1 minute read

Jenis-Jenis Peralatan Tangan

TATACARA PERALATAN TANGAN

CARA MENANDA DAN MENGUKUR

Advertisement

1

Guna pensil penanda untuk mendapatkan ketepatan mutlak.

Tekan sesiku L dengan kemas agar dapat menandakan dengan tepat.

Gunakan titik hujung kayu sebagai titik panduan semasa membuat teknik pengukuran.

3Gunakan tolok penanda bagi menanda mengikut alur kayu

2

Gunakan angkup pengukur (calipers) untuk mendapatkan ketebalan kayu dengan tepat

4

JENIS-JENIS PERALATAN TANGAN

TOLOK PENANDA

Tolok ini digunakan untuk menandakan garisan yang akan dipotong dengan gergaji atau pahat semasa membuat tanggam.

PITA PENGUKUR

Pita pengukur digunakan untuk menyukat dan menanda jarak dengan pisau atau pensel. Selain itu, alat ini berfungsi dalam menguji jarak di antara tandatanda dan menyelaraskan jarak tolok.

JENIS-JENIS PERALATAN TANGAN

SESIKU L

Letakkan Sesiku L di atas benda kerja yang hendak diukur. Kemudian, rapatkan bahagian badan sesiku L ke bahagian sisi benda kerja. Seterusnya, pastikan sesiku L dan benda kerja dilekapkan bagi mendapatkan sudut tepat 90° . Akhir sekali, gariskan menggunakan pensel untuk mendapatkan garisan yang tepat.

PEMBARIS KELULI

Pembaris keluli diletakkan di atas benda kerja yang hendak diukur. Selarikan bahagian hujung pembaris dengan bahagian hujung bahan tersebut. Kemudian, tandakan menggunakan pensel atau penggarit pada sengatan ukuran yang dikehendaki

JENIS-JENIS PERALATAN TANGAN

RAGUM

Ragum kayu sememangnya kita boleh lihat telah dilekatkan siap pada bahagian meja kerja. Jadi, bagi menggunakannya, pusingkan pedal untuk membukanya. Kemudian, letakkan kayu reja di antara benda kerja bagi mengelakkan daripada berlaku kerosakan pada bahagian tertentu benda kerja tersebut. Akhir sekali, pusingkan kembali pedal sehingga benda kerja dikepitkan dengan kemas. Konsepnya sama seperti cara menggunakan Apit G

APIT G

Letakkan benda kerja di atas meja. Kemudian, letakkkan dua reja kayu di antara benda kerja tersebut bagi mengelakkan benda kerja daripada rosak. Akhir sekali, kepitkan kedua-dua kayu reja tersebut sehingga benda kerja diikat dengan kemas.

This article is from: