INFOKUS_Dis 2024

Page 1


Konvokesyen UMT ke-22

Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali Diisytihar ProCanselor

Buku Kanakkanak UMT Didik

Pembaca Dekati

Ilmu Sains dan Teknologi

Penternakan Tiram

Sumber

Pendapatan

Komuniti Madani

Lagun Setiu

DI PASARAN Terkini

Ocean Governance: Bridging the Gaps, Connecting the Dots

Pengarang

Wan Izatul Asma Wan Talaat

ISBN: 978-629-7625-36-2

Tahun: 2024

RM27.00

Raja Bendahara Long Jenal 18001845: Sejarah dan Perjuangan

Pengarang

Nuraidil Zakaria

ISBN: 978-629-7625-54-6

Tahun: 2024

SIDANG REDAKSI

Penasihat

Prof. Madya Dr. Che Hasniza Che Noh

Ketua Pengarang

Mohd Afifullah Ahmad

Pereka Grafik

Wan Farida Hamimi Wan Ismail

Pembaca Pruf Nor Hasyimah Mamat

Jurufoto

Media Kreatif UMT | Koleksi Pengarang

Profesor Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim

4 Konvokesyen UMT ke-22 Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali Diisytihar Pro-Canselor

6 Buku Kanak-kanak UMT Didik Pembaca Dekati Ilmu Sains dan Teknologi

8 Penternakan Tiram Sumber Pendapatan Komuniti Madani Lagun Setiu

10 Malam Alumni Universiti Awam 2024 Memperkasa Pembangunan Pendidikan Tinggi Negara

12 HICoE AKUATROP Memperkukuh Kerjasama Antarabangsa dalam Teknologi Akuakultur Pintar

14 Kita Jaga Laut UMT jayakan Projek CSR Tourism Malaysia

16 Transformasi Enap Cemar Terawat Menjadi Baja Bio-Organik yang Bernilai Tinggi

18 Bahasa Melayu Gah di Pentas Sayembara Puisi Tari Antarabangsa 2024

20 PPAL Didik Kanak-kanak Bahaya Mercun

21 Teater Imersif Merdeka Gamit Nostalgia Pemasyhuran Kemerdekaan

23 Cenderamata Simbol Penghargaan Kepada Alumni Sempena Majlis Konvokesyen UMT

24 AWIST 2024 Pacu Perkongsian Inovasi ke Arah Teknologi Lestari

26 Kompetensi Sepanjang Hayat Program Pentauliahan Rekreasi Luar 1

28 Program Pentauliahan Profesional Kejuruteraan Marin PoliKK-UMT Lakar Pembelajaran Sepanjang Hayat Holistik

30 Program Kolokium Siswazah Bentuk Masa Depan Melalui Penyelidikan

31 Jalinan Akademik Serantau Program Mobiliti di Universitas Negeri Malang Beri Impak Positif

33 Micro-Credential Teknologi Rawatan Air Sisa Pemangkin Kualiti Air di Malaysia

34 Maritime Operation Club (MOC) Sertai SHIPS Summer Camp 2024

36 Program Mobiliti Outbound Geosains Marin Teroka Formasi Geologi Indonesia

38 TSR Rangka Tadbir Urus Data UMT Hasil Lawatan Penanda Aras ke UiTM dan UCSI

40 Pelajar Cvasu Kembali ke FPSM Jalani Program Mobiliti

42 Solusi Kehidupan dengan Terapi Zikir Asma’ul Husna Al-Wahhab

kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama

cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus,

Hak Cipta Terpelihara © 2024. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi
ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau
Terengganu, Malaysia.

Zuki

pelantikan

daripada

TAN SRI DATO’ SERI MOHD ZUKI ALI KONVOKESYEN UMT KE-22

Diisytihar Pro-Canselor

oleh: Mohd Afifullah Ahmad Penerbit UMT

Mantan Ketua Setiausaha Negara ke-15, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali telah dilantik sebagai Pro-Canselor UMT bagi tempoh tiga tahun.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah

Nur Zahirah telah berkenan menyampaikan watikah pengisytiharan Pro-Canselor

kepada Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali Ketika sesi pertama Majlis Konvokesyen UMT Ke-22 pada 20 Oktober 2024.

Anak kelahiran Kampung Bukit Bayas, Kuala Terengganu ini memiliki pengalaman selama 32 tahun dalam perkhidmatan awam. Kewibawaan beliau sebagai Ketua Setiausaha Negara terserlah dengan memastikan operasi perkhidmatan awam berjalan lancar ketika pandemik COVID-19. Ketika zaman pentadbiran beliau juga, Keyakinan rakyat terhadap institusi

1. Tan Sri Dato’ Seri Mohd
Ali menerima watikah
Pro-Canselor
Tuanku Canselor

perkhidmatan awam berjaya dikekalkan tatkala negara berhadapan dengan kemelut politik.

Majlis Konvokesyen UMT ke-22 meraikan seramai 2,775 orang graduan dengan 2,533 merupakan graduan peringkat prasiswazah, manakala 242 ialah graduan pascasiswazah. Pecahan itu merangkumi 90 graduan PhD, 113 graduan Sarjana (Penyelidikan) dan 39 graduan Sarjana (Kerja Kursus).

Lebih istimewa, konvokesyen kali ini turut menyaksikan Dr. Rohani Abdullah@ Christine Longuet yang berusia 81 tahun berjaya menggengam ijazah Doktor Falsafah (PhD). Wanita kelahiran Perancis ini telah menghabiskan masa 10 tahun untuk menyiapkan tesis bertajuk "Tempat, Tumbuhan dan Masyarakat di Terengganu: Penilaian Berdasarkan Dua Era".

2. Graduan tertua, Dr. Rohani Abdullah@ Christine Longuet diraikan oleh ahli keluarga.

BUKU UMT KanakKanak

oleh: Rabil Sitta Abdul Rahman Penerbit UMT

Sebelum seseorang penulis mahu

menghasilkan sebuah buku

kanak-kanak, mereka perlu mengenali lebih mendalam jiwa seorang kanak-kanak yang penuh warna-warni, periang, suka meneroka perkara baharu, kuat berimaginasi dan suka dihargai. Perkara inilah yang ditekankan kepada 18 orang bakal penulis buku kanak-kanak oleh penceramah dan pembimbing, Dr. Dzairus Norsiah Azahar di Bengkel Penerbitan Buku Kanak-kanak pada 26 hingga 27 Ogos 2024 di Bilik Eduroom,Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, UMT.

Menurut Dr. Dzairus atau lebih mesra dikenali sebagi Dr. Dahlia, cabaran kepada ibu bapa sekarang dalam membesarkan anak-anak ialah pendedahan kepada dunia gadjet. Ada ibu bapa yang mengambil pendekatan mudah memberikan anakanak seawal usia bawah setahun menatap

telefon bimbit tanpa kawalan. Tindakan melekakan anak-anak dengan telefon bimbit keterlaluan untuk membuatkan mereka “diam” bukan perkara yang sihat. Ibu bapa perlu meluangkan lebih banyak masa dengan membaca buku bersama dengan anak-anak.

Penganjuran Bengkel Penerbitan Buku Kanak-kanak ini bertujuan memberikan panduan dan pendedahan kepada peserta untuk menghasikan kandungan dan penggunaan ilustrasi dalam penerbitan buku kanak-kanak.

Bak kata pepatah; “melentur buluh, biarlah dari rebungnya,” usaha menerapkan budaya membaca dalam kalangan kanak-kanak perlu dimulakan sejak awal. Menyedari keperluan ini, Penerbit UMT mengambil usaha membuka ruang kepada penerbitan buku kanak-kanak sejak tahun 2018 dan sehingga kini, sebanyak 16 judul buku kanak-kanak telah diterbitkan oleh Penerbit UMT.

Penerbitan buku kanak-kanak pertama, “Jiji Sang Belangkas Purba”. Buku ini ialah hasil usaha Kumpulan Penyelidik Belangkas UMT yang diketuai oleh Profesor Dr. Noraznawati Ismail. Dua tahun kemudian, kumpulan penyelidik ini menghasilkan pula buku; “Jiji Sang Belangkas Purba” dan “Jojo the Ancient Horseshoe Crab” yang diterbitkan dalam dwibahasa, iaitu bahasa Inggeris dan Mandarin. Siri buku ini memaparkan info ringkas habitat seekor belangkas dalam bentuk ilustrasi ringkas dan menarik kepada golongan kanak-kanak.

Jejak Kumpulan Penyelidik Belangkas

Penerbitan buku kanak-kanak oleh

Penerbit UMT mempunyai keunikan yang tersendiri kerana kandungan buku mengandungi maklumat-maklumat saintifik berkaitan kehidupan laut, tumbuhan dan herba tempatan dan kelulut. Semua penulis terdiri dalam kalangan penyelidik dari UMT. Penerbitan buku kanak-kanak yang dipaparkan maklumat saintifik ringan ini secara tidak langsung dapat memupuk minat kanak-kanak kepada ilmu sains dan teknologi.

Penerbitan buku kanak-kanak ini juga mempunyai sasaran pasaran yang besar pada setiap kali penganjuran pesta buku baik dalam negara mahupun di luar negara. Di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 yang berlangsung di World Trade Centre, Kuala Lumpur menyaksikan buku kanak-kanak termasuk antara genre pilihan yang dicari oleh pengunjung selain buku fiksyen, komik dan buku akademik.

UMT telah diikuti pula oleh kumpulan penulis yang menghasilkan buku kanakkanak bertemakan Ocean Literacy Series. Buku-buku Loligo the Squid (2020), B-russ the Cleaning Fish, Staggy the Coral (2020), Under the sea I can sea…, dan terkini Tiara the Oyster (2024).

Jejak kumpulan penyelidik belangkas dan ilmu kelautan ini turut diikuti oleh penyelidik herba, diketuai Prof. Dr. Adibah Abdul Majid dengan penerbitan buku Lengkuas Yang Mulia dan Gajus Yang Pelik pada tahun 2023.

PENTERNAKAN TIRAM

Sumber Pendapatan Komuniti Madani Lagun Setiu

oleh: Rabi Atun Adawiah Abdullah

Norainy Mohd Husin

Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan

Tiram merupakan salah satu organisma akuatik di Setiu yang kurang dikomersialkan berbanding ikan, ketam dan lain-lain. Hal ini kerana kekayaan sumber tiram semula jadi yang mudah diperoleh menjadikan harga tiram tidak kompetitif untuk pasaran sedangkan tiram tersebut mempunyai rasa dan nilai komersial yang boleh menguntungkan penternak.

Sehubungan dengan itu, UMT melalui

Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan (AKUATROP) terpanggil untuk menjalankan

Projek ini telah memilih enam orang peserta yang terdiri daripada kategori isi rumah B40 dan merupakan komuniti sekitar yang menjadikan Lagun Setiu sebagai tempat mencari rezeki. Program ini turut memindahkan ilmu melalui tiga siri bengkel yang dilaksanakan pada bulan September dan Oktober bertempat di Stesen Penyelidikan Alami Tanah Bencah UMT Setiu.

1. Hasil tuaian tiram oleh peserta Uni@ Madani bersama pihak AKUATROP, PPIJIM dan Jabatan Perikanan Malaysia.

2. Perbincangan awal berkaitan pelaksanaan

projek antara AKUATROP, UMT

bersama pihak Jabatan

Perikanan Malaysia

Daerah Setiu dan wakil komuniti.

Projek Penternakan Tiram Sebagai Sumber Pendapatan Komuniti Madani di Setiu, Terengganu bermula Julai sehingga

Disember 2024 bagi Program Pendayaan

Komuniti Universiti Awam (Komuniti@ UniMadani) Kementerian Kewangan (MOF) Fasa 2 yang diketuai oleh penyelidik, Puan Norainy Mohd Husin.

Komuniti terpilih telah diberikan penerangan berkenaan pengenalan tiram secara saintifik melalui bengkel siri 1 dan 2 yang dilaksanakan serta pengkulturan tiram yang sememangnya wujud secara semula jadi di Lagun Setiu dan juga merupakan sumber protein alternatif bagi penduduk setempat.

Oleh yang demikian, penyelidik daripada AKUATROP, UMT telah memulakan kerjasama dengan pihak komuniti bagi memantapkan kaedah pengkulturan tiram dengan berkongsi berkenaan biologi tiram serta kaedah pembiakan aruhan untuk menjadikan tiram satu sumber pendapatan lumayan untuk komuniti setempat.

Seterusnya, bengkel Siri 3 yang menyentuh berkenaan Pembesaran Benih dan Tuaian Hasil Tiram telah dilaksanakan pada 2 dan 3 Oktober 2024 yang turut disertai oleh Pengarah AKUATROP, Pengarah PPIJIM beserta pasukan dan turut membuat pemantauan projek bersama pihak komuniti terlibat.

Maklum balas yang diterima amatlah memberangsangkan dan cadangan penambahbaikan beserta perancangan berkaitan kelestarian projek turut dibincangkan selanjutnya untuk diteruskan pada masa akan datang. Pihak Jabatan Perikanan Terengganu Daerah Setiu turut menghantar dua orang pegawai untuk turut serta dalam bengkel ini.

Kejayaan pelaksanaan projek ini telah mencapai sasaran pemindahan ilmu sekali gus mendekatkan pihak komuniti dengan ahli akademik universiti untuk kelestarian sumber perikanan setempat.

3. Pengukuran morfometrik tiram yang diambil di sekitar lagun Setiu, Terengganu.
4. Sangkar tiram yang dibuat menggunakan peruntukan yang diterima.
5. Aktiviti penyusunan benih di dalam bakul di sangkar.

MALAM ALUMNI UNIVERSITI AWAM 2024

Memperkasa Pembangunan Pendidikan Tinggi Negara

oleh: Norul Hanizan Hazin

Pusat Alumni

Pada 17 Ogos 2024, telah

berlangsungnya Malam Alumni

Universiti Awam 2024 yang

diadakan di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur menandakan satu lagi langkah penting dalam memperkukuh hubungan antara alumni dengan alma mater mereka. Majlis ini dianjurkan oleh Majlis Alumni

Universiti Awam Malaysia (MALUMNI)

terdiri daripada 20 Pusat dan Jabatan Perhubungan Alumni Universiti Awam (UA) yang merupakan acara yang julung kalinya diadakan dan dijadualkan berlangsung setiap dua tahun sekali.

Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri

1. Prof. Madya Dr. Zul Helmy

bin Mokhtar menerima

Anugerah Alumni

Muda Harapan yang

disampaikan oleh Dato'

Seri Diraja Dr. Zambry

Abd Kadir, Menteri

Pendidikan Tinggi

Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, dalam ucapan beliau menyatakan, “betapa pentingnya sumbangan alumni dalam memajukan sektor pendidikan tinggi negara.” Beliau menggariskan bahawa alumni dari universiti awam negara ini terdiri daripada tokoh-

tokoh penting seperti Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menterimenteri, ketua-ketua industri, serta tokoh perniagaan yang telah memberikan sumbangan besar kepada negara. “Kita lihat alumni-alumni dari UA adalah aset besar kepada negara,” ujar beliau.

Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir mengharapkan agar para alumni lebih aktif dalam menyumbang kepada alma mater masing-masing untuk memperkasakan sektor pendidikan tinggi. Beliau turut menekankan bahawa pandangan dan peranan alumni akan dilibatkan dalam pembangunan Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026-2035 (PPPTM 2026-2035) yang merupakan fokus utama KPT.

Dalam majlis tersebut, anugerahanugerah khas telah disampaikan kepada alumni yang menunjukkan prestasi cemerlang. Antara tiga kategori anugerah yang telah diperkenalkan ialah Anugerah Ikon Alumni, Anugerah Alumni

Kedermawanan dan Anugerah Alumni Muda Harapan. Prof. Madya Dr. Zul Helmy Mokhtar merupakan penerima dari UMT bagi Anugerah Alumni Muda Harapan bersama-sama 20 orang alumni lain dari setiap universiti awam.

Majlis makan malam itu ditaja oleh Syarikat Top Glove Corporation Berhad dan Syarikat VFive Group, masing-masing sebanyak RM100,000. Sumbangan ini bukan sahaja memeriahkan acara, tetapi juga menunjukkan komitmen sektor industri dalam menyokong pendidikan tinggi.

Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir juga menyeru agar alumni yang berjaya dalam sektor kewangan dan industri turut membantu alma mater mereka secara proaktif, terutamanya dalam aspek kemampanan sumber kewangan.

Malam Alumni Universiti Awam 2024 bukan sahaja merupakan platform untuk meraikan kejayaan alumni, tetapi juga untuk mengukuhkan kerjasama antara universiti dengan alumni.

HICoE AKUATROP MEMPERKUKUH KERJASAMA ANTARABANGSA

dalam Teknologi Akuakultur Pintar

Oleh: Liew Hon Jung

Suhairi Mazelan

Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan

Rangkaian Internet of Things (IoT) telah memainkan peranan yang semakin penting dalam revolusi industri akuakultur, terutama dalam meningkatkan keberkesanan dan kelestarian operasi akuakultur. Teknologi IoT membolehkan pemantauan dan kawalan secara automatik dalam pengurusan harian akuakultur, terutamanya faktor persekitaran seperti suhu air, kualiti air, pencahayaan, kualiti tanah serta pengurusan makanan, stok keperluan bahan dan aktiviti harian penjagaan.

Dengan menggunakan sensor pintar, data yang diperoleh dapat dianalisis secara langsung untuk membuat keputusan yang lebih tepat dan cepat bagi mengurangkan kos operasi dan meningkatkan hasil pengeluaran. Inovasi ini bukan sahaja memberikan penyelesaian

dalam cabaran akuakultur, tetapi juga membuka peluang untuk mengurus akuakultur dengan lebih efisien dan lestari.

Pada 11 Disember 2024 di Bilik Seminar

AKUATROP, UMT menjadi saksi kepada satu perbincangan penting mengenai pembangunan teknologi Indoor Shrimp Farming Technology serta potensi kolaborasi projek penyelidikan bersama rakan strategik. Perbincangan tersebut melibatkan kerjasama strategik antara AKUATROP dengan UYU Technology Co. LTD. (Guangdong, China), South China Sea Fisheries Research Institute, Chinese Academy of Fishery Sciences (China) dan EAP Shrimplify Sdn. Bhd. (Malaysia).

Perbincangan tersebut turut diserikan

lagi dengan Majlis Tandatangan Plak

untuk Projek Dana Kerjasama Serantau Asia dengan tema “Inisiatif Kerjasama

Pemodenan Perikanan antara China

1. IoT merevolusi akuakultur dengan pemantauan pintar bagi mengoptimumkan operasi cekap untuk hasil yang lebih mampan.
2. Prof. Dr. Yu Gang dari SCSFRI menyampaikan taklimat mengenai program inovasi institut dan cadangan kerjasama bersama AKUATROP dan agensi-agensi lain yang berkaitan.

Projek ini menjadi platform untuk mengukuhkan komitmen dalam memajukan teknologi akuakultur pintar, khususnya dalam sektor perikanan tertutup pintar yang akan diterapkan di Hatcheri AKUATROP.

Majlis ini telah dihadiri oleh Pengarah HICoE AKUATROP, Prof. Dr. Muhammad Ikhwanuddin Abdullah, Timbalan Pengarah HICoE AKUATROP, Prof. Madya Ts. Dr. Nor Azman Kasan serta Pengarah South China Sea Fisheries Research Institute, Prof. Dr. Yu Gang dan delegasi. Turut serta dalam majlis tersebut ialah Pengarah UYU Technology Co. LTD., Mr. Sam Lim dan wakil dari EAP Shrimplify Sdn. Bhd., Ms Mercylla Joshua.

Perbincangan ini juga ialah kesinambungan kepada Bengkel Smart IoT System for Aquaculture Purpose yang telah berlangsung pada 4 Disember 2024 yang dianjurkan oleh AKUATROP dengan kerjasama UYU Technology Co. LTD., South China Sea Fisheries Research Institute

dan Negara Jiran di Laut China Selatan” di bawah tajaan “One Belt One Road Initiative”. Projek ini memberi tumpuan kepada pembangunan Projek Perikanan Tertutup Pintar yang akan dilaksanakan di Hatcheri AKUATROP.

dan EAP Shrimplify Sdn. Bhd. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan penggunaan teknologi IoT pintar dalam bidang akuakultur dan telah berjaya menarik minat peserta daripada pelbagai latar belakang.

Inisiatif ini memberi peluang kepada peserta untuk lebih mendalami aplikasi IoT dalam akuakultur yang dapat mempertingkatkan keberkesanan operasi akuakultur, serta membuka ruang untuk inovasi pada masa hadapan. Kerjasama antarabangsa yang dijalin juga bakal dapat memperkukuh sektor akuakultur pintar di Malaysia serta di seluruh Asia.

3. Sekitar Majlis Tandatangan Plak Projek Kerjasama Serantau Asia: Pemodenan Perikanan di Laut China Selatan, bertempat di Kompleks Hatcheri AKUATROP.

4. Para peserta memberi tumpuan penuh dan menunjukkan minat tinggi semasa sesi amali Bengkel Smart IoT System for Aquaculture Purpose di Kompleks Hatcheri AKUATROP.

5. Prof. Madya Dr. Liew Hon Jung memberi penerangan IOT kepada para peserta semasa Bengkel Smart IoT System for Aquaculture Purpose di Makmal Persediaan, Kompleks Hatcheri AKUATROP.

KITA JAGA LAUT

UMT Jayakan Projek CSR Tourism Malaysia

Pada 4 hingga 6 Julai 2024, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah terlibat dalam penganjuran program Tanggungjawab

Sosial Korporat (CSR) Tourism Malaysia di Pulau Redang, Terengganu. Program CSR ini melibatkan penyertaan daripada pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan Negeri Terengganu, Tourism Terengganu, penggiat industri pelancongan, media dan pempengaruh media sosial tempatan. Selain itu, selebriti chef tempatan, Dato' Chef Ismail juga dijemput untuk mengadakan demonstrasi masakan tempatan yang menambah lagi keunikan program ini. Tourism Malaysia memilih UMT untuk bekerjasama dalam aktiviti CSR Tourism Malaysia adalah bertepatan dengan tema “Kita Jaga Laut” yang berkait rapat dengan tujahan UMT yang berfokuskan ilmu kelautan.

Bagi menjayakan program CSR

Tourism Malaysia, dua fakulti di UMT telah terlibat secara langsung, iaitu Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan

Sosial melalui pensyarah dari Program

SMP Pelancongan yang terdiri daripada Dr. Kalsitinoor Set, Dr. Munira Mhd Rashid dan En. Shahriman Abdul Hamid, serta dari

Institut Oseanografi dan Sekitaran melalui unit Center for Ocean Governance yang terdiri daripada Prof. Wan Izatul Asma Wan Talaat, Dr. Dr. Hafiza Mohamed Zuki, Prof. Madya Dr. Azrilawani Ahmad@Othman, Dr. Maisarah Jaafar dan Dr. Tuan Nurul Sabiqah Tuan Nurul Anuar.

UMT terlibat dalam tiga aktiviti utama antaranya aktiviti di Pusat Konservasi Penyu di Chagar Hutang. Di sini, mereka

1. Peserta sedang melakukan aktiviti pembersihan pantai di Pulau Redang.

telah diberi penerangan mengenai usaha SEATRU UMT dalam pemuliharaan penyu laut serantau, termasuk projek jangka panjang pemantauan dan pemuliharaan penyu laut. Peserta diberi pendedahan mengenai kepentingan untuk memantau dan memulihara penyu laut di Pulau Redang. Selain itu, mereka turut serta dalam aktiviti pelepasan anak penyu ke laut.

Aktiviti pembersihan pantai dan dasar laut pula berjaya mengumpulkan sebanyak 210 kilogram sampah di kawasan pantai dan 15 kilogram sampah di dasar laut. Peserta aktiviti ini turut melibatkan pelancong, wakil agensi kerajaan tempatan serta pekerja dari kalangan operator pelancongan di Pulau Redang.

Selain itu, UMT turut menjayakan aktiviti kitar semula yang memfokuskan demonstrasi pembuatan sabun oleh pensyarah UMT menggunakan minyak masak terpakai yang dikumpulkan oleh operator pelancongan di Pulau Redang. Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta memberikan idea-idea yang boleh diaplikasikan dalam kalangan operator pelancongan demi kelestarian alam sekitar.

Penglibatan IPTA, khususnya UMT, dalam aktiviti korporat ini memperlihatkan bagaimana agensi kerajaan seperti Tourism Malaysia boleh bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi untuk melaksanakan program-program yang membawa manfaat kepada alam sekitar dan komuniti setempat.

2. Dari kanan Dr. Hafiza Mohamed Zuki, Prof. Madya Dr. Azrilawani Ahmad@Othman, Dr. Maisarah Jaafar, Dr. Tuan Nurul Sabiqah Tuan Nurul Anuar daripada Institut Oseanografi dan Sekitaran, UMT, menunjukkan demonstrasi pembuatan sabun menggunakan minyak masak terpakai.

3. Selebriti chef tempatan, Dato’ Chef Ismail dan pempengaruh media sosial, Marbitter melakukan aktiviti pembuatan sabun daripada minyak masak terpakai.

4. Barisan Pensyarah UMT daripada Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Pembangunan Sosial, dan Institut Oseanografi dan Sekitaran yang menjayakan program.

5. Aktiviti pelepasan anak penyu ke laut di pantai The Taaras Beach & Spa Resort.

TRANSFORMASI ENAP CEMAR

Terawat Menjadi Baja yangBio-Organik TinggiBernilai

Oleh: Siti Nurhasmira Abu Hassan

Pusat Pemindahan Ilmu, jaringan Industri dan masyarakat

Profesor Madya Ts. Dr. Shahrul bin Ismail

Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan

Sekumpulan penyelidik UMT yang diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Shahrul Ismail, telah memperkenalkan inovasi yang menyumbang kepada Matlamat

1. Para peserta bersama

barisan penyarah UMT

menunjukkan baja yang

telah berjaya dihasilkan

Pembangunan Mampan (SDG 12) dengan menghasilkan baja bio-organik daripada enap cemar terawat tanah sawit. Baja ini dihasilkan melalui proses pemulihan sisa efluen kilang kelapa sawit (POME) yang bertujuan mengatasi isu pencemaran alam sekitar yang kerap dikaitkan dengan industri kelapa sawit.

Projek pemindahan ilmu ini dilaksanakan kepada pelbagai kelompok komuniti melalui beberapa siri bengkel bagi memberi bimbingan kepada para peserta tentang cara menghasilkan baja bio-organik menggunakan tanah subur

yang diformulasikan dengan campuran mikrob dan enzim. Rawatan yang teliti ini bagi memastikan baja tersebut kaya dengan nutrien, berkesan untuk pembaikan tanah dan secara tidak langsung mempertingkatkan kesuburan tanah secara semula jadi.

Lebih menarik, baja bio-organik yang dihasilkan ini bebas daripada bahan kimia atau sintetik, memberi kelebihan kepada petani untuk meningkatkan hasil tanaman secara lebih lestari dan mesra alam. Keupayaan baja ini untuk meningkatkan ketahanan tanaman terhadap penyakit turut menjadi manfaat besar dalam sektor pertanian, terutamanya bagi petani yang berdepan cabaran dalam pengurusan kesuburan tanah.

Selain itu, usaha ini menyokong kepada pemeliharaan alam sekitar dengan mengurangkan pencemaran dan memulihkan keseimbangan ekosistem tanah. Dengan menggunakan sisa kelapa sawit sebagai bahan asas, inovasi ini turut membantu mengurangkan impak negatif yang sering dikaitkan dengan pengurusan sisa dalam industri tersebut.

Inisiatif yang dilaksanakan bukan sahaja memberi manfaat kepada sektor pertanian, tetapi juga kepada komuniti secara keseluruhannya, dengan memastikan penghasilan makanan yang berkualiti dan selamat. Projek ini ialah contoh terbaik

bagaimana penyelidikan dan inovasi dapat memberi impak positif kepada alam sekitar, ekonomi dan masyarakat, selari dengan usaha global untuk mencapai pembangunan mampan.

Inisiatif ini mendapat pembiayaan melalui dana dalam universiti, iaitu Knowledge and Technology Assimilation Grant Scheme (KTAGS) dan melibatkan pelbagai kumpulan seperti Koperasi Pengusaha Melon Manis Terengganu (KOPMET) Berhad, Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan Biogas Malaysia (MyBIOGAS), Dapo Tani, Koperasi Kampung Bukit Tanah Berhad dan Baitul Quran Centre dengan sokongan daripada Malaysia Palm Oil Mill Board (MPOB), Jabatan Pertanian Negeri Terengganu, serta Kompleks Pertanian Negeri Ajil.

2. Campuran untuk pembuatan baja
3. Prof. Madya Ts. Dr. Shahrul membuat demonstrasi kepada peserta

BAHASA MELAYU GAH

di Pentas Sayembara Puisi Tari Antarabangsa 2024

Oleh: Shahreezad Abdul Satad

Dr. Noorfathehah Abdullah Sani

Pusat Kebudayaan dan Kesenian

Pusat Kebudayaan dan Kesenian telah menganjurkan Sayembara Puisi Tari Antarabangsa (SPTA) 2024 pada 9 November 2024 di Dewan Sultan Mizan, UMT. Program ini bertujuan mengangkat bakat dan karya seni puisi serta tari dalam acuan baharu untuk diketengahkan pada peringkat tertinggi. SPTA 2024 menjadi medan pertemuan pemuisi dari dalam dan luar negara seterusnya memartabatkan bahasa Melayu di persada antarabangsa.

Penyertaan melibatkan pelajar sekolah, masyarakat setempat serta wakil dari empat negara, iaitu Singapura, Indonesia, Thailand dan Rusia menampilkan persembahan yang memukau. Keindahan seni dan semangat kebersamaan berjaya menarik lebih 1,000 penonton yang hadir

memberikan sorakan gemuruh kepada kumpulan masing-masing.

Sayembara ini juga menyediakan ruang kepada mahasiswa dan masyarakat untuk berkarya secara kreatif, seterusnya memberi nafas baharu kepada seni budaya tempatan. Melalui program seperti ini, peserta bukan sahaja dapat membangunkan produk seni berkualiti tinggi, malah menambah nilai akademik serta kemahiran insaniah. Pendekatan ini secara tidak langsung memperkukuh konsep "menzahir seni, mengakar budaya" yang menjadi teras pembangunan kebudayaan negara.

Sebanyak lapan kumpulan telah berentap dalam sayembara ini, mewakili pelbagai institusi seperti agensi kerajaan,

Kumpulan Gemalai Aksara, UiTM

Cawangan Kelantan mendapat tempat keempat dan tempat kelima disandang oleh Jumantara Mega, Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail manakala Lantera Atma, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di tempat keenam. Sayembara ini turut menobatkan Kumpulan Adiratna, Kuala Lumpur sebagai pemenang busana terbaik manakal anugerah bakat terbaik diraih oleh Gemala Sutera, Penjara Kajang, Selangor.

Majlis penuh gilang-gemilang ini dirasmikan oleh Ahli Dewan Negara, Senator Profesor Emeritus Datuk Seri Awang Sariyan. Turut hadir memeriahkan majlis, Timbalan Naib Canselor HEPA, Profesor Dr. Mohd Izani Mohd Zain, Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu, Encik Mohd Ridzwan Abdul Rahman dan Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Terengganu, Encik Samsuring Meli.

sekolah, universiti awam dan NGO seni budaya. Sayembara ini telah menyaksikan

Kumpulan Gemala Rentak Buana, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam telah dinobatkan sebagai johan manakala naib johan dan anugerah khas juri dirangkul oleh kumpulan Persadatari, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) serta kumpulan Gapuri Suria, Sekolah Seni Malaysia Johor meraih tempat ketiga.

PPAL DIDIK KANAK-KANAK BAHAYA MERCUN

Oleh: Norliawati Mohd Sidek Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan

Pada 19 Mei 2024, Pusat pendidikan

Asas dan Lanjutan (PPAL) telah melaksanakan program “Bahaya Tersembunyi Dalam Mercun” 2024 di Naluri Creative Islamic School, cawangan Wakaf Beruas, Kuala Terengganu.

Program khidmat komuniti ini dijalankan menerusi pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran santai bertemakan sains dan alam sekitar. Program ini memberi penekanan terperinci tentang isu bahan kimia berbahaya dalam mercun dan impak buruk bahan toksik tersebut kepada kesihatan manusia terutamanya kanakkanak.

Program yang bertemakan “terokai kimia sambil bermain” ini diketuai oleh

Puan Norliawati Mohd Sidek dan dibantu 10 orang mahasiswa UMT dalam kalangan pelajar kursus PPA3143 yang bertindak sebagai ahli jawatankuasa pelaksana dan juga fasilitator. Peserta-peserta program pula terdiri daripada 24 orang murid yang berumur antara 6 tahun sehingga 12 tahun yang merupakan pelajar dari Naluri Creative Islamic School tersebut.

Ketika program berlangsung, para peserta telah diperkenalkan kepada pelbagai bahan kimia dalam mercun melalui beberapa aktiviti permainan seperti kuiz, kad imbas, suai gambar, permainan memori dan juga teka silang kata. Selain itu, para peserta juga diberikan peluang untuk mencuba sendiri beberapa eksperimen ringkas yang menarik, mudah dan selamat yang berkaitan dengan bahan mercun dengan pemantauan rapi oleh fasilitator.

Aktiviti seumpama ini dapat mendorong para peserta untuk lebih memahami apa itu mercun dan bahan-bahan kimia yang terkandung di dalamnya. Para peserta telah diminta menjawab soalan berbentuk kuiz yang telah diintegrasikan bersama aktiviti praktikal dan permainan bagi menguji kefahaman.

Program ini telah berjaya dijalankan secara percuma tanpa mengenakan sebarang yuran kepada pihak sekolah mahupun kepada para peserta cilik. Ini adalah selaras dengan matlamat Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan itu sendiri bagi membudayakan usaha murni penyaluran ilmu dan kemahiran oleh pihak ahli akademik PPAL dan mahasiswa UMT kepada generasi muda dalam kalangan komuniti setempat.

TEATER IMERSIF MERDEKA

Gamit Nostagia Pemahsyuran Kemerdekaan

Oleh: Norizan Ismail

Prof. Madya Dr. Laili Hj. Che Rose

Pusat Asasi STEM

Teater Imersif Merdeka buat julung kalinya dipentaskan dengan penuh bersejarah pada tanggal 21 September 2024 di Dewan Sultan Mizan, UMT. Konsep yang diketangahkan melalui pementasan teater ini telah berjaya menghidupkan suasana yang sangat berharga buat semua penonton dan peserta yang terdiri daripada pelajar Asasi STEM dan staf.

Pementasan Teater Imersif ini merupakan anjuran Majlis Dekan/Pengarah Asasi Universiti Awam Malaysia dengan

kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka dan Persatuan Teraju Seni Malaysia. Pementasan ini turut diserikan dengan penglibatan hampir 100 orang pelajar Asasi STEM, UMT yang dimulai dengan segmen permainan Ayam Laga Masuk Reban. Segmen ini menggalakkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam kalangan pelajar di samping menggalakkan mereka memahami situasi dengan lebih baik dan bersaing secara sihat untuk menjadi yang terbaik dan dinobatkan sebagai jaguh.

Malam pementasan turut diselangi dengan deklamasi sajak, persembahan

turut ditarik menjadi sebahagian daripada watak dalam pementasan tersebut secara tidak langsung melalui penglibatan dalam beberapa slot pementasan. Hal ini telah berjaya mewujudkan persekitaran penuh nostalgia kerana dapat merasai sendiri pengalaman pada saat perkataan keramat “Merdeka” dilaungkan.

Peristiwa semasa Perdana Menteri

Pertama, Tunku Abdul Rahman (lakonan Tuan Haji Zukiferee Ibrahim) menerima dan menyampaikan watikah serta melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali menjadi kemuncak pada malam pementasan.

nyanyian sehingga laungan “Merdeka” oleh pelajar Asasi STEM bersama penonton. Bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, persembahan teater berperanan membentuk pelajar menjadi insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pementasan ini secara tidak langsung membantu pelajar mengenal diri dan masyarakat melalui penceritaan yang diketengahkan. Pelajar dibimbing berkomunikasi secara lisan dan bukan lisan dengan berkesan. Mereka juga dilatih menggunakan laras bahasa mengikut kesesuaian melalui aktiviti simulasi, main peranan dan improvisasi.

Pementasan yang mendapat sentuhan khas Dr. Rosdeen selaku pengarah dan pelakon telah berjaya menggamit nostalgia detik bersejarah 31 Ogos 1957 suatu masa dahulu. Hadir berbusana dengan konsep orang kampung dan bangsawan Melayu semasa pementasan dijalankan, memberikan aura kemerdekaan yang tinggi dalam kalangan penonton. Ia menjadikan suasana pada malam tersebut lebih hidup dengan konsep yang dibawa. Penonton

Pelbagai perasaan dirasai, semasa laungan bergema dengan penuh semangat daripada semua pihak yang terlibat. Gema “Merdeka” dapat didengari memenuhi ruang dewan dengan penuh gah dan bersemangat. Dihiasi montaj bunga api, telah berjaya menghidupkan lagi suasana. Ia ialah satu garapan magis yang diangkat menjadi warkah yang sangat bermakna dan berharga kepada semua pihak.

Pementasan ini turut disertai pelakon berpengalaman seperti Dr. Rosdeen

Suboh, Mohamad Arif Taslim, Mohamad Zafran Hisham dan Abdul Halim Adul Latif. Normiha Suraya Ibrahim pula menggalas tugas selaku Pengurus Pentas.

CENDERAMATA SIMBOL PENGHARGAAN

kepada SempenaAlumniMajlis Konvokesyen UMT

Oleh:

Majlis Konvokesyen ialah detik yang penuh bermakna bukan sahaja untuk para graduan, tetapi juga untuk seluruh institusi pendidikan yang telah menjadi tempat mereka menempa ilmu. Sebagai penghargaan kepada sebuah perjalanan yang telah dilalui oleh para graduan, pemberian cenderamata menjadi simbol ingatan yang bermakna. Cenderamata alumni bukan sekadar hadiah, tetapi juga satu cara untuk mengukir kenangan manis yang akan dikenang sepanjang hayat.

Setiap tahun, Pusat Alumni akan menyediakan cenderamata kepada semua graduan UMT yang akan bergraduat.

Pada tahun ini, seramai 2,775 orang graduan telah bergraduat dan menerima cenderamata daripada Pusat Alumni. Cenderamata tersebut adalah sebahagian daripada bayaran yuran semasa pelajar mula mendaftar masuk ke UMT. Bermula 17 hingga 19 Oktober 2024, kaunter pemberian cenderamata alumni dibuka semasa sesi pengambilan jubah berlangsung di Dewan Sultan Mizan. Sepanjang program itu berlangsung, staf Pusat Alumni akan bertugas dan dibantu oleh beberapa orang sukarelawan pelajar (bakal alumni).

Pada tahun ini, Pusat Alumni telah memilih sebiji tumbler sebagai cenderamata kepada alumni. Setiap tahun cenderamata yang diberikan kepada alumni sempena majlis konvokesyen berbeza jenis dan material kerana bergantung kepada kelulusan peruntukan kewangan dan persetujuan pihak pengurusan. Namun

begitu, tujuan utamanya adalah sama sahaja untuk menjadi kenangan yang kekal sepanjang hayat. Ini memberi peluang kepada setiap alumni untuk menyimpan kenangan itu dalam bentuk yang boleh dilihat dan dihargai selama-lamanya.

Tidak kira bentuk atau harganya, cenderamata alumni yang diberikan sempena majlis konvokesyen ialah satu simbol kecemerlangan dan kejayaan. Sebagai tanda penghargaan, cenderamata ini akan sentiasa menjadi kenangan berharga yang menghubungkan mereka kembali kepada alma mater.

Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Profesor Dr. Mohd Izani bin Mohd Zain dan pihak pengurusan HEPA turut turun padang menyantuni alumni pada hari pertama sesi pemberian cenderamata. Ia adalah salah satu platform bagi mengeratkan hubungan antara pihak pengurusan HEPA dan alumni serta mengiktiraf peranan mereka dalam pembangunan universiti dan komuniti secara amnya.

1. YBrs. Profesor Dr. Mohd Izani bin Mohd Zain, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) menyantuni alumni semasa sesi pengambilan jubah dan cenderamata alumni

AWIST 2024

Pacu Perkongsian Inovasi ke Arah Teknologi Lestari

Oleh: Wiwied Virgiyanti

Sharifah Mashita Syed-Mohamad

Fakulti Sains Komputer dan Matematik

Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) telah menjadi tuan rumah bagi Bengkel Persidangan Sains

Maklumat dan Teknologi ke-12 ASEAN (ASEAN Workshop on Information Science and Technology - AWIST 2024) yang berlangsung dari 11 hingga 13 Ogos 2024. Acara ini telah menarik minat sarjana dan penyelidik terkemuka yang berkumpul untuk meneroka tema “Sustainable Technology Innovations for Environmental Wellness” (Inovasi Teknologi Lestari untuk Kesejahteraan Alam Sekitar).

Persidangan ini dirasmikan oleh Naib

Canselor UMT, Profesor Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim, yang menekankan kepentingan kerjasama global dalam ucapannya. Para hadirin turut dipersembahkan dengan demonstrasi usaha pemeliharaan penyu oleh UMT, termasuk amalan pemindahan telur penyu, bersama dengan persembahan seni mempertahankan diri tradisional oleh seorang pelajar UMT, yang memberikan sentuhan budaya yang unik pada majlis tersebut. Dekan FSKM, Profesor Ts. Dr. Suzuri bin Hitam, juga menegaskan

kepentingan kerjasama antarabangsa dalam menghadapi cabaran alam sekitar global.

Dalam kolaborasi dengan Japan Advanced Institute of Science and Technology (JAIST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universitas Komputer Indonesia (UNIKOM), AWIST 2024 telah menerima penyertaan dari Malaysia, Indonesia, Jepun dan Uzbekistan. Acara ini turut disokong oleh penaja Jasa Perkasa Security Sdn Bhd dan Micro Ocean Enterprise, yang memainkan peranan penting dalam merealisasikan kejayaan acara ini.

AWIST 2024 menampilkan barisan penceramah terkemuka yang berkongsi kepakaran mereka mengenai isu-isu kritikal berkaitan teknologi lestari. Dua penceramah utama bersama tiga penceramah jemputan membuka sidang dengan penyampaian yang merangsang pemikiran. Sesi selari hibrid membolehkan peserta membentangkan kertas kerja mereka serta terlibat dalam perbincangan mendalam mengenai pelbagai topik berkaitan teknologi lestari, menyediakan peluang kepada penyelidik untuk berkongsi penemuan dan menerima maklum balas daripada khalayak global.

Tahun ini, UMT dengan bangga mencatatkan pencapaian penting dengan menaikkan status AWIST menjadi sebuah persidangan. Sebelum ini, AWIST bertaraf bengkel bagi penyelidik dan saintis untuk berhubung dan membincangkan kerjasama dengan rakan utama seperti JAIST, UKM dan UNIKOM. Pencapaian ini

mencerminkan usaha gigih pasukan UMT dalam menganjurkan bengkel persidangan yang berjaya menerima 36 artikel untuk diterbitkan dalam Journal of Mathematical Sciences and Informatics (JMSI) UMT dan Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia (APJITM) UKM.

Pencapaian ini telah menjadikan AWIST sebagai platform yang lebih besar dengan impak yang signifikan dalam komuniti akademik. Peserta datang dari pelbagai universiti seperti UMT, UNIKOM, UKM, USM, JAIST, UMPSA, Universiti Antarabangsa INTI dan Universiti Negeri Samarkand (Uzbekistan).

Dalam aktiviti luar persidangan, para peserta berpeluang menikmati keindahan semula jadi Malaysia melalui lawatan ekslusif ke Pulau Redang. Sebagai sebahagian daripada tradisi AWIST, sesi Meja Bulat telah diadakan di pulau ini, membolehkan perbincangan idea dalam suasana yang santai tetapi produktif. Acara ini menyaksikan penyerahan baton simbolik kepada Profesor Hiroyuki Iida dari JAIST, sebagai tanda JAIST akan menjadi tuan

KOMPETENSI SEPANJANG HAYAT

ProgramRekreasiPentauliahan Luar 1

Dalam memenuhi agenda nasional pembelajaran sepanjang hayat nasional, UMT melalui Pusat UMT

Life sentiasa proaktif ke arah mewujudkan pembangunan dan penawaran program alternatif bukan arus perdana, sama ada akademik mahupun bukan akademik secara berterusan kepada komuniti, industri serta mana-mana pihak yang berkepentingan.

Terkini, Program Pentauliahan Rekreasi Luar 1 yang turut dikenali sebagai Outdoor Recreation 1 telah berlangsung dari 27 hingga 30 Ogos 2024. Program tersebut dijalankan di Stesen Penyelidikan Alami Biodiversiti UMT Kenyir, sebuah lokasi yang menawarkan persekitaran semula jadi yang ideal untuk pelaksanaan aktiviti rekreasi luar. Seramai 25 peserta telah mengikuti program yang julung kali diadakan ini. Mereka terdiri daripada staf pelbagai institusi pendidikan, agensi kerajaan dan NGO yang relevan dengan bidang pelancongan dan rekreasi.

Menariknya, pelaksanaan program sebegini mampu merealisasikan impak yang besar, bukan sekadar dari aspek penjanaan kewangan, tetapi juga kepada peningkatan reputasi UMT sebagai sebuah institusi pendidikan yang mula mencipta nama dalam bidang rekreasi luar. Sejajar dengan Dasar Sukan Negara yang digariskan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS), program ini berjaya mempromosikan penyertaan aktif dalam sukan rekreasi dan aktiviti luar, yang turut menyumbang kepada kesejahteraan mental dan fizikal peserta.

Sepanjang program berlangsung, peserta dilibatkan dalam pelbagai aktiviti praktikal yang meliputi teknik kraf perkhemahan, kemahiran orienteering dan navigasi darat, serta permainan kreatif yang memupuk kerjasama dan pemikiran kritis. Setiap aktiviti yang dirancang adalah signifikan dalam memberikan peserta pengalaman langsung bagi

Oleh: Dr. Che Wan Ida Rahimah Che Wan Ibrahim Pusat UMT Life

menangani cabaran yang dihadapi semasa menjalankan aktiviti rekreasi luar, sekali gus memperkukuh kompetensi mereka dalam bidang yang mula berkembang ini.

Selain itu, pelaksanaan program ini berbentuk sokongan kritikal buat peserta agar mereka lebih bersedia menghadapi cabaran dalam dunia pekerjaan dan memperkukuh kebolehpasaran mereka dalam industri. Misalnya, aktiviti rekreasi luar berkenaan dilaksanakan dalam suasana alam semula jadi, membekalkan peserta dengan pengalaman pembelajaran yang lebih autentik termasuk pencarian titik kawalan menggunakan peta dan kompas dan menguji kemahiran navigasi peserta dalam membuat keputusan pantas untuk menjejak destinasi dalam masa yang ditetapkan.

Keseluruhannya, Program Pentauliahan

Rekreasi Luar 1 UMT telah berjaya mencapai matlamat penganjurannya dengan menyediakan platform pembelajaran yang komprehensif dan berimpak tinggi kepada peserta. Secara tidak langsung, program pentauliahan berkenaan merupakan inisiatif unggul UMT yang dilaksanakan dalam memberikan pendedahan mendalam bagi bidang rekreasi luar kepada para peserta yang berminat memperkaya pengalaman yang berorientasikan pelancongan dan rekreasi tanpa perlu menjalani pengajian yang panjang.

Kejuruteraan Marin PoliKK-UMT Lakar Pembelajaran Sepanjang Hayat Holistik PROGRAM PENTAULIAHAN PROFESIONAL

Oleh: Dr. Che Wan Ida Rahimah Che Wan Ibrahim Pusat UMT Life

Pusat UMT Life telah berjaya

menganjurkan Program Pentauliahan

Profesional Kejuruteraan Marin bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pensyarah dari Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (PoliKK).

Program ini telah berlangsung selama 95 hari, bermula dari 9 Jun hingga 16 Oktober 2024 dan melibatkan seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah terpilih dari PoliKK.

Hakikatnya, Program Pentauliahan

Profesional berkenaan direka khusus demi memenuhi keperluan semasa dalam bidang kejuruteraan marin serta untuk mengukuhkan peranan PoliKK melalui pensyarah pakar yang berfungsi sebagai rujukan industri. Antara objektif utama penganjuran program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan keupayaan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) ke tahap yang lebih tinggi. Program ini juga bertujuan untuk memperkukuh peranan PoliKK dengan melatih pensyarah

agar lebih berkemahiran tinggi serta meningkatkan imej PoliKK pada peringkat global melalui pengiktirafan warga kerja yang kompeten dan berkualiti.

Program ini telah dijalankan secara bersemuka di kampus UMT dan juga secara dalam talian bagi memastikan peserta dapat memberikan perhatian sepenuhnya kepada program yang dilaksanakan. Pelbagai modul telah ditawarkan, termasuk Train the Trainer, Surveyor Training Module, TOT 3.12 dan TOT 6.09 dalam memperkasakan

kemahiran dan pengetahuan mereka bagi bidang berfokuskan kejuruteraan marin. Pada akhir program, para peserta telah dianugerahkan dengan sijil pentauliahan daripada beberapa agensi bertauliah serta Sijil Micro-credential daripada pihak UMT.

Melalui Program Pentauliahan Profesional Kejuruteraan Marin tersebut, kolaborasi bersama UMT dan agensi luar seperti HRD Corp, Ranaco Marine Sdn. Bhd. dan Ships Classification Malaysia telah berjaya membina momentum baharu sebagai pemangkin pembudayaan pembelajaran yang berterusan buat komuniti nasional. Turut disasarkan, impak kepada POLIKK dari segi misi Centre of Technology, Open POLIKK Malaysia dan Maritime Campus Network yang menjanjikan sokongan kepada pembangunan industri maritim tempatan dan antarabangsa. Justeru, UMT dan Polikk akan terus berupaya untuk berkongsi ilmu dan kepakaran dalam semangat Madani bersama komuniti dan institusi pendidikan yang lain agar sentiasa relevan dan dihormati.

PROGRAM KOLOKIUM SISWAZAH

Bentuk Masa Depan PenyelidikanMelalui

Oleh: Dr. Rosaida Rosly Fakulti Sains Komputer dan Matematik

Pada 7 September 2024, pelajar kursus Projek Sarjana (CSS59910) yang ditawarkan di Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) telah mengadakan Program Kolokium Siswazah 2024. Program ini melibatkan seramai empat orang pelajar Sarjana Teknologi Maklumat (Kerja Kursus) yang dibimbing oleh Pensyarah Kursus, Dr. Rosaida Rosly.

Matlamat program ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan kemahiran sosial, kerja berpasukan dan bertanggungjawab dalam menganjurkan kolokium siswazah secara beretika. Selain itu, ia bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk membentangkan cadangan penyelidikan kepada penyelidik/ahli akademik. Bukan itu sahaja, program ini juga dapat mewujudkan platform perkongsian ilmu antara pelajar dengan penyelidik/ahli akademik.

Program bermula pada jam 8.30 pagi dimulai dengan sesi pendaftaran peserta diikuti dengan sesi perasmian oleh Pengerusi Bidang Sarjana Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (Kerja Kursus), Ts. Dr Arifah Che Alhadi. Manakala, empat orang juri penilai akademik FSKM telah dijemput, iaitu Profesor Ts. Dato’ Dr. Aziz Deraman, Prof. Madya Ts. Dr. Mustafa Man, Prof. Madya. Ts. Dr. Wan Nural Jawahir Wan Yussof dan Prof. Madya Ts. Dr. Noraida Haji Ali. Setiap sesi pembentangan diikuti oleh sesi soal jawab di mana panel penilai akademik diberi peluang untuk

bertanya dan mendapatkan penjelasan lebih lanjut daripada para pelajar berkenaan cadangan penyelidikan yang dibentangkan.

Melalui program ini, para pelajar diberikan platform yang dinamik dalam menunjukkan kemahiran kepimpinan, organisasi dan sosial mereka melalui penganjuran dan pelaksanaan kolokium. Para pelajar digalakkan untuk keluar dari persekitaran bilik darjah konvensional dan terlibat dalam kerja berpasukan, di mana komunikasi, kerjasama dan tanggungjawab profesional ialah kunci kejayaan bagi program ini.

Ini bertujuan mempersiapkan pelajar menghadapi cabaran dan tuntutan pekerjaan dalam bidang Teknologi Maklumat dengan memberi mereka peluang untuk menerapkan pengetahuan mereka dalam situasi yang setara dengan cabaran yang akan mereka hadapi dalam kerjaya. Program ini bukan sahaja mengasah kemahiran insaniah, tetapi juga membina kepakaran teknikal yang diperlukan untuk kejayaan dalam manamana bidang profesional.

JALINAN AKADEMIK SERANTAU

Program Mobiliti di Universitas Negeri Malang Beri Impak Positif

Oleh: Profesor Madya ChM. Dr. Azrilawani Ahmad Dr. Maisarah Jaafar Fakulti Sains dan Sekitaran Marin

UMT

sekali lagi melakar sejarah dalam menjayakan program mobiliti antarabangsa apabila seramai 15 pelajar Fakulti Sains dan Sekitaran Marin (FSSM) telah menyertai Program Mobiliti Outbound berkredit di Universitas Negeri Malang (UM), Indonesia, anjuran Program Kimia Analisis dan Persekitaran (KAP), FSSM.

Program ini merupakan kesinambungan daripada kejayaan Program Mobiliti Antarabangsa Inbound dan Outbound pada tahun 2023 dan telah memperkukuh hubungan strategik antara UMT dengan UM, salah satu universiti terkemuka di Indonesia yang berada dalam kelompok 10 universiti awam terbaik negara itu.

Program ini telah berlangsung bermula dari 1 hingga 26 Oktober 2024, yang dilaksanakan secara hibrid, menggabungkan kuliah dalam talian dan pembelajaran bersemuka melibatkan minisimposium dan sesi praktikal di Makmal Bioteknologi, UM.

Para peserta terdiri daripada 10 orang pelajar Program SMS Kimia Analisis dan Persekitaran, dua orang pelajar Program SMS Sains Kimia, dua orang pelajar Program SMSG Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti, serta seorang pelajar Program SMSG Nanofizik, diiringi oleh tiga orang pensyarah dari Program Kimia Analisis dan Persekitaran. Setiap pelajar yang menyertai kursus jangka pendek ini layak mendaftar untuk kursus bertaraf elektif dengan dua jam kredit.

Sepanjang program ini, pelajar telah didedahkan dengan kajian terkini berkenaan potensi perubatan berasaskan produk semula jadi, teknik kimia analisis melibatkan kimia sensor dan pencemaran mikroplastik, sama ada melalui kuliah dalam talian atau mini simposium secara bersemuka oleh pakar-pakar dari Universiti Malaysia Terengganu, Universitas Negeri Malang, Universitas Brawijaya, Universitas Andalas, IPB University, Universiti Teknologi Malaysia dan Tianjin University, China.

Selain perkongsian ilmu tersebut, pelajar juga berpeluang untuk menjalani sesi praktikal di UM bagi menyediakan kultur kulat endofitik menggunakan beras sebagai medium alternatif. Selain itu, pelajar juga menjalankan analisa fitokimia dan ujian antimalaria untuk memahami potensi perubatan tumbuhan dalam melawan malaria. Aktiviti ini bukan sahaja memperkenalkan pelajar kepada teknik makmal yang berbeza, malah pembelajaran berasaskan pengalaman ini membolehkan pelajar mengaplikasikan pengetahuan teori dalam situasi sebenar dengan penekanan pada ujian keberkesanan sebatian semula jadi untuk rawatan malaria. Selain menghadiri kuliah, mereka turut menyertai International Essay Competition anjuran Fakultas Matematika dan Ilmu Pengetahuna Alam (FMIPA), UM.

Pelajar-pelajar UMT telah ditempatkan di asrama antarabangsa dalam kampus UM yang serba lengkap dengan kemudahan moden serta persekitaran yang hijau dan menenangkan. Sistem pengangkutan menggunakan bas mini turut disediakan untuk memudahkan perjalanan pelajar sepanjang program. Suasana kampus yang

nyaman dengan suhu sekitar 19 ° C hingga 30 ° C pada bulan Oktober menjadikan pengalaman pembelajaran lebih selesa dan bermakna.

Selain program akademik, pelajar turut berpeluang untuk merasai pengalaman budaya di Malang. Salah satu kemuncak program ini ialah lawatan ke Gunung Bromo yang menjadi tarikan utama di Jawa Timur. Pelajar berpeluang menyertai sunrise jeep tour di kawasan gunung berapi ini sambil menyaksikan keindahan pemandangan matahari terbit yang memukau. Landskap semula jadi yang menakjubkan ini memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan, menjadi kenangan indah untuk dikongsikan bersama keluarga dan rakan.

pelajar dalam mencuba menu dan hidangan yang beraneka serta berbeza daripada kebiasaan.

1. Pensyarah Program Kimia

Analisis Bersama Dekan

Fakultas Matematika dan Ilmu Pengetahuan Alam (FMIPA), UM, Profesor Dr. Hadi Suwono dan pensyarah-pensyarah Prodi Bioteknologi FMIPA UM.

2. Pelajar mendalami teknik isolasi kulat endofitik, kaedah ekstraksi, dan ujian fitokimia di makmal.

3. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan di puncak Gunung Bromo, menyaksikan matahari terbit yang memukau sambil menghayati keindahan alam semula jadi Indonesia.

4. Menikmati keunikan

rasa masakan tradisional Indonesia – pengalaman berharga yang memperkayakan kenangan pelajar.

5. Selesai sesi makmal

anjuran Prodi Bioteknologi, FMIPA UMT.

Sebagai usaha memperkaya pengalaman pelajar, UM turut menyediakan juadah tradisional Indonesia yang memberi peluang kepada pelajar untuk menikmati kelazatan masakan tempatan. Makanan tradisional Indonesia yang kaya dengan pelbagai jenis rempah dan sambal menawarkan pengalaman unik kepada

Pelajar juga berpeluang berinteraksi dengan rakan-rakan dari FMIPA Universitas Negeri Malang, yang membantu mereka membina hubungan akademik dan sosial sekali gus memperkukuh integrasi budaya antara Malaysia dengan Indonesia. Sepanjang program ini, pelajar dari Malaysia mendapati persamaan budaya yang erat dengan Indonesia, terutamanya dalam bahasa dan makanan. Hubungan yang akrab ini memudahkan penyesuaian pelajar sambil memberi peluang untuk menerokai keunikan budaya tempatan.

3

Secara keseluruhannya, Program Mobiliti Antarabangsa KAP 2024 bukan sahaja memberi pendedahan akademik, tetapi turut memperkaya pengalaman pelajar dari segi budaya dan pembangunan diri. Ia juga berjaya menyatukan pengayaan akademik dan eksplorasi budaya dalam suasana yang meriah dan penuh mesra. Dengan peluang untuk mendalami warisan budaya Indonesia, pelajar bukan hanya menimba ilmu, tetapi juga mengalami perkembangan peribadi yang signifikan.

MICRO-CREDENTIAL

Teknologi Rawatan Air Sisa Pemangkin Kualiti Air di Malaysia

Oleh: Dr. Siti Faizah Zainal Pusat UMT Life

Pusat UMT Life telah berjaya menganjurkan program Microcredential (MC) Teknologi Rawatan Air Sisa pada 18 hingga 19 September 2024 di Makmal Alam Sekitar, Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL), UMT. Program ini dilaksanakan dengan objektif utama ke arah memperkasakan pengetahuan para peserta melalui pendedahan teori mengenai operasi rutin loji rawatan air dan rawatan air sisa yang terkini.

Program ini dikendalikan oleh pakar teknologi rawatan air sisa, Ts. Dr. Mohamad Hakim Che Harun dan disertai oleh peserta dari Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Impaknya, pelaksanaan MC ini telah membawa kepada peningkatan reputasi UMT sebagai sebuah institusi Pendidikan yang berkemahiran tinggi dalam bidang teknologi rawatan air sisa. Ini adalah selaras dengan misi universiti untuk menjadi peneraju dalam bidang-bidang kritikal yang memerlukan kepakaran khusus.

Selain menerima pentaulihan Sijil

Mikro UMT, para peserta dari Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang berkenaan turut

menerima pendedahan yang mendalam yang akan membantu mereka dalam menjalankan tugas harian di loji rawatan air sisa masing-masing.

Micro-credential ini berpotensi tinggi untuk mendapatkan lebih ramai peserta pada masa hadapan kerana UMT telah menandatangani MoU bersama Syarikat Air Terengganu (SATU). Malah, promosi MC juga turut giat dijalankan kepada beberapa syarikat Pengurusan Air dan Pembentungan serta akan diluaskan kepada industri pembuatan dan pemprosesan dan syarikat konsultan alam sekitar yang berpotensi.

Secara keseluruhannya, MC Teknologi Rawatan Air Sisa anjuran Pusat UMT Life telah mencapai kejayaan yang membanggakan. Walaupun menghadapi beberapa kekangan, program ini telah memberikan impak positif kepada peserta dan universiti. Dengan cadangan penambahbaikan yang telah dikemukakan, diharapkan micro-credential ini akan terus menjadi program yang berimpak tinggi pada masa hadapan dan terus memperkukuh reputasi UMT dalam bidang teknologi rawatan air sisa.

MARITIME OPERATION CLUB (MOC)

Sertai SHIPS Summer Camp 2024

Oleh: Vadzley Aqashah Abas

Hanis Afifah Hashim

Fakulti Pengajian Maritim

SHIPS Summer Camp 2024 bukan

sekadar program pendidikan biasa, ia adalah pengalaman transformasi!

Diadakan di Politeknik Perkapalan Negeri Surabaya (PPNS), Indonesia, dari 19 hingga 28 Ogos 2024, program ini menjadi medan bagi pelajar Sarjana Muda Pengurusan

Operasi Maritim untuk mendalami ilmu perkapalan, serta menghayati seni dan budaya maritim Indonesia.

Di sinilah, teori bertemu dengan amalan dan budaya maritim dihidupkan melalui pengalaman yang sukar dilupakan. Selama 10 hari, para peserta menjalani perjalanan unik penuh dengan pembelajaran mendalam dan pengalaman rekreasi yang mengujakan. SHIPS Summer Camp 2024 bukan hanya satu program mobiliti, malah ialah satu pengalaman seumur hidup yang menggabungkan kemahiran teknikal

dengan nilai-nilai budaya maritim yang tiada bandingannya.

SHIPS Summer Camp 2024 bertujuan melahirkan pelajar maritim yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, tetapi juga mahir secara praktikal. Fokus utama program ini adalah pembinaan bot fiber — menggabungkan teori dan amalan secara langsung. Para peserta diberi peluang mempelajari proses dari awal sehingga akhir, iaitu daripada pengenalan bahan-bahan sehingga pembinaan bot itu sendiri.

Apa yang menjadikan program ini lebih istimewa adalah pendedahan kepada budaya maritim Indonesia. Para peserta bukan hanya belajar membina bot, tetapi turut mendalami adat dan kehidupan nelayan Indonesia, menjalin kerjasama yang erat dengan komuniti tempatan.

Melalui program ini pelajar dapat membina keterampilan teknikal dan semangat kerjasama yang kuat serta nilai penting dalam industri maritim global.

Peserta-peserta SHIPS Summer Camp berkongsi pelbagai kisah inspirasi tentang pengalaman mereka. Al-Vandee, salah seorang peserta dari Filipina menyifatkan program ini sebagai peluang keemasan yang sukar ditemui di tempat lain. Menurutnya, pengalaman membina bot bersama tenaga pengajar dan para nelayan ialah satu proses yang benar-benar menguji kesabaran dan ketahanan, tetapi sangat memuaskan. "Kerjasama pasukan sangat penting dalam pembinaan bot. Ini bukan sahaja tentang teknikal, tetapi juga tentang membina hubungan baik antara rakan dan komuniti tempatan," kata Vandee.

Apa yang menjadikan SHIPS Summer Camp ini istimewa ialah gabungan pendidikan maritim moden dengan pengalaman budaya tradisional. Para peserta bukan hanya belajar di dalam kelas atau bengkel, tetapi mereka juga

menyertai aktiviti di lapangan, berinteraksi dengan nelayan tempatan dan menghayati keunikan budaya maritim Indonesia.

Lebih menarik lagi, program ini diakhiri dengan penyerahan bot yang dibina oleh para peserta kepada nelayan setempat. Ini bukan sahaja satu simbol kejayaan pelajar dalam memahami ilmu maritim, tetapi juga lambang kerjasama erat antara dua budaya yang berbeza, dan saling melengkapi.

PROGRAM MOBILITI OUTBOUND GEOSAINS MARIN

Teroka Formasi Geologi Indonesia

Oleh: Hafizah Aliah Nor Hasdy

Dr. Dony Adryansyah

Fakulti Sains dan Sekitaran Marin

Program mobiliti pelajar merupakan salah satu inisiatif yang semakin popular dalam kalangan pelajar di Malaysia termasuk di UMT. Program mobiliti boleh dilakukan secara inbound dan outbound yang melibatkan pertukaran pelajar antara negara dengan institusi pendidikan. Kedua-dua program ini memainkan peranan penting antaranya dalam memperluas pengalaman dan pengetahuan akademik pelajar pada peringkat antarabangsa.

Program mobility “Marine Geoscience Outbound Mobility Program” telah diadakan pada 1 hingga 14 Ogos 2024 di Institut Teknologi Bandung (ITB), Indonesia melibatkan enam orang pelajar dari kursus Sarjana Muda Sains Geosains Marin dengan Kepujian. Program yang julung kali diadakan ini ialah hasil kerjasama antara Program Geosains Marin, Fakulti Sains dan Sekitaran Marin (FSSM), UMT dan Program Teknik Geologi dan Program Oseanografi, Fakultas Ilmu dan Teknologi Kebumian (FITB), ITB.

Beberapa topik telah dipilih untuk dipelajari sepanjang program yang meliputi kegunungapian (volkanisma), geoterma, oseanografi dan batuan zon penjunaman tektonik. Perasmian program mobiliti ini telah diadakan secara dalam talian dan dihadiri oleh wakil fakulti dari kedua-dua institusi. Usai perasmian, satu sesi kuliah telah diadakan oleh pensyarah Program Teknik Geologi ITB, Dr. Idham Andri Kurniawan berkenaan geologi kawasan Bandung dan sekitarnya. Sesi ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada para pelajar UMT sebelum mereka berangkat ke Bandung bagi menjalani aktiviti lapangan dan kajian geosains di sana.

Satu sesi perkongsian ilmu juga turut diadakan pada 5 Ogos 2024 di Kampus ITB Bandung yang disampaikan oleh pensyarah UMT iaitu Dr. Dony Adryansyah yang membentangkan kajian bertajuk “Implications of Neotectonics of Sumatra to Seismicity of the Malay-Thai Peninsula”, dan Dr. Khaira Ismail menyampaikan kuliah bertajuk “Habitat Mapping for Marine Protected Areas in Malaysia”, manakala Dr.

Muhd Nur Ismail bin Abdul Rahman pula menyampaikan kajian bertajuk “Assessing hydrocarbon source rock potential of the Paleozoic sedimentary sequences in Bukit Keruak, Terengganu, Malaysia.

Para pelajar memulakan aktiviti kerja lapangan pertama mereka di WayangWindu, sebuah kawasan gunung berapi aktif yang juga menjadi tapak projek geoterma yang terletak di kawasan Pengalengan, Selatan Bandung. Para pelajar dibawa ke dalam salah satu kawah bernama “Kawah Wayang” untuk melihat secara langsung keadaan kawah gunung berapi aktif dan mendapat penerangan lebih lanjut tentang volkanologi. Aktiviti ini dibimbing oleh Dr. Idham Kurniawan, pensyarah ITB yang sangat berpengalaman dalam bidang volkanologi.

berkunjung ke Marine Technology Cooperation Research Center (MTCRC) yang terletak di bandar Cirebon. Pusat penyelidikan ini ditubuhkan berdasarkan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Koordinator Bidang Kemaritiman dengan Investasi (CMMAI) Republik Indonesia dan Kementerian Lautan dan Perikanan (MOF) Republik Korea. Ia ditubuhkan pada 14 September 2018 dan dikendalikan bersama antara ITB dengan Institut Sains dan Teknologi Lautan Korea (KIOST).

Kerja lapangan diteruskan di beberapa lokasi singkapan batuan berkaitan zon penjunaman tektonik di kawasan Karangsambung yang merupakan sebahagian dari Kebumen Geopark. Di kawasan Karangsambung ini, ITB memiliki stesen lapangan dikenali sebagai Kampus Lapangan Geologi Lok Ulo. Di sana mereka mendapat peluang untuk mempelajari secara langsung jenis batuan yang jarang atau hampir mustahil ditemui di Malaysia. Para pelajar mendapatkan penerangan terperinci tentang formasi batuan di kawasan tersebut.

Program mobiliti outbound ini menutup tirai pada 12 Ogos 2024 dengan pembentangan yang dilakukan oleh para pelajar UMT mengenai pengetahuan dan pengalaman yang telah mereka peroleh sepanjang program. Hari-hari terakhir di Bandung diisi dengan lawatan ke beberapa tempat menarik di bandar Bandung seperti Muzium Geologi Bandung yang merupakan muzium geologi terbesar di Asia Tenggara.

3. Lawatan lapangan kawasan gunung berapi dan tenaga geoterma Wayang-Windu di selatan bandar Bandung

TSR RANGKA TADBIR URUS DATA UMT

Hasil Lawatan Penanda Aras ke UiTM dan UCSI

Pejabat Transformasi, Perancangan Strategik dan Risiko (TSR) terus komited dalam usaha memperkukuh tadbir urus data yang lebih berkesan bagi meningkatkan kualiti dan integriti data Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Dalam usaha tersebut, pihak TSR telah mengadakan lawatan penanda aras ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dan UCSI Kuala Lumpur pada 5 September 2024 yang lalu bagi mempelajari amalan terbaik dalam tadbir urus data universiti.

Lawatan penanda aras ini bertujuan memahami pendekatan dan struktur tadbir urus data yang diamalkan oleh UiTM dan UCSI, yang merupakan antara institusi pengajian tinggi yang telah melaksanakan sistem tadbir urus data yang sistematik

Oleh: Che Mohd Imran Che Taib
Che Ku Noor Fatihah Che Ku Ahmad
Pejabat Transformasi, Perancangan Strategik dan Risiko

dan efisien. UiTM memperkenalkan tadbir urus data yang menggabungkan elemen strategi, polisi dan prosedur untuk memastikan keselamatan, ketepatan dan kebolehpercayaan data. Amalan ini termasuk pembentukan jawatankuasa tadbir urus data yang khusus bagi memantau kualiti data. UCSI menunjukkan penggunaan teknologi yang membantu dalam membuat keputusan berdasarkan data yang tepat dan masa nyata. Ini memberi inspirasi kepada UMT untuk mempertimbangkan penggunaan teknologi serupa bagi meningkatkan proses pengurusan data universiti.

Kedua-dua institusi juga memberikan penekanan yang tinggi kepada keselamatan data melalui dasar keselamatan siber yang ketat, termasuk pematuhan kepada Akta Perlindungan

Data Peribadi 2010 (PDPA). Pendekatan ini sangat relevan bagi UMT dalam memastikan data universiti dilindungi daripada ancaman siber. UiTM dan UCSI juga menekankan pentingnya latihan berkala untuk staf dalam tadbir urus data. Ini memberi idea kepada UMT untuk memperkenalkan program latihan yang lebih fokus dan menyeluruh dalam membina keupayaan pegawai dalam pengurusan data.

Berdasarkan dapatan lawatan, TSR merancang untuk membentuk Tadbir Urus Data UMT yang merangkumi Polisi Tadbir Urus Data, Struktur Pengurusan, Sistem Pengurusan Data Bersepadu dan Keselamatan dan Pematuhan. Lawatan penanda aras ke UiTM dan UCSI telah membuka peluang kepada TSR untuk mempelajari amalan terbaik dalam tadbir urus data, yang akan membantu universiti ini dalam membina Tadbir Urus Data yang mantap. Melalui inisiatif ini, TSR berharap dapat meningkatkan kualiti pengurusan data, memperkukuh keselamatan maklumat dan akhirnya menyokong matlamat strategik universiti dalam menghasilkan pendidikan dan penyelidikan berkualiti tinggi.

1. Majlis Perasmian Program

Mobiliti Pelajar CVASU@ FPSM 2024

2. Dekan FPSM, Prof. Ts.

Dr. Mohd Effendy bin

Abd Wahid FASc. FAPM, bersama Penyelaras M.O.U UMT-CVASU, Prof. Madya

Dr. Mohd Hanafi bin Idris, FPSM, Pensyarah pengiring CVASU, Prof. Dr. Sahmsul Morshed dan Prof. Madya Dr Helena Khatoon serta wakil pelajar CVASU

3. Pembentangan pelajar berkaitan pembangunan produk makanan

PELAJAR CVASU KEMBALI KE FPSM

Jalani Program Mobiliti

Oleh: Muhammad Haniff Mohd Yusoff

Prof. Madya Dr. Mohd Hanafi Idris

Fakulti Perikanan dan Sains Makanan

Seramai 112 orang pelajar Pelajar

Chattogram Veterinary and Animal Sciences (CVASU), Bangladesh

telah mengikuti Program Mobiliti Berkredit di Fakulti Perikanan dan Sains Makanan (FPSM) yang dijalankan pada 10 Ogos 2024 hingga 7 September 2024. Para peserta yang terdiri daripada 50 orang pelajar Fakulti Perikanan CVASU dan 62 orang pelajar Fakulti Sains dan Teknologi Makanan CVASU telah mendaftar kursus PSM4972 Latihan Industri Mobiliti Inbound (Inbound Mobility Industrial Training).

Program mobiliti ini adalah sebahagian daripada aktiviti Latihan Industri bagi pelajar CVASU yang menggabungkan elemen teori, praktikal dan lawatan ke agensi berkaitan. Bagi pelajar Fakulti

Perikanan CVASU, mereka telah didedahkan dengan aspek teknologi perikanan dan pemprosesan produk perikanan. Manakala pelajar Fakulti Sains dan Teknologi Makanan CVASU pula, mereka diajar berkaitan pembangunan produk makanan, penilaian deria dan analisis proksimat.

Di penghujung program, pelajar CVASU akan membuat pembentangan akhir berkaitan akitiviti-aktiviti yang telah dijalankan dan akan dinilai oleh pensyarah-pensyarah yang mengajar. Selain itu, bagi pelajar Fakulti Sains dan Teknologi Makanan CVASU, mereka perlu menghasilkan produk makanan sendiri hasil daripada tunjuk ajar pensyarah dan akan bertanding sesama mereka.

Selain aktiviti di makmal, pelajar juga telah dibawa melawat ke Akademi Perikanan Chendering, Institut Penyelidikan Perikanan Rantau Abang, Jabatan Perikanan Malaysia dan Syarikat Tenox Agrobusiness (M) Sdn. Bhd. Melalui sesi taklimat dan perkongsian pengalaman semasa lawatan, para peserta dapat memahami bagaimana ilmu yang dipelajari dapat diaplikasikan dalam sektor pekerjaan yang berkaitan.

Ternyata program mobiliti CVASU@ FPSM 2024 telah berjaya memperkenalkan UMT dan FPSM kepada pelajar CVASU. Untuk rekod, program mobiliti ini adalah sebahagian daripada aktiviti hasil daripada Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangi oleh UMT dan CVASU pada tahun 2016. Sejak dari itu, pihak CVASU telah banyak kali menghantar pelajar mereka ke FPSM untuk mengikuti program ini.

4. Penghasilan dan pembangunan produk makanan di makmal FPSM

kurniaan-Nya. Oleh itu, berdoa dan mohonlah kepada Allah SWT agar diberikan kenikmatan dalam kehidupan dan mensyukurinya.

Allah SWT mengurniakan nikmat yang mendatang kepada manusia

Nikmat yang mendatang ialah nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT selepas nikmat semula jadi. Nikmat yang mendatang contohnya anak, harta, kesihatan dan sebagainya. Nikmat seperti ini ialah nikmat yang mendatangkan kesenangan hati kita sebagai manusia. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki, Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki, dan Dia memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki. Atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan Dia juga menjadikan mandul kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa”.

(Al-Syura 42: 49-50)

Dalam keratan ayat di atas, Allah SWT menyatakan bahawa anak merupakan salah satu nikmat yang mendatang. Begitu juga dalam ayat sebelumnya, Allah SWT berfirman:

“Dan Dialah Allah yang telah memberikan kepadamu keperluanmu dan segala apa yang kamu memohon kepada-Nya dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari nikmat Allah”.

(Ibrahim 14: 34)

Allah SWT berfirman dalam ayat di atas bahawa manusia itu zalim kepada diri mereka sendiri kerana mereka tidak menjaga nikmat yang telah Allah SWT kurniakan kepada mereka. Oleh ilu, syukurilah nikmat mendatang ini dengan sebaik-baiknya dan janganlah menjadi orang yang kufur terhadap nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita. Kufur nikmat ini ialah tidak mensyukuri terhadap nikmat yang dikurniakan kepada manusia.

Sesungguhnya, kita sebagai hamba hendaklah bersyukur dengan segala nikmat Allah SWT kerana Allah SWT telah menjanjikan kepada hamba-Nya di dalam al-Quran bahawa Allah SWT akan menambahkan nikmat bagi orang yang bersyukur.

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu…” (Ibrahim 14: 7)

Allah SWT berkehendak untuk memanjangkan nikmat bagi hamba-Nya

Nikmat ialah milik Allah SWT. Allah SWT boleh memberikan nikmat itu kepada mana-mana hamba-Nya yang dihendaki dan Allah SWT juga boleh menarik balik segala nikmat telah diberikan kepada mana-mana hamba-Nya. Allah SWT mampu untuk memanjang nikmat seseorang yang telah diberikan nikmat ke atasnya.

Antara nikmat Allah SWT kepada hamba-Nya, apabila seseorang itu sihat dan tidak sakit-sakit. Apabila seseorang itu berkuasa, dia terus berkuasa dan tidak jatuh. Apabila seseorang itu mulia, dia terus dimuliakan oleh Allah SWT. Jika seseorang itu merasakan nikmat iman, dia terus berdoa agar dirinya dalam peliharaan Allah SWT dan ketenangan iman itu.

Berdoa dan mohonlah kepada Allah SWT agar dikekalkan nikmat yang telah diberikan oleh-Nya. Jangan pula jika tidak mempunyai hajat atau tidak merasakan kesempitan hidup, maka kita tidak berdoa kepada Allah SWT. Di dalam al-Quran, Allah SWT menceritakan bagaimana seseorang hamba yang mohon agar Allah SWT memanjangkan nikmat yang ada padanya.

“(Mereka berdoa): "Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi Kurnia" (Ali Imran 3: 26)

Apabila berbicara mengenai sifat Allah SWT al-Wahhab, perlu juga untuk diketahui bahawa Allah al-Wahhab boleh memberi nikmat kepada sesiapa yang dikehendaki oleh-Nya dan Allah al-Wahhab juga boleh menarik balik segala apa yang telah dikurniakan dengan kehendakNya. Firman-Nya yang bermaksud:

Katakanlah: "Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki, Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya, Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."

(Al-Syura 42: 27)

Kesimpulan

Allah SWT telah mengurniakan nikmat yang melimpah ruah kepada hamba-Nya. Oleh itu, kita sebagai hamba Allah SWT hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar mengekalkan segala kebaikan yang telah dikurniakan oleh-Nya kepada kita dan menggunakan segala nikmat tersebut untuk kebaikan dan keredhaan-Nya sebagai tanda syukur kita kepada-Nya.

DI PASARAN Terkini

Industrialization on Rural Community in Terengganu

Pengarang

Mohd Radhi Abu Shahim

Kamarul Md. Shah

Mazidah Mohd Dagang

ISBN: 978-629-7625-49-2

Tahun: 2024

Impak Perlombongan Pasir ke Atas Persekitaran dan Industri Akuakultur

Penyunting

Siti Aisyah Saat

Rasina Rasid @ Awang

Nurul Izzwani Md Khairuddin

ISBN: 978-629-7625-51-5

eISBN: 978-629-7625-52-2

Tahun: 2024

Aplikasi Asas PLS Menggunakan R dalam Kajian Sains Sosial

Pengarang

Azwadi Ali

ISBN: 978-629-7625-53-9

Tahun: 2024

Penghayatan Etika dan Peradaban

Pengarang

Ruzaini Sulaiman @ Abd. Rahim

Ismar Liza Mahani Ismail

Najihah Abdul Mutalib

Aisyah Dollah @ Abdullah

Abdul Hanis Embong

ISBN: 978-629-7625-55-3

Tahun: 2024

Memperkasa Keluarga Bebas

Dadah: Cabaran dan Harapan

Penyunting

Norhayati Saat

Siti Salina Abdullah

Abdul Rahman Abdul Latif

ISBN: 978-629-7625-49-2 Tahun: 2024

Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.