PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2013 ( 2 - 7 DISEMBER 2013 ) DI PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA
ISSN 2180-4737
http://www.teganukita.blogspot.com • http://www.terengganu.gov.my
Diterbitkan sejak tahun 2008
Bil: 91 • November 2013 • Percuma
“Saya amat bersyukur” Terengganu 12 kali menduduki carta pertama UPSR seluruh negeri enteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said mengucapkan tahniah kepada semua pelajar cemerlang, ibu bapa, guru-guru, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu serta semua pihak yang bertanggungjawab memastikan Terengganu terus unggul dalam UPSR yang diumumkan baru-baru ini.
M
BERITA PENUH ms–2
Kembar cemerlang UPSR Pasangan kembar, Nur Atilah dan Nur Atirah Nordin dari Sekolah Kebangsaan Pelagat, Jertih, Besut, Terengganu gembira sambil menunjukkan keputusan 5A dalam UPSR kepada ibunya, Hasliza Abdul Ghani. - Gambar oleh Mohammad Ishak.
GANDINGAN MANTAP Dato’ Seri Haji Ahmad Said (kiri) kekal sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, manakala Dato’ Jailani Johari (kanan) sebagai timbalan pengerusi. - Ikuti laporan khas oleh Ruslan Abdul Rahman, Aida Abd Rahman dan Suriati Ali di muka surat 4 & 5
Bersikap terbuka dan ambil cakna maklum balas rakyat
S
etiausaha Kerajaan Negeri menyeru semua penjawat awam supaya bersikap terbuka ketika menerima maklum balas rakyat sebagai usaha memperbaiki dan menambah baik kualiti sektor berkenaan selaras dengan transformasi perkhidmatan awam. “Selain turun padang, semua pegawai dan kakitangan awam juga harus mengamalkan budaya musyawarah bersama pelanggan, fokus dan responsif dalam usaha DATO’ Mazlan NGAH mencapai sesuatu yang lebih baik. “Pada masa yang sama, kita perlu mengukuhkan aspek insaniah dan kekitaan supaya kerjasama yang terjalin mampu mengukuhkan silaturahim dan ukhwah bagi melancarkan lagi tugas dan tanggungjawab,” kata beliau ketika berucap sempena Perhimpunan Bulanan Wisma Darul Iman (WDI), di Dewan Besar WDI, Kuala Terengganu, baru-baru ini.
BERITA PENUH ms–3
Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu
JOM KE TERENGGANU...
Negeri Cantik, Budaya Menarik, Orangnya Baik-Baik
2
BIL:91 • November 2013
www.teganukita.blogspot.com
di dalam web
UPSR: Terengganu terus lakar sejarah Ke arah sasaran 20% calon UPSR mencapai semua A di bawah Program 201052
JAGA KEBERSIHAN PERLU BERMULA SEAWAL USIA Melalui usaha dan pendekatan itu secara langsung mampu mendidik kanak-kanak mengamalkan cara hidup sihat bermula dari rumah dan seterusnya bijak menjaga persekitaran negeri supaya lebih terurus. www.teganukita.blogspot.com
Pelajar Sekolah Kebangsaan Paya Bunga, Kuala Terengganu, meraikan kejayaan memperolehi 5A dalam UPSR . - Gambar oleh Zulkipli Putra Oleh NORAINI JUSOH ukomtrg123@gmail.com
PESERTA SEMINAR LAWAT SETIU WETLAND
Seramai kira-kira 150 peserta termasuk Jawatankuasa seminar menyertai lawatan ke kawasan ternakan ikan dalam sangkar, meneropong burung di Kampung Gong Batu dan hutan paya bakau, Setiu, selepas mereka menamatkan kursus di Hotel Primula, baru-baru ini. www.teganukita.blogspot.com
PTNT KENAL PASTI PENINJU SUKMA TAHUN DEPAN
Persatuan Tinju Negeri Terengganu (PTNT) mengenal pasti enam peninju untuk mewakili Terengganu di Sukma Perlis tahun depan. Setiausaha PTNT, Encik Rosli Zakaria berkata tiga daripada peninju itu pernah mewakili Terengganu pada Sukma Pahang 2012 manakala tiga lagi adalah muka baharu. www.teganukita.blogspot.com
Lagi berita : Layari...
T
erengganu terus melakar sejarah dalam bidang pendidikan apabila merekodkan keputusan terbaik dan berjaya menduduki carta pertama dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi seluruh negeri yang diumumkan serentak, baru-baru ini. Menteri Besar, Dato Seri Haji Ahmad Said berkata, pencapaian calon cemerlang yang mendapat semua A turut meningkat sebanyak 0.78 peratus, iaitu daripada 13.22 peratus pada tahun lalu kepada 14.00 peratus pada kali ini. “Saya bersyukur kepada Allah s.w.t kerana tahun ini merupakan kali ke-12 Terengganu menduduki carta pertama dalam UPSR. “Tahun lepas kita agak malang sedikit kerana keputusan UPSR merosot dan jatuh nombor dua, tetapi alhamdulillah berkat kesungguhan pelajar dan kerjasama semua pihak kita berjaya kembali menduduki carta terbaik,” ujarnya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Mesra Menteri Besar Bersama PIBG Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail, kemaman, baru-baru ini. Katanya, kerajaan negeri mengadakan banyak program untuk melihat anak-anak Terengganu kekal cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan peringkat yang lebih tinggi termasuk mengadakan kelas tuisyen, kursus motivasi dan
sebagainya. “Setiap tahun lebih RM300 juta kerajaan negeri peruntukan perbelanjaan untuk bidang pendidikan di negeri ini dan Terengganu merupakan antara negeri yang paling tinggi memperuntukan bajet untuk tujuan tersebut,” ujarnya. Pelajar SK Pagar Besi yang mendapat 5A bergambar kenangan bersama Katanya, secara YB Bazlan Abdul Rahman dan guru. peribadi beliau masih lagi belum berpuas hati dengan pen- target yang kita harapkan,” ujarnya. capaian UPSR pada kali ini walaupun Walau bagaimanapun, beliau menmasih ada dua kali peperiksaan UPSR gucapkan tahniah kepada semua pelajar cemerlang, ibu bapa, guru-guru, sebelum dimansuhkan. “Di bawah program 201052, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu kerajaan negeri mensasarkan 20 peratus serta semua pihak yang bertanggungcalon UPSR mencapai semua A. Tetapi jawab memastikan Terengganu terus tahun ini 14 peratus sahaja. Walaupun mengungguli keputusan UPSR antara terbaik tetapi masih belum mencapai seluruh negeri pada kali ini.
Murid SMK Calok Model Khas dengan keputusan UPSR masing-masing. - Gambar oleh Aminuddin Ismail.
BIL:91 • November 2013
www.teganukita.blogspot.com
3
Pemotong rumput mahu anak mengubah nasib hidup Ingin melihat anaknya berjaya dalam pelajaran seterusnya menempuh hidup yang lebih cemerlang Oleh AIDA ABD RAHMAN aida_ukom@yahoo.com
“S
aya tekad untuk memastikan anakanak tidak mewarisi kemiskinan hidup akibat tiada pelajaran seperti saya. “Kelulusan akademik yang baik dan cemerlang amat penting untuk mengubah nasib hidup seseorang serta mendapat pekerjaan yang baik, malah perkara itu juga yang selalu saya ingatkan kepada semua anak-anak,” kata Encik Kamarul Zaman Mohd Saud, 43, yang ditemui selepas menemani dua anaknya di Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Exxonmobil 2013, di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Dua anak Kamarul Zaman, Mohd Amirul Iskandar, 13, dari Sekolah Menengah Mak Lagam, dan Mohd Haiqal Azreen, 11, dari Sekolah Kebangsaan Seri Gelugor, terpilih antara 264 pelajar yang cemerlang dari keluarga berpendapatan rendah seluruh Terengganu yang menerima pembiayaan RM184,800 menerusi Tabung Amanah Pelajaran dan Biasiswa ExxonMobil (EMESF) 2013.
Kamarul Zaman dari Perumahan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Darat Kolam, Kertih bersyukur kerana kedua-dua anaknya terpilih memenangi anugerah tahunan anjuran ExxonMobil pada kali ini, sekaligus menyifatkan pengiktirafan itu sebagai membuka jalan untuk mereka berusaha lebih gigih serta mencipta lebih banyak kejayaan. Beliau yang hanya bekerja sebagai pemotong rumput dengan pendapatan RM1,000 sebulan termasuk elaun, tidak pernah menyesali suratan kehidupan yang dilalui kini, sebaliknya menjadikan kekurangan sebagai perangsang dan keinsafan untuk memastikan kesemua anaknya berjaya dalam hidup. “Saya langsung tidak bersekolah, manakala isteri, Wan Zalia Wan Mohamed, 35, pun hanya belajar hingga Tingkatan Tiga. Bagaimanapun, kami sentiasa memberi perangsang kepada enam anak yang berusia dua setengah tahun hingga 14 tahun ini supaya memberi tumpuan dan rajin belajar, selain patuh pada suruhan agama. “Saya tidak mampu menyediakan kemewahan harta dan wang ringgit, tetapi dengan tulang empat kerat ini saya bekerja dan berusaha menyediakan segala keperluan kami anak-beranak terutamanya untuk pelajaran mereka mengikut kemampuan saya,” katanya. Anak sulung pasangan itu turut memperolehi 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dua
Adik Mohd Amitul Iskandar dan Mohd Haiqal Azreen yang memperolehi pembiayaan pelajran menerusi Tabung Amanah Pelajran dan Biasiswa ExxonMobil 2013 bersama ibu bapanya.
tahun lalu dan kini bersekolah di Kolej Ilmu Permodalan Nasional Berhad, Nilai. Hadiah disampaikan Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Haji Mohd Zubir Embong. Daripada 264 pelajar, 120 daripadanya Tahun Empat hingga Enam menerima RM600 seorang, diikuti 72 pelajar Tingkatan Satu hingga Tiga (RM700), manakala pelajar Tingkatan Empat dan Lima (RM800) dan 24 pelajar Tingkatan Enam (RM1,000).
Klinik Oftalmologi KTS mula beroperasi
H
ospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) melancarkan perkhidmatan baru, Klinik Oftalmologi, bermula 10 November lalu. Ketua Pegawai Eksekutif KTS, Puan Zawiah Shariff, berkata perkhidmtan terbaru itu akan dikendalikan Dr Azhar Zainuddin sebagai pakar perunding pelawat hospital. “Klinik mata ini akan mengendalikan masalah penyakit mata dan gangguan yang lazim seperti mata merah, mata sakit, mata gatal, sindrom penglihatan komputer,jangkitan dan virus,” katanya dalam satu kenyataan kepada media, baru-baru ini. Puan Zawiah berkata, klinik ini akan dilengkapi dengan kemudahan laser dan peralatan terkini mikroskopik untuk kedua-dua
PUAN ZAWIAH
pemeriksaan dan pembedahan. Katanya, klinik berkenaan juga akan menyediakan perkhidmatan optometri seperti prosedur rawatan refraktif am dan lanjutan, prosedur penilaian penglihatan warna dan pengurusan untuk merawat sindrom mata kering.
Menurutnya, menerusi teknologi seni dan sokongan oleh pasukan paramedik yang terlatih dan jururawat, klinik mata KTS itu akan dapat melakukan pembedahan untuk merawat glaukoma dan katarak. “Perkhidmatan lain yang disediakan adalah prosedur lasik dengan tepat dan pembedahan okular -plastik untuk mewujudkan kelopak mata dua kali ganda dan membetulkan kelopak mata longgar. “Dengan pembukaan klinik ini, KTS kini berupaya memberikan perkhidmatan rawatan mata yang komprehensif kepada pesakit di Terengganu, khususnya di Kuala Terengganu,” katanya.
Dato’ Tuan Mamat menyampaikan anugerah bulanan cemerlang.
Kukuhkan sistem perkhidmatan awam dari ms-1
Hadir sama, Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Noorbahri Baharuddin; Pegawai Kewangan Negeri, Dato Haji Abdul Razak Ismail; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Dato’ Haji Mat Razali Kassim dan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri, Dato’ Tuan Mamat Tuan Ngah. Dato’ Haji Mazlan berkata, prinsip merakyatkan perkhidmatan awam sebagaimana saranan Ketua Setiausaha Negara, Dato’ Sri Dr Ali Hamsa itu juga menyarankan kerjasama strategik antara semua pihak sama ada kerajaan, swasta dan Badan Bukan Kerajaan bagi mengukuhkan sistem dan kecekapan perkhidmatan awam. Beliau juga yakin penjawat
awam di negeri ini akan menikmati faedah daripada penyusunan semula dan menaik taraf 81 Skim Perkhidmatan Awam sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak Kerjasama pada pembentangan Bajet strategik 2014, baru-baru antara ini. kerajaan, “Pekeliling swasta mengenainya dan NGO dijangka akan dikeluarkan pada bulan ini dan sama-sama kita semua menunggu skim yang mana akan terlibat,” katanya. Di majlis itu, seramai 15 kakitangan WDI menerima anugerah cemerlang bulanan bermula Julai hingga September tahun ini, yang disampaikan Dato’ Tuan Mamat.
4
BIL:91 • November 2013
www.teganukita.blogspot.com
Perhimpunan Agung pada 2 - 7 Disember
Masa untuk bekerja sebagai
SATU PASUKAN
P
engerusi Badan Perhubungan Umno, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, meminta pemimpin Umno di semua peringkat merapatkan hubungan sesama mereka dan melupakan segala perselisihan semasa kempen pemilihan parti, Oktober lalu. Sebaliknya, beliau meminta semua pemimpin yang diberi mandat memikul tugas mereka bekerja keras bagi memulihkan kekuatan parti dan memantapkan jentera sebagai persiapan awal menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). “Kita beri kebebasan kepada semua orang untuk bertanding semua jawatan yang mereka mahu...Kini sampai masa untuk mereka bekerja untuk parti,” katanya di Teluk kalong, Kemaman, baru-baru ini. Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, perwakilan dari seluruh negeri sudah pun membuat keputusan dan ia perlu dihormati oleh semua pihak. “Kita perlu muka baru dan muka lama dalam parti dan mereka yang dipilih perlu bekerjasama bagi menguatkan parti, terutama menjelang PRU14,” ujar beliau. Beliau berkata, dalam politik tidak ada istilah muka lama atau pun baharu, tetapi mereka semua adalah pemimpin yang diberi kepercayaan untuk menerajui bahagian masing-masing. “Itulah uniknya politik...Saya harap semua pihak memberi kerjasama kepada pemimpin
yang telah dipilih di peringkat bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri bagi menggerakkan semua program yang dirancang oleh Umno,” katanya. Daripada enam bahagian
Mesyuarat Kerajaan (Exco) iaitu Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman (Kuala Nerus), YB A Latiff Awang (Marang) dan YB Nawi Muhamad (Besut). Muka baharu lain yang turut diberi mandat menerajui bahagian ialah Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Kepada yang Jailani Johari (Hulu Terengganu); menang ia Dato’ Din Adam (Dungun) dan merupakan Dato’ Mohd Sabri Alwi (Kuala suatu amanah, Terengganu). tanggungjawab Dato’ Haji Ahmad yang juga Menteri Besar mengekalkan jawatan yang diberikan Ketua Umno Bahagian Kemaman untuk memastikan manakala Pengerusi Jawatankuasa Umno kuat di Pelancongan, Penerangan, Kosemua bahagian munikasi dan Kebudayaan, YB Dato’ Mohd Jidin Shafee kekal yang mendapat ketua baru, tiga sebagai Ketua Umno Bahagian daripadanya ialah Ahli Majlis Setiu.
Dato’ Seri Mohd Najib
P
erhimpunan Agung Umno 2013 akan diadakan bermula 2 hingga 7 Disember 2013, kata Presidennya, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak. “Tahun ini adalah tahun pertama perlembagaan baru Umno akan dikuatkuasakan, justeru kaedah pemilihan jawatan-jawatan dalam parti adalah berdasarkan kepada Perlembagaan baru,” katanya. Ujar beliau, pendaftaran calon bagi
semua jawatan sama ada di peringkat ahli MT, peringkat Bahagian dan peringkat pergerakan sayap-sayap telah diadakan pada 7 September lalu. Berikutan dengan itu, persidangan sayap pergerakan dan pemilihan serentak sayap pergerakan telah berlangsung pada 28 September lalu. “Melalui Perlembagan ini, ia akan jadikan Umno lebih demokratik dan lebih inklusif kerana jumlah yang memilih pimpinan tertinggi parti lebih besar jumlahnya iaitu dalam lingkungan 150,000 berbanding dengan sebelum ini,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato Onn, baru-baru ini. Jelas beliau yang juga Perdana Menteri Malaysia, penglibatan ahli yang lebih besar akan mencerminkan semangat dan hasrat kita untuk jadikan Umno lebih terbuka. “Dengan kedudukan berasaskan Perlembagaan baru, saya yakin ahli-ahli Umno akan dapat memilih pemimpin yang boleh meletakkan asas lebih kukuh dan dengan kepimpinan mereka itu juga boleh diterima oleh
Perwakilan leb DATO’ SERI HAJI AHMAD SAID (KEMAMAN)
DATO’ MOHD JIDIN SHAFEE (SETIU)
DATO’ HAJI AHMAD RAZIF (KUALA NERUS)
YB NAWI MOHAMAD (BESUT)
DATO’ JAILANI JOHARI (HULU TERENGGANU)
YB A. LATIFF AWANG (MARANG)
DATO’ MOHD SABRI ALWI (K. TERENGGANU)
DATO’ DIN ADAM (DUNGUN)
P tan sri muhyiddin yassin
erwakilan Umno diberi lebih kebebasan untuk membahas pelbagai usul termasuk ekonomi, pendidikan dan agama pada Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra dari 2 hingga 7 Disember ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata ini adalah bagi memastikan perwakilan dapat mengupas isu berkaitan usul dengan lebih meluas
“Hala tuju utama Umno Bahagian Kuala Terengganu adalah untuk memperkemaskan gerak kerja dan juga jentera parti bagi berdepan PRU14 tidak lama lagi. “Alhamdulillah, dengan mandat yang diberikan perwakilan, saya bersama jawatankuasa kepimpinan Umno Bahagian Kuala Terengganu beserta sayap Wanita, Pemuda dan Puteri akan berusaha untuk memenangi hati seluruh rakyat Kuala Terengganu supaya hasrat mengembalikan penguasaan BN dan Umno di Parlimen ini mampu direalisasikan pada PRU nanti.
“Ahli Umno Bahagian Marang diminta mengutamakan penyatuan dan kesetiaan bagi mengukuhkan lagi semangat perpaduan di kalangan ahli bagi menghadapi PRU14. “Saya pasti pewakilan mahu melihat Umno bahagian menjadi lebih stabil dan lebih tersusun serta melaksanakan visi dan misi khususnya yang pertama, perpaduan dalam Umno (Bahagian) Marang. “Kedua, merancang – ahli Umno, Puteri, Pemuda dan Wanita untuk sama-sama memperkasakan Umno Marang bermula sekarang dengan memperkemaskan parti di setiap peringkat,” katanya.
- Dato’ Mohd Sabri Alwi Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu
- YB A Latiff Awang Ketua Umno Bahagian Marang
BIL:91 • November 2013
www.teganukita.blogspot.com
Umno ini
Dato’ Seri Haji Ahmad Said kekal Pengerusi Umno Terengganu dan Dato’ Jailani Johari sebagai Timbalan Perlantikan secara rasmi diumumkan Presiden Umno merupakan kepercayaan tinggi terhadap kepimpinan Dato’ Seri Haji Ahmad Said
parti dan rakyat. Kita bukan saja mahu pemimpin yang berjaya dalam Umno tetapi yang penting adalah yang berjaya dalam pilihan raya nanti. “Kita harap Umno sebagai parti yang dapat diterima oleh rakyat jadi Umno mesti mengetengahkan pemimpin yang disenangi oleh rakyat. Proses pemilihan parti diharap dapat melontarkan mereka yang kesudahannya dapat mencerminkan imej yang positif dikalangan rakyat.” Dalam masa yang sama, beliau turut memaklumkan keputusan MT yang bersetuju dengan cadangan daripada Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah berhubung pengurusan pentadbiran Umno Bahagian Sungai Petani dan Umno Bahagian Padang Serai yang pentadbirannya dikembalikan sepenuhnya kepada pentadbiran Umno bahagian masing-masing. Najib turut memaklumkan berkaitan kedudukan keahlian Umno bermula 1 Januari hingga 22 Julai 2013 yang bertambah sebanyak 113,959 menjadikan jumlahnya keseluruhan ahli Umno adalah 3,441,946.
P
erlantikan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu (BPUNT) selepas proses pemilihan parti di semua peringkat merupakan suatu kepercayaan yang tinggi kepada pememimpinan beliau di Terengganu. Umno Terengganu mengucapkan terima kasih kepada Presiden Umno, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak yang telah membuat keputusan yang terbaik demi perpaduan dan kekuatan Umno di negeri ini tanpa dipengaruhi oleh khabar-khabar angin yang sengaja diwujudkan untuk mengurangkan keyakinan terhadap kepemimpinannya.
– MediaUMNO
Perlantikan itu amatlah dialu-alukan sebagai usaha untuk terus memperkukuhkan Umno di negeri ini kerana tidak semua Menteri Besar dilantik ke jawatan itu sebagaimana Perlis diketuai Presiden Umno ketika mengumumkan pelantikan Pengerusi, oleh Menteri Di Timbalan Pengerusi Badan Perhungan Umno Negeri yang baru. Jabatan Perdana mesyuarat Majli Menteri, Dato’ Seri Shahidan pengerusikan Umno, baru-baru ini. Kassim. Dato’ Seri Haji Ahmad Tertinggi Dato’ Seri Mohd Najib juga digandingkan pula dengan pen- berkata, juga mengambil datang baru iaitu Ketua Umno keputusanMT supaya semua menteri Bahagian Hulu Terengganu, besar dijemput untuk turut hadir Dato’ Jailani Johari yang juga dalam mesyuarat MT Timbalan Menteri Komunikasi mereka ada kuasa sebagai kerana menteri dan Multimedia. besar dan pengerusi perhubungan Sebelum ini Dato’ Seri Haji Idris amalan ini sudah berlaku Jusoh adalah Timbalan BPUNT negeri, ini. tetapi beliau kini hanya memi- sebelum Oleh itu perkiraan lih menjadi Naib Ketua Umno Dato’ Seri Hajibetullah Ahmad Said yang Bahagian Besut sahaja. Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib tidak bertanding untuk merebut Tun Razak mengumumkan sen- anggota MT kerana sudah menarai baru Pengerusi dan timbalan jangkakan akan dijemput sama pengerusi Badan Perhubungan dalam mesyuarat MT itu selaku Umno Negeri yang baharu da- Menteri Besar yang mewakili lam sidang media selepas mem- Umno/BN. Dato’ Seri Haji Ahmad
Dato’ seri haji ahmad said...kekal
Said mengucapkan terima kasih kepada Presiden Umno, Dato’ Seri Mohd Najib di atas kepercayaan berterusan yang diberikan kepadanya untuk terus memimpin Umno Terengganu, berganding dengan Dato’ Jailani Johari. Sementara itu, Dato’ Jailani ketika dihubungi mengesahkan perlantikan itu dan mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan di atas amanah dan kepercayaan diberikan. “Insya Allah saya akan jalankan tugas dengan sebaiknya,” katanya.
bih bebas bahas usul di Perhimpunan Agung UMNO 2013 – TPM dan mendalam. Katanya ia juga membuktikan Umno parti yang terbuka dan sering mengambil kira pandangan pelbagai pihak dalam usaha seriusnya untuk memperkasa parti dan negara. “Pada kebiasaannya, kita memberikan mereka panduan untuk menentukan perbahasan tidak lari daripada landasan biasa, tapi kali ini kita nak bagi mereka lebih kebebasan untuk mengemukakan idea sama
ada berkenaan dengan dasar parti atau pun dasar kerajaan,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Kongres Kelapa Sawit Antarabangsa 2013 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, Selasa. Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno berkata kebebasan berbahas juga boleh memberi gambaran kepada kepimpinan parti mengenai perasaan anggota berkaitan parti.
Namun, katanya apa yang lebih penting ialah usul yang dibahaskan adalah untuk kepentingan parti dan memberi manfaat kepada rakyat dan negara. “Mereka boleh menilai sejauh mana transformasi politik yang kita (Umno) sebutkan, sudah dapat kita laksanakan dan apakah hala tuju parti dan kerajaan kita untuk tempoh tahun mendatang,” katanya. Mengulas lanjut, beliau berkata
usul yang bakal dibahaskan pada perhimpunan agung parti disediakan oleh Naib Presiden Umno selaku Pengerusi Jawatankuasa Usul Perhimpunan Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein. Menurutnya setakat ini usul yang sudah dimaklumkan ialah ucapan dasar, ekonomi, agama serta pendidikan. Ditanya apakah yang akan dibangkitkan perwakilan pada per-
himpunan lima hari itu, Muhyiddin berkata cadangan penambahbaikan sistem pemilihan baharu yang dilaksanakan Umno baru-baru ini mungkin antara perkara yang bakal dibangkitkan. “Ini adalah perhimpunan pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-13, sudah tentu akan ada penilaian, maklum balas dan post mortem mengenai apa yang mereka rasa tentang pilihan raya itu,” katanya. - Sumber dari UMNO-online.
“Saya bersama-sama jentera parti berjanji melakukan perubahan menyeluruh dalam usaha mengembalikan kekuatan Umno pada PRU14 nanti. “Jadi tugas kita sekarang melakukan transformasi besar-besaran melibatkan Wanita, Pemuda serta jawatankuasa cawangan dan semua peringkat di Umno Bahagian Besut”, katanya. “Kita juga bersedia membuka lebih banyak ruang kepada ‘orang luar parti’ untuk sama-sama meneruskan perjuangan parti memandangkan Umno adalah sebuah parti untuk semua golongan.
“Perwakilan yang memilih pucuk pimpinan Umno bahagian kali ini sebulat suara menyatakan pendirian untuk melakukan perubahan. Saya selaku ketua akan memikul tanggungjawab itu dengan mengetepikan sebarang perselisihan yang boleh menjejaskan keharmonian parti dengan memperbaiki dan memperkukuhkan jentera “Pada masa sama, Umno Bahagian Dungun merancang strategi memikat kembali hati rakyat terutama golongan muda supaya turut bersama pemimpin merealisasikan agenda dan matlamat utama perjuangan parti keramat bangsa Melayu itu,” katanya.
- YB Nawi Mohammad Ketua Umno Bahagian Besut
- Dato’ Din Adam Ketua Umno Bahagian Dungun
5
6
BIL:91 • November 2013
www.teganukita.blogspot.com
ULASAN
PENGARANG
UTAMAKAN PERPADUAN DAN KERJASAMA – SIAP SEDIA UNTUK PRU 14
U
mno Terengganu sebagaimana di tempat lain juga telah selesai melalui proses pemilihan barisan kepemimpinan di semua peringkat, bahagian dan cawangan, termasuk di peringkat sayap - sayap wanita, pemuda dan puteri. Begitu juga yang terbaru, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, Menteri Besar yang juga Ketua Umno Bahagian Kemaman dikekalkan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu. Turut dilantik ialah Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu sebagai Timbalan Pengerusi. Sewajarnya kita melihat dan mentafsirkan perlantikan yang dibuat oleh Presiden Umno, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai langkah positif untuk memperkukuhkan parti di semua peringkat ke arah kemenangan yang berterusan. Bermula dari sekarang persiapan perlu dibuat untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Bersiap sedia awal adalah lebih baik. Sesungguhnya dalam apa jua perkara perpaduan dan kerja sepasukan adalah perkara utama untuk memulakan perjuangan hingga ke puncak kejayaan. Lupakan segala titik-bengit dan perkara-perkara yang tidak menguntungkan, sebaliknya tumpukan kepada usaha dan kerja yang positif. Marilah kita pastikan Umno, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan negeri di bawah BN ini terus diurus tadbir dengan cemerlang bagi kepentingan dan faedah rakyat yang telah memberi kepercayaan. Program dan pendekatan Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan (MPPNT) perlu terus diperkasakan di semua peringkat. Ingatlah, rakyat adalah penentu segala-galanya.
- Ruslan Abdul Rahman
Sidang Redaksi YAB DATO’ SERI HAJI AHMAD SAID MENTERI BESAR TERENGGANU
YB DATO’ HAJI MOHD JIDIN SHAFEE
PENGERUSI JAWATANKUASA PELANCONGAN, PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN
Penaung
HAJI SHAMSUDDIN SULONG PENGARAH UNIT KOMUNIKASI Penasihat
KAMARUDDIN MAT AKIB MEDIA BARU Penolong Pengarang 1
RUSLAN ABDUL RAHMAN
TIMB. PENGARAH UNIT KOMUNIKASI Pengarang
AIDA ABD RAHMAN AKHBAR TEGANUKITA Penolong Pengarang 2
ESAH ABDULLAH SURIATI ALI NORAINI JUSOH HJ MOHAMAD ISHAK (BESUT) AMINUDDIN ISMAIL (SETIU) AMIRULLAH OTHMAN (MARANG) MASTURA JAMALUDDIN (H.TERENGGANU) NURUL AZIELLA SABERI (KEMAMAN) Wartawan ZULKIPLI PUTRA HARISH FADZILLAH Jurufoto *HAK CIPTA TERPELIHARA - Akhbar Teganukita diterbitkan oleh UNIT KOMUNIKASI NEGERI TERENGGANU JALAN PEJABAT, 20300 KUALA TERENGGANU TERENGGANU DARUL IMAN Tel: 09 6230582 / 09 6313502 Fax: 09 6317504 Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diemailkan ke: ukom@terengganu.gov.my / ukomtrg123@gmail.com
OLEH: RUSLAN ABDUL RAHMAN
langtelipot@yahoo.com
ANALISIS
Tunaikan amanah, tanggungjawab
L
angkah Umno meminda PerSebelum pindaan Perlembagaan lembagaan empat tahun lalu Umno pada 2009, seseorang yang bagi membolehkan lebih ramai mahu bertanding jawatan tertinggi perwakilan memilih pemimpin parti perlu terlebih dahulu mendapat parti itu merupakan keputusan paling jumlah atau kuota sokongan tertentu tepat dalam usaha mentransforma- daripada 191 Bahagian Umno. sikan parti. Dan hanya perwakilan Bahagian Hasilnya sudah terlihat dan kalau yang terpilih sahaja mengundi untuk dibuat ‘postmortem’ atau bedahsia- memilih pemimpin tertinggi parti. sat sekalipun pasti didapati cara ini Pada Oktober lalu, perwakiolan lebih baik, kalau ada sedikit sebanyak Umno di peringkat akar umbi memikelemahan ia perlulah diperbaiki di lih pemimpin yang layak memegang masa akan datang. jawatan di peringkat Sambil menyi- Jangan sesekali bahagian hinggafatkan Umno kini lah ke peringkat sebagai parti yang menganggap jawatan Majlis Tertinggi, menjuarai demokrasi sayap dan naib itu sebagai jambatan terbuka, Perdana presiden. Menteri yang juga untuk habuan, kedudukan Kita semua Presiden Umno, Dato bersyukur keraSeri Mohd Najib atau jawatan, tetapi na Umno, parti keramat bangsa Tun Abdul Razak adalah satu amanah berkata, pemilihan Melayu telah berjaya parti kali ini amat yang perlu disempurmelaksanakan bersejarah kerana nakan dan akan amanah dan melibatkan lebih tanggungjawab ramai perwakilan dipertanggungjawabkan melakukan proses selain berjaya menarik kelak pemilihan bariminat masyarakat san kepimpinan di dalam serta luar negara. dengan baik dan sempurna. Bukan mudah untuk melakukan Ini adalah bukti transformasi politik transformasi yang melibatkan sejumlah yang dilaksanakan telah diterima baik besar perwakilan serta persediaan oleh ahli akar umbi Umno. logistik. Sebenarnya ini adalah kejayaan Dato’ Seri Mohd Najib berkata, ahli akar umbi Umno yang berjaya beliau sebenarnya bertekad men- membuktikan kematangan politik jadikan Umno sebagai sebuah parti yang tinggi. paling ke depan dalam proses meTransformasi ini telah memberikan negakkan demokrasi terbuka selain ahli akar umbi Umno ruang untuk dalam masa sama menjadi model bersuara, dan mereka telah menterkepada parti-parti lain. jemahkan suara mereka didalam Dalam pada itu, ditegaskan, bentuk pemilihan yang baru berlalu. Buat pertama kali dalam sejarah beliau mengambil ketetapan tidak mencampuri urusan pemilihan parti politik negara, barisan kepimpinan dan menyerahkan sepenuhnya kepada Umno dipilih secara langsung oleh jawatankuasa pemilihan parti untuk ahli akar umbi. Tiap ahli kini boleh berbangga membuat sebarang keputusan. Kuasa memilih pemimpin kepada selain pimpinan di peringkat Baha146,500 anggota di peringkat akar gian bahawa pemimpin mereka yang umbi adalah suatu yang menunjukkan duduk di Majlis Tertinggi Umno adalah pilihan ahli sendiri; lebih ramai ahli kekuatan demokrasi dalam parti. Transformasi yang dilakukan parti atau perwakilan ada saham dalam keramat orang Melayu itu bertujuan pemilihan yang baru berlalu. Sebenarnya tiada istilah menang untuk memperkasa anggota di peringkat akar umbi, justeru mereka atau kalah dalam pemilihan Umno perlu bijak menggunakan kuasa yang kali ini. Ia adalah persoalan memikul amanah dan tanggungjawab. diberikan itu.
Kepada mereka yang baru diberi mandat oleh ahli, kita ucapkan tahniah, dan bersyukurlah. Sebaliknya, pastikan amanah yang diberi dipikul dan dilaksanakan dengan sempurna demi untuk memperkasakan agama, bangsa dan negara. Jangan sesekali menganggap jawatan itu sebagai jambatan untuk habuan, kedudukan atau jawatan, tetapi adalah satu amanah yang perlu disempurnakan dan akan dipertanggungjawabkan kelak. Kepada mereka yang tidak terpilih dalam pemilihan ini, sumbangan anda sekalian tetap diperlukan dan pasti akan dihargai oleh Umno. Kalau dahulu kita pemimpin dan orang mengikut kita, maka kini bersedialah pula kita menjadi pengikut dan ahli yang setia. Kalau dahulu orang menolong mengangkat kita, maka bersedialah untuk mengangkat dan membantu orang lain, terutama pelapis untuk meneruskan perjuangan parti kita. Suara dan sumbangan saudara dan saudari akan tetap diberi tempat dan perhatian kepimpinan di dalam perjuangan Umno. Tiap ahli Umno semua peringkat sebenarnya berada didalam satu keluarga besar Umno. Tiada istilah m e n a n g a t a u t e w a s b a g i m a n a - mana calon. Yang menang ialah Umno kerana berjaya dalam transformasi politik disaat yang mencabar ini. Tiap ahli Umno semua adalah pemenang. Oleh itu sudah tiba masa tiap ahli merapatkan saf dan bersatu dalam perjuangan. Ukhwah dan kesatuan yang berteraskan kepada perjuangan membela agama, bangsa dan negara adalah sumber kekuatan Umno. Begitulah juga di peringkat negeri Terengganu, apa yang penting ialah Umno/BN perlu bersiap dari sekarang mengatur strategi dan langkah untuk menawan kembali kerusi yang terlepas kepada pihak lawan. Jangan biarkan pembangkang terus menguasai, tetapi kepada mereka yang telah diberikan amanah, inilah masanya untuk berpadu dan dalam satu pasukan bekerja demi masa depan Umno dan BN kukuh dan cemerlang.
BIL:91 • November 2013
www.teganukita.blogspot.com
7
Hasil berbudi pada tanah akhirnya petani, Haji Mohd Ngah mampu meraih pendapatan lumayan dengan mengusahakan tanama daun kesom di atas tanah seluas dua ekar di Padang Tengir, Manir, Kuala Terengganu.
OLEH: RUSLAN ABDUL RAHMAN
langtelipot@yahoo.com
B
erbudi pada tanah pasti mendapat hasilnya. Seorang petani dari Padang Tengir, Manir, Haji Mohd Ngah dilaporkan boleh mendapat kira-kira RM4,000 sebulan hanya menamam daun kesum. Daun Kesum atau Daun Laksa ialah sejenis tumbuhan yang banyak terdapat di negara kita dan sebelah Asia Tenggara. Nama saintifiknya Persicaria odorata. Terdapat bahagian pokok Daun Kesum yang boleh diambil untuk dijadikan makanan. Daun Kesum sering diambil dan dijadikan bahan masakan yang sungguh menyelerakan. Di Terengganu, daun kesum banyak digunakan untuk perencah masakan seperti rempah ikan bakar, asam pedas, laksa dan sebagainya. Menurut Haji Mohd beliau mula menanam pokok daun kesum pada tahun 2008 dengan keluasan 0.75 ekar di tapak tanah sawah yang terbiar berhampiran rumanya di PadangTengir, Manir. Justeru sambutan yang baik terhadap pasaran daun kesum ini, beliau telah memperluaskan lagi kawasan tanaman ini sehingga seluas 2.0 ekar. Daun kesum menurut Haji Mohd merupakan tanaman dari keluarga rumput memang mudah diusahakan, tahan penyakit dan tidak
WAKAF RAKYAT
Usahawan kesum mampu jana pendapatan lebih RM4,000 sebulan Setiap hari Haji Mohd Ngah akan menghantar 400 ikat (100 kilogram) daun kesom dengan purata harga RM200.00 sehari dan kalau sebulan bermakna RM4,000.00. dimakan oleh binatang ternakan kerana baunya. Beliau menggunakan baja urea dalam kadar tertentu untuk memastikan tumbesarannya tidak terganggu dan boleh dituai beberapa kali. “Saya menggunakan kaedah batas dan penutup batas untuk menanam daun kesum ini supaya rumput dapat dikawal dengan mudah, sekaligus melancarkan proses tuaian,’ katanya. Beliau menghantar atau memasarkan daun kesum itu di Pasar Borong Kuala Terengganu dan menjadi pengeluar dan pembekal monopoli kerana tidak ramai yang mengusahakan tanaman ini. Setiap hari beliau akan meng-
hantar 400 ikat (100 kilogram) daun kesum dengan purata harga RM200.00 sehari dan kalau sebulan bermakna RM4,000.00. Haji Mohd telah mendapat dorongan dan bantuan pihak kerajaan dengan diberikan bantuan jentera pembajak kecil (Kubota) untuk menjalankan kerja-kerja membuat batas tanaman kesum itu. “Saya amat berterima kasih kepada pihak kerajaan, khususnya Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri yang telah membantu bagi menjayakan tanaman ini,” katanya. Beliau memberitahu, pada tahun 2010 pendapatan yang diperolehi melalui penananam dan pejualan daun kesum itu mencecah sehingga ke RM26,000.00
Pokok kesom hidup subur yang ditanam menggunakan batas.
Manakala pada tahun 2011, pendapatan tahunannya hasil daun kesum meningkat sehingga kepada RM28,800.00 dan pada tahun lalu (2012) meningkatkan RM38,000.00 Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu, YB Dato’ Jailani Johari mencadangkan
supaya dibuat pameran melalui laman web atau blog dan media baru untuk memperluaskan lagi jaringan pemasaran. Demikian suburnya bumi kita dan jika kita berbudi pada tanah dan usahakan, pasti mendatangkan hasil. Rakyat yang berusaha pasti mendapat hasil dan manfaatnya.
8
renc
BIL:91 • November 2013
www.teganukita.blogspot.com
“De nga n adanya ruang pameran yang sebegini secara tidak langsung, anak-anak yang mempelajari seni khat di sekolah dapat menjadikannya sebagai medan dan ruang untuk menonjolkan bakat mereka.” - Dato’ Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
TIIAF medan kem
Malaysia berpotensi melahir
F
Oleh AIDA ABD RAHM
aida_ukom@yahoo.com
estival Kesenian Islam Terengganu (TIIAF) 201 mempamerkan lambang sebaliknya turut meleb ekonomi yang boleh melalui penulisan seni khat. Malah, penganjuran TIIAF 2 Tamadun Islam, Pulau Wan Man ganu kali ketiga yang melangka agama menunjukkan satu perke positif kerana penulisan seni kha kepada orang Islam sahaja. “Mungkin banyak dilihat pen tulis menggunakan ayat-ayat a terdapat juga tulisan-tulisan ja al-Quran yang boleh ditulis dala sekali gus dapat mengemban dalam konteks penulisan. “Sekiranya TIIAF dapat diket jadi medan seni khat dan dia konsisten saban tahun, saya berpotensi melahirkan pakar-p bertaraf dunia,” kata Menteri di J Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir B merasmikan festival itu. Menurut beliau, dengan adanya yang sebegini secara tidak langs yang mempelajari seni khat di
cana
“TIIAF menjadi medium yang mampu memartabat dan memperkasakan kembali tulisan jawi sebagai satu kesenian Islam itu sendiri.” - Dato’ Seri Haji Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu.
mbangkan kesenian Islam
rkan pakar-pakar seni khat bertaraf dunia
MAN
m
m Antarabangsa 13 bukan sahaja g kesenian Islam, barkan lagi ruang dikembangkan
2013 di Taman n, Kuala Terengaui bangsa dan embangan yang at tidak terbatas
nulisan khat dial-Quran, tetapi awi bukan ayat am bentuk khat ngkan lagi jawi
tengahkan menanjurkan secara yakin Malaysia pakar seni khat Jabatan Perdana Baharom ketika
a ruang pameran sung, anak-anak i sekolah dapat
BIL:91 • November 2013
www.teganukita.blogspot.com
menjadikannya sebagai medan dan ruang untuk menonjolkan bakat mereka. Sementera itu, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata TIIAF menjadi medium yang mampu memartabat dan memperkasakan kembali tulisan jawi sebagai satu kesenian Islam itu sendiri. “Menerusi TIIAF kegemilangan tulisan khat cuba dimasyhurkan semula di mana penulisannya tidak hanya pada kertas, malah pelbagai medium lain turut diolah dan digunapakai seperti kanvas, kayu, serta logam. “Pengamal seni warisan Islam merupakan golongan yang amat tinggi kefahaman nilai seni, selain kehalusan dan dapat menzahirkan kefahaman menerusi kaligrafi yang sangat indah,” katanya ketika berucap di majlis penutup program itu. Turut hadir, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri, Haji Mohd Zubir Embong. Menteri Besar turut menyampaikan hadiah kemenangan kepada peserta pertandingan seni khat TIIAF 2013. Pada kali ini, Syed Mohd Shafie Tuan Sidi,25, muncul juara keseluruhan serta merampas Piala Mandalika yang dimenangi bapa saudaranya pada tahun lalu, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 beserta sijil selepas menjuarai kategori siap logam dan siap kayu. - Gambar oleh Zulkipli Putra dan Harish Fadzillah.
9
10
BIL:91 • November 2013
www.teganukita.blogspot.com
Gelombang banjir di Terengganu : Penduduk diminta berwaspada Asdi agih pendapatan tiga sen seunit
T
abung Amanah Saham Darul Iman (Asdi) akan membuat agihan pendapatan pada kadar 3 sen seunit, bersamaan pulangan 7.29 peratus, berasaskan pada awal tahun kewangan. Setiuasaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah yang juga Ahli Lembaga Pengarah PTB Unit Trust Berhad, berkata pihaknya akan membuat pembayaran sebanyak 2 sen secara tunai dan 1 sen dalam bentuk bonus unit, bagi tahun kewangan berakhir 31 Oktober tahun ini. Beliau berkata, jumlah agihan tahun ini sama seperti yang dibuat pada tahun lepas iaitu 3 sen sunit. Bagaimanapun, katanya, jumlah pulangan tahun ini bagi pelabur Asdi bertambah baik iaitu 7.29 peratus berbanding tahun lalu 7.25 peratus. Bagi tahun kewangan 2013 sehingga Oktober lalu, Asdi memperoleh pendapatan berjumlah RM16.72 juta dengan RM11.32 juta disumbangkan oleh keuntungan jualan pelaburan saham.
T
erengganu dijangka akan berdepan lima gelombang banjir berikutan ramalan hujan lebat dan air pasang besar yang berlaku pada musim tengkujuh kali ini. Setiausaha Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Encik Mohd Sarif Hassan berkata, mengikut ramalan, fenomena gelombang pertama dijangka berlaku pada 4 hingga 10 November manakala gelombang kedua pula pada 17 hingga 24 November ini .
“Gelombang ketiga pula dijangka berlaku pada 2 hingga 9 Disember ini dan diikuti gelombang keempat pada 15 hingga 21 Disember ini,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini, baru-baru ini. Encik Mohd Sarif berkata, gelombang kelima pula dijangka berlaku tahun hadapan namun tarikhnya belum dapat dipastikan lagi. Ketika ini kita dalam tempoh jangkaan gelombang pertama namun setakat ini masih tidak
berlaku banjir lagi. Menurutnya, MKN sudah bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan banjir yang lebih besar kali berbanding hanya tiga gelombang pada musim tengkujuh yang lalu. Dalam pada itu, sebanyak 198 kawasan di negeri yang sering dilanda banjir dijangka menghadapi bencana sama kali ini iaitu 30 kawasan di Besut, Setiu (21), Kuala Terengganu (17), Marang (27), Hulu Terengganu (29), Dungun (32) dan di Kemaman 42
kawasan. Beliau berkata, ketika banjir berlaku, pihaknya akan membuka bilik gerakan 24 jam dan orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi hotline MKN di talian 09-6316021 atau 09-6222231. Selain itu, orang ramai juga boleh melayari http://etindakan. terengganu.gov.my ataupun http:// portalbanjir.mkn.gov.my untuk maklumat terkini mengenai keadaan banjir.
Fahami hak wanita dalam perundangan Wanita boleh ambil tindakan undang-undang jika berlaku masalah dan gangguan dalam rumah tangga, di tempat kerja atau di tempat awam Oleh AIDA ABD RAHMAN
S
aida_ukom@yahoo.com
etiap wanita memiliki hak dalam rumah tangga, di tempat kerja dan sebagai anggota masyarakat boleh mengambil tindakan undang-undang jika berdepan masalah dan gangguan sebagaimana diperuntukkan dalam perundangan negara. Penaung Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia Negeri (Puspanita) yang juga isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud, berkata banyak hakhak wanita yang terdapat dalam
To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud berkenalan dengan peserta Seminar Perundangan Dan Hak-Hak Wanita Negeri Terengganu 2013 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. - Gambar oleh Harish Fadzillah.
perundangan, tetapi luar pengetahuan golongan itu kerana tidak mendapat pendedahan yang tepat dan sewajarnya. “Saya sangat berharap dengan adanya seminar sebegini, dapat membantu serta memberi ilmu pengetahuan kepada semua. Tajuk yang sangat khusus ini begitu
penting kerana di dalamnya kita dapat mengetahui hak-hak kaum wanita. “Dengan informasi yang disampaikan oleh barisan panel tadi, membuka minda dan pemikiran kita bahawa keistimewaan kaum hawa diletakkan tinggi dalam Islam,” katanya dalam ucapan
perasmian Seminar Perundangan Dan Hak-Hak Wanita Negeri Terengganu 2013, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Program anjuran Puspanita dengan kerjasama YIT itu menyebarluas kefahaman mengenai perundangan yang melindungi hak wanita.
Maidam sedia pembiayaan rawatan percuma kepada mualaf
M
DATO’ MOHD ROZALI
ajlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menyediakan kemudahan pembiayaan perubatan dan rawatan secara percuma kepada semua mualaf di seluruh Terengganu sejak awal tahun lalu. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato’ Mohd Rozali Saleh, golongan berkenaan yang mahu mendapatkan kemudahan itu perlu mendaftar dan memberi maklumat mengenai klinik dan ubatan yang digunakan untuk rujukan Maidam serta pusat rawatan berkenaan.
“Jika masa lalu, ada kesukaran sedikit, mereka (mualaf) datang ambil bantuan RM100 balik, dan selepas tempoh enam bulan mereka datang lagi, kadangkala tanpa menemui pegawai mereka balik, dan perkara ini berlaku di masa lalu. “Saya beri jaminan, jika sekarang kalau mereka datang ke Pejabat Maidam sekiranya memerlukan bantuan, datang jumpa saya atau pegawai, kita akan ambil nama dia, maklumat klinik dan ubatan itu,” katanya katanya kepada pember-
ita, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Dato’ Mohd Rozali yang juga Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) berkata, Maidam akan menjelaskan bil perubatan itu secara terus kepada klinik terbabit berdasarkan tuntutan pusat rawatan berkenaan. Menurut beliau, bantuan pembiayaan perubatan disediakan kepada golongan itu diberikan tanpa had serta kadar caj rawatan, sebaliknya bergantung kepada keperluan pesakit itu sendiri.
“Kita akan bayar terus kepada kilinik sebagaimana tuntutan klinik berkenaan. Jadi, mereka tidak lagi perlu perlu datang ke pejabat kita,” katanya. Menurutnya, Maidam bukan hanya menyediakan bantuan pembiayaan perubatan malah menyediakan bantuan lain termasuk keperluan harian seperti makan minum, bantuan sara diri secara bulanan, pengajaran agama, bantuan modal dan persekolahan anak-anak di seluruh negeri Terengganu.
BIL:91 • November 2013
www.teganukita.blogspot.com
KTCC bakal ubah lanskap Terengganu Penanda aras baru kepada pembangunan dan meletakkan negeri ini sebagai pusat pelancongan moden bertaraf dunia Oleh SURIATI ALI
P
rojek Kuala Terengganu City Centre (KTCC) yang dibangunkan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) bakal menjadi pemangkin kepada transformasi pembangunan Terengganu. Pada masa sama, projek itu bakal menjadi penanda aras baru kepada pembangunan hartanah di Terengganu dan meletakkan negeri ini sebagai pusat pelancongan moden bertaraf dunia. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata KTCC akan menjadi faktor penarik untuk menggalakkan lebih ramai belia kembali bekerja di negeri ini apabila melihat kemajuan dan perubahan bandar raya ini. Katanya, bagi melengkapkan KTCC sebagai gerbang pelancongan baru, jambatan angkat bernilai hampir RM40 juta bakal dibina menghubungkan Muara Selatan dan Muara Utara. “Projek lain, termasuk sebuah apartment 30 tingkat bernilai RM150 juta yang mengandungi 292 unit rumah dan 90 unit ruang komersil
Projek KTCC bakal menjadi pemangkin kepada transformasi pembangunan Terengganu. Manakala jambatan angkat bernilai RM40 juta bakal dibina menghubungkan Muara Selatan dan Muara Utara (gambar kanan). - Gambar oleh Harish Fadzillah.
dibangunkan melalui peruntukan Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (TAWNT) “Kemudahan lain, menara 30 tingkat milik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bakal dibina dan sebuah lagi menara dengan ketinggian sama dibangunkan untuk menempatkan pejabat semua yayasan-yayasan milik kerajaan negeri,” katanya. Beliau berkata demikian pada Sidang Media selepas merasmikan Program Hari Terbuka ECER) Bersama Rakyat di Pusat Dagangan
Terengganu, Kuala Terengganu, baru –baru ini. Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Dato’ Haji Mat Razali Kasim; Pegawai Eksekutif ECERDC, Dato’ Jebasingam Issace John dan Pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri. Program sehari itu memapar-
kan pameran berkaitan projek dan program yang dilaksanakan ECER di Terengganu, di mana mampu memberi impak kepada rakyat tempatan sejak wilayah itu dilancarkan lima tahun lalu. Dato’ Seri Haji Ahmad turut memberitahu, Terengganu juga bersedia menyokong industri ternakan negara melalui pembangunan Pusat Penyelidikan & Inovasi Ternakan Kambing di Kuala Berang yang dijadualkan mula beroperasi pada awal tahun depan. “Projek itu akan membuka pelbagai peluang kepada petani generasi baru di Terengganu yang akan menikmati hasil dan produktiviti yang lebih tinggi melalui penggunaan teknologi canggih dan terkini dalam sektor penternakan kambing, “ katanya.
Terengganu sasar 35,000 pelajar khatam al-Quran
T
Terengganu terbaik UPSR 2013
T
aliasuriati@yahoo.com
erengganu menyasarkan kira-kira 35,000 pelajar Kelas Fardu Ain (KAFA) atau 50 peratus daripada keseluruhan pelajar di negeri ini akan khatam al-Quran menjelang 2015. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata perkara itu Kerajaan Terengganu mensasarkan 35,000 pelajar Kelas KAFA akan khatam al-Quran menjelang 2015. - Gambar oleh Zulkipli Putra. dapat dibuktikan apabila seramai melihat pelajar Terengganu cinta sanggup mengeluarkan belanja 20,133 pelajar dibawah seliaan pada tahun ini. besar iaitu hampir RM36 juta seYayasan Terengganu (YT) berjaya “Peningkatan itu menunjukkan dan celik al-Quran. khatam pada 2011, diikuti 21,610 semangat dan kerjasama antara “Kerajaan melalui Jabatan Ke- tahun untuk menjayakan perkara pelajar (2012) dan 24,330 pelajar pelbagai pihak untuk bersama-sama majuan Islam Malaysia (Jakim) mulia ini,” katanya.
11
erengganu terus unggul dalam bidang pendidikan negara apabila merekodkan keputusan terbaik dan mengatasi pencapaian peringkat nasional dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013. Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Encik Zakaria Hussin, berkata dari segi GPN, pencapaian keseluruhan calon UPSR tahun ini meningkat 0.01 mata GPN kepada 2.20 berbanding tahun lalu. “GPN ini juga mengatasi pencapaian peringkat nasional yang mencatat 2.27. Sementara pencapaian calon cemerlang yang mendapat semua A pula meningkat sebanyak 0.78 peratus, iaitu daripada 13.22 peratus pada tahun lalu kepada 14.00 peratus pada kali ini. “Peratusan calon yang memperolehi pencapaian baik dengan minimum gred C bagi semua mata pelajaran juga meningkat 0.2 peratus kepada 69.1 peratus berbanding tahun lalu,” katanya di JPNT, Bukit Kecil, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Encik Zakaria berkata, Terengganu turut mengatasi pencapaian peringkat nasional bagi Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) yang melibatkan lima subjek, iaitu bahasa Melayu (BM) Pemahaman Sekolah Kebangsaan (SK), bahasa Inggeris (BI) (SK), Sains, BM Pemahaman Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) dan BI SJKC. “Negeri ini juga menunjukkan peningkatan dalam peratusan calon yang memperolehi pencapaian semua mata pelajaran di bawah tahap pencapaian minimum sebanyak 0.07 peratus kepada 3.58 peratus pada tahun ini,” katanya. Katanya, sebanyak 21 sekolah menunjukkan pencapaian terbaik berdasarkan nilai Gred Purata Sekolah (GPS) dengan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chalok Model Khas, Setiu (1.14), SK Kuala Berang (1.17), SK Teris (1.20), SK Dusun (1.26), SK Paya Bunga (1.36), SK Binjai Kertas (1.37), SK Seri Berang (1.37), SK Kemat (1.40), SK Lubok Teras, Setiu (1.43), SK Tapu (1.46) dan SK Kuala Kubang, Besut (1.47).
12
renc
BIL:91 • November 2013
www.teganukita.blogspot.com
Terengganu jadi hab rujukan gam
K
Oleh AIDA ABD RAHMAN aida_ukom@yahoo.com
erajaan negeri berharap Festival Gamelan Sedunia 2013 akan memberikan impak yang besar bukan sahaja dalam aspek kemasukan penggiat gamelan dari luar negara ini, malah menjadikan Terengganu sebagai hab rujukan gemelan di seluruh dunia. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata pihaknya berharap apabila disebut sahaja gamelan, semua pihak terbayang, menyebut dan juga merujuk kepada negeri Terengganu. “Saya merasakan ini bukanlah satu khayalan, malahan ia merupakan suatu impian yang menuntut semua pihak berganding bahu untuk menjayakannya. Jadikan festival ini sebagai satu titik pemulaan ke arah menjayakan usaha murni ini. “Malah, sudah sampai masanya untuk kita terus berusaha agar seni gamelan Melayu kita ini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan seni gamelan lain seperti gamelan Jawa dan gamelan Bali yang mampu bertapak di seluruh pelusuk dunia dewasa ini,” katanya ketika merasmikan Festival Gamelan Sedunia 2013, di Taman Syahbandar, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Teks ucapan perasmian beliau dibacakan oleh Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri, Haji Mohd Zubir Embong.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Terengga Pelancongan, Kebudayaan, Komunikasi dan Mohd Jidin Mohd Shafee dan Pengarah Lemba Haji Mohd Yusof Abdullah. Menteri Besar berharap semua pencinta se dikan festival itu sebagai satu inspirasi bagi me membudayakan gamelan ke dalam roh seni ne “Festival gamelan yang dianjurkan di Tereng berpeluang untuk menikmati ketiga-tiga jenis gamelan Melayu, gamelan Jawa dan juga gam serentak dalam satu masa. “Atau dengan kata lain, hanya dalam festiv ketiga-tiga jenis gamelan dunia dipertemukan ini merupakan satu kelebihan serta satu kehe val yang diadakan ini dan seharusnya disyuk semua,” katanya. Menurutnya, menjadi harapan kita semua aga tahunan yang diadakan buat kali ketiga ini ba medan pertemuan pakar-pakar gamelan yang seluruh dunia. - Gambar oleh Zulkipli Putra Fadzillah.
cana
melan dunia
o’ Haji Mazlan Ngah merangkap anu; Pengerusi Jawatankuasa Multimedia negeri, Dato’ Haji aga Muzium Negeri Terengganu,
erta penggiat gamelan jaelangkah lebih jauh serta negeri yang dicintai ini. gganu ini sahajalah kita gamelan dunia, iaitu melan Bali secara
val ini sahaja n. Pada saya, ebatan festikuri oleh kita
ar festival dwi akal menjadi g tersohor di dan Harish
BIL:91 • November 2013
www.teganukita.blogspot.com
13
14
BIL:91 • November 2013
www.teganukita.blogspot.com
Guru Taska YPK ditimbang jawatan tetap Setakat ini seramai 368 guru Taska YPKT di seluruh negeri Terengganu dikenalpasti layak dipertimbangkan untuk jawatan itu Oleh NORAINI JUSOH ukomtrg123@gmail.com
G
uru Taman Asuhan KanakKanak (Taska) Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) yang berkhidmat lebih 10 tahun dan menunjukkan prestasi cemerlang akan dipertimbangkan untuk diserap ke jawatan tetap tanpa pencen. Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah, kerajaan negeri mengenal pasti seramai 368 orang daripada sejumlah 600 guru
Taska YPKT di seluruh negeri layak dipertimbangkan untuk jawatan itu. “Kerajaan negeri juga bersetuju untuk menaikkan bayaran gaji guru Taska YPKT yang berkhidmat secara ‘adhoc’ di bawah dua skim iaitu pendidik dan pembantu pendidik. “Bagi yang berkelulusan ijazah dan diploma akan menerima kenaikan gaji daripada RM1,000 kepada RM1,400 melibatkan 93 orang dan bagi kelulusan STPM dan SPM akan dinaikkan kepada RM1,100 daripada RM800 yang melibatkan 49 orang.
“Malah, pembantu sajian (tukang masak) yang bertugas di YPKT turut dipertimbangkan untuk mendapat kenaikan gaji daripada RM600 kepada RM900 dan melibatkan seramai 43 orang,” ujarnya di Majlis Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 dan 2012 Peringkat YPKT Terengganu, baru-baru ini. Turut hadir, Pengarah YPKT, Encik Mohd Shafaruddin Mustaffa. Menurut Dato’ Haji Mazlan, perkara ini telah dibincangkan semasa Mesyuarat Jawatankuasa
Kebajikan dan Kenaikan Pangkat sebelum itu. “Ia akan dipanjangkan kepada Lembaga Pemegang Amanah YPKT yang dipengerusikan YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said pada satu tarikh yang akan ditetapkan nanti. “Jika diluluskan, perjawatan dan kenaikan gaji baru ini akan dikuatkuasakan mulai Januari depan dan melibatkan penambahan peruntukan sebanyak RM220,800 oleh kerajaan negeri,” ujarnya.
Seramai 42,887 kanak-kanak tadika khatam al-Quran sejak 2006
M
ajlis Khatam al-Quran yang diperkenalkan kerajaan negeri melalui Yayasan Islam Terengganu (YIT) berjaya mengkhatamkan 42,887 kanak-kanak seawal usia 5 dan 6 tahun di seluruh Terengganu sejak diperkenalkan lapan tahun lalu. Hampir setiap tahun jumlah itu sentiasa meningkatkan di mana, seramai 937 kanak-kanak berjaya khatam pada 2006, diikuti 2,010 kanakkanak (2007); 2,660 kanak-kanak (2008); 2,660 kanak-kanak (2009); 6,246 kanak-kanak (2010); 7,930 kanak-kanak (2011); 9,639 kanak-kanak 2012 dan 10,805 kanak-kanak pula berjaya khatam pada tahun ini. Bilangan itu melibatkan kanak –kanak daripada empat tadika iaitu YIT, Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) dan Jabatan Perpaduan dan Integriti Nasional (JPIN). Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata kerajaan negeri berpuas hati dengan perkembangan positif itu sekaligus dapat membuktikan Terengganu memiliki ramai kanakkanak berilmu dan celik al-Quran. Katanya, kanak-kanak tadika bukan saja
berjaya khatam al-Quran pada usia lima dan enam tahun, bahkan juga telah berjaya menghafaz surah Yasin dan terjemahan sepenuhnya dengan begitu baik. “Jika kanak-kanak ini diasuh dan dibimbing secara berterusan, maka akan lahirlah suatu masa nanti generasi Ulul Albab yang diimpikan selama ini. “Usaha berterusan hendaklah terus dilakukan dengan mengadakan perubahan dan penambahbaikan dari masa ke semasa demi memartabatkan Terengganu sebagai Negeri Anjung Ilmu,” katanya. Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Mohd Zubir Embong pada Majlis Perasmian Khatam al-Quran, di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Pada majlis itu, seramai 10,805 kanak-kanak dari seluruh negeri berjaya khatam secara beramai-ramai. . Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, kejayaan program itu membuktikan sokongan semua pihak ke arah usaha murni kerajaan dalam
Pameran haiwan berbisa di Muzium Terengganu
Pameran Haiwan Berbisa 2013 menarik perhatian ramai ketika cuti persekolahan ini.
P
Haji Mohd Zuber Embong mengucapkan syabas kepada kanak-kanak tadika yang bejaya khatam al-Quran seawal usia 5 dan 6 tahun lagi.
melaksanakan Program Pintar Al-Quran di seluruh negeri Terengganu. “Kesedaran manarik minat kanak-kanak supaya mencintai al-Quran semenjak dari kecil lagi dan pembelajaran melalui sistem pendidikan secara berterusan akan dapat melahirkan generasi cintakan al-Quran di negeri ini. “Tradisi membaca al-Quran perlu dipertingkatkan lagi kepada kebolehan penghafaz di samping bimbingan ke arah mendalami isi kandungan al-Quran,” katanya.
Kanak-kanak tadika memperdengarkan bacaan ayat lazim pada Majlis Khatam al-Quran di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu.
ameran Haiwan Berbisa 2013 yang bermula 18 November di Muzium Negeri Terengganu mendapat sambutan yang baik dari para pengunjung. Beberapa spesis ular seperti tedung, kapak, sawa, orok-orok telah dipamerkan selain kala jengking, ikan yang bias, obor-obor dan sebagainya yang dikatogerikan sebagai berbisa. Apa yang paling menarik minat ialah pertunjukan bermain dengan ular yang juga turut diadakan untuk ditonton secara dekat oleh para pengunjung. Bayaran masuk dikenakan RM5 kepada orang dewasa dan RM2 kepada kanak-kanak. Pameran dijangka berakhir pada 31 Disember ini. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Inovasi dan Tugas-tugas Khas negeri, YB Ghazali Taib sewaktu merasmikannya berkata, pengelolaan pameran begini mampu memenuhi cita rasa masyarakat umum. Beliau berharap orang ramai dari dalam dan luar Terengganu, terutama sempena cuti sekolah dapat mengunjungi pameran yang sungguh unik itu. Menurut Pengarah Muzium, Haji Mohd Yusof Abdullah pameran ini merupakan kesinambungan kepada Pameran Haiwan Berbisa yang pernah diadakan oleh Muzium Negeri Terengganu dalam tahun 2010. Pameran yang lalu itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan apabila hampir 100 ribu pelawat telah mengunjunginya.
BIL:91 • November 2013
www.teganukita.blogspot.com
15
Sultanah Terengganu lancar buku Keropok Lekor Terengganu
S
ultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah merangkap Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berkenan melancarkan buku Keropok Lekor Terengganu terbitan Penerbit UMT. Turut berangkat, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. Buku yang dihasilkan Prof. Madya Dr. Noraien Mansor itu dilancarkan sempena Majlis Santapan Konvokesyen UMT kali ke-11 yang diadakan di Pusat Kovensyen, Taman Tamadun Islam, baru-baru ini. Majlis turut dihadiri Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan isteri To’ Puan Seri Hajah
Norliza Mahmud; Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Mohd Zuber Embong; Pro-Canselor UMT, Tan Sri Samsudin Osman; Pengerusi Lembaga Pengarah UMT, Tan Sri Datuk Dr. Ahmad Zaharudin Idrus serta Naib Canselor UMT, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo. Turut hadir, Ahli-Ahli Dewan Pangkuan DiRaja Terengganu serta Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan melancarkan buku Keropok Lekor Terengganu. - Gambar oleh Harish Fadzillah. Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat KerLekor Terengganu adalah doku- penghasilan keropok lekor di negeri Ia juga memberi tumpuan keajaan Negeri Terengganu. Menurut kenyataan akhbar yang mentasi khas warisan kebanggaan ini daripada lokasi pendaratan ikan pada hasil penyelidikan penyelidik dikeluarkan Pejabat Komunikasi masyarakat negeri Terengganu. hinggalah ke peringkat pemasaran UMT berkaitan industri keropok lekor di Terengganu. Korporat UMT, buku Keropok Buku tersebut merungkai proses di peringkat global.
ECERDC mampu tarik pelaburan RM20.4 bilion Transformasi membanggakan dalam tempoh lima tahun Oleh SURIATI ALI
aliasuriati@yahoo.com
T
erengganu melalui Wilayah Ekonomi Pantai Timur Pantai Timur (ECERDC) kini mengalami transformasi yang amat membanggakan di mana berjaya menarik pelaburan swasta bernilai RM20.4 bilion dalam tempoh lima tahun. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata pelaburan ini sekaligus memberi 10,850 peluang pekerjaan untuk rakyat Terengganu serta memberi manfaat kepada 800 usahawan baru. Katanya, dalam hal itu, Projek Taman Biopolimer Kertih yang terletak di Zon Ekonomi Khas ECER berjaya melonjakkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah hab bagi sektor bioteknologi di rantau ini dengan kehadiran penggerak industri bioteknologi bertaraf dunia. “Hal ini sememangnya merupakan
ECERDC mengadakan pameran untuk rakyat melihat dan mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai pembangunan negeri Terengganu bagi manfaat bersama.
satu perkembangan positif bersifat saling melengkapi dengan aktiviti-aktiviti di Kompleks Petrokimia Bersepadu Kertih yang juga terletak dalam Zon Ekonomi Khas ECER. “Satu lagi projek yang diterajui ECERDC berkaitan Pembangunan Taman Perindustrian Berat (TPB) Telok Kalong, Kemaman di mana berjaya menarik pelaburan Eastern Steel iaitu syarikat usahasama Hiap Teck Venture Berhad serta Shougang Corporation, yang juga salah sebuah syarikat bersepadu terbesar di China”, katanya dalam satu majlis
baru-baru ini. Dato’ Seri Haji Ahmad turut memberitahu, TPB akan memfokuskan sektor fabrikasi besi dan keluli, manakala pusat membina dan membaiki bot akan diwujudkan di Pulau Kucing, Kemaman di mana sektor-sektor ini bakal menyokong industri minyak dan gas negara. “Kemasukan pelaburan ke negeri ini akan menjana lebih banyak peluang perniagaan dan keusahawanan sampingan untuk usahawan tempatan, dalam bidang seperti pembinaan hartanah, logistik,
Perkasakan penguasaan BI – Ghazali
K
erajaan negeri komited memperkasa penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar demi memastikan anak Terengganu yang berjaya ke universiti boleh berbahasa Inggeris dengan lancar sekurang-kurangnya dalam tempoh 10 tahun akan datang. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-tugas Khas negeri, YB Ghazali Taib berkata, memandangkan strategi yang telah dilaksanakan supaya rakyat Terengganu tidak buta teknologi maklumat (IT) telah menampakkan hasil, kerajaan negeri kini merangka strategi untuk memastikan anak Terengganu boleh menguasai bahasa Inggeris dengan baik. “Keputusan kerajaan menjadikan Bahasa Inggeris (BI) sebagai mata pelajaran wajib lulus bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah satu langkah yang wajar. “Kerajaan negeri akan memastikan pelajar yang sampai ke peringkat (SPM) boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan
merangka beberapa program yang boleh membantu mereka memantapkan penguasaan bahasa masing-masing,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada Teganukita ketika ditemui di Majlis Dialog Bersama Exco Pendidikan Kedah dan Exco Pendidikan Terengganu di Riyaz Heritage, baru-baru ini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Kedah, Dato’ Haji Tajul Urus Mat Zain serta Pengarah Yayasan Terengganu, Tuan Haji Azmi Razik. Menurut YB Ghazali, kerajaan negeri turut bekerjasama dengan Yayasan Terengganu dan Jabatan Pendidikan Negeri untuk memperkasa penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan anak Terengganu. Tambah beliau, khidmat ETA akan diteruskan di Terengganu dengan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa supaya dapat membantu lebih ramai pelajar yang dapat menguasai bahasa kedua ini dengan baik.
latihan dan pelbagai perkhidmatan profesional yang lain. “Pihak kami juga bersedia untuk menyokong industri ternakan negara melalui Pusat Penyelidikan dan Inovasi Ternakan Kambing, di Kuala Berang yang dijadualkan mula beroperasi pada awal 2014,”
katanya. Menurutnya, Taman Bio Herba Pasir Raja antara projek pertanian terpenting di Terengganu khusus untuk penanaman 10 jenis herba bernilai tinggi antaranya mengkudu, hempudu bumi, tongkat ali dan kacip Fatimah.
Sukan TEGANUKITA
TERKINI • CEPAT • TEPAT
http://www.teganukita.blogspot.com • http://www.terengganu.gov.my
Diterbitkan sejak tahun 2008
Bil: 91 • November 2013 • Percuma
AZRAAI KHOR IKAT KONTRAK DUA TAHUN BERSAMA T-TEAM
MENTERI BESAR GEMBIRA JURULATIH DAN PEMAIN KEMBALI KE TERENGGANU
ABDUL RAHMAN SIBUK MEMBENTUK KESEBELASAN PEMAIN TERENGGANU
Bekas jurulatih Perak, Azraai Khor Abdullah dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan T-Team bagi menghadapi kempen Liga Super musim depan. Azraai Khor, 61, telah menandatangani kontrak selama dua tahun dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT). Ketua Pegawai Operasi T-Team, Syahrizam Mohd Zain berkata majlis menandatangani kontrak tersebut berlangsung di hadapan Presiden PBSNT Dato’ Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid di pejabat persatuan itu, baru-baru ini.
Peminat nombor satu bola sepak yang juga Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said melahirkan rasa gembira apabila beberapa pemain bola sepak anak negeri menyatakan hasrat mahu kembali menyarung jersi Terengganu dalam saingan musim depan. “Saya mengucapkan terima kasih atas semangat yang ditunjukkan itu. Begitu juga dengan jurulatih anak negeri yang berkelana ke negeri lain nampaknya mereka akan kembali untuk berbakti di negeri kelahirannya,” katanya. Antara pemain yang akan kembali ke Terengganu ialah bekas penggempur skuad Kelantan, Norfarhan Muhamad.
JURULATIH Terengganu, Abdul Rahman Ibrahim masih mencari-cari pemain luar bagi mengisi slot pemain import mengharungi kempen Liga Malaysia, musim depan. Difahamkan lima pemain import sedang diuji pada beberapa perlawanan persahabatan menentang T-Team, namun jurulatih itu menjelaskan terlalu awal untuk dirumuskan. Lima pemain import itu ialah tiga dari Australia, Barisic Andrew Nicholas, 27 (penyerang), Mario Karlovic, 29, Andreas Grovac, 24 serta pemain dari Jepun, Keitsuke Ogawa, 28, dan penyerang Damir Vidovic dari Croatia.
Terengganu sedia jadi tuan rumah acara Sukan Sea 2017
Kerajaan Terengganu sedia mengeluarkan peruntukan sewajarnya bagi penganjuran beberapa acara sukan terbabit
M
enteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said meminta Kementerian Belia dan Sukan mempertimbang negeri Terengganu sebagai tuan rumah untuk beberapa menu Sukan SEA yang akan dianjur oleh negara pada 2017 nanti. “Saya minta Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, YB Haji Rozi Mamat un-
tuk berbincang mengenai perkara itu supaya Terengganu menjadi salah satu gelanggang untuk menu sukan berkenaan termasuk lumba basikal, memanah dan berkuda,” katanya. Beliau berkata, Terengganu kini merupakan kuasa sukan baru negara dan mempunyai ramai peminat sukan, lagi pun kerajaan negeri sedia mengeluarkan peruntukan sewajarnya bagi penganjuran acara sukan terbabit.
Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said meminta Kementerian Belia dan Sukan menyenaraikan Terengganu sebagai salah satu gelanggang beberapa acara Sukan Sea 2017, nanti.
Waris pelumba basikal terima sumbangan kerajaan
T Ibu bapa arwah pelumba basikal menerima cek sumbangan daripada Kerajaan Negeri Terengganu yang disampaikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said di Wisma Darul Iman, baru-baru ini.
ragedi malang yang menimpa dua atlet muda lumba basikal Terengganu yang maut dalam nahas jalan raya ketika menjalani sesi latihan baru-baru ini, terus mendapat perhatian kerajaan negeri apabila memperuntukkan sumbangan RM20,000 kepada keluarga mangsa. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji
Ahmad Said, berkata sumbangan bernilai RM10,000 setiap keluarga Muhammad Syafiq Imran Syahril dan Mohd Asmui Ali sebagai penghargaan kerajaan negeri kepada dua atlet yang memberi sumbangan kepada sukan lumba basikal di negeri ini. Selain sumbangan itu, keluarga kedua-dua allahyarham bakal menerima
Dicetak Oleh: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Tel: 09-666 8611, 666 6652, 666 8601. Faks: 09-666 0611, 666 0063 email:spyit@tm.net.my
insurans berjumlah RM15,000 setiap seorang. “Saya harap selepas ini atlet-atlet lumba basikal kita dapat mengikuti arahan-arahan yang telah ditetapkan oleh pihak persatuan seterusnya lebih berhati-hati ketika menjalani sesi latihan. “Pada masa yang sama, untuk tindakan awal kita juga akan menambah bilangan kenderaan pengiring termasuk van dan motosikal dalam usaha memastikan keselamatan pelumba-pelumba kita terjamin ketika menjalani sesi latihan,” katanya selepas penyerahan cek sumbangan kepada kedua-dua keluarga mangsa di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini.