi) menyebabkan dendam mereka terhadap umat Islam, lalu dilancarkan penjelajahan seterusnya penjajahan demi menebus maruah mereka dengan melancarkan imperialisme, orientalisme dan kristianisasi. Selain itu juga, para misionari Kristian yang mempunyai berbagai mazhab seperti Katholik, Protestant, Jesuit, Dominicant dan Anglican ingin bersaing di antara satu sama lain di dalam mengembangkan ajaran Kristian menurut acuan mazhab mereka. (ii) Faktor Ekonomi : Seperti untuk mendapatkan rempah-ratus dan memenuhi permintaan barat terhadap bahan-bahan mentah yang kaya di negara-negara timur (islam) terutama sekali selepas Era Renaissance (1510 m) dan Revolusi Perindustrian Peranchis (1789 m). Selain itu, tujuan utama mereka dari sudut ini sebenarnya ialah untuk memecahkan monopoli perdagangan yang selama ini dikuasai oleh pedagang-pedagang Arab dan Itali. (iii) Faktor Politik : Seperti ingin membaiki seterusnya menaikkan martabat sesuatu bangsa dan negaranya di mata dunia. Seterusnya dengan kuasa yang diperolehi, sesuatu bangsa itu boleh membina empayar mereka sendiri seterusnya melaksanakan sebab utama imperialisme dari sudut ini iaitu mencabar ketuanan dan kedaulatan umat Islam. Perhatian : Terdapat beberapa penyelewengan di dalam penulisan sejarah, yang mana kebanyakan buku-buku sejarah yang diajar kepada anak-anak muslimin telah diwarisi daripada penulis-penulis Barat ataupun pro-barat. Dinyatakan didalam sejarah palsu tersebut bahawa kedatangan penjajah, contohnya Portugis ke Melaka pada tahun 1509 m adalah untuk mendapatkan rempah-ratus sebagai tujuan utama, walhal jika ditinjau, andainya benar dakwaan tersebut, maka mengapakah Portugis datang ke Melaka ketika itu dengan membawa Paderi Besar mereka dan 19 armada laut? Nyatalah tujuan mereka adalah untuk menyelewengkan akidah Islam di kalangan penduduk Melaka di kala itu dan seterusnya menguasai Kesultanan Melayu Islam Melaka! Tambahan pula, orang-orang Eropah amnya, sampai ke saat ini bukanlah manusia yang suka makanan berempah-ratus. Jadi, sejauh manakah kebenaran sejarah yang diajar kepada kita selama ini !?. Kesimpulannya : Faktor-faktor penjajahan adalah Agama (Gospel), Emas (Gold) dan Politik (Glory). 6 pemβ β ina

7 pemβ β ina


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.