Karya dan Diari
buletin
A Mixture For Depression
pemβina
Oleh: Lin (PEMBINA Selangor)
A cloud of depression Surrounds my life alone No colors or any tones Such a night with no moon A day with no movement
A candle brings the light To see during the night And to do all things right But the bright strikes my sight Makes my eyes close tight
A rose approaches The scent amuses the nose I believe it is a healthy dose However the thorns hit the toes Then my trust goes
Comes a story from a book That tells a great joke Tease, mimic and mock But it could not knock My heart which is locked
An apple makes an offer It is as fresh as ever The reddishness pleads me to confer But it is sour That made me defer
After all these I discover A mixture to heal my suffer It is made of nature And at no cost whatsoever A mixture of patience and prayer
A lolly or a candy Desired flavor for many Delicious, lovely and tasty But the sweetness is risky To my body and healthy
“O ye who believe! Seek help with patient perseverance and prayer; for Allah is with those who patiently persevere (2:153)”
SUARA GENERASI BELIA T A H U N
2
E D I S I
R E J A B
1 4 3 0
Tinta JKP
Perubahan Demi Masa Hadapan
S
egala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekelian alam, selawat dan salam untuk Rasullullah, ahli keluarga serta para sahabat dan pengikut baginda. Saudara dan saudari yang dirahmati Allah, Berubah, merubah dan perubahan adalah diantara perkataan yang sering kita ucapkan dalam kehidupan kita seharian dan perkataan-perkataan ini akan memberi pengertian yang amat besar sekiranya kita benar-benar menghayati dan melaksanakannya. Sekiranya kalimah ‘laailaha illallah’ disifatkan sebagai kalimah yang ringan di lidah dan sangat berat di ‘timbangan’, perkataan-perkataan di atas juga akan membawa maksud yang sama, sesuatu yang mudah untuk dituturkan tetapi sukar untuk dilaksanakan.
www.pembina.com.my
Saudara dan saudari, Melihat kepada keadaan manusia hari ini, terutamanya generasi muda, adalah suatu realiti yang amat menakutkan terutamanya apabila diukur dengan keperluan kepimpinan masa hadapan. Bayang-bayang kemunduran atau kemusnahan sesuatu bangsa itu semakin hari akan semakin menzahirkan kelibatnya sekiranya keadaan ini tidak dirawat dan diubat. Oleh itu, kita sebagai generasi muda muslim, haruslah sedar dan bangkit mempersiapkan diri sekaligus mengambil peranan yang lebih besar dan mencabar. Marilah kita bersama seiringan mencurahkan segala usaha dan tenaga demi perubahan dan pembinaan generasi muda yang berpaksikan keimanan dan ketaqwaan serta penguasaan ilmu dan teknologi yang mantap.
Anda berpeluang untuk menambah kenalan, berkongsi pengalaman dan mengikuti perkembangan terkini serta aktiviti-aktiviti PEMBINA di seluruh pelosok tanah air di laman web PEMBINA. LAYARI SEKARANG!!
Saudara dan saudari, Perubahan dan pembinaan sikap menjadi sangat penting dikala fenomena kerosakan akhlak semakin meruncing. Tidak dinafikan bahawa dunia hari ini dipenuhi dengan golongan cendekiawan dan cerdik pandai dan juga sumber tenaga manusia yang ramai, tetapi rosaknya akhlak generasi muda hari ini akan menjadikan putaran roda pembangunan lemah tidak bermaya dan sinaran kegemilangan bangsa akan menjadi malap dan gerhana. Tetapi, ini bukan bermakna kita tiada ruang untuk melakukan apa-apa. Dihadapan sana ada peranan berat yang harus dilakukan untuk menggerakkan sebuah perubahan besar di masa hadapan agar lahir generasi baru yang berbeza; generasi harapan yang ditanam dengan keimanan yang mendalam dilubuk hati mereka; disuntik
Sidang Redaksi Buletin Pembina 2009 Penaung: Dr Kamil Azmi Tohiran Ketua Penyunting: Norzafry Norhalim Penyelaras Bahan: Rekaletak & Grafik: Pemasaran: M Hafez M Yusuf, Lufti Abbas Bidin, Idris Mohamed
pemβ β ina
w w w . p e m b i n a . c o m . m y
4
pemβ β ina
semangat dan kemahuan yang menggunung tinggi dijiwa-jiwa mereka yang merdeka dan disuburkan dengan ilmu dan thaqafah (pengetahuan) sebagai penunjuk jalan yang terang. Seterusnya, dibimbing potensi dan kekuatan mereka agar lebih terarah dan berkembang supaya akan terbentuk jatidiri dan generasi muda yang gemilang. Saudara dan saudari, Sesungguhnya segala langkah perubahan ini seharusnya dimulakan dengan langkah pertama iaitu perubahan individu dan diikuti dengan perubahan manusia di sekelilingnya. Perubahan ini sekiranya dilaksanakan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, ia akan berjalan seiringan mengikut sunnah alam dan gelombangnya akan mengubah pantai-pantai dan tanah yang gersang satu persatu sehingga ia bertemu dengan aliran-aliran sungai yang mengalirkan air yang jernih dari gunung yang tinggi. Muka bumi ini akan menjadi subur dan menghijau ditambahi lagi dengan sinaran matahari yang terang dari langit. Sebagaimana ia telah dibuktikan di dalam sirah yang gemilang, sehingga terbitnya ungkapan dari individu yang menghayatinya: ‘Aqim daulatan islamiah fi anfusikum, saufa taqum fi ardikum’ (“Dirikanlah negara Islam di dalam diri kamu, nescaya ia akan tertegak di sekelilingmu”). InsyaAllah ‘.
DALAM EDISI INI! SEMASA 1BELIA 1MALAYSIA—2 DUNIA ISLAM: AYUH! LENYAPKAN ZIONIS DENGAN TINDAKAN KITA—3 KARYA DAN DIARI A MIXTURE FOR DEPRESSION—4
1
Dunia Islam
Semasa
1Belia, 1Malaysia
Ayuh! Lenyapkan Zionis Dengan Tindakan Kita
Oleh: Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad (Pengerusi PEMBINA Melaka)
B
ergelumang dengan pengurusan dan aktiviti persatuan belia di Malaysia menjadikan saya seorang yang prihatin terhadap perkembangan dan isu semasa yang melanda golongan ini. Terbaru, konsep 1Belia, 1Malaysia muncul dan kian meniti di bibir para penggerak persatuan belia seantero negara. Sejujurnya, saya masih kabur dan tertanya-tanya tentang konsep 1Belia, 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) demi menjayakan gagasan 1Malaysia yang diperjuangkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Namun, saya menerima konsep ini dengan hati terbuka dan penuh positif sambil berharap perlaksanaannya bakal secantik namanya serta tidak hanya menjadi retorik yang sedap disebut mulut, namun kosong makna dan agendanya. Persoalannya, siapakah yang bakal menjayakan konsep ini? Kitalah, generasi belia hari ini! Lebih dari itu, kita jugalah yang bertanggungjawab mengisi agenda perjuangan generasi belia yang bakal mencorakkan teraju kepimpinan negara pada masa hadapan. Oleh yang demikian, pemahaman yang menyeluruh tentang konsep ini dilihat sangat perlu dimiliki oleh setiap individu yang bergelar belia.
“komplikasi ini hanya akan mampu diselesaikan dengan membina kembali jati diri yang runtuh, mendefinisikan semula makna dan tujuan kehidupan, membentuk sifat positif serta mencungkil potensi diri demi maslahat agama, bangsa dan negara.” Pengalaman hidup mengajar kita, bahawa sesungguhnya manusia bersatu atas persamaan karakter, sentimen ataupun matlamat hidup. Maka tidak hairanlah, kita melihat para perokok yang berkumpul bersama-sama untuk merokok begitu akrab dan mesra berbual walaupun pertama kali bertemu. Mereka disatukan oleh karakter sebagai seorang perokok. Begitu juga dengan bersatunya parti-parti politik pembangkang untuk menumbangkan kerajaan yang memerintah di sesebuah negara. Penyatuan ini terbit atas dasar sentimen anti kerajaan dan sebagainya. Kedua-dua persamaan ini iaitu persamaan karakter dan persamaan sentimen sangat bersifat sementara dan begitu rapuh bagi membentuk kesatuan. Ia dianalogikan umpama lembu yang bersatu kerana meragut di padang rumput yang sama. Apabila habis rumput untuk diragut masing-masing membawa haluan sendiri. Sedar atau tidak, persamaan matlamat kehidupanlah sebenarnya yang menyatukan manusia. Persamaan ini bersifat jangka masa panjang dan lebih kukuh dengan
pemβ β ina
Oleh: PEMBINA Pahang (dipetik dari Dr. Azzam Tamimi, Pengarah Institut of Islamic Political Thought , London ketika menyampaikan kertas kerja di Konvesyen Berakhirnya Agenda Zionis (KBAZ) anjuran bersama PEMBINA dan Aman Palestin)
syarat matlamat yang diletakkan sebagai persamaan adalah benar dan tidak dicemari kepentingan-kepentingan peribadi. Persoalannya, apakah korelasi antara matlamat kehidupan dan konsep 1Belia yang diwar-warkan? Ya, konsep 1Belia yang saya fahami ialah belia bersatu di bawah matlamat agama masing-masing. Kita sendiri sedia maklum bahawa semua agama menyeru kepada kebaikan dan perdamaian, menggalakkan peribadi berakhlak luhur, mementingkan pembinaan institusi keluarga yang kukuh serta mendorong pembentukan masyarakat mulia dan cemerlang. Maka dengan sendirinya belia yang berpegang kukuh dengan ajaran agama masing-masing akan saling menghormati dan hidup dalam keharmonian bersama belia dari ajaran agama yang berlainan. Pendeknya, perpaduan antara pelbagai bangsa merupakan sebahagian kecil natijah daripada perpaduan generasi belia kepada agama masing-masing. Malah, jika pegangan kukuh kepada ajaran agama mampu dimanifestasikan, pelbagai hasil positif lain akan lahir dengan sendirinya termasuklah pembinaan jati diri yang mantap, yang juga merupakan kunci penawar kepada keruntuhan akhlak dan sosial generasi muda hari ini. Kita tidak mahu melahirkan golongan belia yang bersatu dan membentuk perpaduan yang mantap walaupun berlainan bangsa, kononnya demi kesentosaan dan kemajuan negara namun secara peribadi masing-masing kosong jiwa, lemah jati diri dan pincang hidupnya. Jika ini berlaku, kita hanya akan mampu membentuk kesatuan yang didasari oleh persamaan sentimen untuk pembangunan negara. Persamaan ini sangat sementara dan rapuh sifatnya. Tambahan pula, jika kita meneropong sejenak dan melihat kemelut yang melanda golongan belia terutamanya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam hari ini, kepincangan yang berlaku ialah kemelut jati diri yang parah dan bukannya perselisihan atau konflik antara belia berlainan bangsa. Kita meyakini, komplikasi ini hanya akan mampu diselesaikan dengan membina kembali jati diri yang runtuh, mendefinisikan semula makna dan tujuan kehidupan, membentuk sifat positif serta mencungkil potensi diri demi maslahat agama, bangsa dan negara. Dan hanya pegangan agama yang kukuh mampu menjana semua ini. Jika kita masih terhegeh-hegeh untuk merealisasikan perpaduan di atas persamaan sentimen semata-mata, kita akan menjadi seperti lembu-lembu yang bersatu kerana meragut di padang rumput yang sama. Apabila habis rumput untuk diragut masing-masing membawa haluan sendiri. Lebih parah, sebelum rumput habis diragut, pergaduhan dan pertumpahan darah berlaku dek kerana merebut rumput untuk diragut!
Sebelum tidur dan setelah meletakkan kepala di bantal, cubalah jawab dahulu soalan ini “Apakah yang telah aku lakukan untuk Palestin?” Setelah berkonvensyen selama sehari suntuk, marilah kita menyambung langkah-langkah perjuangan kita membebaskan Palestin dari cengkaman Zionis.. Bagi yang belum memulakan langkah, inilah masa yang sesuai untuk memulakannya. Jangan tangguh-tangguh lagi.
T
erdapat banyak peranan yang boleh dimainkan oleh kita sebagai saudara dan saudari orang Islam
“Jangan memperkecil usaha-usaha dan kerjasama orang dalam membantu mengalahkan zionis walaupun dengan hanya mengangkat kerusi meja ke dalam dewan. “
Palestin. Fahami isu Palestin Apakah kepentingan isu ini kepada kita. Mampu untuk menerangkan kepentingan isu Palestin kepada orang Islam yang lain. Realiti orang Islam sekarang, sama ada di Tanah Arab, atau negara-negara lain. Apa yang kita mahu dari penyebaran ini? Boikot Israel dan ideologi zionis Memberikan tekanan kepada pihak-pihak berkuasa supaya sama-sama menyokong perjuangan menentang zionis dan menyokong perjuangan rakyat Palestin membebaskan Palestin
Jangan memperkecil usaha-usaha dan kerjasama orang dalam membantu mengalahkan zionis walaupun dengan hanya mengangkat kerusi meja ke dalam dewan. Sejarah telah membuktikan, Islam bukan menang kerana kekuatan dan besarnya jumlah yang ada pada mereka, tetapi dengan rahmat dan kekuasaan Allah mengucar-kacir kan pihak musuh. Oleh itu berusahalah mendapatkan RAHMAT ALLAH. Jangan cuai walau sesaat. Tiada yang mutahil dengan izin dan rahmat Allah.
Berbuat sesuatu.. Bukan hanya bercakap Jika kita melihat adik, ibu bapa atau saudara mara kita luka tercedera dalam kemalangan, adakah kita hanya duduk bersama melihat dan mengatakan.. “siannya… Sakit ye?” Tukarkan isu Palestin menjadi isu tempatan Selama ini kita hanya berjaya menjadikan isu Palestin sebagai isu Luar Negara. Perasankah wahai para daei sekalian? Isu Palestin itu hanya bertaraf ‘isu luar negara’ selama ini di akhbar-akhbar dan media negara kita? Dr Azam telah mencadangkan kepada kita supaya isu Palestin ini ditukar menjadi isu tempatan. Dengan kata lain; kita tidak melupakan, walau sesaat apa yang berlaku di sana dan tidak lalai dari memberikan sebarang bentuk bantuan. Lakukan hubungan dengan semua individu dan organisasi semaksimumnya agar Isu Palestin PASTI tersebar kepada semua individu dan organisasi.
“Belia Berwawasan Penggerak Kejayaan” Selamat Hari Belia Negara 2009 kepada semua!
2
pemβ β ina
3