PERSPEKTIF | Volume 7, 2023

Page 1

MAC 2023 VOLUME 7

SidangEditorialSidangEditorial Kandungan Kandungan

Zukiferee bin Ibrahim

Penasihat

Zahirah binti A Razak Ketua Editor

3 Kalam Pendaftar

Shahrul Jama bin Othman

Editor

Norlaile binti Hamid

Editor

Norhafizah binti Mohd Suib

Editor

Aisamuddin bin A Jalil

Editor

Tengku Nuriah binti Tengku

Abdul Rahman

Editor

Khasmiliah binti Mohd Azmi

Urusetia

7

8

11

4 19 16

22 24

25 26

Gerak Gempur Pengisian myPORTFOLIO HRMIS UMT

UMT Berjaya Meraih Tempat ke-2 Dalam Kolokium AKEPT 2022 “Talent Development and Management”

Karnival Inovasi@UMT 2022

Motivasi dan Kompetensi dalam

Pengurusan Sumber Manusia

Mendepani Cabaran Keselamatan Luar

Kampus

Kolesterol dan Berat Badan Antara Masalah Kesihatan Warga UMT

Lawatan Penanda Aras Spesifikasi

Terkini Ambulans di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia

Siri Minda Sihat 11/2022 - Sikit Lagi

Siri Minda Sihat 12/2022 - S K T: Saya Kekal Tenang

Pesara (Jan 2023 hingga Feb 2023)

Hak Cipta Terpelihara © 2023 Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia

2

Kalam Pendaftar

Terlebih dahulu saya zahirkan rasa kesyukuran atas kepercayaan yang diberikan oleh Pengurusan Tertinggi UMT untuk saya terus meneraju tampuk kepimpinan Pendaftar pada tahun 2023. Tidak lupa juga sokongan dan dukungan yang telah ditunjukkan oleh barisan kepimpinan kanan dan seluruh warga UMT. Sewajarnya, lanjutan kepercayaan ini diterima dengan penuh rasa keinsafan agar amanah yang diberi dapat dilaksanakan dengan cemerlang. Doa dan sokongan berterusan dari rakan dan taulan adalah azimat paling berharga

Peredaran masa dan perubahan zaman menuntut persediaan dan kekuatan luar biasa untuk kita mengharungi cabaran masa depan. Perubahan bukan lagi menjadi suatu pilihan, bahkan suatu kepastian yang perlu dihadapi. Hanya mereka yang tekal melakukan perubahan akan kekal relevan. Mereka yang pasrah akan rebah dan jatuh ditinggalkan.

Mendepani tahun 2023, Pejabat Pendaftar akan melancarkan Pelan Strategik Pengurusan Bakat UMT 2023-2027. Pelan ini bertemakan ‘Menerajui Kegemilangan Sumber Daya Insan’ dengan tujuh teras utama. Model 4Q (Quality) yang mencakupi kekuatan fizikal dan intelektual (quwwah), kemantapan kerohanian (qalb), keluhuran nilai (qiemah) dan kewibawaan kepimpinan (qudwah) akan menjadi tunggak dalam pembangunan sumber daya insan di UMT. Semoga pelan ini akan dapat diterjemahkan dalam bentuk pelan tindakan untuk manfaat semua warga UMT. Perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata!

Mengakhiri coretan kali ini, saya ingin melahirkan rasa terhutang budi atas komitmen yang ditunjukkan oleh semua warga UMT dalam membantu Pejabat Pendaftar mengemaskini HRMIS Modul MyPortfolio dan Job Description Kejayaan UMT menduduki tangga teratas dalam kalangan semua universiti awam dan hospital universiti dengan pencapaian 99% bagi kedua-dua modul adalah berkat kerjasama dan komitmen tidak berbelah bahagi dari semua Pentadbir PTJ dan kerja keras semua warga UMT. Igauan dan mimpi Myportfolio akhirnya menjadi realiti. Tahniah dan terima kasih buat semua!

Kita panjatkan doa kepada Allah SWT agar warga UMT diberi kekuatan dan kesatuan untuk mendepani tahun 2023 untuk memahat kecemerlangan berterusan buat UMT.

ZUKIFEREE BIN IBRAHIM

Pendaftar

Universiti Malaysia Terengganu

3

GERAK GEMPUR PENGISIAN MYPORTFOLIO GERAK GEMPUR PENGISIAN MYPORTFOLIO HRMIS UMT HRMIS UMT

Umum mengetahui bahawa myPortfolio kini menjadi rujukan dan panduan dalam melaksanakan tugas khususnya di sektor awam sebagai pengganti kepada Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja. Pemakaian myPortfolio diwartakan melalui Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 4 tahun 2018 yang dikeluarkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Bermula Mac 2021, UMT memulakan inisiatif memperkenalkan myPortfolio kepada seluruh warga melalui beberapa siri taklimat dan bengkel penyediaannya Bermula dengan empat siri bengkel awal yang dikendalikan oleh pakar daripada Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), UMT melalui beberapa orang penyelaras meneruskan kursus dan taklimat secara dalaman kepada semua pusat tanggungjawab dengan menyasarkan semua staf menyelesaikan penyediaan myPortfolio masing-masing selewat-lewatnya pada 31 Disember 2022.

Pada September 2022, Kementerian Pendidikan Tinggi telah mengeluarkan arahan supaya semua staf bertaraf tetap di Universiti Awam (UA), Hospital Pengajar (HP) serta agensi di bawah KPT diwajibkan mengisi myPortfolio masing-masing melalui Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) dan perlu diselesaikan sebelum akhir Februari 2023. Arahan ini memerlukan Pejabat Pendaftar selaku Penyelaras myPortfolio dan Pentadbir sistem HRMIS melipat ganda usaha menyusun strategi seterusnya bertindak sebagai pemudah cara agar semua dapat segera menyelesaikan myPortfolio sebagaimana keperluan PKPA Bil 4 Tahun 2018 seterusnya memastikan staf tetap mengisi myPortfolio masing-masing melalui sistem HRMIS.

Gerak kerja ini dimulakan di peringkat Pentadbir HRMIS UMT dengan menganalisis dan menyusun penempatan staf mengikut keperluan pengisian myPortfolio. Seterusnya, bermula Disember 2022, pasukan Pejabat Pendaftar yang terdiri daripada Pentadbir HRMIS UMT, Penyelaras myPortfolio dan Deskripsi Tugas (JD) serta dibantu oleh Pentadbir PTj yang dilantik berpadu tenaga mengadakan klinik dan bengkel pengisian myPortfolio melalui HRMIS secara hands-on kepada semua PTj. Melalui sesi ini, staf setiap PTj diberi taklimat, dipandu dan

4
Oleh: Shahrul Jama bin Othman & Noor Hazila binti Hashim

Bagi memastikan pengisian myPortfolio-HRMIS ini mencapai sasaran, pihak KPT mengadakan sesi melibatkan Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) KPT, wakil Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan para Pentadbir HRMIS di UA, HP dan agensi lain secara berkala di samping laporan status pengisian secara mingguan yang perlu disediakan Selain itu, isu dan cadangan intervensi berkaitan masalah teknikal Sistem HRMIS turut dikemukakan kepada pihak JPA.

Komitmen, kesungguhan dan kerjasama erat warga UMT akhirnya berbaloi apabila sehingga 26 Februari 2023, UMT telah mencapai kadar 99.8% bagi pengisian MyPortfolio dan 99.9% bagi pengisian JD melalui HRMIS. Lebih membanggakan, peratusan ini juga menempatkan UMT pada tangga paling atas dalam kalangan UA dan Hospital Pengajar

Semoga inisiatif penyediaan myPortfolio ini menjadi panduan warga UMT dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih sistematik di samping memberi impak positif kepada UMT dari segi pewujudan waran-waran perjawatan baharu.

5
6

UMT BERJAYA MERAIH TEMPAT KE-2 DALAM UMT BERJAYA MERAIH TEMPAT KE-2 DALAM

KOLOKIUM AKEPT 2022 “TALENT DEVELOPMENT AND KOLOKIUM AKEPT 2022 “TALENT DEVELOPMENT AND MANAGEMENT” MANAGEMENT”

Oleh: Norhafizah binti Mohd Suib

Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) melalui Pusat Pemprofilan Kepimpinan julung kalinya telah menganjurkan Program Kolokium AKEPT 2022 “Talent Development and Management” pada 15 hingga 17 November 2022 di Hotel Eastin, Kuala Lumpur dengan bertemakan “Ad Meliora” yang bermaksud “Towards Better Things”. Kolokium ini merupakan platform AKEPT bersama kelompok bakat kepimpinan pentadbir universiti awam dan swasta, pakar bidang sumber manusia serta pengamal bidang sumber manusia untuk perkongsian ilmu pengetahuan, kemahiran pengetahuan dan amalan baik yang boleh dimanfaatkan antara satu sama lain

Usaha ini adalah selari dengan inisiatif dan tanggungjawab AKEPT selaku peneraju utama dalam agenda pemerkasaan kelompok kepimpinan bagi memastikan peranan universiti awam negara diperkasakan terutamanya dalam bidang pengurusan dan pembangunan bakat kepimpinan pendidikan tinggi sebagaimana yang dihasratkan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015 - 2025 (Pendidikan Tinggi). Objektif penganjuran kolokium ini adalah untuk menyediakan platform kepada Universiti Awam untuk mendapatkan pendedahan dalam menangani cabaran terkini di samping meneroka perspektif baharu tentang pengurusan bakat

Seramai 17 pembentang dari 17 universiti awam telah bersama-sama berkongsi idea dan pandangan berkaitan amalan baik pengurusan sumber manusia, kompetensi dan kepimpinan. UMT melalui Pusat Pembangunan Bakat dan Inovasi (PPBI) juga tidak melepaskan peluang menyertai kolokium ini dengan perkongsian bertajuk Proses Penilaian Bakat Kepimpinan UMT Berasaskan Kompetensi. Hasil pembentangan yang mantap oleh Dr. Shahreza Md Sheriff selaku Pengarah PPBI, UMT telah memenangi tempat kedua dalam kolokium tersebut.

Semoga perkongsian oleh Universiti Awam yang terlibat dapat memberikan manfaat dan memberi sudut pandang yang baru di dalam pengurusan sumber manusia ke arah yang lebih baik serta dapat mengoptimumkan penyampaian perkhidmatan dan proses kerja melibatkan pengurusan bakat kepimpinan institusi pendidikan tinggi negara Sekalung tahniah pada pihak AKEPT dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang menjadi rakan kolaborasi strategik AKEPT yang telah merealisasikan dan menjayakan program kolokium ini.

7

KARNIVAL INOVASI@UMT 2022 KARNIVAL INOVASI@UMT 2022

Pembudayaan inovasi dan kreativiti secara terancang dan konsisten mampu membawa kebaikan terhadap produktiviti dan mutu perkhidmatan yang disediakan oleh sesuatu organisasi. Penghasilan inovasi secara berterusan dan berimpak tinggi akan dapat meningkatkan kecekapan sesuatu proses atau penyampaian perkhidmatan, sekali gus memastikan keberlangsungan dan kemampanan dalam mengharungi cabaran ke arah menjadi sebuah organisasi yang berprestasi tinggi Sehubungan itu, Pusat Pembangunan Bakat dan Inovasi (PPBI) dengan kerjasama Pusat Ekosistem Digital (PED), Pusat Inovasi dan Pengkormersialan (ICC) serta Pusat Pembangunan Holistik dan Kaunseling Pelajar (PPHKP) telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan Karnival Inovasi@UMT 2022 bagi membudayakan inovasi dan kreativiti dalam kalangan warga UMT. Karnival Inovasi@UMT 2022 ini telah diadakan pada 5 hingga 8 Disember 2022 secara dalam talian dengan tema "Cakna Inovasi Pemangkin Generasi Lestari".

Karnival ini merupakan salah satu platform bagi pensyarah dan pentadbir meneroka dan berkongsi idea atau inovasi masing-masing selain dapat meningkatkan dan mengembangkan ilmu pengetahuan. Pelaksanaan karnival ini juga adalah sejajar dengan Pelan Strategik UMT (PSUMT) 2018-2022 dengan Teras Pertama iaitu Pemerkasaan Bakat. Selain itu, program ini juga sejajar dengan lonjakan kedua yang berfokuskan kepada kecemerlangan bakat dan juga lonjakan keenam iaitu tadbir urus perkasa dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025 (Pendidikan Tinggi).

8

Aktiviti utama yang dilaksanakan di dalam karnival ini ialah pertandingan amalan inovasi serta sesi ucaptama perkongsian amalan inovasi yang disampaikan oleh keynote speaker yang dijemput khas oleh penganjur seperti berikut:

Puan Suhana binti Zainudin

Edufluencer KPM dan Cikgu Juara Digital KPM Tahun 2022

YM Raja Shah Erman bin Raja Ariffin

Timbalan Pendaftar Bahagian Sumber Manusia UNIMAP merangkap Presiden MASTI

Profesor Madya Dr. Saiful Nizam bin Tajuddin

Pengasas/Pengarah Teknikal Synbion Sdn. Bhd.

Pada kali ini juga, sesi perkongsian berkaitan teknologi telah disampaikan oleh Ts. Steven Cheng daripada Lenovo Teknologi Sdn Bhd

Pada tahun 2022, terdapat empat kategori telah dipertandingkan iaitu Amalan Inovasi

Pengajaran dan Pembelajaran (AIPP), Amalan Inovasi Pengurusan (AIPN), Amalan Inovasi

Penyelidikan (AIPY) dan Amalan Inovasi Pelajar (AIPJ) Pertandingan amalan inovasi ini telah disertai oleh peserta dari dalam dan luar UMT. Berikut adalah jumlah penyertaan yang diterima mengikut kategori masing-masing:

Setiap peserta pertandingan amalan inovasi perlu membentangkan hasil inovasi yang dihasilkan kepada panel penilai yang dilantik dalam tempoh 15 minit dan sesi soal jawab oleh panel dalam tempoh 5 minit. Kriteria yang dinilai oleh panel penilai adalah meliputi amalan inovasi dan kebolehgunaan, impak serta persembahan peserta Berikut adalah jumlah pingat yang dimenangi mengikut kategori:

9
Bil 1 2.
Kategori Jumlah Penyertaan Amalan Inovasi Pengajaran
Pembelajaran (AIPP) Amalan Inovasi Pengurusan (AIPN) Amalan Inovasi Penyelidikan (AIPY) 4 Amalan Inovasi Pelajar (AIPJ) 71 52 31 31 JUMLAH 185 Bil 1
Kategori
Amalan Inovasi Pengajaran & Pembelajaran (AIPP) Amalan Inovasi Pengurusan (AIPN) Amalan Inovasi Penyelidikan (AIPY) 4 Amalan Inovasi Pelajar (AIPJ) 29 22 16 17 JUMLAH 84 Perak 30 25 9 8 72 Gangsa 12 5 4 3 24
3
&
2. 3
Emas

PPBI berharap penganjuran program karnival inovasi yang membawa kepada pembudayaan kreativiti dan inovasi ini terus mendapat sokongan dan dokongan dari setiap warga UMT Semoga usaha dan sokongan semua pihak membudayakan kreativiti dan inovasi di UMT terus subur dan mekar yang seterusnya memberi impak yang positif bagi memacu UMT ke arah organisasi yang berprestasi tinggi.

10

MOTIVASI DAN KOMPETENSI DALAM MOTIVASI DAN KOMPETENSI DALAM

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Oleh: Zul-Atfi bin Hashim

Pengenalan

Komponen terpenting dalam Pembangunan Sumber Manusia (HRD) dalam sesebuah organisasi ialah komponen motivasi (Harold F. O'Neil, 1994). Kebanyakan organisasi sering menerima aduan bahawa terdapat pekerja tertentu mengalami penurunan motivasi kerja/diri, yang menyebabkan prestasi/hasil kerja terjejas. Hal ini, menyebabkan sesebuah organisasi komited dengan memperuntukkan masa dan sejumlah sumber kewangan bagi merangka dan merancang sesi latihan (training session) dan aktiviti serta program yang dijangka dapat meningkatkan prestasi kerja kakitangan mereka

Teori Motivasi

Definisi

Motivasi didefinisikan sebagai ‘sesuatu yang membuat atau mendorong seseorang berusaha atau melakukan sesuatu dgn penuh minat’ (Pustaka, 2010).

Kekurangan motivasi boleh mengakibatkan prestasi yang lemah dan kemerosotan dalam daya saing, yang akan menyumbang kepada kehilangan sumber produktifnya. Oleh yang demikian, Pengurus Sumber Manusia harus memastikan dan sentiasa memberi penekanan terhadap pekerja yang bermotivasi tinggi agar sesuatu objektif organisasi dapat dicapai dengan cemerlang.

Teori Keperluan dan Hierarki Maslow, (Maslow's hierarchy of needs/ motivational theory), Teori X dan Teori Y Douglas McGregor dan Teori Kebersihan Frederick Herzberg (Herzberg's motivation-hygiene theory) menjadi asas terhadap perbincangan motivasi seseorang atau di tempat kerja (Harold F O'Neil, 1994)

Berdasarkan Teori Kebersihan Herzberg menyatakan bahawa untuk pekerja bermotivasi, keadaan tertentu perlu wujud dan ketiadaan syarat ini atau faktor kebersihan melemahkan semangat dan motivasi pekerja

Perkara yang dikemukakan dalam teori ini ialah kehadiran faktor kebersihan adalah prasyarat untuk prestasi dan bukan penentu prestasi. Sebaliknya, ketiadaan faktor ini sebenarnya melemahkan semangat pekerja Oleh itu, kesimpulannya ialah organisasi harus mempunyai syarat-syarat asas yang dipenuhi oleh pekerja supaya tiada halangan terhadap kemajuan prestasi (Harold F. O'Neil, 1994).

Selain itu, Teori hierarki keperluan Maslow pula, menyatakan bahawa individu dimotivasikan mengikut hierarki keperluan yang bermula dari kepuasan keperluan asas dan kemudian meningkat kepada keperluan untuk pengiktirafan dan akhirnya, keperluan untuk merealisasikan visi seseorang dan mencapai tahap personaliti dan pencapaian tertinggi (Harold F O'Neil, 1994) Perkara yang dikemukakan dalam teori ini ialah prestasi individu maju dari satu peringkat ke peringkat yang lain bergantung pada seberapa baik keperluan pada setiap peringkat dipenuhi.

Oleh itu, organisasi perlu memastikan bahawa keperluan pekerja harus dijaga dan dipelihara pada setiap peringkat supaya apabila pekerja mencapai puncak tangga, mereka berada dalam kedudukan yang sangat bersedia untuk merealisasikannya. Akhirnya, teori motivasi McGregor merujuk kepada pendekatan lobak merah (Carrot) dan kayu (Stick) yang sangat popular dikebanyakan organisasi.

11

Teori ini menegaskan bahawa pekerja boleh didorong oleh strategi serampang dua mata iaitu memberi ganjaran dan pengiktirafan kepada mereka untuk pencapaian kerja yang baik dan menghukum mereka untuk hasil kerja yang tidak cemerlang. Tindak balas dari perkara ini menyebabkan pekerja mempunyai insentif dan usaha yang kuat untuk melakukan yang baik berbanding dengan menghasilkan pencapaian yang kurang memuaskan

Implikasi dan Tindakbalas

Justeru, motivasi pekerja adalah sangat utama dan faktor terpenting untuk memastikan organisasi dapat mencapai Key Performance Indicator (KPI) atau objektif yang disasarkan. Hanya pekerja yang mempunyai motivasi yang mencukupi dan tinggi, mereka boleh menyumbang dan menghasilkan yang terbaik. Kebiasaannya, organisasi akan memberi tumpuan serta keutamaan kepada faktor kebajikan, kenaikan pangkat/gaji sebagai strategi untuk memotivasikan pekerja.

Walau bagaimanapun, terdapat juga pekerja didorong oleh faktor selain daripada faktor motivasi kewangan atau kenaikan pangkat/gaji Oleh itu, fungsi bahagian pembangunan sumber manusia (HRD) di sesebuah organisasi wajar menerima fakta ini dengan merangka strategi yang sewajarnya. Ini bermakna keperluan untuk kepuasan dan kepuasan kerja perlu jaga untuk memastikan pekerja secara berterusan mencapai potensi mereka bagi menyumbang terhadap objektif sesebuah organisasi.

Kompetensi

Kompotensi (Kecekapan) ditakrifkan sebagai satu set kemahiran (skill), pengetahuan (knowledge), sifat (attitude) dan tingkah laku (behavior) yang membolehkan seseorang individu melaksanakan sesuatu peranan atau fungsinya (Wong, 2020).

Organisasi mendefinisikan kompetensi (kecekapan) sebagai tingkahlaku (behavior) yang boleh diukur (on the job behavior) yang wujud di tempat kerja Justeru, terdapat sifat atau tingkahlaku utama dan kemahiran yang harus dimiliki oleh pekerja bagi mencapai objektif dan matlamat organisasi (Wong, 2020).

Sesebuah organisasi harus menetap dan membina senarai/komponen kompetensi (kecekapan) yang berkaitan selaras dengan keperluan fungsi jawatan/pekerjaan, selain untuk mengekalkan dan pembangunan pekerja. Walau bagaimanapun ianya sangat bergantung kepada Deskripsi Tugas (Job Description), skim/gred jawatan, agensi, jabatan, industri dan

12

Deskripsi Tugas (Job Description) dan Kompetensi Kerja (Job Competencies)

Deskripsi Tugas (JD) merupakan pernyataan yang luas, umum dan bertulis yang mentakrifkan sifat, skop dan tanggungjawab juga peranan atau fungsi sesuatu jawatan/pekerjaan. JD secara umumnya adalah analisis kerja (job analysis). Ia menyenaraikan tugas, peranan dan tanggungjawab yang akan dilaksanakan. Berdasarkan Pekeliling

Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 4 Tahun 2018, Panduan Kerja Sektor Awam, Deskripsi Tugas ini memperjelaskan tujuan pewujudan sesuatu perjawatan dengan mengambil kira komponen akauntabiliti, dimensi dan kompetensi yang diperlukan bagi sesuatu jawatan dalam organisasi Hal ini selaras dengan objektif sesuatu jawatan yang secara prinsipnya diwujudkan berdasarkan kadar upah untuk kerja (rate for the job) Akauntabiliti yang jelas dan spesifik dapat membantu penyandang menjalankan tugas dengan lebih efektif, setara dengan gred jawatan yang diperuntukkan. Deskripsi Tugas juga dapat membantu untuk menterjemahkan hasil daripada tugas tertentu dengan lebih jelas bertepatan dengan objektif penubuhan sesebuah organisasi.

Job Competency (Kecekapan kerja) pula adalah sebahagian daripada Diskripsi Tugas (Job Description). Ianya merujuk kepada peranan dan jawatan dan beberapa kriteria utama, kemahiran dan aspek tingkah laku (behavior). Gabungan ini dikenali sebagai kecekapan kerja (Job Competency) Ringkasnya, kita boleh mentakrifkan kecekapan kerja (Job Competency) sebagai elemen penting yang merangkumi pengetahuan (knowledge), kemahiran (skill), atau sikap (attitude) yang diperlukan untuk seseorang itu mampu menghasilkan dan melaksanakan peranan/ fungsi sesuatu tugas/kerja.

Jenis Kompetensi (Competency)

Setiap individu mempunyai kemahiran, sifat, tingkah laku dan sifat yang berbeza yang menjadikan mereka sesuai untuk peranan sesuatu jawatan/pekerjaan Kompetensi membolehkan kakitangan sesebuah organisasi memahami tingkah laku dan tahap prestasi yang diharapkan untuk mencapai matlamat dan objektif organisasi.

Memandangkan penggunaan istilah Kompetensi (competency) sangat luas, bagi tujuan pembangunan organisasi pekerja ia dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu: Tingkah Laku (Behavioral), Fungsian (Funtional) dan Kepimpinan (Leadership).

Behavioral Competencies (Kompetensi Tingkal laku)

Kompetensi tingkah laku adalah berkaitan dengan kemahiran insaniah yang diharapkan dan sifat tingkah laku seseorang pekerja Kecekapan tersebut diperlukan tanpa mengira peranan/fungsi jawatan/pekerjaan, jenis atau kedudukan seseorang pekerja dalam organisasi Ini adalah kemahiran asas manusia yang membantu seseorang bertahan dalam persekitaran organisasi yang kompetitif dan kolaboratif.

Ianya juga dikenali sebagai Kompetensi Teras atau Kompetensi Umum, ini penting untuk prestasi pekerja dalam organisasi. Kreativiti, belas kasihan, keaslian, kesedaran diri, motivasi diri, cita-cita, aspirasi kerjaya, dan pengurusan masa adalah beberapa kecekapan asas yang membentuk tulang belakang personaliti individu pekerja

Contoh Kompetensi Teras atau Tingkah Laku:

Kerja Berpasukan, Penyelesaian Masalah, Perkhidmatan Pelanggan, Komunikasi, Orientasi Hasil, Membuat Keputusan, Motivasi Diri, Integriti.

13

Functional Competencies (Kecekapan Fungsional)

Tidak seperti kecekapan teras tingkah laku, kecekapan berfungsi adalah khusus untuk industri, jabatan atau jenis pekerjaan. Disebabkan oleh permintaan pasaran pekerjaan yang sentiasa berubah, kefungsian sentiasa menghadapi pelbagai cabaran untuk terus lestari dan berkembang. Setiap kefungsian memerlukan beberapa kecekapan khusus yang akan mencapai objektif sesebuah organisasi.

Kecekapan fungsian atau teknikal adalah penting untuk kejayaan mana-mana bidang kefungsian kerana ia fokus dan menumpukan pada pengetahuan subjek, pengetahuan teknikal dan faktor berkaitan lain yang diperlukan untuk kelancaran perniagaan. Pekerjanya dijangka mempunyai set kemahiran (skill set) yang relevan yang berkaitan dengan jenis pekerjaan, huraian kerja dan kedudukan mereka dalam hierarki organisasi.

Contoh Kecekapan Fungsian atau Teknikal:

Jualan, Pemasaran, Perakaunan, Penyelidikan, Pengetahuan Komputer, Latihan & Pembangunan, Perancangan Perniagaan.

Leadership Competencies (Kompetensi Kepimpinan)

Kepimpinan itu sendiri adalah subjek yang luas dan kemahiran yang diperlukan terutamanya untuk menguruskan pasukan/kumpulan dan jawatan kanan dalam organisasi Terdapat pelbagai kompetensi kecekapan yang harus dimiliki oleh seorang pemimpin untuk hebat dan cekap dalam tugasnya. Terdapat banyak sifat tingkah laku atau personaliti yang diperlukan untuk melaksanakan peranan kepimpinan dalam organisasi

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kecekapan asas yang penting bagi seseorang pekerja untuk memegang jawatan utama. Ini boleh berdasarkan lima perkara penting: kemahiran konseptual, integriti, impak & pengaruh, kemahiran komunikasi dan kepintaran kefungsian. Walaupun empat yang pertama adalah ciri asas yang menjadikan pekerja seorang pemimpin yang baik, ketajaman perniagaan adalah sangat penting. Seorang pemimpin (leader) yang bijak menguruskan orang bawahannya, hebat dalam komunikasi tetapi tidak mempunyai pengetahuan tentang sesuatu subjek atau fungsi utama atau sekurang-kurangnya pengalaman industri berkaitan ianya tidak akan berjaya.

Contoh Kompetensi Kepimpinan:

Membina Hubungan, Kepimpinan yang Memberi Inspirasi, Perancangan Strategik, Orientasi Masa Depan, Membuat Keputusan yang Cepat, Akauntabiliti, Pengurusan Sumber.

14

Persepsi Salah: Kompetensi (Competency) dan Kompeten (Competence)?

Terdapat banyak kajian mengenai pembangunan dan penilaian kecekapan yang memfokuskan kepada bidang dan profesion yang berbeza di pelbagai negara Walau bagaimanapun, istilah 'kempetensi' adalah konsep 'kabur' yang boleh memberi pengertian yang kurang tepat.

Ini terutamanya berlaku apabila istilah 'kompeten' (bukannya 'kompetensi') digunakan dalam beberapa kajian, tetapi kekurangan penjelasan atau huraian yang jelas tentang rasional di sebaliknya. Akibatnya, ia memberi pengertian umum bahawa kedua-dua istilah ini boleh digunakan secara bergantian dan tiada perbezaan di antara mereka (Wong, 2020)

Kajian literatur mencadangkan bahawa 'kompetensi' dan 'kompeten' adalah dua 'pendekatan' yang berbeza untuk kajian dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia. Yang pertama ialah pendekatan tingkah laku berorientasikan individu. Pendekatan ini biasanya menggunakan istilah 'kompetensi' untuk merujuk kepada tingkah laku atau sifat peribadi yang menyokong sesuatu bidang kerja.

Kedua ialah pendekatan fungsi berorientasikan tugas Pendekatan ini, sebaliknya, menggunakan istilah 'kompeten' dengan lebih kerap untuk menggambarkan sesuatu bidang tugas kerja atau hasil kerja. Asasnya bahawa kedua-dua 'kompetensi' dan 'kompeten' saling melengkapi.

Perbandingan antara 'Kompeten' dan 'Kompetensi'

15

MENDEPANI CABARAN KESELAMATAN LUAR MENDEPANI CABARAN KESELAMATAN LUAR KAMPUS KAMPUS

Kampus Bukit Kor merupakan pemberian oleh Kerajaan Negeri Terengganu kepada UMT pada tahun 2012. Kawasan ini merupakan kawasan pertanian subur yang terletak di Marang, Terengganu iaitu kira-kira 32 kilometer dari kampus utama Universiti Malaysia

Terengganu. Dengan keluasan kira-kira 600 ekar, kampus kini mula dibangunkan dengan

terbinanya bangunan asrama, Taman Herba, Taman Penyelidikan Kelulut dan terkini bangunan Kompleks Insaniah yang bakal menempatkan aktiviti pasukan-pasukan beruniform UMT.

Selari dengan perkembangan tersebut, bermula pada 2 Januari 2022 Seksyen Kawalan

Luar, Bahagian Keselamatan telah memulakan operasi di Kampus Pertanian Bukit Kor

dengan kekuatan enam (6) anggota bagi memastikan keselamatan harta benda universiti terjaga dengan baik. Bidang tugas seksyen ini juga termasuk membuat pemantauan ke

atas kawalan keselamatan swasta yang beroperasi di Stesen Penyelidikan Alami Kenyir (SPAK), Stesen Penyelidikan Tanah Bencah Setiu (Setiu Wetland), Stesen Penyelidikan

Alami Marin Pulau Bidong dan Stesen Penyelidikan Penyu Chagar Hutang, Pulau Redang.

16
Oleh: Amara Shipul Amlan bin Hasan @ A Manan Kompleks Insaniah Bukit Kor

Seksyen Kawalan Luar, Bahagian Keselamatan dengan kerjasama rapat Fakulti Pertanian & Sains Makanan (FPSM) sentiasa menerima kunjungan dari beberapa Pusat Tanggungjawab (PTj) UMT untuk mengadakan aktiviti lestari, mendaki selain mengambil peluang mendekati alam semulajadi di Bukit Kor Pemantauan sentiasa dilakukan bagi memastikan keselamatan semua peserta terjaga terutamanya melibatkan aktiviti lasak yang berkemungkinan terdedah kepada kecederaan dan serangan binatang buas.

Taman Penyelidikan Kelulut yang merupakan antara aset penting UMT juga sentiasa terdedah kepada ancaman beruang yang memusnahkan koloni kelulut bagi mendapatkan madu Usaha sentiasa dibuat dengan kerjasama dari pihak Jabatan Perhilitan Negeri Terengganu dengan pemerhatian dan pemantauan perangkap oleh anggota Seksyen Kawalan Luar.

17

Terdapat pelbagai kekangan buat masa ini dalam memastikan operasi dan tugas yang diamanahkan dilaksanakan dengan lancar dan berkesan, antaranya adalah:

Laluan tikus melalui kebun lama yang boleh dimasuki motosikal dan pejalan kaki bagi tujuan akses ke dalam kawasan kampus.

Laluan rondaan yang tidak sempurna untuk akses ke Taman Herba dan Taman Penyelidikan Kelulut.

Kekurangan alat bantu tugas seperti senjata api, alatan mempertahan diri dan kenderaan sesuai bagi tujuan rondaan dan pemantauan aktiviti.

Tiada penempatan sesuai bagi tujuan operasi dan kawalan fizikal Seksyen Kawalan Luar, Bahagian Keselamatan.

Kekangan anggota bagi memenuhi semua tugasan yang perlu dilaksanakan bagi setiap shif tugas.

Walaupun demikian, anggota bertugas sentiasa melaksanakan penambahbaikan berterusan dan memberikan perkhidmatan terbaik buat warga Universiti Malaysia Terengganu yang hadir dan menjalankan aktiviti di sini.

18
Aktiviti mendaki Bukit Kor Perangkap beruang

KOLESTEROL DAN BERAT BADAN ANTARA KOLESTEROL DAN BERAT BADAN ANTARA

MASALAH KESIHATAN WARGA UMT MASALAH KESIHATAN WARGA UMT

Oleh: Tengku Nuriah binti Tengku Abdul Rahman

Kolesterol dan berat badan berlebihan merupakan antara dua masalah kesihatan segelintir staf Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang dikesan hasil saringan kesihatan dalam program PKU Prihatin Kesihatan Warga (2PKW).

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Dr. Arnie A. Rahim, pada tahun lalu seramai 512 orang atau 29% yang telah menjalani saringan kesihatan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 68% staf mempunyai masalah kolesterol tinggi, 59% masalah berat badan, sementara selebihnya 16% mempunyai tekanan darah tinggi dan 12% diabetis

Sehubungan itu, warga UMT dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan yang sihat seperti pengambilan sayuran hijau, buah-buahan serta air kosong dalam diet seharian dan menu asas hidangan mesyuarat di setiap jabatan.

Amalan gaya hidup yang sihat seperti bersukan dan beriadah bukan sahaja dapat membuatkan badan lebih sihat malah senaman juga dapat mengawal minda dan emosi yang lebih baik

19
Data menunjukkan peratusan warga UMT Berisiko NCD dalam Program 2PKW 2022

Kawalan minda dan emosi yang dapat memacu kesejahteraan dalam kehidupan seharian. Apabila minda dan badan kita sihat, ianya dapat memberi impak yang positif kepada individu dalam berkeluarga mahupun kerjaya.

PKU telah menganjurkan pelbagai program kesihatan seperti ceramah mengenai kesihatan seperti Nak Kurus? Begini Caranya, Raya vs Endemik dan Kanser Mulut, Cegah Sebelum Parah bagi memberi kesedaran kepentingan kesihatan kepada semua warga UMT manakala beberapa aktiviti fizikal seperti program Tabata For Beginner dan Brisk Walk Malaysia turut dilaksanakan.

Selain itu, PKU juga turut aktif mengadakan aktiviti yang bersifat mengawal dan mencegah penyakit seperti mengadakan saringan COVID-19 kepada warga pelajar untuk mengekang penularan wabak tersebut

Pemeriksaan kebersihan secara berkala di dalam kampus dan aktiviti fogging dijalankan bagi mengelakkan tempat pembiakan nyamuk aedes yang mengakibatkan penyakit denggi.

Turut diberi perhatian adalah pemeriksaan dan pemantauan berkala ke kafetaria yang beroperasi dalam kampus agar jumlah kafetaria mendapat gred A dipertingkatkan bertujuan memastikan warga UMT menikmati pemakanan yang sihat, selamat dan berkhasiat.

20
21

LAWATAN PENANDA ARAS SPESIFIKASI TERKINI LAWATAN PENANDA ARAS SPESIFIKASI

TERKINI

AMBULANS DI BAWAH KEMENTERIAN KESIHATAN AMBULANS DI BAWAH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA MALAYSIA

Oleh: Dr. Mas Aida binti Zaiton

KUALA NERUS: Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan perubatan dan kesihatan yang terbaik kepada warga universiti, terutamanya perkhidmatan rawatan kes kecemasan dan ambulans.

Perkhidmatan ambulans yang disediakan merangkumi panggilan kecemasan ke lokasi (ambulance call), rujukan pesakit ke hospital dan perkhidmatan tunggu sedia (medical standby) di lokasi bagi program-program rasmi universiti

Seiring dengan kemajuan penyampaian perkhidmatan perubatan masa kini, jumlah pesakit yang sentiasa bertambah saban tahun, maka keperluan bagi penggunaan perkhidmatan ambulans dalam kalangan warga UMT didapati turut semakin meningkat. Justeru, bagi menaik taraf mutu perkhidmatan yang disampaikan, PKU dengan kerjasama dari Pejabat Pembangunan dan Harta (PPH) berusaha bagi mendapatkan sebuah ambulans baru untuk menampung keperluan perkhidmatan ambulans sedia ada di universiti

Menjadikan Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai sumber rujukan utama, serta kerjasama dari Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), PKU telah mengadakan satu Lawatan Penanda Aras Spesifikasi Terkini Ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia di Klinik Kesihatan Manir.

Tujuan utama lawatan ini adalah sebagai penanda aras bagi melihat dan membincangkan spesifikasi terkini ambulans yang digunakan oleh KKM, sebagai persediaan bagi proses perolehan ambulans di UMT Lawatan ini diketuai oleh Pengarah PKU, Dr Arnie A Rahim, wakil PKU serta PPH. Manakala JKNT diwakili oleh Dr. Wan Nor Azleen, Ketua Pegawai Perubatan Primer dan staf perubatan JKNT serta Klinik Kesihatan Manir.

22
23

SIRI MINDA SIHAT 11/2022 - SIKIT LAGI SIRI MINDA SIHAT 11/2022 - SIKIT LAGI

Antara faktor kejayaan dalam sesebuah pasukan ialah mempunyai sumber yang mencukupi. Sumber yang ada boleh dikategorikan dalam pelbagai bentuk seperti sumber kepakaran, kelangsungan kewangan, kekuatan ahli pasukan dan sebagainya. Sumbersumber yang ada ini jika dimanfaatkan secara bersepadu sudah pasti akan membuahkan hasil yang indah untuk dinikmati bersama Proses menjulang kecemerlangan dan kejayaan juga akan lebih lancar dan pantas. Walau bagaimapun, seandainya sumber-sumber ini tidak diikat kejiwaannya, besar kemungkinan kejayaan dan kecemerlangan itu akan tertunda.

Selain itu, pastinya kita juga sering mendengar dan menyaksikan bagaimana suatu perubahan mampu memberikan hasil yang tuntas meskipun kadangkala ia agak kompleks untuk dilaksanakan Proses perubahan yang berlaku pastinya dengan zahir niat bahawa suatu keadaan akan menjadi lebih positif dan baik pada waktu hadapan

Edisi “Sikit Lagi” yang dibawakan kali ini merupakan satu usaha yang berterusan dalam memugarkan motivasi warga UMT cemerlang dengan info dan kisah yang berkaitan dengan penggunaan sumber kejayaan yang jitu dan juga kisah perubahan untuk direnungi bersama. Untuk menyaksikan kembali siaran ini, tekan Like dan tonton di laman Facebook Pejabat Pendaftar, UMT atau imbas kod QR yang tertera.

24

SIRI MINDA SIHAT 12/2022 - SIRI MINDA SIHAT 12/2022 -

S.K.T: SAYA KEKAL TENANG S.K.T: SAYA KEKAL TENANG

Tenang diertikan sebagai tidak gelisah (runsing dll), tidak kacau atau rusuh (hati, fikiran, dll), aman dan tenteram (keadaan). Setiap manusia yang waras tentu sahaja mahukan ketenangan dalam hidup mereka. Pelbagai cara dibuat dan dilakukan untuk mengecap ketenangan dalam kehidupan Antaranya ialah dengan bersedekah, membantu orang lain dan lain-lain

Perkongsian yang terakhir dalam Siri Minda Sihat bagi tahun 2022 ini membawakan suatu dimensi dalam membantu kita untuk memperoleh ketenangan diri dalam aspek kognitif, tingkah laku dan emosi.

Untuk menyaksikan kembali siaran ini, tekan Like dan tonton di laman Facebook Pejabat Pendaftar, UMT atau imbas kod QR yang tertera

25
Oleh: Wan Nor Ahmad Syaifuddin bin Wan Norazmi

PESARA PESARA

(JAN 2023 SEHINGGA FEB (JAN 2023 SEHINGGA FEB 2023) 2023)

Oleh : Siti Mariam binti Awang Hamat

Dr. Chee Chew Seng

Pensyarah Universiti (DS52)

Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik Bersara pada 01 Januari 2023

Rohana binti Sahban@ Saaban Jururawat (U36)

Pusat Kesihatan Universiti Bersara pada 08 Januari 2023

Noor Azlina binti Othman

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA32)

Pusat Ekosistem Digital

Bersara pada 01 Februari 2023

26
PEJABAT PENDAFTAR UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.