Rezeki - Jun 2011

Page 1

Inspirasi Kejayaan

Semenanjung Malaysia RM7.50 Malaysia Timur RM8.50 Brunei  B$10 Singapura S$10

PP 15723/08/2011(028079) ISSN 2231-7155

kasehdia.com

Menarik di dalam...

Jun 2011 |

Isu No.3

Dapatkan pelabur untuk perniagaan anda ANDA rasa perniagaan anda akan gagal? Cara menganjurkan ACARA GEMILANG Anda cepat putus asa? Adakah rancangan perniagaan anda kurang kreativiti? Perlukah ijazah untuk menjadi usahawan?

Fokus

BAGAIMANA MENJADI USAHAWAN BERJAYA: berkepimpinan, daya saing, kreatif ...

Berani + Berkeyakinan + Gaya Indie =

USAHAWAN ALAF BARU! Menu Utama Rezeki: Nombor! + Ruang Niaga + Gemala + Inspirasi + Fokus + Personaliti + gaya hidup

rezeki mei 2011-cov-fa.indd 1

6/13/11 4:27:53 PM


rezeki ad size.indd 1

4/14/11 6:41:03 PM


Inspirasi Kejayaan TAWARAN ISTIMEWA UNTUK MASA TERHAD SAHAJA

Langgani sekarang!

Rezeki merupakan majalah keluaran dwi-bulanan yang menggabungkan perniagaan dan pekerjaan sebagai gaya hidup. Kandungan didalamnya berkonsepkan elemen yang segar, kreatif dan berinspirasi. Walaupun majalah ini lebih memfokuskan unsur perniagaan, juga bersesuaian bagi sesiapa yang mengimpikan kejayaan di dalam apa jua bidang perniagaan yang diceburi. Bertemakan “Inspirasi Kejayaan”, majalah Rezeki mampu menjadi inspirasi kepada pembaca untuk mencapai kejayaan. Siapa yang perlu melanggan? • Individu yang terlibat dengan sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS/ SME) • Individu yang terlibat dengan sektor komersial • Usahawan • Individu yang berminat untuk menceburkan diri dalam perniagaan

Borang Langganan Rezeki Saya ingin melanggan rezeki untuk:

Langganan akan bermula selepas pembayaran penuh diterima.

12 keluaran/ edisi

6 keluaran/ edisi

Nama: Organisasi:

Jawatan:

Alamat:

Poskod: Telefon (P):

Bandar: Telefon Bimbit:

Harga promosi untuk tempoh masa terhad (Semenanjung Malaysia sahaja):

Negeri: Fax:

Email:

Jumlah salinan Harga asal Tawaran hebat 12 edisi RM90 RM70 6 edisi RM45 RM40

Sila pilih cara pembayaran anda: Sila faks penghantaran wang anda / slip deposit ke +603 6203 4072 bersertakan nama dan alamat anda. No. Cek / Bank Draft: (Cek Malaysia sahaja) Sila sediakan cek atau draf bank untuk dibayar kepada KasehDia Sdn Bhd dan kirimkan ke pejabat kami di: M-2-20, PLAZA DAMAS, 60, JALAN SRI HARTAMAS 1, HARTAMAS SRI, 50480 KUALA LUMPUR, MALAYSIA Deposit ke nombor akaun KasehDia Sdn Bhd (001-219153-021) atau pemindahan bertelegraf melalui Kod Swift HBMBMYKL . HSBC BANK MALAYSIA, Lantai 2, HSBC Bangunan, No.2 Lebuh Ampang, 56100 Kuala Lumpur, Malaysia. HSBC Tel: +603 2050 7878 POS ATAU FAKS BORANG LANGGANAN ANDA KE: KASEHDIA SDN BHD M-2-20, PLAZA DAMAS, 60, JALAN SRI HARTAMAS 1, 50480 KUALA LUMPUR, MALAYSIA T: +6 03 6203 1025 F: +6 03 6203 4072

rezeki subs form.indd 1

4/14/11 7:51:22 PM


kandungan

Isu No. 003 = Jun 2011

46

21

28

nombor: Fakta, Figura & Trend Terkini

06

ruang niaga Kedai Teknologi

14 16

personaliti Insan+Model: Insan + Model: Temubual Bersama En Asep Ahmed Sastrawidjaja

46

GEMALA Pengurusan: Agihkan Tugas Jangan Terlalu Masuk Campur – 6 tips memberi kuasa kepada pekerja Pengembangan Diri: Pemimpin yang Baik Pengurusan Kewangan: Mudah Ke Nak Cari Pelabur? – 9 tips untuk mencari pelabur

Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 2

2

18 25 28

Jun 2011

6/13/11 4:50:40 PM


Š2011-2012 KasehDia Sdn. Bhd. Hakcipta terpelihara Pihak penerbit tidak akan bertanggungjawab atas segala maklumat yang terkandung di dalam penerbitan ini. Pihak penerbit/pengarang juga tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pendapat yang diaturakan secara tersirat atau tersurat kerana ia merupakan hasil penulisan peribadi penulis dan pihak penerbitan tidak akan memberi jaminan andai terhadap sebarang bahan yang berbentuk hak kerajaan, termasuk periklanan atau sebagainya di dalam penerbitan ini.

38

41

Industri Fokus: Pemasaran Produk Halal – Halatuju Masa Hadapan Perancangan Acara: Inginkan Acara yang Berjaya Penjualan & Pemasaran: 6 Cara Meningkatkan Jualan ISU FOKUS Isu+Analisa: Bagaimanakah Menjadi Usahawan Berjaya? - Berkepimpinan, daya saing, kreatif Isu + Analisa: Adakah Permulaan Anda Menuju Kegagalan? - 8 Faktor untuk Mengekalkan Perniagaan Anda

52

INSPIRASI Panduan+Idea: Jangan Putus Asa terhadap Impian Anda Panduan+Idea: Kreativiti dalam Menyelesaikan Masalah Panduan+Idea: Suntikan Muzik – Memotivasikan Diriku Pusat Sumber: 6 naskhah buku perniagaan pilihan kami bulan ini!

32 38 44

gaya hidup Kesihatan & Kesejahteraan: 7 cara mudah mengimbangkan kerjaya dengan kehidupan anda

21

10 41 56 60

62

52

Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 3

62

3

Jun 2011

6/13/11 4:49:40 PM


Layar Bahtera Bicara...... Pasukan Editorial Ketua Pengarang Hajjah Jumaatun Azmi ju@kasehdia.com Penolong Pengarang Kamal Mohd kamal@rezeki.com.my

Setiap manusia mendambakan kejayaan dalam hidup. Tetapi, apakah kunci untuk mencapai kejayaan? Bagaimanakah untuk berjaya? Hakikatnya, tiada jawapan yang tepat untuk soalan ini. “Semua orang telah ditetapkan untuk melakukan pekerjaan tertentu dan keinginan untuk pekerjaan yang telah disematkan di dalam diri masing-masing.” – Jalaluddin Rumi. Batasan yang anda hadapi tidak ditetapkan orang lain, tetapi diri anda sendiri. Ramai antara kami sudah menemui kegagalan walaupun belum sempat mengambil langkah pertama. Misalnya, anda mempunyai idea yang cemerlang untuk perniagaan baru, tetapi terlalu takut untuk menghampiri bakal pelabur untuk melabur dalam perniagaan baru anda. Di dalam artikel yang bertajuk “Mudah ke nak cari pelabur?” (ms 28–31) kami mengemukakan sembilan soalan yang anda perlu pertimbangkan supaya mendapatkan pelabur untuk perniagaan anda. “Manusia tidak dapat mencari lautan baru kecuali ia mempunyai keberanian untuk melupakan pantai.” – Andre Gide (Penulis Perancis, pemenang Nobel Sastera tahun 1947) Ramai yang lari diri daripada cabaran yang berada di luar tahap keselesaan sendiri dan berasa takut kerana berfikiran diri tidak cukup baik untuk menangani cabaran. Cabaran-cabaran yang dihadapi adalah untuk dipelajari dan menjadikan anda lebih kuat. Jangan lari daripada cabaran, hadapi cabaran dan teruskan mengejar kejayaan dengan niat yang baik. Seperti yang dihuraikan dalam artikel “Jangan putus asa terhadap impian anda” (ms 10-13) banyakkan bersabar dan jangan mudah putus asa!

Penyelaras Penerbitan Amri Sofi Penulis M. Ree RNA Aiman Salina Aziz Hanah Finah Rimau Kayu Haliza Ishak Marwani Omar Shariman Johari Penulis Sumbangan Haliza Ishak Penyelidik Dayana Nordin Rekabentuk Grafik Jawa Global Inc. Jualan & Pemasaran Nadia Yusof Phillip Ong Amlie Iswadi Muzita Mochtar Fazah Zuhainie Nadrie

Korporat Pengasas & Pengarah Urusan Hajjah Jumaatun Azmi Pengurus Besar Radha Vengadasalam Kewangan Mariana Omar

Penerbit

KasehDia Sdn Bhd M-3-20, Plaza Damas 60, Jalan Sri Hartamas 1 Sri Hartamas 50480 Kuala Lumpur, Malaysia Tel: +6 03 6203 1025 Fax: +6 03 6203 4072 Email: info@kasehdia.com www.halaljournal.com www.kasehdia.com www.worldhalalforum.com www.halalguides.com www.haqthemovie.com

Selamat membaca dan semoga anda mendapat ilham dan inspirasi dari edisi Rezeki yang ketiga ini!

Izin & Cetak ulang Majalah Rezeki ditulis dan diterbitkan dwibulanan untuk pembaca di Malaysia dan serantau. Bahan-bahan dari majalah Rezeki ini tidak boleh cetak ulang dalam apa jua bentuk pun tanpa izin bertulis dari penerbit. Artikel yang dikirim kepada pengarang akan diterbitkan berdasarkan budi bicara Pengarang. Kami tidak dapat menerbitkan semua artikel yang dikirim kerana ruang adalah terhad.

**Apakah pendapat anda tentang Rezeki? Hantarkan komen anda ke info@rezeki.com.my

Langganan & Pengedaran Untuk melanggan atau sebarang pertanyaan berkaitan pengedaran, perubahan alamat dan permintaan edisi terdahulu, sila hubungi +603 6203 1025 atau fax +603 6203 4072 atau email ke info@rezeki.com.my . Untuk mengelak kelewatan penerimaan majalah anda, kami memohon sebarang perubahan alamat dimaklumkan dengan segera.

Sidang Ketua Pengarang

Pencetak Art Printing Works Sdn Bhd 29, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur, Malaysia Pengedar Pansing Marketing Sdn. Bhd. Lot 557A & B, Jalan Subang 3, Subang Jaya Industrial Estate, 47610 Subang Jaya, Selangor, Malaysia.

Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 4

4

Jun 2011

6/13/11 4:35:37 PM


inspirasi

Panduan + Idea

Kreativiti dalam Menyelesaikan Masalah

Oleh: Shariman Johari

Minda kreatif adalah minda yang boleh mencetus idea-idea bernas dan unik. Idea-idea inilah yang akan menentukan kejayaan anda. Perniagaan merupakan salah satu saluran kreativiti, di mana dalam bidang perniagaan anda memerlukan jenama dan produk yang unik dan tersendiri juga lain daripada yang lain. Sesiapa sahaja yang cenderung melibatkan diri dalam dunia perniagaan semestinya individu yang kreatif.

Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 41

Mereka yang kreatif adalah individu yang dapat melihat sesuatu perkara atau sesuatu masalah dengan pandangan yang berbeza-beza. Mereka mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan melahirkan idea yang luar dari kotak pemikiran insan biasa yang normal. Menurut Mihaly Csikszentmihalyi, Flow and the Psychology of Discovery and Invention, ciriciri individu yang kreatif adalah seperti berikut: Individu yang kreatif mempunyai tenaga yang tinggi, namun mereka juga selalu statik dan pandai merehatkan diri. Pada masa yang sama, individu yang kreatif adalah seorang yang bijak dan juga na誰f. Individu yang kreatif mempunyai kombinasi sikap main-main dan disiplin atau bertanggungjawab dan kadangkala kurang bertanggungjawab.

41

Jun 2011

6/13/11 4:39:36 PM


Pasaran

Gayahidup

Trend

www.halaljournal.com

M a ja l a h u n t u k p e n g a l a m a n H a l a l s e jag at Ketahui keadaan semasa dengan The Halal Journal The Halal Journal adalah satu-satunya majalah yang tertumpu kepada hal-hal berkaitan Halal seperti makanan, lojistik, pensijilan dan kewangan, hingga pelancongan, percutian dan hiburan di Asia dan seluruh dunia. Kesedaran sejagat mengenai produk dan perkhidmatan Halal yang semakin berkembang (lebih dari yang dijangkakan) bukan hanya di dunia Islam, malah kini telah menjadi suatu kebiasaan di seluruh dunia. The Halal Journal adalah sumber maklumat pasaran Halal anda! • Menyediakan liputan tentang pasaran Halal serta isu-isu yang berkaitan. • Menganalisa secara mendalam mengenai sektor-sektor utama dalam pasaran Halal. • Merupakan ruang pengiklanan perdana untuk penggerak dan penggoncang industri Halal. • Memberitakan tentang pameran perdagangan dan gaya hidup serta persidangan-persidangan Halal antarabangsa. • 4 isu padat maklumat setahun. Dapatkannya di pasaran!

Untuk mengiklan atau melanggan The Halal Journal, layari www.halaljournal.com atau hubungi kami di info@halaljournal.com.

The Halal Journal adalah terbitan suku tahunan yang dihasilkan dan diterbitkan oleh

K a s e h D i a Sd n B h d M - 2 - 2 0 , P L A Z A D A M A S , 6 0 , J A L A N S R I H A R TA M A S 1 , S R I H A R TA M A S , 5 0 4 8 0 K U A L A L U M P U R , M A L AY S I A t +6 03 6203 1025 f +6 03 6203 4072 e info@kasehdia.com w w w w. k a s e h d i a . c o m

THJ-ad2011-rezeki.indd 1

4/1/11 6:24:07 PM


Nombor!

Susunan: M. Ree

Bagi usahawan dan perniagaan, statistik memainkan peranan penting dalam mempengaruhi strategi perniagaan. Seterusnya melalui nombor, seorang usahawan boleh juga menemui pelbagai peluang perniagaan. Oleh itu, berikut adalah antara statistik menarik yang mungkin berpotensi untuk membantu perniagaan anda.

Industri Automotif

Jumlah jualan kenderaan di Malaysia telah meningkat sebanyak 13%, 605,156 unit dalam tahun 2010, ini sungguh menakjubkan kerana jika dibandingkan dengan tahun 2005 hanya sebanyak 552,316 unit sahaja.

Industri Telekomunikasi

Pelanggan Singapura yang menerima jumlah panggilan telefon dari Malaysia membayar sekurang-kurangnya SG$1 (SG$0.80) per minit – kadar ini dijangka akan hanya mencapai tahap maksimum sebanyak SG$0.70 per minit pada bulan Mei tahun hadapan. Kini, nilai satu teks mesej pula adalah sebanyak SG$0.60 dan dijangka akan mencapai kos SG$0.30 pada tahun depan.

Industri Pemprosesan Makanan

Menteri Pendidikan Pelajaran Tinggi bercita-cita Sektor Pendidikan untuk menambah bilangan pendaftaran mahasiswa asing seramai 200,000 orang pada tahun 2020 , iaitu kira-kira tiga kali ganda berbanding dengan jumlah pelajar pada tahun 2010, iaitu seramai 87,000.

Di Malaysia, industri pemprosesan makanan adalah komponen yang paling penting dalam industri yang berasaskan agro-tani. Dalam tahun 2009, sektor ini telah menyumbang sebanyak 10% daripada pengeluaran domestik negara, dengan jumlah perdagangan lebih daripada RM21 billion dan mengeksport lebih daripada RM12 billion ke lebih dari 80 negara di seluruh dunia. Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 6

6

Penternakan Kambing

jenis kambing yang diternak di Malaysia pada masa ini adalah dari jenis baka daging, tenusu dan bulu.

Jun 2011

6/13/11 4:35:47 PM


Fakta, Figura & Trend Terkini!

Media Sosial

Industri Pembinaan

Menurut kaji selidik antarabangsa baru-baru ini, rakyat Malaysia mempunyai rakan-rakan di Facebook yang paling ramai, iaitu kirakira 233 rakan-rakan purata untuk seorang rakyat Malaysia.

Dusun Durian Harga durian akan meningkat naik apabila Malaysia mula mengeksport buah tersebut ke negara China!

Perniagaan Minuman

Menurut Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), agensi kerajaan ditugaskan untuk mempromosikan, menggalakkan dan memudahkan eksport perkhidmatan pembinaan Malaysia. Antara tahun 1986 hingga 2010, sejumlah 652 buah syarikat Malaysia telah diberikan projek di 49 buah negara termasuk India ($5.05bn), Saudi Arabia ($3.49bn), United Arab Emirates ($3.18bn), Qatar ($8.09bn) dan Libya ($5.27bn).

Oleh sebab kenaikan suhu iklim, En. Allawddin yang menjual air kelapa berkata “Biasanya, saya menggunakan sehingga 150 biji buah kelapa pada hari-hari biasa dan menjual sekitar 450 paket minuman.� Setiap paket berharga RM1.40.

Sektor Kesihatan

Bilangan orang dewasa yang obesiti meningkat daripada 4.4% pada tahun 1996 kepada 14% pada tahun 2006! Membeli-belah Barang Runcit!

RM2.30 sekilo gula selepas kenaikan harga sebanyak 20 sen pada bulan Mei. Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 7

7

Jun 2011

6/13/11 4:35:53 PM


Advertorial

Sutra Pilihan Ku

• Apa yang dimaksudkan dengan SUTRA?

Jawapan: SUTRA merupakan produk aromaterapi yang dikeluarkan oleh syraikat Tropical Bioessence Sdn. Bhd. yang beroperasi di Melaka. Dihasilkan berdasarkan penyelidikan dan pembangunan yang dijalan terhadap minyak pati dan ekstrak herba. SUTRA dalam bahasa Sanskrit bermaksud tali atau benang yang mengikat/mengabungkan semua benda menjadi satu. Maka di sini kami mengambil maksud SUTRA tersebut untuk diaplikasikan di dalam produk aromaterapi kami. Seperti yang diketahui, dalam diri kita terdapat tiga elemen yang mengimbangi kehidupan kita iaitu fizikal, minda dan jiwa. Ketigatiga elemen ini harus seimbang agar kita dapat mengharungi kehidupan. Contoh paling mudah adalah jika minda atau fikiran kita terganggu atau tertekan, apa akan jadi. Sudah pasti kita tidak boleh berfikir dengan betul/ waras, ini akan menyebabkan jiwa kita juga tidak tenteram. Begitu juga jika kaki kita sakit, bermakna fizikal kita dalam keadaan yang tidak sempurna, pasti fikiran dan jiwa juga terganggu kerana tidak dapat bergerak atau melakukan sesuatu perkara. Oleh itu di sini, kami menggantikan tali atau benang tersebut dengan bauan dan sentuhan untuk menyatukan ketiga-tiga elemen. Dengan kata lain, aromaterapi mampu mengimbangi sistem tubuh dengan merangsang aktiviti hormon dan psikologi minda kita. Deria bau memainkan peranan yang amat penting dalam mengawal

emosi kita. Apa akan terjadi jika kita bau busuk, wangi atau bau makanan?

• Apakah perbezaan antara produk aromaterapi SUTRA dengan produk-produk aromaterapi yang lain.

“Dengan kata lain, aromaterapi mampu mengimbangi sistem tubuh dengan merangsang aktiviti hormon dan psikologi minda kita.”

• Apakah SUTRA WELLNESS CENTER dan apakah kelainannya.

Jawapan: SWC merupakan sebuah pusat yang berfungsi sebagai pusat setempat untuk Pengedar dan pengguna SUTRA untuk mendapatkan produk, menghadiri taklimat seterusnya mendapatkan khidmat rawatan spa. Tujuannya adalah untuk memudahkan pengedar-pengedar serta pengguna untuk mengetahui produk Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 8

Jawapan: jika dilihat banyak produk berasaskan aromaterapi di pasaran tetapi kebanyakan menjurus kepada kosmetik dan toiletries. Tetapi bagi SUTRA, kami menyediakan produk yang mampu untuk melengkapi keperluan setiap elemen yang diperkatakan sebentar tadi. Daripada hujung rambut ke hujung kaki, dari dalam rumah ke dalam kereta, pejabat atau di mana-mana sahaja anda berada. Kami mempunyai beberapa kategori produk seperti inyak pati tulen, minyak pati campuran, massage oil, sabun, garam rendaman kaki, syampu dan gel mandian malah perfume. Jadi ini merupakan satu set lengkap armaterapi bemula dari kita bangun tidur, bekerja dan tidur semula. Kami tidak kecilkan skop penggunaan produk ini sebagai produk spa sahaja, malah ianya boleh digunakan di rumah seisi keluarga.

8

Jun 2011

6/13/11 4:36:01 PM


Advertorial

SUTRA dengan lebih jelas. Di masa hadapan, kami akan cuba memastikan setiap Pusat Edaran (SUTRA DC) ini akan dilengkapi dengan SWC. Ini kerana SUTRA DC akan berada di bandar-bandar utama di setiap negeri. Maka para pengedar yang berada di dalam rangkaiannya akan bertemu dan mendapatkan produk. Pihak HQ juga akan menjalankan taklimat dan sebarang kursus berkaitan di sini. Jawapan: Berkenaan kelainan SWC ini adalah kami lebih menekankan kepada hydrotherapy spa. Hydrotherapy adalah salah satu teknik mandian aromatherapy yang hampir sama dengan jakuzi Cuma hydrotherapy dilengkapi dengan: Buih-buih ultrasonic semulajadi • Kesan hangat daripada gelombang ultrasonik akan menghangatkan badan, tulang dan organ dalaman sambil melancarkan perjalanan darah. • Gelombang ultrasonik bertindak seumpama urutan terhadap 320 acupoint badan (total body massage) • membersihkan kulit dan pori-pori Ozon • Ozon akan membunuh kuman dan membantu mencerahkan kulit (whitening and body contour) • Membakar kalori badan. Ion-ion Negative • Mengimbangi ion positif yang terdapat di dalam badan Mandian ini juga dilengkapi dengan Mandian Hydroterapy yang dihasilkan oleh SUTRA sendiri. Terdapat 12 jenis minyak mandian yang dihasilkan daripada minyak pati tulen dan ekstrak herba. Mandian hydrotherapy terbahagi kepada 2 iaitu untuk leisure (relaxing) dan untuk merawat penyakit bukan kritikal seperti masalah kulit, melancarkan perjalanan darah, masalah pernafasan, hypertension, insomnia dan sakit otot (muscular pain). Setiap rawatan mempunyai campuran minyak mandian sendiri dan pengguna disaran untuk menjalankan khidmat rawatan ini selama beberapa hari (minima 3 hari). Selalunya kesan akan dapat dilihat dalam jangkamasa tersebut.

• Apakah peluang perniagaan yang ditawarkan Jawapan: SUTRA menawarkan pakej pengedaran dengan margin keuntungan yang menarik. Terdapat 2 pakej iaitu:

1 2 3

Pakej Stokis yang dikenali sebagai SUTRA SHOPPE. Dengan modal RM10,000, pengedar dijanjikan dengan margin keuntungan sebanyak 50%. Pihak Stokis boleh mencari seberapa banyak pengedar dibawahnya untuk menjamin kelancaran pengedaran stok tersebut. Pakej SUTRA BUSINESS BASIC (SBB). Dengan modal RM500, pengedar dijanjikan margin keuntungan sebanyak 30%. Pengedar SBB boleh mendaftar dibawah stokis yang terdapat di kawasan berhampiran atau secara terus berhubung dengan ibupejabat SUTRA. Pakej RAKAN SUTRA. Pakej ini ditawarkan kepada pemgguna yang mahu menggunakan produk SUTRA tanpa melibat pengedaran atau pun perniagaan. Dengan modal RM188, pengguna akan dibekalkan dengan produk asas SUTRA. Rakan SUTRA akan mendapat 10% diskaun untuk belian seterusnya dari mana-mana pengedar berdaftar.

Alamat SUTRA: Tropical Bioessence Sdn.Bhd. No. ST 519, Jalan Tunas Baru, Seksyen ¼, Kawasan Perindustrian MIEL, Masjid Tanah, 78300 Melaka Tel: 06-3842800, Fax: 06-3842900 Email: admin@sutraessential.com.my / tbesb@yahoo.com Website: www. sutraessential.com.my Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 9

9

Jun 2011

6/13/11 4:36:06 PM


inspirasi

Panduan + Idea

JANGAN PUTUS ASA TERHADAP IMPIAN ANDA

Oleh: Hannah Finah

u a a s l a l h l a k a “M

a m c a m ni!�

m p a u k e a w ak M “ an kembuuaanti? s

Bukankah kata-kata ini biasa kita dengari sama ada dari diri sendiri ataupun orang sekeliling? Kebanyakan dari kita sering putus asa dengan impian dan cita-cita bukan kerana diri sendiri tetapi kerana orang di sekeliling. Baik rakan sebaya, rakan pejabat mahupun keluarga sendiri. Di sini, suka saya mengingatkan jika anda menanamkan semangat untuk mencapai impian di dalam hati, minda dan naluri, tidak mustahil impian itu akan tercapai. Biar pun jika ia memakan masa yang lama. Jika anda percaya dan yakin bahawa anda mampu dan boleh melakukannya, janganlah menyerah kalah. Ubah cara pemikiran anda. Berikut adalah tip-tip yang ingin saya kongsi bersama.

Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 10

10

Jun 2011

6/13/11 4:36:17 PM


Jangan Takut Untuk Gagal!

Kegagalan itu merupakan lumrah hidup. Dari segi apa jua pandangan, kegagalan itu adalah pengajaran yang tidak dapat di ukur nilainya. Malah, pengajaran yang diperoleh dari kegagalan tidak dapat di peroleh dari mana-mana sumber baik buku mahupun Internet. Seterusnya, anda bacalah setiap perkataan dengan hati dan naluri yang terbuka. Pada hakikatnya, kegagalan itulah yang membakar semangat dan seterusnya membawa anda lebih dekat dengan impian yang ingin di kecapi. Usah takut pada kegagalan kerana ia hanyalah personafikasi ketakutan. Ketakutan itu hanyalah sekadar bukti palsu terhadap sesuatu yang di anggap benar. Betul, tidak saya nafikan jika kita di timpa kegagalan, terasa pedihnya hati dan letihnya minda umpama indeks kehidupan kita menghadapi kejatuhan yang menjunam. Maka dengan ini, ambillah sedikit masa untuk melayan perasaan kegagalan, rintihkanlah apa yang di pendam. Kemudian, teruskan perjuangan anda. Bangkit sepuluh kali lebih bertenaga untuk mengejar dan mengecapi impian itu. Pada kebanyakkan masa, kegagalan itu di anggap kejadian yang paling malang menimpa anda. Akan tetapi, hidup ini penuh dengan kesilapan dan kegagalan. Namun, Tuhan itu adil. Ada kalanya, kegagalan itu membuka pintu peluang dan anda hanya perlu belajar dari kesilapan. Sekiranya kesilapan di nilai secara positif, ia dapat mematangkan perwatakan dan pembawakan diri anda untuk menghadapi cabaran yang seterusnya. Kegagalan itu hanya sekadar penemuan jawapan yang salah. Teruskan perjuangan anda untuk mencari jawapan yang betul bagi membawa diri anda selangkah lebih dekat untuk mencapai impian anda.

Banyakkan Bersabar

“Wooosaa..�. Kesabaran itu merupakan anugerah. Tidak ramai yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Namun anda mampu melatih diri untuk lebih bersabar apabila berdepan dengan Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 11

11

Jika anda percaya dan yakin bahawa anda mampu dan boleh melakukannya, janganlah menyerah kalah. apa jua cabaran dan dugaan. Impian yang ingin di kecapi memakan masa. Mungkin bertahun lamanya, mungkin juga dengan sekelip mata. Tiada siapa yang tahu. Pastinya apabila kita mempunyai impian, kita telah pun menganalisa langkah-langkah, masa dan cara untuk mengecapi impian tersebut. Akan tetapi, perjalanan anda untuk ke destinasi yang di tuju tidak semestinya akan berjalan dengan lancar. Pastinya anda akan tersadung sebelum anda dapat menikmati pencapaian anda. Maka, di saat-saat kritikal inilah anda patut lebih banyak bersabar, tingkatkan usaha. Kesabaran itu akhirnya akan membuahkan hasil. Ingat! Pengalaman itu adalah apa yang anda peroleh apabila apa yang di ingini tidak dapat di kecapi.

Jangan SESEKALI Menyerahkan Impian Anda Kerana Ia Mungkin Menjadi Kenyataan Esok! Ramai di antara kita sering melepaskan impian dan angan kerana terlalu percaya bahawa impian itu mustahil untuk di kecapi. Ramai juga yang tidak sedar bahawa pada ketika mereka memutuskan untuk tidak lagi mengejar sesuatu impian itu, pada saat itulah pintu peluang terbuka luas. Sama ada kita memutuskan untuk maju kehadapan dan lepaskan peluang tersebut atau terus mengambil peluang keemasan tersebut dan merialisasikan impian itu. Siapa tidak kenal akan Tyra Banks? Seorang peragawati dan seorang usahawan

Jun 2011

6/13/11 4:36:24 PM


Pastikan anda masih berada dan menghala ke arah tuju yang betul. Apabila bersosial, bukalah minda anda untuk menerima cadangan.

t u l r e p“ eruskan usaha! perlu terus mencuba!�

!

u j a su m

er

t

Cekalkan hati

Terima segala nasihat dengan minda terbuka dan analisa segala pengalaman yang di kongsi bersama. Ingin juga saya ingatkan di sini bahawa bukan semua yang kita hendaki, dapat kita peroleh. Adakalanya, kita dapat menikmati apa yang kita inginkan. Namun, adakalanya terdapat sesuatu atau beberapa perkara yang perlu kita korbankan. Zig Zigler, seorang penulis dan seorang pakar motivasi ada mengatakan, kita dapat peroleh apa yang kita ingini dengan membantu orang lain untuk mendapatkan apa yang mereka ingini. Tetapi janganlah kita menghulurkan pertolongan sambil mengharapkan pembalasan. Berikan pertolongan dengan ikhlas. Mungkin balasannya tidak akan dapat di lihat dengan sekali gus tetapi yang penting, ikhlas dalam apa sahaja yang kita lakukan. InsyaAllah, kesenangan akan di anugerahkan pada saat-saat yang gentir. Teruskan usaha anda. Yakin dengan diri anda. Tabahkan diri menghadapi segala ujian yang di hadapi. Apabila hasilnya dapat di peroleh, berbanggalah dengan apa yang di kecapi. Buktikan kepada semua “Ya! Saya mampu dan telah pun merialisasikan impian saya. Inilah hasilnya!� Jangan menyerah kalah! Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 12

12

yang tidak asing lagi dalam dunia media dan bisnes. Beliau telah mengimpikan untuk menjadi seorang peragawati pada zaman remaja lagi. Banyak dugaan dan kegagalan yang dialami pada usia yang sangat muda. Dengan berkat, usaha dan semangat beliau untuk terus mengejar impiannya kini, beliau bukan sekadar seorang peragawatiterkenal,. malah beliau telah mendapat banyak peluang untuk berlakon, menyanyi dan kini mengacarakan rancangan yang di usahakan sendiri, The Tyra Banks Show dan America’s Next Top Model yang telah masuk musim ke-18. Jadi tidak mustahil untuk kita melakukan perkara yang sama. Diri kita masing-masing, adalah umpama semut yang kecil. Namun jika kita teruskan usaha dan tidak berputus asa, kita boleh membuktikan kepada dunia yang kita juga mampu melakukannya. Mungkin juga suatu hari nanti kita layak untuk di terbitkan dalam majalah Times mahu pun Forbes. Tidak salahkan jika kita mempunyai impian sebegitu besar? Walaupun impian itu seakan angan semata-mata.

Kelilingi Diri Anda Dengan Tenaga Positif

Pernahkah anda mendengar tentang Randy Pausch? Tidak? Beliau merupakan seorang pensyarah yang juga telah mengecapi impiannya untuk menjadi seorang Imagineer. Imagineer atau dengan erti kata lain Walt Disney Imagineering adalah samaran yang diberikan sebagai diskripsi dan gabungan Imagination dan Engineering. Imagineer atau jurutera bertanggungjawab dalam mereka dan membina taman tema

Jun 2011

6/13/11 4:36:32 PM


Disney, Disneyland. Beliau merupakan salah seorang yang telah mencipta Disney’s Magic Carpet Ride. Menjadi seorang Imagineer merupakan impian Randy Pausch seawal umur 8 tahun iaitu pada tahun 1969 di mana pertama kalinya beliau menjejak kaki di Disneyland. Pelbagai halangan yang perlu di lalui dan bermacam yang telah di lakukan sebelum berjaya menjadi seorang Imagineer. Randy Pausch telah meninggal dunia pada usia 47 tahun pada tahun 2008 kerana kanser pankreas. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah menyampaikan The Last Lecture di Universiti Carnegie Mellon. Dalam syarahannya itu, beliau menekankan betapa pentingnya untuk kita berpegang pada zaman kanak-kanak. Beliau juga menekankan untuk tidak selalu mengeluh, teruskan usaha, sentiasa kerja keras dan jangan putus asa. Walaupun telah mengetahui beliau menghidap kanser, beliau tidak sekali pun melayan perasaan sebagai seorang yang sakit dan tidak mampu untuk melakukan apa-apa. Tidak sekali pun beliau cuba meraih simpati dari sesiapa pun termasuklah isterinya sendiri. Dalam masa dua tahun sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah memikirkan pelbagai cara bagi anak-anak kecilnya untuk mengenali bapa mereka. Hasilnya, buku The Last Lecture; dimana beliau menceritakan pengalamannya untuk mencapai impiannya. Beliau hanya berpegang kepada kepercayaan dan keyakinan yang ada padanya sejak kecil lagi. Randy Pausch sentiasa mengingatkan dirinya bahawa ada kebaikan yang akan terhasil dari semua yang di lalui. Beliau sentiasa berfikiran positif dan optimistik . Ini kerana beliau tahu sekiranya dia melayan tenaga-tenaga negatif di sekelilingnya, maka sisa hidupnya akan berlalu begitu sahaja. Jika anda berkesempatan, cubalah baca cerita tentangnya kerana ceritanya itu memberi saya inspirasi dan saya berharap ianya akan memberi impak yang sama kepada anda semua. Kehebatan seorang yang menghidap kanser pankreas, mengejar mimpi tanpa mengira halangan dan dugaan. Menakjubkan!

Namun, Tuhan itu adil. Ada kalanya, kegagalan itu membuka pintu peluang dan anda hanya perlu belajar dari kesilapan.

i a b o p l e a h a c y “Sa

impian!�

Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 13

Kesungguhan kita untuk mencapai impian terukur apabila adanya usaha berterusan. Keinginan semata-mata tidak mampu untuk menampung dan merialisasikan impian anda. Apabila anda sudah nekad dengan apa yang ingin di kecapi, lakarkan strategi, letakkan jangka masa. Kemudian, dari masa ke semasa, pastikan anda mengkaji semula apa yang telah di lakarkan. Pastikan anda masih berada dan menghala ke arah tuju yang betul. Apabila bersosial, bukalah minda anda untuk menerima cadangan. Beri perhatian terhadap apa yang dibincangkan kerana ia mungkin dapat membantu anda mendekatkan diri dengan impian anda.

13

Jun 2011

6/13/11 4:36:37 PM


Ruang Niaga

Kedai Susunan: Salina Aziz

Sila kirimkan berita produk terbaru anda lengkap dengan butiran, foto resolusi tinggi dan alamat laman web anda kepada info@rezeki.com.

01: Sabun Muka Berpelembap SecretLeaf Secretleaf muncul dengan produk terbaru: Sabun muka berpelembap dengan minyak argan organik. Diformulasi dengan khasiat minyak argan, kolagen marin dan ekstrak likoris. Pencuci muka ini bertindak membersih sambil melembapkan kulit, menganjalkan wajah, mengurangkan kedutan dan garis halus serta mencerah kulit secara semula jadi. Ia turut membantu mengurangkan kesan parut dan sesuai untuk kulit sensitif kerana tidak mengandungi SLS. Secretleaf mengeluarkan produk yang bebas daripada sebarang bahan kimia dan berasaskan sumber semula jadi. Antara produk terlaris keluaran Secretleaf ialah Pure Oil Series 01, 100% minyak argan organik yang diimport dari Maghribi. Untuk mendapatkan produk berkualiti tinggi dari Secretleaf dan peluang perniagaan yang lumayan, sila hubungi 0162273818/3832/3817.

02: Syampu Herba Aktif Bebas SLS dan SLE Himalaya Himalaya Herbal Healthcare membawakan rangkaian baru syampu herba aktif — Gentle Daily Care yang 100% bebas daripada bahan kimia SLS dan SLE. Ia dirumus khas untuk kegunaan harian. Syampu ini lembut pada kulit kepala, melindungi keratin rambut secara semula jadi dan memberikan pembersihan yang efektif. Syampu ini diperbuat daripada protein rambut semula jadi, agen pembuih yang lembut dan diperkaya dengan ekstrak kacang kuda, amla, Black Myrobalan, Eclipta, likoris, inai dan Beach Almond. Syampu Gentle Daily Care Himalaya boleh didapati di dalam botol 200 ml pada harga RM13.90 dan 400 ml pada harga RM22.90 di farmasi, pasar raya besar dan butik Himalaya di seluruh negara. .

01

www.himalayahealthcare.com

02

www.secretleaf.com.my

03: Koleksi Haiwan Liar Swatch Pembuat jam dan barangan kemas Swiss Swatch memperkenalkan koleksi jam tangan terbaru yang bertemakan seni haiwan liar. Lima model ‘Irony Big’ muncul dengan selongsong aluminium hitam, dail hitam dengan nombor-nombor berwarna dan tali jam tangan kulit dalam corak Galuchat yang menarik. Model jam tangan terbaru ini memaparkan koleksi berfesyen liar dan bergaya daripada pembuat jam ranggi dan kekal popular.

03

www.sawtch.com

Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 14

14

Jun 2011

6/13/11 4:36:46 PM


Ruang Niaga

Kedai

04

04: Sistem Membersih Tangan Tanpa Sentuhan Dettol Inovasi Dettol yang pertama seumpamanya di dunia adalah Sistem Membersih Tangan Tanpa Sentuhan. Sistem ini menggunakan sensor automatik yang mendispens sabun antiseptik pada jumlah secukupnya dan boleh menghapuskan 99.9% kuman. Sabun antiseptik Dettol diperkayakan dengan bahan-bahan pelembap agar kulit sentiasa bersih, lembut dan terjaga. Boleh diletakkan di dapur atau bilik air, kit permulaan Sistem Perbersihan Tangan Tanpa Sentuhan Dettol boleh didapati dengan satu unit dispenser, satu pek sabun isian semula dan empat bateri AA (RM19.90). Pek isian semula muncul dengan wangian Asli dan Teh Hijau & Halia (RM16.90). Didapati di semua farmasi dan pasar raya besar. www.dettol.com

05

05: Teh Ais Perisa Lemon NESTEA® NESTEA® dari Nestle, memperkenalkan perisa teh ais lemon bermutu premium. Ramuan teh serbuk berperisa buah-buahan ini larut dengan mudah dan cepat. Ia tidak memerlukan air didih atau air masak. Minuman enak ini mengandungi khasiat kebaikan dan kesegaran teh dengan tambahan Vitamin C. Dua gelas teh ais perisa lemon NESTEA® memenuhi 100% keperluan Vitamin C yang disyorkan setiap hari. Boleh didapati dalam Pek Keluarga dan Botol dengan paket 65 g, dan Pek Uncang 13 g di pasar raya besar, pasar raya dan kedai runcit terpilih di seluruh negara. www.nestle.com.my

06: TAQA™SHAPE untuk Pengurusan Berat Badan dan Kesihatan

06

TAQA™SHAPE adalah produk nutraceutical yang dirumus berasaskan teknologi phytosome dari Itali yang terkini dan menjanjikan 100% penyerapan. Berperanan sebagai rumusan pengurangan berat badan yang efektif dan praktikal, TAQA™SHAPE bertindak melalui dua mekanisma tindak balas utama — melalui pembakaran kalori dan penapisan atau melambatkan proses penyerapan kalori. Ia diperkayakan dengan beberapa ekstrak phyto semula jadi yang berupaya mengatur penyerapan kalori dan kesempurnaan ekosistem usus. Selain mengurangkan berat badan, bahan-bahan bioaktif TAQA™SHAPE juga adalah bahan antioksidan yang paling poten sekaligus turut mengatur dan memulihkan sebahagian besar proses-proses penyakit yang serius akibat tindak balas radikal bebas. Banyak lagi kebaikan yang boleh didapati daripada produk ini. Harga: RM95.00 sekotak/30 uncang. Maklumat lanjut: 03-4148 1001/03-4131 1001 www.taqatropica.com.my

Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 15

15

Jun 2011

6/13/11 4:36:53 PM


Ruang Niaga

Teknologi Susunan: Salina Aziz

Sila kirimkan berita produk terbaru anda lengkap dengan butiran, foto resolusi tinggi dan alamat laman web anda kepada info@rezeki.com.

01: Netbook Berasaskan MeeGo™ Fujitsu

02: Komputer Riba Siri Volstro 3000 Dell

Fujitsu PC Asia Pacific melancarkan netbook berasaskan MeeGo™ buat pertama kalinya, iaitu Fujitsu Lifebook MH330 yang digabungkan dengan pemprosesan Intel Atom. Lifebook MH330 ini memaparkan antara muka yang baik dalam menikmati akses mudah kepada keseluruhan aplikasi boleh guna, termasuk perkakasan rangkaian sosial komputer dan kebolehan multimedia. Netbook ini dikuasakan grafik Intel GMA 3150 dengan lengkapan cakera keras 250GB untuk ruangan simpanan dan memori 2GB. Ia turut dilengkapi dengan pemain kamera web, skrin 10.1 inci back-light dan resolusi 1024 x 600. Kegunaan bateri 3 sel dan 6 sel masingmasing membolehkan gunaan netbook selama 3 jam hingga 7 jam. Harga: RM999.

Komputer riba siri Volstro 3000 Dell tampil dengan rekaan premium yang kukuh dan ketahanan bateri lebih 12 jam bagi beberapa model terpilih. Komputer riba perniagaan kecil yang pertama dilancarkan oleh Dell memaparkan SRS Premium Voice Pro untuk usahasama virtual yang terbaik. Tersedia dalam skrin bersaiz 13-, 14-, 15- dan 17-inci, model siri Volstro ini dipertingkatkan dari segi keupayaan berkomunikasi melalui Skype pra-pasang dan kebolehan menggunakan mana-mana perkhidmatan VoIP atau aplikasi persidangan video. Pilihan sekuriti disediakan dengan persediaan simpanan dan sokongan data 10 kali lebih laju dengan USB 2.0, pembaca cap ibu jari automatik dan produktivi yang dipertingkatkan. Harga bermula dari RM1,999.

Maklumat lanjut: 03-8318 3700 www.my.fujitsu.com

01

02

03

Maklumat lanjut: 1800-88-0301 www.dell.com.my

03: Telefon Pintar Perniagaan E7 Nokia Portfolio Nokia bagi siri telefon pintar perniagaan ditambah dengan pengenalan model baru E7. Telefon ini direka cipta sebagai pejabat bergerak yang berkuasa dan menyediakan penyelesaian produktivi utama bagi para profesional. Ia turut menawarkan akses mudah kepada e-mel peribadi dan pejabat mereka, menyunting dan berkongsi dokumen pejabat dan melihat fail PDF melalui Adobe Reader; akses intranet yang cepat dan selamat melalui VPN yang tersedia; resolusi foto tinggi dan video definisi tinggi (HD) menggunakan kamera 8 megapiksel dan flash LED kembar; memory flash dalaman 16G, siap sedia dengan USB untuk membolehkan perkongsian fail mudah. Harga: RM1,995. Maklumat lanjut: 1300-88-1600 www.nokia.com.my Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 16

16

Jun 2011

6/13/11 4:37:07 PM


Ruang Niaga 04 Telefon Bimbit Walkman™ W8 Sony Ericsson Telefon bimbit Walkman™ W8 Sony Ericsson memaparkan rangkaian telefon pintar yang lengkap dengan ciri-ciri muzik dalam bentuk Walkman. Alat ini menggunakan antara muka pengguna yang boleh dimuatkan mengikut cita rasa melalui akses satu-sentuh kepada aplikasi kegemaran pengguna. Telefon bimbit ini juga memberikan akses yang mudah dan cepat kepada senarai lagu dan pemain Walkman™. Model W8 didatangkan dengan headset stereo MH. Asas telefon pintar seperti app, peta dan e-mel turut dimuatkan bersama dalam fungsi W8. Selain itu, permainan video daripada Android Market™, layaran Internet, kamera megapiksel 3.2, fungsi rakaman video dan bicu fon kepala 3.5mm melengkapkan W8. Harga: RM799.00.

Teknologi

05: Televisyen Smart 3D LED Samsung Samsung Malaysia menampilkan rangkaian televisyen 3 Dimensi (3D) pintar yang lengkap dengan ciri-ciri kandungan dan aplikasi yang pelbagai seperti melayari Internet serta melihat akaun Facebook atau Twitter dengan menggunakan sambungan WiFi. Televisyen pintar ini membolehkan pencarian filem dan rancangan TV tertentu serta banyak lagi kandungan interaktif televisyen yang baru. Selain keupayaan membuat panggilan video yang dibuat melalui Skype tanpa headset atau kamera web (memerlukan satu peralatan tambahan), TV Samsung ini mampu menangani kandungan “mengikut permintaan” atau on demand yang memuatturun filem dan muzik atau menonton rancangan TV yang lepas. Televisyen Smart 3D LED didatangkan dengan empat siri dengan harga antara RM1,899 hingga RM16,999. Maklumat lanjut: 1 800 88 9999 www.samsung.com/my

Maklumat lanjut: 03-7808 2057 www.sonyericsson.com

04

05 06: Periuk Penggoreng Tekanan Udara Philips (AirFryer) Philips memperkenalkan revolusi masakan dengan periuk pengoreng tekanan udara yang memerlukan gunaan minyak yang sedikit. Pelbagai makanan boleh dimasak dengan menggunakan teknologi tekanan udara dengan mudah. Penggoreng Philips memiliki paten Teknologi Udara Laju (Rapir Air Technology) yang menggabungkan kitaran udara panas laju bersama elemen panggang untuk menghasilkan makanan bergoreng yang mengandungi hanya 20 peratus lemak berbanding dengan kaedah menggoreng biasa. Kepak ayam, kentang goreng beku, karipap dan roti canai adalah antara makanan yang boleh disediakan. Penggoreng Tekanan Udara ini turut dilengkapi dengan jam binaan dalam, kawalan suhu, aksesori pengasing makanan untuk menggoreng pelbagai makanan sekaligus dan penyahbau dalaman. Harga: RM1,199.00.

06

Maklumat lanjut: 03-7957 551 www.philips.com Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 17

17

Jun 2011

6/13/11 4:37:17 PM


gemala

Pengurusan

Agihkan tugas, Jangan terlalu masuk campur

6 tips memberi kuasa kepada pekerja!

Menurut Bank Dunia, pemberian kuasa adalah “proses peningkatan kapasiti individu atau kumpulan dalam membuat pilihan dan bagi mengubah pilihan itu kepada tindakan dan hasil yang dikehendaki.�

P

emberian kuasa mempunyai definisi yang luas, bermakna memberi para pekerja kuasa untuk mereka melakukan kerja mereka. Ini juga boleh bermaksud memberi sedikit kuasa kepada para pekerja barisan depan, menggalakkan maklum balas pekerja atau secara mudahnya, menunjukkan lebih kepercayaan kepada pekerja. Berikut adalah faedah-faedah kepada organisasi anda melalui pemberian kuasa kepada pekerja anda: Ia membantu meningkatkan prestasi pekerja; Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 18

18

Bagus untuk kesinambungan perancangan. Ramai pengurus dan ketua mahu memastikan apabila telah tiba masa untuk mereka meninggalkan syarikat, terdapat kelompok pekerja yang bersedia untuk menggantikan mereka; Pemberian kuasa membantu memecahkan sempadan komunikasi. Ini akan membantu untuk meningkatkan produktiviti dan membuat keputusan; dan Ia adalah peluang untuk menjadikan pekerja anda melibatkan diri dan juga akan membantu dalam menjadikan mereka lebih teruja tentang kerja mereka.

Jun 2011

6/13/11 4:37:24 PM


tidak perlu dihukum kerana membuat keputusan. Mendapatkan maklum balas daripada pekerja adalah penting. Apabila mereka merasa selesa setelah mengambil bahagian untuk menyelesaikan permasalahan dengan menawarkan cadangan-cadangan yang tidak ditolak secara mentah oleh pihak-pihak tertentu, mereka akan berasa lebih diterima dan bersedia untuk lebih bertanggungjawab!

Pemberian kuasa membantu memecahkan sempadan komunikasi. Ini akan membantu untuk meningkatkan produktiviti dan membuat keputusan.

2

Pekerja merasakan peningkatan kerjaya mereka tidak dipandang serius Dekati pekerja dan ketahui matlamat kerjaya serta kehendak mereka Ramai pekerja tidak merasakan yang peningkatan kerjaya mereka diambil serius oleh majikan. Dengan mengambil pendekatan yang lebih proaktif terhadap peningkatan kerjaya mereka akan membuatkan mereka rasa lebih terlibat dan bermotivasi untuk bekerja dengan lebih baik. Â

3

Dorong pekerja untuk menunjukkan sifat kepimpinan

Berikut merupakan 6 tips bagaimana anda boleh memberi kuasa kepada para pekerja anda pada hari ini!

1

Adakah pekerja menjauhkan diri daripada tanggungjawab?

Bukan semua pekerja ingin membuat keputusan mereka sendiri. Ramai antara mereka takut membuat keputusan yang salah yang menyebabkan mereka menjauhkan diri untuk menonjolkan keupayaan mereka. Dalam situasi sebegini adalah penting memastikan mereka

Ramai pekerja tidak merasakan yang peningkatan kerjaya mereka diambil serius oleh majikan.

Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 19

19

Ini merupakan salah satu cara terbaik untuk memotivasi dan memberi kuasa kepada pekerja anda. Sudah semestinya anda yang akan menentukan agendanya, tetapi ada banyak peluang untuk anda sebagai ketua bagi membenarkan pekerja anda menyelaras sebahagian atau keseluruhan mesyuarat. Ambil masa untuk bekerja dengan pekerja yang dilantik sebelumnya supaya mereka yakin dengan tugasan mesyuarat yang diberikan. Semasa mesyuarat, anda hendaklah berada di situ untuk menyokong mereka dan membantu dalam mana-mana bahagian mesyuarat tersebut yang mungkin suatu cabaran bagi mereka. Adalah lebih baik untuk memberikan sebanyak mana peluang kepada pekerja yang berlainan untuk mempengerusikan mesyuarat yang lain. Dengan membenarkan pekerja anda menunjukkan kemahiran kepemimpinan, anda akan mengembangkan mereka untuk peluang masa hadapan dan membuka peluang tambahan kepada diri anda sebagai ketua.

Jun 2011

6/13/11 4:37:30 PM


4

Berikan kebebasan membuat keputusan

Memberi kuasa kepada pekerja adalah menjadikan suatu situasi mencabar lebih baik kepada tetamu atau pelanggan. Anda tidak boleh mengehadkan tindakan dengan penyekatan dan menjangkakan hasil yang sama. Semestinya keyakinan dan latihan diperlukan, tetapi yang pentingnya adalah pekerja ingin menjadi sebahagian daripada kejayaan syarikat. Jika anda beri mereka ruang dan panduan untuk membuat keputusan-keputusan yang cepat, rasa tidak puas hati seorang pelanggan boleh berubah kepada suatu pengalaman yang menarik.

5

Batas antara majikan dengan pekerja

Satu kesilapan biasa yang dilakukan oleh kebanyakan pengurus adalah dengan mencampur tangan dalam urusan para pekerja yang boleh memberi daya saing yang tinggi. Anda perlu membuatkan para pekerja anda menyumbang ke arah lebih produktiviti untuk jabatan sertaorganisasi. Benarkan mereka menjadi lebih berdikari dan jangan campur tangan dalam tugastugas mereka. Pastikan sempadan jelas digariskan dari awal lagi, ini akan memastikan semua pekerja fokus dengan tugas-tugas mereka.

6

Galakan idea inovatif dan mencari ilham yang bersama

Perkara yang perlu dipahat dalam minda pekerja anda adalah setiap masalah mempunyai lebih dari satu jalan penyelesaian. Galakan pasukan anda untuk mencari ilham bersama-sama, kerana ini bukan hanya akan membantu menguatkan semangat berkumpulan, malahan juga biasanya akan menghasilkan idea dan penyelesaian yang terbaik. Jika pasukan anda mendapat penyelesaian terbaik yang berhasil untuk sesuatu masalah, dokumenkan ia sebagai sebahagian dari proses piawai

Pastikan sempadan jelas digariskan dari awal lagi, ini akan memastikan semua pekerja fokus dengan tugas-tugas mereka. Galakkan pasukan anda untuk mencari ilham bersamasama, kerana ini bukan hanya akan membantu menguatkan semangat berkumpulan tetapi juga biasanya akan menghasilkan idea dan penyelesaian yang terbaik. Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 20

20

untuk pasukan anda yang boleh diikuti generasi seterusnya jika tugasan itu perlu dijalankan. Dengan berbuat sedemikian, anda kini mempunyai satu prosedur piawaian yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk projek-projek pada masa hadapan. Bahagian terbaik proses ini dimiliki oleh ahli-ahli pasukan anda dan ia membantu mereka merasa lebih mempunyai kuasa dan meningkatkan pelaburan emosi mereka dalam projek tersebut, dan mereka boleh juga berasa seperti pemegang risiko (stakeholder) - jangan dikelirukan dengan pemegang saham (shareholder) - dalam syarikat.

Rujukan: Schweitzer, K. (2009), “Delegating Responsibility”, HYPERLINK “http:// businessmajors.about.com/od/employmentaftergraduation/a/ delegate.htm” http://businessmajors.about.com/od/ employmentaftergraduation/a/delegate.htm Ruger, K. (2009), “8 Ways To Really Empower Your Employees”, HYPERLINK “http://www.thebusinessmakers.com/special-features/ employee-empowerment.html” http://www.thebusinessmakers. com/special-features/employee-empowerment.html Dowling, T. (2010), “Empowering Your Employee”, HYPERLINK “http://www.thebusinessmakers.com/special-features/ employee-empowerment.html” http://www.thebusinessmakers. com/special-features/employee-empowerment.html

Jun 2011

6/13/11 4:37:36 PM


Isu Fokus

Isu + Analisa

Adakah pendidikan perlu bagi seseorang yang ingin bergelar usahawan? Soalan ini kerap ditanyakan oleh mereka yang memasang cita-cita untuk menjadi seorang usahawan. Sebenarnya ia bergantung kepada individu itu sendiri. Kadangkala mereka yang langsung tidak mempunyai latar belakang pendidikan masih boleh berjaya dalam dunia perniagaan. Oleh: RNA Aiman

BAGAIMANA MENJADI USAHAWAN BERJAYA: berkepimpinan, daya saing, kreatif ... Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 21

21

Jun 2011

6/13/11 4:37:42 PM


Alasan mereka adalah keusahawanan tidak memerlukan pendidikan yang tinggi, tetapi memerlukan kemahiran yang lain seperti kepimpinan, berdaya saing, kreatif dan Malaysia telah banyak melahirkan usahawan yang sebagainya. Ada juga yang berpendapat seseorang itu berjaya sejak sedasawarsa yang lalu. Malahan memang dilahirkan untuk menjadi usahawan atau segelintir daripada mereka telah pun bergelar ‘Born to be an entrepreneur’ dan kemahiranbilionair. Namun, percaya atau tidak Hakikatnya, kemahiran seperti ini memang telah ramai daripada individu ini sebenarnya bukan tertanam dalam diri mereka sejak kecil. tidak mempunyai latar belakang semua yang Persoalan yang sebenarnya bukanlah pendidikan yang baik. Memang benar, meninggalkan ‘Perlukah anda?’ tetapi ‘Inginkah anda?’. kisah-kisah kejayaan mereka banyak pendidikan Ramai antara kita sangat tersiar di dada-dada akhbar, malahan dan menceburi bernasib baik setelah mendapat ada antara mereka yang telah pun bidang peluang untuk melanjutkan pelajaran menerbitkan buku mereka sendiri. Dalam perniagaan ataupun tergolong dalam kalangan kisah mereka, mereka menceritakan itu berjaya. keluarga berada. Jika anda mempunyai bagaimana mereka telah berjaya hasil usaha peluang seperti ini, gunakanlah peluang itu mereka sendiri tanpa berlatarbelakangkan sebaiknya. Manfaatkanlah rezeki yang diberikan pendidikan dan tidak pun mempunyai ijazah. kerana terdapat banyak golongan yang kurang bernasib Pernahkah anda terfikir, apakah perlu bagi seseorang baik di luar sana. Golongan yang kurang bernasib baik usahawan itu untuk mempunyai ijazah dan mempunyai latar inilah yang biasanya meninggalkan sekolah dan tidak belakang pendidikan yang baik? Apakah dengan pendidikan menyambung pelajaran lalu melibatkan diri dalam yang tinggi, seseorang usahawan itu akan lebih berjaya perniagaan. Bagi mereka adalah sangat rugi menanggung berbanding dengan usahawan yang tidak mempunyai beban pinjaman pelajaran setelah tamat belajar nanti. pendidikan? Jika anda bercita-cita untuk menjadi seorang Sebaliknya, jika mereka melibatkan diri dalam perniagaan, usahawan, perkara ini perlulah dititikberatkan. mereka tidak perlu menanggung itu semua, malahan akan mampu menyara keluarga mereka sendiri. Perlukah bagi seseorang Hakikatnya, bukan semua yang meninggalkan pendidikan dan menceburi bidang perniagaan itu berjaya. usahawan mempunyai ijazah? Antara mereka yang meninggalkan pendidikan ini, hanya Sesetengah individu berpendapat bahawa untuk menjadi mereka yang menceburi keusahawanan dalam teknologi seorang usahawan yang berjaya, seseorang itu tidak perlu sahaja yang biasanya berjaya. Sebaliknya, keusahawanan mempunyai ijazah atau tahap pendidikan yang tinggi.

Bagaimanakah pula dengan Penididikan?

Usahawan tanpa pendidikan :: Golongan yang kurang bernasib baik inilah yang biasanya meninggalkan sekolah dan tidak menyambung pelajaran lalu melibatkan diri dalam perniagaan. Bagi mereka adalah sangat rugi menanggung beban pinjaman pelajaran setelah tamat belajar nanti. Sebaliknya, jika mereka melibatkan diri dalam perniagaan, mereka tidak perlu menanggung itu semua, malahan akan mampu menyara keluarga mereka sendiri.

Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 22

22

Jun 2011

6/13/11 4:37:49 PM


Apa kata orang ramai? Saya rasa gelaran ijazah dapat memberi manfaat kepada ramai orang, tetapi ramai juga yang berjaya tanpanya. Saya rasa kejayaan seseorang itu bergantung kepada individu itu sendiri dan bagaimana mereka menerapkan diri mereka dalam perniagaan. Terdapat juga profesionprofesion seperti doktor, peguam dan guru di mana ijazah diperlukan.”

Banyak input yang berbeza diperlukan untuk keusahawanan yang berjaya dan salah satu yang paling penting ialah kemahiran keusahawanan. Individu yang bermotivasi tinggi memerlukan kemahiran yang tepat untuk mengenal pasti peluang keusahawanan dan untuk mengubah projek keusahawanan mereka ke dalam matlamat yang berjaya yang boleh dicapai melalui latihan yang betul dan bimbingan yang baik.”

– Dzameer Dzul, jurumekap artis

– Ehsan Sulaiman, pemilik restoran

Pendidikan akan selalu membantu, tetapi kadangkala apabila anda mengetahui terlalu banyak anda akan gagal untuk menjangkau keperluan masyarakat umum. Dengan pendidikan formal anda akan mendapatkan pekerjaan yang baik, tetapi pendidikan diri dan menentukan bila perlu mengambil risiko itulah yang boleh mendatangkan keuntungan berjuta-juta kepada anda.”

Keusahawanan adalah sebuah gaya hidup, bukan kerjaya. Kerana anda bekerja untuk diri sendiri, anda boleh mempunyai ijazah apapun yang anda inginkan. Dalam hal itu, ijazah akan memberikan pengetahuan tentang industri yang anda pilih untuk memulakan perniagaan.” – Muhammad Amin, pemilik Petrol Kiosk

– Amlee Yusof, pemilik perniagaan

dalam bidang kewangan, perubatan, perbankan, undangperjalanan ke negara-negara Western Nations atas urusan undang dan lain-lain memerlukan seseorang itu mempunyai perniagaan. Negara-negara ini biasanya mendiskriminasi tahap pelajaran yang tinggi. Bagi mereka yang berpotensi dalam status pendidikan apabila ingin meluluskan visa. menjadi usahawan dalam bidang-bidang ini, mempunyai Berhenti belajar sebenarnya bukanlah idea yang baik ijazah atau tahap pendidikan yang tinggi adalah digalakkan. dan tidak banyak membantu. Ribuan belia telah tertipu Terdapat satu kes di Nigeria, di mana ramai siswazah dengan ilusi mereka, iaitu meninggalkan kolej adalah kolej di sana telah berhenti belajar dan melibatkan diri resipi yang baik untuk menjadi seorang usahawan mereka dalam bidang keusahawanan kerana beranggapan yang berjaya. Hakikatnya, menyambung pelajaran itu mereka akan menjadi usahawan yang berjaya sebelum adalah risiko yang berbaloi untuk diambil kerana kita rakan-rakan mereka yang lain tamat belajar. Tidak perlu sedar bahawa bukan semua orang ‘Born to be seorang pun daripada mereka berjaya. Malahan, rakanan entrepreneur’. Mempunyai ijazah adalah produk rakan mereka yang tamat belajar dan menceburi bidang pertama yang perlu mereka tonjolkan dalam usaha keusahawanan yang lebih berjaya. Syarikat-syarikat mereka untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. merekalah yang telah berjaya menyertai perkongsian dengan syarikat-syarikat Pentingkah pendidikan multinasional di seluruh dunia. Sebenarnya ia untuk menjadi usahawan? Mereka yang mempunyai tahap bergantung kepada Adakah pendidikan perlu bagi seseorang pendidikan yang tinggi ini individu itu sendiri. yang ingin bergelar usahawan? sebenarnya mempunyai Kadangkala mereka Soalan ini kerap ditanyakan oleh keyakinan yang mantap serta mereka yang memasang cita-cita yang langsung matlamat yang jelas dan untuk menjadi seorang usahawan. ini telah membantu mereka tidak mempunyai Sebenarnya ia bergantung untuk mengambil peluang latar belakang kepada individu itu sendiri. yang terbentang di depan pendidikan masih Kadangkala mereka yang langsung mata. Sebaliknya, mereka boleh berjaya tidak mempunyai latar belakang yang tidak berpendidikan tidak dalam dunia pendidikan masih boleh berjaya dalam sesuai untuk bersaing dalam tahap perniagaan. dunia perniagaan. Sesetengah individu nasional ini. Mereka sekurangberpendapat, ianya banyak bergantung kepada kurangnya perlulah mahir bertutur kesabaran, kerja keras dan dedikasi. Sebaliknya, dalam bahasa Inggeris dan mempunyai kebanyakan usahawan yang berjaya berpendapat bahawa asas keusahawanan yang kukuh. Tambahan lagi, hanya mempunyai tahap pendidikan yang baik adalah penting mereka yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. sahaja mudah untuk mendapatkan dokumen-dokumen Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 23

23

Jun 2011

6/13/11 4:37:54 PM


Jadi, yang mana satu sebenarnya? Lebih baik seharian yang bukan datang dari kolej atau universiti. berpelajaran atau tidak? Jika anda mampu untuk belajar Lihatlah, di sebalik pendidikan yang berkualiti, anda dalam ijazah perniagaan, janganlah biarkan peluang itu juga perlulah mempunyai dan memperkembangkan terlepas. Anda sebenarnya sangat beruntung jika anda kualiti-kualiti yang betul dalam diri anda untuk menjadi layak ke kolej atau universiti khususnya menceburi seorang usahawan yang berjaya. Kualiti-kualiti yang bidang perniagaan. Anda perlulah mendedikasikan dimaksudkan termasuklah kepimpinan, daya inovatif, masa anda untuk belajar dan mengkaji semua yang telah kreativiti, membuat keputusan dengan baik dan sebagainya. disediakan kepada anda kerana pada masa hadapan, Walaupun anda mempunyai tahap pendidikan yang tinggi, anda boleh mengaplikasikan apa yang telah anda anda tidak mungkin menjadi seorang usahawan yang pelajari ke atas perniagaan yang anda jalankan. berjaya jika tidak mempunyai kualiti-kualiti seperti ini. Anda boleh memilih untuk belajar di universiti Oleh itu, kombinasi antara latar belakang atau kolej tempatan atau bagi individu yang pendidikan yang baik serta kualiti-kualiti Jangan lupa, mempunyai dana yang mencukupi boleh yang berguna ini adalah saling berkaitan habis belajar menyambung belajar di luar negara. dalam menghasilkan seorang usahawan sahaja tidak Apa yang penting adalah mengambil yang efektif dan berjaya. Jika anda mencukupi, berat akan pelajaran anda itu dan mampu memperoleh kombinasi ini, anda perlulah melaksanakannya dengan serius kerana ambillah peluang itu secepat mungkin. mengaplikasikan anda boleh menggunakannya pada Pendidikan bukanlah sesuatu yang apa yang anda masa tertentu kelak. Ketika dalam boleh dibeli dengan wang dengan pelajari dalam proses pembelajaran, anda perlulah segera. Tambahan lagi, anda boleh situasi kehidupan menggunakan pengetahuan anda untuk membina kemahiran-kemahiran yang sebenar. diperlukan dalam usaha menjadi kepentingan perniagaan anda nanti. seorang usahawan yang berjaya. Kesimpulannya, untuk menjadi Anda perlulah mengambil seorang usahawan yang berjaya, mempunyai bahagian secara aktif dalam pendidikan itu penting, tetapi apa yang semua aktiviti yang lebih penting adalah kebolehan seseorang dijalankan di kolej atau mengaplikasikan apa yang dipelajarinya universiti khususnya dengan menggunakan kemahiran dan yang memerlukan kualiti yang terdapat dalam dirinya. anda untuk melatih Ini bukanlah bermakna mereka yang kemahiran berkaitan tidak mampu untuk melanjutkan perniagaan pelajaran itu tidak mungkin menjadi seperti Planning, seorang usahawan yang berjaya. Controlling, Directing Jika anda seorang yang bermotivasi dan sebagainya. dan berazam untuk berjaya dalam Terdapat banyak ijazah bidang keusahawanan, anda boleh juga yang berkaitan dengan menggunakan pelbagai sumber yang perniagaan yang boleh anda terdapat di sekitar anda seperti internet, pilih seperti perdagangan, buku-buku, perpustakaan dan sebagainya. Anda pentadbiran perniagaan, ekonomi juga masih mampu memperoleh segala yang anda dan sebagainya. Pastikan anda memilih perlu tahu tentang keusahawanan dengan menjalankan bidang yang anda betul-betul minat dan yang anda mampu kaji selidik anda sendiri tanpa perlu menanggung beban supaya anda boleh menghabiskan pelajaran anda dalam kos yang tinggi. Tetapi perlu diingat, anda mesti membina tempoh masa yang ditetapkan. Jangan lupa, habis belajar sifat-sifat dan kualiti-kualiti yang betul dalam diri anda sahaja tidak mencukupi, anda perlulah mengaplikasikan supaya dapat bersaing dalam dunia perniagaan. apa yang anda pelajari dalam situasi kehidupan sebenar. Sesetengah usahawan tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang baik, tetapi mereka masih mampu berjaya dalam bidang yang mereka ceburi. Fakta yang sebenar Pentingkah pendidikan kepada usahawan? adalah terdapat ramai usahawan yang tidak mempunyai Persoalan ini hanya boleh dijawab oleh anda. Jika dana untuk belajar yang mencukupi. Sudah berapa anda bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan, kali anda dengar kisah-kisah usahawan yang bermula nilai dan perbaikilah kualiti-kualiti yang penting sehelai sepinggang dan akhirnya memiliki perniagaan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. yang mendatangkan untung yang banyak? Barangkali, Selepas itu, anda boleh menentukan sama ada ia mungkin memerlukan lebih daripada pendidikan. anda layak atau tidak bergelar USAHAWAN. Adalah sangat penting juga untuk menggunakan segala yang anda tahu atau pelajari menerusi kehidupan Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 24

24

Jun 2011

6/13/11 4:38:01 PM


gemala

Pemimpin yang Baik Pengembangan Diri

Oleh: Kamal Ismail

Menurut Lao-Tzu, seorang pemimpin yang baik adalah ketika kakitangannya hampir tidak sedar kalau “dia” ada, dan pemimpin yang kurang baik adalah ketika orang mematuhi dan mengalu-alukan “nya”, serta pemimpin terburuk adalah ketika kakitangannya meremehkan “nya”. Kepimpinan bukan bergantung sepenuhnya kepada jawatan. Status jawatan yang disandang hanya satu daripada punca potensi kepimpinan. Kejayaan kepimpinan adalah fungsi kedua-dua kuasa, iaitu secara formal melalui jawatan dan secara tidak formal yang bukan kerana jawatan, iaitu penerimaan kakitangan bawahan. Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 25

25

Jun 2011

6/13/11 4:38:06 PM


Seorang pemimpin tidak akan berjaya menjadi pemimpin yang berkaliber sekiranya dia tidak membina dirinya dengan sifat-sifat kepimpinan.

Kejayaan sesebuah organisasi bergantung ke atas prestasi kolektif pentadbirnya, iaitu orang yang mengarah kerja dan memimpin kakitangan keseluruhannya. Pemimpin secara bersendirian mesti mendapatkan kerjasama secara sukarela daripada kakitangannya dan rakan sekerja kerana proses kepimpinan memang melibatkan dua orang atau lebih. Dalam proses perhubungan ketua dengan kakitangan, terdapat banyak aspek yang perlu diberi perhatian. Seorang pemimpin tidak akan berjaya menjadi pemimpin yang berkaliber sekiranya dia tidak membina dirinya dengan sifat-sifat kepimpinan. Pemimpin itu sendiri yang mesti membentuk dirinya menjadi pemimpin. Seorang individu agak sulit untuk menjadi pemimpin sekiranya dia tidak memiliki sifat-sifat berikut:

1

Bertanggungjawab: Sebagai pemimpin, sikap bertanggungjawab adalah aspek yang paling penting. Ketua harus bertanggungjawab dalam menguruskan organisasi. Ketua harus mengambil tahu apa yang terjadi dan akan terjadi pada organiasasi dan kakitangannya. Dia harus tahu sama ada organisasinya berjalan dengan lancar, kakitangannya selesa dengan kerja dan tugas masing-masing.

Daya imaginatif dapat dipupuk dengan banyak membaca, mendengar dan menimba pengalaman peribadi yang baru dengan positif tidak menolak idea yang dikemukakan secara terburuburu, walaupun ia kelihatan kurang sesuai pada ketika itu, tetapi mungkin berguna pada masa hadapan.

2 3

Pengetahuan: Seorang pemimpin sebaikbaiknya mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam dalam bidang yang diceburinya. Pengetahuan yang luas boleh membantunya membuat keputusan yang bijak dan pertimbangan yang wajar. Pandai merancang: Seorang pemimpin harus mempunyai sikap pandai merancang. Keupayaan merancang menggambarkan kewibawaan dan daya mengawal pengikut sehingga pengikut dapat menurut arahan ketua Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 26

26

secara sukarela. Pemimpin yang baik mengutamakan ciri yang baik yang ada dalam diri pengikutnya. Sebagai pemimpin kita tidak boleh berat sebelah. Dengan kakitangan yang kita suka sebab dia lebih kacak atau cantik apa yang dia buat betul dan dengan kakitangan yang kita tidak suka benda yang kaburpun boleh jadi tuduhan. Ini akan membuka peluang orang bawahan menyampaikan pendapat dan pandangan.

4 5

Pembuat keputusan: Seseorang pemimpin itu membuat sebarang keputusan bukanlah melalui emosi. Keputusan itu mestilah keputusan yang terbaik dirasakan oleh pemimpin walaupun ada pendapat yang mengatakan keputusan itu kurang baik. Membuat keputusan memerlukan ketegasan, keyakinan dan keberanian. Daya imaginasi: Seseorang yang ingin menjadi pemimpin perlu mempunyai daya imaginasi yang positif dan membina. Daya imaginasi yang baik akan membolehkan seseorang menyelesaikan masalah secara paling baik dan paling efektif. Daya imaginatif dapat dipupuk dengan banyak membaca, mendengar dan menimba pengalaman peribadi yang baru dengan positif tidak menolak idea yang dikemukakan secara terburuburu, walaupun ia kelihatan kurang sesuai pada ketika itu, tetapi mungkin berguna pada masa hadapan.

6

Berlengah-lengah: Pemimpin yang suka melambat-lambat atau menangguhkan kerja, pemimpin jenis ini akan sentiasa memberi pelbagai alasan untuk melengahkan kerja atau untuk mengambil keputusan. Oleh itu, sikap melengahlengahkan kerja ini tidak ada dalam diri seseorang pemimpin atau ketua.

Jun 2011

6/13/11 4:38:13 PM


7 8 9 10

Tidak mudah terpengaruh: Melatih diri jadi pemimpin cuba tidak terpengaruh dengan keputusan majoriti. Orang yang suka pada keputusan majoriti biasanya akan memuaskan orang lain dan kadangkala terpaksa mengenepikan diri sendiri. Bagi melatih diri menjadi pemimpin, anda tidak seharusnya terikat dengan keputusan pemimpin. Ada masanya idea yang ditentang oleh majoriti ada kebaikannya. Sesiapa yang berhasrat untuk menjadi pemimpin perlu dapat melihat kebaikan dari idea yang ditentang.

Bagi melatih diri menjadi pemimpin, anda tidak seharusnya terikat dengan keputusan pemimpin. Ada masanya idea yang ditentang oleh majoriti ada kebaikannya. Sesiapa yang berhasrat untuk menjadi pemimpin perlu dapat melihat kebaikan dari idea yang ditentang.

Bercita-cita tinggi: Perlu bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang pemimpin. Perlu berazam kuat dan mengamalkan sikap bekerja kuat. Semangat mendorong diri sendiri harus datang dari dalam diri. Dorongan begini akan menolong mengatasi perasaan takut. Orang yang mempunyai dorongan dalam diri yang kuat tidak akan takut menghadapi dugaan. Mempunyai visi yang jelas: Seorang pemimpin benar-benar sangat dituntut untuk memiliki tujuan atau visi yang jelas yang ingin dicapai oleh organisasinya ataupun dirinya sendiri, jika tak ada visi maka hanya akan menjadi orang yang bekerja tanpa arah dan kejelasan, maka akan sangat mudah digoyangkan dan dihancurkan. Dapat berkomunikasi lisan dengan baik: Komunikasi merupakan sesuatu perkara yang tidak pernah terlepas dalam kehidupan seharian. Setiap hari kita akan berkomunikasi dengan pelbagai jenis lapisan masyarakat. Oleh itu, komunikasi dengan rakan sejatawan atau rakan sekerja mahupun dengan kakitangan harus dengan komunikasi yang baik. Ketika pemimpin memberi arahan dengan tegas, ramah dan penuh empati (kebolehan untuk memahami perasaan orang lain dan bersimpati) kepada kakitangannya akan berbeza dengan pemimpin yang memberikan arahan dengan kasar, tidak jelas dan dalam keadaan marah. Ini akan terlihat daripada hasil kerja kakitangannya.

Ketika pemimpin memberi arahan dengan tegas, ramah dan penuh empati (kebolehan untuk memahami perasaan orang lain dan bersimpati) kepada kakitangannya akan berbeza dengan pemimpin yang memberikan arahan dengan kasar, tidak jelas dan dalam keadaan marah.

Menjadi pemimpin bukan semata-mata kemenangan kerana dipilih atau terpilih, namun lebih daripada itu, sebagai amanah yang akan dipertanggungjawabkan di depan Tuhan. Pelbagai masalah dan dugaan yang harus dipikul sebagai pemimpin. Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 27

27

Jun 2011

6/13/11 4:38:22 PM


gemala

Pengurusan Kewangan

Mudah ke nak cari pelabur? Susunan: M.Ree

tips untuk menarik pelabur

Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 28

28

Jun 2011

6/13/11 4:38:34 PM


J

adi, anda sudah mempunyai idea yang bernilai jutaan ringgit dengan pasaran jualan yang berpotensi. Satu-satunya masalah ialah wang (juga dipanggil modal permulaan) untuk memulakan perniagaan. Mencari pelabur yang sanggup untuk melabur dalam perniagaan baru adalah amat susah. Pada akhirnya, hal paling penting yang dapat dilakukan oleh pengusaha untuk menarik pelabur adalah dengan membangunkan rencana yang jelas dan terukur untuk pertumbuhan perniagaan dan strategi untuk mencapai pertumbuhan itu. Di bawah adalah beberapa faktor yang perlu anda pertimbangkan untuk menarik para pelabur melabur ke dalam penigaaan anda.

kaedah perniagaan ini akan berjaya. Adakah anda pernah melaburkan wang anda sendiri ke dalam perniagaan? Anda perlu menyatakan pelaburan anda sendiri dalam perniagaan anda. Pelabur biasanya akan lebih berminat Kunci harta intelektual anda. Ini bermaksud, untuk melabur seandainya, pengusaha anda haruslah bertindak untuk mematenkan juga turut melaburkan wang sendiri dalam idea anda . ini bagi memastikan anda adalah perniagaan tersebut. Insentif untuk berjaya pemilik tunggal idea tersebut. Apa yang jauh lebih besar sekiranya pengusaha akan merangsang pelabur untuk melabur berani menanggung risiko kehilangan adalah mengetahui bahawa mereka adalah wang sendiri jika usaha gagal atau satu-satunya yang akan memiliki idea membuat keuntungan yang besar sekiranya perniagaan yang unik dan menakjubkan. pelaburannya berprestasi baik. Ramai Jika beberapa syarikat lain boleh datang pelabur lebih memilih untuk menaruh wang dan mencuri idea perniagaan tersebut, mereka di syarikat,s di mana eksekutif maka lupakan sahaja untuk mendapatkan memiliki saham dalam jumlah yang besar. pelaburan dari mereka. Luangkan masa anda untuk mendapatkan paten yang tepat.

Adakah anda melindungi idea perniagaan anda?

Adakah anda mempunyai rancangan perniagaan?

Sediakan satu rancangan perniagaan yang telus. Mana-mana projek memerlukan rancangan perniagaan. Rancangan perniagaan adalah dokumen yang meramalkan atau perancangan bagaimana sesuatu perniagaan atau bisnes akan beroperasi. Ini termasuklah rekaan asas perniagaan, iaitu bagaimanakah cara untuk mendapatkan wang? Satu rancangan perniagaan juga harus merangkumi laporan kewangan yang mempunyai anggaran kos, pendapatan dan aset untuk perniagaan selama beberapa tahun. Rancangan perniagaan berfungsi sebagai jalan bagi pengusaha dan pelabur untuk menunjukkan bahawa usaha dan Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 29

29

Pelabur biasanya akan lebih berminat untuk melabur seandainya, pengusaha juga turut melaburkan wang sendiri dalam perniagaan tersebut. Insentif untuk berjaya jauh lebih besar sekiranya pengusaha berani menanggung risiko kehilangan wang sendiri jika usaha gagal atau membuat keuntungan yang besar sekiranya pelaburannya berprestasi baik.

Jun 2011

6/13/11 4:38:40 PM


Apakah yang anda boleh tawarkan pada para pelabur anda?

Anda boleh tawarkan peratusan saham kepada para pelabur anda. Tapi ingat, bahawa wang yang anda minta bukan hadiah, tetapi sebagai satu pelaburan. Oleh itu, pelabur ini memerlukan sesuatu sebagai balasannya. Apabila anda menggabungkan syarikat anda, anda akan diberikan saham. (Jumlah tersebut berbeza berdasarkan jenis syarikat yang anda tubuhkan.) Dengan menukarkan wang pelaburan dengan saham atau stok, maka akhirnya perniagaan anda sudah mempunyai wang pelaburan untuk menjana perniagaan anda. Hal ini harus ditangani oleh peguam supaya tidak ada soalan dipersoalkan kelak. Ingatkan diri anda untuk tidak memberikan terlalu banyak peratusan saham perniagaan anda kerana anda mungkin memerlukan pelabur tambahan.

Adakah anda mempunyai kertas kerja perniagaan?

produk akan diiklankan. Pada peringkat inilah, anda harus menghabiskan masa dan wang untuk membuat pakej yang berkesan. Mungkin dalam format DVD atau diagram dan grafik. Hal ini seharusnya tidak kelihatan seperti laporan buku sekolah tinggi, tetapi biarlah sesuai dengan imej perniagaan anda.

Adakah anda merancang pendekatan yang akan digunakan dalam perniagaan?

Bentangkan rencana terperinci dan jelas untuk menunjukkan bagaimana pelaburan akan memberikan sumbangan terhadap pertumbuhan perniagaan. Secara ringkas, lapangan untuk pelabur seperti menunjukkan bahawa wangnya pasti akan meningkatkan perniagaan tersebut. Misalnya, tambahan pelaburan mungkin penting untuk membuka saluran pendapatan baru. Namun, pelabur tidak mungkin untuk memberi wang pada sesebuah perniagaan hanya sekadar untuk mempertahankan operasi yang ada sematamata. Secara umumnya, pelaburan untuk pengembangan modal mungkin lebih banyak berbanding dengan pelaburan untuk membayar operasi seharian.

Anda hendaklah membina imej yang kuat untuk perniagaan anda melalui pembentangan kertas kerja. Hal ini harus merangkumi jenis produk, mengapa terdapat permintaan yang tinggi, kos siap produk dan berapa yang akan anda caj untuk Buat senarai pelabur yang anda anggap akan satu produk. Sekiranya anda yakin dalam memberi sumbangan untuk syarikat anda. urusan ini, anda harus befikir bagaimana Pelabur ini mungkin termasuk kawan-kawan anda, ahli keluarga atau tukang bancuh air untuk anda pada setiap pagi. Anda juga dinasihatkan agar menyenaraikan juga Sekiranya anda yakin peneraju utama dalam industri yang anda dalam urusan ini, ceburi. Sebagai contoh, jika anda memiliki anda harus befikir sebuah gagasan untuk pembekalan telefon, bagaimana produk cuba tuah anda dengan membuat kajian akan diiklankan. Pada terhadap Celcom ataupun Maxis. Untuk pengetahuan anda pasukan penyelidikan dan peringkat inilah, anda pembangunan bukanlah idea yang teruk. Anda harus menghabiskan mempunyai paten anda untuk melindungi masa dan wang hak intelektual anda. (Jadi, sekiranya ada untuk membuat pakej pihak yang berminat terhadap perniagaan yang berkesan. anda, sudah semestinya mereka akan membayar anda dengan nilai yang tinggi.)

Siapakah yang harus anda dekati?

Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 30

30

Jun 2011

6/13/11 4:38:47 PM


Anda juga dinasihatkan untuk membentangkan rancangan perniagaan anda kepada kawankawan dan ahli keluarga anda terlebih dahulu. Sekiranya anda tidak memerlukan wang yang banyak untuk melabur dalam perniagaan anda, mereka yang terdekat dengan anda mungkin boleh membantu anda.

Apakah yang pembaca kami katakan? “Gaya tanpa bahan-bahan atau material yang betul adalah yang biasa penjahat lakukan. Jika tujuan anda adalah hanya untuk mengumpul wang, maka tinggalkan segala idea tersebut. Namun, itu adalah pekara yang paling bodoh anda lakukan jika ia benar-benar menghasilkan wang yang lumayan.” – Joe Hassan, pemilik perniagaan

“Pembentangan anda haruslah kreatif dan kritis, tetapi anda harus menyajikan sesuatu yang berkesan Sekiranya orang dapat memahami hal itu, anda tidak perlu meyakinkan mereka berulangkali. Fakta-fakta tersebut akan bermain-main di fikiran mereka kerana mereka dapat melihat bagaimana wang boleh mengalir masuk ke dalam poket mereka. Pada saat ini, anda hanya perlu memilih siapa yang benar-benar layak untuk melabur dalam perniagaan anda, kerana bukan semua orang boleh melabur dalam perniagaan anda.” “Kunci untuk mendapatkan seseorang untuk melabur adalah dengan memiliki strategi pemasaran yang baik (menunjukkan bagaimana anda merancang untuk membolehkan produk anda dijual) dan mempunyai unjuran Pulangan Pelaburan.” – Manimaran M., pegawai kanan penyelidikan

“Bagus kerana anda mengambil masa untuk bertanya tentang ini. Kebanyakan orang mempunyai idea, tetapi terlalu malas atau terlalu skeptikal untuk mendapatkan cadangan dan nasihat untuk meneruskan rancangan masingmasing. Saya setuju dengan kebanyakan orang yang mengatakan “mulakan dengan idea yang bagus”. Ini adalah BAHAGIAN YANG PALING SUKAR! Selamat berjaya dengan usaha perniagaan anda” – Zuriani Idris, mahasiswa

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 31

31

Hubungi pelabur di dalam senarai anda dan meminta waktu untuk duduk dan anda akan bentangkan idea anda. Apa yang penting dalam pertemuan ini adalah anda hendaklah yakin dengan perniagaan anda. Ini dikenal pasti sebagai faktor “x”. Mungkin orang lain mempunyai idea yang lagi hebat daripada anda, tetapi sekiranya para pelabur tidak nampak atau tidak yakin idea tersebut akan membuahkan hasil, maka wang pelabur mungkin akan tersimpan dalam saku mereka. Anda juga dinasihatkan untuk membentangkan rancangan perniagaan anda kepada kawan-kawan dan ahli keluarga anda terlebih dahulu. Sekiranya anda tidak memerlukan wang yang banyak untuk melabur dalam perniagaan anda, mereka yang terdekat dengan anda mungkin boleh membantu anda. Mereka mungkin lebih mempunyai kepercayaan terhadap karakter anda dan bukan hanya bergantung pada rancangan perniagaan anda semata-mata. Mereka ini dikenali sebagai orang budiman kerana mereka adalah pelabur tiket yang rendah (dua ribu hingga seratus ribu Ringgit Malaysia) dan mereka bersedia untuk melabur pada saat permulaan perniagaan anda. Pelabur yang lebih besar biasanya menunggu sehigga tahap kedua pembangunan perniagaan.

Buat penilaian balik dan kembali menyusun strategi!

– Francis Tang, pegawai bank

Rezeki

Sudahkah anda membuat temu janji?

Baiklah, sekarang anda sudah melakukan semua yang disebut di atas. Calon pelabur anda masih belum bersedia untuk memperuntukkan wang untuk perniagaan anda. Apakah yang akan anda lakukan untuk berhadapan dengan penolakan? Jangan merasa kecewa, cuba luangkan masa untuk merenung kembali temu janji yang terdahulu. Fikirkan bagaimana anda boleh melakukan dengan lebih baik pada pertemuan seterusnya! Jangan mudah menyerah kalah. Cuba pula anda dekati calon pelabur lain. Anda hanya akan menjadi lebih baik dan lebih kuat!

Jun 2011

6/13/11 4:38:53 PM


gemala

Industri Fokus

Pemasaran Produk Halal: Halatuju Masa Hadapan Oleh Dr. Saad Al-Harran & Patrick Low, Universiti Brunei Darussalam

Kepopularan makanan Halal di peringkat global boleh dikaitkan dengan semangat keagamaan, dan kepercayaan bahawa ia lebih suci, lebih sihat dan lebih sedap (Burgmann, 2007). Logo Halal kini sudah menjadi satu lambang pematuhan kualiti dan Syariah. Ada pula sesetengah pihak yang menghujahkan bahawa kepopularan Halal didorong oleh desakan pengguna untuk mengikut amalan agama atau keinginan agar diterima khayalak ramai, sementara ada pihak lain melihatnya sebagai satu lagi trend global yang semakin meningkat.

Labellabel Halal sepatutnya bukan sahaja perlu memberi keterangan, tetapi juga mesti jelas dan bermakna bagi penggunapengguna.

P

roses penyerapan atau asimilasi merupakan salah satu sebab makanan halal diterima secara besar-besaran di kalangan penduduk seluruh dunia. Makanan asing di sesetengah negara seperti Eropah telahpun diserap dan citarasa tempatan juga berubah-ubah. Konsep Halal boleh digunakan juga dalam segmen bukan-makanan, seperti kosmetik dan farmaseutikal, produk kebersihan diri dan pemakanan tambahan, percutian, seni, musik dan buku-buku; juga perkahwinan dan kewangan (Burgmann, 2007). Halal semakin pesat menjadi tekanan pasaran serta tanda pengenalpastian, dan kini memasuki pasaran aliran utama, mempengaruhi dan mengubah tanggapan tentang cara perniagaan diuruskan, termasuk dari sudut pemasaran. Pemasaran Produk Halal Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 32

32

Jun 2011

Sebenarnya, pengguna beragama Islam serupa sahaja dengan pengguna segmen-segmen lain dan berkehendakkan produk yang sihat dan berkualiti. Yang berbeza hanyalah produk itu mesti mematuhi keperluan Syariah. Pengguna akan memberi perhatian kepada produk yang dipasarkan dengan baik walaupun tidak bertanda Halal tetapi mereka akan membaca bahan-bahannya, berbanding dengan membeli produk yang berkualiti rendah tetapi mempunyai logo Halal.

1

Empat Perkara Asas Yang Perlu Dipertimbangkan dalam Pemasaran Produk Halal

Produk, Pembungkusan & Kualiti Apabila seorang Islam mengguna produk Halal, tindakannya adalah berdasarkan komitmen

6/13/11 4:39:01 PM


KESATUAN HALAL GLOBAL IHI Alliance adalah sebuah organisasi antarabangsa yang tidak berasaskan kepada keuntungan yang ditubuhkan untuk menegakkan integriti konsep pasaran Halal dalam perdagangan global melalui pengiktirafan, kerjasama dan keahlian. Misi kami adalah untuk menyebarkan manfaat Halal dan mengangkat Halal sebagai standard pilihan dunia. Melalui perkongsian strategik dengan Dewan Perniagaan Perdagangan dan Industri Islam (ICCI), kami berusaha untuk mengumpulkan pakar-pakar bertaraf dunia, tokoh-tokoh industri dan pemegang-pemegang saham yang memainkan peranan penting dalam rangkaian industri ini secara menyeluruh untuk menyelaraskan industri halal secara global. Kami menjemput syarikat, organisasi dan individu untuk menjadi ahli IHI Alliance dan menjadi sebahagian daripada inisiatif untuk membangunkan industri Halal global yang kuat dan kukuh.

Untuk mendaftar, maklumat-maklumat berkaitan faedah, kategori dan bayaran keahlian, sila layari:

www.ihialliance.org atau email kami di: info@ihialliance.org

INTERNATIONAL HALAL INTEGRITY ALLIANCE LTD (LG05848) 16-2, JALAN 27/70A, DESA SRI HARTAMAS, 50480 KUALA LUMPUR, MALAYSIA T +6 03 2300 1344 F +6 03 2300 1312 Usahasama THE ISLAMIC CHAMBER OF COMMERCE & INDUSTRY (ICCI)

masta ad THJ.indd 1

4/1/11 5:41:49 PM


terhadap prinsip dan ajaran Islam, selain daripada memerlukan produk tersebut. Namun sesetengah pengeluar makanan Halal mempunyai sikap memandang rendah terhadap pembeli. Mereka yakin bahawa Halalnya sesuatu produk itu sudah mencukupi untuk melariskan jualannya . Sikap begini perlu diubah. Kualiti serta keupayaan pembekal untuk sentiasa membekalkan produk Halal yang berkualiti perlu diwujudkan. Menurut El-Moeulhy (2007), sesetengah negara Islam yang kaya sumber minyak pernah mengimport ayam itik, daging dan produk tenusu daripada negara Islam lain yang kaya dengan pertanian dan ternakan lembu. Bagaimanapun pengeksport bersikap mengambil mudah dengan kerelaan pengimport untuk membeli dan adakala telah gagal untuk menjaga kualiti atau menepati beberapa komitmen lain.

Strategi pengiklanan Halal pula bergantung kepada sama ada pasaran tertentu mempunyai majoriti penduduk Islam atau bercampuran pelbagai etnik atau masyarakat.

Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 34

34

Namun setelah membuat beberapa aduan, pengeksport tidak berusaha langsung untuk membaiki atau memulihkan keadaan. Akhirnya pembeli pun hilang kepercayaan, dan mula mencari pembekal lain, termasuk dari negara bukan Islam. Ramai pembekal bukan Islam, yang mungkin tidak pernah mendengar atau makan makanan Halal sepanjang hidup mereka, telah berjaya membekal produk Halal kepada pasaran Islam. Sebabnya – mereka mengetahui pedoman pemasaran yang penting– iaitu pengguna ialah Raja! Pengeluar memahami bahawa produk Halal sahaja tidak mencukupi, ia perlu berkualiti tinggi. Hasilnya, banyak negara Islam mengimport kebanyakan daripada produk makanan Halal mereka dari Eropah, Australia, New Zealand dan Amerika. Pengeluar-pengeluar yang menamakan produk mereka mengikut makanan yang diharamkan, seperti ‘ham’ ayam Halal,’ bakon’ daging lembu Halal atau bir bebas alkohol boleh dianggap kurang prihatin. Ia boleh mengelirukan masyarakat Islam kerana“pengguna-pengguna Halal agak sensitif terhadap isu-isu ini” (Hairalah, disebut dalam Hazair, 2007a: 13). Label-label Halal sepatutnya bukan sahaja perlu memberi keterangan, tetapi juga mesti jelas dan bermakna bagi pengguna-pengguna. Tekniknya ialah untuk mengenalpasti dengan jelas sumber bahan-bahan makanan, lebihlebih lagi jika komponen-komponen makanan mengandungi unsur-unsur bukan biasa seperti nombor aditif makanan E (E-number), yang “boleh menimbulkan kekeliruan dan masalah untuk penggunapengguna Islam” (Junaidah Hj Abu Bakar, disebut dalam Han, 2007a: 5). Label Akreditasi Halal yang mudah dikenali akan menggalakkan pematuhan Syariah untuk pengguna Islam; bagaimanapun ia perlu dipaparkan dengan satu gaya huruf fon yang dapat membezakannya dengan cap dagang. Tulisan Arab yang kerapkali dikaitkan dengan Islam boleh digabungkan pada label produk tersebut.

Jun 2011

6/13/11 4:39:09 PM


2

Promosi, Perhubungan Awam & Pengiklanan Promosi dan penjenamaan ialah kunci untuk melariskan produkproduk Halal anda. Dengan mencipta jenama Halal, perniagaan meraih peluang untuk menyentuh kehidupan lebih ramai pengguna. Dengan membina keyakinan masyarakat Islam, Halal boleh menjadi jenama dengan tarikan tersendiri. Selain itu, penyertaan dalam ekspo dan seminar-seminar mengenai produk Halal hanya akan menjurus kepada penambahan jualan. Ia memberi kesedaran kepada pengguna Islam dan bukan Islam tentang kewujudan produk Halal dan pembekal-pembekal serta pemborong-pemborong Halal di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Strategi pengiklanan Halal pula bergantung kepada sama ada pasaran tertentu mempunyai majoriti penduduk Islam atau bercampuran pelbagai etnik atau masyarakat. Dalam pasaran majoriti Islam, strategi yang sesuai ialah menekankan ciri-ciri Halal dalam makanan berkenaan kerana ini lebih menarik bagi rakyat jelata. Bagaimanapun , dalam masyarakat berbilang agama, tanda Halal mengenai barangan itu akan berkesan untuk menarik pengguna-pengguna Islam. Di sini, untuk bukan Islam, kualiti produk MESTI ditekankan.

3

Penentuan Harga Jenama-jenama Halal mesti diwujudkan dan dibina. Jenama boleh menambah nilai kepada satu produk, membolehkan pengeluar menikmati keupayaan untuk menentukan harga lebih tinggi untuk produk mereka. Penjenamaan Halal yang baik, sementara menikmati harga lebih tinggi, boleh juga menarik pengguna-pengguna bukan Islam.

4

Tempat Seperti hujah Low (2007), syarikat-syarikat menjual produk-produk Halal sepatutnya responsif terhadap keadaan tempatan, misalnya menjual kepada negara-negara bermajoriti Melayu Islam dan / atau majoriti Arab Islam. Dengan

Logo Halal kini sudah menjadi satu lambang pematuhan kualiti dan Syariah.

Kesimpulan

Pada keseluruhannya, perniagaan dan pemasar perlu sedar bahawa pemasaran produk Halal adalah serupa sahaja dengan pemasaran produk-produk lain. Mereka juga harus sedar bahawa pengguna-pengguna Islam akan setia apabila keperluan mereka ditepati.

Nota: Artikel ini pernah diterbitkan dalam The Halal Journal, keluaran Jan+Feb, dan telah diubah dan diedit dengan kebenaran daripada The Halal Journal.

Proses penyerapan atau asimilasi merupakan salah satu sebab makanan halal diterima secara besar-besaran di kalangan penduduk seluruh dunia. Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 35

cara ini, syarikat-syarikat mempunyai satu pasaran yang berkembang dan medan perniagaan yang lebih besar. Walaubagaimanapun, dari sudut pengeluar, terdapat dua jenis pasaran untuk makanan Halal, iaitu pasaran negara bukan Islam , dan pasaran negara Islam. (El-Mouelhy, 2007) Untuk pasaran yang bermajoriti Islam, perniagaan perlu: i. Mengelak sikap merendahrendahkan pembeli dan ingat bahawa pelanggan ialah Raja, dan sentiasa menepati semua komitmen; ii. Memasti dan mengekalkan kualiti produk ; iii. Mengetahui budaya pengedar tempatan. Bila berbincang dengan pengedar, kita mesti memahami jangkaan mereka dan cara mereka mengatakan ‘Ya’ dan ‘Tidak’. Kita juga perlu sedia mempelajari cara untuk menggerakkan produk dalam apa jua budaya.

35

Rujukan • Asia Inc (2007) ‘The Brunei growth story: Brunei Premium Halal Brand’, July- August, p.82 • Burgmann, T. (2007) ‘Halal flexes its marketing muscle’, The Star, 22 July 2007. • El-Mouelhy, M. (2007) ‘Marketing Halal’ • Drury, A (2007) “Halal’s Place in New Zealand”, The Nelson Mail, 15 September 2007, p.14. • Evans, Hj A. ‘Halal: A New Market Identifier’, Excerpts from ‘Understanding the • Muslim Consumer’, The Halal Journal in The Brunei Times, 17 August 2007, p.6 • Han, S. (2007) Halal Brand Eyes First Product by Next Expo’, The Brunei Times, 20 August 2007, p.1. • Han, S. (2007a) ‘Labelling for Halal Products’, The Brunei Times, 20 August 2007, p.5. • Hazair, Hadthiah P.D. (2007) ‘Avoid ‘Haram’ Names for ‘Halal’ Food’, The Brunei Times, 19 August 2007, p.8. • Hazair, Hadthiah P.D. (2007a) ‘More Trade Than Getting Halal Seal’, The Brunei Times, 21 August 2007, p.13. • Hazair, Hadthiah P.D. (2007b) ‘Nestle Interested in Obtaining Brunei Halal Seal’, The Brunei Times, 20 August 2007, p.13. • Hazair, Hadthiah P.D. (2007c) ‘Branding Key to Making Halal Goods Click’, The Brunei Times, 26 August 2007, p.8. • Low Kim Cheng, P. (2007) ‘A Kazakhstan Perspective on Diversity’, The Icfaian Journal of Organizational Behavior, January 2007, p.18 - 32.

Jun 2011

6/13/11 4:39:16 PM


asan w a K : : N A I PERBEZA

R

A

AFE

B CARI PERBEZAAN :: Pembelian

FE CApasaraya

Halal 2.0 Perkhidmatan Makanan: Panduan Operasi merupakan buku yang

A nya Halal Pupertama sepertinya yang terdapat di dalam industri Halal. Ia merupakan an ak M Boleh suatu penambahan baru di dalam siri Panduan Halal KasehDia. g

ladan CARI PERBEZAAN :: Tatatertib (i) ternak ladang te A rnak B CARI PERBEZAAN :: Penampilan

KM

ESTORAN ASI AYAM

A Ayam Halal

10 KM

SHOASLEALJ

etu5lusan K :: N A A Z E B R RI PE

A UNYA

B

P

N RESTORAM NASI AYA

B

susu

pasaraya

SARDIN

SOSEJ

SOS

SARDIN

susu

HALAL

RSIH IALAH E B N A D I C U S G DAN HALAL KAWASAN YAN N A IB Y O H panduan BARANGAN YANG THOYIB SAN YANG T - Ini akanIALAH meningkatkan jualan A operasi W n a A Halal 2.0 n K u c ra e k Antara ciri-ciri Thoyiban yang utama: n a d n ra a m e cUA- NIni n menjamin kesucian makanan perniagaan p e r k h i d m dan ata n kualiti makana n etangan namat aKU ND Guna penyepitBuku atau sarung tangan pada kedua belah panduan ini berguna TIpPA Antara ciri-cirikepada Thoyiban yang utama: la GI ENk g Mk n e LAeM DA m i AS HL Penutup rambut mesti menutup seluruh rambut In IK N DA S LU TU AN juga kepada OYIBdan seluruh masyarakat L & TH Tidak meludah atau mengunyah makanan semasa berkerja MENJAGA TATATERTIB YANG THOYIBAN SEMASA BERKERJA SUASANA YANG SUCI DAN BERSIH MENGHASILKAN YANG TIDAK ROSAK - Ini akan meyakinkan pelanggan untuk membeli BARANGAN PRODUK YANG SUCI DAN BERSIH

BEER BEER BEER BEER BEER

Penampilan dan kebersihan pekerja Tidak memakai pakaian yang terdedah serta barang kemas

RNIAGAAN HALA individu rbal kkan peyang - Ini akan mengela

PE angka was Tidak menggunakan makanan yang ah telah kotor syak danatau anjatuh Penutup rambut, apron & tuala-tuala pengesat peluh dan kotoran

Antara

menceburi bidang a: operasi yangThoyiban Antara ciri-ciri yang utama: tamruang u g Penampilan bersih, tersusun dan tidak berbau busuk n a y n a ib y o h T perkhidmatan makanan industri Halal. i ir ciri-c a:

Beli barangan yang memiliki logo Halal yang sah

utam utup sa a Jauhi barangan yang memiliki logo Halal yang tidak disahkan kerajaan n ti aart n hahsekan oleh kerajte p m ngadis sa k ya lal g su Ha n u en o b T les u Samaada anda pemilik pengusahaan atautelah pekerja lal a Guna Ha n rb ka e ah b dis Jauhi barang yang lupus, busuk, karat atau rosak k ng a lal dan tidak Halal ganpya rarasiyatingdHa nya baran erka on pe Guna haw s n ji a sa a n t m a sli a p Mu K rka an m pu di dalam industri perkhidmatan makanan, gg am ra te lan to n basah dalam plastik berasingan Letakkannbarangan aripe dan Tidak menc h uk me urag untuk komakanan iri i-c rayasingja e sa anocir p a kk w nju a n nu k me sa n a a Tidak w d a K cian ini harus dimiliki. pastinya buku panduan asan untuk cu Asingkan kaw

Antara ciri-ciri

Thoyiban yang

Buku panduan ini diterbitkan untuk membimbing anda dalam memahami konsep halal, namun ia juga turut mengajar anda bagaimana untuk mengaplikasikan konsep Halal di dalam perkhidmatan penyediaan makanan.

S e m i n a r Pa n d ua n r e S to r a n H a l a l

SIAPA YANG HARUS MEMILIKI BUKU INI?:

+ Pengusaha Hotel + Pengusaha Restoran + Pelayan + Tukang Masak + Sesiapa sahaja yang menceburi bidang perkhidmatan makanan Maklumat penting: Buku ini bukan untuk dijual dan akan diberikan secara percuma kepada semua peserta Seminar Panduan Restoran Halal kami.

Halal2.0-rezeki2011.indd 1

B

4/19/11 5:39:43 PM

SOS


RM100.00 / seorang

rezeki mastaCS3-new.indd ad THJ.indd 18

2/10/11 4/1/11 1:30:18 5:16:05 AM PM


gemala

Perancangan Acara

Inginkan acara yang berjaya dan berprestij? Oleh Huzaimah Hashim

Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 38

38

Jun 2011

6/13/11 4:39:22 PM


Pernahkah anda menghadiri acara di mana anda berasa tidak selesa dengan perancangan acara tersebut? Contohnya: sistem bayaran yang tidak teratur; tempat acara yang tidak ada kemudahan asas seperti pengangkutan awam, tempat letak kereta dan sebagainya; penceramah tidak datang tepat pada masa; dan hanya ada 5 orang tetamu termasuk anda dan selebihnya pekerja tempat acara.

I

ni semua adalah contoh kegagalan dalam pengurusan sesebuah acara. Percaya atau tidak, kegagalankegagalan kecil ini sudah cukup untuk meruntuhkan kredibiliti anda sebagai seorang perancang acara. Pengurusan acara sebenarnya merupakan sesuatu yang rumit, tetapi dengan mengadunkan kreativiti dengan perancangan yang cermat, anda mungkin berjaya menghasilkan sebuah acara yang berprestij, berhasil memberikan impak positif dan mendapatkan pulangan. Sesebuah acara yang berjaya seharusnya memberikan kepuasan, bukan sahaja kepada para hadirin, malahan juga kepada perancangnya sendiri. Kata kunci lain untuk sesebuah acara yang berjaya adalah komunikasi yang baik, fokus dan konsisten. Setelah beberapa tahun bekerja dalam bidang ini, berikut adalah beberapa tips dalam pengurusan majlis yang dapat saya berikan.

Proses

Pengurusan majlis ialah sebuah proses. Kitaran dan jalan kerja proses harus logik dan boleh diguna pakai; jika anda sendiri merasakan ianya tidak logik ataupun tidak mungkin berlaku, carilah proses alternatif. Ia perlu boleh diterjemahkan, tidak hanya pada diri anda sahaja sebagai perancang, malahan kepada ahli kumpulan yang lain. Proses yang baik terhasil daripada kajian, reka bentuk, perancangan dan kerja-kerja produksi yang baik.

Tujuan

Tujuan perlu jelas! Mengapakah acara ini perlu dijalankan? Adakah ia wajar dilaksanakan? Adakah idea acara ini baik? Adakah pasaran (berdasarkan permintaan atau keperluan) untuk acara ini? Tujuan acara mungkin berbeza; ada yang hanya untuk pemberitahuan, promosi, pemasaran, pendidikan dan lain-lain. Walau bagaimanapun, tujuan perlu disokong dengan reka bentuk acara, penampilan, suasana, tema, aktiviti dan promosi. Dalam kata lain, bagaimanakah cara anda mempersembahkan acara ini? Tujuan dan reka bentuk kerja yang jelas akan membantu anda mencapai matlamat, mengurangkan risiko penolakan daripada khalayak ramai dan mencapai target pasaran yang tepat.

Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 39

39

Jun 2011

6/13/11 4:39:26 PM


Perancangan

Perancangan teliti merupakan aspek yang sangat penting, tetapi jangan luangkan terlalu banyak masa merancang hingga aspek-aspek pengurusan yang lain diabaikan. Kenal pasti sumber-sumber yang ada, paling penting sumber kewangan dan tenaga kerja. Soalan-soalan kritikal dalam perancangan yang perlu diselesaikan ialah: Bila? Di mana? Mengapa? Siapa? Bajet? Bantuan? Dari semasa ke semasa, jangan lupa untuk sentiasa semak sumber anda untuk sentiasa kekal dalam lingkungan sumber yang ada.

Program dan aturcara

Program atau isi kandungan acara juga penting — ini adalah sebab mengapa orang ramai mungkin menghadiri sesuatu acara. Sediakan juga aturcara majlis sebagai panduan orang ramai untuk tahu apa yang akan berlaku semasa acara berlangsung. Ia perlu sesuai dengan tujuan acara tersebut dijalankan; adakah mereka cuma datang untuk menyaksikan, mendengar ataupun untuk mengambil bahagian secara langsung? Bayangkan diri anda sebagai salah seorang daripada mereka yang mungkin menghadiri acara tersebut. Dengan ini, anda dapat menghasilkan suatu program yang baik, menarik, mendapat penglibatan positif dan memastikan semua dapat menikmatinya. Semua ini perlu jika anda mahu acara anda berjaya, disegani dan diingati!

Soalan-soalan kritikal dalam perancangan yang perlu diselesaikan ialah: Bila? Di mana? Mengapa? Siapa? Bajet? Bantuan?

Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 40

Promosi

Acara anda mungkin sesuatu yang sangat penting dan mutakhir, tetapi tanpa promosi yang baik dan berkesan, usaha anda cuma sia-sia. Promosi yang dijalankan perlu berupaya untuk menarik minat khalayak ramai dan mencetuskan keperluan untuk hadir dan mengambil bahagian. Ia harus memberikan alasan yang kuat mengapa ia perlu dihadiri, bermanfaat, menghibur, bermaklumat, menarik dan tidak patut dilepaskan. Gunakan pelbagai media promosi untuk menyampaikan mesej anda kepada orang ramai. Jaringan sosial (social networking) juga merupakan cara promosi yang sangat berkesan pada zaman sekarang. Tahukah anda bagaimana orang ramai mendapat tahu tentang acara anda? Jika anda tidak tahu, jangan mereka-reka — anda mesti cari tahu!

Produksi

Setelah segala perancangan dijalankan, pada hari acara, walau apapun yang terjadi, acara harus tetap dijalankan. Seorang perancang acara sangat perlu memahami dan menjiwai falsafah ini dan perlu lincah dan cergas dalam membuat keputusan mendadak (impromptu). Perancangan operasi perlu jelas seperti waktu kedatangan, tugasan setiap ahli pasukan, kontraktor, aturcara majlis, pengurusan risiko dan keselamatan.

Kumpulan, Komunikasi dan Kerjasama

Dalam pengurusan acara, tiada kejayaan tanpa sokongan kumpulan, komunikasi dan kerjasama yang baik. Pastikan ahli kumpulan faham dengan tugasan individu mereka, pastikan anda menyesuaikan kepakaran dan kelebihan mereka dengan tugasan yang diberi. Ini akan memberikan hasil yang lebih baik. Contohnya, janganlah memberi tugasan penyambut tetamu kepada seseorang yang pemalu, alamatnya tetamu terpaksa melayan diri sendiri dan mungkin tidak selesa! Acara adalah seperti suatu perkhidmatan, oleh itu sikap yang baik terhadap para hadirin adalah sangat penting. Mereka pasti akan ingat layanan yang baik dan mesra. Jadi, layanilah para hadirin di acara anda seperti mana anda mahu dilayani. Seorang perancang acara perlukan segunung tenaga, sejuta ketahanan terhadap tekanan dan mempunyai perasaan yang penuh (passion) terhadap pekerjaan ini. Jika anda sendiri bersikap positif dan baik, pasti kumpulan kerja anda juga akan memberi respons yang sama dan ia akan menjadi sesuatu yang boleh dinikmati bersama.

40

Jun 2011

6/13/11 4:39:31 PM


Individu yang kreatif akan tukar ganti antara imaginasi dengan fantasi. Orang yang kreatif tampak cenderung untuk bertindak secara berlawanan antara sikap keterbukaan dan introversi. Pada masa yang sama, individu yang kreatif selalu berasa rendah diri dan bangga terhadap diri sendiri. Individu yang kreatif akan mencapai satu tahap di mana mereka akan melarikan diri dari peranan jantina yang stereotaip dan mereka mempunyai kecenderungan androgini. Secara umumnya, mereka yang kreatif dianggap seorang yang memberontak dan bertindak secara bebas. Kebanyakan mereka yang kreatif amat bersemangat tentang pekerjaan mereka, namun mereka juga mungkin menjadi sangat objektif dengan kerja mereka. Sikap keterbukaan dan sensitif individu yang kreatif selalu menyebabkan mereka menderita kesakitan, pada masa yang sama mereka menikmati kejayaan yang paling hebat.

Bagaimana untuk Menjadi Kreatif dalam Berkumpulan atau Secara Individu Bagaimanakah untuk menjadi lebih kreatif dalam menyelesaikan masalah atau mendapatkan idea bernas? Cuba fikirkan Einstein, Newton, Picasso dan Edison, malahan di Malaysia sendiri saya merasakan mantan Perdana Menteri kita, Tun Mahathir juga individu yang kreatif. Lihat sahaja kesan yang mereka tinggalkan untuk dunia secara umumnya. Sudah semestinya mereka punya ‘senjata rahsia’ untuk menjadi kreatif dalam hidup mereka. Cuba gunakan beberapa prinsip ini dalam kehidupan harian anda, di tempat kerja mahupun dalam kehidupan perbadi anda.

Anggap Masalah itu ‘Harta Karun’ Masalah sekiranya dinilai dari sudut positif adalah sumber produk baru, pasaran baru dan juga peluang baru. Tapi masalahnya semua itu bukan apa yang kebanyakan kita lihat, bila berhadapan dengan masalah. Ramai juga yang mula berputus asa. Sedangkan masalah itulah yang membentuk sesuatu produk baru. Sebagai contoh, anda sakit kepala, maka ubat sakit kepala adalah penyembuhnya. Ubat sakit kepala itu satu produk. Contoh yang lain, ramai yang tidak berkesempatan untuk memasak untuk keluarga, itu menjadi masalah untuk kebanyakan ibu Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 42

Andai anda mahu menjadi seorang yang kreatif, belajarlah untuk tampil dengan soalansoalan yang sesuai untuk dipersoalkan. yang bekerja, maka produk baru yang boleh dipasarkan adalah makanan segera atau makanan beku yang boleh dipanaskan dengan segera. Nah! apa lagi, anda mahu lebih ‘harta karun’, ciptalah masalah baru dan jadi kreatif.

Bertanyakan Soalan Menyelesaikan masalah secara kreatif memerlukan proses pertanyaan soalan-soalan pada permasalahan yang timbul. Apa yang dimaksudkan di sini adalah soalan-soalan yang sesuai ditanya pada tepat masanya untuk meneruskan ke proses atau tahap yang berikutnya. Andai anda mahu menjadi seorang yang kreatif, belajarlah untuk tampil dengan soalan-soalan yang sesuai untuk dipersoalkan. Bila anda bertanyakan soalan, dengarlah jawapan dengan teliti tanpa membuat kesimpulan secara terburu-buru.

Pakar dan ‘Kurang Pakar’ Faktor untuk menyelesaikan masalah secara kreatif dalam kumpulan juga bergantung kepada pakar dan orang yang kurang pakar. Biasanya, orang yang kurang pandai dalam satu-satu kumpulan akan banyak bertanya 42

Jun 2011

6/13/11 4:39:41 PM


tentang sesuatu pekara, kadangkala soalan yang tiada munasabahnya. Namun, jangan pandang remeh kerana soalan-soalan yang diajukan itu mungkin membuka satu atau banyak idea yang bernas. Kelebihan pakar memang tidak dapat dinafikan lagi, mereka inilah yang akan menjadikan idea itu menjadi realiti. Peranan orang yang bijak pandai dan orang yang kurang pandai dalam sesuatu organisasi adalah untuk menyeimbangkan proses menyelesaikan masalah di tempat kerja.

Peraturan adalah ‘Alat’ Selalu kita dengar ‘peraturan untuk dilanggar’. Peraturan sepatutnya dianggap sebagai satu alat bukan sebagai halangan untuk menjadi lebih kreatif. Peraturan direka untuk menyenangkan hidup seseorang pada satu masa yang sesuai untuk digunakan sebagai praktikal. Peraturan seelok-eloknya berubah seiring dengan keadaan semasa. Bayangkan, kita masih perlu patuh pada peraturan yang tidak lagi relevan dengan keadaan sekarang. Ini boleh menyekat pemikiran kreatif untuk berkembang. Peraturan perlu diubah, ditukar atau membuangnya terus dalam carta polisi syarikat seandainya tidak lagi relevan.

Mencuri IDEA Ini rahsia BESAR! Ramai yang takut untuk menjadi kreatif kerana mereka tidak boleh berfikir mana-mana idea yang kreatif. Secara jujurnya, anda tidak perlu jadi kreatif pun, tapi jadilah pemerhati yang baik, pengutip idea yang baik atau mungkin pencuri idea yang bagus. Mencuri bukanlah mencuri dengan melanggar tatasusila kemanusiaan. Maksudnya di sini anda hanya perlu memerhati dan

Secara jujurnya, anda tidak perlu jadi kreatif pun, tapi jadilah pemerhati yang baik, pengutip idea yang baik atau mungkin pencuri idea yang bagus.

Rajin Berimaginasi Rajin-rajinkan diri untuk berimaginasi dan berfantasi. Imaginasi merupakan satu proses gambaran mental hasil daripada satu penghayatan. Anda boleh bayangkan hasil yang anda mahukan terlebih dahulu, kemudian gambarkan dalam minda anda dan teruskan mencipta lakaran tersebut. Setiap masalah anda mungkin memerlukan imaginasi yang berlainan, jadi keraplah berimaginasi. Jadikan imaginasi dan fantasi anda ini sesuatu yang berjaya. Jangan sekadar berangan-angan. Erm ... ini nampaknya senang dan mudah untuk dilakukan.

Penjanaan Idea yang Berunsurkan Lawak Percaya atau tidak, idea yang dihasilkan secara lawak atau secara santai selalunya menjadi. Masalah dapat dihadapi secara berkesan sekiranya unsur-unsur komedi dan lawak diterapkan dalam perbincangan bersama-sama dalam syarikat atau di tempat kerja. Semakin banyak unsur lawak digunakan dalam perbincangan semakin radikal dan kreatif idea yang akan dihasilkan. Idea-idea yang dihasilkan juga boleh menyelamatkan keadaan yang tegang dan tekanan di tempat kerja, di mana bila berlakunya keadaan ini boleh menyebabkan ketandusan idea kreatif dalam kalangan pekerja. : : Secara kesimpulanya, mereka yang kreatif dan mempunyai daya kreativiti yang tinggi adalah individu yang mempunyai daya untuk menyelesaikan masalah dan membawa pembaharuan dalam syarikat dan masyarakat sekeliling. Walau apapun masalah anda dalam perniagaan, ubah masalah-masalah anda kepada peluang-peluang baru, produk baru dan cara baru dalam sistem perniagaan anda.

Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 43

mengolah idea orang lain untuk menjadi suatu idea yang baru. Anda boleh gunakan dalam produk, servis dan juga kempen pemasaran anda. Mengikut pandangan Jimmy Vee, pengasas Gravitational Marketing — sebuah firma penasihat kepada ahli-ahli perniagaan atau individu awam —dalam menghadapi cabaran yang memerlukan langkah-langkah kreatif dalam perniagaan, seseorang atau sesebuah organisasi dinasihatkan untuk menggunakan semula idea-idea lama untuk projek baru, mencuri idea kreatif orang lain atau syarikat lain dan gunakan dalam projek syarikat sendiri dengan sedikit perubahan dan akhirnya cipta idea baru. Jadi, tidak salah untuk mencuri idea, tetapi pastikan anda bukan mencuri bulat-bulat idea pihak lawan anda kerana ia salah dan tidak beretika.

43

Jun 2011

6/13/11 4:39:47 PM


gemala

Penjualan & Pemasaran

Tingkatkan jualan! Kini, semua orang ingin menceburi dunia perniagaan dan meraih keuntungan. Matlamat utama adalah memaksimumkan jualan kerana tanpa jualan, apa juga bentuk perniagaan tidak akan membawa apaapa makna. Bagi memulakan perniagaan sahaja, kita telah mengeluarkan modal pemula (overhead capital) sebagai perbelanjaan yang pasti. Justeru, tujuan jualan sekurang-kurangnya adalah untuk membolehkan kita mendapat pulangan modal serta mengelakkan daripada menanggung kerugian. Di dalam kotak fikiran seseorang peniaga, perkara yang paling utama difikirkan adalah bagaimana untuk menghasilkan keuntungan di dalam perniagaan. Sebelum memulakan perniagaan, rancangan yang sistematik adalah amat penting dalam menjamin prospek sesuatu perniagaan tersebut, jangan main redah sahaja, akhirnya kita tersungkur sebelum sempat berjuang. Elemen penting yang perlu kita ketahui dalam perkiraan asas ini adalah bagaimana untuk menjamin jualan yang berterusan. Oleh: Rimau Kayu

FAKTOR PENGGALAK JUALAN

Kuasa Beli

Kuasa beli adalah titik-tolak pertama yang harus difikirkan apabila anda ingin memasarkan sesuatu produk. Menurut kamus Invetopedia, kuasa beli membawa maksud berapa jumlah produk atau perkhidmatan yang boleh dibeli dengan sejumlah wang dengan nilai tertentu. Para pengguna akan sentiasa memikirkan setiap sen yang dibelanjakan; kewajaran di sebalik pembelian dan sama ada amaun/ kualiti tersebut berpatutan dengan wang yang dibelanjakan. Kuasa beli juga boleh dianggap sebagai persuasive power tidak langsung di dalam proses penjualan produk.

Kualiti

Kualiti barangan jualan dan perkhidmatan mestilah setara dengan harga yang ditetapkan. Ia ada hubungkait langsung dengan kuasa beli para pengguna: sama ada setiap sen yang dikeluarkan untuk barang/perkhidmatan tersebut berpatutan (worth buying). Dalam konteks jual beli, kualiti menerangkan perihal produk di kaca mata pengguna. Ianya berkadar langsung dengan kesan ekoran daripada perbelanjaan di dalam memperoleh produk. Ini juga mempunyai kaitan dengan kepuasan pengguna di atas prestasi produk yang diharapkan.

Promosi

Promosi produk adalah untuk memperkenalkan produk baru kepada para

pengguna. Ia juga berperanan sebagai cara untuk menarik perhatian pengguna sedia ada tentang produk terkini atau ciri-ciri terbaru produk. Di dalam pasaran pengguna yang pesat, pastinya terdapat banyak persaingan daripada pengeluar/penjual yang lain. Oleh itu, promosi juga merupakan salah satu cara untuk memenangi hati para pengguna supaya beralih kepada keluaran/jualan kita. Inilah masanya anda menempah iklan-iklan berbayar untuk memperkenalkan produk anda. Tidak rugi berbelanja untuk tujuan pengiklanan. CARA-CARA MENINGKATKAN JUALAN

Insentif kepada Pekerja

Pekerja anda adalah aset yang berharga, selain rangkaian perniagaan anda. Mereka adalah penggerak utama, di sebalik objektif strategik perniagaan kita. Pengaktifan mereka di dalam membantu penggiatan perniagaan kita adalah melalui insentif yang bersesuaian kepada mereka. Manusia akan terdorong untuk bekerja dengan lebih dedikasi sekiranya diberikan motivasi tertentu. Contohnya, seorang jurujual akan menjadi lebih ‘agresif’ di dalam pemasaran produk jika beliau mengetahui ‘ganjaran’ yang bakal mendatang dan seterusnya bekerja dengan lebih dedikasi dan berdaya maju. Jadi, hargailah pekerja anda kerana mereka mungkin ‘lubuk emas’ anda.

Sasarkan Pasaran

Rangkaian sedia ada adalah aset yang amat berharga kepada seseorang peniaga. Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 44

44

Produk yang berkualiti tinggi, harga berpatutan tidak akan membawa apa-apa makna jika tidak dapat memanfaatkan rangkaian rakanrakan taulan, kenalan baru dan sebagainya.

Jun 2011

6/13/11 4:39:54 PM


Produk yang berkualiti tinggi, harga berpatutan tidak akan membawa apa-apa makna jika tidak dapat memanfaatkan rangkaian rakan-rakan taulan, kenalan baru dan sebagainya. Rangkaian yang besar bermakna; potensi pasaran kita juga sedemikian. Setiap anggota masyarakat di sekeliling kita berpotensi menjadi kumpulan sasaran pasaran. Bagi mencapai jualan yang dikehendaki, pemasaran perlu dirancang dengan teliti dan mengambil kira semua faktor yang disebutkan di atas. Adakalanya, kita perlu mencari jenis produk/perkhidmatan yang mempunyai permintaan tinggi dan juga mengenal pasti killer product yang melibatkan produk pelbagai (product varieties).

Tindakan Susulan

Keyakinan Pengguna

Keuntungan adalah melibatkan kedua-dua pihak; pengguna dan penjual kerana masing-masing mempunyai kepentingan antara satu sama lain.

Keyakinan pengguna ke atas sesuatu produk jualan sekiranya terdapat living evident semasa proses pengenalan produk. Demonstrasi produk merupakan salah satu cara untuk memberikan gambaran tentang kualiti serta keupayaan sesuatu produk. Orang ramai hanya akan mendapat maklumat apabila mereka membaca risalah produk dan belum tentu akan membelinya. Mengambil contoh produk pencuci; adalah lebih baik menunjukkan sendiri bagaimana ia dapat digunakan untuk mencuci kekotoran tertentu dengan berkesan.

Program Insentif Pelanggan

Kita tidak seharusnya lokek atau kedekut dengan idea bagaimana untuk mempertahankan kepercayaan dan keyakinan pengguna. Hasilnya, mereka akan menjadi pengguna yang setia dan sentiasa membeli produk/perkhidmatan kita. Mereka seharusnya wajar diberikan insentif yang berupa voucer diskaun, hadiah dan apa juga bentuk insentif yang menunjukkan penghargaan kita kepada mereka. Keuntungan adalah melibatkan kedua-dua pihak; pengguna dan penjual kerana masing-masing mempunyai kepentingan antara satu sama lain. Peniaga yang pandai menjaga hati pelanggan, pasti akan untung lebih, percayalah!

Sampel Percuma

Produk yang tulen merupakan sesuatu yang diharapkan oleh para pengguna. Ini adalah kerana ia mempunyai jaminan yang tinggi dari segi kesetaraan dengan maklumat yang terdapat pada risalah maklumat produk. Oleh yang demikian, Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 45

45

sampel percuma kepada para pengguna adalah amat berkesan kerana mereka dapat merasa sendiri apa yang didakwa oleh pengeluar/penjual. Maklumat sahih inilah yang akan banyak membantu di dalam peningkatan jualan dan meluaskan pasaran. Perlu diingatkan bahawa para pengguna adalah komponen penting di dalam pemasaran. Melalui merekalah akan berkembang suatu rangkaian para pengguna; penyebaran maklumat kepenggunaan kepada ahli masyarakat yang lain. Perkara paling penting adalah para pengguna yang setia serta repeat sale ke atas sesuatu produk tersebut.

Tindakan susulan amat perlu di dalam mempromosi barang/produk. Terdapat pelbagai manfaat yang boleh diperoleh hasil daripada tindakan susulan. Selain kaedah untuk meninjau hasil promosi barangan, ia juga dijadikan sebagai asas untuk mendapatkan maklum balas daripada para pengguna; sama ada aktiviti promosi dan pemasaran kita berkesan ataupun sebaliknya. Daripada itu, kita dapat menilai sejauh mana keberkesanan pelan pemasaran dan hasil jualan kita. Penilaian yang adil dan tepat adalah daripada para pengguna sendiri dan jika hasilnya kurang memberangsangkan, kita boleh memikirkan bagaimana pula tentang tindakan pembetulan (corrective action). Dengan sedikit penambahbaikan, perniagaan anda serta matlamat jualan yang disasarkan pasti akan meningkat. Bidang perniagaan adalah berasaskan kepada prinsip win-win situation antara semua komponen yang terlibat (pemilik perniagaan/peniaga, pekerja/ eksekutif jualan, pengguna/pembeli). Siapa yang tidak mahu untung dalam perniagaan, kan? Di dalam mengharungi suasana pasaran dan komersil yang amat kompetitif kini, kita sebagai usahawan tidak seharusnya pegun dan cepat berpuas hati dengan hasil perniagaan kita. Jualan, sebagai elemen utama di dalam perniagaan sewajarnya dipertingkatkan dengan perkiraan ke atas faktor-faktor penggalak jualan dan seterusnya pelaksanaan langkah-langkah yang proaktif di dalam usaha meningkatkan pulangan perniagaan (business revenue). Nah! apa lagi, bangkit dan terus maju, barulah usaha kita berbaloi-baloi.

Jun 2011

6/13/11 4:40:00 PM


personaliti

Berani + Berkeyakinan + Gaya Indie=

USAHAWAN ALAF BARU “Anda harus membina hubungan baik dengan pembekal anda”

Gabungan dua elemen yang merupakan kegemaran masyarakat di Malaysia. Sambil menikmati makanan yang lazat anda boleh membeli-belah pada masa yang sama! Itulah yang disajikan oleh Switchblade™ Kuala Lumpur yang beroperasi sejak tahun 2010. Sesuai dengan motonya yang berbunyi “Come for the clothes, stay for the food!” Kami telah berjumpa dengan Pengarah Urusan Switchblade™ Kuala Lumpur, iaitu Asep Ahmad Sastrawidjaja untuk berkongsi pengalaman beliau dalam membuka kedai gaya hidup ini. Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 46

46

Jun 2011

6/13/11 4:40:13 PM


Kecintaan saya pada makanan dan gaya hidup itu merupakan titik mula di mana saya bertekad membuka Swicthblade.

berkuasa tinggi. Saya sangat beruntung kerana sepanjang kerjaya, saya dapat merasa memiliki motorsikal berkuasa tinggi V-twin dan sekarang saya sedang membina semula kereta antik Chevy Impala tahun 1969 berkuasa 6600cc. Cinta saya pada makanan dan gaya hidup itu merupakan titik mula di mana saya bertekad membuka Switchblade™ Kuala Lumpur. Minat saya yang paling besar adalah pada rangkaian pakaian. Sebenarnya saya termotivasi untuk menjalankan perniagaan pakaian pada awalnya, walau bagimanapun ia diubah kepada konsep gaya hidup kerana kami merasakan ia adalah cara terbaik untuk mendidik pasaran dan masyarakat tentang gaya hidup Rockabilly. Satu lagi minat saya ialah jenama Nirve. Nirve adalah sebuah jenama Amerika Syarikat yang REZ: Bolehkah anda ceritakan menghasilkan basikal buatan tangan. sedikit tentang pengalaman Dengan idea yang berkonsepkan gaya anda sebelum Switchblade™? hidup ini, kami mempersembahkan kepada AAS: Setelah habis belajar, saya mengambil masyarakat suatu pengalaman tempat makan dan makanan yang baru dan segar. keputusan untuk terus berdikari dan memulakan kerjaya saya sebagai DJ, di Pulau Pinang. Dengan semua pengalaman REZ: Dari manakah anda saya dibidang ini, saya kemudiannya menceburkan diri dalam bidang pengurusan terfikir untuk mendapat nama Switchblade™? acara (events) yang membawa saya ke kota singa. Saya kembali ke Kuala AAS: Jenama Switchblade™ ini sebenarnya Lumpur (KL) dan bertugas di cawangan dari Belgium dan teman saya sebenarnya KL. Berbekalkan pengalaman saya itu, yang merupakan pemain peranan utama di saya berjaya mendapatkan beberapa sebalik jenama ini. Ia merupakan jenama projek daripada kalangan klien yang telah induk yang menghasilkan koleksi jenama mengenali saya sebelumnya. Dengan pakaian seperti LIQUORBRAND™, keyakinan dan nekad, saya membuat KOZUMIKKU™, HOTRODHELLCAT™, keputusan untuk meninggalkan syarikat SIX BUNNIES™ dan SB KIDS. di mana saya bekerja dan membuka syarikat sendiri. Perkara penting yang saya belajar dalam memulakan perniagaan REZ: Dari manakah anda ialah kita perlu ada “clientele” kita sendiri. mendapatkan modal? Adakah Alhamdulillah, dengan senarai klien pihak kerajaan turut membantu yang sedia ada, saya berjaya memulakan anda dari segi bantuan modal Initium Sdn. Bhd. yang masih beroperasi atau kursus untuk memulakan dan berkembang maju sehingga kini. perniagaan? Atau bantuan daripada keluarga?

REZ: Bagaimanakah anda mendapat idea untuk membuka kedai berkonsep seperti ini?

AAS: Idea di sebalik Switchblade™ Kuala Lumpur ini sebenarnya ialah perniagaan yang berlandaskan perniagaan berpremis (brick-and-motar). Dari dulu lagi saya selalu berminat pada makanan dan gaya hidup alternatif,iaitu ala ‘Rockabilly’! Gaya hidup ini sering ditemui di selatan Califonia, ia adalah campuran minat luncur air, kenderaan antik/vintaj dan motorsikal Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 47

47

AAS: Saya dan rakan seperniagaan saya tidak mempunyai banyak wang untuk memulakan perniagaan ini. Modal awal berasal dari aliran pendapatan Initium – syarikat kami dalam bidang produksi media dan perancangan/pengurusan acara. Switchblade™ merupakan pelan “expansion” syarikat daripada Initium. Alhamdulillah, dari situ, kami mempunyai modal yang mencukupi untuk memulakan perniagaan berpremis (brick-and-mortar) kami sendiri.

Jun 2011

6/13/11 4:40:21 PM


REZ: Bagaimanakah cara anda untuk mendapatkan stok barangan kerana kita dapat lihat kebanyakan jenama baju ini adalah dari luar negara? Sudah pasti ada cabaran dan halangannya, apakah cabaran dan halangan semasa anda berurusan dengan mereka?

AAS: Produk kami datang dari Eropah dan sebahagian besar daripadanya adalah dari Switchblade™ di Belgium. Saya sangat menghormati bangsa Eropah khususnya bangsa Eropah yang moden. Apa yang saya sukai tentang mereka ialah berkenaan dengan bahasa – komunikasi tidak pernah menjadi masalah bagi mereka. Walaupun bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua di sebahagian besar dari Eropah! Namun Bagi mereka, perniagaan adalah bahasa universal! Kini, saya berurusan dengan mereka, terutama kebanyakannya melalui e-mel dan Skype! Kunci untuk memastikan hubungan pembekal yang baik adalah kemampuan untuk mempercayai antara satu sama lain dan mempunyai profesionalism yang tinggi. Kami juga berkongsi jurang masa dan membuat temu janji untuk berjumpa di lokasi yang bersesuaian kerana ibu pejabat beliau di Eropah. Kami akan bertemu di Bangkok apabila beliau melawat rakan-rakan perniagaannya yang lain di Asia Tenggara. Selalunya pertemuan saya dengan beliau adalah dalam suasana santai sambil berbincang mengenai perniagaan kami sambil makan malam. REZ: Apakah cabaran yang dihadapi ketika mendirikan Switchblade™?

AAS: Pada awalnya, cabaran kami adalah untuk mencari produk yang tepat dan sesuai cita rasa tempatan. Apabila berbicara tentang pasaran dunia, setiap negara dan setiap daerah di sesebuah negara mempunyai keunikan dan cita rasa produk tersendiri. Perancangan dalam hal ini memakan masa yang agak lama dan pada waktu itu merupakan suatu cabaran bagi kami. Cabaran selanjutnya melibatkan pemahaman operasi bahagian belakang (back end) dan pengendalian restoran. Ramai teman saya yang terlibat dalam perniagaan makanan dan minuman telah memberitahu saya bahawa dalam perniagaan restoran, enam bulan pertama adalah waktu yang paling sukar. Kami harus benar-benar memahami perniagaan ini luar dan dalam. Hal ini jelas sekali tidak semudah tampaknya. Sebagai contoh,

Kunci untuk memastikan hubungan pembekal yang baik adalah kemampuan untuk mempercayai antara satu sama lain.

Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 48

48

Jun 2011

6/13/11 4:40:40 PM


apabila kita pergi ke sebuah restoran, kita memesan makanan dan kemudian makanan yang dipesan akan dihidangkan. Sepertinya mudah bukan? Tetapi pada hakikatnya, apabila kita mengendalikan sebuah restoran, kita sangat perlu mengetahui hujung pangkal operasi yang terlibat. Misalnya, ternyata ada sebab mengapa bahagian dapur mempunyai keluasan yang tertentu, terdapat pelbagai jenis peraturan yang perlu diambil kira dalam pengurusan dapur seperti piawaian HACCP dan lain-lain. Sebelum ini, saya sendiri tidak mempunyai pengalaman dalam bidang ini! Apabila mengingat kembali hari pertama Switchblade™ dibuka, ianya hari yang sangat lucu! Dua unit peti sejuk kami tidak berfungsi, kami kekurangan periuk untuk memasak dan kutleri pula tidak mencukupi! REZ: Sejak Switchblade™ mula beroperasi, apakah cabaran utama yang dihadapi?

AAS: Cabaran terbesar adalah untuk menyebarkan maklumat mengenai perniagaan kami; dalam kata lain, halhal berkenaan pemasaran. Pada saat-saat seperti ini, adanya isteri saya yang bekerja untuk perniagaan ini merupakan sesuatu yang sangat baik! Isteri saya, Deni A.B merupakanNaib Presiden Pemasaran di Switchblade™ Kuala Lumpur. Sebelum ini, isteri saya merupakan pengurus pemasaran di Harley-Davidson Malaysia dan juga berpengalaman luas dalam bidang pengiklanan di agensi pengiklanan. Kami tidak mempunyai banyak wang untuk dibelanjakan untuk pemasaran. Jadi, Deni harus mencari cara yang kos efisien untuk benar-benar memasarkan Switchblade™. Hal ini memang suatu yang sangat mencabar pada waktu itu. Sekarang, kami perlu mengimbangkan antara kos dengan pendapatan. Hal ini sangat rumit dan mencabar bagi sebuah perniagaan kecil kerana anda tidak boleh membelanjakan wang sewenang-wenangnya. Secara ringkasnya, selepas lapan bulan beroperasi, cabaran utama adalah mengimbangkan antara kos dengan pendapatan. Kami perlu menjadikan perniagaan kami lebih menguntungkan. REZ: anda memasarkan jenama anda? Apakah masalah yang dihadapi dalam pemasaran Switchblade™?

AAS: Deni pernah bekerja di HarleyRezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 49

49

Jun 2011

6/13/11 4:40:59 PM


Sebelum memulakan perniagaan adalah dinasihatkan supaya anda memiliki pengkalan data pelanggan. Jangan ambil risiko dan memulakan perniagaan jika anda tidak mempunyai pangkalan data pelanggan! Davidson Malaysia. Jadi, sejak awal lagi kami mendapat banyak bantuan promosi daripada wartawan-wartawan dalam bidang automotif/motor. Kami juga menaja katering untuk rancangan Melodi. Daripada penajaan kami di Melodi, rancangan Jalan-Jalan Cari Makan bersua dengan kami untuk membuat liputan. Wang tetap merupakan salah satu daripada isu utama yang kami hadapi. Masalahnya, kami tidak mempunyai banyak wang untuk dibelanjakan. Kami masih memerlukan dana untuk membiayai usaha penjenamaan untuk Switchblade™. Saya dan isteri saya, sering bertikam lidah apabila berbincang mengenai hal pemasaran dan penjenamaan! Kami perlu menyelenggarakan dana kami, jadi sebahagian daripada dana diketepikan untuk pengendalian perniagaan dan juga pemasaran dan penjenamaan. Sebahagian besar daripada syarikatsyarikat cenderung untuk tidak memberikan tumpuan terhadap pengiklanan dan pemasaran kerana bagi mereka itu mahal. Walaupun mahal, pengiklanan, pemasaran, penjenamaan merupakan perkara-perkara yang tidak boleh diabaikan. Syarikat-syarikat setidaknya mesti bermula dengan cara yang berkos rendah seperti menggunakan media sosial seperti Twitter dan Facebook. Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 50

50

Jun 2011

6/13/11 4:41:15 PM


REZ: Apakah media sosial yang paling berkesan dan efektif yang digunakan oleh Switchblade™untuk memasarkan produk dan perniagaan anda?

AAS: Foursquare. adalah contoh terbaik bagaimana media sosial membantu perniagaan. Foursquare adalah aplikasi percuma, pada pendapat kami ia merupakan satu-satunya media sosial yang boleh diguna pakai untuk perniagaan kami. Melalui Foursquare pelanggan berpeluang mendapatkan promosi terkini produk dan perniagaan kami. Walau bagaimanapun, media tradisional masih relevan. Khidmat pesanan ringkas (SMS) sangat berkesan kerana ia disasarkan kepada pelanggan tetap kami dan mereka memberikan respons. Kesukaran dengan media sosial ini adalah kerana kita tidak boleh mengukur berapa ramai pelanggan kami yang mempunyai peranti pintar untuk menjawab. REZ: Apakah tips yang sesuai untuk orang di luar sana yang mahu menjadi usahawan seperti anda?

AAS: Kenal pasti kelebihan anda! Fokus dan bersemangat! Pastikan apa yang mendorong anda dan bekerja ke arah itu. Jika bersemangat waja anda akan berani untuk gagal. Jika anda berjaya, anda pasti sangat gembira. Namun, jika anda gagal, dengan semangat waja anda akan memiliki kekuatan untuk bangkit dan bergerak maju. Jangan ambil risiko dan memulakan perniagaan jika anda tidak mempunyai pangkalan data pelanggan! Akhir sekali, membina hubungan yang baik dengan pembekal anda. Pembekal anda sangat penting kerana adakalanya anda mungkin tidak mempunyai wang, tetapi anda mempunyai tempahan! Tempahan harus keluar, tetapi tanpa barangan diperlukan ia tidak akan menjadi. Pastikan bayaran pembekal anda tepat pada waktu. Jika anda baik dengan para pembekal anda, mereka pasti akan membalas.! REZ: Apakah definisi Rezeki pada anda?

AAS: Ketentuan Allah. Allah sahaja yang memutuskan sama ada akan memberikan rezeki atau tidak. Namun, ia hanya boleh dikecapi dengan kerja keras.InsyaAllah. Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 51

51

Jun 2011

6/13/11 4:41:29 PM


Isu Fokus

Isu + Analisa

Adakah permulaan anda menuju kegagalan? faktor untuk mengekalkan perniagaan anda

Oleh: Haliza Ishak

Bang!

! t o c op o Seperti yang kami nyatakan di dalam isu yang lepas, 90% daripada Industri Kecil Sederhana (IKS) di Malaysia gagal untuk bertahan bagi melepasi tahun ketiga operasi. Persoalan terbesar yang perlu kita suarakan ialah “mengapakah perniagaan-perniagaan kecil ini menemui kegagalan?�. Berikut merupakan 8 perkara yang harus anda pertimbangkan untuk mengekalkan perniagaan anda untuk terus berkembang maju. Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 52

52

Jun 2011

6/13/11 4:41:34 PM


1

g!

Merancang dengan baik atau bersedia untuk gagal

“Sebuah perancangan adalah senarai tindakan yang ditetapkan mengikut apa-apa turutan yang dijangka akan mencapai tujuan.” — John Argenti, pengarang dan pengasas Strategic Planning Society Pelan perniagaan adalah asas bagi permulaan perniagaan. Menurut Greenstreet K (2004), jangan sesekali kita mengenepikan kepentingan “pelan mudah yang hanya berhalamankan 3 muka surat mahupun pelan besar yang berhalamankan 40 muka surat”. Sebuah perniagaan kecil yang berjaya harus dibina, kerana ia tidak akan berlaku begitu sahaja. Kejayaan yang dikecapi adalah hasil daripada pelan perniagaan yang bagus dan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Bagi mencapai kejayaan, pelan perniagaan anda haruslah menunjukkan dengan lebih jelas gambaran teguh perniagaan anda. Sebuah pelan perniagaan akan mempengaruhi pengusaha atau pemilik perniagaan untuk berfikir tentang keseluruhan operasi dan mencapai kata sepakat mengenai kekuatan dan kelemahan perniagaan itu. Pengusaha yang membuat persediaan dan rujukan akan meningkatkan peluang mereka untuk kejayaan perniagaan. Jika anda telah memulakan perniagaan dan tidak mempunyai pelan perniagaan, keutamaan anda adalah untuk mendapatkannya sekarang!

2

Bajet tak cukup

Projek Keusahawanan Malaysia melaporkan, terdapat 62% belia Malaysia yang menyenaraikan “ketiadaan dana” sebagai penghalang utama mereka dalam memulakan sesuatu usaha atau perniagaan. Pada umumnya, kegagalan perusahaan kecil berpunca daripada kekurangan dana, terutama pada tempoh permulaan yang kritikal. Pembiayaan yang tidak mencukupi akan menyekat keupayaan anda dan mengancam kemampuan anda untuk maju dari peringkat awal. Pada kebiasaannya, kebanyakan perniagaan memandang remeh tentang perbelanjaan mereka serta

Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 53

53

mengunjurkan anggaran yang terlalu rendah. Dengan perancangan yang mencukupi, anda perlu tahu perbelanjaan yang diperlukan untuk memulakan perniagaan anda dengan baik. Jangan terlalu bersemangat untuk memulakan idea perniagaan anda tanpa mempunyai pembiayaan yang tepat. Pastikan anda telah mempunyai dana yang secukupnya supaya anda betul-betul bersedia.

3

“Oh! Kamu ada perniagaan ke?”

Hasil daripada pemasaran dan pengiklanan yang tidak bagus turut menjadi penyebab utama mengapa banyak syarikat menemui kegagalan. “Iklan mengatakan kepada orang ramai, ‘Ini adalah apa yang kami miliki. Ini adalah apa yang akan dilakukan untuk anda. Beginilah cara untuk mendapatkannya.”— Leo Burnett, Advertising Guru Tidak mustahil untuk mencipta perniagaan yang menjual produk terbaik dengan harga terbaik, namun anda masih gagal kerana tiada siapa tahu akan kewujudannya. Adalah penting untuk menyebarkan maklumat tentang produk anda jika anda yakin perniagaan itu mempunyai potensi besar untuk berkembang. Jika anda tidak tahu apaapa mengenai pemasaran, sila dapatkan bantuan daripada seseorang yang arif dalam bidang tersebut. Jika semuanya gagal, cari maklumat di Internet atau beli buku tentang pemasaran.

4

Adakah pembekal anda boleh dipercayai?

Anda tidak boleh menjual apa yang anda tidak miliki. Kemampuan anda untuk mengekalkan inventori yang tepat bergantung kepada hubungan baik anda dengan pembekal yang boleh dipercayai. Membina saluran bekalan yang efektif pastinya akan mengambil sedikit masa, tetapi jika anda sering mengalami masalah dengan pembekal sedia ada, jangan berharap keadaan akan menjadi lebih baik. Ambil tindakan! Segera mencari dan mendapatkan kepercayaan pembekal baru dan buat pertukaran secepat mungkin.

Jun 2011

6/13/11 4:41:39 PM


5

Mengapakah perlukan dua pekerja untuk satu jawatan?

Tenaga kerja adalah kos terbesar bagi semua perusahaan kecil. Oleh itu, amatlah penting bagi anda untuk memastikan bahawa syarikat anda mengupah jumlah kakitangan yang terhad, tetapi berkemahiran dan berpengalaman. Anda hanya perlu menambah kakitangan apabila anda mempunyai banyak tugasan untuk ditangani. Anda harus memastikan keseimbangan jumlah kakitangan dengan pekerjaan masuk. Mempunyai terlalu ramai pekerja akan menjejaskan perbelanjaan syarikat anda. Tetapi, jika terlalu kurang pekerja pula akan merosakkan prestasi syarikat. Sudah pasti anda tidak mahu kelewatan kerja berlaku dan mengakibatkan ketidakpuasan dalam kalangan pelanggan anda. Sebagai permulaan adalah tidak masuk akal untuk anda mempunyai terlalu ramai kakitangan tetap. Ketika berhadapan dengan kelebihan beban kerja, mengapakah tidak menggunakan khidmat kakitangan sementara atau kontrak sahaja? Bahkan, anda boleh membawa pelajar pelatih untuk melakukan tugasan yang tidak memerlukan kemahiran. Selain menjimatkan kos, kakitangan senior dan berkemahiran dapat menumpukan kepada tugasan yang lebih penting.

6

Ketika berhadapan dengan kelebihan beban kerja, mengapakah tidak menggunakan khidmat kakitangan sementara atau kontrak sahaja?

Prestasi jualan yang tidak berkesan

Jualan adalah unsur penting dalam kejayaan setiap perniagaan. Hasil jualan yang buruk, merupakan tanda awal perniagaan anda mungkin akan gulung tikar. Kekalkan pola dan trend penjualan yang baik dengan menggaji kakitangan dengan jualan yang terbaik, bagi menjaga aliran wang masuk supaya syarikat anda mampu untuk ke peringkat seterusnya. Sesetengah syarikat gagal kerana mereka tidak menghasilkan jualan secukupnya. Anda perlu melakukan lebih banyak iklan agar orang ramai mengetahui tentang syarikat anda atau menurunkan harga produk anda pada nilai yang munasabah. Anda juga perlu melakukan sesuatu yang kreatif untuk mendapatkan lebih banyak jualan.

Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 54

54

Jun 2011

6/13/11 4:41:44 PM


Sesetengah syarikat gagal kerana mereka tidak menghasilkan jualan secukupnya.

7 8

Punca kemusnahan perkongsian perniagaan berasal daripada kita yang mempunyai sikap dan cara berbeza di dalam menangani isu kewangan. Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 55

55

Bersabar

Menurut Lavinsky D., kebanyakan perusahaan kecil terlalu leka mengaut keuntungan jangka pendek, walhal mereka harus fokus kepada nilai keuntungan jangka panjang. Mewujudkan nilai-nilai murni dalam perniagaan, turut melibatkan pengurusan pelanggan dan penyediaan produk dan juga perkhidmatan yang berkualiti — yang mungkin memakan masa. Dalam mewujudkan dan memberikan nilai tambahan pada produk serta perkhidmatan, sebuah perniagaan akan meningkatkan kemungkinan untuk mendapat pelanggan yang datang semula berulang kali seterusnya menjadi pelanggan tetap anda. Faktor utama yang diperlukan dalam mewujudkan nilai-nilai murni adalah kesabaran. Bersabarlah dan jangan terburuburu untuk berjaya. Dengan nilai-nilai yang tepat, kejayaan pasti diperoleh. Rakan perniagaan tidak sukakan saya!!!

Perkongsian perniagaan adalah niat yang baik. Namun, kadangkala apabila tidak berjalan dengan lancar, perkongsiaan yang gagal akan menjejaskan persahabatan. Perkongsian adalah tempat berkembang biak konflik kerana setiap orang mempunyai kepentingan dalam syarikat dan semua orang ingin menjadi bos. Ini hanya salah satu sebab mengapa banyak perkongsian berakhir dengan kegagalan. Konflik kewangan juga berada di senarai yang tertinggi kepada kemusnahan perkongsian perniagaan. Bagaimanapun, kegagalan ini bukan semata-mata kerana kewangan. Punca kemusnahan perkongsian perniagaan berasal daripada kita yang mempunyai sikap dan cara berbeza di dalam menangani isu kewangan. Oleh itu, cubalah bersama-sama berkongsi dan memikirkan cara yang terbaik. Secara ringkasnya, carilah rakan perniagaan anda dengan bijak.

Rujukan: • http://www.passionforbusiness.com/ •http://mentproject.wordpress.com/ • http://www.growthink.com/content/6-untold-reasons-why-businesses-fail

Jun 2011

6/13/11 4:41:49 PM


inspirasi

Panduan+Idea

SUNTIKAN MUZIK: memotivasikan diriku Oleh: M. Ree

Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 56

56

Jun 2011

6/13/11 4:41:56 PM


uzik mempunyai keupayaan untuk memberi inspirasi! Apakah yang dimaksudkan dengan muzik yang memberi inspirasi? Pertama sekali, mari kita fikirkan tentang maksud muzik ‘spiritual’ atau muzik yang bercirikan kerohanian. Memang benar, muzik dapat mengubati emosi dan minda seseorang, namun setiap daripada kita memerlukan ‘ubat’ yang berlainan bergantung kepada jiwa raga seseorang itu. Sesetengah daripada kita memilih hip hop atau rap, ada juga yang memilih muzik etnik, rock atau muzik pop. Mungkin juga runut bunyi daripada filem atau lagu-lagu tema daripada drama-drama popular atau muzik klasik, avant garde atau juga muzik tekno. Tidak kisah, walau apa juga pilihan muzik yang memberi inspirasi kepada anda, apa yang menjadi isu sekarang ialah apakah yang dapat dilakukan oleh muzik? Muzik boleh membuka pandangan mata anda, membuatkan anda berfikir, berfikir dengan lebih dalam. Muzik mampu menaikkan semangat anda, mengisi perasaan sunyi anda dan membuatkan anda rasa ditemani. Di bawah disertakan senarai muzik atau lagu yang memberi inspirasi kepada beberapa individu:

M

Nama: Mohd Kamal Pekerjaan: Pengarang Umur: 36 Lagu Kegemaran:

Destinasi Cinta Artis: Datuk Siti Nurhaliza Mengapa ia menjadi lagu kegemaran saya? Saya bukanlah peminat nombor satu Datuk Siti, tetapi saya rasa hilang segala masalah saya, hilang segala keresahan yang mengganggu hidup saya buat seketika apabila lagu ini masuk ke halwa telinga saya. Tekanan yang saya hadapi akan pergi bersama angin-angin yang meniup di sekeliling saya. Lagunya yang rancak disulami dengan lirik yang menarik membuatkan saya mencintai dengan lagu ini. Terus menjadi caller ringtone saya.

Nama: Mahathir Amin Pekerjaan: Eksekutif Kanan, Komunikasi Korporat Umur: 30++ Lagu Kegemaran:

You Make My Dreams Artis: Hall & Oates Mengapa ia menjadi lagu kegemaran saya? Lagu klasik ini membuatkan hati saya girang pada pagi hari. Terutama ketika menghirup kopi segar sebelum memandu ke pejabat dengan memakai kaca mata hitam kegemaran saya di tengahtengah gelora kesesakan trafik kota!

Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 57

57

Jun 2011

6/13/11 4:42:02 PM


Nama: Andora Fredericks Pekerjaan: Pengarah, Truth Communications Umur: 38 Lagu Kegemaran:

I Like

to Move it Runut bunyi daripada Filem Madagascar dipersembahkan oleh Sasha Baron Cohen Artis:

Nama: Marwani Omar Pekerjaan: Executive - MIS Umur: 24 Lagu Kegemaran:

Stay the Same Artis: Joey Mcintyre

Mengapa ia menjadi lagu kegemaran saya? Lagu ni amat lucu! Lagu ini akan membuatkan saya tersenyum, tak kira apa pun keadaan saya. Lagu ini juga membantu saya melihat sisi lucu dan santai bila berada dalam keadaan tekanan di tempat kerja. Tiada lagu yang lebih menarik perhatian dan yang menaikkan semangat saya daripada lagu ini.

Mengapa ia menjadi lagu kegemaran saya? Kadangkala saya rasa lemah dan tak bersemangat untuk membuat kerja sehebat seperti orang lain. Sebab saya rasa, saya ada kelemahan untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan lancar, oleh yang demikian ada kerja-kerja saya tidak mencapai tahap yang membanggakan, untuk membuang perasaan rendah diri saya akan mendengar lagu-lagu yang memberi semangat dan salah satu daripadanya adalah lagu daripada Joey Mcintyre – Stay the Same. Saya lebih menghargai diri saya, kerana saya juga ada kelebihan dalam diri saya. Saya lebih bersemangat.

Nama: M. John Pekerjaan: Pekerja Swasta Umur: 28 Lagu Kegemaran: Artis:

Gemuruh Faizal Tahir

Mengapa ia menjadi lagu kegemaran saya? Lagu ini memotivasikan diri saya untuk tampil bersemangat ketika bekerja. Lirik lagu ini juga banyak memotivasikan diri saya untuk mencapai puncak prestasi dalam bekerja. Lagu ini juga banyak mengajar perit jerih bagaimana untuk mencapai sesuatu kejayaan di dalam pekerjaan untuk diri saya. Pendek kata, inilah lagu yang paling banyak memberi kesan kepada saya dan kerjaya.

Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 58

58

Jun 2011

6/13/11 4:42:10 PM


Nama: @Botak Pekerjaan: Perunding Umur: 28 Lagu Kegemaran:

A Beautiful Mine (Mad Men Soundtrack) Artis: RJD2 Mengapa ia menjadi lagu kegemaran saya? Lagu ini memang sesuai untuk pekerjapekerja korporat yang masih muda. Lagu ini dipopularkan dari siri TV terkenal Mad Men. Lagu ini memberi motivasi dan semangat kepada saya untuk menghadapi cabaran yang datang dalam urusan kerjaya saya. Cuba lihat video klip lagu ini, saya rasa anda pasti setuju dengan saya.

Nama: Zai Hashim Pekerjaan: Penolong Pengurus – Acara & Projek Umur: 33 Lagu Kegemaran: Artis:

Semalam Sean Ghazi

Mengapa ia menjadi lagu kegemaran saya? Lagu ini membuatkan saya berasa sangat tenang dalam menjalankan tugas harian dan ketika saya menghadapi tekanan. Nama: Ree Pekerjaan: Penyelidik Umur: 27 Lagu Kegemaran:

Mati Hidup Kembali Artis: Butterfingers Mengapa ia menjadi lagu kegemaran saya? Lagu ini berbicara tentang lirik itu tersendiri. Lagu ini memberi inspirasi kepada saya supaya jangan mudah berputus asa! Ia mengingatkan saya tentang kehidupan yang tidak selalunya senang untuk kita tempuhi. Insya-Allah dengan segala rintangan dan cabaran yang dihadapi, kita akan bertambah kuat dan semakin maju dalam kehidupan.

Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 59

59

Jun 2011

6/13/11 4:42:17 PM


inspirasi

Pusat Sumber

6 naskhah buku perniagaan pilihan kami bulan ini! Inspirasi berada di sekeliling kita. Salah satu sumber inspirasi adalah di dalam penulisan-penulisan orang lain! Kami harap anda akan dapat inspirasi di halaman-halaman buku yang disyorkan di bawah. Selamat membaca! The Gifted Boss: How to Find, Create, and Keep Great Employees(Ketua Berbakat: Bagaimana Mencari, Mencipta dan Mengekalkan Pekerja-Pekerja Hebat) Penulis: Dale Dauten Penerbit: William Morrow ISBN: 9780062059536 (MPH) Harga: RM66.90 Pernah terfikir apa yang ketua-ketua terbaik tahu yang anda tidak tahu? The Gifted Boss (Ketua Berbakat) adalah suatu karya klasik pakar pengurusan Dale Dauten – yang juga mempunyai revolusi – panduan bagi mengajar pengurus-pengurus bagaimana untuk mengenalpasti dan memikat bakat dan bagaimana cara untuk memberikan pada pekerjapekerja hebat apa yang mereka mahu dan perlukan. Ini adalah satu sistem bersepadu, yang sarat dengan pendangan-pandangan dalaman bernilai serta pengajaran-pengajaran yang disasarkan bagi mencipta suatu persekitaran kerja yang terbaik kepada orang-orang yang terbaik.

Nota Jutawan, Nota Kewangan Penulis: Irfan Khairi Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd ISBN: 9789673880232 (MPH) Harga: RM30.00 (Semenanjung Malaysia), RM32.00 (Sabah & Sarawak) Buku ini adalah buku ketiga hasil tulisan selepas Nota Jutawan, Nota Motivasi dan Nota Jutawan, Nota Perniagaan. Pendekatan yang santai dan mudah dalam bentuk peta minda amat menarik perhatian pembaca yang rata-rata memberi tumpuan kepada tip-tip atau intisari mengenai motivasi, perniagaan dan keusahawanan. Walaupun secara santai dan bersahaja, namun ide-ide yang disampaikan adalah amat serius untuk semua pembaca mempraktikkan supaya pembaca dapat meguruskan kewangan dengan lebih baik, bijak dan berhemah. Insya-Allah!

Multipliers: How the Best Leaders Make Everyone Smarter (Pengganda: Bagaimana Pemimpin-Pemimpin Terbaik Menjadikan Semua Orang Lebih Bijak) Penulis: Liz Wiseman and Greg McKeown Penerbit: HarperBusiness ISBN: 9780061964398 (MPH) Harga: RM84.90 Kita semua ada pengalaman dengan dua jenis pemimpin yang berbeza secara dramatik. Jenis yang pertama menghausi kebijaksanaan, tenaga, dan kebolehan orang-orang sekeliling mereka dan sering perlu untuk menjadi orang yang paling bijak. Inilah pembunuh-pembunuh ide, penghaus tenaga, penghapus bakat dan komitmen. Di satu lagi sudut spektrum ada pula pemimpin-pemimpin yang menggunakan kebijaksanaan mereka untuk meningkatkan kebijaksanaan dan kebolehan orang-orang sekeliling mereka. Pemimpin-pemimpin jenis inilah yang membenarkan pengaliran ide-ide, dan membolehkan penyelesaian masalah. Inilah pemimpin-pemimpin yang menginspirasi pekerja-pekerja untuk mendorong diri mereka bagi mencapai hasilkerja yang menjangkaui jangkaan. Mereka inilah Pengganda. Di dalam buku yang menarik minat dan sangat praktikal ini, pakar kepimpinan Liz Wiseman dan perunding pengurusan Greg McKeown menjelajahi dua gaya kepemimpinan ini; secara meyakinkan menunjukkan bagaimana Pengganda boleh mempunyai satu kesan positif dan menguntungkan yang menggema pada organisasi-organisasi – menbolehkan lebih banyak pencapaian dengan sumber-sumber yang kekurangan, membina dan menarik minat bakat, dan membenihkan ide-ide serta tenaga baru bagi memandu ke arah perubahan organisasi dan inovasi. Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 60

60

Jun 2011

6/13/11 4:42:23 PM


Decade of Change: Managing in Times of Uncertainty (Dekad Perubahan: Pengurusan pada Masa Ketidakpastian) Editor: Geoffrey Brewer dan Barb Sanford Penerbit: Gallup Press ISBN: 9781595620538 (MPH) Harga: RM94.90 Perubahan adalah selalunya suatu konsep yang abstrak, dibincangkan dalam persidangan perniagaan dan seminar pendidikan. Tetapi ianya amat sangat tepat pada dekad yang lalu. Dalam buku ini, anda akan mendapati pandanganpandangan dalaman dan buah fikiran bernas tentang bagaimana untuk mengurus dan memaksimakan perubahan. Pemenang Hadiah Nobel, Daniel Kahneman, mendalami kesemulajadian dalam membuat keputusan. Leftenan Jeneral Russel Honore, terkenal melalui Taufan Katrina, menawarkan pengajaran-pengajaran kepimpinan yang diaplikasikannya dalam kekalutan krisis. Vinton Cerf, salah seorang pencipta Internet, memberitahu bagaimana beliau mendapatkan enam billion orang untuk berada di talian. Eksekutif berwawasan, Ray Anderson, mengenengahkan suatu kes perniagaan yang kuat untuk pelestarian persekitaran. Beberapa minda terbaik dalam dunia perniagaan dan organisasi boleh ditemui di halaman-halaman buku ini, memacu pemimpin-pemimpin melalui pelbagai krisis-krisis dekad sebelumnya, dan membantu mencari satu halatuju hadapan kepada apa yang kita semua harapkan akan menjadi suatu masa depan yang lebih bersinar dan lebih sejahtera.

Building Social Business: The New Kind of Capitalism that Serves Humanity’s Most Pressing Needs (Membina Perniagaan Sosial: Kapitalisme Jenis Baru yang Memenuhi Keperluan Kemanusiaan yang Paling Penting) Penulis: Muhammad Yunus Penerbit: PublicAffairs ISBN: 9781586489564 (MPH) Harga: RM56.90 Muhammad Yunus, pewawasan praktikal yang mempelopori mikrokredit dan, dengan Grameen Banknya, yang telah memenangi Hadiah Keamanan Nobel 2006, telah membangunkan dimensi baru bagi kapitalisme yang dikenalinya sebagai “perniagaan sosial.� Model perniagaan sosial telah digunapakai oleh badan-badan korporat, usahawan, dan aktivis sosial di seluruh dunia. Matlamatnya ialah untuk mencipta perniagaan berkebolehan dan mempunyai pembiayaan sendiri, yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi sambil menghasilkan barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan manusia. Dalam Building Social Business (Membina Perniagaan Sosial), Yunus menunjukkan bagaimana perniagaan sosial boleh dipraktikkan dan menjelaskan mengapa ia mempunyai potensi untuk menyempurnakan kembali perniagaan pasaran bebas.

Menjadi Seorang Pelabur Bijak Penulis: Zulnaidi Yaacob Penerbit: Must Read Sdn Bhd ISBN: 9789675426483 (MPH) Harga: RM19.90 (Semenanjung) RM22.90 (Sabah & Sarawak) Ilmu tentang pelaburan sebenarnya amat penting walaupun terdapat banyak individu yang memandang remeh tentang aspek pengurusan kekayaan. Pelaburan ibarat menyemai benih yang subur. Manfaatnya sukar dilihat pada masa sekarang tetapi ianya merupakan tindakan individu yang berwawasan untuk kesejahteraan generasi yang akan ditinggalkan. Jika anda sedang mencari sebab atau alasan tentang perlunya membaca buku ini, senarai di bawah mungkin boleh membantu anda. Melalui buku ini, penulis amat berharap agar isi kandungannya akan dapat membantu para pembaca menjadi individu yang lebih peka tentang pelaburan. Melalui kefahaman yang mendalam tentang pelaburan, penulis berharap tidak akan ada lagi individu, yang menjadi mangsa skim cepat kaya pada masa akan datang. Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 61

61

Jun 2011

6/13/11 4:42:30 PM


Gaya hidup

Kesihatan + Kesejahteraan

Kelolaan : Shariman Johari

Cara Mudah Mengimbangkan Kerjaya dan Kehidupan Anda Adakah anda seorang yang sibuk? Adakah anda seorang yang terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk diri anda sendiri? Anda suka dengan kehidupan sedemikian? Atau anda biarkan saja? Tak kira apa jua jawapan anda, saya pasti anda akan mendapat manfaat jika anda luangkan sedikit masa untuk diri anda sendiri. Anda akan berasa lebih gembira dan kurang tekanan sepanjang masa. Jadi, adakah anda kerja melebihi masa, hinggakan anda mengabaikan kehidupan peribadi anda? Sebenarnya, ramai lagi yang seperti anda. Terlalu sibuk hingga mengabaikan kehidupan peribadi. Apa yang penting disini adalah untuk mengimbangkan semula antara tugas di pejabat dan kehidupan anda kerana kerjaya adalah satu aspek kehidupan. Namun, ia bukan “suatu kehidupan�. Anda perlu tahu membahagikan masa mengikut kepentingan dan pastikan ianya seimbang. Mungkin tujuh cara dibawah dapat membantu anda lebih seimbang tak kira betapa sibuk pekerjaan anda. Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 62

62

Jun 2011

6/13/11 4:42:36 PM


1

Mengutamakan kerja yang “Majikan lebih penting yang bagus

Anda akan mengalami stres, lesu dan keletihan yang akhirnya menyebabkan produktiviti anda menurun jika anda melakukan beberapa tugasan serentak. Ada juga situasi di mana anda boleh melakukan beberapa tugasan serentak tetapi kebanyakkannya tidak banyak menggunakan kekuatan otak (berjalan-jalan, bercakap di telefon dengan minuman di tangan anda), namun, sebahagian besar masa anda harus mengutamakan satu tugasan pada satu masa. Mengutamakan sesuatu tugas bermaksud anda melakukan satu tugasan pada satu-satu masa, dan memberi keutamaan pada tugas yang penting dulu. Namun, saya pasti tidak semua dapat menumpukan perhatian pada satu tugasan saja setiap hari. Beban kerja yang banyak memerlukan anda bekerja lebih masa. Di sinilah sepatutnya kita mengutamakan tugasan yang lebih utama. Sebagai contoh, jika pekerjaan anda memerlukan anda bekerja dirumah, jangan fikirkan tentang baju di dalam mesin basuh, hal anak – anak anda dan sebagainya, beri perhatian pada pekerjaan anda. Tapi, selepas selesai tugasan anda, jangan sekali-kali berfikir tentang kerja anda, kerja yang perlu disiapkan ataupun kerja yang perlu dihantar. Fokus pada keluarga dan aspek-aspek lain dalam kehidupan anda. Akan sentiasa ada jalan untuk anda melakukan sesuatu dengan mudah tapi memperolehi hasil yang lebih baik dan selesa.

2

Kawal pekerjaan anda!

Anda mungkin boleh berunding dengan majikan anda mengenai beban tugas anda. Majikan yang bagus dan progresif akan sentiasa mencari penyelesaian dan tentunya bersedia membantu anda dalam masalah ini. Mereka akan sedaya upaya mencari lebih ramai pekerja yang tentunya dapat mengurangkan beban tugas anda jika ianya berkaitan dengan kehidupan peribadi anda terutamanya jika ianya

dan progresif akan sentiasa mencari penyelesaian dan tentunya bersedia membantu anda. �

“Anda perlu tahu membahagikan masa mengikut kepentingan dan pastikan ianya seimbang.�

3

Tinggalkan aktiviti yang tidak penting

Aktiviti yang tak sepatutnya anda lakukan boleh merosakkan jadual dan mencuri masa anda yang berharga itu. Bukankah elok, masa anda tersebut diluangkan untuk aktiviti yang anda suka atau yang lebih bermanfaat. Sebagai contoh, menonton televisyen atau menghabiskan masa yang terlalu lama melayari Facebook. Melainkan, melayari Facebook merupakan salah satu dari skop pekerjaan anda. Apabila anda sudah membuat keputusan untuk tugasan yang lebih penting dan yang tidak penting, maka anda akan dapat megesan

“Jika anda tidak menyukai kerja yang anda lakukan untuk memperoleh sumber rezeki anda, berkemungkinan anda akan mengadapi tekanan secara berterusan.� Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 63

berkaitan dengan keluarga. Jadual perlu disusun dan anda perlu bersedia untuk menghadapi perubahan jangka pendek atau kekal ini. Perubahan ini boleh meliputi anjalan masa, pembahagian kerja, berhubung melalui sistem komputer malah majikan juga boleh mengambil pekerja sambilan. Oleh itu, apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah untuk membuat sedikit kajian berkenaan polisi majikan anda dan kaedah yang sesuai digunakan untuk anda membuat permintaan sedemikian. Kemudian, jumpa majikan anda dengan berbekalkan maklumat dan juga perancangan yang cukup untuk membuktikan bahawa anda akan menjadi seorang pekerja yang lebih produktif jika permintaan anda ini ditunaikan.

63

Jun 2011

6/13/11 4:42:41 PM


dengan mudah aktiviti yang tidak perlu dalam kehidupan harian anda. Jika anda bertekad dan tinggalkan aktiviti yang tidak bermanfaat kepada anda selama sebulan (atau selamanya!), anda tentu mempunyai lebih masa untuk melakukan perkara yang lebih penting dan bermakna dalam hidup anda. Pastikan masa yang anda luangkan itu berbaloi. Anda perlu ingat pepatah ini, “masa itu emas�.

4

muzik kegemaran anda. Lakukan apa saja yang mampu menghilangkan stress anda. Pastikan ianya dapat membantu anda menjadi lebih produktif.

Nikmati kerja anda

Salah satu cara untuk mengimbangi antara kerja dan juga kehidupan peribadi anda adalah dengan menikmati apa jua yang anda lakukan. Jika anda tidak menyukai kerja yang anda lakukan untuk memperoleh sumber rezeki anda, berkemungkinan anda akan mengadapi tekanan secara berterusan. Anda perlu sentiasa menasihati diri anda untuk menyukai kerja anda. Untuk itu, fikirkan apa saja yang anda suka mengenai kerja tersebut. Lambat laun, akan timbul perasaan suka dan sayang akan kerja anda. Apabila anda melakukan sesuatu yang anda suka, anda akan menjadi lebih produktif, dan menjadi seorang penyumbang utama didalam organisasi tempat anda bekerja. Majikan lebih senang hati dengan anda, anda juga akan senang hati dengan majikan, faktor ini memberi kesan positif kepada anda terhadap pekerjaan anda. Namun, jika anda bangun setiap pagi dengan perasaan ngeri dan malas untuk ke tempat kerja, sahabatku, anda mungkin memerlukan pekerjaan yang baru!

5

“Jangan libatkan diri anda dengan hobi yang disukai oleh saudara atau teman anda. Jika anda libatkan juga dengan hobi yang anda tak minat, lama kelamaan anda akan menjadi letih dan bosan.�

Cari masa untuk berehat

Jangan terlalu yakin hinggakan anda mahu merubah keseluruhan hidup dan rutin harian anda semata-mata untuk mengimbangkan antara tugas dan kehidupan. Perubahan ini perlulah realistik. Sebagai contoh, peruntukan satu hari dalam seminggu untuk anda pulang dari pejabat tepat pada masanya tanpa perlu berlengah-lengah. Anda juga perlu peruntukkan sehari dalam seminggu untuk anda berehat. Anda boleh ke spa untuk membuat urutan badan dan menghilangkan ketegangan, pergi ke pusat sukan (gym) atau melayan

6

Memang sifat-sifat manusia kebanyakkannya suka mengambil lebih dari apa yang mereka boleh lakukan. Saya yakin ramai di antara kita yang sedang menggalas tugas dan tanggungjawab yang banyak. Cari cara untuk mempermudahkan hidup anda. Singkirkan segala beban dan kekacauan yang boleh menggangu hidup anda. Belajar untuk berkata TIDAK sekali sekala (tetapi bukannya setiap masa, jika tidak anda mungkin tidak akan disukai oleh rakan sepejabat dan perkara itu akan menambah kadar stress anda.

“Sebagai contoh, peruntukan satu hari dalam seminggu Cuba untuk untuk anda pulang dari aktif dengan pejabat tepat hobi anda pada masanya Semua tahu bahawa stress boleh tanpa perlu menyeksa minda dan tubuh badan anda. Hobi pula bagaimanapun, mampu berlengahuntuk mencegah kesan yang tidak baik lengah.�

7

“Anda perlu sentiasa menasihati diri anda untuk menyukai kerja anda. Untuk itu, fikirkan apa saja yang anda suka mengenai kerja tersebut.� Rezeki

rezeki MEI_JUN2011-2.indd 64

Cuba untuk berkata TIDAK!

64

yang diakibatkan oleh stres. Ia juga membuatkan kehidupan anda bertambah baik bukan hanya untuk anda malah untuk sesiapa yang berhampiran anda (keluarga contohnya). Jangan libatkan diri anda dengan hobi yang disukai oleh saudara atau teman anda. Jika anda libatkan juga dengan hobi yang anda tak minat, lama kelamaan anda akan menjadi letih dan bosan. Cari suatu hobi yang benar-benar anda suka. Tapi jika anda melihat hobi rakan anda dan anda betulbetul berminat, tiada salahnya mencuba tetapi pastikan yang anda mulakan hobi tersebut dari mula. Jika anda baru nak bermula, mula dari bawah. Anda akan berasa lebih puas dengan cara sedemikian.

Jun 2011

6/13/11 4:42:50 PM


Dapatkan Perspektif

Apa sahaja yang anda perlu tahu tentang industri Halal, semuanya ada pada kami - segala kemudahan, kepakaran dan perkhidmatan - khusus untuk keperluan pemasaran anda.

Global SERANTAU TEMPATAN

KDRC-10-pillarad-rezeki.indd 1

• MAKLUMAT PASARAN • KHIDMAT NASIHAT • PROGRAM BANTUAN TEKNIKAL • PROGRAM PEMBANGUNAN DAYASAING • KAJIAN KHUSUS • SEMINAR DAN LATIHAN • PERANCANGAN & PEMBANGUNAN JENAMA

KASEHDIA SDN BHD M - 2 - 20, P la z a D amas 60, J alan S ri H artamas 1 S ri H artamas 50480 K uala Lumpur M A L AY S I A t +603 6203 1 0 2 5 f +603 6203 4 0 7 2 e in f o @ kasehdia . com W w w w. kasehdia . com

4/1/11 6:15:05 PM


“...b panduuku restora an n Hala pertam l a d i dunia.” The Asia Street J n Wall ournal

Di mana sahaja kamu berada, pastikan Panduan ada bersama

s i r i pa n d u a n h a l a l K AS E HDIA pa n d ua n u n t u k m a k a n a n h a l a l + m i n u m a n + p e l a n c o n g m u s l i m KasehDia Sdn Bhd M - 2 - 2 0 , PLA Z A DAMAS , 6 0 , J ALAN S R I HA R TAMAS 1 , S R I HA R TAMAS , 5 0 4 8 0 KUALA LUMPU R , MALAY SIA T + 603 6203 1025 F + 603 6203 4072 E in fo@k ase h d ia.com w w w.k a s e h d i a.co m

AD-KDHG2011-rezeki.indd 1

4/1/11 5:36:22 PM


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.