1 minute read

MENEMPUH SEMESTER DI THAI NGUYEN UNIVERSITI VIETNAM

10

Samudera | Jun 2018 Fokus Utama

Advertisement

Kehidupan di Thai Nguyen, perlu diadaptasi dengan budaya kehidupan yang jauh berbeza dari Malaysia. Antara cabaran yang utama adalah cabaran mendapatkan makanan halal di Thai Nguyen kerana pekan ini bukanlah bandar utama yang mudah untuk mendapatkan makanan halal. Saya dan Ferdaus terpaksa memasak pada setiap hari. Kebanyakan menu makanan kami hanyalah berasaskan ubi kentang dan menggunakan bahan makanan yang dibawa dari Malaysia.

Samudera | Jun 2018 Fokus Utama

Muhamad Azri bin Abdul Aziz (Presiden Kelab Mahasiswa Pengurusan Maritim) dan Mohammad Ferdaus bin Ilyas (Mantan Exco Keselamatan dan Logistik Kelab Mahasiswa Pengurusan Maritim) merupakan pelajar yang dipilih oleh Pusat Pengajian dibawah seliaan Prof Madya Datin Dr Norhayati binti Haji Shariff untuk menjalani program pertukaran pelajar ini. Kami merupakan Pelajar Sarjana Muda Pengurusan (Maritim) di Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan Maritim.

Di samping itu, kami meluangkan masa terluang dengan melawat rumah ibu bapa rakan sekelas. Dengan hanya menghidangkan makanan berasaskan ikan menunjukkan tanda mereka menghormati kami apabila kami meziarahi ke rumah mereka.

Akhir sekali, kami juga merasa sangat beruntung kerana Duta Malaysia di Vietnam iaitu TYT Tuan Zamruni Khalid dan staf kedutaan Malaysia di Vietnam sangat mengambil berat mengenai keadaan kami di sini. Kami dijemput khas ke rumah duta bagi berbuka puasa dan rumah terbuka hari raya Aidilfitri. Pihak kedutaan juga telah datang ke Thai Nguyen University bagi meninjau keadaan kami.

This article is from: