2 minute read
Tatacara Kemasan Kayu
from BENGKEL PERKAYUAN
by PolisasLib3
TATACARA PERALATAN MESIN
MESIN GERGAJI “RADIAL ARM SAW MACHINE”
Advertisement
Laraskan kedudukan mata gergaji supaya berada tepat dengan penandaan ukuran pada kayu Pastikan keadaan kuasa elektrik tersedia untuk digunakan Hidupkan suiz atau butang berwarna hitam disebelah sisi kanan mesin Mulakan kerja-kerja memotong sehingga selesai Matikan suis atau pada punca bekalan elektrik Bersihkan kawasan kerja setelah selesai semua kerja pemotongan kayu.
TATACARA KEMASAN KAYU
Setelah projek mini selesai dan kerja pemasangan semua tanggam dan sambungan telah lengkap. Maka kerja-kerja kemasan boleh dilakukan. Pastikan permukaan kayu sudahpun diketam sebelum kerjakerja sambungan tanggam selesai. Kerja kemasan dimulai dengan penggunaan kerja pasir atau kertas kaca.
Terdapat dua jenis kertas pasir iaitu: 1.Jenis kering (biasa) 2.Jenis basah dan kering. Jenis basah dan kering digunakan untuk permukaan cat yang tidak rata tetapi perlu digilap lagi.
CARA MENGGUNAKAN KERTAS PASIR
Gosok permukaan kayu dengan menggunakan kertas pasir yang dibalut pada bongkah kayu
Kegunaan: Digunakan untuk membersih, melicin dan menghilangkan kesan cacat atau tanda kecil pada permukaan kayu.
Naikkan urat kayu dengan membasahkan permukaannya menggunakan kain yang basah
Gosok kayu mengikut arah urat kayu.
Bersihkan permukaan kayu dengan berus atau kain
TATACARA KEMASAN KAYU
KAEDAH PENGGUNAAN PENYUMBAT DAN WAX (KEMASAN LILIN)
Cairkan lilin menggunakan turpentin
Kilatkan permukaan kayu menggunakan kain lembut Sapukan lilin yang cair ke permukaan kayu agar lilin masuk ke ira kayu
Jauhkan dari sebarang api kerana turpentin adalah pelarut mudah terbakar Larutkan pewarna (jika perlu) sebelum dibancuh dengan lilin
TATACARA KEMASAN KAYU
KAEDAH PENGGUNAAN MINYAK DAN CAT
Dalam proses mengecat, biasanya 3 lapisan cat diperlukan iaitu lapisan asas, lapisan alas dan lapisan kemasan
Cat lapisan asas mengandungi cecair minyak linseed dan plumbum merah sebagai pewarna. Cat lapisan alas mengandungi linseed, plumbum putih dan minyak pengering yang bermutu. Cat lapisan kemasan pula mengandungi minyak varnis, pewarna dan pelarut yang sesuai seperti turpetin
Alat-alat untuk mengecat yang sesuai ialah berus dan alat sembur
TATACARA KEMASAN KAYU
KAEDAH PENGGUNAAN LEKAR
Lekar mengandungi resin yang terdiri daripada polyurethene, alkyd, urea dan lain-lain yang akan mengeras melalui tindakbalas kimia dengan bahan pengeras (catalyst)
Ada beberapa jenis lekar yang berwarna lutsinar, berwarna pudar dan licin yang boleh digunakan untuk kemasan dalam dan luar
Apabila telah disapu atau disembur, ia akan mengering dengan cepat dan menghasilkan lapisan perlindungan yang tahan lasak dan bersifat merintang bahan kimia, pelarut, api dan sebagainya
Lekar boleh dilarutkan dengan thinner
Lekar yang biasa digunakan ialah terdiri daripada jenis resin (nitrocellulose) yang merupakan kemasan lutsinar yang cepat kering
TATACARA KEMASAN KAYU
KAEDAH PENGGUNAAN SYELEK
cara mengilat kayu dengan syelek juga dipanggil French Polishing
syelek didapati sebagai serpihan yang perlu dilarutkan di dalam alkohol untuk digunakan atau dibeli secara bancuh siap
ia boleh dilakukan dengan cara semburan atau sapuan dengan menggunakan berus
syelek yang telah dilarutkan hendaklah disimpan di dalam bekas kaca. Jika ia disimpan di dalam tin, warnanya akan menjadi gelap