Prakarsa@HEPA
Sidang Redaksi
Penasihat :
PROFESOR DR. MOHD IZANI BIN MOHD ZAIN
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
Ketua Editor :
FADLI BIN MAMAT
Ketua Pentadbiran, Pejabat Hal Ehwal Pelajar
Editor:
HAINANY IDAYU BINTI YAZID
Ketua Pusat Pembangunan Holistik dan Kaunseling Pelajar
SITI NORIAM BINTI YAAKOB
Ketua Pusat Sukan dan Rekreasi
BADRUHISHAM BIN DARUS
Ketua Pusat Kebudayaan dan Kesenian
HAZNIYATI BINTI HASSAN
Penolong Pendaftar Kanan, Pusat Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan
NUR AAMINAH BINTI AZHAR
Penolong Pendaftar, Kolej Kediaman
ENGKU NURUL AIMA TENGKU AMRI
Penolong Pendaftar, Pejabat Hal Ehwal Pelajar
NORUL HANIZAN BINTI HAZIN
Penolong Pendaftar, Pusat Alumni
MUHAMMAD ASHRAFF AIMAN BIN ROSLAN
Penolong Pendaftar, Kolej Kediaman
NUR FADHILAH BINTI MALEK
Pegawai Psikologi, Pusat Kaunseling dan Kesejahteraan Mahasiswa
MUHAMMAD AIMAN BIN AZIZ
Penolong Pendaftar Kanan (Sukan dan Rekreasi), Pusat Sukan dan Rekreasi
Pereka
MUHAMMAD ADLI BIN HASHIM
Pereka Pejabat Komunikasi Korporat
Urus setia
WAN AZURA BINTI WAN MAMAT
Penolong Pegawai Tadbir Kanan, Pejabat Hal Ehwal Pelajar
ATLET SUKAN PERAHU LAYAR UMT BINGKAS DI FISU



Universiti Malaysia Terengganu (UMT) barubaru ini mencipta sejarah apabila menyertai Kejohanan FISU World Championship Sailing yang diadakan di Desenzano Del Garda, Italy. Kejohanan ini merupakan platform penting bagi pelajar-pelajar universiti seluruh dunia untuk menguji kemahiran mereka dalam sukan pelayaran. UMT, yang terkenal dengan program marin dan pelayarannya, menghantar pasukan yang terdiri daripada pelajar-pelajar terlatih dan berpengalaman dalam bidang ini.
Penyertaan UMT dalam kejohanan ini bukan sahaja memperlihatkan bakat dan kemahiran pelajar, tetapi juga membuktikan komitmen
universiti dalam mempromosikan sukan pelayaran di peringkat antarabangsa. Pasukan UMT telah menjalani persiapan yang rapi, termasuk latihan intensif dan simulasi pelayaran untuk memastikan mereka berada dalam keadaan terbaik semasa kejohanan.
Kejohanan FISU ini diadakan di tasik yang mencabar, memberikan peluang kepada peserta untuk berhadapan dengan pelbagai keadaan cuaca. UMT tidak hanya bertanding untuk meraih pingat, tetapi juga untuk mempelajari teknik dan strategi daripada pasukan-pasukan lain dari seluruh dunia. Dengan adanya pengalaman




Mei - Julai 2024 Volume 28

ini, pelajar-pelajar UMT dapat meningkatkan kemahiran mereka dan membawa pulang pengetahuan yang berharga untuk dikongsi dengan rakan-rakan pelayar di Malaysia.
Selain daripada aspek kompetitif, penyertaan dalam kejohanan ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk membina jaringan antarabangsa. Mereka berpeluang berinteraksi dengan peserta dari pelbagai latar belakang, yang membuka ruang untuk kerjasama di masa hadapan dalam bidang pelayaran dan penyelidikan maritim. UMT berhasrat untuk terus menyertai kejohanan sebegini demi meningkatkan reputasi dan kemahiran pelajarnya dalam sukan pelayaran global.
Secara keseluruhannya, penyertaan UMT dalam Kejohanan FISU World Championship Sailing adalah satu langkah positif yang menunjukkan dedikasi universiti terhadap pembangunan sukan dan akademik. Ini adalah satu lagi bukti bahawa UMT komited untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga dalam bidang sukan dan kemahiran praktikal.


Mei - Julai 2024 Volume 28
WEBINAR MAHASISWA SEJAHTERA: APA KHABAR DIRI SAYA?
BANTU RAWAT KESIHATAN MENTAL PELAJAR
Oleh : Cik Nur Fadhilah binti Malek



Pusat Kaunseling dan Kesejahteraan Mahasiswa (PKKM), HEPA telah menganjurkan Webinar Mahasiswa Sejahtera pada 5 Jun 2024. Program yang dilaksankan secara atas talian ini telah disertai oleh 100 orang mahasiswa UMT. Program ini merupakan program yang dilaksaksanakan dua kali setahun dan pada fasa yang pertama ini, PKKM telah menjemput Puan Nur Mahirah binti Mahmud, Pegawai psikologi, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Terengganu. untuk menyampaikan ceramah bertajuk “Apa Khabar Diri Saya”.
Tajuk “Apa Khabar Diri Saya” ini dipilih bertujuan untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa UMT tentang kepentingan untuk memantau tahap kesihatan dan kesejahteraan mental diri sendiri. Hal ini kerana para mahasiswa kini sering memandang enteng dan terlepas pandang untuk memastikan tahap psikologi mereka dalam keadaan sihat dan terjaga. Menurut perkongsian yang dikongsi oleh Puan Nur Mahirah binti Mahmud, “Terdapat banyak kes mahasiswa mengalami kecelaruan mental pada minggu kritikal pengajian seperti minggu penghantaran tugasan, minggu pembentangan dan minggu peperiksaan. Semasa
dalam tempoh ini, mereka lebih cenderung untuk bertindak di luar kewarasan dan tahap fizikal normal sekaligus menyebabkan kesihatan psikologi mereka terjejas. Oleh itu, sangat penting untuk memberi kesedaran dan berkongsi tentang tip penjagaan diri secara psikologi

Sebagai mahasiswa, kita tidak boleh mengabaikan penjagaan psikologi terutama emosi kita sendiri. Kita tidak boleh menafikan yang setiap daripada diri kita mempunyai emosi yang perlu diuruskan dengan positif. Jika kita mengabaikannya, perkara tersebut secara tidak langsung akan memberi kesan yang lebih memudaratkan di masa akan datang seperti penyakit mental. Sehubungan itu, Kelolaan dan cara mengatur jadual waktu kehidupan seharian juga merupakan antara tips penting untuk memastikan penjagaan emosi dan psikologi mahasiswa terjaga. Harapan penganjur agar para mahasiswa UMT akan sentiasa membuat ujian tahap kesejahteraan psikologi dan mengambil cakna tentang penjagaan diri mereka. Setiap mahasiswa harus bertanggungjawab dengan kesihatan diri mereka secara keseluruhannya.
Volume 28

Mei - Julai 2024
ALAMAK EXAM?!!!: PERSEDIAAN MENTAL, EMOSI DAN FIZIKAL DALAM MENGHADAPI PEPERIKSAAN
Oleh : Mohamad Daniel Haiqal bin Mohamad Omar

Pusat Kaunseling dan Kesejahteraan Mahasiswa (PKKM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menganjurkan program Exam
Talk siri 1 pada 24 jun 2024. Program ini disertai seramai 122 orang peserta dan diadakan secara dalam talian melalui Cisco Webex bermula pukul 8.30 malam serta secara langsung melalui aplikasi Facebook PKKM UMT.
Bagi siri pertama, panel jemputan adalah saudari Cik Fatonah binti Mohd Zaidi yang merupakan alumni Sarjana Muda Kaunseling UMT serta penerima Anugerah Pelajaran Diraja UMT 2019 dengan tajuk yang dikupaskan “Alamak Exam?!!!: Persedian Mental, Emosi dan Fizikal Dalam Menghadapi Peperiksaan”.



Perlaksanaan program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar dalam mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan di samping memberi motivasi kepada pelajar untuk mencapai kejayaan.
Melalui program ini juga, pelajar turut dikongsikan dengan pelbagai tips positif seperti pengurusan masa, penjagaan diri dalam aspek fizikal dan emosi sebelum menghadapi peperiksaan dan pelbagai pengisian menarik lagi. Dengan melibatkan pendekatan yang menyeluruh dalam persediaan mental, emosi, dan fizikal, pelajar boleh menghadapi peperiksaan dengan lebih yakin dan bersedia. Pada akhir sesi, panel juga turut berkongsi pengalaman beliau dan memberi sumber aspirasi semasa melanjutkan pengajian di UMT sehingga beliau berjaya memperolehi anugerah khas iaitu Anugerah Pelajaran Diraja UMT pada tahun 2019.

Mei - Julai 2024 Volume 28
PROGRAM KOMUNITI MADANI (KAMPUNG ANGKAT HEPA)
– RECHARGEANDREFORM@SMKMATANG





Pusat Kaunseling dan Kesejahteraan Mahasiswa (PKKM) telah melaksanakan Program Komuniti Madani Recharge and Reform bertempat di SMK Matang, Kuala Berang, Terengganu pada 20 Julai 2024. Pelaksanaan program yang selaras dengan perlaksanaan Program Komuniti MADANI (Kampung Angkat HEPA) ini telah dijalankan secara berfasa bermula pada bulan Mei hingga Julai 2024 merangkumi 6 siri sesi kelompok. Program ini melibatkan penyertaan pelajar Sekolah Menengah Kebangsan Matang, Kuala Berang dengan penglibatan seramai 30 orang pelajar tahun 3 Sarjana Muda Kaunseling, UMT serta 6 orang fasilitator.
Pemilihan peserta yang menyertai Program Komuniti Madani Recharge and Reform adalah dalam kalangan pelajar yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang rendah kerana objektif utama perlaksanaan program adalah untuk membantu meningkatkan keyakinan diri serta sahsiah pelajar dalam usaha mencapai keputusan akademik yang terbaik dan cemerlang. Program ini berkonsepkan sesi

kaunseling kelompok, di mana pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan dan diketuai oleh seorang fasilitator sebagai ketua kelompok.
Setiap siri mempunyai pengisian dan fokus yang berbeza. Siri yang pertama tertumpu kepada pembentukan kumpulan dan penerapan kerjasama dalam kumpulan. Seterusnya, siri yang kedua tertumpu kepada penetapan matlamat dan hala tuju dalam kehidupan. Siri yang ketiga pula lebih kepada penerokaan kelebihan dan kelemahan serta halangan yang akan dihadapi manakala siri yang keempat tertumpu kepada penilaian terhadap kelebihan, kelemahan dan halangan yang dihadapi. Siri yang kelima pula memberi tumpuan kepada pembinaan pelan strategi dalam usaha untuk mencapai matlamat yang ditetapkan dan siri yang terakhir pelajar diberi refleksi dan dapatan impak sepanjang siri kelompok ini dilaksanakan. Secara keseluruhannya, program ini memberi kesan dan ransangan yang positif dalam menyuntik semangat motivasi kepada para pelajar untuk mendapat keputusan yang cemerlang dan mencapai matlamat terutama dalam pendidikan mereka.
Volume 28
Mei - Julai 2024
SAND THERAPY: BACK TO NATURE - RECHARGE & REFORM
Pusat Kaunseling dan Kesejahteraan Mahasiswa (PKKM) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengadakan Program Sand Therapy: Back To Nature - Recharge & Reform bersama-sama 66 orang pelajar pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Budiman bersama 5 orang guru pengiring pada 21 Mei 2024 bertempat di Pantai Tok Jembal berhampiran kampus UMT.
Objektif program ini adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada peserta agar dapat mengekpresikan perasaan negatif yang ada dalam diri mereka. Setiap pelajar telah dikumpulkan mengikut kumpulan dan diketuai fasilitator yang terdiri daripada pelajar Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) serta Kelab Pengurusan Kaunseling (PEKA).
Melalui perlaksanaan program ini, pelajar akan membina ‘dunia pasir’ mengikut dimensi dunia realitinya. Dengan menggunakan bahan semula jadi seperti kayu, daun dan kulit kerang, ia dapat membantu pelajar mewujudkan penceritaan dalam dunia mereka. Program ini dilihat dapat membantu pelajar mengenal pasti perkara negatif dalam diri mereka yang memberi kesan kepada proses pembelajaran mereka di sekolah.





Mei - Julai 2024
KLINIK INVENTORI BANTU KENALI PERSONALITI DENGAN JELAS

6
Jun 2024 – Program Klinik Inventori merupakan program berkala bagi Pusat Kaunseling dan Kesejahteraan (PKKM) yang dijalankan 2 kali setahun. Ia dijalankan di bilik kaunseling dengan penyertaan seramai 30 orang pelajar. Program ini dikendalikan oleh semua pegawai psikologi serta kaunselor pelatih PKKM.
Melalui program ini, pelajar dapat mengenalpasti keupayaan dan kemampuan diri serta personaliti dengan lebih jelas. Selain itu, pelajar juga diberi pencerahan bagi mengenalpasti pemilihan bidang kerjaya selaras dengan kesesuaian diri meraka. Di samping itu, program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar cara menguruskan permasalahan yang dihadapi dengan lebih efektif dan berkesan.
Antara inventori yang disediakan adalah Inventori Personaliti Warna, Inventori Gaya Belajar, Inventori Pengurusan Stress, Inventori Minat Kerjaya dan Inventori Gaya Bercinta. Peserta yang menyertai program ini akan dicadangkan untuk mengikuti sesi kaunseling susulan secara individu atau kelompok berdasarkan keperluan bagi melihat perkembangan dan potensi diri pelajar.



Mei - Julai 2024 Volume 28

HEAL YOURSELF: RECHARGE AND REFORM
Program Heal Yourself: Recharge and Reform merupakan program kerjasama antara Pusat Kaunseling dan Kesejahteraan Mahasiswa (PKKM) dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mizan Zainal Abidin. Program ini telah dijalankan di UMT pada 23 Julai 2024 bermula pukul 7.30 pagi hingga 1.00 petang dengan melibatkan 50 orang pengawas tingkatan 4 dan tingkatan 5.
Pelaksanaan program ini dimulakan dengan slot Sand Therapy: Back to Nature – Recharge & Reform di Pantai UMT. Manakala slot Pemimpin Sejahtera dan Si Pemikir Hebat dijalankan di bangunan Kompleks Siswa. Kesemua slot ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Pegawai Psikologi PKKM.
Melalui program ini, pelajar diberi ruang untuk mengekspresikan perasaan dan emosi mereka sebagai healing process. Para peserta juga diberi pendedahan bagaimana untuk menjadi seorang pemimpin yang hebat dan efektif. Impaknya, para peserta dapat mengaplikasikan kemahiran yang diperolehi dalam menjalankan tugas sebagai seorang pengawas di sekolah.





Mei - Julai 2024 Volume 28
PROGRAM LITERASI POLITIK TERENGGANU
Kuala Nerus - Program Literasi Politik merupakan program anjuran dari Kelab POSESO dengan kerjasama Unit Literasi dan Advokasi Politik (ADVOKASI@UMT), Hal Ehwal Pelajar dan Alumni bersama Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial pada 10 Jun 2024.
Program diadakan di Dewan Auditorium Mahyuddin telah bermula seawal jam 8.30 pagi. Program berkenaan telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Haji Awi bin Salleh yang merupakan Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Perancangan dan Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan seterusnya ucapan perasmian telah disempurnakan oleh Profesor Dr. Suriyani binti Muhamad, Dekan Fakulti Perniagaan, Ekonomi Dan Pembangunan Sosial.
Selain itu, pengisian yang bermanfaat disediakan kepada peserta melalui simulasi proses pengundian yang disampaikan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Terengganu dan pendedahan dan perkongsian berkaitan Undi 18 disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Nazli bin Aziz Timbalan Dekan, FPEPS. Sehingga petang, program ini telah dirumuskan oleh Profesor Madya Dr. Rosyidah binti Muhamad, Ketua Program Sarjana Muda Pengurusan (Pengajian Polisi).
Tujuan program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan tanggungjawab dan peranan pengundi khususnya belia negara dalam memahami serta mengambil tahu akan proses pilihan raya yang berlaku di negara kita Malaysia. Program ini diadakan bertujuan memberikan pendedahan kepada semua pelajar tingkatan 6 dan pelajar universiti.
Selain itu, seramai 66 Pelajar Pra-Universiti yang terdiri daripada empat buah sekolah juga telah turut serta terlibat iaitu SMK Sheikh Abdul Malik, SMK Sultan Sulaiman, SMK Sultan Ahmad dan SMK Padang Midin.







Mei - Julai 2024
PROGRAM KEM KEPEMIMPINAN MAHASISWA (KEMSIS) “MEMUPUK BAKAT KEPIMPINAN PELAJAR”
Alor Gajah, Melaka - Pusat Pembangunan dan Pemerkasaan Mahasiswa (PPPM), HEPA telah melaksanakan Kem Kepemimpinan Mahasiswa (KEMSIS). Kem ini diadakan selama 3 hari yang bermula pada 25 hingga 28 Julai 2024 di Kem Permata Resort, Alor Gajah Melaka.
Kem ini turut melibatkan seramai 61 orang peserta yang terdiri daripada peserta Kem Bina Bakat Siri 1 dan Siri 2 serta Kem PEWARIS ini merupakan satu program kemuncak selepas penganjuran Kem Bina Bakat Siswa (BAKAT) Siri 1 & 2 yang dilaksanakan sebelum ini. Seramai 20 orang fasilitator terlibat bagi menjayakan kem ini.
Pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang program berlangsung seperti Siswa Masuk Kampung (SMK) yang bertempat di Masjid AlNajihin Padang Sebang, Alor Gajah Melaka, slot jemputan penceramah luar, team building dan lain-lain. Tujuan utama kem ini diadakan adalah untuk menerapkan pelajar dengan nilai positif seperti kerja secara berpasukan, semangat kerjasama, nilai ihsan dan kebersamaan dan sifat asertif diri yang tinggi. Sebagai bakal pemimpin pada masa hadapan, mahasiswa turut dilibatkan dengan aktiviti bersama komuniti bagi mengasah nilai kebersamaan dan sifat ihsan mereka.
Rasional setiap aktiviti dilaksanakan dalam KEMSIS ini adalah untuk meningkatkan jati diri, ketahanan fizikal dan mental para peserta yang supaya generasi masa hadapan ini yang mempunyai wawasan yang tinggi di samping dapat memegang dan menjalankan amanah serta tugas yang diberikan oleh pihak pengurusan.
Secara keseluruhannya, program seumpama ini sebenarnya dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran luar bilik kuliah, agar bakal pimpinan mahasiswa dapat mempunyai daya tahan yang tinggi dan produktif, selain meningkatkan nilai kebersamaan mahasiswa bersama komuniti. Dalam masa yang sama, seiring dengan 7 ikhtiar menggelora bakat mahasiswa seperti mana yang disarankan oleh Profesor Dr. Mohd Izani bin Mohd Zain, Timbalan Naib Canselor (HEPA), Universiti Malaysia













Mei - Julai 2024
SLOT TRANSFORMASI DIRI SEMPENA MINGGU JALINAN MESRA (MJM) PELAJAR KEMASUKAN PELAJAR BAHARU DIPLOMA/ASASI SESI 2024/2025
Kuala Nerus - Musim kemasukan pelajar baharu ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi peringkat Diploma dan Asasi STEM, terutama di universiti awam (UA) kini menjelang tiba. Hampir semua UA termasuk IPT swasta sudah bersedia menerima dan memulakan sesi pengajian atau semester baharu mereka dalam tempoh terdekat ini.
Universiti Malaysia Terengganu juga tidak terkecuali dalam menerima pelajar baharu sesi 2024/2025 ini. Seramai 416 pelajar ambilan perdana telah mendaftar pada 21 – 23 Julai lalu dengan pecahan 79 pelajar mengikuti program Diploma Perikanan dan 337 pelajar Asasi STEM. Pusat Pembangunan dan Pemerkasaan Mahasiswa (PPPM) HEPA telah dimandatkan untuk menguruskan ruang dan slot pengenalan serta peranan dalam Minggu Jalinan Mesra (MJM) sesi 2024/2025. Sesi Penerangan peranan berkenaan PPPM HEPA telah disampaikan oleh Encik Wan Muhamad Naziq bin Che Nor, Penolong Pendaftar merangkap wakil Pengarah.
Turut hadir menjayakan sesi taklimat tersebut adalah Penolong Pendaftar (Kanan) PPPM, Pegawai Kaunseling merangkap wakil daripada Pusat Kaunseling dan Kesejahteraan Mahasiswa (PKKM) dan staf PPPM bagi menjayakan slot yang dijalankan. Warga PPPM HEPA mengucapkan selamat datang dan selamat maju jaya kepada para pelajar yang telah berjaya mendaftarkan diri. Terima kasih kerana menjadikan UMT destinasi pengajian pilihan anda.




Mei - Julai 2024
HEPA ALU-ALUKAN KEDATANGAN PELAJAR BAHARU DIPLOMA DAN ASASI STEM SESI 2024/2025 KE UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
Oleh : Shafie Umardi @Kamarol Bahrin
Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni mengucapkan selamat datang kepada para pelajar baharu bagi Diploma dan Asasi STEM yang telah selamat mendaftar masuk ke kampus bagi Sesi 2024/2025 pada 21 Julai 2024. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada para pelajar baharu yang bertuah kerana terpilih untuk menyambung pengajian di Universiti Malaysia Terengganu.
Kedatangan mereka turut disambut oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr. Mohd Izani bin Mohd Zain hari ini. Beliau turut sama-sama meluangkan masa di sesi penyerahan kunci bilik di kaunter Pendaftaran kunci, Kolej Kediaman. Beliau menzahirkan rasa teruja melihat kegembiraan ibu bapa menghantar anak mereka ke UMT. Sesi kemasukan pada hari ini dibuat secara pandu lalu menuju terus ke Kolej Kediaman di mana para pelajar dibenarkan masuk ke bilik bersama ibu bapa bagi merasai suasana dan pengalaman hari pertama bergelar “Mahasiswa UMT”.
Seramai 423 pelajar mula mendaftar masuk hari ini seawal jam 8.30 pagi dengan pecahan 79 pelajar Diploma dan 337 pelajar Asasi STEM dengan kehadiran 204 orang pelajar lelaki dan 219 orang pelajar perempuan.
Bagi menyambut kedatangan pelajar baharu, pihak HEPA bersamasama Majlis Perwakilan Pelajar dan Sekretariat MJM telah giat melakukan persediaan bagi memastikan perjalanan pendaftaran masuk hari ini dan Minggu Jalinan Mesra yang akan berlangsung selama 3 hari ini dapat berjalan dengan lancar. Sidang Redaksi mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada pelajar baharu Diploma dan Asasi STEM Sesi 2024/2025!!!





Mei - Julai 2024
SESI MINUM PETANG MAHASISWA SABAH UMT BERSAMA TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN TINGGI, YB. DATUK TS. MUSTAPHA SAKMUD
Oleh : Engku Nurul Aima binti Tengku Amri
Pejabat Hal Ehwal Pelajar telah berpeluang menguruskan sesi Lawatan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB. Datuk Ts. Mustapha Sakmud ke Universiti Malaysia Terengganu sempena Sesi Minum Petang bersama Mahasiswa Sabah pada 11 Mei 2024 lalu.
Sesi Minum Petang Yang Berhormat Timbalan Menteri (YBTM) bersama Mahasiswa Sabah yang diadakan di Bilik Seminar Institut Oseonografi dan Sekitaran ini turut menyaksikan kunjungan julung kalinya YB Menteri Pendidikan Tinggi ke UMT. Seramai 100 orang pelajar UMT anak-anak Sabah yang terdiri daripada Kelab Mahasiswa Sabah (KEMASIS) dan daripada pelbagai program pengajian bersama-sama hadir untuk memeriahkan sesi minum petang ini.
Pada majlis tersebut, turut diadakan sesi dialog pelajar-pelajar Sabah bersama YB. Datuk Ts. Mustapha Sakmud. Antara perbincangan dan persoalan yang diajukan oleh pelajar adalah berkenaan isu kebajikan, bantuan, biasiswa serta jaminan peluang kerjaya mereka apabila tamat pengajian nanti. Menurut YBTM, beliau memberi jaminan akan sentiasa memantau dan menjaga kebajikan pelajar-pelajar Sabah dan akan pastikan walaupun pelajar tinggal jauh daripada keluarga dan merantau ke semenanjung untuk menimba ilmu, pelajar Sabah akan marasai pengalaman belajar yang indah dan manis dan pulang ke Sabah dengan segenggam Ijazah. YBTM turut mengumumkan bantuan dana sebanyak RM5000.00 kepada KEMASIS UMT untuk aktiviti dan program pembangunan pelajar anak Sabah.








PEMBENTANGAN PELAKSANAAN PROGRAM ESG GLOBAL YOUNG LEADERS SUMMIT 2024 DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI &
YAYASAN SUKARELAWAN SISWA
Oleh : Muhammad Syakir Che Mansor, PPPM
Satu sesi pembentangan pelaksanaan program ESG Global Young Leaders Summit 2024 telah diadakan di kementerian Pendidikan Tinggi dan Yayasan Sukarelawan Siswa pada 26 April 2024 oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Terengganu. Delegasi UMT diketuai oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Uzair bin Rusli, Ketua Makmal Luar Penyelidikan Penyu (SEATRU). Turut hadir En Fadli bin Mamat, Ketua Pentadbiran, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan barisan urusetia program.
Program ESG Global Young Leaders Summit 2024 ini merupakan program berimpak tinggi yang akan dianjurkan oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UMT. Penganjuran kali pertama ini akan dilaksanakan selama 4 hari bermula pada 22 hingga 25 Ogos 2024 dengan bertemakan “Nurturing Future Leaders for Ocean and Environmental Stewardship” selaras dengan bidang tujahan UMT. Program ini melibatkan peserta daripada universiti awam, universiti swasta dan universiti luar negara.
Objektif utama dalam sesi pembentangan ini adalah untuk memohon penajaan, sumbangan dan kerjasama daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Yayasan Sukarelawan Siswa bagi menjalankan program ESG Global Young Leaders Summit 2024 dengan lebih berjaya ke peringkat lebih tinggi. Hasil pembentangan akan digunakan sepenuhnya untuk menyokong kelancaran program serta membawa nama UMT dan KPT ke peringkat global.











SELAMAT HARI LAUTAN SEDUNIA 2024 : PROGRAM HEALING@PATA UMT
Jun setiap tahun telah diwartakan sebagai tarikh memperingati Sambutan Hari Lautan Sedunia di peringkat global dengan tujuan utamanya adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan kepentingan lautan bagi menampung kehidupan di bumi selain satu langkah mempromosikan usaha kelestarian dan perlindungan ekosistem laut. Lautan memainkan peranan penting dalam mengawal iklim dunia. Dengan usaha kecil seperti pengurangan penggunaan beg plastik, menjaga kebersihan pantai dan menyokong aktiviti konservasi laut ianya dapat menyumbang kepada kesejahteraan lautan dengan begitu signifikan.
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT berpeluang menyahut seruan ini dengan mengambil inisiatif menganjurkan program Healing@ Pata UMT pada 7 Jun 2024, bertempat di pantai UMT. Penganjuran ini memberi penekanan kepada kesedaran pemeliharaan laut dan aktiviti pembersihan kawasan pantai UMT yang juga dilihat mampu memupuk semangat kesukarelawanan. Beberapa aktiviti sukaneka turut diadakan seperti pertandingan bola tampar pantai, futsal pantai, pembinaan istana pasir dan pertandingan kuiz. MPP UMT percaya melalui platform ini indeks kesejahteraan dan kesihatan mental para pelajar turut dapat ditingkatkan.
Secara keseluruhannya, program Healing@Pata UMT ini merupakan salah satu usaha kecil untuk menyelamatkan lautan daripada pelbagai ancaman yang tidak boleh dipikul secara sendirian oleh manamana pihak, sebaliknya merupakan tindakan kolektif antara komuniti saintifik, pembuat dasar, komuniti perniagaan dan juga masyarakat sivil. Keyakinan haruslah dipasak bahawa lautan pasti akan dapat dipelihara melalui tindakan kolektif pihak-pihak bertanggungjawab seterusnya mengekalkan kelestarian lautan yang menjadi nadi kehidupan di dunia.







KARNIVAL SUKAN MAHASISWA KOLEJ KEDIAMAN (SIRI I) KASUMA 2024
Program Karnival Sukan Mahasiswa Kolej Kediaman, Siri I (KASUMA 2024) bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan di kalangan mahasiswa, mempererat hubungan antara penghuni kolej kediaman, serta menggalakkan gaya hidup sihat melalui pelbagai aktiviti sukan yang menyeronokkan dan mencabar. Perkara ini bertepatan dengan Sustainable Development Goals (SDG) atau Matlamat Pembangunan Lestari merupakan satu agenda global yang dibentuk oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mencapai pembangunan yang mampan dan inklusif bagi semua negara menjelang tahun 2030. Matlamat Pembangunan Lestari yang berkait rapat dengan program ini adalah Matlamat SDG 3 adalah untuk memastikan kehidupan yang sihat dan mempromosikan kesejahteraan untuk semua pada semua peringkat umur. SDG 3 iaitu memastikan kehidupan yang sihat dan kesejahteraan untuk semua peringkat umur. Program sukan memainkan peranan penting dalam mempromosikan kehidupan sihat dan kesejahteraan menyeluruh. SDG 16 iaitu menggalakkan masyarakat yang aman dan inklusif, memberikan akses kepada keadilan, dan membina institusi yang bertanggungjawab dan inklusif. Melalui penyertaan dalam sukan, individu dari pelbagai latar belakang dapat berinteraksi dan bekerjasama, memupuk sikap saling menghormati dan toleransi, serta mengetengahkan golongan wanita dan warga emas. SDG 4 iaitu memperkukuhkan pendidikan berkualiti. Program sukan membantu pelajar mengembangkan kemahiran kepimpinan dan pengurusan masa, yang penting untuk mencapai kecemerlangan pendidikan.
Pembukaan program KASUMA 2024 dimulakan dengan dengan pertandingan karom yang bertempat di Dewan Al-Irfan dan pertandingan ping-pong yang bertempat di Dewan Al-Falah, Kolej Kediaman. Pendaftaran dibuka seawal jam 8.00 malam di kedua-dua venue yang terlibat. Penyertaan bagi pertandingan karom dan pertandingan pingpong sangat baik dan dilaksanakan dengan lancar sepertimana yang dirancang. Selain itu, turut diadakan tiga aktiviti pada keesokan hari iaitu pertandingan bola jaring, pertandingan bola tampar dan pertandingan dart. Pertandingan bola jaring dan bola tampar dilaksanakan pada sesi pagi iaitu bertempat di Gelanggang Serbaguna, Universiti Malaysia Terengganu manakala pertandingan dart dilaksanakan pada sesi malam bertempat di Dewan Al-Irfan, Kolej Kediaman. Pertandingan dart telah dijalankan di Dewan Al-Irfan, Kolej Kediaman. Format perlawanan bagi pertandingan Dart dijalankan sebanyak 3 kali pusingan bagi setiap peserta dan nilai mata terkumpul tertinggi akan dikira sebagai pemenang.






Seterusnya, turut dilaksanakan dua aktiviti pada hari ketiga iaitu pertandingan Futsal bertempat di Gelanggang Serbaguna, Blok AtTirmidzi dan pertandingan E-Sukan (Mobile Legend) telah berlangsung di Dewan Al-Irfan, Kolej Kediaman. Sambutan daripada mahasiswa terhadap sukan yang telah dianjurkan sangat menggalakkan dan diharapkan memberi impak dan hasil yang tersangat positif kepada

mahasiswa terutamanya di Kolej Kediaman. Segala usaha, inisiatif dan ikhtiar yang diketengahkan tidak lain dan tidak bukan, untuk melahirkan mahasiswa yang cemerlang, terbilang dan sihat seiring dengan agenda pemerkasaan mahasiswa yang dihasratkan oleh Yang Berhormat Menteri, Kementerian Pendidikan Tinggi.

Mei - Julai 2024 Volume 28
PROGRAM SAYAP SENI WAU UMT 2024; MEMARTABAT SENI PERMAINAN TRADISIONAL WAU TEGAK
Oleh : Nur Aaminah binti Azhar, Kolej Kediaman UMT
Kuala Nerus – “Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas” merupakan peribahasa yang tepat memerihalkan kejayaan penganjuran Program Sayap Seni Wau 2024 anjuran Kolej Kediaman UMT menerusi Jawatankuasa Perwakilan Luar Kampus (JPLK) UMT yang telah diadakan pada 22 Jun 2024 yang lalu.
Menerusi Program Sayap Seni Wau 2024 yang merupakan penganjuran pertama kali, program ini telah mengumpulkan para mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bersama-sama komuniti sekitar dan khususnya pemain dan penggiat wau yang sinonim dengan negeri Pantai Timur menerusi Pertandingan Wau Tegak. Sebanyak 50 peserta pertandingan dari komuniti sekitar pelbagai lapisan umur telah menyertai dan tiga (3) pemenang telah dipilih berdasarkan ketinggian maksimum setiap wau yang dinaikkan.
Pertandingan Wau Tegak yang diadakan di Padang Bola, Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail UMT turut membolehkan orang awam sekitar menyaksikan pertandingan yang berlangsung. Turut diadakan bersempena program ini adalah Pertandingan Mencanting Batik yang disertai oleh warga mahasiswa UMT dan orang ramai yang hadir.


Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA)) UMT, Profesor Dr. Mohd Izani Mohd Zain dalam ucapannya menyeru “program seumpama ini dimanfaatkan oleh seluruh mahasiswa agar lebih mendalami seni permainan tradisional wau dan memperolehi pengalaman mencanting batik lantas dapat dijadikan pengalaman simbolik sepanjang menjalani pengajian di UMT dan Terengganu khususnya dengan sebaiknya. Program ini juga berpotensi untuk diperluaskan skop perlaksanaannya sama ada sebagai acara tahunan atau penganjuran di peringkat Institusi Pendidikan Tinggi di Pantai Timur”.
Mendapat sokongan erat dari Persatuan Penggiat dan Pemain Wau
Kuala Nerus, Terengganu serta Syarikat Lambur Sari, Majlis Penutup Program Sayap Seni Wau 2024 turut dihadiri oleh En. Muhammad Khairuddin Saleh selaku Pengerusi Persatuan Penggiat dan Pemain Wau
Kuala Nerus serta ahli pengurusan HEPA UMT dengan penyampaian hadiah-hadiah utama bagi Pertandingan Wau Tegak dan Mencanting Batik telah disampaikan oleh Profesor Dr. Mohd Izani Mohd Zain kepada para pemenang.




RUMAH TERBUKA LUAR KAMPUS 2024 TANDA SIMBIOSIS
MAHASISWA LUAR
KAMPUS
DAN KOMUNITI SEKITAR
uala Nerus – Simbiosis mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang menyewa kediaman di kawasan luar kampus bersama komuniti sekitar dieratkan dengan penganjuran Rumah Terbuka Luar Kampus tahun 2024 anjuran Kolej Kediaman UMT menerusi Jawatankuasa Perwakilan Luar Kampus (JPLK) UMT.

Program Rumah Terbuka Luar Kampus merupakan acara tahunan yang diadakan sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri pada bulan Syawal dan program pada tahun ini telah diadakan pada 28 April 2024 dengan mengumpulkan para mahasiswa terdiri dari prasiswazah dan pasca siswazah dalam dan luar negara bersama-sama komuniti Kampung Kubang Badak.
Seramai 1,000 orang pengunjung dianggarkan telah hadir dan memeriahkan program. Turut diadakan sempena program ini adalah penyampaian sumbangan barangan keperluan dan duit raya kepada asnaf dan anak yatim terpilih yang telah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA)) UMT, Profesor Dr. Mohd Izani Mohd Zain.
Mendapat sokongan erat dari Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kubang Badak, program Rumah Terbuka Luar Kampus turut dihadiri oleh Encik Wan Abd Halim Wan Long selaku Ketua Kampung Kubang Badak, Encik Asyraf Husain iaitu Ketua Kampung Gong Badak bersama ahli-ahli pengurusan tertinggi HEPA UMT, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta JPLK UMT. Program seumpama ini akan diteruskan sebagai penghubung antara komuniti masyarakat bersama mahasiswa UMT luar kampus dalam mengekalkan





Mei - Julai 2024 Volume 28
KOLABORASI UMT, PDRM DAN RELA DEMI KESELAMATAN PELAJAR LUAR KAMPUS
Oleh : Muhammad Ashraff Aiman Roslan
Kuala Nerus – Kolej Kediaman Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengambil inisiatif berfokus kepada keselamatan pelajar luar kampus UMT melalui program bersiri iaitu Jom Ronda 8.0.
Program ini merupakan inisaitif yang dijalankan setiap tahun oleh Kolej Kediaman bertujuan menyantuni pelajar luar kampus sekitar UMT dengan aktiviti rondaan bersama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) secara terus ke rumah sewa pelajar dan membuat agihan kupon sumbangan keperluan kepada pelajar pada waktu malam.
Penglibatan antara pihak UMT iaitu Kolej Kediaman dan pihak Keselamatan dengan pihak Balai Polis Gong Badak dan Unit RELA dilihat sebagai langkah proaktif dalam memastikan kesejahteraan dan keselamatan seramai kira-kira hampir 6,850 pelajar luar kampus terjamin khususnya pada waktu malam.
Program ini membuka dimensi kepada UMT khususnya Kolej Kediaman untuk memberikan pendedahan kepada pelajar tentang platform atau bentuk bantuan yang boleh dilakukan sekiranya berlaku kes kecemasan. Pengarah Kolej Kediaman UMT, Ts. Dr. Nik Aziz Nik Ali berkata antara objektif program ini adalah untuk mengeratkan hubungan kekitaan antara pelajar luar kampus UMT bersama pihak UMT, PDRM, unit RELA dan komuniti setempat. “Selain itu, program ini juga dapat menerapkan nilai kesedaran dan kecaknaan kepada pelajar luar kampus berkenaan tindakan yang sepatutnya dilakukan dalam hal kecemasan dan keselamatan,” katanya baru-baru ini.
Program serampang dua mata itu dilihat berpotensi menjadi benteng kepada peningkatan kadar jenayah sekiranya mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pelajar, komuniti setempat, pihak polis dan unit RELA.
“Stigma pemikiran pelajar masa kini yang hanya memandang pihak polis dan unit RELA serta pihak komuniti setempat sebagai masyarakat awam sahaja perlu diubah agar semua pelajar khususnya yang tinggal di luar kampus dapat menjadikan langkah kerjasama ini sebagai satu platform utama untuk melaporkan kes jenayah dan kecemasan. Program ini juga selaras usaha mendidik warga UMT terutama pelajar luar kampus untuk cakna, berwaspada dan sentiasa berhati-hati dengan pemupukan kepada nilai kerjasama dan kebersamaan”, katanya
Sementara itu, Timbalan Pengarah Kolej Kediaman Luar Kampus UMT, Encik Yusmiza Mamat berkata, program Jom Ronda telah sejak tahun 2016 sehingga kini telah ditambahbaik melalui kerjasama dengan pihak unit RELA dan pihak keselamatan UMT berbanding tahun sebelumnya. “Program seperti ini dilihat membawa aura positif melalui inisiatif Kolej


Sesi ziarah ke kediaman pelajar luar kampus bagi memberi taklimat berkaitan aspek keselamatan di luar kampus
Kediaman UMT yang berfokus kepada aspek keselamatan terutama bertujuan menangani kes-kes jenayah memandangkan persekitaran penempatan pelajar luar kampus UMT merupakan kawasan berisiko berlakunya kejadian pecah rumah dan kes kecurian”.
“UMT akan terus optimis dalam memperkasa dan menganjurkan aktiviti berimpak tinggi yang seterusnya dapat mewujudkan kebersamaan dan inklusiviti antara pelajar luar kampus, komuniti sekitar dan pengurusan
Kolej Kediaman UMT bersama pihak PDRM dan unit RELA”.
“Usaha dan kerjasama baik antara pihak PDRM khususnya di Gong Badak dan unit RELA Kuala Nerus akan ditingkatkan dan bagi memastikan aspek kebajikan, keselamatan dan keselesaan pelajar dapat dipantau dan dijaga sebaiknya” katanya.



Sesi pembukaan dan taklimat daripada pihak UMT dan pihak PDRM Gong Badak kepada sukarelawan pelajar dan unit Rela.



BENGKEL RAWATAN AWAL KECEMASAN PSIKOLOGI (PSYCHOLOGICAL FIRST AID)
April 2024 – Pusat Kaunseling dan Kesejahteraan Mahasiswa, HEPA telah mengadakan Bengkel Rawatan Awal Kecemasan Psikologi ( Psychological First Aid) bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari. Bengkel telah berlangsung di Studio Al-Quran , Pusat Islam Sultan Mahmud, UMT dengan penyertaan seramai 75 orang yang terdiri daripada wakil setiap fakulti, wakil HEPA, wakli felo kolej dan wakil pelajar.
Bengkel dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Prof. Dr. Mohd Izani, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Slot 1 disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Madihah binti Mohamad Shukri, Pensyarah Psikologi Kesihatan UMT dengan tajuk ‘Pengenalan Kesihatan Mental dan Penyakit Mental’. Slot 2 dan 3 dikendalikan oleh Dr. Husni Zaim bin Ab Latiff, Pakar Psikiatri, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu bertajuk ‘Sesi Berkomunikasi Dalam Menangani Krisis Kesihatan Mental’ dan disusuli dengan Sesi Role Play pada slot seterusnya.
Pelaksanaan bengkel ini bertujuan untuk melatih peserta dalam menguruskan diri dan orang sekeliling ketika berhadapan dengan krisis khususnya isu kesihatan mental. Melalui bengkel ini, peserta dapat meningkatkan kefahaman tentang konsep insiden kritikal, krisis, trauma serta impak psikologi di samping dapat mengaplikasikan kemahiran pengurusan kendiri terhadap risiko dan krisis dengan lebih berkesan. Bengkel ini juga membantu memberi pendedahan kepada semua peserta tentang cara pengurusan dan etika komunikasi yang bersesuaian apabila berhadapan dengan pelajar yang melibatkan isu kesihatan mental.



PROGRAM KOMUNITI MADANI
DILANCARKAN DENGAN PENUH WARNA-WARNI


Program ini merupakan cetusan idea daripada Profesor Dr. Mohd Izani bin Mohd Zain, yang telah melancarkan dengan rasminya Tujuh Ikhtiar HEPA 2024 yang mana salah satu daripadanya adalah usaha ‘Merakyatkan Ilmu Untuk Komuniti Madani’. Fokus pelaksanaan serta penganjuran program kampung angkat ini adalah untuk memberikan pengkhususan kepada pembangunan mampan atau Sustainable Development Goal (SDGs) yang bertujuan memberikan kesan jangka panjang serta faedah berterusan kepada komuniti dan mahasiswa yang terlibat.
Kampung Tok Jembal, Kuala Nerus Terengganu telah dipilih oleh Pusat Kebudayaan dan Kesenian, HEPA sebagai kampung angkat bagi pelaksanaan Program Komuniti Madani tahun 2024. Pemilihan kampung ini adalah kerana ianya berada berdekatan dengan kampus dan warganya yang mudah disantuni.
Kumpulan Tarian Sekolah Kebangsaan Tok Jembal telah diundang untuk membuat persembahan ‘Tarian Gamelan Tradisi Istana Terengganu’ bagi mewarnai Majlis Pelancaran Program Kampung Angkat Komuniti Madani yang telah disempurnakan oleh YBrs. Profesor Dr. Mohd Izani bin Mohd Zain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UMT. Beberapa individu serta tokoh-tokoh tempatan juga turut dihadir sama di majlis bersejarah ini, antaranya ialah mantan Menteri Besar Terengganu iaitu YBhg. Datuk Seri Dr. Ahmad Razif bin Abd Rahman, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Tok Jembal, YBhg. To’ Puan Hajjah Ariza binti Ibrahim dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tok Jembal, Tuan Haji Aznoordin bin Jahan.
Dalam majlis yang sama, Tuan Haji Aznoordin bin Jahan dan 5 orang mahasiswa yang mewakili kelab-kelab kesenian dan kebudayaan di UMT telah menerima watikah pelantikan sebagai penyelaras aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang Program Kampung Angkat dengan penglibatan seramai 40 orang murid-murid Sekolah Kebangsaan Tok Jembal.
Program Komuniti Madani di Kampung Tok Jembal ini akan dijalankan dalam tiga fasa sepanjang tahun 2024 dan pemilihan Sekolah Kebangsaan Tok Jembal adalah sebagai hub atau pusat bagi menjalankan perancangan di fasa yang pertama iaitu dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang bercirikan pembangunan sahsiah serta kebitaraan dalam bidang seni dan budaya kepada murid-murid sekolah ini.

SIRI 2: SYARAHAN AWAM KEBITARAAN MAHASISWA HEPA UMT DITERUSKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI ALUMNI UMT



Julai 2024, Pusat Alumni, HEPA dengan kerjasama Pejabat
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni telah berjaya menganjurkan
Siri 2: Syarahan Awam Kebitaraan Mahasiswa HEPA UMT. Program ini telah diadakan di Auditorium Sulaiman, Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Syarahan awam kali ini bertajuk “Sektor Perikanan dan Keterjaminan Makanan – Satu Perspektif,” yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Ahli Lembaga Pengarah Universiti dan juga alumni UMT dengan latar belakang Diploma Perikanan (1991) dan Bacelor Sains Perikanan (1994). Syarahan ini bertujuan untuk memberi pendedahan mendalam mengenai sektor perikanan serta isu-isu keterjaminan makanan, berdasarkan pengalaman dan kepakaran Dato’ Adnan dalam bidang tersebut.
Program ini bertujuan untuk menyediakan platform kepada Ahli Lembaga Pengarah UMT untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam bidang kepakaran mereka dengan warga UMT, khususnya pelajar. Selain itu, ia juga memberi peluang kepada warga UMT untuk berinteraksi secara langsung dengan pengurusan tertinggi universiti, memperkukuhkan hubungan antara pihak pengurusan dan pelajar.
Majlis ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Prof. Dr. Mohd Izani bin Mohd Zain, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Beliau menekankan pentingnya program sebegini dalam memupuk hubungan yang lebih erat antara alumni dan pelajar serta memberikan pandangan yang berguna mengenai perkembangan dalam sektor perikanan.
Seramai 177 orang telah menghadiri program ini, termasuk wakil daripada Jabatan Perikanan Malaysia (Negeri Terengganu), wakil dari Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (Negeri Terengganu), pelajar-pelajar Diploma Perikanan UMT, penyelaras alumni fakulti, serta warga HEPA. Kehadiran pelbagai pihak ini membuktikan komitmen dan minat dalam meningkatkan pengetahuan serta menjalin hubungan yang lebih kukuh antara pihak universiti dan industri.
Program Syarahan Awam Kebitaraan Mahasiswa HEPA UMT ini telah mencapai matlamatnya dalam memperkukuhkan hubungan antara alumni, pelajar, dan pihak pengurusan universiti. Ia juga menyediakan platform yang berharga untuk bertukar-tukar idea dan pandangan mengenai isu-isu semasa dalam sektor perikanan serta memberi inspirasi kepada pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang mereka.
Mei - Julai 2024







KUNJUNGAN HORMAT AHLI MAKUM
KE UNIVERSITAS TANJUNG PURA (UNTAN), PONTIANAK, KALIMANTAN BARAT, INDONESIA


Kunjungan rasmi Majlis Kebudayaan Universiti – Universiti Malaysia (MAKUM) merupakan salah satu komitmen untuk memupuk kefahaman dan Kerjasama dalam bidang kebudayaan dan kesenian antara Malaysia dan Indonesia. Melalui cara ini, MAKUM dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan membina Kerjasama yang lebih kukuh dalam menjalankan pelbagai aktiviti seni dan budaya di masa hadapan.
Objektif utama kunjungan ini adalah untuk mempererat hubungan bilateral antara MAKUM dan Universitas Tanjung Pura (UNTAN) akan dapat memperluaskan pandangan tentang budaya, politik, sosial dan ekonomi di rantau ini.
Penyertaan melibatkan semua pegawai MAKUM daripada seluruh universiti awam Malaysia telah diadakan pada 7 hingga 12 Jun 2024. Wakil Tetap pegawai MAKUM di UMT iaitu Pn. Suriaty binti Khalid Khalid, Pegawai Tadbir (Kebudayaan) Pusat Kebudayaan dan Kesenian HEPA UMT. Turut menyertai kunjungan ini adalah saudari Siti Nurul Aisyah binti Abdullah dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UMT yang merupakan ahli Majlis Kesenian dan Kebudayaan Mahasiswa Kebangsaan (MAKMA).
Sepanjang kunjungan ini, antara pengisian adalah kunjungan budaya ke Rumah Radakng (Dayak) dan Rumah Adat Dayang Betang, Pontianak. Semasa kunjungan hormat ke pejabat Rektor UNTAN, sesi dialog bersama kepimpinan UNTAN dan lawatan sekitar kampus. Pada malamnya, delegasi kami menikmati satu seni pertunjukan di Fakultas Pendidikan yang telah dipersembahkan oleh pelajar mereka. Lain-lain kunjungan budaya adalah di Muzium Negeri Kalimantan Barat, Majelis Adat Budaya Melayu Pontianak (MABM), Keraton Kadriyah, Tugu Khatulistiwa dan lawatan sekitar Kota Pontianak.
Melalui kunjungan ini, MAKUM telah meraikan Hasrat YB Menteri Pendidikan Tinggi dalam menerapkan 20 Landasan dan 5 Fokus Utama yang perlu ditekankan dalam setiap perancangan strategik dan foKus utama KPT iaitu pengantarabangsaan.

KURSUS JURUMUDI BOT
MATEDOMESTIC<500GT-OPEN




Pusat Latihan Pelayaran, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Malaysia Terengganu (PLP, HEPA UMT), telah menganjurkan Kursus Jurumudi Bot Mate Domestic <500GT – Open pada 21 hingga 27 April 2024 yang bertempat di Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus. Kursus ini berlangsung selama 7 hari dan terdiri daripada 17 orang peserta dari pelbagai latar belakang.
Kursus ini adalah pembelajaran sepanjang hayat yang dilaksanakan dengan kerjasama Centre of Maritime Excellence Sdn. Bhd dan Jabatan Laut Malaysia. Kursus ini juga satu kompetensi dan sijil pertauliahan oleh Jabatan Laut Malaysia untuk memperolehi Sijil Perakuan Kekompetenan diiiktiraf oleh Ordianan Perkapalan Saudagar 1952 di bawah Peraturan The International Convention on Standards of Training, Certification And Watch Keeping For Seafarers. PLP, HEPA UMT sebagai tuan rumah dan penganjur bersama, akan menjadi peneraju dan merupakan landasan terbaik untuk mempekenalkan bidang tujahan UMT iaitu bidang kepelautan.
Antara pengisian kursus ini adalah Chartwork, Rule of The Road, Meteorology, General Ship Knowledge, General Engineering Knowledge, Basic Training(revised) and Restricted Operator’s Certificate(revised). Semua peserta telah menduduki peperiksaan bertulis pada hari terakhir dan lulus dengan cemerlang. Langkah seterusnya peserta akan hadir untuk ujian lisan di Jabatan Laut, Kuala Terengganu.
Diakhir kursus ini, Encik Izhar Bin Mustaat selaku Pegawai Sains, PLP HEPA UMT diiringi oleh Encik Fazlie Bin Nordin sebagai pengajar kursus untuk memberikan sijil penyertaan kepada semua peserta yang berjaya menamatkan Kursus Jurumudi Bot Mate Domestic <500GT – Open selama 7 hari di UMT.



Mei - Julai 2024 Volume 28
MAJLIS ANUGERAH SENI MAKUM SESI 2022/2023

Oleh : Suriaty binti Khalid
Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) telah memainkan peranan yang amat penting dalam memartabatkan seni budaya warisan bangsa di pelbagai peringkat, sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Usaha-usaha ini adalah sejajar dengan penerapan konsep Malaysia Madani yang dihasratkan oleh YAB Perdana Menteri, yang bertujuan untuk memperkukuhkan identiti budaya kita dan memperlihatkan kekayaan warisan seni budaya kepada dunia.
Penganjuran Majlis Anugerah Seni MAKUM yang diadakan secara dwi tahunan untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar, pegawai MAKUM dan agensi-agensi yang telah menunjukkan dedikasi, kreativiti dan inovasi dalam menyemarakkan aktiviti seni budaya dan warisan di
UMT telah mempertaruhkan 2 pencalonan anugerah Tokoh Seni Budaya Pelajar iaitu Calon Anugerah Bonang Emas Lelaki iaitu saudari Sri Murugan a/l Saga Devan dan Calon Anugerah Bonang Emas Wanita iaitu saudari Nur Izzah binti Mohd Khair. Manakala anugerah Kumpulan Kebudayaan Terbaik UA iaitu Calon Anugerah Gambang Mustika telah wakili oleh Kelab Kebudayaan Baratham.
Bagi anugerah Gendang Sari iaitu penghargaan kepada Pegawai MAKUM telah diberikan kepada En. Badruhisham bin Darus dan Pn. Suriaty binti Khalid. Malam anugerah ini telah dihadiri oleh YBhg. Prof. Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM merangkap Pengerusi MAKUM, pegawai-pegawai dan para pelajar.







Julai 2024, Selasa – Kejohanan Silat Warisan UMT 2024 telah diadakan pada 30 Mei hingga 1 Jun 2024. Program ini merupakan anjuran Kelab Silat UMT dengan kerjasama PESAKA Terengganu, Majlis Sukan Negeri Terengganu, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Pusat Sukan dan Rekreasi, HEPA. Kejohanan ini telah dilaksanakan bertempat di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail, UMT.
Tujuan penganjuran kejohanan ini dijalankan adalah untuk mencari bakat baru dalam kalangan pelajar UMT. Di samping itu, program ini juga adalah untuk melatih ahli Kelab Pencak Silat UMT dalam menjalankan satu program berskala besar agar dapat memberikan pengalaman baru dalam mengendalikan pertandingan silat. Selain itu, program ini juga dijalankan untuk memperkukuhkan hubungan Kelab Silat UMT bersama PESAKA

Penyertaan kejohanan ini melibatkan pelajar di seluruh sekolah rendah
dan menengah sekitar Negeri Terengganu. Jumlah peserta yang menyertai kejohanan ini seramai 561 orang yang terdiri daripada peserta Pra Dini (92 orang), Dini (159 orang), Pra Remaja (227 orang) dan Remaja (83 orang). Majlis perasmian kejohanan ini telah dirasmikan oleh Encik Badruhisham bin Darus, Ketua Pusat Kebudayaan dan Kesenian HEPA UMT pada 30 Mei 2024. Semua penyelaras sukan daripada Pusat Sukan dan Rekreasi yang merupakan penasihat teknikal sukan dalam kejohanan ini turut hadir dalam majlis perasmian tersebut bagi memeriahkan majlis.
Majlis Perasmian penutup pula telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Encik Roslan bin Mamat @ Yusof selaku Ketua Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Majlis Perasmian Penutup ini telah dijalankan pada 1 Jun 2024 dan turut dihadiri oleh Yang Berusaha Tuan Haji Muhammad Bin Mat Amin, Timbalan Yang Dipertua PESAKA Terengganu dan semua penyelaras sukan dari Pusat Sukan dan Rekreasi yang merupakan penasihat teknikal sukan dalam kejohanan ini.



Mei - Julai 2024

LET’S GET FIT HEPA 2024

Mei 2024 – Pusat Sukan dan Rekreasi telah menganjurkan program riadah iaitu Let’s Get Fit HEPA dengan jayanya di Sanggar Siswa UMT. Program ini melibatkan penyertaan menyeluruh dari Staf HEPA dan warga UMT. Program ini bertujuan untuk sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan cergas. Program ini juga untuk memberi pengenalan bagaimana untuk bersukan di rumah tanpa menggunakan sebarang alatan.
Objektif program ini adalah untuk memupuk semangat kesukanan dan melahirkan warga HEPA yang sihat dari segi fizikal dan mental. Program ini bermula dengan brisk walk sekitar UMT melalui Sanggar Siswa ke bangunan Canselori seterusnya ke Dewan Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail (KSTMI), UMT. Setibanya di KSTMI, program diteruskan lagi dengan circuit training yang mengandungi 7 senaman. Para peserta perlu melakukan senaman mengikut check point secara turutan. Aktiviti ini telah diketuai oleh Mohammad Hafizuddin bin Ramli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan selaku Instruktor kecergasan badan di Pusat Sukan dan Rekreasi.
Program diteruskan dengan pemainan bola tampar berkonsepkan mini games. Peserta dibahagikan kepada tujuh kumpulan dan bermain secara liga dua kumpulan. Perlawanan akhir dimenangi oleh kumpulan dua yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Azizul Yadi Bin Yaakop, Pengarah Pusat Keusahawanan Dan Kebolehpasaran Graduan (UMT-GEM). Akhir sekali, diharap program ini dapat memberi manfaat kepada warga HEPA dalam meningkatkan kecergasan badan dan meningkatkan konsentrasi dalam diri setiap kakitangan.










Mei - Julai 2024
SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA MALAYSIA

15
Mei 2024 – Universiti Malaysia Terengganu telah menyahut seruan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk meraikan belia di Sambutan Hari Belia Negara yang berlangsung di Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail, UMT. Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan pada tahun ini membawa tema “Yakin Boleh”. Turut hadir Yang Berusaha Profesor Dr. Mohd Izani bin Mohd Zain, Timbalan Naib Canselor HEPA, barisan pengurusan HEPA dan warga UMT bagi memberi penghargaan dan pengiktirafan pihak kerajaan kepada golongan belia yang telah menyumbang dalam aspek pembangunan negara.
Program bermula dengan Senam Seni yang dikendalikan oleh Encik Shahreezad. Kemudian program diteruskan lagi dengan bacaan Ikrar Belia Negara oleh Saudara Ahmad Loutfy bin Mohd Rosli yang merupakan atlet Badminton UMT. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) turut menyumbang dalam program ini dengan mengagihkan botol air percuma kepada 100 pelajar UMT yang terawal bagi meraikan Hari Tanpa Plastik HEPA.
Hari Belia Negara adalah pengiktirafan dan penghargaan khusus diberikan kerajaan buat golongan belia yang turut memainkan peranan secara signifikan dalam arus perdana pembangunan negara. Di Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah bersepakat mendefinisikan umur belia adalah 15 hingga 40 tahun selepas Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Akta 688)

diperkenalkan. Namun, had umur 30 tahun bagi belia di Malaysia akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026. Penurunan had umur berkenaan adalah sejajar dengan Dasar Belia Malaysia dan umur belia di negara lain yang meletakkan had umur belia di bawah 30 tahun.
Pusat Sukan dan Rekreasi selaku urus setia program Hari Belia Negara peringkat UMT mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir bagi menjayakan program Sambutan Hari Belia Negara 2024. Semoga program sebegini dapat terus dijalankan agar memberi manfaat kepada golongan belia masa kini. Hal ini adalah kerana belia masa kini perlu digilap bakat mereka agar dapat memimpin negara suatu hari nanti.







Volume 28

Mei - Julai 2024
FAKULTI SAINS DAN SEKITARAN MARIN (FSSM)
MASIH MENGEKALKAN KEJUARAAN
BAGI SUKAN ANTARA FAKULTI (SAF) 2024
Oleh : Mohamad Hazrule Hanief bin Zainudin, Athirah Nadhirah binti Ahmad Nazrul, Pusat Sukan dan Rekreasi
KUALA NERUS, 25 Mei – Dengan penuh semangat kesukanan dan kebanggaan, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menganjurkan Sukan Antara Fakulti (SAF) 2024 dan Majlis penutup Sukan Antara Fakulti 2024 serta peluncuran UMT Night Games & Kejohanan Liga Bola Sepak HOTLINK Piala Timbalan Naib Canselor (HEPA). Majlis gilang-gemilang ini berlangsung di Stadium Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail,UMT.

Kejohanan ini, telah berlangsung selama 5 hari dalam dua fasa , iaitu pada 17 - 18 Mei dan 23 - 25 Mei 2024, telah melibatkan sebanyak 6 fakulti dan 1 pusat pengajian bagi kejohanan sukan. Fakulti dan Pusat Pengajian yang terlibat adalah FTKK, FSKM, FSSM, FPM, FPEPS, FPSM dan PASTEM. Lebih menarik lagi, kejohanan ini juga telah melibatkan 1138 atlet yang bertanding dalam 25 acara sepanjang 5 hari pertandingan yang penuh dengan cabaran dan rintangan.
Seterusnya, Fakulti Sains dan Sekitaran Marin (FSSM) masih mengekalkan gelaran juara keseluruhan bagi Sukan Antara Fakulti (SAF) pada sesi yang lepas dengan memperolehi 10 pingat emas, 5 perak dan 5 gangsa, bagi kedudukan kedua dimenangi oleh Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Pembangunan Sosial dengan 8 pingat emas, 5 perak dan 4 gangsa dan kedudukan ketiga pula di menangi oleh Fakulti Perikanan dan Sains Makanan dengan 3 emas, 4 perak dan 5 gangsa.
Majlis Penutup Sukan Antara Fakulti kali ini telah dirasmikan oleh Ybrs. Prof. Ts. Dr. Mohd Zambri bin Ibrahim, yang menjalankan fungsi Naib Canselor. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pegawai Utama UMT, antaranya adalah Prof. Chm. Dr. Marinah binti Mohd Ariffin, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dr. Mohd Izani Mohd Zain,
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan Tuan Haji Ts. Wan Abdul Manan bin Wan Abdullah, Pendaftar UMT. Selain itu, jemputan khas iaitu Head of Sales (Sales & Service) HOTLINK, Ronan Chan K K, turut hadir memeriahkan majlis.

Selain itu, majlis ini juga telah dilaksanakan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT dan Majlis Sukan Pelajar (MSP) serta Pusat Sukan dan Rekreasi (PSR). Pengarah Program bagi kejohanan ini adalah MPP Sukan dan Rekreasi, Athirah Nadhirah Binti Ahmad Nazrul dan Timbalan Pengarah Program adalah Yang Di-Pertua Majlis Sukan Pelajar, Mohamad Irfan Afiq bin Mohamad Izhar. Aspek teknikal program ini telah dipantau sepenuhnya oleh PSR yang diketuai oleh Puan Siti Noriam Bt Yaakob.

Kejohanan ini telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi, persaingan yang sihat, dan kerjasama yang erat di antara semua peserta. Secara tidak langsung, kejohanan ini telah membuktikan bahawa sukan bukan sahaja tentang kemenangan, tetapi terselit juga nilai-nilai murni seperti kesabaran, ketekunan dan semangat berpasukan yang tinggi.


Mei - Julai 2024
KEJOHANAN UMT NIGHTGAMES 2024
Oleh : Cik Layalia binti Rameli
Jun 2024 – Buat julung kalinya, Universiti Malaysia Terengganu telah menganjurkan kejohanan berkonsepkan riadah malam, iaitu UMT Night Games 2024. Kejohanan ini melibatkan empat sukan yang dipertandingkan iaitu bola keranjang, bola jaring, bola tampar, dan sepak takraw. Setiap sukan tersebut mempunyai dua kategori iaitu lelaki dan wanita. Pusat Sukan dan Rekreasi, HEPA dengan kerjasama Majlis Sukan Pelajar (MSP) telah menganjurkan kejohanan ini pada 28 dan 29 Jun bertempat di Gelanggang Luar, Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail, UMT.
Objektif kejohanan ini adalah untuk memupuk semangat kesukanan dan melahirkan pelajar yang sihat dari segi fizikal serta mental. Selain itu, kejohanan ini memberi peluang kepada pelajar untuk membangunkan kemahiran kepimpinan mereka. Secara tidak langsung, mereka juga mendapat pendedahan awal tentang ilmu pengurusan acara dan kepelbagaian sukan.
Seramai 36 pasukan telah menyertai kejohanan ini. Perincian bagi setiap pasukan adalah seperti 10 pasukan telah menyertai acara bola tampar, 13 pasukan bagi acara bola jaring, 8 pasukan bagi acara bola keranjang dan 5 pasukan bagi acara sepak takraw. Majlis Penutupan dijalankan serentak dengan Majlis Penutupan Liga Bola Sepak Hotlink Piala TNC (HEPA) di Stadium Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail, UMT. Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Profesor Dr. Mohd Izani bin Mohd Zain, Timbalan Naib Canselor (HEPA) UMT.
Diharapkan kejohanan ini akan menjadi acara tahunan yang ditunggutunggu oleh semua pelajar. Hal ini adalah kerana kejohanan ini secara tidak langsung dapat menyumbang kepada pembentukan generasi mahasiswa yang cemerlang, berdaya saing, dan bersemangat tinggi. Semoga usaha murni ini terus mendapat sokongan dan penyertaan yang lebih besar pada masa akan datang. Sekali gus, dapat memartabatkan UMT sebagai institusi yang komited dalam melahirkan pemimpin masa depan.





BENGKEL PENGURUSAN ACARA DAN TEKNIKAL SUKAN
MEDIUM SUKARELAWAN SUKAN UMT TIMBA ILMU
DALAM PENGANJURAN SUKAN

Oleh : Layalia binti Rameli
Mei 2024, Rabu – Kejohanan Sukan Antara Fakulti (SAF) 2024 semakin hampir, dan salah satu usaha dalam persiapan acara tersebut ialah Bengkel Pengurusan Acara dan Teknikal Sukan yang telah diadakan pada 14-15 Mei 2024. Bengkel ini dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Majlis Sukan Pelajar (MSP) dengan kerjasama Pusat Sukan dan Rekreasi HEPA, bertempat di Dewan AlFalah, Kolej Kediaman UMT.
Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada kira-kira 50 orang mahasiswa, termasuk sukarelawan dan kakitangan teknikal, mengenai aspek pengurusan acara dan teknik dalam kejohanan SAF24 yang akan berlangsung pada 17-18 Mei (Fasa 1) dan 23-25 Mei (Fasa 2). Melalui bengkel ini, peserta diperkenalkan kepada pelbagai aspek penting dalam pengurusan kejohanan, termasuk penyusunan jadual, koordinasi acara, dan pengendalian aspek teknikal semasa kejohanan.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Puan Siti Noriam binti Yaakob, Ketua Pusat Sukan dan Rekreasi UMT pada 14 Mei 2024. Turut hadir adalah semua penyelaras sukan dari Pusat Sukan dan Rekreasi yang berfungsi sebagai penasihat teknikal dalam kejohanan ini. Mereka memberikan panduan dan bimbingan yang berharga kepada peserta mengenai prosedur dan keperluan teknikal yang diperlukan untuk kejohanan.
Melalui bengkel ini, diharapkan para mahasiswa yang terlibat dapat memperoleh pengalaman praktikal dan kemahiran tambahan yang berguna. Pengetahuan yang diperoleh diharapkan dapat memartabatkan mereka sebagai individu yang lebih berkemahiran dalam bidang pengurusan acara dan teknikal sukan, serta menyumbang kepada kejayaan keseluruhan SAF24. Dengan ini, diharapkan mahasiswa akan lebih bersedia dan berkeyakinan dalam melaksanakan tanggungjawab mereka dalam kejohanan akan datang.




Volume 28

Mei - Julai 2024
KURSUS JURULATIH BOLA JARING TAHAP PENGENALAN ANJURAN UMT DENGAN KERJASAMA PBJNT
UMT
Kuala Nerus, 27 Julai 2024 – Kursus Jurulatih Bola
Jaring Tahap Pengenalan telah dilaksanakan dengan jayanya di Dewan Badminton, KSTMI UMT dari 25 hingga 27 Julai 2024. Acara ini dianjurkan oleh Pusat Sukan dan Rekreasi HEPA, dengan kerjasama Persatuan Bola Jaring Negeri Terengganu (PBJNT), bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas dalam bola jaring di kalangan peserta.
Seramai 30 peserta yang terdiri daripada staf UMT, pelajar UMT, serta individu dari komuniti sekitar, telah menyertai kursus ini. Kursus selama tiga hari ini merangkumi pelbagai aspek penting dalam bola jaring, termasuk teknik permainan, strategi taktikal, dan metodologi latihan. Peserta berpeluang untuk mempraktikkan apa yang dipelajari melalui sesi latihan praktikal yang dikendalikan oleh penceramah yang berpengalaman.
Majlis penutup kursus diadakan pada 27 Julai 2024, di mana YB. Zuraida binti Md. Noor, Presiden Persatuan Bola Jaring Negeri Terengganu, telah menyempurnakan penyampaian sijil kepada semua peserta. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dan berharap kursus ini dapat memperkukuhkan kemahiran dan pengetahuan para jurulatih bola jaring, seterusnya memajukan sukan ini di peringkat komuniti dan institusi.



Mei - Julai 2024
PENGALAMAN DAN INSPIRASI: SEMBANG SANTAI BERSAMA HARRIF SALEH
DALAM MINGGU JALINAN MESRA
UMT
Kuala Nerus, 22 Julai 2024 – Seramai 420 pelajar baharu Program Diploma dan Asasi telah menghadiri Slot Sembang Santai bersama Karyawan Tamu Sukan UMT sempena Minggu Jalinan Mesra Pelajar Baharu Diploma dan Asasi sesi 2024/2025 (MJM) yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan UMT. Acara ini dianjurkan oleh Pusat Sukan dan Rekreasi HEPA dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar UMT dan Urusetia MJM 2024.
Acara ini menampilkan sesi sembang santai bersama Encik Harrif bin Saleh, yang merupakan pelumba basikal profesional Terengganu Cycling Team (TSG) yang dilantik sebagai Karyawan Tamu Sukan UMT. Program yang dimoderatorkan oleh Encik Mohd Fadzli bin Badaudin, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (Kanan), berlangsung dengan penuh inspirasi dan motivasi kepada para pelajar.
Harrif Saleh berkongsi pengalaman pahit dan getirnya sepanjang kerjayanya sebagai atlet basikal profesional. Beliau memulakan sesi perkongsian dengan menceritakan bagaimana minatnya terhadap sukan berbasikal bermula sejak kecil dan bagaimana disiplin serta kerja keras yang ditunjukkan olehnya berjaya membawanya ke peringkat antarabangsa.
Dalam sesi tersebut, Harrif turut menekankan betapa pentingnya semangat juang yang tinggi dalam mencapai kejayaan. “Kejayaan tidak datang bergolek. Ia memerlukan usaha yang berterusan dan kesungguhan yang tidak berbelah bahagi,” kata Harrif kepada para pelajar.
Sebagai tarikan tambahan, Harrif Saleh membawa bersama jentera kesayangannya, sebuah basikal ‘road bike’ berjenama Polygon yang dianggarkan bernilai kira-kira RM50,000.000. Pelajar berpeluang melihat basikal tersebut dengan lebih dekat serta mendengar penjelasan mengenai spesifikasinya dan teknologi canggih yang digunakan dalam sukan berbasikal profesional.
Pengalaman dan kisah yang dikongsikan oleh Harrif memberikan inspirasi dan motivasi kepada pelajar baharu untuk terus berusaha dan tidak mudah berputus asa dalam mengejar cita-cita mereka. “Setiap cabaran yang kita hadapi adalah peluang untuk kita belajar dan menjadi lebih kuat,” tambah Harrif.
Program yang berakhir pada jam 6.15 petang ini ditutup dengan penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat oleh Ketua Pusat


Sukan dan Rekreasi, Puan Siti Noriam binti Yaakob. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Harrif Saleh atas perkongsian yang sangat bermakna dan berharap pelajar-pelajar baharu dapat mengambil iktibar daripada pengalaman beliau.
Minggu Jalinan Mesra (MJM) ini bertujuan untuk menyambut kedatangan pelajar baharu serta membantu mereka menyesuaikan diri dengan suasana universiti. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai platform untuk pelajar baharu menerima bimbingan dan nasihat daripada individu-individu berjaya dalam pelbagai bidang. Dengan ini, diharapkan para pelajar akan lebih bersemangat dan bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran akademik serta kehidupan di universiti.

SEMINAR SUKAN PRESTASI TINGGI DIANJURKAN KHAS KEPADA ATLET-ATLET PRESTASI TINGGI UMT
Jun 2024, Isnin – Pusat Sukan dan Rekreasi, HEPA telah menganjurkan Seminar Sukan Prestasi Tinggi bertajuk
“Mencapai Ketinggian Prestasi dan Strategi Suaian Fizikal Yang Berkesan Kepada Atlet-Atlet UMT” yang berlangsung dengan jayanya di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan UMT.
Seminar yang bertujuan mengenal pasti faktor-faktor penentu kejayaan atlet dalam kejohanan utama seperti MASUM, SUKIPT, dan SUKUM. Ia disertai oleh atlet-atlet prestasi tinggi, jurulatih, dan pegawai pasukan sukan UMT. Penceramah utama seminar ialah Dr. Mohd Hafizuddin bin Baki, seorang Pensyarah Sains Sukan yang berpengalaman luas serta merupakan Fitness Coach bagi Pasukan Ragbi Kebangsaan.
Seramai 62 peserta dari kalangan pelajar dan staf UMT turut mengambil bahagian dalam seminar ini. Para peserta terdiri daripada atlet yang bakal menyertai kejohanan-kejohanan utama, jurulatih yang memainkan peranan penting dalam pembangunan atlet, serta pengurus pasukan sukan yang memberi sokongan dalam penyediaan pasukan sukan.
Seminar yang berlangsung dari pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang ini memberi peluang kepada peserta untuk mendalami isu-isu semasa berkaitan dengan pembangunan prestasi atlet. Sesi dialog turut diadakan bagi membolehkan peserta bertukar-tukar pendapat dan pengalaman dalam usaha meningkatkan prestasi individu dan pasukan.
Sebagai tanda penghargaan kepada penceramah utama, Puan Siti Noriam binti Yaakob, Ketua Pusat Sukan dan Rekreasi UMT, telah menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan atas sumbangan ilmu dan pengalaman yang diberikan.





Mei - Julai 2024
JOM KENALI APLIKASI CANVA
Mac 2024, Kelab Usahawan Siswazah Pertanian (MyAgrosis) dengan kerjasama Pusat Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (UMT-GEM) dan Majlis Belia Malaysia-India (MYIC) telah menganjurkan program “Jom Kenali Aplikasi Canva”. Program ini telah dilaksanakan secara dalam talian melalui platform Cisco Webex dan berjaya menarik penyertaan seramai 366 orang mahasiswa dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) serta institusi pengajian tinggi lain.
Program ini bertujuan untuk memberi peluang dan pendedahan kepada mahasiswa mengenai aplikasi Canva, serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam mencipta poster yang menarik dan berkesan. Objektif utama program ini termasuk pengenalan kepada Aplikasi Canva dengan cara memberi pemahaman asas mengenai aplikasi Canva dan bagaimana ia boleh digunakan untuk mencipta reka bentuk visual, khususnya poster. Seterusnya, kemahiran dalam mencipta poster yang dimana peserta diajarkan teknik-teknik penting dalam mereka bentuk poster, termasuk pemilihan warna, jenis huruf, dan susunan kandungan untuk menyampaikan mesej dengan jelas. Akhir sekali, meningkatkan kefahaman dan kreativiti. Program ini dilihat mampu membuka minda peserta dan menggilap kebolehan mereka dalam mencipta poster yang menarik dan mudah difahami.
Program ini bertujuan memberi peluang dan juga pendedahan kepada mahasiswa UMT dan Institusi Pengajian Tinggi yang lain berpengetahuan dan mempunyai kemahiran yang lebih baik tentang aplikasi Canva
Penceramah jemputan ialah Encik Raveen a/l Chandren merupakan Ketua Multimedia Majlis Belia India Malaysia (MIYC). Encik Raveen telah berkongsi beberapa kandungan yang berkaitan dengan topik ceramah iaitu pengenalan kepada kesenian, belajar tentang

warna poster yang sesuai, kepentingan huruf perkataan dalam poster, proses mencipta poster, pengenalan asas kepada Canva dan cara mencipta poster.
Program “Jom Kenali Aplikasi Canva” telah berjaya mencapai tujuannya dalam memberikan pendedahan dan kemahiran berharga kepada mahasiswa. Dengan pengetahuan yang diperoleh, peserta kini lebih berpengetahuan tentang cara mencipta poster yang menarik dan berkesan menggunakan Canva. Inisiatif ini bukan sahaja memperkaya kemahiran teknikal mahasiswa tetapi juga membuka peluang untuk mereka berfikir secara kreatif dan inovatif dalam bidang reka bentuk visual.









Mei - Julai 2024 Volume 28
PICTURETOPONDER:ENHANCEPOSTERCREATIVITY
Kelab Usahawan Siswazah Tani (MyAgrosis) dengan kerjasama Pusat Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (UMT-GEM) telah mengadakan program Picture to Ponder : Enhance Poster Creativity dari pukul 8.15 malam hingga 10.00 malam melalui platform Cisco Webex. Program ini telah disertai seramai 458 orang peserta dalam kalangan mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Program ini juga terbuka kepada mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi yang lain. Program ini diadakan adalah untuk melahirkan mahasiswa yang berpengetahuan dan berkemahiran menghasilkan poster yang menarik dan kreativiti.
Penceramah membuat perkongsian berkenaan pengetahuan asas serta idea dan konsep poster yang sesuai mengikut keadaan dan tujuan kegunaan, seperti elemen pemilihan warna, tema, huruf, contoh laman web yang boleh dirujuk, susunan kandungan dalam poster dan lain-lain pengetahuan asas yang berkaitan dengan minda kreativiti dalam poster.
Secara amnya, Program Picture to Ponder bukan sahaja meningkatkan kemahiran teknikal peserta dalam reka bentuk poster tetapi juga membantu mereka dalam mengembangkan daya kreatif. Dengan pendedahan kepada teknik-teknik profesional, peserta dapat menghasilkan poster yang tidak hanya menarik tetapi juga berkesan dalam menyampaikan maklumat. Lebih dari itu, program ini menyokong pembangunan diri mahasiswa dalam aspek akademik dan sahsiah. Kemahiran reka bentuk visual adalah aset penting dalam dunia akademik dan profesional, dan program ini memberikan nilai tambah yang signifikan kepada peserta.







KEM BINA BAKAT SISWA TAHUN 1 (BAKAT) SIRI 2/2024
MEI
2024 - Pada 1 hingga 4 Mei 2024, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UMT melalui Pusat Pembangunan dan Pemerkasaan Mahasiswa (PPPM) telah menganjurkan Kem Bina Bakat Siri 2 yang melibatkan hampir 88 orang mahasiswa UMT khasnya Tahun 1. Program yang dijalankan di Stesen Penyelidikan Alami Kenyir (SPAK) UMT dan kampus UMT ini bertujuan untuk melahirkan mahasiswa mapan yang bakal menjadi pelapis kepimpinan pada masa akan datang.
Peserta terdiri daripada wakil kelab dan persatuan di UMT dari Tahun 1 dan Fasilitator UMT. Selama empat hari dan tiga malam, mereka terlibat dalam pelbagai aktiviti yang bertujuan untuk memperkukuhkan keperibadian, kepimpinan, dan semangat komuniti yang inklusif.
Cuaca panas menguji semangat para peserta sepanjang program berlangsung, namun peserta tetap komited mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang diaturkan. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah confident, latihan dalam kumpulan, Chef @ Jungle, slot perkongsian bersama pengurusan HEPA, Explorace dan Memburu Harta Yamashita.

Peserta turut berpeluang mengalami pengalaman menyediakan makanan mereka sendiri selama dua (2) hari pertama berada di Stesen Penyelidikan Alami Kenyir (SPAK) UMT mengikut tema yang ditetapkan oleh urus setia program. Aktiviti ini tidak hanya menyuburkan hubungan di antara peserta, tetapi juga memupuk nilainilai kerjasama dan kepelbagaian.
Selain itu, peserta telah menyumbang khidmat kepada komuniti dengan menjalankan aktiviti khidmat komuniti di Kg. Basung, Kuala Berang melalui Program Siswa Masuk Kampung (SMK). Mereka dengan sukarela membersihkan kawasan surau, memotong rumput, dan membersihkan Dewan Komuniti untuk kegunaan masyarakat setempat.
Hari terakhir Kem Bina Bakat Siri 2 telah dimulakan dengan Slot Minda Usahawan, di mana slot ini memerlukan mahasiswa untuk berniaga dan hasilnya akan dibentangkan sebagai dapatan dan peserta didedahkan secara langsung kepada elemen keusahawanan yang perlu diterapkan dan difahami.










Mei - Julai 2024
KEPEMIMPINAN MAHASISWI, TUGAS KEPADA NEGARA
Oleh : Wan Muhammad Naziq bin Che Nor, PPPM
Jun 2024 - Naratif ‘Pemerkasaan Mahasiswa’ ini dilihat selari dengan hala tuju baharu Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan sejajar dengan naratif ‘perubahan’ yang dibawa oleh barisan kepimpinan pelajar. Namun, masih banyak persoalan yang diutarakan khususnya oleh kepimpinan pelajar seperti bagaimana agenda Pemerkasaan Mahasiswa perlu dibawa dan keluwesan agenda ini dengan perubahan yang diinginkan kepimpinan pelajar dan matlamat negara.
Atas dasar itu, Pusat Pembangunan dan Pemerkasaan Mahasiswa (PPPM) telah mengadakan forum khas bagi mengupas dan mencerakinkan berkaitan kejayaan & peranan mahasiswi pada 5 Jun 2024 yang lalu bertempat di Dewan Al-Irfan, Kolej Kediaman UMT. Forum ini membariskan panelpanel jemputan iaitu Saudari Aisyah Nordin yang merupakan Ahli Dewan Belia Negeri Terengganu, Saudari Fatin Maisarah selaku Pengerusi Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) UMT merangkap Timbalan PRS Negeri Terengganu dan Saudari Khairuna Shahirah Zainudin selaku Ahli Dewan Muda Negeri Johor merangkap Naib Yang DiPertua 1, Majlis Perwakilan Pelajar (MMP) UMT.
Program ini bertujuan memberikan pendedahan dan kefahaman tentang peranan mahasiswi khususnya dalam pembinaan negara bangsa dan juga penglibatan aktif di kampus yang akhirnya akan membentuk peribadi diri yang baik dan berjaya.








PERSIDANGAN KONGRES RUNDINGAN MAHASISWA (KORUM) BIL.2 SESI 2023/2024
Kuala Nerus, 28 – 29 JUN 2024 - Persidangan Kongres Rundingan Mahasiswa (KORUM) Bil.2 Sesi 2023/2024 telah dilaksanakan pada 28 dan 29 Jun 2024 yang lalu bertempat di Dewan Senat UMT. Seramai 77 orang pelajar yang mewakili Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Jawatankuasa Pelajar Luar Kampus (JPLK), Jawatankusa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK) dan Kluster (Kelab dan Persatuan) telah terlibat dalam persidangan KORUM pada kali ini.
Persidangan KORUM ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YBrs. Profesor Dr. Mohd Izani bin Mohd Zain, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT. Dalam ucapan perasmian, beliau memberikan penekanan terhadap soal kebebasan bersuara yang menjadi elemen penting dalam kebebasan berpolitik pelajar dan pentingnya mutu dan kualiti usul serta perbahasan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Sebanyak 10 usul telah dikemukakan untuk dibahaskan sepanjang sesi KORUM dan tujuh (7) usul tersebut telah diterima oleh semua ahli KORUM. Semoga KORUM ini memberi manfaat buat warga mahasiswa UMT di samping pendedahan berkaitan tanggungjawab mahasiswa sebagai pelapis kepimpinan negara dan peranan golongan belia khususnya kepada negara dalam mencorak kepimpinan yang diperlukan pada masa hadapan.














KENALI DIRI MENERUSI KESIHATAN MENTAL
Oleh : Cik Nur Fadhilah binti Malek, PKKM
Kuala Nerus - Bicara Kesihatan Mental merupakan program yang dianjurkan oleh Pusat Kaunseling dan Kesejahteraan Mahasiswa (PKKM) UMT dengan kerjasama Mental Illness Awareness and Support Association (MIASA) dan juga Kelab Pembimbing Rakan Siswa UMT. Program ini telah dilaksanakan di Dewan Persidangan 2, UMT Convention Centre yang melibatkan 150 orang pelajar UMT mewakili setiap fakulti pada 20 Mei 2024 yang lalu. Program ini turut disertai oleh Pengasas MIASA iaitu Puan Anita binti Abu Bakar yang juga merupakan penceramah utama dalam program ini.
Program Bicara Kesihatan Mental ini dijalankan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa UMT tentang kepentingan penjagaan kesihatan mental dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu, para peserta juga diberi pendedahan mengenai kemahiran asas psikologi untuk membantu rakan-rakan yang memerlukan bantuan psikologi. Para peserta juga diberikan peluang untuk menjawab soal selidik kesihatan mental untuk mengukur tahap kesihatan mental mereka pada ketika itu. Puan Anita dan barisan fasilitatornya memberikan penerangan yang jelas kepada para peserta agar mereka tidak menyalah tafsir isi kandungan soal selidik tersebut. Para peserta juga diberikan pendedahan tentang maklumat-maklumat bantuan yang boleh diperolehi jika mereka memerlukan bantuan psikologi dengan segera. Mereka diberikan kesedaran supaya mendapatkan rawatan awal dan tidak perlu takut dengan stigma masyarakat. “It’s okay to not be okay. And it’s okay to find help” merupakan slogan yang kerap diulangi oleh Puan Anita dan barisan fasilitator sepanjang program dijalankan.
Pada zaman ini, isu kesihatan mental sudah tidak asing lagi untuk kita dengari di semua platform media sosial. Kita sering melihat bahawa kesihatan mental ini merupakan tanggungjawab individu itu sendiri untuk menjaganya. Tanpa kita sedari, setiap daripada diri kita ini juga bertanggungjawab terhadap kesihatan mental orang sekeliling kita. Bantuan yang kita boleh bantu, sikap kita terhadap orang sekeliling dan pelbagai lagi yang kita sering memandang rendah perkara itu.” Ini


merupakan petikan ringkas yang disampaikan oleh Puan Anita untuk memberi kesedaran kepada para peserta bahawa Isu Kesihatan Mental adalah tanggungjawab bersama. Harapan penganjur agar program sebegini sedikit sebanyak dapat memberi celik akal kepada mahasiswa UMT untuk bersama-sama berganding bahu menguruskan isu kesihatan mental di universiti ini.


Mei - Julai 2024
BENGKEL LAPORAN AKHIR INDEKS KESEJAHTERAAN PELAJAR
Oleh : Cik Nur Fadhilah binti Malek
Kuala Nerus - Bengkel Laporan Akhir Indeks Kesejahteraan Pelajar (IKP) merupakan rentetan program berkala untuk membangunkan soal selidik kesejahteraan buat mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu. Bengkel ini telah dilaksanakan pada 8 Mei 2024 yang lalu bertempat di Dewan Al-Irfan, Kolej Kediaman UMT dengan penglibatan 20 orang ahli Task Force Indeks Kesejahteraan Pelajar bertujuan untuk membentangkan hasil kajian kesejahteraan mahasiswa yang telah dilaksanakan pada awal tahun 2024 dan turut dihadiri oleh Profesor Dr. Mohd Izani bin Mohd Zain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA).
Indeks Kesejahteraan Pelajar ini telah mula dibangunkan sejak bulan Ogos 2023. Projek ini merupakan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh Pusat Kaunseling dan Kesejahteraan Mahasiswa (PKKM). Oleh itu, PKKM telah melantik barisan task force dalam kalangan ahli akademik bidang pakar bagi membantu membangunkan indeks ini. Dr. Kamarul bin Md. Shah yang merupakan Ketua Program Sarjana Muda Kaunseling UMT telah dilantik sebagai Ketua Penyelidik bagi projek ini. Indeks Kesejahteraan Pelajar ini mengambil tempoh enam bulan untuk dibangunkan dan kajian pertama Indeks Kesejahteraan Pelajar telah dilaksanakan pada 21 hingga 31 Januari 2024 yang lalu. Jumlah responden yang diperolehi pada kajian pertama adalah seramai 1,206 orang pelajar UMT merangkumi semua fakulti akademik.
Tujuan Indeks Kesejahteraan Pelajar ini dibangunkan adalah untuk mengukur tahap kesejahteraan pelajar sekali gus untuk mengenalpasti indikator yang mempengaruhi kesejahteraan mereka sepanjang bergelar mahasiswa UMT. Enam indikator yang difokuskan dalam indeks ini iaitu psikologi, spiritual, kewangan, kesihatan, intelektual dan sosial. Kesemua indikator ini telah dinilai oleh pakar-pakar yang dilantik agar ia bersesuaian dengan sistem kesejahteraan pelajar di UMT. Hasil dapatan kajian Indeks Kesejahteraan Pelajar fasa pertama ini menunjukkan

sebanyak 81% responden berada pada tahap kesejahteraan yang baik. Walaubagaimanapun, masih terdapat indikator yang perlu difokuskan untuk meningkatkan lagi tahap kesejahteraan pelajar iaitu kewangan dan psikologi. Berdasarkan hasil dapatan kajian yang diperolehi ini, PKKM UMT akan membangunkan Modul Kesejahteraan Mahasiswa dan Pelan Tindakan Kesejahteraan Mahasiswa 2026 – 2030 pada masa akan datang.




Mei - Julai 2024
MAIKA 2023: KEMUNCAK SAMBUTAN HARI ALUMNI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
: Norul
Pada 28 Julai 2024, Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menjadi saksi kepada Majlis
Anugerah Ikon Alumni UMT 2023 (MAIKA’23), yang berlangsung dengan penuh kemeriahan. Acara tahunan ini, yang diadakan untuk kali ketiga, adalah anjuran Pusat Alumni UMT dengan kerjasama Persatuan Alumni UMT (PAUMT) dan Penyelaras Alumni daripada setiap fakulti. Majlis ini bertujuan untuk menghargai dan memberi pengiktirafan kepada sumbangan cemerlang alumni UMT dalam pelbagai bidang kepakaran mereka.
Mengusung tema “Back to School”, majlis ini berjaya menarik kehadiran ramai, termasuk pegawai utama dan pegawai kanan universiti, ahli persatuan alumni, penyelaras alumni fakulti, serta calon-calon yang layak untuk menerima anugerah. Upacara ini dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Hj. Din bin Adam, Ahli Lembaga Pengarah Universiti Wakil Masyarakat dan turut dimeriahkan dengan kehadiran YBrs. Profesor Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ibrahim, yang menjalankan fungsi Naib Canselor UMT, YBrs. Profesor Dr. Mohd Izani bin Mohd Zain, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), dan Prof. Madya Dr. Yusof Shuaib bin Ibrahim, Pengarah Pusat Alumni UMT.
Tujuan utama program ini adalah untuk mengumpulkan alumni daripada zaman UPMT, KUT, KUSTEM, dan UMT bagi memupuk semangat kekeluargaan serta memperkukuh hubungan antara alumni dan universiti. Program ini juga selaras dengan Teras 3: Pembangunan Pelajar dalam Pelan Strategik UMT 2023-2027, yang menekankan kepentingan penglibatan alumni dalam aktiviti universiti serta nilai sumbangan mereka. Di samping itu, majlis ini memberi peluang kepada penerima anugerah untuk berinteraksi dengan pengurusan tertinggi universiti dan bertemu semula dengan rakan-rakan alumni bagi bertukar idea dan pengalaman dalam usaha menyumbang kembali kepada alma mater.
Pada tahun ini, tiga kategori baharu telah diperkenalkan, iaitu Ikon Alumni Staf UMT, Ikon Alumni Dermawan, dan Ikon Alumni Harapan menjadikan keseluruhan kategori anugerah sebanyak 11 kategori. Pusat Alumni dan HEPA ingin merakamkan ucapan tahniah yang tulus kepada semua pemenang dan penerima anugerah. YBhg. Dato’ Dr. Hj. Din bin Adam dalam ucapannya menyatakan, “Kami berharap anugerah ini akan menjadi inspirasi kepada semua alumni untuk terus mencapai kejayaan dalam bidang masingmasing dan tidak lupa untuk memberikan sumbangan kepada universiti pada masa hadapan”.





Mei - Julai 2024
EKPRESI SENI REMAJA PERKASA SENI PERSEMBAHAN MAHASISWA
Seseorang yang ada seni dalam berbahasa akan dapat menghasilkan bahasa yang berseni, baik dalam tulisan mahupun ucapan. Dalam berbahasa, selain perlu menggunakan bahasa yang betul, kita juga boleh menggunakan bahasa yang berseni dalam karya tertentu seperti karya sastera. Puisi, simpulan bahasa dan pantun merupakan antara karya sastera yang sangat menekankan unsur seni atau keindahan bahasanya. Melalui karya tersebut, penulis dapat menyampaikan sesuatu secara halus dan bijaksana.
Program Ekpresi Seni Remaja merupakan satu lagi inovasi dalam mengangkat bakat pelajar universiti. Program ini telah dirangka secara khusus bagi melahirkan pelajar yang celik bahasa dan mengasah pengembangan bakat untuk ke peringkat lebih tinggi. Kerjasama yang bersepadu antara Pusat Kebudayaan dan Kesenian, HEPA bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mencapai objektif yang telah digariskan. Program ini telah melibatkan beberapa IPT seperti Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Institut Pendidikan Guru sekitar pantai timur. Program ini telah dijalankan pada 29 Jun 2024 bertempat di Sanggar Siswa, HEPA UMT bermula pukul 9.00 malam.
Pengisian program pada malam tersebut cukup berjaya umpama indah berfalsafah menggetarkan sukma dengan persembahan teater, puisi tari, tarian tradisonal, syair dan lagu puisi oleh artis jemputan yang telah diundang. UMT telah menampilkan mahasiswa yang matang dalam membuat persembahan dan menjadi tunjang pada pertandingan anjuran MAKUM pada masa hadapan. Oleh itu, acara ini merupakan penanda aras untuk menjadikan program ini sebagai acara tahunan di UMT pada setiap tahun.


Kehadiran peserta yang cukup memberansangkan melambangkan seni berbahasa telah berjaya disemai dalam kalangan mahasiswa bagi perjuangan memartabatkan “Bahasa Jiwa Bangsa”. Selain itu, program ini juga diserikan lagi dengan kehadiran Ts. En. Wan Abdul Manan bin Wan Abdullah, Pendaftar UMT, En. Badruhisham bin Darus, Ketua Pusat Kebudayaan dan Kesenian, wakil Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, En. Ikhram Fadhly bin Hussein dan pengarah-pengarah IPG sekitar Kuala Terengganu dan Kelantan.
Sesungguhnya dapat dilihat cukup besar bakat pelajar di pentas acara seperti ini. Mahasiswa harus dibimbing dan diberi ilmu serta pendedahan secara berterusan bagi lengkapkan mereka dengan ilmu dan pengalaman untuk terbang ke langit. Bermula daripada akar pasak kukuh terus membuahkan ceritera pohon kejayaan.




Mei - Julai 2024
KUNJUNGAN MESRA PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN (UMT) KE
PEJABAT PELANCONGAN NEGERI TERENGGANU
Oleh :Muhammad
Hasrat untuk mengadakan pertemuan serta perbincangan dengan pihak yang sentiasa menyemarakkan program-program kesenian dan kebudayaan di negeri Terengganu telah membuahkan hasil apabila permohonan untuk mengadakan kunjungan mesra antara Pusat Kebudayaan dan Kesenian (PBS), UMT dengan Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu telah diterima oleh jabatan berkenaan.
Pada tanggal 26 Jun 2024, majlis pertemuan telah diadakan pada pukul 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat, Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu. Kehadiran wakil-wakil PBS telah disambut mesra oleh Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Encik Ahmad Ridzwan Bin Abd Rahman serta beberapa orang pegawai dari jabatan berkenaan. PBS diwakili seramai empat orang kakitangan yang terdiri daripada Encik Badruhisham bin Darus, Puan Suriaty binti Khalid, Encik Mohd Shahreezad bin Abd Satad dan Encik Muhammad Shahrul Azmi bin Hasan.
Dalam sesi pertemuan ini, En. Badruhisham telah memperkenalkan ‘wajah’ Pusat Kebudayaan dan Kesenian, UMT dengan menayangkan video-video berkaitan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh PBS. Selain itu, beliau juga membentangkan kertas permohonan bantuan kewangan kepada Encik Ahmad Ridzwan bagi penganjuran program Sound & Taste of Terengganu 2024 yang bakal dianjurkan oleh PBS pada bulan November akan datang.
Pada majlis pertemuan yang berlangsung hampir selama 2 jam itu, banyak ruang dan peluang diberikan kepada untuk PBS mahu pun para mahasiswa UMT untuk mengadakan program secara berkolaborasi dua pihak khususnya dalam menyemarakkan program kelestarian seni tradisional yang dinamakan ‘Senandung Terengganu’.


Mei - Julai 2024
MY SPACE MY SAFETY 2.0: KOLEJ KEDIAMAN SELAMAT DAN SEJAHTERA
Program My space My Safety 2.0 telah diadakan pada 24 Mei sehingga 22 Jun 2024 bertempat di Dewan Al Irfan dan sekitar Kolej Kediaman bertujuan untuk memberikan kesedaran yang mendalam daripada aspek keselamatan dan kesihatan dalam diri serta rangsangan dan galakan kepada mahasiswa UMT untuk sentiasa berwaspada dan bersedia terhadap sebarang kecemasan yang berlaku di sekeliling mereka. Program ini terbahagi kepada dua slot iaitu Slot Anda Wira Kami: Jom Derma Darah Dan Kempen Derma Organ serta Slot Cegah Aedes: Skuad Cegah Aedes Kolej Kediaman 2.0. Pelaksanaan program ini selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals) iaitu SDG 3: Kesihatan dan Kesejahteraan dan SDG 17: Kerjasama Demi Matlamat.
Slot Anda Wira Kami: Jom Derma Darah dan Kempen Derma Organ telah dilaksanakan dengan kerjasama 20 orang kakitangan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bertempat di Dewan Al-Irfan pada pukul 9.30 pagi sehingga 3.00 petang. Terdapat pelbagai pameran kesihatan yang dibuka antaranya pameran Jom Ikrar Derma Organ, pameran kepentingan kesihatan dan pameran kalori makanan seimbang. Seramai 113 orang pelajar hadir untuk menderma darah namun hanya 74 orang yang layak menderma dan selebihnya tidak melepasi syarat yang ditetapkan.
Bagi Slot Cegah Aedes: Skuad Cegah Aedes Kolej Kediaman 2.0 pula, ia memfokuskan pembasmian dan pencegahan pembiakan nyamuk aedes di kawasan takungan air. Seramai 20 orang pelajar yang terlibat sebagai sukarelawan Skuad Cegah Aedes dan dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan perlu membuat pendokumentasian berkenaan kawasan yang menjadi sasaran pembiakan nyamuk aedes serta cara pencengahan dan pembasmian bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes. Setiap kumpulan perlu membuat pembentangan yang akan dinilai melalui proses penjurian. Slot ini dimulakan dengan taklimat oleh Pengarah Program sebelum peserta bergerak ke blok dan sekitar Kolej Kediaman bagi mencari dan memusnahkan tempat - tempat takungan air yang berpotensi akan pembiakan nyamuk aedes.


perasmian penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah, Kolej Kediaman Dalam Kampus, Prof Madya Dr. Zairihan binti Abdul Halim. Program ini telah berjaya mencapai matlamatnya dalam meningkatkan kesedaran tentang keselamatan dan kesihatan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi UMT. Kejayaan program ini, yang mendapat sokongan dan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk Hospital Sultanah Nur Zahirah dan staf UMT dapat mencerminkan komitmen bersama untuk mewujudkan persekitaran yang lebih selamat dan sihat.



NUSANTARA NOSTALGIA @ JPKK IMBAUAN SENI WARISAN DI KOLEJ KEDIAMAN
Kuala Nerus – Pada masa ini, Kolej Kediaman lebih dikenali sebagai tempat penginapan bagi mahasiswa tetapi bukan tempat untuk mahasiswa memperolehi ilmu dan pendidikan. Persepsi tersebut harus diubah dengan menjadikan Kolej Kediaman sebagai satu platform berlakunya pembelajaran kedua. Oleh itu, sebagai inisiatif seiring dengan kepelbagaian kaum dalam kalangan penghuni kolej kediaman, Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman sesi 2023/2024 telah mengadakan program berunsurkan kebudayaan iaitu Program Nusantara Nostalgia @ JPKK. Program ini telah dilaksanakan pada 23 dan 24 Mei 2024. Ahli Jawatankuasa Pelaksana yang terdiri daripada JPKK dan Assist JPKK sesi 2023/2024 telah melaksanakan pelbagai aktiviti berkonsepkan pertandingan iaitu anyaman ketupat, origami tanglung dan kreatif kolam di Serambi Siswa dan Dewan Al-Irfan Kolej Kediaman, UMT.
Selain itu, pihak urusetia juga telah mengadakan pertandingan Dapur Panas di Makmal Masakan Fakulti Perikanan dan Sains Makanan (FPSM) dan Majlis Penutup Nusantara Nostalgia@JPKK di Dataran Parkir Blok Ibnu Sina, Kolej Kediaman, UMT. Bagi pertandingan Dapur Panas, peserta perlu memasak laksa Terengganu kuah putih dan kuih cek mek molek yang merupakan makanan tradisional komuniti di Terengganu khususnya. Melalui pertandingan ini, bakat memasak dalam kalangan pelajar Universiti Malaysia Terengganu dapat diserlahkan dan diketengahkan sekaligus mempromosikan masakan tradisi negeri Terengganu. Majlis Penutup pula ditampilkan dengan kepelbagaian persembahan pelbagai kaum seperti tarian singa, diabolo, tarian dari kaum India, silat serta persembahan artis jemputan khas iaitu Fahimi Rahmat. Penyampaian hadiah turut diberikan kepada pemenang bagi semua pertandingan semasa majlis penutup.
Impak daripada program ini, ia dapat memberi peluang kepada para pelajar mempelajari kepelbagaian seni dan warisan melalui persembahan dan aktiviti yang dijalankan. Di samping itu, pelaksanaan program ini dapat meraikan kepelbagaian kaum di UMT serta mewujudkan silaturrahim di antara pelajar berbilang kaum bagi melahirkan warga UMT yang harmoni dan saling menghormati. Kejayaan program ini dapat dilihat melalui sambutan yang sangat baik daripada pelajar Kolej Kediaman dengan kehadiran seramai 800 pelajar. Natijahnya, program ini adalah sangat baik sesuai dengan slogan yang diamalkan oleh JPKK iaitu dimensi kredibiliti, pemacu transformasi.





KK SANTUNI PELAJAR ASASI DAN DIPLOMA SESI 2024/2025
: Amalina binti Zulkifli
Julai 2024 – Dalam usaha untuk menyambut dan memberikan sokongan kepada pelajar baharu, Kolej Kediaman tidak ketinggalan menyantuni pelajar Asasi dan Diploma bagi sesi 2024/2025. Pada 21 Julai 2024, seramai 424 orang pelajar telah mendaftar masuk ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi menjalani program Asasi STEM dan Diploma Perikanan. Pada hari tersebut, Kolej Kediaman telah menyambut baik kehadiran pelajar baharu yang mendaftar untuk menginap di Kolej Kediaman Dalam Kampus.
Kolej Kediaman Dalam Kampus (KKDK) telah diberikan amanah untuk mengelolakan hari pendaftaran pelajar baharu di Kolej Kediaman. Seramai 26 orang petugas yang terdiri daripada 16 orang staf, 10 orang felo blok serta 20 orang fasilitator terlibat pada hari tersebut. Pengarah Kolej Kediaman turut hadir memberi sokongan bagi melancarkan lagi pembahagian kunci bilik kepada pelajar baharu. Pendaftaran pelajar kali ini sangat efisen dengan pelaksanaan secara pandu lalu bagi mengatasi masalah aliran trafik yang teruk di dalam kampus.
Pendaftaran yang bermula pada pukul 8.30 pagi diserikan dengan kehadiran YBhg. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Profesor Dr. Mohd Izani bin Mohd Zain untuk menyantuni pelajar baharu bersama ibu bapa yang hadir. Penempatan penginapan pelajar Asasi dan Diploma adalah di Blok Ibnu Majah (IM) bagi pelajar perempuan manakala Blok At-Tardmidzi (ATT) bagi pelajar lelaki.
Menyantuni pelajar adalah inisiatif penting yang menunjukkan komitmen Kolej Kediaman UMT dalam menyediakan sokongan dan bimbingan kepada pelajar baharu. Dengan pelbagai aktiviti dan program yang dianjurkan, pelajar asasi dan diploma berpeluang untuk memulakan perjalanan akademik mereka dengan lebih yakin dan bersedia untuk berjaya dalam pengajian dan kehidupan kampus.






Mei - Julai 2024
EDARAN KIT SYAWAL KEPADA ALUMNI STAF
Oleh : Noorullaily binti Saffain
Dibulan Ramadan yang penuh barakah, Pusat Alumni meneruskan lagi tradisi edaran kit syawal kepada semua alumni staf yang berkhidmat di UMT. Program ini merupakan program tahunan yang diadakan pada setiap tahun bersempena bulan Ramadan bagi memeriahkan lagi sambutan Syawal. Edaran kit syawal ini telah diadakan selama dua hari bermula pada 7-8 April 2024. Seramai 350 orang alumni staf termasuk rakan strategik alumni telah menerima kit syawal istimewa pada tahun ini berupa satu set tupperware Batik One Touch, biskut raya dan sampul duit raya. Edaran kit syawal ini diberikan kepada alumni staf, JK Persatuan Alumni dan Penyelaras Alumni di setiap fakulti bagi memupuk semangat penyumbangan kembali alumni dalam kalangan alumni staf.
Program ini melibatkan semua warga kerja Pusat Alumni dalam sesi edaran kit syawal di setiap fakulti dan PTj. Melalui program ini, Pusat Alumni menerima pelbagai maklum balas positif dalam kalangan alumni staf di mana mereka sangat teruja dan berterima kasih kepada Pusat Alumni kerana sentiasa cakna dalam menerapkan nilai-nilai pembudayaan alumni. Justeru itu, program ini dapat mengembalikan nostalgia alumni UMT dan merapatkan lagi ukhwah antara alumni staf dan warga kerja Pusat Alumni. Pusat Alumni amat berharap agar keterlihatan alumni semakin meningkat dalam menzahirkan rasa cakna dan sayang kepada Alma Mater. Hasrat utama melalui program ini juga







Mei - Julai 2024 Volume 28
Oleh : Dr. Hazaila binti Hassan (FPEPS)

PFPEPS ALUMNI SHARING
ada 19 Mei 2024, telah berlangsungnya program FPEPS Alumni
Sharing di bawah kelolaan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial (FPEPS) bertempat di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu. Inisiatif penganjuran program ini adalah melalui penyelaras-penyelaras alumni FPEPS yang bertujuan untuk menjemput alumni kembali ke fakulti bagi menyertai pelbagai aktiviti bersama pensyarah dan mahasiswa (bakal alumni).
Program ini berjaya mengumpul enam orang alumni daripada enam program pengajian iaitu En. Mohamad Syahme bin Azhar daripada program Sarjana Muda Ekonomi, En. Muhammad Zaki bin Ahmad Munir (program Pemasaran), En. YM Tengku Mohamad Arif Faisal bin Tg. Azman Shah (program Pelancongan), Pn. Siti Nurizzati binti Jamil (program Perakaunan), Pn. Zuraidah binti Daud (program Kaunseling) dan Pn. Farzni binti Mohamad (program Pengajian Polisi dan Sekitaran Sosial). Perkongsian mereka adalah berdasarkan pengalaman semasa berada di UMT dan alam pekerjaan serta persiapan diri untuk memasuki dunia pekerjaan hari ini. Program ini diadakan secara dua sesi iaitu pagi dan petang yang melibatkan seramai 1000 orang pelajar.
Objektif program ini adalah untuk memberikan perkongsian kepada pelajar berkaitan aspek pekerjaan dan perniagaan selepas bergraduat. Selain itu, perkongsian pengalaman, maklumat berkenaan kerjaya dan nasihat kepada para pelajar dapat meningkatkan pengetahun pelajar selaras ke arah meningkatkan kebolehpasaran graduan FPEPS selain membina networking antara alumni dan pelajar-pelajar di fakulti ini.
Program ini turut dirasmikan oleh Dekan FPEPS iaitu YBrs. Profesor Dr. Suriyani binti Muhamad dan diserikan dengan kehadiran Pengarah Pusat Alumni YBrs. Profesor Madya Dr. Yusof Shuaib bin Ibrahim. Program sebegini merupakan langkah awal dalam memperkasakan jaringan alumni FPEPS. Kami berharap agar dapat meluaskan lagi aktiviti








PELANCARAN RUMAH ALUMNI SEBAGAI SIMBOLIK MAJLIS MAKAN MALAM AMAL



Kuala Nerus – Majlis Makan Malam Amal Alumni bersama Prominent Industry merupakan sebuah program yang julung kalinya diadakan oleh Pusat Alumni dengan kerjasama Pusat Kebudayaan dan Kesenian, HEPA serta Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri dan Masyarakat (PPIJIM). Program yang telah berlangsung pada 26 April 2024 bertempat di Concorde Hotel, Shah Alam dengan penampilan khas oleh Ziana Zain sebagai satu simbolik mendekatkan UMT khususnya Pusat Alumni dengan industri. Selain itu, majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Ahli Lembaga Pengarah Universiti (Wakil Alumni), YBhg. Dato’ Dr. Hj. Din bin Adam, Ahli Lembaga Pengarah Universiti (Wakil Masyarakat), YBrs. Profesor Dr. Mohd Izani bin Mohd Zain, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), YBrs. Profesor Madya Dr. Yusof Shuaib bin Ibrahim, Pengarah Pusat Alumni dan Pengurusan HEPA. Majlis ini turut dimeriahkan dengan nyanyian dan tarian oleh alumni budaya UMT sebagai salah satu elemen pembudayaan alumni dan penyumbangan kembali alumni kepada alma mater.
Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kolaborasi antara alumni dan rakan industri daripada pelbagai peringkat yang melibatkan usahawan-usahawan alumni UMT di seluruh Malaysia, chapter-chapter alumni dan juga alumni UMT bagi memenuhi inisiatif Objektif Strategi (OS) keempat yang terkandung dalam PSUMT 20232027. Selain itu, program ini diadakan bagi merealisasikan inisiatif Objektif Strategi (OS) kelima iaitu melaksanakan aktiviti penjanaan pendapatan. Program ini dapat dilihat mampu melipatgandakan usaha Pusat Alumni dalam mengumpul dana melalui crowd funding bagi menubuhkan Rumah Alumni UMT dan meningkatkan status kewangan di dalam Tabung Kebajikan dan Penyumbangan Kembali Alumni. Melalui majlis ini juga, Pelancaran Rumah Alumni turut diadakan sebagai simbolik Makan Malam Amal ini yang berperanan sebagai one stop centre untuk program kolaborasi antara Pusat Alumni, universiti, industri dan juga agensi kerajaan. Hasil jualan meja akan disalurkan kepada Tabung Amanah Kebajikan dan Penyumbangan Kembali Alumni UMT bagi membantu alumni UMT yang ditimpa musibah dan memerlukan bantuan kewangan.


Mei - Julai 2024 Volume 28
Dalam membingkas prakarsa ke arah pemerkasaan mahasiswa, sembilan Prakarsa HEPA telah diwujudkan di mana Pusat Alumni menfokuskan kepada prakarsa yang kelapan iaitu merancak sumbangan alumni untuk alma mater. Antara inisiatif yang terlibat adalah meningkatkan penjanaan sumber kewangan dengan lebih agresif dan menubuhkan rumah alumni sebagai lambang kemegahan alumni UMT. Pembinaan dan pewujudan Rumah Alumni sebagai one stop centre pusat perkongsian kepakaran, maklumat dan industri Alumni. Selain itu juga, Rumah Alumni merangkumi ruang bagi keusahawanan pelajar serta pusat kegiatan aktiviti mahasiswa. Rumah Alumni ini akan dijadikan perkara utama dalam program ini sebagai program jangka masa panjang bagi pengumpulan dana Pusat Alumni. Program ini juga dapat memperkukuhkan kerjasama strategik antara pusat tanggungjawab di dalam UMT melalui kerjasama bersama Pusat Kebudayaan dan Kesenian UMT, Pejabat Komunikasi Korporat (PKK), Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri dan Masyarakat (PPJIM), i-Create UMT dan Persatuan Alumni UMT (PAUMT). Bertepatan dengan tujuh Ikhtiar HEPA 2024 dalam memugar ikhtiar ke arah kebitaraan mahasiswa, mendekatkan yang jauh dan mengakrabkan yang dekat bagi menyantuni alumni dan industri dengan melibatkan mereka dalam program-program pemerkasaan mahasiswa.
Rumah Alumni juga dikenali sebagai The Club House of UMT Alumni dan akan dibina bersebelahan Rumah Universiti (Marmoris House) berhadapan pantai UMT. Pembinaan Rumah Alumni memerlukan RM2.2 juta dengan keluasan bangunan 1,170 meter persegi yang dirancang dibina dalam lima fasa melalui pendanaan awam dan penajaan daripada industri dan alumni. Kewujudan Rumah Alumni ini akan memberi nilai tambah kepada persekitaran bagi proses pembelajaran dan pengajaran luar bilik kuliah kepada mahasiswa di samping ianya akan menjadi ikonik kepada pelajar dan alumni apabila mereka bergraduat nanti.
Melalui program ini juga, Pusat Alumni berharap agar lebih ramai alumni kembali menyumbang kepada alma mater sama ada dari segi kepakaran, kesukarelawanan mahupun dalam bentuk kewangan bagi meningkatkan peratusan penyumbangan kembali alumni. Hasil daripada sumbangan alumni sedikit sebanyak dapat membantu alumni yang ditimpa musibah





Mei - Julai 2024
PUSAT ALUMNI MENYOKONG PROGRAM KELESTARIAN HIJAU DAN PENCEMARAN PLASTIK
Oleh : Noorullaily binti Saffain
5Jun 2024, telah berlangsungnya program Odyssey Plastique yang merupakan program antarabangsa yang julung kali diadakan di bawah kelolaan pihak kedutaan Perancis, Malaysia, dengan kerjasama Pusat Antarabangsa (International Center) dan Pusat Alumni, HEPA. Melalui program ini, pensyarah Fakulti Sains dan Sekitaran Marin (FSSM) yang juga Alumni staf dijemput sebagai bagi pembentangan kempen kesedaran pencemaran plastik kepada 120 orang pelajar dari tujuh buah sekolah terpilih (berasrama penuh) di Terengganu. Program ini telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Petronas, Kerteh, Terengganu yang turut melibatkan kedutaan Perancis di beberapa buah negara di rantau Asia seperti Indonesia, Malaysia, Taiwan, China, Hong Kong dan Filipina.
Pelaksanaan program ini dapat meningkatkan kesedaran kepada pelajarpelajar mengenai bahayanya pencemaran mikroplastik kepada alam sekitar. Para pelajar didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang menarik seperti pembersihan pantai, konferensi, bengkel, aktiviti pedagogi dalam bahasa Perancis, tayangan filem dan projek seni berkaitan kelestarian alam. Salah satu aktiviti utama program ini adalah pembersihan sampah di kawasan pantai Kerteh yang melibatkan pihak kedutaan Perancis, tujuh buah sekolah menengah di Terengganu, alumni staf UMT, Microplastic Research Interest Group (MRIG-FSSM), NGO “Geng Plastik Ija” dan komuniti setempat. Program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran kepada semua peringkat terutama pelajar setempat dan meningkatkan keterlihatan dalam bidang tujahan UMT.


Selari dengan hasrat Timbalan Naib Canselor (HEPA) bagi menggalakkan program kelestarian hijau dalam kalangan warga kerja HEPA dan pelajar-





Mei - Julai 2024






Mei - Julai 2024
ZIARAH CAKNA ALUMNI
Oleh : Noorullaily binti Saffain
Pada 18 Julai 2024, Pusat Alumni, HEPA telah mengadakan program Ziarah Cakna Alumni yang merupakan salah satu teras kebajikan dan aktiviti dalam Pelan Hala Tuju Alumni 2023–2027. Kunjungan ini telah berjalan dengan lancar melalui satu pertemuan bermakna bersama Alumni (Diploma Perikanan, 2004; Alumni Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Teknologi Lepas Tuai); 2008) iaitu En. Mohamad Zulhumaizi bin Nawang.
Melalui program ini, alumni telah berkongsi berkenaan rutin harian, beberapa cabaran dan dugaan sepanjang bergelar sebagai pesakit buah pinggang serta menjalani rawatan dialisis sebanyak 13 kali sebulan. Pertemuan ini disambut baik oleh ibu kepada En. Zulhumaizi di kediamannya di Kampung Tembila, Besut. Selain daripada kehilangan ayahanda dua tahun lepas, ibunya turut berkongsi masalah kesihatan beliau iaitu pesakit buah pinggang tahap 4 dan mengalami kerosakan injap jantung. Kunjungan tersebut memberi ruang dan kesempatan kepada Pusat Alumni untuk mengeratkan ukhwah dan sebagai tanda prihatin kepada kebajikan alumni.
Pusat Alumni turut menyampaikan sumbangan ikhlas daripada Tabung Kebajikan dan Penyumbangan Kembali Alumni bagi meringankan beban alumni tersebut. Semoga En. Zulhumaizi sentiasa diberi kekuatan dan ketabahan menempuhi dugaan ini. Selain itu juga, Pusat Alumni mengalu-alukan sumbangan daripada mana-mana pihak yang mengenali beliau untuk turut menyumbang ke akaun En. Mohamad Zulhumaizi bin Nawang (no akaun: 7048683274 – CIMB BANK) rujukan: SUMBANGAN ALUMNI.





PIALA TIMBALAN NAIB CANSELOR (HEPA) UMT 2024 SAH MILIK CAFÉ CIKHA FC
Jun 2024, - Liga Bola Sepak Piala Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni adalah sukan yang berkonsepkan liga dan diadakan sepanjang bulan Jun. Penyertaan dalam sukan ini terbuka kepada seluruh pelajar UMT. PSR bekerjasama dengan Majlis Sukan Pelajar (MSP) untuk melancarkan kejohanan ini.
Kejohanan ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dan melahirkan pelajar yang sihat dari segi fizikal dan mental. Di samping itu, kejohanan ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk membangunkan kemahiran kepimpinan mereka. Kejohanan ini turut memberikan pendedahan kepada pelajar dalam pengurusan acara dan kepegawaian sukan.
Kejohanan Liga Bola Sepak Hotlink Piala Timbalan Naib Canselor HEPA 2024 telah disertai oleh 8 pasukan yang melibatkan 160 pelajar, dan terbuka kepada seluruh warga pelajar UMT tanpa mengira fakulti. Untuk memperkasakan pelajar dalam bidang sukan, pengadil dan teknikal bagi kejohanan ini adalah dalam kalangan pelajar dan mereka dibayar menggunakan bayaran Job On Campus (JOC). Kejohanan ini turut menerima tajaan wang tunai sebanyak RM1,000.00 daripada Hotlink.
Perlawanan akhir kejohanan ini antara pasukan Café Cikha FC menentang Entech FC telah berlangsung dengan keputusan kemenangan berpihak kepada Café Cikha FC sebagai Johan, Entech FC di tempat kedua, dan SUKSIS FC di tempat ketiga. Perlawanan akhir ini ditonton seramai 161 org pelajar di Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail, UMT. Pemain terbaik dianugerahkan kepada Megat Quezeair Naufal bin Azahar (Café Cikha FC) manakala penjaring terbanyak adalah Muhammad Zam Firdaus bin Mohmad Nizam (SUKSIS FC). Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Prof Dr Mohd Izani bin Mohd Zain, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).
Semoga usaha ini dapat memberi seribu satu pengalaman dan pembelajaran yang berguna sebagai nilai tambah kepada mahasiswa, sekaligus memartabatkan mahasiswa ke arah melahirkan pemimpin yang cemerlang.














Volume 28

Mei - Julai 2024
PRAPELANCARAN STUDIO A.K.A.R: LANGKAH BAHARU MENUJU KECEMERLANGAN KREATIF MAHASISWA
29
Julai 2024, Pusat Alumni dengan berbesar hati mengumumkan prapelancaran Studio Alumni Kembali Alami Rekonstruksi (A.K.A.R) Back to Root yang bakal menjadi pusat tumpuan baharu dalam dunia seni dan kreativiti. Pelancaran ini menandakan satu fasa baru dalam usaha Pusat Alumni untuk menyokong dan mempromosikan bakat serta karya mahasiwa dalam mengharumkan nama UMT di peringkat tempatan dan global.
Antara objektif yang dilihat mampu dicapai melalui penubuhan studio ini adalah dalam menambah sumber kewangan kepada Pusat Alumni. Seterusnya pemerkasaan mahasiswa dalam aspek seni dan budaya serta keusahawanan dilihat mampu melahirkan alumni yang mempunyai ‘nilai tambah’ dalam diri.
Semasa prapelancaran tersebutturutdiserikan lagi dengan persembahan live band oleh para pelajar (Bakal Alumni) serta persembahan nyanyian oleh staf Pusat Alumni yang menyampaikan lagu alumni “Kun Mahabbah Wangsa”. Selain itu, turut diadakan sesi serahan tugas antara Pengarah Pusat Alumni yang akan menamatkan perkhidmatan beliau pada 31 Julai 2024.



Volume 28
Mei - Julai 2024
MAHASISWA CEMERLANG, ILMU DAN WATAK
Oleh : Noor Najmiah binti Ali

Pusat Kaunseling dan Kesejahteraan Mahasiswa (PKKM) telah menjalankan program Cakna Belajar: Mahasiswa Cemerlang, Ilmu dan Watak pada 7 Mei 2024 pukul 8.30 malam melalui Webex dan Facebook Live PKKM. Program ini dijalankan secara berkala sebanyak 2 kali setahun bagi memfokuskan isu-isu berkaitan perkembangan pelajar dan proses pengajian.
Panel jemputan pada kali ini ialah Dr. Zulfikar bin Ahmad, Pengarah Pusat Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling, Universiti Teknologi Malaysia. Dalam perkongsian tersebut, beliau banyak memberi penekanan

terhadap sikap dan ilmu pengetahuan yang perlu seiring untuk menjadi mahasiswa yang cemerlang. Beliau turut berkongsi mengenai kepentingan adap dan tatasusila dalam kehidupan sebagai seorang mahasiswa.
Seramai 319 orang pelajar telah menyertai program ini dengan memberikan maklumbalas yang aktif melalui soalan dan perkongsian bersama panel jemputan. Pelaksanaan program ini diharap dapat memberi pendedahan kepada mahasiswa dalam meningkatkan keupayaan diri untuk menjadi mahasiswa yang cemerlang.

PROGRAM COLOR YOUR LIFE: SEMARAK KASIH MAHASISWA KOLEJ KEDIAMAN
Kolej Kediaman UMT telah mengadakan satu program mendekati dan menyantuni mahasiswa iaitu bagi membantu mahasiswa meningkatkan daya tahan dalam aspek psikologi pada 30 Mei sehingga 1 Jun 2024 bertempat di Peladang Setiu Agro Resort, Terengganu. Program ini merupakan platform terbaik untuk memberi pendedahan dan pendidikan secara berfokus terhadap menjaga emosi termasuk kesihatan mental mahasiswa terutamanya di Kolej Kediaman. Tujuan perlaksanaan program sebegini mampu memberi pendedahan dan aspirasi serta merupakan usaha bagi membina pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang sejahtera dalam kalangan mahasiswa melalui pembelajaran secara teori dan praktikal. Program ini sangat baik untuk diadakan kerana mempunyai objektif tersendiri iaitu memberi peluang kepada mahasiswa yang terkesan untuk membina semula keyakinan dan keupayaan diri yang positif dalam mendepani cabaran hidup dan membantu mengenal pasti emosi diri serta menghargainya serta dapat memupuk rasa kasih dan cinta kepada diri sendiri melalui aktiviti yang memberi ketenangan.
Program ini turut dihiasi dengan atur cara yang sangat baik dengan dimulakan dengan sesi bersuai kenal antara satu sama lain supaya dapat mewujudkan persekitaran yang terapeutik dan membina emosi yang positif dalam kalangan peserta. Seterusnya, aktiviti yang dilaksanakan adalah berkonsep santai di mana peserta diminta melakukan aktiviti bagi merehatkan minda dan mengurangkan tekanan yang dihadapi ketika di universiti. Melalui aktiviti ini juga, para peserta didedahkan dengan kepentingan melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti fizikal yang menyeronokkan bagi membentuk hormon yang positif.
Slot kata-kata cinta juga turut diadakan bertujuan untuk membentuk sikap cintakan kepada diri sendiri melalui kata-kata. Peserta diajar




Volume 28
Mei - Julai 2024
syukur mengenai perkara positif yang berlaku dalam hidup. Peserta telah menulis kata-kata positif dan semangat di helaian kertas berwarna kemudian menghasilkan satu kolaj menggunakan kertas mahjung. Aktiviti ini dapat menyemai sikap menghormati diri sendiri dan orang lain.
Sesi terapi warna merupakan ikhtiar yang sangat baik dilaksanakan, telah dikelolakan oleh Pegawai Psikologi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Terengganu iaitu Puan Nur Mahirah Mahmud. Slot ini adalah berkaitan penerangan tentang maksud warna- warna dalam mempengaruhi emosi seseorang. Slot ini dijalankan secara dua hala di mana penceramah memberikan maklumat melalui slaid yang disediakan kemudian meminta maklum balas daripada peserta. Aktiviti ini membolehkan para peserta peka dengan keadaan emosi masing-masing. Penglibatan semua peserta sangat baik dan menunjukkan respon yang positif dengan perlaksanaan terapi warna ini secara praktikal dengan menggunakan crayon, warna air, dan colour pensel. Melalui aktiviti ini, para peserta telah mengekspresikan pemikiran dan perasaannya melalui lukisan yang dihasilkan. Para peserta bebas untuk menggunakan warna yang disukai mengikut kreativiti masingmasing.
Aktiviti Survival Mission telah dijalankan melalui tunjuk ajar daripada jurulatih di mana setiap kumpulan diberi satu tugas untuk membuat satu juadah menggunakan bahan-bahan masakan yang disediakan. Para peserta perlu bekerjasama dalam setiap kumpulan bagi memastikan mereka berjaya menghasilkan nasi dan juadah dengan bahan masakan yang terhad. Aktiviti ini membentuk keupayaan diri peserta dalam aspek ketahanan dan kreativiti menggunakan bahan sedia ada. Antara aktiviti yang lain yang melibatkan kerjasama peserta yang sangat baik adalah jungle tracking dan love language.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Zairihan binti Abdul Halim selaku Timb. Pengarah Kolej Kediaman UMT. Turut serta pada majlis penutup tersebut ialah Pengarah Program, Cik Nur Salfuza Ain Binti Razali dan Ketua Jurulatih Peladang Setiu Agro Resort, Nek Mohd Yunis Bin Mohd Noor. Pihak kolej kediaman juga berbesar hati menyampaikan cenderahati kepada Nek Mohd Yunis Bin Mohd Noor selaku Ketua Jurulatih di atas kerjasama yang diberikan sepanjang Program Color Your Life 2.0 berlangsung






Mei - Julai 2024
SERAMBI NIAGA: USAHA MEMUGAR KEUSAHAWANAN MAHASISWA DI KOLEJ KEDIAMAN
Oleh : Muhammad Ashraff Aiman bin Roslan, Kolej Kediaman, HEPA
Serambi Niaga merupakan satu projek yang dicadangkan oleh Timbalan
Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Profesor Dr. Mohd Izani Mohd Zain berkonsepkan pendidikan kemahiran dan keusahawanan. Usaha ini dilihat mampu memberi impak positif dalam memastikan mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu terus berkembang dalam pelbagai aspek meliputi kemahiran dan keusahawanan. Projek ini telah dirancang dengan melibatkan sinergi yang sangat baik antara pusat tanggungjawab di HEPA iaitu Kolej Kediaman dan Pusat Keusahawanan Dan Kebolehpasaran Graduan (UMT-GEM). Projek ini telah mula dibina dan dijangka akan beroperasi bermula September 2024. Kolej Kediaman dengan kerjasama UMTGEM menyahut seruan dan hasrat untuk membantu dan menjadi platform dalam melahirkan pelajar berminda intelek dengan nilai tambah keusahawanan dan berkemahiran.
Melalui usaha ini, antara bidang yang diketengahkan untuk program ini adalah perancangan aktiviti akuaponik, penternakan kelulut termasuk tanaman fertigasi yang diuruskan sepenuhnya oleh mahasiswa UMT. Setiap aktiviti mempunyai pembahagian ahli kumpulan pelajar yang berfokus berkenaan tugasan yang telah ditetapkan. Aktiviti akuaponik dicadangkan diuruskan oleh 15 pelajar yang akan dibahagikan kepada 3 kluster iaitu kluster akuaponik, kluster pemprosesan makanan dan kluster pemasaran. Hasil akuaponik bukan sahaja melibatkan aktiviti penjualan hasil mentah, namun akan menghasilkan produk makanan yang dilaksanakan sepenuhnya oleh mahasiswa yang terlibat. Bagi aktiviti penternakan kelulut akan diusahakan oleh 5 pelajar yang akan menguruskan semua skop tugas berkaitan penternakan dan tuaian hasil madu kelulut yang dihasilkan serta pemasaran produk kepada kumpulan sasaran yang telah ditetapkan. Manakala, bagi aktiviti fertigasi akan melibatkan 10 pelajar bagi menguruskan proses menanam, membaja, menuai dan memasarkan hasil yang diperolehi daripada aktiviti.


Langkah ini dilihat memberi impak positif terhadap kemampanan hidup mahasiswa di kampus dan menjalani kehidupan seiring memperoleh pengalaman menguruskan aktiviti akuaponik, aktiviti kelulut dan aktiviti tanaman fertigasi yang boleh mendatangkan hasil kepada pelajar. Ikhtiar yang telah dimandatkan kepada Kolej Kediaman dan UMTGEM menunjukkan UMT serius dalam memastikan graduan yang bakal dilahirkan nanti mempunyai nilai yang sangat baik bukan sahaja dalam akademik, namun turut dalam bidang keusahawanan, kemahiran dan sosial. Usaha menjadikan Kolej Kediaman sebagai tempat pembelajaran ke dua sepatutnya diteruskan lagi kerana mahasiswa sentiasa menghabiskan masa di Kolej Kediaman selain ke kelas bagi urusan akademik.
Kolej Kediaman akan sentiasa menyokong setiap saranan dan cadangan yang dicadangkan agar mampu menyokong terhadap pembentukan otak dan watak dapat dilaksanakan. Kolej Kediaman akan menambah lagi usaha berkenaan dengan pelbagai aktiviti tambahan sebagai altenatif yang lebih baik pada masa akan datang.



Mei - Julai 2024 Volume 28
PROGRAM FORUM PENDIDIKAN POLITIK
‘MAHASISWA HARI INI – KEPIMPINAN MASA HADAPAN’
Program Forum Pendidikan Politik (ADVOKASI@UMT) dengan tajuk ‘Mahasiswa Hari Ini – Mahasiswa Masa Hadapan’ Merupakan program anjuran Unit Literasi dan Advokasi Politik (ADVOKASI@ UMT), Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.
Program yang diadakan pada 26 Jun bertempat di Dewan Auditorium Mahyuddin, FPEPS telah bermula seawal jam 9.00 pagi. Program berkenaan telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh En. Wan Muhammad Naziq bin Che Nor, Pegawai Tadbir PPPM yang mewakili Pengarah PPPM HEPA dan seterusnya sesi forum yang telah dikendalikan oleh moderator Sdri Fatimah Zahra bt Ijaz Ahmad dengan menampilkan panel jemputan Cik Shamellya binti Norazizi, Mantan Parlimen Belia.
Selain itu, pengisian yang bermanfaat disediakan kepada peserta adalah sesi kuiz yang diadakan secara atas talian dengan para peserta diminta menjawab soalan yang disediakan, dan akhirnya akan mencari 3 pemenang yang terbaik dalam sesi kuiz yang diadakan berkenaan.
Selain itu, seramai 130 mahasiswa yang telah menyertai program pada hari ini yang terdiri daripada pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Polisi bagi tahun 2 dan 3 serta pelajar daripada badan berunifrom dan terbuka kepada juga kepada pelajar lain. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan berkaitan tanggungjawab mahasiswa sebagai pelapis kepimpinan negara dan peranan orang muda khususnya kepada negara dalam memahami corak kepimpinan yang diperlukan pada masa hadapan.




Mei - Julai 2024
MENINGKATKAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI
DAN KEYAKINAN DIRI MAHASISWA MELALUI PROGRAM
“BOOST
YOURPITCHINGSKILLS”
Career Path Club (CPC) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Pusat Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (UMT-GEM), pada 20 April 2024 telah mengadakan program Boost Your Pitching Skills yang bertempat di Auditorium Sulaiman, Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), UMT dan dihadiri seramai 120 orang pelajar.
Program ini telah disampaikan oleh pensyarah kanan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial (FPEPS), UMT iaitu Dr. Mohd Shaari bin Abd Rahman. Beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang akaun serta Master in Accounting and Finance di University Of Birmingham, Doctor of Philosophy di University of Tasmania dan merupakan Postgraduate Training in Innovation and Entrepreneurship di Trinity College Dublin. Beliau juga merupakan mantan Pengarah Pusat Alumni dan mantan Pengarah Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC) pada 2013 hingga Ogos 2022.

Tujuan utama program diadakan untuk membantu mahasiswa/i menyerlahkan diri mereka dengan meningkatkan keterampilan komunikasi di mana para peserta akan belajar cara menyusun dan menyampaikan maklumat dengan jelas, kreatif, dan persuasif dengan merangkumi penggunaan bahasa yang tepat, intonasi yang sesuai, dan penggunaan kata-kata yang efektif dalam menambah kemahiran pengucapan awam mereka. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan daya tarik kerjaya peserta kerana kemampuan pitching yang baik merupakan aset berharga yang akan digunakan dalam setiap kerjaya serta dapat membantu mereka melanjutkan kerjaya mereka secara berkesan selepas bergraduat.
Diharapkan agar dengan berlangsung program Boost Your Pitching





Mei - Julai 2024 Volume 28
CAREERTALK: CHARTINGYOURCAREERROADMAP
Oleh : Aina Nydia binti Md Nizan
Program Career Talk : Charting Your Career Roadmap telah berlangsung di Auditorium Mahyuddin, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi Perniagaan (FPEPS), UMT pada 1 Jun 2024. Program bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari itu telah dianjurkan oleh Career Path Club (CPC) dengan kolaborasi bersama Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp).
Panel untuk sesi tersebut ialah Encik Ardi Gunsuh. Beliau merupakan Lead, Campus Engagement & Mobility, Graduate & Emerging Talent daripada Talent Corp Group, yang memberikan peluang kepada mahasiswa untuk membuat perancangan awal dalam menghadapi alam pekerjaan selepas tamat pengajian agar masa depan mahasiswa lebih terjamin dan teratur.
Program ini bertujuan untuk membantu mahasiswa untuk mengembangkan keterampilan adaptasi yang diperlukan dalam menghadapi perubahan pasaran kerjaya dan mengembangkan keterampilan yang relevan dengan tuntutan pasaran kerjaya yang terus berubah.
Penglibatan Encik Ardi Gunsuh sebagai panel dalam program ini membawa nilai impak yang tinggi. Beliau membawa memberikan inspirasi, motivasi dan panduan berguna bagi mahasiswa/i dalam




Mei - Julai 2024
MEMPERKUKUHKAN KEUPAYAAN KEUSAHAWANAN
DIGITAL MELALUI DIGITALENTREPRENEURSHIP: FREELANCEINSIGHTS
Oleh : Aesya Suraya binti Anuar
Pada 19 April 2024, program Digital Entrepreneurship: Freelance Insights telah berlangsung di Auditorium Mahyuddin, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi Perniagaan (FPEPS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Program yang bermula pada jam 9:00 pagi hingga 10:30 pagi itu telah dianjurkan oleh Career Path Club (CPC) dengan kolaborasi bersama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) Sdn. Bhd.
Panel untuk sesi tersebut adalah Ts. Zulkifli bin Ab. Rahim, seorang

Insights ini, pelajar-pelajar akan lebih bersedia dan berkemahiran untuk menyertai arena keusahawanan digital. Mereka juga diharapkan dapat membina jaringan yang kukuh dalam industri serta menjadi usahawan digital yang berjaya pada masa hadapan.


Mei - Julai 2024
MALAM JASA BAKTI (MASAKTI 2024) INISIATIF HARGAI JASA PERWAKILAN KOLEJ KEDIAMAN
Oleh : Wan Nusrahizwah binti Wan Awang
Kolej Kediaman, Universiti Malaysia Terengganu telah menganjurkan
Malam Anugerah Jasa Bakti (MASAKTI) Kolej Kediaman 2024. Majlis ini telah berlangsung di Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu dan turut dihadiri oleh YBhg. Profesor Dr. Mohd Izani Mohd Zain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Malaysia Terengganu serta sudi menyempurnakan majlis perasmian. Semua kakitangan Kolej Kediaman diwajibkan hadir bagi memastikan malam penuh prestij itu daoat dijayakan bagi menghargai sumbangan keringat, jasa dan bakti Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman (JPKK) dan Jawatankuasa Perwakilan Luar Kampus (JPLK) sesi 2023/2024. Malam tersebut diserikan lagi dengan majlis yang bertemakan pakaian bertemakan ‘Suit Up’ yang menunjukkan imej yang elegan dan profesional antara semua tetamu yang hadir ke lokasi majlis.
Majlis MASAKTI merupakan acara berprestij yang dilaksanakan secara tahunan bagi menghargai sumbangan JPKK dan JPLK yang telah banyak menabur bakti dalam aktiviti pembangunan sahsiah mahasiswa, membantu menjayakan agenda pemerkasaan mahasiswa dan menyokong teras dan fokus Kementerian Pendidikan Tinggi dalam membentuk otak dan watak. JPKK dan JPLK telah berjaya membawa nama Kolej Kediaman UMT ke peringkat yang lebih tinggi seiring dengan Institusi Pendidikan Tinggi yang lain. Pada malam yang serba indah tersebut, antara anugerah yang telah disampaikan kepada kepada pelajar ini ialah Anugerah Bakti Pintar, Anugerah Bakti Popular, Anugerah Bakti Cemerlang, Anugerah Pengarah Program Terbaik, Anugerah Program Terbaik, Anugerah Bakti Permata Kolej Kediaman dan Anugerah Permata Bitara Kolej Kediaman. Anugerah utama iaitu Anugerah Bakti Permata Kolej Kediaman 2024 telah dinobatkan kepada Muhammad Aqasha Mukris bin Zainuri (JPKK) dan Nurin Afrina binti Ian Aljoefry (JPLK).
Seperti kata pepatah, “orang berbudi, kita berbahasa”, inisiatif ini diadakan bagi menghargai sumbangan jasa yang tidak berbelah bahagi perwakilan Kolej Kediaman yang sentiasa cekap, pantas dan tekun dalam menjalankan amanah, tanggungjawab dan tekad yang digalaskan demi menjaga kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan mahasiswa di Kolej Kediaman mahupun di luar kampus. Program ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang sebagai tanda pengiktirafan sumbangan dan jasa bakti sepanjang berkhidmat sebagai Perwakilan Kolej Kediaman.









Mei - Julai 2024
MOVIETIMEMYAGROSIS-LUCK
Kelab Usahawan Siswazah Tani (MyAgrosis) dengan kerjasama Pusat Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (UMT-GEM) telah mengadakan Movie Time MyAgrosis - Luck. Program ini telah disertai oleh seramai 160 orang peserta dari kalangan mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Program ini dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa UMT berkaitan dengan isu-isu keusahawanan dan kebudayaan yang ditunjukkan melalui cara tayangan filem yang mempunyai kandungan keusahawanan dan kebudayaan.
Program ini berkonsepkan tayangan wayang yang mempunyai elemen keusahawanan dan kebudayaan bagi memberikan lebih banyak pandangan dan idea-idea yang berbeza kepada mahasiswa UMT untuk meningkatkan lagi kefahaman berkenaan dengan elemen keusahawanan dan kebudayaan. Justeru, program Movie Time MyAgrosis – Luck juga menetapkan slot perkongsian nilai murni daripada tontonan wayang kepada mahasiswa UMT sebagai salah satu aktiviti yang akan dijalankan selama 5 minit. Dalam wayang Luck ini, terdapat tiga nilai murni yang dapat dipelajari oleh peserta program iaitu nilai keusahawanan, nilai ketekunan dan nilai belas kasihan.
Selain itu, program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan mahasiswa UMT mengenai keperluan dan kepentingan mengamalkan nilai-nilai keusahawanan dan kebudayaan dalam kehidupan seharian. Di samping itu, program seperti ini juga dapat melatih mahasiswa UMT untuk lebih berani ke hadapan memberikan ucapan atau pandangan yang bernas dan juga dapat memberi nilai tambah kepada diri sendiri dari segi pembangunan dan kepimpinan diri sendiri.








Volume 28
Mei - Julai 2024
PODCAST UMT.FM SANTAI TAPI SAMPAI

Oleh : Izarudy bin Isa
Menyedari keterujaan dan gaya penerbitan program berbentuk bual bicara secara online semakin mendapat perhatian umum dan trending, UMT.fm mengambil langkah proaktif dengan menjayakan satu slot podcast secara bersiri bermula April 2024 untuk tontonan warga UMT. Penganjuran program ini adalah selaras dengan usaha dan menyahut seruan kerajaan untuk mengasimilasikan budaya penghasilan kandungan di pelantar media sosial (digital).
Berikut merupakan segmen podcast yang telah disiarkan oleh UMT.fm.
1 April 2024
3 Julai 2024 10 Julai 2024 14 Julai 2024
24 Julai 2024
28 Julai 2024
31 Julai 2024
8 Ogos 2024
Tajuk dan pengisian episod Podcast UMT.fm memaparkan perbincangan di antara moderator dengan tetamu-tetamu mengenai topik dan isu semasa melibatkan ikhtiar HEPA, pemerkasaan mahasiswa, keselamatan siber, budaya serta isu-isu semasa dan terkini. Setiap slot disiarkan secara bersiri menerusi saluran Youtube HEPA, UMT.
Siri 1: Episod Pilot - Penyediaan Bakat
Siri 2: Scammer Alaf Baharu
Siri 3: Santai Tapi Sampai Bersama TNC HEPA: 7 Ikhtiar ke Arah Kebitaraan Mahasiswa Podcast UMT Dulu-dulu oleh Pusat Alumni
Siri 4: Inisiatif Cakna Kolej Kediaman : Ikhtiar Ke Arah Kesejahteraan Mahasiswa
Siri Khas Secara Langsung : Integriti dan Rasuah
Siri 5: Mendekatkan Yang Jauh dan Mengakrabkan Yang Dekat
Siri 6: Jom Cakna Kaunselling (Mobile Counselling)
Podcast UMT.fm menggunakan tagline “Santai Tapi Sampai” bermaksud kupasan isu dalam podcast disampaikan secara santai tapi berkesan. Pendekatan ini sangat relevan kepada mahasiswa yang sentiasa sibuk dengan kuliah dan aktiviti kokurikulum.










ECO – FUSION FESTIVAL @ KOLEJ KEDIAMAN
Oleh : Amalina binti Zulkifli
Julai 2024 – Seiring dengan peningkatan budaya konsumerisme dalam kalangan pelajar, jumlah sisa yang dihasilkan semakin bertambah dan jika tidak diuruskan dengan baik, ia boleh memberi kesan negatif terhadap alam sekitar. Menyedari cabaran ini, Kolej Kediaman Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan Eco-Fusion Project bertujuan untuk membudayakan agenda kampus lestari di kalangan pelajar UMT. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Pusat Pembangunan Lestari UMT, RD Papers Sdn. Bhd., SWCorp, dan Green Ranger UMT. Penganjuran program ini dapat memberi nilai tambah kepada universiti dalam penilaian kedudukan penarafan IU GreenMetric dan Times Higher Education (THE) justeru meningkatkan keterlihatan universiti sebagai pendokong agenda lestari global.
Agenda utama program Eco-Fusion Project iaitu Green Exit dan Trash to Cash 5.0 telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar dan staf dalam usaha memupuk amalan lestari. Program Green Exit khususnya menumpukan kepada pengumpulan bahan boleh kitar semula dari para pelajar melalui stesen kitar semula sementara yang diwujudkan di setiap blok Kolej Kediaman. Antara item yang dipungut adalah kertas, plastik, pakaian, dan alat tulis terpakai. Program ini berjaya mengumpulkan 637 kilogram bahan boleh kitar semula yang terdiri daripada kertas (580 kilogram), plastik (30 kilogram), dan kotak (27 kilogram). Item-item ini dipungut di setiap blok Kolej Kediaman oleh pihak RD Papers Sdn. Bhd. untuk dikitar semula, manakala item terpakai seperti pakaian dan alat tulis dikumpulkan untuk sumbangan kepada pelajar serta komuniti berhampiran yang memerlukan.
Seterusnya, program Trash to Cash 5.0 yang dibuka kepada semua pelajar dan staf UMT memberi peluang kepada warga UMT untuk menukarkan barangan boleh kitar semua seperti plastik, kertas, dan logam kepada tunai. Program ini juga turut menyediakan platform untuk pelupusan


sisa elektronik dengan cara yang selamat dan mesra alam, sekaligus mengurangkan pencemaran dan risiko kepada kesihatan manusia. Hasil kutipan keseluruhan bahan kitar semula adalah sebanyak 754.5 kilogram dengan tebusan tunai berjumlah RM384.68.
Pelaksanaan Eco-Fusion Project Kolej Kediaman telah memberi kesan positif kepada pelajar dari aspek kesedaran serta kecaknaan terhadap amalan hijau di Kolej Kediaman justeru membantu mereka menjana pendapatan hasil daripada amalan baik ini. Dari aspek pengurusan penginapan pelajar, Eco-Fusion Project telah berjaya mengurangkan pembuangan bahan boleh kitar semula di tempat yang tidak sepatutnya terutamanya di bilik-bilik pelajar apabila mereka mendaftar keluar sempena cuti antara sidang pengajian.
Eco-Fusion Project anjuran Kolej Kediaman merupakan satu inisiatif yang mendokong hasrat pelaksanaan HEPA Green Challenge dalam ikhtiar menjayakan kelestarian dan kampus hijau. Program ini akan diteruskan pada sidang akan datang untuk membudayakan amalan lestari dalam kalangan pelajar UMT yang menginap di Kolej Kediaman.




Mei - Julai 2024 Volume 28
PROGRAM KAMPUNG ANGKAT MADANI KAMPUNG PULAU DUYONG
Pusat Latihan Pelayaran (PLP), Universiti Malaysia Terengganu telah menganjurkan Program Kampung Angkat Madani pada 11 hingga 12 Ogos 2024 yang bertempat di Galeri Bahtera Duyong Enterprise, Pulau Duyong. Program pembuatan replika perahu tradisional Terengganu yang berlangsung selama 2 hari ini telah disertai oleh 15 orang pelajar dan 4 orang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tunggal Kuala Terengganu.
Program ini bertujuan membudayakan seni bina pembuatan replika perahu tradisional Terengganu di kalangan masyarakat serta memartabatkan warisan negeri Terengganu sejajar bandaraya pesisir air. Selain itu, objektif program ini juga bertujuan mengasah kemahiran pelajar dan komuniti di Pulau Duyong yang sememangnya sinonim dengan aktiviti seni bina pertukangan kapal.
Pembuatan replika perahu tradisional Terengganu ini dibantu oleh En Wan Nordin bin Wan Abdullah yang sememangnya terkenal dengan pembuatan perahu di Pulau Duyong sejak beliau masih muda lagi. Ini menjadikan hasil pembuatannya lebih halus dan berharga.
Program diakhiri dengan majlis penutup yang dirasmikan oleh Tuan Haji Ibni Amin bin Busu, Presiden Persatuan Pelayaran Terengganu (TSA) dan turut dihadiri oleh pegawai pengurusan Universiti Malaysia Terengganu serta wakil komuniti Pulau Duyong.




28

Mei - Julai 2024
RETREAT PEMERKASAAN AKASIA 2024
Seramai 30 mahasiswa daripada pelbagai kelab di bawah naungan AKASIA telah berjaya menamatkan program pembangunan
Seniman’ para peserta didedahkan dengan pengalaman kerjaya dalam bidang seni khususnya bidang nyanyian yang telah dikongsikan oleh




KEJOHANAN PLATU MATCH RACING ROYAL SELANGOR YATCH CLUB
Pusat Latihan Pelayaran, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Malaysia Terengganu (PLP, HEPA UMT), telah menyertai Kejohanan Platu Match Racing pada 6 hingga 9 Jun 2024 bertempat di Royal Selangor Yatch Club, Port Klang (RSYC). Kejohanan ini menggunakan bot jenis Platu dan ini juga merupakan kejohanan peringkat kebangsaan di Malaysia. RSYC menjadi penganjur semula setelah beberapa tahun kejohanan ini tidak diadakan di Malaysia.
Sebanyak 9 pasukan termasuk UMT Sailing Team telah menyertai kejohanan ini. Pasukan UMT Sailing Team berpeluang berentap dengan pasukan lain yang terdiri daripada pelayar-pelayar profesional dan amatur Malaysia. Antara pasukan yang menyertai kejohanan ini adalah Royal Malaysian Navy, MPP/PST, Tofan, Team Sham, RSYC, Bos Gaurus Pirates, River Rats, Perak Legend dan akhir sekali UMT Sailing Team. UMT Sailing Team telah menghantar 5 orang pelajar tahun 1 untuk mewakili pasukan pada kejohanan tersebut.
Keputusan bagi kejohanan ini UMT Sailing Team telah mendapat tempat yang terakhir. Walau bagaimanapun ini bukan satu penghalang bagi pasukan UMT Sailing Team untuk menyertai kejohanan match racing yang akan datang kerana kejohanan ini merupakan kejohanan yang kali pertama pelajar ini sertai. Penyertaan pelajar dalam kejohanan ini juga adalah untuk memberi pendedahan tentang corak permainan match racing
Pihak penganjur telah menawarkan hadiah yang lumayan kepada pemenang kejohanan ini. Bagi juara keseluruhan dirangkul oleh pasukan River Rats yang mendapat hadiah wang tunai sejumlah RM 3,000 dan piala pusingan kejohanan Platu Match Racing. Penyampaian hadiah disampaikan oleh En Norisham Abu Kassim penaja utama dari Platinum Wealth dan diiringi oleh Encik Irsyaduddin Ismail iaitu Pengerusi RSYC Platu Match Racing 2024, dan juga Ahli Jawatankuasa RSYC (Setiausaha










Mei - Julai 2024

UMT NATIONAL E-SAILING CHAMPIONSHIP 2024
Pusat Latihan Pelayaran (PLP) Universiti Malaysia Terengganu dengan kerjasama Kelab Pelayaran Universiti Malaysia Terengganu telah menganjurkan Kejohanan UMT National e-Sailing Championship 2024 pada 27 hingga 28 April 2024 bertempat di Makmal Sains Nautika, UMT.
Kejohanan ini disertai oleh 228 peserta secara dalam talian yang majoritinya pelajar Universiti Malaysia Terengganu yang mengambil kursus Asas Pelayaran, Lanjutan Pelayaran dan Kejurulatihan. Kejohanan ini telah dibahagikan kepada 6 kategori antaranya bawah 12 tahun, bawah 15 tahun, bawah 21 tahun, bawah 34 tahun, Master dan Tertutup UMT.
Selain itu, kejohanan ini lebih menarik dan mencabar apabila mendapat sambutan yang menggalakkkan dan turut disertai dari pelayar pelbagai negeri serta pelayar kebangsaan. Penganjuran ini merupakan penganjuran tahun yang keempat di mana setiap tahun dianjurkan sebanyak 2 kali. Ini adalah altenatif yang dilakukan Pusat Latihan Pelayaran pada musim pandemik 2020 di mana semua individu tidak dibenarkan melakukan aktiviti luar. Walau bagaimanapun, usaha penganjuran program ini tidak terhenti apabila keadaan sudah pulih malah sekarang ia merupakan aktiviti dan tugasan wajib bagi pelajar yang mengambil Kursus Asas Pelayaran di Universiti Malaysia Terengganu.




Mei - Julai 2024 Volume 28
Oleh : Noor Najmiah binti Ali

PJOM JUMPA KAUNSELOR
rogram Jom Jumpa Kaunselor merupakan program berkala yang dijalankan oleh Pusat Kaunseling dan Kesejahteraan Mahasiswa (PKKM) sebanyak dua kali setahun. Siri pertama ini telah dilaksanakan pada 29 April 2024 bertempat di Serambi Siswa bermula pukul 10.00 pagi sehingga 3.00 petang dengan penyertaan seramai 68 orang pelajar.
Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bertujuan mempromosikan perkhidmatan kaunseling dan bimbingan yang disediakan oleh PKKM. Antaranya ialah Art Therapy, Expressive Art Therapy, Clay Therapy, Sand Therapy dan Puppet Therapy. Selain itu, para pelajar juga berpeluang untuk menjawab ujian psikologi yang disediakan seperti Inventori Personaliti Warna, Minat Kerjaya, Teknik Belajar dan lain-lain. Permainan uji minda juga disediakan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk mengurangkan tekanan emosi yang dialaminya.
Impak daripada pelaksanaan program ini, para pelajar lebih berminat dan





Mei - Julai 2024 Volume 28
PERSEMBAHAN SEMPENA PELANCARAN ANTOLOGI BUNGA KATA SEMPENA PESTA BUKU ANTARABANGSA 2024
Oleh : Mohd Shahreezad bin Abd.Satad
Pada 1 Jun 2024 bertempat di Dewan Tun Hessein Onn, Pusat Dangangan Dunia (PWTC), Kuala Lumpur telah dilancarkan secara rasmi buku Bunga Kata yang ditulis oleh YBhg. Dato Dr. Radzuan Ibrahim. Antologi ini berkisarkan tentang kasih sayang, perjuangan dan lain-lain lagi. Pelancaran buku ini juga telah mendapat kerjasama yang utuh dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan dilaksanakan sempena Pesta Buku Antarabangsa. Selain itu, dengan adanya buku ini juga ia dapat menjadi rujukan dan panduan bagi generasi muda serta akan menjadi sebahagian dari khazanah puisi kebangsaan.

Pelancaran buku Bunga Kata ini telah dilancarkan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan yang Yang Arif Datuk Vazeer Alam Mydin dalam ucapan beliau menyokong penuh penghasilan buku ini yang disifatkan memiliki potensi terapinya yang tersendiri.


Mei - Julai 2024

TALK @30 MINUTES
Pusat Kaunseling dan Kesejahteraan Mahasiswa (PKKM), HEPA telah melaksanakan empat program bagi siri Talk@30 Minutes Ia merupakan program berkala bagi PKKM yang diadakan enam kali setahun. Program ini dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian menerusi Webex dan Facebook live dengan penyertaan terdiri daripada pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan orang awam. Program ini adalah berkonsepkan penyampaian santai selama 30 minit dan peserta boleh bertanyakan soalan secara terus kepada panel penceramah.
Topik-topik yang dibincangkan adalah berkait rapat dengan kehidupan para pelajar semasa berada di kampus. Antaranya ialah “Speak to Impress Enhancing Communication Skills” , “Ilmu Itu Unlimited”, Belajar Sambil Bekerja Cukupke Masa?”, dan “ Jangan Pokai – Bajet Bijak, Masa Depan Cerah”. Program ini telah mendapat sambutan yang agak menggalakkan dengan jumlah penyertaan antara 170 orang pelajar sehingga 285 orang pelajar bagi setiap siri yang telah dijalankan.
Pelaksanaan program ini dapat memberi pendedahan dan penyaluran ilmu kepada peserta mengenai aplikasi kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis untuk menangani cabaran permasalahan dan masyarakat masa kini. Ia juga dapat melatih peserta dalam menguruskan permasalahan berkaitan perkara yang dihadapi oleh para pelajar.




