TEKNOLOGI ELEKTRIK

Page 183

KEMAGNETAN DAN KEELEKTROMAGNETAN

10.5

ARUHAN ELEKTROMAGNETIK Apabila konduktor bergerak merentasi medan magnet, daya elektromagnet (emf) dihasilkan dalam konduktor. Kesan ini dikenali sebagai aruhan elektromagnet. Kesan aruhan elektromagnet akan menyebabkan arus teraruh. Terdapat dua hukum aruhan elektromagnet: i. Hukum Faraday ii. Hukum Lenz'z 10.5.1 Hukum Faraday Hukum Faraday adalah hubungan asas yang berasal dari persamaan Maxwell. Ia adalah pergerakan relatif fluks magnet dan konduktor kemudian menyebabkan emf wujud dan dengan itu arus teraruh dalam konduktor. Emf teraruh pada konduktor boleh dihasilkan melalui dua kaedah iaitu fluks memotong konduktor atau konduktor memotong fluks. a. Fluks memotong konduktor Fluks memotong konduktor ialah apabila magnet bergerak ke arah gegelung seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 10.7, pesongan dicatatkan pada galvanometer menunjukkan bahawa arus telah dihasilkan dalam gegelung.

Rajah 10.7

Fluks memotong konduktor

b. Konduktor memotong fluks Konduktor memotong fluks ialah apabila konduktor digerakkan melalui medan magnet seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 10.8. Emf teraruh dalam konduktor dan dengan itu sumber emf dicipta di antara hujung konduktor. Ini adalah konsep yang mudah penjana AC. Medan elektromagnet teraruh ini diberikan oleh Di mana B l

v

E = Blv volt

[10.1]

= ketumpatan fluks, T = panjang konduktor dalam medan magnet, m = halaju konduktor, m/s 177


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.