Bot Berhias warnai Sambutan Ulang Tahun Yang Ke-51 Hari Keputeraan Sultan Terengganu ms-12 & 13
ISSN 2180-4737
http://www.teganukita.blogspot.com • http://www.terengganu.gov.my
Diterbitkan sejak tahun 2008
Bil: 90 • 1-15 Oktober 2013 • Percuma
113,922 murid Tahun Empat dan Lima manfaat e-Book
K
erajaan negeri mengagihkan sebanyak 113,922 buah e-Book kepada murid tahun empat dan lima di seluruh Terengganu membabitkan peruntukan kira-kira RM107.3 juta. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-tugas Khas negeri, YB Ghazali Taib berkata, pemberian buku elektronik tersebut dalam tempoh lima tahun sejak diperkenalkan 2009 lalu sehingga sekarang. Beliau memberitahu, daripada jumlah itu, sebanyak 23,702 murid tahun lima menerima e-Book yang membabitkan perbelanjaan melebihi RM22 juta diikuti 23,313 murid tahun empat menerima kemudahan itu yang melibatkan peruntukan kira-kira RM22 juta pada 2010.
Foto: ZULKIPLI PUTRA Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said menyaksikan menyerahan dividen kepada agensi-agensi kerajaan negeri di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini.
zulfoto2008@gmail.com
Dividen RM20.1j Terengganu Inc. bertindak mengagihkan keuntungan kepada agensi-agensi kerajaan negeri bagi tahun kewangan berakhir 2012 Oleh ESAH ABDULLAH
T
esahukom@yahoo.com
erengganu Incorprated Sdn Bhd (TISB) mengagihkan RM20,178,156.81 kepada pemegang sahamnya yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan negeri sebagai dividen keuntungan syarikat yang diperolehi bagi tahun kewangan berakhir 2012. Penerima dividen tertinggi ialah Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) berjumlah RM11,745,911.52 diikuti Perbadanan
BERITA PENUH ms–5
Anak Besut cipta rekod berjalan kaki 600 kilometer
Menteri Besar Terengganu sebanyak RM4,570,586.19. Penerima dividen lain terdiri daripada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) sebanyak RM1,585,971.04, Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Terengganu (RM1,248,696.16), Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Islam Terengganu (RM1,022,729.84) dan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPK) (RM4,262.06). BERITA PENUH ms–4
Mohd Noor Mat, 47, berjaya menamatkan perjalanan dari Kuala Besut, Terengganu ke Putrajaya sejauh 600 kilometer dengan berjalan kaki yang mengambil masa 13 hari dan berakhir 4 Oktober lalu tanda kesyukuran selepas Barisan Nasional (BN) menang dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, 24 Julai lalu.
Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu
JOM KE TERENGGANU...
Negeri Cantik, Budaya Menarik, Orangnya Baik-Baik
BIL:90 • 1-15 Oktober 2013
www.teganukita.blogspot.com
zulfoto2008@gmail.com
di dalam web
JANGAN ROSAKKAN METER PARKIR – EXCO Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Luar Bandar, Kepenggunaan dan Koperasi negeri, YB Roslee Daud berkata, rakyat perlu bertanggungjawab dengan tidak mengkhianati sebarang usaha kerajaan ke arah kesejahteraan rakyat kerana ia dilakukan bagi tujuan memudahkan orang ramai. www.teganukita.blogspot.com
Foto: ZULKIPLI PUTRA
2
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan berangkat melihat ruang pameran di Akademi Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai, Marang, Terengganu, baru-baru ini.
ABPM Wakaf Tapai terbaik Asia Pembinaan ABPM fasa satu dan dua disiapkan dalam tempoh kirakira 12 tahun dilengkapi pelbagai kemudahan infrastruktur Oleh AIDA ABD RAHMAN aida_ukom@yahoo.com
FESTIVAL GAMELAN SEDUNIA 25-27 OKTOBER 2013, DATARAN SHAHBANDAR, KUALA TERENGGANU Festival Gamelan Sedunia ( FGS III ) 2013 merupakan siri ke tiga festival gamelan setelah 2 kali penganjuran festival yang sama pada tahun 2008 dan 2010. FGS III merupakan program anjuran Kerajaan Terengganu dengan kerjasama Lembaga Muzium Negeri Terengganu. www.teganukita.blogspot.com
Lagi berita : Layari...
A
kademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wakaf Tapai, Marang membelanjakan kira-kira RM127 juta untuk muncul sebagai akademi yang terbaik dan terbesar di Asia Tenggara selaras dengan hasrat menjadi organisasi kebombaan berprestasi tinggi. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Abdul Rahman Dahlan berkata, pembinaan ABPM bagi fasa satu dan dua yang disiapkan dalam tempoh kira-kira 12 tahun itu, dilengkapi pelbagai kemudahan infrastruktur meliputi bangunan asrama, bangunan pentadbiran, de-
Akademi Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai, Marang.
wan makan, auditorium, bilik kuliah, surau dan pusat sukan. “Selain ABPM juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan simulator-simulator latihan pemadaman dan penyelamat yang moden dan terkini khusus untuk keberkesanan latihan bagi meningkatkan kompetensi pengetahuan dan kemahiran anggota dan pegawai Bomba. “Sudah tentu ABPM ini salah satu terbaik di dunia. Fasa seterusnya melibatkan pembinaan simulasi memadam kebakaran yang melibatkan kapal air, kapal besar di tasik sendiri. Pada masa akan datang, kita juga berhasrat mewujudkan kapal terbang sebenar dan
simulasi terbakar dan operasi memadam,” katanya kepada pemberita sempena Majlis Perasmian Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai, Marang, baru-baru ini. Majlis perasmian berkenaan disempurnakan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut berangkat Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan Tengku Sri Temenggong Raja. Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan isteri, To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah dan isteri, To’ Puan Hajah Rohani Abdullah. Dato’ Abdul Rahman, berkata pihaknya
menjangkakan kira-kira RM100 juta lagi diperlukan bagi menjalankan kerja fasa seterusnya termasuk menyediakan landasan kapal terbang sendiri. Katanya, kemudahan itu bukan sahaja bagi menjalankan latihan simulasi menyelamat yang berprestasi tinggi seperti pesawat terhempas, malah mampu menjadi akses kepada APBM ini tidak lama lagi. Beliau berkata, pihaknya sudah mengenalpasti tanah dan kawasan yang sesuai untuk membangunkan kemudahan untuk fasa berikutnya. “Daripada keseluruhan 140 hektar, kita baru menggunakan 40 hektar dan selebihnya belum kita bangunkan serta akan kita bangunkan untuk fasa seterusnya nanti. “Selain itu, di sini kita juga melatih anggota yang berkaliber dan berdisiplin tinggi. Malah, kita juga berbangga apabila perkhidmatan bomba dan keselamatan setanding dengan negara luar di seluruh dunia dengan kelengkapan yang serba canggih,” katanya.
BIL:90 • 1-15 Oktober 2013
www.teganukita.blogspot.com
Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah mencemar duli melawat bayi yang baru lahir di Wad Melor 1CD HSNZ, baru-baru ini.
Bayi bertuah dikunjungi Sultanah Nur Zahirah
S
ultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenaan berangkat ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk
melawat 34 ibu bersama bayi yang baru lahir sambil menyampaikan sumbangan hamper barangan bayi serta wang tunai di Wad Melor,
1CD HSNZ. Keberangkatan baginda sempena Sambutan Ulang Tahun Yang Ke-51 Hari Keputeraan Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Sultan Terengganu turut diiringi isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud; isteri Setiausaha Kerajaan Negeri, To’ Puan Hajah Rohani Abdullah. Turut hadir, To’ Puan Seri Tengku Halifah Kasnihah Tengku Su dan isteri Setiausaha Dewan Pangkuan DiRaja, Datin Sharifah Zarinatasha Jamalullail. Hadir sama, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat negeri, Encik Mohd Mahdi Musa; Pengarah Kesihatan Negeri, Dato’ Dr Haji Anwa Sulaiman dan Pengarah HSNZ, Dr Nor Azimi Yunus. Sultanah Nur Zahirah k em u d ian n y a t ur ut meluangkan masa melawat isteri Engku Kelana DiRaja, To’ Puan Sharifah Fatimah Sahalat Syed Mohamad yang sedang menerima rawatan di tingkat tujuh hospital itu. Sejurus kemudian, baginda bersama tetamu kenamaan yang lain berangkat ke bilik santapan sebagai mengakhiri acara itu.
‘Jom Kite Nanam’ elak bergantung sayur luar Terengganu - YB Nawi Selain dapat menyelesaikan masalah kekurangan sayur di negeri ini Oleh NORAINI JUSOH
ukomtrg123@gmail.com
K
erajaan negeri akan melaksanakan program ‘Jom Kite Nanam’ sebagai usaha untuk mengurangkan kebergantungan rakyat negeri ini terhadap bekalan sayur-sayuran dari luar. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri, YB Nawi Mohamad berkata, program ‘Jom Kite Nanam’ merupakan idea asal Menteri Be-
sar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said yang dicetus melalui program penanaman kelapa sawit untuk setiap rumah. “Pada tahun ini, kerajaan negeri menambah baik program berkenaan dengan memperkenalkan program ‘Jom Kite Nanam’ yang bakal melibatkan semua komuniti di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini. “Buat permulaan, DUN Hulu Besut dan Kijal dipilih untuk menjadi perintis kepada program yang dijangka akan bermula Oktober ini. Setiap DUN diminta untuk menanam sayuran yang berbeza untuk mempelbagaikan hasil pengeluaran sayur-sayuran yang diusahakan. Pada tahun depan, kita sasarkan dapat melaksanakan program ini sekurang-kurangnya di 16
YB Nawi menyampaikan dana kepada warga nelayan pada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Terengganu 2013.
DUN,’ ujarnya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan majlis perasmian Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Terengganu 2013 di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA)
Gong Badak, baru-baru ini. “Bagi memastikan rakyat Terengganu dapat menikmati sayuran segar, petani dinasihatkan tidak menggunakan sebarang bahan kimia berbahaya seperti racun serangga,” katanya.
3
Pelan pelaksanaan daerah baru Kuala Nerus dilancar
Menteri Besar diberi taklimat mengenai pelan daerah baru Kuala Nerus.
K
edudukan geografinya yang seimbang dalam konteks sempadan pentadbiran daerah baru dan tidak melibatkan perpindahan penduduk serta pembangunan boleh dilaksanakan dengan segera antara sebab utama pemilihan kawasan Kuala Nerus sebagai daerah baru. Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, berada dalam radius lima kilometer sahaja daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan juga Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan sekitar. “Pemilihan Pemilihan kawasan ini kawasan itu bertujuan untuk bertujuan untuk membangunkan membangunkan kawasan Terengganu Utara daerah kawasan Kuala Terengganu Terengganu yang semakin peUtara yang sat membangun,” katanya di majlis semakin Perasmian Pelanmembangun caran Publisiti Draf Rancangan Kawasan Khas Pusat Pentadbiran daerah Kuala Nerus di Dewan Sivik Padang Nanas, Kuala Terengganu . Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Sains Teknologi, Alam Sekitar, Teknoloji Hijau dan Air negeri, Dato’ Haji Ahmad Razif Abdul Rahman dan Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) Dato’ Haji Adzlan Mohd Dagang. Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Encik Kamaruddin Shamsuddin; Pengarah Perancang Bandar dan Desa Terengganu, Haji Mohd Anuar Maidin dan Pengurus Kanan Projek Daerah Baru Kuala Nerus, Haji Wan Harujan Sulaiman. Katanya, tapak pusat pentadbiran daerah ini tidak melibatkan pengambilan balik memandangkan ianya dirancang di atas tanah milik kerajaan kecuali untuk pembinaan dan pembesaran tiga laluan masuk ke pusat bandar yang melibatkan tanah milik. “Pembangunan pusat pentadbiran ini aan dilaksanakan secara bersepadu dengan pelaksanaan cadangan yang terkandung dalam pelan induk tebatan banjir dan sistem perparitan Baroh Tok Jiring untuk menangani masalah banjir,” katanya.
4
BIL:90 • 1-15 Oktober 2013
www.teganukita.blogspot.com
Sultan Terengganu titah jemaah jaga nama baik negara Patuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi supaya segala urusan dapat dipermudahkan dan berjalan lancar Oleh ESAH ABDULLAH esahukom@yahoo.com
S
ultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat menyempurnakan majlis Pelepasan Jemaah Haji ke Tanah Suci Mekah musim 1434H/2013M penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) Kuala Terengganu ke Jedah, di Dewan Baiduri, Hotel Tabung Haji, Gong Badak baru-baru ini. Turut berkenan berangkat Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah. Menyambut keberangkatan Sultan dan Sultanah Terengganu, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji
Ahmad Said dan isteri To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Mohd Zubir Embong. Kenamaan lain yang hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah dan Ahli-ahli Dewan Pangkuan DiRaja dan Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri. Sultan Terengganu bertitah agar bakal-bakal haji dapat menjaga nama baik negara serta tidak mahu jemaah dari negara ini terpengaruh dan terikut-ikut terhadap pergolakan yang sedang berlaku di negara Timur Tengah. “Tindakan seumpama itu boleh menjejaskan nama baik negara dan juga hubungan baik antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi.
Dana RM137 juta perkasa usahawan Terengganu
K
erajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu memperuntukkan dana hampir RM137 juta untuk melaksanakan pelan tindakan strategi lima tahun pembangunan keusahawanan bagi memperkasakan usahawan di negeri ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Haji Che Razali Adis berkata, mengikut strategi lima tahun (2013-2017) itu, lima teras diberi tumpuan termasuk meningkatkan akses kepada dana usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), meningkatkan pasaran, menambah jaringan komuniti dan budaya keusahawanan serta menambah akses kepada infrastruktur. “Daripada jumlah tersebut, sejumlah RM55.5 juta disediakan untuk meningkatkan akses kepada dana usahawan PKS yang melibatkan 2390 usahawan, RM35.5 juta untuk meningkatkan pasaran (3370 usahawan) dan RM16 juta pula untuk menambah nilai aktiviti dan daya saing PKS. “Program meningkatkan jaringan komuniti dan budaya keusahawanan pula diperuntukkan RM2.6 juta dan melibatkan 11,200 usahawan manakala RM13.4 juta pula bagi menambah akses kepada infrastruktur yang melibatkan 73 premis,” ujarnya.
Sultan dan Sultanah Terengganu berkenan meraikan jemaah haji di Dewan Baiduri, Hotel Tabung Haji, Gong Badak, sebelum berlepas ke Tanah Suci Mekah menerusi penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu.
Ikuti segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi supaya segala urusan dapat dipermudahkan dan berjalan lancar,” titah baginda. Sultan Terengganu juga menyeru agar bakal-bakal haji sentiasa mengingati Allah swt dan banyak bersabar terhadap apa juga dugaan yang bakal dihadapi. Titah baginda, setiap umat Islam yang menunaikan haji pasti mengharapkan dapat menunaikannya
dengan sempurna dan dikurniakan haji yang mabrur. “Haji yang sempurna memerlukan pengorbanan dari segi tenaga, masa, wang dan perasaan. Ibadah haji juga menuntut pergorbanan seperti perpisahan dengan keluarga, sahabat handai, harta kekayaan, kampung halaman serta menahan kemahuan nafsu semasa dalam ihram. “Pengorbanan jitu itu bermula dengan persiapan jemaah dari segi
mental, fizikal dan spiritual yang perlu berada pada tahap terbaik dan para jemaah hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri dan sekeliling agar tidak menjejaskan kesihatan,” titah baginda. Sultan Terengganu juga melahirkan rasa bersyukur kerana tahun ini jemaah haji dari Wilayah Pantai Timur khususnya rakyat negeri ini dapat menggunakan kompleks haji yang berfungsi sebagai ‘one stop centre’ sebelum berlepas.
Sektor perladangan kelapa sawit penyumbang utama pendapatan keseluruhan syarikat dari ms-1
Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata TISB telah mencatatkan prestasi memberangsangkan dengan keuntungan bersih selepas cukai berjumlah RM25.65 juta mengatasi keuntungan bersih selepas cukai tahun sebelumnya iaitu RM23.78 juta. “Peningkatan sebanyak RM1.87 juta berbanding keuntungan yang diperolehi pada 2011 dan mencatat rekod di mana jumlah itu adalah yang tertinggi sejak penubuhan TISB pada 2006,” katanya kepada pemberita di majlis Penyerahan Dividen kepada agensi kerajaan di Wisma Darul Iman, baru-baru ini. Katanya, keuntungan terkumpul TISB adalah membanggakan
“Kejayaan yang
diperolehi ini adalah hasil strategi portpolio pelaburan dan perbelanjaan berhemah serta usaha berterusan pasukan pengurusannya.”
dengan peningkatan sebanyak 20 peratus berbanding 2011 iaitu RM25.65 juta kepada RM68.50 juta. “Unjuran keuntungan syarikat bagi tahun kewangan 2013 pula dijangkakan sekitar RM41.14 juta,” katanya. Menurutnya, sektor perladangan kelapa sawit merupakan penyumbang utama pendapatan keseluruhan syarikat, diikuti
Majlis penyerahan dividen kepada Perbadanan Menteri Besar Terengganu.
sektor minyak dan gas dan selebihnya adalah lain-lain sektor. “Kejayaan yang diperolehi ini adalah hasil strategi portpolio pelaburan dan perbelanjaan berhemah serta usaha berterusan pasukan pengurusannya,” katanya.
Katanya, pembayaran dividen ini adalah berdasarkan daripada keuntungan bersih selepas cukai tahun lalu dan pengagihan dividen adalah mengikut bilangan unit saham biasa dan saham keutamaan boleh tebus bukan kumulatif yang dimiliki oleh agensi kerajaan terbabit.
BIL:90 • 1-15 Oktober 2013
www.teganukita.blogspot.com
Kerajaan Pusat salur RM17.1 juta laksana 162 projek PBT di Terengganu Oleh ESAH ABDULLAH esahukom@yahoo.com
Memberi keutamaan kepada projek yang menyentuh hati rakyat
K
erajaan Pusat memperuntukkan RM17.1 juta untuk melaksanakan 163 projek di tujuh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Terengganu. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’Abdul Rahman Dahlan berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM5.3 juta disediakan untuk melaksanakan projek-projek kecil dan RM5 juta lagi untuk melaksanakan projek-projek kampung tradisional. “Manakala selebihnya untuk melaksanakan projek khas (RM2.1), projek nasional strategik (RM1 juta), orang kelainan upaya (OKU) (RM410,000), keselamatan jalan (RM100,000) projek cerun (RM190,000) dan projek khas di Besut (RM1.5 juta). “Saya berterima kasih di atas komitmen semua PBT di
Dato’ Abdul Rahman Dahlan (kiri) berbual dengan Pihak Berkuasa Tempatan dari seluruh daerah di Terengganu.
negeri ini menyiapkan semua projek yang diluluskan untuk faedah dan manafat secara langsung kepada rakyat,” katanya. Beliau berkata demikian di Majlis Perjumpaan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KKBPKT) bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Terengganu di Dewan Konvensyen, Wisma Darul Iman, baru-baru ini. Turut hadir, Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said;
Timbalan Ketua Setiausaha KKBPKT, Dato’ Noriah Hashim; Ketua Pengarah KKBPKT Datin Maziah Adnan dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Dato’ Haji Adzlan Mohd Dagang. Katanya, KKPBKT memberi keutamaan kepada projek-projek yang menyentuh hati rakyat bagi memastikan ia dibangunan untuk memberi keselesaan kepada masyarakat setempat. Bukan itu sahaja katanya,
tahun ini semua PBT di negeri ini turut menerima sumbangan lain daripada Kerajaan Persekutuan bagi membantu operasi dan pengurusan PBT. “Ini termasuklah geran tahunan berjumlah RM25.3 juta dan kedua sumbangan membantu kadar berjumlah RM4.71 juta,” katanya. Beliau yakin PBT dapat mengunakan sebaik-baiknya peruntukan yang disalurkan ini terutama untuk meningkatkan keupayaan PBT untuk menghasilkan sistem pencapaian yang cekap dan amanah.
Beri impak positif kepada pelajar dari ms-1
Katanya, manakala, sebanyak 23,194 murid tahun lima turut menerima sumbangan itu melibatkan peruntukan RM21.9 juta, seramai 22,117 murid tahun empat mendapat e-Book dengan peruntukan RM20.9 juta pada tahun lalu. “Bagi tahun ini, sebanyak 21,596 murid tahun empat menerima e-Book yang melibatkan jumlah peruntukan kira-kira RM20.5 juta,” katanya. YB Ghazali turut menangkis
dakwaan pihak pembangkang kononnya pemberian e-Book yang membabitkan kos besar tidak memberi impak positif kepada para pelajar. Sebaliknya, jelas beliau, sejak kemudahan itu diperkenalkan pada 2009 lalu selain penambahbaikan yang dilakukan kerajaan, ia mampu meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dalam peperiksaan terutama Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Terengganu. Pada masa sama, katanya, usaha kerajaan mewujudkan
Pemberian e-Book membabitkan kos besar memberi impak positif kepada pelajar.
program kelas maya dengan menjadikan Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Bunga sebagai sekolah perintis juga berupaya melonjakkan kedudukan sekolah berkenaan dalam senarai sekolah terbaik. “Sejak dijadikan sekolah
perintis dalam projek kelas maya, SK Paya Bunga memperoleh Gred Purata Sekolah yang terbaik di mana sebelum ini berada pada kedudukan 4,000 dalam senarai kebangsaan, kini melonjak ke tangga 620,” katanya.
5
Lapan tokoh tersohor khat bakal kongsi ilmu di TIIAF 2013
L
apan tokoh tersohor khat dari seluruh dunia bakal berkongsi ilmu dan pengalaman serta memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai ilmu kaligrafi di Festival Kesenian Islam Antarabangsa Terengganu 2013 (TIIAF 2013), di Hassan Celibi antara tokoh khat Taman Tamandyang dijemput ke TIIAF 2013 un Islam (TTI) selama tiga hari bermula 15 November depan. Pengerusi Jawatankuasa Kerja TIIAF 2013, Datuk Zubir Embong berkata, empat tokoh khat tersohor dari Turki iaitu Hasan Vhelebi, Dawood Bektas, Mumtaz Durdu, Efdaluddin Kilik telah menyatakan persetujuan untuk menjadi juri bagi pertandingan seni khat sempena festival berkenaan. “Adnan Sheikh Osman dari Syiria, Ziyad Al-Muhandis (Iraq) serta Shereen Abd El Sabeer (Mesir) turut bersetuju menjadi juri. “Selain itu, Dr. Halit Eren selaku ketua Pengarah, Research Center for Islamic History, Art and Cuture (IRCICA) Istanbul, Turki juga akan hadir ke festival itu nanti,” ujarnya. Beliau berkata demikian pada sidang media bersempena ‘Terengganu International Islamic Arts Festival’ (TIIAF 2013) di Restoran B’Benteng, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Katanya, TIIAF 2013 akan menampilkan pertandingan seni khat untuk peringkat antarabangsa dan kebangsaan yang akan disertai oleh penggiat kaligrafi yang berpengalaman dan pakar kaligrafi dari dalam dan luar negara. “Pertandingan di peringkat kebangsaan diadakan dalam beberapa kategori seperti kanvas, kayu dan logam. Bersempena dengan festival tersebut juga, seminar dan bengkel akan diadakan dan bakal dikendali serta dipimpin oleh penulis khat terkenal dunia,” ujarnya. Tambah beliau, bermula tahun ini, diadakan juga batikhat iaitu corak batik yang bermotifkan khat bagi melengkapkan festival ini untuk menggambarkan kepelbagaian produk berasaskan kaligrafi. Katanya, bersempena dengan TIIAF 2013 juga, TTI turut menganjurkan ekspo produk berasaskan pakaian, hasil seni, makanan, pertunjukan batik, serta acara sukan rakyat untuk penduduk tempatan. “Pada sebelah malam pula, persembahan muzikhat akan dipersembahkan kepada pengunjung dan forum bicara agama oleh tokoh agama yang dipilih,” katanya.
6
BIL:90 • 1-15 Oktober 2013
www.teganukita.blogspot.com
ULASAN
PENGARANG
BIDUK BERLALU KIAMBANG BERTAUT
U
mno sedang melalui proses pemilihan pemimpin di semua peringkat dan kali ini ia lebih demokratik kerana ahli di peringkat akar umbi diberi peranan untuk memilih pimpinan tertinggi. Pemilihan dan pertandingan dalam parti sewajarnya dilihat sebagai dalam keluarga. Kepada pihak yang menang, jalankanlah tugas dan amanah dengan penuh tanggungajawab. Usahakanlah supaya perpaduan dapat dipertahankan dan jangan pinggirkan pihak yang tewas, kerana seperti kata Tun Dr.Mahathir, ‘yang menang tidak menang semua, yang kalah tidak kalah semua,”. Kepada yang tewas, janganlah berputus-asa, banyak cara dan pendekatan lain boleh dilakukan lagi untuk khidmat kepada parti. Kadang-kadang apa yang kita fikirkan baik untuk kita, sebenarnya adalah sebaliknya dan apa yang kita fikirkan buruk untuk kita juga adalah sebaliknya, kerana Allah Maha Mengetahui segala. Perjuangan masih panjang. Perjuangan masih belum selesai. Marilahlah kita eratkan kerjasama, biduk lalu kiambang bertaut. Kita adalah suatu keluarga besar, ibarat dalam sebuah injin semua bahagian kecil dan besar adalah penting dan berguna. Bersedialah dari sekarang untuk empat lima tahun akan datang bagi menghadapi perjuangan yang sebenar iaitu Pilihanraya Umum (PRU) ke 14. Pastikan kedudukan Umno dan BN terus kukuh dan terpelihara demi masa depan agama, bangsa dan negara tercinta.
- Ruslan Abdul Rahman
Sidang Redaksi YAB DATO’ SERI HAJI AHMAD SAID MENTERI BESAR TERENGGANU
YB DATO’ HAJI MOHD JIDIN SHAFEE
PENGERUSI JAWATANKUASA PELANCONGAN, PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN
Penaung
HAJI SHAMSUDDIN SULONG PENGARAH UNIT KOMUNIKASI Penasihat
KAMARUDDIN MAT AKIB MEDIA BARU Penolong Pengarang 1
RUSLAN ABDUL RAHMAN
TIMB. PENGARAH UNIT KOMUNIKASI Pengarang
AIDA ABD RAHMAN AKHBAR TEGANUKITA Penolong Pengarang 2
ESAH ABDULLAH SURIATI ALI NORAINI JUSOH HJ MOHAMAD ISHAK (BESUT) AMINUDDIN ISMAIL (SETIU) AMIRULLAH OTHMAN (MARANG) MASTURA JAMALUDDIN (H.TERENGGANU) NURUL AZIELLA SABERI (KEMAMAN) Wartawan ZULKIPLI PUTRA HARISH FADZILLAH Jurufoto *HAK CIPTA TERPELIHARA - Akhbar Teganukita diterbitkan oleh UNIT KOMUNIKASI NEGERI TERENGGANU JALAN PEJABAT, 20300 KUALA TERENGGANU TERENGGANU DARUL IMAN Tel: 09 6230582 / 09 6313502 Fax: 09 6317504 Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diemailkan ke: ukom@terengganu.gov.my / ukomtrg123@gmail.com
ANALISIS
Taman Bio-Polimer Terengganu akan beroperasi Mei 2014 Bukan sahaja mampu menarik pelabur ke Terengganu malah menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat OLEH: RUSLAN ABDUL RAHMAN langtelipot@yahoo.com
K
ilang Bioteknologi di Kertih yang pertama di dunia bagi penghasilan metionina atau mudahnya difahami sebagai asid amino yang merupakan bahan penting dalam pembuatan makanan haiwan, dijangka akan memulakan operasi pada bulan Mei tahun depan. Dengan permulaan operasi di Taman Biopolimer Kertih, bermakna langkah menjadikan Terengganu sebagai pelopor loji bio-metionina yang pertama seumpamanya di dunia menjadi kenyataan. Kilang pertama seumpamanya di dunia itu bagi penghasilan asid amino (untuk makanan haiwan ternakan) melalui bioteknologi bakal membolehkan Arkema anak syarikat Total untuk kimia, mengukuhkan kehadirannya di Malaysia. Kompleks ini juga merupakan mercu tanda penting yang akan menggunakan bahan mentah selulosa untuk menghasilkan produk-produk bio-derivatif seperti karbohidrat lanjutan, bio-kimia, bio-baja dan ramuan suapan aktif. Kilang itu adalah pelaburan bersama Arkema dari sebuah syarikat Kimia dari Perancis yang terkenal dengan Cheil Jedang dari Korea.
Cheil Jedang merupakan peneraju dunia dalam industri bioteknologi dengan inovasi penapaian dan penulenan, di mana ia juga merupakan pengeluar utama produk-produk berasaskan penapaian dengan operasi perniagaan di enam benua. Manakala Arkema pula merupakan syarikat kimia global dan pengeluar bahan kimia khusus yang terkemuka dari Perancis, dengan operasi di lebih daripada 40 buah negara. Sebenarnya teknologi bio bukan baru dalam masyarakat kita seperti membuat tapai, roti dan sebagainya sebagainya, tetapi apabila pergi ke peringkat pemprosesan yang lebih tinggi kita merasakan bagai terasing. Jangkaan operasi kira-kira 11 bulan lagi disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif NSE Resources Corporation Sdh.Bhd., Azhar Anuar. NSE Corporation adalah syarikat pembekal kepada CJ dan Akema dalam pembangunan kilang dan loji berkenaan. Boiler wap yang dibina itu boleh menampung 180 tan sejam yang terbesar setakat ini berbanding bolier sedemikian di negara Eropah iaitu Copenhagen, New York hanyalah 144 tan sahaja sejam. Loji biotek itu antaranya mengandungi Boiler Wap sebanyak 11 unit, Boiler Wap Biomass 3 unit, drum wap 3 unit, blower 4 unit, pengering, pelembut dan pelbagai peralatan teknologi biotek lagi. Di samping itu kemudahan bangunan pentadbiran, makmal, bengkel penyelenggaraan, kawasan penyimpanan cip kayu, menara pendingin, jambatan timbang dan sebagainya turut diadakan dan sedang dalam
penyiapan pembinaan. Ketua Pengarah Terengganu Inc. , Dato’ Haji Wan Ahamad Wan Muda melahirkan penghargaan bagi pihak kerajaan negeri di atas kelancaran pembangunan loji biotek bertaraf dunia itu, malah pertama seumpamanya di dunia. Ia selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd.Najib Tun Razak dan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said yang mahu melihat kejayaan pembangunan kilang bioteknologi dengan pelaburan RM2 billion oleh gabungan syarikat terkenal dari Prancis dan Korea itu. Beliau berharap, bekalan bahan tumbuhan untuk diproses seperti pokok petai belalang ,acacia dan cip kayu yang lain mencukupi untuk menampung operasi kilang biotek itu serta membuka bidang baru penanaman dan pembekalan bahan perladangan untuk kegunaan loji biotek itu. Inilah sumber inovasi dan penemuan baru ekonomi yang dilakukan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan pusat untuk rakyat negeri Terengganu. Pastinya Terengganu akan menjadi terkemuka sebagai pengeluar asid amino terbesar dunia melalui proses biomass di mana sumber mentahnya banyak terdapat di mana mana di negeri ini. Sesungguhnya Terengganu kian maju dengan berbagai teknologi baru. Sehubungan dengan itu amat perlu masyarakat mendekatkan diri dengan perkembangan baru ini agar tidak ketinggalan. Bersiap sedialah dengan penerokaan ke arah bidang baru ini, semoga kita sama-sama mendapat manfaat darinya.
BIL:90 • 1-15 Oktober 2013
www.teganukita.blogspot.com
7
WAKAF RAKYAT
Kejayaan TDM Berhad, anak syarikat kerajaan negeri “membantu TDM akan lebih aktif masyarakat
OLEH: RUSLAN ABDUL RAHMAN langtelipot@yahoo.com
T
dalam pelbagai aspek kebajikan dan sosial bagi menjamin kesejahteraan rakyat Terengganu terpelihara.’’
DM Berhad, syarikat kerajaan negeri Terengganu yang terkemuka akan terus memberi tumpuan kepada dua bidang iaitu perladangan kelapa sawit dan perkhidmatan kesihatan-perubatan atau perkhidmatan hospital. Industri perladangan dengan kepelbagaian aktiviti hiliran akan diberi keutamaan, di samping memberi tumpuan kepada amalan mampan, penambahan aset dan kilang. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Badrul Hisham Mahari berkata, matlamatnya ialah agar tercapai sasaran 100 000 hektar ladang kelapa sawit menjelang tahun 2022.
“
TDM Berhad adalah di antara 16 syarikat yang berada di bawah Terengganu Inc. dan tersenarai di BSKL.’’ Manakala dalam bidang kesihatan , TDM berhasrat mahu menjadi pembekal perkhidmatan kesihatan atau khidmat hospta; nombor satu di Pantai Timur. TDM adalah di antara 16 syarikat yang berada di bawah Terengganu Inc dan tersenarai di BSKL. Strategi TDM adalah melakukan perkara-perkara yang berbeza atau melakukan perkara yang sama dengan cara yang berbeza dengan pesaing dan memberi fokus kepada apa yang kita mahu dan mengorbankan yang lain yang bukan menjadi fokus kita. “Kami mewujudkan perbezaan yang tidak boleh ditiru oleh pesaing kami, kedudukan sumber, kedudukan produk pasaran, kedudukan inovasi kita cukup diberi perhatian,” katanya menjelaskan rahsia bagaimana TDM boleh mencapai kejayaan dan kecemerlangan.
TDM Berhad memperkenalkan teknik baru memunggut kelapa sawit menggunakan galah bermesin
Katanya, TDM kini banyak pencapaiannya berbanding pada tahun 2004 dan sebelumnya. “Sebelum 2004, TDM adalah sebuah konglomerat mini tetapi setelah melalui kejayaan pengurusan kewangan dan selepas pemulihan, TDM hari ini adalah sebuah syarikat yang sangat fokus yang begitu
baik rekod prestasi kewangannya’’ katanya. Bagaimana punTDM Berhad disarankan supaya memikirkan cara-cara bagaimana hendak melibatkan tenaga tempatan, termasuk generasi belia untuk menceburi bidang perladangan bagi semua tahap pekerjaan dari peringkat pegawai sehinggalah kepada pekerja biasa.
Ketua Pegawai Esekutif Terengganu Incorporated Sdn. Bhd., Dato’ Haji Wan Ahamad Wan Muda berkata, suatu plan perancangan amat perlu untuk memastikan tidak selamanya kita bergantung kepada tenaga kerja asing. Suatu masa dulu penglibatan tenaga belia tempatan dalam sektor ini amat ketara melalui pendekatan program belia pelopor negara. Difahamkan di Malaysia sehingga ini seramai lebih kurang 300,000 pekerja asing bekerja dalam sektor perladangan kelapa sawit. TDM akan lebih aktif lagi membantu masyarakat dalam pelbagai aspek kebajikan dan sosial selaras dengan pendekatan syarikat syarikat kerajaan negeri bagi kebajikan dan kesejahteraan rakyat Terengganu terpelihara. Bantuan kepada pihak sekolah, komuniti setempat, pembangunan bola sepak negeri dan sebagainya adalah di antara peranan yang dimainkan oleh TDM Berhad dalam pembangunan dan kebajikan. Ini bertepatan dengan konsep ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ yang diperkenalkan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said. Pencapaian TDM Berhad yang sungguh cemerlang, yang merupakan di antara penyumbang penting kepada pencapaian syarikat-syarikat kerajaan. Tahniah dan syabas kepada TDM yang kini sudah pun berusia lebih 40 tahun, tetapi dapat meningkatkan kemajuan dan kecemerlangan.
8
renc
BIL:90 • 1-15 Oktober 2013
www.teganukita.blogspot.com
Peserta Walk4Malaysia b
Cara tersendiri Mat Noor melunaskan naz
S
Oleh NORAINI JUSOH
ukomtrg123@gmail.com
elepas 13 hari berjalan kaki sejauh lebih 600 kilometer tanpa menghiraukan hujan dan panas serta pelbagai cabaran lain, akhirnya peserta Program Walk For Malaysia (Walk4Malaysia) yang diketuai Mohd Noor Mat, berjaya ‘menawan’ Putrajaya. Ketibaan Mat Noor yang kini sudah melunaskan nazarnya untuk berjalan kaki dari Kuala Besut ke Putrajaya jika Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Kecil Kuala Besut (PRK) baru-baru ini, disambut Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ M Saravanan di perkarangan pejabat Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya pada 4 Oktober lalu.
Hadir sama menyam Walk4Malaysia ialah Yan dangan Negeri, Haji Mo Majlis Mesyuarat Keraja Mamat dan YB Nawi M ketua jabatan serta pem Peserta Walk4Malays untuk berjalan kaki dar hingga ke Putrajaya pa dan singgah di lebih dari menamatkan perjalana Mereka diberi samb lokasi yang dirancang bagi memberi peluang memberi sokongan kepa Mat Noor telah berna
cana
9
BIL:90 • 1-15 Oktober 2013
www.teganukita.blogspot.com
berjaya tawan Putrajaya
zarnya berjalan kaki sejauh 600 kilometer
ukomtrg123@gmail.com
dari Kuala Besut ke Putrajaya jika BN menang PRK Kuala Besut dan kerajaan negeri membantu beliau merealisasikan nazar tersebut dengan cara mengadakan Program Walk4Malaysia. Di sepanjang perjalanan ke Putrajaya beliau diberi sokongan moral apabila atlet Majlis Sukan Negeri (MSN) turut berjalan kaki menemaninya sepanjang misi tersebut. Program ini telah mendapat pujian Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak kerana ia melambangkan kegigihan dan semangat waja rakyat Malaysia. Sebelum ini, kakitangan Yayasan Islam Besut itu pernah mencipta sejarah selepas berjaya menamatkan misi berjalan kaki dari Jertih-Kemaman sejauh 260 kilometer pada tahun 2000.
FOTO: HARISH FADZILLAH dan MOHD YAHYA MUDA
mbut ketibaan peserta ng Dipertua Dewan Unohd Zuber Embong; Ahli aan Negeri, YB Haji Rozi Mohamad dan beberapa mimpin Umno. sia memulakan cabaran ri Dataran Kuala Besut ada 22 September lalu ipada 10 lokasi sebelum an. butan meriah di setiap di negeri Terengganu g penduduk tempatan ada program berkenaan. azar untuk berjalan kaki
10
BIL:90 • 1-15 Oktober 2013
www.teganukita.blogspot.com
SEKITAR SIDANG DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU Laporan : Kamrudin Mat Akib, Aida Abd Rahman, Esah Abdullah dan Suriati Ali. - Gambar oleh Zulkipli Putra
Rang undang-undang rumah tumpangan dipinda dan diwartakan untuk keselesaan rakyat Peraturan rumah tumpangan terlalu banyak kelemahannya yang perlu diperbetulkan dalam perkara ini mengikut perkembangan semasa
S
idang Dewan Undangan Negeri, baru-baru ini meluluskan Pindaan Rang Undang-undang Enakmen Rumah Tumpangan dan perkara-perkara berkaitan dengannya bermula fasa satu hingga 45. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said ketika diminta mengulas mengenai perkara berkenaan berkata, yang digunapakai sekarang adalah Rang Undang-undang 1948 yang melibatkan rumah tumpangan. “Kita sekarang berada pada alaf baru dan undang-undang ini dipinda adalah untuk keselesaan keselamatan dan keupayaan kepada pengusaha dan juga kepada penginap rumah tumpangan,” katanya kepada pemberita di Persidangan
Dewan Undangan Negeri . Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, dalam peraturan rumah tumpangan terlalu banyak kelemahannya yang perlu diperbetulkan dalam perkara ini mengikut perkembangan semasa. Menurutnya, ketika ini terlalu banyak perlanggaran syarat yang dilakukan oleh pengusaha-pengusaha yang meletakkan status rumah mereka kepada homestay sedangkan sebenarnya rumah tumpangan. “Konsep Homestay ialah orang yang datang itu tinggal bersama tuan rumah dengan menyewa bilik dan makan minum apa yang dimasak oleh tuan rumah, tetapi apa yang banyak berlaku hari ini ialah rumah tumpangan yang mana tuan rumah tidak menginap bersama di situ,” katanya. Menurutnya, perkara ini telah ditegur oleh pihak Kementerian Pelancongan kerana kesalahan meletakkan status berkenaan dan selepas ini semua pemilik homestay perlu berdaftar dan perlu mendapat kelulusan daripada kementerian. “Homestay adalah rumah tumpangan yang berdaftar dengan
Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu berjalan lancar dengan meluluskan Pindaan Undang-undang Enakmen Rumah Tumpangan dan perkara-perkara berkaitan dengannya bermula fasa satu hingga 45, baru-baru ini.
Program Homestay Malaysia di bawah Kementerian Pelancongan dan bukan sewenang-wenangnya buat rumah kemudian tulis ‘homestay’,” katanya. Katanya, homestay dan rumah
tumpangan merupakan dua perkara berbeza dan ia telah mendapat teguran daripada kementerian baru-baru ini kerana di negeri ini paling banyak berlaku penyalahgunaan nama homestay .
Beliau berkata, setelah mendapat kelulusan Sidang DUN, Rang Undang-undang berkenaan akan diwartakan dan akan diletak di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk tujuan penguatkuasaan.
LPT 2 siap akhir tahun depan – Ir Rosli
Makan bersama ketika sesi rehat Sidang DUN
Sebahagian LPT 2 menguhubungkan Gemuroh-Bukit Besi, Dungun sudah dibuka kepada pengguna.
Tanpa mengira fahaman politik, wakil ketua kerajaan (BN), Dato’ Seri Haji Ahmad Said mengambil kesempatan berseloroh dengan ketua pembangkang (Pas), Wahid Endut, ketika Sidang Dewan Undangan Negeri berhenti rehat, baru-baru ini.
P
engerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pengangkutan Negeri, YB Ir Rosli Othman memberitahu persidangan DUN bahawa semua 16 pakej fasa 2 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT
2) dijangka siap keseluruhan selewat-lewatnya akhir tahun depan. Katanya sehingga kini, sembilan dari 16 pakej LPT 2 telah siap dan kerajaan mengetahui rakyat pantai timur meletakkan harapan lebuh
raya itu siap dengan kadar segera. “Projek itu terbahagi kepada 16 pakej sepanjang 184 kilometer (km) iaitu 15 pakej dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang ditawarkan secara tender terbuka konvensional dan satu pakej lagi secara rundingan terus,” katanya yang menjawab soalan Azan Ismail (Pas-Bandar). Katanya, untuk makluman, perbelanjaan LPT itu membabitkan kos RM 2.63 bilion yang ditanggung kerajaan pusat melalui dana khas. “Kita meminta pihak Lembaga Lebuh Malaysia dan JKR supaya mana-mana pakej (jajaran) yang berjaya disiapkan dan bersambung itu dibuka kepada orang ramai tanpa perlu menunggu siap sepenuhnya,” katanya.
BIL:90 • 1-15 Oktober 2013
www.teganukita.blogspot.com
Tengku Zaihan tekad beri sepenuh komitmen Bersedia mengikut apa sahaja kehendak pucuk pemimpin parti kerana matlamatnya ingin bekerja untuk rakyat
A
Tengku Zaihan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, baru-baru ini.
hli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, berazam memberi komitmen terbaik bagi membawa suara rakyat pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini, untuk bersama-sama meneruskan khidmat cemerlang Barisan Nasional (BN) khususnya di DUN Kuala Besut. Katanya, dia bersyukur ke hadrat Ilahi dan tidak lupa kepada pengundi kawasan Kuala Besut yang mempercayai dan memberi mandat besar kepadanya untuk membuat perubahan. “Saya mahu menunaikan hajat pemimpin BN supaya membantu
menyelesaikan masalah penduduk tempatan dan membangunkan kawasan Kuala Besut. “Pada masa sama, bersedia mengikut apa sahaja kehendak pucuk pimpinan parti kerana matlamatnya ingin bekerja untuk rakyat. “Agenda dan usaha dilakukan arwah,Dr A Rahman Mokhtar yang masih belum selesai akan diteruskan, antaranya mendalamkan muara Kuala Besut, masalah penempatan penduduk serta meneruskan pelaksanaan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kuala Besut,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang DUN, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. “Saya turut merancang untuk meningkatkan ekonomi dan menambah peluang pekerjaan di kalangan penduduk terutama yang bergantung kepada rezeki laut dan tanaman,” katanya. Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, 24 Julai lalu, calon BN Tengku Zaihan berjaya menewaskan calon Pas, Endot@ Azlan Yusof dengan majoriti 2,592 undi. Kemenangan Tengku Zaihan itu sekaligus BN mengekalkan mengekalkan kedudukan 17 kerusi manakala PR (15 kerusi) sebagaimana kedudukan asal selepas PRU13 lalu.
Kerajaan giat tangani jangkitan kencing tikus
K
erajaan negeri giat mengatur pelbagai inisiatif bagi mencegah jangkitan Leptospirosis (kencing tikus) di seluruh Terengganu termasuk memberi tumpuan di Kemaman dan Besut berikutan dua daerah itu merekod kes yang tinggi sejak kebelakangan ini. Usaha pencegahan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) termasuk bergotong royong di kawasan berisiko, mengedarkan risalah dan menganjurkan kempen kesedaran bagi mengelak jangkitan penyakit yang boleh menyebabkan kematian itu. Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman (BN-Seberang Takir) berkata sebanyak 161 kes dengan sembilan kematian pada 2011, 126 kes dengan lima kematian (2012) dan 91 kes dan tiga kematian sehingga 31 Ogos tahun ini akibat penyakit itu. “Setakat ini, kes berkenaan banyak berlaku di dua daerah, iaitu Besut dan Hulu Terengganu pada 2011, tetapi tahun ini, setakat hari ini banyak berlaku di Kemaman dan Besut. “Banyak langkah dilaksanakan oleh JKNT termasuk mengadakan kempen, mengeluarkan pamplet dan menasihatkan orang ramai berhati-hati ketika mengunjungi kawasan rekreasi yang berair, seperti sungai kolam atau paya yang persekitarannya kurang bersih, kerana kita mendapati punca jangkitan penyakit ini asasnya adalah air, selain makanan dan minuman,” katanya ketika menjawab soalan dikemukakan Dr Haji Alias Razak (Pas-Bukit Tunggal), di Persidangan DUN, baru-baru ini
Pembangunan mapan di seluruh daerah – Ahmad
K
erajaan negeri akan memastikan pembangunan semula bandar di setiap daerah seluruh Terengganu dalam tempoh lima tahun akan datang mampu memenuhi tuntutan semasa dan sesuai dengan kehendak masyarakat di masa kini. Dato’ Seri Haji Ahmad Said (BN-Kijal), menjelaskan bahawa sudah menjadi hasrat kerajaan melaksanakan perancangan serta pembangunan menyeluruh dengan menyiapkan segala kemudahan yang bersesuaian dengan peredaran semasa. “Sebagai contoh bandar Kuala Terengganu, iaitu pilihan rancangan kawasan khas yang melibatkan pembangunan semula Ladang Sahak, Batas Baru, Gong Kapas, tapak Ibu Pejabat Polis Daerah lama, Ladang Tanjung, Kuala Terenganu City Centre (KTCC), serta pembangunan semula Chabang Tiga, Pusat Komersial Gong Badak dan Kampung Tiong. “Ini yang dilakukan dan kita melihat bahawa pembangunan Kampung Ladang sudah dimulakan dengan
Pembangunan Kampung Ladang sudah dimulakan dengan pembinaan rumah kediaman serta pengambilan balik tanah.
pembinaan rumah-rumah kediaman serta pengambilan balik tanah sudah pun dilakukan.Insya-Allah tidak lama lagi pembinaan kedai khususnya untuk golongan Bumiputera akan dimulakan,” katanya ketika mengulas soalan lisan dikemukakan YB Muhammad Pehimi Yusof (Jertih-BN), di persidangan DUN, baru-baru ini. Dato’ Seri Haji Ahmad yang
juga Menteri Besar berkata, projek KTCC melibatkan kerja-kerja pembinaan sebuah kompleks beli belah termasuk hotel dan ruang niaga seluas 900, 000 kaki persegi akan dimulakan tidak lama lagi. “Begitu juga dengan pembinaan ‘drawbridge’ yang akan menghubungkan Kuala Terengganu bahagian selatan dengan Seberang Takir bahagian utara akan ditender pada bulan
11
Oktober ini. “Manakala kerja pembinaan Pejabat Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dijangka dimulakan Oktober ini. Di samping pembinaan lain termasuk pembangunan semula kawasan Pasar Chabang Tiga dan juga perancangan pembangunan Ladang Tok Pelam, Tanjung, Ladang Sahak dan sebagainya,” katanya. Sementara bagi pembangunan
daerah baru Kuala Nerus yang melibatkan kawasan Kuala Terengganu utara. kerja-kerja permulaan yang melibatkan kerja-kerja awal pembinaan jalan masuk, sistem perparitan serta kerja tanah bagi membangunkan tapak pusat pentadbiran Kuala Nerus juga sudah bermula. Manakala, di daerah Besut, kerajaan merancang untuk menyusun semula Pekan Jertih termasuk membina ‘Jertih Souq’, stesen bas dan teksi serta kemudahan lain seperti perkedaian secara berperingkat. “Daerah Hulu Terengganu, Kuala Berang akan dibina mini kompleks sukan, begitu juga dengan penyusunan semula Pekan Ajil. “Kerajaan juga merancang pekan Sura Gate sebagai pusat komersial dan juga pusat pentadbiran baru bagi daerah Dungun. Manakala Bandar Al-Muktafi Billah Shah, kerja-kerja pembangunan yang melibatkan `Rural Transformation Centre’ (RTC) akan dilaksanakan tidak lama lagi,” katanya. Katanya, kerajaan negeri juga merancang membina bandar baru pada masa hadapan termasuk Pembangunan Bandar Baru Bukit Besar (Kuala Terengganu) yang mana sudah melaksanakan pengambilan balik tanah penduduk di kawasan terlibat.
12
BIL:90 • 1-15 Oktober 2013
www.teganukita.blogspot.com
renc
cana
BIL:90 • 1-15 Oktober 2013
www.teganukita.blogspot.com
13
Bot Berhias warnai Sambutan Ulang Tahun Yang Ke-51 Hari Keputeraan Sultan Terengganu ot berhias yang menonjolkan keindahan dan keunikan Tasik Kenyir, milik Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) muncul johan Pertandingan Bot Berhias 2013, di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Kemenangan itu membolehkan Ketengah menggondol RM25,000, manakala tempat kedua Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan ketiga Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), masing-masing menerima wang tunai RM15,000 dan RM10,000. Sementara tempat keempat dan kelima menjadi milik Pejabat Daerah Dungun serta Pejabat Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dengan masing-masing membawa pulang RM7,000. Pertandingan sempena Sambutan Ulang Tahun
Yang Ke-51 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu bertemakan `Daulat Tuanku, Tahun Melawat Terengganu 2013’ disertai 12 bot dari pejabat daerah serta lima jabatan serta agensi kerajaan. Terdahulu, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan bertitah dan merasmikan pertandingan serta menyampaikan hadiah kemenangan kepada pemenang. Baginda diiringi Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah. Turut hadir, Yang Berhormat Mulia Engku Kelana DiRaja dan To’ Puan Sharifah Sahalat; Setiausaha Dewan Pangkuan DiRaja, Datuk Wan Ahmad Fauzi Wan Husain serta Datin Sharifah Zarinatasha Jamalullail. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee.
zulfoto2008@gmail.com
aida_ukom@yahoo.com
Foto: ZULKIPLI PUTRA
B
Oleh AIDA ABD RAHMAN
14
BIL:90 • 1-15 Oktober 2013
www.teganukita.blogspot.com
Program menarik di PSKT sempena Bulan Astronomi
Kafa perlu lalui pelan rancangan yang dikemaskini dan tersusun Memacu kejayaan yang lebih cemerlang dalam pendidikan agama
PSKT memberi informasi tentang perkembangan sains dan teknologi kepada masyakarat.
P
usat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) menganjurkan Bulan Astronomi PSKT bermula September hingga Disember ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Ahmad Farhan Abdul Wahab berkata, pelbagai aktiviti dan program menarik diadakan sepanjang empat bulan program berlangsung. “Sebagai sebuah pusat pembelajaran dan kreativiti terunggul di pantai Timur, PSKT bertanggungjawab dalam memberikan informasi yang terbaik kepada masyarakat terutamanya tentang perkembangan sains dan teknologi. “Antara aktiviti diadakan sepanjang program berlangsung seperti bengkel sains astronomi, sembang santai bersama ahli falak, tayangan perdana dan pelbagai lagi acara menarik yang lain,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Astronomi PSKT yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Sains dan Teknologi, Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Tenaga dan Air Terengganu, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman di TTC, baru-baru ini. Katanya, semua lapisan masyarakat terutamanya golongan pelajar dialu-alukan berkunjung ke PSKT bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan astronomi pada kali ini.
Perkasa mahu tarik belia sertai Umno
P
erkasa mahu menarik seberapa ramai golongan belia menyertai Umno bagi mengukuhkan parti itu dan Barisan Nasional (BN) sebagai persiapan awal menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14). Ketua Penerangan Perkasa Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar, berkata pihaknya terpanggil untuk berbuat demikian lebih awal bagi memastikan golongan belia tidak ditarik menyertai pembangkang. “Lebih baik golongan muda ini ditarik menjadi ahli Umno lebih awal dan didedahkan dengan pelbagai program yang boleh menarik minat mereka menyokong kerajaan supaya mereka tidak terpengaruh untuk memihak kepada pembangkang,”katanya.
Oleh SURIATI ALI
aliasuriati@yahoo.com
S
istem pendidikan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) akan lebih berfungsi, jika pihak berkaitan melaksanakannya dengan lebih cekap dan berkesan melalui pelan perancangan yang dikemaskini dan tersusun, kata Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Dato’ Haji Othman Mustapha. Beliau berkata, strategi itu mampu membantu menjana dan mempercepatkan proses pembangunan negara berter-
DATO’ othman
askan pembinaan modal insan yang bersepadu dari segi pembangunan jasmani, emosi dan intektual. Katanya sebaliknya pula, kegagalan kita melaksanakan program itu dengan lebih cekap dan berkesan akan membantutkan segala usaha untuk memacu kejayaan lebih cemerlang dalam pendidikan agama peringkat
rendah di negara ini. “Pendidikan Islam dilihat memainkan peranan utama untuk melahirkan guna tenaga manusia yang bukan saja berpengetahuan, mahir dalam pelbagai bidang. “Justeru kecemerlangan dan kemajuan negara ini lazimnya mempunyai kaitan antara pemantapan sistem pendidikan dengan perancangan pembangunan negara yang sedang dilaksanakan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika membacakan tek ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom pada Majlis Ijtimak Penyelia-penyelia Kafa peringkat Kebangsaan, di Permai Hotel, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran,
Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-tugas Khas, Yb Ghazali Taib dan Pengarah Yayasan Islam Terengganu, Md. Kamaru Al-Amin Ismail. Lebih 300 penyelia Kafa dari seluruh Malaysia menyertai program dua hari dan berakhir hari ini. Pelbagai pengisian dimuatkan, termasuk, motivasi dan ceramah hala tuju serta memperkasakan sistem pendidkan Islam. Dato’ Haji Othman turut memberitahu, tugas mendidik anak-anak bukan perkara mudah. Ia merupakan satu tugas yang amat mencabar emosi, fikikal dan intelektual ibu bapa. “Kepesatan dan kecanggihan alatan teknologi komunikasi menjadikan anak-anak kita begitu terdedah dengan pelbagai bentuk pengaruh persekitaran mereka,” katanya.
TATiUC lahir 3,000 graduan berkualiti
K
olej Universiti Tati (TATiUC) berjaya melahirkan lebih 3,000 graduan berkualiti tinggi di mana mampu memenuhi kehendak pasaran kerjaya di pelbagai jabatan dan industri terkemuka negara ini. Rektornya, Dr Zunaidi Ibrahim, berkata bilangan itu dicatatkan sejak 20 tahun penubuhan Tatiuc, dan apa yang membanggakan kebanyakan graduan kini memperoleh pendapatan bulanan antara RM 2,000 hingga RM 7,000. Katanya, berdasarkan kajian jumlah pelajar yang menamatkan pengajian setiap tahun lebih 60 peratus berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian. “Kerjasama antara TATiUC dengan pihak industri turut dijalankan untuk menjana kecemerlangan dalam aspek pengajaran. “Pendekatan tersebut membolehkan pelbagai maklumat mengenai keperluan graduan dapat dikenalpasti untuk diterjemahkan kepada pengajaran dan pembelajaran,” katanya. Beliau berkata demikian
TATiUC ke hadapan dengan menlahirkan graduan berkualiti setiap tahun.
Kluster penyelidikan diwujudkan dalam usaha memartabatkan TATiUC sebagai sebuah universiti penyelidikan bertaraf dunia DR JUNAIDI
pada Majlis Malam Mesra Me- Hadir sama meraikan peldia yang anjuran TATiUC di bagai agensi media, Pengerusi Prinzpark, Kuala Terengganu Lembaga Pengurusan TATiUC baru-baru ini. yang juga Ahli Dewan Undan-
gan Negeri(Adun) YB Haji Bazlan Abd Rahman. Dr Junaidi turut memberitahu jasa dan peranan media banyak membantu dalam menaikkan nama TATiUC. “Justeru itu melalui majlis itu kami menghargai jasa dan sumbangan wartawan dalam mempromosikan TATiUC kepada masyarakat luar supaya lebih terkenal di persada antarabangsa,” katanya. Beliau berkata kluster penyelidikan diwujudkan selaras dengan hasrat universiti untuk mempertingkatkan aktiviti penyelidikan dalam usaha untuk memartabatkan TATiUC sebagai sebuah universiti penyelidikan bertaraf dunia. “Ia mampu menjadi platform kepada para penyelidik TATiUC untuk bergiat lebih aktif dalam bidang penyelidikan. “Selain itu, ia bertujuan untuk menggalakkan penerokaan idea, konsep dan teori baru dan seterusnya akan menjadi pemangkin kepada penemuan baru, perkembangan ilmu dan penciptaan yang inovatif dan terkini” katanya.
BIL:90 • 1-15 Oktober 2013
www.teganukita.blogspot.com
KBS perkenal sistem penarafan lima bintang – Khairy Pertubuhan Belia (ROY) harus menyediakan maklumat tahunan, program, struktur dan organisasi yang jelas adalah syarat untuk penarafan
15
Lafaz ikrar 2,252 pelajar baru sesi akademik 2013/2014 UMT
S
eramai 2,252 pelajar baru bagi sesi akademik 2013/2014 Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melafazkan ikrar sempena Minggu Jalinan Mesra pelajar baharu yang berlangsung di Dewan Sultan Mizan UMT, baru-baru ini. Lafaz ikrar tersebut diadakan di hadapan Naib Canselor UMT, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo.
Oleh AIDA ABD RAHMAN aida_ukom@yahoo.com
K
ementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memperkenalkan sistem penarafan lima bintang secara talian bermula April depan, dalam usaha memastikan persatuan belia yang aktif dapat menikmati lebih banyak manfaat dari kerajaan. Menterinya, YB Khairy Jamaluddin, berkata sistem penarafan itu memerlukan persatuan mematuhi perlembagaan yang digariskan Pertubuhan Belia (ROY), selain harus menyediakan maklumat tahunan, program, struktur dan organisasi yang jelas. “KBS akan memastikan, yang pertama, dia mematuhi perlembagaan (ROY) itu sendiri, kedua menghantar laporan dan maklumat kepada ROY setiap tahun dan ada persatuan belia yang tidak hantar, jadi itu sebahagian daripada penafaran. “Lepas itu aktiviti, kita kena pastikan mereka menjalankan
Dana Pendidikan Mara bantu belia
P
engerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-Tugas Khas negeri YB Ghazali Taib berkata penubuhan Dana Pendidikan Mara berjumlah RM1 bilion diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini memberi manfaat besar kepada golongan
Khairy Jamaluddin beramah mesra dengan belia yang hadir pada majlis ramah mesra Menteri Belia Dan Sukan Malaysia di Dewan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
aktiviti dan program dengan berkesan, jadi itu semua akan menjadi kriteria atau syarat untuk penafaran,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Bersama pemimpin Belia danMasyarakat, di Dewan Besar Kompleks belia dan Sukan Negeri Terengganu, Pasir Panjang, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, YB Mohd Mahdi Musa, Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu, Encik Zaidi Muda dan Pengerusi Belia 4B Malaysia Terengganu, YB Mohd Iskandar Jaafar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi. Turut hadir, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri,
Encik Saiful Bahri Baharuddin. Pada majlis itu, YB Khairy turut menyampaikan sumbangan dana kementerian sebanyak RM260,000 kepada 660 persatuan belia di seluruh Terengganu. “Kita akan melaksanakannya bermula April, mungkin dalam tempoh masa setahun, kita buat penarafan dan boleh tengok yang mana kita boleh beri peruntukan tambahan berdasarkan kepada prestasi, sebab apabila kita sudah buat sistem penarafan lima bintang ini, yang mana dapat lima empat bintang, dia akan kata apa kelebihan dapat empat lima bintang, mesti lah dapat sesuatu, jadi saya rasa itu permintaan yang adil. “Jadi kita di peringkat KBS kita kan menentukan
dasar lima empat bintanng apa yang mereka akan dapat, sudah pasti dari segi dana melaksanakan program itu yang dmereka minta, jadi kita kena tetapkan dan itu belum lagi kita putuskan,” katanya. Selain itu, beliau berkata, pegawai belia di setiap daerah akan menghubungi mana-mana persatuan belia yang dikenalpasti tidak aktif bagi mendapatkan maklum balas berkaitan masalah yang dihadapi mereka. Katanya, KBS masih boleh berunding dan membantu mana-mana persatuian yang tidak aktif akibat masalah teknikal berbanding persatuan yang sudah tidak berminat dan gagal aktif walaupun sudah membuat pemilihan semula dan mendapat kepimpinan baru.
belia di negara ini. Antara lain katanya, dana berkenaan bagi membiayai keperluan program latihan, pendidikan, keusahawanan, penyelidikan dan pembangunan serta inovasi. “Melalui dana tersebut dapat menyediakan program-program kemahiran khusus bagi golongan remaja yang rendah pencapaian akademik dan tahap kemahiran bagi menyediakan peluang kedua kepada mereka untuk memperolehi pekerjaan,”
katanya. Menurutnya, 90 peratus mereka yang mendalami bidang kemahiran, mendapat peluang pekerjaan lebih cerah berbanding mereka yang mempunyai bidang akademik semata-mata. “Golongan ini juga mampu mendapat pendapatan lumayan dalam bidang pembinaan, teknikal, telekomunikasi dan pelbagai lagi,” katanya Katanya, peruntukan tambahan yang diberikan kepada
GiatMara bagi memperoleh peralatan berteknologi terkini untuk mengendalikan program latihan serta pertambahan program latihan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) mampu membuka ruang lebih luas kepada golongan belia. Tambahnya, melalui dana tersebut dapat mengatasi masalah kebolehpasaran, bersesuaian dengan keperluan industri terutama untuk golongan graduan Bumiputera menganggur.
DR IBRAHIM KOMOO
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Noor Azhar Mohamed Shazili, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Anuar Hassan, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Mohd Effendy Abd Wahid serta Pendaftar UMT, Mohd Nor Shokri Abdul Rahman. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo berkata, ikrar yang dilafazkan merupakan akuan penerimaan penuntut sebagai sebahagian daripada warga UMT. “Semasa Minggu Jalinan Mesra pelajar baharu, mereka didedahkan mengenai kehidupan sebagai seorang mahasiswa di universiti. “Justeru, majlis ikrar tersebut sebagai aku janji para pelajar untuk mengikuti peraturan yang ada sebaik mungkin dan mengambil peluang belajar secara maksimum yang boleh semasa berada di UMT,” ujarnya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Ikrar Pelajar sempena Minggu Jalinan Mesra Pelajar Baru UMT, baru-baru ini. Katanya, pada sesi kemasukan kali ini, UMT menawarkan sebanyak 2,600 tempat dan 2,252 pelajar menerimanya termasuk 3 pelajar dari luar negara iaitu seorang dari Morocco dan Thailand (2). “Sehingga majlis ikrar berlangsung, terdapat lebih kurang 348 pelajar yang masih belum mendaftar dan kemungkinan mereka akan datang mengisi tempat tersebut dalam masa terdekat,” ujarnya.
Sukan TEGANUKITA
TERKINI • CEPAT • TEPAT
http://www.teganukita.blogspot.com • http://www.terengganu.gov.my
Diterbitkan sejak tahun 2008
Anak tempatan latih Pasukan Penyu musim depan
KBS syor SOP untuk pelumba basikal
P
Ekoran kemalangan maut membabitkan seorang pelumba basikal remaja Terengganu, 2 Oktober lalu Oleh AIDA ABD RAHMAN aida_ukom@yahoo.com
K
ementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengesyorkan satu Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk
pelumba basikal negara selepas mendapat laporan penuh berhubung kemalangan maut membabitkan seorang pelumba remaja Terengganu, 2 Oktober lalu. Menterinya, YB Khairy
Jamaluddin berkata pihaknya masih menunggu laporan penuh daripada pihak persatuan sama ada berlaku kecuaian atau sebaliknya dalam insiden yang meragut nyawa pelumba pelapis kebangsaan itu.
MB terharu kehilangan permata pelapis berbasikal
M
enteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said meminta Majlis Sukan Negara (MSN) meningkatkan aspek keselamatan atlet berbasikal terutamanya ketika latihan bagi mengelakkan tragedi kemalangan maut yang menimpa seorang atlet pelapis negeri itu terus berulang. “Pihak kami sedih kerana perkara sama masih berlaku dan pihak berkaitan perlu meningkatkan aspek keselamatan terhadap pelumba ketika latihan bagi menjamin keselamatan mereka,” katanya yang ditemui ketika melawat
keluarga mangsa Mohd Asmui Ali, 19, Kuala Ibai, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar kepada sukan berbasikal negara kerana Asmui adalah seorang pelatih yang sangat berbakat. “Saya juga difahamkan beliau bakal mewakili Terengganu
dalam sukan berbasikal pada Sukan Malaysia (SUKMA) pada tahun hadapan,” katanya. Dato’ Seri Haji Ahmad Said ketika menziarahi keluarga mangsa di Kuala Ibai, baru-baru ini.
Bil: 90 • 1-15 Oktober 2013 • Percuma
“Saya tidak mahu mendahului siasatan...biar kita tunggu hasil siasatan sebelum membuat apa-apa rumusan,” katanya ketika menziarahi keluarga pelumba pelapis kebangsaan Mohd Asmui Ali @ Awang, 20, di rumah keluarga arwah, di Kampung Kuala Ibai, baru-baru ini. Sementara itu, ALLAHYARHAM MOHD ASMUI Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, YB Haji Rozi Mamat, berkata kerajaan negeri akan mewujudkan jawatankuasa khas bagi menyiasat dan mengkaji kemalangan membabitkan atlet lumba basikal. Dalam kejadian itu, insiden dipercayai berlaku semasa mangsa mahu mengambil air daripada van pengiring sebelum gagal mengawal basikal dan terjatuh sebelum dilanggar oleh van yang sama, di KM71, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan.
ersatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) memberi kepercayaan kepada anak tempatan untuk melatih pasukan ‘Penyu” musim depan dalam membentuk pasukan yang lebih mantap dan mampu membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala. Haji Abdul Rahman Ibrahim diumumkan sebagai ketua jurulatih pasukan Terengganu yang baru menggantikan E Elevarasan. PengumuABDUL RAHMAN man tersebut dilakukan Presiden PBSNT, Dato’ Wan Ahmad Nizam Abdul Hamid dalam satu majlis di pejabat PBSNT, baru-baru ini. Beliau akan mengumumkan senarai lengkap nama pemain Terengganu 2014 dalam majlis berasingan dalam tempoh terdekat. Bagi musim baru yang bermula awal tahun depan, PBSNT melantik Mohamad Nik sebagai Penolong Jurulatih manakala Jurulatih Penjaga Gol ialah Zubir Ibrahim.
Kejohanan Silat Kebangsaan Ke-17
S
ebanyak 15 pasukan bakal berentap untuk merebut juara keseluruhan Kejohanan Silat Kebangsaan Ke-17 Piala YAB Perdana Menteri 2013. Kejohanan yang berlangsung lima hari menyaksikan pertembungan sengit bekas juara empat tahun berturut-turut, Pahang dan tempat ketiga tahun lalu yang disandang pasukan tuan rumah, Terengganu.
Dicetak Oleh: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Tel: 09-666 8611, 666 6652, 666 8601. Faks: 09-666 0611, 666 0063 email:spyit@tm.net.my