Minit ICT

Page 1

SPSK PK 07/3

SMK TANJONG SEPAT MINIT MESYUARAT PANITIA ICT BIL 1/2013 Tarikh

: 9 Januari 2013 (Rabu)

Masa

: 1.20 petang

Tempat

: Bilik Jahitan, SMK Tanjong Sepat

Pengerusi

: Pn. Nor Azimah Basiran

Kehadiran (Bilangan)

: 3 orang

Nama Yang Hadir

:

1. Pn. Nor Azimah binti Basiran

GKMP Teknik & Vokasional SMK Tanjong Sepat Guru matapelajaran ICTL KP ICT SMK Tanjong Sepat (Setiausaha Mesyuarat)

2. Pn. Siti Suhaira Latiff 3. Pn. Rabeah Manshor

Nama Yang Tidak Hadir

: -Tiada-

Turut Hadir (Jika ada)

: -Tiada-

1

UCAPAN PENGERUSI 1.1 Pn. Nor Azimah mengalu-alukan kehadiran semua guru ke Mesyuarat Panitia ICT Sekolah Bil. 1 tahun 2013 ini. Tindakan: Makluman

2

MEMBACA DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 2.1 Pn. Rabeah membentangkan minit mesyuarat yang lalu. Minit mesyuarat telah dicadangkan untuk diluluskan oleh Pn. Nor Azimah dan disokong oleh Pn. Siti Suhaira. Tindakan:

Makluman

3

PERKARA BERBANGKIT - Tiada –

4

PERKARA BAHARU 4.1 Huraian / Sukatan Pelajaran Pengerusi mengingatkan agar Ketua Panitia dapat menyediakan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang terkini dalam Fail Panitia. Tindakan : Ketua Panitia 4.2 Analisis dan Post Mortem Peperiksaan Akhir Tahun 2012 Analisis Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 tahun 2012 disertakan bersama-sama minit mesyuarat ini. Tindakan : Ketua Panitia 4.3 Ujian/Peperiksaan/Kerja Kursus/PBS No. Keluaran 02

Tarikh Keluaran No. Pindaan 01 NOVEMBER 2011 00 Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010

Tarikh Pindaan


4.3.1 4.3.2

Ketua Panitia diminta untuk menyediakan Jadual Penyedia Soalan Peperiksaan bagi Tingkatan 4 dan 5 Surat Pelantikan sebagai Pentaksir Sekolah akan dikeluarkan kepada Pn. Rabeah Manshor sebagai Ketua Pentaksir Sekolah dan Pentaksir Sekolah bagi matapelajaran ICT. Tindakan : GKMP Teknik Vokasional & Ketua Panitia

4.4 Pengurusan Bilik Khas/Pengurusan Fail/Stok Inventori 4.4.1 Pengerusi mengingatkan tentang pengurusan bilik kkas iaitu Makmal Komputer 1 dan Makmal Komputer 2 yang berada dibawah tanggungjawab Pn. Rabeah dan Pn. Siti Suhaira. 4.4.2 Pengerusi meminta supaya penggunaan Bilik Khas direkodkan dalam Borang SPSK yang ditetapkan. Tindakan : Pn. Rabeah & Pn. Siti Suhaira 4.5 Aktiviti Bidang/Matapelajaran/Daerah 4.5.1 Aktiviti Panitia ICT bagi Tahun 2013 ialah Bengkel Teknik Menjawab Soalan ICT SPM yang akan diadakan diperingkat Daerah pada bulan Jun nanti. Tindakan : Ketua Panitia 4.6 Pengurusan Kewangan Panitia 2013 4.6.1 Ketua Panitia diminta merujuk kepada Kerani Kewangan untuk mengetahui status terkini sumber kewangan panitia. Perancangan yang teliti perlu dibuat untuk menggunakan peruntukan tersebut. Tindakan : Ketua Panitia 4.7 Penyeliaan PdP & Pencerapan serta Penyemakan Buku 4.7.1 Semua guru akan dicerap 2 kali setahun oleh Pegawai yang telah ditetapkan dalam Buku Takwim. Guru-guru diminta bersedia dengan pencerapan dan penyemakan buku. Tindakan : Makluman 4.8 Cadangan bahan sumber 4.8.1 Pn. Rabeah memaklumkan bahawa sehingga kini pihak Kementerian Pelajaran Malaysia tidak menerbitkan Buku Teks ICT untuk kegunaan pelajar. Sehingga kini guru hanya menggunakan buku-buku rujukan yang difikirkan sesuai untuk sessi PdP di sekolah. 4.8.2 Namun begitu, beliau memaklumkan bahawa beliau telah menggunakan laman sosial “Edmodo� dalam sessi PdP beliau. . Tindakan : Makluman 4.9 Perkembangan Staf/Program Peningkatan Prestasi SPM 2013 4.9.1 Guru-guru yang mengajar matapelajaran ICT akan terlibat dengan kursuskursus pendek berkaitan kemahiran matapelajaran ini. 4.9.2 Program Peningkatan Prestasi SPM 2013 ialah Bengkel Teknik Menjawab Soalan ICT SPM 2013 yang akan diadakan di peringkat daerah pada bulan Jun nanti. Tindakan : Makluman

No. Keluaran 02

Tarikh Keluaran No. Pindaan 01 NOVEMBER 2011 00 Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010

Tarikh Pindaan


5

HAL HAL LAIN Tiada.

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. Tindakan susulan akan diambil untuk perkara-perkara yang telah dibincangkan. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh,

Disemak Oleh,

…………………..........................................………

(

Pn. Rabeah Manshor Setiausaha

No. Keluaran 02

……………………...............................……….

)

(

) Pengerusi

Tarikh Keluaran No. Pindaan 01 NOVEMBER 2011 00 Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010

Tarikh Pindaan


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.