Teganukita 92 (digital)

Page 1

Nantikan wajah baru akhbar Teganukita 2014

KELUARAN KHAS Sorotan sepanjang 2 0 1 3

ISSN 2180-4737

http://www.teganukita.blogspot.com • http://www.terengganu.gov.my

“Saya bukan Robin Hood” MB ucap Selamat Tahun Baru 2014 kepada seluruh rakyat Terengganu OLEH: RUSLAN ABDUL RAHMAN

M

langtelipot@yahoo.com

enteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan seluruh kepimpinan negeri mengucapkan selamat Tahun Baru 2014 kepada seluruh rakyat Terengganu, termasuk yang tinggal di luar negeri ini. Sambil mengharapkan tahun hadapan lebih baik, beliau meminta supaya seluruh rakyat Terengganu bersyukur di atas segala nikmat yang dikecapi selama ini. BERITA PENUH ms–5

Diterbitkan sejak tahun 2008

Bil: 92 • Disember 2013 • Percuma


2

BIL:92 • Disember 2013

www.teganukita.blogspot.com

di dalam web

Pergolakan di Mesir : Pelajar kembali meneruskan pengajian Yayasan Terengganu mendapati keadaan di Mesir semakin aman, membenarkan pelajar sambung kembali pelajaran mereka Oleh SURIATI ALI

aliasuriati@yahoo.com

PROGRAM PDRM BERSAMA KOMINUTI BATU RAKIT MERIAH

Kira-kira 1000 penduduk dan anggota Polis hadir memeriahkan Program Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Bersama Komuniti Dun Batu Rakit yang diadakan di Dataran Futsal, Kampung Padang Kemunting. www.teganukita.blogspot.com

S

ebahagian besar daripada 221 penuntut tajaan Yayasan Terengganu (YT) yang belajar di Mesir, kini kembali meneruskan pengajian masing-masing di negara itu. Mereka yang kebanyakan belajar di Universiti Al-Azhar, Iskandariah dan Mansoura terpaksa pulang ke tanah

air berikutan bimbang berlaku perkara tidak diingini akibat pergolakan di negara itu, pada Julai lalu. Pengarah YT, Encik Azmi Razik, berkata berdasarkan jumlah itu, kurang daripada 10 pelajar tidak mahu meneruskan pengajian di negara Timur Tengah tersebut dan mengambil keputusan menyambung pelajaran di beberapa universiti tempatan. Katanya, pihaknya tidak memaksa pelajar tersebut, jika dia mahu

menyambung pelajaran di universiti terdahulu atau sebaliknya, YT tetap membiayai biasiswa mengikut kadar tertentu. “Walaupun keadaan Mesir agak terkawal, tetapi YT mengambil langkah mengurangkan pelajar belajar di Mesir dan hanya menaja pelajar sedia ada. “Tumpuan kini adalah untuk jurusan perubatan di Universiti Mansoura yang akan menamatkan pengajian mereka,” katanya.

YB Pehimi terharu diberi kepercayaan

A ANGGOTA PGK DAN ISTERI ZIARAH PUSARA PERWIRA NEGARA ASP ZULKIFLI MAMAT Kehilangan Perwira Negara ASP Zulkifli Mamat, yang terkorban dalam serangan pengganas di Lahad Datu, Sabah, Mac lalu masih segar dalam ingatan rakyat negara ini kerana ia satu perjuangan murni untuk mempertahankan negara.

www.teganukita.blogspot.com

YB Pehimi melafaz sumpah jawatan Exco di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah.

hli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih, YB Haji Muhammad Pehimi Yusof yang baru dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, bersyukur dan terharu dengan kepercayaan pucuk pimpinan negeri kerana memilih beliau bagi mengisi jawatan itu. “Saya akan berusaha sedaya upaya untuk menunaikan tugas dan tanggungjawab yang mana menganggap jawatan ini merupakan amanah yang perlu dipikul sebaik mungkin untuk kepentingan rakyat Terengganu. Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Pelantikan dan

TPM lawat mangsa banjir

KENDURI SEKAMPUNG PUPUK KERJASAMA

Kenduri sekampung menjadi acara tradisi yang mampu menyatukan silaturahim serta memupuk semangat kerjasama di kalangan penduduk di setiap kampung.

www.teganukita.blogspot.com

Lagi berita : Layari...

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanya khabar mangsa banjir selepas menyampaikan bantuan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Banggol, Paya Berenjut. Beliau dan rombongan meninjau kawasan dan penempatan mangsa banjir di sekitar Bandar Chukai, Kemaman, Terengganu, baru-baru ini. Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said, Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM) Terengganu, Zuhami Omar turut bersama Timbalan Perdana Menteri. - Gambar oleh Zulkipli Putra.

Melafaz Sumpah Jawatan Exco, di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu, 21 November lalu. Istiadat pelantikan itu berlangsung di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. YB Haji Muhammad Pehimi turut bersedia memikul tugas dan portfolio yang akan diserahkan kepada beliau. Pelantikan beliau menggantikan kekosongan Exco berikutan kematian Adun Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, pada 23 Jun 2013.


BIL:92 • Disember 2013

www.teganukita.blogspot.com

3

Salah guna ‘minit Mb’ untuk luluskan projek Kes itu sedang disiasat dan dipantau secara dalaman sebelum diserahkan kepada pihak SPRM Oleh AIDA ABD RAHMAN aida_ukom@yahoo.com

M

enteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said mengesan tindakan satu jabatan di negeri ini yang menyalah gunakan `minit Menteri Besar (MB)’ sebagai kebenaran meluluskan sesuatu projek. “Kebelakangan ini, ada satu dua jabatan, saya dapat maklumat katanya, dia sengaja kalau hendak beri projek si A, kamu pergi dapatkan Menteri Besar (MB) biar MB minit sikit. “Dah memang mungkin ada pakatan,

Allahualam lah, tetapi itu cara dia buat. Kalu dia tidak mahu beri, memang dia tidak beri juga kalau saya minit pun. Tetapi orang tertentu yang dia hendak bagi itu, dia suruh dapatkan minit saya terlebih dahulu,” katanya kepada media selepas Program Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu Bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Bilik Gerakan, Tingkat 17, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Pengarah Siasatan SPRM, Dato Mustafar Ali dan Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya SPRM, Tuan Zainal Adam. Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, pihak terbabit seakan-akan menjadikan surat sokongan dan kenyataan bertulis supaya mempertimbangkan permohonan tertentu sebagai jalan keluar dan alasan kukuh sekiranya ada pihak lain yang mempersoalkan kelulusan itu kelak. “Itu bagi satu jabatan berkenaan

Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu bersama Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). – Gambar oleh Harish Fadzillah

sahaja. Ketua jabatan berkenaan yang saya dapat maklumat setakat ini. Dia nak melarikan diri, maknanya apabila orang bertanya sebab apa dapat (kelulusan). MB minit, saya berilah, sedangkan orang lain ada juga saya minit, tidak dapat, orang tertentu yang dia hendak bagi ini,” katanya. Beliau berkata, pihaknya sedang menyiasat dan memantau kes itu secara dalaman dan belum

diserahkan untuk siasatan SPRM. Terdahulu, beliau berkata, pihaknya sudah mengingatkan semua pegawai dan ketua jabatan supaya menyiasat dan menimbang setiap permohonan bergantung kepada kesesuaian harga dan tidak menganggap `minit MB’ itu sebagai satu arahan kelulusan. Selain itu, beliau berkata ada pihak yang tidak memahami kaedah sebenar dan mengadu

kepadanya selepas gagal mendapat sesuatu projek sedangkan beliau hanya menurunkan tandatangan sokongan dan meminta supaya permohonan itu dipertimbangkan terlebih dahulu. Sebelum itu, beliau berkata, program bersama SPRM itu amat penting kepada kepimpinan negeri terutama Adun supaya dapat menilai peranan dan tugas mereka bagi memastikan tidak melakukan kesalahan yang boleh dirujuk kepada badan itu. “Kalau mereka ada melakukan kesalahan, tanggungjawab mereka sendirilah kerana kita sudah beritahu, sudah beri taklimat mengenai kesalahan yang sepatutnya tidak dilakukan, apa yang dinamakan rasuah, apa yang dinamakan salah guna kuasa, apa yang dikatakan kecuaian, mungkin mereka tiada niat rasuah, tetapi mereka cuai. Macam runtuhan yang berlaku, tidak terlibat rasuah tetapi cuai kerana tidak menjalankan tugas menyelia betul-betul,” katanya.

RM1.35 juta biayai pesakit kronik

K

erajaan negeri membelanjakan kira-kira RM1.35 juta bagi membiayai rawatan melalui Tabung Pesakit Kronik dalam tempoh enam bulan tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Muhammad Pehimi Yusof berkata, jumlah itu membiayai rawatan 788 penduduk yang menghidapi pelbagai penyakit kronik. Menurutnya, daripada jumlah itu, RM256,600 diperuntukkan kepada 158 pemohon yang menghidap penyakit buah pinggang, penyakit jantung (132 orang), kanser (79 orang), lain-lain penyakit (360 orang), bayaran bil-bil perubatan (59 orang). Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan kerusi roda elektronik kepada dua kakitangan kerajaan di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Bantuan kerusi roda bernilai lebih RM9,000 seunit itu diberikan kepada Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi negeri, Mat Rahim Daham, 55, dan Pembantu Tadbir Kewangan Negeri, Rosli Awang, 49.

Dato’ Dr Anwa melihat contoh makanan yang mengandungi racun terkawal selepas merasmikan Seminar Keselamatan Makanan dan Majlis Penganugerahan Premis Bersih peringkat negeri.

JKNT saran pengusaha IKS dalam sektor makanan sertai Skim MeSTI

J YB Pehimi Yusof (berdiri kanan) bermesra dengan kakitangan Wisma Darul Iman yang menerima bantuan kerusi roda elektronik melalui Tabung Pesakit Kronik.

abatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menyarankan semua pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dalam sektor makanan di negeri ini menyertai Skim MeSTI (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri) bagi meningkatkan keyakinan pengguna dan menambah pemasaran produk keluaran masing-masing. Pengarahnya, Dato’ Dr Anwa Sulaiman berkata, Skim MeSTI boleh meyakinkan pengguna

dan orang ramai bahawa produk makanan keluaran mereka adalah selamat, boleh dimakan serta digunakan selain mematuhi keperluan perundangan yang berkaitan. Daripada 309 pengusaha industri makanan yang berdaftar dengan JKNT, hanya 29 pengusaha sahaja yang memohon skim berkenaan dengan enam daripadanya sudah mendapat kelulusan dan sijil pengiktirafan.


4

BIL:92 • Disember 2013

www.teganukita.blogspot.com

Pungutan zakat Maidam cecah RM97 juta tahun lalu

J

umlah pungutan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) sehingga November lalu berjumlah RM97,312,454 berbanding RM86 juta sepanjang tahun lepas. Pengarah Jabatan Baitulmal Maidam, Haji Mohd Noor Mohamad berkata, sasaran untuk memungut sebanyak RM120 juta tahun ini dijangka akan membuahkan hasil berikutan sehingga kini pungutan zakat oleh Maidam sudah melebihi RM10 juta berbanding sepanjang tahun lepas. “Saya yakin angka RM120 juta dapat dicapai kerana kebiasaannya dua minggu terakhir bulan Disember merupakan ‘masa kemuncak’ bayaran zakat yang akan dibuat oleh orang ramai. “Bagi memudahkan orang ramai, Maidam akan membuka kaunter pungutan zakat pada dua minggu terakhir, tujuh hari

seminggu mulai 8.30 pagi hingga 4.30 petang dan pada hari terakhir, kaunter akan dibuka sehingga 12 tengah malam,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis penyerahan Zakat Perniagaan oleh Bank Rakyat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) di Istana Syarqiyyah, Chendering, baru-baru ini. Pada majlis itu, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menerima wang zakat berjumlah RM1.078 juta daripada Bank Rakyat. Menurut Haji Mohd Noor, daripada RM97 juta zakat yang berjaya dipungut Maidam itu, sebanyak RM51 juta telah diagihkan kepada golongan asnaf yang layak seperti fakir miskin, mualaf dan fisabilillah. Katanya, untuk tahun ini pungutan terbesar zakat oleh

J Majlis penyerahan Zakat Peniagaan oleh Bank Rakyat kepada Maidam berjumlah RM1,078 juta yang diperkenankan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di istana Syarqiyyah, Chendering, baru-baru ini.

Maidam datang daripada zakat pendapatan sebanyak RM38 juta diikuti perniagaan (RM29 juta) serta simpanan (RM17 juta). Dalam pada itu katanya, bagi meringankan beban golongan asnaf yang dilanda musibah banjir

baru-baru ini. Maidam juga akan menimbangkan jumlah agihan yang akan diberikan kepada fakir miskin berdasarkan keadaan dan keperluan mereka pada waktu pasca (selepas) banjir,” katanya.

Sedia insentif kepada nelayan dan petani Bagi meningkatkan sara hidup golongan itu, sekali gus dapat menyumbang kepada ekonomi negara Oleh AMIRULLAH OTHMAN ukomtrg123@gmail.com

K

erajaan menyediakan pelbagai insentif kepada nelayan dan petani supaya dapat meningkatkan sara hidup golongan itu, sekali gus mampu menyumbang kepada ekonomi negara. Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Penyampaian & Pengurusan Prestasi Dan Teknologi Maklumat negeri, YB A Latiff Awang, berkata bantuan seperti benih pokok, baja, wang sara diri, subsidi, diesel, pukat, gentian fiber, enjin bot, baju keselamatan, peti kecemasan diberikan untuk meringankan beban petani dan nelayan. “Semua penerima sepatutnya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t dan berterima kasih kepada kerajaan BN yang selalu membantu

YB A Latiff Awang bersama golongan petani dan nelayan yang menerima insentif daripada kerajaan negeri. – Gambar oleh Amirullah

rakyatnya dalam apa jua bentuk subsidi dan bantuan. Keperihatinan kerajaan haruslah dibalas pada PRU14,” katanya sempena penyerahan Bantuan AZAM Tani di Perkarangan Pejabat Perikanan Daerah Marang, baru-baru ini. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Berangan, berkata nelayan dan petani mesti bijak mengambil peluang untuk mencuba bidangbidang Industri Kecil dan Sederhana (IKS) lain seperti pembuatan kerepek, keropok, sate ikan dan

JAS sasar pertambahan 50,000 ahli sukarelawan

sebagainya untuk menambahkan pendapatan sekeluarga. Projek AZAM Tani adalah salah satu daripada inisiatif di bawah Program 1AZAM yang diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). KPWKM adalah peneraju kepada bidang keberhasilan utama Negara (NKRA) untuk mempertingkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri pada 2010. Projek itu dilaksanakan untuk

membantu meningkatkan pendapatan golongan sasar melalui pemberian bantuan projek ekonomi di dalam sektor tanaman, perikanan, penternakan, pemprosesan hasil tani, perniagaan hasil tani dan perkhidmatan pertanian. Ia juga untuk mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran serta daya saing golongan sasar di dalam bidang pertanian melalui latihan-latihan jatidiri, keusahawanan dan teknikal, selain membantu mengeluarkan peserta dari belenggu kemiskinan.

abatan Alam Sekitar (JAS) mensasarkan pertambahan 50,000 sukarelawan baharu sebagai Rakan Alam Sekitar (RAS) setahun bagi menggerakkan Program 3P (Pasukan Pemantau Pencemaran) secara konsisten di seluruh Malaysia. Sehingga kini, seramai 186,000 RAS bertindak sebagai ejen kepada pihak berwajib bagi memantau dan melaporkan kes aduan yang berulang di kawasan masing-masing sejak ia diperkenalkan di setiap parlimen lima tahun lalu. Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik JAS, Dato’ Abu Hassan Mohd Isa berkata, tahap kesedaran masyarakat menjaga alam sekitar semakin meningkat setiap tahun apabila hampir 200,000 RAS berdaftar sehingga kini. “Program ini untuk memastikan semua lapisan masyarakat, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), syarikat gergasi dan badan berkanun berganding bahu untuk membanteras isu alam sekitar dan tidak hanya bergantung kepada agensi kerajaan semata-mata. “Sambutan orang ramai terhadap program ini amat memberangsangkan dan kita akan terus berusaha mengembleng tenaga untuk memperluaskan program 3P di setiap parlimen bagi memastikan pembabitan semua pihak di masa depan,” katanya kepada pemberita sempena Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman /Nota Kerjasama Antara JAS Terengganu dan Agensi Kerajaan, IPT dan Swasta serta 3P, di Hotel Permai, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Turut hadir merasmikan majlis itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sains & Teknologi, Alam Sekitar, Tenaga, Teknologi Hijau & Air negeri, YB Haji Bazlan Abd Rahman dan Pengarah JAS Terengganu, Puan Roshadah Hashim.


BIL:92 • Disember 2013

www.teganukita.blogspot.com

Kekalkan keamanan di Terengganu

Mengharapkan kejayaan lebih cemerlang Dalam sejarah dan tamadun manusia, telah banyak membuktikan bahawa jika sekiranya tidak berpadu, berpecah-belah dan saling benci-membenci, ia tidak boleh mendatangkan kebaikan, melainkan kehancuran

DATUK HAMZAH

P

enduduk di daerah ini disaran supaya sentiasa memberi kerjasama kepada anggota polis dalam usaha membendung gejala jenayah. Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Hamzah Mohd Jamil berkata, polis tidak akan mampu menjalankan tugasnya dengan sempurna tanpa bantuan daripada masyarakat. “Pihak Polis semata-mata tidak akan mampu, tidak akan berhasil dalam melaksanakan tugas khususnya dalam mencegah jenayah tanpa dokongan dan sokongan masyarakat setempat. “Jika kita bersatu, jika kita berpadu maka InsyaAllah kita akan dapat bersama-sama mengekalkan keamananan, keharmonian dan kedamaian di tempat tinggal kita,” katanya. Datuk Hamzah berkata, Polis sentiasa bersedia dalam menjalankan tugasnya menjaga keamanan dan keharmonian di negeri ini. “Pihak Polis sentiasa berusaha dalam apa jua keadaan, pada bila-bila masa untuk menjaga keamanan bagi mempastikan negeri Terengganu ini sentiasa berada dalam keadaan aman,” katanya ketika hadir dalam satu majlis di Kampung Guntung Luar, Setiu, baru-baru ini. Menurutnya, pihak Polis juga sentiasa mempertingkatkan mutu perkhidmatannya supaya setiap anggota Polis dapat menjalankan tugas dengan lebih lancar dan berkesan.

5

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said mengajak semua bersatu padu untuk menjayakan, memaju dan memakmurkan negeri Terengganu. - Gambar oleh Zulkipli Putra.

dari ms-1

Menteri Besar berkata, masih banyak perkara yang perlu dilakukan untuk terus meningkatkan pencapaian kemajuan negeri dan rakyat negeri ini. Fokus kita dalam apa jua pembangunan yang dijalankan ialah untuk menjamin dan memelihara kesejahteraan rakyat, katanya. “Saya sejak dari dulu lagi meletakkan asas faedah rakyat di tempat yang utama, sebab itu diperkenalkan konsep ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ sebaik saya mula-mula diberi amanah untuk mengetuai kerajaan negeri,” tegasnya. Kerajaan negeri berusaha agar semua lapisan masyarakat sama ada orang kampung, pegawai kerajaan, swasta, petani nelayan, buruh, wanita suri rumah, remaja, pelajar, belia dan semua dapat faedah dari setiap pembangunan yang dijalankan. Malah ibu tunggal dan bapa tunggal pun diberi perhatian di Terengganu. Misalnya Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

“Saya sejak dari dulu lagi meletakkan asas faedah rakyat di tempat yang utama, sebab itu diperkenalkan konsep ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ sebaik saya mula-mula diberi amanah untuk mengetuai kerajaan negeri.” - Dato’ Seri Haji Ahmad Said.

(YPKT) menyediakan sumbangan kepada pasangan yang melangsungkan perkahwinan. Setiap ibu atau bapa tunggal yang berkahwin untuk masa depan mereka menerima RM2,000 dari kerajaan negeri, satu-satunya negeri yang member bantuan seperti ini. Menurut Menteri Besar, Terengganu juga akan berusaha agar bidang pelancongan dapat ditingkatkan untuk pendapatan negeri dan rakyat

Terengganu. Katanya, Terengganu menyasarkan kedatangan lima juta pelancong ke negeri itu pada 2014 berbanding 4 juta pada 2013. Menteri Besar turut memberitahu, enam bulan pertama 2013, hampir dua juta pelancong tempatan dan luar negara telah mengunjungi Terengganu, dan apa yang disasarkan empat juta pelancong 2013 mampu dicapai. “Marilah sama-sama kita berpadu untuk menjayakan, memaju dan memakmurkan negeri kita, “ demikian seruan Dato’ Seri Haji Ahmad. Katanya, dalam sejarah dan tamadun manusia, telah banyak membuktikan bahawa jika sekiranya tidak berpadu, berpecah-belah dan saling benci-membenci ia tidak boleh mendatangkan kebaikan, melainkan kehancuran. Sementara itu Dato’ Seri Haji Ahmad tidak mahu perjuangannya untuk faedah rakyat disamakan dengan ‘ Robin Hood’ terutama setelah peristiwa dua buah lori yang membawa roti Gardenia dan mengagihkan makanan itu kepada mangsa banjir yang terperangkap baru-baru ini. Ketika sesi penggulungan

perbahasan di sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) lalu, Dato’ Seri Ahmad memberitahu, label itu menyebabkan beliau menerima kecaman dan banyak maklum balas berunsur negatif selepas insiden itu tersebar luas melalui blog dan laman sosial. “Saya nak betulkan keadaan, yang kata saya ini macam Robin Hood itu tak betul. Robin Hood ini dia rompak harta orang kaya untuk bagi kepada orang miskin tetapi saya bukan macam itu. “Dalam Islam ‘Inna halaala bayyinun wa inna harooma bayyinun’ (yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas). “Bukan saya yang paksa dia (pemandu lori) buka... tetapi kami berbincang, ambil gambar buat bukti. Saya nak bagi penjelasan ini sebab dalam blog timbul. “Saya nak bayar sebab kita nak tolong orang dalam kesusahan. Kita ambil cara elok. Tetapi, apabila saya hubungi pegawai yang berkenaan untuk dapatkan invois, mereka tak nak sebaliknya mereka cakap berbesar hati kerana dapat membantu mangsa banjir,” katanya yang kemudian membaca surat yang diterima daripada pengurusan syarikat tersebut kepada sidang DUN. Dato’ Seri Haji Ahmad menyatakan terharu dan berterima kasih kepada pihak pengurusan syarikat roti Gardenia yang enggan menerima bayaran sebaliknya menganggap ia sebagai sumbangan.

Surat daripada Pengurus Pemasaran Kanan Gardenia, Haslinah Harun antara lain menyebut bahawa pihaknya amat berbesar hati kerana dapat membantu mangsa banjir dan berterima kasih kepada Menteri Besar dan berbangga kerana diberi peluang berbuat demikian dalam keadaan memerlukan. Dato’ Seri Haji Ahmad menyatakan rasa terharu dan berterima kasih kepada pihak pengurusan syarikat roti Gardenia yang enggan menerima bayaran sebaliknya menganggap ia sebagai sumbangan. (kisah selanjutnya di muka surat 6). “Semoga 2014 menjanjikan kejayaan yang lebih cemerlang lagi buat negeri dan rakyat Terengganu”.


6

BIL:92 • Disember 2013

www.teganukita.blogspot.com

ULASAN

PENGARANG

TAHUN BARU, MEDIA BARU

T

idak terasa setahun telah berlalu, 2013 pergi dan kini 2014 menjelang tiba. Mungkin banyak perkara yang dialami, suka duka dan semuanya menjadi kenangan yang tidak terlupakan bagi pada tahun 2013. Di saat detik pergantian tahun, dengan kecanggihan teknologi komunikasi masa kini mungkin di kalangan kita banyak menerima Ucapan Selamat Tahun Baru, kata mutiara tahun baru, salam tahun baru, puisi tahun baru, mutiara kata tahun baru dan sebagainya melalui Whatsapp, Facebook, Twitter, WeChat, Instagram, LINE dan sebagainya mempererat hubungan kalian dengan orang-orang yang kalian sayangi tentunya. Itulah kehebatan masa kini, berbanding masa lalu yang hanya menggunakan suara di telefon atau menulis pada sekeping surat untuk membuat ucapan, tetapi zaman itu telah berlalu, kita telah berada di zaman yang baru. Apa pun yang pentingnya, kita semua perlu bersyukur di atas nikmat keamanan, kesejahteraan dan kehidupan yang penuh nikmat yang tidak mampu disenaraikan satu persatu di bumi bertuah ini, Terengganu, Malaysia. Ia adalah hasil dari pengurusan yang baik, kebijaksanaan mengurus tadbir di samping kerjasama seluruh lapisan masyarakat dalam mengharmonikan suasana kehidupan di negara dan negeri kita ini. Marilah sama-sama kita cuba melakukan transformasi baru ke arah yang lebih baik di tahun baru ini, semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang lalu. Tidak kira siapa kita, pegawai dan kakitangan kerajaan, pekerja sektor swasta, usahawan, peniaga, buruh, suri rumah, pelajar dan sebagainya disarankan supaya sentiasa mempertingkatkan kemampuan diri dan mencipta kecemerlangan di masa akan datang. Sucikan jiwa, murnikan hati, marilah sama-sama mengucapkan selamat tahun baru agar kita semua menapaki tahun baru 2014 dengan berkat dan perasaan yang gembira lagi syukur. Buatlah yang terbaik untuk diri kita, keluarga, negara dan bangsa kita.

- Ruslan Abdul Rahman

Sidang Redaksi YAB DATO’ SERI HAJI AHMAD SAID MENTERI BESAR TERENGGANU

YB DATO’ HAJI MOHD JIDIN SHAFEE

PENGERUSI JAWATANKUASA PELANCONGAN, PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN

Penaung

HAJI SHAMSUDDIN SULONG PENGARAH UNIT KOMUNIKASI Penasihat

KAMARUDDIN MAT AKIB MEDIA BARU Penolong Pengarang 1

RUSLAN ABDUL RAHMAN

TIMB. PENGARAH UNIT KOMUNIKASI Pengarang

AIDA ABD RAHMAN AKHBAR TEGANUKITA Penolong Pengarang 2

ESAH ABDULLAH SURIATI ALI NORAINI JUSOH HJ MOHAMAD ISHAK (BESUT) AMINUDDIN ISMAIL (SETIU) AMIRULLAH OTHMAN (MARANG) MASTURA JAMALUDDIN (H.TERENGGANU) NURUL AZIELLA SABERI (KEMAMAN) Wartawan ZULKIPLI PUTRA HARISH FADZILLAH Jurufoto *HAK CIPTA TERPELIHARA - Akhbar Teganukita diterbitkan oleh UNIT KOMUNIKASI NEGERI TERENGGANU JALAN PEJABAT, 20300 KUALA TERENGGANU TERENGGANU DARUL IMAN Tel: 09 6230582 / 09 6313502 Fax: 09 6317504 Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diemailkan ke: ukom@terengganu.gov.my / ukomtrg123@gmail.com

ANALISIS

OLEH: RUSLAN ABDUL RAHMAN

langtelipot@yahoo.com

Kisah MB dan roti : Ahmad Said bukannya ‘Robin Hood’

M

enteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dilaporkan mengambil roti dari beberapa buah lori Gardenia untuk dibahagikan kepada para pengguna jalan raya KuantanKemaman yang terperangkap banjir di Cendor, sempadan Kemaman Terengganu dan Pahang. Ramai yang ingin tahu kisah sebenar tentang kejadian 5 Disember 2013 yang lalu itu. Apakah diambil secara tidak sah atau dengan keizinan? Apakah menjadi ‘Robin Hood’ atau itu hanya momokan untuk memburuk-burukkan beliau. “Bagi saya Menteri Besar Terengganu seorang yang baik hati, berani dan sanggup berkorban demi menyelamatkan pengguna-pengguna jalan raya terutama kanak-kanak dan orang tua yang kelaparan,” kata Encik Jumat Mamat, 43 tahun, pemandu lori roti Gardenia yang terperangkap banjir di Cendor, sempadan Kemaman Terengganu dan Pahang. Baginya itulah pemimpin contoh yang dikagumi dan menafikan sama sekali dakyah yang menuduh Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said menjadi ‘Robin Hood’, merampas roti untuk diagih-agihkan kepada orang ramai, pengguna jalan raya yang terperangkap di situ sejak dua hari lebih. “MB Terengganu ambil dan membuka pintu lori itu dengan keizinan saya setelah menghubungi bos saya melalui telefon,” kata Jumat seorang pemandu yang setia pada majikannya. Jumat yang berasal dari Negeri Sembilan sudah 10 tahun bekerja sebagai pemandu lori roti Gardenia itu amat kagum dengan keberanian Menteri Besar Terengganu yang sanggup menghadapi apa sahaja risiko demi untuk menolong orang ramai. “Sebenarnya kami dan ramai pengguna jalan raya sudah terpangkap di sini sejak 4 Disember 2013 (hari Rabu) dan kebetulan pada 5 Disember kira-kira jam 9.00 pagi Menteri

Besar Terengganu pulang dari Kuala Lumpur melalui jalan itu,” katanya. Difahamkan beliau (MB) meninggalkan persidangan Umno semata-mata untuk bersama penduduk Kemaman yang sedang dilanda banjir. Memanglah ramai di kalangan kanak-kanak dan orang tua-tua dalam keadaan kelaparan kerana sudah hampir dua hari terperangkap. Katanya, semua makanan di kedai runcit di ‘ stesen minyak Shell’ berhampiran sudah kehabisan dan lain-lain kedai semuanya ditutup. Di depan air, di belakang air Ibarat kata, di depan ada air, di belakang juga ada air, hendak redah tidak mampu, hendak berpatah balik pun tidak dapat, terperangkap di jalan raya di dalam lingkaran air. Sudah ramai mangsa meminta kami membuka pintu lori untuk mendapatkan roti, tetapi kami tidak berani kerana makanan itu bukan milik kami sebagai pamandu dan penghantar,” kata Jumat. Kesemua lori roti Gardenia ini berjumlah empat buah yang terperangkap di situ, dua buah untuk ke Kota Bharu dan dua lagi untuk ke Kuala Terengganu. “Kami tidak berani membuka pintu bahagian belakang lori yang mengandungi roti-roti yang hendak di hantar ke Kota Bharu Kelantan dan Kuala Terengganu kerana ia adalah milik majikan kami,” kata Jumat. “Menteri Besar Terengganu berunding dengan kami dan sanggup membayar RM10 ribu untuk membeli roti-roti tersebut, tetapi kami tidak boleh menerima bayaran atau menjual roti itu kerana itu di luar tugas kami,” sambung Jumat menceritakan secara lanjut kejadian itu. Mereka selaku pemandu lori-lori berkenaan mencadangkan kepada Dato’ Seri Ahmad supaya menghubungi majikannya dan Dato’ Seri berbuat demikian. Beritahu Jumat, talian telefon

kurang elok dan percakapan Menteri Besar Terengganu dengan majikannya terputus-putus. Hasilnya, kami bersetuju untuk membuka ‘seal’ kunci pintu belakang lori itu dengan syarat gambar diambil dan dirakamkan bahawa Dato’ Seri Haji Ahmad yang mengambil perjalanan itu untuk dihantar kepada majikan kami. “Di sinilah kami tengok keberanian, tegas dan kesungguhan MB Terengganu itu untuk membantu mangsa banjir yang kelaparan, terperangkap di jalan raya itu,’ kata Jumat. Setelah membuka pintu bahagian belakang lori itu, Dato’ Seri Ahmad membahagi-bahagikan roti itu kepada mangsa-mangsa dengan penuh kasih sayang dan meminta jangan berebut-rebut. Robin Hood...!!! Apakah cara ini boleh disamakan dengan ‘Robin Hood’ lagenda yang mengisahkan tentang seorang penjahat budiman. Robin Hood juga musuh kepada para penguasa dengan merompak harta dan membahagikan kepada rakyat. Tentulah tidak sama sekali kerana apa yang dilakukan oleh Dato’ Seri Ahmad adalah secara persetujuan dan bukannya cara ‘Robin Hood’. Kebenaran Dato’ Seri Haji Ahmad akhirnya diperakui sendiri oleh wakil Pas, YB Hishamuddin Karim (Adun Tepoh) sewaktu berucap di Persidangan Dewan Undangan Negeri (bajet) baru lalu yang menyifatkan tindakan Menteri Besar itu wajar, bahkan beliau sendiri pun akan berbuat demikian juga. Bertambah benarnya lagi tindakan Dato’ Seri Haji Ahmad yang berjiwa rakyat itu apabila syarikat roti Gardenia bersetuju tidak menerima sebarang bayaran dari Menteri Besar Terengganu, malah menyatakan tindakan bijak seorang pemimpin itu diperakui lantas menjadikan roti-roti itu sebagai derma dan kebajikan untuk mangsa banjir yang terbabit.


BIL:92 • Disember 2013

www.teganukita.blogspot.com

7

Deritamu, Derita kami jua... OLEH: RUSLAN ABDUL RAHMAN

WAKAF RAKYAT

Rakyat didahulukan - Walaupun sibuk dengan kerja seharian namum Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said tetap mengutamakan rakyat mengharungi dan memberi bantuan kepada mangsa banjir di sekitar Kemaman.

langtelipot@yahoo.com

W

alaupun kami tidak terlibat dengan banjir, tidak menanggung derita kesan dari bencana itu, tetapi kami ingin turut berkongsi derita dan kepayahan itu. Rombongan kami (Unit Komunikasi Negeri- UKOM) seramai 15 orang turut sama ke daerah Kemaman pada 15 Disember lalu dengan membawa sedikit bantuan makanan untuk beberapa keluarga di sana. Walaupun tidak seberapa nilainya, tetapi sekurang-kurangnya kami ingin berkongsi mendengar luahan dan keluhan mereka yang baru sahaja menerima ujian Tuhan itu. Kalau selama ini, kami hanya melaporkan berita banjir dan sebagainya, tetapi sebagai pengamal media kami juga ingin turut membantu sama, di samping membuat laporan berita dan isu. UKOM bersama Manis FM dan Skuad Sayang Wanita Umno Bahagian Kemaman diberi kesempatan untuk mengagihkan bantuan di kawasan perumahan Bukit Mentok dan sekitarnya. Sepanjang kira-kira enam jam menziarahi penduduk di situ, kami terasa amat teruja sekali kerana dapat membantu mereka yang benar-benar di dalam kesusahan. Walaupun bau busuk, suasana udara yang kurang bersih dan menempuhi laluan yang dipenuhi sampah-sarap, tetapi kerana hasrat ingin menyelami sama perasaan mereka, kami tidak hiraukan itu

Kongsi derita mangsa banjir - Kakitangan Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Skuad Prihatin UKOM) ke Kemaman bagi membantu mangsa banjir di sana. – Gambar oleh Noraini Jusoh.

semua. Kelihatan perabot yang telah rosak berselerakan di luar rumah mereka, begitu juga kain baju dan pinggan mangkuk kotor bersepahsepah di pinggir rumah. Barang-barang elektrik seperti peti sejuk, mesin pencuci pakaian, kipas dan sebagainya kelihatan di luar rumah, kemungkinan telah rosak teruk. Sebahagian besar barang-barang di dalam rumah telah rosak dan musnah akibat ditenggelami air beberapa hari. Terdapat juga kereta dan motosikal yang tersadai, juga mengalami kerosakan kerana tidak sempat mengalihkannya kerana paras air naik mendadak. Para penghuni rumah kelihatan dalam keadaan penat kerana membersih rumah dan mengemas rumah yang begitu kotor dan bersepah.

Anak-anak kecil yang tidak memahami keadaan sebenarnya nampaknya riang gembira bermain di halaman rumah, biarpun ibu bapa mereka kelihatan muram memikirkan kesukaran pasca banjir. Dalam hati mereka berkata, betapa banyak kerugian yang ditanggung dan bilakah akan dapat digantikan semula barang yang musnah dan rosak itu. Doa dan harapan dimunajatkan kepada Yang Maha Esa agar bantuan terus diperolehi dari masa ke semasa, di samping sedikit sebanyak duit yang ada tersimpan. “Kami berterima kasih kepada Perdana Menteri yang telah mengumumkan bantuan awal RM500 dan kami percaya kerajaan negeri juga akan turut mengeluarkan bantuan tambahan,” kata salah seorang mangsa. Mereka juga melahirkan terima

kasih kepada semua agensi kerajaan, badan-badan sukarela dan semua pihak yang tidak putus-putus dan membantu mereka dan menghulurkan berbagai bentuk derma sama ada pakaian, makanan dan sebagainya. Malahan mereka memuji sikap pemimpin kerajaan, termasuk Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said sendiri dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Seri Haji Ahmad Shabery Cheek (Ahli Parlimen Kemaman) yang turut sama membantu dan mengharungi banjir di saat-saat rakyat dan pengundi mereka di dalam kesusahan. Walaupun ada segelintir pihak yang cuba mempertikaikan peranan kerajaan, agensi dan sebagainya dalam usaha membantu mangsa banjir, tetapi itulah lumrah hidup. Yang suka membangkang dan menentang akan terus bersikap

demikian, dalam keadaan mana sekalipun. Percayalah, mereka yang bersyukur dan berterima kasih sesama insan pasti diberkati. Apa yang utama bagi mereka juga ialah, dapur mereka terus ‘berasap’ dan ahli keluarga mereka dapat menikmati makanan seadanya, walaupun keselesaan tempat tidur dan berehat di dalam rumah masih belum pulih sepenuhnya akibat kerosakan tilam, kerusi dan sebagainya. Semuanya ini menjadi pengajaran kepada kita semua, bahawa keselesaan dan kesenangan itu tidak kekal abadi, tiba waktunya kita pasti diuji oleh Illahi jua. Kami katakan kepada mereka, sabarlah! Allah bersama orang-orang yang sabar. Kami hulurkan beras, gula, gandum, sardin, susu, biskut dan lain-lain makanan sekadar yang termampu untuk bekalan beberapa hari sahaja. Sewaktu di wawancara oleh Manis FM secara lintas langsung, saya menyatakan bahawa sekurang-kurangnya kehadiran kami dan lain-lain sukarelawan dapat mengubat hati mangsa-mangsa banjir itu. “Mereka akan berasa gembira kerana di saat mereka menempuhi kesusahan, ada juga insan lain yang datang dari jauh dan dekat, membantu dan berkongsi sama kesusahan itu”. Cubit peha kanan, paha kira juga ikut terasa. Demikianlah gambaran bahawa kesusahan yang ditanggung oleh mangsa banjir itu turut dirasai oleh kita semua dan bersama-samalah membantu. Deritamu, derita kami jua! Semoga kalian tabah menghadapinya.


8

BIL:92 • Disember 2013

www.teganukita.blogspot.com

SOROTAN PERISTIWA SEPANJANG 2013

T

ahun 2013 bakal berlabuh tirainya dan dalam tempoh 365 hari itu, pelbagai program yang menjurus kepada kepentingan rakyat dan negeri dilakukan, Berikut adalah kronologi perjalanan pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu yang diterajui Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said yang membawa mesej Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan. 5 Januari 2013

Kerajaan negeri melantik Zizan Raja Lawak atau Mohd Razizan Abdul Razak sebagai duta Tahun Melawat Terenganu (TMT) 2013 bagi mempromosi dan memperkenalkan negeri ini kepada pelancong luar Terengganu secara berkesan. Langkah itu dianggap bertepatan kerana Zizan yang juga anak

jati Dungun, Terengganu dijangka mampu memikul tugas dengan cara tersendiri, termasuk mempromosi loghat Terengganu kepada masyarakat umum. Kerajaan negeri membelanjakan RM20 juta bagi melaksanakan aktiviti, galakan dan promosi TMT menerusi Sekretariat TMT 2013. 14 Januari 2013

dengan banjir baru-baru ini sedikit terubat apabila kerajaan negeri bersetuju mengagihkan bantuan sebanyak RM500 kepada semua mangsa bencana alam itu mulai pertengahan Februari ini. Bantuan `one-off’ kepada setiap keluarga yang terlibat itu dianggarkan mencecah sehingga RM4.5 juta akan diberikan kepada mangsa yang mendaftar dengan pusat pemindahan banjir yang diiktiraf.

Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Sultanah Nur 23 Januari 2013 Zahirah (HSNZ) telah mula beroperasi Syarikat Eastern Pacific Properties setelah siap sepenuhnya dengan Sdn Bhd (Epic) melabur RM3.2 juta kos RM14.93 juta beserta peralatan bagi menyediakan perkhidmatan bernilai RM5 juta. Kemudahan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSSB) di Pangkalan Bekalan Kemaman (KSB) di Teluk 17 Januari 2013 Kalong, Kemaman, yang dijangka Kedukaan kira-kira 9,000 beroperasi Februari ini. keluarga di Terengganu yang terlibat Perkhidmatan secara bersepadu

dan pertama seumpamanya di negara ini dibangunkan dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM) bakal memberi kemudahan kepada 250 syarikat yang berpangkalan di kawasan perindustrian itu. 24 Januari 2013

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu. Sambutan Maulidur Rasul yang bertemakan `Wassatiyah Tonggak Kesatuan Ummah’ itu turut diserikan dengan bacaan ayat suci al-Quran, persembahan nasyid, bacaan rawi, syair dan kemudiannya ucapan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said.

30 Januari 2013

Kerajaan Terengganu menjadi penaja utama Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 apabila menyumbang RM2 juta bagi menjayakan kejohanan berbasikal paling berprestij di Asia itu bermula 20 Februari 2013. 1 Februari 2013

Pembangunan Daerah Baru Kuala Nerus di tapak seluas 200 hektar di Gong Badak, Kuala Terengganu mula dilaksanakan dengan kerja-kerja tanah yang membabitkan kos dianggarkan berjumlah RM20 juta bagi peringkat pertama di kawasan seluas 100 hektar melibatkan kerja-kerja pembinaan tapak bangunan, sistem perparitan dan kolam takungan serta jaringan jalan raya.

Antara peristiwa s

Merakyatkan Pentadbiran & Pem

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said bersama SUK, Dato’ Haji Mazlan Ngah menyaksikan pertukaran MoU antara Epic dengan TM membabitkan pelaburan perkhidmatan Kemudahan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi. – (23 Januari 2013)

Bandar Kuala Terengganu bakal berubah wajah apabila PMINT Square yang melibatkan enam komponen seperti Menara PMINT, Wisma PMINT, PB Sentral, Plaza Paya Bunga dan PB Square sedang rancak dibina di kawasan Paya Bunga. – (7 Mac 2013)

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan hadir di Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Terengganu yang Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan juga pegawai kanan kerajaan. – (24 Januari 2013)


BIL:92 • Disember 2013

www.teganukita.blogspot.com

9

SOROTAN PERISTIWA SEPANJANG 2013

1 Februari 2013

Seramai 20 daripada 75 Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA) Amerika Syarikat (AS) yang dihantar ke negara ini ditempatkan di beberapa sekolah terpilih di Terengganu. 1 Februari 2013

Tasik Kenyir yang bakal menjadi destinasi pelancongan utama di Terengganu tidak lama lagi, akan mengubah wajah Kuala Berang menjadi antara bandar termaju di negeri ini, menjelang tahun 2020. Dengan pelbagai kemudahan pembangunan di tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara itu akan mempengaruhi pembangunan bandar Kuala Berang.

3 Februari 2013

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke majlis Ceramah Maulidur Rasul sempena Perkhemahan Maulidur Rasul Pengakap Peringkat Kebangsaan 2013, di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Terengganu. 4 Februari 2013

Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) yang merupakan sebuah hospital swasta terkemuka di Kuala Terengganu telah memperoleh pensijilan ISO 9001: 2008 bagi penyediaan perkhidmatan penjagaan kesihatan pada 21 Disember 2012. Pensijilan tersebut telah dianugerahkan oleh sebuah badan pensijilan bebas terkenal antarabangsa iaitu Moody International Certification (Malaysia) Sdn Bhd

dan Moody International Certifi- persaingan peringkat ketujuh Le untuk menyumbangkan RM100,000 Tour de Langkawi (LTdL) 2013. kepada dua keluarga anggota cation LTD. pasukan keselamatan dari negeri ini yang terkorban dalam peristiwa 26 Februari 2013 4 Mac 2013 TDM Bhd mencapai lebih 80 Kerajaan negeri telah menerbit- pencerobohan pengganas di Kamperatus daripada sasaran 10,000 kan 6,000 buah versi baru Kitab pung Tanduo, Lahad Datu, Sabah, hektar kelapa sawit untuk fasa Al-Fiqhul –Muyassaru Fi-Matla’il baru-baru ini. pertama di Kalimantan, Barat Badraini Wa Majma’il-Bahraini Indonesia. untuk tatapan generasi masa kini. TDM yang merupakan sektor 7 Mac 2013 Bandar Raya Kuala Terengutama dalam perladangan negara ganu akan berubah wajah dalam itu dijangka dapat mencapai sasa- 7 Mac 2013 ran yang ditetapkan berdasarkan Kerajaan negeri telah meluluskan tempoh lima tahun lagi apabila Square, yang melibatkan pertumbuhan baik pengurusan penubuhan satu lagi biasiswa baru PMINT enam komponen bangunan pusat tanaman itu sehingga kini. iaitu Biasiswa Al Watiqu Billah Sultan komersial, ruang pejabat serta hotel, Mizan Zainal Abidin. Biasiswa bakal dibangunkan di kawasan ini khusus untuk pelajar-pelajar Bunga, tidak lama lagi. Paya 28 Februari 2013 Pelumba kelahiran Terengganu, cemerlang negeri ini yang akan Komponen bangunan seperti Mohd Nur Rizuan Zainal yang dihantar ke universiti-universiti Menara PMINT, Wisma PMINT, PB mewakili Pasukan Kebangsaan terkemuka dunia. Sentral, Plaza Paya Bunga dan PB mencuri perhatian peminat Square yang dihubungkan mengsukan berbasikal apabila melongunakan jejantas pejalan kaki bakal jak di tangga ke-12 untuk muncul 7 Mac 2013 menjadi mercu tanda baru di bandar pelumba terbaik Malaysia ketika Kerajaan Terengganu memutuskan Kuala Terengganu.

sepanjang 365 hari

mbangunan Negeri Terengganu

g diadakan di Stadium Negeri, Kuala Terengganu bertemakan ‘ Wassatiyah Tonggak Kesatuan Ummah’ . Turut hadir Menteri

Raja Lawak, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul razak dilantik sebagai duta Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013 bagi mempromosikan dan memperkenalkan Terengganu kepada pelancong luar negeri ini secara berkesan. – (5 Januari 2013)

Gambaran artis Pulau Bayas yang kini dibangunkan sebagai Pulau Bebas Cukai di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, bakal menjadikan tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara sebagai destinasi pelancongan utama di Terengganu. – (1 Februari 2013)


10

BIL:92 • Disember 2013

www.teganukita.blogspot.com

SOROTAN PERISTIWA SEPANJANG 2013

5 Mac 2013

Seramai 15 orang atlet anak Terengganu telah terpilih mewakili negara ke Kejohanan Berbasikal Asia Ke 33 (ACC) dan Kejohanan Berbasikal Junior Ke-20 (AJCC) yang berlangsung di New Delhi, India bermula 5 hingga 17 Mac. Seramai 36 orang atlet berbasikal kebangsaan yang menyertai kejohanan tersebut, 15 orang adalah dari negeri ini. 13 Mac 2013

Lebih 3,000 pelajar yang diberi pinjaman Yayasan Terengganu (YT) layak menikmati potongan 20 peratus jika membayar balik pinjaman itu secara penuh. Pada masa yang sama potongan 10 peratus diberi kepada peminjam yang membuat bayaran

secara ansuran selama 12 bulan agensi dan persatuan di Terengganu berturut-turut. menyemarakkan acara berjalan kaki serentak di seluruh negara sempena program `1Million Women Purple 14 Mac 2013 Walk 2013’, bermula dari Taman Pelbagai projek pembangunan Awam Batu Buruk ke Dataran Pusat Bandar Kuala Terengganu Shahbandar, Kuala Terengganu. (KTCC) bakal melonjak kedudukan Majlis bermula di Dataran ShahKuala Terengganu sebagai Banda- bandar, kemudiannya disusuli lintas raya Warisan Pesisir Air sekaligus langsung ucapan pelancaran muncul bandar ala `mini Dubai’ di 1Malaysia Komuniti PERWANI Malaysia dalam tempoh 10 tahun oleh Perdana Menteri Dato’ Seri akan datang. Mohd Najib Tun Razak, dari Dataran Komponen projek KTCC Putrajaya, kira-kira jam 9.30 pagi. melibatkan kawasan muara utara dan muara selatan dengan kos RM7 bilion meliputi pusat gaya hidup 18 Mac 2012 bersepadu, pusat komersial serta Terengganu terus mencatat hab pendidikan dan kesihatan. peningkatan dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) apabila 2, 861 17 Mac 2013 atau 96.01 peratus daripada 2,980 Lebih 30,000 wanita dari pelbagai calon peperiksan itu tahun lalu

(2012) mencapai lulus penuh sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dan layak mendapat sijil. Malah, dua pelajar STPM dari negeri ini tersenarai sebagai calon terbaik negara iaitu Normadia Manaf bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putra, dan Nor Izyan Suhaimi dari SMK Renek, Besut. 21 Mac 2013

Terengganu mengekalkan momentum kecemerlangan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila merekodkan peningkatan dari segi kualiti pelajar yang memperolehi semua A+ bagi keputusan peperiksaan tahun lalu (2012) berbanding tahun sebelumnya. Berdasarkan keputusan yang di-

umumkan itu, pelajar yang memperolehi semua A+ atau cemerlang tertinggi dalam semua mata pelajaran meningkat empat orang kepada 19 orang berbanding 15 orang pada 2011. 24 Mac 2013

Seramai 427 peserta dari dalam dan luar negara menyertai Kapas-Marang International Swimathon 2013 sejauh 6.5 kilometer yang bermula dari Pulau Kapas dan tamat di Pantai Peranginan Kelulut, Marang. Kejohanan yang dianjurkan kerajaan negeri ini telah masuk tahun ke-14 penganjurannya dan telah mendapat penyertaan daripada 22 negara termasuk Slovakia, Estonia, Bosnia Hezegovina, Australia, Austria, Belgium, Britain, Czech Republic, Germany, Hong Kong,

Antara peristiwa s

Merakyatkan Pentadbiran & Pem Dalam tempoh 10 tahun akan datang, Kuala Terengganu akan muncul sebagai bandar ala ‘mini Dubai’ apabila pelbagai projek bakal dibangunkan dalam KTCC . – (14 Mac 2013)

Pelantikan dua anak Tereng ganu menerajui Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek dan timbalan, Dato’ Jailani Johari . – (16 Mei 2013)

Terengganu mengekalkan kecemerlangan dalam SPM apabila merekodkan peningkatan dari segi kualiti pelajar yang memperolehi semua A+. – (21 Mac 2013)

Sambutan di luar dugaan apabila seramai 427 peserta dalam dan luar negara menyertai Kapas-Marang International Swimathon 2013 dari Pulau Kapas - Pantai Peranginan Kelulut, Marang. – (24 Mac 2013)

Dato’ Seri Haji Ahmad Said dianugerahkan Bapa Transformasi Terengganu Anjung Ilmu di Majlis Apresiasi dan Resepsi Kecemerlangan Pendidikan Terengganu Negeri Anjung Ilmu di Stadium Tertutup, Gong Badak. – (2 April 2013)

Kerajaan Terengganu menyu peristiwa pencerobohan peng


BIL:92 • Disember 2013

www.teganukita.blogspot.com

11

SOROTAN PERISTIWA SEPANJANG 2013

Iran, japan, New Zealand, Spain, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Singapore, United Kingdom, United Zainal Abidin, di Istana Badariah, States dan Malaysia. Kuala Terengganu. Sehubungan itu, bermula 4 April, 32 kerusi DUN seluruh negeri ter2 April 2013 secara automatik dan kosong Menteri Besar Terengganu, bubar selepas pembubaran itu Dato’ Seri Haji Ahmad Said me- mendapatwatikah perkenan baginda. nerima Anugerah Bapa Trasformasi Terengganu Anjung Ilmu di Majlis Apresiasi dan Resepsi Ke- 17 April 2013 cemerlangan Pendidikan Tereng- Pejabat Setiausaha Kerajaan ganu Negeri Anjung Ilmu yang Negeri Terengganu (SUK) meberlangsung di Stadium Tertutup, nerbitkan buletin SUK Lening Kompleks Sukan Gong Badak. bagi menyampaikan berita berkaitan aktiviti dan program jabatan itu sebagai medium 4 April 2013 ilmu serta makDewan Undangan Negeri (DUN) perkongsian lumat untuk manfaat semua Terengganu Ke-12 dibubarkan secara lapisan masyarakat khususnya rasmi berkuatkuasa 3 April selepas penjawat awam negeri. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said mendapat perkenan

30 April 2013

Setiap DUN di Terengganu akan mempunyai sekurang-kurangnya sebuah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat. Setakat ini Terengganu sudah mempunyai tiga KR1M iaitu di Kuala Terengganu, Dungun dan yang terbaharu di Kemaman, yang menjadikan kesemuanya 90 buah KR1M di seluruh negara.

11 Mei 2013

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said mengangkat sumpah jawatan bagi penggal kedua di depan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, di Istana Maziah. Beliau dilantik semula selepas memenangi PRU13 lalu selepas mempertahankan kerusi DUN Kijal. Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang, mengetuai 5 Mei 2013 majlis mengangkat sumpah barisan Barisan Nasional (BN) Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Terengganu kekal mempertahankan Negeri Terengganu (Exco). mandat memimpin negeri selepas memperolehi majoriti mudah memenangi 17 kerusi DUN pada Pili- 16 Mei 2013 han Raya Umum Ke-13 (PRU13). Pelantikan dua anak Terengganu BN memenangi 17 kerusi daripada menerajui Kementerian Komunikasi 32 kerusi DUN seluruh Terengganu. dan Multimedia.

Dua wakil rakyat berkenaan, Ahli Parlimen Kemaman, Dato’Seri Ahmad Shabery Cheek, dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia, manakala timbalannya, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato’ Jailani Johari. 13 Jun 2013

Kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM33.1 juta kepada Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT) bagi mengurus dan melaksanakan pembangunan hutan melibatkan pengurusan sumber hutan, pembangunan sumber hutan, hutan lipur dan ekopelancongan, infrastruktur dan utiliti, pemuliharaan sumber, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) publisiti dan pengembangan perhutanan, kuantiti biji benih dan bekalan tanaman serta operasi dan penguatkuasaan.

sepanjang 365 hari

mbangunan Negeri Terengganu

umbangkan RM100,000 kepada dua keluarga anggota pasukan keselamatan dari negeri ini yang terkorban dalam gganas di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah. – (7 Mac 2013)

Menteri Besar dan barisan Exco Negeri Tereng ganu selepas mengangkat sumpah di Istana Maziah.– (11 Mei 2013)

32 ker u si DU N selur uh neger i terbubar secara automatik dan kosong selepas watikah pembubaran mendapat perkenan Sultan Terengganu . – (4 April 2013)

Lebih 3,000 pelajar yang diberi pinjaman Yayasan Terengganu (YT) layak menikmati potongan 20 peratus jika membayar balik pinjaman itu secara penuh. – (13 Mac 2013)

Lebih 30,000 wanita menyemarakkan acara berjalan kaki serentak di seluruh negara sempena program ‘1Million Women Purple Walk 2013’. – (17 Mac 2013)


12

BIL:92 • Disember 2013

www.teganukita.blogspot.com

SOROTAN PERISTIWA SEPANJANG 2013

16 Jun 2013

Secara rasminya bekas calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Terengganu, Haji Mohd Zubir Embong, dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu yang baru. Pengisytiharan pelantikan beliau diumumkan oleh Setiausaha Dewan Undangan Negeri Terengganu, Encik Azhar Jusoh pada hari pertama Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Sidang DUN Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. 18 Jun 2013

Kerajaan berjaya membawa masuk 19 industri baru ke Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kemaman dengan peluang pekerjaan yang ditawarkan berjumlah hampir 4,000. Usaha itu untuk mempercepat serta memudahkan bagi mana-mana

syarikat mendapat tapak di negeri Beliau meninggalkan seorang balu, Azizah M Omar, 53, serta ini demi kepentingan rakyat. empat anak tiga perempuan dan seorang lelaki. 19 Jun 2013 Terengganu dijangka memperoleh 3 Julai 2013 hasil pendapatan baharu berikutan Kerajaan negeri memberi sumpenemuan Mineral Andalusit, sejenis bangan RM10,000 kepada keluarga bahan mineral dalam bentuk Kristal. Allahyarham Ibrahim Mohd Taib, Mineral Andalusit ialah sejenis 54, seorang pengiat seni teater bahan yang tahan panas pada suhu yang lebih dikenali melalui sajak yang tinggi dan lazimnya diguna ‘Orang Ulu’ yang meninggal dunia dalam industri besi. dalam satu kemalangan jalan raya 26 Jun 2013

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan,Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, YB Dr A Rahman Mokhtar, 54, yang juga Adun Kuala Besut, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu jam 10.18 pagi.

4 Julai 2013

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said mengumumkan nama baru bagi Kompleks Istana Bukit Chendering, Kuala Terengganu dengan gelaran Istana Syarqiyyah yang memberi maksud `Permata Timur’. Nama baru yang mendapat perkenan Sultan Terengganu,

Sultan Mizan Zainal Abidin dan Membina & Menyiapkan Projek Ahli-ahli Majlis Mesyuarat SMK Alor Peroi. Kerajaan Negeri itu diumumkan pada Majlis Pemasyhuran Nama dan Istiadat Menaikkan Bendera 17 Julai 2013 di Istana Syarqiyyah, Chendering, Kerajaan Pusat meluluskan perunKuala Terengganu. tukan RM250 juta bagi membiayai projek mendalamkan muara Sungai Kuala Besut bagi kemudahan 16 Julai 2013 golongan nelayan dan pelancong Sebuah sekolah menengah baru untuk ke Pulau Perhentian. bernilai RM28 juta akan dibina di Kampung Alor Peroi, Kuala Besut, 24 Julai 2013 bagi menempatkan pelajar di sekitar Barisan Nasional (BN) mengekalkan kawasan berkenaan. kerusi Dewan Undangan Negeri Dengan adanya kemudahan itu, (DUN) Kuala Besut apabila calonpelajar tidak perlu berulang-alik nya Tengku Zaihan Che Ku Abdul dengan jarak yang jauh dan merin- Rahman menewaskan calon Pas, gankan beban ibu bapa mereka. Endot @ Azlan Jusuh pada Pilihan Pembinaan sekolah itu mulakan Raya Kecil (PRK) DUN berkenaan. Ogos lalu diumumkan oleh Timbalan Tengku Zaihan mendapat 8,288 Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin undi manakala lawannya hanya Mohd Yasin ketika menyempur- mendapat 5,696 undi. nakan Majlis Pecah Tanah Cadangan

Antara peristiwa s

Merakyatkan Pentadbiran & Pem Kompleks Istana Bukit di Chendering, Kuala Terengganu diberi gelaran Istana Syarqiyyah yang memberi maksud ‘Permata Timur’. – (4 Julai 2013)

Terengganu mencatatkan seramai 24 bayi selamat dilahirkan di hospital seluruh negeri sempena Hari Kemerdekaan ke 56. – (31 Ogos 2013)

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) menterai perjanjian bagi mengadakan kerjasama dalam yang dikenalpasti . – (28 September 2013)

Kerajaan negeri memperuntukkan RM3.6 juta kepada 3,677 pelajar seluruh Terengganu yang bakal melanjutkan pelajaran ke IPT peringkat ijazah. – (30 Ogos 2013)

Barisan Nasional (BN) mengekalkan calonnya Tengku Zaihan Che Ku Abd pada PRK DUN berkenaan. – (24 Jul


BIL:92 • Disember 2013

www.teganukita.blogspot.com

13

SOROTAN PERISTIWA SEPANJANG 2013

30 Ogos 2013

Kerajaan negeri memperuntukkan RM3.6 juta kepada 3,677 pelajar seluruh Terengganu yang bakal melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara peringkat ijazah bagi kemasukan pertama tahun ini. Berdasarkan bilangan itu, setiap pelajar layak menerima wang tunai RM1,000, sebagai langkah meringankan bebanan kewangan ibu bapa, selain melahirkan modal insan serba boleh pada masa akan datang. 31 Ogos 2013

Terengganu mencatatkan seramai 24 bayi selamat dilahirkan di hospital seluruh negeri ini ketika masyarakat menyambut Hari Kemederdekaan Ke 56. Berdasarkan bilangan itu, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

mencatatkan bilangan kelahiran paling tinggi iaitu seramai 10 bayi diikuti Hospital Kemaman (5 bayi) dan Hospital Dungun pula 4 bayi. Manakala Hospital Besut dan Hospital Setiu masing-masing (2 bayi) dan Hospital Hulu Terengganu dengan bilangan seorang bayi. 2 September 2013

Sultan Terenganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan Kompleks Haji dan TH Hotel Terengganu, Kuala Nerus. Kompleks itu akan beroperasi sebagai ‘one-stop center’ melibatkan semua proses urusan haji bermula dari melapor diri, daftar masuk, pemeriksaan bagasi dan imigresen dapat dijalankan dengan lebih teratur. Selain itu TH Hotel juga menyediakan kemudahan bilik penginapan

untuk bakal jemaah haji yang datang supaya memberi manfaat berterusan dari jauh dan juga boleh digunakan kepada masyarakat. sewaktu berlakunya kelewatan atau pindaan waktu penerbangan. 25 September 2013

12 September 2013

Kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM8 juta untuk membangunkan pusat penyelidikan Tasik Kenyir yang bertindak sebagai pusat pengumpulan data saintifik mengenai ekosistem akuatik dan kawasan persekitaran tasik seluas 38,000 hektar itu. Sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan menggerakkan projek itu bagi memastikan kepelbagaian sumber alam dan ekosistem tidak ternilai di tasik berkenaan diuruskan secara mampan

Persefahaman (MoU) di Primula Beach Resort, bagi mengadakan kerjasama dalam beberapa bidang yang telah dikenalpasti. Pada majlis itu, Ketengah diwakili Pengurus Besarnya, Haji Wan Mat Amin Wan Daud manakala Mardi diwakili Ketua Pengarahnya, Dato’ Dr Sharif Haron.

Kerajaan Pusat memperuntukkan RM17.1 juta untuk melaksanakan 163 projek di tujuh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri Terengganu. Daripada jumlah itu sebanyak RM5.3 juta disediakan untuk melak- 9 Oktober 2013 sanakan projek-projek kecil dan Terengganu Incorprated RM5 juta lagi untuk melaksanakan Sdn Bhd (TISB) mengagihkan projek-projek kampung tradisional. RM20,178, 156.81 kepada pemegang sahamnya terdiri daripada agensi-agensi kerajaan 28 September 2013 sebagai dividen keunLembaga Kemajuan Tereng- negeri tungan syarikat yang diperolehi ganu Tengah (Ketengah) dan bagi tahun kewangan berakhir Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) 2012. menandatangani Memorandum

sepanjang 365 hari

mbangunan Negeri Terengganu

kerusi DUN Kuala Besut apabila dul Rahman menewaskan calon pas lai 2013)

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan Kompleks Haji dan TH Hotel Terengganu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu – (2 September 2013)

Adun Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah , Kuala Terengganu, jam 10.18 pagi. – (26 Jun 2013)

Terengganu Inc. Sdn Bhd mengagihkan dividen keuntungan kepada syarikat yang diperolehi bagi tahun kewangan yang berakhir 2012 . – (9 Oktober 2013)

Haji Mohd Zubir Embong dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri yang baru . – (16 Jun 2013)


14

BIL:92 • Disember 2013

www.teganukita.blogspot.com

SOROTAN PERISTIWA SEPANJANG 2013

26 Oktober 2013

Seramai 24,330 pelajar Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dari tahun dua hingga enam seluruh Terengganu berjaya khatam al-Quran. Majlis khatam al-Quran telah diadakan serentak di tujuh daerah iaitu Kuala Terengganu (6,830); Besut (3,518); Setiu (3,198); Dungun (2,926); Kemaman (2,816);Marang (2,805) dan Hulu Terengganu 2,237.

6 November 2013

Kerajaan negeri bersedia memberikan bantuan yang diperlukan Pusat Hippoterapi dan ‘Riding For Disable Association’ (RDA) cawangan Terengganu bagi meringankan beban pusat berkenaan dalam menye-

diakan rawatan terapi berkuda (Hippoterapi) untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU). kerajaan negeri sedia memberi bantuan kepada RDA berdasarkan keperluan yang diperlukan pusat terbabit dan akan dilakukan secara berperingkat. 7 November 2013

Majlis Khatam al-Quran yang diperkenalkan kerajaan negeri melalui Yayasan Islam Terengganu (YIT) berjaya mengkhatamkan 42,887 kanak-kanak seawal usia 5 dan 6 tahun di seluruh Terengganu sejak diperkenalkan lapan tahun lalu. Hampir setiap tahun jumlah itu sentiasa meningkatkan di mana, seramai 937 kanak-kanak berjaya khatam pada 2006, diikuti 2,010 kanak-kanak (2007);

2,660 kanak-kanak (2008); 2,660 kanak-kanak (2009); 6,246 kanakkanak (2010); 7,930 kanak-kanak (2011); 9,639 kanak-kanak 2012 dan 10,805 kanak-kanak pula berjaya khatam pada tahun ini 10 November 2013

Terengganu melalui Wilayah Ekonomi Pantai Timur Pantai Timur (ECERDC) kini mengalami transformasi yang amat membanggakan di mana berjaya menarik pelaburan swasta bernilai RM20.4 bilion dalam tempoh lima tahun. Pelaburan ini sekaligus memberi 10,850 peluang pekerjaan untuk rakyat Terengganu serta memberi manfaat kepada 800 usahawan baru.

Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan Pusat Pendidikan Alam Sekitar `Eco Care’, di Kampung Labohan, Kerteh, Kemaman Eco Care merupakan pusat pendidikan dan infomasi pertama di Pantai Timur yang memberi pengetahuan mengenai penjagaan alam sekitar serta pemuliharaan kawasan paya bakau di sepanjang Sungai Kerteh, Kemaman 21 November 2013

Adun Jertih, YB Haji Muhammad Pehimi Yusof dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (Exco) yang baru, di Majlis Pelantikan dan Melafaz Sumpah Jawatan Exco, di Istana Syarqiyyah, 20 November 2013 Kuala Terengganui. Sultan Terengganu, Sultan Berkenan berangkat ke

majlis itu, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin diiringi Tengku Sri Temenggong Raja dan Setiausaha Dewan Pangkuan DiRaja, Datuk Wan Ahmad Fauzi Wan Husain. 23 November 2013

Kerajaan negeri akan menambah peruntukan kepada RM18.9 juta untuk mengurus 65 Taska Permata Keluarga (TPK) di seluruh Terengganu pada tahun depan. Sebanyak RM16.6 juta yang melibatkan kos pengurusan dan perlaksanaan program bagi seluruh TPK di bawah Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) dibelanjakan pada tahun ini. 24 November 2013

Kerajaan negeri mengambil

Antara peristiwa s

Merakyatkan Pentadbiran & Pem

Seramai 500 peserta pasuan empat roda dari 30 buah negara menyahut cabaran Terengganu Rainforest Challenge selama 10 hari di negeri ini. – (1 Disember 2013)

ECERDC mengalami tranformasi yang amat membanggakan di mana berjaya menarik pelabur swasta bernilai RM20.4 bilion dalam tempoh lima tahun. – (10 November 2013)

Dun Jertih, YB Haji Muhammad Pehimi Yusof dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (exco) yang baru. – (21 November 2013)

MoU antara kerajaan negeri dengan UTeM bagi mendalami dan menguna pakai teknologi maklumat dan komunikasi berkaitan pengurusan hutan secara bersepadu. – (24 November 2013)


BIL:92 • Disember 2013

www.teganukita.blogspot.com

15

SOROTAN PERISTIWA SEPANJANG 2013

langkah proaktif dalam usaha mendalami dan mengguna pakai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) berkaitan pengurusan hutan secara bersepadu apabila menjalinkan memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). MoU ditandatangani Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah dan Naib Canselor UTeM, Prof Dato’ Ahmad Yusoff Hassan sambil disaksikan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Mohd Zubir Embong di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

ga Terengganu (YPKT) berjaya menghafaz muqaddam (23 surah lazim) dan dianugerahkan sijil pada Majlis Hafaz Muqaddam Kanak-Kanak Taska Permata Keluarga yang berlangsung di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu.. 27 November 2013

Kerajaan negeri meneruskan tradisi memperuntukkan sumbangan kewangan RM1.4 juta kepada setiap persatuan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di seluruh Terengganu. Pentadbiran tahunan itu disediakan kepada semua persatuan dan NGO yang berdaftar dengan Jabatan Perdaftaran Pertubuhan 25 November 2013 Seramai 1168 anak-anak Malaysia (ROS) dan bergerak Taska Permata Keluarga (TPK) aktif sahaja. Yayasan Pembangunan Keluar-

1 Disember 2013

Seramai 500 peserta pacuan empat roda dari 30 buah negara menyahut cabaran Terengganu Rainforest Challenge 2013 selama 10 hari di negeri ini. Program kali kelima anjuran kerajaan negeri, turut disertai 50 wakil media dari 13 buah negara. 6 Disember 2013

DYMM, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal berkenan melawat beberapa pusat perpindahan banjir di daerah Kemaman. Baginda berkenan menyampaikan bantuan berupa barang keperluan harian kepada mangsa di pusat perpindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Seri Iman Kemaman serta meninjau keadaan jalan yang terjejas teruk di Bukit Mentok.

6 Disember 2013

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meninjau kawasan dan penempatan mangsa banjir di sekitar Bandar Chukai, Kemaman menaiki lori Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke pusat pemindahan banjir sejauh kira-kira 5 kilometer dari persimpangan Mak Lagam untuk berjumpa dan bertanya khabar mangsa banjir yang ditempatkan di situ selepas menyampaikan bantuan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Banggol, Paya Berenjut.

11 Disember 2013

Temasya sukan SEA Myanmar 2013 ( 11 Disember - 20 Disember) menyaksikan penguasaan anak Terengganu di pentas antarabangsa apabila 61

atlet mewakili 20 acara sukan seperti ekuestrian, kanu, memanah, pencak silat, berbasikal, angkat berat, hoki, perahu layar dan olahraga. Antara permata negeri yang berjaya menghadiah emas buat negara termasuk atlet ekuestrian, Mohd Sulaiman Muda, 27 dan Mohd Bulkhari Rozali, 25, serta pemanah, Khairul Anwar Mohamad, 22. 19 Disember 2013

Terengganu terus mengekalkan rekod sebagai negeri yang mencatatkan pencapaian terbaik dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) buat lima tahun berturut-turut. Keputusan PMR 2013 yang diumumkan baru-baru ini juga merupakan satu sejarah bagi negeri ini apabila pencapaian itu merupakan yang tertinggi dalam tempoh sembilan tahun.

sepanjang 365 hari

mbangunan Negeri Terengganu

DYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan melawat mangsa banjir di beberapa pusat perpindahan banjir di daerah Kemaman.. – (6 Disember 2013)

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan Pusat Pendidikan Alam Sekitar ‘Eco Care’ di Kampung Labohan, Kerteh, Kemaman. – (20 November 2013)

Seramai 24,330 pelajar Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dari tahun dua hingga enam seluruh Terengganu berjaya khatam al-Quran.. – (26 Oktober 2013)

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meninjau kawasan dan penempatan mangsa banjir dis ekitar Bandar Chukai, Kemaman, Terengganu. – (6 Disember 2013)


16

BIL:92 • Disember 2013

www.teganukita.blogspot.com

SOROTAN PERISTIWA SEPANJANG 2013

Kedatangan pelancong lebihi sasaran Kejayaan itu berdasarkan pelbagai pendekatan dan juga inisiatif yang dirangka kerajaan termasuk menjual nama Terengganu dalam promosi di ekspo dan pameran pelancongan dalam dan luar negara melalui Tourism Malaysia Oleh AIDA ABD RAHMAN dan NORAINI JUSOH

K

ukomtrg123@gmail.com

omitmen dan perancangan jitu semua penggiat pelancongan negeri berjaya merealisasikan sasaran empat juta pelancong mengunjungi dan menginap di Terengganu sempena Tahun Melawat Terengganu 2013 (TMT 2013). Sasaran itu dicapai sehingga November lalu, malah jumlah berkenaan akan terus meningkat sebelum TMT 2013 menutup tirainya. Kejayaan itu berdasarkan pelbagai pendekatan dan juga inisiatif yang dirangka kerajaan termasuk menjual nama Terengganu dalam program promosi di ekspo dan pameran pelancongan dalam serta luar negara melalui Tourism Malaysia. Antaranya menyertai MATTA Fair Kuala Lumpur, Malaysia International Dive Expo Kuala Lumpur, NATAS FAIR Singapore, ITB Berlin, World Trade Market London, Shanghai Travel Expo China, Beijing International Travel Fair China dan Korea World Tourism Fair Seoul. Selain memberi tumpuan kepada penganjuran acara pelancongan berasaskan destinasi seperti Kapas - Marang International Swimathon, Fiesta Candat Sotong, Kenyir Cup, Perhentian Island Challlenge, Kenyir Lake International Triathlon dan Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun, kerajaan negeri yang menggariskan 27 acara utama TMT 2013, turut melakukan nilai tambah di beberapa pusat pelancongan yang menjadi tarikan utama pelancong ke negeri ini. TMT 2013 menyingkap tirainya dengan acara Karnival 1Malaysia Tahun Baru Cina, Kuala Terengganu (Januari), diikuti Le Tour De Langkawi 2013 yang melibatkan seluruh daerah di negeri ini pada Februari hingga Mac. Manakala International Terengganu Star-

hill 4X4 Challenge 2013 (pinggiran Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak), Kenyir Lake International Triathlon 2013 (Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir) dan Cabaran Reka Cipta Islam dan Perasmian Kincir Air Taman Tamadun Islam (TTI) sepanjang Mac. Sementara pada April pula Bidong Underwater & Land Challenge (Pulau Bidong), Petronas Cub Prix (Kompleks Sukan Gong Badak), Boat On The Road (Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu), Terengganu World Invitational Jetrace Chellenge 2013 (Pantai Batu Buruk,Kuala Terengganu) dan Kapas-Marang International Swimathon 2013 (Pantai Kelulut, Marang). Sebahagian lagi program TMT bermula Mei termasuk Pelancaran Karnival Candat Sotong Harian Metro 2013, ( Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu), Karnival GP Joran 2013 (Pantai Teluk Lipat, Dungun) dan Pesta Pantai Terengganu 2013 pada Mei hingga Jun. Pada Jun, acara Terengganu International Islamic Art Festival (TTI), International Tebu Mountain Challenge 2013 (Hutan Lipur Air Terjun Chemerong), menjelang Ogos pula diadakan Pertandingan Pelita Raya 2013 (Tepoh, Kuala Terengganu), diikuti Larian Jambatan Sultan Mahmud (penamat dan penutup di Pantai Batu Buruk.) Sementara sepanjang Oktober hingga Disember pula, Piala Sultan Mizan (Lembah Bidong, Setiu), International Perhentian Island Challenge, Kenyir Cup, Terengganu Eco & Marine Tourism Conference (TEMCO), Terengganu Quiksilver Best Event Surfing Contest 2013 (Pantai Batu Buruk) serta Kejohanan kapal Layar Piala Monsun 2013 (Pulau Duyong) dan Chemerong International Challenge (Hutan lipur Chemerong, Dungun) menutup tirai acara TMT 2013 Terengganu sekali lagi menjadi perhatian

dunia sebagai hos lokasi perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 pada 21 Februari – 2 Mac lalu apabila pelumba memulakan kayuhan peringkat kelapan dari Kuala Terengganu hingga Tanah Merah, kelantan pada 28 Februari lalu. Seramai 132 pelumba yang mewakili 22 pasukan dari seluruh dunia berkampung di depan Pasaraya Maiden Mall, Kuala Terengganu bagi meneruskan kayuhan sejauh 164.5 kilometer (km). Seramai 575 peserta daripada 28 buah negara telah menyertai Kenyir Lake International Triathlon 2013 (KLIT) pada 10 Mac lalu seperti Australia, Belgium, Canada, Sepanyol, Perancis, Czech Republick dan lain-lain. Tahun 2013 juga telah mencatat penyertaan teramai berbanding tahun-tahun sebelumnya seperti pada tahun 2012, hanya melibatkan 380 peserta daripada 13 buah negara. Dalam pada itu, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan memancing Boat On The Road anjuran Media Prima dengan kerjasama Kerajaan Terengganu, di Tasik Kenyir pada 14 Jun-16 Jun. Bagi kategori Berkumpulan Casting, Kumpulan Alucast 4 muncul johan dan menggondol hadiah wang tunai RM15,000 dan pelbagai hadiah sampingan yang disediakan pihak penaja. Tempat kedua telah dimenangi Kumpulan Alucast 4 yang meraih wang tunai RM10,000 dan hadiah sampingan. Manakala tempat ketiga kategori berkenaan dimenangi Kumpulan Pacat 4 yang meraih wang tunai RM5,000 serta hadiah-hadiah iringan. Festival Gamelan Sedunia 2013 pada25 Oktober -27 Oktober lalu memberi impak yang besar bukan sahaja dalam aspek kemasukan penggiat gamelan dari luar negara ini, malah menjadikan Terengganu sebagai hab rujukan gamelan di seluruh dunia.

Festival gamelan yan ganu ini membuka pelua untuk menikmati ketiga dunia, iaitu gamelan dan juga gamelan Bali s satu masa. Selain itu, Kerajaan retariat Tahun Melawat T turut menganjurkan prog Dive 2013’ pada 30 Og Pulau Bidong. Program julung kali den Coral Malaysia dilaksan tahun Kemerdekaan M Ogos dan sambutan H gan tawaran hadiah k RM18,000. Pada 26 Septembe pula, Kerajaan Terengga Menara Kuala Lumpur Terengganu @ Menara karangan 1Malaysia Cu kesinambungan progra sejak empat tahun lalu Acara itu mampu men dan kepelbagaian destin enian, permainan dan m pelbagai produk kraftang tempatan dan antaraba Persatuan Pelancong dengan kerjasama keraja terian Pelancongan Ma Seminar Pelancongan A dan Pelancongan 2013, Resort pada 18 Novem Seminar yang mem diadakan memberi tum memartabatkan sektor ini khususnya dan mem praktikal serta menca memberi inspirasi kepa


ng dianjurkan di Terengang kepada orang ramai a-tiga jenis gamelan Melayu, gamelan Jawa secara serentak dalam

negeri menerusi SekTerengganu (TMT) 2013 gram `TMT Merdekaraya gos - 1 September di

ngan kerjasama Yayasan nakan sempena ulang alaysia ke-56 pada 31 Hari Raya Aidilfitri denkeseluruhan berjumlah

er hingga 2 Oktober anu dengan kerjasama r menganjurkan Pesta Kuala Lumpur di perultural Village, sebagai am yang diperkenalkan u. ngetengahkan keunikan nasi, kebudayaan, kesmasakan tradisonal serta gan kepada pengunjung angsa. gan Negeri Terengganu aan negeri dan Kemenalaysia menganjurkan Antarabangsa Eko Marin di Hotel Primula Beach mber - 19 November. masuki edisi keempat mpuan terhadap usaha pelancongan di negeri mbincangkan idea-idea ari penyelesaian yang ada perubahan positif

BIL:92 • Disember 2013

www.teganukita.blogspot.com

SOROTAN PERISTIWA SEPANJANG 2013

dalam sektor Eko & Pelancongan Marin. Festival Kesenian Islam Antarabangsa Terengganu TIIAF edisi kedua selama tiga hari bermula 15 November menarik tumpuan ramai ke TTI, sebagai satu medium menyemai kecintaan dan menyuburkan kesenian Islam, khususnya khat yang berkait rapat dengan tulisan jawi. Menerusi TIIAF, kegemilangan khat cuba dimasyhurkan semula di mana penulisannya yang cukup indah dan berseni tidak hanya pada kertas, malah pelbagai medium lain turut diolah dan digunapakai seperti kanvas, kayu, serta logam. Selain seminar dan bengkel festival yang menarik penyertaan tokoh-tokoh khat di peringkat antarabangsa, turut diadakan pertandingan seni khat kategori antarabangsa, kebangsaan, spontan sekolah dan terbuka, menggunakan pelbagai medium di samping ‘Batikhat’. TIIAF 2013 disertai 100 penggiat kaligrafi berpengalaman dari 20 buah negara. Sementara itu, Piala Monsun 2013 yang berlansung dari 25 November hingga 30 November, menyaksikan buat julung kali, Skipper pasukan US One, Taylor Canfield membuat kejutan apabila merangkul gelaran Jelajah Dunia Match Racing Alpari (AWMRT) selepas menyingkirkan pencabar terdekat, Ian Williams yang juga merupakan juara dua tahun berturut-turut. Meskipun skipper dari Virgin Islands, Amerika Syarikat itu tewas 1-3 kepada pasukan WAKA Racing yang dikemudi Phil Robertson pada saingan separuh akhir Piala Monsun, ia tidak menghalang pasukan mereka untuk bersorak kemenangan awal selepas pencabar terdekatnya Williams dari pasukan GAC Pindar itu tewas 0-3 di pusingan akhir di tangan Robertson. Pada saingan separuh akhir Piala Monsun yang berlangsung di Pulau Duyong Williams telah menewaskan Mathieu Richard (GEFCO Match Racing Team) dengan kemenangan 3-1. Lebih 100,000 masyarakat tempatan dan luar Terengganu mengunjungi Pameran Haiwan Berbisa 2013 bertempat di Kompleks Muzium Negeri Terengganu, Losong, Kuala Terengganu bermula 21 Oktober hingga akhir tahun ini. Pameran anjuran Lembaga Muzium Negeri Terengganu berlangsung tiga bulan itu mempamerkan pelbagai spesies ular, jengking da labah-labah berbisa Kerajaan negeri juga bercadang TMT diadakan setiap tahun bermula 2014.

17


18

BIL:92 • Disember 2013

www.teganukita.blogspot.com

SOROTAN PERISTIWA SEPANJANG 2013

T

9 Mei 2013 – Dato’ Seri Haji Ahmad said kekal MB eka teki siapa menerajui Kerajaan Terengganu terjawab apabila penyandang Dato’ Seri Haji Ahmad Said dilantik semula sebagai Menteri Besar Terengganu untuk penggal kedua. Beliau yang menerima watikah pelantikan dari Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak menyerahkan watikah berkenaan kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, di Istana Badariah, Kuala Terengganu, kira-kira jam 3 petang. Dato’ Seri Haji Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal menghadap Sultan Terengganu kira-kira jam 2.45 petang tanpa ditemani pegawai kanan kerajaan negeri atau Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Dato’ Seri Haji Ahmad Said menerima watikah perlantikan sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua yang diperkenankan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Maziah 11 Mei 2013.

Kronologi perlantikan dan penubuhan kerajaan Dato’ Seri Haji Ahmad Said dilantik semula sebagai Menteri Besar Terengganu untuk penggal kedua

11 Mei 2013 – Menteri Besar angkat sumpah di Istana Maziah Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said mengangkat sumpah jawatan tersebut bagi penggal yang kedua di depan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, di Istana Maziah, Kuala Terengganu. Beliau dilantik semula menyandang jawatan berkenaan setelah menang Pilihan Raya Umum Ke13 (PRU13) dengan mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal. Dato’ Seri Haji Ahmad turut mempengerusikan Jawatankua-

sa Perancang, Kewangan dan Pelaburan, Tanah, Petroleum dan Sumber Asli, Kerajaan Tempatan dan Perumahan. 11 Mei 2013 – Majlis angkat sumpah exco di Istana Maziah Bekas Speaker DUN Terengganu, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang pula, mengetuai majlis mengangkat sumpah barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (Exco) Adun Kuala Berang itu dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan. Dato’ Mohd Jidin Shafei (Adun Permaisuri) pula dilantik sebagai Pengerusi jawatankuasa Pelancongan, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, diikuti Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman (Adun Seberang Takir) selaku Pengerusi Jawatankuasa Sains & Teknologi, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Air. Manakala Adun Telemong, Haji Rozi Mamat pula mengetuai Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia dan Dr A Rahman Mokhtar (Adun Kuala Besut) memegang Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Lain-lain, IR Rosli Othman (Kemasek) dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pengangkutan; YB Nawi Mohamad (Hulu Besut) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Industri Asas Tani dan Perusahaan Perladangan & Komoditi . YB A Latiff Awang pula Pengerusi Ja wa t a nkua s a Tr a ns fo r ma s i Kerajaan, Penyampaian, Pengurusan

Menteri Besar bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu .


BIL:92 • Disember 2013

www.teganukita.blogspot.com

SOROTAN PERISTIWA SEPANJANG 2013

Prestasi dan Teknologi Maklumat. Sementara YB Roslee Daud memegang portfolio Usahawan, Pembangunan Luar Bandar,Kepenggunaan dan Koperasi, dan YB Ghazali Taib mengetuai Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-Tugas Khas. 20 Mei 2013 – Rombakan Kecil Exco Menteri Besar mengumumkan kerajaan negeri itu bakal melakukan rombakan kecil melibatkan Exco bagi membolehkan portfolio yang diwujudkan seiring dengan penubuhan kementerian serta Kabinet yang baru ditubuhkan Kerajaan Pusat. Menteri Besar berkata langkah itu diambil bagi menampung pelbagai peranan dan tugas terhadap rakyat yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan negeri agar ia seimbang dengan tanggungjawab di peringkat Pusat. 16 Jun 2013 – Speaker, Adun angkat sumpah jawatan Bekas calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Terengganu PRU13), Haji Mohd Zubir Embong, dilantik sebagai Yang Dipertua DUN Terengganu yang baru. Pengisytiharan pelantikan beliau diumumkan oleh Setiausaha Dewan Undangan Negeri Terengganu, Encik Azhar Jusoh pada hari pertama Mesyuarat Pertama Penggal Pertama DUN Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Encik Azhar mengumumkan perkara itu selepas mendapat perkenan dan berdasarkan watikah pelantikan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. Haji Mohd. Zubir yang merupakan bekas Ketua Sektor Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) kemudian mengangkat sumpah jawatan tersebut pada sidang hari pertama yang dihadiri kesemua 32 Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu. Selepas itu disusuli pula upacara mengangkat sumpah oleh kesemua Adun dengan diketuai oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said serta 16 wakil rakyat BN sebelum kesemua 15 Adun daripada parti pembangkang turut mengangkat sumpah. Ia merupakan persidangan pertama Sidang DUN Terengganu selepas PRU13 yang menyaksikan BN mempertahankan pemerintahannya dengan memenangi 17 daripada 32 kerusi DUN dan empat daripada lapan kerusi Parlimen di negeri itu.

Pilihan Raya Kecil dan pelantikan Exco baru

A

26 Jun 2013 hli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut, YB Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat kanser paru-paru, di Hospital Sultanah Nur Zahirah, jam 10.18 pagi. Allahyarham menjadi Adun Kuala Besut selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) serta dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada 8 April 2008 sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Negeri. Beliau sekali lagi kekal sebagai Adun Kuala Besut bagi penggal kedua selepas memenangi PRU13 dan dilantik mengetuai portfolio Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri sejak 11 Mei 2013. 27 Jun 2013 Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Haji Mohd Zubir Embong menyerahkan surat bagi memaklumkan kekosongan kerusi DUN Kuala Besut (N1) kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri, berikutan kematian YB Dr A Rahman. Surat berkenaan disampaikan kepada Pengarah SPR negeri, Encik Fakhrul Razi Ab Wahab di Pejabat DUN, Wisma Darul Iman. 24 Julai 2013 Barisan Nasional mengekalkan kerusi DUN Kuala Besut apabila calonnya Tengku Zaihan Che Ku

Barisan Nasional mengekalkan kerusi DUN Kuala Besut apabila calonnya, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman menewaskan calon Pas pada Pilihan Raya Kecil DUN berkenaan pada 24 Julai 2013.

Abdul Rahman menewaskan calon Pas, Endot @ Azlan Jusuh pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN berkenaan. 21 November 2013 Adun Jertih, YB Haji Muhammad Pehimi Yusof dilantik sebagai Exco yang baharu, di Majlis Pelantikan dan Melafaz Sumpah Jawatan

Exco, di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu. Berkenan berangkat dan menyaksikan acara pelantikan berkenaan, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. Baginda turut diiringi Tengku Sri Temenggong Raja dan Setiausaha Dewan Pangkuan DiRaja, Datuk Wan Ahmad Fauzi Wan Husain.

Adun Jerteh, YB Haji Muhammad Pehimi Yusof dilantik sebagai Exco yang baru pada 21 November 2013.

Adun Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar (gambar kecil) meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah akibat kanser paru-paru jam 10.18 pagi, 26 Jun 2013.

Pada 27 Jun 2013, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Haji Zubir Embong menyerahkan surat makluman kekosongan kerusi DUN Kuala Besut kepada SPR.

19


20

BIL:92 • Disember 2013

www.teganukita.blogspot.com

SOROTAN PERISTIWA SEPANJANG 2013

Sekitar sambutan Ula Hari Keputeraan S Sultan Mizan

Istiadat Perbarisan dan Tembak Hormat ( 7 Julai 2013 ): ultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat ke Istiadat Perbarisan dan Tembak Hormat sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-51 Hari Keputeraan baginda, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS), Kuala Terengganu. Baginda diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah serta Tengku Sri Temenggong Raja,Tengku Bentara Raja dan To’ Puan Seri Tengku Halifah Kasnihah Tengku Su.

S

Majlis Istiadat Penghadapan dan Istiadat Pergurniaan Bintang-bintang Darjah Kebesaran Negeri. ( 9 Julai 2013) Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah berkenan berangkat ke Majlis Istiadat Penghadapan dan Istiadat Pergurniaan Bintang-bintang Darjah Kebesaran Negeri di Istana Syarqiyyah, Chendering, Kuala Terengganu.

Turut berkenan berangkat Raja Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan. Seramai 107 penerima bintang dan darjah kebesaran dan didahului dengan Setiausaha Kerajaan Terengganu Dato’ Haji Mazlan Ngah dan Panglima Tentera Darat Malaysia Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin. Mereka berdua dianugerah darjah Seri Paduka Mahkota Terengganu (S.P.M.T) yang membawa gelaran Dato’. Majlis Berbuka Puasa ( 14 Julai 2013 ): Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa dan Pengurniaan kepada Anak Yatim dan fakir miskin di Istana Maziah, Kuala Terengganu. Lebih 500 fakir miskin dan anak yatim dari pelbagai pelbagai latar belakang, pertubuhan dan sekolah hadir menerima agihan duit raya yang disampaikan Sultan Mizan dan Sultanah Nur Zahirah.

Majlis Makan Malam ( 22 September 2013 ): Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam. Keberangkatan baginda berdua disambut Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said bersama isteri To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud; Setiausaha Kerajaan Dato Haji Mazlan Ngah dan isteri To’ Puan Hajah Rohani Abdullah. Sultanah berkenan melawat bayi baru lahir ( 26 September 2013 ): Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan melawat 34 ibu bersama bayi yang baru lahir sambil menyampaikan sumbangan hamper barangan bayi serta wang tunai di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Baginda diiringi isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud; isteri Setiausaha Kerajaan Negeri, To’ Puan Hajah Rohani Abdullah. Turut hadir, To’ Puan Seri


BIL:92 • Disember 2013

www.teganukita.blogspot.com

SOROTAN PERISTIWA SEPANJANG 2013

ang Tahun Yang Ke-51 Sultan Terengganu, Zainal Abidin

Tengku Halifah Kasnihah Tengku Su dan isteri Setiausaha Dewan Pangkuan DiRaja, Datin Sharifah Zarinatasha Jamalullail. Pertandingan Bot Berhias ( 30 September 2013 ): Pertandingan tahunan itu disertai 12 bot dari pejabat daerah serta lima jabatan serta agensi kerajaan. Program yang diadakan menonjolkan produk-produk pelancongan, seni, budaya dan warisan Terenggganu bersesuaian dengan imej Kuala Terengganu sebagai Bandar Raya Persisir Air. Bot berhias yang menonjolkan keindahan dan keunikan Tasik Kenyir, milik Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) muncul johan Pertandingan Bot Berhias 2013, di Pulau Warisan, Kuala Terengganu. Kemenangan itu membolehkan Ketengah menggondol RM25,000, manakala tempat kedua Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan ketiga Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), masing-masing menerima wang tunai RM15,000 dan RM10,000.

Sementara tempat keempat dan kelima, Pejabat Daerah Dungun serta Pejabat Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dengan masing-masing membawa pulang RM7,000. Perasmian Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik ( 4 Oktober 2013): Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik, Kemaman. Keberangkatan baginda yang diiringi Sultanah Nur Zahirah disambut oleh Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Shabery Cheek; Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said bersama isteri To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah dan pembesar-pembesar negeri IKBN Kemasik merupakan IKBN kedua dibina di negeri ini selepas di Wakaf Tapai, Marang dengan menawarkan tiga bidang iaitu perhotelan, hospitaliti dan perkhidmatan personal. Pusat kemahiran itu dibina di atas tapak seluas 20

hektar dengan kos sebanyak RM78 juta di mana pada masa ini seramai kira-kira 300 pelajar sedang mengikuti latihan dan kemahiran yang disediakan di institut itu. Kejohanan Kuda Lasak Terengganu Piala Sultan Mizan ( 6 Oktober 2013 ): Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin muncul juara buat kali pertama Kejohanan Kuda Lasak Terengganu Piala Sultan Mizan di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu, Lembah Bidong, Setiu. Baginda mencatat sejarah apabila merekod masa terpantas semenjak kejohanan diadakan apabila mengambil masa 6 jam 36 minit 28 saat untuk menamatkan pertandingan. Baginda yang menunggang kuda bernama Persika Ar Gow menamatkan pertandingan sejauh 120 kilometer ini kira-kira pukul 2.30 pagi tadi dengan kelajuan 23.25 kilometer sejam. Sultan Mizan memperoleh wang tunai USD5,000, piala pusingan dan piala iringan dengan mengalahkan 48 peserta lain.

21


22

BIL:92 • Disember 2013

www.teganukita.blogspot.com

WAWANCARA KHAS

S

esuatu produk dan penghasilan yang baik mestilah seiring dengan promosi, iklan, hebahan dan penerangan terhadapnya. Itulah antara lain yang ditegaskan oleh Ketua Penerangan Umno Negeri Terengganu yang baru, YB Senator Dato’ Haji Abdul Rahman Bakar. Beliau yang pernah digelar ‘giant killer’ kerana mampu menewaskan Presiden Pas di Parlimen Marang sebanyak dua kali iaitu 1990 dan 2004. Lantaran itu kaedah yang disebutkan tadi akan menjadi keutamaan saya dengan menggunakan pelbagai saluran penerangan,” demikian kata Ketua Penerangan Umno Negeri Terengganu Senator Dato’ Haji Abdul Rahman Bakar. Seorang yang berpengalaman dalam parti dan kerajaan, Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Sumber Manusia Malaysia, Timbalan Pengerusi Mara, Pengerusi LKIM, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan Ketua Pemuda Umno Negeri, selain pernah menjadi Ketua Umno Bahagian Marang. Berikut adalah wawancara Pengarang Teganukita, Ruslan Abdul Rahman dengan Ketua Penerangan Umno Terengganu.

Hasrat ‘Giant Killer’ Selepas dilantik Ketua Penerangan Umno Terengganu Pengarang: Tahniah di atas Perlantikan. Apa yang Dato’ fikirkan sekarang sebaik dilantik sebagai Ketua Penerangan Umno Terengganu. Pertamanya saya hendak ucapkan terima kasih kepada YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Said, Pengerusi Umno Terengganu yang telah memberi kepercayaan kepada saya bagi menjalankan tugas-tugas penerangan parti ini. Saya sedikit pun tidak menyangka dilantik tetapi apabila dilantik, maka adalah menjadi tugas saya untuk menjalankan tugas dan amanah itu dengan sebaik mungkin. Saya fikir bahawa Umno perlu dipersadakan, sokongan ke atas parti keramat orang Melayu ini perlu ditingkatkan melalui program penerangan dari masa ke semasa. Sesuatu produk yang baik seperti Umno ini perlu diberi promosi, iklan atau kaedah pemasaran yang terbaik. Kalau hendak dibuat anologi, Umno adalah satu produk yang cukup baik, maka untuk laris dan mendapat tempat, pemasarannya dan pengiklanannya serta kefahaman terhadapnya mestilah seriiring, barulah akan laris dan mendapat pasaran yang terbaik. Pengarang: Mampukah ia dilakukan, di saat-saat pihak parti lawan juga kuat? Oleh sebab itulah kita perlu kerjasama semua pihak. Pihak kami memerlukan kerjasama semua peringkat termasuk Umno Bahagian, Peti Undi, Cawangan, parti-parti komponen BN, agensi-asgensi kerajaan, badan-badan bukan kera-

jaan, organisasi belia dan sebagainya bagi memantapkan tugas-tugas penerangan, promosi, pemasaran ,dengan izin ‘marketing’. Begitu juga, Umno tidak boleh bersendirian, tetapi rakan strategik

perlu diwujudkan, membina rangkaian dan jaringan dengan pelbagai lapisan masyarakat, barulah roh Umno yang memperjuangkan bangsa dan agama, mempelopori pembangunan negara, pembangunan insan dan membawa negara ke arah kemajuan yang cemerlang dapat meresap ke dalam jiwa masyarakat.

Pengarang: Pendekatan yang bakal digunakan? Sebenarnya banyak kaedah penyampaian maklumat yang boleh kita lakukan. Selain kaedah ceramah, kita juga memerlukan pendekatan menggunakan saluran media baru atau media sosial yang berbagai pada masa kini. Blog, Facebook, twitter, youtube dan macam-macam sekarang ini, Instagram, LINE, WeChat termasuklah yang sebelumnya website, webtv, SMS, MMS dan sebagainya. Kita perlu mendekati usahawan, petani serta nelayan, penjaja dan peniaga Melayu di pasar-pasar dan pasar malam, kita Umno perlu menemui semua orang, semua lapisan masyarakat muda dan tua, wanita atau lelaki, pelajar, pekerja atau pesara. Kita perlu sampaikan maklumat dan penerangan kepada mereka, tentang apa yang Umno buat, tentang apa yang kerajaan Umno dan BN buat untuk faedah mereka. Apa yang kerajaan buat, pembangunan, kebajikan dan lain-lain bermakna Umno dan BN lah yang buat kerana dasar dan perancangan itu pemimpin parti kita yang buat itu semua. “Kita kena royak ke rakyat”. Kalau rakyat tidak tahu, samalah seperti kita tidak buat, jadi kena bagi tahu dan terangkan setiap kebaikan yang kerajaan dan Umno/BN buat untuk faedah rakyat.

Pengarang: Apakah selama ini penerangan belum memadai? Sesuatu itu perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa. Dalam budaya Jepun ada suatu budaya dikenali sebagai ‘kaizen’ yakni sentiasa cuba untuk membuat pembaharuan, penciptaan baru yang lebih baik dan menarik dan tidak beku dan memadai berpuas hati dengan apa yang telah ada. Sebab itu kita lihat bermacam-macam rekaan baru dari masa ke semasa dibuat ke atas kereta, peralatan elektronik dan pelabagai produknya. Jadi kita perlu terapkan budaya ini dalam bidang penerangan dan penyebaran maklumat ini. Pengarang: Bila akan dimulakan itu semua? Pertama saya akan membentuk Jawatankuasa Penerangan Peringkat Negeri terlebih dahulu. Kita perlu membentuk pentadbiran penerangan yang mantap terlebih dahulu dengan mengadakan permuafakatan dengan semua golongan untuk merancang dan menjalankan program. Kita bercadang mengadakan ‘retreat’ (perkampungan), bengkel, kursus dan lain-lain untuk perkasakan parti Umno. Kita perlu lipat gandakan program-program pemimpin bersama rakyat dalam apa bentuk sekalipun.


BIL:92 • Disember 2013

www.teganukita.blogspot.com

Umno perlu dipersadakan, ditingkatkan imej dan kedudukannya di mata rakyat dan pengundi bahawa inilah wadah perjuangan orang-orang Melayu yang mendokong prinsip BN, yang pada masa yang sama turut memberi perhatian kepada semua bangsa lain di negara ini. Bangsa lain, Cina, India dan lain-lain perlu dipastikan kembali menyokong BN dan kerajaan. Pengarang: Apa fokus dan keutamaan Dato’? Fokus saya tidak lain dan tidak bukan untuk memastikan Umno dan BN Terengganu lebih kukuh bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU14). Kawasan-kawasan yang tewas sebenarnya masih kuat sokongan terhadap Umno dan perlu disusun strategi untuk merampas kembali. Kita perlu membuat persiapan dari sekarang. Biro Penerangan akan seiring dan sejalan dengan Badan Perhubungan Umno Negeri untuk merangka bersama program dan bukan berasingan. Penerangan Umno akan gemblengkan jawatankuasa bahagian, sayap-sayap untuk bersama dengan pucuk pimpinan dalam merangka strategi dan pendekatan. Begitu juga anggota penerangan di semua peringkat parti perlu digemblengkan bersama untuk memacu program dan aktiviti penerangan. Di luar konteks Umno seperti badanbadan professional, badan bukan kerajaan, kongres sekerja dan sebagainya perlu digemblengkan bersama untuk sama-sama mendokong kerajaan yang berpaksikan Umno dan BN. Lain-lain strategi tidak boleh diberitahu, kalau diberitahu ia bukan strategi lagi. Secara umum telah saya beritahu.

Pengarang: Akhir sekali, apakah masej atau pesanan kepada semua ahli Umno? Saya memohon semua memberikan kerjasama semua pihak untuk melancarkan gerakan penerangan ini. Tanpa kerjasama sukar untuk melaksanakan dan mencapai kejayaan. Juga saya ingin mengucap tahniah kepada kepemimpinan parti di semua peringkat di atas kejayaan dipilih mahupun dilantik. Harap-harap semuanya dapat membantu dan memberi kekuatan kepada langkah-langkah serta program yang akan Biro Penerangan Negeri laksanakan.

Terengganu dapat Timbalan Pengerusi baru

B

adan Perhubungan Umno Terengganu menerima timbalan pengerusi baharu, Dato’ Jailani Johari apabila pelantikannya diumum oleh Presiden parti Dato’ Seri Najib Tun Razak ketika Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibu negara, pada 21 November lalu. Dato’ Jailani yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia berterima kasih kepada semua pihak khususnya pucuk pimpinan parti yang memilih beliau untuk mengRencana Khas

Oleh RUSLAN ABDUL RAHMAN langtelipot@yahoo.com

S

esekali kita perlu juga kita menoleh ke belakang, melihat sejarah dan kehidupan bangsa kita di masa lalu, guna menjadi panduan kepada kita untuk membuat perbandingan masa kini dan masa lalu. Sejarah dan kenangan lalu boleh menjadi iktibar kepada kita semua, menjadi pandu arah untuk kita menuju ke destinasi zaman hadapan dengan selamat. Di dalam al-Quran sendiri banyak kisah-kisah sejarah dipaparkan untuk dijadikan iktibar dan penghayatan . Generasi yang lahir era televisyen warna (1980 an) tentu sukar untuk menghayati penderitaan dan sengsara bangsa mereka di masa lalu. Kemungkinan mereka tidak berminat lagi kerana leka dengan kesenangan dan kemakmuran dan nikmat yang mereka kecapi sekarang dan sejarah bagi mereka hanyalah untuk dipelajari bagi lulus peperiksaan semata-mata. Sebahagiannya, jauh sekali untuk menghayati penderitaan bangsa mereka sewaktu zaman makan ‘ubi kayu”, zaman penjajahan bangsa mereka yang hidup dalam serba kekurangan, kedaifan dan kemelaratan.

galas jawatan baharu itu. “Terima kasih kepada kepimpinan tertinggi Umno atas kepercayaan yang diberikan. Tidak lupa juga terima kasih kepada semua yang terus menyokong dan sentiasa mendoakan kesihatan saya. “Insya-Allah saya akan laksanakan tanggungjawab ini sebaik mungkin dalam membawa transformasi yang dihasratkan oleh kerajaan demi perjuangan parti dan kesejahteraan bangsa, agama dan negara,” katanya dalam satu kenyataan di la-

man facebook rasmi beliau, baru-baru ini. Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu turut berikrar untuk memberi sokongan penuh kepada Pengerusi Umno Terengganu Dato’ Seri Haji Ahmad Said serta bersama-sama dengan barisan kepimpinan negeri untuk memantapkan lagi Umno Terengganu. Sebelum ini jawatan itu disandang oleh Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Menteri Pendidikan Kedua.

DATO’ JAILANI JOHARI

Hayati sejarah kehidupan bangsa Mereka tidak pernah tahu menghayati derita zaman kelaparan ketiadaan makanan, tiada pakaian,malah suami isteri berkongsi pakaian untuk tunaikan solat. Mungkin mereka tidak percaya akan cerita itu semua dan mungkin menganggap dongeng semata-mata. Generasi baru ini tidak pernah berjalan kaki atau naik basikal ke sekolah dengan jarak yang berbatu-batu. Mereka tidak pernah kenal nasi dalam upih dan bekal air dalam botol kicap untuk ke sekolah. Apatah lagi, jauh sekali, mereka sudah tentu tidak pernah tahu wujudnya ‘papan selit’ atau papan ‘slate’ atau papan dan kalam batu, kerana mereka kini sudah memiliki komputer riba, ‘e-book’ dan pelbagai perlatatan moden. Bagi murid-murid sekolah Melayu pada masa lalu papan ini dipanggil papan selit. Ada yang menyangka ia dipanggil papan selit kerana kebanyakan murid-murid membawa ke sekolah dengan cara menyelit di bawah ketiak sahaja, rupa-rupanya perkataan selit itu berasal dari perkataan Inggeris iaitu ‘slate’. Bagaimanapun selain dari nama papan selit, papan ini biasanya dikenali dengan nama papan batu kerana papan tersebut asalnya diperbuat dari batu loh. Sebab itu masa membawa atau menggunanya kita harus

berhati-hati kerana papan ini boleh pecah jika terjatuh. Zaman dahulu tidak ada Taska, Taski, Kindergarten semuanya masih belum ada lagi. Yang ada sekolah darjah satu, mula belajar menulis huruf jawi dan rumi. “ Sebab itu Cikgu kami akan membuat garisan-garisan pada kedua-dua permukaan papan selit tersebut. ‘Garis Dua’ untuk huruf jawi dan “’Garis Tiga’ untuk huruf rumi. Kami juga akan membawa sebotol kecil air biasa, kain buruk atau sabut kelapa yang akan digunakan sebagai pemadam tulisan apabila hendak memadam tulisan-tulisan yang salah atau pun tulisan-tulisan yang sebelumnya,” beritahu seorang bekas guru yang kini telah berusia akhir 60 an. “Saya masih ingat lagi salah seorang kawan sedarjah yang selalu tidak membawa air pemadam. Untuk memadam tulisannya dia sering menggunakan air liur dan ditenyeh pada permukaan papan selit dengan ibu jari” ceritanya. “Nak jadikan cerita, suatu hari cikgu sudah nampak dia ludah kat papan selit untuk memadam tulisan, lalu cikgu merampas papan selitnya itu,” beritahunya lucu. Penggunaan papan selit ini dihentikan dan diganti dengan buku. Kalau tidak silap pada tahun 1962 atau 1963 (kepada mereka yang ingat, tolong

perbetulkan tahun yang tepat). Marilah kita ajak mereka renung bersama sejarah bangsa di masa lalu, supaya dapat menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam diri mereka. Mereka boleh membuat perbandingan tentang perubahan terhadap bangsa dan negara mereka dulu dan sekarang, hasil pentadbiran sendiri dan pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan yang dibina oleh rakyat sendiri. Jika itu semua mereka hayati dan insafi sudah tentu tidak berlaku perbuatan-perbuatan tidak senonoh menghina gambar Perdana Menteri, perbuatan hendak menggantikan bendera jalur gemilang dan seumpamanya atas nama penentangan kepada sebuah kerajaan sendiri. Ingat dulu datuk nenek kita dengan segala kepayahan menentang penjajah yang menindas mereka sehingga akhirnya memperolehi kemardekaan dan membentuk kerajaan sendiri. Kalau generasi baru insafi ini semua, bersyukur dan berterima kasih kepada pejuang bangsa masa lalu, sudah tentu mereka tidak sanggup untuk meruntuhkan kerajaan sendiri yang diwujudkan hasil kemardekaan ini. Marilah sama-sama kita membantu memberi pengetahuan kepada generasi baru ini tentang sejarah, kehidupan dan perjuangan bangsa mereka di tanah air tercinta ini.

23


24

BIL:92 • Disember 2013

www.teganukita.blogspot.com

BENCANA BANJIR - DERITAMU, DERITA KAMI JUA

Laporan : RUSLAN ABDUL RAHMAN, AIDA ABD RAHMAN, SURIATI ALI, NORAINI JUSOH, MOHAMMAD ISHAK, NURUL AZIELA SHABERY, MASTURA JAMALUDDIN, AMIRULLAH OTHMAN dan AMINUDDIN ISMAIL Gambar : ZULKIPLI PUTRA dan HARISH FADZILLAH

Beginilah keadaan bencana banjir yang paling buruk pernah berlaku sehingga menenggelamkan beberapa kampung di Chukai, Kemaman.

Bantuan RM1,500 untuk keluarga terjejas teruk Kerajaan negeri dijangka akan membelanjakan hampir RM15 juta melibatkan 10,000 keluarga yang terlibat dengan banjir di seluruh Terengganu

K

esengsaraan mangsa bencana banjir di Terengganu sedikit terubat apabila kerajaan negeri mengumumkan bantuan khas RM1,500 kepada setiap keluarga yang rumah mereka mengalami kerosakan dan terjejas teruk akibat ditenggelami air, baru-baru ini. Kerajaan negeri dijangka akan

membelanjakan hampir RM15 juta melibatkan 10,000 keluarga yang terlibat dengan bencana itu di seluruh Terengganu. Berita gembira itu disampaikan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, selepas Mesyuarat Mingguan Exco, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. “Kerajaan negeri bersetuju menyediakan bantuan kepada mereka yang terlibat banjir dan rumahnya tenggelam. Dulu kita beri bantuan kepada mangsa banjir mengikut keluarga, jika tiga keluarga dalam satu rumah, bermakna setiap keluarga mendapat RM500. “Sekarang ini kita beri bantuan berasaskan rumah. Kalau rumah tenggelam, harta seperti perabut rosak , kita akan beri RM1,500 keseluruhan untuk satu rumah, bukan berasaskan bilangan

Mangsa terpaksa menanggung kerugian yang tinggi apabila barangan di dalam rumah musnah akibat banjir, baru-baru ini.

keluarga yang ada dalam rumah berkenaan,” katanya. Dalam pada itu, selain bantuan khas RM1,500 itu, kerajaan negeri juga akan mengagihkan bantuan khas RM500 kepada setiap keluarga yang terlibat dengan banjir tetapi rumah mangsa tidak ditenggelami air dan rosak.

Katanya, bantuan kerajaan negeri itu akan menjadi tambahan kepada bantuan khas kerajaan Pusat berjumlah RM500 kepada setiap keluarga sebagaimana diumumkan Perdana Menteri, baru-baru ini. Tambah beliau, bantuan berkenaan akan diagihkan secara

berperingkat-peringkat bermula Januari ini selepas senarai mangsa yang terlibat disahkan oleh ketua kampung, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung serta Penolong Pegawai Daerah di kawasan masing-masing. “Kita tidak mahu orang mengambil kesempatan, dia tidak terlibat tetapi dia mengambil juga bantuan itu. Jika dia tidak mengalami kerugian dari segi kerosakan harta benda dalam rumahnya, tetapi mereka mengambil juga bantuan itu (RM1,500), jadi itu tidak adillah. Kita minta rakyat jujurlah,” katanya. Menurutnya, senarai penerima bantuan berdasarkan pendaftaran mangsa di pusat pemindahan banjir akan disemak terlebih dahulu di Pejabat Daerah yang terlibat bagi mengenalpasti kategori bantuan yang layak diterima oleh mangsa.


BIL:92 • Disember 2013

www.teganukita.blogspot.com

25

BENCANA BANJIR - DERITAMU, DERITA KAMI JUA

Kadar bantuan pakaian sekolah naik RM100 – MB

K

erajaan negeri bersetuju menambah RM100 menjadikan jumlah RM300 bagi bantuan pakaian sekolah untuk setiap keluarga memiliki sekurang-kuranya dua anak yang bersekolah, yang terlibat dengan banjir di seluruh Terengganu. Sebelum ini kerajaan negeri menyediakan bantuan berjumlah RM100 untuk seorang anak yang

bersekolah atau maksimum RM200 bagi keluarga yang mempunyai lebih dari dua anak. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata tambahan itu bagi meringankan beban mangsa banjir yang perlu menyediakan lebih banyak keperluan persekolahan yang baru kepada anak-anak. “Perubahan kali ini bagi mereka yang terlibat dengan banjir baru-baru

ini, kerajaan negeri menyediakan bantuan maksimum RM300, bagi yang mempunyai anak yang bersekolah sekurang-kurangnya dua orang. “Sebelum ini kita sediakan RM200 maksimum, kalau ada tiga empat orang tetap RM200. Tetapi ini kawasan banjir sahaja kita tambah RM100 lagi,” katanya. Dalam pada itu, kerajaan negeri

juga bersetuju membayar bonus kepada penjawat awam setengah bulan gaji atau minimum RM500 bermula Januari ini. Keputusan yang menggembirakan kira-kira 20,000 penjawat awam seluruh Terengganu itu selaras dengan pengumuman Perdana Menteri ketika mengumumkan Bajet 2014, Oktober lalu. Pelbagai pihak tawar tenaga membantu mangsa banjir di Kemaman.

Keperluan kenderaan ketika banjir dikaji Mungkin menggunakan lori Tatra atau bot Amphibia untuk meredah banjir bagi tujuan menyelamat mangsa dan membawa bekalan banjir dengan lebih selamat

K

erajaan negeri sedang mengkaji keperluan untuk membeli lori Tatra yang digunakan Angkatan Tentera Malaysia dan bot Amphibia untuk meredah banjir bagi tujuan menyelamat mangsa dan membawa bekalan makanan dengan lebih selamat, kata Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said. “Kalau kita guna lori Tatra, setahun sekali digunakan rugi juga. Bagaimanapun sekarang kita sedang mengkaji kemungkinan untuk

menggunakan bot Amphibia yang dikatakan ada di Singapura dan di The Mines untuk pelancongan. “Kalau begitu, kita boleh beli dan gunakan di Tasik Kenyir sebagai satu produk pelancongan, tetapi apabila banjir kita gerakkan ke kawasan banjir untuk kegunaan berpindah. Barulah ada kos efektif. Sekiranya kita mengunakannya setahun sekali, nanti timbul dakwaan mengatakan `gajah putih’,” katanya. Beliau berkata demikian pada

Skuad Sayang sedia tawar tenaga sukarela

A

Dato’ Seri Haji Ahmad Said tidak menang tangan membantu mangsa banjir.

Program Transformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencegah rasuah kepada Aahli Dewan Undangan negeri (Adun), di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Dalam pada itu, Dato’ Seri Haji Ahmad berkata semua jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat dalam jawatankuasa pengurusan banjir di Terengganu juga sudah diarahkan membuat persiapan rapi bagi menghadapi amaran banjir gelombang kedua yang dijang-

ka bermula pada 18 hingga 22 Disember ini. “Jadi, sebagai menghadapi gelombang banjir kali kedua ini, saya menasihatkan agar semua rakyat dapat mengikut arahan pihak berkuasa demi keselamatan nyawa dan harta benda mereka,” katanya. Kira-kira 27,000 penduduk di Terengganu khasnya di Daerah Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu, Marang dan Setiu terjejas akibat banjir.

Mangsa banjir terus dapat perhatian P enderitaan mangsa banjir di seluruh Terengganu terus mendapat perhatian pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan orang awam apabila tampil menyumbang barangan keperluan harian dan makanan. Inisiatif yang sama turut diambil Rejimen 512 Askar Wataniah Kem Padang Midin, Kuala Terengganu apabila menyumbang pelbagai jenis makanan seperti beras, biskut, minyak masak, susu tepung, susu pekat, milo, air minuman dan makanan ringan. Komender Rejimen, Tengku Sri Temenggong Raja, Dato’ Sri Tengku Baharuddin, berkata sumbangan akan diagihkan ke

pusat pemindahan yang dikenalpasti mencatatkan jumlah mangsa paling tinggi . “Langkah ini dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan jika sumbangan masih diperlukan, kami akan usahakan perkara sama dengan mengagihkan bantuan ke Dungun dan Hulu Terengganu. “Kami berbangga kerana kerjasama pelbagai pihak bukan sahaja NGO dan syarikat swasta, malah orang awam yang tampil membantu membolehkan kita mengumpul sumbangan kira-kira RM13,000,”katanya. Tengku Baharuddin berkata, sumbangan kali ini lebih mengutamakan makanan dan minuman

Tengku Sri Temenggong Raja bersama anggota bersedia memberi bantuan banjir.

berdasarkan keperluan mangsa di pusat pemindahan hasil lawatan beliau sebelum itu. Beliau turut berharap mangsa yang terlibat dengan kejadian banjir redha dengan ujian, selain mengharapkan sumbangan itu mampu mengubat kesedihan mereka. Pengerusi Persatuan Wanita Melayu Muda Terengganu, Puan

Nordiana Shafie, berkata dia bangga kerana pelbagai NGO, syarikat swasta, orang awam bersama-sama kerajaan membantu mangsa banjir. Katanya, pihaknya terpanggil melaksanakan kerja amal itu kerana dapat menyelami isi hati mangsa banjir yang memerlukan sokongan dan mahukan barangan keperluan harian.

hli Skuad Sayang Pergerakan Wanita Umno di Pahang, Terengganu dan Johor yang berjumlah 3,000 bersedia menawarkan khidmat tenaga sukarela untuk membersihkan rumah dan melakukan kerja memindahkan barangan serta perabot dalam rumah khususnya kepada mangsa banjir yang tidak terdaya. Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, mangsa banjir yang memerlukan bantuan hanya perlu menghubungi atau berjumpa Ketua Wanita Umno Bahagian atau Ketua Wanita Umno Cawangan di tempat masing-masing. “Mereka yang perlukan bantuan untuk mencuci rumah atau mahu memindahkan barangan dalam rumah terutama bagi mangsa banjir yang tidak terdaya seperti warga emas dan ibu tunggal boleh menghubungi Ketua Wanita Umno di tempat mereka. “Mangsa hanya perlu memberitahu alamat mereka dan jumlah tenaga sukarela yang diperlukan,” katanya kepada pemberita selepas bergotong-royong membersihkan Balai Raya Bandar Baru Bukit Mentok, baru-baru ini. Seramai 400 Skuad Sayang dari Pergerakan Wanita Umno seluruh bahagian di Terengganu turut sama membersihkan balai raya berkenaan di samping mengagihkan bantuan berupa barangan keperluan dapur dan keperluan harian kepada 250 keluarga di sekitar Bandar Baru Bukit Mentok.


26

BIL:92 • Disember 2013

www.teganukita.blogspot.com

SEKITAR SIDANG DEWAN UNDANGAN NEGERI – BAJET 2014

Tajaan biasiswa : Kerajaan tidak pernah aniaya pelajar

Laporan : RUSLAN ABDUL RAHMAN, AIDA ABD RAHMAN, SURIATI ALI dan NORAINI JUSOH

BAJET 2014 RM 2.2 BILION Penekanan kepada cara pembelanjaan berhemah, pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan rakyat dan mengelakkan pembaziran

M

enteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said membentangkan Bajet 2014 yang berjumlah RM2.2 bilion dengan mengekalkan tema “Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan: Bajet Kesejahteraan Rakyat” sebagaimana tahun lalu. Bajet 2014 menyaksikan pertambahan RM1.995 billion berbanding bajet tahun lalu. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata bagi melaksanakan Bajet 2014, kerajaan negeri sentiasa memberi penekanan supaya mengamalkan perbelanjaan secara berhemat agar mampu menyumbang kembali kepada pertumbuhan ekonomi negeri dan kesejahteraan rakyat, sekaligus mengelak pembaziran.

Katanya, bagi memastikan kedudukan kewangan terus berdaya saing, penekanan kepada langkah-langkah memperkukuhkan kedudukan kewangan negeri melalui pengurusan fisikal kewangan yang ketat dan berhemat. “Kita boleh melakukannya dengan dasar kewangan dan perbelanjaan yang ketat, langkah berjimat bermula di peringkat perancangan di mana perbelanjaan dikurangkan kepada tahap sebenar dan optimum tanpa menjejaskan prestasi, produktiviti serta kualiti perkhidmatan. “Tumpuan haruslah diberikan kepada perbelanjaan yang benar-benar penting, menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri dan kesejahteraan rakyat serta mengelakkan pembaziran,” katanya.

Kerajaan negeri tidak pernah menganiaya pelajar dengan membatalkan penajaan biasiswa pelajaran selagi golongan itu mematuhi semua syarat dan perjanjian yang ditandatangani antara kedua-dua pihak. Terbaru, YB Ghazali Taib (Ajil-BN)

(gambar) berkata, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said menunjukkan buku Bajet 2014 selepas membentangkannya pada Sidang Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman, baru-baru ini. Sejumlah RM2.2 bilion diperuntukkan untuk Bajet 2014 yang mengekalkan tema “Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan: Bajet Kesejahteraan Rakyat” - Gambar oleh Harish Fadzillah

Terengganu sedia Wi-Fi PERCUMA tahun depan Kerajaan negeri akan menyediakan kemudahan jalur lebar tanpa wayar (Wi-fi) secara percuma kepada masyarakat seluruh Terengganu termasuk mereka yang tinggal di kawasan pedalaman, mulai tahun depan. Kemudahan membabitkan pe-

runtukan RM30 juta itu selaras dengan kehendak penduduk, terutama golongan muda yang sentiasa peka terhadap perkembangan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) terkini. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata usaha itu

dianggap penting kerana akses internet kini sudah menjadi keperluan bagi mendapat ilmu dan maklumat secara talian. Katanya, mudah juga bagi pelabur dan pelancong untuk mendapat bahan terkini ketika berada di satusatu lokasi.

“Buat permulaan, kita akan mengutamakan capaian wifi di kawasan tumpuan ramai, seperti destinasi pelancongan, lapangan terbang dan hentian bas sebelum diperluaskan secara berperingkat-peringkat ke kawasan pedalaman,” katanya.

Bekalan untuk mangsa banjir mencukupi Bekalan makanan yang diagihkan kepada mangsa banjir di seluruh Terengganu sehingga kini mencukupi walaupun pada peringkat awal timbul sedikit kesulitan untuk menghantar bekalan ke beberapa pusat pemindahan. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, masalah paras air naik terlalu tinggi dan ada kawasan yang mencecah sehingga 1.5 meter menghalang kenderaan membawa bekalan ke pusat pemindahan banjir

tertentu seperti di Sekolah Menengah Kebangsaan Banggol, Mak Lagam (Kemaman). “Pasukan penyelamat dan Bomba sendiri tidak berani kerana arus air deras, jika bot pun hanya mampu menghantar sedikit bekalan. Namun begitu, dengan bantuan lori tentera oleh Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu (MKN) bekalan makanan terbabit dapat sampai ke pusat pemindahan banjir itu,” ujarnya.

Bantuan bekalan makanan untuk mangsa banjir di pusat pemindahan banjir seluruh Terengganu mencukupi dengan bantuan pasukan tentera yang menggunakan lori Tatra bawa bekalan berkenaan ke destinasi terbabit.

(Maidam) menukar status biasiswa 40 pelajar tajaannya di Jordan kepada pinjaman boleh ubah yang diuruskan Yayasan Terengganu (YT). “Sebenarnya tidak, ia diserahkan kepada Yayasan Terengganu untuk diurus dan mereka tertakluk dengan perjanjian yang mereka tandatangani dengan Maidam. Walaubagaimanpun, jika mereka mencapai tahap yang dikehendaki sebagaimana disyaratkan mereka boleh mendapat pembiayaan terus sebagaimana biasiswa. Ini sudah diselesaikan oleh pihak YT dan Maidam, tidak timbul lagi maksud yang tersirat tadi. “Insya-Allah kita pihak YT dan Maidam tidak akan menganiaya pelajar kecuali disebabkan oleh pencapaian mereka tidak begitu bagus jadi kita mahu menggalakkan mereka dan kita mensyaratkan pelajar yang mencapai tahap kepujian sahaja mendapat pertukaran pinjaman kepada biasiswa,” kata beliau sebagai mengulas soalan tambahan YB Mohd Abdul Wahid Endut (Wakaf Mempelam-Pas), katanya.


BIL:92 • Disember 2013

www.teganukita.blogspot.com

27

SEKITAR SIDANG DEWAN UNDANGAN NEGERI – BAJET 2014

Pembinaan bangunan baru MBKT sudah diserah kepada kontraktor – MB

Projek bangunan baru Majlis Bandaraya Kuala Terengganu akan dibina di Kampung Tanjung meliputi keluasan 2.2 hentar sudah diserahkan kepada kontraktor terlibat.

Projek membina bangunan baru Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) berhampiran pantai di Kampung Tanjung, Kuala Terengganu yang meliputi keluasan 2.2 hektar sudah diserahkan kepada kontraktor terlibat. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, projek pembinaan bangunan 30 tingkat membabitkan peruntukan RM141 juta itu di bawah seliaan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu sebagai Pegawai Penguasa (S0). “Ia akan menjadi satu lagi mercu tanda baru bandar Kuala Terengganu

dan kos pembinaan pejabat baru MBKT itu di bawah peruntukan kerajaan negeri,” katanya. “Sementara bangunan pejabat MBKT yang sedia ada ini disewa dari Perbadanan Memajukan iktisad Negeri (PMINT) dan terpulang kepada PMINT untuk mencari penyewa lain atau menggunakan pejabat itu nanti untuk kegunaan mereka berikutan pertambahan kakitangan dan pembesaran ruang pejabat ,” katanya ketika menjawab soalan lisan YB Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar (Ladang-Pas).

HOSPITAL DUNGUN dibina tahun depan Dijangka siap pada Mei 2017, menggantikan hospital lama di bandar Dungun Hospital Daerah Dungun yang baru akan mula dibina mulai awal tahun hadapan dan dijangka boleh siap pada Mei 2017, demikian diberitahu oleh Adun Jerteh, YB Haji Mohd Pehimi Yusof (gambar) selaku Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan Pembangunan Wanita dan Masyarakat negeri. Dengan itu katanya, masyarakat di daerah Dungun usahlah khuatir dengan kemudahan yang bakal mereka nikmati nanti, katanya sewaktu berucap pada sessi

penggulungan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (Bajet). Beliau yang baru sahaja dilantik menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri menggantikan Allahyarham Dr. Haji A Rahman Mokhtar turut meminta ahli dewan sedekahkan al-Fatihah kepada Allahyarham sebelum beliau meneruskan ucapan. YB Haji Pehimi juga memberitahu bahawa Tabung Pesakit Kronik akan diteruskan dengan peruntukan RM10 juta setahun bagi membantu mengurangkan bebanan golongan yang tidak berkemampuan di negeri ini. Pada

tahun ini, katanya seramai 1,004 orang pesakit telah diberi bantuan tersebut, manakala pada tahun 2012 ialah seramai 990 pesakit dibantu melalui tabung itu. Dalam ucapan sulungnya di Dewan Undangan Negeri sebagai Exco Kerajaan, beliau juga memberitahu sebuah pejabat baru Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Daerah Hulu Terengganu akan dibina dengan peruntukan RM1 juta. “Kita merancang untuk membina di kesemua deerah bangunan pejabat pentadbiran YPK kerana masyarakat banyak mendapat manfaat dari khidmat agensi ini

berkaitan kesejahteraan keluarga dan kehidupan,” katanya kepada dewan. Menyentuh tentang kejadian banjir, beliau menjelaskan pihak kerajaan sememangnya telah membuat persiapan bagi menghadapinya, tetapi kejadian banjir besar, khususnya di Kemaman adalah di luar jangkaan. Biarpun timbul bermacam-macam perkara suka-duka, ada yang memuji , ada yang mengeji, ada yang bersetuju dan tidak setuju, ada yang puas hati dan ada juga yang tidak puas hati, tetapi yang pasti pihak kerajaan dan agensi-agensinya dengan bantuan semua pihak telah melakukan yang terbaik dan sedaya upaya untuk membantu mangsa-mangsa banjir dengan pelbagai pendekatan dan kemudahan.

Industri pesat tumbuh di Terengganu Wanisma terima pampasan RM2.4j Terengganu mempunyai 23 kawasan industri Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) serta berat melibatkan keluasan 3,371.69 hektar yang dibangunkan di seluruh daerah. Kawasan industri itu termasuk pembangunan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah),” kata YB Dato’ Tengku Putera Tengku Awang (Kuala Berang- BN) (gambar) , ketika menjawab soalan lisan YB Azan Ismail (Bandar-PKR).

Dato’ Tengku Putera yang juga Pengerusi Jawatankuasa perindustrian dan Perdagangan negeri, berkata antara kawasan perindustrian itu termasuk di Gong Badak dan Chendering di Kuala Terengganu; Pulau Serai di Dungun; Kertih dan Teluk Kalong di Kemaman; Bukit Kor di Marang. Semua itu membabitkan industri ringan dan berat termasuk produk petrokimia.

Kerajaan negeri membayar pampasan berjumlah kira-kira RM2.4 juta kepada pengusaha Syarikat Wanisma Craft & Trading, Wan Mahadi Wan Ismail berjumlah kira-kira RM 2.4 juta, pada Mac tahun lalu. Menteri Besar, Dato’ seri Haji Ahmad Said, berkata pampasan itu dibayar dalam bentuk gantian lima lot tanah iaitu lot PT- 4074; PT- 4075; PT-4076; PT4077; PT4078 dan PT 4938 dan kini sudah diberi hak milik

kepada syarikat itu. “Jumlah pemberian sama nilai dengan tanah yang diambik balik. Tapi sehingga kini pemilik Wanisma masih belum membina bangunan. “Kerajaan juga bercadang untuk membina rumah kedai kepada pengusaha kraf dan tembaga lain, di sebabkan timbul masalah `layout tanah’, projek itu terpaksa ditangguh duhulu untuk memberi laluan kepada pembinaan pangsapuri 30 tingkat,” katanya.

Sekolah Imtiaz Terengganu dapat pujian dan pengiktirafan Sekolah Imtiaz Terengganu yang menggabungkan kecemerlangan akademik dan sekaligus penguasaan ke atas ilmu agama mendapat pujian dan pengiktirafan banyak pihak, kata Pengerusi Ja w a t a n ku a sa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-Tugas Khas negeri, YB Ghazali Taib. Katanya, baru-baru ini rombongan Menteri Besar Kedah, Dato’ Mukhriz Tun Mahathir telah membuat lawatan ke dua buah sekolah Imtiaz Terengganu amat mengkagumi sistem pembelajaran di sekolah berkenaan dan bercadang membawa balik contoh itu untuk diwujudkan juga di negeri Kedah. “Ini membuktikan bahawa, pendidikan di Terengganu telah mencapai kemajuan yang begitu hebat dan menjadi contoh kepada pihak lain,” katanya. Mengenai e-Book beliau berkata, sepatutnya semua pihak termasuk pembangkang memandangnya secara positif kerana itu adalah usaha untuk membina generasi masa depan yang sesuai dengan zamannya. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu, Kawasan Ajil berkata demikian, dalam sesi penggulungan di pihak kerajaan, di Persidangan Dewan Undangan Negeri (Bajet) . “Biarpun betapa mahalnya yang dibelanjakan untuk tujuan pembelian dan pembelajaran termasuk e-Book, lebih mahal lagi masa depan generasi kita yang cemerlang dan menepati kehendak zaman di masa akan datang,” katanya walaupun mendapat gangguan oleh beberapa wakil pembangkang yang kurang menyenangi dengan ucapannya yang agak sinis dan berimpak.


28

BIL:92 • Disember 2013

www.teganukita.blogspot.com

Jadikan anak-anak sebagai kawan

I

bu bapa di kawasan ini disaran supaya menjadikan anak-anak mereka sebagai kawan bagi memudahkan ibu bapa memahami segala permasalahan anak-anak, kata Adun Langkap, Dato’ Sabri Mohd Nor. Dato’ Sabri berkata, sekiranya ibubapa itu mahu anak-anak mereka rapat dengannya, ibu-bapa itu hendaklah menjadikan anakanak mereka sebagai kawan. “Saya berharap sekiranya kita mahu mendidik anak-anak kita dengan lebih sempurna, kita mesti rapatkan hubungan antara anak dan ibu bapa. “Jika ibu, mereka tidak menjadi masalah sangat kerana mereka sentiasa rapat dengan anak-anak mereka. Oleh itu, kalau boleh kita sebagai bapa, jadikan anak-anak kita sebagai kawan supaya mudah bagi kita berinteraksi dan mengetahui segala permasalahan mereka,” katanya.

Isu hina Islam dan Raja : Shabery jawab Rahman Bakar SKMM menyiasat 29 kes membabitkan penghinaan terhadap Islam dan Institusi Raja menerusi laman sosial setakat Jun lepas Oleh RUSLAN ABDUL RAHMAN langtelipot@yahoo.com

S

ebanyak 29 kes membabitkan penghinaan terhadap Islam dan institusi raja menerusi laman sosial disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), setakat Jun lepas. Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek berkata seorang individu telah disabitkan kesalahan kerana menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim menerusi Facebook dan didenda RM20,000 di Mahkamah Sesyen. “SKMM menerima sebanyak 36 aduan berhubung penghinaan terhadap Islam. Penggunaan Face-

book, Twitter dan blog tidak boleh dikawal sepenuhnya,” katanya menjawab soalan Dato’ Abdul Rahman Bakar di persidangan Dewan Negara, baru-baru ini. Dato’Abdul Rahman bertanya mengenai bilangan kes menghina Islam dalam laman sosial seperti Facebook, Twitter, YouTube dan tindakan yang telah dikenakan terhadap pihak berkenaan selain usaha kementerian untuk memastikan bentuk penghinaan seperti itu tidak berulang. Dato’ Seri Ahmad Shabery berkata SKMM melancarkan kempen ‘Klik dengan Bijak’ untuk menggalakkan orang ramai membuat pengawal seliaan kendiri supaya mereka menggunakan laman sosial dengan berkesan.

“Kempen ini untuk didik orang ramai supaya membezakan apa yang baik dan tidak baik dalam laman sosial dan yang mana boleh dipercayai dan tidak boleh dipercayai,” katanya. Menjawab soalan tambahan Dato’Abdul Rahman sama ada kementerian bercadang mengenakan pendaftaran dan wang cagaran kepada setiap pengguna laman sosial untuk melayari Internet, Dato’ Seri Ahmad Shabery berkata kementerian tidak bercadang melaksanakannya. Pada masa ini, katanya Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta Hasutan dan Akta Fitnah sudah memadai untuk mengawal dan mengekang aktiviti pengguna laman sosial termasuk 15 juta akaun Facebook.

RM2.2 juta diperuntukkan untuk tiga Klinik Kesihatan

B

encana banjir yang melanda Daerah Kemaman baru-baru ini mencatatkan jumlah mangsa yang tertinggi sebanyak 22,159 mangsa dan daripada jumlah tersebut melibatkan 302 anggota Hospital Kemaman dan 157 anggota Pejabat Kesihatan Fasiliti kesihatan rosak teruk berikutan banjir yang melanda daerah Kemaman, baru-baru ini

Daerah Kemaman. Lebih mengagumkan 80 orang kakitangan Hospital Kemaman yang terlibat banjir telah dipindahkan ke pusat pemindahan Dewan Seminar Hospital Kemaman turut terus bertugas bagi memastikan perkhidmatan hospital tidak terjejas.

Sementara itu, 3 buah fasiliti kesihatan telah dinaiki air dan terjejas teruk iaitu Klinik Kesihatan Batu 2 ½, Klinik Desa Pasir Gajah dan Klinik Desa Seberang Tayor. Segala operasi dan perkhidmatan terpaksa dihentikan dan anggota ditugaskan diklinik-klinik lain seperti Klinik Kesihatan Cukai dan Klinik Kesihatan Kijal. Kehadiran Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam ke Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman akan memberi sinar dan wajah yang baru kepada 3 klinik kesihatan yang terlibat itu. Peruntukkan sebanyak RM2.2 juta akan diagihkan kepada 3 buah klinik tersebut untuk mengantikan peralatan yang baru dan membaiki segala kerosakan. Manakala klinikklinik lain yang terlibat seperti di Dungun mahupun di Kuantan akan diberi peruntukkan yang lain tetapi tidak sebanyak di Daerah Kemaman yang mengalami hampir 90% kemusnahan.

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam turut menyumbang kepada mangsa banjir di Kemaman.

Beliau juga turut melahirkan rasa bangga terhadap 3 orang petugas Hospital Kemaman dan 2 petugas Jabatan Kebajikan bersama seorang pemandu bot yang sanggup mengadaikan nyawa kerana bot yang dinaiki telah terbalik ketika mengharungi banjir untuk menyelamatkan mangsa-mangsa banjir di Pasir Gajah dan Seberang Tayor. Semangat yang ditunjukkan oleh semua anggota ini untuk meneruskan perkhidmatan walaupun baru saja ditimpa tragedi amatlah terpuji dan menjadi kebanggaan

kepada seluruh warga Kementerian Kesihatan Malaysia. Justeru itu, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam bercadang untuk melaksanakan satu latihan khusus bagi menghadapi bencana alam kepada seluruh kakitangan Kesihatan Malaysia. Dan ianya akan dilaksanakan mulai tahun hadapan. Beliau yang hadir ke Hospital Kemaman turut meluangkan masa pergi melawat ke tiga-tiga klinik kesihatan yang terjejas banjir baru-baru ini.

PSKT sasar 20 Program Cakap-Cakap Sains mulai tahun depan

P

usat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) menyasarkan 20 slot Program CakapCakap Sains berjaya diadakan pada tahun hadapan. Eksekutif (Program Penggalakan Sains Inovasi) PSKT, Encik Mohd Hakimi Awang Su berkata, bagi merealisasikan hasrat tersebut, Program CakapCakap Sains akan dijadikan aktiviti tahunan dan diselitkan Program Cakap-Cakap Sains akan dijadikan aktiviti tahunan jika ada sambutan

dalam sebarang program yang dianjurkan PSKT. “Ini kali pertama Program Cakap-Cakap Sains diadakan dan sekiranya mendapat maklum balas positif daripada para peserta, program ini akan diperbanyakkan lagi dan bukan setakat diadakan sempena Bulan Astronomi PSKT sahaja. “Jika hari ini program ini diadakan sebagai pengisian penutup untuk Bulan Astronomi PSKT yang telah bermula September lepas, tetapi untuk tahun-tahun akan datang ia akan dijadikan acara tahunan bagi PSKT,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Program Cakap-Cakap Sains: Ilmu Falak di Pusat Dagangan Terengganu, baru-baru ini. Mohd Hakimi berkata, pada program berkenaan seramai 150 peserta mengikuti forum berkaitan ilmu falak yang disampaikan Ahli Astronomi, Shahrin Ahmad yang berpengalaman 30 tahun dalam dunia Astronomi. “Peserta terdiri daripada pelajar Pusat Pengajian Sains Marin dan Persekitaran, Universiti Malaysia Terengganu (UMT); Ahli Kelab Astronomi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), imam dan bilal serta orang awam,” katanya.


BIL:92 • Disember 2013

www.teganukita.blogspot.com

Gelombang kebangkitan budaya Melayu

PMR: Pencapaian terbaik dalam tempoh sembilan tahun Melonjak pendidikan negeri ke tahap yang terkehadapan di peringkat kebangsaan Oleh NORAINI JUSOH ukomtrg123@gmai..com

Dato’ Seri Haji Idris Jusoh berucap merasmikan Program Renaisans Melayu.

S

eramai 100 ahli bijak pandai daerah Besut menyertai Program Renaisans Melayu bagi membincang pelbagai isu berkaitan kebangkitan budaya murni bangsa Melayu di Negara ini. Program yang julung kali diadakan itu berlangsung di Masjid Ulul Albab, Seberang Jertih dan dirasmikan oleh Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh yang juga Ahli Parlimen Besut. Berucap pada majlis itu Idris berkata orang Melayu boleh hilang segala-galanya sekiranya mereka tidak buat perubahan positif terhadap gaya, pegangan hidup serta tidak mampu menguasai ilmu termasuk ekonomi yang merupakan faktor utama dalam menentukan kejayaan sesuatu kaum. Katanya,, orang Melayu perlu bangkit melalui satu gelombang perubahan baharu yang sepatutnya digerakkan dari sekarang walaupun sentiasa dinafikan tentang kebolehan dan kepakaran mereka. “Kita harap gelombang perubahan dimulakan segera agar satu perubahan besar berlaku kepada umat Islam di negara ini agar mereka mempunyai nilai berani, bersedia dan sentiasa sedia berubah,” katanya. Majlis turut disertai cendekiawan menjadi wadah kepada memperkasakan orang Melayu.

29

T

erengganu terus mengekalkan rekod sebagai negeri yang mencatatkan pencapaian terbaik dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) buat lima tahun berturut-turut. Keputusan PMR 2013 yang diumumkan baru-baru ini juga merupakan satu sejarah bagi negeri ini apabila pencapaian itu merupakan yang tertinggi dalam tempoh sembilan tahun. Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Encik Zakaria Hussin berkata, Gred Purata Negeri (GPN) secara keseluruhan yang melibatkan sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (calon K) tidak termasuk Calon Berkeperluan Khas (CBK) meningkat kepada 2.55, berbanding 2.57 pada tahun 2012 dan mengatasi Gred Purata Nasional (2.67). “Rekod pencapaian ini merupakan pencapaian yang terbaik dalam tempoh sembilan tahun apabila GPN Terengganu

pada 2005 (2.78), 2006 (2.75), 2007 (2.71), 2008 (2.65), 2009 (2.60), 2010 (2.58) dan 2011 (2.57). “Peningkatan prestasi itu bukan suatu perkara yang mudah dicapai melainkan perlu berusaha dengan gigih, berterusan, semangat yang jitu dan bersepadu untuk memastikan prestasi tidak merosot. Dengan catatan angka yang sangat baik ini juga secara tidak langsung telah melonjak pendidikan negeri Terengganu ke tahap yang terkehadapan di peringkat kebangsaan. “Prestasi keseluruhan juga merekodkan GPN Terengganu jauh mengatasi Gred Purata Nasional,”

Ibu mana yang tidak gembira apabila anaknya cemerlang dalam peperiksaan. Kepuasan itu turut dirasai seorang ibu apabila anaknya, Syraz yang memperolehi 8A dalam peperiksaan PMR yang diumumkan baru-baru ini.

katanya ketika mengumumkan Keputusan PMR 2013, di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Encik Zakaria berkata, bilangan calon yang memperoleh A dalam semua mata pelajaran telah

meningkat kepada 8.19 peratus iaitu pertambahan sebanyak 1.04 peratus berbanding pencapaian 7.15 peratus pada tahun 2012. “Walaupun sasaran negeri 10 peratus, rekod ini jelas menunjukkan kita sedang menghampiri sasaran

Pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud meraikan kegembiaraan memperolehi 8A dalam peperiksaan PMR.

Fokus kepada pelajaran dan membaca surah Yasin setiap pagi dan malam menjadikan anak kepada penoreh getah, Abdul Jabbar Hudd Mohd Saimi memperolehi keputusan cemerlang PMR (gambar kiri). Manakala sebahagian daripada pelajar Sekolah Menengah Sains Setiu berjaya menaikkan nama sekolah mereka antara yang terbaik dalam PMR yang diumumkan, baru-baru ini.

berkenaan. Ini kerana, sasaran yang tinggi perlu ditetapkan untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik supaya kita lebih berusaha untuk mendapatkannya ,” ujarnya. Menurut beliau, banyak faktor yang mendorong peningkatan dalam kemajuan prestasi calon PMR Terengganu antaranya peranan kerajaan negeri yang saban tahun menyalurkan peruntukan besar kepada JPNT bagi mengadakan program-program akademik yang dapat melonjakkan kecemerlangan anak-anak Terengganu dalam bidang pendidikan.


30

BIL:92 • Disember 2013

www.teganukita.blogspot.com

Selesai: Jangan politikkan lagi Sabasun Sabasun memohon maaf kepada MBKT dan Kerajaan Negeri di atas segala kekeliruan dan tohmahan yang timbul Oleh AIDA ABD RAHMAN aida_ukom@yahoo.com

M

ajlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), baru-baru ini menafikan dakwaan pemilik Sabasun, sebuah pasar raya mini yang beroperasi di Bukit Kecil, Kuala Terengganu, kononnya ditindas MBKT ekoran lesen perniagaannya digantung. Datuk Bandar Kuala Terengganu, Dato’ Adzlan Mohd. Dagang berkata, isu itu timbul berikutan kegagalan pihak Sabasun mematuhi prosedur bagi membolehkan MBKT meluluskan permohonannya. “MBKT sehingga kini masih menunggu kedatangan pemilik Sabasun untuk bersemuka...sebaliknya dia menggunakan hebahan di media sosial pembangkang untuk memburuk-burukkan imej MBKT dan kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita dalam sidang media, pada 3 Disember lalu. Dato’ Adzlan mahu pemilik Sabasun menghentikan tohmahan itu dan datang berbincang

untuk menyelesaikan masalah. Menurut beliau Sabasun dikategorikan sebagai sebuah ’super mini market’ yang dan bukannya ’hipermarket’ yang tertakluk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Malah, isu mengenai kononnya MBKT dan Kerajaan Terengganu menindas usahawan Melayu tersebar luas di internet ekoran Sabasun gagal menyambung lesen perniagaannya. Susulan itu, hasil pertemuan antara pemilik Sabasun, Che Salmi Che Ibrahim dengan Dato’ Adzlan pada 9 Disember lalu: 1. Sabasun memohon maaf kepada MBKT dan kerajaan negeri di atas segala kekeliruan dan tohmahan yang timbul secara sedar atau tidak sedar. 2. Sabasun berjanji akan patuh kepada beberapa peraturan yang ditetapkan Pihak Berkuasa Tempatan (MBKT) bagi membolehkan SABASUN mendapat Sijil Kelayakan Menduduki (CF) untuk bangunan perniagaannya.

S Isu Sabasun menjadi perbualan hangat ekoran campur tangan politik murahan. (Gambar kecil), pemilik Sabasun, Che Salmi Che Ibrahim.

3. Sabasun berterima kasih kepada MBKT kerana meluluskan permit sementara supaya Sabasun dapat berniaga seperti biasa. 4. Sabasun mengakui MBKT prihatin terhadap usahawan Melayu di Kuala Terengganu dan tuduhan kepada MBKT sebelum ini dipengaruhi sentimen politik yang tidak matang dan nakal. 5. Mengenai Sabasun 2 di Wakaf Tembesu, pengurusan Sabasun dimaklumkan urusan pengambilan tanah di luar bidang kuasa MBKT dan perkara itu di bawah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN). 6. Sabasun akan membuat rayuan dan perbincangan bersama UPEN berkaitan perkara berbangkit di Sabasun 2.

7. Sabasun mengakui pihak UPEN telah menyatakan tanah milik Sabasun di Wakaf Tembesu akan diambil alih oleh kerajaan negeri bagi tujuan membina Bandar Baru Perkasa Alam, bukan diberi atau dijual kepada pihak asing seperti didakwa sebelum ini. 8. Bandar Baru Perkasa Alam antara lain turut memfokuskan aktiviti peruncitan Bumiputera selaras dengan perancangan mewujudkan Daerah Baru Kuala Nerus. 9. Sabasun mengakui sebarang masalah mungkin boleh diselesaikan melalui perbincangan, bukan melalui tindakan politik yang merugikan Sabasun sendiri.

Ibu bapa tunggal sambut baik insentif perkahwinan

I

bu dan bapa tunggal di negeri ini menyambut baik program insentif perkahwinan yang diperkenalkan Menteri Besar Terengganu sebagai usaha menggalakkan mereka mencari pasangan baru selepas gagal dalam perkahwinan terdahulu. Melalui skim itu, kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) turut memberi insentif sebanyak RM2,000 kepada ibu atau bapa tunggal yang telah bertemu jodoh dan memulakan kehidupan baru bersama-sama pasangan pilihan masing-masing. Pasangan Saibani Ithmen, 63, dan Rahazaitom Ibrahim, 48, berkata program berkenaan sangat murni kerana dapat membantu meringankan beban pasangan seperti mereka. “Saya menjadi duda sejak tiga tahun lepas manakala isteri

Antara pasangan yang terbabit menceriakan Majlis Penyampaian Insentif Perkahwinan Ibu/Bapa Tunggal. - Gambar oleh Harish Fadzillah.

pula tidak berteman sejak tujuh tahun yang lalu. Kami mengambil keputusan untuk berkahwin selepas mendapat persetujuan anak-anak dan perkenalan kami hasil pertolongan seorang teman,”

1,168 si cilik hafaz muqaddam

katanya. Menurut Salbani, mereka berdua merancang mengunakan wang insentif yang diterima sebanyak RM4,000 itu untuk menampung perbelanjaan ketika menunaikan

umrah bersama Februari depan. Sementara itu, pasangan ibu tunggal dan duda yang telah melangsungkan perkahwinan pada September lalu, Mamat Idris, 76, dan Zaiton Yahya, 51, bersyukur apabila masing-masing memperoleh RM2,000 seorang. Kata Mamat yang mempunyai empat orang anak hasil perkahwinan terdahulu, dia menduda hampir 14 tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin dengan pasangannya yang mempunyai lapan anak itu. Seramai 254 pasangan diraikan dan menerima insentif perkahwinan sempena majlis penyampaian insentif perkahwinan ibu/ bapa tunggal peringkat Negeri Terengganu, di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, baru-baru ini.

eramai 1,168 anak-anak Taska Permata Keluarga (TPK) di bawah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) berjaya menghafaz muqaddam (23 surah lazim) dan dianugerahkan sijil pada Majlis Hafaz Muqaddam Kanak-Kanak Taska Permata Keluarga yang berlangsung di Stadium Tertutup Gong Badak, baru-baru ini. Pengarah YPKT, Encik Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata, seramai 302 orang atau 36 peratus terdiri daripada kanak-kanak seawal usia tiga tahun dan 866 atau 77 peratus berusia empat tahun. “Kanak-kanak sebenarnya sangat hebat dan memang berpotensi jika dididik dengan betul seawal usia mereka. “Berkonsepkan sistem bermain sambil belajar, sistem pendidikan kanak-kanak TPK bukan bermatlamat mendewasakan kanak-kanak tetapi untuk memastikan mereka membesar mengikut perkembangan usia dan dapat menikmati alam kanak-kanak sepenuhnya,” ujarnya. Beliau berkata demikian dalam ucapan aluan pada majlis berkenaan yang disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said. Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Mohd Zubir Embong serta Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Encik Mohd Shafaruddin berkata, bagi penambahbaikan program untuk tahun depan, YPKT akan mendedahkan penggunaan Bahasa Inggeris di semua TPK. “Kanak-kanak di TPK juga akan diajar menghafaz 16 siri doa harian dan diberi pendedahan awal berkaitan asas solat,” jelasnya. Tambah beliau, rakyat negeri ini amat bertuah kerana Terengganu merupakan satu-satunya negeri yang kerajaannya menyediakan Pusat Perkembangan Awal KanakKanak. “Sehingga kini terdapat 65 buah TPK diseluruh negeri ini hasil daripada kebijaksanaan Menteri Besar yang berpandangan jauh dan sanggup melabur besar dalam bidang pendidikan demi kecemerlangan anak-anak Terengganu,’’ ujarnya.


BIL:92 • Disember 2013

www.teganukita.blogspot.com

Diskusi Bajet 2014: Terengganu rekod peningkatan pendapatan isi rumah

P

urata pendapatan bulanan isi rumah di Terengganu pada tahun ini RM4,205, meningkat 5.66 peratus berbanding tahun lalu, hasil strategi dan program yang dilaksanakan kerajaan menerusi penjanaan perbelanjaan serta sumber yang ada dalam negeri bagi meningkatkan pendapatan rakyat. Yang Dipertua Dewan perniagaan melayu Malaysia negeri Terengganu (DPMMT), Dato Wan Mohd Albakri Wan Md

Noor, purata pendapatan isi rumah berkenaan menjadi indikator yang menunjukkan kekayaan dan juga kesenangan penduduk di setiap kawasan mahu pun negeri. “Jika pada tahun 2003-2004 Terengganu negeri kedua miskin dengan pendapatan isi rumah ketika itu kurang dari RM2,000, pendapatan bulanan isi rumah yang direkodkan Jabatan Statistik Malaysia pada 2012 meningkat dengan baik, iaitu RM3,967. “Peningkatan itu turut melon-

jak kedudukan Terengganu dari tangga ke-13 naik ke sembilan. Maka negeri Terengganu antara negeri yang mampu merekodkan pertumbuhan ekonomi yang baik bagi tempoh kurang 10 tahun,” katanya ketika mengupas Bajet 2014, sempena Program Diskusi Bajet 2014, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Beliau menjadi panel bersama Timbalan Yang Dipertua Dewan Perniagaan dan Perindustrian

Melayu Terengganu, Dato’ Haji Ahmad Che Abdullah di program tahunan anjuran Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom). Turut hadir, Pengarah Ukom, Haji Shamsuddin Sulong; Timbalan Pengarah Ukom, Encik Ruslan Abd Rahman. Dalam pada itu, Dato Wan Mohd Albakri bagaimanapun berkata, peningkatan isi rumah daripada RM3,967 pada 2012 kepada RM4,205 tahun ini, masih jauh ketinggalan berbanding purata pendapatan isi rumah nasional yang berjumlah RM5,000 pada masa kini. “Malah purata pendapatan isi rumah negeri itu jauh terkebelakang berbanding pendapatan isi rumah di China yang mere-

31

kodkan RM6,000, iaitu hampir separuh ketinggalan. Ia satu cabaran kerajaan negeri bersama semua badan dan agensi bagi bersama-sama meningkatkan kenaikan pendapatan isi rumah ini ke tahap yang lebih membanggakan berbanding negeri lain seperti Wilayah Persekutuan( RM 8,586), Selangor (RM7,023), Pulau Pinang (RM5,035), Johor (RM4,658), Sarawak (RM4,293) dan Sabah (RM4,013),” katanya. Bagaimanapun, beliau yakin kerajaan sentiasa komited dalam menjadikan Terengganu sebagai hub pelaburan yang kompetitif di rantau ini, bersandarkan kepada kemasukan 66 projek pelaburan bernilai 2,84 bilion pada tahun lalu.

SOROTAN PERISTIWA SEPANJANG 2013

Terengganu lakar L kegemilangan tersendiri

Bola sepak: Terengganu, T-Team saling mencabar

dari ms-32

“Malah lawatan itu juga berupaya menjalin hubungan dua hala antara Myanmar dan Malaysia, khususnya Negeri Terengganu di bidang sukan terutama dari segi pengurusan Sukan Berprestasi Tinggi selain menimba pengalaman baru dalam aspek penyediaan program pembangunan sukan yang berkesan,” katanya. Mengulas lanjut, kerajaan negeri turut menyediakan insentif Skim Wakil Negara (Swara) berjumlah RM61,000 sebagai dengan masing-masing memperolehi RM1,000 seorang sebagai sebagai `wang saku’ dan suntikan semangat

menggalas misi negara di temasya itu. Dalam pada itu, sebaik sahaja tirai Sukan SEA berlabuh, anak Terengganu turut melakar kegemilangan tersendiri apabila menjadi pelengkap kepada pungutan 43 pingat emas, 38 perak dan 77 gangsa yang dihasilkan Malaysia untuk menghuni di tangga kelima. Haji Zainal Abidin berkata, atlet negeri yang menghadiah emas termasuk trio ekuestrian, Mohd Bulkhari Rozali, Mohd Sulaiman Muda dan Mohd Hisyammuddin Daud, selain Khairul Anuar Mohamad bagi acara memanah serta empat atlet hoki wanita dan lelaki. Katanya, acara lain yang turut menyumbang pingat seperti berbasikal, kanu dan olahraga.

Atlet Terengganu yang mewakili negara dalam pelbagai acara cemerlang mencipta kejayaan pada Sukan SEA Myanmar 2013. Kerajaan negeri turut menyediakan insentif Skim Wakil Negara (Swara) sebagai suntikan semangat menggalas misi negara.

iga Bola Sepak Malaysia Musim 2014 yang bakal membuka tirai Januari ini menyaksikan setiap pasukan kini sedang giat mempersiapkan barisan pengurusan, kejurulatihan serta gabungan pemain yang mantap untuk saingan akan datang. Pasukan Terengganu dan T-Team, turut melakukan rombakan besar-besaran ke atas pasukan mereka musim lalu di mana skuad musim lalu nyata gagal menamatkan saingan di kedudukan yang baik serta gagal melangkah jauh dalam Piala Malaysia 2013. Bagi musim depan, pasukan Terengganu melantik Haji Abdul Rahman Ibrahim, figura yang tidak asing bagi anak negeri ini berikutan pernah melatih pasukan Penyu sebanyak dua kali sebelum ini. Kehadiran jurulatih yang juga anak jati Terengganu yang pernah melatih beberapa pasukan negeri dan kelab di Liga Malaysia membuktikan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) yang diterajui Presidennya, Datuk

Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid amat serius dan komited untuk mengangkat semula kegemilangan arena itu di Terengganu. Beberapa pemain anak jati Terengganu kembali mewakili pasukan termasuk Nor Farhan Muhammad dari pasukan Kelantan yang sebelum ini dikaitkan dengan pasukan Johor Darul Takzim FC (JDT), Zairo Anuar Zailani dan Faiz Subri (Kelantan), bekas penjaga gol kebangsaan Mohd Sharbinee Allawee Ramli (Selangor), Izzat Fariq Ramlan (Harimau Muda A), Azlan Zainal dan Mohd Nor Hakim Hassan (PKNS FC). Terengganu juga mengekalkan pemain musim lalu seperti Ashaari Shamsudin, Abdul

Manaf Mamat, Zubir Azmi, Sharmiza Yusuf, Ismail Faruqi danVincent Bikana. Sementara Pasukan T-Team memilih pemain kelahiran Brazil, Evaldo Goncalves, untuk mengisi slot pemain import dalam usaha memantapkan jentera serangan pasukan itu pada saingan Liga Super musim depan. Jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah berkata pemain berusia 32 tahun itu berjaya memenuhi kriteria yang diperlukan oleh beliau semasa ujian pemilihan yang turut disertai oleh penyerang kebangsaan Angola, Andre Buengo. Menurutnya Goncalves akan digandingkan dengan penyerang import Indonesia, Patrich Steve Wanggai, yang merupakan penjaring terbanyak Liga Super Indonesia 2012/2013. Pasukan berstatus kelab itu turut mengikat dua lagi pemain import iaitu pemain pertahanan Fabio Flor de Azevedo dari Brazil dan pemain tengah Nelson San Martin dari Chile.


Sukan TEGANUKITA

TERKINI • CEPAT • TEPAT

http://www.teganukita.blogspot.com • http://www.terengganu.gov.my

KELUARAN KHAS

Diterbitkan sejak tahun 2008

Bil: 92 • Disember 2013 • Percuma

SOROTAN PERISTIWA SEPANJANG 2013

Perlawanan amal antara Terengganu– T-Team kutip RM17,880

S

ATLET TERENGGANU CEMERLANG Khairul Anuar Mohamad meraih emas buat Malaysia dalam cara memanah pada Sukan SEA Myanmar 2013.

Terengganu kekal kuasa sukan Seramai 61 atlet dari Terengganu mewakili negara pada Sukan SEA 2013 Oleh AIDA ABD RAHMAN aida_ukom@yahoo.com

T

erengganu selaku `kuasa baru sukan negara’ menghantar 61 atau 10.91 peratus atlet yang mewakili negara ke Sukan SEA Myanmar 2013, bermula 14 hingga 20 Disember lalu. Jumlah terbesar atlet negeri yang membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa itu, juga sebagai kesinambungan apabila 54 atlet negeri ini ke Sukan SEA Palembang, Indonesia pada 2011, iaitu pertambahan tujuh atlet. Pada kali ini, kesemua atlet dari Terengganu mewakili 16 jenis sukan berbanding keseluruhan

559 atlet negara ke temasya sukan dwi tahunan itu. Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Haji Zainal Abidin Hussin, berkata sebagai badan yang bertanggungjawab memastikan pembangunan dan kegemilangan sukan negeri, satu delegasi yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia negeri, YB Haji Rozi Mamat turut mengiringi dan memberi sokongan moral terhadap perjuangan atlet negeri khasnya serta atlet negara amnya di temasya itu. “Delegasi yang turut disertai semua Pegawai Daerah seluruh Terengganu melakukan lawatan kerja dan pemantauan supaya

belajar dari Myanmar, sebuah negara yang serba kekurangan dan bukan kuasa utama di kalangan negara Asia Tenggara, namun berjaya memperlihatkan kekuatan serta pencapaian mendadak dalam pencapaian atlet mereka. “Walaupun tidak mempunyai infrastruktur sukan yang baik, kemampuan atlet Myanmar ini diihat sebagai satu faktor yang mendorong MSNT berusaha mengenal pasti faktor kejayaan itu selain menambah elemen dan impak baru serta sistem persatuan sukan dan kelab yang membangunkan sukan secara sukarelawan sebenar berbanding negara kita yang bersifat pergantungan kepada kerajaan,” katanya kepada

Teganukita, baru-baru ini. Haji Zainal Abidin berkata, imej Myanmar secara realiti dan kemudahan asas sukan direkacipta menggunakan bajet yang rendah dan penyediaan kendiri para atlet ditumpukan kepada kesedaran tanggungjawab serta bukan `materialistik’ merupakan subjek yang boleh dikaji atau diambil sebagai contoh kepada pembangunan atlet Terengganu di masa depan. Katanya, hasil lawatan itu diharap akan dapat meningkatkan mutu sukan negeri sekali gus menjadi medan terbaik bagi memungut informasi sukan. bersambung di ms–31

Dicetak Oleh: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Tel: 09-666 8611, 666 6652, 666 8601. Faks: 09-666 0611, 666 0063 email:spyit@tm.net.my

ejumlah RM17,880 berjaya dikumpul hasil sumbangan orang ramai kepada mangsa banjir di seluruh Terengganu menerusi tiket perlawanan amal antara Terengganu dan T-Team, di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Keprihatinan warga Terengganu khususnya penyokong bola sepak tempatan itu menyentuh hati Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said yang turut hadir memberi sokongan. Dato’ Seri Haji Ahmad berterima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) yang mengambil inisiatif mengadakan perlawanan persahabatan dengan mengenakan caj tiket RM5 seorang bagi mengisi tabung bantuan mangsa bencana banjir di negeri ini. “Saya berterima kasih kepada PBSNT kerana mengambil inisiatif mengadakan perlawanan persahabatan yang keempat ini. Ia bukan sahaja dapat menguji pemain baru tetapi turut mengambil kutipan dana untuk membantu mangsa banjir. Selain penonton, pengurusan Terengganu dan T-Team serta pemain kedua-dua pasukan turut menghulurkan sumbangan berkenaan. Presiden PBSNT, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid kemudiannya menyerahkan sumbangan itu kepada Menteri Besar sebelum diagihkan kepada mangsa banjir yang terlibat. Perlawanan persahabatan antara dua pasukan itu berkesudahan dengan Terengganu menewaskan T-Team, 2-0.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.