INFOKUS UMT Mac 2021

Page 1

MAC 2021 Bil. 74

www.umt.edu.my

Sedekah Kenderaan Menuju Syurga Allah Pengiktirafan HICoE Bukti Kepakaran Penyelidik AKUATROP Diakui UMT Teraju Pusat Ilmu Penanaman Vanilla Malaysia


TERKINI DI PASARAN RM18.00 COVID-19 Satu Catatan Alam Penyusun: Badrulhisham Darus ISBN: 978-967-2939-35-1 Tahun: 2021

RM22.00 Islam dan Kelestarian Alam Penyunting: Riswadi Azmi Nor Hazmin Sabri Rodiah Mustafa ISBN: 978-967-2939-34-4 Tahun: 2021


Sidang Redaksi Penaung

YBhg. Prof. Dato' Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar

Penasihat

Rabil Sitta Abdul Rahman

Ketua Pengarang

Mohd Afifullah Ahmad

Pereka Grafik

Siti Najwa Mohd Noor

Pembaca Pruf

Kandungan 4 7 10 12 16 19 20 22 24 25 27 28 30 32 34 35 37

Pengiktirafan HICoE Bukti Kepakaran Penyelidik Akuatrop Diakui Studio Al-Quran Komuniti Dari Besut Ke UMT Sedekah Kenderaan Menuju Syurga Allah AKUATROP Galas Misi Jaminan Makanan Masa Hadapan Kem Prihatin Sumber Air 1.0 Pupuk Kesedaran Kelestarian Sumber Air Sesi Interaktif Timbalan Naib Canselor Rungkai Persoalan Pelajar UMT Teraju Pusat Ilmu Penanaman Vanilla Malaysia Webinar on Life Sciences UMT Dan University of San Agustin Buka Peluang Kerjasama

Wakaf Air Sabil Terap Konsep Wakaf Warisan Peradaban Islam Mesir untuk Warga UMT Laman Botani Mini FPSM Rezeki Dikongsi Bersama Pusat Alumni Santuni Alumni Antarabangsa Cabaran PDPR PASTEM Bantu 54 Sekolah Angkat STEM Pemindahan Ilmu FPSM Perkasa Aplikasi Bioteknologi Dalam Akuakultur Bijak Sifir 2020 Latih Penyelesaian Matematik Dengan Pantas Seminar Bulanan Maritim Pentas Dialog Bersama Pemain Industri Webinar Sukan UMT Tampil Bintang Utama Skuad Harimau Malaya Solusi Kehidupan Dengan Terapi Zikir Asma’ul Husna Ar-Rahman (Siri 3)

Nursarah Najihah Samsudin

Jurufoto

Kru Media Kreatif

Hak Cipta Terpelihara © 2021. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia.


4

FOKUS

Pengiktirafan HICoE Bukti Kepakaran Penyelidik AKUATROP Diakui

I

Oleh: Mhd Ikhwanuddin Abdullah, Khor Wai Ho, Solihah Ahmad, Rohisyamuddin Othman & Siti Jalilah Mohamad Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan

nstitut Akuakultur Tropika dan Perikanan (AKUATROP), UMT telah menerima pengiktirafan daripada Kementerian Pengajian Tinggi sebagai sebuah Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) bagi Teras Penyelidikan dan Inovasi pada 3 November 2020. AKUATROP merupakan satu-satunya pusat kecemerlangan yang menerima pengiktirafan HICoE pada tahun ini dan merupakan pusat kecemerlangan kedua

di UMT selepas Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS). Hebahan pengiktirafan ini dibuat melalui surat rasmi pihak Jabatan Pendidikan Tinggi yang diterima pada 22 Disember 2020 yang lalu. Akreditasi HICoE yang diwujudkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sejak tahun 2007 bertujuan untuk mendorong institusi pendidikan tinggi di Malaysia supaya lebih berdaya saing dalam pelbagai bidang dari segi


Infokus Mac 2021

Pasukan Urus Setia Permohonan HICoE AKUATROP yang diketua oleh Pengarah AKUATROP

penyelidikan, kepakaran dan perkhidmatan, baik di peringkat serantau dan antarabangsa. Seiring dengan penubuhan AKUATROP sebagai sebuah institusi yang bertujuan untuk meningkatkan akuakultur dan pemindahan teknologi kepada masyarakat tempatan, penganugerahan HICoE bakal meningkatkan intensiti penyelidikan dan meluaskan lagi kolaborasi serta jaringan penyelidikan ke peringkat global. Kronologi permohonan HICoE AKUATROP ini bermula dengan pengumpulan dan dokumentasi data yang meliputi geran penyelidikan, penerbitan, pelajar bergraduat, harta intelek, inovasi dan kolaborasi penyelidikan. Gerak kerja ini telah dimulakan sejak tahun 2016 seiring dengan perancangan UMT melalui Pelan Strategik UMT. Bagi permohonan tahun 2020, beberapa strategi telah dirangka dan pengumpulan data lima tahun kebelakang (2015-2019) yang cemerlang telah melayakkan AKUATROP ke peringkat audit tapak sehinggalah ke peringkat pembentangan akhir permohonan (cadangan

penyelidikan) pada Oktober 2020. Proses pengumpulan data dan urusan permohonan yang mengambil masa hampir setahun itu telah melibatkan kerjasama yang gigih dan mantap daripada warga AKUATROP terutamanya ahli jawatankuasa HICoE AKUATROP. Selain itu, dengan kecukupan tenaga pakar, kelengkapan infrastruktur dan kesediaan kelengkapan penyelidikan yang terbaik merupakan faktor utama AKUATROP terpilih dan diiktiraf sebagai HICoE. Nic penyelidikan yang menjadi pilihan AKUATROP adalah Future Food dengan tema penyelidikan Sustainable Shellfish Aquaculture yang amat sinonim dengan bidang tujahan utama penyelidikan di AKUATROP iaitu akuakultur dan perikanan. Melalui suntikan dana sebanyak RM6.6 juta, AKUATROP akan memfokuskan penyelidikan berkaitan shellfish, seiring dengan pelan tindakan dan hala tuju HICoE untuk pelaksanaan Fasa 1 bagi tiga tahun pertama program HICoE ini yang bermula pada 1 Januari

5


6

FOKUS 2021 hingga 31 Disember 2023. HICoE AKUATROP menghimpunkan kumpulan penyelidik yang tersohor di UMT khususnya dalam bidang penyelidikan akuakultur yang diketuai oleh Prof. Dr. Mhd Ikhwanuddin Abdullah selaku Pengarah HICoE AKUATROP. Empat program penyelidikan telah dirangka bagi program ini iaitu Shellfish Resource Sustainability, Shellfish Breeding Technology, Shellfish Green Technology dan Shellfish Health and Food Quality Assurance. Lapan prestasi utama (KPI) juga telah disasarkan sepanjang pelaksanaan HICoE. Ia adalah seiring dengan pencapaian yang ditetapkan di dalam Pelan Strategik UMT serta instrumen penilaian di bawah HICoE. Antara KPI yang disasarkan adalah peningkatan geran penyelidikan dengan pihak industri dan antarabangsa, penghasilan penerbitan berimpak tinggi melalui kolaborasi penyelidikan, penghasilan graduan GoT, peningkatan produk dan inovasi penyelidikan, penjanaan

pendapatan melalui kursus, latihan dan produk di bawah nic penyelidikan yang dilaksanakan ini serta akreditasi ke atas fasiliti penyelidikan di AKUATROP. Program HICoE AKUATROP mensasarkan tujuh outcome utama selepas lima tahun pelaksanaannya. Outcome ini dibangun berpandukan model quintuple helix dengan outcome yang memfokuskan pulangan kepada akademia, industri, kerajaan dan juga komuniti melalui pembangunan makmal penyelidikan, penerbitan jurnal akuakultur dan pusat pengembangan penyelidikan di bawah nic penyelidikan ini. Kejayaan AKUATROP merangkul gelaran HICoE bersama suntikan dana penyelidikan merupakan langkah pertama institut ini dalam usaha memperkasakan lagi prestasi penyelidikan nasional dan seterusnya menjadi pusat rujukan penyelidikan akuakultur antarabangsa pada masa akan datang.

Lawatan panel penilai ke Hatcheri AKUATROP


Studio Al-Quran Komuniti

Infokus Mac 2021

Dari Besut ke UMT Oleh:

Dr. Abdul Hanis Embong Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan

P

ada tahun 2017, Studio Al-Quran Ulul Albab yang terletak di Kg. Raja Lama, Besut telah berjaya dibina hasil kerjasama antara Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan, UMT, dengan Majlis Kebajikan Pelajaran Besut dan Kementerian Pendidikan Tinggi. Ia dirasmikan pada 29 Jun 2017 dan merupakan Studio AlQuran Ulul Albab yang pertama di Malaysia yang menterjemahkan tiga elemen Ulul Albab iaitu Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik. Bagi memenuhi elemen tersebut, studio berteknologi dibina bagi kegunaan komuniti setempat yang aktif dalam pembelajaran al-Quran bermula daripada peringkat kanak-kanak, remaja sehingga dewasa. Studio tersebut dilengkapi dengan komputer, televisyen, kamera, mikrofon dan projektor bagi memudahkan proses pengajaran dan

pembelajaran al-Quran yang melibatkan audio visual bagi menyokong kaedah talaqqi dan musyafahah. Unsur interaktif yang dimasukkan dalam pembelajaran mampu meningkatkan dan mempercepatkan tahap kefahaman peserta ketika mengikuti sesi pembelajaran di situ. Sebagai rekod, selain komuniti setempat, pelajar UMT yang mengambil kursus Personaliti Ulul Albab NCC3703 juga ke studio pada setiap semester bagi mengikuti pembelajaran interaktif. Berikutan daripada penerimaan komuniti terhadap pembelajaran al-Quran di studio tersebut,satu program pemindahan ilmu iaitu Bengkel Asas Taranum dan Qiraat telah diadakan dengan kerjasama MKPB dan JHEAT (Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu) Besut khusus untuk komuniti Besut. Para peserta bengkel adalah terdiri daripada para imam di masjid dan surau

7


8

FOKUS di sekitar Besut dan dijalankan selama dua hari merangkumi empat slot perbincangan al-Quran yang disampaikan oleh panel yang dilantik. Ilmu bacaan al-Quran yang berkualiti menepati bacaan yang sahih perlu dipraktikkan lebih-lebih lagi kepada imam yang merupakan pemimpin dalam solat. Ia bukan sekadar mendapatkan ilmu bahkan menyampaikan ilmu tersebut kepada jemaah masjid masing-masing kelak. Program yang berlangsung di Studio Al-Quran Ulul Albab, Besut ini melibatkan peruntukan dana Knowledge and Technology Assimilation grants Schemes (KTAGS2018) daripada pihak Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri (PPIJI) berjumlah RM 5,000.00. Inisiatif ini telah

1

dimanfaat sebaik mungkin oleh peserta melalui slot Tajwid al-Quran, Tarannum dan Gaya Persembahan Suara dalam pembacaan al-Quran. Rentetan daripada program yang dijalankan, penyelidik meneruskan lagi projek yang berorientasikan kemantapan ilmu al-Quran melalui dua geran pada tahun 2020. Sekali lagi melalui dana peruntukan daripada pihak PPIJI, KTAGS 2020 berjumlah RM 5,000.00 untuk pembinaan modul dan platform aplikasi Asas Qur’ani bagi kegunaan pelajar-pelajar di Sekolah Rendah Darul Iman (SRIDI) di Terengganu. Manakala peruntukan geran kedua daripada pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM), UMT sebanyak RM 6,000.00

2

3


Infokus Mac 2021 bagi membangunkan pembelajaran al-Quran berteknologi iaitu kajian pengukuran harakat tajwid secara saintifik menggunakan aplikasi spektrogram. Kesinambungan daripada itu juga, UMT telah berjaya menubuhkan Studio Al-Quran sendiri di Pusat Islam Sultan Mahmud. Fasa pertama pembinaan telah berjaya dilaksanakan pada Disember 2020 iaitu mengubahsuaian bilik seminar menjadi studio al-Quran yang kedap suara, bercirikan Islam, dilengkapi dengan alatan interaktif dan mampu memuatkan 70 orang pelajar dalam satu-satu masa. Manakala fasa kedua iaitu pembangunan aplikasi dan sistem pembelajaran al-Quran masih dalam proses

9

yang melibatkan kerjasama antara pensyarah dalam bidang al-Quran dengan pensyarah sains komputer bagi memastikan sistem yang dibina dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pengguna. Usaha seumpama ini adalah signifikan bagi membina generasi Qur’ani yang berkonsepkan Ulul Albab yang seimbang antara duniawi dan ukhrawi pada masa akan datang. Hakikatnya, studio al-Quran yang dibina bukan semata-mata pembelajaran al-Quran berinovasi malah turut melibatkan proses penyelidikan sains al-Quran secara teori dan praktikal, pembinaan aplikasi alQuran, program-program kerohanian serta jalinan kerjasama daripada banyak pihak.

4

1.

Ucapan Perasmian Penutup oleh Dekan PPAL, Prof. Dr Asyraf Hj Abd Rahman

2.

Slot Bengkel ke-2 bertajuk "Tabaqat Suara"

3.

Slot Pembelajaran Tajwid Interaktif kepada Para Pelajar

4.

Slot Bengkel ke-4 bertajuk "Tajwid AlQuran: Antara Teori & Praktikal


10

FOKUS

Sedekah Kenderaan

Menuju Syurga Allah Oleh:

Siti Khatijah Harun Faizah Ismail Pusat Islam Sultan Mahmud

B

erinspirasikan falsafah UMT iaitu ilmu dan amal yang berpadu berlandaskan keimanan kepada Allah adalah tonggak kepada usaha universiti dalam menyediakan modal insan yang berwibawa untuk kelestarian sejagat, Pusat Islam Sultan Mahmud mengambil inisiatif memperkasakan teras amal bermatlamat agar kesemua warga UMT menyumbang kembali kepada pelajar dan komuniti. Justeru, melalui dana Wakaf Ilmu UMT yang terkumpul sejak dilancarkan pada 24 Mei 2015, dua unit Van Wakaf Ilmu UMT berkapasiti 15

penumpang telah dibeli untuk kegunaan warga UMT dan masyarakat setempat. Daripada keseluruhan kos pembelian van ini, 45% daripadanya adalah hasil sumbangan 40 orang staf UMT yang telah membuat potongan gaji ke Tabung Wakaf Ilmu UMT sejak lima tahun yang lalu. Dengan adanya van Wakaf Ilmu UMT pelbagai guna ini, ia bakal memberi manfaat besar kepada kebajikan pelajar UMT khususnya dan keseluruhan warga UMT umumnya. Bagi meningkatkan citra UMT, nombor pendaftaran


Infokus Mac 2021

UMT 2015 dan UMT 2017 dipilih sebagai simbolik kepada tahun penubuhan Masjid UMT dan Tahun Penubuhan Tabung Wakaf Ilmu UMT. PISM amat berterima kasih kepada semua penyumbang yang budiman. Semoga ianya dikira sebagai amal soleh dan diganjari oleh Allah dengan sebaik-baik ganjaran. Menyenangkan dan menggembirakan orang lain merupakan antara amalan yang paling disukai Allah. Berdasarkan sebuah hadis Nabi Muhammad SAW apabila ditanya, “Wahai Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling disukai Allah? Dan apakah amalan

yang paling disukai Allah? Nabi Muhammad SAW menjawab, “Orang yang paling disukai Allah ialah orang yang paling bermanfaat kepada orang lain. Amalan yang paling disukai Allah ialah kegembiraan yang engkau hadirkan buat seseorang muslim, atau engkau angkat kesusahan yang menimpanya, atau engkau langsaikan hutangnya atau engkau hilangkan kelaparannya. Dengan aku berjalan bersama saudaraku untuk suatu urusannya lebih aku suka daripada beri’ktikaf di masjid selama sebulan.” (Hadis riwayat at-Thabrani).

11


12

PENYELIDIKAN

AKUATROP

Galas Misi Jaminan Makanan Masa Hadapan Oleh:

Gusti Afiz Bin Gusti Ruslan Noor Institut Akuakultur Tropika dan Pelancaran

A

kuakultur merupakan sumber makanan utama pada masa hadapan. Ini berikutan sumber perikanan tangkap yang terhad di samping aktiviti penangkapan haram oleh bot nelayan asing di lautan menjadikan akuakultur sebagai sumber alternatif yang paling utama untuk menampung keperluan protein negara.

sentimen yang baik dalam program-program akuakultur yang dibangunkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia seperti skim pensijilan yang komprehensif untuk sektor tanaman, akuakultur dan ternakan (MYGAP) dan latihan-latihan pemantapan dalam bidang akuakultur kepada pengusaha yang terlibat.

Pengguna juga pengguna telah beralih arah kepada hasil akuakultur dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Ini berkemungkinan

Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan (AKUATROP) menggalas misi besar dalam merealisasikan makanan masa hadapan sebagai


Infokus Mac 2021

teras dalam mendapatkan Geran HiCoe daripada Kementerian Pendidikan Tinggi. AKUATROP yang ditubuhkan pada 2004 telah memfokuskan kepada pembangunan akuakultur negara dalam melahirkan ramai pakar akuakultur dalam Malaysia dan juga pelajar antarabangsa. Setiap tahun AKUATROP memfokuskan spesis utama akuakultur sebagai tema untuk membangunkan teknologi berkaitan. Program-program latihan dan pembangunan direncanakan dengan begitu tersusun dan mensasarkan tahun ke 20 penubuhan AKUATROP sebagai Pusat rujukan utama akuakultur di Malaysia. Sejajar dengan itu,

pakar-pakar daripada luar dijemput bekerjasama dengan pensyarah akuakultur untuk memberikan penyelidikan berimpak secara langsung dengan industri akuakultur negara. Di sentiasa diterapkan dalam setiap program yang dijalankan. Industri akuakultur semestinya bermula dengan kelompok manusia yang berusaha dan berilmu dan menjalankan ternakan akuakultur secara mampan. Justeru, Projek Ternakan Integrasi Akuakultur, Kampung Pasir Raja Dungun telah dilaksanakan dengan tujuan asalnya adalah untuk mempelbagaikan sumber ekonomi komuniti penduduk Pasir Raja terutama

13 13


14 dalam sektor perikanan dan akuakultur. Program latihan akuakultur diberikan untuk meningkatkan dan memperkasakan pengetahuan komuniti Pasir Raja berkaitan teknologi akuakultur serta membentuk sebuah komuniti yang memelihara dan memulihara alam sekitar melalui sistem akuakultur yang sistematik selain mampu menjana pendapatan. Selepas lima tahun, Projek Ternakan Integrasi Akuakultur Kampung Pasir Raja kini menampakkan hasil dan telah memberikan impak yang besar kepada komuniti tersebut. Kawasan kolam yang dahulunya terbiar kini meriah dengan projek ternakan akuakultur dengan kerjasama daripada agensi kerajaan yang lain. Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) menjadi orang tengah dalam memasarkan ikan tilapia merah yang dituai dari kesemua 20 buah kolam yang beroperasi. Pihak KETENGAH menyediakan medium untuk penjualan ke pasar borong di Dungun, Kemaman dan kawasan sekitarnya. secara purata, pemilik kolam memperoleh antara RM 2,000 ke RM 3,500 sebulan berbanding hanya RM400 yang diraih oleh peserta rintis sebelum ini. Sumbangan AKUATROP dalam membimbing peserta projek akuakultur Pasir Raja ini sangat

besar sehingga mampu menjadi sebuah komuniti akuakultur yang berjaya. Bermula dari kursus asas ternakan akuakultur, penglibatan AKUATROP turut membawa meja rundingan bersama agensi kerajaan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi peserta. Dana Projek Ternakan Integrasi Akuakultur ini diterima daripada Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri (PPIJI), yang berjumlah RM 47,410.00 bagi projek rintis adalah berbaloi kerana telah memberikan motivasi kepada penduduk setempat untuk mengusaha kolam terbiar mereka dengan ternakan akuakultur. Pemilik kolam terbiar yang lain kembali bersemangat untuk mengusahakan semula kolam mereka semula setelah melihat kejayaan yang dikecapi peserta projek perintis. Jelas terbukti bimbingan dan pembangunan kemahiran kepada pengusaha akuakultur sebegini adalah sangat penting dalam penghasilan makanan masa hadapan. Pengusaha juga harus lebih kreatif dengan mewujudkan industri hiliran akuakultur seperti ikan pekasam, ikan salai dan isi ikan. Dengan ini, harga jualan adalah lebih baik dan mampu meneruskan kelestarian industri akuakultur sekali gus merealisasikan program makanan masa hadapan.

Saiz udang galah sepit biru yang dituai adalah antara 70 sehingga 160 gram seekor


Infokus Mac 2021

Pensampelan Udang Galah

Pensampelan Udang Galah selepas sebulan dilepaskan

Pemilik kolam dan konumiti Kg. Pasir Raja, Dungun dibawa ke Hatcheri AKUATROP untuk menyertai Kursus Asas Akuakultur -Pembenihan ikan tilapia

15


16

PENYELIDIKAN

Kem Prihatin Sumber Air 1.0 Pupuk Kesedaran Kelestarian Sumber Air Oleh:

Dr. Mohd Sofiyan Sulaiman Dr. Wan Rafizah Wan Abdullah Dr. Nazaitulshila Rasit Fakulti Teknologi Kejuruteraan dan Informatik

1

K

2

itaran air atau kitaran hidrologi memainkan peranan penting bagi menjamin sumber bekalan air yang lestari kepada penduduk Malaysia. Dari awan ke cawan, begitulah nilaian air hujan yang diterima akhirnya akan diminum oleh setiap penduduk di bumi. Namun, proses sebelum sampai ke cawan

Prihatin Sumber Air (PSA) 1.0 dengan suntikan dana sebanyak RM 20,000.00 daripada UNESCOIHP Malaysia.

tidak semudah yang disangka. Aspek kualiti dan kuantiti adalah perkara pokok yang perlu dinilai dan diproses sebelum ia dapat diminum.

jaringan kerjasama serta memperkasakan hubungan strategik, penganjuran kem yang julung kali diadakan di negeri Che Siti Wan Kembang ini turut dijayakan dengan kerjasama Fakulti Sains Bumi (FSB), UMK cawangan Jeli selaku penganjur bersama. Persiapan awal kem telah bermula seawal Jun 2020 memandangkan terdapatnya risiko penularan wabak pandemik COVID-19 yang memerlukan kepada aspek pematuhan SOP yang ketat bagi meneruskan penganjuran kem sebegini.

Malaysia dianugerahi sungai yang pelbagai dan taburan hujan yang tinggi berbanding nilai purata dunia. Bagi memelihara sumber yang tidak ternilai ini, masyarakat perlu dididik agar menghargai nilai setitis air yang menjadi nadi kehidupan serta pemangkin aktiviti ekonomi di Malaysia. Justeru, para penyelidik daripada Kumpulan Penyelidikan Hidrologi dan Sumber Air (Hydrology and Water Resources Research Interest Group), Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik, UMT telah menganjurkan Kem

Kem PSA 1.0 telah berlangsung selama tiga hari dua malam bermula pada 15 hingga 17 September 2020 bertempat di Taman Eko Rimba Bukit Bakar, Machang, Kelantan. Bagi melebarkan

Pengisian Kem Prihatin Sumber Air 1.0 direka bentuk sebagai suatu platform bagi pelatihan calon pelatih (Training of Trainers (TOT)) yang


Infokus Mac 2021

3 1.

Pegawai LESTARI, UKM menunjukkan kaedah menguruskan sisa domestik yang mudah

2.

Dr. Mohd Sofiyan Sulaiman menunjukkan teknik bagi menyukat kadar alir sungai kepada peserta

3.

Peserta dan moderator modul lapangan pencerapan kualiti air yang diketuai oleh Dr. Nazaitulshila Rasit

4.

Prof. Dr. Nabsiah Abdul Wahid dari USM menunjukkan teknik pengenalpastian spesies makroinvertebrata bentik yang menjadi bioindikator kualtiti air

4 mana peserta yang terpilih akan menjadi duta bagi memindahkan ilmu dan kesedaran bagi memelihara dan memulihara kelestarian sumber air negara. Penganjuran sulung kem ini melibatkan seramai 34 orang peserta terdiri daripada wakil dari pelbagai agensi seperti pegawai makmal daripada FTKKI-UMT, FSBUMK, jurutera dan penolong jurutera di Lembaga Sumber Air negeri Terengganu (LAUT), penyelidik WWF-Setiu Wetland serta wakil guru dari Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan Terengganu. Aktiviti sepanjang kem tertumpu kepada perkongsian ilmu dan pemindahan kemahiran teknikal asas melalui dua set modul utama iaitu Modul Kelas Teori dan Modul Lapangan. Pengisian dalam Modul Kelas Teori melibatkan sesi perkongsian ilmu daripada pakar bidang yang mewakili Kumpulan Penyelidik Hidrologi dan Sumber Air (Hydrology and Water Resources Research Group), FTKKI, UMT yang berkisarkan

kitaran sumber air, mekanisme pencemaran dan teknik pemantauan kualiti air, kaedah rawatan air konvensional dan termaju bagi membekalkan sumber air terawat kepada pengguna. Modul Lapangan pula memberi peluang kepada para peserta untuk mengikuti sesi aktiviti praktikal di lapangan sambil menikmati keindahan Hutan Lipur Bukit Bakar. Peserta perlu terlibat secara berkumpulan untuk menjalankan aktiviti yang disediakan dalam lima aktiviti lapangan yang berlangsung secara selari dengan tunjuk ajar dan pemantauan fasilitator. Aktiviti lapangan pertama yang dilaksanakan adalah Bioindikator iaitu teknik mudah bagi menilai tahap kualiti sumber air berdasarkan kewujudan spesis makroinvertebrat bentik tertentu. Untuk aktiviti lapangan kedua, peserta didedahkan dengan demonstrasi kaedah persampelan kadar alir dan pergerakan sedimen di sungai. Peserta juga berpeluang mempelajari

17


18

PENYELIDIKAN aspek teknikal dalam menganggar kuantiti air sungai menggunakan kaedah pengiraan sukat luah. Aktiviti lapangan ketiga membawa peserta untuk merasai pengalaman secara hands-on untuk mengendalikan peralatan pengukuran kualiti air mudah alih dan menentukan indeks kualiti air sungai berdasarkan parameter-parameter kualiti air yang utama. Seterusnya, aktiviti lapangan keempat berkisar tentang kaedah pengujian kualiti air mentah dan terawat. yang turut disusuli dengan demonstrasi ujian balang bagi mengesahkan kadar penurunan kekeruhan air selepas rawatan. Modul terakhir pula bertemakan Sungai dan Sisa. Pengisian di dalam aktiviti ini memberi

kesedaran kepada peserta tentang implikasi pencemaran sisa domestik terhadap kualiti air sungai serta kaedah diy (do-it-yourself) untuk menguruskan sisa domestik dengan lebih lestari. Hasil kejayaan penganjuran kali ini, penaja utama kem iaitu pihak UNESCO-IHP telah menawarkan geran tambahan berjumlah RM 30,000 untuk penganjuran Kem Prihatin Sumber Air 2.0 (PSA 2.0) pada tahun 2021. Kem ini dijangka akan diadakan sekitar September 2021 di Pulau Bidong yang mengangkat tema kelestarian sumber air estuari dan pesisir pantai. Sekretariat kem mengalu-alukan sumbangan kepakaran daripada warga UMT untuk sama-sama menjayakan kem PSA 2.0 yang bakal diadakan kelak.

Dr. Wan Rafizah Wan Abdullah berkongsi pandangan dengan para peserta berkaitan isu kualiti sumber air semasa di Malaysia


Sesi Interaktif Timbalan Naib Canselor Rungkai Persoalan Pelajar

Infokus Mac 2021

Oleh: Tengku Nuriah Tengku Abdul Rahman Pusat Pembangunan Holistik dan Kokurikulum

B

arisan Caretaker Majlis Perwakilan Pelajar MPP UMT Sesi 2019/2020 dengan kerjasama Pusat Pembangunan Holistik dan Kokurikulum (PPHK), Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UMT telah menganjurkan Sesi Interaktif Bersama Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa & Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMT pada 30 Januari 2021. Hampir 980 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan warga akademik dan pengurusan UMT turut sama hadir bagi menjayakan program yang diadakan secara dalam talian. Menurut Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar berkata, sesi interaktif ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pihak universiti menyalurkan infomasi yang jelas dan tepat kepada pelajar. Di samping itu juga, pelajar juga boleh mengajukan persoalan mengenai akademik dan hal ehwal semasa mahasiswa UMT sepanjang tempoh satu semester yang akan dijawab oleh pihak yang berkaitan.

“Bersesuaian dengan tema ‘Menangani Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Tinggi Dalam Norma Baharu’, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim, dan Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Hafiz Zakariya yang akan membantu mengupas dan menjelaskan segala persoalan seperti sesi pembelajaran, jumlah yuran, sesi kemasukan ke kampus, peperiksaan secara dalam talian dan lain-lain lagi,” ujar Nor Aieni lagi. Selain itu juga, UMT turut menawarkan bantuan seperti pemberian makanan percuma kepada pelajar yang berada di dalam kampus dan luar kampus melalui program sukarelawan Act of Kindness (AOK) dan Gerobok Rezeki (GR) yang telah beroperasi sejak dari tahun 2017. Perkhidmatan kaunseling turut disediakan bagi pelajar yang mungkin menghadapi kesulitan dalam pembelajaran secara dalam talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Penerangan dan komunikasi sebegini sudah pasti dapat membantu pelajar mendapatkan penjelasan yang tepat dalam menghadapi pengajaran dan pembelajaran secara norma baharu.

19


20

PENYELIDIKAN

UMT Teraju Pusat Ilmu Penanaman Vanilla Malaysia Oleh:

K

Dr. Nurul Aliaa Idris Fakulti Sains dan Sekitaran Marin

erjasama yang terjalin sejak 2018 melalui aktiviti lawatan industri, jemputan ‘Industry in the Classroom’ serta projek penyelidikan peringkat sarjana muda kini diangkat menjadi hubungan rakan industri secara rasmi apabila UMT dan Amani Vanilla Temerloh Sdn Bhd (AVT) menandatangani surat niat kerjasama (LOI) pada majlis penutup Bengkel Pemindahan Ilmu KTAGS: Kursus Tanaman Vanila Malaysia yang diadakan di Dewan Serbaguna Taman Permint Perdana, Seberang Takir, pada 26 Disember 2020 yang lalu. Bengkel ini merupakan aktiviti anjuran bersama UMT dan AVT di bawah dana ‘Knowledge Transfer and Assimilation Grant Scheme’ (KTAGS) di mana peserta dari

komuniti terpilih iaitu dari Persatuan Ibu-Ibu dan Ibu Tunggal Kuala Terengganu (PERKIBUT) dan Koperasi Pekebun Kecil Kuala Terengganu Berhad (KPK) didedahkan kepada potensi dan teknik penanaman pokok vanila secara dwi tanaman. Bengkel anjuran bersama yang julungjulung kali diadakan ini, menampilkan pengasas dan pemilik AVT sendiri, Encik Mohamad Feisal bin Mohamed Norawi yang juga pengerusi Koperasi Vanilla Berhad iaitu koperasi yang menggabungkan 300 pengusaha vanila di seluruh Malaysia. Dalam sesi amali lengkap, beliau menyampaikan teknik menanam vanila pada pokok tumpangan secara konvensional serta teknik moden menggunakan tiang sabut yang


Infokus Mac 2021

mampu mengurangkan tempoh masa matang penghasilan bunga dan seterusnya ‘seedpod’ atau produk vanila. Lebih menarik lagi, kumpulan penyelidikan vanila UMT yang terdiri daripada Dr. Nurul Aliaa Idris, Dr. Nabilah Ismail, Dr. Razifah Mohd Razali, Dr. Norhayati Yusuf, Dr. Malinna Jusoh, Prof. Madya Dr. Asnuzilawati Asaari dari Fakulti Sains dan Sekitaran Marin dan Dr. Suhaizan Lob, Dr. Rohayu Ma’arup, Dr. Faridah Yahya serta Dr. Fauziah Tufail Ahmad dari Fakulti Perikanan dan Sains Makanan telah mengadakan sesi perkongsian ilmu dalam bentuk klinik poster santai yang merangkumi pelbagai aspek berkaitan vanila dan penghasilannya. Ini termasuk

maklumat fisiologi tumbuhan, kimia dan ekstrak vanillin, mikoriza dan penyakit tanaman, biak baka dan bioteknologi tanaman vanila serta teknologi lepas tuai dan pensijilan halal. Di akhir bengkel, peserta telah diberikan keratan vanila untuk praktikal penanaman sendiri di rumah atau kebun masing-masing yang akan dipantau oleh kumpulan penyelidik vanila UMT. Program ini diharap dapat membuka para peserta akan potensi penanaman vanila seterusnya dapat meningkatkan ekonomi penduduk setempat. Dengan kejayaan penganjuran bengkel bersama ini, kumpulan penyelidik vanila UMT dan AVT berhasrat untuk terus bekerjasama dalam memacu penyelidikan dan pembangunan tanaman vanila di Malaysia.

21


22

SOROTAN PERISTIWA

Webinar on Life Sciences UMT Dan University of San Agustin Buka Peluang Kerjasama Oleh:

Siti Aisyah Razali Fakulti Sains dan Marin Sekitaran

B

iological Security and Sustainability Research Group (BIOSES), Fakulti Sains dan Persekitaran Marin (FSSM), UMT dengan kerjasama Center for Chemical Biology and Biotechnology (C2B2), University of San Agustin (USA) telah menganjurkan UMT-USA Webinar on Life Sciences 2020. Dilaksanakan secara maya pada 12 dan 19 Disember 2020, program ini adalah sebahagian daripada aktiviti di bawah memorandum persefahaman yang telah dimeterai sebelum ini. Perasmian telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar dan Presiden USA, Rev. Fr. Frederick C. Comendador, O.S.A. Webinar ini menampilkan

12 pakar dari pelbagai bidang, empat orang pembentang lisan dari kedua-dua universiti dan dihadiri hampir 200 orang peserta. Pertama disampaikan oleh Prof. Dr. Tengku Sifzizul Tengku Muhammad yang berkongsi mengenai usaha UMT untuk meningkatkan penyelidikan dalam penemuan ubat melalui repositori produk semula jadi laut. Prof. Dr. Jonel P Saludes, selaku ucaptama kedua, mengetengahkan penubuhan strategik USA untuk menguruskan penyelidikan yang lebih cekap dan kompetitif di peringkat global. Ucaptama ketiga disampaikan oleh Prof. Dr. Doralyn S. Dalisay. Inti pati ucaptama tersebut


Infokus Mac 2021

adalah mengenai taburan, kepelbagaian dan bioaktiviti Streptomyces sebagai sedimen laut unik di Filipina. Prof. Madya Dr. Mariam Taib dari UMT, juga selaku ucaptama telah berkongsi mengenai potensi mikroorganisma marin ke arah kelestarian biodiversiti.Webinar ini turut menjemput lapan penceramah jemputan termasuk empat dari UMT untuk berkongsi bidang kepakaran masing-masing. Pada sesi webinar yang pertama, Prof. Madya Dr. Wan Iryani Wan Ismail yang juga pengarah program, telah berkongsi mengenai nanobioteknologi dan penyelidikan isyarat sel dalam pelbagai bidang seperti barah, obesiti,

diabetes dan jangkitan mikrob. Manakala Dr. Muhamad Fairus Noor Hassim mengupas mengenai penilaian kelestarian rantaian bekalan minyak sawit di peringkat global. Dalam sesi webinar kedua, Dr. Nor Omaima Harun mengentengahkan topik Arcotheres sp. sebagai parasit spesis kerang. Manakala perkongsian Dr. Suzana Misbah berkisar tentang potensi penglibatan saluran kalium manusia dalam jangkitan virus. Program dua hala seumpama ini membuka platform kolaborasi penyelidikan dan memperluaskan lagi kepakaran ilmu di peringkat serantau dan global.

23


24

SOROTAN PERISTIWA Sedekah sekarang untuk menuju ke syurga Allah.

Wakaf Air Sabil

Terap Konsep Wakaf Warisan Peradaban Islam Mesir Untuk Warga UMT Oleh:

Siti Khatijah Harun Faizah Ismail Pusat Islam Sultan Mahmud

W

akaf Ilmu UMT terus berperanan untuk meningkatkan usaha menjaga kebajikan pelajar tanpa mengira latar belakang. Terbaharu, Pusat Islam Sultan Mahmud UMT mengambil langkah proaktif melancarkan projek Wakaf Air Sabil bertujuan untuk memberi kemudahan air minuman bersih kepada lebih 10,000 orang pelajar UMT. Diinspirasikan dari konsep wakaf warisan peradaban Islam di Mesir, nama Projek Wakaf Air Sabil diambil bersempena nama Sabil Kuttab, iaitu sebuah monumen penting berkonsepkan wakaf di Kaherah, Mesir. Sabil merupakan kemudahan air minuman secara percuma untuk orang awam. Manakala Kuttab pula adalah sekolah primitif yang mengajar membaca dan menulis secara percuma. Sabil Kuttab merupakan seni bina Uthmaniyyah dan Mamluk, pertama kali dibina pada tahun 1744 oleh arkitek perintis Mesir, Abdul Rahman Kathkuda. Hasil sumbangan warga UMT dan masyarakat setempat telah berjaya membiayai 80% dari keseluruhan kos pembelian 13 unit penapis air. Tujuh unit pertama telah ditempatkan di lokasi strategik yang menjadi tumpuan warga UMT, iaitu Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, Kompleks

Siswa, Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL), Kompleks Kuliah Pusat, Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS), Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik (FTKKI) dan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial (FPEPS). Manakala baki enam unit lagi akan ditempatkan di Fakulti Sains dan Sekitaran Marin (FSSM), Fakulti Perikanan dan Sains Makanan (FPSM), Pusat Pengurusan Akademik dan Kualiti (PPAK), Kolej Kediaman Pelajar, Kompleks Kuliah Lama dan Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail. Projek ini juga telah mendapat penarafan emas pada Karnival Inovasi @UMT 2020 yang telah diadakan pada 2 hingga 3 Disember 2020 yang lalu. Jutaan terima kasih diucapkan kepada warga UMT dan komuniti setempat yang telah menyumbang. Semoga sumbangan para dermawan ini dikira sebagai amal soleh dan diganjari oleh Allah dengan sebaik-baik ganjaran. Sesungguhnya, menyenangkan dan menggembirakan orang lain merupakan antara amalan yang paling disukai Allah. Saad bin Ubadah R.A bertanya kepada Rasulullah S.A.W, “Wahai Rasulullah, sedekah apa yang paling utama? Baginda menjawab, “Memberi air (sedekah air)”. (Sahih Abu Daud).


Infokus Mac 2021

Laman Botani Mini FPSM

Rezeki Dikongsi Bersama Oleh:

Wan. Zaliha Wan Sembok Fakulti Perikanan dan Sains Pemakanan

P

andemik COVID-19 yang melanda tidak menghalang warga Fakulti Perikanan dan Sains Makanan (FPSM) untuk menaiktaraf Laman Botani Mini di perkarangan fakulti. Laman Botani Mini telah dibangunkan pada tahun 2018 dengan dana permulaan sebanyak RM 1000.00. Antara tujuan utama penubuhan adalah untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif dan untuk aktiviti riadah para pelajar. Laman Botani Mini ini aktif digunakan untuk amali kursus Botani dan Fisiologi Tanaman serta

Olerikultur. Selain itu, Laman Botani Mini ini juga telah mengeratkan hubungan antara pensyarah dan pelajar dalam program mentor mentee bagi aktiviti penanaman dan penjagaan berterusan pokok-pokok yang ditanam. Kini, Laman Botani Mini diceriakan lagi dengan penambahan satu unit ‘nutrient film technique’ (NFT) yang diperoleh melalui permohonan dari Jabatan Pertanian Negeri Terengganu serta air pancut mini hasil kreativiti para pelajar Sarjana Muda Sains Agroteknologi

25


26

SOROTAN PERISTIWA

(Sains Tanaman). Laman Botani Mini ini juga menjadi tempat curahan idea kreatif para pensyarah dan pegawai sokongan dalam membina landskap mini dan konsep penanaman pertanian bandar. Antara tanaman yang terdapat di sini adalah tanaman herba seperti hempedu bumi, misai kucing, pegaga dan oregano serta tumbuhan ulaman dan sayuran seperti sawi, bendi, bayam brazil, cili, ulam raja dan serai. Turut didapati ialah tanaman rempah ratus seperti halia, kunyit, lengkuas, dan lempoyang. Selain itu, strawberi

dan Melon Manis Terengganu serta tanaman hiasan juga menjadi penyeri Laman Botani Mini. Hasil tanaman yang dituai dari Laman Botani Mini turut dikongsi bersama dengan warga FPSM dan pelawat luar termasuk dari industri yang berkunjung semata-mata untuk melihat sendiri konsep pertanian bandar yang digunapakai selain menjadi pemangkin semangat para pensyarah dan pegawai sokongan untuk lebih kreatif dalam menceriakan Laman Botani Mini dan berkongsi rezeki.


Pusat Alumni

Infokus Mac 2021

Santuni Alumni Antarabangsa Oleh:

Noorullaily Saffain

Pusat Alumni UMT

P

rogram pengantarabangsaan bersama alumni antarabangsa merupakan salah satu kaedah pemantauan (Performance Indicator) yang terkandung di dalam Teras 6: Keterlihatan Global melalui Pelan Strategik UMT 2018-2022 yang perlu dilaksanakan oleh Pusat Alumni agar sasaran Key Performance Index (KPI) universiti tercapai. Pusat Alumni telah mengambil inisiatif awal sebagai pembuka tirai tahun 2021 dengan melaksanakan program dalam talian “UMT Internationalization-Towards Sustaining the Global Employability”. Program yang berlangsung pada 10 hb Januari 2021 ini turut melibatkan kerjasama daripada Pusat Antarabangsa dan dihoskan oleh Pengarah Pusat Alumni, Prof. Dato’ Dr. Saharuddin Abdul Hamid bersama Pengarah Pusat Antarabangsa, Prof. Madya Dr. Ahmad Faisal Mohamad Ayob.

Objektif utama program ini adalah untuk mendapatkan pandangan alumni antarabangsa berkenaan pengalaman mereka sepanjang berada di UMT, kebolehpasaran graduan serta jaringan strategik. Dalam ucapan aluan Naib Canselor, Prof. Dr. Nor Aieni Hj. Mokhtar, beliau menyampaikan hasrat universiti untuk mendapatkan komitmen dari alumni antarabangsa demi mengangkat kedudukan UMT dalam kalangan institusi pendidikan global. Seramai tiga orang panel alumni antarabangsa dari tiga buah negara telah dijemput dalam perkongsian ini iaitu Prof. Ir. Dr. Abdul Majeed Muzathik dari South Eastern University of Sri Lanka, Sri Lanka, Dr. Usman Mohammed Ishaq dari Ramat Polytechnic Maiduguri, Nigeria dan Prof. Madya Dr. Sukree Hajisamae dari Prince of Songkla University, Thailand.

27


28

Cabaran PDPR PASTEM Bantu 54 Sekolah Angkat STEM Oleh:

Prof. Madya Dr. Laili Che Rose Pusat Asasi STEM

R

entetan Pandemik COVID-19 yang masih belum reda, membawa kepada pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepenuhnya bagi pelajar dan murid di seluruh negara bermula awal Januari 2021. Ini dilihat bukan sahaja membawa cabaran kepada ibu bapa, malah guru dan murid juga terpaksa berdepan dengan pelbagai isu.

Untuk itu, PASTEM UMT telah merancang dan sedang melaksanakan beberapa siri webinar bertujuan untuk memberi pendedahan PdP atau PdPR secara dalam talian terutama dalam subjek STEM.Usaha ini turut dibantu oleh Persatuan STEM Kebangsaan Chapter Terengganu dan sekolah berasrama penuh (SBP) yang juga sebahagian daripada sekolah angkat STEM UMT.

Dengan kejayaan UMT mendepani PdP dalam talian, ia menjadi pemangkin kepada UMT melalui PASTEM untuk turun padang

Sesi webinar ini turut melibatkan pensyarah PASTEM dan ahli Persatuan STEM Kebangsaan di mana agenda utamanya adalah perkongsian

menghulurkan bantuan pengendalian PdPR terutamanya kepada guru dan murid di 54 buah sekolah angkat STEM UMT di seluruh negeri Terengganu.

kaedah pembelajaran dengan menggunakan pelbagai platform. Antara platform PdP yang dikongsi adalah Microsoft Whiteboard (Mengajar atas talian dengan menggunakan whiteboard yang interaktif), Google Classroom (memberi


Infokus Mac 2021 tugasan dan menyemak tugasan atas talian), Kahoot & Quizzi (membuat aktiviti interaktif dalam kelas), Drawboard (PDF yang memudahkan PdPR), Microsoft Onenote (Membuat nota, menyimpan dan memberi nota kepada pelajar dengan tersusun) dan juga Microsoft Stream( Cara merakam video pengajaran). Menurut Pengarah PASTEM, Prof. Madya Dr. Laili Che Rose yang juga merupakan Pengerusi Persatuan STEM Kebangsaan Chapter Terengganu berkata, PASTEM sentiasa berusaha untuk menghulurkan bantuan kepada komuniti sekolah di sekitar negeri Terengganu. “Diharapkan rancangan untuk siri webinar yang mampu membantu sekolah di sekitar negeri Terengganu khususnya dan di seluruh Malaysia umumnya. Saya percaya dengan gabungan mantap PASTEM Bersama ahli Persatuan STEM Kebangsaan

Chapter Terengganu objektif untuk memantapkan PdPR dalam kalangan guru dan murid dapat tercapai”. Terdahulu, Pada 11 Februari 2021, PASTEM dengan kerjasama Persatuan STEM Kebangsaan Chapter Terengganu telah menganjurkan webinar bertajuk Isu dan Cabaran PdPR: Perkongsian PASTEM Pembelajaran Online. Webinar ini bertujuan untuk membuka ruang perbincangan isu dan cabaran PdPR dengan mengetengahkan empat orang panel jemputan iaitu Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aeini Haji Mokhtar, Pengerusi Persatuan STEM Kebangsaan, Prof. Datuk Dr. Noraini Idris, dan dua orang panel mewakili sekolah angkat STEM UMT iaitu Pengetua SM Sains Sultan Mahmud (SESMA), En. Kamsah@Kamal Mohamed, dan Pengetua SMK Kompleks Gong Badak, En. Abu Bakar R.A Mohd Abdullah.

29


30

SOROTAN PERISTIWA

Pemindahan Ilmu FPSM Perkasa Aplikasi Bioteknologi Dalam Akuakultur Oleh:

Muhammad Haniff Bin Mohd Yusoff Khairul Anuar Bin Kamarudin Fakulti Perikanan dan Sains Makanan

F

akulti Perikanan dan Sains Makanan UMT serta Kolej Komuniti Jerantut telah

Mengapa kaedah pembenihan secara monoseks? Hal ini adalah kerana, sesetengah

bekerjasama menganjurkan Bengkel Pembiakbakaan Ikan yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menerusi pendedahan aplikasi bioteknologi untuk pembenihan ikan. Bengkel ini disertai oleh para pensyarah bidang akuakultur di kolej komuniti dan politeknik seluruh Malaysia.

spesies ikan dan udang mempunyai kadar tumbesaran serta saiz yang berbeza di antara individu jantan dan betina. Sebagai contoh, ikan tilapia jantan dan udang galah jantan mempunyai kadar tumbesaran yang lebih cepat dan saiz badan yang lebih berat berbanding betina. Maka, penternak boleh memilih jantina anak ikan atau udang yang ingin dihasilkan dan diternak.

Bengkel ini menumpukan bimbingan secara langsung berkenaan dan asas dan pengenalan teknik pembenihan ikan bagi penghasilan benih monoseks, pembiakan silang (crossbreeding), triploid dan penghibridan. Pensyarah akuakultur FPSM dan AkUATROP bertindak sebagai tenaga pengajar dalam bengkel ini.

Menerusi kaedah ini, anak ikan jantan dapat dihasilkan sama ada menggunakan kaedah kejutan suhu atau menggunakan hormon. Ternakan sebegini dapat memberi pulangan yang lebih kepada penternak akuakultur.

Telur yang disenyawakan diletakkan di dalam tangki penetasan


Infokus Mac 2021 Selain itu, peserta bengkel juga didedahkan kepada penghasilan benih ikan triploid melalui kaedah kejutan suhu “Heat Shock”. Menerusi kaedah ini, telur ikan keli yang telah disenyawakan akan didedahkan pada suhu sekitar 38 hingga 400C untuk tempoh masa tertentu bagi menghasilkan anak ikan triploid yang mempunyai tiga set kromosom (3n) berbanding kaedah pembiakan normal yang menghasilkan anak ikan dengan dua set kromosom sahaja (diploid). Anak ikan triploid (3n) akan cepat membesar kerana akan menggunakan sepenuhnya tenaga dan nutrien yang diperoleh daripada makanan.

Sebagai contoh, ikan kerapu hibrid dihasilkan daripada induk jantan kerapu kertang, Epinephelus lacelatus dan induk betina kerapu harimau, Epinephelus fuscoguttatus. Ikan kerapu harimau mempunyai saiz yang lebih kecil tetapi tempoh tumbesaran yang lambat berbanding ikan kerapu kertang yang bersaiz lebih besar. Hasil proses penghibridan dua spesies ini akan menghasilkan anak yang lebih cepat membesar dan memendekkan tempoh untuk mencapai saiz pasaran, 1kg dalam tempoh 7 bulan berbanding 15 bulan untuk kerapu harimau (melibatkan penggunaan benih ikan bersaiz 10 cm).

Melalui bengkel ini juga peserta didedahkan dengan kepentingan pembiakan ikan melalui kaedah penghibridan, faktor pemilihan sepsis, proses yang terlibat dan peralatan yang diperlukan untuk melakukan pembiakan secara hibrid. Kelebihan anak ikan yang dihasilkan menerusi kaedah penghibridan ialah ia akan mewarisi ciriciri daripada kedua-dua induknya. Namun, anak ikan ini akan mempunyai ciri yang lebih baik berbanding induknya iaitu kadar tumbesaran yang lebih cepat, rasa isi yang lebih sedap dan juga ciri fizikal yang lebih menarik.

Proses pembenihan ikan menggunakan kaedah ternakan secara monoseks, pembiakan silang (crossbreeding), triploid dan penghibridan mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Namun begitu, tenaga kerja mahir dan teknik yang betul dapat memastikan kejayaan menerusi penternakan dengan kaedah sedemikian. Apilkasi ilmu bioteknologi dalam pembenihan ikan akan menghasilkan baka ternakan yang baik dan seterusnya membantu meningkatkan hasil pengeluaran dalam industri akuakultur negara.

Proses melirit telur ikan betina untuk pembenihan aruhan

31


32

1

Bijak Sifir 2020

Latih Penyelesaian Matematik Dengan Pantas Oleh:

Dr. Nur Baini Ismail, Dr. Syerrina Zakaria, Dr. Azwani Alias, Dr. Ruwaidiah Idris, Siti Madihah Abdul Malik Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik

D

i sebalik kekangan pandemik COVID-19, Program Bijak Sifir 2020 telah berlangsung buat julung kalinya di UMT pada 20 hingga 22 Disember 2020 bertempat di Makmal Al-Safa, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik (FTKKI). Program selama tiga hari ini memfokuskan pemindahan ilmu untuk komuniti sekitar UMT melibatkan 40 orang peserta berumur di antara 10 hingga 12 tahun yang bertujuan untuk memupuk minat pelajar sekolah rendah dalam menghayati kepentingan sifir agar penyelesaian masalah matematik dapat dilakukan dengan lebih pantas.

Dengan kerjasama lima orang pensyarah yang diketuai oleh Dr. Syerrina Zakaria dan empat orang pelajar pelajar siswazah dari FTKKI, pendekatan program disesuaikan dengan pelbagai gaya pembelajaran pelajar iaitu kinestatik, visual, audio atau verbal. Pendekatan ini merangkumi aktiviti antaranya kaedah cepat menghafal sifir, kaedah gelung getah dan gula-gula, kaedah pendaraban dadu, permainan atas talian Kahoot! dan pelbagai lagi. “Saya rasa sangat gembira dan seronok. Selepas sertai program ini, saya rasa sifir sangat


Infokus Mac 2021 mudah. Saya jadi lebih berani untuk membaca sifir dengan cepat di depan kawan-kawan yang saya baru kenali”, ujar salah seorang peserta program, Sarah Alhena Asyrul (10 tahun). Ramai ibu bapa memberi cadangan supaya program ini diteruskan lagi di masa akan datang

2

33

memandangkan ia memberi kesan yang sangat positif kepada pencapaian matematik anak-anak dalam masa yang singkat. Program selama tiga hari ini mendapat pembiayaan sepenuhnya dari geran “Knowledge and technology assimilation grant scheme (KTAGS)”.

3

4

1.

Para peserta lelaki bersama para fasilitator

2.

Aktiviti yang pelajar paling gemari adalah permainan Kahoot!

3.

Para peserta memberi sepenuh perhatian sepanjang program

4.

Bergambar beramairamai bersama fasilitator


34

Seminar Bulanan Maritim Pentas Dialog Bersama Pemain Industri Oleh: Siti Marsila Mhd Ruslan, Izyan Munirah Mohd Zaideen, Nurul Haqimin Mohd Salleh Fakulti Pengajian Maritim

S

ebagai salah satu inisiatif Fakulti Pengajian Maritim (FPM) di dalam meraikan perkongsian ilmu di antara warga akademik, komuniti setempat, pemain industri, dan para pelajar, FPM telah berjaya merancang dan merealisasikan 12 siri Seminar Bulanan Maritim (MMS) sepanjang tahun 2020. Ia disajikan dalam bentuk forum melibatkan tiga orang panel dan seorang moderator. Sebanyak 15 buah tajuk telah dikupas oleh panel-panel terpilih pada setiap bulan yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah dari Fakulti Pengajian Maritim dan para profesional daripada pelbagai latar belakang kepakaran dari dalam dan luar negara. Melalui perkongsian ini, pelbagai isu bertunjangkan bidang maritim telah diketengahkan termasuklah isu pendidikan, komuniti sejagat, polisi dan governan, geopolitik, aplikasi teknologi, isu gender, mahupun keselamatan maritim. Matlamat MMS adalah bertujuan untuk menawarkan peluang kepada para pensyarah dan pemegang taruh untuk berkongsi idea dan pandangan mereka dalam bidang masing-masing

melalui topik yang diberikan. Bagi merancakkan perbincangan, penglibatan para profesional di dalam seminar ini secara amnya didorong oleh pengalaman dan rekod prestasi mereka di dalam industri, bertujuan untuk memperkuatkan isi kandungan perbincangan melalui sudut pandang di luar skop akademik. Tidak hanya itu, ia juga bermatlamat untuk menyediakan sebuah platform bagi usaha kerjasama dan jaringan usaha sama dengan pemain industri melalui perbincangan yang lebih santai. Sepanjang seminar ini berlangsung, para peserta berpeluang menimba ilmu berkaitan topik yang dibicarakan daripada panel jemputan berdasarkan kupasan dan respon bagi setiap isu yang diutarakan. Di samping itu, komunikasi dua hala juga diwujudkan melalui ruangan soal jawab di setiap penghujung sesi. Keberdayaan dan kejayaan program MMS ini telah banyak didorong oleh kerjasama ramai pihak, terutamanya para pensyarah Fakulti Pengajian Maritim dan sewajarnya momentum ini diteruskan dengan topik dan isu yang lebih relevan dan mencabar.


Infokus Mac 2021

Oleh:

Amalul Asyraf Rosli Bahagian Sukan dan Rekreasi , PPHK, HEPA

Webinar Sukan UMT Tampil Bintang Utama Skuad Harimau Malaya

Oleh:

Amalul Asyraf Rosli Bahagian Sukan dan Rekreasi, HEPA

H

asil jaringan kerjasama dan hubungan baik bersama atlet-atlet tersohor negara, Bahagian Sukan dan Rekreasi (BSR), Pusat Pembangunan Holistik dan Kokurikulum, HEPA berjaya menyunting bintang-bintang utama skuad bola sepak negara bagi menjayakan Webinar Sukan UMT Siri I, 2021 yang bertajuk GOL : SATU MATLAMAT. Bintang-bintang tersebut adalah Mohamad Aidil Zafuan Abd

Radzak (Johor Darul Ta’zim FC), Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak (Negeri Sembilan FC), Mahalli Jasuli (Petaling Jaya FC) dan Mohd Nafuzi Mahammad Zain (Terengganu FC). Kesemua panel jemputan ini sudah tidak asing lagi dalam kancah sukan bola sepak negara apatah lagi sering menjadi fokus utama media cetak mahupun media elektronik serta iklan komersial. Figura-figura ini telah mencetuskan

35


36

fenomena sejak Piala Dunia Remaja 1997 di Kuala Lumpur sehinggalah ke zaman kegemilangan skuad Harimau Malaya yang menamatkan kemarau 20 tahun pingat emas Sukan SEA yang berlangsung di 2009 Laos pada 2009. Mereka ini turut membantu skuad Malaysia menjadi juara buat pertama kali dalam kejohanan AFF Suzuki Cup 2010 di Jakarta, Indonesia. Webinar yang telah disiarkan secara langsung melalui aplikasi Facebook ini mengupas topik-topik antaranya mengenai kecergasan, kepimpinan dalam pasukan, psikologi sukan ketika kejohanan, kejurulatihan dan faktor konsistensi atlet yang dipraktikkan sepanjang tempoh pandemik COVID-19 serta pengalamanpengalaman kehidupan mereka sehingga mengecap kejayaan hari ini.

“Tanggungjawab yang diamanahkan merupakan suatu elemen yang besar untuk dipikul oleh semua orang dan untuk pelajar-pelajar UMT, tiada jalan mudah untuk kita mencapai sesuatu kejayaan melainkan kita korbankan masa dan tenaga untuk mencapai matlamat masing-masing”, ujar Aidil dan Zaquan yang juga merupakan kapten pasukan skuad Harimau Malaya. Program berimpak tinggi ini merupakan salah satu usaha BSR menyokong penuh Pelan Strategik UMT 2018-2022 yang secara khususnya mencakupi Teras 1 : Pemerkasaan Bakat , Teras 3 : Pembangunan Pelajar dan Teras 8 : Pemantapan Citra.


Infokus Mac 2021

RENUNGAN Solusi Kehidupan Dengan Terapi Zikir Asma’ul Husna Ar-Rahman (Siri 3) Oleh: Mohd Radhi Abu Shahim Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial

Surah rujukan nama Allah SWT ialah Surah Al-Fatihah ayat 1 hingga 3 yang bermaksud: “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani” Allah Ar-Rahman. Maha Pengasih. Maha Pemurah. Maha Belas Kasihan. Dia menaburkan kasih kepada semua makhluk di dunia ini walaupun manusia tidak menyembah-Nya, tidak mengucapkan terima kasih kepada-Nya atau tidak meminta kepada-Nya. Rahmat Allah SWT meliputi segala-galanya. Ar-Rahman ialah vitamin jiwa yang didambakan oleh jiwa-jiwa manusia yang tandus dan gersang dengan perasaan kasih sayang. Sesungguhnya, setiap makhluk yang berkasih sayang di dunia ini atas daya kasih sayang Allah SWT Ar-Rahman yang dialirkan sedikit kepada setiap makhluk ciptaan-Nya. Dengan itu, nyata bagi kita yang benar-benar mengenali Allah SWT Ar-Rahman bahawa kasih sayang suami, ibu bapa, anak-anak, sahabat, manusia di sekeliling kita, pada hakikatnya ialah kasih sayang Allah SWT kepada diri kita selama ini. Kurniaan kasih sayang Ar-Rahman kepada manusia, sudah pasti kebahagiaan menunggu kita. Kasih sayang mampu melahirkan kekuatan luar biasa. Seseorang yang menghayati sifat Allah SWT Ar-Rahman akan berakhlak dengan sifat tersebut. Sedetik pun tidak pernah memperlihat perasaan benci. Setiap kata-katanya mengeluarkan mutiara-mutiara kasih, setiap tatapan matanya memancarkan kasih. Gerakan kaki dan tangannya hanya bertujuan menolong atas dasar kasih dan bukan atas kepentingan diri. Membantu dan menghulurkan bantuan tanpa bersikap pilih kasih. Perbincangan Ar-Rahman ialah Allah SWT Yang Maha Pengasih dan Pemurah. Nama Allah SWT Yang Maha Pengasih atau Pemurah boleh dibincangkan dari sudut pemurah-Nya Allah SWT dengan pelbagai nikmat yang diberikan pada manusia. Allah SWT berfirman dalam Surah Ar-Rahman berulang-ulang kali “Maka, yang mana satu di antara nikmatnikmat Tuhan kamu yang hendak kamu dustakan”. Lihatlah nikmat Allah SWT yang paling agung yang berada di atas kepala kita iaitu rambut. Bolehkah kita menghitungnya? Allah jelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan jika menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha mengasihani” (An-Nahl, 16:18) Begitu banyak dan besar nikmat Allah SWT dan kadang-kadang kita lupa kita sedang menjunjung nikmat itu (rambut) yang memang tidak terhitung banyaknya. Namun, kebanyakan sifat manusia itu kadang-kadang terlupa dengan nikmat tersebut dan lebih suka menghitung-hitung kesusahan dan kesedihan sehinggalah tersedar akan nikmat Allah SWT apabila ianya hilang dan lenyap daripada kita. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); - Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah; Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut; Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang” (Al-Ma’aarij, 70:19-22)

37


38 Allah SWT menjadikan dua perkara di mana dengannya manusia akan kembali kepadaNya iatu dengan jalan hajat dan ujian. Manusia yang berhajat dan diberi ujian cenderung kembali dengan bersolat dan menadah tangan meminta kepada Allah SWT. Manusia yang senang hidupnya dan tidak pernah ditimpa ujian boleh jadi jauh dengan Allah SWT dan leka dengan kesenangan dunia yang sementara. Oleh yang demikian, amat malang bagi manusia yang diberi ujian dan mempunyai hajat semakin jauh dan renggang dengan Allah SWT. Apakah yang dikatakan nikmat? Nikmat adalah apa-apa perkara yang dapat memberi kesedapan kepada manusia. Perbincangan Ar-Rahman Allah boleh dilihat melalui nikmat-nikmat yang diberikan-Nya pada manusia dari lima perkara iaitu nikmat asasi, nikmat qalbiah, nikmat badaniyah, nikmat aqliah dan nikmat imaniah. Nikmat Asasiah iaitu nikmat asas keperluan bagi manusia yang Allah SWT berikan kepada semua manusia secara semula jadi tidak kira beriman atau tidak dan walaupun tidak diminta seperti nikmat mata, telinga, udara, air. Nikmat asasi juga boleh didapati dengan jalan usaha yang diizinkan-Nya seperti makan, minum, pakaian dan tempat tinggal. Hal ini ada dijelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: “Supaya kamu duduk tetap di atasnya; kemudian kamu mengingati nikmat Tuhan kamu apabila kamu duduk tetap di atasnya, serta kamu (bersyukur dengan) mengucapkan:” Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya”

(Az-Zukhruf, 43:13)

Nikmat Qalbiah merujuk kepada nikmat yang dapat menenangkan hati dan menyuburkan emosi manusia seperti isteri serta anak-anak yang dapat beri ketenangan jiwa. Sekiranya kita merancang untuk kebaikan di dunia maka pulanglah ke rumah dan bersamalah dengan anak-anak untuk pastikan anak-anak menjadi orang-orang yang soleh yang boleh menjaga kita di hari tua dan mendoakan kita di akhirat kelak. Hal ini dijelaskan dalam ayat Al-Quran yang bermaksud : “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan” (Ar-Ruum, 30:21) Nikmat Badaniyah merupakan kesihatan tubuh badan untuk kita dapat melakukan tugasan harian. Sementara ada nikmat kesihatan maka salurkan kepada perkara-perkara yang baik seperti berbakti kepada ibu bapa, masyarakat dan Negara. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya, dan Dia lah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa” (Ar-Ruum, 30:54) Nikmat Aqliah merupakan akal fikiran yang membolehkan manusia itu belajar, memahami dan beramal. Kita juga boleh mengetahui perkara yang baik dan buruk. “Allah memberikan Hikmah kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya” (Al-Baqarah, 2: 269) Oleh yang demikian, manusia wajib memelihara akal dan haram bagi manusia itu merosakkan akal dengan memakan dan meminum sesuatu yang memabukkan dan membiarkan diri terus-menerus dalam kejahilan tanpa menuntut ilmu. Nikmat Imaniah pula ialah nikmat iman yang memberi ketenangan kepada manusia. Tanpa iman manusia akan sentiasa runsing. Hal Ini seperti dalam Firman-Nya yang bermaksud: “(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh)supaya mereka bertambah iman dan yakin berserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana” (Al-Fat-h, 48:4)


Infokus Mac 2021 “……maka sesiapa yang mengikuti petunjuk-Ku itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita” (Al-Baqarah, 2:38) “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d, 13 :28) Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin (beriman) kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.” (Hadis riwayat Muslim) Oleh itu, terdapat tiga cara untuk mendapatkan nikmat tersebut iaitu dengan berusaha dengan bersungguh-sungguh, bersabar dalam usaha dan bersyukur dengan nikmat. Manusia telah diberi potensi sebagai khalifah dibumi, oleh itu kita disuruh berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan nikmat-nikmat yang Allah SWT sediakan untuk manusia. Ini bersesuaian dengan firman-Nya yang bermaksud: “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya” (Al-Baqarah, 2:286) “Dan katakanlah (wahai Muhammad): Berusahalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan” (At-Taubah, 9:105) Perkara kedua untuk memperoleh nikmat adalah dengan jalan sabar dalam berusaha. Hal ini kerana, pasti akan ada rintangan dan ujian dalam usaha yang dilakukan. Sesuai dengan anjuran Islam dalam firman-Nya yang bermaksud: Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Al-Baqarah, 2:45) Perkara yang ketiga ialah dengan cara bersyukur dengan nikmat dan Allah SWT akan menambahkannnya. Ini dijelaskan dalam Firman-Nya yang bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras” (Ibrahim, 14:7) Kesimpulan Setinggi-tinggi nikmat ialah nikmat Iman dan Islam, Maka jagalah nikmat tersebut. Dengan memahami Ar-Rahman Allah SWT, maka kita akan sentiasa menagih hanya pada Allah SWT Yang Maha Pengasih dan Pemurah sekaligus meningkatkan usaha kita. Orang-orang yang beriman dengan Ar-Rahman tidak akan malas untuk berusaha, tidak suka menangguhkan usahanya malah akan sentiasa bersemangat dalam usahanya mentaati Allah SWT dan mencari hanya reda-Nya. Hal ini demikian kerana kita yakin bahawa Allah SWT akan membalas usaha baiknya itu dengan kebaikan. Malah manusia juga sedar dari Allah SWT kita datang dan kepadanya kita akan kembali. Moga kita akan sentiasa menjadi hamba-Nya yang bersyukur dengan nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita semua.

39


Budaya Pengindustrian Komuniti Desa Pengarang: Muhammad Abi Sofian Abdul Halim Khatijah Omar ISBN: 978-967-2417-91-0

Diskusi Kenegaraan Malaysia Pengarang: Hamdan Aziz ISBN: 978-967-2939-20-7 Tahun: 2020

Tahun: 2020

Sukuk dan Pertumbuhan Ekonomi Pengarang: Nur Azura Sanusi Norashikin Draman @ Wahab Suhal Kusairi ISBN: 978-967-2939-01-6 Tahun: 2020

Liabiliti Pengeluar Produk Perubatan Di Bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999 Pengarang: Fahirah Syaliza Mokhtar Rahmah Ismail ISBN: 978-967-2939-16-0 Tahun: 2020

Managing Uncertainty: Strategies Organizational Survival

Parliament and Deliberative Practices Malaysia Under Barisan Nasional

Editors: Nik Hazimah Nik Mat Hayatul Safrah Salleh Wan Norhayati Mohamed

Pengarang: Nazli Aziz

ISBN: 978-967-2939-21-4

Tahun: 2020

ISBN: 978-967-2939-25-2

Tahun: 2020

Puteri Saadong: Emansipasi Wanita Pengarang: Azlina Musa Mohd Nasir Hashim

Tatabahasa Bahasa Sepanyol Pengarang: Radhiah Ismail

ISBN: 978-967-2939-22-1

ISBN: 978-967-2939-23-8

Tahun: 2020

Tahun: 2020


Kompilasi Glosari Tahun 2020 Penyunting: Mohd Nazli Mohd Nor Roshaiza Taha Zahirah A Razak Noor mahadi Abdul Ghani Zubaidah Abdullah Muhamad Safre Muhamad Sani

Bahasa Melayu Komunikatif Untuk Penutur Asing Pengarang: Mazlina Ahmad Noor Rohana Mansor ISBN: 978-967-2939-12-2 Tahun: 2021

ISBN: 978-967-2939-11-5 Tahun: 2020

Integrating Mobile Apps In Learning Mandarin Author: Nurul Ain Chua Abdullah ISBN: 978-967-2939-27-6 Tahun: 2021

Buku Panduan Pelajar Baharu Sesi 2020/2021 Universiti Malaysia Terengganu Penyunting: HEPA UMT eISBN: 978-967-2939-33-7 Tahun: 2021

Buku Panduan Sesi Akademik 2021 Program Pengajian Pra Siswazah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik Pengarang: FTKKI eISBN: 978-967-2939-29-0 Tahun: 2021

Academic Guidebook 2020/2021 Undergraduate Programmes for Local Student Faculty of Ocean Engineering Technology and Informatics Pengarang: FTKKI eISBN: 978-967-2939-29-0 Tahun: 2021

KENYIR: Menyingkap Warisan Alam Unveiling Natural Heritage Penyunting: Faizah Sharoum Muhammad Hafiz Sulaiman eISBN: 978-967-2417-24-8 Tahun: 2021

Buku Panduan Latihan Industri (LI) Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik Pengarang: FTKKI eISBN: 978-967-2939-29-0 Tahun: 2021

Academic Guidebook 2020/2021 Undergraduate Programmes for International Student Faculty of Ocean Engineering Technology and Informatics Pengarang: FTKKI eISBN: 978-967-2939-29-0 Tahun: 2021


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.