karya kreatif
w w w . p e m b i n a . c o m . m y
buletin
pemβina
SUARA GENERASI BELIA
1326-07-SEL
T A H U N
1
B I L .
8
E D I S I
Z U L H I J J A H
1 4 2 9
-Untuk Ahli Sahaja-
utama Pedoman dari kisah Nabi Ibrahim a.s Oleh: Dr. Kamsani Samingan
S
etelah peristiwa ‘pembakaran’ oleh Namrud, Nabi Ibrahim a.s. berhijrah ke Palestin. Di sana, Allah mengurniakan baginda seorang anak lelaki ketika usia baginda menjangkau 86 tahun. Belum pun puas baginda ‘menimang’ anak sulungnya itu, Allah s.w.t memerintahkan pula baginda meninggalkan isterinya Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s. di Makkah, tanah tandus yang terletak jauh dari Palestin. Nabi Ibrahim a.s. pasrah dengan perintah Allah ini, lalu segera melaksanakannya tanpa bertangguh. Dapatkah kita bayangkan perasaan seorang isteri yang ditinggalkan bersama anak yang baru lahir oleh suami yang dicintainya? Setelah berlalu beberapa tahun, apabila Nabi Ismail a.s. sudah agak besar dan mampu bekerja bersama-sama ayahnya, datang pula perintah Allah supaya Nabi Ibrahim a.s. menyembelih anak kesayangannya itu. Dapatkah kita gambarkan hati kecil seorang ayah yang diperintah untuk ‘mengorbankan’ anak kesayangannya, setelah terpisah sekian lama? Dapatkah pula kita selami sanubari seorang anak yang telah lama ditinggalkan bersama ibu, tiba-tiba ayahnya datang untuk menyembelihnya? Allah menceritakan peristiwa besar ini dalam Al-Qur’an, Surah Ash-Shaffat, ayat 102: Maka ketika Anaknya itu sampai (ke peringkat umur Yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya Aku melihat dalam mimpi Bahawa Aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa Yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar". Sesungguhnya peristiwa tersebut merupakan satu peristiwa besar, menifestasi sebuah pengorbanan agung dalam mentaati perintah Allah. Peristiwa yang berlaku pada tanggal 10 Zulhijjah ini jugalah yang ‘dirayakan’ oleh umat Islam seluruh dunia pada setiap tahun. Benar, kita merayakan ‘yaum an-Nahar’ setiap tahun. Tetapi, berapa kerapkah kita menghayati peristiwa agung ini? Tidak keterlaluan jika kita katakan bahawa majoriti umat Islam tidak mengambil pengajaran daripada peristiwa ini, walaupun mereka menyaksikan upacara ‘menyembelih’ haiwan korban hampir setiap tahun. Dalam penulisan ini, dengan izin Allah s.w.t saya akan cuba mengetengahkan satu hakikat besar daripada peristiwa agung ini. Manusia adalah hamba Allah. Hakikat seorang hamba adalah kepatuhan total terhadap perintah tuannya tanpa merasa keberatan, walaupun rahsia atau hikmah di sebalik
Anda ada sebarang cadangan untuk menambahbaikkan Buletin? Ingin berhubung sesama ahli Pembina di seluruh Negara? Hantarkan sebarang cadangan, pandangan atau pendapat anda mengenai Buletin Pembina atau apa-apa isu di sekeliling kita ke alamat email di bawah: buletin.pembina@gmail.com
8 pemβ β ina
perintah tersebut tidak difahami. Seorang hamba tidak berhak untuk mempersoalkan apatah lagi untuk engkar akan perintah tersebut. Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Ahzab: 36: “Dan tidaklah harus bagi orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. dan sesiapa Yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan Yang jelas nyata” (Al-Ahzab: 36) Islam bukannya sekumpulan konsep-konsep lesu yang berlegar-legar di minda manusia. Islam juga bukan bererti kepercayaan-kepercayaan buta yang dipaksa kepada manusia. Islam bukan sekadar beberapa perlakuan ritual (’aktiviti keagamaan’) yang wajib dilaksanakan secara membuta-tuli. Sebaliknya, Islam adalah agama praktikal yang berpengaruh di dalam kehidupan manusia. Islam bermaksud ketundukan yang sepenuhnya kepada syariat Allah. Seorang muslim tidak mempunyai pilihan, kecuali menjadikan keseluruhan hidupnya dibawah naungan syariat Allah yang sempurna. Sekiranya seorang muslim itu memilih untuk hidup di luar syariat, maka pada hakikatnya dia bukanlah seorang muslim, walaupun dia mengaku beriman. Firman Allah s.w.t: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang kafir. (Ali-Imran: 32) Konsep ketundukan total kepada perintah Allah ini tergambar jelas dari peristiwa keluarga Nabi Ibrahim a.s. sepertimana yang telah dinukilkan di atas. Ketundukan inilah yang menyebabkan Hajar bersabar dengan ujian ditinggal oleh suami tercinta di lembah yang tandus bersama anaknya
bersambung di muka 3
DALAM EDISI INI! -
Pandangan Terhadap Isu Yoga - 4 -
-
Tragedi Berdarah Mumbai - 6
Jangan Buat Kerak Awal Sangat - 7 -
Dan lain-lain
1 pemβ β ina
renungan
baitul muslim
Jangan Buat Kerak Awal Sangat
Masyarakat Tin Kosong
Oleh: Ustaz Fauzi Asmuni (Penulis Tamu)
Oleh: Abu Omar
B
elia adalah aset negara yang amat berharga, itulah ayat yang dipersetujui oleh semua orang. “Belia tunjang negara.” Sering kali slogan ini dilaungkan, tidak kira di kampung, pekan mahupun bandar. Biasanya laungan akan diiringi dengan semangat yang membara. “Belia benci dadah” Pernah juga dulu belia sama-sama bertempik laungan ini bersama penyanyi terkenal, Mawi. Saya tidak kata salah, tetapi baguslah. Namun, apabila berlakunya sesuatu masalah tentang belia kini, semua pihak akan saling menuding jari kearah yang lain. Tidak kira kerajaan, mulai daripada Perdana Menteri sehinggalah tukang sapu yang bekerja di Kementerian Belia dan Sukan pun menjadi mangsa tuduhan. “Tak pandai buat kerja” Kata mereka-mereka yang mengkritik.
Pernah juga dituduhnya jawatankuasa agama tidak pandai, kurang bijak dan juga hanya makan gaji. Tuduhan – tuduhan ini akan berterusan menjadi isu di akhbar-akhbar sehinggalah masyarakat penat untuk berkata. Kemudiaan akan datang pula masalah lain, dan perkara bersama akan berulang. Apa yang berulang? Tuduh menuduh siapa yang bersalah. Oleh itu, saya menyeru semua pihak agar berhenti daripada menjadi penyebar tuduhan dan kepalsuan. Sepatutnya sekarang, kita sendiri yang bertanggungjawab untuk memperbetulakan keadaaan semasa. Kita sendiri yang turun padang memperbaiki kesalahan. Sepatutnya sekarang, kita sudah semakin matang. Kita tidak menyalahkan mana-mana pihak untuk membaiki yang tersilap. Sebaliknya, kita mampu berjuang dan merasai bahawa masalah belia adalah tangungjawab bersama. Mungkin antara kita tidak tahu bagaimana mahu memulakan. Perasaan mahu bertanggungjawab itu ada, tetapi manakah jalan hendak disalurkan idea itu yang kita selalu kurang jelas. Cara- cara jihad dengan lisan 1.Menyebarkan buku Islam Secara praktikalnya, buku adalah lebih berfaedah kepada manusia berbanding percakapan. Kita boleh sahaja melihat idea –idea Dr. Stephen R. Covey’s melalui bukunya The 7 Habits of Highly Effective People , beliau hanyalah membetulkan niat manusia supaya melakukan dengan ikhlas. Hanya dengan itu, dia sudah berjaya menyampaikan mesejnya kepada jutaan manusia di seluruh dunia.
Bagi yang tidak mampu bercakap, ini adalah cara yang terbaik. Cara ini akan mampu menolak tuduhan-tuduhan daripada musuh Islam. Cara ini jyuga mampu menerangkan isi kandungan Islam yang sebenarnya. Kita perlu menekankan Islam yang diketahui oleh Non-Muslim adalah salah daripada konsep asalnya. Kita perlu membalas segala tuduhan yang dilemparkan, yang menuduh Islam adalah pengganas. Kita boleh kemukakan buku –buku tulisan kita itu dengan cara yang sesuai seperti jual, hadiah , derma atau pinjam. Cumanya, adakah anda mampu meluangkan sedikit masa sehari untuk menulis?
Cuti sekolah sudah pun berlalu lebih seminggu. Bermulalah musim kenduri kendara di Malaysia seperti tahun-tahun sebelum ini. Adik ipar saya sendiri baru sahaja melangsungkan pertunangannya semalam. Pada bulan Disember ini pula adik saya pula akan melangsungkan pertunangan. Sekejap sahaja rasanya, keluarga saya semakin bertambah besar. Sedar tak sedar saya sudah ada sembilan orang anak saudara sekarang ini. Saya ingin menyentuh sedikit beberapa isu tentang pengurusan kewangan pasangan yang baru mendirikan rumahtangga walaupun saya sendiri mungkin bukan pakar sangat di dalam hal ini. Apa pun, saya akan menulisnya juga sebagai satu perkongsian dan harapnya ada penulis lain yang dapat berkongsi juga pengalaman mereka dengan pasanganpasangan baru ini. Lain orang lain pandangannya. Moga banyak pandangan, ianya akan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.
2. Majalah, Surat khabar Pamplet dan blog Tidak diragukan, semua perkara diatas mampu menyumbang kepada seruan-seruan yang baik dan besar manfaatnya. Sepatutnya setiap pertubuhan Islam, masyarakat setempat dan juga sebuah keluarga Islam perlu memiliki majalah atau sekurang-kurangnya blog bagi menerangkan hal ehwal Islam. Pertamanya, anda perlu menulis berkaitan dengan aqidah, barulah ibadah dan seterusnya. Namun janganlah sekali-kali ditinggalkan salah satu daripada cabang Islam. Terangkan semampu mungkin, kita mahu terus bergerak. Kita mahu satu hari nanti akan ada pelbagai jenis majalah Islam di setiap rumah-rumah. Kita mahu terwujudnya perpustakaan sendiri yang dipenuhi bahan ilmiah yang boleh digunakan sebagai hadiah kepada semua belia dan cucu cicit keturunan kita. Itulah kejayaan kita. Persoalannya, adakah anda sanggup memulakannya?
Kecenderungan mana-mana pasangan yang baru mendirikan rumahtangga biasanya adalah untuk menyegerakan ‘kestabilan’ macam keluarga lain. Apa yang saya maksudkanya dengan ‘kestabilan’ adalah rumah milik sendiri yang baik, kenderaan yang selesa, perkakas dan peralatan rumah yang mencukupi, belanjawan keluarga yang tidak pernah negatif, pendidikan anak-anak yang bagus, satu rutin harian dan mingguan yang selesa dan sebagainya. Saya dan isteri juga seperti orang lain, pernah berasa rimas apabila ‘kestabilan’ ini tidak datang dalam kehidupan kami dalam beberapa tahun awal-awal kami memulakan kehidupan di Malaysia. Nak letak baju, almari tak cukup besar, nak susun pinggan juga tak cukup perabutnya, beli lauk terlebih sedikit, terpaksa sumbat-sumbatkan dalam peti ais yang kecil ruang penyimpanannya, basuh baju berulang kali kerana mesin basuh kecil (kadang-kadang terlupa spin, almaklumlah waktu itu tiada bajet untuk beli mesin basuh automatik sepenuhnya), berehat di ruang tamu yang tiada sofa, balik kampung naik kereta yang tak macam kereta orang lain dan macam-macam lagi keadaannya. Apa pun kami bersyukur kerana itu rezeki yang Allah beri kepada kami secara beransur-ansur. Lebih bersyukur lagi apabila saya tidak pernah mendapat sebarang tekanan atau rungutan dari isteri yang cukup memahami dan penyabar. Trend orang muda sekarang pula mungkin lain sedikit dari generasi saya ketika itu. Rezeki mereka lebih baik. Pekerjaan yang bagus dengan pendapatan yang banyak. Ketika berusia seawal 23 atau 24 tahun, segala-galanya nampak macam akan berjalan dengan lancar. Masing-masing mula mengunjurkan satu unjuran hidup ke depan seolah-olah mereka akan kekal dalam keadaan itu.
3. Syarahan dan pengajian Umum di masjid dan rumahrumah Kita perlu menjadi seorang yang pakar di dalam bidang yang kita ceburi. Jika anda menceburi bidang kejuruteraan, anda adalah pakar yang ternama dan berhak untuk berkatakata dihadapan umum. Jika anda doctor juga begitu, jika anda petani pun begitu. Belajarlah sehingga menjadi pakar, yang mampu berucap dihadapan orang ramai dan dipercayai. Untuk apa perlu menjadi pakar? Supaya anda boleh menyelitkan perihal Islam dalam ucapan anda. Anda boleh menunjukkan Islam itu adalah segala-galanya, keindahan Islam dan mengapa Islam menyeru kepada arah itu. Jika anda terasa tidak mampu, maka cukuplah sekadar menjadi orang yang mengajak rakan-rakan anda, sepupu anda, adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak ke majlis pengajian yang diadakan. Ajaklah mereka mendengar seruan Islam. Biasakan diri anda dan mereka, mendengar perkara yang baik lagi bersopan. Hayati setiap kalimah yang cantik, amalkan setiap seruan yang Allah ingatkan. Halnya, mungkinkah anda melakukannya wahai belia? 4. Seruan individu Ini adalah seruan yang juga amat baik dengan cara yang amat molek. Allah berfirman; Katakanlah; Sesungguhnya aku hendak memperingatkan kepadamu suatu hal sahaja iaitu supaya kamu menghadap Allah berdua-duaan atau sendirian, kemudian kamu fikirkan
2 pemβ β ina
Congak orang biasa; kalau pendapatan kita berjumlah sekian sekian, satu pertiga adalah untuk rumah (ada yang kata satu perdua), sepertiga adalah untuk kenderaan. Bakinya gunalah untuk yang lain. Itulah yang saya biasa dengar dari beberapa orang. Saya kurang bersetuju dengan congak ini kerana berdasarkan pengalaman, ada beberapa pertimbangan yang kita perlu andaikan akan berlaku dalam kehidupan kita. Pertamanya sebagai seorang muslim yang ingin terlibat di dalam usaha dakwah, kita perlu letakkan satu jumlah untuk aktiviti-aktiviti dakwah. Sumbangan kepada Palestin, berapa yang kita letakkan sebulan? Duit minyak ke sana ke sini untuk aktiviti dakwah, berapa kita peruntukkan? Keraian bersama rakan-rakan dakwah dan mad’u? Ada aktiviti yang perlu dibayar yurannya, bersediakah kita ketika itu? Ada perjalanan yang kita kena tanggung sendiri, pernahkah kita fikirkan? Bila kita berkahwin, semua itu akan jadi double, kena ingat tu. Bila ada anak yang sudah berada di tahap kedua sekolah rendah, mereka juga akan menuntut peruntukan untuk aktiviti tarbiah mereka. Bila mereka masuk sekolah menengah lagi besar peruntukannya. Keduanya, kedudukan kita di dalam sebuah taman atau desa juga akan menuntut satu peruntukan. Jiran sedekah duit untuk iftor di surau, tak kan kita tumpang makan sahaja? Ahli kariah iklankan harga korban, tak kan kita selama-lamanya akan kata kami beraya di kampung? Semasa kuliah maghrib di surau taman kita, biasanya ajk surau akan edarkan tabung sumbangan untuk penceramah, kita tengok sahajakah tabung tu? Yuran khairat kematian untuk sekeluarga, kita jadi ahli tak? Ketiganya, ibu bapa kita akan semakin tua dan semakin uzur. Kita ada dua ibu dan dua bapa sekarang ini. Sesetengah ibu bapa tidak ada penyakit kronik. Tetapi kita tidak tahu nasib ibu bapa kita. Mesti letakkan satu peruntukan untuk ziarah berkala, bil hospital, ubat-ubatan, kos pembedahan dan rawatan. Mungkin kena belikan kerusi roda. Mungkin juga kena belikan katil khas untuk pesakit macam katil kat hospital. Mungkin kita terpaksa lakukan itu semua untuk tempoh yang panjang. Lain orang lain habuan yang Allah berikan kepadanya. Keempatnya, tidak ada jaminan kita akan kekal dengan pendapatan yang kita dapat sekarang. Seorang rakan saya pernah menikmati pendapatan belasan ribu untuk satu tempoh yang panjang, tiba-tiba berlaku kes dan akhirnya dibuang kerja. Seorang lagi rakan bekerja dengan syarikat milik kerajaan yang cukup mantap, tapi akhirnya berlaku penyelewengan dan dia terpaksa memilih untuk berpindah kerja. Ada yang memiliki aset yang berjumlah ratusan ribu, Allah uji dengan penyakit kronik. Habis semua hartanya untuk tampung kos rawatan. Ini semua bukanlah kes-kes yang asing dalam kehidupan kita. Banyak lagi sebenarnya yang perlu diambil kira. Pendidikan anak-anak, takaful kita dengan adik-beradik yang kurang bernasib baik dan macam-macam lagi yang perlu kita fikirkan. Dengan itu, beringatlah ketika merancang apa juga perbelanjaan keluarga.
7 pemβ β ina
dunia kita
renungan
Tragedi Berdarah Mumbai: Ledakan Diskriminasi Sosial atau Konspirasi Terancang?
tentang Muhammad tidak ada penyakit gila sedikitpun pada kawanmu itu. Dia tidak lain hanyalah pemberi peringatan. (AsSaba’ ; Ayat 46) Menerangkan fikiran seseorang secara individu dan bersendirian adalah lebih memberi faedah kerana penerangan secara ini tidak terpengaruh debgan tekanan-tekanan lain. Dengan sebab itu, anda perlu membina hubungan dengan semua belia. Bercakap dan berbincanglah bersama mereka dengan tenang dan terbuka. Ziarahilah mereka tatkala senang atau sakit, bukan sekadar dihari raya sahaja. Adakanlah aktiviti berkelah bersama-sama sambil tidak jemu bercerita tentang Islam kepada mereka. Bersihkan hati mereka dengan sinar Islam yang anda bawa, jemputlah mereka kerumah anda dan berbicaralah
Oleh: M Firdaus Sabturani
E
pisod serangan kumpulan pengganas di Mumbai, India yang berlarutan selama kira-kira 60 jam akhirnya tamat dengan korban kematian mencecah 195 nyawa dan hampir 300 mangsa kecederaan. Namun sehingga kini identiti kumpulan bersenjata tersebut dan dalang di sebalik tragedi berdarah ini masih belum dikenal pasti. Kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Deccan Mujahideen’ mengaku bertanggungjawab tetapi pihak berkuasa India lebih cenderung menuding jari ke arah puak pemisah Kashmir yang didakwa mendapat tajaan kerajaan Pakistan. Meskipun tragedi berdarah Mumbai ini mungkin tidak sedahsyat peristiwa 11 September, namun masyarakat sedunia tetap merasakan impaknya terutama dari segi ‘psikologi keganasan’. Tambahan pula, modus operandi ala komando yang dipraktikkan kumpulan penyerang terbabit cukup menimbulkan pelbagai misteri. Serangan dilakukan secara terancang, terkoordinasi dan serentak ke atas sasaransasaran strategik yang sudah ditentukan oleh beberapa kelompok kecil terlatih yang dilengkapi senjata api dan bom tangan. Penyerang-penyerang tersebut juga ternyata tidak takut untuk berkonfrontasi secara terbuka dengan pasukan keselamatan India. Kejadian yang turut menyaksikan 26 orang warga asing terkorban, Perdana Menteri India bingkas menyalahkan kumpulan pejuang Islam di wilayah Kashmir sebagai suspek utama. Pihak keselamatan India juga tidak menolak kemungkinan kaitan al-Qaeda dalam insiden ini. Sama ada puak pemisah Kashmir, Deccan Mujahideen, Indian Mujahideen mahupun al-Qaeda, sasaran tuduhan sebenarnya cuma satu iaitu Islam. Segelintir pihak tertentu cuba mengambil manfaat dari serangan keganasan terbaru ini untuk mengapi-apikan lagi sentimen Islamophobia. Dari satu sisi, tragedi berdarah Mumbai ini dilihat memiliki beberapa titik persamaan dengan peristiwa 11 September yang sehingga kini masih belum terungkai kebenaran di sebalik dakwaan-dakwaan yang dikemukakan. Modus operandi yang begitu terancang, kumpulan individu yang terlatih, kelengkapan serangan yang canggih – penyerang dilaporkan menggunakan telefon bimbit BlackBerry untuk mengikuti laporan media di laman-laman web – serta kegagalan pihak berkuasa India mengesan atau menghalang serangan daripada berlaku lebih awal. Amerika Syarikat mengeksploitasi serangan 11 September untuk mengukuhkan tapaknya di wilayah Asia Barat khususnya Iraq melalui kempen anti-pengganasnya. Kini alasan memerangi keganasan cuba digunakan Amerika untuk melebarkan pengaruh di wilayah Asia Selatan pula. Dulu dipimipin oleh George W. Bush, kini Barack Obama pula mengambil alih apabila secara terbuka mengatakan bahawa Pakistan dan Afghanistan akan menjadi sasaran utama untuk memerangi pengganas. Israel sendiri mengusulkan agar kerjasama dimeterai antara pihak keselamatan India dengan Israel bagi menghadapi keganasan di rantau tersebut. Namun kita tidak menolak kemungkinan bahawa serangan Mumbai ini dilakukan oleh mana-mana kumpulan ekstremis yang berpangkalan di India atau Pakistan. Penganalisis politik India mengibaratkan tragedi berdarah Mumbai sebagai bom jangka yang cuma menanti masa untuk
meledak. Hal ini didorong oleh dasar-dasar pemerintahan India yang bersifat diskriminatif terhadap golongan minoriti Muslim. Ditambah dengan penindasan berbentuk fizikal seperti pelanggaran hak asasi manusia di Kashmir dan pembantaian umat Islam di Gujerat. Semua ini menyuburkan bibit kebencian terhadap kerajaan India, lebih-lebih lagi di kalangan kelompok-kelompok ekstremis.
…sambungan yang masih kecil. Ketundukan inilah yang menyebabkan Nabi Ibrahim a.s. sanggup menyembelih anak yang amat disayangi. Penyerahan inilah juga yang mengakibatkan Nabi Ismail a.s. bersedia dikorbankan demi memenuhi perintah Allah s.w.t. Ini semua mereka lakukan dengan patuh walaupun mereka tidak mengetahui hikmah di sebalik perintah tersebut. Adakah kita menghayati hakikat ketundukan total ini dalam kehidupan kita? Kebanyakan umat Islam hari ini amat jauh dari hakikat ketundukan ini. Mereka tenggelam dengan gaya hidup barat yang berkiblatkan hawa nafsu. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan menjadi syi’ar mereka. Gejala perzinaan, perlakuan sumbang dan kelucahan berleluasa dalam masyarakat, sehingga kanak-kanak sekolah rendah pun tidak ’kebal’ daripada kerosakkan ini. Golongan muda lebih mengutamakan hiburan daripada menimba ilmu. Mereka lebih gemar membuang masa dengan melepak di gedung-gedung membeli belah mahupun bersiar-siar di taman-taman, atau menjadi mat rempit di jalan-jalan raya. Kehidupan ’glamour’ artis-artis menjadi idaman pemuda-pemudi Islam. Pada masa yang sama, masyarakat secara keseluruhannya seolah-oleh menerima semua gejala ini sebagai suatu yang normal. Ditambah pula dengan keghairahan syarikat-syarikat penyiaran dalam mempromosikan budaya hidup yang asing ini melalui program-program bercorak hiburan yang melampau. Semua ini menggambarkan suasana masyarakat yang jauh daripada hidayah yang tiada bezanya dengan masyarakat kafir di negara-negara barat. Masyarakat Islam lupa akan ’risalah’ yang diamanahkan oleh Allah s.w.t ke atas bahu mereka. Tidakkah mereka membaca Al-Qur’an? Firman Allah s.w.t: Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.(AliImran: 110) Ya... kita adalah umat terbaik! Kita adalah umat yang memimpin, bukannya dipimpin. Kita adalah umat yang sepatutnya mencorakkan perjalanan dunia! Malangnya, umat Islam hari ini lupa akan hakikat ini, lalu mereka redha hidup dalam kehinaan.
Pihak yang bertanggungjawab terhadap keganasan di Mumbai dilihat cuba menyampaikan mesej tersendiri apabila memilih kota Bollywood tersebut sebagai sasaran. Mumbai sememangnya masyhur sebagai pusat golongan elit dan mercu tanda pengaruh kapitalis di India. Lokasi-lokasi yang dipilih pula merupakan tumpuan para pelancong asing, antaranya hotel-hotel mewah, stesen keretapi, kafe popular dan pusat keagamaan Yahudi. Justeru serangan terbaru ini seolah-olah satu ledakan kebencian terhadap kuasa-kuasa asing terutamanya Amerika dan Britain yang dianggap seringkali mencampuri urusan politik India dan menguasai ekonomi negara. Kita mengutuk sama sekali tragedi berdarah Mumbai ini yang melibatkan korban masyarakat awam yang tidak berdosa. Islam sebagai agama kesejahteraan bertujuan menyatukan manusia atas dasar kasih sayang, bukan melalui keganasan. Namun kita juga menyeru supaya insiden ini dilihat secara adil dan ditangani sehingga ke akar umbinya. Menangani keganasan dengan cara kekerasan tidak akan menyelesaikan masalah secara total. Lebih penting, kerajaan India perlu menginsafi dasar-dasar negara yang diskriminatif, ketidakadilan sosial, pembahagian kekayaan yang tidak telus, pelanggaran hak asasi manusia dan penindasan terhadap kelompok minoriti tertentu.
6 pemβ β ina
secara lembut dan berhemah. Moga mereka menerima seruan anda. Namun, inginkah anda berkorban untuk Allah? Semoga kita menjadi orang yang sentiasa bersuara tatkala belia menghadapi masalah. Semoga kita bukan golongan yang menuduh pihak-pihak tertentu pabila ada yang terkhilaf. Jadilah manusia yang melakukan amal seruan. Kata pepatah, jangan jadi seperti tin kosong, lebih bunyi daripada isi. Yang manakah anda pilih? Moga kita mampu menempuhinya. Amin
Islam adalah menifestasi ketundukan total kepada Allah s.w.t sebagaimana yang digambarkan melalui kisah keluarga Nabi Ibrahim a.s. Ketundukan yang didasari aqidah dan keimanan bulat yang mantap. Hakikat ini patut kita hayati setiap kali kita menyambut tanggal 10 Zulhijjah! Sesungguhnya, pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan keluarganya dalam menurut perintah Allah s.w.t adalah contoh terbaik untuk kita jadikan suri tauladan. Umat ini hanya akan bangkit melalui jalan yang ditunjukkan oleh generasi terdahulu yang telah berjaya dari kalangan para anbiya’, para syuhada’ dan para solehin.
“Islam adalah menifestasi ketundukan total kepada Allah s.w.t ” Sesungguhnya adalah kehendak Allah s.w.t bahawa agama ini akan kembali mentadbir dunia sebagaimana yang telah berlaku dahulu. Walaubagaimanapun, telah menjadi sunnatullah, bahawa setiap kesenangan mesti didahului dengan kesusahan, setiap kejayaan memerlukan usaha, setiap kemenangan memerlukan pengorbanan. Pertolongan dan ganjaran Allah s.w.t pasti datang, asal sahaja kita melaksanakan segala perintah Allah s.w.t dengan penuh kepatuhan dan ketundukan. Firman Allah s.w.t: "Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". Demikianlah Kami membalas orang-orang Yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami Yang beriman.
3 pemβ β ina
pendapat
pendapat
Pandangan Terhadap Isu Yoga
FATWA YOGA Peranan media dan kesannya Di sini kita dapat melihat peranan yang dimainkan oleh pihak media. Adakah mana-mana akhbar yang menyiarkan fatwa pengkid dan yoga ini secara penuh supaya masyarakat mampu membuat penilaian yang terpimpin (informed decision). Rata-rata cuma menggambarkan ”YOGA HARAM” dalam segala bentuknya kerana boleh merosakkan aqidah. Itu sahaja. Malah kenyataan media pengerusi majlis fatwa pun tidak disiarkan secara penuh. Berbekalkan persepsi inilah, dan dengan pandangan pelbagai pihak yang kelihatan seolah-olah onesided inilah yang akhirnya diterima sebagai pandangan umum. Di mana suara-suara yang menyokong fatwa ini? Di mana penjelasan lanjut yang bertujuan mendidik masyarakat umum dalam isu ini?
Oleh: Zaizul Azizi Zaman
B
eberapa fatwa semasa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan seperti permasalahan yoga dan pengkid telah mencetuskan satu polemik di kalangan masyarakat Malaysia, khususnya umat Islam. Ada pihak yang menyokong, ada juga yang mempertikaikan, bahkan tidak kurang pula yang mengambil sikap endah tak endah. Masingmasing mengeluarkan pandangan sendiri. Berikut adalah beberapa lontaran berkenaan isu fatwa-fatwa semasa, setelah beberapa lama isu ni menjadi tajuk perbualan hangat di mana-mana. Lontaran-lontaran ini ditulis di bawah beberapa subtopik supaya lebih senang dibaca dan diambil isiisi pentingnya. Hukum dan fatwa tidak mengubah masyarakat Dalam isu fatwa berkenaan dengan pengkid dan senaman yoga ni, sebenarnya membuktikan kepada kita fikrah yang kita imani sebelum ini. Menelusuri seerah Rasulullah SAW dan menghayati bagaimana agama Islam ini ditegakkan pada kali pertama di tengah-tengah masyarakat Arab Jahiliyyah, kita memahami bahawa Islam tidak tertegak dengan hukumhukum dan fawta-fatwa semata-mata. Hukum dan fatwa tidak akan mengubah masyarakat secara total atau sekaligus. Seerah Rasulullah membuktikan bahawa ajaran Islam bermula dengan penanaman asas aqidah, matlamat kehidupan utk mencari redha Allah dan adanya Hari Pembalasan. Raulullah menekankan bahawa setiap sesuatu akan dinilai dan diberi ganjaran setimpal di Hari Akhirat, syurga atau neraka, redha Allah atau kemurkaan-Nya. Dengan asas iman yang mantap yang ditanam melalui surah-surah ’mufassol’ (surah Qaaf hingga surah An-Nas), akhirnya membentuk satu masyarakat yang sedia untuk mentaati apa jua perintah Allah sama ada yang berbentuk suruhan mahupun larangan. Dengan itu, mereka mampu meninggalkan amalan meminum arak yang begitu disukai dan telah berakar umbi dalam masyarakat Arab sejak ratusan tahun. Dengan itu juga mereka sanggup mentaati apa jua perintah Allah, meskipun perintah itu bertentangan dengan kehendak hawa nafsu mereka, kepentingan diri mereka dan kaum kerabat mereka. Mesej-mesej keimanan dan kasih sayang Allah ini perlu disampaikan sehingga menjadi amalan dan pedoman masyarakat sebelum sampainya mesej-mesej larangan dan azab daripada Allah. Rasullulah juga memberi pedoman dalam isu ini. Sabda Baginda: ”Yassiru wa la tuassiru, Bassyiruu wa la tunaaziru" (permudahkanlah, jangan susah-susahkan, dan sampaikanlah berita gembira sebelum memberi amaran) Sesungguhnya perubahan dalam masyarakat cuma akan dapat dicapai sekiranya orang-orang soleh dalam masyarakat berjaya membentuk dan mengubah pandangan umum masyarakat, sebagaimana ahli Badar berperanan dalam membentuk generasi sahabat, sebagaimana orang muhajirin yang telah dibentuk oleh Rasulullah selama tiga belas tahun di Mekah, seterusnya berperanan membentuk pandangan umum seluruh penduduk Madinah selepas peritiwa Hijrah. Orang-orang soleh inilah yang kita cuba bentuk dalam masyarakat kita supaya kelak, mereka akan mampu mengubah seluruh masyarakat Islam ke arah pemahaman Islam yang salim dan syumul. Inilah manhaj perubahan yang kita imani.
Kaedah dalam pemberian fatwa: mendidik sebelum menghukum Gaya penulisan dan ceramah tokoh Islam semasa, Dr Yusuf Al-Qardawi perlu dicontohi dalam isu mengeluarkan sesuatu fatwa. Beliau sering mengulas sesuatu isu itu dengan panjang lebar, memberikan beberapa asas yang perlu difahami sebelum sesuatu fatwa itu disebutkan. Dalam isu fatwa senaman yoga misalnya, mungkin perlu dinyatakan terlebih dahulu tuntutan Islam dalam isu menjaga kesihatan dan kecergasan fizikal, menegaskan bahwa Islam menggalakkan umatnya mengambil segala yang baik daripada mana-mana sumber sekalipun. Hadith Rasulullah berbunyi: ”al-hikmatu dhaallatul mu’min, lamma wajadaha fahua ahaqqu an-naasu biha”. Namun demikian perlu diperhatikan amalan-amalan yang menyerupai amalan agama lain, yang berbentuk penyembahan dan pemujaan dan juga matlamat akhir sesuatu amalan itu. Daripada pemahaman itu dan berdasarkan hujah-hujah itu, lalu dikeluarkanlahlah fatwa yang sedemikian. Untuk menambah kejelasan pada pandangan umum, maka perlu disebutkan juga amalan bagaimana yang akan merosak aqidah, dan apa pengecualian tertentu jika ada.Tidaklah sesuatu fatwa itu bersifat terlalu umum seolaholah di sana tiada ruang pengecualian dan amat rigid dan sempit sekali interpretasinya. Dan tidaklah juga sesuatu fatwa itu terlalu longgar sehingga tidak membawa nilai dan kesan apaapa.
Pendirian kita (pada pandangan saya) Sememangya terdapat satu ruang vakuum yang besar dalam masyarakat Islam hari ini tentang ajaran Islam itu sendiri. Dalam suasana masyarakat Islam sendiri belum betulbetul jelas dalam kebanyakan isu umat Islam, baik dalam isu aqidah, akhlak, muamalah dan segala aspek ajaran Islam yang syumul ini, usaha-usaha mengislah masyarakat dan memandu masyarakat sebenarnya amat-amat diperlukan. Ajaran Islam ini tidak akan tertegak dengan fatwa dan hukum semata-mata tanpa ada pemahaman yang jelas tentang agama itu sendiri. Usaha ini perlulah dilakukan di peringkat akar umbi masyarakat, dalam setiap individu ahli masyarakat. Inilah jihad kita hari ini. Jihad dengan hujah, memandu manusia kembali mengenal Allah Yang Esa. Usaha ini perlu berterusan dan dilipat gandakan lagi. Kita akan menyokong mana-mana usaha ke arah pembaikian masyarakat. Kita tidak menyalahkan Majlis Fatwa mengenai isu-isu ini, bahkan kita berterima kasih kepada mereka, kerana dengan timbulya isu ini, maka memberi peluang kepada kita untuk memberi penjelasan yang sewajarnya dan memberi peluang kepada kita mengemukakan jalan penyelesaian alternatif. Kita berharap segala isu umat Islam hari ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada semua pihak, mengikut tingkatan prioritinya. Ada isu yang lebih patut didahulukan, dan ada yang boleh dilengahkan sedikit. Kita berdoa kepada Allah supaya memberikan kekuatan kepada kita untuk meneruskan usaha-usaha memartabatkan agama-Nya ke tempat yang sepatutnya. Kita juga berdoa supaya Allah memberikan petunjuk kepada masyarakat kita dalam menghadapi cubaan-cubaan yang datang bertimpatimpa ini.
Indikator tentang apa yang menjadi pedoman masyarakat (neraca iman atau selainnya) Daripada fenomena beberapa fatwa ini, menjelaskan kepada kita apa yang sebenarnya menjadi neraca pertimbangan masyarakat. Kita boleh melihat sejauh mana fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan ini boleh disanggah dan dipertikaikan oleh sesiapa sahaja. Sesiapapun boleh memberikan komen dengan bebas dan menyatakan pendapat masing-masing. Lebih malang lagi apabila orang-orang bukan Islam turut bebas memberikan pandangan mereka. (Pertubuhan Hindu Sanggam Malaysia menyatakan rasa terkilan mereke kerana majlis fatwa tidak merujuk kepada mereka dalam isu senaman yoga ini). Seolah-olah di sana tiada siapa yang mempunyai ’authority’ dalam agama ini. Apabila kita melihat dengan lebih teliti, sebenarnya isuisu ini bukanlah satu isu yang begitu asing. Dalam isu pengkid misalnya, sepatutnya sudah menjadi sesuatu yang sepatutnya diketahui dan difahami oleh orang Islam mengenai larangan Rasulullah tentang menyerupai jantina yang berlawanan. Isu ini bukan semata-mata isu kesopanan dan adat susila tetapi merupakan satu tuntutan agama. Kalaulah isu yang boleh dikatakan simple ini pun boleh disalah ertikan sebagai menggangu hak asasi, kebebasan individu dan sebagainya, bagaimana pula perlaksanaan Islam secara lebih menyeluruh? Adakah masyarakat Islam hari ini boleh menerima amalan Islam yang syumul? Cuba anda bayangkan sekiranya Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengharamkan umat Islam lelaki dan wanita mendedahkan aurat? Bayangkan betapa hebatnya reaksi masyarakat dalam perkara yang sudah begitu jelas hukumnya di sisi Islam.
4 pemβ β ina
"Antara perkara yang telah dibincangkan oleh Ahli Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 22 – 24 Oktober 2008 di Kota Bharu, Kelantan ialah senaman Yoga. Setelah meneliti dan mengkaji hujah-hujah serta pandanganpandangan yang berkaitan dengan Yoga maka, Ahli Muzakarah berpandangan dan berpendapat bahawa senaman Yoga yang berasal dari masyarakat Hindu sejak sebelum Masihi lagi yang menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya, penyatuan diri dengan tuhan atau tujuan-tujuan lain adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah seorang muslim. Oleh itu, Ahli Muzakarah juga bersetuju dan memutuskan apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam. Sementara pergerakan amalan fizikal tanpa unsur-unsur di atas yang dilakukan pada zahirnya tidaklah menjadi kesalahan. Namun demikian, masyarakat Islam dingatkan wajib berhati-hati dam berwaspada dari perkara-perkara yang boleh menghakis akidah seseorang muslim. Seperti yang kita sedia maklum, perkara-perkara yang boleh menghakis akidah boleh berlaku dengan sebab-sebab berikut: (1) kepercayaan atau keyakinan di hati. (2) menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah. (3) perbuatan. Memandangkan terdapat dua elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat Islam wajib memelihara akidah mereka dari terhakis Sumber: Laman Web Rasmi JAKIM.
5 pemβ β ina