Buletin PEMBINA Ramadhan 1431

Page 1

Buletin PEMBINA | Persatuan Belia Islam Nasional | Edisi Ram adhan 1431H

Isu 01/2010

Perutusan Ramadhan & Sambutan Hari Kemerdekaan Sesungguhnya, nilai-nilai yang dipupuk melalui amal ibadat di bulan Ramadhan ini adalah nilai kemerdekaan yang sejati. Merdeka daripada belenggu hawa nafsu adalah kemerdekaan yang paling tinggi yang mampu dicapai seorang individu. Jiwa yang merdeka akan mampu membuat penilaian yang rasional, dipandu oleh akal dan ilmu, bukan menurut hawa nafsu, atau bukan sekadar menjadi pak turut kepada trend semasa, atau menjadi lalang yang melentur menurut ke mana sahaja arah angin membawanya. Kemerdekaan jiwa ini memberi erti yang jauh lebih bernilai. Sebagaimana kata-kata Bilal bin Rabah ketika beliau masih dibelenggu perhambaan, “Jasadku boleh diperhambakan, tapi tiada siapa yang memiliki hatiku selain Allah yang satu.” Hari ini, ketika Hari Kebangsaan di sambut saban tahun pada 31 Ogos, sempena hari perisytiharan kemerdekaan, kita menyaksikan jiwa-jiwa belia kita yang masih belum mengenal erti merdeka. Mereka menjadi mangsa eksploitasi daripada pelbagai sudut. Dari sudut ekonomi, mereka diperhambakan sebagai pengguna yang taat, apa jua yang disogok akan diterima sebagai “the in- thing”, “cool”, fesyen yang terkini dan pelbagai lagi. Dari sudut budaya dan falsafah hidup, apa sahaja yang ditonjolkan akan mendapat sanjungan, asalkan sahaja ada ikon atau idola yang kena dengan citarasa mereka. Di sana tiada neraca nilai, tiada panduan agama, adat dan kebiasaan juga di tolak ketepi dan dituduh sebagai kolot. Apa yang kita saksikan melalui berita-berita jenayah, gejala sosial, pergaulan tanpa batas, seks bebas, zina, mengandung luar nikah, buang bayi, rempit dan pelbagai lagi adalah hasil daripada jiwa yang belum merdeka dalam erti kata yang sebenarnya.

PEMBINA Pusat 39-2-2B, Jalan Medan PB2B, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Phone: 03-89265614 Fax: 03-89265614 http://pembina.com.my

Sempena sambutan hari kemerdekaan tahun ini, saya ingin menyeru semua pihak untuk menghayati nilai-nilai sebenar sebuah kemerdekaan. Merdekakah kita seandainya kita masih terbelenggu dengan cara Oleh : Zaizul Azizi Zaman Presiden PEMBINA fikir penjajah? Merdekakah diri kita seandainya harga diri kita cuma dinilai melalui jenama yang kita pakai? Merdekakah kita seandainya kita menjadi S e j a ra h K e m e n a n ga n mangsa eksploitasi ekonomi yang meninU m m a t Is lam das? Merdekakah kita seandainya anak gadis d a la m bu lan Ram a dhan kita sanggup menggadai 17R/2H harga diri demi memas- Perang Badr al-Kubra tikan mereka diterima sebagai moden dan ber- Persiapan menghadapi R/5H fikiran terbuka? perang Ahzab Merdekakah jiwa anak gadis kita yang meneri- Pembukaan Kota Mekah 10R/6H ma nilaian matawang sebagai harga kesucian dirinya? 25R/9H Kemerdekaan yang hakiki, se- Hari kehancuran berhalaberhala di Mekah bagaimana yang dibawa oleh Islam, yang menerangi zaman jahiliyyah yang dibelenggu kege- Perang al-Qadisiyyah 9R/16H lapan, ialah meletak manusia pada darjat yang sebenarnya, jauh lebih tinggi daripada nafsu Permulaan Era Keemasan 9R/92H kebinatangan, dan mencapai darjat kemuliaan Andalusia selama 700 tahun di sisi Allah, sebagai khalifah-Nya di muka bumi. Sekali lagi saya ungkapkan kata-kata Rub’i bin Amir di hadapan panglima tentera Perang Zallaqah di Portugal 10R/459H parsi, yang menjadi mercu tanda kemerdekaan yang sejati; “sesungguhnya kami datang untuk Perang Salib, pimpinan 9R/559H membebaskan manusia daripada perhambaan Sultan Nuruddin al-Zanki sesame manusia kepada perhambaan hanya 22R/648H kepada Allah yang esa, membebaskan manusia Perang Hittin di bawah daripada kesempitan dunia kepada keluasan pimpinan Solahuddin Aldunia dan akhirat, membebaskan manusia da- Ayyubi ripada kezaliman pelbagai anutan, kepada Perang Ain Jalut 24R/658H keadilan Islam.” Inilah kemerdekaan yang Perang Serbia 26R/927H hakiki.Selamat beribadah di bulan Ramadhan, semoga Syawal yang menjelang bakal disam- Perang Yakhliz 15R/1294H but dalam suasana kemerdekaan yang penuh Perang Arab-Israel (Yom 10R/1393H keberkatan.Kippur)


Sana-sini PEMBINA! PEMBINA Negeri Sembilan - 25 Ogos, Iftar PEMBINA di Masjid

PEMBINA Terengganu Program Penghayatan Peristiwa Badar Kubro, di bawah sinaran terik matahari dan sekitar kawasan berpasir. Program turut disertai aktiviti simulasi kepada mubarazah dimana 3 orang dari tentera islam yang terdiri daripada Ubaidah b Al Haris, Hamzah b Abd Mutalib dan Ali b Abu Talib beradu tenaga dengan 3 orang dari tentera kafir iaitu Utbah b Rabiiah, Syaibah b Rabiiah dan Al Walid b Utbah.

VISI Menjadi Peneraju Aktivisme Belia Islam Melalui Pemuliharaan Dan Pembangunan Belia Islam

PEMBINA Perlis - Kem Pra-Ramadhan IPT.

PEMBINA KL Edaran Kit Ramadhan di Kampus UIAM. Kit mengandungi tazkirah Ramadhan, jadual berbuka puasa, borang muhasabah Ramadhan & pamphlet


(...bersambung dari halaman 4)

ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yg mempunyai pikiran". Firman Allah lagi, “Maka apakah mereka Qur'an ini menunjuk ke jalan yang lurus". “Wahai manusia, tidak memperhatikan Al-Qur'an ataukah hati mereka terkunci?" sesungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu dan telah Kami turunkan cahaya yang terang Keutamaan mempelajari dan mendalami Al-Qur'an benderang". "Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepaOrang yang paling baik adalah yang mempelajari Aldamu pelajaran dari Tuhan-Mu dan penyembuh bagi berbagai Qur'an kemudian mengajarkannya. Rasulullah SAW bersabda, macam penyakit dalam dada dan menjadi petunjuk serta rahmat "“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al-Qur'an lantas bagi orang-orang yang beriman." mengajarkannya". Untuk menghayati hikmah diturunkan Al-Qur'an, kita Allah SWT akan meninggikan atau merendahkan perlu memahaminya sehingga memahami maksud-maksud dari kedudukan atau kemuliaan suatu kaum berdasarkan hubungannya setiap surah, ayat, kalimah bahkan huruf yang dikandungnya, dengan Al-Qur'an. Sabda Rasulullah SAW, "Dengan Al-Qur'an ini dengan cara mempelajarinya. Untuk itu Allah SWT telah berfir- Allah mengangkat darjat suatu kaum dan merendahkan darjat man, "Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Qur'an untuk yang lainnya." pelajaran maka adakah orang yang mengambil pelajaran?" Orang yang pandai membaca Al-Qur'an dan selalu memIa adalah suatu jaminan mutlak dari Allah SWT yang bacanya akan bersama para malaikat. Rasulullah SAW bersabda, tidak pernah diberikan kepada kitab-kitab sebelumnya, suatu ja- “Orang yang selalu membaca Al-Qur'an dan mahir membacanya minan yang maha tinggi dan sangat berharga. Tersirat di da- akan bersama para malaikat yang mulia. Sedangkan orang yang lamnya suatu bimbingan bagi mereka yang menginginkan konsep membaca Al-Qur'an dengan terbata-bata dan merasa kesulitan hidup yang mapan demi meraih kesejahteraan di dunia dan membacanya ia akan mendapatkan dua pahala". akhirat. Rasulullah SAW selaku penerima wahyu Ilahi ini telah mengetahui dengan pasti tentang kebenaran Al-Qur'an telah meSumber : Laman web PEMBINA Sabah merintahkan umatnya untuk selalu mempelajarinya. Sabda Baginda, "Al-Qur'an ini adalah hidangan Allah SWT, maka belajarlah dari hidanganNya semampu kamu". Mempelajari Al-Qur'an bukan semata-mata belajar membaca sahaja, tetapi termasuk juga memikirkan, memahami, mendalami dan sekaligus melaksanakan ajaran-ajarannya. Firman Allah SWT, "Ini adalah sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan keberkatan, supaya mereka memperhatikan


TAZKIRAH Keutamaan Kandungan Al-Qur'an Kitab mulia yang menunjukkan manusia ke jalan yang akan menyelamatkannya sekaligus menganugerahkan keutamaankeutamaan yang tidak terhingga di dalam menelusuri jalan tersebut.

Al-Qur'an adalah wahyu Ilahi telah diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai penerang petunjuk dan pedoman serta rahmat yang kekal abadi sampai hari akhir nanti sekaligus menjadi mukjizat dan bukti kebenaran risalah Rasulullah SAW. Di mana ketika mu'jizatmu'jizat sebelumnya sirna ditelan masa musnah digilas perputaran roda zaman terkubur bersama wafatnya para Rasul pembawanya tetapi Al-Qur'an tetap tegak memancarkan nur Ilahi ke seluruh persada bumi. Perputaran dan pergantian waktu yang disertai dengan berubah dan beragamnya keadaan dan watak manusia tidak akan melunturkannya wafatnya sang panutan Rasulullah SAW pun tidak memudarkannya. Bahkan serentetan aksi pengingkaran dan penyelewengan serta pengubahan terhadap Al-Qur'an tidak membuatnya kabur sedikitpun. Itulah AlQur'an kitab mulia yang kekal keberadaan nya langgeng hukumnya iapun kenyal tetap sesuai dengan segala tempat bangsa dan sepanjang masa. Betapa sempurnanya Al-Qur'an dengan hukum-hukum dan ajaran-ajaran Ilahi yg tetap aktual dan akurat. Ia berbicara tentang berbagai sudut kehidupan tentang aqidah, ibadah, akhlak, muamalah. Pergaulan sesama manusia dan alam sekitarnya tentang politik ekonomi budaya dan lain sebagainya. Al-Qur'an satu-satunya kitab yang banyak mengandung keajaiban rabbani luar biasa baik itu keindahan susunan kata dan kalimatnya ataupun gaya bahasanya tak ada yang mampu menandinginya sekalipun bangsa arab yang ahli sastera dan retorika bahkan seandainya semua manusia dan jin berkumpul dan saling menolong nicaya tidak akan mampu membuatnya. Banyak kisah-kisah di dalamnya tentang hal-hal masa lalu yg terbukti nyata pada saat sekarang ini. Betapa agungnya Al-Qur'an dan betapa besarnya kasih sayang Allah SWT kepada kita semua maka diturunkanNya

Keutamaan membaca dan mempelajari Al-Qur'an Membaca Al-Qur'an akan mendatangkan rahmat Allah SWT. " Sesungguhnya orang-orang yg selalu membaca Kitabullah dan mendirikan solat serta menafkahkan sebagian rezki yang telah kami anugerahkan kepadanya secara diam-diam dan terangterangan mereka mengharapkan suatu perniagaan yang tiada merugi, agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri". Sebahagian ulama berpendapat bahwa membaca Al-Qur'an itu lebih utama dari pada membaca tasbih tahlil dan zikirzikir lainnya. Perumpamaan mukmin yang membaca Al-Qur'an Sabda Nabi Muhammad SAW, "Perumpamaan seorang mukmin yang membaca Al-Qur'an ialah ibarat buah utrujjah, baunya harum dan enak rasanya. Sedangkan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al-Qur'an adalah ibarat buah kurma, tidak berbau tapi manis rasanya. Adapun perumpamaan orang munafik yang membaca Al-Qur'an ialah bagaikan kasturi, baunya harum tapi pahit rasanya. Sedang perumpamaan orang munafik yangg tidak membaca Al-Qur'an adalah bagaikan buah hanzolah, tidak berbau lagi pahit rasanya". Ganjaran membaca Al-Qur'an Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa membaca satu huruf dari AlQur'an dihitung untuknya satu kebaikan dan pahala satu kebaikan adalah sepuluh kali lipat. Aku tidak mengatakan A " liif laam miim"itu satu huruf melainkan Aliif satu huruf Laam satu huruf dan Miim adalah satu huruf". Al-Qur'an menentukan tinggi atau rendahnya tempat di syurga bagi pembacanya. Sabda Nabi Muhammad SAW, "Nanti akan dikatakan kepada pembaca Al-Qur'an, "Bacalah dan naiklah ke dalam syurga, bacalah ia dengan tartil seperti kamu mentartilkan bacaannya sewaktu di dunia. Sesungguhnya tempatmu itu adalah berdasarkan ayat terakhir

yang kamu baca". Al-Qur'an akan memberi syafa'at kepada pembacanya di akhirat kelak. Rasulullah SAW bersabda, B " acalah selalu Al-Qur'an sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti untuk memberi syafa'at kepada para pembacanya". Para ibubapa seharusnya mendidik dan menggalakkan anak-anak untuk selalu membaca serta mengamalkan AlQur’an. Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa selalu membaca Al-Qur'an dan mengamalkannya, nescaya Allah akan memakaikan mahkota kepada kedua ibubapanya kelak di hari kiamat, yang mana cahaya mahkota tersebut lebih indah dari cahaya matahari yang menyinari rumah-rumah di dunia. Maka apakah pula balasan pahala yang akan dianugerahkan kepada orang yang membaca dan mengamalkan Al-Qur'an itu sendiri?". Membaca Al-Qur'an secara berterusan adalah termasuk dambaan setiap muslim. Oleh karena itu, mereka yang tidak sempat atau tidak mampu untuk melakukannya akan merasa iri kepada orang lain, dan inilah iri hati yang dibenarkan di dalam agama. Dalam sebuah hadith sahih, Rasul SAW bersabda, "Tidak diperbolehkan iri hati kecuali dua keadaan. Iaitu kepada seseorang yang dianugerahi Allah Al-Qur'an yang selalu ia amalkan siang dan malam dan kepada seseorang yang diberi Allah harta kekayaan kemudian dia selalu menafkahkannya siang dan malam". Membaca Al-Qur'an akan mendatangkan ketenteraman ketenangan kedamaian dan rahmat Allah akan selalu menyertainya, Rasulullah SAW telah bersabda, "Jika ada sekelompok orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari Kitabullah, akan turun kepada mereka ketenteraman, kedamaian dan mereka akan diliputi oleh rahmat, dikelilingi oleh para malaikat. Dan Allah akan menyebutnyebut mereka di kalangan penduduk langit". Perlunya mempelajari dan mendalami Al-Qur'an Al-Qur'an adalah kitabullah yg suci, wahyu Ilahi yang telah diturunkan Allah kepada Nabi pilihan Muhammad SAW sebagai rahmat dan petunjuk bagi manusia yang mengandung cahaya rabbani guna menerangi jalan hidup mereka. Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya Al(...bersambung ke halaman 3)


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.