Program pengajian Diploma Geomatik direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teoritikal, kemahiran teknikal dan tingkah laku yang diperlukan dalam bidang ukur tanah ataupun geomatik. Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran program pengajian ini dijalankan di kampus dan di tapak / lapangan ukur yang meliputi skop kerja di dalam industri geomatik dan geospatial yang merangkumi aspek teknik pengukuran dan kedudukan, cerapan data geospatial, pemprosesan dan analisis data pengukuran serta pemetaan yang dipelajari di dalam Ukur Kadaster, Pengiraan Ukur, Ukur Kejuruteraan, Ukur Hidrografi, Pemetaan Utiliti, Geodesi, Astronomi, Pelarasan Ukur, CADD, Sistem Maklumat Geografi (GIS), Fotogrametri, Remote Sensing, Kartografi, Undang-undang Tanah, Pengurusandan Pembangunan Tanah. Kemahiran insaniah, kemahiran berkomunikasi dan kerja berpasukan juga diterapkan kepada pelajar supaya mereka dapat berkomunikasi, berinteraksi dan bekerja secara berpasukan dengan penuh bertanggungjawab dan berkesan.