1 minute read

Jenis-Jenis Kemasan Kayu

WAX

merupakan kemasan yang biasa digunakan sebagai lapisan terakhir untuk mendapatkan satu permukaan yang licin,rata dan berkilat.

Advertisement

SYELEK "SHELLAC"

merupakan kemasan yang biasa digunakan pada kayu.Syelek ialah resin asli yang dihasilkan dari tahi serangga bernama lac bugs.

Resin syelek larut di dalam alcohol dan digunakan untuk mengilat kayu. Syelek boleh digunakan secara sembur atau sapu dengan berus. Syelek didapati sebagai serpihan yang perlu dilarutkan di dalam alkohol untuk digunakan ataupun dibeli siap bancuh

JENIS-JENIS KEMASAN KAYU

LEKAR "LACQUER"

Lekar terdiri daripada jenis resin (nitro–cellulose).

Ia merupakan kemasan lutsinar yang cepat kering. Lekar ini dilarut dengan thinner, boleh disapu ataupun disembur.

CAT "PAINT"

Cat digunakan dalam perusahaan kayu untuk memberi lapisan kepada bahan-bahan kayu, besi, lepa, konkrit, batu-bata dan lain-lain lagi.

Cecair cat mengandungi bahan-bahan pengikat dan pelarut. Bahan pengikat berfungsi untuk melekatkan pewarna pada permukaan yang dicat serta memberi sifat kalisan dan kelicinan.

Pelarut pula berfungsi mengurangkan kelikatan cat dan memberi kesenangan kerja semasa mengecat.

This article is from: