Rezeki April 2011

Page 1

Inspirasi Kejayaan

Semenanjung Malaysia RM7.50 Malaysia Timur RM8.50 Brunei  B$10 Singapura S$10

PP 15723/08/2011(028079) ISSN 2231-7155

kasehdia.com

APRIL 2011 |

Menarik di dalam...

Isu No.2

media sosial: kaedah niaga alaf baru SECARA sambilan atau sepenuh masa kelebihan blog dalam membuka lebih peluang pemasaran mulakan perniagaan dengan modal kecil pengurusan tunai untuk peniaga kecil dan sederhana ciri-ciri usahawan berjaya yang PERLU ANDA MILIKI berkerja dari rumah: panduan dan tips RAKAN dan KELUARGA dalam syarikat: ANALISA PRO & KONTRA MENGHADAPI cabaran dalam mencari rezeki

Personaliti : Ifzan

Wondermilk

SIJIL HALAL MALAYSIA

Menu Utama Rezeki: Nombor! + Ruang Niaga + Gemala + Inspirasi + Fokus + Personaliti + gaya hidup

rezeki april 2011-cov-fa.indd 14

Inilah Masanya! Ketahui perkara asas bagi meluaskan perniagaan anda di pasaran Halal 4/18/11 5:57:01 PM


rezeki ad size.indd 1

4/14/11 6:41:03 PM


Inspirasi Kejayaan TAWARAN ISTIMEWA UNTUK MASA TERHAD SAHAJA

Langgani sekarang!

Rezeki merupakan majalah keluaran dwi-bulanan yang menggabungkan perniagaan dan pekerjaan sebagai gaya hidup. Kandungan didalamnya berkonsepkan elemen yang segar, kreatif dan berinspirasi. Walaupun majalah ini lebih memfokuskan unsur perniagaan, juga bersesuaian bagi sesiapa yang mengimpikan kejayaan di dalam apa jua bidang perniagaan yang diceburi. Bertemakan “Inspirasi Kejayaan”, majalah Rezeki mampu menjadi inspirasi kepada pembaca untuk mencapai kejayaan. Siapa yang perlu melanggan? • Individu yang terlibat dengan sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS/ SME) • Individu yang terlibat dengan sektor komersial • Usahawan • Individu yang berminat untuk menceburkan diri dalam perniagaan

Borang Langganan Rezeki Saya ingin melanggan rezeki untuk:

12 keluaran/ edisi

6 keluaran/ edisi

Langganan akan bermula selepas pembayaran penuh diterima. Nama: Organisasi:

Jawatan:

Alamat:

Poskod: Telefon (P):

Bandar: Telefon Bimbit:

Harga promosi untuk tempoh masa terhad (Semenanjung Malaysia sahaja):

Negeri: Fax:

Email:

Jumlah salinan Harga asal Tawaran hebat 12 edisi RM90 RM70 6 edisi RM45 RM40

Sila pilih cara pembayaran anda: Sila faks penghantaran wang anda / slip deposit ke +603 6203 4072 bersertakan nama dan alamat anda. No. Cek / Bank Draft: (Cek Malaysia sahaja) Sila sediakan cek atau draf bank untuk dibayar kepada KasehDia Sdn Bhd dan kirimkan ke pejabat kami di: M-2-20, PLAZA DAMAS, 60, JALAN SRI HARTAMAS 1, HARTAMAS SRI, 50480 KUALA LUMPUR, MALAYSIA Deposit ke nombor akaun KasehDia Sdn Bhd (001-219153-021) atau pemindahan bertelegraf melalui Kod Swift HBMBMYKL . HSBC BANK MALAYSIA, Lantai 2, HSBC Bangunan, No.2 Lebuh Ampang, 56100 Kuala Lumpur, Malaysia. HSBC Tel: +603 2050 7878 POS ATAU FAKS BORANG LANGGANAN ANDA KE: KASEHDIA SDN BHD M-2-20, PLAZA DAMAS, 60, JALAN SRI HARTAMAS 1, 50480 KUALA LUMPUR, MALAYSIA T: +6 03 6203 1025 F: +6 03 6203 4072

rezeki subs form.indd 1

4/14/11 7:51:22 PM


kandungan

Isu No. 002 = April 2011

19

65

Utama : artikel muka hadapan

mukasurat

nombor: Fakta, Figura & Trend Terkini

26

ruang niaga Fesyen: Fesyen Ala Borong Fesyen: Dari Pengikut Fesyen Ke Pemakai Hijab Bergaya Kedai: Produk Di Pasaran Tekno: Peralatan Elektronik Di Pasaran

SIJIL HALAL MALAYSIA: inilah masanya! Asas dan strategi yang perlu

personaliti Insan+Model: Temubual Bersama Dr. Luv Insan+Model: Bersama CEO Wondermilk SDN BHD

08 10 12 14

16 46

GEMALA e-Dagang: Blog Untuk Perniagaan Anda – Adakah Ianya Relevan? 19 e-Dagang: Media Sosial – Era Pemasaran Baru 22

anda tahu bagi melibatkan diri dalam pasaran Halal

Rezeki

rezeki april2010-B.indd 2

06

2

April 2011

4/14/11 5:44:57 PM


©2011-2012 KasehDia Sdn. Bhd. Hakcipta terpelihara Pihak penerbit tidak akan bertanggungjawab atas segala maklumat yang terkandung di dalam penerbitan ini. Pihak penerbit/pengarang juga tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pendapat yang diaturakan secara tersirat atau tersurat kerana ia merupakan hasil penulisan peribadi penulis dan pihak penerbitan tidak akan memberi jaminan andai terhadap sebarang bahan yang berbentuk hak kerajaan, termasuk periklanan atau sebagainya di dalam penerbitan ini.

16

68

Industri Halal: (ARTIKEL MUKA HADAPAN) Sijil Halal Malaysia – Inilah Masanya! Industri Halal: Strategi Penjenamaan Untuk Syarikat Makanan Halal Pengembangan Diri: Ciri – Ciri Usahawan Berjaya Pengembangan Diri: Tingkatkan Produktiviti Kerja Anda! Pengurusan Kewangan: Tips – Tips Penjimatan Untuk Perniagaan Kecil Pengurusan Kewangan: Bagaimana Memulakan Perniagaan Dengan Modal Yang Kecil? FOKUS Sidang Pengurus Besar: Disiplin Pendokumenan Penting Bagi Kesejahteraan Jangka Panjang Isu+Analisa: Sepejabat Dengan Keluarga

08

rezeki april2010-B.indd 3

Atau Rakan – Terjalinkah Mesra? Terpahatkah Sengketa?

26

INSPIRASI Panduan+Idea: Rumah Anda, Pejabat Anda Panduan+Idea: 4 Kaedah Mencari Inspirasi Panduan+Idea: Cabaran Dalam Mencari Rezeki Kebaktian: Mak Andak – Lebih Separuh Abad Ikhlas Menabur Budi Pusat Sumber: 6 Buku Untuk Dibaca Bulan Ini!

30 34 44 38

41

gaya hidup Kesihatan + Kesejahteraan: Empat senaman mudah untuk pekerja ofis Kesihatan + Kesejahteraan: Tips kesihatan bagi yang sibuk bekerja

50

Rezeki

41

3

53

57 60 62 65 68

70 72

April 2011

4/14/11 5:45:09 PM


Layar Bahtera Bicara...... Pasukan Editorial Ketua Pengarang Hajjah Jumaatun Azmi ju@kasehdia.com

“Jangan menunggu sehingga semuanya menjadi sempurna. Halangan dan rintangan akan sentiasa menghalang anda dalam mencapai kesempurnaan tersebut. Jadi, tunggu apa lagi? Mulakannya sekarang! Kerana setiap langkah yang anda ambil akan menjadikan anda lebih kuat dan matang dalam meniti titian kejayaan.” – Mark Victor Hansen (guru motivasi dan inspirasi dari Amerika Syarikat) Tak diragui, setiap orang pasti mengalami kesusahan dan keperitan dalam hidup. Namun apa yang mampu menjadikan anda berbeza, kuat dan istimewa adalah jangan mudah putus asa dan lemah semangat ketika menghadapi ujian yang mendatang. Tidak mengapa jika anda gagal asalkan anda sentiasa berusaha untuk memperbaiki setiap kegagalan dan kesilapan yang ada. Bak kata pepatah, belakang parang yang tumpul, andai diasah mampu menjadi tajam. Oleh itu, kami berharap agar kata-kata dan informasi yang kami kongsikan di dalam majalah Rezeki ini mampu memberikan anda semangat dan inspirasi untuk lebih berjaya. Sama seperti anda, kami di Rezeki turut berkembang dan berusaha untuk menyampaikan sesuatu yang terkini dan baru buat tatapan para pembaca sekalian. Kami pasti, semua orang mempunyai masalah dan kesusahan mereka yang tersendiri dalam mencapai kejayaan khususnya di dalam bidang peniagaan. Oleh kerana itu, melalui pelbagai wawancara dan informasi yang diterbitkan di dalam Rezeki, anda akan mendapati bahawa tanpa cinta dan semangat, setiap usaha anda tidak mampu menghasilkan kejayaan. Akhir kata, buat renungan kita semua; “Hidup untuk belajar dan untuk menyayangi, belajar untuk hidup dan menyayangi, dan sayangilah untuk hidup dan belajar. Sejahteralah hidup, belajar dan mengasih sayang!” (En. Azahari Othman a.ka. Dr. Luv) Selamat membaca dan semoga anda mendapat ilham dan inspirasi dari edisi Rezeki yang ke-dua ini! **Apa pendapat anda tentang Rezeki? Hantarkan komen anda ke info@rezeki.com.

Penyelaras Penerbitan Amri Sofi Penulis Salina Aziz Shariman Johari Hanah Finah M. Ree Rimau Kayu Penyelidik Dayana Nordin Penulis Sumbangan Mahathir Amin Ruzanna Muhammad Reka Bentuk & Grafik Jawa Global Inc. Jualan & Pemasaran Nadia Yusof Phillip Ong Muzita Mochtar

Korporat Pengasas & Pengarah Urusan Hajjah Jumaatun Azmi Pengurus Besar Radha Vengadasalam Pengurus Komunikasi Korporat & Perhubungan Awam Andora Fredericks

Penerbit

KasehDia Sdn Bhd M-3-20, Plaza Damas 60, Jalan Sri Hartamas 1 Sri Hartamas 50480 Kuala Lumpur, Malaysia Tel: +6 03 6203 1025 Fax: +6 03 6203 4072 Email: info@kasehdia.com www.halaljournal.com www.kasehdia.com www.worldhalalforum.com www.halalguides.com www.haqthemovie.com

Izin & Cetak ulang Majalah Rezeki ditulis dan diterbitkan dwi-bulanan untuk pembaca di Malaysia. Bahan-bahan dari majalah Rezeki ini tidak boleh cetak ulang dalam apa jua bentuk pun tanpa izin bertulis dari penerbit. Artikel yang telah dikirim akan diterbitkan berdasarkan budi bicara Pengarang. Kami tidak dapat menerbitkan semua artikel yang dikirim oleh kerana ruangan adalah terhad. Langganan & Pengedaran Untuk melanggan atau sebarang pertanyaan berkaitan pengedaran, perubahan alamat dan permintaan edisi terdahulu, sila hubungi +603 6203 1025 atau fax +603 6203 4072 atau email info@kasehdia.com. Untuk mengelak kelewatan penerimaan majalah anda, kami memohon t sebarang perubahan alamat dimaklumkan dengan segera. Majalah Rezeki adalah ahli Persatuan Penerbit-penerbit Majalah dan dalam proses menjadi ahli ABC. Pencetak Art Printing Works Sdn Bhd 29, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur, Malaysia Pengedar Pansing Marketing Sdn. Bhd. Lot 557A & B, Jalan Subang 3, Subang Jaya Industrial Estate, 47610 Subang Jaya, Selangor, Malaysia.

Rezeki

rezeki april2010-B.indd 4

4

April 2011

4/18/11 5:57:47 PM



Nombor!

Susunan: M. Ree

Bagi usahawan dan perniagaan, statitistik memainkan peranan penting dalam mempengaruhi strategi perniagaan. Tambahan pula, melalui nombor-nombor seorang usahawan boleh juga menemui peluang perniagaan mereka yang seterusnya! Berikut adalah statistik-statistik menarik yang mungkin berpotensi untuk membantu perniagaan anda!

tahun ini. Industri Penerbangan Minyak adalah komponen utama yang termasuk dalam 30%-35% kos keseluruhan syarikat penerbangan.

Jumlah kes-kes IKS (Industri Kecil & Sederhana) yang diterima oleh Bank Negara (yang berkaitan dengan kemasukan pada isu-isu kewangan) telah menurun secara signifikan iaitu sebanyak 38% pada 2007 kepada 327 kes. Ini mencerminkan suatu persekitaran yang meningkat untuk kewangan kepada IKS.

Industri Perbankan

Ekonomi Malaysia dijangka meningkat

Sektor Perkhidmatan

Sektor perkhidmatan Malaysia dijangka meningkat sebanyak 5.9% pada 2011. Rezeki

rezeki april2010-B.indd 6

6

April 2011

4/14/11 5:54:10 PM


Fakta, Figura & Trend Terkini!

Pada 2010, terdapat lebih daripada 4,600 akaun-akaun IKS dengan suatu nilai jumlah terkumpul sebanyak RM14.9bil yang telah ditingkatkan untuk menjadi perniagaan besar.

Industri pelancongan

Industri Automotif

Malaysia disasarkan meningkat dari 5% ke 8% daripada ketibaan pelancong keseluruhannya; suatu peningkatan dari nilai anggaran sebanyak RM1.2 million kepada RM2.9 million pada tahun 2020.

fakta IKS

Pada 2011 terdapat dalam anggaran sebanyak 5,000 operator tempatan dalam perniagaan pengimportan alat ganti terpakai yang menghasilkan jumlah jualan sebanyak RM12bil setahun.

perniagaan IKS di Malaysia gagal untuk hidup melepasi tahun ketiga operasi. Adakah anda mempunyai apa yang diperlukan untuk menjadi sebahagian daripada yang 10%?!

Industri Kreatif

Hanya 10% daripada syarikat industri kreatif adalah bukan IKS!! Di Malaysia industri kreatif menyumbang 1.27% kepada keluaran dalam negeri kasar (GDP) pada 2008 dan dijangka akan menjadi 2.8% daripada keluaran dalam negeri kasar menjelang 2013. Pendapatan per kapita purata bagi seorang rakyat Malaysia adalah

RM28,175 Rezeki

rezeki april2010-B.indd 7

7

setahun!

April 2011

4/19/11 5:21:19 PM


Kelolaan : M. Ree

Fesyen ala Borong •• Fesyen

Ruang Niaga TIPS + IDEA + TREND

2 cara penyelidikan pasaran yang kini digunakan oleh kebanyakan pemilik perniagaan fesyen di Malaysia: i) Buat carian di Google untuk pemborong fesyen, hubungi mereka dan dapatkan sebutharga daripada mereka. ii) Cubalah rujuk Yellow Pages! Banyak nombornombor pemborong terdapat di situ. Bandingkan kesemua sebutharga yang telah didapati daripada pelbagai pembekal. Pilih yang terbaik. Pastikan anda TIDAK membuat keputusan berdasarkan harga sahaja. Pilihan termurah bukan selalunya merupakan polisi yang terbaik. Pastikan ada keseimbangan antara harga dan kualiti.

Beli barangan secara pukal Pilih pemborong dengan bijak

Tip berguna : pemborongan fesyen di Malaysia Pilih pengedar borong dengan teliti dengan membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum memulakan perniagaan dengan mereka. Anda juga perlu menghubungi pembeli-pembeli mereka yang lain untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai etika perniagaan dan integriti mereka. Anda mesti mempunyai idea yang jelas tentang apa yang ingin dijual. Ini dapat membantu anda menentukan butir-butir

pesanan anda. Jika anda baru sahaja menceburi bidang perniagaan, mungkin lebih bijak untuk bermula dengan produk asas fesyen daripada pembuat jenama yang sudah terkenal. Ini juga memerlukan penyelidikan tambahan. Salah satu kajiselidik mudah yang boleh anda lakukan adalah dengan berbicara dengan kawankawan, ahli keluarga dan juga rakan sekerja di tempat kerja anda. Ini akan membolehkan

Rezeki

rezeki april2010-B.indd 8

anda menilai permintaan pasaran dengan lebih baik. Rujuklah beberapa majalah fesyen, mungkin anda akan dapat inspirasi bagi perniagaan baru anda! Walau bagaimanapun, JANGAN terperangkap dengan hanya menawarkan trend-trend yang dipaparkan dalam majalah fesyen sahaja. Yang pentingnya, anda mesti memahami permintaan pasaran anda dahulu. Jika anda memahami pasaran Malaysia, dan bekerjasama dengan 8

pemborong fesyen yang betul, anda pasti mendapat keuntungan. Yang penting, anda perlu membuat keputusan yang berdasarkan fakta dan informasi. Ingat - “Lebih baik kadang-kadang tidak mengetahui sesetengah perkara daripada tidak mengetahui apa pun setiap masa�. Ikutlah tip-tip mudah di atas dan anda mungkin menjadi raja fesyen Malaysia yang seterusnya! Insya-Allah!

April 2011

4/14/11 5:54:46 PM


Pasaran

Gayahidup

Trend

www.halaljournal.com

M a ja l a h u n t u k p e n g a l a m a n H a l a l s e jag at Ketahui keadaan semasa dengan The Halal Journal The Halal Journal adalah satu-satunya majalah yang tertumpu kepada hal-hal berkaitan Halal seperti makanan, lojistik, pensijilan dan kewangan, hingga pelancongan, percutian dan hiburan di Asia dan seluruh dunia. Kesedaran sejagat mengenai produk dan perkhidmatan Halal yang semakin berkembang (lebih dari yang dijangkakan) bukan hanya di dunia Islam, malah kini telah menjadi suatu kebiasaan di seluruh dunia. The Halal Journal adalah sumber maklumat pasaran Halal anda! • Menyediakan liputan tentang pasaran Halal serta isu-isu yang berkaitan. • Menganalisa secara mendalam mengenai sektor-sektor utama dalam pasaran Halal. • Merupakan ruang pengiklanan perdana untuk penggerak dan penggoncang industri Halal. • Memberitakan tentang pameran perdagangan dan gaya hidup serta persidangan-persidangan Halal antarabangsa. • 4 isu padat maklumat setahun. Dapatkannya di pasaran!

Untuk mengiklan atau melanggan The Halal Journal, layari www.halaljournal.com atau hubungi kami di info@halaljournal.com.

The Halal Journal adalah terbitan suku tahunan yang dihasilkan dan diterbitkan oleh

K a s e h D i a Sd n B h d M - 2 - 2 0 , P L A Z A D A M A S , 6 0 , J A L A N S R I H A R TA M A S 1 , S R I H A R TA M A S , 5 0 4 8 0 K U A L A L U M P U R , M A L AY S I A t +6 03 6203 1025 f +6 03 6203 4072 e info@kasehdia.com w w w w. k a s e h d i a . c o m

THJ-ad2011-rezeki.indd 1

4/1/11 6:24:07 PM


Ruang Niaga

Fesyen

Dari pengikut fesyen ke pemakai hijab bergaya

Maklumat menarik bagi seorang hijabi baru Oleh Zaahira Muhammad

S

ejak tergerak hati untuk ‘berhijrah’ memakai hijab, banyak pula persoalan yang terlintas dalam kepala – “Pakaian apakah boleh saya gayakan dengan hijab?”, “Bagaimana rupa saya apabila berhijab?” atau “Susahkah untuk memilih fesyen yang sesuai bagi saya apabila sudah berhijab nanti?” Walaupun berhadapan dengan cabaran dan perasaan bercampurcampur ketika itu, saya terus mengingatkan diri bahawa menutup aurat itu wajib bukan setakat kesopanan tetapi ia juga menetapkan minda kita supaya selalu berfikiran

positif. Jadi, memakai hijab bukanlah sesuatu yang membebankan anda! Sebagai penulis yang sering bercerita tentang larangan pemakaian burka dan hijab di luar negara dan isu-isu Halal sedunia, saya berasa seperti saya menipu diri sendiri jikalau tidak memakai hijab,andai kata bercanggah apa yang dikata berbanding apa yang dikota. Inilah salah satu sebab saya bertekad untuk menutup aurat. Alhamdulillah, pekerjaan saya telah membuka mata dan hati saya terhadap Shariah dan kebenaran ajaran Islam. Islam mewajibkan ummahnya supaya menutup aurat, dan setelah beberapa

“...ketika itu, saya terus mengingatkan diri bahawa menutup aurat itu wajib bukan setakat kesopanan tetapi ia juga menetapkan minda kita supaya selalu berfikiran positif.” bulan memikirkan hal ini, dengan berkat doa kepada Allah S.W.T, akhirnya saya berjaya melaksanakannya. Pengalaman saya sebagai hijabi baru agak

mencabarkan ketika mencari gaya unik bagi saya mengenakan hijab, kerana saya percaya seseorang itu masih boleh bergaya walaupun berpakaian sopan. Dalam bulan pertama, saya cuba mvencari gaya fesyen dan jenis kain yang selesa dan sesuai dengan wajah saya. Saya telah membuat banyak carian untuk tip-tip, hijab dan tudung yang selesa bagi memudahkan penghijrahan saya. Inilah hasilnya – beberapa rujukan yang memberi inspirasi dan sangat berguna bagi hijabi baru seperti saya dan mungkin juga dapat membantu hijabi seperti anda, InsyaAllah!

Penulis blog fesyen Hanna Faridl dan Fifi Alvianto telah menulis suatu blog fesyen yang menarik iaitu Hijabscarf.blogspot.com. Blog ini memberi beberapa tip yang bagus mengenai pakaian yang bukan sahaja sopan, tetapi bergaya. Sesuai bagi Muslimah seperti saya. Ia juga membantu saya menggayakan pakaian mengikut trend semasa untuk pelbagai tujuan seperti ke tempat kerja, acara-acara kasual atau formal dan juga di percutian musim panas!

Rezeki

rezeki april2010-B.indd 10

10

April 2011

4/14/11 5:55:09 PM


Ruang Niaga

Fesyen

Muhajabah.com “Tips for Beginning to Wear Hijab” (Tip untuk Bermula Memakai Hijab). Artikel ini telah membantu saya di peringkat awal penghijrahan kerana ia menyediakan minda saya untuk berhadapan dengan segala yang akan dilalui serta memfokuskan saya terhadap sebab sebenar yang telah mendorong saya membuat keputusan untuk menutup aurat.

Selendang sutera berjenama Promod harus dimiliki oleh setiap pemakai hijab. Selendangnya yang bercorak moden dan unik bukan sahaja lembut; ia juga sangat selesa dipakai! Selendangselendang menawan yang diperbuat daripada jenis kain lain juga dijual di sini. Untuk melihat selendang-selendang ini melalui internet, layari www.promod.eu atau pergi ke kedai Promod terdekat (Pavilion, MidValley Megamall, One Utama atau Sunway Pyramid). Harga setiap selendang antara RM69 hingga RM89.

Hijab Styling Guide (Majalah Aquila Asia, Julai/Ogos ’10). Bertajuk “Shawl we?”, panduan penggayaan dari Aquila Asia ini memberikan tip-tip penggayaan yang mengemukakan lima penampilan berbeza yang sesuai untuk pelbagai situasi. Saya paling gemar gaya Hijabi kasual.

Welovehijab.com merupakan blog yang memaparkan (artikelartikel mengenai) fesyen, kecantikan dan paling penting, hijab. Ia juga memberi fesyen-fesyen hijab dan cara memakainya. Saya dapati blog ini memberi banyak ide untuk bergaya dan banyak gaya penampilan yang telah menolong saya berhijab secara bergaya!

Jalan Tunku Abdul Rahman (juga dikenali sebagai Jalan T.A.R.) yang terletak di bandar Kuala Lumpur terkenal dengan aneka pilihan gedung dan gerai menjual kain. Bagi pemakai hijab, tempat membeli-belah ini memang hebat untuk membeli tudung, hijab, kurta (pakaian longgar yang dipakai oleh lelaki dan perempuan di Afghanistan, Bangladesh, India, Pakistan, Nepal, dan Sri Lanka) pada harga yang murah. Semasa saya pergi ke sana dahulu, saya telah membeli tiga helai tudung bercorak 3-warna hanya pada harga RM8 setiap satu! Saya juga terjumpa gerai yang menjual kurta dengan harga RM5 sehelai! Sudah tentu saya beli! Saya pulang dengan dua helai kurta dan beberapa helai selendang; semuanya dibawah RM40! Apa yang ditunggu lagi? Ayuh! Saya menyarankan semua hijabi pergi ke Jalan T.A.R untuk pengalaman membelibelah yang hebat sepertimana telah saya nikmati. Artikel ini pernah diterbitkan dalam The Halal Journal isu November/Disember 2010 Rezeki

rezeki april2010-B.indd 11

11

April 2011

4/14/11 5:55:19 PM


Ruang Niaga

Kedai

Sila kirimkan berita produk terbaru anda lengkap dengan butiran, foto resolusi tinggi dan alamat laman web anda kepada rezeki@kasehdia.com.

01: Mandian Badan Himalaya Protecting Neem & Turmeric Himalaya memperkenalkan rangkaian mandian badan baru, iaitu formulasi herba tanpa sabun dengan kebaikan daun Neem dan kunyit untuk rawatan kulit yang lebih lembut dan berkesan. Neem dan kunyit terkenal dengan sifat anti-bakterianya dan mandian badan ini dirumuskan untuk kebersihan berkesan pada lapisan epidermis yang lantas menjadikan kulit bersih dan segar. Mandian badan varian ini membantu mengurangkan masalah jerawat pada badan dengan penggunaan harian. Juga terdapat dalam varian ‘Nourishing Cream & Honey’ yang sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kulit kering. Harga: RM13.90

02: Losyen Vaseline Healthy White SPF 24 Ciri pelindungan matahari tambahan daripada Vaseline Healthy White 24 membolehkan pemakai meluangkan masa di bawah sinar suria kira-kira 24 kali lebih lama berbanding tempoh yang lazimnya diluangkan tanpa sebarang perlindungan matahari. Losyen ini menawarkan Sun Protection Factor (SPF) 24 yang tinggi dan PA++ di Malaysia bagi melawan radiasi UVB dan UVA. Losyen badan yang ‘ringan’ ini juga mempunyai vitamin B3 untuk membantu menyerlahkan kecerahan semulajadi kulit. Terdapat di semua farmasi runcit terkemuka dan pasar raya pada harga RM8.90, RM15.90 dan RM22.00 untuk pek bersaiz 100ml, 200ml dan 350ml.

01

02

Maklumat lanjut: www.malaysia.yahoo.com/sparkle (beroperasi dalam bulan Mei 2011)

Maklumat lanjut: www.himalayahealthcare.com

03: Nasi Goreng Kampung & Nasi Briyani Ayam Brahim’s

03

Brahim’s, jenama keluaran Dewina Food Industries Sdn Bhd, menyajikan dua produk makanan lengkap yang hanya memerlukan pemanasan untuk sedia dimakan. Nasi Goreng Kampung Brahim’s telah digoreng bersama cili padi, ikan bilis dan belacan. Nasi Briyani Ayam Brahim’s pula lengkap dengan ayam tanpa tulang dan rempah ratus. Kedua-dua produk makanan ini dimasak menggunakan beras Basmati dan bahan-bahan berkualiti. Pek yang disediakan hanya perlu dipanaskan dalam air mendidih atau ketuhar gelombang mikro. Nutrien dalam makanan dikekalkan dan ia tidak perlu penyejukan. Produk ini Halal dan tidak mengandungi bahan pengawet atau pewarna. Maklumat lanjut: www.brahimsfood.com/

Rezeki

rezeki april2010-B.indd 12

12

April 2011

4/14/11 5:55:33 PM


KRAFTANGAN MALAYSIA . BUAH TANGAN. HIASAN RUMAH. DEKOR. GAYA HIDUP. UNIK. TEMPATAN. PERUSAHAAN SOSIAL. PERNIAGAAN KELUARGA

K E I N DA H A N M A L AY S I A YA NG T E R BA I K . K R E AT I V I T I D A N K E P E L B A G A I A N D A L A M K R A F TA N G A N G - 1 . 1 0 , 1 J A L A N M E D A N S E T I A , B U K I T D A M A N S A R A , 5 0 4 9 0 K U A L A L U M P U R , M A L AY S I A , +603 2096 1323

AD kitakita.indd 1

+603 20961325

E M A I L @ K I TA K I TA . M Y

4/8/11 5:12:33 PM


Ruang Niaga 01: Penghawa Dingin Samsung Penghawa dingin baru siri ‘Maldives Inverter’ dan ‘Boracay Standard’ dari Samsung menawarkan penggunanya penjimatan dan daya pembersihan udara dua kali ganda. Kedua-dua siri tersebut mempunyai rekaan bijak yang menarik serta teknologi pendinginan udara yang sofistikated. Penghawa dingin ini turut memaparkan ciri-ciri teknologi penjimatan tenaga bijak sehingga 60%. Turut dilengkapi dengan dwi-perlindungan iaitu sistem pencucian udara pelbagai yang bijak dan penapisan lebih baik sehingga partikel habuk mikro turut dapat disingkirkan. Teknologi ‘Virus Doctor MPI’ Samsung turut dapat membasmi pelbagai virus dan bakteria berbahaya. Harga pasaran RM1,499.

Tekno

01

Maklumat lanjut: 1 800 88 9999 www.samsung.com/my

02 03 02: Kamera Olympus E-PL2

03: Tablet Poket Dell Streak

Model baru siri E-PL2 tampil dengan pelbagai paparan baru, termasuk rekaan yang lebih menarik dan senyap. Ciri-ciri baru seperti Live Guide ii menawarkan lima gaya berlainan – kejelasan, keseimbangan, keterangan dalam medan pandangan dan pada pergerakan – yang boleh digunakan untuk bukan hanya imej, malah video dengan sistem dail kawalan. Ciri Art Filter II menyorotkan lima jenis tapisan termasuk tona dramatik. Penggunaan kamera Olympus E-PL2 boleh dipelbagaikan dengan penggunaan pelbagai lensa konverter dan fungsi fokus automatik yang boleh ditumpukan pada sensor pengesan anak mata (Eye Detect). Monitor LCD kamera ini juga 3 inci lebih besar dari biasa untuk keselesaan pengguna. Harga pasaran RM2,499.

Tablet poket Adroid™ 5-inci baru menawarkan perkakas mudah alih ultra dengan kelebihan semua-dalamsatu, yang direka untuk tinjauan web, hiburan digital, jaringan sosial dan navigasi peribadi yang terbaik. Pada berat yang hanya 220g dan ketebalan yang kurang dari 10mm, ia membolehkan Tablet ini mudah diselitkan ke dalam poket dan juga beg tangan. Skrin sesentuh LCD pada peralatan ini turut menggunakan Corning Gorilla ® Glass yang kalis cakar. Turut melengkapkan Dell Streak ini adalah binaan dalaman Wi-Fi, 3G HSUPA dan Bluetooth. Aplikasi media sosial juga tersedia seperti Twitter™, Facebook, YouTube dan Google Maps™. Harga pasaran RM2,099. Maklumat lanjut: 1800-88-0301 www.dell.com.my

Maklumat lanjut: 03-6203 3882 www.olympus.com.my

Rezeki

rezeki april2010-B.indd 14

14

April 2011

4/14/11 5:55:48 PM


Ruang Niaga

Tekno

04

04: OSIM uDivine

Osim (M) Sdn Bhd melancarkan kerusi urut Human-3D yang pertama di dunia – Osim uDivine. Inovasi uDivine ketara dari segi keberkesanannya yang realistik dan mirip kepada urutan tangan. Ia memaparkan urutan yang bijak, tepat dan mendalam berdasarkan kontur badan manusia. Osim uDivine dicipta untuk memberikan pengguna pengalaman seumpama urutan tangan di keselesaan rumah sendiri. Kerusi ini dilengkapi dengan penggulung yang direka khas untuk memberi tekanan dan pegangan seumpama urutan tangan. Oleh itu, ia boleh mengenalpasti secara tepat bahagian badan yang sakit seperti leher, bahu dan pinggang belakang bahagian bawah. Harga pasaran RM12,888. Maklumat lanjut: 1800-88-9898

www.osim.com

05: Webcam ‘LifeCam Studio Microsoft’

06: Telefon bimbit DS880 CSL

Microsoft melancarkan produk kamera webnya yang menampilkan kualiti video HD dengan sensor 1080p. LifeCam Studio ini adalah pelengkap sempurna kepada Windows Live Messenger 2011 yang turut menawarkan panggilan video HD, pada format skrin lebar 16:9. Ia memperlihatkan butir perincian seseorang dengan jelas sekali. Sensor 1080p yang ditawarkan oleh LifeCam Studio adalah dua kali ganda lebih besar dari sensor HD 720p yang berada di pasaran sekarang. Teknologi HD baru yang digarapkan dalam rangkaian kamera web Microsoft baru ini adalah satu inovasi hebat; terutamanya bagi mereka yang sering berjauhan dari keluarga dan kawan-kawan. Harga pasaran RM 329 yang termasuk waranti perkakasan global selama tiga tahun .

Pengeluar telefon bimbit tempatan, Kumpulan Syarikat CSL, memperkenalkan telefon bimbit baru pada harga yang berpatutan. Model DS880 mengunjurkan ciri-ciri dwi-SIM yang turut dilengkapi dengan WAP, MMS dan GPRS. DS880 adalah telefon muzik yang mempunyai memori dalaman 2GB, Bluetooth, radio FM dan kamera 2-megapiksel. Kumpulan Syarikat CSL kini bekerjasama dengan Universal Music Malaysia dan gabungan ini menawarkan para pengguna telefon bimbit DS880 untuk memuat turun 80 lagu dari katalog lagu Universal Music secara percuma melalui portal Sound Cube. Lagu-lagu lain selepas itu akan dikenakan harga RM3 setiap satu. Harga pasaran RM299.

Maklumat lanjut: 03-2179 6838 www.microsoft.com/hardware

05

Maklumat lanjut: 03-5569 3031 www.csl.my

06

Rezeki

rezeki april2010-B.indd 15

15

April 2011

4/14/11 5:56:03 PM


Personaliti Insan + Model

En. Azahari Othman merupakan seorang usahawan yang mempunyai pendekatan yang sangat menarik dalam perniagaan. Memandangkan reputasinya yang terkenal dan rekod pencapaian hebat, En. Azahari telah dilantik dan kini berkhidmat dengan beberapa organisasi. Beliau, antara lain, merupakan pengasas dan penceramah antarabangsa di Program Pembangunan Diri 8ELQ, Ketua Perunding di Barefoot Group (Malaysia), dan Pengarah Program di Kolej Lincoln di Kuala Lumpur. En. Azahari juga telah dilantik sebagai penceramah motivasi dan pelatih untuk Akademi Fantasia 3 dan Akademi Fantasia 5. Beliau juga penulis buku motivasi yang diterbitkan pada tahun 2010, berjudul “ Seikhlas Kehidupan Buat Pedoman, Demi Kebahagiaan Masa Depan”. Kami daripada pasukan Rezeki telah berkenalan dengan Dr. Luv yang disanjungi secara lebih dekat dan peribadi untuk memahami kejayaan beliau dan mungkin juga mendapatkan rahsiarahsia perniagaan.

Temubual bersama

DR. LUV

Rezeki: Kami mendapati penggunaan kasih sayang sebagai cara tuan menguruskan perniagaan amat menarik. Apakah yang telah memberi inspirasi kepada anda untuk mengambil pendekatan ini? Adakah kasih sayang itu penyelesaian bagi semua perkara? DRL: Saya selalu percaya bahawa kasih sayang menjadi asas dalam setiap perkara dalam hidup kita. Prinsip “ Sayangilah apa yang anda buat dan buatlah apa yang anda suka atau sayang” telah memberi inspirasi dan membentuk diri saya pada hari ini.

Sudah menjadi kenyataan bahawa dalam hidup ini, anda memerlukan sesuatu untuk mendorong dan memotivasikan anda untuk melakukan sesuatu. Apakah yang mendorong seseorang itu supaya bertungkuslumus siang dan malam? Pastinya untuk memperoleh pendapatan dalam bentuk wang. Dan nilai wang itulah yang membina keinginan setiap orang pada hari ini untuk memikirkan cara dan berusaha untuk mendapatkan wang. Namun pada hari ini, orang tidak memahami nilai kasih sayang sebagai faktor motivasi utama dalam kerjaya perniagaan mereka. Saya percaya bahawa kuasa kasih sayang merupakan jawapan kepada semua Rezeki

rezeki april2010-B.indd 16

perkara dalam hidup kita... dalam perniagaan, di tempat kerja, keluarga dan lain-lain. Kasih sayang bukan sahaja memberi inspirasi kepada saya untuk bekerja keras mendapatkan wang, namun nilai kasih sayang telah membantu saya menjalankan perniagaan saya dengan cara yang betul. Dan paling penting, ia meningkatkan perhubungan perniagaan yang positif dan membina sifat-sifat teguh dan positif bagi seorang usahawan! Rezeki: Adakah anda suka digelar Dr. Luv? Kenapa? DRL: Ya dan tidak juga... Semasa saya mula memperkenalkan “Pengurusan dengan Kasih 16

Sayang” sebagai model perniagaan lebih 10 tahun dahulu, saya telah menerima banyak respons negatif tentang perkataan “love” atau kasih sayang. Ramai antara klien korporat saya pada masa itu menggambarkan ‘kasih sayang’ sebagai suatu yang ‘sangat beremosi’, dan konsep kasih sayang tidak sesuai dalam pengurusan harian perniagaan korporat. Paling teruk lagi, ada pula sesetengah daripada mereka yang mengaitkan kasih sayang dengan seks. Jadi saya seringkali diberi gelaran Dr.Luv, ‘Ahli Terapi Seks’, di mana saya sebenarnya tidak suka dengan gelaran tersebut. Namun sekarang orang telah semakin sedar dan bersikap terbuka. Definisi

April 2011

4/14/11 6:03:19 PM


‘kasih sayang’ terlalu am dan subjektif. Pada hari ini, konsep dan nilai kasih sayang telah menjadi unik tetapi masih menjadi falsafah asas dalam membina perhubungan baik kerja berpasukan, meningkatkan perkhidmatan pelanggan, mengukuhkan kemahiran kepimpinan, memberi inspirasi dan memotivasikan wargakerja untuk mencapai produktiviti yang lebih tinggi. Ini semua dilaksanakan melalui Program Pembangunan Diri 8ELQ (Emotional Love Intelligence, iaitu Kepintaran Emosi Kasih Sayang). Kini saya dikenali sebagai ‘The lovey dovey Dr. Luv’ kerana menyemai dan menyebarkan kasih sayang dalam membina nilai-nilai dan peribadi manusia. Saya suka itu. Rezeki: Sebagai penceramah motivasi, anda telah menjalankan banyak program-program latihan motivasi. Apakah yang paling anda suka tentang pekerjaan anda? DRL: Saya suka berjumpa dengan orang. Saya suka bercakap dan berkongsi pengalaman dan pandangan saya supaya dapat membantu orang lain mencapai impian hidup mereka. Saya bukan sahaja berkongsi dengan orang ramai bagaimana hendak berjaya tetapi juga cara-cara untuk bergembira dalam hidup. Saya percaya kejayaan tanpa kegembiraan tidak berguna dan tidak bermakna. Saya kagum dengan mereka yang berjaya dan gembira dalam hidup. Sanubari saya tersentuh setiap kali saya mendengar cerita kejayaan dan kegembiraan mereka, dan juga kesukaran yang dilalui oleh mereka dalam kehidupan ini. Rezeki:Encik Azahari ada kelebihan bercakap di hadapan

Namun ada kala bukan semua perkara berjalan seperti yang dirancangkan. Pada hakikatnya masa tidak selalu menyebelahi kita. Oleh itu, kita perlu rasional dan membuat pertimbangan baik untuk melaksanakan sesuatu.

khalayak ramai. Apakah tip-tip untuk mengatasi perasaan takut semasa bercakap di khalayak ramai? DRL: Selalu tempatkan diri anda di atas orang lain, tetapi jangan ada ego pula! Jangan sekali-kali merendahkan diri anda dan anda perlu percaya bahawa anda mahir dalam tajuk atau topik yang akan dibicarakan. Anggap para hadirin sebagai rakan anda supaya komunikasi berjalan dengan lancar dan mudah. Kaji perkara dengan teliti sebelum penyampaian anda.

Rezeki: Kebanyakan majikan tidak dapat memotivasikan wargakerja mereka dengan efektif. Berdasarkan pengalaman anda, apakah kesilapan dalam organisasi tersebut? DRL: Balik ke dasarnya – kasih sayang! Kebanyakan organisasi gagal untuk memahami faktor utama motivasi insan. Mereka gagal untuk memperincikan asas keperluan insan seperti yang dijelaskan dalam Hieraki Keperluan Maslow tentang kenapa manusia perlu bekerja, iaitu bukan sahaja untuk berjaya malah supaya lebih bergembira dalam hidup. Tambahan pula, ‘strategi menolak’ mungkin tidak boleh dipakai lagi dalam gaya memotivasikan wargakerja pada hari ini. Saya percaya bahawa kita perlu menggunakan ‘strategi menarik’ dengan nilai-nilai kasih sayang yang betul untuk memberi ilham dan memotivasikan wargakerja kita mencapai wawasan dan misi organisasi.

Rezeki:Pada pendapat anda, adakah bercakap di hadapan khalayak ramai suatu kemahiran penting bagi para usahawan? Kenapa? DRL: Oh, tentu sekali!! Sebagai pemimpin perniagaan sendiri, anda mesti melengkapkan diri dengan kemahiran

Rezeki: Adakah sesuatu dalam pekerjaan anda yang membuat anda terjaga pada waktu malam? DRL: Saya terlalu ghairah dalam pekerjaan saya sehingga tahap tenaga saya sentiasa aktif sepanjang hari. Saya sebenarnya bukanlah mabuk kerja tetapi

Rezeki

rezeki april2010-B.indd 17

bercakap dan penyampaian yang betul. Imej dan penjenamaan perniagaan anda bergantung kepada cara anda menampilkan diri anda dalam dunia perniagaan. Anda mungkin mempunyai rupa paras segak, dengan imej dan pakaian profesional, tetapi hadirin pasti akan hilang minat dan motivasi jika anda tidak mahir bercakap di khalayak ramai.

17

keinginan untuk melakukan sesuatu itu mendesak saya ke tahap maksimum. Rezeki: Pencapaian anda selama ini begitu luas. Daripada seorang penceramah motivasi, kepada menulis buku anda sendiri dan menjadi Duta Jenama bagi Public Gold, bagaimana anda mendapatkan masa ? Bagaimanakah anda menguruskan keseimbangan hidup-kerja anda? Bagaimanakah anda terus kekal bertenaga secara fizikal dan mental? DRL: Saya memberi prioriti kepada semua kerja-kerja saya dan menguruskannya secara strategik. Namun ada kala bukan semua perkara berjalan seperti yang dirancangkan. Pada hakikatnya masa tidak selalu menyebelahi kita. Oleh itu, kita perlu rasional dan membuat pertimbangan baik untuk melaksanakan sesuatu. Menjadi pelatih korporat dan pada masa yang sama juga jurucakap Public Gold bukanlah tugas yang mudah. Kedua-dua pekerjaan memerlukan saya melawat seluruh negeri dan berpisah dengan keluarga. Di mana mungkin, keluarga saya akan ikut serta. Bagaimana saya kekal bertenaga secara fizikal dan mental? Makanan hebat, kasih sayang hebat dan hidup hebat menjana tenaga dan semangat saya!! Rezeki: Sepanjang kerjaya anda selama ini, apakah 2 pelajaran yang paling besar bagi anda? DRL: Pertama, jangan percaya sepenuhnya kepada sesiapapun, terutama dalam perniagaan. Kedua,

April 2011

4/14/11 6:03:27 PM


Saya suka bercakap dan berkongsi pengalaman dan pandangan saya supaya dapat membantu orang lain mencapai impian hidup mereka. Saya bukan sahaja berkongsi dengan orang ramai bagaimana hendak berjaya tetapi juga cara-cara untuk bergembira dalam hidup.

jangan kata “ya” apabila anda hendak kata “tidak”! Rezeki: Perbezaan membantu sesuatu perniagaan itu kekal bersaing. Selain daripada falsafah perniagaan anda yang meliputi kasih sayang, apakah yang menjadikan anda unik? Apakah yang membezakan anda daripada penceramah motivasi lain di pasaran kini? DRL: Saya percaya falsafah saya “Bila adanya kasih sayang, tiada apa yang mustahil” telah menjadikan saya seorang yang unik. Saya benar-benar mempercayai kasih sayang. Dan saya juga percaya bahawa setiap orang mesti mempercayai kasih sayang. Tiada sesiapa perlu menafikan kasih sayang kerana kasih sayang merupakan fitrah yang diberikan kepada semua manusia oleh Allah SWT. Apa yang membezakan saya daripada penceramah motivasi lain ialah jenama ‘Dr.Luv’ itu sendiri dan gaya persembahan bertenaga saya yang menyentuh hati dan menggalakkan penyertaan peserta secara aktif. Tambahan pula, saya jangka bahawa saya seorang sahaja penceramah dan Rezeki

rezeki april2010-B.indd 18

18

jurulatih motivasi ‘kasih sayang’ korporat di pasaran. Rezeki: Apakah cabaran yang paling besar bagi anda dalam seluruh pengalaman perniagaan anda? Bagaimana anda mengatasinya? DRL: Cabaran yang paling besar bagi saya adalah apabila sesetengah klien saya bersetuju tanpa sebarang keraguan dengan konsep dan kuasa kasih sayang dalam membangunkan wargakerja mereka dan organisasi, tetapi selepas itu tidak mengambil program tersebut disebabkan kepentingan politik dalaman atau sebab-sebab birokrasi. Ini di luar kuasa saya dan saya percaya itulah sebahagian daripada amalan perniagaan hari ini. Saya selalu bertindak positif dengan memastikan semangat dan tahap motivasi sentiasa tinggi pada setiap masa apabila menghadapi cabaran-cabaran sebegitu. Rezeki: Apakah yang anda paling hargai dalam hidup? DRL: Saya paling menghargai kasih saying dalam hidup saya, terutamanya dalam perhubungan perniagaan dan keluarga. Rezeki: Secara ringkas, apakah definisi “Rezeki” bagi anda? DRL: Ia adalah kurniaan Allah SWT yang boleh datang dalam banyak bentuk dan cara. Rezeki: Apakah katakata perpisahan bagi para pembaca kami? DRL: Hidup untuk belajar dan untuk menyayangi, belajar untuk hidup dan menyayangi, dan sayangilah untuk hidup dan belajar. Sejahteralah hidup, belajar dan mengasih sayang!

April 2011

4/14/11 6:03:40 PM


gemala

e - Dagang

Blog Untuk Perniagaan Anda:

Adakah Ianya

Relevan? Oleh : Shariman Johari

Blog bukanlah suatu yang asing bagi rakyat Malaysia. Berdasarkan statistik bilangan blogger yang dikeluarkan oleh Sysomos.com, Malaysia berada di tangga ke 14 daripada 197 buah negara di dunia. Yang lebih menariknya daripada 133 juta blogger di dunia, 1.7 peratus datangnya dari Malaysia. Ianya berjumlah lebih dari 2 juta blog hanya di Malaysia saja. Kenapa begitu ramai yang mempunyai blog dan kenapa?

Rezeki

rezeki april2010-B.indd 19

19

April 2011

4/14/11 5:56:53 PM


B

log merupakan sebuah jurnal yang boleh dikemaskini dan diselenggarakan secara online. Pemilik blog kebiasaannya digelar sebagai “blogger”. Blog dikemaskini dengan menggunakan beberapa pilihan pelantar atau perisian. Sesetengah blog berperanan lebih daripada jurnal. Kebiasaannya, blog menggabungkan teks, imej, dan pautan ke blog, laman web, dan media-media lain yang berkaitan dengan topiknya. Pembaca boleh

meninggalkan ulasan mereka secara interaktif merupakan ciri yang utama untuk kebanyakkan blog. Umumnya blog terdiri daripada blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto (blog foto), video (vlog), muzik (blog MP3), atau audio (podcasting). Kajian yang dijalankan oleh www. internetworldstats.com menunjukkan bahawa sehingga Disember 2010 sahaja, pengguna internet di Malaysia dianggarkan sebanyak 26,160,256 orang. Pengguna-pengguna

Blog juga lebih murah dan menjimatkan wang anda. Anda tak perlu berbelanja besar untuk memiliki blog. Malah platform seperti Blogger.com menawarkan blog tanpa had secara percuma saja.

melayari internet dengan pelbagai tujuan seperti berhubung, mencari dan menyampaikan maklumat. Jika dilihat dari sudut pandang seorang usahawan, internet dan blog boleh digunakan untuk tujuan perniagaan kerana anda mempunyai jumlah bakal prospek yang sangat ramai di internet. Tidak mustahil jika informasi mengenai perniagaan anda dapat dicapai oleh pengguna internet di seluruh dunia. Maklumat perniagaan anda akan dapat dilihat melalui internet

:-) Kenapa saya menyarankan blog sebagai medium pemasaran? terdapat pelbagai manfaat apabila anda menggunakan blog sebagai medium pemasaran. Selain daripada ianya mudah dicapai melalui enjin carian dan mesra pengguna, blog juga kini boleh diintegrasikan dengan laman web sosial seperti Facebook dan juga Twitter. Laman web sosial mempunyai “kuasa viral” yang membolehkan maklumat disampaikan dari seorang pengguna ke pengguna yang lain dengan mudah. Dengan adanya fungsi sebegini, blog anda akan lebih terdedah dan seterusnya akan membawa lebih ramai lagi bakal prospek anda. Blog juga lebih murah dan menjimatkan wang anda. Anda tak perlu berbelanja besar untuk memiliki blog. Malah platform seperti Blogger.com menawarkan blog tanpa had secara percuma saja. Jadi, anda tak perlu menyewa kedai untuk memiliki perniagaan sendiri. Cukup sekadar mempunyai sebuah blog saja. Selain menjimatkan wang, anda juga akan menjimatkan masa. Ini kerana dengan menggunakan blog, anda dapat berhubung dengan prospek secara terus di ruangan komen ataupun melalui borang pertanyaan yang disediakan. Jika perlu, tinggalkan alamat email untuk dihubungi, jadi anda tak perlu keluar dan berjumpa dengan bakal prospek anda. Saya pasti ramai juga yang agak skeptikal dengan perniagaan melalui internet ini. Mungkin kerana pengalaman lepas seperti pernah ditipu dan sebagainya, menjadikan anda begitu. Perkara begini dapat diselesaikan dengan adanya blog. Ini kerana fungsi blog adalah sebagai jurnal. Maka cara penyampaiannya akan kelihatan sedikit berunsur peribadi dan pembaca akan terasa dekat dengan pemilik blog. Lama kelamaan, kepercayaan akan timbul dan secara tak langsung, jika urus niaga pertama anda dengan salah seorang prospek itu berjaya, mereka mungkin akan membuat

Rezeki

rezeki april2010-B.indd 20

pembelian lagi dari anda. Keadaan ini kebiasaannya kita gelarkan sebagai “return customer”. Mungkin mereka juga akan mencadangkan blog anda kepada rakanrakannya. Maka, lebih ramai pelanggan untuk anda. Anda sudah nampak mengenai potensi dan manfaat blog terhadap perniagaan anda? Di sini saya akan terangkan sedikit sebanyak bagaimana anda dapat memulakan perniagaan anda dengan blog. Secara asasnya, terdapat tiga jenis perniagaan yang dapat anda jalankan dengan menggunakan blog, iaitu: blog sebagai medium pengiklanan, memasarkan produk digital atau fizikal, ataupun memasarkan perkhidmatan anda. Sebagai medium pengiklanan, anda cuma perlu memaparkan iklan di blog anda saja. Iklan-iklan tersebut akan disediakan oleh syarikat-syarikat pengiklanan. Apabila iklan anda diklik oleh pembaca blog, anda akan dibayar oleh syarikat pengiklanan yang berkenaan. Tetapi sebelum itu, anda perlu mendaftar dan mendapatkan akaun program pengiklanan dengan syarikat terbabit. Antara program pengiklanan yang popular dikalangan bloggers Malaysia adalah Google Adsense, Nuffnang dan juga Innity. Anda juga boleh menjual barangan sama ada produk fizikal ataupun produk digital dengan menggunakan blog. Terdapat pelbagai jenis produk digital contohnya e-book, perisian dan sebagainya boleh dipasarkan di internet. Tak kurang juga jika anda ingin memasarkan produk fizikal seperti baju, kasut, tudung wanita, kuih muih, barangan kraftangan dan sebagainya dengan menggunakan blog. Jika anda mahir dalam sesuatu bidang contohnya bidang fotografi, solekan, andaman pengantin dan sebagainya dan mahu memasarkan perkhidmatan anda, gunakan saja blog sebagai medium untuk meluaskan perniagaan anda.

20

April 2011

4/14/11 5:57:02 PM


Bagaimana untuk memulakan perniagaan anda dengan menggunakan blog:

Secara asasnya, terdapat tiga jenis perniagaan yang dapat anda jalankan dengan menggunakan blog, iaitu: blog sebagai medium pengiklanan, memasarkan produk digital atau fizikal, ataupun memasarkan perkhidmatan anda.

dengan beberapa cara, terutamanya melalui enjin carian. Blog sangat mesra dengan enjin carian seperti Google, Yahoo dan MSN. Enjin-enjin carian ini akan mengemaskini pengkalan data mereka dengan segala informasi yang dimuat naik ke internet setiap hari. Termasuklah informasi yang dipaparkan di blog. Oleh kerana sifat dan fungsi blog yang mudah digunakan, maka proses mengemaskini blog anda juga turut menjadi mudah. Enjin carian ini faham tentang sifat blog ini maka blog diberikan keutamaan sebagai suatu sumber informasi yang terkini dan mempunyai permintaan yang tinggi. Perkara ini dianggap penting kerana enjin carian terutamanya Google boleh dikatakan sebagai pintu masuk kepada dunia internet

dan segala informasi yang dicadangkan dan diperoleh melalui internet mudah dicapai melalui enjinenjin carian. Jadi, di sinilah titik mula bagi para usahawan untuk meluaskan perniagaan mereka, dengan menggunakan blog sebagai medium pemasaran dan penyebar maklumat mengenai perniagaan mereka kepada pengguna internet di seluruh dunia. Jika anda belum bergelar usahawan, apa kata anda mulakan empayar perniagaan anda dengan menggunakan internet dan blog. Malah, anda boleh memulakan dan menjalankan perniagaan anda tanpa perlu keluar dari rumah.

Rezeki

rezeki april2010-B.indd 21

Anda cuma perlu mendaftar saja sebagai seorang pengguna blog di www.blogger.com ataupun www.wordpress.com. Kedua-dua pelantar ini adalah penyedia perkhidmatan blog yang paling popular. Namun jika anda belum mempunyai pengalaman dalam membina blog, saya cadangkan agar anda menggunakan blog dari platform Blogger.com saja kerana ianya lebih mesra pengguna. Cukup sekadar anda mengetahui sedikit asas penggunaan komputer dan sistem pemprosesan dokumen seperti Microsoft Word dan sebagainya. Anda mahir menggunakan Facebook? Itu sudah cukup untuk anda membina blog perniagaan anda. Jika anda tak mahir juga, ada ratusan panduan mengenai blog yang boleh anda dapatkan di luar sana. Seterusnya bahan-bahan yang menarik dan berkaitan perlu disediakan untuk diletakkan di dalam blog anda. Bahan-bahan seperti gambar, nama dan informasi tentang perniagaan anda serta lain- lain maklumat boleh disertakan sekali jika perlu. Apa yang penting di sini adalah, anda perlu memastikan bahawa pembaca dapat memahami dan nampak dengan jelas mengenai produk atau perkhidmatan yang anda pasarkan. Bagi program pengiklanan pula, anda letakkan saja iklan di blog anda dan seterusnya, bawa pelawat ke blog anda. Cara untuk membawa pelawat ke blog anda adalah amat mudah saja. Hidangkan informasi menarik dan berguna yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan anda. Selagi kandungan blog anda menarik, pelawat akan sentiasa singgah ke blog anda. Semakin ramai pelawat, semakin tinggi kemungkinan iklan anda akan di klik. Begitu juga dengan produk digital dan fizikal serta perkhidmatan. Pastikan pelawat anda berpuas hati dengan informasi yang diberikan melalui blog anda. Letakkan gambar-gambar yang menarik minat mereka untuk terus membaca maklumat anda atau setidaknya mereka akan datang semula ke blog anda. Potensi blog sebenarnya amat luas. Teknologi sentiasa bergerak pantas setiap hari dan semakin ia bergerak, ianya akan memberi kelebihan kepada para usahawan yang menggunakannya dengan bijak. Semakin anda tunggu, semakin anda ketinggalan sedangkan ribuan pengguna blog di luar sana sedang “menuai�hasilnya. Nasihat saya kepada anda, jangan ragu-ragu lagi. Mulakan langkah pertama anda sebagai usahawan maya dengan blog hari ini.

21

April 2011

4/14/11 5:57:13 PM


gemala

e - Dagang

Oleh: Hanah Finah

Media Sosial:

Era Pemasaran Baru

Bagi memperoleh impak yang besar dalam jangkamasa yang panjang terhadap pengguna dan untuk membina sesebuah perniagaan yang berjaya, usahawan-usahawan pada masa kini perlulah bergerak sejajar dengan perkembangan pemasaran media sosial.

K

onsep pemasaran memainkan peranan yang penting dalam apa jua perniagaan. Ia juga boleh dianggap sebagai salah satu elemen kritikal dalam merangka strategi perniagaan. Kebanyakan syarikat gergasi mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk mengupah agensi pengiklanan bagi memasarkan produk atau perkhidmatan mereka. Ianya berbeza jika dibandingkan dengan syarikat yang lebih kecil, di mana mereka terpaksa bergantung kepada daya kreativiti dan cara pemasaran yang efektif pada kadar kos yang minima. Dalam dunia yang penuh dengan daya saing yang tinggi, konsep pemasaran media sosial merupakan trend yang mendapat sambutan hangat dari pelbagai usahawan masa kini. Dalam erti kata lain, penggunaan Rezeki

rezeki april2010-B.indd 22

22

media sosial seperti blog dan laman sosial bagi urusan pemasaran produk atau perkhidmatan merupakan kaedah yang digemari. Di alaf baru ini, media sosial berfungsi sebagai dasar pemasaran yang relatif dan murah. Namun mampu memperoleh kadar pendedahan yang tinggi. Antara laman sosial yang tidak asing lagi digunakan adalah LinkedIn, Facebook, Twitter, Flickr dan Youtube. Dengan menggunakan perantara tersebut, anda mampu menjana lebih dari lima juta orang pelawat setiap hari. Pemasaran produk dan perkhidmatan menggunakan laman sosial seperti ini merupakan ide yang sangat bernas dan berbaloi kerana laman tersebut mampu memperoleh jumlah pelawat yang ramai dengan kadar pendedahan yang tinggi. Selain itu, pendedahan seperti ini juga mampu meningkatkan lagi kadar hubungan melalui rangkaianrangkaian di laman media sosial tersebut.

April 2011

4/14/11 5:57:41 PM


Apa yang menariknya, konsep pemasaran yang menggunakan saluran media sosial adalah percuma!

Kaedah pemasaran ini juga mampu mengurangkan kadar kos perbelanjaan pada tahap yang minima. Pemasaran melalui kaedah ini dapat menghubungkan pengguna dan pelanggan dengan pengusaha. Pada masa yang sama, ia juga mampu memberi hebahan mengenai produk dan perkhidmatan sesebuah perniagaan melalui rangkaian hubungan yang terdapat pada laman tersebut. Apa yang menariknya, konsep pemasaran yang menggunakan saluran media sosial adalah percuma! Namun masih terdapat terma dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi. Dalam erti kata lain, pihak media sosial tersebut mempunyai hak untuk mengambil atau mengguna pengkalan data seseorang ahli yang menggunakan perkhidmatan mereka. Akan tetapi, jika dibandingkan dengan pengiklanan secara tradisional seperti pengiklanan melalui akhbar, ia tidak mungkin mendapat pendedahan seluas

media sosial. Cara ini juga berkesan kerana pengguna atau pelanggan dapat melihat sendiri produk sesebuah perniagaan tersebut. Bagi memperoleh impak yang besar dalam jangkamasa yang panjang terhadap pengguna dan untuk membina sesebuah perniagaan yang berjaya, usahawanusahawan pada masa kini perlulah bergerak sejajar dengan perkembangan pemasaran media sosial. Terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan ketika anda membuat pemasaran perniagaan melalui Internet bagi memperoleh keuntungan yang optima. Lehman Hailey, seorang pakar dalam pemasaran Internet, percaya bahawa pemasaran dengan menggunakan media sosial adalah kaedah yang paling berkesan bagi menjana keuntungan. Berikut adalah beberapa cara yang perlu dipraktikan bagi seseorang usahawan untuk memasarkan produk mereka di dalam lingkungan pemasaran media sosial yang luas. Rezeki

rezeki april2010-B.indd 23

23

Selain itu, pendedahan seperti ini juga mampu meningkatkan lagi kadar hubungan melalui rangkaianrangkaian di laman media sosial tersebut.

April 2011

4/14/11 5:57:49 PM


01 > Media Sosial:

S

Keuntungan tak akan jatuh seperti DURIAN RUNTUH! etiap laman perniagaan yang ingin di perluaskan bagi menjana keuntungan memerlukan satu kumpulan pengguna yang setia yang akan sentiasa menyokong produk atau perkhidmatan perniagaan anda. Kumpulan pengguna tersebutlah yang akan membeli produk anda dan mencadangkannya di dalam laman sosial mereka kepada kenalan mereka. Selain itu, semakin ramai pelawat yang diperoleh, maka semakin cepatlah penyebaran mengenai laman perniagaan anda tersebar. Konsep pemasaran media sosial adalah cara yang terbaik untuk menarik perhatian pengguna dan pelanggan ke laman perniagaan anda. Mereka diberi peluang untuk melihat sendiri produk atau perkhidmatan perniagaan yang ditawarkan dari ruang sudut keselesaan masingmasing sama ada di tempat kerja, rumah atau dalam keadaan bergerak. Perniagaan anda akan berkembang secara berterusan apabila terdapat pelawat yang sentiasa setia menantikan produk atau perkhidmatan perniagaan anda yang akan ditawarkan pada masa-masa yang akan datang. Pemasaran media sosial juga merupakan salah satu proses yang efektif dalam mempromosi laman atau perniagaan anda melalui saluran media sosial yang lain seperti Facebook dan Twitter. Ia merupakan strategi yang bijak kerana mereka boleh mendapatkan ‘link’ kepada laman sosial anda dan ini mampu menyumbangkan kepada jumlah pelawat yang besar. Oleh kerana laman media sosial menyediakan ‘link’ dan ia mudah diperoleh dengan melayari Internet, ia juga mampu meningkatkan tahap keuntungan yang dijana. Sebagai contoh, anda mampu mendapat keuntungan melalui iklan yang disiarkan di laman perniagaan anda. Setakat ini, tidak ada lagi kaedah promosi yang mengenakan kadar kos yang begitu rendah namun mampu menghasilkan jumlah pelawat dan pengguna yang amat besar selain penggunaan pemasaran melalui media sosial. Sebilangan besar daripada pelawat ini akan sentiasa melayari laman perniagaan anda dari masa ke semasa. Jika anda ingin menjual sebarang produk, perkhidmatan perniagaan atau hanya ingin menerbitkan artikel untuk mendapat keuntungan pengiklanan,

maka pemasaran media sosial adalah cara yang paling efektif bagi menjana keuntungan yang optima.

M

02 > Ia adalah PERCUMA!

emasarkan laman perniagaan menggunakan media sosial adalah percuma KECUALI jika anda ingin mengupah penasihat atau pakar bagi menerbitkan laman perniagaan anda. Semestinya cara ini akan memakan sedikit masa tetapi apalah sangat bezanya jika dibandingkan dengan jumlah pelawat yang akan anda peroleh. Terdapat pelbagai cara untuk memasarkan laman atau blog anda. Ada di antaranya memakan belanja yang agak besar, namun jika anda bijak memilih dan merangka kadar bajet pemasaran perniagaan anda, anda tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak. Apa yang anda perlu hanyalah meluaskan ilmu mengenai pemasaran internet dan mengadaptasikan dengan konsep perniagaan anda.

03 > Bagai Cendawan Yang

P

Tumbuh Selepas Hujan enyebaran media sosial boleh dianggap bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan. Sebagai contoh, jika anda berkongsi satu perisian pemasaran yang bagus, ia akan dikongsi dengan rangkaian pelawat dan pengguna pada tahap 50-100 kali ganda, kemudian, rangkaian hubungan tersebut akan berkongsi dengan rangkaian hubungan yang lain sehingga mampu mencecah ke 300-500 pengguna! Cam Balzer, Penolong Pengarah Pemasaran di syarikat Threadless, percaya bahawa semakin banyak jumlah pelawat anda di laman Facebook anda, maka semakin banyaklah pelanggan yang akan diperoleh. Anda juga mampu memperoleh pelanggan yang setia dengan produk dan perkhidmatan perniagaan anda. Dengan adanya media interaktif, perkongsian informasi sesama sendiri mampu dilakukan dengan mudah. Anda hanya perlu meletakkan ‘link’ pada laman sosial seperti Digg, Reddit, Stumbleupon, Twitter dan Facebook atau blog anda dan dengan sekelip mata, anda dapat melihat bahawa proses penyebaran perniagaan anda akan tersebar dengan meluas dan pantas.

Rezeki

rezeki april2010-B.indd 24

Bagi memperoleh impak yang besar dalam jangkamasa yang panjang terhadap pengguna dan untuk membina sesebuah perniagaan yang berjaya, usahawan-usahawan pada masa kini perlulah bergerak sejajar dengan perkembangan pemasaran media sosial.

24

Anda mungkin akan ketinggalan jika anda tidak turut serta dalam memasarkan produk atau perkhidmatan perniagaan anda melalui laman sosial di Internet.

April 2011

4/14/11 5:58:02 PM


04 > Peningkatan

Dengan adanya laman sosial tersebut, rangkaian yang terdapat pada laman itu membolehkan pengguna, pelanggan dan pengusaha untuk berinteraksi antara satu sama lain.

T

Penjenamaan Semula erdapat pelbagai perantara yang boleh digunakan untuk tujuan pemasaran melalui media sosial. Blog sebagai contoh merupakan salah satu saluran yang penting dalam perkembangan dan penyebaran identiti dan imej produk atau perkhidmatan sesebuah perniagaan. Jika akaun perniagaan anda sering aktif dan dikemaskini, maka anda akan mendapat ramai pelawat yang akan melawati laman sosial anda. Dengan adanya laman sosial tersebut, rangkaian yang terdapat pada laman itu membolehkan pengguna, pelanggan dan pengusaha untuk berinteraksi antara satu sama lain. Selain itu, media sosial juga

Perniagaan anda akan berkembang secara berterusan apabila terdapat pelawat yang sentiasa setia menantikan produk atau perkhidmatan perniagaan anda yang akan ditawarkan pada masa-masa yang akan datang. Rezeki

rezeki april2010-B.indd 25

25

turut membantu pengusaha memperoleh cadangan terus daripada pengguna. Dengan itu, pengusaha pemasaran dapat menggunakan informasi tersebut dalam menjaga kestabilan dan kecekapan bidang pengurusan secara berterusan. Menurut Dallas Lawrence, dari Levick Strategic Communications, pemantauan dari masa ke semasa, interaksi dan komunikasi secara terbuka akan sentiasa menjadi kunci kejayaan perniagaan dalam alam siber.

05 > Pembentuk

D

Usahawan Alam Maya engan perspektif jangka panjang yang tepat, media sosial dapat membantu meningkatkan pendedahan perniagaan anda dalam industri dan memberikan kesempatan untuk anda dalam mengenali lebih ramai orang. Penggunaan rangkaian dalam halamanhalaman sosial seperti Twitter, Facebook dan LinkedIn boleh membantu anda untuk berada di dalam industri pemasaran media kini dengan lebih lama . Perkembangan teknologi telah banyak membantu dalam meningkatkan perniagaan seantero dunia. Kehebatan teknologi semasa dalam membantu perkembangan perniagaan terbukti apabila bank pelaburan terbesar di dunia, Goldman Sachs Group, Inc. melabur sebanyak USD450juta dalam laman sosial Facebook. Inilah trend yang patut diadaptasi oleh pengusaha pemasaran internet. Anda mungkin akan ketinggalan jika anda tidak turut serta dalam memasarkan produk atau perkhidmatan perniagaan anda melalui laman sosial di Internet. Secara tuntasnya, usahawan-usahawan masa kini haruslah mengajukan persoalan ini pada diri sendiri. Adakah kita kurang peka dengan perkembangan sosial masa kini, dan adakah pergerakan dan perkembangan perniagaan kita bergerak sejajar dengan perkembangan media sosial dunia? Matt Dickaman, dari technomarketer. typepad.com, ada mengatakan bahawa media sosial bukan merupakan saluran yang akan memberikan keuntungan dalam sekelip mata, tetapi ia mampu membantu dalam memberi peluang kepada pengusaha pemasaran untuk memasarkan perniagaan mereka melalui pelbagai cara yang relevan. Tepuk dada, tanya selera. Kemajuan perkembangan perniagaan anda bergantung kepada perlaksanaan perangkaan strategi pemasaran anda.

April 2011

4/14/11 5:58:07 PM


gemala

Inilah

Artikel Muka Hadapan | Industri Halal

Sijil Halal Malaysia

Anda dalam kerugian perniagaan yang nyata apabila 500,000 orang Islam di Malaysia tidak mahu mencuba produk anda disebabkan ia

tiada logo Halal keluaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), atau disebabkan mereka was-was kerana anda menggunakan logo Halal selain JAKIM. Rakyat Malaysia yang beragama Islam berjumlah sekitar 16 juta adalah kuasa terkuat dalam menyuarakan permintaan terhadap produk Halal melalui pelbagai media, terutamanya melalui media komunikasi dan internet. Bayangkan jenama gergasi seperti Colgate atau syarikat MulitiLevel-Marketing (MLM) seperti Amway kerugian jutaan dolar Amerika disebabkan suara rakyat Malaysia yang was-was tentang jenama tersebut, yang disebarkan di forum-forum internet antarabangsa, maka langsung merebak ke Singapura, Indonesia, Brunei hingga ke Kanada dalam waktu yang singkat. Begitulah hebatnya

kesan negatif kepada produk yang tidak memiliki tanda Halal JAKIM. Jika anda bercadang meluaskan jajahan perniagaan anda dalam pasaran Halal, samada di Malaysia atau luar negara, pastikan anda dapatkan Sijil Halal Malaysia dari JAKIM, biro persijilan Halal yang paling dipercayai di seluruh dunia. Di sini kami paparkan beberapa panduan bagi anda yang berminat untuk mendapatkan sijil Halal Malaysia serta berminat untuk terlibat dalam pasaran Halal. Inilah masanya! Rezeki

rezeki april2010-B.indd 26

26

April 2011

4/14/11 6:04:44 PM


Masanya! ditulis Oleh : Mahathir Amin

Rezeki

rezeki april2010-B.indd 27

27

April 2011

4/14/11 6:04:56 PM


Artikel Muka Hadapan | Industri Halal

Akhbar “The Star� pada 19 Mac 2011 melaporkan, pada tahun 2010 sebanyak 51 syarikat digantung sijil Halal kerana melakukan pelbagai kesalahan penyalahgunaan logo dan sijil yang telah dikeluarkan. Meskipun 23 syarikat kembali berjaya mendapatkan sijil Halal mereka selepas diarah melakukan tindakkan pembetulan, jumlah bilangan kes yang di laporkan jelas menunjukkan masih ramai bilangan peniagapeniaga di Malaysia yang mengambil mudah atau masih tidak begitu faham mengenai pentingnya perlaksanaan sistem Halal di premis mereka. Sijil Halal Malaysia adalah satu dokumen perakuan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bahawa produk yang dihasilkan adalah Halal, bersih dan boleh dimakan, diminum atau digunakan oleh umat Islam dengan selamat. Ia dikeluarkan mengikut proses serta

syarat seperti ketetapan yang telah digariskan di dalam Standard Halal Malaysia, MS1500:2009 Makanan Halal – Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan – Garis Panduan Umum. Standard Halal Malaysia adalah satu tahap piawaian bertaraf dunia yang telah menerima pengiktirafan dari Persidangan Islam Sedunia (OIC) dan berjaya meletakkan Malaysia sebagai hab Halal serantau yang paling disegani. Malangnya masih ramai syarikat-syarikat tempatan yang kurang sedar dan tidak fasih mengenai proses yang harus dilalui bagi mendapatkan sijil Halal Malaysia lantas menganggap ia sebagai beban malah ada yang sanggup juga menggunakan jalan pintas mendapatkan sijil-sijil keluaran badan swasta yang tidak diiktiraf kerajaan.

Bukan sekadar untuk pasaran tempatan Sijil Halal Malaysia bukan sahaja untuk peniaga-peniaga tempatan yang beroperasi dalam negara, tetapi juga untuk pengusaha yang berminat meluaskan perniagaan ke luar negara di mana sasaran pasaran mereka adalah orang Islam. Pengiktirafan dunia terhadap Sijil Halal Malaysia bermakna ia diterima-pakai oleh kebanyakan kerajaan di seluruh dunia. Samada anda seorang pemilik restoran di Sidney, Australia, atau anda seorang pengusaha perkhidmatan francais yang memiliki cawangan di luar negara, Sijil Halal Malaysia memberikan perniagaan anda lebih kredibiliti, menjadikan perniagaan anda paling mudah dipercayai dan diterima oleh masyarakat Islam sedunia.

bagaimana caranya?

Bagi pengusahapengusaha restoran dan premis makanan, untuk mendapatkan sijil Halal

......... Standard Halal Malaysia adalah satu tahap piawaian bertaraf dunia yang telah menerima pengiktirafan dari Persidangan Islam Sedunia (OIC) dan berjaya meletakkan Malaysia sebagai hab Halal serantau yang paling disegani. ......... Rezeki

rezeki april2010-B.indd 28

28

Sijil Halal Malaysia memudahkan kerja pemasaran pengusaha bidang restoran atau perhotelan yang berminat untuk mengembangkan perniagaan ke negaranegara Islam yang lain. Terdapat banyak peluang dalam bidang perhotelan Halal di negara-negara Islam. Contohnya, di Jakarta, Indonesia, terdapat hanya dua hotel yang diyakini tentang status Halalnya. Kemasukan pengusaha Hotel berstatus Halal (pemilik Sijil Halal Malaysia) dari Malaysia tentunya akan mendapat sambutan dari para pelancong Islam yang melawati Indonesia. Begitu juga untuk pengusaha perniagaan MLM (Multi Level Marketing) tempatan yang merancang untuk meluaskan pasaran ke luar negara. Sijil Halal Malaysia akan memudahkan

April 2011

4/14/11 6:05:08 PM


produk MLM, samada produk kesihatan atau kecantikan, untuk dipercayai dan diyakini oleh masyarakat Islam global. Apakah jaminan bahawa produk atau perkhidmatan anda akan mendapat sambutan masyarakat Islam berdasarkan hanya pada kecantikan rekabentuk atau premis yang tiada Sijil Halal Malaysia? Tiada jaminan. Oleh itu wajar bagi pengusahapengusaha yang terlibat dalam pasaran Halal, terutama mereka yang berminat untuk meluaskan pasaran, agar melabur sedikit dalam mendapatakan Sijil Halal Malaysia yang di iktiraf dunia. Modal perniagaan yang anda khususkan untuk kos pemasaran anda haruslah juga termasuk kos mendapatkan Sijil Halal Malaysia. Pastikan produk atau perkhidmatan anda diyakini masyarakat global dengan Sijil Halal Malaysia.

dari JAKIM, sesebuah syarikat haruslah terlebih dahulu mempunyai asas yang kukuh dalam memastikan status operasi mereka adalah mematuhi keperluan Halal. Keperluan yang dimaksudkan di sini melibatkan bukan sahaja pengurusan yang dijalankan mengikut kehendak Shariah malah turut menekankan pelbagai aspek kebersihan, keselamatan dan kualiti sesuatu produk. Ini adalah kritikal dan menjadi perhatian utama semasa kunjungan juru audit dari JAKIM yang akan akan menilai sesebuah operasi sesebuah restoran atau premis makanan secara terperinci dan menyeluruh mengikut garis panduan yang telah di tetapkan. Keperluan asas untuk mendapatkan sijil Halal secara ringkasnya adalah tebahagi kepada tiga komponen utama seperti di bawah:

Arahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah Food Hygiene Regulations 2009 juga mewajibkan kesemua pengendali makanan untuk mengikuti Kursus Asas Pengendali Makanan. ......... sistematik. Aspek-aspek penyelenggaraan di premis juga harus dititikberatkan terutamanya dari segi amalan kebersihan dan penyelenggaraan harian yang berjadual. Menu

Menu sesebuah restoran atau premis makanan juga Lokasi sesebuah restoran merupakan salah satu dari haruslah jauh daripada butiran audit yang diambil pusat pembuangan sampah kira untuk memastikan dan pusat sembelihan agar setiap perjalanan atau ternakkan babi. kitaran operasi adalah Rekabentuk premis pula haruslah bersesuaian dengan mematuhi syarat-syarat pensijilan Halal. Dalam kehendak produk yang kata lain, setiap makanan dijual serta memudahkan yang disediakan haruslah aliran keluar masuk barangan dari pembekal bagi bebas dari pengunaan bahan ramuan yang mengelakkan berlakunya diklasifikasikan haram atau pencemaran silang semasa boleh menimbulkan wasproses penghantaran atau was. Selain daripada bahan penyimpanan. Perhatian harus juga diberikan kepada ramuan, pemilihan nama makanan di dalam menu sistem infrastruktur yang juga dinilai agar sesuai sedia ada terutamanya dan tidak menimbulkan dari segi pengurusan syak atau keraguan sisa buangan dan sistem kepada pelanggan. saluran yang bersih dan Premis

Rezeki

rezeki april2010-B.indd 29

.........

29

Pekerja

Antara syarat yang telah digariskan oleh piawaian Halal di Malaysia adalah syarikat mesti mempunyai sekurang-kurangnya dua pekerja Muslim warganegara Malaysia yang terlatih. Arahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah Food Hygiene Regulations 2009 juga mewajibkan kesemua pengendali makanan untuk mengikuti Kursus Asas Pengendali Makanan. Kursus ini dimestikan ke atas setiap pekerja yang mengendalikan makanan, termasuk pekerja restoran, katering serta pembekal. Selain dari tiga komponen di atas, sistem Halal di premis makanan dan restoran juga harus menitik beratkan setiap proses yang terlibat didalam kitaran operasi harian bermula dari pemilihan dan

April 2011

4/14/11 6:05:18 PM


Artikel Muka Hadapan | Industri Halal

penyimpanan bahan-bahan mentah hinggalah kepada penyediaan makanan dan hidangan kepada pelanggan. Satu daripada syarat-syarat pensijilan Halal yang sering terlepas pandang oleh para pengusaha makanan dan pemilik restoran adalah sistem pengurusan rekod serta kertas kerja yang mendokumenkan setiap aktiviti yang dijalankan di premis terbabit. Syarat ini amat penting kerana sistem audit Halal amatlah menitik beratkan kepentingan dokumentasi yang kemas dan tersusun. Antara dokumen yang lazimnya disemak termasuklah carta organisasi terkini syarikat, rekod kesihatan kakitangan, rekod

......... Satu daripada syarat-syarat pensijilan Halal yang sering terlepas pandang oleh para pengusaha makanan dan pemilik restoran adalah sistem pengurusan rekod serta kertas kerja yang mendokumenkan setiap aktiviti yang dijalankan di premis terbabit. ..........

Strategi Penjenamaan

Untuk Syarikat Makanan Halal

Dalam mana-mana syarikat makanan utama, membangunkan standard yang ketat adalah penting dalam membantu pembeli dan syarikat makanan mengukuhkan penjenamaan produk. Hakikat ini tiada bezanya dengan syarikat perkhidmatan makanan yang menyajikan makanan halal dalam menu mereka. Oleh itu, syarikat perkhidmatan makanan yang merancang untuk menyajikan hanya menu Halal hendaklah menilai

hanya melibatkan nama jenama dan logo semata: Jenama turut melibatkan elemen dan nilai lain yang ditetapkan oleh pemilik jenama terhadap sesuatu produk, perkhidmatan atau idea dalam memaklumkan pasaran tentang keunikan sesuatu jenama itu berbanding produk atau syarikat pesaing lain. Seperti yang ditekankan oleh ramai pakar, elemen jenama melibatkan semua perkara yang membawa kepada memperkenalkan

Rajah 1: Strategi Penjenamaan yang Berkesan untuk Sektor Perkhidmatan Makanan Halal

MEMBANGUNKAN

MEMENAFAATKAN

MELINDUNGI

Untuk membangunkan dan memperkenalkan produk/teknologi/ proses baharu untuk meningkatkan keadaan persaingan syarikat dan membina jenama yang kukuh dan berjaya

Untuk meluaskan dan memanfaatkan kesedaran jenama pengguna

Untuk mempertahankan dan melindungi integriti jenama melalui standard, pembelian dan keperluan produk yang ketat

Rezeki

rezeki april2010-B.indd 30

strategi penjenamaan mereka dengan baik dalam memastikan matlamat yang diingini dapat dicapai. Seperti yang didedahkan oleh beberapa syarikat perkhidmatan makanan utama yang hanya menawarkan menu halal, strategi penjenamaan yang berkesan merangkumi tiga elemen penting seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Kita juga perlu tahu bahawa jenama, contohnya Burger King, KFC, Pizza Hut, dan sebagainya bukan

30

April 2011

4/14/11 6:05:30 PM


.........

Sasaran utama yang ditetapkan oleh manamana pemilik jenama adalah untuk memperoleh kesedaran jenama melalui persepsi yang baik dan unik dan juga untuk mewujudkan ‘perasaan’ positif terhadap jenama tersebut.

Menjelang bulan April tahun ini, Akta Perihal Dagangan (APD) 1972 akan memutlakkan peranan JAKIM dan majlismajlis agama Islam negeri sebagai badan-badan yang akan diberi tanggunjawab penuh dalam urusan pengeluaran serta penguatkuasaan sijil dan logo Halal Malaysia. .......... pembekal dan aliran keluar masuk bahan mentah, rekod pengurusan sistem pembersihan dan penyelenggaraan berkala dan juga rekod kawalan serangga perosak. Dengan wujudnya sistem rekod serta penyimpanan maklumat yang sistematik dan mudah dicari, ini sudah pasti akan melancarkan kerja penilaian oleh juru audit Halal JAKIM dan jelas menunjukkan kesungguhan syarikat dalam mewujudkan sistem Halal di premis masing-masing. Apa yang nyata, sistem audit yang teratur dilaksanakan oleh JAKIM menggambarkan tahap piawaian Halal itu sendiri yang tidak harus dipandang ringan. Walaupun usaha giat dijalankan oleh kerajaan dalam membawa kesedaran Halal dikalangan masyarakat peniaga, masih terdapat segelintir pemilik syarikat bumiputera Islam yang mengecualikan diri dari memohon dengan alasan sudah memenuhi keperluan Halal berdasarkan status mereka sebagai Muslim. Menjelang bulan April tahun ini, Akta Perihal

jenama itu dan juga untuk membezakannya dengan jenama lain. Antara elemen ini termasuklah nama, logo (simbol atau tanda), karakter, slogan dan pembungkusan itu sendiri. Satu lagi perkara menarik, jenama yang berkesan dilihat secara berasingan dan bukan sebagai produk yang diwakilinya. Perbezaan antara produk dapat dilihat secara teknikal kerana penjenamaan dan cara pengguna dikaitkan dengannya. Contohnya, jenama dan produk yang diwakilinya boleh menjadi ‘macho’, ‘feminin’ dan ‘remaja’, sedangkan perkara yang sama tidak dapat digambarkan dengan hanya produk itu sendiri. Sasaran utama yang ditetapkan oleh mana-mana pemilik jenama adalah untuk memperoleh kesedaran jenama melalui persepsi yang baik dan unik dan juga untuk mewujudkan ‘perasaan’ positif terhadap jenama tersebut. Dalam industri makanan Halal global, jenama mencerminkan cara sesuatu produk dihasilkan, diproses dan diagihkan mengikut jaminan dan integriti tahap Halal yang tertentu. Satu contoh jelas yang dapat dilihat ialah produk daging proses Al-Islami dari Emiriah Arab Bersatu. Al-Islami menekankan standard tertinggi pengeluaran Halal dalam seluruh rangkaian pengeluaran produknya. Dengan cara ini, jenama Al-Islami menggambarkan imej kepatuhan penuh kepada prinsip halal dan undang-undang Syariah. Dalam mencapai statusnya seperti sekarang, Al-Islami menghabiskan lebih daripada satu dekad bekerja keras dan memilih sumber bahan mentah dengan teliti hanya untuk menjunjung prinsip utamanya. Syarikat ini juga mengamalkan strategi penjenamaan yang dinyatakan di atas: Membangunkan, Memanfaatkan dan Melindungi.

Catatan:Artikel ini pernah diterbitkan dalam The Halal Journal keluaran November+Disember 2008.

Rezeki

rezeki april2010-B.indd 31

31

Dagangan (APD) 1972 akan memutlakkan peranan JAKIM dan majlis-majlis agama Islam negeri sebagai badan-badan yang akan diberi tanggunjawab penuh dalam urusan pengeluaran serta penguatkuasaan sijil dan logo Halal Malaysia. Sistem penyeragaman ini sudah tentunya satu berita baik kepada penggunapengguna yang selama ini keliru dengan kewujudan logo-logo Halal pelbagai rupa dan bentuk yang dikeluarkan tanpa sistem audit yang berintegriti. Masanya sudah tiba untuk semua syarikat restoran dan pengusaha makanan di Malaysia bagi mengorak langkah positif untuk samasama mempelajari selok belok keperluan Halal dan memanfaatkan peluang bersaing dengan pengusahapengusaha restoran dan premis makanan yang lain. Andai syarikat-syarikat multinasional seperti McDonalds dan Starbucks milik bukan Islam mampu mendapatkan sijil Halal dari JAKIM, maka tiada lagi alasan bagi syarikatsyarikat tempatan untuk terus ketinggalan.

April 2011

4/14/11 6:05:37 PM


asan w a K : : N A I PERBEZA

R

A

AFE

B CARI PERBEZAAN :: Pembelian

FE CApasaraya

Halal 2.0 Perkhidmatan Makanan: Panduan Operasi merupakan buku yang

A nya Halal Pupertama sepertinya yang terdapat di dalam industri Halal. Ia merupakan an ak M Boleh suatu penambahan baru di dalam siri Panduan Halal KasehDia. g

ladan CARI PERBEZAAN :: Tatatertib (i) ternak ladang te A rnak B CARI PERBEZAAN :: Penampilan

KM

ESTORAN ASI AYAM

A Ayam Halal

10 KM

SHOASLEALJ

etu5lusan K :: N A A Z E B R RI PE

A UNYA

B

P

N RESTORAM NASI AYA

B

susu

pasaraya

SARDIN

SOSEJ

SOS

SARDIN

susu

HALAL

RSIH IALAH E B N A D I C U S G DAN HALAL KAWASAN YAN N A IB Y O H panduan BARANGAN YANG THOYIB SAN YANG T - Ini akanIALAH meningkatkan jualan A operasi W n a A Halal 2.0 n K u c ra e k Antara ciri-ciri Thoyiban yang utama: n a d n ra a m e cUA- NIni n menjamin kesucian makanan perniagaan p e r k h i d m dan ata n kualiti makana n etangan namat aKU ND Guna penyepitBuku atau sarung tangan pada kedua belah panduan ini berguna TIpPA Antara ciri-cirikepada Thoyiban yang utama: la GI ENk g Mk n e LAeM DA m i AS HL Penutup rambut mesti menutup seluruh rambut In IK N DA S LU TU AN juga kepada OYIBdan seluruh masyarakat L & TH Tidak meludah atau mengunyah makanan semasa berkerja MENJAGA TATATERTIB YANG THOYIBAN SEMASA BERKERJA SUASANA YANG SUCI DAN BERSIH MENGHASILKAN YANG TIDAK ROSAK - Ini akan meyakinkan pelanggan untuk membeli BARANGAN PRODUK YANG SUCI DAN BERSIH

BEER BEER BEER BEER BEER

Penampilan dan kebersihan pekerja Tidak memakai pakaian yang terdedah serta barang kemas

RNIAGAAN HALA individu rbal kkan peyang - Ini akan mengela

PE angka was Tidak menggunakan makanan yang ah telah kotor syak danatau anjatuh Penutup rambut, apron & tuala-tuala pengesat peluh dan kotoran

Antara

menceburi bidang a: operasi yangThoyiban Antara ciri-ciri yang utama: tamruang u g Penampilan bersih, tersusun dan tidak berbau busuk n a y n a ib y o h T perkhidmatan makanan industri Halal. i ir ciri-c a:

Beli barangan yang memiliki logo Halal yang sah

utam utup sa a Jauhi barangan yang memiliki logo Halal yang tidak disahkan kerajaan n ti aart n hahsekan oleh kerajte p m ngadis sa k ya lal g su Ha n u en o b T les u Samaada anda pemilik pengusahaan atautelah pekerja lal a Guna Ha n rb ka e ah b dis Jauhi barang yang lupus, busuk, karat atau rosak k ng a lal dan tidak Halal ganpya rarasiyatingdHa nya baran erka on pe Guna haw s n ji a sa a n t m a sli a p Mu K rka an m pu di dalam industri perkhidmatan makanan, gg am ra te lan to n basah dalam plastik berasingan Letakkannbarangan aripe dan Tidak menc h uk me urag untuk komakanan iri i-c rayasingja e sa anocir p a kk w nju a n nu k me sa n a a Tidak w d a K cian ini harus dimiliki. pastinya buku panduan asan untuk cu Asingkan kaw

Antara ciri-ciri

Thoyiban yang

Buku panduan ini diterbitkan untuk membimbing anda dalam memahami konsep halal, namun ia juga turut mengajar anda bagaimana untuk mengaplikasikan konsep Halal di dalam perkhidmatan penyediaan makanan.

S e m i n a r Pa n d ua n r e S to r a n H a l a l

SIAPA YANG HARUS MEMILIKI BUKU INI?:

+ Pengusaha Hotel + Pengusaha Restoran + Pelayan + Tukang Masak + Sesiapa sahaja yang menceburi bidang perkhidmatan makanan Maklumat penting: Buku ini bukan untuk dijual dan akan diberikan secara percuma kepada semua peserta Seminar Panduan Restoran Halal kami.

Halal2.0-rezeki2011.indd 1

B

4/19/11 5:39:43 PM

SOS


RM100.00 / seorang

rezeki mastaCS3-new.indd ad THJ.indd 18

2/10/11 4/1/11 1:30:18 5:16:05 AM PM


gemala

Pengembangan Diri

Oleh : Kamal Ismail

Pepatah orang tua ada mengatakan, “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Pepatah itulah yang harus sentiasa berbekas di ingatan setiap usahawan yang mahukan kejayaan di dunia perniagaan yang begitu sengit saingannyakini. Bagi menjadi seorang usahawan yang sukses atau berjaya, maka erti ‘usahawan’ tersebut harus didalami dan diterokai bagi memastikan matlamat dan hala tuju supaya haluan itu membawa kepada tahap yang diidamkan.

Ciri-Ciri Usahawan Berjaya! Rezeki

rezeki april2010-B.indd 34

34

April 2011

4/14/11 6:05:59 PM


Berpandukan kepada visi and misi, pastinya seseorang usahawan itu akan dapat memfokuskan diri sendiri, semua pekerjanya dan sumbersumber lain ke satu arah sahaja dan ini dapat meninggikan lagi kadar kejayaan itu dicapai.

M

enurut Peter Drucker yang dikenali sebagai ‘Bapa Pengurusan’ Barat, di dalam bukunya yang berjudul Enterprenuership (1996), ‘usahawan’ dikatakan sebagai seorang yang berkemampuan untuk memindahkan sumber ekonomi dari sektor yang rendah tahap produktivitinya ke tahap yang produktivitinya lebih memberangsangkan. Manakala mengikut pendapat Scaborough dan Zimmerer (1988), mereka mendefinisikan usahawan sebagai “seorang yang mencipta suatu perniagaan baru dan menghadapi suatu keadaan yang tidak pasti demi untuk memperoleh keuntungan dan pertumbuhan (perkembangan) dengan mengenal pasti peluang dan menyediakan sumber untuk mencapainya. Usahawan selalunya bermula hanya dengan idea yang mudah dan menyediakan sumber yang perlu untuk merobah idea tersebut kepada suatu perniagaan yang bersesuaian.” Pada era baru ini, seorang usahawan itu mestilah merupakan seorang penemu cara baru atau ahli perniagaan yang mengenal pasti sesuatu peluang dan kemudian pandai mengambil kesempatan ke atas peluang yang ada itu. Namun, wujudkah formula yang sesuai untuk menjadi penentu kepada kejayaan seseorang usahawan itu? Mungkin terdetik di fikiran kita sama ada jawapannya wujud ataupun tidak. Sungguhpun begitu, kita bernasib baik kerana adanya usahawan-usahawan yang telah berjaya di negara kita mahupun di luar negara yang sudi berkongsi rahsia mereka bagaimana untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Marilah kita menilai ciri-ciri rahsia yang utama untuk mencapai kejayaan.

Ciri 1: Visi dan misi

Samada usahawan mahupun bukan, setiap apa yang kita inginkan mesti ada yang perlu kita lakukan. Apakah gambaran sukses yang diidamkan? Secara mudahnya, itulah visi. Apakah sebab-sebab kita idamkan sukses sebegitu? Apakah yang akan menjadi pengukur kepada sukses tersebut? Secara mudahnya, itulah misi. Sebagai contoh, ikon kejayaan perniagaan negara kita, iaitu AIR ASIA menggariskan visi “Menjadi syarikat penerbangan tambang murah yang terbesar di Asia”. Visi ini menjadi sandaran kepada misinya, antaranya ialah “Menyediakan kos paling rendah supaya semua orang boleh terbang dengan Air Asia.” Jadi, berpandukan kepada visi and misi, pastinya seseorang usahawan itu akan dapat memfokuskan diri sendiri, semua pekerjanya dan sumber-sumber lain ke satu arah sahaja dan ini dapat meninggikan lagi kadar kejayaan itu dicapai. Dalam kebanyakan kes, visi dibangunkan setelah usahawan mula menyedari apa yang telah berlaku kepada Rezeki

rezeki april2010-B.indd 35

35

perniagaan mereka. Membawa peniagaan secara fokus dari permulaan bukannya satu perkara yang mudah.

Ciri 2: Kebolehan mengatur strategi

Usahawan mesti pandai menyusun strategi yang rapi sebelum memulakan sesuatu perniagaan ataupun projek. Kita tidak mahu masalah timbul di pertengahan perjalanan membina sesuatu perniagaan. Lebihlebih lagi masalah yang timbul secara mengejut. Bagi mengatur strategi yang efektif, maka seorang usahawan yang berjaya itu harus mengenal pasti siapa pelanggan mereka dan apa kehendak utama para pelanggan tersebut. Kemudian, bagaimana hendak memenuhi kehendak-kehendak itu dengan berjayanya sehingga memberikan rasa “WOW!” kepada para pelanggan. Pastinya, para pelanggan akan sentiasa setia kepada perniagaan yang dapat berbuat demikian. April 2011

4/14/11 6:06:07 PM


Ciri 3: Menetapkan matlamat dan sasaran

Usahawan harus menetapkan matlamatnya terlebih dahulu. Dia harus fokus pada pencapaian matlamatnya dengan strategi yang betul. Dia harus memahami jurang antara apa yang ada sekarang dengan sasaran matlamat yang diingini. Selepas itu, barulah dia dapat mengatur dan melakukan pelbagai usaha yang dirancang dengan rapi, seperti mendapatkan sumber tenaga yang betul. Dengan adanya fokus inilah, usahawan itu dapat melakukan sesuatu dengan cara yang berkesan, malahan berkemungkinan menggunakan suatu inovasi yang belum pernah dilakukan oleh orang lain.

Ciri 4: Berpengetahuan

Seorang usahawan yang baik perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam berkenaan tugas dan tanggungjawab. Usahawan hendaklah sentiasa berusaha untuk menambahkan ilmu pengetahuannya melalui pelbagai cara seperti melalui pembacaan buku, menghadiri kursus atau seminar serta bersedia mempelajari daripada pengalaman orang lain. Dia mesti pandai mengumpul pengetahuan yang perlu dengan mendapatkan sumber pekerja lain yang mempunyai pengetahuan tersebut.

Ciri 5: Memiliki kepimpinan yang kukuh

Kepimpinan amat perlu dalam membina dan membangunkan sesebuah organisasi. Gagal atau berjayanya sesebuah organisasi itu banyak ditentukan oleh ciri-ciri dan gaya pemimpin organisasi berkenaan. Pemimpin yang berkesan dalam organisasi adalah

Memetik kata-kata Irfan Khairi, 95% perniagaan akan menemui kegagalan. Ini bermakna seseorang hanya mempunyai 5% peluang untuk berjaya. Usahawan yang berjaya adalah mereka yang tidak putus asa dalam usahanya untuk menjumpai 5% peluang kejayaan itu.

Rezeki

rezeki april2010-B.indd 36

36

April 2011

4/14/11 6:06:19 PM


Usahawan selalunya bermula hanya dengan idea yang mudah dan menyediakan sumber yang perlu untuk merobah idea tersebut kepada suatu perniagaan yang bersesuaian.

dia boleh menggunakan kekuatan itu untuk menjana pendapatan seharian yang lebih tinggi. Jadi, gunakan kemahiran atau kekuatan yang ada pada anda untuk meneruskan atau mempertingkatkan usaha anda.

Ciri 8: Kuat bekerja

Mereka tiada masa untuk duduk bersembang di pusat membeli-belah, minum teh tarik bersama rakanrakan atau duduk goyang kaki sambil menonton di depan kaca televisyen LCD 42 inci. Anda harus ingat bahawa untuk memulakan perniagaan, seseorang itu harus memberikan tumpuan dan komitmen kepada perniagaan itu sehingga ia benar-benar kukuh untuk berdiri sendiri dan berkembang. Bekerja keras akan terasa mudah jika anda merasa gembira untuk melakukannya dengan rela.

pemimpin yang bersifat terbuka, menerima pandangan daripada semua termasuk kakitangan bawahan, sentiasa mendapatkan maklumat yang benar dan tepat bagi melaksanakan sesuatu tindakan. Dia juga harus berkemahiran, bertanggungjawab dan sentiasa mewujudkan suasana bekerja yang selesa dalam organisasi. Kepimpinan Islam adalah kaedah yang terbaik dalam memimpin manusia. Oleh itu, seorang usahawan itu sebaik-baiknya, perlu ada sifat kepimpinan yang berpandu kepada kepimpinan Islam.

Ciri 6: Kreativiti

Seseorang usahawan itu harus tahu menjana dan menghasilkan ide. Dia harus mempromosikan inovasi dan kreativiti dalam kalangan pekerjanya. Mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai dan bernilai sama ada bersifat maujud atau abstrak, mesti digalakan selalu. Usahawan juga perlu menerokai dan mencari makna, pemahaman dan penyelesaian masalah secara inovatif.

Ciri 9: Berkeyakinan dan tidak mudah berputus asa

Ada usahawan yang mengatakan bahawa terdapat empat keyakinan yang perlu ada dalam diri seseorang usahawan, iaitu keyakinan diri terhadap Tuhan dan keesaanNya, keyakinan terhadap diri sendiri, keyakinan diri terhadap orang lain dan keyakinan orang lain terhadap diri sendiri. Memetik kata-kata Irfan Khairi, 95% perniagaan akan menemui kegagalan. Ini bermakna seseorang hanya mempunyai 5% peluang untuk berjaya. Usahawan yang berjaya adalah mereka yang tidak putus asa dalam usahanya untuk menjumpai 5% peluang kejayaan itu. Ambil langkah demi langkah dan pelajari selok-belok perniagaan setiap masa. Jika masalah menjelma, jangan cepat putus asa atau melatah, malahan usahawan mesti ada keyakinan untuk berjaya mengatasi masalah tersebut. Kejayaan perniagaan akan datang kepada anda sekiranya anda mendalami perniagaan itu dengan sedalam-dalamnya.

S

etelah memahami segala ciri-ciri utama yang mempengaruhi kejayaan seseorang usahawan itu, dapatlah disimpulkan di sini bahawa bagi mencapai sesuatu Sebagai manusia biasa, kita tidak mampu menjadi kejayaan dalam perniagaan, seseorang itu mestilah terbaik dalam semua perkara. Manusia mempunyai bergerak secara proaktif dan bijak merancang dengan kekuatan dan kelemahannya. Oleh itu, untuk berjaya kita harus tahu atau kenal pasti kekuatan atau kelebihan rapi langkah-langkah yang perlu diambil. Selain itu, pegangan agama yang kukuh amat perlu bagi yang pada diri kita ini. Kita harus gunakan sesuatu kekuatan itu dengan sebaik mungkin dan meningkatkan mengekalkan keyakinan terhadap perniagaan yang diusahakan, biarpun menemui kegagalan, janganlah kekuatan itu ke tahap yang paling maksimum. Sebagai kita mudah berputus asa kerana setiap kesilapan contoh, jika seseorang itu pandai atau berminat dalam bidang jahitan, ataupun mungkin sebelum ini dia hanya akan membuka mata kita bagi membentuk strategi perniagaan yang baru yang lagi efektif. Usaha yang mengambil upah menjahit di rumah atau menjahit berterusan bakal membawa kejayaan kepada setiap sebagai hobi; dia boleh meningkatkan kemahiran mereka yang mahu bergelar usahawan yang berjaya. dirinya dengan menghadiri kelas jahitan. Selepas itu,

Ciri 7: Kekuatan diri

Rezeki

rezeki april2010-B.indd 37

37

April 2011

4/14/11 6:06:28 PM


gemala

Pengurusan Kewangan

D

alam keadaan ekonomi yang tidak sihat ini, kita akan tertanya-tanya bagaimana perniagaan skala kecil dapat mencapai pengurusan tunai secara berkesan. Seperti kata pepatah, “Tunai adalah Raja!”. Pada masa ketidaktentuan ekonomi sekarang, kita disarankan untuk memiliki seberapa banyak tunai dalam tangan yang mungkin. Langkah pertama sekali untuk mendapatkan lebih banyak wang tunai adalah dengan memotong perbelanjaan yang tidak perlu. Malah, perniagaan berskala sederhana dan perniagaan berskala besar juga berjuang untuk mengurangkan perbelanjaan dalam situasi ekonomi seperti ini. Kebanyakan golongan juga masingmasing bersedia, termasuklah pembeli dan pengguna. Bayangkan akibatnya, sekiranya tiada lagi pembeli untuk barang-barang kehendak, melainkan pembeli hanya membeli barang keperluan sahaja. Apa akan terjadi pada industri restoran? Apa akan terjadi pada industri runcit, terutamanya pada industri pemasaran barang –barang elektronik. Apa akan terjadi pada barang-barang ‘it’ dan elektronik yang menjadi barang keperluan pada ketika ini? Para pengguna masa sekarang tidak boleh hidup tanpa barangbarang tersebut. Ini bukan sekadar masalah mengurangkan perbelanjaan. Peniaga dan pengusaha kecil-kecilan perlu terus teguh berdiri dan bersaing dengan harga yang lebih rendah yang ditawarkan oleh pesaing mereka. Pengurusan tunai secara bijak dan pengamalan secara konsisten mungkin boleh menjadi kit atau modul pertahanan yang terbaik dalam dunia perniagaan. Di sini diperinci beberapa langkah untuk membantu anda menjimatkan wang dan menguruskan perniagaan dan juga aliran tunai.

“Pengurusan tunai secara bijak dan mengamalkannya secara konsisten mungkin boleh menjadi kit atau modul pertahanan yang terbaik dalam dunia perniagaan.”

Tips-tips Penjimatan untuk

Perniagaan Kecil Rezeki

rezeki april2010-B.indd 38

38

April 2011

4/14/11 6:16:26 PM


Cuba Beli

Secara Pukal

Bil Telefon

Banyak pekara bergantung pada situasi aliran tunai Telefon adalah amat penting bagi semua anda; kadang-kala pembelian barang-barang pejabat pengusaha-pengusaha kecil, ramai yang secara suku tahunan adalah lebih murah dibandingkan menggunakan telefon bimbit dan juga telefon dari anda membeli secara mingguan atau bulanan. Ini talian tetap. Periksa pelan bil bulanan anda dan bermaksud anda hanya mengeluarkan perbelanjaan berbincanglah untuk mendapatkan pelan yang empat kali dalam masa setahun untuk barang-barang lebih sesuai. Persaingan semakin meningkat dari kegunaan pejabat anda. Sememangnya, sekiranya hari ke hari. Banyak syarikat terikat dengan pelan membeli secara pukal dengan diskaun besar anda yang tidak lagi bersesuaian dengan perniagaan dapat mengatasi masalah modal untuk stok baru. masing-masing, dan sekiranya mereka melakukan Dengan ini sudah tentu anda dapat menjimatkan kos rundingan semula mereka mungkin boleh penghantaran; tetapi anda mesti memastikan juga menjimatkan banyak wang. Gunakan telefon bimbit anggaran penggunaan bekalan, kerana pada hanya ketika perlu sahaja, kerana penggunaannya biasanya godaan untuk menggunakan bekalan lebih mahal berbanding dengan telefon talian tetap. adalah lebih tinggi sekiranya mempunyai bekalan Jika anda menggunakan beberapa saluran telefon dalam yang banyak dari biasa. Jadi hati-hati dalam perniagaan anda, pertimbangkan VoIP sebagai alternative. menggunakan bekalan stok pejabat anda. Hal ini membolehkan anda untuk melakukan penjimatan besar, terutama sekali jika anda mempunyai lebih dari satu lokasi untuk menjalankan urusan perniagaan anda. Skype menawarkan perkhidmatan percuma antara pengguna Skype, dan ini lebih murah dari biasa untuk menghubungi bukan pengguna Skype.

Penjimatan

Pencetakan

Dakwat untuk mesin pencetak boleh merupakan barang yang mahal dalam perniagaan anda, terutamanya jika dikira dalam masa setahun. Amalkan tabiat pengurusan tanpa kertas, dan mencetak hanya untuk yang penting sahaja. Gunakan dakwat kitar semula atau membeli dalam jumlah yang banyak untuk menjimatkan wang. Mesin pencetak berkongsi secara rangkaian boleh menjimatkan kos peralatan dan juga dakwat mesin pencetak. Cara lain untuk menjimatkan kos mencetak adalah dengan mengitar semula kertas yang telah dicetak. Sering kali banyak syarikat hanya mencetak pada satu sisi kertas sahaja dan membuangnya setelah digunakan. Tidak menjadi kesalahan dalam menggunakan kertas kitar semula, terutamanya untuk kegunaan dalaman. Selain kertas kitar semula, anda juga boleh mencetak dua halaman bernilai pada kedua-dua halaman. Teknik penjimatan kos yang biasa ini, tidak hanya akan menjimatkan pengeluaran atau perbelanjaan organisasi anda sepanjang tahun, malah anda juga telah menjalankan peranan anda untuk memelihara alam sekitar kita. Sayangi lah alam sekitar kita!

Rezeki

rezeki april2010-B.indd 39

Penggunaan

Elektrik

Elektrik adalah beban yang tidak mampu dielakkan, tetapi jika anda mampu mengawal penggunaan tenaga elektrik lebih rendah dari biasa, anda boleh menjimatkan sejumlah wang anda. Salah satu cara untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik adalah melalui penggunaan komputer riba. Memang benar, kos untuk komputer riba adalah lebih mahal dari komputer biasa, tetapi bayangkan penjimatan besar yang akan anda dapat untuk penggunaan peralatan ini. Sebuah laptop atau komputer riba menggunakan kira-kira 90 peratus kurang tenaga dari penggunaan komputer meja. Kebanyakan pengusaha-pengusaha kecil menggunakan komputer meja, dan sekiranya mereka menggantikan dengan laptop, penggunaan tenaga elektrik mereka juga akan kurang.

39

April 2011

4/14/11 6:16:34 PM


Penggunaan

Internet

Para pengusaha perniagaan kecil-kecilan sepatutnya memaksimumkan penggunaan internet dalam perniagaan. Amatlah menakjubkan berapa banyak tugas yang boleh dilakukan secara online, termasuk pangggilan perniagaan, panggilan jualan, persidangan perniagaan online, persidangan video, pertemuan secara langsung, mesej segera, seminar dan sebagainya. Memiliki perniagaan berskala kecil juga melibatkan komunikasi secara berterusan dengan pelanggan, pembekal dan juga pekerja. Anda akan memerlukan kos yang tinggi sekiranya ia melibatkan pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Bukan sahaja dari segi wang, malah ia juga mengambil masa yang banyak. Alangkah mudahnya jika dapat mengaplikasikan penggunaan internet untuk menghubungi satu sama lain, mungkin lebih mudah dari melalui telefon atau persidangan video, malah ia lebih murah jika dibandingkan dengan harga tiket penerbangan. Seminar secara online juga boleh dilakukan untuk sebarang tujuan latihan. Ia juga dapat menjimatkan kos pengiklanan anda. Semakin hari, laman web menjadi lebih mudah dan murah untuk semua. Internet juga menawarkan banyak peluang untuk meningkatkan pengurusan wang anda dan seterusnya meningkatkan juga pengaliran tunai anda.

Padamkan

Lampu

Kebanyakan orang akan memadamkan lampu rumah-rumah mereka ketika mereka tiada di rumah atau ketika mereka meninggalkan bilik, tetapi anehnya, mereka jarang melakukannya di tempat kerja. Mulakan dari sekarang. Ubah tabiat anda. Padamkan lampu bila anda tidak menggunakan bilik anda atau gunakan cahaya semulajadi terus dari tingkap pejabat anda. Anda juga boleh menggunakan lampu jimat tenaga. Tukar kepada lampu jimat tenaga sekarang, dan anda boleh menjimatkan wang dalam masa setahun. Anda boleh dapatkan lampu jimat tenaga hampir di kesemua kedai peralatan elektrik yang berhampiran dengan organisasi anda.

Ketika keadaan ekonomi menjadi semakin sukar, wang juga semakin sukar untuk diperoleh. Apabila wang bertambah sukar dan susah untuk didapati dan dipinjam, sangat penting bagi pengusaha berskala kecil untuk mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk memastikan arus pengaliran tunai dalam perniagaan mereka terus mengalir. Dengan mengambil enam langkah pengurusan wang untuk perniagaan berskala kecil secara bijak, anda semestinya dapat membuat penjimatan secara berkesan untuk perniagaan anda.

Rezeki

rezeki april2010-B.indd 40

40

April 2011

4/14/11 6:17:07 PM


gemala

Pengurusan Kewangan

Bagaimana memulakan perniagaan dengan

Modal

yang

Kecil?

Percaya atau tidak? Pisang Goreng merupakan perniagaan yang boleh dimulakan dengan kadar modal sekecil RM350. Pada akhir bulan pertama, untung bersih yang diperolehi boleh mencecah hingga ke RM2,500. Jika mempunyai sikap keusahawanan penuh dengan daya tahan, kegigihan dan sifat tidak berputus asa, tidak mustahil keuntungan seperti ini mampu diperoleh sesiapa sahaja dalam apa jua perniagaan. Rezeki

rezeki april2010-B.indd 41

Oleh: Hanah Finah

41

April 2011

4/14/11 6:17:18 PM


“Kelalaian kita untuk mengambil kira kemajuan dan perkembangan teknologi semasa akan mengakibatkan kerugian yang besar terhadap sesebuah perniagaan.�

Di dalam dunia yang kian maju dengan teknologi yang pesat berkembang, kelebihan ini dapat dinikmati pengusaha perniagaan. Kebanyakan kita sudah pun dibanjiri informasi dari media semasa tentang kemajuan perniagaan dan keusahawanan internet. Kelalaian kita untuk mengambil kira kemajuan dan perkembangan teknologi semasa akan mengakibatkan kerugian yang besar terhadap sesebuah perniagaan. Teknologi merupakan faktor yang memberikan impak yang besar dan telah banyak memberi manfaat kepada usahawan-usahawan pada masa kini, malah juga kepada bakal pembeli dan pengguna. Dengan bantuan perkembangan teknologi yang semakin pesat, kos perniagaan dapat dikurangkan secara menyeluruh. Bukan sahaja industri peruncitan yang dapat diusahakan dengan hanya modal yang kecil, bahkan industri pemborongan juga boleh diusahakan dengan kadar modal yang minima dengan bantuan teknologi. (Alibaba.com, Mudah.com, Lelong.com.my)

A

PEMBELIAN PUKAL, PEMBORONG BIJAK!

ntara perniagaan lain yang boleh dimulakan dengan kadar modal yang kecil adalah melalui pembelian borong. Hasil daripada pembelian borong itu, pengusaha akan menetapkan nilai

rezeki april2010-B.indd 42

Rezeki

harga produk mengikut harga pesaing tanpa mengira kos sendiri atau pun menetapkan harga nilai yang ditawarkan pada pelanggan mengikut harga pasaran. Mungkin ramai yang sedia tahu dengan pembelian borong di Jalan Kenanga, Kuala Lumpur. Akan tetapi, ramai juga di antara kita yang rajin membawa diri ke Indonesia, Thailand, China dan India untuk memperoleh barangan borong dengan kadar harga jauh lebih murah dari apa yang dapat kita peroleh di sini. Ramai di kalangan kita terutama kaum wanita telah menceburi bidang ini dan ada segilintir yang telah berjaya memperkembangkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi. Contohnya, dengan hanya bermodalkan RM2,000 anda mampu untuk membeli tiket penerbangan kos rendah Air Asia ke Bangkok, Thailand. Di sana, bawalah diri anda ke Chatuchak, pasar hujung minggu mereka di mana terdapat pelbagai barangan dijual pada harga borong. Namakan sahaja, pakaian, barang perhiasan diri, perabot, juga haiwan peliharaan terdapat disitu. Jika bijak membeli, anda mungkin mampu membawa pulang satu beg dipenuhi barangan yang diperoleh dari Chatuchak dengan hanya berbelanjakan RM500. Baki daripada modal ini cukup untuk menampung kos penginapan dan makanan untuk 3 hari-2 malam. Seterusnya, barangan yang diperoleh boleh dijual menerusi Internet tanpa sebarang kos tambahan dan hasilnya, mampu menampung semula modal yang telah dikeluarkan atau lebih. Setelah mempraktikkan rutin ini beberapa kali dengan konsisten, dan modal pula dapat dilipat gandakan, tidak hairanlah jika untung bersih yang diperolehi mampu mencecah RM6,000 sehingga RM10,000 ke atas jualan tersebut. 42

April 2011

4/14/11 6:18:18 PM


“Perancangan Perniagaan perlu dititikberatkan sebelum terus melibatkan diri dalam dunia ini yang sering berkembang dengan daya saing yang sengit.�

juga memerlukan perancagan. Mustahil jika ide itu berputik tanpa sedikit kefahaman atau perancangan terhadap keusahawanan. Perancangan Perniagaan perlu dititikberatkan sebelum terus melibatkan diri dalam dunia ini yang sering berkembang dengan daya saing yang sengit. Perancangan Perniagaan termasuklah dari segi Pengurusan, Kewangan, Operasi dan Pemasaran.

M

ADAKAH PEMASARAN NADI PERNIAGAAN?

udah diperkatakan tetapi tidak mudah mulut berbicara. Di sini, aspek pemasaran memainkan peranan yang amat penting kerana dengan strategi pemasaran yang betul, kita mampu untuk tidak melebihi bajet, malah dapat mengurangkan kadar kos perbelanjaan. Untuk mencapai pemasaran yang meluas, pelbagai aspek perancangan perlu diteliti bagi menjamin produk yang terhasil dapat dipasarkan secara optima, sekaligus menjana USAHAWAN ALAF BARU! ika dilihat pada sudut pandangan yang luas, terdapat keuntungan. Perancangan Pemasaran merangkumi tiga aspek iaitu Pasaran, Sasaran dan Memasar di mana banyak perniagaan yang menggunakan Internet dengan tujuan promosi, pengiklanan dan juga berurus pemasar bertanggungjawab menganalisa produk atau servis yang berpotensi di pasaran. Seterusnya memilih niaga. Kelebihannya, terdapat pelbagai saluran yang kumpulan sasaran yang paling ideal dari segi geografi, boleh digunakan seperti, blog, laman sesawang juga social network. Malah ia merupakan satu platform bertaraf global demografi dan psychografi bagi memperoleh keuntungan perniagaan. Lantas merancang dan menyusun strategi berbanding dengan zaman sekitar 90-an di mana saluran untuk memasarkan produk yang ditawarkan. jualan hanya tertumpu pada pembeli tempatan. Trend yang popular adalah perniagaan menerusi blog di mana Dengan berbekalkan modal yang kecil, pelbagai jenis urus niaga dapatdijalankan tanpa sebarang kos tambahan perniagaan dan cara mampu diusahakan untuk memajukan dan pelanggan pula mampu berkomunikasi terus dengan pengusaha. Dengan adanya teknologi, kadar kos pemasaran sesuatu perniagaan. Akan tetapi, yang ingin ditekankan di sini adalah Perancangan Pemasaran. Ini merupakan dapat dikurangkan pada tahap yang paling minima. faktor utama yang membolehkan sesuatu perniagaan itu Hampir setiap industri perniagaan telah pun menceburkan direalisasikan. Suka saya untuk menekankan semula, diri dalam menggunakan kemudahan Internet sebagai sikap yang perlu ada pada seseorang usahawan. Sikap saluran pemasaran. Hasil daripada kemajuan perniagaan tidak berputus asa dan kegigihan yang berterusan Internet, terdapat beberapa pengusaha perniagaan blog mampu mengatasi segala cabaran atau dugaan yang yang telah bergabung dan telah membuka butik sendiri bakal dilalui dalam menceburi bidang ini. Hadis ada di Sunway Pyramid. Butik dinamakan Offline dipenuhi mengatakan “Berniagalah kamu kerana sembilan rak-rak yang menggabungkan lebih sepuluh pengusaha persepuluh punca rezeki adalah di dalam perniagaan�. blog di mana barangan mereka dijual mengikut sektor Bakat keusahawanan merupakan sifat yang boleh blog masing- masing. Dengan bersikap kreatif dan inovatif, perubahan dalam perancangan perniagaan mampu dipupuk dan diasah. Namun sikap kegigihan mengatasi segalanya. Setiap di antara kita mampu melemparkan mengembangkan sesebuah perniagaan pada tahap optima. pelbagai ide untuk memulakan perniagaan. Namun, hanya segelitir daripada golongan itu yang boleh merialisasikan dan mengimplimentasikan putik ide ADAKAH ANDA BERSEDIA UNTUK MENJADI USAHAWAN? dan perkembangkannya. Walaubagaimanapun, hanya segelintir daripada golongan ini yang dapat mengekalkan erniagaan dan perusahaan merupakan sumber usaha berterusan dan kestabilan sesuatu perniagaan rezeki yang lumayan dan menguntungkan, itu. Golongan itulah yang pada hakikatnya layak tetapi tidak kurang juga yang membawa kepada bergelar usahawan. Modal yang kecil jelas sekali, risiko kejatuhan yang amat pahit. Pasang surut bukanlah halangan untuk memperoleh keuntungan perniagaan adalah asam garam dunia ini. Seperti apa yang besar. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. sahaja yang kita lakukan dalam aktiviti harian, perniagaan

J

P

Rezeki

rezeki april2010-B.indd 43

43

April 2011

4/14/11 6:18:27 PM


gemala

Pengurusan

Tingkatkan PRODUKTIVITI kerja anda ! Dewasa kini, ramai individu yang menghabiskan masa mereka di tempat kerja tetapi tidak menggunakan masa mereka secara efektif dan efisien. Dengan meningkatkan produktiviti kerja, seseorang mampu memastikan bahawa lebih banyak kerja mampu dilakukan dalam masa yang singkat dan mengurangkan stres di tempat kerja serta dapat membantu menggalakkan keseimbangan abtara kerja dan kehidupan peribadi yang lebih baik. Sama ada anda adalah seorang usahawan atau seorang pekerja dalam sebuah organisasi, 10 tips di bawah ini mungkin sangat berguna untuk diaplikasikan di tempat kerja.

1

Meja berserabut, Jiwa kalut ! Dengan memastikan persekitaran kerja anda bersih dan menenangkan, produktiviti kerja pasti boleh ditingkatkan. Lihat saja pada sistem pemfailan anda, meja anda dan barang-barang yang lain.Adakah mereka tersusun rapi dan mudah untuk anda mencapai apa yang anda perlukan untuk membuat kerja? Adakah barang-barang itu diletakkan pada tempat yang sepatutnya diletakkan? Perkara seperti ini boleh dilakukan oleh setiap pekerja tidak kira apa posisi anda dalam syarikat, anda bertanggungjawab memastikan persekitaran kerja anda ceria,kondusif dan mesra pengguna. Persekitaran kerja memainkan peranan penting. Dengan persekitaran yang ceria

dan menenangkan, seseorang individu mampu bekerja dengan lebih efektif dan efisien justeru dapat meningkatkan produktiviti kerjanya. Jadi jangan buang masa lagi , kemaslah meja dan rak-rak anda yang bersepah itu!

Saya tak pasti..

2

Employees sepakat membawa berkat! Bekerja secara berkumpulan atau kerja berpasukan adalah satu cara yang efektif dalam meningkatkan produktiviti kerja. Dengan kerja berpasukan, anda boleh berkongsi idea-idea yang bernas, membahagikan tugas masing-masing serta boleh membuat keputusan yang baik berdasarkan pendapatpendapat yang diberikan oleh individu-individu yang terlibat. Jika anda bekerja Rezeki

rezeki april2010-B.indd 44

Mungkin ada cara lain...

Saya setuju!

Kita perlu tawakal..

Tanpa komunikasi yang baik, kerja yang dilakukan mungkin tidak akan berkualiti dan sesuatu projek juga boleh menjadi gagal.

44

secara berseorangan, anda perlu melakukan semua tugas dengan sendiri, serta perlu memerah otak untuk menyiapkan sesuatu kerja atau membuat suatu keputusan.

3

Banyak bercakap, kerja tak siap Percaya atau tidak trend masa kini dengan memperbanyak meeting dan perbincangan daripada membuat kerja adalah salah satu sebab mengapa produktiviti kerja semakin berkurang. Pekerja memerlukan lebih banyak masa menghabiskan kerja daripada asyik berbincang dan berkongsi idea. Tidak dinafikan perbincangan dan perkongsian idea juga adalah penting tetapi masa yang diperuntukkan untuk melakukannya perlulah disingkatkan.

April 2011

4/14/11 6:18:54 PM


Dengan masa yang lebih untuk menyiapkan kerja, pekerja mampu melakukan kerja mereka dengan lebih baik dan berkualiti.

4

Meningkatkan Teknik Komunikasi Teknik komunikasi yang berkesan adalah sangat penting dalam sesebuah syarikat. Komunikasi yang baik mampu mewujudkan hubungan yang baik antara seseorang pekerja dan ketuanya, atau seorang peniaga dengan pelanggannya. Tanpa komunikasi yang baik, kerja yang dilakukan mungkin tidak akan berkualiti dan sesuatu prijek juga boleh menjadi gagal. Hal ini berlaku apabila terjadinya salah faham atau miscommunication antara pekerja dan pihak atasan. Oleh itu, penting untuk sesebuah organisasi itu meningkatkan teknik komunikasi yang digunakan. Dengan komunnikasi yang baik antara kedua belah pihak, produktiviti kerja akan dapat ditingkatkan.

5

Tiada benda yang percuma ! Tiada satu pun di dalam dunia ini adalah percuma. Untuk meningkatkan produktiviti kerja, seseorang pekerja itu perlulah dibalas dengan insentif dan lumayan. Ia mungkin datang dari segi kewangan ataupun material. Wang adalah keperluan asas bagi seseorang pekerja. Walaubagaimanapun, terdapat banyak lagi insentif lain yang mampu menaikkan semangat pekerja untuk bekerja dengan lebih baik dan meningkatkan produktiviti kerja mereka. Sebagai contoh, anda mungkin boleh menawarkan mereka bonus akhir tahun , percutian kepada sesuatu destinasi yang ditanggung ataupun sesuatu hadiah yang sangat bernilai! Produktiviti kerja mampu dicapai apabila perkerjapekerja berasa diri mereka dihargai setelah menyiapkan sesuatu tugas.

Utamakan tugasan yang perlu anda diselesaikan sebelum menawarkan diri membantu teman-teman yang lain.

berhubung dengan mereka dan menanyakan kepada mereka masalah-masalah yang sering dihadapi oleh para pelanggan. Sebagai ketua, anda perlulah melayan sesiapa sahaja yang menerima output daripada anda sebagai ‘pelanggan’.

8

masa. Untuk mempercepat dan mempermudahkan kerja anda, delegasikan tugas-tugas yang biasa anda lakukan kepada pekerja anda. Pastikan anda memberi arahan yang betul kepada mereka sebelum memulakan tugas. Cara ini dapat membantu meningkatkan daya kerja seseorang pekerja disamping dapat mempermudahkan kerja anda. Setelah tugas diserahkan, nilai kerja yang dilakukan. Adakah kerja itu disiapkan dalam masa yang sepatutnya dan adakah kerja yang dilakukan menepati kriteriakriteria yang anda kehendaki? Jika terbukti mereka mampu membuat kerja dengan baik, rombak kerja-kerja itu semula dan bahagikan kepada pekerja-pekerja yang lain.

7

Anda layan external customer dengan baik. Bagaimana pula internal customer...? Terdapat dua jenis pelanggan atau customer ; external customer dan internal customer. External customer terdiri daripada pelanggan atau pembeli yang menggunakan produk anda. Internal customer pula adalah mereka yang bekerja dibawah anda. Di dalam sesebuah organisasi, anda mungkin tidak akan berhubung secara terus dengan pelanggan anda kerana tugas itu diberikan kepada pekerja dibawah anda. Untuk memastikan Delegasi produktiviti kerja lebih baik, mempermudah anda perlu membantu pekerja misi! Sebagai seorang ketua, anda iaitu internal customer anda kadangkala akan dibebani dalam memuaskan kehendak beberapa tugas dalam sesuatu pelanggan. Anda perlu selalu

6

Rezeki

rezeki april2010-B.indd 45

Tarik nafas , hembus dan.... segalanya baik ! Positif,positif,positif ! Satu perkataan yang boleh mengubah produktiviti kerja anda. Kebiasaannya, apabila anda membuat sesuatu keputusan dengan betul, anda akan senang hati. Tetapi apabila membuat keputusan yang salah, anda akan rasa tidak tenang, dan takut akan kemungkinan sesuatu projek akan menjadi gagal. Terdapat kecenderungan untuk anda berasa risau biarpun kerana kesalahan yang dilakukan adalah kecil. Kebiasaannya perkara ini terjadi kepada para usahawan muda atau mereka yang masih baru dalam dunia keusahawanan. Apabila perkara seperti ini terjadi, anda akan terdedah kepada stres dan berkemungkinan anda akan berputus asa dalam menyelesaikan tugas anda. Kesannya, tugas yang diberikan tidak dapat diselesaikan. Anda perlulah sentiasa berfikiran positif ketika menghadapi situasi seperti ini. Biarpun kesalahan telah dilakukan, anda perlulah fokus terhadap kerja anda dan apa yang perlu dilakukan selepas ini. Perbetulkan kesalahan yang telah dibuat. Jangan cepat menggelabah! Bertenang, tarik nafas, hembus dan... segalanya adalah baik!

9

Maaf... Saya ada tugas yang lebih penting untuk dilakukan Tumpukan kepada kerja yang benar-benar penting dahulu. Prioritikan tugas yang dikhaskan kepada anda sebelum membantu orang lain dengan tugas mereka. Pastikan kerja anda siap sebelum membantu orang lain! Jangan melakukan banyak kerja dalam satu masa. Anda hanya boleh membuat tugas lain jika

45

tugas utama anda sudah sekurang-kurangnya 50% siap. Disamping membantu orang lain dengan tugas mereka, anda tidak mengabaikan tugas anda kerana telahpun menyiapkan separuh daripada tugas itu. Produktiviti kerja anda dapat ditingkatkan apabila tugas utama diselesaikan, dan tugastugas sampingan juga dapat dilakukan dengan jayanya.

10

Gagal merancang = Merancang kegagalan Merancang sebelum melakukan sesuatu tugas dapat memastikan sumbersumber yang disediakan oleh sesebuah organisasi digunakan dengan lebih produktif. Perancangan mampu mengelakkan pembaziran dari segi tenaga kerja seperti buruh dan mesin serta pembaziran dari segi kewangan. Apabila perancangan telah dilakukan, sesuatu kerja mahupun projek itu akan dapat dikenal pasti jumlah wang serta tenaga kerja yang diperlukan untuk memastikan projek itu berjalan dengan lancar dan efektif. Jika perancangan tidak dilakukan, mungkin akan terjadinya masalah peruntukan wang yang berlebihan atau berkurangan. Begitu juga dengan tenaga kerja. Mungkin sesuatu projek itu tidak dapat dilakukan dengan baik apabila terdapat kekurangan pekerja. Rancanglah dengan baik sebelum melakukan sesuatu tugas kerana perancangan membenarkan anda mengurus masa dengan baik disamping mengelakkan anda melakukan tugas-tugas yang tidak sepatutnya dilakukan. Kesimpulannya , untuk memastikan produktiviti kerja dapat ditingkatkan, anda perlulah bekerja dengan lebih sistematik dan dapat mengawal emosi anda di tempat kerja. Dengan tips-tips yang diberikan di atas, kerja yang anda lakukan akan jadi lebih mudah dan berkualiti. Apabila produktiviti kerja anda telah meningkat, anda akan berasa lebih selesa dan senang di tempat kerja justeru mewujudkan persekitaran kerja yang ceria dan harmoni.

April 2011

4/14/11 6:19:04 PM


Personaliti Insan + Model

Bersama CEO Wondermilk Sdn Bhd

Daripada pendekatan perniagaannya yang unik dan kreatif, Wondermilk pastinya telah menarik perhatian ramai usahawan yang bercita-cita tinggi. Dengan lebih daripada 40,000 pengikut Cuppacakes dalam Facebook, Wondermilk boleh dikatakan telah mencapai kejayaan yang besar. Pada pendapat kami, Wondermilk bukan sahaja berjaya menetapkan trend untuk genre baru usahawan, malah turut berjaya mencapai kejayaan yang tidak banyak mampu dicapai oleh orang lain, iaitu gabungan hebat perniagaan dengan keunikan. Rezeki mendekati salah seorang CEO Wondermilk Sdn Bhd, Mohd Ifzan Ibrahim, untuk meninjau dengan lebih mendalam tentang perniagaan beliau. Rezeki

rezeki april2010-B.indd 46

Rezeki: Apakah sebenarnya Wondermilk? Apa yang menginspirasikan penubuhan Wondermilk? IFZAN: Wondermilk ialah sebuah emporium kek cawan yang enak, kopi yang bermutu, makanan yang lazat, barangan yang hebat dan hasil seni yang kurang serius. Kami sentiasa mengimpikan untuk memiliki kafe dan ruang kedai yang boleh menjadi tempat orang duduk berbual sambil menikmati masa bersama rakan-rakan dengan makanan yang enak. Rezeki: Wondermilk dahulunya dikenali sebagai The Clickproject. Mengapakah anda menukar namanya? Adakah ini salah satu strategi penjenamaan semula? IFZAN: Kami menukar nama syarikat kepada Wondermilk sebagai strategi penjenamaan semula dan juga kerana penggabungan beberapa bahagian menjadi sebuah syarikat. 46

April 2011

4/14/11 6:21:09 PM


LKIM

Untitled-2 1

LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA (Fisheries Development Authority of Malaysia) Marketing Division, Level 2, Menara Olympia, P.O Box 12360, 8 Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur, Malaysia Tel : +603-2617 7000 Fax : +603-2070 8713 Email : mohari@lkim.gov.my 3/31/11 12:40:54 AM


Rezeki: Wondermilk ditubuhkan hasil daripada sekumpulan rakan yang berkongsi minat yang sama dalam reka bentuk grafik. Saya pasti wujud cabaran apabila sekumpulan rakan bersama-sama menubuhkan perniagaan. Adakah anda menghadapi sebarang masalah berkaitan perkara ini dan bagaimanakah anda mengatasinya? IFZAN: Sememangnya akan timbul salah faham dan cabaran apabila kita bekerja bersama rakan kita. Namun, kami sentiasa berjaya menghadapinya kerana kami berkongsi visi dan impian yang sama untuk Wondermilk.

“Kami menggunakan wang simpanan sendiri dan mendapat pinjaman dari ahli keluarga terdekat. Semasa peringkat awal penubuhan syarikat ini, bank tidak membantu dalam aspek kewangan.�

Rezeki: Enam tahun selepas penubuhan Wondermilk, Cuppacakes pula ditubuhkan. Bolehkan anda berkongsi dengan pembaca tentang konsep Cuppacakes? Apakan inti pati jenama Cuppacakes? IFZAN: Cuppacakes dikenali dengan ciptaan kek cawan yang berkualiti tinggi dan menarik. Keistimewaan kek cawan kami dapat dilihat dengan ketelitian kami dalam aspek perincian, warna yang menarik, rasa enak, bahan berkualiti tinggi dan reka bentuk unik dan kreatif. Cuppacakes sebuah syarikat subsidiari Wondermilk, ditubuhkan pada Mei 2006

Rezeki: Apakah yang menginspirasikan idea dan konsep Wondermilk CafĂŠ? IFZAN: Tidak dapat dinafikan bahawa lof di New York dan kedai makan di Soho telah memberikan kami inspirasi Rezeki

rezeki april2010-B.indd 48

untuk menyediakan bersantai bersama rakan sambil menikmati kopi dan kek cawan. Kesederhanaan konsep kafe menjadikannya lokasi yang santai walaupun hanya untuk menikmati secawan kopi, sarapan tengah hari, snek mahupun juga makan malam.

48

April 2011

4/14/11 6:21:32 PM


“Kami bekerja keras dalam usaha membekalkan kek cawan berdekorasi yang sangat berharga untuk penduduk Lembah Kelang. Seni kek cawan adalah minat kami dan kami suka apa yang sedang kami lakukan ini.�

perniagaan ini melalui internet menggunakan blog dan kami mendapat maklum balas yang sangat memberangsangkan. Kemudian apabila kami membuka akaun Facebook, maklum balas yang diterima adalah jauh lebih banyak kerana ia dapat menjangkau jaringan yang lebih luas dengan lebih ramai orang. Malah, kami percaya kewujudan media sosial penting dan perlu bagi sesuatu jenama kerana ia dapat membantu memastikan pelanggan tahu tentang jenama kami, meningkatkan penjualan dan menggalakkan kesetiaan pelanggan.

apabila kami membuat keputusan untuk menumpukan masa dan perhatian kami terhadap seni membuat dan menghias kek cawan. Kami memulakan perniagaan ini dengan menyediakan perkhidmatan katering secara kecil-kecilan kepada keluarga dan rakan, yang akhirnya berkembang menjadi perniagaan sepenuh masa. Oleh sebab kebanyakan kami ialah pereka bentuk grafik terlatih, kami kemudiannya sedar yang minat sebenar kami adalah dalam seni pembuatan dan hiasan kek. Kami menganggap minat ini sebagai kesinambungan terhadap seni dan kreativiti dan pastinya kami memberikan banyak tumpuan terhadap reka bentuk, jenama dan produk kami. Kami bekerja keras dalam usaha membekalkan kek cawan berdekorasi yang sangat berharga untuk penduduk Lembah Kelang.

Seni kek cawan adalah minat kami dan kami suka apa yang sedang kami lakukan ini. Rezeki: Soalan ini mungkin agak sukar untuk dijawab, tapi jika anda terpaksa memilih antara kek cawan dengan reka bentuk grafik, yang mana satukah akan menjadi pilihan anda? Mengapa? IFZAN: Haha! Sebenarnya soalan ini amat mudah untuk dijawab. Sudah tentu Cuppacakes kerana dengan Cuppacakes, kami dapat menggabungkan minat dalam membuat kek dengan reka bentuk grafik dengan harmoninya.

Rezeki: Daripada laman web anda, kami dapat melihat yang bahagian Graphic Design Bureau masih sedang dalam proses untuk disiapkan. Bolehkah anda berkongsi dengan pembaca tentang Graphic Design Bureau? IFZAN: Graphic Design Bureau ditubuhkan pada tahun 2000 ekoran keperluan untuk berkongsi dan meneroka konsep kami tentang apa sahaja yang mungkin dalam komunikasi visual yang memerlukan bahasa grafik sesuai dengan keadaan semasa. Pengkhususan kami ialah dalam apa sahaja yang berkaitan dengan idea reka

Rezeki: Saya dapat melihat yang peniagaan anda sangat aktif dalam media sosial. Bagaimanakah media sosial telah membentuk perniagaan anda seperti hari ini? IFZAN: Kami memulakan Rezeki

rezeki april2010-B.indd 49

Rezeki: Apakah media sosial yang paling berkesan dalam mengembangkan perniagaan anda? Mengapa? IFZAN: Facebook dan Twitter. Kami sentiasa mengemas kini dan mengumumkan berita di platform ini dan mendapat maklum balas yang pantas. Oleh itu, kami dapat belajar cara untuk memperbaik mutu produk kami dan cara untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan.

49

bentuk. Perkhidmatan kami termasuklah penjenamaan, identiti, grafik dalaman, pembungkusan, arahan seni, peruncitan, acara dan banyak lagi untuk syarikat yang berkaitan. Rezeki: Dalam laman web anda, keunikan dan senarai lagu pada laman utama ilovewondermilk. com menggambarkan bahawa pasaran sasaran anda lebih menjurus kepada golongan muda bandar. Adakah ini benar? IFZAN: Kami percaya bahawa reka bentuk menarik dan muzik hebat memainkan peranan penting dalam keunikan Wondermilk. Pasaran sasaran kami meliputi semua jenis kumpulan, dan salah satunya ialah golongan muda bandar. Rezeki: Apakah pengajaran utama yang telah anda pelajari selama mengusahakan Wondermilk? IFZAN: Fokus! Tanpa fokus, anda tidak akan dapat memberikan tumpuan yang baik dan ia akan dapat dilihat melalui jenama. Rezeki: Bagaimanakah anda dan rakan anda mendapatkan modal untuk menubuhkan Wondermilk? Adakah melalui pinjaman bank? IFZAN:Kami menggunakan wang simpanan sendiri dan mendapat pinjaman dari ahli keluarga terdekat. Semasa peringkat awal penubuhan syarikat ini, bank tidak membantu dalam aspek kewangan. Rezeki: Dalam masa 5 tahun daripada sekarang, apakah yang dapat anda lihat tentang Wondermilk? IFZAN: Insya-Allah, lebih banyak cawangan, produk dan jenama daripada Wondermilk & Cuppacakes. Rezeki: Dalam ayat pendek, apakan takrif anda tentang Rezeki? IFZAN: Rezeki ialah kurniaan berharga daripada Allah SWT dan kita perlu berusaha keras mendapatkannya dan perlu sentiasa bersyukur.

April 2011

4/14/11 6:21:43 PM


FOKUS

Sidang Pengurus Besar Oleh Radha Vengadasalam

Jadikan ia mudah

Salah satu prinsip asas penyelenggaraan korporat adalah untuk memastikan rekod dan dokumen anda disimpan dalam keadaan teratur dan selamat.

Disiplin pendokumenan Penting bagi kesejahteraan jangka panjang

R

amai ahli perniagaan yang memulakan perusahaan multinasional mereka dengan membuka syarikat subsidiari dan cawangan sering lupa untuk bersikap teliti dan berhati-hati dalam penghasilan dan penyimpanan rekod. Disiplin pendokumenan, mengikut takrifan saya, termasuklah penyimpanan rekod setiap hari seperti surat dan kertas cadangan untuk memudahkan pencarian semula dan juga penyimpanan rekod seperti rekod perakaunan dan kesetiausahaan yang memerlukan penyimpanan mengikut kewajipan undang-undang. Luangkan masa untuk berfikir, mencipta dan melaksanakan sistem yang sesuai untuk saiz organisasi anda bagi tujuan menghasilkan, merujuk dan menyimpan surat dan dokumen seperti kertas cadangan, kontrak dan laporan termasuk dokumen tawaran dan tender. Dalam mana-mana organisasi, kita menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk menulis surat, menghasilkan kertas cadangan atau menganalisis kontrak dan perjanjian tanpa sebarang asas. Jangan biarkan segala masa dan pengetahuan ini dibazirkan begitu sahaja. Ada masanya, surat dan cadangan yang sama perlu digunakan lagi. Percayalah kata-kata saya ini. Cara kerja dalam kebanyakan organisasi adalah dalam bentuk kitaran; maknanya kerja yang sama akan dilakukan berulang kali. Jangan bazirkan sumber dengan membentuk kitaran ini berulang kali. Apabila menghasilkannya buat kali pertama, luangkan sedikit masa dan pastikan ia menepati Rezeki

rezeki april2010-B.indd 50

50

April 2011

4/14/11 6:21:56 PM


kehendak – pasti hasilnya akan memudahkan anda apabila anda memerlukannya kelak. Ramai yang beranggapan bahawa penyimpanan fail dan rekod merupakan suatu usaha yang sia-sia, namun ada juga yang berpendapat penyimpanan rekod yang baik dapat mengelakkan mereka daripada terpaksa mengubah cerita di kemudian hari untuk menyelamatkan diri. Sebaik sahaja projek selesai, kumpulkan semua dokumen berkaitan dan simpan di tempat yang selamat untuk rujukan dan kegunaan pada masa depan. Laburkan sedikit wang untuk membeli kelengkapan sistem pemfailan yang baik, seperti fail, kotak dan rak yang bermutu. Pastikan semua dokumen ini diletakkan di tempat yang sesuai dan selamat. Hargai dokumen anda kerana apabila tiba masanya, ia pasti berguna kepada anda. Saya mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam bahagian ini: di organisasi yang menggelar entiti mereka sebagai syarikat multinasional atau antarabangsa, namun tiada seorang pun yang tahu di mana letaknya dokumen paling asas disebabkan sistem pemfailan sangat rumit dan rahsia; dan juga di entiti kecil yang sentiasa memikirkan berapa cepat mereka

Ramai yang beranggapan bahawa penyimpanan fail dan rekod merupakan suatu usaha yang sia-sia, namun ada juga yang berpendapat penyimpanan rekod yang baik dapat mengelakkan mereka daripada terpaksa mengubah cerita di kemudian hari untuk menyelamatkan diri.

Jangan biarkan segala masa dan pengetahuan ini dibazirkan begitu sahaja. Ada masanya, surat dan cadangan yang sama akan diperlukan lagi. Percayalah katakata saya ini. Rezeki

rezeki april2010-B.indd 51

Ilmu pengetahuan dan idea ini tidak ternilai harganya dan perlu dijaga dan disimpan dengan selamat, yang bagi sesetengah orang, sama pentingnya seperti menjaga beg tangan Gucci atau Chanel... Sebaik sahaja projek selesai, kumpulkan semua dokumen berkaitan dan simpan di tempat yang selamat untuk rujukan dan kegunaan pada masa depan.

dapat menghapuskan rekod, seolah-olah mereka akan mendapat anugerah dengan berbuat sedemikian. Sistem pemfailan dan sistem mendapatkan kembali maklumat yang baik perlu mempunyai sistem rujukan yang asas dan mudah digunakan yang juga sesuai dengan keperluan penyimpanan maklumat pejabat. Pengguna pula perlu diajar supaya berdisiplin dalam menghasilkan, merujuk dan menyimpan dokumen ini. Semua dokumen, sama ada kertas cadangan, laporan ataupun kajian merupakan harta organisasi yang menjana pendapatan bagi khidmat pekerja yang menghasilkannya. Kadang kala, ada kakitangan yang terlalu bijak menuntut hak cipta dan pemilikan dokumen ini, tapi yang sebenarnya, mustahil tuntutan ini akan berjaya. Ini kerana jika anda membayar untuk sesuatu, maka hak cipta dan pemilikan adalah milik anda. Beritahu kakitangan dan rakan sekerja anda tentang kepentingan penyimpanan rekod dan penyelenggaraan maklumat ini dengan baik. Aset paling berharga yang dimiliki seseorang adalah ilmu pengetahuan dan ide terkumpul yang dijanakan dan dihasilkan setiap hari dalam mana-mana organisasi. Ilmu pengetahuan dan ide-ide ini tidak ternilai harganya dan perlu dijaga dan disimpan dengan selamat. Dalam perkara ini, oleh sebab semua orang menggunakan komputer dan rangkaian pejabat, pastikan rangkaian ini direka bentuk berdasarkan keperluan semasa anda, tetapi pastikan juga anda mengambil kira keperluan masa depan syarikat anda supaya kerja menyimpan rekod dapat dilakukan secara automatik dan tetap. Perkara ini membawa kita ke bahagian seterusnya, 51

April 2011

4/14/11 6:22:05 PM


iaitu bahagian yang memerlukan rekod disimpan atas sebab kewajipan statutori. Rekod yang terlibat termasuklah rekod perakaunan dan kesetiausahaan dan juga rekod maklumat lain yang memerlukan penghantaran laporan secara tetap seperti KWSP (Kumpulan Simpanan Wang Pekerja), Cukai Pendapatan, dan PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial).

Disiplin pemfailan akan memastikan perniagaan anda tidak akan dapat diancam oleh penyimpanan rekod yang tidak bermutu, atau yang paling teruk, penyimpanan rekod yang masih memberikan gambaran yang salah tentang keadaan sebenar perniagaan anda.

W

alaupun ramai yang mungkin tidak bersetuju dengan saya, namun jangan sesekali menggunakan khidmat luar untuk rekod perakaunan anda. Akaun perlu diselenggarakan oleh kakitangan dalam syarikat. Kita perlu mengawal akaun kewangan setiap masa, seperti yang ditetapkan oleh undang-undang. Mungkin ramai yang beranggapan rekod perakaunan diseimbangkan hanya sekali dalam setahun. Sebenarnya tidak. Undang-undang menyatakan kita perlu tahu keadaan aset dan liabiliti kita setiap masa. Kegagalan dalam pengawalan dan pemilikan rekod perakaunan sendiri akan mendatangkan akibat serius pada masa depan. Perkara terburuk yang mungkin berlaku adalah kita langsung tidak tahu tentang penyata kewangan kita. Sebab utama seseorang menjalankan perniagaan adalah untuk mendapatkan keuntungan. Anda tidak akan mampu mengira keuntungan anda tanpa mempunyai kemudahan perakaunan yang terbaik. Ibu saya pernah berpesan, jika kita ingin membuang sesuatu ke dalam sungai sekalipun, pastikan kita mengira benda itu sebelum membuangnya. Ini bermakna, semua benda perlu dikira. Banyak perniagaan lingkup disebabkan rekod perakaunan yang teruk dan langsung tidak boleh diguna pakai. Perkara ini berlaku atas beberapa sebab, antaranya mempunyai kakitangan perakaunan yang tidak cekap dan juga kerana pihak pengurusan tidak dapat melihat kepentingan nilai perakaunan yang baik. Jangan menggaji akauntan atau juruaudit yang tidak profesional. Kerana apabila tiba masanya, kesilapan yang anda lakukan ini akan menghantui anda sendiri. Anda terpaksa membayar dua kali ganda

Percayalah bahawa apabila menjalankan sebarang peniagaan, rekod perakaunan perlu diletakkan sebagai nombor satu dalam senarai keutamaan anda . . . dan bukannya hanya apabila anda perlu memfailkan cukai.

Rezeki

rezeki april2010-B.indd 52

kos untuk membetulkan masalah yang timbul dan ini secara terang-terangan akan merugikan anda.

L

ibatkan diri dan ambil tahu tentang penyimpanan rekod anda, jangan biarkan kecekapan kakitangan anda melampaui kecekapan anda. Perakaunan, jika dilihat secara takrifannya, memang mudah. Anda hanya perlu seimbangkan setiap masukan, yang kadang kala menghasilkan set akaun yang seimbang dengan elok, yang sebenarnya langsung tiada gunanya. Percayalah bahawa apabila menjalankan sebarang peniagaan, rekod perakaunan perlu diletakkan sebagai nombor satu dalam senarai keutamaan anda, yang perlu dilakukan setiap hari, dan bukannya hanya apabila anda perlu memfailkan cukai. Jadi, apabila anda tergerak hati untuk menyertai dunia keusahawanan, pastikan anda tidak lupa untuk memastikan semua dokumen dan rekod berada dalam keadaan yang sepatutnya kerana ini dapat mengelakkan anda daripada berhadapan dengan masalah dan juga dapat menyelamatkan wang anda untuk jangka masa panjang. Kereta syarikat dan keahlian kelab golf mungkin kelihatan seperti keperluan penting, tetapi rakan kongsi dan penjaga rahsia terpenting syarikat anda perlu dipilih dengan berhati-hati, dan pandangan jangka panjang perlu diambil kira. Disiplin pendokumenan akan memastikan perniagaan anda tidak akan dapat diancam oleh penyimpanan rekod yang tidak bermutu, atau yang paling teruk, penyimpanan rekod yang masih memberikan gambaran yang salah tentang keadaan sebenar perniagaan anda. Oleh itu, pastikan perkara asas ini dilaksanakan dengan betul. Rencana seterusnya: Adakah perkhidmatan pelanggan hanya untuk bank dan perkhidmatan awam? Radha Vengadasalam ialah seorang Akauntan (CA) berpengalaman, kini bertugas sebagai Pengurus Besar di KasehDia Sdn Bhd sebuah entiti media komunikasi yang giat memperkembangkan penggunaan nilai murni sejagat melalui majalah The Halal Journal dan Rezeki, Panduan Makanan Halal, serta forum dan perkhidmatan perundingan khusus.

52

April 2011

4/14/11 6:22:18 PM


FOKUS

Isu + Analisa

Sepejabat Dengan Keluarga Atau Rakan

Terjalinkah Mesra? Terpahatkah Sengketa? Pernahkah terlintas di fikiran anda untuk bekerja sepejabat dengan abang atau kakak anda? Ataupun mengambil rakan karib untuk bekerja di syarikat yang anda kelolai? Pernahkah di suatu saat anda berasa sangat berat untuk bekerjasama dengan keluarga atau rakan dalam suatu perniagaan? Perkara seperti ini sebenarnya kerap terjadi dan ramai di luar sana yang menghadapi masalah yang sama.

A

pabila bercakap perihal ‘keusahawanan’, seorang usahawan itu sebenarnya memikul tanggungjawab yang sangat besar. Apakah yang seharusnya dipertimbangkan jika berlakunya kes-kes di mana anda terlibat dalam krisis ekonomi dan memerlukan bantuan dan sumbangan daripada rakanrakan mahupun keluarga, tetapi enggan melibatkan mereka dengan perniagaan yang anda jalankan? Mungkinkah dengan mengambil keluarga atau rakan-rakan bekerja di syarikat anda dapat mengurangkan beban yang anda pikul kerana gaji yang anda berikan sekaligus memberi manfaat dan menambahkan jumlah pendapatan keluarga anda sendiri? Berkemungkinan anda akan berasa kekok untuk memberi arahan atau menegur kesilapan yang dibuat oleh pekerja yang sebenarnya ahli keluarga anda sendiri. Ahli keluarga dan rakan-rakan selalu menyangka bahawa mereka mempunyai hak tidak terbatas terhadap anda dan perniagaan, dengan alasan mempunyai Rezeki

rezeki april2010-B.indd 53

hubungan peribadi dengan anda. Persoalannya, bolehkah anda membuang persepsi ini dalam diri mereka dan meyakinkan mereka bahawa pekerjaan tidak boleh dilibatkan dengan hubungan peribadi, walaupun mereka adalah abang, kakak mahupun anak anda sendiri? Tentu ramai di antara anda pernah terdengar atau terbaca kisah-kisah perniagaan yang telah menanggung kesan negatif akibat dari penglibatan keluarga dan rakan-rakan dalam perniagaan. Isu seperti ini bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi juga di negara-negara luar. Kes #1: Mukesh dan Anil Ambani – Tamak Membawa Padah Contohnya, kes Mukesh dan Anil Ambani di India. Dua beradik ini dahulunya bekerja di bawah ayah mereka iaitu Dhirubhai Ambani, salah seorang usahawan yang terulung di India.Beliau telah meninggal dunia pada tahun 2002. Kematian ayah mereka tanpa meninggalkan wasiat telah mengakibatkan perselisihan besar antara mereka. Persilihan ini terbongkar pada tahun 2004 dalam sebuah wawancara CNBC apabila Mukesh mengungkit ‘isu-isu pemilikan’ dengan Anil. Ibu mereka telah dipanggil untuk menetapkan persepakatan. Sebagai sebahagian daripada persepakatan ini, pada tahun 2005, Mukesh telah mendapat Reliance Industries meliputi operasi minyak yang besar termasuk 53

April 2011

4/14/11 6:22:25 PM


penemuan gas di Cekungan KG pantai timur India, manakala Anil pula menerima satu pertiga daripada aset Reliance. Walaubagaimanapun, perbalahan berlaku lagi tidak lama kemudian; kali ini kerana isu penetapan harga gas yang akan diberikan kepada loji kuasa yang dikendalikan oleh Anil oleh Reliance Industries. Isu ini menjadi kontroversi nasional kerana melibatkan perkhidmatan minyak. Mereka kemudiannya membawa masalah ini ke Mahkamah Agung yang akhirnya memutuskan bahawa gas yang dihasilkan oleh Reliance Industries di sebuah lapangan besar di timur India perlu dijual kepada syarikat-syarikat Anil dengan harga yang lebih tinggi. Walaupun demikian, mereka menggunakan keputusan mahkamah itu untuk mengakhiri perselisihan dan membuat persepakatan damai antara kedua belah pihak, yang telah menjadi sebab utama berlakunya konflik sejak pembahagian empayar yang ditinggalkan oleh mendiang ayah mereka. Bagaimanapun, semuanya kelihatan baik apabila mereka dilihat bermesra dan gembira menikmati hasil dari syarikat masingmasing di Gujarat Global Investors Summit pada Januari 2011. Kes #2: Keluarga Pritzker – Musuh Dalam Selimut Dalam kes Keluarga Pritzker di Amerika Syarikat pula, perbalahan berlaku dan telah menyebabkan perselisihan antara keluarga terdekat dan sepupu-sepapat mereka. Keluarga Pritzker memiliki empayar perniagaan yang dianggarkan bernilai USD15 bilion, dengan pelbagai

pelaburan termasuk perniagaan Hyatt Hotel. Perniagaan keluarga ini bermula pada 1902, apabila Nicholas Pritzker membuka amalan undang-undang di Chicago. Anaknya, Abraham Nicholas, telah membuatkan projek pertama keluarga itu menjadi punca pendapatan. Cucu-cucu Nicholas Pritzker (Jay, Donald dan Robert) pula telah memajukan projek ini hingga menjadi sangat hebat dalam bidang hartanah dan mempelbagaikan syarikat ini ke dalam rangkaian pelaburan yang luas. Sementara Jay dan Donald dengan sekelip mata membina rangkaian Hotel Hyatt dan menjadikan ia hotel yang terkemuka, Robert mempelopori kekayaan dalam bidang industri. Jay telah mewariskan perniagaannya kepada anaknya, Tom, tetapi apabila Jay meninggal dunia empat tahun kemudian, Tom ternyata tidak mampu menghalang ketidaksepakatan antara pewaris-pewaris Pritzker yang lain. Sebuah perselisihan bernilai USD1 bilion muncul apabila Leisel Pritzker (anak saudara Tom Pritzker) menuduh ayahnya, Robert, memindahkan wang daripada dana perwaliannya. Dia kemudiannya disokong dan mendapat pertolongan daripada adiknya, Matthew. Kes ini akhirnya selesai dengan anggaran USD1 bilion dan kesebelasan pewaris Pritzker bersepakat untuk membahagikan empayar perniagaan itu antara mereka.

Keburukan Bekerja Dengan Keluarga Atau Rakan

Ada Biduk, Serempu Pula Kemungkinan seseorang yang mempunyai hubungan peribadi dengan anda akan menyalahgunakan status mereka semasa bekerja. Jadi mereka menggunakan kesempatan ini untuk bekerja dengan sambil lewa tanpa menghiraukan kepentingan syarikat. Walau apa pun kesalahan yang mereka lakukan, sangat sukar untuk mereka dibuang kerja kerana pemilik syarikat itu adalah ahli keluarga atau rakan mereka sendiri.

Malah ada juga perniagaan yang mengalami kerugian sehingga mencecah berbilion dolar akibat daripada kesan negatif penglibatan dan campur tangan daripada ahli keluarga. .........

Bagai Limau Masam Sebelah Terdapat juga kemungkinan bahawa pekerja-pekerja lain yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan atau persahabatan dengan anda akan berasa tidak senang jika anda mengambil ahli keluarga atau rakan sebagai pekerja. Mereka akan menganggap ini sebagai satu diskriminasi dan berat sebelah. Perkara ini akan menjadi lebih kronik apabila keluarga atau rakan anda ditawarkan pangkat yang lebih tinggi atau menerima pendapatan yang lebih tinggi berbanding pekerja lain. Laksana Ayam Lepas Bertaji Masalah peribadi keluarga atau ketidaksefahaman antara rakan yang terjadi di luar waktu kerja juga mungkin terdorong untuk dibangkitkan pada waktu kerja. Apabila perkara-perkara peribadi seperti ini dibawa ke tempat kerja, masalah akan timbul kepada pekerja-pekerja lain untuk menghadapi situasi ini. Mereka akan sukar berkomunikasi dengan anda apabila mengetahui bahawa terdapat pertelingkahan antara anda dan keluarga atau rakan-rakan. Kesannya, kerja-kerja yang ada akan menjadi sukar untuk dihabiskan dalam masa yang ditetapkan. Sebab Perselisihan, Garam Sendiri Dihujankan Kesan yang sama juga akan terjadi apabila masalah di tempat kerja dibawa ke rumah. Kemungkinan besar hal itu akan dibincangkan di rumah bersama-sama dengan ahli keluarga Rezeki

rezeki april2010-B.indd 54

54

April 2011

4/14/11 6:22:38 PM


anda yang turut sama bekerja di bawah anda. Pertelingkahan di rumah mungkin akan berlaku jika wujud perselisihan faham atau percanggahan pendapat antara dua pihak. Kesannya, hubungan kekeluargaan akan menjadi buruk dan keharmonian keluarga akan pudar. Sama juga kesannya apabila melibatkan rakan anda. Hubungan persahabatan akan menjadi renggang dan saling menuding jari antara satu sama lain. Ditelan Mati Emak, Diluah Mati Bapak Anda juga akan menghadapi kesukaran untuk membuat perubahan-perubahan tertentu di tempat kerja kerana ia mungkin akan memberi kesan negatif untuk keluarga atau rakan anda. Contohnya, rakan anda bekerja pada bidang yang tidak sesuai untuk dirinya tetapi dia suka akan kerjanya itu. Anda telah menemui seseorang yang sesuai menggantikan tempatnya dan pada masa yang sama menukarkannya ke bahagian lain. Agak sukar untuk anda membuat keputusan sama ada untuk tetap dengan pendirian anda atau membiarkan dia bekerja di bahagian itu kerana memikirkan kesan yang akan berlaku terhadap hubungan anda dan rakan anda yang pasti berasa tidak senang ditukarkan ke bahagian lain.

Kesan yang sama juga akan terjadi apabila masalah di tempat kerja dibawa ke rumah. Kemungkinan besar hal itu akan dibincangkan di rumah bersama-sama dengan ahli keluarga anda yang turut sama bekerja di bawah anda. .........

Sebaliknya, terdapat juga kelebihan yang dapat diperolehi apabila bekerja bersama keluarga atau rakan-rakan dalam sebuah syarikat.

Kelebihan Bekerja Dengan Keluarga Atau Rakan

Melihat Riak Air, Sudah Tahu Pendayungnya Anda biasanya sudah tahu kelebihan dan kemampuan yang ada pada diri mereka dan dengan mudah membahagikan mereka kepada bidang kerja yang sesuai untuk mereka. Berbanding dengan pekerja yang bukan terdiri daripada ahli keluarga atau rakan anda, anda perlu meneliti kemahiran yang ada pada diri mereka untuk membahagikan tugas-tugas yang sesuai. Mengambil ahli keluarga atau rakan untuk bekerja dengan anda dapat menjimatkan masa kerana tidak perlu mengkaji ciri-ciri dan kelebihan yang ada pada diri mereka. Ini secara tidak langsung dapat menjadikan kerja anda lebih mudah dan efektif. Tidak Perlu Memasang Dian di Tengah Hari, Jika Malam Alangkah Baiknya Di samping itu, keluarga dan rakan-rakan biasanya sudah mendapat pendedahan latar belakang dan selok-belok syarikat anda dan bagaimana ia dijalankan. Oleh itu, anda tidak perlu meluangkan masa yang banyak untuk melatih para pekerja baru tentang objektif dan misi syarikat anda serta lebih mudah untuk mereka menyesuaikan diri. Pandang-pandang Orang Dijadikan Ganti Tubuh; Pertama Tegak, Kedua Roboh Ahli keluarga atau rakan-rakan yang anda pilih sebagai pekerja tentunya seseorang yang telah memberikan komitmen kepada anda sebagai individu dan berkemungkinan besar

Apa Pendapat Orang Ramai? “Saya tahu ramai di luar sana yang menolak untuk bekerja bersama-sama dengan keluarga atau rakan Berasal daripada sebuah perniagaan keluarga, saya mengalami pasang surut dalam perniagaan. Yang penting, anda mampu membahagikan hidup anda dengan baik. Pekerjaan perlu dilakukan secara profesional dan jangan membiarkan emosi memainkan peranan. Bagi saya, ayah saya adalah mentor perniagaan terbaik saya dan saya belajar banyak darinya.” - Ahmad Nizam Rosli, Perancang Perkahwinan

“Anda mungkin perlu membuat keputusan perniagaan yang sukar di

masa hadapan dan tidak mahu berada dalam situasi yang berpotensi untuk berselisih faham dengan keluarga atau rakan-rakan.”

perniagaan anda (tentunya dari pandangan saya sahaja). Jika anda berfikir tentangnya, akhirnya sesuatu pasti terjadi…”

– Andre Kong, Pemilik Restoran

– Haliza Omar, Pegawai Bank Komersial

rezeki april2010-B.indd 55

– Sevakumar Segaran, Agen Insurans

“Saya lebih suka bekerja dengan rakan kepada rakan saya, atau rakan kepada teman sekerja saya. “Saya suka bekerjasama dalam perniagaan bersama Melakukan perniagaan dengan rakan sendiri rakan-rakan dan keluarga. Saya cuba untuk melakukan kadang-kadang akan semua transaksi perniagaan menjadi rumi;, tetapi mendapat pelawaan daripada saya seolah-olah saya rakan untuk membuat sedang berurusan dengan perniagaan bersama adalah rakan-rakan sendiri cerita lain. Saya rasa, dan tidak melakukan secara teknikal, mereka penilaian tanpa mengikut adalah orang asing, tetapi ‘standard’. Adakah saya tidak sama dengan memilih akan membuat keputusan seseorang yang terdapat yang sama jika pelanggandalam buku telefon anda.” pelanggan ini adalah teman sendiri? Bolehkah – Shafiq Rahman Evans, saya mengharapkan Penulis Bebas mereka bertindak

“Secara peribadi, saya tidak melihat bekerja dengan keluarga atau rakanrakan adalah perkara yang baik. Pasti akan timbul masalah. Saya berpendapat perniagaan adalah bertujuan untuk kita dipisahkan dengan keluarga dan rakan-rakan. Ini tidaklah bermakna hubungan perniagaan yang baik antara keluarga dan rakan-rakan tidak mungkin berlaku. Maksud saya, jika anda benar-benar menyayangi mereka, anda tidak patut melibatkan mereka dalam

Rezeki

sedemikian jika saya pula adalah pelanggan?”

55

April 2011

4/14/11 6:22:45 PM


Mengambil ahli keluarga atau rakan untuk bekerja dengan anda dapat menjimatkan masa kerana tidak perlu mengkaji ciri-ciri dan kelebihan yang ada pada diri mereka. Ini secara tidak langsung dapat menjadikan kerja anda lebih mudah dan efektif. .........

akan memberikan komitmen yang tinggi kepada kerja yang diamanahkan kepada mereka. Hal ini juga boleh menyebabkan mereka sanggup bekerja untuk jangka masa yang panjang seperti pada waktu petang atau hujung minggu apabila diperlukan. Kesannya, kerja akan dapat disiapkan dengan cepat dan persekitaran kerja lebih harmoni kerana dikelilingi oleh individu-individu yang dipercayai.

Tips Penting Untuk Mengambil Keluarga Atau Rakan Dalam Perniagaan Kau Layak? • Pertama, pilih hanya yang layak dengan jawatan. Jika tebukti bahawa mereka tidak sesuai dengan bidang tugas itu, jangan ambil mereka bekerja kerana mungkin akan menimbulkan masalah kepada syarikat anda.. Gaji Aku Tetapkan • Kedua, janganlah terlalu mudah untuk anda bersetuju dengan gaji yang mereka kemukakan atas perkhidmatan yang mereka berikan. Sebaiknya, pilihlah gaji yang sesuai diberikan atas perkhidmatan mereka dan membuat persetujuan bertulis dengan mereka. Serasikah Kita? • Selain itu, anda mungkin yakin terhadap kemampuan mereka tetapi tidak yakin akan kemampuan anda bekerja dengan mereka. Oleh itu, anda perlulah meletakkan mereka dalam tempoh percubaan (kira-kira 3 hingga 6 bulan) terlebih dahulu. Dengan cara ini, anda dapat menilai keserasian anda dengan mereka dalam bekerja. Tak Puas Hati, Tulis Surat • Seterusnya, segala yang berlaku dalam perniagaan perlulah bertulis. Anda haruslah menjaga hubungan peribadi dan perniagaan. Yakinkan mereka bahawa perniagaan adalah suatu bidang profesional dan tidak boleh berkait dengan hubungan peribadi. Walaupun keluarga anda ingin mengemukakan ketidakpuasan hati mereka, mereka perlulah menulis surat bertulis kepada anda.

Memang diakui banyak kelebihan dan keburukan bekerja bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Segalanya bergantung kepada anda sendiri. Andalah yang perlu menentukan baik atau tidak mengambil mereka bekerja dengan anda, dan janganlah memaksa diri untuk tetap mengambil mereka bekerja. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Kesimpulannya, bekerja dengan keluarga atau rakan-rakan dapat memberikan banyak manfaat, dan juga boleh mengakibatkan perniagaan menjadi rumit dan sukar untuk dikendalikan. Kebiasaannya, mengambil mereka bekerja memerlukan anda menjadi lebih tegas dan membuat keputusan dengan tepat; tetapi dengan pendekatan yang agak berbeza, ia boleh memberikan ganjaran dan pulangan yang baik kepada kedua-dua kehidupan peribadi dan pekerjaan yang anda lakukan.

Rumah Bukan Pejabat • Perniagaan yang dilakukan perlulah dihadkan pada waktu bekerja sahaja. Janganlah membawa pulang kerja-kerja yang perlu disiapkan ke rumah dan berbincang dengan mereka perihal kerja itu selepas waktu kerja. Isu kerja hanya perlu dibincangkan pada waktu bekerja sahaja. Kau, Dia, Sama Sahaja • Jadilah seorang ketua yang profesional. Yakinkan kepada mereka yang mereka juga patut dilayan sama seperti pekerja-pekerja yang lain. Dengan kata lain, mereka juga berkemungkinan untuk dipecat jika melakukan kesalahan. Maaflah Kalau Terkasar • Berhati-hati ketika menggunakan nada suara. Kadang-kadang apa yang anda cakap disalah tafsir oleh pendengar. Perkara ini perlu dititikberatkan lebihlebih lagi jika mereka adalah keluarga atau rakan anda sendiri. Good Job, Anakku! • Akhir sekali, apabila mereka melakukan kerja dengan baik, beri kepujian dan ucapan tahniah kepada mereka. Mungkin ada antara pekerja lain yang akan menganggap ini satu diskriminasi. Lakukan perkara yang sama kepada pekerja-pekerja lain. Pujian harus diberikan kepada suatu tugas yang dilakukan dengan cemerlang.

Rezeki

rezeki april2010-B.indd 56

56

Andalah yang perlu menentukan baik atau tidak mengambil mereka bekerja dengan anda, dan janganlah memaksa diri untuk tetap mengambil mereka bekerja. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. .........

April 2011

4/14/11 6:23:00 PM


• Panduan + Idea • Kebaktian • Pusat sumber • Kesihatan + Kesejahteraan

Inspirasi

Rumah Anda Pejabat Anda • Panduan + Idea

Oleh : Rimau Kayu

Pekerjaan dari rumah merupakan satu bentuk pekerjaan yang kian popular pada masa kini. Dengan berkembangnya teknologi maklumat (information, communication, technology – ICT), kerjaya ini semakin mendapat tempat di kalangan seluruh lapisan masyarakat. Ini adalah kerana, secara tidak sedar, bentuk pekerjaan seumpama ini telah bermula sejak dahulu lagi di mana pekerjaan secara kecil-kecilan yang boleh dilakukan di rumah sendiri dapat dikembangkan lagi ekoran teknologi yang sentiasa seiring dengan zaman. Artikel ini akan memperihalkan tentang penyediaan rumah anda sebagai sebuah pejabat bagi memulakan satu pekerjaan dari rumah.

Rezeki

rezeki april2010-B.indd 57

57

April 2011

4/14/11 6:23:50 PM


Rumah Anda Pejabat Anda Kelebihan 1 2 Bekerja dari rumah mempunyai banyak kebaikannya. Selain daripada tidak perlu membayar sewa (sekiranya bekerja dari rumah sendiri), pengurusan pekerjaan tersebut juga amatlah mudah dan boleh dilakukan secara serentak di samping pengurusan harian rumah. Bagi mereka yang telah berkeluarga, pekerjaan di rumah amat praktikal; terutamanya bagi para suri rumah kerana aspek penjagaan anak-anak dan tanggugjawab rutin tidak terabai. Minat seseorang serta kepandaian individu (individual skill); boleh dikembangkan sebagai suatu bentuk pekerjaan yang tidak memerlukan kos yang tinggi, pekerja yang ramai dan program pemasaran yang rumit melainkan iklan yang mudah. Di antara kelebihan bekerja dari rumah adalah:

3

Kebebasan Masa Seseorang yang bekerja dari rumah tidak terkongkong dengan peraturan kerja yang lazim iaitu bekerja dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Dengan jadual yang tidak terhad, seseorang itu bebas untuk melakukan apa sahaja rutin harian di samping penghasilan kerja yang lebih produktif.

Kewangan Sekiranya kita bekerja secara makan gaji, perkembangan kerjaya kita bergantung kepada majikan. Dengan bekerja sendiri, berapa banyak gaji atau insentif yang akan dibayar bergantung kepada prestasi kita. Ekoran daripada itu, ramai para professional memilih untuk bekerja sendiri kerana dengan bekerja sendiri, apa yang disasarkan boleh dirancang sendiri tanpa pengaruh dari majikan atau pihak ketiga. Tambahan pula, banyak kos boleh dijimatkan seperti pengangkutan dan sajian.

4

Tekanan Kerja Dengan memilih untuk bekerja dari rumah, kita bebas melakukan apa sahaja mengikut keselesaan dan kemampuan kita. Jika kita bekerja di bawah penyeliaan orang lain, sudah tentu kita tertakluk kepada tuntutan-tuntutan dan kehendak yang mungkin tidak bersesuaian dengan kemampuan kita. Ini boleh mengakibatkan tekanan kerja yang akan memberi kesan ke atas kualiti dan produktiviti kerja kita. Waktu rehat yang fleksibel, masa rehat yang sesuai dan persekitaran yang kondusif akan mempengaruhi mood yang baik sepanjang masa.

Pertimbangan Asas (Basic Considerations)

Pada asasnya, rumah yang kita duduki berpotensi untuk dijadikan sebuah pejabat. Di negara Barat, trend ini telah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan para suri rumah berlandaskan kepada konsep ‘Small Office, Home Office’ (SOHO). Menurut Julie Pits di dalam artikelnya iaitu ‘How to Start Your Own Home-Based Business’, beliau telah menggariskan beberapa panduan asas bagi memulakan pekerjaan tersebut iaitu:

1

Apakah bidang anda? Pada peringkat awal, kita perlu tentukan apakah bidang pekerjaan yang ingin kita mulakan. Jenis pekerjaan mungkin berbentuk pengeluaran produk atau pun perkhidmatan. Lazimnya, kita boleh memanfaatkan kemahiran serta minat yang ada. Sebagai contoh, jika kita berkemahiran di dalam bidang grafik, bidang pengiklanan boleh diketengahkan sebagai sumber pendapatan kita.

2

Pasaran Setelah kita mengenalpasti apakah produk atau perkhidmatan yang kita akan sediakan, kita perlu mengetahui kumpulan sasaran kita. Kawasan perumahan yang residennya dari pelbagai latar belakang memerlukukan perincian yang menjurus kepada pengenalpastian potensi pasaran yang ada. Plan pemasaran yang bersesuaian juga tidak kurang pentingnya di dalam mengembangkan perniagaan anda.

Rezeki

rezeki april2010-B.indd 58

Kekeluargaan Kebanyakan perkerjaan sendiri dijalankan di rumah. Justeru itu, hubungan kekeluargaan dapat dikukuhkan melalui komunikasi sepanjang masa dengan ahli keluarga. Jika pekerjaan tersebut melibatkan pasangan suami isteri, ia boleh menjadi satu kaedah pengemblengan usaha yang amat efektif, khususnya dalam bidang perniagaan.

58

Pada asasnya, rumah yang kita duduki berpotensi untuk dijadikan sebuah pejabat. Di negara Barat, trend ini telah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan para suri rumah berlandaskan konsep ‘Small Office, Home Office’ (SOHO).

April 2011

4/14/11 6:24:51 PM


3

Pembinaan Rangkaian (Network Building) Sesuatu perniagaan bergantung kepada sumber yang ada untuk memudahkan pengurusan dan juga membantu pemasaran. Jiran-jiran terdekat dan kenalan lama boleh dijadikan sebagai rangkaian perniagaan yang menguntungkan. Dalam pada itu, kita juga boleh berkongsi pengalaman dan pengetahuan bersama rangkaian tersebut.

4

Masa Pembahagian masa yang bijak adalah di antara faktor penentu kejayaan sesuatu bidang perniagaan/ pekerjaan. Di dalam seminggu, berapakah masa yang kita perlu peruntukkan untuk aktiviti pengiklanan dan pemasaran? Ini adalah penting kerana kunci pasaran kita adalah para pelanggan. Mereka seharusnya mendapat makluman mengenai aktiviti perniagaan anda.

5

Pejabat Salah satu daripada ruang rumah kita boleh dijadikan sebuah pejabat. Pemilihan ruang pejabat yang wajar adalah penting kerana di situlah bermulanya aktiviti perniagaan kita. Bagi mengekalkan keselesaan, cuba elakkan ruang dapur atau pun meja makan.

Penyediaan Pejabat Terdapat banyak cara dan kaedah yang boleh diketengahkan di dalam menyediakan sebuah rumah supaya menjadi sebuah pejabat. Ianya bergantung kepada citarasa serta kreativiti pemilik rumah itu sendiri. Berikut adalah beberapa panduan umum bagi sesiapa yang ingin membangunkan pejabat sendiri di rumah:

1

Ruang Ruang bagi pejabat di rumah juga perlu bersesuaian dengan keluasan rumah dengan tidak menjejaskan aktiviti-aktiviti harian di rumah. Sebaik-baiknya, ruang pejabat yang baik seharusnya menjurus kepada pekerjaan tersebut dan menjamin keselesaan. Kedudukan pejabat pula disarankan berhampiran dengan pintu utama rumah serta bertingkap (cuba elakkan di ruang tamu – melainkan keluasan rumah mengizinkan). Ini adalah bagi menjamin sistem pengudaraan (ventilation) dan bagi mewujudkan suasana yang sihat dan selesa supaya pekerjaan dapat dilakukan dengan sempurna.

2

Hiasan Dalaman (Interior decoration) Hiasan dalaman adalah tidak kurang pentingnya dalam memperlengkapkan sesebuah pejabat. Adalah disarankan supaya, hiasan yang sedia ada di rumah dijadikan konsep asas. Ini adalah kerana ia melambangkan citarasa si pemilik rumah dan seterusnya mendatangkan sumber inspirasi yang diingini bagi pekerjaan di rumah tersebut. Bagai manapun, ia seharusnya dihias dengan seringkas mungkin (simplicity) tetapi dalam masa yang sama berupaya membangkitkan mood yang tinggi. Sebagai cadangan: gunakan wallpaper yang mempunyai warna yang cerah supaya tidak menjejaskan sistem pencahayaan ruang pejabat tersebut.

3

Peralatan Peralatan pejabat perlu bersesuaian dengan bentuk pekerjaan yang hendak dilakukan. Contohnya: Sebagai panduan umum, rak buku, kalkulator, kerusi/meja, komputer/ pencetak, alat tulis, sistem pencahayaan, telefon/ fax dan alat domestik boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada senarai semak (checklist) sesebuah pejabat.

4

Keselamatan Aspek keselamatan perlu diambil kira bagi menjamin keseluruhan rumah sentiasa selamat. Contohnya: peralatan pemadam api berhampiran ruang pejabat adalah penting kerana peralatan pejabat biasanya melibatkan bahan mudah terbakar. Sebaikbaiknya, keseluruhan rumah tersebut diinsuranskan dengan mengambil kira ruang pejabat yang ada.

Rezeki

rezeki april2010-B.indd 59

Bagi mereka yang telah berkeluarga, pekerjaan di rumah amat praktikal; terutamanya bagi para suri rumah kerana aspek penjagaan anak-anak dan tanggugjawab rutin tidak terabai.

Tip-tip di atas merupakan asas bagi memulakan kerjaya di rumah, berdasarkan pengalaman dan perspektif penulis sendiri, yang mungkin berbeza dengan pendapat yang lain. Beberapa pertimbangan lain perlu dibuat untuk kesesuaian cara kerja. Namun, secara keseluruhannya, bekerja di rumah memberikan kita lebih kebebasan dan tidak terkongkong dengan peraturan dan prosedur berbanding dengan berkerja untuk syarikat. 59

April 2011

4/14/11 6:24:58 PM


Inspirasi

4

Panduan + Idea

Kaedah Mencari Inspirasi Sumber inspirasi sebenarnya sentiasa berada di sekitar kita, sebagai contoh, inspirasi untuk mengarang sesebuah lagu mungkin boleh diperoleh ketika anda sedang bergelak ketawa bersama kenalan atau ketika anda sedang asyik melayan perasaan saat melihat matahari terbenam. Inspirasi juga mampu diperoleh walaupun anda sedang menjalankan rutin harian, seperti saat ketika anda menghantar anak anda ke sekolah atau mungkin ketika anda melihat kesungguhan dan kesesakan jalan raya yang dilalui oleh orang ramai yang menggunakan perkhidmatan awam untuk ke tempat kerja.Kesimpulannya, ia bukanlah sesuatu yang sukar untuk anda memperoleh inspirasi. Anda hanya perlu membuka pandangan, minda dan mata hati anda terhadap dunia di sekeliling anda.

“Anda haruslah bersikap terbuka terhadap sebarang cadangan yang diberikan daripada rakan, keluarga, seseorang yang tidak dikenali atau mungkin seorang kenalan baru kerana ia mungkin akan merupakan sumber yang terbaik bagi mendapatkan ilham dan inspirasi.� Rezeki

rezeki april2010-B.indd 60

60

April 2011

4/14/11 6:25:07 PM


Oleh : Hanah Finah

01 Berfikiran Terbuka

02 Malu Bertanya, Sesat Jalan

Bukalah minda anda. Anda haruslah bersikap terbuka terhadap sebarang cadangan yang diberikan daripada rakan, keluarga, seseorang yang tidak dikenali atau mungkin seorang kenalan baru kerana ia mungkin akan merupakan sumber yang terbaik bagi mendapatkan ilham dan inspirasi. Selalunya, hasil ide yang menarik datang secara tidak sengaja. Jadi, tumpukan lebih perhatian terhadap apa yang diperkatakan oleh orang lain atau amati kelakuan dan perwatakan seseorang. Siapa tahu, mungkin ide yang diperoleh secara bersahaja ini mampu dikongsi bersama atau mampu memberi keuntungan kepada anda, hanya kerana pada saat itu, anda melihat dunia melalui perspektif orang lain.

Selalunya, ide yang terbaik datang daripada orang lain. Pastinya anda pernah mendengar cerita tentang ide sesebuah filem datang dari pendapat seorang pemandu teksi. Siapa tahu, mungkin seseorang yang anda tidak kenali dapat memberikan anda inspirasi yang boleh melonjakkan nama anda untuk mencapai impian yang dihajati. Walau bagaimanapun, bagi membolehkan anda untuk mendapatkan sumber inspirasi dari orang yang tidak dikenali, anda haruslah mengubah mentaliti anda. Sejak dari kecil lagi, kita telah dididik untuk tidak bercakap atau menegur orang yang tidak dikenali. Kita telah diajar untuk melihat mereka sebagai ancaman atau seseorang yang ingin mencuri dan tidak boleh dipercayai sama sekali. Namun, jika situasi ini diterbalikkan, bukankah kita juga dianggap sebagai orang yang tidak dikenali?

03 Lihatlah Dunia!

04

Luangkan masa anda untuk berhenti seketika dan nikmati kehidupan di sekeliling anda. Kehidupan merupakan suatu keajaiban dan anugerah yang sukar untuk difahami. Kita akan mendapati bahawa kitaran kehidupan itu akan senantiasa berubah. Oleh itu, ambillah sedikit masa anda untuk menikmati apa yang berada di sekeliling anda. Perhatikan sesuatu yang baru, yang sebelum ini anda sering terlepas pandang. Seperti yang ditekankan sebelum ini, sumber inspirasi dan ilham boleh diperoleh di mana saja. Setiap sudut ceruk dunia ini mampu memberikan anda inspirasi. Oleh itu, ambil masa untuk bersendirian. Jika sebelum ini anda sering memandu untuk ke destinasi yang ingin dituju, apa kata kali ini anda menggunakan perkhidmatan awam seperti bas atau LRT. Dari situ, berbagai macam kerenah manusia boleh anda lihat. Gelagat orang ramai mungkin akan mencuit hati dan menggerakan naluri ilham anda. Selain itu, ia juga mampu menenangkan fikiran anda sekaligus membebaskan diri anda dari dibelenggu masalah ketandusan ide. Dengan cara ini, anda akan dapat melihat dan merasai sendiri sumber inspirasi anda dan inspirasi anda ini nanti mungkin akan menjadi aspirasi kepada orang lain.

Cuba Sesuatu Yang Baru! Tahukah anda bahawa dengan mencuba sesuatu yang baru, ia akan mampu memberikan anda inspirasi? Menceburi sesuatu yang baru dapat membuka minda dan mata hati anda terhadap pelbagai aspek yang belum pernah anda terokai. Mungkin anda boleh memulakannya dengan melibatkan diri menyertai senaman Tai Chi, memancing atau mendaki gunung. Anda juga boleh memasuki kelas memasak, fotografi atau kelas tarian. Selain itu, tarian dan fotografi juga merupakan salah satu elemen seni. Ia mampu merangsang kreativiti anda dan meningkatkan daya inovasi seseorang. Apabila anda melibatkan diri anda dengan menyertai dan mengikuti pelbagai persembahan, hasil seni, atau apa sekalipun, anda telah membuka jalan untuk mendapatkan pelbagai peluang dan sumber inspirasi yang ada. Terdapat seribu satu cara yang boleh anda lakukan bagi merangsang dan mendorong minda anda untuk mendapatkan ilham dan inspirasi. Maka dengan itu, cubalah sesuatu yang baru. Belum cuba, belum tahu!

Rezeki

rezeki april2010-B.indd 61

61

April 2011

4/14/11 6:25:14 PM


Inspirasi

Panduan + Idea

Rezeki itu ada di manamana. Klise, bukan? Tapi, itulah realitinya. Kita mendapat rezeki dengan berbagai-bagai cara. Apa yang membezakan ialah usaha, semangat, dan doa, yang kemudiannya diakhiri dengan tawakal. Terfikirkah anda untuk mencari rezeki dengan cara yang tidak pernah dilakukan oleh orang lain? Atau setidaktidaknya, cara yang paling jarang dibuat orang? Yang paling penting, punca rezeki itu mestilah datang daripada sumber yang halal dan tidak menyalahi undang-undang. Rezeki

rezeki april2010-B.indd 62

62

April 2011

4/14/11 6:25:29 PM


Cabaran Dalam Mencari Rezeki

T

Oleh: Rina Wahid

eringat saya ketika di zaman kanak-kanak. Dibesarkan dalam tahun 1980-an tatkala krisis ekonomi yang berlaku beberapa kali- menyesak benakkan ibu bapa saya yang perlu membesarkan kami enam beradik. Walaupun kedua-duanya mempunyai pekerjaan yang stabil, dengan kenaikan harga barang, ia masih tidak begitu mencukupi untuk kami sekeluarga. Oleh itu, ayah mula menanam pelbagai jenis sayuran di sekeliling rumah kami. Pada setiap pagi dan petang di hari minggu, saya, kakak, dan adik-adik akan berjalan dari rumah ke rumah sambil membawa raga berisi sayur-sayuran untuk dijual. Mak pula, mengambil upah menggubah bunga hiasan di pejabatnya. Alhamdulillah, dapat juga ia membantu ‘menampal’ bahagian-bahagian yang ‘bocor’ dalam pengurusan perbelanjaan keluarga kami. Hari ini, kita sebenarnya mempunyai begitu banyak pilihan yang sudah sedia terbentang di depan mata untuk mendapatkan rezeki yang halal. Tidak dinafikan, setiap bidang pekerjaan itu ada risiko dan kelebihannya yang tersendiri. Hanya diri kita sendiri sahaja yang tahu cara untuk menghadapi dan

menangani apa jua pekerjaan yang kita lakukan. Ini kerana, kita tahu kelemahan dan kekuatan diri kita dan sekiranya kedua-dua perkara tersebut dimanfaatkan dengan betul, tidak ada sesuatu perkara pun yang tidak boleh kita lakukan. Saya pasti, hampir setiap kali kita melihat kejayaan seseorang individu dalam pekerjaan yang dilakukannya, kita akan berkata kepada diri sendiri, ‘Alah, aku pun boleh buat macam tu jugak. Dulu aku pun pernah terfikir nak buat,” ataupun, “Oh, kenapa aku tak buat macam tu dulu? Kalau tak, tentu aku dah berjaya macam dia.” Soalanpersoalan sebeginilah yang sebenarnya antara sebab yang menjadi penghalang kepada kejayaan dalam mencari rezeki dan kerjaya yang boleh memberikan pulangan yang lebih bagus. Allah s.w.t. telah menetapkan yang setiap orang itu ada rezekinya masing-masing. Namun, rezeki tidak akan datang bergolek di depan mata jika kita sendiri tidak berusaha untuk mendapatkannya. Hanya dengan kesabaran yang tinggi dan usaha yang gigih dapat membantu dalam menjayakan pekerjaan yang ingin kita lakukan. Malah, mungkin lebih lumayan daripada apa yang kita jangkakan. Ramai orang pernah Rezeki

rezeki april2010-B.indd 63

Ramai orang pernah mengalami suatu tempoh masa yang benarbenar menguji keimanan dan keyakinan diri dalam mencari rezeki. Kesukaran mendapatkan pekerjaan, ditambah pula dengan tuntutan hidup yang semakin lama semakin meningkat, dengan mudah sekali boleh membawa kepada sikap putus asa dan tidak yakin kepada diri sendiri.

mengalami suatu tempoh masa yang benar-benar menguji keimanan dan keyakinan diri dalam mencari rezeki. Kesukaran mendapatkan pekerjaan, ditambah pula dengan tuntutan hidup yang semakin lama semakin meningkat, dengan mudah sekali boleh membawa kepada sikap putus asa dan tidak yakin kepada diri sendiri. Rakan baik saya sendiri

63

pernah mengalami tekanan hidup akibat ketiadaan pekerjaan dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu kita-kira dua tahun. Beratus-ratus permohonan pekerjaan telah dikirim ke pelbagai syarikat dan agensi pekerjaan. Namun, semuanya hampa. Beliau yang dahulunya seorang yang ceria, bertukar menjadi seorang yang begitu lain sekali sikapnya. Pendiam,

April 2011

4/14/11 6:25:35 PM


mudah berputus asa, menjauhkan diri daripada rakan-rakan, dan tidak yakin pada diri sendiri adalah antara sikap-sikap negatif yang mula menguasai dirinya. Setelah dua tahun menganggur, beliau telah diberikan peluang pekerjaan yang tidak pernah difikirkan dan dilakukannya sebelum ini. Menariknya, beliau dapat menguasai bidang pekerjaan yang baru itu dengan lebih yakin dan bersemangat. Hari-hari yang dilaluinya di pejabat begitu menggembirakan. Beliau kemudiannya mula menyedari bahawa bidang baru itulah sebenarnya yang telah mencungkil kebolehan dan kekuatan sebenar dalam dirinya yang tidak pernah diketahui oleh beliau sendiri selama beliau menceburi bidang pekerjaan. Sekarang, pendakian kerjaya beliau mula menunjukkan peningkatan dan ianya berlaku dalam tempoh yang cukup singkat.

Sekali lagi, kekuatan diri jugalah yang menjadi pendorong untuk terus bersaing dalam bidang perniagaan. Kekuatan untuk menghadapi para pekerja, pembekal, pelanggan, pesaing, dan seribu macam lagi perkara yang cukup penting.

menghadapi para pekerja, pembekal, pelanggan, pesaing, dan seribu macam lagi perkara yang cukup penting. Semuanya perlu ditangani dengan bijak dan teliti. Selain itu, sokongan daripada orang sekeliling seperti ahli keluarga, kawankawan, dan para pekerja juga menjadi pendorong utama kepada kejayaan anda.

B

eralih dari dunia perniagaan, bidangbidang lain juga memerlukan faktor minat dan keyakinan diri yang tinggi dalam diri seseorang. Apa yang penting, diri kitalah yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan bidang yang kita ceburi. Kesimpulan yang boleh menawarkan pulangan Selain itu, dalam dunia saya katakan di sini adalah, lumayan yang cukup perniagaan, tidak ada jalan walau apa jua bidang yang berbaloi. Bagaimanapun, mudah untuk mengelakkan anda ceburi dalam mencari perlu diingat, untuk rezeki, pastikan anda daripada risiko-risiko mendapatkan pulangan lakukannya dengan penuh yang berkaitan dengan minat, bersungguh-sungguh, perniagaan. Namun, dakalanya, yang lumayan itu, pelbagai cabaran harus diharungi. dan semangat yang sentiasa dengan perancangan yang bakat membara dalam diri anda. rapi, persediaan yang semulajadi Jika cabaran-cabaran itu dapat difahami dan mencukupi, dan pemahaman Anda akan dapat merasai dan dihadapi, ditambah pula perbezaan yang cukup ketara tentang perniagaan yang kekuatan apabila melakukan pekerjaan ingin diceburi, anda yang sedia dengan perancangan yang yang diminati dan yang tidak teliti, tidak mustahil untuk boleh meningkat dan ada dalam diri sendiri tidak diminati. Jika kita minat memajukan perniagaan pernah kita sedari. Kita perlu anda mencapai sasaran dengan sesuatu pekerjaan perniagaan yang telah anda anda. Bukan sahaja faktor menilai diri kita sendiri itu, tanpa disedari, kita rancangkan. Tidak ada satu kewangan yang menjadi - minat, kecenderungan, akan berusaha keras untuk pun perniagaan di dalam penyumbang kepada dan hala tuju yang kita menjayakannya. Berbeza dunia ini yang memberikan permulaan perniagaan, benar-benar inginkan dan pula dengan pekerjaan yang jaminan kentungan malah, ia mestilah diiringi capai dalam hidup. Ambil tidak diminati, anda seolahsepanjang masa. Turun naik dengan kekuatan fizikal contoh bidang perniagaan. olah seperti ‘melepaskan dalam sesebuah perniagaan dan minda yang positif. Kenapa perlu memilih batuk di tangga’ dalam itu adalah perkara biasa yang Ini kerana, anda mungkin bidang permiagaan? Jika melakukannya. Oleh itu, dialami oleh mana-mana perlu bekerja lebih masa melihat di sekeliling anda, ahli perniagaan. Risiko sehingga 12 jam sehari atau kenal pasti kekuatan diri kebanyakan orang yang anda dan gunakannya secara kerugian adalah antara yang lebih, dalam memastikan berjaya adalah mereka optimum bagi mendapatkan selalu dihadapi. Sama ada yang terlibat dalam dunia kelancaran perjalanan rezeki yang benar-benar perniagaan. Tetapi, sebelum besar atau kecil perniagaan perniagaan anda tersebut anda dambakan dan inginkan itu, daripada menjual dari masa ke semasa. kita ingin melibatkan diri dalam hidup anda. Bak Sekali lagi, kekuatan dalam bidang ini, kita harus nasi lemak hinggalah kata pepatah,‘usaha tangga kepada perusahaan diri jugalah yang menjadi mempunyai minat yang kejayaan’. Tepuk dada, pendorong untuk terus tinggi dan berwawasan jauh. import dan eksport, tanyalah apa yang ingin semuanya mempunyai bersaing dalam bidang Bidang perniagaan risiko masing-masing. perniagaan. Kekuatan untuk dikecapi dalam hidup anda. ataupun keusahawanan

A

Rezeki

rezeki april2010-B.indd 64

64

April 2011

4/14/11 6:25:47 PM


Inspirasi

Kebaktian

Hajjah Khadijah binti Mohamed Said, 76 tahun, ialah seorang guru mengaji Al-Quran yang tetap gigih mengajar sejak hari pertama lagi. Dilahirkan pada 8hb Oktober 1935, beliau lebih mesra dengan gelaran Mak Andak. Ditulis oleh Ruzanna Muhammad

Mak Andak Lebih separuh abad

ikhlas menabur budi‌ Rezeki

rezeki april2010-B.indd 65

65

April 2011

4/14/11 6:25:55 PM


B

Walaupun sudah berpindah ke sini, Mak Andak tetap mengajar, sebab ada yang dah tahu Mak Andak mengajar mengaji Al-Quran di Masjid TUDM dulu.

Rezeki: Apakah yang mendorong Mak Andak untuk mula mengajar? Mak Andak: Saya mula mengajar pada tahun 1960 di Masjid TUDM. Waktu itu, ibubapa dan ahli keluarga tenteratentera hendakkan orang untuk mengajar mengaji Al-Quran. Tetapi, Imam di masjid pada waktu itu agak sibuk untuk mengajar, kerana dia juga bertanggungjawab mengajar pelajar-pelajar di luar kawasan TUDM. Jadi dialah yang minta Mak Andak tolong mengajar, dan di situlah permulaan mengajar untuk saya. Saya mengajar di Masjid TUDM selama 9 tahun dan pada 15hb Ogos 1969, saya berpindah ke sini (No. 3, Jalan 14/54B, Petaling Jaya) bersama arwah suami , Haji Shamsuddin b. Haji Udin.

Rezeki: Berapa kerap Mak Andak mengajar dan berapa ramai pelajar yang belajar dengan Mak Andak? Mak Andak: Dulu ramai lah, dari depan pintu sampai ke dapur rumah ini. Kadang-kadang, sebab tempat tak mencukupi, ada yang terpaksa menunggu giliran untuk belajar. Dulu mula mengajar awal pagi lagi – pukul 6 budakbudak dah datang mengaji. Tapi sekarang ni, oleh kerana sekolah agama dah ada, dan ada banyak orang mengajar mengaji juga, jadi Mak Andak pun kurang lah mengajar. Sekarang, ramai pelajar Mak Andak adalah anakanak kepada bekas pelajarpelajar Mak Andak. Oleh kerana mereka dah biasa dengan Mak Andak, dan tahu cara Mak Andak mengajar, jadi mereka hantar anak-anak mereka ke sini. Waktu muda-muda dulu, Mak Andak mengajar dari hari Isnin hingga Jumaat. Tapi semenjak 16 tahun kebelakangan ini, Mak Andak cuma mengajar sampai hari Khamis sahaja. Sebab Mak Andak sekarang pun dah tua, jadi Mak Andak simpan hari Jumaat untuk beramal untuk diri sendiri pula…mengaji, berzikir, dan sebagainya. Lagipun, kerana sudah berumur, Mak Andak tak boleh terlampau lama mengajar, kerana badan pun dah mula sakit-sakit. Tapi, Mak Andak masih lagi mengajar. Cuma budakbudak sekarang pukul 9 pagi baru datang. Kemudian mereka balik pukul 11.

eliau mula mengajar sejak berumur 25 tahun di Masjid Tentera Udara di-Raja Malaysia (TUDM), Sungai Besi. Walaupun sudah berumur, ingatan dan tenaga beliau bagaikan tidak pernah disentuh usia. Kini, beliau tetap mengajar walaupun tubuh semakin uzur melayari arus masa. Niatnya yang mulia dalam menurunkan ilmu yang sangat penting ini memberikan beliau semangat yang teguh untuk terus mengajar, serta kekal aktif bersama Kumpulan Azawiyah (kumpulan wanita-wanita Muslim di daerah Petaling Jaya) dalam acara Marhaban, doa selamat, tahlil dan sebagainya. Mak Andak berkongsi pengalamannya bersama Rezeki.

Rezeki

rezeki april2010-B.indd 66

“Mak Andak memang garang sikit sewaktu mengajar. Tapi garang bertempat lah. Sekarang, Mak Andak tak boleh merotan pelajar-pelajar Mak Andak, kerana itu menjadi satu isu dengan ibubapa sekarang ni.”

Mak Andak bersama arwah suaminya, Haji Shamsuddin b Haji Udin, yang dianugerahi Pingat Jasa Kebaktian Selangor pada tahun 1980.

Kelas petang pula mula pukul 2.45 hingga pukul 4. Pukul 5 pula, ada lagi seorang budak mengaji, dan ada pula seorang dewasa, sampai pukul 7 malam. Jadi, Jumaat, Sabtu, dan Ahad Mak Andak tak mengajar. Isnin sampai Khamis, mengajar sampai pukul 7 malam. 66

Rezeki: Berapa yuran belajar mengaji dengan Mak Andak? Mak Andak: Tak ada yuran tertentu, terpulang pada keikhlasan mereka. Rezeki: Apakah pengalaman yang paling Mak Andak ingat? Mak Andak: Pengalaman

April 2011

4/14/11 6:26:05 PM


Mak Andak selama mengajar mengaji yang paling Mak Andak ingat ialah kerenah pelajarpelajar . Kalau dulu, mereka memang minat mengaji, tapi ada yang nakal…suka mengusik orang…dan yang menyedihkan tu, budakbudak yang kuat melawan. Tapi dulu tak macam sekarang. Ibubapa dulu lebih suka kalau Mak Andak tegas dengan anak-anak mereka. Mak Andak ingat lagi… ibu kepada seorang pelajar Mak Andak pernah suruh Mak Andak rotan anaknya sedikit…sebab dia takut anaknya tak belajar dan dia kata dia suka anak dia kena rotan kerana besok di akhirat anak tu ada cahaya, cahaya rotan tu ada… Tapi, Mak Andak tak ada sebab untuk rotan anak dia, kerana anaknya seorang pelajar yang baik. Tapi ibunya tetap minta Mak Andak tegas terhadap anaknya, kerana dia risau anaknya tidak belajar dengan baik. Tapi ada pula pelajar-pelajar yang nakal, dan kerana itu, memang Mak Andak ada rotan mereka sedikit untuk beri pengajaran. Mak Andak bukan lah rotan kuat-kuat, cuma rotan tangan mereka sedikit untuk mengingatkan mereka supaya berperangai elok. Itu dulu, Mak Andak memang garang sikit sewaktu mengajar. Tapi garang bertempat lah. Sekarang, Mak Andak tak boleh merotan pelajarpelajar kerana itu menjadi satu isu dengan ibubapa sekarang ni. Lagipun, kalau nak ikutkan, sekarang Mak Andak mengajar lebih tenang, tak macam dulu… selalu tension. Mungkin juga kerana Mak Andak dah tua sekarang. Cuma di zaman sekarang ni, Mak Andak perhatikan bahawa budak-

budak kurang minat untuk belajar mengaji Al-Quran. Tak tahulah kenapa… mungkin kerana mereka dah banyak sangat belajar di sekolah dan letih...jadi di kelas mengaji pun, mereka terburu-buru nak pulang. Dan kerana itu juga, Mak Andak pun tak lagi banyak mengajar seperti zaman dulu. Walau macam mana pun, yang menjadi kegembiraan Mak Andak sekarang ialah melihat ramai pelajarpelajar Mak Andak dulu dah menjadi orang yang berjaya, berpangkat besar… banyak yang dah jadi pegawai-pegawai berjaya. Dan ramai di antara mereka yang sehingga ke hari ini masih menjenguk Mak Andak di rumah; ada yang datang untuk beraya, datang untuk menghantar anak mereka belajar dengan Mak Andak, dan sebagainya. Rezeki: Selain mengajar di rumah dan di Masjid TUDM, di mana lagi Mak Andak mengajar ? Apakah aktiviti-aktiviti lain yang Mak Andak ceburi sekarang ? Mak Andak: Dulu Mak Andak pernah juga mengajar sekumpulan pegawai di pejabat agama mengaji. Tapi sekarang tidak lagi. Mak Andak lebih beri tumpuan kepada mengajar di rumah. Selain mengajar, Mak Andak juga aktif dalam Kumpulan Azawiyah. Kami sekumpulan wanita-wanita komuniti di sini. Kami menjalankan aktiviti-aktiviti seperti berzanji, Marhaban, cukur jambul, doa selamat, tahlil, dan sebagainya. Biasanya, aktiviti-aktiviti seperti ini kami buat mengikut permintaan. Selain itu, Mak Andak ada juga buat bisnes kecilkecilan, jual kek buah Rezeki

rezeki april2010-B.indd 67

“Walau macam mana pun, yang menjadi kegembiraan Mak Andak sekarang ialah melihat ramai pelajar-pelajar Mak Andak dulu dah menjadi orang yang berjaya...” kukus buatan sendiri. Tapi tak banyak...Mak Andak buat mengikut tempahan. Paling banyak pun , Mak Andak buat dalam lima biji tiap kali menjual. Rezeki: Apakah pesanan Mak Andak kepada pembaca majalah kami? Mak Andak: Mak Andak harapkan supaya mereka lebih mengenali Al-Quran, kerana kelebihan Al-Quran ni, Allah jua lah yang tahu. Kalau mengaji Al-Quran, Insya Allah, ketenangan diri boleh dicapai. Kalau kita berada dalam kesusahan, mengajilah kita, Insya Allah, diri kita tenang. Orang yang biasa mengamalkan mengaji Al-Quran, dia tahu lah kelebihan AlQuran…macam-macam yang dijanjikan Allah s.w.t. melalui ayat-ayat di dalam Al-Quran. Walaupun benda tu, kita tak dapat 67

gambarkan sekarang, tapi kita yakin dengan apa yang Allah Taala janjikan. Kita sebagai seorang Islam, usahalah belajar mengaji. Walaupun orang dah dewasa, sewajibnya dia belajar mengaji, sebabnya itu dah janji Allah kepada kita. Lagipun, baca Al-Quran dapat membawa sepenuh ketenangan kepada diri. Jadi eloklah, anak-anak kita semuanya dapat mengaji; kalau terjadi apa-apa kepada kita pun, kita dapat berdoa. Walaupun sibuk dengan aktiviti sehari-hari, eloklah kita meluangkan masa untuk aktiviti-aktiviti rohaniah seperti mengaji Al-Quran, dan sebagainya. Kerana ini dapat mengekalkan keseimbangan dalam kehidupan kita sehari-hari; dalam bekerja dan juga untuk mencari ketenangan hidup. Dan janganlah sekalikali kita berputus asa.

April 2011

4/14/11 6:26:16 PM


Inspirasi

Pusat Sumber

6 Buku Untuk Dibaca Bulan Ini! Renung-Renungkan & Selamat Beramal Penulis: Prof Madya Hj Md Izuddin Hj Ali (Izzi) Penerbit: Telaga Biru ISBN: 9789673880119 (MPH) Harga: RM23.00 / RM25.00 (Malaysia Timur)

Kegagalan Bina Kejayaan Penulis: Johan Daniel Penerbit: Alaf 21 ISBN: 9789831246443 (MPH) Harga: RM12.00 / RM15.00 (Malaysia Timur)

Buku ini adalah himpunan kata-kata motivasi yang dipetik daripada ayat-ayat al-Quran, hadis, kata hukama, bijak pandai, negarawan, ahli motivasi, pendidik dan sebagainya. Kata-kata ini diulas supaya jelas maksud dan diperinci pengajaran yang boleh dicungkil daripadanya. Sasaran kata-kata motivasi ini ialah semua yang sudi membaca dan menghayatinya. Skop persoalan kata-kata ini pula merentasi soal ketuhanan, kerasulan, iman, ibadah, akhlak, kesihatan, pendidikan, cinta, hiburan,alam akhirat, kekeluargaan, kemasyarakatan, rumah tangga, jihad, motivasi, psikologi, nasihat, iktibar dan sejarah.

Buku ini memberi panduan serta model-model refleksi untuk membantu kita mengesan kekuatan dan keupayaan diri. Selain itu, ia turut menghuraikan tentang faktor-faktor kegagalan di samping menyelitkan elemen-elemen motivasi dengan menyuntik kata-kata semangat daripada mereka telah berjaya mencipta nama di mata dunia seperti Muhammad Ali, Barrack Obama, Jawaharlal Nehru dan lain-lain. Buku ini padat dengan kisah insan-insan yang tidak pernah menyerah kalah dan pengorbanan mereka yang tidak berbelah bahagi untuk menjadi insan yang berguna dan berjaya. Manusia sebenarnya boleh berubah jika wujudnya kesedaran dan pengetahuan dalam diri mereka untuk mengorak langkah yang lebih cemerlang.

Change Anything: The New Science of Personal Science (Ubah Apa Saja: Sains Baru Sains Peribadi) Penulis: Kerry Patterson, Joseph Grenny, David Maxfield, Ron McMillan and Al Switzler Penerbit: Grand Central Publishing ISBN: 9781455500208 (MPH) Harga: RM59.90 Suatu pendekatan baru yang mengejutkan kepada bagaimana individu bukan hanya boleh mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik di tempat kerja, tetapi juga kepada hidup mereka yang jauh dari tempat kerja, termasuk (tapi tidak terhad kepada) mencari cara untuk memajukan hubungan kerja dengan orang lain, keadaan kesihatan sepenuhnya, pandangan tentang hidup, dan seterusnya. Sebagai contoh, mengapa 95% percubaan diet gagal? Mengapa Azam Tahun Baru bertahan hanya beberapa hari? Kenapa manusia dengan niat yang baik tidak boleh bergerak secara konsisten dan positif dalam cara yang mereka mahu untuk kemajuan karier, keadaan kewangan, keadaan fizikal, dan sebagainya? Berdasarkan kajian terbaru dalam beberapa bidang psikologikal dan perubatan, penulis-penulis Change Anything akan menunjukkan bahawa kuasa-kehendak tradisi bukanlah suatu jawapan utama kepada keadaan-keadaan ini, bahawa manusia terkesan dalam sikap mereka oleh pengaruh-pengaruh yang lebih halus. Change Anything menunjukkan bagaimana individu boleh mula memahami kuasa-kuasa berpengaruh dan kuat ini, dan bagaimana untuk meletakkan kuasa-kuasa ini untuk digunakan dalam cara yang positif yang akan membawa hasil-hasil yang benar dan bermakna. Penulis-penulis ini mempersembahkan beberapa contoh harian yang akan mengubah dan sesungguhnya memperkuatkan anda untuk mengkaji semula cara dimana anda menguruskan perniagaan dan hidup anda. Rezeki

rezeki april2010-B.indd 68

68

April 2011

4/14/11 6:26:32 PM


Steve Jobs Way: iLeadership for a New Generation (Cara Steve Jobs: iKepimpinan untuk Generasi Baru) Penulis: Jay Elliot and William L. Simon Penerbit: Vanguard Press ISBN: 9781593156398 (MPH) Harga: RM66.90 Dalam iLeadership, Jay Elliot memberikan pembaca peluang untuk melihat Steve Jobs sepertimana hanya rakan-rakannya yang paling rapat pernah melihatnya – dan kemistikan gaya pengurusannya – boleh mencipta alat-alat amat luar biasa yang menyebabkan mereka telah dapat membuat semula tiga industri dan telah menukarkan cara kita mencipta, mengguna, dan berkomunikasi antara satu sama lain. Jay Elliot berkerja bergandingan bahu dengan Steve sebagai Timbalan Presiden Kanan Apple dan membawakan kepada kita perspektif dalaman beliau mengenai gaya iLeadership tersendiri Steve – yang merangkumi empat prinsip utama: produk, bakat, organisasi, pemasaran. Jay berkongsi pelajaran-pelajaran yang timbul dari pendekatan intuitif Steve bagi menunjukkan bagaimana kehebatan kreatif dan teknologi iLeadership boleh digunakan kearah perkembangan dalam mana-mana organisasi, tanpa mengira saiznya.

Making it Happen: Turning Good Ideas into Great Results (Membuatkan Ia Berlaku: Menukarkan Idea-Idea Baik kepada Hasil-Hasil Hebat) Penulis: Peter Sheahan Penerbit: Benbella Books ISBN: 9781935618454 (MPH) Harga: RM64.90 Dunia ini tidak kurang ideanya, tetapi kurang dengan mereka yang tahu bagaimana untuk melaksanakannnya. Making It Happen membongkar proses mengambil suatu idea yang baik dan menukarkannya kepada suatu usaha yang Berjaya. Penulis Peter Sheahan memberi panduan kepada pembaca melalui lima kecekapan yang akan membolehkan anda memahami dan menggunakan kuasa kearah sikap pembeli, menembusi sempadan mental dan secara efektifnya menempatkan tawaran anda di pasaran. Samada anda sedang ingin memulakan perniagaan, ingin dinaikkan pangkat atau ingin melancarkan suatu pergerakan social, buku ini akan meyatupadukan aliran pemikiran anda supaya akhirnya anda dapat menukarkan idea-idea baik anda kepada penghasilan yang hebat!

The Rational Optimist (Optimis Yang Rasional) Penulis: Matt Ridley Penerbit: Fourth Estate ISBN: 9780007267125 (MPH) Harga: RM44.90 Dalam The Rational Optimist, Ridley menawarkan suatu tamparan balas kepada kebangkitan pessimisme pada zaman kita, dan membuktikan, walau sebanyak manapun kita ingin menganggap yang sebaliknya, keadaan akan menjadi lebih baik. Kesedia-adaan hampir semua yang seseorang itu inginkan atau perlukan telah meningkat secara tidak menentu selama 10,000 tahun dan telah dengan pantasnya memecut selama lebih 200 tahun yang lepas: kalori; vitamin; air bersih; mesin; privasi; kaedah-kaedah perjalanan lebih laju dari keupayaan kita berlari, dan kebolehan untuk berkomunikasi lebih jauh dari keupayaan kita menjerit. Tetapi, peliknya, walau sebanyak manapun keadaan bertambah maju daripada keadaan sebelumnya, manusia masih bergantung kepada kepercayaan bahawa masa depan akan menjadi huru-hara. Dalam buku yang asli, dan optimis ini, Matt Ridley mengenengahkan jawapan mudahnya yang mengejutkan kepada solan bagaimana manusia berkembang, menekankan bahawa kita maju apabila kita berdagang dan kita hanya akan berdagang secara produktif apabila kita mempercayai satu sama lain. Rezeki

rezeki april2010-B.indd 69

69

April 2011

4/14/11 6:26:41 PM


Gaya hidup

4

Kesihatan + Kesejahteraan

Kelolaan : Shariman Johari

Senaman Ringkas Yang Boleh Dilakukan Di Tempat Kerja Anda

Kesibukan di pejabat setiap hari pasti menyebabkan anda kelesuan dan tidak bermaya. Anda tentunya tidak mempunyai masa untuk diri anda sendiri. Pastinya ramai orang di luar sana lebih mengutamakan kerja sehingga tiada masa untuk bersenam. Akibat kesibukan kerja, ramai yang mengambil jalan mudah dengan mengambil makanan segera dan mengabaikan senaman. Tanpa anda sedari, anda sebenarnya telah menambah saiz lilitan pinggang anda! Anda panik? Jangan bimbang kerana senaman boleh dilakukan di mana–mana sahaja termasuk di tempat kerja. Percayalah, anda tidak perlu keluar dari pejabat untuk melakukan aktiviti senaman. Memadai sekiranya anda melakukannya hanya di hadapan meja anda sahaja. Terdapat pelbagai senaman mudah yang dapat anda lakukan di tempat kerja. Di sini kami akan kongsikan empat senaman mudah yang dapat menbantu anda untuk terus kekal sihat walaupun anda sibuk bekerja.

Senaman Pertama – Regangan Sisi

Untuk membantu mengecilkan saiz pinggang anda dan memastikan tulang belakang anda sejajar dan kekal lentur, regangan sisi adalah senaman yang paling sesuai untuk anda lakukan di meja pejabat anda. Anda boleh melakukannya dengan mengangkat lengan anda melepasi paras kepala atau letakkan tangan anda di bahagian pinggang atau pinggul. Kemudian, gerakkannya secara perlahan-lahan ke setiap sisi kiri dan kanan seberapa jauh yang boleh. Pastikan kerusi anda berada dalam keadaan stabil agar anda tidak terjatuh semasa melakukan senaman ini. Anda boleh melakukan aktiviti ini beberapa kali dalam sehari.

02

01

03

Senaman Kedua – Angkat Lengan

Untuk mengelakkan berlakunya Sindrom Carpal Tunnel, (sejenis penyakit yang berlaku akibat bebanan tekanan di bahagian pergelangan tangan), peredaran darah yang lemah dan peningkatan berat badan, anda boleh melakukan senaman ini. Terdapat beberapa kaedah yang boleh anda lakukan. Caranya, luruskan lengan anda dan angkatkannya secara perlahan-lahan sehingga melepasi paras kepala anda. Anda juga boleh meluruskan lengan anda ke sisi dan angkat keduaduanya melepasi paras kepala. Selain itu, anda juga boleh menggerakkan lengan anda ke arah belakang badan anda. Setiap daripada pergerakan ini akan menggerakkan otot yang berlainan. Hasilnya, ia akan membantu meningkatkan kadar denyutan jantung anda buat sementara waktu dan meningkatkan kadar metabolisma badan anda. Rezeki

rezeki april2010-B.indd 70

70

April 2011

4/14/11 6:26:51 PM


Senaman Ketiga – Mengangkat Kaki

01 02

01 02

Senaman ini tidak memerlukan anda untuk berjalan atau berjoging di dalam pejabat. Anda juga tidak perlu berbaring dan mengangkat kaki ke atas untuk melakukan senaman ini. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah, duduk di tempat kerja anda, luruskan kaki dan angkatkannya secara perlahan-lahan. Anda juga boleh melakukan kawat setempat. Senaman ini akan menggerakan otot utama kaki anda. Bagi senaman otot pada bahagian betis, anda boleh mengangkat kaki anda dan berpijak dengan hujung jari kaki saja. Pastikan anda menggunakan kekuatan otot untuk kesan yang maksimum. Hasilnya pasti akan mengkagumkan anda.

02 01

Senaman Keempat – Senaman Bagi Mengurangkan Tekanan

Aktiviti regangan merupakan salah satu cara untuk mengurangkan stress di tempat kerja. Cuba anda lakukan aktiviti regangan yang kami cadangkan ini. Dengan perlahan, regangkan leher anda atau pusingkan kepala anda mengikut arah putaran jam. Cara ini dapat mengurangkan stress di bahagian leher dan di bahagian atas leher anda. Selain itu, anda juga boleh meluruskan lengan anda dan lenturkannya ke atas dan ke bawah bagi mengurangkan tekanan akibat bebanan menaip. Senaman ini dapat melindungi diri anda dari mengalami Sindrom Carpal Tunnel.

02 01

Jika selama ini anda bekerja di hadapan meja kerja anda selama 8 jam sehari, anda akan mendapati bahawa sebahagian daripada otot badan anda semakin lemah serta lilitan saiz pinggul dan pinggang anda semakin membesar dan bertambah. Cubalah lakukan senaman dan aktiviti regangan yang telah kami cadangkan tadi. Ia bukan saja membantu dalam mengurangkan penambahan berat badan, namun, ia juga mampu membantu dalam mengurangkan stress di tempat kerja. Jangan lupa untuk meluangkan masa bersenam selama beberapa minit. Hasilnya, anda akan semakin sihat bukan sahaja dari segi fizikal, malah emosi, mental dan spiritual. Selamat mencuba! Rezeki

rezeki april2010-B.indd 71

71

April 2011

4/14/11 6:27:01 PM


Gaya hidup

Kesihatan + Kesejahteraan

Tips Kesihatan Bagi Anda Yang Sentiasa Sibuk Bekerja

Kesibukan di tempat kerja menyebabkan anda lupa pada penjagaan diri dan kesihatan anda. Akhirnya, anda mengabaikan diri sendiri terutamanya dari segi kesihatan anda. Jangan salahkan diri sendiri, kerana banyak cara untuk mengawal tahap kesihatan diri anda tanpa perlu mengambil masa yang lama. Bagaimana caranya untuk kekal sihat, walaupun anda terlalu sibuk hinggakan mengabaikan kesihatan diri anda? Jangan risau kerana kami akan kongsikan tips bagaimana anda boleh menjaga kesihatan tanpa perlu mengabaikan pekerjaan yang banyak itu. Jom, ianya tak susah pun untuk dilakukan? Anda sudah bersedia?

Makan secara sihat Pemakanan yang seimbang boleh menjadi satu masalah yang besar bagi sebilangan masyarakat kini. Yalah, restoran makanan segera ada di mana-mana, sedap dan cepat pula disediakan. Tak ramai yang mampu menahan diri. Alasan yang selalu didengar; “Saya tak ada masa. Beli saja senang�. Anda pernah dengar alasan ini? Ya. Memang senang kalau anda boleh beli saja. Ianya menjimatkan masa. Tapi di sini kami cadangkan agar anda membeli makanan yang sihat. Jauhkan dari membeli roti canai dan nasi beryani di kedai – kedai Mamak. Cuba dapatkan yang lebih sihat. Pasti ada pengganti yang lebih sihat. Contohnya anda boleh menggantikan teh ais dengan sebotol air mineral. Bukankah ianya lebih sihat dan lebih menjimatkan kos?

Melabur Untuk Skim Perlindungan Insuran Jika anda sibuk dan jarang berjumpa dengan doktor, kami cadangkan agar anda laburkan sedikit wang anda untuk skim perlindungan insuran kesihatan. Jika sesuatu berlaku, anda akan dirawat oleh doktor–doktor pakar dan semestinya terdapat banyak institusi kesihatan untuk dipilih. Kebimbangan anda mengenai kesihatan akan berkurangan dan anda juga akan berasa lebih selamat apabila dilindungi oleh insuran. Ada juga sesetangah majikan yang menyediakan kemudahan sebegini. Jumpalah bos anda dan bertanyakan hal ini.

Curi sedikit masa bekerja anda untuk kurangkan stres anda. Anda hanya perlu berjalan beberapa langkah atau berhenti seketika dari melakukan kerja harian anda. Percaya atau tidak, ini boleh mengurangkan stres. Ia juga akan membantu untuk lebih fokus sepanjang hari. Cuba cari masa pada hujung minggu untuk aktiviti santai - sekurangkurangnya sekali seminggu. Pergilah melancong, menonton TV, bersukan atau memasak. Aktiviti ini boleh dilakukan bersama keluarga. Anda tentu akan lebih bersemangat untuk memulakan kerja anda pada keesokkan harinya bahkan masa berkualiti anda dikongsi bersama keluarga. Lakukan perkara yang menggembirakan anda, stres anda pasti akan hilang. Tak percaya? Anda cuba sendiri.

Bila anda sibuk, senaman merupakan aktiviti yang paling malas untuk dilakukan. Betul tak? Semua orang sedia maklum, bersenam boleh meningkatkan tenaga harian dan stamina badan. Cuma masa yang menjadi penghalang, tapi anda masih boleh lakukannya walaupun jadual anda sangat ketat. Sebagai contoh, cuba anda menaiki tangga untuk ke pejabat dan elakkan dari menggunakan lif. Jika anda mempunyai urusan dengan rakan kerja anda, apa kata anda rajin-rajinkan diri untuk berjalan ke meja mereka dari anda menggunakan khidmat e-mel di hujung jari itu. Perkara kecil sebegini sebenarnya mampu untuk mengubah tahap kesihatan anda jika anda lakukannya setiap hari.

Kurangkan merokok dan meminum kopi apabila anda stres. Ia akan memberi kesan negatif dalam jangka masa panjang. Banyakkan minum air kosong akan membuatkan anda lebih segar dan bertenaga. Jika anda mengalami ketagihan merokok, anda boleh mencari penggantinya seperti lobak merah atau saderi. Pastikan pengganti untuk rokok ini sihat. Jangan pula anda makan pisang goreng atau kuih-muih yang manis dan berlemak. Ini akan membuatkan saiz pinggang anda semakin bertambah!

rezeki april2010-B.indd 72

Kurangkan stress

Banyakkan aktiviti bersenam

Kurangkan pengambilan nikotin dan kaffien

Rezeki

Tips-tips yang kami berikan ini semestinya tak mustahil untuk dilaksanakan walaupun anda sangat sibuk. Ingat, lakukan perkara-perkara kecil setiap hari; ia mampu membawa perubahan besar dalam diri anda. Siapa yang mendapat manfaatnya? Tentu diri anda sendiri. Anda pasti gembira dengan hasilnya.

72

April 2011

4/14/11 6:27:15 PM


Dapatkan Perspektif

Apa sahaja yang anda perlu tahu tentang industri Halal, semuanya ada pada kami - segala kemudahan, kepakaran dan perkhidmatan - khusus untuk keperluan pemasaran anda.

Global SERANTAU TEMPATAN

KDRC-10-pillarad-rezeki.indd 1

• MAKLUMAT PASARAN • KHIDMAT NASIHAT • PROGRAM BANTUAN TEKNIKAL • PROGRAM PEMBANGUNAN DAYASAING • KAJIAN KHUSUS • SEMINAR DAN LATIHAN • PERANCANGAN & PEMBANGUNAN JENAMA

KASEHDIA SDN BHD M - 2 - 20, P la z a D amas 60, J alan S ri H artamas 1 S ri H artamas 50480 K uala Lumpur M A L AY S I A t +603 6203 1 0 2 5 f +603 6203 4 0 7 2 e in f o @ kasehdia . com W w w w. kasehdia . com

4/1/11 6:15:05 PM


“...b panduuku restora an n Hala pertam l a d i dunia.” The Asia Street J n Wall ournal

Di mana sahaja kamu berada, pastikan Panduan ada bersama

s i r i pa n d u a n h a l a l K AS E HDIA pa n d ua n u n t u k m a k a n a n h a l a l + m i n u m a n + p e l a n c o n g m u s l i m KasehDia Sdn Bhd M - 2 - 2 0 , PLA Z A DAMAS , 6 0 , J ALAN S R I HA R TAMAS 1 , S R I HA R TAMAS , 5 0 4 8 0 KUALA LUMPU R , MALAY SIA T + 603 6203 1025 F + 603 6203 4072 E in fo@k ase h d ia.com w w w.k a s e h d i a.co m

AD-KDHG2011-rezeki.indd 1

4/1/11 5:36:22 PM


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.